TOTAL VISITORS FROM 2008:

Orang Halus dan Hantu Jembalang 22

1. Filem dan T.V. cerita yang paling popular di kalangan orang Melayu ialah berkenaan dengan hantu, pelesit, orang halus dan berbagai-bagai makhluk ghaib. Mereka bukan sahaja suka lihat dan dengar cerita-cerita berkenaan makhluk ghaib ini tetapi mereka amat mempercayai adanya makhluk ini dan kuasa luar biasa mereka ke atas manusia. Mereka diberi kuasa yang kadang-kadang menyamai Tuhan yang mereka sembah. Mereka mencari jalan supaya dilindungi dari makhluk ghaib. Dalam usaha ini mereka kerap mengguna doa dari agama Islam yang mereka anuti. Walaupun mereka percaya Allah S.W.T. boleh melindungi mereka tetapi kepercayaan bahawa makhluk ini juga memiliki kuasa ke atas mereka bertentangan dengan ajaran Islam yang menekankan bahawa hanya Allah S.W.T sahaja yang berkuasa ke atas segala-gala yang ada di dunia dan akhirat.

2. Kerana percaya akan kuasa makhluk ghaib ini mereka sering mengadakan acara yang dicampur aduk dengan agama yang kononnya boleh melindungi mereka daripada diserang oleh hantu jembalang dan orang halus.

3. Dalam Al-Quran tidak ada disebut berkenaan hantu dan orang halus. Yang disebut dalam al-Quran ialah shaitan, iblis dan jin yang suka memesongkan orang Islam daripada membuat suruhan Allah S.W.T. Iblis dan shaitan boleh disangkal dengan membaca ayat-ayat tertentu yang boleh mengukuhkan semula iman dan pegangan kepada ajaran Islam.

4. Di masa-masa yang lampau ini kita dapati ramai yang berusaha untuk melindungi pejabat dan hospital Kerajaan dari hantu dan orang halus. Acara ini termasuklah menanam telor, menyimbah air dan membaca doa-doa tertentu yang telah dikenalpasti oleh bomoh-bomoh. Ada juga yang menanam botol air di sudut-sudut tertentu bangunan berkenaan.

5. Yang anehnya Mat Saleh yang tidak percaya kepada hantu dan orang halus ini tidak dikacau oleh makhluk-makhluk ini. Mereka tidak perlu jampi dan simbah air di keliling bangunan-bangunan mereka.

6. Saya ingin tahu dari ulama-ulama akan kebenaran adanya hantu dan orang halus ini. Dari mana mereka datang. Apakah kedudukan mereka dalam agama Islam. Jika kita percaya mereka berkuasa dan kita perlu layan mereka jika ingin selamat, apakah tidak kita memperduakan Allah S.W.T. atau memberi kuasa kepada yang lain dari Allah yang kita sembah?

7. Saya percaya akan kejahatan manusia dan betapa ganasnya mereka. Tetapi saya tidak percaya dan tidak takut kepada orang halus atau lain-lain makhluk ghaib. Saya juga tidak percaya ada cara untuk jadi kebal dari tikaman dan peluru.

8. Dengan kenyataan ini akan adalah percubaan oleh orang tertentu dengan “ilmu ghaib” mereka untuk mengajar saya. Saya cuma akan menuntut pertolongan dari Allah S.W.T terhadap orang seperti ini.

22 thoughts on “Orang Halus dan Hantu Jembalang

  1. wajaperak Dec 27,2013 6:34 PM
    Assallammualaikum Tun.Mohon ruangan.[Malaysia Bagus Apa yang saya tulis tu ialah berkenaan peristiwa sejurus sebelum penghijrahan (exodus) Musa a.s.dan kaumnya yg dirujuk oleh ayat 133-135, surah al-Araf. Baginda telah menyuruh kaumnya, bani Israil, mencalit darah kambing ke ataspalang pintu rumah bagi mengelak bala wabak kematian kepadafirst-born setiap isi rumah di negara Firaun]Tuan.Inilah saya takuti.Mari kita ambil contoh dari ayat Al Quran ini. Surah AlA’raaf. Ayat 48.Dan orang-orang yang berada di atas tembok Al-Aaraaf menyeru beberapa orang (Ketua kaum kafir) yang mereka kenal dengan tandanya.Konteks ayat Al Quran ini sebagaimana ayat lain ialah tanda-tanda tertentu sebagaimana orang munafik itu boleh di kenali.Tapi konseptualnya tidaklah boleh di pakai secara sembarangan.Mari kita ambil contoh yang mudah dari penulisan Musato.Jika diambil pengertian kesufian,Musato ini orang yang sombong.Dia memperkatakan pelbagai konsep tasauf dan kesufian tetapi dia gagal memahami apakah yang di maksudkan oleh Imam Al Ghazali tuan guru kesufian tentang”Aku memburu di kala syaitan sedang lengah”.Sebagaimana kita maklum,Syaitan tidak pernah lesu,lengah dan lelah dalam menghasut dan memperdayakan manusia melainkan dalam 3 keadaan.

    1) Syaitan menjadi lemah bila manusia bersujud. Aku di suruh sujud oleh Allah tetapi aku engkar. Manusia bersujud bila di perintahkan Allah.( Syaitan lamented this very aspect and this is what Imam Ghazali meant.Make the most from the prostration when syaitan cannot touch you )

    2) Every time we repent and cried our tear’s for Allah, syaitan wails in despair.All his evil deed have come to nought. This is again the proper time to hunt all Allah bounty when syaitan is in despaired and kept at bay.
    3)And last but not the very least is you sat aside with the one who always keep his heart open even when his eyelid close or sleep .He will untangle and unravel all the web of deceit syaitan have woven for us.Again this very concept escape Musato comprehension let alone his ability to conversate eloquently like you and me who was pitied by Allah.I am very much scared the way you have learned and claimed it as so.For the last 13 years when I attended Tadarus Al Quran, the conceptual aspect is the one I am very much wary of it’s pitfall.I am in no way of saying you erred in judgement.I am very much afraid that even Tafsir Khazin does not cover such massive ground.May we come to proper conclusion.Thank you sir.Terima kasih Tun.

  2. Malaysia Bagus Dec 27,2013 10:14 AM

    Salam Tun, untuk Admin blog Chedet. Nampaknya blog pun dah
    kena tempias makhluk halus, hingga mesej saya dan mesej sibotak
    berjamak tanpa disuruh 🙂
    ——————————————- Saya ulangi mesej untuk
    wajaperak seperti berikut:- Salam Tun, kepada wajaperak,
    terimakasih tuan kerana bertanya. Apa yang saya tulis tu ialah
    berkenaan peristiwa sejurus sebelum penghijrahan (exodus) Musa a.s.
    dan kaumnya yg dirujuk oleh ayat 133-135, surah al-Araf. Baginda
    telah menyuruh kaumnya, bani Israil, mencalit darah kambing ke atas
    palang pintu rumah bagi mengelak bala wabak kematian kepada
    first-born setiap isi rumah di negara Firaun. Rujukan tambahan
    di sini

  3. Malaysia Bagus Dec 27,2013 9:13 AM
    DEFINITELY ANY GOVT NEEDS REVENUE SINGAPORE GOVT TAKES IT ALL AT EVERY INCH OF REVENUE EVERY SINGLE INCH EVERY SINGLE SPACE THE AIR, LAND & SEA EVERY INCH OF SINGAPORE LAND THE GOVT ABSORB AS NO BODY BUSINESS AS SINGAPOREAN ARE UNABLE TO VOICE FOR DEMOCRACY UNLIKE WE MALAYSIA REASONS FOR THEIR ABILITY TO INVADE JOHOR THROUGH BUYING OF VAST LAND IN JOHOR VIA PAK LAH STUPIDITY& CLUMSY ACT PROJECTS OF IDR MALAYSIA DID NOT COLLECT MUCH REVENUE FROM FOREIGN WORKERS IN SINGAPORE THE MINISTRY OF MANPOWER INCREASE THE WORK LEVY FROM $600 -/ PER MONTH TO $1000-/ PER MONTH PER PERSON THE FOREIGN WORKERS ARE SQUEEZING THE LIFE OF SINGAPOREAN & THE GOVT GETS THE CREDIT WHAT DID MALAYSIA MANPOWER DO ? THE MALAYSIA GOVT SITS ON IT & RUB THEIR BALLS DO WE TAKE VEHICLE PERMIT LEVY FOR FOREIGN VEHICLES ? DO WE TAKE TAXES ON AGRICULTURE PRODUCE FRUITS & VEGETABLES& PERISHABLES PRODUCE ? WE DON,T BUT THEY TOOK OUR REVENUE FOR IMPORTS TO SINGAPORE 7 % GST OF MALAYSIA PRODUCE ? THERE A LOT MORE OF MALAYSIA POLITICAL STUPIDITY SELLING OF OUR LAND FOR FREEHOLD IS NOT A REVENUE IT,S SELLING OUR HONOR SELLING HONOR IS PROSTITUTION UMNO GOVT WILL COLLAPSED & BANKRUPT ITS A MATTER OF TIME AS THERE ARE NO RIGHT , HONOR REPRESENTATION IN UMNO SAYA KASIHAN LIHAT BANGLA, INDON & PERKERJA ASING MEMBANGUN BERKERJA DI MALAYSIA TAPI SAYA LEBIH SEDIH MELIHAT ANAK BUMI MALAYSIA MEREMPAT DI TANAH SENDIRI LIHAT SAJA DI JOHOR , SUDAH BANYAK TANAH BUMI DI GADAI ANAK BUMI MALAYSIA MASIH BERTUANKAN ORANG ASING NAMUN MUNGKIN INI SUDAH DITAKDIRKAN ATAU SEMEMANG NYA ANAK BUMI TIDAK BERGUNA

    Salam Tun,

    kepada wajaperak, terimakasih tuan kerana bertanya.

    Apa yang saya tulis tu ialah berkenaan peristiwa sejurus sebelum penghijrahan (exodus) Musa a.s. dan kaumnya yg dirujuk oleh ayat 133-135, surah al-Araf.

    Baginda telah menyuruh kaumnya, bani Israil, mencalit darah kambing ke atas palang pintu rumah bagi mengelak bala wabak kematian kepada first-born setiap isi rumah di negara Firaun. Rujukan tambahan di sini

  4. Mengapalah_Begini Dec 27,2013 12:35 AM
    Y. Bhg. Tun, Apa Khabar Y. Bhg. Tun? Harap sihat-sihat aja.Y. Bhg. Tun, di dalam dunia ini, macam-macam jenis orang ada. Kamipatut belajar daripada Y. Bhg. Tun. Tentang ilmu-ilmu begini,sebenarnya kebanyakkan orang-orang ini mahu menjadi Ilmuan. Tetapidisebabkan pembawakan diri mereka sendiri, mereka telah menjadiHalimunan dan ada yang Menganiaya Orang. Ada yang puja Itik, pujaAyam, puja Cicak, puja Kelkatu, hantar Suara Jin pun ada, hantarbunyi ‘Hammer’ cara ghaib pun ada, hantar bunyi Enjin Kereta punada, hantar bunyi Enjin Motorsikal pun ada. Saya pernah mengenaliseseorang dah lama juga. Saya pernah bertanya dia, dia bekerjasebagai seorang pembantu Makmal di dekat IPTA di Kuala Lumpur. Masaitu dia sedang berada di dalam kereta seorang diri, saya perasandia sedang bercakap, di sebelah tempat duduk dia tidak ada orang,di tempat duduk belakang juga tidak ada orang. Telefon bimbit pulatiada ‘Handfree’. Saya hendak keluar makan dengan seorang kawansaya, nama dia Ahmad Farid (Ahmad Farid ini, badan diagempal-gempal sedikit macam Hulk Hogan, tinggi dia sikit daripadaPak Cik Jamal Kerdil, lebih kurang dalam 8 inci”). Dia Tutor diIPTA berkenaan. Saya tanya orang yang di dalam kereta tadi, keranasudah kenal, saya bertanya, dia bercakap sama siapa? Dia kasitahusama saya, ‘Adalaaaaaaah’. Dia bercakap sama ‘Adalah’? Saya diamajalah. Mulut dia kumat-kamit seorang-seorang di tempat orang lalulalang. Macam-macam perangai ada. Walau apa pun saya sentiasamendoakan agar Y. Bhg. Tun sihat walafiat. Terima kasih Y. Bhg.Tun. Daripada, Peminat Sukan Berkuda Seksyen 6, WangsaMaju.
  5. wajaperak Dec 26,2013 10:58 AM
    Assallammualaikum Tun.
    Saya mohon ruangan.

    [Malaysia Bagus
    Dalam Quran juga ada kisah Nabi Musa yang melakukan upacara yang pelik untuk elakkan satu wabak plague (ghaib) yang turun dari langit.]

    Tuan..
    Saya tidak menjumpai secara ‘kontekstual’ ayat Al Quran tersebut.
    Mungkinkah ianya secara ‘konseptual’?
    Harap mendapat penjelasan.
    Terima kasih.

    Terima kasih Tun.

  6. Malaysia Bagus Dec 25,2013 1:32 PM
    Salam Tun,

    saya ingin komen tulisan Tun secara poin demi poin:

    1. Pengarah filem hantu akan buat sebaik-baiknya supaya penonton rasa puas dan terhibur, termasuklah mengguna special effects dan make-up. Untuk tujuan tersebut, kebolehpercayaan skrip dan lakonan adalah penting dan disengajakan.

    2. Upacara keagamaan samada Islamik atau bukan-Islamik yang diselitkan dalam filem hantu adalah indikasi bahawa majoriti manusia masih meminta perlindungan dari Tuhan yang mereka sendiri tak nampak.

    3. Jinn adalah perkataan Arab yang bermaksud sesuatu yang tersorok dan terlindung dan disebut di dalam alQuran sebanyak 51 kali, manakala Ibliss 11 kali, ‘Ifreet 1 kali, Jaan 7 kali, Shaitan 138 kali. Majnoon atau orang gila pula disebut 11 kali di dalam alQuran, kedudukannya yang ‘tie’ dengan Iblis buat saya senyum sendiri. Hehe

    4. Upacara memagar rumah atau bangunan adalah satu amalan biasa dalam masyarakat Melayu dan ianya telah terbukti berkesan. Anggaplah ianya satu invisible shield yang mengguna frequency tertentu untuk melindungi dari kejahatan manusia. Teknologi sains masih belum dapat menghurai fenomena ini, tapi tak bermakna ia tak wujud. Ibu saya pernah beritahu saya bagaimana dia dan bapanya berlindung hanya di sebalik sekeping daun+ayat_Quran yang menjadi perisai menghalang dari dihidu atau dilihat oleh seekor harimau yang mengganas di hutan Kayan. Dalam Quran juga ada kisah Nabi Musa yang melakukan upacara yang pelik untuk elakkan satu wabak plague (ghaib) yang turun dari langit.

    5. Mat Saleh di New York, US dan Melayu di Kokdiang, Kedah dipengaruhi oleh budaya dan suasana setempat yang jauh berbeda. Maka begitu juga mengikut lokasi, varian hantu dan manusia berlainan rupa – ada yang blonde, brunette, renjong, ketot, afro, mancung, pesek, sexy, seksa dan memacam ragam.

    6. Orang yang betul kenal Allah di dunia ini lagi, dia tak akan pernah syirik dan dia adalah orang yang berjaya mencapai maqam nafs Mutmainah. Tapi bagi yang tak kenal Allah sewaktu masih hidup, bila mati nanti dia akan kenal juga. Itu yang dikatakan bahawa Islam is the Freedom of No Choice. You have no choice, but to go with Allah.

    7. Virus avian flu contohnya juga adalah makhluk halus – ada yang airborne terapung secara ghaib di udara – dan kita harus tahu bagaimana untuk mengelak dari terjangkit dan memagar diri sebelum kena. Protection is better than cure. A’uzubillah .. we seek protection (refuge) in Allah …

    8. Dalam soal ghaib ini, kita semua memohon pertolongan dan perlindungan dengan Allah S.W.T melalui ilmu dan amalan yang terdapat di dalam alQuran dan diajar oleh para Rasul, Nabi, Imam, Wali dan bukannya percaya kepada pawang, bomoh, ustaz, doktor dan mereka yang tiada izin membantu kita dalam hal ini.

    To whom it may concern, Rasulullah telah mengajar kita untuk amalkan membaca ayat 54-56 surah al-Araf sebagai pemulihan dan perlindungan dari ancaman makhluk halus yang disebut dalam bahasa Arab seperti jinn, iblis, syaitan, ifreet, qarin, kahin dan termasuk juga varian lokal eastern dan western seperti hantu, demon, banshee, polong, vampire, pelesit, jenglot, balan-balan, toyol, RBA, pig flu dan memacam lagi yang ghaib dan tak nampak di mata kasar.

  7. TMP Dec 25,2013 2:16 AM
    Salam TUN. Lama tak melawat blog. 5. Yang anehnya Mat Saleh yang tidak percaya kepada hantu dan orang halus ini tidak dikacau oleh makhluk-makhluk ini. Mereka tidak perlu jampi dan simbah air di keliling bangunan-bangunan mereka. Omputih percaya Hantu setan tapi depa ni susah nak percaya Tuhan. Banyak cerita hantu vampire drakula ghost dan sebagainya depa buat makna depa percaya la tu. Hantu orang Melayu ni sebenarnya permainan akal aje. Kalau kita di England ke Germany ke tak takut pun kat vampire ke drakula sebab menda tu tak de dalam kepala kita. Hantu drakula pun tak lepak kat Malaysia, dan Pocong pun tak lepak kat England. Jadi yang kita hari ni ditakutkan dengan kisah Pucong, Penanggal dan sebagainya, kalau kita p England sure tak takut sebab Penanggal dan Pucong tak larat nak terbang sampai England (itulah yang ada dalam permainan akal kita ni). Tapi setan iblis tu tetap ada, dia berlakon la jadi drakula ke vampire ke, kalau jadi Pucong kang kena katok dek omputih pulak. Saya dok tunggu gak kalau masa Halloween kat negara omputih nu depa pakai baju Hantu Kum Kum buat trick or treat. Tima kasih Tun. Semoga tenang selalu.
  8. sibotak Dec 25,2013 1:59 AM
    Yang lagi Hebat Perubatan Melayu, Bomoh bomoh Melayu Satu jenis ubat bolih menyembuhkan segala penyakit Penyakit A to Z Penyakit kencing manis, darah tinggi , jantung & kesemua penyakit yg ada hanya dengan satu ubat saja……………………handal sungguh orang melayu ! Melayu terlalu taksub pada khayalan begini PUNCA KEMUNDURAN MELAYU Tidak saya nafikan ilmu ghaib ini berlaku pada zaman Nabi Tapi ia nya adalah mudjizat dari Allah S.W.T Perberian Kelebihan yg di berikan olih Allah kepada Nabi Musa , Nabi Isa .as Bukanlah dengan bantuan Jin atau sebagainya Sekiranya Terbukti Ilmu Bomoh Melayu Berkesan Saya syorkan Bomoh bomoh Malaysia kita kumpulkan kesemuanya Satukan Telur telur SATU MALAYSIA Kita hantar pada Israel atau Amerika Supaya mereka Gerun akan ilmu Melayu Jadi orang melayu mesti lebih positive & practical Hidup di Bumi yg nyata Yg lebih saya sedihkan Ada di kalangan sahabat saya yg menuntut ilmu sedemikian Banyak beramal , banyak berzikir , banyak beribadah Tapi sayang niat mereka hanya untuk menebalkan ilmu mereka Seharusnya Ibadah adalah Hanya dengan niat untuk Allah Bukan untuk Ilmu Ghaib , Ilmu Kebal & sebagainya Saya Khiayi bukan , Bomoh pun bukan Agama saya masih centek
  9. invincible Dec 25,2013 1:58 AM
    Izinkan saya bertanya beberapa persoalan pada Tun. Memandangkan Tun berpengalaman memerintah selama 22 tahun dgn jayanya di tanahair tercinta ni. Saya yakin Tun lebih arif dan tahu ttg info2 negara kita. Tun juga antara pengumpul dan pembaca Quran2 lama.
    Siapa antara orang2 yg bertanggungjawab membawa masuk dan menggunapakai AlQuran resm Uthmaniah/Uthmani ke Malaysia? Yang Tun sendiri tau sebelum ni Malaysia menggunakan AlQuran Karim dan Majid spt Arab Saudi sebelum ni.
    Dari pandangan Tun sendiri ada tak kesan berlaku pada negara dan masyarakat bila mereka mengubah AlQuran? Belum kita sentuh bab Islam Hadhari lagi, zaman ni plg byk Quran Uthmani masuk Malaysia. saya yakin Tun pun tau.
    Kalau kita baca dari kiasan kisah iblis tu dia asalnya ketua para malaikat. Namun jadi sombong derhaka pasal tak dgr kata Allah. Kalau kita tgk dunia hari ni antara yg banyak yg mengubah hukum Allah, tak dgr perkataan Allah buat ikut jln sendiri byk dari kalangan ketua2 dan pemimpin manusia. Apa hikmah cerita Quran tu bila makhluk yg plg baik, nampak taat di sisi Allah bertukar menjadi derhaka pasal tak dgr cakap?
  10. Hajar Dec 24,2013 10:12 PM
    Salam YAB & Yg diKasihi Tun,
    1. Orang Melayu ramai yang takutkan hantu jembalang dan orang halus/orang bunian.
    2. Sebab itu jika masuk ke tempat baru tidak kiralah bangunan, rumah atau hutan, mereka rasa perlu untuk minta izin penunggu-penunggu (menurut kepercayaan mereka) di tempat tersebut. Dan caranya ialah dengan membuat ’ritual’ yang biasanya sudah menjadi amalan ’syirik’ kerana jika ada benda-benda ditanam atau diletak di mana-mana bahagian bangunan/rumah, ia samalah dengan percaya yang benda-benda tersebut boleh menolong melindungi mereka dari gangguan makhluk halus atau hantu jembalang.
    3. Semasa saya bersekolah di asrama penuh, banyaklah kejadian yang kononnya pelajar-pelajar diganggu oleh hantu (pelbagai jenis hantu…); biasanya kejadian ditindih hantu besar & hitam semasa tidur adalah cerita hantu paling popular..hairannya, saya yang tidur berdekatan (double decker bed) tidak pernah kena tindih oleh hantu jembalang..mungkin hantu jembalang tersebut takut dan gerun dengan saya. Ada juga yang nampak hantu dalam bilik air dengan gelagat yang bermacam-macam dan juga dengar bunyi orang berkawat pada tengah malam. Kejadian histeria juga kerap berlaku bila sudah terlampau takut.
    4. Memang lah kita wajib percaya kepada malaikat, dan juga kewujudan jin dan syaitan/iblis. Namun demikian kepercayaan karut-marut dan syirik seperti percayakan yang orang bunian/halus boleh mencuri anak di dalam perut ibu dan boleh juga menyembunyikan manusia dari penglihatan manusia lain adalah tidak betul. Kenapa orang Melayu saja yang asyik kena sembunyikan oleh orang halus dan ibu mengandung Melayu saja yang hilang anak dari dalam perut? Ini amat menghairankan.
    5. Saya rasa ada banyak manusia yang menyamar jadi hantu jembalang semata-mata untuk menakutkan mereka yang memang betul-betul percaya kepada kuasa yang ada pada hantu jembalang; hantu2 jembalang palsu ini mahu dapatkan duit mudah. Terima kasih Tun. *** Semoga Allah SWT melindungi Tun sekeluarga. ***
  11. invincible Dec 24,2013 10:11 PM
    Kenapa ada ungkapan sebaik baik jin sejahat jahat manusia? Jin hantu setan mereka tak bakar pedoman AlQuran. Manusia yg kita nampak luar baik pakai kopiah rupa rupanya berani menghina, mengubah dan membakar pedoman AlQuran yg Allah Taala sediakan bagi umat manusia.
  12. invincible Dec 24,2013 10:00 PM
    Ada org kata dia percaya pada kekuasaan Allah. Dia percaya pada Quran. Tapi di satu sudut lain ada jugak org pegi mengupah bomoh2 dan guru2 utk menjaga mrk dari kene sihir, santau oleh musuh2 mrk. Dekat rumah Quran dia baca, dia tau ayat2 Quran tu pun dah cukup utk jaga dia, tapi kenapa dia sendiri mendustakan mukjizat Quran sampai kene upah org utk jaga dia, tak percaya perkataan Allah Taala ke? Tapi bila nak kaut untung dunia, nak berkuasa mrk berani guna, potong, gubah ayat2 Allah utk kepentingan diri. Agak2 yg ni macamana? Tak ke mrk memahami kiasan Allah ttg lombong Nabi Sulaiman? Yakni kaum yg menggunakan khidmat jin2 menjadi penolong bg mrk utk memerintah dan menguasai dunia. Tak ke mrk memandang didepan rumah2 mrk bila Allah nyatakan pada mrk tentang kehidupan mrk? Luas tak lombong tu? Hijau tak air dia? Telah Kami jadikan berbagai kiasan tidakkah mereka mahu berfikir?
  13. invincible Dec 24,2013 9:45 PM
    Assalamualaikum wbt. memang betul apa yg Tun tulis hantu dan org halus mmg takde tulis dlm Quran, yg ada jin, iblis dan syaitan. Tapi dari mana asal usul jin setan ni semua? knp bila mrk muncul kelibat diorang nampak mcm manusia? dah tentulah asal usul mrk ni dari manusia. Manusia yg tak diterima Allah Taala utk kembali pada Dia dgn sempurna sbg manusia. Tu yg bila dah mati jadi jin setan. Sampai masa dijadikan filem oleh anak cucu mrk utk jadi bahan hiburan. Namun dlm hiburan, sebenar masih terkandung pengajaran bg mrk yg mau berfikir. Kenapa manusia tu bila mati tak diterima, sampai boleh jadi setan? Jawapannya mudah je, asalnya dulu manusia tu dulu kebanyakannya tau, fasih dan faham ttg ilmu dan ajaran AlQuran semasa hidupnya. Mereka paham ttg hukum2 dan pengajaran Quran tu tapi mrk dustakan secara sembunyi maupun terang2an. ada jugak di kalangan mrk ni yg penah mengaji pondok, pesantren. Tapi bila dah mati tak sangka boleh jadi jin setan. Kenapa pulak? ialah masa hidup dulu Quran diorang ubah bawak ke jalan utk memerintah dunia sdg mrk tau alQuran tu pedoman utk kembali pd Allah. Alasan mrk nak majukan umat Islam. Tak ke diorang pdg kesan yg diorang buat? dr LLN jd TNB, JBA jd sykt air diswastakan dgn alasan nak lebih efisien. Tp kesan ari ni manusia yg kene tanggung beban penswastaan yg mrk buat. Yg pegang saham byk sedaplah sikit, boleh makan dividen tinggi. Bolehlah bwk family jln2 Disneyland. Mrk ubah hukum2 Alquran tu utk collect hasil pendapatan kerajaan mrk, dgn alasan ia pernah diamalkan oleh kerajaan Islam terdahulu. Maka dikutiplah zakat dgn sebanyaknya dgn alasan utk membersihkan harta dan mengajar masyarakat ttg Islam. Kesudahnya duit zakat mrk ubah buat modal niaga. Rukun haji mrk ubah pulak jd tabung alasannya nak tolong org pegi haji. Tapi kos haji tu adakah berpatutan dgn apa yg mereka buat? Sekali sampai masa duit org nak pegi haji dah dilabur ke luar negeri. Knp mrk berani ubah rukun Islam utk jadi brg meniaga? Untuk jd untung dunia? Ada pulak dia antara manusia pegi buat tafsir Quran sendiri tafsir AlRahman, ubah maksud Quran utk bwk jln dunia. Apa yg Allah tafsir tak cukup ke kebenaran Dia? Tapi memang betul jugak apa Tun kata kejahatan manusia tu sebenarnya lagi dahsyat dan lebih halus dr hantu setan. Bilamana mrk ubah pedoman umat manusia tanpa disedari menyebabkan ramai manusia hari ni mengejar kehidupan dunia lebih dr akhirat. Membuatkan ramai yg ikut nafsu lebih dr akal fikir. ramai yg lebih pentingkan untung dunia dari kembali pada Allah. Hantu tu takutkan org dgn menyatakan dirinya sahaja. Manusia menyesatkan manusia lain dgn AlQuran yg mrk ubah. Sapa lagi bahaya? Sometimes people cannot hide the angel of dirty faces inside their own yards.
  14. Tuntuah Dec 24,2013 7:34 PM
    Masa dulu dulu saya ader baca buku tahyul dan kepercayaan. Bagus buku tu. Basically org melayu ni memang suka dgn tahyul dan kepercayaan. Sbb depa malas dan suka dok borak dan cakap besar. Utk itu aje. Saya selalu kater kat bomoh- kiter benci israel. So hantar hantu satu kali kasi dier nyer pm giler atau nyanyuk atau mati. Tak boleh buat plak. Bodoh. Kalu pegi norway and kiter kate aje kiter nampak hantu- hehehe masuk hospital jiwa lah jawapan dier. Mungkin hantu tak tahan musim winter kot. Sbb blh beku. Hantu ni species amphibia kot. Berdarah sejuk. Satu lagi hantu ader sini. Hbt 456. Giler nyer hantu.
  15. Karl Dec 24,2013 1:10 PM
    Salam Tun, terima kasih kerana Tun memperingatkan kita kepada satu topik yang sememangnya relevan, malahan sejak belakangan ini di stesen TV dan filem Melayu sering mempromosi subjek paranormal yang lebih menjurus kepada tahyul dan syirik. Saya melihat fenomena ini sebagai satu percubaan ke arah escapism atau pelarian dari kesusahan hidup yang semakin mencekam satu segmen rakyat khususnya dalam masyarakat Melayu, Cerita hantu dan jembalang, seperti juga kebanyakan filem P Ramlee, bertindak sebagai madat yang berguna untuk melalaikan masyarakat melalui hiburan. Mempercayai cerita ghaib dan hantu ini, samalah sahaja seperti mempercayai dongeng orang politik yang merekayasa “meme” untuk tujuan penaklukan minda. Orang ramai disibukkan dengan cerita-cerita karut, kerana pada masa yang sama ada golongan elite yang sedang sibuk meraih untung di atas kelalaian dan kebodohan orang ramai. Saya fikir adalah lebih baik kalau orang Melayu menjejak dan mengikuti makhluk ghaib yang merosak ekonomi negara, yang membelanjakan banyak wang hanya kerana nak jamu hantu dan jembalang politik aka Hungry Ghost yang tak pernah kenyang tu!
  16. musato Dec 24,2013 8:21 AM

    Assalamualaikum Tun. Saya ingin meneruskan penulisan yang
    telah saya janjikan. Secara ringkasnya, perjalanan saya dan Tun
    ketika berblog 2008-2009 (saat kritikal) adalah satu kembara
    tasawuf seperti yang dikisahkan dalam cerita antara Nabi Khidir a.s
    dan Nabi Musa a.s. Di mana Nabi Musa a.s mengaku tiada orang lain
    yang lebih berilmu darinya.Dan baginda telah diarahkan oleh Allah
    s.w.t agar mencari seseorang di sesuatu tempat. Apabila Nabi Musa
    a.s telah berjumpa dengan Nabi Khidir a.s, maka Nabi Khidir a.s
    telah memberi syarat supaya Nabi Musa a.s tidak bertanya atas
    segala apa yang Nabi Khidir a.s lakukan ketika dalam perjalanan
    bersama sama beliau. Cerita tersebut berlaku sehinggalah Nabi Musa
    a.s melanggar syarat perjanjian tadi. Saya mendapat tahu bahawa
    Rasulullah s.a.w amat tertarik untuk mengetahui akhir kisah ini
    jika Nabi Musa a.s tidak melanggar syarat Nabi Khidir a.s Terima
    kasih Tun. *buat setakat ni dulu.

  17. musato Dec 24,2013 8:01 AM

    Assalamualaikum Tun. Memang menarik seperti yang ditulis
    Mutley. Ia adalah mengenai rukun iman. Mempercayai adanya alam
    ghaib. Sebarang penulisan saya yang melibatkan tasawuf dan apa yang
    berlaku adalah atas pengalaman saya semasa aktif berblog bersama
    Tun sepanjang 2008-2009 (saat kritikal) dan sehingga sekarang. Arah
    penujuan penulisan tasawuf saya terhasil adalah kerana dikala
    melalui jalan yang kabur/gelap, saya telah disuluh oleh penulisan
    Syeikh Ahmad Fuad (Yayasan Sofa) yang pada dasarnya beliau menulis
    mengenai istilah istilah tasawuf dan penerangannya di dalam Utusan
    Malaysia. Beliau juga memperkenalkan siapa guru beliau di Mekah.
    Bahkan melalui penulisan beliau mengenai Kitab Hikam, saya telah
    ditunjuk jalan kebenaran ke arah mengenali nenek moyang saya yang
    saya kasihi iaitu Syeikh Abdul Malik dan Tokku Paloh. Seperti kata
    Syeikh Abdul Kadir al Jailani, setiap ilmu ada gurunya, dan setiap
    orang ada pembantunya. Terima kasih Tun.

  18. sibotak Dec 23,2013 11:31 PM

    Hehe ke makhlus pula Tun Kenyataan & Khayalan
    Ternyata percaya pada benda Sirik sebergini Inilah Punca Kemunduran
    Orang Islam / Melayu di Malaysia , Indonesia mahupun Singapura
    Selalu kita mendengar Orang Melayu kalau gagal dalam perniagaan
    mereka Akan kemukakan Oh…….Kena Buat Orang ! Saya sering
    berurut badan Kalau orang melayu urut mereka akan sedawa angin
    Kononya angin itu datang dari badan yg diurut Selamat tak ada
    tukang urut melayu yg terkentut yg kononya datang dari angin yg
    diurut Tak pernah saya berurut sama Cina atau bangsa lain si
    pengurut akan sedawa angin Orang Melayu yg melatah Bangsa lain tak
    ada yg sering melatah Di suruh joget ,dia akan joget Di suruh
    bersiul beliau akan siul Apa kata kita suruh si melatah terlanjang
    bogel di khalayat Ramai Pasti beliau tidak akan melakukan nya Jadi
    apa kebenarannya ? Sering orang melayu ada pontianak , hantu galah
    , kum kum , hantu jembalang hantu tetek & sebagainya .
    Macamana rupa hantu tetek agaknya ? Macam Dolly Parton agaknya Apa
    pun jua ia adalah Syatan & Iblis yg bolih merupai bagi
    menghayalkan manusia Ada juga cerita Di simpan Puteri Bunian Best
    agaknya kena simpan Puteri Bunian , jambu agaknya puteri bunian
    berserta dayang dayangnya. Alangkah seronok alam mereka Tun Saya
    duduk sini pun Stress…………………….hari hari jadi hamba
    duit Yg nyata khayalan sebergini yg telah merosakan , memundurkan
    orang Melayu / Islam dari alam Nyata Marilah saudaraku membangun
    dengan Dania Kenyataan Sedarkan Kenyataan dengan Khayalan Yg bolih
    menderung kita kepada Sirik

  19. IBM Dec 23,2013 9:49 PM

    Tun, are you seeing ghosts already ? Tell me about it. Men
    don’t do evil. But sons of the devil do it.

  20. safiai7 Dec 23,2013 4:25 PM

    Well Tun to me it is just a believe for the older
    generation like “penunggu Hutan” ,nombor ekor…etc….My arguments
    is why the Malays behave the way they do.My honest opinion is as
    follows: 1. We are not scientifically incline,our children are more
    interested in arts subject rather than science subject.That is why
    if we were to wait for the Malays to invent hand phone or i
    phone,we might still be using fixed line phone.All the scientific
    inventions be it tools,and instrument all are originated from other
    countries (reads non Malay brain) 2.According to psychologist,our
    brain is divided into 2 major compartment,while one is good for
    mathematical reasoning, the others are for artistics use. Nothing
    wrong with that,as you your self is a doctor,you realised that
    Tun,people still believed in Bomoh and Pawang until today. 3.We
    will forever lose in this world race,but worse we will be colonised
    from inside.Why because we just refuse to change.We believed in
    Allah but we must also continue to work hard to improve ourselves
    and for god sake don’t beg from any body (reads
    Government,YB,NGO…..).No miracles and divine intervention will
    help us unless we change ourselves.Since some still belief in
    “makhlok halus” and what is the result……submitt yourself to
    them!. 4.Allah will only help those who help himself,no other
    aliens being can help and protect us unless we develop our own self
    defence and pray for Allah.I am scared to think of this
    outcome.

  21. chefais Dec 23,2013 4:04 PM

    Assalammualaikum Ayahda, Satelit, Mantera, Orang Halus Dan
    Hantu Jembalang Ilmu Ghaib buatan manusia adalah seperti yang
    berlaku kepada tentera laut amerika syarikat, iaitu Aaron Alexis
    yang di dapati mengamuk dan menembak mati mereka yang tidak
    bersalah, berdasarkan arahan arahan yang di berikan oleh saraf
    berhaluan kiri. Terdapat juga saraf berhaluan kiri berfahaman
    subversif di rantau asia ini yang mengadaptasi teknik yang sama,
    dengan menggunakan satelit sebagai medium untuk menyampaikan arahan
    arahan berbentuk percakapan, mantera shaitan dan renjatan signal.
    Dan ianya (arahan-arahan) akan di sampaikan melalui gelombang minda
    atau gelombang mikro. Satelit tersebut berkeupayaan untuk membaca
    pemikiran si mangsa dan juga boleh mengakibat maklumat yang
    terdapat di dalam memori si mangsa bolos kepada saraf berhaluan
    kiri. Saya mengenali seorang mangsa yang bernama samaran “Arjuna
    Kasih” yang mengalami perkara yang di hujah seperti di atas. Mangsa
    yang berada di bawah pengaruh kawalan gelombang ini telah di
    jadikan sebagai medium kepada saraf berhaluan kiri, dan mantera
    tersebut di hantar kepada mangsa, dan si mangsa akan menjadi
    “bomoh” atau “manchurian candidate” di bawah kawalan separa sedar.
    Namun dengan berkat doa, si mangsa hampir pulih dan sedang berada
    dalam proses perhambaan kepada Allah SWT. Si mangsa juga turut
    meyakinkan saraf berhaluan kiri dengan memberi “False Memory” untuk
    memberi keyakinan palsu & “false positive intels” kepada
    saraf berhaluan kiri Mungkin si mangsa berfantasi atau mengalamai
    “schizophrenia” , namun dengan jelas kehadiran signal dari satelit
    saraf berhaluan kiri di kesan oleh “disc” Astro yang di gunapakai
    oleh si mangsa. Pada pengamatan mata halus saya, berkemungkinan si
    penghasad dengki ber”puteh mata” dek kerana gagal dengan misi misi
    halus untuk menawan negara, atau apa sahaja yang di hajatinya.
    Sehingga BersamaNYA, Che Fa Is

  22. Mutley Dec 23,2013 2:43 PM
    Asmlkm Tun.
    Mohon saya seorang hamba Allah yang fakir mohon membantu Tun dalam perkara ini :

    Perkara Ghaib
    Percaya kepada yang ghaib adalah termasuk dalam kepercayaan daripada unsur-unsur yang terkandung dalam rukun iman yang enam, rujuk surah al-Baqarah, ayat 3. iaitu mereka percaya kepada yang ghaib. Dalam perkara yang ghaib itu kita telah ditentukan dengan perkara-perkara berikut iaitu:

    a. Beriman kepada yang paling ghaib yang sama sekali tidak boleh dilihat oleh kekuatan pancaindera dan akal manusia iaitu Allah S.W.T.

    b. Beriman kepada yang belum dilihat iaitu malaikat, asal kitab Allah dan akhirat yang meliputi syurga, neraka, alam barzakh, mahsyar, berita lain yang berkaitan dengan akhirat.

    c. Beriman kepada semua perkara yang difirman oleh Allah S.W.T. yang sememangnya Allah yang maha mengetahui yang ghaib dan Dia tidak menyatakan kepada seseorang pun tentang yang ghaib itu, kecuali kepada rasul yang diredhaiNya (surah al-Jin ayat 26 – 27).

    c. Beriman kepada semua perkara yang difirman oleh Allah S.W.T. yang sememangnya Allah yang maha mengetahui yang ghaib dan Dia tidak menyatakan kepada seseorang pun tentang yang ghaib itu, kecuali kepada rasul yang diredhaiNya (surah al-Jin ayat 26 – 27). Sedangkan mereka tidak mengetahui apa-apa 32 dari ilmu Allah kecuali apa yang Allah kehendaki (surah al-Baqarah, ayat 255).

    Ghaib ada dua macam iaitu, ghaib mutlak dan ghaib terikat atau terbatas;
    a. Ghaib mutlak hanya diketahui oleh Allah.
    b. Ghaib terbatas dapat diketahui oleh orang yang tertentu dengan izinNya (Al-Syaarawi, h.97)

    Dalam masalah perkara yang ghaib ini ada pihak tertentu mendakwa dia dapat mengetahui alam ghaib hatta kepada Luh Mahfuz dan sebagainya. Biasanya orang yang mendakwa begitu adalah terdiri dari mereka yang kononnya telah sampai ke tahap hampir
    dengan Allah, biasanya dari ahli ibadat atau golongan yang menganggap diri sebagai sufi. Ada juga dari mereka yang melakukan kerja perbomohan atau pawang. Dalam hal ini adalah suatu yang bertentangan dengan firman Allah seperti maksud ayat-ayat diatas.

    Makhluk Halus:

    Syaitan, jin, hantu polong dan sebagainya digolongkan sebagai makhluk halus. Mereka boleh mengganggu manusia dengan berbagai bentuk dan cara. Oleh kerana mereka hidup di dunia bersama dengan manusia, Allah memerintahkan orang Islam memohon perlindungan dengan Allah dari syaitan yang direjam. Gangguan syaitan seperti rasukan, histeria, tidak sedar
    diri, meronta, muntah dan lain-lain.

    Dalam al-Quran ada menyebutkan tentang ayat yang menyentuh mengenai penyembuhan penyakit, antaranya ayat 82 Surah Isra’, dan disokong oleh beberapa hadirh sahih, bahawa nabi menggunakan beberapa ayat al-Quran disamping doa terutama mengenai penyakit spiritual. Amalan sahabat juga banyak. Makhluk halus meliputi; lblis, Syaitan, Jin, Qarin, Hantu dan Ifrit.

    Kita umat Islam dilarang menjadikan makhluk halus sebagai sahabat rapat kerana dibimbangi membawa kepada masalah aqidah yang tidak selamat. 33

    Dalam masalah makhluk halus seperti diterangkan diatas ada pihak yang mencari makhluk tertentu untuk didekati atau dijadikan sahabat dan kawan, sedangkan agama kita melarang berbuat sedemikian sila rujuk surah al-Jin ayat 6, kerana jika terjadi perkara buruk seperti kematian terhadap orang berkenaan akan membawa mudarat yang amat besar. Aqidah tidak akan selamat. Oleh itu perlulah dijauhi dan sentiasa memohon kepada Allah agar terhindar dari makhluk
    halus.

    Qarin/Pendamping;

    Qarin adalah kelimah Arab yang bermaksud sesuatu yang menyertai (Munjid 1956 : 625). Ia adalah tergolong dalam roh-roh jahat yang mendampingi manusia sejak dari lahir sehingga ia meninggal dunia. Qarin dicipta Tuhan gunanya ialah untuk menggoda manusia dari jalan yang benar. Dalam al-quran. Allah SWT berfirman:Sedangkan mereka tidak mengetahui apa-apa

    Qarin/Pendamping;

    Qarin adalah kelimah Arab yang bermaksud sesuatu yang menyertai (Munjid 1956 : 625). Ia adalah tergolong dalam roh-roh jahat yang mendampingi manusia sejak dari lahir sehingga ia meninggal dunia. Qarin dicipta Tuhan gunanya ialah untuk menggoda manusia dari jalan yang benar. Dalam al-quran. Allah SWT berfirman:

    Maksudnya;
    Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Ar-Rahman, kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah ia temannya yang tidak rengang daripadanya.
    (az-Zukhruf:36)

    (Di petik dari ASAS RUJUKAN DALAM BIDANG AQIDAH ISLAM oleh BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA TAHUN 1432H/2010M

    Beriman atau mempercayai tentang adanya makhluk makhluk halus dan hal-hal yang ghaib seperti ini adalah di antara ciri-ciri mukmin yang bertakwa kepada Allahs.w.t. Dalam Surah al-Baqarah ayat 2 hingga 4 tersebut firman Allah s.w.t.:

    ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ﴿٢﴾الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ﴿٣﴾وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ﴿٤﴾

    AI-Quran itu tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi mereka yang bertakwa, iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan sembahyang dan menggunakan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.

    Di antara hikmat diciptakan makhluk-makhluk halus ialah:
    i. Untuk memperkuat iman seseorang kepada Allah s.w.t., menyakinkan tentang kebesaran dan keagungan llahi. Di samping kejadian manusia yang dapat dilihat dengan mata kasar, Allah s.w.t. berkuasa mencipta makhluk-makhluk halus yang asal kejadiannya serta hakikat hidupnya begitu berbeza dengan manusia. Semua ini merupakan tanda-tanda
    keagungan Allah s.w.t.

    ii. Agar manusia sentiasa berwaspada terhadap musuh-musuh yang tidak nampak, yang sentiasa berazam dan berusaha untuk menyesatkan manusia.

    iii. Untuk menguji iman manusia, setakat mana manusia dapat menggunakan akal fikiran dan anggota tubuh badan dengan bijaksana dan tidak terpesona dengan tipu helah pujukan syaitan.

    iv. Hanya dengan adanya dugaan, kekuatan iman seseorang itu akan
    diketahui.

    v. Di samping kewujudan makhluk-makhluk halus yang jahat, seseorang yang beriman akan terus merasa yakin tentang adanya pertolongan Allah. Allah s.w.t. mengadakan para malaikat yang sentiasa meminta rahmat dari Allah s.w.t. untuk manusia.

    Makhluk Halus Menurut Al-Quran dan As-Sunnah
    Masyarakat Melayu umumnya merujuk perkataan makhluk-makhluk halus itu kepada berbagai-bagai jenis syaitan, iblis,. jin dan lain-lain, tanpa merujuk kepada malaikat. Dalam artikel ini, perkataan makhluk halus dirujuk kepada makhlukmakhluk
    selain malaikat, kecuali pada bahagian-bahagian tertentu dengan penerangan khusus mengenainya.
    Dalam AI-Quran dinyatakan dengan jelas tentang adanya musuh manusia yang sentiasa menanti-nanti, menunggu mencari peluang untuk menyesatkan manusia, iaitu iblis, syaitan dan kuncu-kuncunya. Dalam peristiwa kejadian Adam, Allah s.w.t. telah memerintahkan iblis supaya sujud menghormati kejadian Allah s.w.t. iaitu Adam. Namun iblis enggan berbuat demikian kerana kesombongannya, yang merasakan bahawa dirinya lebih mulia daripada Adam (al-A’raf:11). Oleh sebab itu Allah s.w.t. telah melaknat iblis dan menghukumkannya kafir. Sujud di sini dinamakan Sujud Tahiyyat bukan sujud kebaktian. Sujud kebaktian hanya kepada Allah s.w.t. tidak kepada yang lain.
    Sumber:MAKHLUK HALUS MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

    Salam Tun semoga sihat al-fiat.

Leave a Reply