TOTAL VISITORS FROM 2008:

NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI 20

Artikel in telah disiarkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia , Oktober 20, 2013

1. Dasar kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi (high income country) tentulah diterima baik oleh rakyat. Tetapi kita harus ambil kira kesan pendapatan tinggi, terutama dalam bentuk upah dan gaji kepada kos sara hidup Negara.

2. Apabila upah atau gaji dinaikkan tidak dapat tidak kos barangan dan khidmat akan turut naik. Kenaikan ini akan mengurangkan dayabeli (purchasing power) berbanding dengan pendapatan yang dinaikkan.

3. Kita tahu benar negara-negara yang pendapatan amat tinggi dari segi upah yang diterima tetapi taraf hidup mereka jauh lebih rendah dari kita. Pendapatan tinggi semata-mata tidak bermakna kekayaan dengan taraf hidup yang tinggi.

4. Yang akan menjadi kehidupan kita setaraf dengan negara maju ialah daya beli pendapatan kita yang sama tinggi dengan dayabeli penduduk negara maju. Kenaikan pendapatan tanpa kenaikan dayabeli tidak bermakna sama sekali. Sebaliknya ia akan menghalang pembangunan Negara kearah sasaran menjadi Negara maju.

5. Negara-negara yang ditakrif sebagai negara maju tidak sahaja memiliki pendapatan per kapita yang tinggi tetapi mereka memiliki daya pengeluaran (produktiviti), yang tinggi dengan kemajuan mereka dalam bidang ilmu pengetahuan, kecanggihan dan kebesaran industri serta perniagaan dan perusahaan. Negara mereka dilengkapi dengan infrastruktur yang canggih dan mencukupi untuk keselesaan hidup rakyat serta membantu aktiviti perniagaan dan perusahaan. Infrastruktur ini termasuklah jalan-jalan yang menghubungi semua bandar dan kampung, bekalan api dan air, khidmat pelajaran dan kesihatan dan lain-lain. Banyak terdapat Negara yang berpendapatan amat tinggi tetapi tidak dianggap maju.

6. Kita perlu pisah kemajuan sesebuah negara daripada pendapatannya yang tinggi. Walaupun negara maju biasanya disertai dengan pendapatan yang tinggi bagi semua rakyat, tetapi pendapatan yang tinggi dengan sendirinya tidak bermakna Negara sudah maju.

7. Hasrat Kerajaan tentulah untuk menjadi bukan sahaja negara berpendapatan tinggi tetapi menjadi negara maju dengan kuasa dayabeli rakyat yang tinggi. Untuk ini tumpuan perlu diberi kepada usaha daya keluar (produktiviti) yang meningkat yang akan menyumbang kepada dayasaing (competitiveness) negara. Kenaikan dayasaing Negara-negara Timur inilah sehingga mengalahkan Negara Barat yang menjadikan beberapa Negara Timur maju.

8. Menaikkan pendapatan adalah mudah. Umpamanya apabila gaji atau upah minimum dinaikkan maka matlamat pendapatan tinggi tercapai. Tetapi seperti yang disebut di atas, kenaikan ini tidak menjadikan rakyat lebih kaya, disebabkan dayabeli tidak naik bersama pendapatan.

9. Umpamanya kenaikan upah minima katakanlah dari RM 700/- sebulan kepada RM 900/- sebulan akan membawa dua kesan. Mereka yang sedang menerima RM 900/- sebulan akan kecewa jika upah mereka tidak dinaikkan supaya yang berada di bawah mereka tidak mendapat gaji yang sama dengan mereka. Apabila gaji kumpulan ini dinaikkan maka yang dahulu mendapat upah yang lebih tinggi akan meminta kenaikan supaya jarak yang lama dikekalkan. Akhirnya kenaikan gaji minima kepada RM 900/- akan disusuli dengan kenaikan gaji atau upah di semua peringkat. Kenaikan yang menyeluruh ini tidak dapat tidak akan menaikkan kos pengeluaran semua barangan dan khidmat. Dengan perkataan lain kenaikan gaji dan upah, tanpa kenaikan produktiviti akan menaikkan kos sara hidup.

10. Yang kedua kenaikan gaji dan upah tetap akan menjadikan barangan dan khidmat yang kita beri kurang kompetitif di pasaran dunia. Pelabur tempatan dan asing juga tidak akan melabur dan yang menganggur tidak dapat bekerja untuk sara hidup mereka.

11. Malaysia adalah negara dagang. Pendapatan kita datang dari ekspot barangan, bahan mentah dan khidmat yang dipasar oleh kita. Jika dagangan kita merosot ekonomi kita juga akan merosot.

12. Sebenarnya pendapatan tinggi perlu disertai dengan daya keluar (productivity) yang tinggi. Ini boleh dilakukan dengan menukar industri yang mengguna buruh kasar yang ramai (labour intensive) kepada industri yang lebih canggih yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi. Industri hitech yang memerlukan kecekapan akal fikiran lebih dari kerja tangan akan menghasilkan barangan yang tinggi tambah nilai. Tetapi industri ini memerlukan pekerja yang lebih terlatih, berpelajaran tinggi dan cekap, seperti jurutera (engineer). Gaji mereka (pendapatan) tentulah tinggi yang mana ini menepati hasrat untuk menjadi negara kita berpendapatan tinggi (high income).

13. Untuk mendapat pekerja yang berpengetahuan ini sistem dan kemudahan pelajaran mestilah terdaya untuk mengeluarkan penuntut yang memiliki ilmu-ilmu, terutama sains dan matematik. Untuk ini penguasaan Bahasa Inggeris adalah penting. Penggunaan Bahasa Inggeris untuk sains dan matematik akan menentukan kelayakan seseorang pekerja. Lagi pun Bahasa Inggeris yang sudah menjadi bahasa ilmu terpaksa diguna dalam melatih dan mengajar dan juga memberi arahan untuk membuat kerja-kerja yang canggih.

14. Kefahaman Bahasa Inggeris tetap akan menyumbang kepada penambahan pendapatan. Ini terdapat dimana-mana sahaja.

15. Untuk pengekalan dan perkembangan bahasa kebangsaan, kita tidak boleh guna Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar untuk semua mata pelajaran. Kita perlu hadkan penggunaan Bahasa Inggeris kepada pengajaran sains dan matematik sahaja. Mata pelajaran lain mestilah disampaikan dalam bahasa kebangsaan.

16. Dimasa yang sama penguasaan Bahasa Inggeris perlu ditingkatkan. Pada kebiasaan untuk menuntut ilmu ke peringkat Masters (sarjana) dan Phd (doctorate) penuntut Malaysia kerap ke universiti luar negara. Bahasa pengantar di luar negara ialah Bahasa Inggeris, walaupun ada juga bahasa-bahasa lain yang diguna. Kebanyakan buku teks yang diguna seluruh dunia didapati dalam Bahasa Inggeris.

17. Yang jelas ialah Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu, bahasa dagang dan industri. Jika negara ingin menaikkan pendapatan melalui dagangan dan industri yang canggih dengan nilai ditambah yang tinggi, Bahasa Inggeris amatlah penting dan utama.

18. Oleh itu untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi, langkah pertama ialah peningkatan penguasaan ilmu moden di kalangan rakyat, bermula dari sekolah-sekolah lagi.

19. Etika kerja juga perlu ditingkatkan. Satu contoh berkenaan keburukan etika kerja merosakan ekonomi negara boleh dilihat di United Kingdom. Kerana kesatuan sekerja menjadi begitu kuat sehingga dapat mendiri Kerajaan tuntutan dari kesatuan untuk kenaikan upah melalui ugutan menyebabkan pendapatan naik tanpa kenaikan daya pengeluaran. Akhirnya semua industri British gulung tikar dan ekonomi negara merosot.

20. Kenaikan pendapatan memang baik bagi pekerja dan pengusaha. Tetapi ia bukan sesuatu yang boleh dicapai hanya melalui dasar. Banyaklah yang perlu dipertimbangkan dan diselaraskan jika kenaikan pendapatan tidak akan memburukkan ekonomi Negara dan kemajuannya.

20 thoughts on “NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI

  1. mnos Oct 30,2013 10:53 AM

    salam tun,
    saya orang baru disini.
    komen saya:
    1. negara berpendatan tinggi memang bagus tapi jika dilihat kepada negara-negara dalam kategori ini, kadar pengangguran juga tinggi, ramai yang tiada tempat tinggal milikan sendiri. keperluan kepada peralatan berteknologi tinggi bakal mengurangkan guna tenaga manusia, itu yang berlaku di negara-negara maju hari ini. perlu ada keseimbangan dalam guna tenaga manusia dan guna mesin
    2. kenaikan gaji juga bagus tetapi ia juga diikuti dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, menjadikan kuasa membeli jatuh terutamanya bagi golongan pertengahan dan bawah (majoriti rakyat malaysia) menyebabkan kenaikan tersebut bukan satu nikmat tetapi bebanan pula. ya, bukan mudah untuk mengawal harga semua barangan dan perkhidmatan tetapi perlu ada kawalan dan pemantauan yang amat teliti (sangat susah)
    3.TETAPI, yang paling merisaukan saya adalah mentaliti rakyat malaysia terutamanya golongan belia, saya tidak rasa mereka telah dan sedang bersedia untuk menghadapi gelombang negara maju (walau tidak semua tetapi majoritinya). terutamanya golongan bumiputra, mereka lebih gemar persepsi dan kisah politik berbanding memajukan diri sendiri sebagai persediaan menuju negara maju. ramai yang masih tidak sedar (atau tidak mahu sedar) bahawa ekonomi negara didominasi oleh golongan bukan bumiputra dan juga pelabur asing

    persoalan yang bermain dibenak saya..mampukah rakyat malaysia terutamanya bumiputra (lebih 60% rakyat malaysia) memajukan diri seiring dengan kemajuan negara kerana fakta yang terhidang agak membimbangkan walaupun ada kalangan bumiputra yang sudah berada dalam kategori berpendatan tinggi tetapi peratusannya amatlah kecil.

    terima kasih kerana memberi ruang

  2. musato Oct 29,2013 11:22 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Saya bukanlah expert dalam menilai politik tapi saya agak tertarik berkenaan syarahan Tun pasal Trend Politik dan kesannya pada ekonomi dan sosial.

    Yang mana ia berkenaan antara golongan extremis dan sederhana.Tun kata adalah satu kesilapan kiranya kerajaan memenuhi tuntutan extremis dan berharap mereka berterima kasih selepas itu.

    Cara mengatasinya adalah bekerjasama dengan golongan sederhana bagi menangani extremis.

    Saya kira kerajaan sekarang telah berada IN POSITION bila menang PRU13.Maka tuntutan extremis tak perlu dilayan sangat.Seperti contoh adanya operasi cantas.

    Apatah lagi, Datuk Najib sebagai Perdana Menteri telah memilih haluan yang sederhana.

    Setiap kali dapat jawatan besar, saya selalu perhatikan akan ada penilaian 100 hari. Kadangkala saya tertanya tanya jugak kenapa perlu ada penilaian sebegitu.

    Pada pendapat saya, mungkin ia berkaitan dengan konsistensi berkenaan pentadbiran pengurusan dan matlamat supaya tidak keluar dari arah tujuan.Oleh itu saya harap kerajaan sekarang beroleh konsistensi dalam menangani tren politik sebegitu tidak seperti kerajaan pimpinan sebelum ini.

    Saya kira perlu ada satu kejituan pada kerajaan kerana kerajaan sebegitu tidak boleh bercakap.Can’t speak to much, mungkin kerana ia akan dijadikan modal pembangkang?

    Terima kasih Tun.

  3. musato Oct 28,2013 12:56 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Tahniah kepada kerajaan sebab sediakan peruntukan pada sekolah pondok buat pertama kalinya.

    Walaupun Perdana Menteri tak dapat pergi ke pondok mengajar, biarlah guru guru pondok yang mengajar dan menjalankan tugasnya.

    Begitu juga saya bila hanya mampu mengamalkan resepi bos dan cuma berharap pahala yang dapat dari hasil itu adalah keuntungan berterusan buat beliau.Itu saja yang termampu setakat ini.

    Itulah kata saya apabila bos minta maaf atas kesilapan beliau sendiri menuturkan kata kata dan membuat keputusan.

    Tentang membentuk saya menjadi supervisor, saya tak fikir saya perlukan didikan itu dari bos.

    Bos punya kemahiran mengurus yang silap, bukan saya.

    Saya sekarang bukan level tu dah bos.

    Saya dah memerintah negara dah bos.

    Saya tak perlukan PENDAPATAN TINGGI.

    Terima kasih Tun.

  4. musato Oct 25,2013 9:36 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Pemilihan UMNO dah lepas.

    Memang harap Datuk Mukhriz menang, tapi seperti dijangka beliau kalah setelah bersaing sengit.

    Tepatlah ramalan saya seperti ramalan Tun pada hari raya aidiladha tempoh hari.

    Maka itu perjuangan mesti diteruskan juga untuk 2016.

    Terima kasih Tun.

    p/s wajaperak, saya berborak ngan Tun.saya tak mengata sesiapa.

  5. 2tired Oct 25,2013 10:35 AM

    Salam Tun,

    1. Mukhriz ‘fought a good fight!’ He lost as a Warrior whereas his main challenger triumphed as a Qu**r! God willing, he will secure one of those elusive VP seat in 2016, if he is contesting, as ‘it has been written all over the Wall!’

    2. Back to topic on hand: Due to my profession, every time before I leave home for work, I must remind myself not to overtake, cut, or agitate drivers of MyVi, Kancil, Wira, Saga, Vios (which usually, either ‘hogging’ overtaking lane while driving deliberately slow or driving like a man possessed on emergency lane; as most likely than not, they are government servants), as I fear if I were to knock them, and by fate of God, I will meet them in my daily affairs, I will be dead!)

    3. On the contrary, on weekends and Public Holidays, every time before I leave home for leisure, I have to again remind myself not to overtake, cut, or agitate drivers of Wishs, Alfards, Cayennes, VWs, Audis, SUVs, CBUs, etc. (which usually, either ‘hogging’ overtaking lane while driving deliberately slow or driving like a man possessed on the emergency lane, as most likely than not, they are the same government servants), as I fear I were to knock them, by grace of God, I will meet them in my daily affairs, I will be a dead!)

    4. Alas, my family, siblings, relatives, apeks, nyonyas, ayas, amas, bais, kaurs, and friends at kampongs, towns, estates, etc. unlike those government servants, are working their ass*s off just to have a decent meal a day, and ALL THIS IS IN THE NAME OF ‘NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI.’

    5. BN will lose in GE14, if they continue with their evil ways, as I for one will start praying to God from now onwards to bestow leaders upon me who are God-fearing, and sensitive towards the masses they are leading.
    Sekian, Tun. Wassalam.
    P.s.
    I have nothing against government servants, as my parents (were), siblings, relatives, neighbours, friends, and associates are government servants of Malaysia. However, I have issue with those government servants that the Government of Malaysia is trying its earnest in continuing to elevate their income statuses while not realizing the fact that, “Melayu Raya, Cina Kaya; Cina Raya, Melayu Jiwa” (yet we appear to have never learnt anything, and again, I DO NOT BLAME THE CHINESE TOWKAYs, as it is good businesses for them! I blame Pak Lah and DSN, for Malay like me continuing struggle in life that seem never ending!)

  6. wajaperak Oct 25,2013 9:27 AM

    Assallammualaikum Tun.
    Saya mohon ruangan.

    Musato saya menyampah dengan anda.Betul.
    Anda juga boleh membalas dengan serupa.

    Cuba fikirkan sebagaimana banyak yang di sebutkan di dalam Al Quran tentang mencegah yang mungkar.
    Anti hadith adalah mungkar tetapi anda diam sahaja.
    Abdul Rahman yang enggan menggunakan nama Abdul anda diam sahaja.
    Satu pesanan saya kepada anda..

    ““Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya;”

    Ayat Al Quran ini tentang apa ye?..

    Saudara Musato saya rasa telah tiba masanya anda bunuh ular dalam kain sendiri..
    Jangan sebok memperkatakan ular di dalam kain orang lain..

    Terima kasih.
    Terima kasih Tun.

  7. musato Oct 25,2013 12:04 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Berkaitan semua orang inginkan berpendapatan tinggi dengan misalnya barang tak naik harga, saya mempunyai satu masalah yang mana ia mengingatkan saya kepada sejarah Tun memecat Anwar Ibrahim.

    Menjadi Perdana Menteri juga adalah satu cita cita untuk berpendapatan tinggi dengan misalnya tak perlu jaga rakyat dan negara kan?

    Maka saya merasa juga Kamus Islam (MegaAgama Utusan selasa 22 okt 2013) membawa maksud yang lebih kurang sama. Iaitu bukan mudah melaksanakan sesuatu bagi mengelakkan orang tidak dapat berpendapatan tinggi seperti yang dihajati.

    ILMU LADUNI

    Laduni atau ilmu laduni adalah ilmu kurniaan Allah SWT kepada seseorang yang soleh melalui ilham dan tanpa dipelajari terlebih dahulu sebagaimana lazim.

    Ini bukanlah hasil daripada proses pemikiran atau proses pembelajaran,tetapi sepenuhnya bergantung kepada kehendak dan kurniaan Allah SWT.

    Menurut ilmu tasawuf,terdapat tiga alat komunikasi yang ada dalam diri manusia iaitu hati nurani (kalbu) yang digunakan untuk mengetahui sifat-sifat Allah SWT, roh untuk mencintaiNya dan sirr (rahsia) untuk musyahadah kepadaNYa.

    Maksud musyahadah ialah menyaksikan keindahan,kebesaran dan kemuliaan Allah SWT secara yakin sehingga tidak dapat dijelaskan oleh nafsu amarah.

    Maksud hati nurani bukanlah sekeping daging yang ada dalam diri manusia,tetapi sesuatu yang mempunyai potensi untuk mengetahui segala sesuatu.

    Hati,roh dan sirr telah disucikan dan dibersihkan daripada segala hal yang kotor dan buruk, lalu diisikan dengan zikir.Maka nur ketuhanan akan dilimpahkan ke atas hati yang telah suci itu.

    Para sufi mengaitkan kewujudan ilmu laduni dengan merujuk kepada Al Quran surah al Kahfi ayat 60 hingga 80 yang memaparkan beberapa episod tentang kisah Nabi Musa a.s dan Nabi Khidir a.s

    Terima kasih Tun.

  8. sibotak Oct 24,2013 9:10 AM

    Fahaman bahasa english perlu
    Ternyata negara barat / english mempunyai ilmu sains ,teknologi & pelbagai
    Nak belajar ilmunya kena belajar bahasanya dahulu
    Nak menyamun kena cari guru penyamun, nak berjudi kena cari guru judi
    Nak dunia & akhirat kena baca Al Quran & faham akan isi kandungnya sekali
    bukan setakat bacaan yg sayu
    Pepatah Lama
    Lebih besar periuk lebih besar kerak
    Maknya lebih banyak masuk lebih banyak keluar
    Masa beredar sekarang ada teknology masak besar macamana pun
    ada cara nak mengurangkan keraknya
    Apa guna pendapatan yg besar jika hujungnya sama juga
    Keresahan hari sehari dengan kos kos yg meningkat
    Tangan kanan belum masuk tangan kiri kena keluar wang

    Zamansekarang mengunakan akal dari tenaga
    Kerajaan perlu mempunyai infrastructure yg bijak
    Bijak bagi membendung keuntungan pada kerajaan & rakyat Malaysia
    Bukan hanya membuka perluang pada perlabur asing
    JANGAN Kerajaan & rakyat hidup sensara
    Pelabur asing bertambah kaya lama kelamaan Kita pertuankan dia

    Susah nak faham permikiran saya pada yg tidak memahami
    Saya berulang kali prihatin persoalan perlabur asing
    Apa gunakan Pembangunan jika Pembangunan ini BUKAN milik kita
    Kita hanya menang Shiok….. saja
    Kan lebih Indah beratap nipah , berkaki ayam , bernasi ikan asin
    Namun Tanah & Hak masih milik kita
    KITA MASIH TUAN RUMAH

  9. balance Oct 23,2013 7:01 PM

    Karl October 23, 2013 at 12:31 PM | Permalink

    What you say is so true but what can you do about it. Its a sad story that people or politicians say and people listen and why they say that is the question. I think you know the answer and the answer is most probability who make the money or who do the job or who take the risk. Believe in oneself is better then living someone else dream. You are a wise person to understand this gimmick.

  10. Karl Oct 23,2013 12:31 PM

    Salam Tun,

    saya berpendapat konsep ‘pendapatan tinggi’ dan ‘kekayaan’ telah direkayasa sebegitu rupa untuk kelirukan bukan sahaja rakyat, malahan termasuk juga para pentadbir ekonomi kerajaan.

    Untuk ‘cepat kaya’ di alaf baru ini, terlalu banyak penipuan dan pembaziran yang orang lakukan kununnya atas landasan perniagaan @ entrepreunership yang bertujuan tak lain bukan hanya untuk mengkayakan golongan sasar sahaja. Dari sektor pertanian hinggalah ke sektor pembinaan, pembuatan, kesihatan, pendidikan, ipelaburan kewangan dan sebagainya.

    Satu contohnya dalam bidang pertanian – industri kelapa sawit bukanlah suatu yang sesuai untuk pekebun kecil memandangkan modal operasi yang tinggi dan waktu matang tuai yang lama. Namun idea ini disogok kepada petani Melayu yang sedia miskin – dengan dijanjikan oleh kerajaan kemudahan subsidi tunas, baja, racun dll. Habislah ‘landbank’ tanah pertanian Melayu dijadikan ‘tapak’ oleh syarikat besar untuk memperolehi buah sawit.

    Syarikat besar ini tidak ambil apa-apa risiko pertanian seperti masalah kesihatan, cuaca, peningkatan harga baja dan racun serta tanam semula – mereka dapat buah sawit yang sudah siap dituai oleh pekebun kecil. Apabila harga minyak sawit turun akibat mainan traders di bursa, yang menjadi mangsa nanti ialah pekebun kecil. Mau tak mau, akhirnya kerajaan jugalah yang terpaksa keluarkan modal untuk subsidi baja dan racun kepada pekebun kecil. Siapa sebenar yang untung dan kaya dalam permainan ini, tidaklah sukar untuk diteka.

    Apalah maknanya jika Malaysia tersenarai sebagai negara kaya dan maju, kalau hampir semua kekayaan dimonopoli oleh golongan sasar sahaja? Bolehkah pekebun kecil Melayu mempunyai ‘purchasing power’ seperti yang Tun cakap tu?

  11. sibotak Oct 23,2013 9:50 AM

    Malaysia Bolih !
    Malaysia Jangan !
    Jangan bawa masuk Penjajah Ekonomy yg berakhir menjadi Penjajah Politik
    Menizinkan Pelabur Asing beli tanah secara Freehold akan mengkuburkan anak Bumi

  12. sibotak Oct 23,2013 9:45 AM

    Kalau saya PM Malaysia
    Saya akan tumpukan apa yg ada pada kita
    Gunakan sebaiknya , memunafaatkan setiap apa adanya
    KESEDERHANAAN ADALAH KEUTAMAAN & TUJUAN
    Saya tak sangat bergantung pada Dunia Luar
    Dunai Luar mengelirukan merugikan
    Biar saya digelar katak bawa tempurung
    Asalkan Aman
    Gelokan Dunia luar sudah ternayata banyak menghampuskan nilai nilai hidup

  13. Tun Perak Oct 23,2013 5:24 AM

    Salam Tun.

    Memang benar negara berpendapatan tinggi sewajarnya lebih produktif. Kenaikkan gaji dan upah wajar diselaraskan dengan kenaikkan produktiviti. Kenaikkan kos wajar diselaraskan dengan perubahan cara pengurusan sesebuah perniagaan.

    Perubahan fundamental kepada perubahan produktiviti dan pengurusan adalah perubahan ilmu pengetahuan. Sewajarnya, anak Malaysia dilatih dengan Bahasa Inggeris terutamanya di dalam bidang Sains. Malahan di Jepun, translasi bahan akademik daripada Bahasa Inggeris – kertas journal dan konference terpaksa dan banyak dilakukan.

    Dari segi pendidikan di Malaysia pula, negara masih lagi belum mempunyai “critical mass” yang boleh melonjakkan produktiviti dari segi multi-discipline engineering, system engineering dan juga production engineering. Ilmu untuk kepelbagaian bidang ini masih lagi dikuasai barat dan timur jauh. Untuk mendapat ijazah kedoktoran di dalam bidang kejuruteraan, pelajar wajib menerbitkan artikel di journal luar negara yang menggunakan bahasa Inggeris. Agak malang juga sekiranya pelajar terpaksa belajar untuk menguasai bahasa Inggeris di samping cuba untuk menguasai experimen dan ilmu untuk menerbitkan sesuatu yang baru atau “novel”. Ini ditambah pula dengan kesukaran untuk menerbitkan artikel di journal terkemuka. Daripada keseluruhan kertas yang dihantar dari seluruh dunia, hanya 20% sahaja yang diterbitkan. Kerana itu, ramai pelajar ijazah kedoktoran , bangsa Melayu khususnya gagal, terutamanya apabila belajar di Eropah dan Jepun.

  14. 8tuk Oct 23,2013 4:38 AM

    Salam Tun,

    Saya tidak bersetuju dengan Tun. Dengan menggalakkan gaji minima, memang harga barang akan naik tetapi saya percaya rakyat Malaysia akan dapat membuat lebih banyak pilihan untuk bekerja. Contohnya sewaktu saya belajar di Australia dahulu, saya menyara hidup saya dengan bekerja di restaurant. Ini kerana gaji minima yang saya terima sudah cukup untuk menyewa flat 1 bilik dan hidup sederhana. Kerajaan harus menggalakkan gaji minima, mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing dengan menaikkan visa pekerja asing. Dengan ini saya percaya lebih ramai rakyat malaysia akan bekerja di bidang2 seperti pertanian, pembuatan, restauran dan perkilangan. Sekarang ini bidang2 itu agak kurang diminati oleh rakyat tempatan kerana ramai yg berfikiran kerja di bidang2 itu tidak dapat bayaran yg setimpal. Dengan gaji minima, diharap ramai rakyat tempatan mahu bekerja. Dengan berkurangnya pergantungan kepada rakyat asing juga hasil negara akan terus berada di dalam negara. Misalnya, rakyat asing lazimnya akan menghantar wang gaji mereka ke luar negara dan perbelanjaan mereka di dalam negara amat kurang. Jadi saya harap kerajaan dapat menaikkan gaji minima dan kurangkan pergantungan kepada pekerja asing.

  15. ayahchor Oct 22,2013 10:43 PM

    YABhg Tun,
    Negara berpendapatan tinggi? Sedap didengar tetapi ramai yang tidak begitu faham. Maksudnya, rakyat Malaysia berpendapatan tinggi dan banyak wang serta dapat beli apa saja yang diinginkan. Sekarang ini pun rakyat Malaysia sudah pun mendapat pendapatan tinggi, tetapi ramai antara mereka yang sudah mula lupa…
    Masih ingatkah Tun dalam tahun 50an semasa harga getah melabong naik sehingga dua ringgit sekati. Penoreh getah Melayu sudah merasa pendapatan tinggi dan menjadi gila-gila berbelanja sehingga ada yang membeli peti ais sedangkan di rumahnya tidak ada bekalan elektrik…
    Begitulah nampaknya bandingan. Sebahagian besar golongan Melayu yang sudah lupa, melihat keadaan sara hidup semakin tinggi sekarang. Ramai pula yang menyalahkan kerajaan!
    Bagaimanakah caranya negara untuk mendapat pendapatan tinggi. Saya berfikir tentang orang kampung, penoreh getah, kelapa sawit atau penanam padi. Sekilo getah tidak dapat membeli segantang beras. Sekilo ikan bilis berharga RM30.00
    Kita mempunyai tanah rezab Melayu dan anggaran aset tidak kurang daripada RM60 billion. Kita melalak-lalak dengan kempen transformisi. Bila agaknya tanah-tanah rezab Melayu boleh ditransformasikan sebagai cagaran Melayu berpendapatan tinggi. Lihat sahaja Kampong Baru Kuala Lumpur sukarnya hendak ditranformasikan sebagai aset Melayu. Kita juga sedang menghadapi penghijrahan belia ke bandar-bandar dan kampung-kampung tradisi Melayu diancam kepupusan. Saya kira dasar negara berpendapatan tinggi “kokok lalong ekor main……”

  16. mokhtar Oct 22,2013 1:32 PM

    salam Tun,

    – apalah sangat glamor dengan ‘ negara pendapatan tinggi ‘ sekiranya rakyat jelata masih perlu bermacam-macam subsidi untuk hidup. mungkin ego boasted untuk pemimpin-pemimpin sahaja. tidak paya la pemimpin taksub dengan tag ‘ negara pendapatan tinggi ‘ , berilah tumpuan memperkasakan pempelajaran untuk semua rakyat dengan sendirinya negara akan mencapai kemajuan.
    – telah terbukti semua negara-negara yang maju dalam tamadun dunia mempunyai
    rakyat yang berpelajaran / ilmu tinggi. mereka pergi jauh untuk mendapat ilmu dalam berbagai-bagai bahasa bukan setakat bahasa ibubonda sahaja.negara saperti Japan, Korea, Taiwan, PRC menghantar beribu-ribu rakyat mereka ke USA dan EU untuk mendapat ilmu. kesemua pembelajaran dalam bahasa ‘ orang putih / mat saleh ‘
    – bila kita ada polisi yang baik saperti PPSMI untuk memperkasakan pembelajaran, atas pertimbangan politik PPSMI di mansuhkan.siapa yang mansuhkan? pemimpin politik daripada keturunan bangsawan dan juga autocrat yang takut anak-anak orang bawahan, anak kampung, petani, nelayan , penoreh getah lebih pandai dan cerdik dan akan mengambih alih pemerintahan saperti yang dilakukan olih Tun. mereka pastikan pisang tidak akan berbuah dua kali.
    – ini adalah common polisi untuk memastikan hanya keturunan mereka yang bolih memerintah saperti di negara Thailand, Singapura, Philippine dan juga Indonesia. siapa yang bodoh? …………yang pastinya bukan depa. anak mereka kesemuanya bolih bertutur bangsa orang putih dengan baik, pi sekolah antarabangsa, belajar di universiti orang putih..universiti tempatan untuk anak tani sahaja.boleh bertutur one, two three and how are you? sudah best.
    – orang Cina yang mempunyai kemampuan kewangan, tumpang sekaki untuk menjayakan dalam polisi ini…cuba check siapa yang mendirikan international schools dan universiti-universiti swasta dan siapa penuntut-penuntutnya.
    – agenda tersirat ……

  17. sitinur Oct 22,2013 11:34 AM

    Assalamualaikum…
    maaf cakap ….pemimpin la nak glemer lebih dari keje lebih mcm 3 pm sebelom ni..(sori tak masuk yg pertama)..tah apa istimewa pendapatan tinggi…pendapatan tinggi sara idup tinggi..lelama ada yg duk bawah jambatan….o..yg pm kata bantuan buat rumah pasang siap ke apa ke…tp tuk org yg kawin…abih yg kertu yg tak de jodoh kat dunia nih nak duk kat ana….hostel tuk org kertu pon takde….

  18. shahrulnizam Oct 21,2013 11:05 PM

    mungkin pendapatan tinggi hanya untuk golongan sasar sahaja… seperti non-bumi??

  19. loveDrM Oct 21,2013 6:19 PM

    salam Tun

    PPSMI demi memandaikan Melayu dalam bahasa Inggeris

    maka menjeritlah pejuang bahasa bahawa Korea dan Jepun maju tanpa belajar Sains dan Math dalam bahasa inggeris.

    Maka PPSMI dimansuhkan…

    Negara kita ada dua jenis pemimpin :

    1.Pemimpin yang berfikir untuk jangka masa panjang seperti Tun

    2.pemimpin yang berfikir utk jangka masa pendek spt dot dot

    Ketika Melaka menjadi empayar,jutaan warga asing belajar bahasa Melayu..

    Ketika era Golden Age tamadun Islam,cendekiawan Eropah dan Barat belajar bahasa arab kerna itulah bahasa ilmu.

    Kini ,hakikatnya Inggeris adalah bahasa antarabangsa dan majoriti buku Sains dan Math dalam Inggeris.

    Maafkan saya,hakikatnya setelah Tun bersara,negara ini semakin caca merba.Ekonomi terus merudum dan jenayah semakin meningkat.Harga barang mencanak naik seakan negara tiada pemimpin yang berkuasa.

    Ikan selar kuning RM2 sekilogram di zaman Tun kini mencecah RM8 .Zaman Tun tiada peniaga tamak haloba boleh menaikkan sesuka hati,hatta yang mengugut bakar anak ayam pun Tun tidak izinkan agar harga ayam dinaikkan.

    Tun menjadikan rakyat negara berpendapatan tinggi dan harga barang murah,kini pula negara menjadi sebuah negara bergaji rendah dan harga barang semakin tinggi dan melambung tanpa kawalan.

    Apabila harga gula dinaikkan,Menteri memberi alasan penyakit kencing manis semakin banyak.Mengapa tidak naikkan harga batu nisan kerna setiap hari manusia mati?

    Kami rakyat Malaysia merindui zaman pemerintahan Tun.Pemerintah kini hanya terkenal dengan slogan dan moto itu ini,namun pengisiannya sampah.Maaf,itulah hakikatnya.

    Zaman pemerintahan Tun,walaupun bergaji RM1000,kami mampu makan di restoran seminggu sekali dengan pelbagai makanan lazat dan berkhasiat.Hari ini,mahu makan luar sekali dalam sebulan pun berfikir puluhan kali dan terpaksa mengorek tabung anak-anak.

    Kita mahu negara kita maju mengikut acuan sendiri,bukan maju seperti Amerika di mana 40 juta rakyatnya homeless dan tidur di bawah jambatan dan kaki lima.

    terima kasih Tun…22 tahun di bawah pentadbiran Tun adalah kenangan paling manis dalam kehidupan.

    1000 tahun akan datang ,kami tidak akan lupakan jasa dan pengorbanan Tun.

    Salam Isnin 16 Zulhijjah 1434 hijrah..

    P/S : Moga Allah SWT sihatkan Tun dan panjangkan usia Tun….amin

  20. hafizkenedelete Oct 21,2013 5:25 PM

    Salam Tun,
    Salam warga Chedet.
    Izinkan menulis sepatah dua…

    Terima kasih Tun atas artikel berbahasa Melayu ni,Hehe, memang betul cakap Tun, kalau tak menguasai Bahasa Inggeris memang susah nak berurusan… Orang macam saya ni yang tak fasih Bahasa Inggeris, agak susah nak bertekak dengan orang2 tertentu, sekadar faham memang tak xcukup, mesti faham dan fasih bertutur baru ok.

    Dan yang macam Tun cakap ,tak guna jugak kalau pendapatan tinggi kalau tak ada kuasa membeli (purchasing power). Maklumla Malaysia ni, bila gaji atau pendapatan rakyat marhaen naik, maka peniaga2 cina (yg ikut merit) terus naikkan harga barang, walhal gaji naik takda kaitan pun dgn diorang (semata2 hati busuk sebab kaum pekerja melayu naik gaji).
    Memang la tak jadi apa kat Malaysia ni kalau sikap peniaga2 terus macam ni.

    Nasib baik la Kerajaan ada macam2 rancangan untuk peniaga kecil dan sederhana, maka produktiviti dapat ditingkatkan, jadi orang2 melayu yang berpendapatan rendah boleh la beralih arah ke bidang perniagaan pulak, kurang2nya tak payah nak harap gaji sangat, lagipun Syarikat2 orang cina tak suka ambik orang melayu kerja, mjadi baik kita meniaga, boleh naikkan ekonomi sendiri, keluarga an ekonomi negara.

    Nanti da senang sikit, hantar la anak2 sekolah Tinggi2, belajar bahasa Ingeris, Mandarin , Arab, Latin, etc. Kurang2nya generasi akan datang boleh mula merampas balik penguasaan ekonomi dari kaum tertentu.
    Buktikan yang Melayu lebih rajin, lebih gigih dan lebih bijak dari kaum yg angkuh tu.

    Sekian ,
    T.kasih Tun.
    Dari peminat Oh My English.

Leave a Reply