TOTAL VISITORS FROM 2008:

MEROBOH SURAU 10

1. Ramai berpendapat surau yang telah diguna oleh orang bukan Islam tidak lagi boleh diguna sebagai tempat sembahyang orang Islam. Surau itu patut diroboh.

2. Saya berpendapat jika jemaah di qariah berkenaan tidak lagi suka untuk mengguna surau berkenaan, itu adalah hak mereka membuat apa-apa tindakan.

3. Apabila Sultan Mehmet II tawan Constantinople, ibu kota Byzantium, gereja Hagar Sophia yang terbesar, dijadikan masjid bagi bangsa Turki yang beragama Islam. Demikian juga beberapa gereja Kristian di Hungary dijadikan masjid apabila Hungary jatuh ke tangan Othmaniah Turki.

4. Di Cordoba (Kurtubah) dan di Granada, masjid orang Islam dijadikan gereja apabila wilayah-wilayah ini ditawan semula oleh orang Katolik Sepanyol.

5. Di Malaysia juga ada gereja yang dijadikan masjid. Kem Terendak di Melaka di zaman British diguna sebagai kem bagi askar British. Sebuah gereja didirikan oleh British untuk askar mereka yang beragama Kristian.

6. Gereja ini sekarang, jika saya tak salah, dijadikan masjid untuk askar Melayu.

7. Setakat yang saya tahu tidak ada kuil Buddha atau Hindu yang pernah dijadikan masjid.


Demonstrasi

1. Kita telah lihat Kerajaan Mesir yang dipilih melalui pilihanraya dijatuhkan oleh demonstrasi secara besar-besaran penentang Kerajaan Ikhwanul Muslimin pimpinan Morsi.

2. Kebebasan berdemonstrasi adalah hak rakyat dalam negara demokratik. Apakah hak ini lebih utama daripada hak mengundi dalam pilihanraya?

3. Sebenarnya walaupun berjuta yang berdemonstrasi, jumlah mereka kurang daripada jumlah pengundi yang memilih Kerajaan. Mereka, yang terdiri dari aktivis, adalah minoriti berbanding jumlah pengundi yang mengundi.

4. Jika minoriti ini diberi hak untuk menjatuhkan Kerajaan pilihan majoriti apakah hak ini secucuk dengan demokrasi?

5. Di Malaysia ada ahli politik yang ingin jatuhkan kerajaan pilihan rakyat dengan demonstrasi. Tetapi mereka gagal mencetuskan huru-hara secara besar-besaran sepanjang masa seperti di Mesir.

6. Sebenarnya demokrasi mempunyai banyak kecacatan. India berbangga dengan menjadi demokrasi yang terbesar di dunia. Tetapi India tidak pun berjaya mengurangkan kebuluran dikalangan hampir separuh dari rakyatnya. Sekarang ekonomi India merosot teruk.

7. Sebaliknya Cina yang tidak demokratik hari ini sudah menjadi kuasa ekonomi yang kedua terbesar di dunia. Berjuta dari rakyat mereka dapat melancung keluar negeri. Kemajuan sains dan teknologi Cina sudah sampai ketahap menghantar angkasawan ke stesen angkasa lepas. Dan berbagai lagi kejayaan Cina yang mengkagumi dunia. Sistem Kerajaan Cina tidak demokratik. Tetapi rakyat dan negara Cina lebih berjaya dari segi kemajuan dan keselesaan hidup.

8. Namum demokrasi masih lebih baik dari sistem pentadbiran kukubesi. Sebab utama ialah demokrasi memboleh penukaran pemerintah tanpa perang sivil atau demonstrasi ganas. Tetapi bagi mereka yang tidak faham kebebasan dalam demokrasi, ia tidak mendatangkan hasil yang baik. Ramai dari negara-negara yang baru mengamal demokrasi merosot prestasi mereka. Lihatlah apa yang sedang berlaku di Mesir.

9. Demokrasi memerlukan fahaman akan kelemahan-kelemahan sistem itu. Segala kebebasan dalam demokrasi mempunyai hadnya. Jika pengamal melebihi had maka demokrasi akan gagal membuahkan hasil yang dijanji darinya.

10. Satu daripada perkara yang boleh menentukan demokrasi berhasil ialah kesanggupan menerima keputusan pilihanraya. Dalam pilihanraya tentu ada yang kalah dan yang menang. Seperti yang menang akan terima keputusan, yang kalah juga perlu terima kekalahan.

11. Jika yang kalah tidak sanggup menerima kekalahan dan sebaliknya mencuba gagalkan penubuhan Kerajaan oleh yang menang, maka demokrasi tidak akan berjaya. Harus diingat bahawa jika yang menang pula kalah halangan terhadap penubuhan Kerajaan oleh lawannya akan diusahakan olehnya. Dengan itu demokrasi akan gagal.

12. Mungkin dakwaan oleh yang kalah akan penipuan oleh yang menang mempunyai asas. Perkara ini hanya boleh diputus oleh mahkamah. Perbuatan untuk menggagalkan keputusan pilihanraya dengan cara ganas akan menidakkan demokrasi.

10 thoughts on “MEROBOH SURAU

  1. fadzireen Sep 5,2013 5:01 PM

    Salam TUN,
    Does ‘FALUN GONG movement rings a bell,which is also forbidden in China
    Maybe,the practioners are seeking refuge here

  2. khairiz Sep 4,2013 1:19 PM

    Salam Tun,

    Saye suke ‘Demokrasi Terpimpin’… 🙂

  3. mubarakchan Sep 1,2013 2:13 PM

    Tun

    The headline today, ‘ In shock move, Obama puts Syria strike on hold.’ I am sorry to note that finally the great United States is forced to do something which she has never done before – to bow down to world-wide protests at her belligerence which ran counter to her promotion of ‘ Globalization, free trade and human rights ‘. If you have observed, the Arab Spring caper began with Hillary Clinton whose hands are now bloodied by Arab blood. The decades and centuries of subjugation of the Arab peoples cannot last. I already perceived the beginnings of the rise and return of the Arab Civilization today. No more. No less.

  4. Hajar Aug 31,2013 10:55 AM

    Salam YAB & diKasihi Tun,

    ISU MEROBOH SURAU:

    Saya setuju bahawa jika surau tersebut sudah tidak lagi sesuai untuk dijadikan surau bagi orang Islam (kerana masalah silap arah kiblat), ianya boleh diubah-suai untuk dijadikan tempat bagi aktiviti-aktiviti lain. Tidak perlulah membazir duit dengan merobohkannya.

    DEMONSTRASI:

    Berdemonstrasi BUKAN BUDAYA kita di Malaysia. Lagipun ia satu budaya yang NEGATIF dan biasanya kesan atau hasil berdemonstrasi tidak baik. Jika sudah terlalu ramai orang yang BEREMOSI berkumpul/berarak, sudah tentulah akan berlaku perkara-perkara di luar kawalan seperti yang berlaku di Mesir, Syria dan di lain-lain negara yang mengamalkan budaya berdemonstrasi. Di Malaysia, lihat saja contoh beberapa siri BERSIH…banyak kerosakan berlaku. Jika negara huru-hara kita semua yang rugi.

    “MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!…”

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah SWT melindungi Tun sekeluarga. ***

  5. sibotak Aug 31,2013 5:03 AM

    DI SINGAPURA BUKAN SAJA SURAU DIROBOHKAN
    BUKAN SAJA SURAU SUAH HAMPIR PUPUS
    MALAH MADRASAH YG DIWAKAF PUN
    KERAJAANNYA BERUSAHA MEROBOHKANYA

    SUDAH BERLAKU USAHA KERAJAAN SINGAPURA
    TIDAK MENGALAKAN PERTUBUHAN MADRASAH
    JIKA MADRASAH BUBAR MAKA HAK MILIK TANAH
    AKAN BERTUKAR TANGAN PADA KERAJAAN
    ITULAH TUJUAN SEBENAR

  6. sentinel3 Aug 30,2013 5:55 PM

    Mohon izin untuk memberi cadangan kepada joeel1,

    Quote: “Maaf Tun, tidak silap saya surau di Johor dirobohkan bukan kerana ianya telah digunakan oleh penganut buddha, tetapi di robohkan setelah didapati yang surau berkenaan telah tersasar arah kiblat sebanyak 10 darjah”.

    Sila sdr baca blog A. Kadir Jasin berhubung isu surau di Johor itu dan huraian yang dibuatnya mengenai masalah kiblat.

    Saya setuju dengan pandangan dan pendapat Kadir Jasin berhubung isu surau tersebut dan masalah kibat yang ramai orang Islam tidak tahu.

    Salam Tun.

  7. joeel1 Aug 30,2013 10:49 AM

    Maaf Tun, tidak silap saya surau di Johor dirobohkan bukan kerana ianya telah digunakan oleh penganut buddha, tetapi di robohkan setelah didapati yang surau berkenaan telah tersasar arah kiblat sebanyak 10 darjah.

  8. mubarakchan Aug 30,2013 9:13 AM

    Tun

    A vital security aspect of Federal Government which is seen to be overlooked since the Communist Insurgency simmered down in the 1980s, was the reduction in importance of the PDRM Special Branch. This arm of the Government has now shown to be of great importance in the gathering of information and judgement by the Government in its affairs. My relative, Tan Sri C.C. Too, the most senior Chinese Adviser to the Government alerted me to this possibility as long ago as the 1980s. Recent events, like the 4th Floor boys, the PEMANDU 9 YOUNG CHINESE, the PAP CADRE AS CHIEF EDITOR OF THE UMNO OWNED NEW STRAITS TIMES, ETC brings the vital job of the PDRC Special Branch into FOCUS. In the days when the Speical Branch was active, I myself was vetted many times. WHY NOT VET THE DIGITS CLOSE TO THE CHIEFS NOW ?

    Just 5 years ago, a little bird whispered to me that no one was interested in the PDRM SPECIAL BRANCH REPORTS AND NO ACTION TAKEN !

  9. mubarakchan Aug 30,2013 8:41 AM

    Tun

    Sorry. I wish to add, ‘……..Let us hope our gentle Malaysian TPPA negotiators and the PEMANDU 9 CHINESE understand all these and themselves !

  10. mubarakchan Aug 30,2013 8:37 AM

    Tun

    The headline ‘ British Government stunned by defeat ‘ was all over the Net this morning. Finally, the morality and conscience of the British people have caught up with them after being conned to be involved in the Iraq Wars and the Arab Spring. Both brought untold tragedies and eternal unhappiness to an otherwise peaceful group of people, the Arabs. You were right in your many brave comments in your pursuit of peace for all in the Middle East. This British rejection of killing by the force of arms will have a snow-ball effect on the rest of the World. There are so many maxims to describe the desolate scene at the Mother of all Parliaments i) You may con some people some of the time. You may con some people all the time. But you cannot con all the people all the time. ii) Two wrongs do not make a right eg. Arab Spring and Syria. iii) Once bitten. Twice shy.

    This Arab Spring fiasco is turning out to be the greatest disaster in purported humanitarian terms in the history of Humankind – the unlimited use of arms and money to impose one’s will on others do not succeed. This also shows THAT THE HUMAN SPIRIT TO RESIST WILL NEVER DIE ! Let us hope our gentle Malaysian TPPA negotiatiors understand all these and themselves !

Leave a Reply