TOTAL VISITORS FROM 2008:

MENGAJAR SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS 657


1. Saya mengaku bertanggungjawab berkenaan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Kerana itu ramai yang menuduh saya tidak bersemangat kebangsaan Melayu, tidak utamakan bahasa saya.

2. Izinkan saya membuat sedikit penjelasan sebelum saya dihukum.

3. Pendapat saya ialah mereka yang bersemangat kebangsaan Melayu tidak harus utamakan hanya penguasaan bahasa ibunda sahaja tetapi juga melihat bangsanya bediri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa yang maju di dunia. Hanya dengan fasih bertutur kata dalam bahasa sendiri dengan ilmu pengetahuan yang cetek tidak akan menjadi bangsa kita mulia dan mampu bersaing dengan jayanya dengan bangsa-bangsa maju dan dianggap setaraf dengan mereka.


4. Kita diberitahu Nabi bersabda “Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China”. Apakah dapat orang Arab tuntut ilmu orang Cina tanpa mempelajari bahasa Cina, lisan dan tulisan, terlebih dahulu?

5. Kita juga tahu orang Arab telah menguasai ilmu Sains, Matematik dan falsafah yang diterokai oleh orang Yunani (Greek) dan menterjemahkan ilmu-ilmu ini ke dalam bahasa Arab sebelum kaji selidik dilakukan untuk memperluaskan ilmu-ilmu ini.

6. Semasa bangsa-bangsa yang beragama Islam iaitu Arab, Turki, Uzbek dan lain-lain berjaya bangunkan tamadun Islam yang gemilang, bangsa-bangsa Eropah berada “di zaman gelap”, zaman mereka tidak berilmu dan percaya kepada kuasa-kuasa ghaib terhadap segala kejadian alam.

7. Pada abad ke-15 Masehi, orang Eropah yang berkurun-kurun kagum dengan tamadun orang Islam mula sedar akan ilmu pengetahuan dalam bidang sains, perubatan, matematik, astronomi yang dimiliki orang yang berbahasa Arab serta sumbangan ilmu-ilmu ini kepada tamadun gemilang Islam. Paderi-paderi Kristian Eropah belajar bahasa Arab untuk mendapat akses kepada ilmu-ilmu yang berada dalam kutub-khanah milik Arab dan orang Islam lain.

8. Mereka mempelajari semua ilmu-ilmu ini dalam bahasa Arab dan menterjemahkan kedalam bahasa Latin, dan kemudian kepada bahasa-bahasa Eropah. Kemudian mereka pula membuat kajian dan memperluaskan semua ilmu-ilmu ini. Maka terdirilah tamadun Eropah yang terus maju hingga ke zaman sekarang.

9. Yang jelas daripada sejarah ialah penguasaan ilmu yang ada pada bangsa lain bermula dengan penguasaan bahasa bangsa-bangsa ini.

10. Apakah kita tidak mungkin mengadakan segelintir daripada orang Melayu mempelajari bahasa ilmu di zaman ini, iaitu bahasa Inggeris supaya mereka dapat menterjemahkan ilmu-ilmu ini kepada bahasa Melayu. Dengan itu orang Melayu lain boleh kuasai ilmu-ilmu ini dalam bahasa Melayu, tanpa mempelajari bahasa Inggeris.

11. Malangnya keadaan sekarang tidak seperti abad ke-15 dan sebelumnya. Ilmu di zaman dahulu terhad, dan tidak bertambah dengan pesat.

12. Di zaman ini ilmu Sains dan Matematik yang amat penting untuk membangun dan memajukan masyarakat manusia, kembang dan bertambah dengan pesatnya. Tiap hari, tiap bulan dan tiap tahun ilmu baru yang diperbaharui sepanjang masa, diperkenalkan oleh para saintis dan pengkajiselidik kepada masyarakat dunia. Ilmu matematik terutama algorizmi dan perhitungan yang kompleks digunakan untuk mengetahui apa hasil jangka panjang daripada sesuatu teori dan untuk menentukan gerakan bintang di langit supaya kapal angkasa dapat menemui sasaran setelah berjalan berbulan-bulan.

13. Dimasa yang sama banyak ilmu baru diperkenalkan yang berasas kepada kuasa elektrik, gerakan atom, sains halus atau nano science, asas-asas fisiologi kehidupan tumbuh-tumbuhan dan makhluk Allah dan berbagai-bagai lagi.

14. Hakikatnya ialah jumlah ilmu baru dan kepantasan perkembangannya tidak dapat dikejar oleh penterjemah Melayu yang sedikit yang ada. Harus diingat untuk menterjemah tiap ilmu khusus dalam bidang Sains memerlukan bukan sahaja kefasihan dalam bahasa Melayu dan Inggeris, tetapi juga kepakaran dalam ilmu berkenaan. Kita tidak punyai dengan mencukupi orang yang berkebolehan seperti ini. Jika ada beberapa kerat orang seperti ini mereka tidak mungkin sanggup bekerja sebagai penterjemah seumur hidup mereka.

15. Sebaliknya jika kita belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kita akan dapat akses secara langsung sendiri semua ilmu yang diterokai dan dibukukan dalam bahasa Inggeris tanpa menunggu pengalih bahasa kita. Tiap-tiap tajuk yang terkini dan yang lama terbuka untuk kita menguasainya. Dengan itu kita tidak akan ketinggalan daripada segi ilmu pengetahuan berbanding dengan bangsa yang maju.

16. Sesungguhnya agama kita menuntut supaya kita kuasai ilmu-ilmu ini. Sebagai orang Islam kita perlu bersedia untuk mempertahankan umat Islam. Di zaman dahulu kuda perang, pemanah, pedang dan tombak memadai untuk pertahanan.

17. Di zaman ini kita perlu kereta perisai, meriam dan roket, pesawat pejuang dan pengebom, kapal perang dan kapal selam. Kita tak mungkin cipta dan bina semua ini tanpa ilmu sains dan matematik. Kita boleh beli daripada orang lain tetapi ini bermakna kita letak diri kita di bawah cengkaman mereka.

18. Jika kita ingin amal ajaran Al-Quran berkenaan dengan keperluan pertahanan bagi umat Islam maka penguasaan ilmu sains dan matematik perlu menjadi sebahagian daripada fardhu kifayah bagi kita. Ia bukan ilmu sekular seperti diperkata sesetengah orang. Ia adalah sesuatu yang diwajib keatas diri kita.

19. Jika kita abaikan ilmu ini semata-mata kerana kita lebih utamakan bahasa kita, dan dengan itu kita jadi bangsa yang kolot dan lemah, dan dihina oleh orang, kita tidak boleh dakwa yang kita adalah pejuang bangsa dan agama. Orang yang rela bangsanya dihina tidak faham akan makna nasionalisme yang sebenar atau tanggungjawab orang Islam terhadap agama mereka.

20. Bagi saya pejuang bangsa yang betul-betul bersemangat perlu bermatlamat untuk menjadikan bangsanya bermaruah, dihormati oleh semua bangsa lain dan berkebolehan bersaing dalam apa juga bidang dengan kemungkinan berjaya.

21. Pemimpin dan pejuang yang hanya ingin disukai ramai dan kerana itu sanggup membiar bangsanya menjadi kolot dan hina, bukanlah pemimpin yang sayang bangsanya. Mereka hanyalah oportunis yang sanggup gadai bangsa sendiri asalkan mereka dapat kekalkan kedudukan mereka. Mereka ini bukan nasionalis dalam erti kata sebenar.

22. Bahasa jiwa bangsa. Tetapi ilmu menentukan keselamatan dan maruah bangsa.

657 thoughts on “MENGAJAR SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS

  1. superSepantun Jul 14,2018 5:49 AM

    *
    salam sejahtra, slamat pagi
    apa nak tanya.? cerita ceriti.!
    tanya ke siapa.? dr.maszlee.!
    sijil dah ada.? ilmu dicari.!
    http://beritamalaysia.xyz/benarkah-diploma-kolej-vokasional-tak-diiktiraf/

    https://www.nytimes.com/2014/03/04/science/the-chain-fountain-explained.html
    ini cerita ada graviti.!
    cerita apa ada di TV.?
    final bola..esok la pagi..
    France/Crotia..! siapa yg pasti..?
    https://iluminasi.com/bm/apakah-itu-efek-magnus.html

  2. amas Jun 30,2011 6:34 PM

    Saya amat bersetuju dengan Tun. Bahasa Melayu sememangnya bukan bahasa ilmu terutamanya untuk matapelajaran sains dan Matematik. Tidak inginkah kita (Malaysia) maju seperti negara-negara yang telah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi dan bahasa dalam pendidikan pengantar seperti negara negara di bawah.

    Bangladesh[6]
    Barbados[7]
    Belize [8]
    Botswana [8]
    Cameroon[6]
    Dominica[6]
    Fiji[6]
    The Gambia[6]
    Ghana[6]
    Grenada[6]
    Guyana[9]
    India [8][10]
    Jamaica[12]
    Jordan[6]
    Kenya[6]
    Kiribati[6]
    Lesotho[6]
    Liberia[6]
    Malawi[13]
    Malta[6]
    Marshall Islands[6]
    Mauritius[6]
    Federated States of Micronesia[6]
    Namibia[6]
    Nauru[14]
    Nigeria[6][15]
    Palau [8]
    Papua New Guinea[16][17]
    Philippines[6][18]
    Rwanda[6]
    Saint Kitts and Nevis[19]
    Saint Lucia[6]
    Saint Vincent and the Grenadines[20]
    Samoa[21]
    Seychelles[6]
    Sierra Leone[6]
    Solomon Islands[6]
    South Africa[23]
    Sudan[6]
    Swaziland[6]
    Tanzania[6]
    Tonga[24]
    Trinidad and Tobago[6]
    Tuvalu[8]
    Uganda[6]
    Vanuatu[25]
    Zambia[6]
    Zimbabwe[6]

    Cuba perhatikan negara mereka. Maju bukan?

  3. maya Nov 6,2010 6:44 PM

    Salam, awal bicara maaf kiranya apa yang bakal saya turunkan di sini bersalahan dengan fakta atau hakikatnya…
    Saya ingin mengucapkan tahniah atas jasa tun selama ini…jahat atau baik tun saya tak dapat nak nilai kerana itu bukan hak saya. Allah lebih mengetahui biarlah DIA shj yg menentukannya. Namun sebagai rakyat Malaysia saya rasa bersyukur sekurang-kurangnya tun telah berjaya membawa Malaysia sejauh ini dibandingkan dgn pemimpin yg lain .Saya nampak tun dan arwah tun razak memang telah melakukan sesuatu yg baik buat Malaysia.Namun begitu….
    Bercerita ttg PPSMI terutama bila saya adalah antara org yg terlibat secara langsung dan tidak langsung (dalam dunia pendidikan dan ibu bapa yg anak msh bersekolah)saya merasakan ada sesuatu yang tun sorokkan dalam hal ini. Pada masa tun begitu beriya-iya untuk melaksanakan PPSMI ini sebenarnya Malaysia sedang bertarung dgn satu isu lain yg tak kurang pentingnya…
    Jika PPSMI mengorbankan bahasa Melayu dari segi maruah dan semangatnya isu SAR mengorbankan agama Islam dari segi kudrat dan irradatnya….
    Bukankah tujuan besar tun adalah untuk melenyapkan terus SAR dari bumi Malaysia ini. Sedang baik pada ketika itu isu PPSMI pula dijelmakan oleh menteri pelajaran ketika itu dato’ musa yg pada pendapat saya kurang kreadibiliti dalam tanggungjawab yg diamanahkan kepadanya. Sepatutnya isu PPSMI dan SAR harus dipikul dibahunya walaupun ketika itu dia pasti tersungkur kena terajang oleh tun.Ini sebenar isu yg menjadikan PPSMI sebagai kambing hitamnya…
    Sekurang-kurang tun berpuas hati kerana niat awal sekadar sambil menyelam sambil minum tapi tun berjaya membunuh 2 ekor burung dengan satu batu…inilah yang dikatakan tun pakar dan pahlawan.
    Sekurang2nya sehingga hari ini orang nampak PPSMI tapi orang terus lupa SAR…
    Dalam hal ini pun kalau hendak diteliti dengan lebih terperinci mungkin bukan salah tun 100%…tun ada orang2 yg sepatutnya mencari, menganalisis dan melaporkan info…besar kemungkinan org2 inilah yg kurang cermat dalam mencerakin permasalahan…tun pula menerima kerana memikirkan info sudah tepat…yela pada ketika itu tun ada kuasa semua org nak dapat habuan…
    Harap tun dapat menjawab kemusykilan ini…apa-apapun maaf jua yang saya pohon…berani saya bukan kerana derhaka tapi kerana memanfaatkan demokrasi yang termaktub dalam perlembagaan. TK.

  4. lottalove Feb 2,2009 11:41 AM

    orang melayu masih ketinggalan berbanding dengan kaum cina. sebab itu supplier kebanyyakkan didominasi oleh golongan cina dan india. orang melayu hanya suka pinjam duit tekun, mara dll untuk jadi peruncit. bila harga supplier tinggi peruncit melayu yg merana. bila harga baja tinggi, petani melayu yg merana. bila harga minyak tinggi, nelayan melayu yg merana. kenapa kita harus biarkan bangsa melayu ketinggalan berbanding bangsa cina dan india? kenapa bangsa melayu takdapat teroka lebih banyak peluang2 dari luar dan menjadi pembekal dalam negara? kenapa ramai usahawan cina dan india telah meneroka pasaran middle east? kenapa orang melayu taknak belajar bahasa cina dan india sedangkan kita hidup bersama di malaysia?
    orang muda melayu tidak menyalahkan kaum melayu tetapi menyalahkan diri sendiri kerana tidak meneroka ilmu. bahasa inggeris medium yang paling sesuai untuk bersaing dengan kaum india dan cina dalam penguasaan ilmu. tetapi kenapa orang lama tak setuju? kenapa orang lama tak setuju kami bersaing dengan kaum cina dan india kat malaysia ni? atau mungkin nak suruh orang cina dan india guna bahasa melayu sahaja macam kat indonesia? kenapa nak kebelakang pulak? walaupun saya telah melepasi alam persekolahan tapi saya telah bersedia untuk membimbing anak saya mengusai ilmu-ilmu ini. saya nak lihat anak saya tidak menunggu bantuan kerajaan tetapi lebih berusaha seperti kaum cina dan india.
    bahasa melayu tidak pernah gagal! tapi bangsanya sentiasa ketinggilan didalam negara tumpah darahnya sendiri! saya mencadangkan supaya kita mendidik bangsa melayu untuk menguasai bahasa inggeris dan seterusnya mengharamkan penggunaan bahasa cina dan india di sekolah! bahasa melayu masih dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa inggeris dijadikan bahasa alternatif. barulah kita boleh bermuafakat sesama bangsa!

  5. moderato Oct 28,2008 10:56 AM

    Dearest Tun,
    Bila DSAAB, KJ, koncu2 mereka dan pembangkang naik jatuhkan Tun, apa2 yang Tun telah diperkenalkan, yang positif untuk memajukan negara akan menjadi negatif, seperti topik ini, Tun yang dikutuk.
    Sekarang Kementerian Pelajaran ingin membetulkan persepsi ini, mereka bersetuju dan mengambil semua opinions dari kerajaan, guru2 sekalian, NGO dan rakyat sebelum mengambil tindakan samada ada nak teruskan atau naik batalkan Pengajaran Inggeris Dalam Matematik dan Sains. Kerajaan jugak perlu mengambil opinion budak2 sekolah kita.
    I tanya anak2 saya yang sedang menuntut pelajaran di Sek. Menengah Kebangsaan, apakah pandangan mereka terhadap isu ini. Mereka kata janganlah tukar pulak kepada Bahasa Malaysia, ini kerana, dalam kertas2 ujian dah ada dwi bahasa iatu BM dan BI. kalau mereka yang selesa dgn BM, maka jawaplah soalan dlm BM. kalau mereka yang suka BI, boleh lah pilih BI.
    Well, I do hope that our menteri will look seriously into this matter and tolong jangan politikan isu ini semata-mata untuk mendiamkan parti lawan.
    I support Tun because it takes time and manpower to translate BI to BM which we do not have currently.
    Many people from other countries admired Malaysian because we can master many languages such as BM, BI, Mandarin & Tamil which multi languages are not encouraged in their countries.
    This credit must be given to our previous BN government (not DSAAB lah) especially Tun who showed the world that multi-racial country can have multi-languages.
    To me, master in BM is to show our respect to our country, BM is indeed our national language, master in English is to show our willingness to cooperate with the world, but within the country’s rules and regulations.
    Tun, thank you for showing us your pandangan and action to teach matematik and Sains in BI .
    Thus I hope that our menteri fikir baik2 sebelum mangambil tindakan kerana isu ini adalah merupakan isu yang amat sensitif yang boleh menjatuhkan perasaan muhibah antara kaum2.

  6. NikIda Oct 21,2008 4:49 PM

    PMR 2005: Keputusan Sains dan Matematik
    Berikut adalah peratusan pelajar yang mendapat markah D dan E dalam peperiksaan PMR kertas sains dan matematik 2005.
    I. MATEMATIK
    Melaka 45.8%
    Kelantan 52.6%
    Perak 50.3%
    Johor 47.9%
    P. Pinang 42.2%
    Sabah 65.9%
    II. SAINS
    Melaka 38.3%
    Kelantan 39.4%
    Perak 44.8%
    Johor 45.5%
    P. Pinang 41.1%
    Sabah 54.3%
    Assalamualaikum Tun,
    Saya menyambut baik perlaksanaan Tun mengajar bhs inggeris bg subjek Math dan Sains. Namun, data yang diberikan di atas, citing daripada komentar sebelum ini, bagi saya tidak tepat. kenapa menilai keputusan PMR 2005? Bagi saya, penilaian yang lebih tepat adalah menilai perlaksanaan pengajaran BI subjek math n sains adalah 2/ 3 tahun lagi, tak silap pengiraan saya yang lemah math ni, pelajar PMR tahun depan adalah mereka yang belajar math dan Bi daripada sekolah rendah lagi. data pada tahun 2005 tidak tepat kerana, di sekolah rendah mereka didedahkan dengan BM, bukan BI dan pencapaian mereka memang kurang memuaskan disebabkan oleh ‘mothertongue” adalah BM dan masih lagi tidak mampu mengusai BI dengan baik. oleh itu, bagi saya, penilaian yang sebenar perlu dibuat 2/3 tahun lagi.

  7. Electrical Engineer Oct 10,2008 11:30 AM

    Yang Berbahagia Tun Chancelor,
    Saya terpanggil untuk memeberi pendapat saya tentang pengajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris.
    Saya berlatarkan pendidikan aliran melayu sehinggalah saya melanjutkan pelajaran peringkat sarjana muda yang dijalankan dalam bahasa Inggeris. Saya tidak nampak di mana kelemahan dasar ini. Pada saya, penggunaaan bahasa Inggeris banyak membantu saya mehami teks2 ilmiah yang amat kurang dalam bahasa Melayu terutama dalam bidang teknikal seperti perubatan, kejuruteraan dan teknologi. Walapun begitu, saya masih menguasai bahasa Melayu dengan baik.
    Saya mampu berbahasa dan berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Malah penguasaan bahasa Melayu saya amat baik sehingga tahap memahami dan menulis teks sastera Melayu, daftar istilah, tatabahasa, laras, konteks dan subteks bahasa Melayu. Di sini jelas menunjukkan bahasa cuma sebagai medium komunikasi.
    Akta Bahasa Kebangsaan mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam sebarang urusan rasmi kerajaan. Saya mendapati kebanyakan pemimpin tidak mampu berbahasa Melayu dengan baik dan tidak menggunakan bahasa Melayu dalam urusan rasmi. Saya mencadangkan agar pemimpin sebegini diarahkan meletakkan jawatan beliau sebagai tanda tidak menghina perlembagaan.
    Saya akan terus menyokong PPSMI kerana pada saya kemajuan bangsa terletak pada ilmu pengetahuannya bukan sekadar berbahasa. Sekiranya kita belajar dalam bahasa Melayu tetapi tidak menguasai tatabahasa maka ini menunjukkan masyarakat kita tidak maju dalam aspek bahasa dan budaya.

  8. slaxxter Sep 25,2008 7:52 PM

    salam Tun Dr M..
    saya amat berstuju dengan pendapat tun..
    kami sentiasa sokong apa jua tindakan dari Tun Dr M
    GAMBATE!!

  9. kutuberahak Sep 23,2008 10:34 PM

    Salam,
    Banyak yang cakap berdegar-degar tanpa bukti. Nah ini salah satu bukti.
    Kalau PENJAJAH buat saya faham. Ini BANGSA SENDIRI membunuh bangsanya.
    PMR 2005: Keputusan Sains dan Matematik
    Berikut adalah peratusan pelajar yang mendapat markah D dan E dalam peperiksaan PMR kertas sains dan matematik 2005.
    I. MATEMATIK
    Melaka 45.8%
    Kelantan 52.6%
    Perak 50.3%
    Johor 47.9%
    P. Pinang 42.2%
    Sabah 65.9%
    II. SAINS
    Melaka 38.3%
    Kelantan 39.4%
    Perak 44.8%
    Johor 45.5%
    P. Pinang 41.1%
    Sabah 54.3%
    Contoh prestasi pada peringkat sekolah luar bandar:
    Sekolah Menengah Kebangsaan Sg. Bagin: Jumlah yang mendapat markah D & E bagi Matematik 72%
    Sekolah Menengah Kebangsaan Sg. Soi: Jumlah yang mendapat markah D & E bagi Matematik 69%
    Sekolah Menengah Kebangsaan Banggi, Kudat: Jumlah yang mendapat markah D & E bagi Matematik, 107 daripada 111 calon!
    Daripada 418 ribu pelajar yang mengambil PMR 2005, lebih 200 ribu mendapat markah D dan E dalam mata pelajaran sains dan matematik.
    Kalau ini bukan “academic ethnic cleansing”, apa lagi namanya?
    Sumber: Daripada isi pembentangan Pengerusi KKGGMMB (Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Melayu Malaysia Barat).

  10. 123 Sep 18,2008 11:53 AM

    salam tun,
    saya setuju 100% bahasa inggeris di jadikan bahasa pengantar untuk subjek di atas.
    dengarlah pengalaman saya.saya datang dari indonesia 27 tahun dahulu.saya masuk ke sekolah kebangsaan malaysia tanpa asas yang kukuh dalam bahasa inggeris.saya selau gagal dalm mata pelajaran bahasa inggeris setiap kali dalam peperiksaan.saya tak mampu pergi tuisyen.jadi terkutang kating saya masuk ke university islam antarabagsa.saya tidak dapat membuat assigment pendek pun.saya tak paham tutor cakap apa.akhirnya saya gagal dan di buang dari university.sekarang saya hilang rasa confident untuk belajar semula.saya mesti masuk kursus bahasa inggeris asas hingga tofel ,muet baru boleh masuk ambil kursus di university.saya pernah mintak kerja di hotel 5 bintang.bila interview diorang kata saya hanya layak jadi housekeeper je sebab bahasa inggeris saya teruk .sedangkan saya mintak jadi receptionist saja pada masa tu.sudah 15 tahun berlalu.hati saya memang sangat terluka.sampai kini saya tak dapat melupakan penghinaan itu.saya sangat suka membaca dan sedih betapa banyaknya buku buku yang di jual semua dalam bahasa inggeris langsung saya tidak fahami.bila tengok discovery channel bila ada cerita pasal sains,cekrawala saya terkebil-kebil tak faham sebab tak ada translation.bila mat saleh datang tanya dalam bahasa inggeris saya lari,malu sebab tak faham.sekarang saya suruh anak saya belajar sekolah mandarin dan hantar ke british council walaupun dia masih 4 tahun dan banyak duit keluar. saya rasa tak apa sedikit pengorbanan ini. saya tidak mahu dia melalui apa yang say lalui dahulu .betapa pedihnya bila kita ketinggalan hanya kerana hambatan bahasa dan saya amat setuju bahasa inggeris itu penting untuk mencorakmaa depan yang lebih baik.

  11. Zackry Sep 17,2008 1:54 PM

    Salam Ayah Tun,
    Saya minat dengan pendapat ayah Tun. Pada pendapat saya, kita hidup berbilang kaum..kita harus guna bahasa inggeris untuk berkomunikasi dengan bangsa lain ataupun ‘international’.
    tapi tidak lupa pada bahasa Melayu kita kerana bahasa kita tidak akan pupus diseluruh negara kita ni..
    Bagi saya, ini seimbang kerana bahasa Melayu dimulakan dengan asas sejak kecil lagi. Asalkan orang Melayu kita boleh ‘proper speaking’ daripada tidak tahu. Kalau nak harapkan Satu subjek Bahasa inggeris sahaja di setiap sekolah, Tidak mencukupi!
    Mak saya kata “English is important”
    zackry,

  12. The Finder of Truth Sep 11,2008 1:10 PM

    Tun,
    I don’t think you should be punished in any way. You did the right thing. It’s just that the Malay people are not ready for it. In reality, the Malay people MUST have mastery in English to be at the same par as other races. I must admit that I was once an English-illiterate person. Thanks to NEP, now I have the mastery. And yes, I get to access to wealth of information and knowledge that I need to advance in anything that I do.
    Somehow we must device a mechanism to make Malays more proficient in English, only then they’ll be able to absorb any English materials. Drastic move to English materials that can’t be understood, only lead them to disaster (bad grades will only take out chance to advance in school/college).
    I think it should start from home as well. Parents should give their children some exposure to English. So that, the children have more confidence with English in any situation. We found out that students were intimidated with English because they do not even know what it means. I bet we’re all surrounded by grammatically incorrect English speaking people (you know who). At least they’re trying. Malays should have this attitude too and not just be ignorant.
    Alternatively, there are many English class, tutorials and groups that can help anyone now to master English if not understand it. So, people must be individually responsible. The reward is so great, so why not take the chance?
    So, Tun, again it’s not your mistake but just that they are not ready for it. Your points are undeniable religiously, intellectually and logically.
    p/s: Tun, for such an advanced mind that you own, I wonder how people can catch up with you. You’re really one kind of a unique person in this world. Wish I can be like you and better ;->

  13. farhana Sep 9,2008 4:25 PM

    Tun yg dikasihi,
    Saya setuju dgn Tun. Saya hairan kenapa ibu bapa risau anak-anak mereka tidak boleh dapat ‘A’ kerana Matematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris. Adakah ‘A’ itu boleh memberi anak-anak mereka makan di kemudian hari, apabila mereka perlu menampung keluarga sendiri? Kanak-kanak boleh dipaksa untuk belajar dan dihukum sekiranya malas belajar untuk kebaikan mereka juga. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

  14. atukk Sep 6,2008 9:57 PM

    Tun,
    Saya kurang setuju dengan pembelajaran matematik&sains dlm bahasa Inggeris.
    Pengalaman saya bersekolah dikawasan pendalaman, ramai anak-anak melayu tidak pandai berbahasa inggeris.Saya merupakan anak melayu
    yang masuk universiti dengan tiket Matematik A1, Bahasa Inggeris P8.
    Bayangkan jika bahasa inggeris diutamakan untuk pembelajaran Sains&
    matematik, orang kampung yang seperti saya ini tidak langsung berpeluang masuk universiti.Ramai juga orang seperti saya sudah berjaya kini tetapi tetap menyokong pembelajaran matematik&sains dlm bahasa Inggeris sebab zaman dia dah lepas. kalau dia sekarang baru berumur 15tahun mungkin tak setuju.
    Memandangkan saya sudah lepas dan berjaya saya tidak mempunyai masalah langsung dengan bahasa inggeris ini kerana saya akan memastikan anak2 saya akan dapat menguasai bahasa inggeris ini. Cuma saya risau dengan anak bangsa saya yang belum bersedia untuk bersaing.
    Di zaman sekarang, kebanyakan majikan adalah dari kaum bukan melayu, anak- anak bukan melayu ini tidak mempunyai masalah yang besar untuk memegang jawatan yang tinggi dan memperolehi gaji yang lumayan. orang melayu cuma bertiketkan ijazah.
    Kesimpulannya, pembelajaran sains&matematik hanya akan mengurangkan anak2 melayu dari kawasan pendalaman untuk maju. hanya anak orang bandar, anak2 menteri sahaja yang akan maju kedepan dan meninggalkan jauh anak2 melayu dari kawasan pendalaman ini.
    Perlunya mengimbangkan jumlah anak orang pendalaman dan anak orang bandar adalah mereka ini mempunyai pemikiran dan pengalaman hidup yang berbeza. Kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing.
    Kita tak akan ketinggalan jauh jika lewat menguasai bahasa inggeris. Apa yang penting ialah memastikan orang melayu mempunyai PELUANG YANG CERAH untuk BERJAYA (ADIL&BERSAMA-SAMA).
    “NEGARA KITA CARA KITA”

  15. dEviLLiCiOuS Sep 2,2008 9:24 AM

    Dear Tun,
    I agree and disagree with you.But in order to make sure that our children are proficient in English, I think the english subject itself that need to be improved and not making a drastic changes in Sc and Maths subjects.

  16. Ainaq Aug 30,2008 9:37 PM

    Saya mula sekolah rakyat Melayu
    kemudian masuk peralihan Special Malay class
    Tukar ke aliran Inggeris
    ……….ia memudahakan saterus nya ka Universiti Temapatan
    …..kemudian Masters
    ………Mudah dalam international conference
    …..mudah dapat rujukan dalam internet
    …..vast knowledge in English or Geraman,Japense,Chinese if we can master all
    ……..English is essential ,even many writings on Islam are in English
    Masaalah yang di hadapi oleh orang Melayu ialah masa transisition
    Sebab selama ini berlatar belakang B Melayu
    Dalam masa 10 tahun semua nya menjadi biasa.
    Semasa saya masuk Special Malay Class saya hanya tahun nama nama hari sahaja dalam masa 3 bulan saya sudah boleh memahami bahasa inggeris……..Lancar dalam bahasa Inggeris pada umur 20 tahun
    walaupun jarang bercakap……….kerana berfikir dalam bahasa Inggeris dan menulis dalam bahasa Inggeris lebih lancar – dari sub concious

  17. shaharir Aug 29,2008 11:10 AM

    JAWABAN BALAS drp SHAHARIR kpd JAWABAN MAHATHIR TERHADAP DASAR PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS
    (Pandangan Dr. Mahathir ini dipetik daripada blog ini yang saya disedari adanya pada 23/08/08. Untuk memudahkan pembaca, pandangannya dipaparkan kembali satu persatu di sini dan pandangan balas saya terus diberikan perkara demi perkara itu)
    Mahathir 1. Saya mengaku bertanggungjawab berkenaan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Kerana itu ramai yang menuduh saya tidak bersemangat kebangsaan Melayu, tidak utamakan bahasa saya.
    Jawaban Shaharir:
    Pertama: Maknanya dasar beliau itu tidak mendapat persetujuan sepenuhnya daripada UMNO!?
    Kedua: Memang beliau wajar menerima tuduhan yang disebutkannya itu kerana jelas makna “semangat kebangsaan” beliau berbeza daripada kebanyakan orang; dan makna “utamakan bahasa” beliau juga amat berbeza daripada sesiapa pun. Beliau suka memutarbelitkan isu dengan ayat lojik yang betul tetapi berimplikasi kabur dengan harapan orang terperangkap. Umpamanya “semangat kebangsaan ialah semangat yang mengutamakan bangsa” tetapi beliau menterbalikannya “orang yang tidak mengutamakan bangsa ialah orang yang tidak bersemangat kebangsaan”. Lojiknya betul tetapi beliau menyelewengkan makna “bangsa” pula kerana beliau tidak menerima “bahasa menunjukkan bangsa” atau lebih dalam lagi “bahasa jiwa bangsa”. Lagi satu, “Orang yang mengutamakan bahasanya bermakna bahasa lain berada ditangga bawah”, atau terbaliknya “Orang yang tidak meletakkan bahasa lain ditangga bawah bermakna orang itu tidak mengutamakan bahasa sendiri”; tetapi Dr. Mahathir lari daripada dua-dua bentuk ayat yang secara lojiknya betul ini dengan mengatakan “Orang yang ingin menguasai bahasa lain tidak bermakna dia tidak mengutamakan bahasanya sendiri”. Betul, tetapi dia menutup orang menumpukan kepada cara menguasai bahasa lain itu, sedangkan cara itu kalau salah, seperti yang dilakukannya itu, jelas bukan sahaja tidak mengutamakan bahasa sendiri tetapi menyisih, mengembiri atau mematikan langsung bahasa sendiri. Inilah sebenarnya cara beliau dalam dasar pendidikan beliau yang tidak membenarkan bahasa sendiri digunakan dalam sains dan matematik itu kerana dasar beliau itu menjadikan lebih daripada 60% peratus pelajar sekolah berada di aliran Inggeris (lebih drp 70% subjek bagi pelajar aliran sains menjadi dalam bahasa Inggeris). Beliau Berjaya mengalih pandangan orang kepadas hakikat ini.
    Mahathir 2. Izinkan saya membuat sedikit penjelasan sebelum saya dihukum.
    Jawaban Shaharir:
    Baiklah.
    Mahathir 3. Pendapat saya ialah mereka yang bersemangat kebangsaan Melayu tidak harus utamakan hanya penguasaan bahasa ibunda sahaja tetapi juga melihat bangsanya bediri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa yang maju di dunia. Hanya dengan fasih bertutur kata dalam bahasa sendiri dengan ilmu pengetahuan yang cetek tidak akan menjadi bangsa kita mulia dan mampu bersaing dengan jayanya dengan bangsa-bangsa maju dan dianggap setaraf dengan mereka.
    Jawaban Shaharir:
    Pertama: Seperti yang disebut di atas,Dr. Mahathir memang berpegang pada makna “semangat kebangsaan” yang salah. Sesuatu dasar yang membelakangi bahasa B padanya tidak bertentangan dengan “semangat kebangsaan B” . Ini suatu pendirian yang aneh dan tidak akan berlaku di mana sahaja bangsa di dunia ini. Bayangkan B itu Perancis, Jerman, Inggeris atau Jepun dan sebagainya. (tetapi jangan bayangkan negara-negara di Afrika, India, Filipina, dsbnya; iaitu negara-negara yang parah terjajah dan mundur atau yang tidak layak menjadi model kemajuan). Sudah pastinya bangsa B ini akan menentang sekeras-keras kepada pemimpinnya yang mahu menjadikan bahasa bukan bahasa B sebagai bahasa pengantar mata pelajaran sains dan matematik, walaupun hujah yang muluk-muluk dapat diutarakan akan kewajaran dasar itu. Di Malaysia ini suku kaum China umpamanya tidaklah begitu marah kepada Dr. Mahathir dengan dasar pendidikannya itu kerana Dr. Mahathir telah bertindak lembut terhadapnya dengan membenarkan bahasa Cina juga boleh terus digunakan. Kalau dia berkeras sama seperti terhadap suku kaum Melayu, maka Dr. Mahathir layak dituduh “tidak bersemangat kebangsaan Malaysia” oleh semua kaum di Malaysia. Nasib baik Dr. Mahathir tidak mendapat tentangan yang keras daripada orang Melayu (UMNO terutamanya) pada masa dia berkuasa dahulu kerana sifat Melayu UMNO yang feudal (“Ketua mesti betul!”).
    Kedua dan ini lebih penting lagi: Dr. Mahathir membuat andaian orang tidak mungkin fasih dalam bahasa lain jika dia belajar sains dan matematik dalam bahasa sendiri. Dia juga sengaja membuat andaian yang salah, dan diulang-ulangnya pada mana-mana kesempatannya, bahawa orang bersemangat kebangsaan tidak hirau bahasa lain dan tentu maksudnya bahasa Inggeris, malah kadang kala ditegaskan nasionalis ini tiak mahu orang lain menguasai bahasa Inggeris dan Berjaya seperti nasionalis itu. Sungguh jahat! Dia sengaja cuba memfitnahkan bahawa selama 30 tahun lebih ini orang Malaysia belajar sains dan matematik dalam bahasa sendiri (tentu bahasa Melayu maksudnya) tidak berjaya dalam sains dan matematik dan tiada fasih berbahasa Inggeris ke tahap yang sewajarnya.
    Semua ini semata-mata prangsangka buruknya sahaja atau kejahilannya mengenali ahli sains dan matematik Malaysia selama ini. Tentunya apabila kita kata “ahli sains dan matematik Malaysia” ini bermakna orang Malaysia yang dahulunya belajar sains dan matematik sekolah hingga universiti dalam bahasa Melayu, atau sekurang-kurang belajar sains dan matematik sekolah dalam bahasa Melayu tetapi kemudian berkarya ilmu sains atau matematiknya di arina antarabangsa (menerbitkan karyanya dalam jurnal atau pascasidang dalam bahasa Inggeris di samping bahasa Melayu). Ahli sains dan matematik ini sudah ribuan banyaknya! Tentunya kita belum berjaya mendapat Hadiah Nobel, tetapi ini bukan kerana bahasa. Hadiah Nobel boleh dimenangi oleh orang yang tidak berapa tahu bahasa Inggeris pun! Telaahlah senarai pemenang Hadiah Nobel ini. Lagi pun, adakah Negara Membangun yang memang dasar pendidikannya semuanya sejak tadika bukan dalam bahasa sendiri, tetapi bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain, yang diagungkan oleh pemimpinnya masing-masing, selama ini sudah melahirkan ahli sains atau ahli matematik yang menerima hadiah sains atau matematik yang besar-besar yang mungkin menjadi kayu ukur Dr. Mahathir ?
    Mahathir 4. Kita diberitahu Nabi bersabda “Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China”. Apakah dapat orang Arab tuntut ilmu orang Cina tanpa mempelajari bahasa Cina, lisan dan tulisan, terlebih dahulu?
    Jawaban Shaharir:
    Ini Dr. Mahathir sengaja menyelewengkan maksud hadith ini sahaja. Dia pun memang tahu! Pemimpin Zaman Tamadun Islam dahulu, apatah Nabi Muhamad SAW, tidak pernah mengajar orang-orang di Timur Tengah atau di wilayah tamadun itu dalam bidang sains dan matematik dalam bahasa “China” (atau Hindia atau Yunani dsbnya) walaupun mereka tahu dalam bahasa-bahasa itulah ilmunya tinggi pada masa itu. Hadith ini semua orang tahu maksud sebenarnya cuma sengaja dipermainkan oleh Dr. Mahathir untuk membodohkan orang Malaysia yang disangkanya sebahagian besarnya masih boleh diperbodohkan begitu. Hadith ini memang telah pun kita laksanakan sejak zaman Tun Razak dahulu lagi. Dr. Mahathir meneruskan tradisi ini dengan mengukuhkan lagi melalui penghantaran pelajar ke negara-negara yang sistem pendidikannya sains dan matematiknya bukan dalam bahasa Inggeris sekali pun; dan ini dapat dilakukan dengan jayanya walaupun sistem pendidikan kita dalam bahasa Melayu sepenuhnya.
    Mahathir 5. Kita juga tahu orang Arab telah menguasai ilmu Sains, Matematik dan falsafah yang diterokai oleh orang Yunani (Greek) dan menterjemahkan ilmu-ilmu ini ke dalam bahasa Arab sebelum kaji selidik dilakukan untuk memperluaskan ilmu-ilmu ini.
    Jawaban Shaharir:
    Ini betul dan memang menjadi hukum pembinaan tamadun. Malangnya kita (terutamanya pada zaman Dr. Mahathir berkuasa) tidak percaya pada hukum ini, lalu lambatlah kita membina pusat terjemahan yang boleh melaksanakan hukum itu. Pada akhir-akhir regimnya sahaja barulah ditubuhnya (atas desakan puluhan tahun) Institut Tejemahan Negara tetapi belum pun sempat bergerak, Institut itu dijadikan tak relevan olehnya dengan menjadi bahasa Melayu, bahasa yang haprak, yang tidak layak membawa ilmu, menerima ilmu, mengungkap ilmu dan dibangunkan menjadi bahasa ilmu. Kononnya kita lupakan dahulu bahasa Melayu, kita ajar semua dalam bahasa Inggeris dan lepas itu baru ramai yang boleh terjemah seperti yang cuba dibayangkannya berlaku di dalam Tamadun Islam itu. Dr. Mahathir sengaja memutar belit fakta. pendidikan sains dan matematik (apa ilmu pun) pada Zaman Tamadun Islam itu bukan dalam bahasa ilmu masa itu (yang disebut oleh Dr. Mahathir bahasa Yunani). Bahasa ini diketahui oleh segelintir sarjana pada masa itu, dan sarjana-sarjana inilah yang dimobilisasi oleh khalifah untuk melaksanakan gerakan penterjemahan besar-besaran itu. Penterjemahan ilmu ke dalam bahasa sendiri oleh para sarjana dan pendidikan dalam bahasa sendiri dilakukan serentak! Model Dr. Mahathir, kalau betullah begitu model dan wawasannya, iaitu “tinggal dahulu bahasa sendiri dan kemudian apabila sudah maju dalam bahasa asing maka barulah kita kembali kepada bahasa sendiri”, adaslah satu wawasan di kahyangan. Ini tak pernah berlaku dalam sejarah tamadun di mana-mana dan isya Allah mustahil berlaku pada masa akan datang (walaupun kita masih boleh bermain-main melaungkan “Malaysia boleh”!). Sebenarnya, sejak awal lagi dan semakin ramailah orang sangsi akan “niat murni” Dr. Mahathir yang ingin memajukan bangsa Melayu dengan dasar seperti lamunannya itu… Katanya “dia sebenarnya mahu bangsa ini menghayati bahasa Inggeris sahaja …. Dia sebenarnya terpesona dengan gaya Inggeris…Kalau akhirnya orang Malaysia tak pandai sains dan matematik pun tak apa, sekurang-kurangnya rakyat Malaysia rata-rata petah berbahasa Inggeris…. “biar pape ase bergaye”….(“pape” dalam ilmu tetapi tetap boleh “bergaye” semacam mat saleh!). Dia tak mahu macam Jepun yang tak tahu bercakap Inggeris!”. Yang lain lagi menuduhnya dasarnya beliau itu sebenarnya dimotivasikan oleh kehebatan implikasi kewangannya sahaja!
    Mahathir 6. Semasa bangsa-bangsa yang beragama Islam iaitu Arab, Turki, Uzbek dan lain-lain berjaya bangunkan tamadun Islam yang gemilang, bangsa-bangsa Eropah berada “di zaman gelap”, zaman mereka tidak berilmu dan percaya kepada kuasa-kuasa ghaib terhadap segala kejadian alam.
    Jawaban Shaharir:
    Setuju! Namun dia perlu berhati-hati dengan ungkapan “percaya kepada kuasa-kuasa-kuasa ghaib terhadap segala kejadian alam” itu kerana Islam juga mewajibkan umatnya percaya kepada benda ghaib (Jin, Syaitdan, Malaikat dan Yang Maha Berkusa). Satu daripada kelemahan besar sains sekarang ialah tidak mengiktiraf makhluk yang gaib ini dan berpegang pada falsafah Tabiisme atau lebih teruk lagi ateisme.
    Mahathir 7. Pada abad ke-15 Masehi, orang Eropah yang berkurun-kurun kagum dengan tamadun orang Islam mula sedar akan ilmu pengetahuan dalam bidang sains, perubatan, matematik, astronomi yang dimiliki orang yang berbahasa Arab serta sumbangan ilmu-ilmu ini kepada tamadun gemilang Islam. Paderi-paderi Kristian Eropah belajar bahasa Arab untuk mendapat akses kepada ilmu-ilmu yang berada dalam kutub-khanah milik Arab dan orang Islam lain.
    Jawaban Shaharir:
    Betul! Tetapi orang yang telah ada asas ilmu seperti (pada masa iyu) para paderi itu memang sepatutnya demikian. Semua bangsa yang ingin maju demikiannlah. Selama ini pun, pada tahap tertentunya, kita, iaitu para rakyat yang berpengetahuan lebih tinggi daripada orang awam mempelajari sesuatu bahasa untuk mencungkil ilmu dalam bahasa itu. Cuma tahap keghairahan kita tidak sama dengan mereka di Eropah dahulu… itulah satu drp puncanya kita lambat maju sehingga Dr. Mahathir menggelabah dan tidak sabar untuk melakukan sesuatu tetapi tersalah fikir atau langkah itu. Beliau tidak mendapat iktibar sepenuhnya daripada sejarah Tamadun Eropah itu sendiri.
    Mahathir 8. Mereka mempelajari semua ilmu-ilmu ini dalam bahasa Arab dan menterjemahkan kedalam bahasa Latin, dan kemudian kepada bahasa-bahasa Eropah. Kemudian mereka pula membuat kajian dan memperluaskan semua ilmu-ilmu ini. Maka terdirilah tamadun Eropah yang terus maju hingga ke zaman sekarang.
    Jawaban Shaharir:
    Selama ini kita tidak demikian; dan kerajaan di bawah Dr. Mahathir dahulu sekali-kali tidak menggalakkan para ilmuwan Malaysia melakukan seperti yang berlaku di Eropah itu. Ilmuwan kita mengejar apa yang Dr. Mahathir impikan (menerusi wawasan kahyangannya yang bergaya itu). Inilah hasilnya…. kita ada “sarjana” (ribuan banyaknya dalam satu-satu bidang seperti sains matematik, sains hayat, kejuruteraan… ) yang tidak pernah menterjemah hingga tamat usianya! Penyelesaian daripada Dr. Mahathir ialah “paksa semua orang belajar dalam bahasa Inggeris”… lupakan terjemahan..lupakan bahasa sendiri.. apa tujuan Dr. Mahathir bawa sejarah Tamadun Islam dan Tamadu Eropah itu?!
    Mahathir 9. Yang jelas daripada sejarah ialah penguasaan ilmu yang ada pada bangsa lain bermula dengan penguasaan bahasa bangsa-bangsa ini.
    Jawaban Shaharir:
    Ini tidak berapa betul! Sarjana-sarjana Eropah dahulu yang menguasai bahasa Arab itu sama ada mereka sudah pun berilmu dalam bahasa Latin atau mereka belajar ilmu dalam bahasa Arab dan Latin (dwi-bahasa) hanya di peringkat universiti sahaja. Di sekolah umpamanya mereka tetap belajar dalam bahasa mereka sendiri atau bahasa Latin (walaupun pemimpinnya sedar Latin ialah bahasa yang mengandungi ilmu yang lebih inferior daripada yang ada di dalam bahasa Arab) tetapi mereka berwawasan dan beriltizam membina ilmu untuk bangsanya dalam bahasa Latin (bahasa jiwanya, bahasa rasmi agamanya). Akhirnya mereka agak berjaya sehingga pada satu tahap, malah dapat mengalahkan sains Tamadun Islam kerana kealpaan umat Islam, tetapi yang masih tidak memuaskan para pemimpin mereka sehinggalah masing-masing bangsa di Eropah itu membangun ilmu dalam bahasa kebangsaan masing-masing. Apa yang Dr. Mahathir belajar daripada sejarah Eropah ini? Lagi sekali Dr. Mahathir pandai membuat kesimpulan yang pendek itu untuk mengelirukan rakyat yang pernah berada di bawah telunjuknya dahulu.
    Mahathir 10. Apakah kita tidak mungkin mengadakan segelintir daripada orang Melayu mempelajari bahasa ilmu di zaman ini, iaitu bahasa Inggeris supaya mereka dapat menterjemahkan ilmu-ilmu ini kepada bahasa Melayu. Dengan itu orang Melayu lain boleh kuasai ilmu-ilmu ini dalam bahasa Melayu, tanpa mempelajari bahasa Inggeris.
    Jawaban Shaharir:
    Ayat pertama itu tentu mungkin dan patut! Tetapi ayat kedua itu berniat jahat semata-mata! Dia tahu ayat kedua itu tidak pernah berlaku pada orang Inggeris pun. (Sarjana Inggeris masih menterjemah buku atau makalah ilmu dalam bahasa-bahasa lain, malah jauh lebih banyak daripada kita lakukan selama ini). Kita sebenarnya sudah buktikan selama 30 tahun lebih ini bahawa “segelintir” itu agak banyak sehingga jika dasar kerajaan di bawah Mahathir dahulu berwawasan yang tepat keadaan bangsa kita sekarang lain daripada yang ada sekarang ini.
    Mahathir 11. Malangnya keadaan sekarang tidak seperti abad ke-15 dan sebelumnya. Ilmu di zaman dahulu terhad, dan tidak bertambah dengan pesat.
    Jawaban Shaharir:
    Dr. Mahathir membuat rumusan yang melulu untuk menegak benangnya yang basah atau tujuan mencapai hasrat yang dicita-citanya yang tersasar itu sahaja. Dr. Mahathir tidak membuat kerja rumah yang cukup. Apa bezanya sains dan matematik yang di ajar di sekolah dan universiti (ijazah pertama) sekarang dengan zaman beliau dahulu (50 tahun dahulu)?. Kalkulus yang diajar di sekolah dan di universiti sekarang ialah ilmu abad ke-17 dan ke-18 dan tidak berubah sebab perkara itu masih tetap menjadi asas yang perlu. Begitu juga dengan asas-asas fizik, kimia dan biologi. Yang berbezanya hanyalah aspek pengiraan dalam ilmu-ilmu itu kerana 50 tahun dahulu komputer belum ada, malah ilmu sains komputer dan teknologi maklumat amnya belum ada. Namun dalam bidang pengiraan (sains komputer dan teknologi maklumat amnya) di peringkat asasnya yang perlu diajar di sekolah atau di universit peringkat pertama tiadalah perubahan sepantas yang cuba ditakut-takutkan oleh Dr. Mahathir itu. Dia sengaja memomok-momokkan orang seperti menakut-nakutkan kanak-kanak dengan cerita-cerita hantu-jembalang sahaja yang pencerita itu sendiri tidak pernah mengalaminya!
    Benar kadar perubahan ilmu sekarang jauh lebih pantas daripada abad ke-15 dahulu tetapi kadar kemampuan pelajar dan guru serta penyelidik sekarang menangani perubahan ini juga demikian, senahagiannya kerana teknologi juga. Jadi kesannya yang sebenar tidaklah menakutkan seperti yang cuba ditakuti oleh Dr. Mahahtir. Jika gambaran Dr. Mahathir itu benar, semua negara terutamanya negara-negara di Eropah tidak akan ada lagi dalam bahasa selain daripada bahasa Inggeris! Ternyata bahasa rasmi Kesatuan Eropah pun bukan bahasa Inggeris sahaja, malah terlampau banyak sehingga mereka mahu mengurangkan kepada 4 atau 5 bahasa sahaja.
    Mahathir 12. Di zaman ini ilmu Sains dan Matematik yang amat penting untuk membangun dan memajukan masyarakat manusia, kembang dan bertambah dengan pesatnya. Tiap hari, tiap bulan dan tiap tahun ilmu baru yang diperbaharui sepanjang masa, diperkenalkan oleh para saintis dan pengkajiselidik kepada masyarakat dunia. Ilmu matematik terutama algorizmi dan perhitungan yang kompleks digunakan untuk mengetahui apa hasil jangka panjang daripada sesuatu teori dan untuk menentukan gerakan bintang di langit supaya kapal angkasa dapat menemui sasaran setelah berjalan berbulan-bulan.
    Jawaban Shaharir:
    Ini cerita daripada periwayat hantu yang disebut di atas. Teori baru yang terbukti berguna dan berjadi hanya berlaku jarang sekali, banyak bidang sains dan matematik berlaku perubahan teorinya dalam kalaan puluhan tahun, malah sains komputer yang dianggap terpantas itu pun biasanya dalam kalaan 3 atau 4 tahun (itu pun teknologinya sahaja). Yang digambarkan oleh Dr. Mahathir itu ialah tesis baru yang belum mencapai tahap yang patut dikuasai oleh kebanyak orang di universiti, apatah lagi di sekolah. Ia berlaku di kalangan sarjana berkenaan sahaja; dan sarjana tidak pernah menghadapi masalah bahasa yang ditakuti dan menakutkan orang oleh Dr. Mahathir itu. Berkenaan dengan “algorizmi” (sepatutnya alkhwarizmi atau algoritma) lagi lambat munculnya. Yang diajar di sekolah atau di universiti hingga kini masih yang asasnya yang dicipta ratusan tahun dahulu lagi (zaman belumada komputer lagi!). Teori dalam astronomi lagi lambat perubahannya, teori yang terbaik setakat ini (terutamanya oleh orang Barat) ialah ciptaan sarjananya lebih daripada 70 tahun dahulu (iaitu teori Einstein dan teori quantum) dan “algorizmi” untuk mengira ke angkasa lepas tidak banyak berubah sejak pertama kali Amerika barjaya ke Bulan (1974). Ilmu-ilmu yang lama inilah yang perlu dikuasai oleh pelajar kita sebelum mereka boleh belajar sendiri kelak. Persoalannya dalam bahasa apakah yang teraiknya? Takkanlah dalam bahasa yang pelajar tidak tahu atau tidak selesa? Lojik mana yang Dr. Mahathir pakai?l
    Mahathir 13. Dimasa yang sama banyak ilmu baru diperkenalkan yang berasas kepada kuasa elektrik, gerakan atom, sains halus atau nano science, asas-asas fisiologi kehidupan tumbuh-tumbuhan dan makhluk Allah dan berbagai-bagai lagi.
    Jawaban Shaharir:
    Ini mengulang-ngulang benda yang sama…. Menakut-nakutkan tentang benda yang sama… hantu yang sama.. Cuma di sini lagi banyak Dr. Mahathir cuba bercakap benda yang nampaknya dia tak berapa tahu. Sains atom tidak banyak berubah sejak awal abad ke-20 ini kerana kadar penemuan atau pembinaan teori barunya memakan masa yang panjang kalaannya seperti yang disebut sebelum ini. Teori Bohm (tentang atom) yang dikatakan sedang membina kubu-kubu persaingan dengan teori sebelumnya dicipta pada 1950-an dan berkemuncakkan pada tahun 1980-an dahulu (nah! Memakan masa 30 tahun dan masih tak menang!… menunjukkan lambatnya perkembangan sains bidang ini). Sains halus, jika dimaksudkannya nano-sains, sebenarnya bukan sains baru tetapi sains awal abad ke-20M; yang barunya (dan belum berjaya) ialah teknologi berasaskan sains itu. Jika sains halus itu bermaksud sains makhluk halus, orang Melayu sudah tidak perlu kepada Barat, malah Barat sedang menterjemah ilmu ini (dari Timur) ke dalam bahasa-bahasa mereka. Nampak macam yang dalam kendong kita sedang berciciran dan yang dikejar mengikut Dr. Mahathir tak dapat-dapat!
    Mahathir 14. Hakikatnya ialah jumlah ilmu baru dan kepantasan perkembangannya tidak dapat dikejar oleh penterjemah Melayu yang sedikit yang ada. Harus diingat untuk menterjemah tiap ilmu khusus dalam bidang Sains memerlukan bukan sahaja kefasihan dalam bahasa Melayu dan Inggeris, tetapi juga kepakaran dalam ilmu berkenaan. Kita tidak punyai dengan mencukupi orang yang berkebolehan seperti ini. Jika ada beberapa kerat orang seperti ini mereka tidak mungkin sanggup bekerja sebagai penterjemah seumur hidup mereka.
    Jawaban Shaharir:
    Kalau Dr. Mahathir tidak berprasangka buruk dan membuat sedikit aritmetik kedudukan buku-buku ilmu dalam bahasa Inggeris sekarang, nescaya dia tidak akan bercakap dengan nada kalah seperti itu terutamanya jika dia berwawasan yang betul terhadap pembangunan sesebuah tamadun, bukan sekadar berwawasan begayo” seperti Wawasan 2020 itu sahaja [iaitu berwawasan bukan dalam bahasa sendiri dan bercakap segalanya dalam acuan sendiri tanpa takrif yang betul tentang acuan itu].
    Secara amnya bilangan buku ilmu dalam bahasa Inggeris sekarang yang mungkin sesuai dipertimbangkan untuk diterjemahkan ialah sekitar 400 buah buku setahun dalam sesuatu bidang besar seperti sains matematik (termasuk sains komputer dan teknologi maklumat amnya), sains hayat, sains fizis (termasuk kimia dan geologi), sains kejuruteraan dan sains kesihatan dan perubatan. Dalam setiap bidang ini sekarang ini dianggarkan ada kira-kira 1000 orang sarjananya (yang ada ijazah Sarjana sekurang-kurangnya) yang banyak dahulunya belajar dalam bahasa Melayu tetapi tidaklah debek bahasa Inggerisnya (malah semuanya boleh menterjemah Inggeris-Melayu). Ini bermakna dengan dasar-dasar yang betul, kita tidaklah tidak mampu menghasilkan sebuah buku terjemahan setahun bagi setiap 2 orang sarjana. Di samping itu para sarjana ini juga tentunya boleh menghasilkan karya aslinya dalam bahasa Melayu, jika pengiktirafan terhadap penulisan buku tidak seperti yang berlaku selama ini. Ini belum lagi mengambil kira sarjana dari alam Melayu yang tentu sahaja boleh dimobilisasikan oleh Institut Terjemahan Negara itu umpamanya. Cara ini yang dilakukan pada Zaman Tamadun Islam dan Tamadun Eropah yang selalu disebut oleh Dr Mahathir dan disebut di sini juga (di atas tadi) tatepai nampaknya tidak pernah menjadi iktibar beliau.
    Dengan teknologi penterjemahan yang ada, kadar penerbitan penterjemahan ini tentunya “secara teorinya kacang” sahaja. Anggaran perbelanjaan setiap buku sekarang pun amat murah berbanding dengan cara lama, dan biasanya sarjana memang tidak menagih bayaran kerja penulisannya, asalkan pengiktirafan akademik yang sewajarnya diinstitusikan. Dengan dasar-dasar yang betul seperti pengiktirafan bertaraf akademik kepada para penterjemah dari kalangan ahli akademik itu, peruntukan pembangunan untuk “penterjemahan Negara” yang patut diwujudkan itu amatlah kecil berbanding dengan peruntukan projek pembangunan mega-mega selama ini. Pokoknya wawasan pemimpin negara yang betul sahaja yang diperlukan, iaitu yang pastinya bukan wawasan ala Dr.Mahathir itu.
    Mahathir 15. Sebaliknya jika kita belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kita akan dapat akses secara langsung sendiri semua ilmu yang diterokai dan dibukukan dalam bahasa Inggeris tanpa menunggu pengalih bahasa kita. Tiap-tiap tajuk yang terkini dan yang lama terbuka untuk kita menguasainya. Dengan itu kita tidak akan ketinggalan daripada segi ilmu pengetahuan berbanding dengan bangsa yang maju.
    Jawaban Shaharir:
    Ini yang sengaja Dr. Mahathir tidak atau buat-buat tidak faham-faham asalkan orang hanyut bersamanya dalam wawasan sebenarnya, iaitu menjadikan Malaysia ini bangsa yang kononnya lebih tahu berbahasa Inggeris daripada bangsa-bangsa lain yang bukan Anglo-Saxon dan pada masa yang sama dia tidak berpa kesah jika rakyat Malaysia memandang rendah atau tidak peduli kepada bahasa sendiri. Sejauh mana orang ramai sebenarnya lebih ramai/banyak boleh mencapai ilmu menerusi bahasa Inggeris itu (berbanding dengan menerusi bahasa sendiri) mungkin tidak begitu dipedulikannya. Persoalannya di manakah sandaran orang seperti Dr. Mahathir ini lakukan untuk mengatakan dengan mengajar Sains dan Matematik dalam bukan bahasa sendiri (di sini Inggeris) bagi lebih drp 90 % rakyat Malaysia ini (yang tidak menggunakan bahasa Inggeris di rumahnya) maka semakin ramailah rakyat Malaysia nanti faham sains dan matematik dalam bahasa itu dan seterusnya boleh mendapatkan sendiri ilmu itu kemudiannya menerusi teknologi maklumat? Siapa yang belajar sendiri tentang sains kependudukan umpamanya jika dia telah faham kalkulus sekolah? Siapa yang buka internet mencari ilmu baru tentang atom dan naoteknologi jika dia tidak faham hukum Newton pun? Pastinya orang mahir berabuk bercakap bahasa Inggeris sekarang pun jika dia tidak faham kalkulus sekolah tidak akan berbuta demikian! Hukum akal mana yang dia pakai: belajar dalam bahasa yang bahasa yang pelajar tidak selesa lebih baik daripada belajar dalam bahasa yang pelajar lebih selesa? Hasil kajian mana yang dia pakai yang menunjukkan pelajar berbahasa ibunda A lebih baik belajar dalam bahasa bukan ibundanya B? Hasil penyelidikan siapakah yang menunjukkan pelajar yang lebih selesa dalam bahasa A akan lebih berminat atau lebih berdaya cipta kelak jika belajar dalam bahasa bukan A? Jika semua soalan ini negatif jawabannya, apa maknanya Dr. Mahathir kata “jika kita belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kita akan dapat akses secara langsung sendiri semua ilmu yang diterokai dan dibukukan dalam bahasa Inggeris” ? “Kita” tu siapa dan berapa keratkah? Hebat sangatkah sains dan matematik orang Melayu di Singapura atau di Brunei kerana mata pelajaran ini begitu lama diajar dalam bahasa Inggeris? Sudah berpuas hatikah kita dengan prestasi sains dan matematik bangsa-bangsa di Afrika yang pendidikan seluruhnya dalam bahasa Inggeris sejak begitu lama sehingga secara tak langsung kita pun mahu mengikut jejak langkahnya? (Sebenarnya,contohnya, Nigeria dan Afrika Selatan baru berusaha untuk menggunakan bahasa sendiri dalam pengajaran sains dan matematik anak bangsanya!). Apa hebatnya sains dan matematik di Filipina yang begitu lama rakyatnya belajar ilmu ini dalam bahasa Inggeris? Adakah pendemokrasian sains dan matematik di Hindia begitu bagus berbanding dengan Tiongkok kerana pendidikan sains dan matematik di Hindia telah lama dalam bahasa Inggeris dan Tionghua masih dalam bahasanya sendiri; dan adakah pencapaian sains dan matematik di Hindia lebih baik drpd Tiongkok? …. dan terlampau banyak soalan yang jawabannya terang-terang menyangkal pandangan Dr.Mahathir itu.
    Mahathir 16. Sesungguhnya agama kita menuntut supaya kita kuasai ilmu-ilmu ini. Sebagai orang Islam kita perlu bersedia untuk mempertahankan umat Islam. Di zaman dahulu kuda perang, pemanah, pedang dan tombak memadai untuk pertahanan.
    Jawaban Shaharir:
    Memang betul! Tetapi apa muslihatnya beretorik begini?
    Mahathir 17. Di zaman ini kita perlu kereta perisai, meriam dan roket, pesawat pejuang dan pengebom, kapal perang dan kapal selam. Kita tak mungkin cipta dan bina semua ini tanpa ilmu sains dan matematik. Kita boleh beli daripada orang lain tetapi ini bermakna kita letak diri kita di bawah cengkaman mereka.
    Jawaban Shaharir:
    Amat betul! Tetapi apa guna leteran begini?
    Mahathir 18. Jika kita ingin amal ajaran Al-Quran berkenaan dengan keperluan pertahanan bagi umat Islam maka penguasaan ilmu sains dan matematik perlu menjadi sebahagian daripada fardhu kifayah bagi kita. Ia bukan ilmu sekular seperti diperkata sesetengah orang. Ia adalah sesuatu yang diwajib keatas diri kita.
    Jawaban Shaharir:
    Sebahagian besarnya betul! Tetapi Dr. Mahathir tidak boleh menangkap borong semuanya bahawa ilmu sains dan matematik sekarang “bukan ilmu sekular”. Ilmu mengikut Islam ialah pengetahuan yang tidak menghakis iman sedangkan banyak teori dalam sains dan matematik sekarang bukan sahaja boleh menghakis iman tetapi jelas mencabar beberapa ajaran utama Islam. Kita perlu mengajar sains dan matematik kepada orang Islam supaya dia faham bukan sekadar matannya sahaja tetapi faham juga selok-belok ketakserasiannya dengan Islam sehingga orang Islam terpanggil untuk memperbaikinya dan seterusnya menjadi nakhodanya. Itu yang pernah dilakukan pada zaman Tamadun Islam dahulu dan Dr. Mahathir hanya buat-buat tak tahu sahaja. Dalam hubungan ini, pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris tidak membantu mendidik orang Melayu khususnya ke tahap yang diingini ini, kerana bahasa Inggeris itu membawa nilai-nilai kesekularan tersendiri yang sudah teradun dalam pengolahan penyampaian sains dan matematik dalam bahasa Inggeris itu. Diakui bahasa Inggeris pun semakin menjadi satu daripada bahasa yang berkesan untuk penyampaian Islam tetapi gaya ini masih belum meresap ke dalam penyampaian sains dan matematiknya.Malah berdasarkan tinjauan yang dibuat beberapa kali yang mendapati lebih daripada 90% ahli sains teori Barat kini adalah ateis atau apeduli agama (kalau sekular lagi tinggi!), maka gaya penulisan sains dalam bahsa Inggeris khasnya tidak mungkin akan berubah kepada yang teis atau peduli agama, makalah semakin sebaliknya.
    Mahathir 19. Jika kita abaikan ilmu ini semata-mata kerana kita lebih utamakan bahasa kita, dan dengan itu kita jadi bangsa yang kolot dan lemah, dan dihina oleh orang, kita tidak boleh dakwa yang kita adalah pejuang bangsa dan agama. Orang yang rela bangsanya dihina tidak faham akan makna nasionalisme yang sebenar atau tanggungjawab orang Islam terhadap agama mereka.
    Jawaban Shaharir:
    Lagi sekali Dr. Mahathir membuat andaian palsu, iaitu bangsa yang mengutamanya bahasanya sendiri adalah bangsa yang mengabaikan ilmu, bangsa yang kolot dan lemah, dan sebagainya itu. Lupakah dia tentang nasib bangsa Inggeris itu sendiri? Begitu juga dengan bangsa-bangsa yang dianggap maju dalam sains dan matematik sekarang, bangsa yang manakah yang tidak mengutamakan bahasanya sendiri? Sebenarnya orang yang rela bangsanya dihina dan sebagainya yang dikatakan dan dilakukan oleh Dr. Mahathir sedang berlaku pada orang Melayu sekarang ini pun (sejak 2003) kerana dasar bahasa yang menabaikan bahasa Melayu sedangkan tahap pencapaian sains dan matematik orang Melayu ada tanda-tandanya yang semakin merosot sebagaimana yang dipaparkan oleh para penyelidik yang tidak terikat pada kepentingan politik semasa.
    Mahathir 20. Bagi saya pejuang bangsa yang betul-betul bersemangat perlu bermatlamat untuk menjadikan bangsanya bermaruah, dihormati oleh semua bangsa lain dan berkebolehan bersaing dalam apa juga bidang dengan kemungkinan berjaya.
    Jawaban Shaharir:
    Siapa yang tidak bersetuju dengan pandangan ini?
    Mahathir 21. Pemimpin dan pejuang yang hanya ingin disukai ramai dan kerana itu sanggup membiar bangsanya menjadi kolot dan hina, bukanlah pemimpin yang sayang bangsanya. Mereka hanyalah oportunis yang sanggup gadai bangsa sendiri asalkan mereka dapat kekalkan kedudukan mereka. Mereka ini bukan nasionalis dalam erti kata sebenar.
    Jawaban Shaharir:
    Pemimpin dan pejuang yang dibayangkan oleh Dr. Mahathir ini sukar dicari di Malaysia ini kerana sebahagian besar sejarah pasca-merdeka Malaysia ini berada di bawah zaman pemerintahan beliau. Dalam zaman pemerintahannya yang lama itu, beliau mungkin merasakan banyak benda yang dia buat yang tidak disukai ramai tetapi tetap dilakukan demi tidak “membiarkan bagsanya kolot dan hina” . Ini perasan beliau sahaja dengan menganggapkan setiap tindakan tidak popularnya tetap dilakukan kononnya demi kebaikan bangsanya, nasionalis sebenarnya, dan tidak penyempatnya dia. Orang boleh berhujah balik bahawa dasarnya menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pendidikan sains dan matematik sekolah dilakukan demi sebaliknya sahaja. Umpamanya, penyempat (pandai mengambil peluang situasi yang muluk-muluk)! Takrif nasionalis siapakah yang yang ciri-cirinya mengizinkan pengabaian kebudayaan sendiri? Dia patut menilai semula perasannya itu atas sebab-sebab yang telah diutarakan sebelum ini yang memberi kesimpulan bahawa tindakan tidak popularnya itu sebenarnya “membiarkan bagsanya kolot dan hina”. “Kolot dan hina” kerana dasar itu berkebarangkalian yang amat kecil akan melahirkan bangsa yang mampu mencipta ilmunya sendiri dan berkebudayaan sendiri.
    Mahathir 22. Bahasa jiwa bangsa. Tetapi ilmu menentukan keselamatan dan maruah bangsa.
    Jawaban Shaharir:
    Slogan “Bahasa jiwa bangsa” kini sudah dikelirukan oleh tingkah-laku Dr. Mahathir selama ini kerana padanya ilmu dan bahasa terpisah sifatnya. Padanya bahasa menjadi jiwa bangsa hanya dalam kebudayaan yang sempit bagi sesuatu bangsa itu sahaja, dan kebudayaan yang sempit itu pun tidak penting kalau bangsa itu tidak berilmu. Beliau menganggap ilmu itu neutral malah terpisah daripada bahasa. Bahasa tidak mewarnai ilmu dan ilmu tiada sumbangannya bahasa. Pada Dr. Mahathir ilmu yang sedia ada ini (apatah lagi yang hendak dicipta nanti) dalam bahasa apa pun memberi makna yang sama sahaja. Pandangan sempit dan salah ini ditambah pula dengan sikapnya yang tidak memasukkan ilmu sebagai komponen jiwa bangsa yang terpenting itulah menjadikan “bahasa jiwa bangsa” itu tidak perlu dipedulikan lagi. Tidak hairanlah dia merasakan slogan “Bahasa jiwa bangsa” itu tidak tepat, tidak kena, dan kolot, sehingga dia tambah satu ayat lagi itu. Inilah berbezanya Dr. Mahathir dengan kebanyakan ilmuwan seluruh dunia.
    Shaharir b. M.Z. (Dr., Mantan Profesor matematik fizik, UKM & dan mantan Profesor Matematik UMT)
    BBBangi, 28/08/08

  18. lynn Aug 24,2008 6:46 PM

    Akum Tun,
    I dont have any problem with Science and Maths taught in English. In fact I think it is necessary. Come on people for those who dissagree. Come job search it is a very big problem for the Malays to get job. English is a must since it is a global language. Like my late father (who use to be in the same school with u tun) said BM can only reach Johor once u cross over to Singapore u will have to speak in English. It doesnt mean u speak English u are not Malaysian. Because we are Malaysian then we should be able to be versatile in different language. We are a very small country (to those who speaks too much about being TOO MALAYSIA, try looking us up in the world map and see how small we are). Being small we have to work harder to be recognised and acceptable.
    Its just like being in school if u r small then u get bullied most of the time.But once u r someone, everyone look up and respect u. Just use that simple methodology and think out of the box people. We have come a long way in independence to just sit back and be spoon fed with all things. When Tun implemented this he was just asking u to learn science n mathematics in English NOT ASKING U TO BE A MAT SALLEH. Grown Up Malaysian!!!
    Dont be such a baby. Have u ever wondered what a chinese man was talking whenever they stand beside us? Have u ever wondered. For all u know they would be something not pleasant about u and u dont even know what. Learning a third language is also good. U get good jobs. Better salary and faster promotions. I dont mind sending my son to a chinese school. Their syllabus is just like any school except they speak chinese. They learn English too. Do u know our top mufti can speak better English than any Malay People out there? Go test him.
    I have to agree with a writer on this column we are lazy. TOO LAZY ACTUALLY. Do u know how much we have lost out being such a pain in the butt by being so negative. U complaint about this and that. There are so many ways to improve. U can improve the government then take the iniative to improve yourself and take what opportunity there is. Take the risk. U questions why the chinese and indians are doing better than us. Do u know that they are not being pampered at all by government? Do u how they survived? They learn the hardway they did it on their own with no help that is the reason why they can are BIG in anything they do.
    Just a simple thing like learning Science and Mathematic in English is so hard for all of us to learn while at this moment we are learning the hardest thing to do…living our lives peacefully till our last breath.
    Think people Think. Tun sorry but this is a forum. If u do get to read this, u may have faults (nobody is perfect) but u have done good things for Malaysia. We wont be on the map if it was not for u. Thanks sincerely.

  19. aeda Aug 24,2008 6:07 PM

    Dear Tun,
    It’s such a great idea in heading a new agenda in our education system. As I’m one of the Malay ex-student in our local university, I can really understand the problem in our Malay communities. The difficulty in conversing in English. My friend dropped out from uni as she’s scared of teaching Mathematics in English. And I think our communities need not be in comfortable zone like we used to be and taking this as a challenge to compete with other races and chin up for possibilities in other contries (venture or invest in other countries will need us to communicate in English).And nowadays I can really see the importantance of English as now I’m working in private sector and doing part time study in Masters Degree.

  20. whalim Aug 23,2008 8:00 PM

    Assalamualaikum Tun,
    Saya 100% bersetuju dengan pembelajaran Bahasa Inggeris dalam pelajaran Sains dan Matematik. Saya bimbang kalau kita tidak mulakan dan laksanakannya sekarang, bangsa kita akan terus ketinggalan

  21. oghekito Aug 23,2008 12:58 PM

    salam
    bg sy pembaharuan perlukan pengorbanan,manis & perit mengiringinya.baik utk anak kota,buruk utk anak desa.
    “Kalau tak berani melangkah,kita takkan kemana-mana”
    doa dipanjatkan semoga semua dilimpahkan rahmat dariNya

  22. Redzuan Ibrahim Aug 23,2008 12:23 PM

    Salam
    Tahniah Tun.. Saya percaya Tun adalah negarawan yang patut dicontohi. Saya bangga ada anak Melayu seperti Tun di Malaysiani. Jasa dan pemikiran Tun terhadap negara tak terbilang banyaknya takkan saya lupakan seperti sebilangan yang lain. Saya juga sedih dengan apa yang berlaku pada masyarakat Melayu hari ini. Disanjung hanya bila berkuasa. Percayalah biar dimanapun Tun berada, hanya Tun reformis bangsa sebenar di hati saya. Semoga Allah akan kurniakan kesihatan yang baik dan saat yang berbahagia dalam kehidupan Tun seharian. Terima Kasih Atas Segala Jasa Yang Tun Curahkan Terhadap Kami Anak Bangsa Selama Ini. Terima Kasih Tun.

  23. mahendran Aug 22,2008 1:52 PM

    Tun,
    You know we should not change our education system the last time from English Medium to Malay medium. If we had not done that.. by now every malaysian won’t be facing this problem. Actually the one is complaining in not the students but the parents. If you ask my daughter now in Form 2 she said… yes at first learning Maths and Sains in English in tough.. but now she doing fine ( Std 1 – Std 6 all in Malay Medium). Yes the children just doing fine but the parents only dont understand it. Please continue teaching in English don’t keep on changing our Education system its only making our kids to suffer.

  24. sthedwig Aug 22,2008 1:37 AM

    Referring to one of the comments “make it compulsory for Science and Maths teacher to improve their English”
    You know, language takes time. Making it compulsory wouldn’t make these teacher’s proficiency level go up overnight. The fact that the policy (ETeMS) is implemented without detailed and careful planning makes it hard for everyone, especially teachers. They simply haven’t been given enough time or training.
    Even proficient teachers could find it hard to do ETeMS. Give some credit to our teachers.
    I’d also like to comment on the comment made by pencetak sinar. Children can actually learn a second language and content at the same time. ETeMS could actually be very beneficial for students to learn English. Again, it depends a lot on the teachers. Math and Science is actually a vehicle for English mastery. But a lot of it will depend on the teacher.
    Try to put yourself into the teacher’s shoes. I think teachers need to be given the focus here. More initiative should be done for teachers, especially in terms of training and professional development. And also, listening to what teachers have to say. Reading the comments, I’m not sure if there are any teachers saying anything. I think a lot are doting parents or people with no kids. Are teachers’ voice being heard?
    That’s all I have to say.
    Well done the teachers of Malaysia! Thank you for soldiering on despite all the uncertainties.

  25. ain_mostito Aug 21,2008 2:18 PM

    Saya sokong sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris, tak semestinya kita sebagai orang melayu kena berbahasa melayu sahaja. kalau begitu sampai bila pun kita takkan maju, tak dapat nak berdiri di atas kaki sendiri. melayu itu bukanlah hanya pada bangsa, islam juga bukanlah hanya sebagai agama sahaja..semuanya terletak dihati, takkan melayu hilang di dunia walau kita belajar bahasa apa sekali pun..jangan lah menjadi terlalu kolot sehingga tidak boleh menerima perubahan..Saya doakan moga kesihatan Tun di dalam keadaan yang baik, semoga Allah sentiasa memberkati setiap apa perkara yang Tun lakukan utk negara Malaysia yang amat saya cintai ini. Walaupun saya baru berumur 22 tahun, tetapi saya faham apa erti kemerdekaan yang sebenar.

  26. meris Aug 21,2008 10:51 AM

    Salam buat Tun M,
    Saya terlibat sepenuhnya dengan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam B.Inggeris (PPSMI) diluarbandar, apa yang saya dapati dan alami:
    1. Subjek kritikal sekarang adalah Sains dan Matematik setiap kali ujian diadakan peringkat sekolah (soalannya dalam B.Inggeris). Peratus lulus bertambah jika soalannya dwibahasa. Sebelum perlaksanaan PPSMI subjek sains bukan subjek kritikal kecuali subjek B.inggeris dan Matematik
    2. Sejak pelaksanaan PPSMI peratus kelulusan dalam B.Inggeris meningkat dan peratus kelulusannya adalah lebih baik daripada subjek Sains dan matematik
    3. Guru-guru Sains dan Math terpaksa mengajar dalam B.Inggeris untuk memenuhi dan melaksanakan dasar dan juga Bahasa Melayu untuk memahamkan sesuatu konsep kepada pelajar. Guru-guru Sains dan Matematik tugasnya amat berat bagi mereka yang betul-betul mahu melaksanakanya. Kebanyakan pelajar-pelajar luar bamdar kurang motivasi untuk belajar ia bergantung seratus peratus kepada guru. Sekiranya guru itu seorang yang berdedikasi dan sanggup berkorban masa dan tenaga insyaallah peratus kelulusan subjek itu akan cemerlang dan sebaliknya.
    4. Pengalaman saya selama 20 tahun bertugas diluar bandar ( dan memang asal luar bandar) guru yang opsyen B.Inggeris tidak pernah melebihi 2 orang bagi sekolah yang bilangan pelajar hampir 800 orang. Akibat pertukaran keluar masuk kadang-kadang tiada langsung guru opsyen B.Inggeris . Kedatangan mereka pula tidak melebihi 3 tahun. Biasanya guru BI mereka ini adalah orang bandar dan mereka tidak selesa tinggal diluar bandar walau pun kemudahan api air telefon semuanya mencukupi.Inilah masalah yang sebenarnya dihadapi oleh pelajar-pelajar luar bandar kekurangan guru opsyen BI yang berdedikasi untuk memajukan mereka.Cadangan saya pada Kementerian Pelajaran supaya dapat mengambil mereka yang datang dari luar bandar untuk dilatih menjadi guru BI walaupun kelulusan mereka agak kurang berbanding mereka yang berasal dari bandar, sekiranya pihak kementerian mahu masalah ini diatasi yang sekian lama menjadi barah dalam dunia pendidikan luar bandar
    Walau apapun , alhamdulillah anak-anak saya walaupun sekolah diluar bandar mereka turut cemerlang dalam pelajaran mereka. Prinsip saya apa-apa yang kita lakukan kita mesti ikhlas demi agama bangsa dan negara kita. Hanya Allah saja yang dapat menilai segala usaha kita bukannya manusia.
    Akhir kata buat Tun, semoga Allah akan merahmati dan memberkati segala usaha yang Tun lakukan dalam memajukan negara Malaysia. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui niat kita melakukan sesuatu.

  27. Taher Buyong PhD Aug 20,2008 11:03 PM

    Salam Tun yang dikasihi..
    Saya sangat bersetuju dengan tindakan Tun memperkenalkan semula Bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains & Matematik.Saya terkilan kerana Tun tidak mengadakan semula sekolah yang bahasa pengantarnya 100% Bahasa Inggeris.Saya yakin Malaysia jauh lebih maju daripada sekarang sekiranya kita tidak memilih Bahasa Melayu sebagai bahasa Pengantar di sekolah/universiti sedikit masa dahulu.Ilmu tidak terdapat dalam bahasa Melayu tetapi ilmu banyak dalam Bahasa Inggeris,jadi kalau ingin maju,tiada pilihan lain selain Bahasa Inggeris.Kita belum jauh ketinggalan jika kita hendak berpatah balik dan adakan semula sekolah dengan bahasa pengantar Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya untuk memberi peluang kepada orang-orang yang ingin memajukan diri & negara.Saya bercakap berdasarkan pengalaman sebagai pensyarah universiti & penyelidik selama 30 tahun.Penyelidik berkelulusan Sarjana Muda & Sarjana tidak dapat memahami ilmu dalam kertas kerja penyelidikan dan buku teks yang rata-ratanya ditulis dalam Bahasa Inggeris.Selepas 20 kali membaca cuma 20% sahaja isi kandungannya yang dapat difahami.Begitulah teruknya penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan graduan kita sekarang.Bagaimana kita ingin terus maju jika perkara ini berterusan?Tidak terdapatnya ilmu dalam bahasa melayu berpunca dari kita sendiri juga.Pentadbir universiti mementingkan kertas penyelidikan yang dihasilkan oleh penyelidik tempatan diterbitkan di High Impact Journal semata-mata bertujuan menaikan taraf universiti mereka dalam ranking dunia tetapi yang mendapat ilmu itu ialah mereka-mereka yang fasih berbahasa Inggeris (bukan orang Malaysia)tetapi anak malaysia yang kurang fasih berbahasa Inggeris tidak dapat apa-apa kerana mereka tidak memahami isi kandungan penyelidikan tersebut.Saya minta maaf jika saya menyinggung perasaan sesetengah pihak.
    Renung-renungkan lah…

  28. Faka Aug 20,2008 8:58 PM

    Salam Tun yg dihormati
    Saya amat bersetuju dengan pandangan ayahanda Tun tentang kepentingan pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.
    Cuma pandangan saya, apa yg Ayahanda Tun fikirkan tidak terjangkau oleh mereka yang merancang….yang menyebabkan ia menjadi satu bebanan kepada mereka yang melaksanakan iaitu guru di sekolah dan juga pelajar – pelajar.
    Mereka yang merancang….pegawai – pegawai di Kementerian yang berkenaan telah melakukan satu perancangan yang bagi pandangan saya telah menyebabkan apa yang Ayahanda Tun rancang untuk kepentingan bangsa, negara dan agama di perlekehkan dan di pertikaikan akan keberkesanannya.
    Mengapa saya berkata demikian? Kerana mereka, pegawai – pegawai ini merancang untuk mengejar pangkat ataupun kedudukan ataupun untuk mengukuhkan kedudukan masing – masing. Mereka bukan merancang untuk bangsa, negara dan agama mereka.
    Sekian.

  29. atie70 Aug 20,2008 7:00 PM

    Pengajaran sains dan matematik boleh dijalankan di semua sekolah sekiranya pelaksanaan merangkumi semua termasuklah di sekolah jenis kebangsaan.Adalah tidak adil apabila pembuat dasar terdiri daripada orang Melayu tetapi menyusahkan bangsanya sendiri.Bertanding biarlah adil.Apa yang lebih malang lagi apabila keputusan peperiksaan diumumkan pencapaian agak memuaskan,ini kerana lembaga peperiksaan akan menurunkan markah kelulusan bagi tujuan mengukuhkan dasar.Realitinya sesiapa yang terlibat dalam pemeriksaan akan tahu.Tujuan Tun baik tetapi pelaksanaan dibuat tanpa kajian dan data-data mencukupi.Apa yang menyedihkan subjek Bahasa Inggeris masih di tahap rendah,tambah lagi subjek sains dan matematik seperti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.Jepun maju kerana mereka sangat maju dalam bidang penterjemahan ilmu.Begitu juga dengan Taiwan dan Korea.Bahasa asing bukanlah satu halangan.Sebab itulah bila Jepun buka kilang di Malaysia kita kena tahu cakap Jepun.Bila ke negara mereka lagilah kita kena cakap bahasa mereka.Kegagalan pelaksanaan juga boleh dilihat sebagai kegagalan empowerment.

  30. fira Aug 20,2008 2:55 AM

    Salam ayahanda Tun.
    Saya bersetuju Math & Science diajar dalam English namun terus terang saya katakan saya sedih dengan prestasi anak-anak Melayu sekarang akibat pengajaran Math & Science in English. Malang sungguh bagi anak-anak Melayu (sekolah rendah terutamanya) terutama di kampung-kampung & pendalaman-pendalaman. Mereka menjadi mangsa keadaan yang mereka sendiri tidak mengerti. Sudahlah mereka jauh daripada kemudahan yang serba lengkap, guru-guru di sekolah-sekolah kawasan tersebut pun umpama ‘mengajar nak tak nak je…’. Yelah…orang kampung katakan… Tidak sehebat orang bandar.
    Melihat situasi ini, saya fikir lebih selamat Math & Science diajar dalam bahasa Melayu. Bahasa Inggeris sudah tentulah akan diajar sebagai satu subjek teras. Namun, saya mengharapkan, akan wujud sebuah tutorial atau kelas tambahan untuk pelajar mengenal istilah-istilah sains & matematik serta konsep-konsep asas sains & matematik. Pasti mereka boleh lebih cemerlang dan maju jaya.

  31. ahzim Aug 20,2008 12:52 AM

    Assalamualaikum ayahandaku, Tun.
    Saya tahu subjek ymang diperkatakan ialah tentang Bhs Inggeris. Jadi sbulum saya memulakan bicara, saya ingin minta maaf kpd semua pihak atas penggunaan Bhs Melayu dalam comment saya ini.
    Saya memang bersetuju 100% penggunaan Bhs Inggeris dalam sistem pengajaran & penbelajaran (P&P) khususnya dalam subjek sains dan matematik di sekolah.
    Apa yang nak saya katakan di sini, saya tidak rasa bhw murid atau plajar yang ingin menukar sistem ini. Tetapi apa yang saya rasa, sebenar nya ibu bapa lah yang ingin menukar sistem ini atas sebab anak mereka tidak cemerlang dalam pembelajaran. Sedang kan ibu bapa tidak tahu anak-anak ini tidak mendapat perhatian yang sepenuhnya drpd mereka sendiri. kesedaran anak-anak juga memain kan peranan yang penting sekiranya kita ingin berjaya. Siapa lg yang perlu memupuk kesedaran ini klau bkn dr rumah. Ini tidak, anak2 bru gagal skali ibu bapa ingin mempersalahkan orang lain.
    Bukan saya ingin mempersalah kan orang lain. Saya juga seorang anak dan masih mempunyai ibu bapa. Saya tlah lalui sistem yang tlah di cadang kan oleh ayahanda ini tapi saya tidak rasa sistem ini boleh membantutkan pemikiran anak-anak dan saya juga tidak rasa sistem ini dapat menjatuhkan anak-anak.
    Tetapi ini lah reality nya. Tak perlu kita ingin memandang terlalu jauh tentang kesan penggunaan Bhs Inggeris ini. Klau kita ingin sistem penggunaan Bhs ini ditukar atas alasan untuk memberi kecemerlangan anak2 di alam persekolahan, pikir lah adakah kita ingin anak2 kita kecundang di alam universiti pula. Sedarlah bahawa penggunaan Bhs Inggeris ini amat luas di alam Universiti. Adakah ini yang kita mahu????
    Bayangkan lah, sekiranya murid yang hanya asal dr keluarga yang tidak berkemampuan tetapi masih mampu untuk mengharungi. bukan sahaja dapat mengharungi bah kan berjaya lagi tu.
    Saya menggunakan perkataan “kita” kerna saya tahu bila saya gunakan perkataan ini, saya dapat mendekati apa yang boleh di bayang kan oleh ibu bapa selepas mereka membaca apa yang saya bicarakan.
    Sblum saya akhiri kata2 saya, saya ingin minta maaf sekiranya ada pihak yang terasa atau terguris hati nya. Apa yang dikatakan ini adalah reliti kehidupan kita yang perlu kita ubah untuk memajukan diri dan apa yang dilakukan oleh pemimpin2 kita yang terdahulu khusus nya ayahanda kita, Tun Dr Mahathir, pasti ada sebab nya dan pasti akan memberikan faedah masa panjang. Mungkin kita tidak nampak skarang tapi cuba kita intai masa depan kita sama ada dengan penggunaan Bhs Inggeris dalam subjek sains dan matematik ini dapat membantu anak2 anda semua atau tidak……

  32. wirawati Aug 19,2008 5:08 PM

    Salam semua,
    Well, I’m damn agree!Tapi, malangnya, ramai berfikiran sempit. Contoh terbaik, iklan berkenaan NST, mendapat komen (Ruangan Forum – Utusan Malaysia, tak ingat tarikhnya), kononnya tak suka iklan merendah-rendahkan martabat bahasa melayu. Nasib baik ada yang menjawab, Dr Gunawan, iklan itu bukan berniat merendah-rendahkan bahasa melayu, tetapi menggalakkan kita belajar bhs Inggeris kerana ia bahasa dunia. Apa punya sempit fikiran, hanya kerana belajar bahasa Inggeris dikatakan merendahkan martabat bahasa ibunda.
    Susah kalau ada Melayu yang tidak mahu maju, tapi menyalahkan orang lain. Dikebanyakan pusat pengajian yang saya pergi untuk sesi ceramah, boleh dikatakan majoriti anak Melayu kurang mahir berbahasa Inggeris, segelintir sahaja.

  33. Living Malay Aug 19,2008 2:31 PM

    a’kum Tun dan semua.
    Saya ingin menyuarakan sedikit pendapat saya yang agak bertentangan dengan pendapat saudara ‘TEMPE’.
    pertama sekali saya ingin meminta maaf kepada saudara ‘Tempe’ sekiranya pendapat saya ni ada yang menyinggung perasaan atau pegangan saudara. Saya cuma menyampaikan pendapat saya atas dasar kepercayaan dan pegangan saya.
    Pertama sekali sebelum membandingkan negara kita dengan negara-negara yang telah disebut oleh saudara Tempe iaitu Jepun, Jerman dan China, kita perlu tahu di mana letaknya status negara kita dan juga apakah kemampuan yang kita ada untuk meletakkan kita sebaris dengan mereka. Jangan salah faham, saya tidak katakan yang negara kita lemah, negara kita mundur, tapi apa yang saya nak sampaikan kita berada di situasi yang saya lihat sebagai ‘muda dan berpotensi’.
    betul apa yang telah saudara tempe katakan, mereka berjaya dengan bahasa mereka sendiri. tetapi pernahkah kita terfikir berapa lama mereka ambil masa untuk berada di tahap sekarang? berapa banyak pengorbanan yang telah mereka lakukan untuk berdiri megah dengan bahasa mereka sendiri. Apakah keupayaan mereka, sampai mereka telah menjadi pusat untuk mendapatkan ilmu dan teknologi dari negara-negara di seluruh dunia. Ini jauh sekali berbeza dengan kita yang masih merupakan negara yang sedang belajar.
    Saya tak nafikan sekiranya pendekatan yang betul dan sistematik diambil, insyallah saya yakin kita akan menjadi seperti mereka dan mungkin lebih. Tapi sebelum sampai ke tahap mereka, saya berpegang kepada prinsip “we have to learn to follow before we can lead”. Ini adalah proses awal dalam mencapai visi utama iaitu memartabatkan bangsa melayu.Saya percaya itulah visi TUN semasa membuat keputusan ini. Kita di proses awal, proses pembelajaran, proses melengkapkan diri. Secara umumnya negara maju adalah negara barat yang berbahasakan bahasa inggeri. Oleh itu, korbankan sedikit maruah, dapatkan dulu ilmu yang diperlukann kita dari mereka, sebelum kita boleh berdiri sendiri dan gah di hadapan dunia.
    Secara kesimpulannya, saya rasa keputusan Tun ini bukan untuk menjatuhkan bangsa melayu, tetapi langkah pertama dalam satu perjalanan yang jauh bagi mecapai visi memartabatkan bangsa melayu dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang bukan berpotensi tetapi telah mencapai potensinya.
    Terima kasih.
    Regards,
    Living Malay

  34. suzain Aug 19,2008 12:20 PM

    SALAM AYAHANDA TUN,
    ALAH APA YANG NAK DIHERANKAN, BAYANGKANLAH SETIAP KALI BERLAKUNYA PERUBAHAN DLM SISTEM PEMBELAJARAN KITA YANG PASTI ADA PERTUKARAN BUKU TEKS. BAYANGKANLAH KALAU JUMLAH BUKU TEKS UNTUK SETIAP PELAJAR SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH YANG PERLU DITUKAR…………DAN BAYANGKAN PULA KEUNTUNGAN YANG DIDAPATI OLEH ORANG YANG MEMPEROLEHI KONTRAK TERSEBUT………ANAK SAPELAH TU. SOMEONE PLEASE CHECK IT OUT.
    APAPUN SAYA SANGAT SETUJU MATEMATIK DAN SAINS DIAJAR DLM BAHASA INGGERIS SEBABNYA BILA KADANG2 SAYA MENDENGAR ANAK2 SAYA BERBINCANG SESAMA MEREKA TERKEDU DIBUATNYA. RASA BANGGA MELUAP2.
    TO ALL BLOGGERS SALAM PERKENALAN THANK YOU VERY MUCH BECAUSE NOW I KNOW IM NOT ALONE. ALL THIS WHILE I THOUGHT IM AMONG A FEW WHO SUPPORTED AYAHANDA TILL DEATH. RUPANYA KITA RAMAI DAN KUAT.
    TO AYAHANDA AND BONDA WE WILL AND ALWAYS LUV YOU. GOD BLESS EVERYONE HERE.

  35. jayzek Aug 19,2008 10:07 AM

    Salam Tun,
    1. Saya berpendirian bahawa penguasaan bahasa inggeris itu penting. Mengajar matematik dan sains dalam bahasa inggeris sepatutnya telah bermula dari dulu lagi. Sekolah-sekolah juga seharusnya telah menekankan penguasaan bahasa inggeris dari peringkat rendah lagi. Tidak akan hilang semangat kebangsaan kalau dapat menguasai bahasa inggeris.
    2. Peningkatan kerjaya juga bergantung kepada penguasaan bahasa inggeris yang baik, ini dapat dirasai oleh saya sendiri yang tidak begitu baik dalam penguasaan bahasa inggeris. Dahulu saya bersekolah rendah dan menengah diluar bandar (SPM 1988) dan tidak ada penekanan dalam penguasaan bahasa inggeris. Walaupun berjaya memperolehi ijazah namun penguasaan bahasa inggeris tetap tidak begitu baik. Bagaimanapun pensyarah kelas inggeris saya mengatakan bahawa bahasa inggeris saya adalah baik berbanding rakan-rakan saya yang lain. Kalau saya kata inggeris saya teruk bagaimana rakan-rakan saya yang lain? Pasti lebih teruk sehingga ada yang terpaksa mengulang semester kerana gagal bahasa inggeris.
    3. Atas kesedaran penguasaan bahasa inggeris penting, saya menghantar anak-anak saya ke sekolah tadika aliran inggeris sejak mereka berumur empat tahun lagi. Bagaimanapun ketika disekolah rendah, penekanan bahasa inggeris oleh sekolah amat kurang. Sekolah lebih sanggup membuat kelas tambahan basaha Arab berbanding bahasa inggeris.
    4. Saya berharap adanya sekolah-sekolah terpilih yang ditukar kepada sekolah aliran bahasa inggeris supaya ibubapa mempunyai opsyen menghantar anak-anak ke sekolah tersebut.
    5. Bekas Menteri Pendidikan yang juga TPM kita dan segelintir menteri-menteri pun menghantar anak-anak mereka ke sekolah antarabangsa. Cakap bahasa melayu pun pelat. Kami tidak mempunyai wang untuk menghantar anak-anak kami ke sekolah tersebut, apa yang kami mahu hanyalah anak-anak kami juga dapat menguasai bahasa inggeris dengan baik. Berilah penekanan kepada penguasaan bahasa inggeris di sekolah-sekolah.

  36. jmazli Aug 19,2008 5:41 AM

    tiada salah dalam perlaksanaan pengajaran dalam bahasa inggeris tetapi yang jadi salah adalah ‘kecerdikan’ kementerian pelajaran dalam melaksanakan dasar pendidikan. sudah sampai masa kita perlu merombak sistem dan jika perlu orang -orang tertentu yang membebankan kementerian. dasar pendidikan malaysia sudah ketinggalan 100 tahun di belakang negara – negara lain. masih bersifat mengongkong dan tidak menggalakkan budaya berfikir dan kesannya kita boleh lihat hari ini bukan sahaja kepada anak – anak kita yang masih di bangku sekolah tetapi majoriti rakyat malaysia khususnya orang melayu. tergerak saya untuk meninggalkan komen di sini adalah kerana saya adalah golongan pendidik yang kecewa dengan sistem pendidikan di malaysia. andai kata jika beginilah gayanya, wawasan 2020 yang dibayangkan akan bertukar corak dan warna.

  37. Mohd Faried Aug 18,2008 10:57 PM

    Salam Tun
    Pandangan Tun adalah benar sama sekali.
    1. Bukan sahaja subjek matematik dan sains bahkan ilmu akaun, kejuruteraa, rekaan dalaman, program mengunakan bahasa inggeris.
    Contoh yang di berikan oleh Tun adalah benar sama sekali. Mungkin orang bergama hanya pandai membaca surah, hadis tetapi mereka tidak tahu inti pati isi kabdungan ayat itu. Umat arab dam Islam diminta menuntu ilmu…itu bermakna perlu pengorbanan kalau ingin berjaya.
    3. Tiada niat di mana-mana pemimpin dan mayasyarkat melayu untuk menindakan bahasa ibunda tetapi biarlah mendatang faedah yang berguna padan bangsa iaitu ilmu.
    4. Saya menyokong perjungan Tun
    5. Saya mencadanglan sekolah aliran bahasa Ingglis di perkenlkan semula bagi menari semua orang melayu menjadi insan yang berja dan berkebolehan dal;am semua subjet.
    6. Saya yakin sekiranya sekolah aliran inggeris ini di buka di luar bandar sudah tentu akan mendapat perhatian oleh ibu bapa untuk melihat anak mereka berjaya. Mereka sangup hantar!
    7. Janganlah kerana hendak pertahan kan masa depan pendik tetapi fikirkan lah masa depan yang jauh untuk anak bangsa.
    sekain
    HIDUP TUN, HIDUP TUN, HIDUP TUN

  38. yoyooh.com Aug 18,2008 3:22 PM

    Bersemangat kebangsaan Melayu tidak hanya dengan Bahasa Melayunya sahaja. Bercakap dengan fasih tidak menjamin semangat kemelayuan yang tulen. Ia juga terletak kepada bagaimana individu itu sendiri menguasai ilmu dan seterusnya menggunakannya untuk kepentingan bangsanya. Kita harus lari dari berfikiran sempit dan harus manyahut segala cabaran berkaitan keilmuan. Hanya dengan ilmu yang baik sahaja akan memertabatkan bangsa itu sendiri.
    Isu ini saya bawa kepada generasi muda melalui web portal yoyooh.com
    Untuk membaca reaksi dan pandangan generasi muda yang rata-rata berumur bawah 25 tahun, silalah ke http://www.yoyooh.com
    Diharapkan TUN tidak keberatan bagi kami di yoyooh membawakan sesetengah isu disini yang berkait rapat dengan golongan muda utk tatapan mereka.

  39. skrudriver Aug 18,2008 1:48 PM

    Assalamualaikum w.b.t,
    Siapa yang halang perlaksanaan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris? Adakah Rakyat Malaysia sendiri, atau Pegawai Atas-atasan yang syok sendiri. Kalau benar2 nak kuasai Teknology maju cepat-cepatlah laksanakan.

  40. tempe Aug 18,2008 12:19 PM

    saya peliklah macam mana dikatakan kalau tak berapa tahu bahasa Inggeris, kita akan mundur… Lihat lah Jepun, Jerman dan Rusia… Mereka tak guna Bahasa Inggeris sebagai pengantara di sekolah pun… Tapi mereka maju… Lihatlah betapa majunya Bandaraya Beijing….

  41. lailawitra84 Aug 18,2008 11:06 AM

    Sangat benar kata2 tun itu……..saya sangat setuju….

  42. deja vu8 Aug 17,2008 3:24 PM

    nampaknya ramai yg bersetuju!!!
    ok… nak tanya now… apa salah terima bukan melayu dalam UITM? bukankah 2 perkara ni lebih kurang sama?
    tak nampakkah macam mana peserta olimpik bila berdepan perserta lain yg lebih hebat dapat meningkatkan prestasi lagi?
    apa salah belajar bersama dgn bukan melayu yg selalunya dikatakan lebih maju dari segi pembelajaran?
    hah! nampak tak apa yg menteri besar selangor dari pakatan nampak?
    i tell u all… kalau betul pintu UITM dibukak untuk semua pun, saya pasti tak ramai bukan melayu yg minat sangat pun….

  43. Hj Rostam Aug 17,2008 3:08 PM

    Assalamualaikum wrt buat Yg Amat Berbahagia TUN !!!! Saya amat2 setuju dengan pandangan dan cadangan TUN pada pendapat saya cukup penuh dengan semangat untuk bangsa MELAYU terus maju ke hadapan bukan maju ke belakang….!!!
    Ini saya nak perturunkan sedikit pengalaman saya sendiri dalam hidup ini…buat renungan anak muda zaman sekarang nie…, saya sekolah sampai tingkatan 5…masa sekolah saya kurang tumpukan dalam bahasa Inggeris sangat sehingga lah saya menempuh alam pekerjaan di perhotelan…bermula di sanalah saya mula memahami betapa pentingnya bahasa INggeris dalam seharian dan pekerjaan dan rujukan kita…bermulalah semangat saya untuk mendalami bahasa Inggeris secara formal dan tidak formal untuk masa depan saya sendiri dan anak cucu saya di kemudian hari…. Saya mula dengan mendengar dan bertanya orang yang mahir dalam penggunaan bahasa Inggeris secara sendiri tanpa paksaan.. terus terang saya beritahu saya kurang berpendidikan tinggi…hinggalah saya berjaya dalam kerjaya saya lalui..sekarang saya berkebolehan dan berkelayakan dalam semua bidang baik di Darat, Laut dan Udara….dengan mendalami bahasa Inggeris yang penting dalam mencapai semua itu…
    Bahasa Inggeris cukup penting untuk bangsa kita maju dalam semua bidang yang kita terokai…dengan bahasa Inggeris saya boleh berkomunikasi dan belajar dalam apa bidang sekali pun hingga berjaya.. Saya berbangga dengan usaha TUN untuk menekan pendidikan bahasa Inggeris di alam persekolahan sedari peringkat rendah hinggalah ke peringkat tertinggi demi memajukan bangsa Melayu di mata dunia…
    Bahasa Inggeris bukan susah jika pelajari secara betul…cuma orang tidak memahami betapa pentingnya bahasa Inggeris itu saja yang akan anggap menyusahkan diri…dengan bahasa Inggeris juga saya kini bergelar siswazah yg hanya berbekalkan pengalaman dan sedikit pendidikan rendah untuk memasuki alam universiti bagi mamajukan diri saya dengan mengambil pandangan dari TUN suatu ketika dahulu..belajarlah hingga ke tua..carilah ilmu sebanyak mungkin buat diri sendiri dan sebagai pembakar semangat buat anak2 saya yang masih kecil…kini saya berbangga dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris tanpa rasa segan dan malu lagi dengan bangsa asing yang banyak menggunakan bahasa Inggeris…saya sudah menjelajahi keseluruh pelusuk dunia dan mempunyai hubungan baik dengan lain2 bangsa di dunia ini….dengan bahasa INggerislah saya maju ke hari ini…terima kasih di atas semangat TUN itu…
    TUN..adalah idola saya sejak saya kecil lagi, tmbahan pula arwah ibu dan ayah saya ada hubungan rapat dengan TUN dan isteri ( YABhg TUN Dr Siti Hasmah ). Semangat TUN cukup istimewa buat saya sekeluarga sedari dahulu hingga kini…..
    Teruskan Usaha Murni TUN terhadap memajukan bangsa kita ini…BANGSA MELAYU…JANGAN BIARKAN MELAYU TERLUPA DAN ALPA DENGAN KEMEWAHAN DAN PROVOKE YANG BUKAN2 TAPI TIADA FAEDAHNYA…..
    BANGSA MELAYU BANGSA BERDAULAT DAN BERTERASKAN SEMANGAT YANG KUAT…SEPERTI HARIMAU BERJUANG..!!!!!
    TAHNIAH SEKALI LAGI DAN TERIMA KASIH BUAT TUN YANG MENDIDIK BANGSA MELAYU TIDAK MUDAH LUPA DAN ALHPA…TUN ADALAH PEJUANG BANGSA SEJATI…..Saya cukup tertarik dan memahami segala isihati TUN dalam coretan TUN merujuk kepada MELAYU DILEMA cukup menyentuh dan menusuk jiwa saya…apa itu sebenarnya Bangsa Melayu yang TUN luahkan…cukup bermakna coretan TUN itu…..
    Dikesempatan ini juga saya ingin menyampaikan salam buat seluruh keluarga TUN dan mendoakan kesejahteraan TUN berdua dalam kesihatan dan ketenangan yang baik….
    Semoga Allah melindungi TUN berdua ….saya juga pernah menanam impian untuk bertemu sua dengan TUN secara dekat dan meluahkan segala isihati saya tetapi apakan daya saya hanya insan kerdil yang mungkin payah untuk berkesempatan itu lagi…InsyaAllah kalau Allah beri keizinan dan panjang umur dan murah rezeki saya akan berusaha untuk beramah mesra dengan TUN secara dekat walau saya tahu TUN selalu ke IJN sebelah rumah saya di HKL….
    Hingga bersua di ruangan dan topik yang lain pula…
    Wassalam dari peminat dan penyokong setia TUN….

  44. terbelit_sembelit Aug 17,2008 3:00 PM

    assalamualaikum tun
    masalahnya tun, tak semua yang memahami visi tun dalam memperjuangkan bangsa melayu serta rakyat Malaysia keseluruhannya. ada melayu yang anggap ini sebagai sesuatu yang mencabar budaya kita, ada pula bukan melayu yang menganggap ini sebagai langkah untuk menyeragamkan bahasa rasmi percakapan. yang paling parah, ada pulak org melayu yang anggap tun cuba menjelaskan yang bahasa melayu tidak lagi relevan di zaman ini.
    maka berlakulah pertikaman lidah, serta wujudlah satu bangsa melayu berpaksikan ‘free-thinker’ yang tidak mahu lagi mendukung bahasa dan budaya sendiri sehinggakan anak mereka pun merasa ‘bodoh’ kalau cuba bercakap dalam bahasa melayu.
    inilah masalah yang dihadapi bila tun melaksanakan visi berwawasan tinggi yang rata-rata ramai orang belum celik mata lagi. kita lihat visi 2020 yang dipandang enteng oleh BODO LAA Badawi itu sehingga melanjutkan pula ke 2050 (punya laa sempitnya cita-cita), serta pembinaan Putrajaya yang hanya dirasai akan manfaatnya sekitar awal tahun 2000 yang lalu sedangkan ia telah dirancang sejak awal lagi.
    semua ini hasil pandangan jauh tun. tapi bila diberi kebertanggungjawaban pengurusan negara kepada melayu yang lain, maka timbullah sifat ‘kaduk naik junjung’ yang tak pernah kami (dan mungkin juga tun) pernah lihat sebelum ini.
    sebab itu sebenarnya kami di sini masih lagi setia menyokong pendirian tun, menggesa agar tun kembali menerajui tampuk pemerintahan negara dan sebagainya.
    tapi, ye laa tun kan… benda dah lepas. nak kenang-kenang pun buat tambah sakit hati je. isu sekarang yang tinggal cumalah, PAK LAH MESTI TURUN!

  45. Ahmad Joe Aug 17,2008 9:26 AM

    Assalamualaikum w.b.t,
    Kalau nak kata peminat Tun, saya pun peminat Tun juga. Akan tetapi tak lah sampai taksub sangat. Kalau dikata hadis yang dilampirkan adalah palsu, dianya palsulah. Bukannya suka2 nak dikata ianya palsu. Majoriti ulama hadis kata ianya palsu, sedikit berpendapat ianya lemah dan kalau nak kata ianya sahih jauh lagilah.
    Andaikata ada yang kata hadis ni sahih, bentangkanlah fakta yang mengatakan ianya sahih maksud saya sumbernya dari mana, siapa dia ulama yang men’sahih’kanya dan lepas itu barulah pergi kepada “tafsiran yang lebih terperinci” itupun kalau ianya sahih.
    Zaman la ni bukannya macam 60-70 tahun lepas, terima kasih juga diucapkan kepada Tun kerana membawa kemajuan kat Malaysia terutama sekali dalam teknologi pengkomputeran ni. La ni kalau kata ada “Internet connection” pi lah duduk mana pun hatta kat tengah hutan kalimantan pun. Tekan pi “keyboard” tu kita buleh dapat cari rujukan tentang hadis2 ni.
    Peminat Tun pun peminat juga, akan tetapi bila mai kat Muhammad s.a.w tu, kita lebih lagi.

  46. pencetak sinar Aug 17,2008 3:12 AM

    Dear Tun,
    Izinkan saya membalas komen saudara Ketam,
    Saudara Ketam,
    Kita berbincang tentang pengajran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Bukan soal tidak mahu menguasai bahasa Inggeris. Tujuan utama saya kurang bersetuju pada cadangan ini adalah kerana ia membantutkan pembelajaran mata pelajaran itu di peringkat awal. Saya tidak nafikan bahasa Inggeris mempunyai pengaruh yang kuat dalam kehidupan kita. Ada kepentingan yang besar dalam penguasainya terutamanya dalam kehidupan kita kini. Sungguhpun demikian itu tak bermakna sains dan matematik boleh di jadikan medan untuk memantapkan penggunaan bahasa Inggeris dikalangan pelajar. Bahasa Inggeris perlu dikuasai dengan mekanisme lain. Bukan melalui sains dan matematik. Pada pendapat saya jika perlu, pelajaran seperti sains dam matematik perlu di ajarkan dalam bahasa ibunda untuk semua bangsa. Agar minat terhadap pelajaran-pelajran penting ini timbul sejak awal.
    Sungguhpun demikian diperingkat universiti, penggunaan bahasa inggeris boleh dipraktikan untuk memudahkan pelajar mengadaptasi dengan istilah bahasa Inggeris yang digunakan apabila memulakan kerja kelak.
    Pada saya; kalau bukan kita yang sayangkan bangsa kita tak akan ada bangsa lain yang akan pedulikan bangsa kita. Kita pertahankan apa yang kita sayang.

  47. soopee Aug 16,2008 11:16 PM

    Salam Tun,
    saya sokong B. Inggeris digunakan untuk tujuan ilmu. Dengan penjelasan sebegini kenapa ada lagi yang tidak faham.

  48. iki namida Aug 16,2008 10:24 PM

    now its all make sense…kenapa segelintir orang kita masih jauh ketinggalan di belakang?…hrmm…anyways, well said Tun…well said!

  49. Norul Aug 16,2008 4:23 PM

    Dear Tun,
    It is hard to replace a great leader who always, always thinks of his people first before anything else. I totally agree with the teaching of Maths and Science in English – I think this is a step towards the betterment of the lives of our future generation. I fail to see what is wrong with learning a global language such as English, where the whole world is using it. Why must we always be associated with staying in trees connotation, like monkeys? Why can’t we be one of the smart race in the world and be proud of it. Everybody else in the world are fighting to learn not only English, but Mandarin as well. And here we are fighting over trivial matters and personal matter and inadequacies of ourselves. Just because we cannot dance, we say “lantai jongkang jongket”. Even Nabi Muhamaad s.a.w. said “Tuntutlah ilmu walau ke negeri China”. Makna tersirat: he knows how important Mandarin is even in his time! And here we are squabbling over which language to teach our future generation, and forgetting about making sure of their survival in the world in the future. Even now we can see that those who cannot understand English are missing out on a lot of things and understanding what is going on in their own backyard, let alone in the world. Why do we need to be so negative about putting in “ILMU” into our kids’ heart and making them more “berilmu” and we have to fight about it some more?

  50. pemuda berjiwa bangsa Aug 16,2008 2:17 PM

    askum tun yang disayangi.. saya amat bersetuju dgn tun. bagi saya sains dan matematik diajar dlm bahasa inggeris ini tidaklah membebankan. dan tidak nampak pun yg ianya akan membuatkan bangsa melayu ni akan tertindas. lagi pun sejak ianya dilaksanakan dulu. apa yg kita nampak peratus keputusan peperiksaan bagi semua peringkat iaitu UPSR, PMR dan SPM di seluruh negeri makin tahun makin meningkat. dan hampir setiap tahun ada sahaja anak melayu yg lulus dgn cemerlang. dorang ni masih tak sedar akan pandangan tun yg jauh kedepan.ibarat mereka ini masih teraba raba didalam gelap.

  51. life Aug 16,2008 1:52 PM

    saya sangat bersetuju dengan tindakan Tun untuk menjadikan pengajaran matematik dan sains di dalam bahasa inggeris. saya rasa ia adalah satu tindakan yang bijak dan sangat berani untuk jangka masa panjang.
    Walaubagaimanapun saya agak kesal apabila saya terpaksa melihat di depan mata saya sendiri begitu ramai anak melayu kecundang kerana belum bersedia untuk mengambil cabaran ini. Mereka adalah pelajar yang berada di sekolah menengah. Ini akan membantutkan pembangunan mereka kerana ada yang mengaku tidak berminat untuk belajar kerana tidak mampu mengikuti pelajaran dalam bahasa inggeris. saya rasa mungkin sekiranya mereka ini diberi peluang untuk meneruskan pelajaran dalam bahasa melayu maka mereka mungkin dapat mengumpul tenaga dan menyusun langkah dalam membuka walaupun sedikit peluang untuk mereka. kerana pada saya mereka adalah ‘korban’ keputusan kita. tetapi saya juga sangat gembira kerana pelajar-pelajar kita yang berada di sekolah rendah lebih mudah menyesuaikan diri dengan perubahan ini dan saya rasa ini adalah satu keputusan yang baik untuk jangka masa panjang.
    Saya juga berharap yang tenaga pengajar juga diberikan persediaan yang cukup dalam menyampaikan tanggungjawab mereka yang sangat berat. Ini keran mereka bukan sahaja bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu sains dan matematik tetapi mereka juga perlu menjadikan menyediakan pelajar dalam menerima perubahan.
    Akhir kata saya rasa ia adalh tindakan yang sangat bijak untuk mengambil cabaran ini dan membuat perubahan demi masa depan tetapi dengan persediaan yang lebih teratur dan tempoh adaptasi yang lebih optimum maka saya rasa Tun pasti akan tersenyum bersama-sama dengan pendidik yang lain kerana keputusan berani yang telah dibuat ini.
    Regards,
    Life

  52. Edruce Aug 16,2008 12:03 PM

    sejak cadangan ini dilaksanakan semua pihak menyatakan bahawa Tun tidak bersemangat patriotik mempertahankan bangsa Melayu, sehingga di signboard skolah saya juga turut ditampalkan kertaS YANG mempersoalkan perihal ini…namun saya tahu ini untuk kebaikan bangsa melayu sendiri agar tidak diperbodoh-bodohkan seperti mana yang telah dilakukan british semasa zaman sebelum merdeka untuk mengambil tanah melayu dengan tipu helah mereka…Wassalam

  53. ketam Aug 16,2008 1:42 AM

    Salam Tun,
    Sesungguhnya blog Tun adalah blog yang paling banyak komentar di Malaysia. Adanya sokong dan ada kalanya menentang. Tapi kami semua ikhlas. (at least I am) Jadi, setiap kali saya membuka blog Tun, saya mendapat banyak maklumat dari para komentar yang lain. Kadang kadang ada kalanya nak menegur atau berkongsi perkara dengan pemberi komen yang lain.
    By pencetak sinar on August 15, 2008 10:21 PM
    Komen saya, Pencetak sinar, manusia amnya dan Malayu khasnya hanya akan bertindak bila dipaksa. Di bahagian Utara tanah air, yang majoritinya penduduk Melayu telah mendapat keputusan yang sangat baik dalam mata pelajaran Inggeris di peringkat percubaan UPSR. Murid murid ini ialah di kalangan pelajar yang telah belajar Matematik dan Sains semasa di dalam darjah 1 lagi. Hasilnya mereka dapat menguasai Bahasa Inggeris. Mereka tidak lagi kekok untuk menggunakan dan memahami bahasa Inggeris. Mereka ini akan senang bersaing dengan pelajar bukan melayu bila mereka berada di sekolah menengah dan universiti nanti. Ini yang kita mahu. Bangsa Melayu telah kerugian kerana tidak mengusai bahasa lain . Cina dan India sekurang kurangnya telah menguasai 2 bahasa iaitu bahasa ibunda mereka dan bahasa Melayu. Kita juga yang rugi. Jadi, tolonglah jangan menggunakan bahasa untuk menguatkan jati diri. Contohnya Tun Dr Mahathir. Beliau menguasai bahasa Inggeris dan Melayu dengan baik sekali dan lihat saja jati dirinya. Seorang yang sangat sayangkan bangsanya sehingga dia menangis bila memperkatakan tentang hal orang Melayu. Tun masih mahu membantu kita walaupun beliau boleh bercuti di luar negara dan tidak bersama kita di negeri panas ini. Beliau masih lagi menulis dan membuat teguran kepada kerajaan di atas kelemahan Pak Lah. Lihat saja Anwar Ibrahim yang mendapat ijazah Linguistik Bahasa… jati dirinya terhadap bangsa Melayu bagaimana sehingga sanggup mengorbankan bangsa melayu untuk bangsa lain demi cita politiknya menjadi pm dapat kesampaian
    Sekian adanya komen saya

  54. s_shuang Aug 16,2008 12:52 AM

    Dear Tun,
    I fully agree that the teaching of Science & Math should be in English. I just entered into my first year at a local university. I find it weird that many undergraduates are not able to understand English or have ver low command of it.
    I also think that the government should standardise all local universities to use ONLY English during lectures. Why? Because right now, for my course, it’s very unorganized. There are some where the notes are in BM but lecturer speaks in English because there’s an international student. Most often, the notes are in English while the lecturer speaks Malay. Many students have asked around for notes in Malay as well.
    I was wondering, how can Malaysian local universities ever going to be in the top 200 universities in the world when the so-called graduates here can’t even speak proper English? I have a senior asking me what is the meaning of ‘spread’. And personally, I feel that using English during lectures and presentation is more professional.
    Just my personal opinions regarding this issue. I really disagree if the medium is switched back to BM. It doesn’t do any good to the future generation.

  55. Kenji Takashi Aug 15,2008 11:06 PM

    Salam Tun dan keluarga,
    Semoga sentiasa sihat dan di redhai Allah.
    Saya menjalankan perniagaan dan tinggal di Shenzen, China. Masih boleh bertutur bahasa ibunda saya iaitu bahasa melayu dan masih melayu sejati.Selain bahasa English, saya juga belajar bahasa mandarin, kerana saya perlu berkomunikasi dengan pelanggan saya. Tidak cukup, untuk bangsa kita meneroka peluang diluar jika sekadar hanya berbahasa melayu sahaja. Kita mahu generasi akan datang menguasai dunia dengan ilmu,bukan sekadar juara kampung. Dunia sudah global, berilah peluang terbaik kepada anak kita. Biar anak melayu berada diseluruh dunia,menguasai ilmu,ekonomi,sains,teknologi,perubatan dan agama (walau pun berniaga kecil-kecilan di luar negara seperti saya).
    Walau pun negara China mempunyai lebih daripada lima ribu tahun tamadun dan ilmu, tapi kerajaan nya mengalakkan rakyatnya menguasai bahasa english,kenapa kita menjadikan ini sebagai satu isu besar?.
    MELAYU APA? DAN KENAPA MELAYU TERSEBUT TAKUT DAN RISAU SANGAT ANAK-ANAK MEREKA MENGUASAI LEBIH DARIPADA SATU BAHASA?. DARI SIKAP TERSEBUT,KITA TAHU YANG MEREKA BUKAN BANGSA MELAYU YANG INGIN MELIHAT GENERASI AKAN DATANG BERJAYA.
    SEBAGAI UMAT ISLAM,KITA SOLAT PUN MENGGUNAKAN BAHASA ARAB. ADAKAH ITU BERMAANA KITA BUKAN MELAYU DAN TIDAK SAYANG BAHASA IBUNDA?.
    BUKALAH PELUANG KEPADA GENERASI AKAN DATANG BERJAYA,JANGAN KITA DI PERSALAHKAN OLEH MEREKA SATU MASA NANTI.
    Syabas Tun, rata-rata umat islam di negara China yang saya temui, memandang tinggi dan kagum kepada sumbangan Tun kepada Malaysia dan umat islam. Apabila saya memperkenalkan diri saya dari Malaysia, secara automatik mereka menyebut “DR MAHATHIR THE BEST MUSLIM LEADER”.Kebanyakannya menanyakan tentang perkembangan Tun.
    TUN,SUMBANGAN DAN JASA YANG BAIK,AKAN TETAP DIKENANG OLEH SETIAP INSAN YANG BAIK.KECUALI KEPADA MEREKA YANG TIDAK TAHU MENGENANG KEBAIKAN INSAN LAIN.
    Renungkanlah bersama.
    Doa saya,semoga Tun dan keluarga dilimpahi rahmat oleh Allah,begitu juga kepada rakyat Malaysia yang hebat,semoga kita dapat meneruskan tradisi “MALAYSIA BOLEH” kepada generasi akan datang.
    WAWASAN 2020 – MALAYSIA BOLEH!!

  56. pencetak sinar Aug 15,2008 10:21 PM

    Salam Tun,
    Masalah utama pengajaran Sains dan Maths dalam bahasa Inggeris adalah pelajar perlu menguasai BI terlebih dahulu sebelum boleh menguasai Sains dan Math. Kegagalan pelajar menguasai BI akan meluntur minat pelajar terhadap sains dan math biarpun pada asalnya mereka minat bidang ilmu tersebut. Sangat besar kemungkinan minat pelajar tersebut untuk belajar juga luntur. Berlainan dengan bahasa melayu, ia adalah bahasa ibunda rakyat malaysia. Semua orang boleh bertutur dalam bahasa malaysia.
    Kalaupun maklumat terkini dunia sains adalah dalam makalah berbahasa Inggeris. Tetapi hampir semua penemuan hebat dalam sains adalah kajian “back to the basic”. Dan hampir kesemua fundemantal dalam sains telah diterjemah. begitu juga dengan matematik. Bahasa melayu sebagai bahasa yang dinamik juga telah mengadaptasi banyak istilah inggeris untuk tujuan ini.
    Saya merasakan adalah sangat rugi jika kita menyempitkan kegunaan bahasa kita yang dinamik ini. Bahasa benar-benar mampu memperkuatkan bangsa.
    Memperkenalkan masyarakat kepada teknologi terkini dengan penguasaan bahasa inggeris hanya menjadikan kita pengguna teknologi terkini. Pemantapan sains dan maths dalam jiwa melayu sejak kecik akan membina kita sebagai bangsa pencipta. Insya Allah.

  57. Ainaq Aug 15,2008 7:19 PM

    Problem of switching do occur…
    When we switch from Jawi to Romanise
    So is Turks
    …………we have to face no turning back once we do it
    we will get through.
    I some time teaches in College and all notes in English but student
    not so well verse most want to learn in Malay!!!
    So I have to be bi lingual at least for this bedge.
    Less emphasis on English in school could be the problem.
    Teachers not ready call back those old people who retired most can teach in English as they once learn in English…
    Material in English is abundance in Internet.

  58. Joo Aug 15,2008 6:30 PM

    Tun, im a High school student. i support you by using english to teach maths and science. English is actually the most important subject for all. And, is the most useful, most powerful laguange. This is because, when some foreign country people come to visit our country, when they ask something, we can explain it in english, not malay or anything else. Like they will know what are we speaking if we use Malay? So i think your decision is right ! 🙂

  59. aden Aug 15,2008 6:21 PM

    Salam Tun..
    Saya bersetuju dengan semua pendapat Tun,saya seorang pelajar IPTA malah saya adalah batch yang pertama menggunakan Sains n math dalam bahasa inggeris….pada ketika itu saya tinggal di luar bandar dan ia bukanlah satu masalah dan saya dapati terma2 saintifik dlm bahasainggeris lagi mudah difahami dan tidak pelik..bukan saya nak kata bahasa ibunda saya pelik tapi kadang2 terma saintifik dalam bahasa melayu mengelirukan kami para pelajar..saya pelik ada pemimpin2 kita yang ingin mempertimbangkan kembali persetujuan yang telah dibuat untuk mengimplementasikan BI dlm math n science…yang susah dan keliru nanti adalah pelajar2 klu dtkrkn kembali pada BM bukannya dieorang..pemimpin perlu sedar tentang ini..kasihanilah mereka..jgn pikir tentang dieorang punye political gain shj..
    Apepun sya n family always love u TUN…..Salam

  60. Ainaq Aug 15,2008 6:01 PM

    Melayu dalam Dellema Lagi
    Atas Jasa Tun Razak……….Razak report menlaksanakan program peralihan bahasa ke Bahasa Inggeris melalui Special Malay Class pada darjah Empat.
    Saya memasuki aliran Sains dan walaupun layak tetapi tidak credit dalam Bahasa Inggeris saya gagal untuk menyertai Jurusan Kedoktoran di Mesir oleh itu memasuki Univesiti Tempatan.
    Bahasa Inggeris saya bertambah baik semakin hari dari asas yang dahulu melalui penggunaan.
    Ia amat bernilai apabila kita pergi keluar negara,seminar dan melanjutkan pelajaran dan menimba ilmu. Tidak syak lagi.
    Ini tidak mengurangkan sikit pun semagat Petroitik saya sebagai orang Islam dan Melayu malah kelancaran ini membanggakan dalam ucapan maupun penulisan berbanding negara lain.
    Lagi pun sumber Ilmu dan penulisan banyak dalam bahasa Inggeris dari bahasa Malaysia atau Indonesia.
    Demi kemajuan bangsa kita bukan sahaja perlu mahir dalam bahasa Inggeris tetapi juga Jepun,German dan Madrin untuk memanafaatkan Ilmu dari penyelidekan mereka.
    Perjuangan Bahasa yang di perlopori Anwar Ibrahim is overdone. Ia patut hanya untuk komunikasi dan pendtabiran Negara tetapi tidak sehingga tidak mampu menguasai bahasa negara maju!!! Tidakkah orang mengkaji ilmu Yunani sebgai asas kepada sains Islam?Bagaimana kalau mereka tidak menguasa bahasa tersebut.

  61. myreed Aug 15,2008 4:59 PM

    When I’m turning back to the past…Macam manalah kitaorg yang duduk kat terengganu nie nak cakap bahasa inggeris… kitaorg dengar je org melayu cakap bhs inggeris dah meluat.. tapi sekarang dengan perlaksanaan PPSMI perkara ini tidak berlaku lagi.. kini bahasa inggeris sudah menjadi bahasa yang mesti kami kuasai. Terima Kasih TUN…saya bernasib baik kerana belajar kat kolej for professional course… kalu saya dapat masuk local university yang masih guna bahasa melayu… sudah tentu saya susah nak dapat kerja… yang penting anak bangsa kita majoritinya berjaya bukan minoriti sahaja… paham2 lah ek…

  62. nmn Aug 15,2008 1:35 PM

    Dear Tun,
    I am a product on your policy. I was the first batch of the Malay Medium (was taught everything in Malay except English Language). I didn’t have any problem adjusting, so did my teachers (mostly use bilingual in their teaching- English and Malay). Then after SPM I was sent to US to further my study in engineering. Then come back to Malaysia and attached to one of the IPTA as part of scholarship contract. In the beginning we were ask to teach in Malay – no problem on my side but at that time most of us disagree with the translated terminology coined by those in charge of the Dewan Bahasa istilah group (now the translated terminology has improve a lot). Now, we have to change back to teaching in English, again for me is not a problem since I have been expose to both worlds. But what about others who are not expose to both? These are the people now who are teachers, etc… Could you just instruct them to teach in English like you instruct me (albeit simple English). I can adjust since I have the training, but what about them. Has the scenario improved after 6 years of implementation? I don’t think primary school children has problem learning in any language, just look at the Malays in Chinese primary school. The main thing is the teachers.
    I really thank you Tun for reverting back the policy by switching it back to English (Science and Maths) for the benefit of my children. In this way they can master 2 languages at one go. Just learning English in the English language session is not enough. Now they have three subjects in English – which can make them bilingual. But I must admit that there is problem for majority of the primary school children to learn Maths and Science in English, not because they are not capable but because the teachers are not serious enough teaching them in English (or may be they are not capable). Are the teachers bilingual in the first place? Further more, the Ministry of Education people do not keep their promise to use simple English for the primary school children. Just look at the vocabulary used in the test papers, no wonders many are against it.

  63. dynexell Aug 15,2008 11:35 AM

    salam tun..harap tun sekeluarga berada dlm keadaan sihat sentiasa..saya amat bersetuju subjek matematik dan sains diajar dalam bahasa inggeris di peringkat sekolah.segala hujah hujah yang telah tun katakan td semuanya benar benar belaka.saya sokong 100%!penguasaan bahasa inggeris adalah penting namun penguasaan terhadap bahasa malaysia jangan lah diabaikan.dengan penguasaan bahasa inggeris terutamanya dlm bidang sains dan matematik, ini dapat memajukan lagi orang melayu di mata bangsa bangsa lain.kalau boleh, bagi pendapat saya adalah bagus ssekiranya kaum melayu dapat menguasai beberapa bahasa lain selain bahasa inggeris seperti jepun, korea dan german.ini adalah kerana di negara negara ini teknologi sains dan teknologi mereka dianggap maju dan sedang berkembang pesat.

  64. peminat Tun Aug 15,2008 11:25 AM

    Assalamualaikum Tun,
    kepada lazuardi2003,
    Hadis yang disebut oleh Tun adalah hadis sahih, cuma tafsiran kepada hadis tersebut yang perlu lebih penelitian.Sebenarnya apabila Rasulullah bersabda “Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri china” lebih bermaksud bahawa rasulullah sangat menggalakkan umat2nya mencari ilmu kerana ilmu Allah sangat luas dan tinggi.Pada zaman Rasullullah negeri China dianggap negeri yang paling jauh dari Tanah Arab, Justeru Rasullullah mahu umatnya menuntut ilmu sedalam dan sejauh mungkin.Bagi kita di malaysia, negeri China tidaklah sejauh mana dan ilmu sangat mudah didapati dari buku-buku ilmiah yang dihasilkan oleh bijak pandai dari berbagai latarbelakang. Namun semua harus faham ada ilmu yang ingin ditimba tidak cukup sekadar dari pembacaan semata2, pengalaman juga merupakan suatu ilmu yang tinggi nilainya dan ada juga ilmu yang memerlukan guru sebagai rujukan.
    Semua bahasa merupakan bahasa yang global dan banyak ilmu boleh di timba dari bangsa2 lain yang menggunakan bahasa yang asing bagi kita. Secara peribadi saya menganggap semua bahasa sama pentingnya bagi kita, cuma memandangkan Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa maka keutamaan harus diberi kepada mempelajari bahasa ini, sementara mempelajari bahasa-bahasa lain pula harus dianggap sebagai suatu keistimewaan.
    saya merupakan anak Malaysia yang masuk tadika orang putih.Guru saya seorang’ mat saleh’ dan ketika di sekolah rendah juga saya dimasukkan keluarga ke sekolah Inggeris dimana pihak atasan sekolah terdiri daripada, “sisters, fathers dan brothers” (paderi2 yang terdiri dari orang2 Inggeris). Seawal darjah satu lagi saya sudah fasih berbahasa Inggeris dan kelebihan kami adik beradik berbahasa Inggeris digunakan oleh kami untuk ‘mengata’ nenek yang tersangat garang dan akan disambut oleh nenek, “ooo korang ingat aku tak faham orang putih ye, dok kutuk aku, ” grandma itu, grandma ini”.
    Dengan keputusan penilaian yang agak baik dan perangai yang agak nakal, mak memasukkan saya ke sekolah agama yang terkenal dengan harapan saya akan berubah menjadi anak yang baik.Disekolah menengah, saya hampir langsung tidak berbahasa Inggeris sebab akan dianggap berlagak.Disamping mendalami ilmu agama, mempelajari bahasa Arab adalah satu kemestian dan Ustaz2 saya memang terdiri dari orang Arab yang diimport dari Mekah, Iran dan Iraq dengan loghat yang berbeza.Hanya ketika berada ditingkatan empat saja saya benar2 menggunakan bahasa arab kerana TERPAKSA. Ingat di hati nak mengenakan isteri Ustaz saya yang datang dari Mesir dengan buat2 tak faham apa dia cakap, namun akhirnya kami semua mengalah kerana ‘ ummi ‘ lagi cerdik dari kami.
    Hari ini, setelah fasih berbahsa Inggeris dan belajar ilmu agama sehingga tingkatan enam, saya adalah seorang guru bahsa Inggeris (PANJANG SEBENARNYA CERITA MACAM MANA SAYA ENDED UP MENJADI GURU BI, WALAUPUN SAYA SEPATUTNYA MENJADI SEORANG PEGUAM SYARIAH) yang menganggap saya sentiasa perlu belajar untuk meningkatkan pengunaan bahasa saya dari sehari ke sehari kerana saya masih menganggap penguasaan bahasa saya masih di tahap yang kurang baik Saya lebih malu sebenarnya dengan kelemahan penguasaan Bahasa melayu saya di dalam penulisan.Kalau dibandingkan dengan abang2 dan kakak saya yang menduduki LCE dan MCE, berbanding saya SRP dan SPM yang sudah diubah ke Bahasa malaysia, Bahsa Inggeris saya agak kurang baik dengan sedikit perbendaharaan kata.Kefasihan berbahasa dan memahami lebih banyak perkataan bahasa Inggeris sebenarnya adalah dua perkara yang berbeza. Mereka yang boleh menulis dalam BI dengan cemerlang, tidak semestinya fasih berbahasa Inggeris. begitu juga sebaliknya( vice versa).Padahal kedua2nya harus bergerak beriringan dengan sedikit latihan.Fasih berbahsa Inggeris tetapi kurang perbendaharaan kata sebenarnya adalah juga satu kekurangan .
    DENGAN PERLAKSANAAN PPSMI HARI INI, SAYA BOLEH GEMBIRA KERANA PELAJAR TIDAK LAGI BUAT HAL SENDIRI BILA SAYA MASUK KE KELAS.MUNGKIN JUGA SEBAB SAYA GURU DISIPLIN TAPI SEBENARNYA SAYA AMAT PERCAYA MEREKA AMAT MEMERLUKAN SAYA LEBIH LAGI HARI INI KERANA DENGAN MENGUASAI BAHASA INGGERIS , MEREKA BOLEH MENGUASAI DUA LAGI SUBJEK PENTING IAITU MATEMATIK DAN SAINS.KALAU DULU MEMBERITAHU MEREKA KEPENTINGAN BAHSA INGGERIS ADALAH CUKUP MENCABAR. HARI INI, SAYA TIDAK PERLU BERITAHU, MEREKA SEDAR DENGAN SENDIRI.

  65. ct810515 Aug 15,2008 10:58 AM

    salam tun,
    saya adalah guru yang mengajar sains dan biologi dalam bahasa Inggeris. pada pandangan peribadi saya, ia merupakan satu program yang murni supaya pelajar dalam assess kepada ilmu2 yang yang didominasi oleh barat.
    Namun perlaksanaannya harus diimbangi dengan pemantapan B. Inggeris harus pandangan serius. Saya tertanya-tanya bagaimana seorang pelajar di tingkatan 4 yang telah didedahkan kepada bahasa inggeris dari pra-sekolah masih lagi tak boleh membuat ayat yang ringkas dalam bahasa inggeris.
    Dimana silapnya sistem pendidikan kita? saya masih tercari2 jawapan
    Dalam hal ini, guru sains mempunyai beban kerja ynag lebih kerana terpaksa mengajar konsep sains dan juga bahasa inggeris dalam masa yang sama. ini secara tidak langsung memperlahankan proses pengajaran dan pembelajaran pada sesetengah peringkat.
    Kita masih lagi boleh maju walaupun dua mata pelajaran ini diajar dalam bahasa melayu. peranan guru bukan lagi mencurahkan ilmu kepada pelajar tetapi guru berperanan menghasilkan generasi yang mampu berfikir secara kritikal dan ilmu sains bukan setakat didalam buku teks sahaja.
    pelajar tidak akan ada masalah untuk memahami ilmu yang ditulis dalam bahasa inggeris sekiranya penguasaan bahsa inggeris mereka bagus.

  66. myreed Aug 15,2008 10:20 AM

    Pembelajaran sains dalam bhs inggeris dpt membantu pelajar untuk mengenal benda, alam sekitar, dll dalam bahasa inggeris, yang mana pelajar cukup mudah untuk menambahkan ilmu mereka dihalaman web atau bahan bacaan yang terbaru. Ia juga dapat membantu pelajar menambahkan vocab at early stage, whereby getting into the habit of using these strategies for figuring out unfamiliar words will increase student’s vocabulary and help them have a better understanding of what they read.
    Bahasa melayu agak mudah untuk dipelajari, lihatlah bangla2 yang ada kat m’sia ni, sekejap je boleh cakap melayu, kita orang melayu bukan boleh lupa bahasa kita kot..
    Semasa pembelajaran di sekolah diajar dalam bahasa inggeris dahulu… sudah hilang ke identiti melayu kita???
    Agaknya mungkin ada segelintir bijak pandai kita sekarang ini tidak mahu melihat orang melayu boleh menguasai bahasa inggeris…mereka takut anak mereka yang dah pandai berbahasa inggeris bersaing dengan orang di luar bandar yang mana penguasaan math dan sains mereka agak lebih baik..itulah sebab nya kebayakkan dari mereka menghasut orang-orang kampong agar menolak program PPSMI dengan memberikan pendapar-pendapat negatif yang menyebabkan orang-orand di luar bandar jadi takut dengan perubahan pembelajaran ini..

  67. makmoden Aug 15,2008 9:45 AM

    Satu-satunya cara untuk mahir dalam bahasa Inggeris (sebagai bahasa kedua) ialah dengan banyak membaca.
    cara yang lebih berkesan untuk mendidik (bangsa melayu terutamanya) ialah dengan menambah beban bacaan bahasa inggeris di peringkat sekolah rendah dan seterusnya menerapkan budaya membaca ini lansung ke peringkat menengah.
    oleh kerana kanak-kanak suka dengan cerita, perkara ini tidaklah sukar. buku cerita bahasa inggeris yang mudah bahasanya adalah sangat banyak (contohnya dari penulis Enid Blyton).
    Matematik dan Sains adalah pelajaran yang melibatkan pemahaman KONSEP yang sukar. Malah bagi kanak-kanak bangsa Inggeris itu sendiri juga mempunyai masalah mempelajari pelajaran ini.

  68. lazuardi2003 Aug 15,2008 7:44 AM

    Assamualaikum Tun,
    Saya setuju denagn catatan Tun kecuali no.4. Hadith tersebut adalah palsu. Konteks nya boleh digunakan tetapi tidak patut disandarkan kepada Nabi SAW.
    Apa pandanganTun tentang cadanagna kerjasama GM Motors dan Proton. Mungkin kah Proton akan ditelan oleh GM ?
    Terima kasih.

  69. peminat Tun Aug 15,2008 1:11 AM

    Assalamualaikum Tun yang dikasihi,
    Saya berpendapat PPSMI adalah best solution kepada masalah penurunan dalam penguasaan Bahasa Inggeris.Bagaimana pun cara perlaksanaan dasar ini yang saya agak kurang senangi.
    Sebelum saya jelaskan dengan lebih lanjut, saya harap semua faham,perlaksanaan utama PPSMI adalah untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam Bahasa Inggeris dan bukan mengutamakan ilmu matematik dan sains dalam bahasa inggeris. ilmu boleh didapati dalam banyak bahasa tetapi memahami terma-terma matematik dan sains di dalam bahasa inggeris harus dianggap sebagai satu advantage.
    Sedikit pengongsian maklumat
    Untuk makluman semua walaupun BI di gunakan dalam pengajaran Matematik dan sains, penyemakan dalam peperiksaan Matematik dan sains mengabaikan ‘ correct grammar usage’ dalam jawapan.Jawapan yang betul adalah bergantung kepada isi jawapan dan bukan pada tatabahasanya.
    kedua, dalam peperiksaan, pelajar boleh memilih untuk menjawab sama ada di dalam bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.Saya melihat ini sebagai tidak selari dengan dasar yang dilaksanakan
    ketiga, kebanyakan guru-guru matematik dan sains memang kurang mahir di dalam bahasa inggeris, bukan tidak tahu tapi lebih kepada kurang keyakinan untuk menggunakannya. Ini berlaku kerana kelewatan perlaksanaan dasar ini.Jika sejak dulu lagi dasar ini diperkenalkan, kelemahan ini pasti tidak timbul.Bagaimana pun saya puji kesungguhan guru-guru ini untuk memahirkan diri mereka dengan berusaha mempelajari bahasa inggeris sebaik saja dasar ini dilaksanakan.Perlaksanaan PPSMI ini sebenarnya telah meningkatkan self-confidence dalam diri guru-guru untuk menggunakan Bahasa Inggeris.Bahasa Inggeris sebenarnya bukan sesuatu yang asing bagi setiap dari kita kerana sudah sepatutnya kita yang mempelajari
    BI selama 11 tahun mampu menggunakan bahasa ini dengan baik tapi banyak sebab yang menyumbang kepada kegagalan penguasaan bahasa ini.Dimanakah silapnya?
    keempat, semua guru matematik dan sains akan sipantau dan diberi tunjukajar oleh semua guru bahasa inggeris melalui sistem buddy support bagi memastikan mereka menggunakan bahasa inggeris yang betul dalam pengajaran.Bengkel2 juga diadakan untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah penguasaan bahasa inggeris oleh guru2.
    KENAPAKAH PELAJAR TIDAK MINAT BELAJAR BAHASA INGGERIS DAN GAGAL MENGUASAI BAHASA INI DENGAN BAIK BIAR PUN BELAJAR SELAMA 11 TAHUN?
    1.Sistem hari ini yang tidak mewajibkan bahasa inggeris untuk lulus bagi melayakkan pelajar ke tingkatan seterusnya membuatkan pelajar tidak ambil peduli.Kalau dulu tak salah saya kalau gagal matematik, sains dan bahasa inggeris kena mengulang untuk naik tingkatan 4. Pelajar memang sudah tidak minat, kalau lulus atau tidak pun boleh naik tingkatan empat, kenapa mereka perlu ambil peduli untuk belajar.
    2. Guru-guru semuanya boleh berbahasa melayu kenapa mereka nak susah2 cakap bahsa inggeris.( Saya fasih berbahasa arab bila masuk tingkatan empat sebab warden saya orang arab yang tak tahu sepatah pun bahasa melayu.Dari hanya belajar, saya akhirnya menggunakan bahasa itu.
    3. Pelajar yang cakap bahasa inggeris akan dianggap ‘ berlagak’, jadi tak ramai yang berani menggunakan BI takut di kutuk.
    4. Ibu bapa terlalu mengongkong kaedah pengajaran guru.Denda anak tak boleh, rotan anak kena saman.Guru berada dalam keadaan serba salah untuk mengajar sedangkan salah satu dari cara mengajar adalah dengan memaksa. Dulu, zaman saya belajar, sepatah perkataan dalam bahsa melayu yang digunakan dalam kelas bahasa inggeris pelajar akan didenda 10 sen. Sebab takut,semua berusaha untuk bercakap dalam BI .Sekarang , kalau kena denda dengan duit, ibu bapa akan telefon sekolah minta cikgu pulangkan padahal, duit denda sebenarnya bukan untuk cikgu pun tapi boleh digunakan sebagai rewards pada pelajar yang cemerlang.
    KENAPA SAYA KATA DASAR YANG DILAKSANAKAN TUN ADALAH YANG TERBAIK
    1. Pelajar tidak akan belajar Bahasa Inggeris jika tak ada keperluan. Dengan penambahan dua lagi subjek yang perlu diajar dalam bahasa inggeris, akan memaksa mereka secara tidak langsung untuk belajar bahasa inggeris.Mata pelajaran lain memang memerlukan minat dan tarikan dari guru tetapi dalam mempelajari bahasa inggeris hanya PAKSAAN penyelesaian terbaik dan pelaksanaan PPSMI adalah paksaan secara halus yang memerlukan sedikit lagi keseriusan dari pihak KPM.Hanya soalan dalam Bahasa Inggeris saja yang boleh dijawab dalam peperiksaan sains dan matematik.
    TENTANG MASALAH PELAJAR LUAR BANDAR…JANGAN JADIKAN INI SEBAGAI SATU ALASAN.KELEMAHAN MEREKA BUKAN SEBAB DASAR TAPI CARA PELAKSANAAN.LOGIKNYA KALAU SEBODOH MANA SEKALI PUN ANDA, KALAU DI CAMPAK KE ITALI, PASTI LAMA2 AKAN BOLEH CAKAP ITALI JUGA.FAKTOR SEKELILING ADALAH SATU BENTUK PAKSAAN BUAT ANDA.

  70. sabrinalong Aug 15,2008 12:53 AM

    salam..
    polisi english in maths n sciences subjects tak menyusahkan langsung…
    cuma mungkin attitude yg menyebabkan isu keberkesanan english in these subjects timbul…
    ATTITUDE students yg tidak mahu belajar..
    ATTITUDE guru yg tidak mahu self-improvement..
    ATTITUDE certain bodies yg tak mahu selfish..takmengapa attitude..
    ATTITUDE org yg tak mahu accept perkara baru..
    whether we like it or not..this is a globalisation era… we need english to FIT IN..to COMPETE!!
    kite tak boleh kata ”oo..japan takde english pun maju!!’
    itu sbb japanese have certain attitude that kita tiade..
    i wish english being thot during my days in sciences n maths!!
    regards

  71. azlyn Aug 14,2008 9:56 PM

    Salam sejahtera kepada Y. Bhg. Tun,
    Saya bukan pejuang bahasa. Saya juga bukan dari pihak barisan atau pembangkang. Saya memberikan pandangan sebagai rakyat biasa dan juga penjaga kepada tiga orang anak yang terlibat secara langsung dengan dasar PPSMI.
    Berdasarkan kepada pandangan pembaca tentang artikel Tun tentang PPSMI, dapat dirumuskan ada yang setuju tentang dasar PPSMI, ada yang tidak setuju dan ramai juga tidak kisah dengan memberikan komen yang tidak relevan dengan isu PPSMI.
    Dapat saya rumuskan majoriti rakyat faham matlamat Tun memperkenalkan PPSMI. Tetapi saya khuatir sebahagian besar rakyat juga tidak faham akan masalah dan kekangan dalam melaksanakan dasar PPSMI serta impaknya kepada masa depan Malaysia secara keseluruhan.
    Saya berpandangan, masalah utama dalam PPSMI bukanlah isu Bahasa Melayu oleh pejuang bahasa dan bukan juga isu matlamat PPSMI iaitu untuk memudah akses kepada ilmu Sains dan Matematik yang kebanyakannya dalam bahasa Inggeris. Bukan juga isu sama ada Tun betul atau salah.
    Yang penting dan yang perlu dibincangkan ialah kesannya kepada penguasaan ilmu Sains dan Matematik murid generasi PPSMI yang bakal menerajui negara ini 20 – 30 tahun yang akan datang.
    Ini kerana, kejayaan dasar PPSMI memerlukan kerjasama semua pihak yang mempunyai kepentingan dalam pendidikan – pengetua/guru besar, guru, ibu bapa dan masyarakat. Kerana, soalnya ialah bagaimana boleh kita memastikan semua pihak berkenaan berusaha bersungguh-sungguh memastikan SEMUA MURID, yakni penerima sebenar dasar PPSMI dapat memanfaatkan sepenuhnya dasar ini. Bukan mudah untuk menggembelingkan komitmen semua pihak berkenaan. Buktinya di sekolah anak anak saya sendiri, hanya segelintir sahaja yang mampu atau yang mahu berusaha menjayakan PPSMI…yakni setelah enam tahun PPSMI dilaksanakan.
    Senario ini berlaku diseluruh negara, sama seperti yang digambarkan dalam pandangan/komen oleh pembaca-pembaca sebelum saya.
    Saya mohon pandangan Tun,
    sekiranya dasar ini menguntungkan hanya sekumpulan murid (10-30 peratus) khususnya kumpulan yang mempunyai kelebihan iaitu murid cerdik atau dari keluarga sosio ekonomi tinggi, dan merugikan sebahagian besar murid lain (yakni murid lemah atau dari keluarga sosio ekonomi rendah), maka, apakah pandangan Tun untuk tindakan selanjutnya?
    Sekiranya Tun masih punya kuasa, what would you do? Apakah alternatif selain PPSMI yang boleh Tun cadangkan supaya matlamat yang sama masih dapat dicapai tanpa merugikan atau menjejaskan prestasi juga penguasaan Sains dan Matematik mana mana kumpulan murid?
    Dengan penuh rasa hormat terhadap Tun, saya juga mohon Tun dapatkan gambaran sebenar pelaksanaan PPSMI kerana saya amat khuatir impak dasar ini kepada generasi masa hadapan negara. Mohon Tun dapatkan gambaran keseluruhan daripada SEMUA pihak yang berkaitan. Saya juga mohon Tun melihatnya bukan dari perspektif politician, tidak dipengaruhi oleh pandangan the so called ‘pejuang bahasa’ dan bukan berdasarkan pandangan sesetengah pihak sahaja.
    Saya faham jadual Tun memang padat, namun saya mohon Tun dapat meluangkan masa untuk memikirkan semula isu dasar PPSMI dan memberikan pandangan Tun akan masa depan dasar ini setelah Tun dapat maklumat sebenar tentang keadaan sebenar pelaksanaan PPSMI.
    Sekian dan salam hormat daripada saya dan keluarga untuk Tun berdua.
    Terima kasih.

  72. Calvin's Tiger Aug 14,2008 9:42 PM

    Another rare occasion that I have to agree with you that Science and Math should be taught in English, regardless Kebangsaan School, Chinese School or Tamil School.
    There is one exception, i.e. elementary mathematics. Chinese language is designed for math calculation. From zero to ten, all are pronounced in single syllabus. The language has no defect as compared to learning Math in English. No point in changing this, if it isn’t broken. But no point defending not-to-change either, as it will not hurt the student in seeking knowledge.
    Letting our child to learn another language is to open another window for them to see a different world.
    It is hard to understand why people can be so narrow minded.

  73. clavabella Aug 14,2008 9:13 PM

    i’m a malay girl who can speak fluently mandarin.my father send all my sibling 2 study in a primary chinese school.all of us did well in school and hav the opportunities to study abroad, and currently i am studying medicine in jakarta.
    it’s not easy to learn a language if we don’t start young,learning english is a must.i never realise that until i came to indonesia.
    most indonesian can’t speak fluent english(mine ain’t dat good either,haha).tp smp rs kesian they pronounce muscle as ‘muskel’..
    jangan sampai bangsa kita dipandang hina,ilmu penting,learning another language will open up numerous chances.apa salahnya blaja english kan?

  74. ketam Aug 14,2008 8:14 PM

    Salam Tun,
    Saya hendak maklumkan pada Tun dan para pembaca blog ini bahawa di daerah Kubang Pasu Kedah, keputusan peratusan percubaan UPSR matapelajaran bahasa Inggeris ialah 96%. Ini adalah satu rekod yang sangat cemerlang bagi murid yang bukan dari kawasan bandar. Murid murid yang mengambil peperiksaan ini ialah murid murid yang telah mula belajar matematik dan sains semasa darjah 1 lagi. Secara tak langsung penggunaan matematik dan sains dalam bahasa Inggeris telah menajamkan murid murid di utara tanah air ini untuk memperbaiki pemahaman dalam penggunaan bahasa Inggeris dan seterusnya dapat bersaing dengan murid murid di kawasan bandar yang lain. Ingin juga saya katakan bahawa Daerah Kubang Pasu ialah bekas kawasan Parlimen Tun semasa dalam kerajaan dulu. Tahniah Tun.
    Sekian makluman saya.

  75. raz Aug 14,2008 5:37 PM

    Salam Tun,
    I am all for the teaching of Math and Science in English. My 9-year old doesn’t seem to have a problem in understanding the teachings in English…except that sometimes I found out that she tends to pronounce words in a ‘weird’ way. i.e the word “iron” is pronounced as “ai-ron”. Funny. When told of the correct pronounciation,she said “Cikgu cakap macam tu”.
    You see Tun, my daughter goes to a Sekolah Kebangsaan in Shah Alam where her surroundings are mostly Malays. The kids are very reluctant to speak English among each other (most of them come from Malay speaking family).
    Even my daughter now refrain herself from talking in English, she’d rather answer in Malay although you talk to her in English. Sad, I can see that her English vocab is not growing, (compared to her younger sister who goes to kindergarten).
    So, itulah cerita kejayaan Sekolah Kebangsaan….Bahasa Melayu tak ke mana, Bahasa Inggeris hancur lebur.

  76. CDMY Aug 14,2008 5:14 PM

    Maaf Tun… Bagi saya yang benar adalah benar dan yang tak masuk akal tetap tak masuk akal. Saya tidak bersetuju dengan penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajar mata pelajaran sains dan matematik. Kita terlalu mengagungkan bahasa inggeris dengan menyatakan bahawa bahasa inggeris itu lah segala galanya. Kita lupa yang akan mengankat kita adalah ilmu kita. Kita sepatutnya mengajar anak anak kita untuk menjadikan mereka aset di dalam dunia ini dengan menumpukan perhatian kepada mendalami ilmu. Kalau kita orang yang mempunyai ilmu yang tidak dipunyai orang lain maka orang lain akan belajar bahasa kita untuk mempelajari ilmu kita. Tak perlu kita menyusahkan anak anak kita untuk sesuatu yang belum tentu tertanggung oleh mereka. Bak kata perpatah, yang dikejar (matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris) tak dapat, yang dikendong (sistem pendidikan kita yang kuca kacir) berciciran). Sepatutnya sewaktu tun berkuasa dahulu Tun memperkemaskan sistem pendidikan kita bukannya merubah semuanya sehingga kehilangan kualiti.

  77. heicalmy Aug 14,2008 4:26 PM

    1. Saya mengaku bertanggungjawab berkenaan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
    Amat bersetuju 100 % & orang yg akal pendek saja akan membantah.

  78. Johorian Aug 14,2008 4:24 PM

    memang la takan melayu hilang di dunia tapi maruah anak2 muda melayu yg makin hanyut….
    kat jepun pun tak menyembah bahasa inggeris lebih MAJU dari kita
    malah org luar nak berkomunikasi kena belajar bahasa jepun lagi…

  79. myreed Aug 14,2008 1:56 PM

    Setiap kali orang menentang tentang pengajaran math dan sains dalam bahasa inggeris, setiap itulah saya rasa sedih sgt, kerana tindakan Tun amat bertepatan dengan kehendak dunia masa kini, kebayakkan orang yang tidak berpuas hati adalah mereka yang datang dari bandar dan selalu memberi alasan yang masyarakat kampung akan menjadi mangsa kepada perubahan ini.. sedangkan masyarakat di bandar cukup mudah untuk mempelajari bahasa inggeris di mana-mana sahaja, berbanding di kampung, hanya subjek bahasa inggeris satu itulah untuk di buat bekalan memasuki ke menara gading…saya yang tinggal di kampung ini sangat gembira melihat anak-anak kecil di kampung dapat bercakap dalam bahasa tersebut. Percayalah, andainya kita hanya mahir dalam math and science dalam BM, kejayaan kita tidak ke mana jadilah macam graduan2 menggangur yang mengharapkan kerja di jabatan kerajaan sahaja. Kebayakkan graduan2 universiti awam khususnya tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa inggeris, sehingga kelulusan mereka dipersoalkan oleh majikan. Kenapalah kita masih membandingkan negara kita dengan negara Jerman, Jepun dll, tahukah anda sejarah Malaysia?? cuba anda buat perbandingan dengan mereka, lihatlah betapa kerdilnya Malaysia di mata dunia, kalu tidak kerana Tun.. orang tidak kenal pun Malaysia, perubahan yang Tun buat ini adalah jalan pintas untuk kita menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020… Kalu tak tunggulah 500 tahun akan datang… waktu tu agaknya dah kiamat kot…
    p/s: Menuntut ilmu merupakan suatu jihad yang dituntut oleh Islam ke atas setiap penganutnya. Ia menjadikan seseorang itu menduduki martabat yang tinggi berbanding dengan orang yang tidak berilmu.

  80. noriyati Aug 14,2008 1:31 PM

    Assalamualaikum Tun,
    Sy amat menyokong subjek ini diajar dlm Bahasa Inggeris di sekolah2. Sy kesal sekiranya kaedah ini berubah. Sekiranya kaedah ini digunapakai semasa sy bersekolah dahulu, sudah tentu sy akan pandai berbahasa inggeris dan tidak terkial-kial semasa minta kerja selepas tamat pengajian dahulu.
    Sy ada 3 org anak lelaki umur 13, 12 dan 8 tahun. Sy nampak kesan positif kpd mereka terutama dlm keyakinan utk bertutur dlm bahasa inggeris di mana sahaja, bukan semata-mata di sekolah. Pelajaran mereka juga cemerlang. Sentiasa mendapat markah yg baik. Tidak pernah sekalipun merungut tentang kesukaran belajar Sains & Matematik. Malahan Bahasa Melayu mereka juga tidak terjejas. Secara tidak langsung, mereka mahir dlm kedua-dua bahasa ini. Tidak seperti sy dulu. Pd usia 18 tahun, jgn kata ingin bertutur dlm Bahasa Inggeris, nk dengar org lain ckp dlm Bahasa Inggeris pun sy takut. Walaupun hari-hari menonton TV cerita org putih.. baca sarikata je. Kalau tk baca, sy tk faham.
    Ibarat kata pepatah, “Alah bisa, tegal biasa. Melentur buluh biarlah dari rebungnya”..
    Sy menyeru, kekalkanlah pengajaran matapelajaran ini dlm Bahasa Inggeris di samping mempelajari Bahasa Melayu dgn sempurna tatabahasa serta nahunya.
    Sekian. Wassalam.
    I love u Tun..forever and ever…

  81. LinuxMalaysia Aug 14,2008 1:06 PM

    Saya terlibat dengan aplikasi Open Source sejak 1998. Bahan-bahan yang sedia ada, iaitu ilmu bagaimana untuk penggunaan dan cara-cara penyelesaian masalah semuanya dalam bahasa Inggeris.
    Hendak rujuk masalah pun perlu ada tahu Inggeris sebabnya kumpulan pakar adalah daripada luar negeri. Mereka mahu membantu akan tetapi masalah bahasa boleh melambatkan usaha untuk mempelajari.
    Open Source adalah sebahagian daripada ICT. Bayangkan ilmu yang sebegitu banyak dalam Bahasa Inggeris tidak dipelajari hanya kerana kurang faham atau tidak tahu bahasa Inggeris. Sayangnya.
    Oleh kerana menyedari kekurangan bahan-bahan dalam bahasa melayu bahan-bahan ICT maka saya usahakan juga untuk berkongsi ilmu dalam bahasa melayu. Ia mengambil masa kerana, perlu belajar dahulu ilmu itu yang dalam bahasa Inggeris kemudian perlu sesuaikan dalam bahasa melayu.
    Bila kita kurang mempelajari ilmu dalam bahasa lain… Bagaimana kita hendak lahirkan pakar yang boleh menulis dan mengajar ilmu itu dalam bahasa melayu.
    Tun ini hasil Tun
    Malaysian Public Sector Open Source Software (OSS) Program
    http://www.oscc.org.my/

  82. hisyamz Aug 14,2008 12:04 PM

    Assalamualaikum Tun,
    I am a student learning Maths & Science in Bahasa Melayu from Standard 1 until the 5th form. And now, I’m in college, and I have to learn Mathematics and Physiques in English that I have never learned in english at all. I absolutely have no problem learning these subjects.
    Regards.

  83. danny.m.q. Aug 14,2008 11:40 AM

    salam tun,,
    sy plajar dlm form 5,
    sbnrnye sy adalahpelajar yang terlibat dalam pengajaran
    sains dan math dalam english,
    walaupun ideanya bai tetapi
    tidak banyak manfaat lagi yang dapat diperoleh,,
    hanya segelintir yang betul faham akan bahasa ini
    bagi orang melayu,,
    ia agak menyusahkan

  84. Pak Ali Aug 14,2008 10:34 AM

    Salam Tun,
    Tun amat tepat sekali tentang isu ini.Saya mula ke alam persekolahan bermula tahun 1970 sehingga graduate di USA pada 1987. Saya diajar tentang bahasa English sejak darjah satu sehingga sekarang saya masih belajar walaupun sudah berkerja sebab memahami bahasa ini akan memberi saya “the edge” atau kelebihan dalam mencari ilmu-ilmu lain yg banyak ditulis dalam bahasa English.Di University saya mengambil kursus intensive English selama 4 bulan supaya saya dapat menyerap bahan kuliah dan bertutur dengan baik.
    Sebagai General Manager syarikat saya, sebahagian dari tugas saya adalah membuat interview candidate yg memohon kerja. Sad to say, graduan-graduan yg berpuluh grade A dalam CV mereka tidak boleh bertutur English dengan baik. Where did the education system go wrong? Adakah mereka belajar untuk score A saja dan pass atau untuk hari-hari kemudian?
    Tun, perbezaan sekarang amat ketara antara generasi sekarang dengan jenerasi saya di dalam aspek attitude. Jenerasi sekarang terlalu alpa dan terlalu asyik dengan hiburan. Setengah mereka bila ditanya tentang mengapa tidak mendalami English menjawab “ala buat apa, bukan nak keluar Malaysia pun, bercakap dalam Bahasa Malaysia kat Malaysia ni pun boleh hidup!” How are we going to achieve 2020 with this kind of material Tun?
    Dulu saya pernah menjadi guru Advanced Intensive English di KUSZA untuk lepasan SPM yg menunggu keputusan selama 3 bulan. My God Tun, they asked me to interprate every word of my English lecture into Bahasa Malaysia before they could understand what it was all about!
    Kalau macam ni, macamana dia orang boleh survive nanti in the real world?
    Masalah sekarang Tun,adalah polisi tentang bahasa perantaraan di sekolah tentang subjek-subjek sain dan matematik asyik berubah-ubah bergantung kepada siapa Menteri Pelajaran yg dilantik. Ini adalah kerana mereka adalah politician yg perlu menjaga karier mereka untuk naik dan di dalam proses itu mereka perlu appease certain group so they become popular. Kalau asyik bertukar bahasa perantaraan, buku teks pun kena tukar selalu dan yg paling happy sekali adalah kompeni-kompeni yg menyediakan buku teks, yg paling tak happy adalah parents!
    So please Menteri Pelajaran stick to one policy and bite the bullet, you cannot mold the students overnite, stick to English for science and math if you think that is what is good for them, they will thank you later.
    Thank you Tun, keep it up, your writing is thoughts provoking which is better than some who likes to say tak apalah..tak apalah.

  85. ilyaszen Aug 14,2008 8:21 AM

    salam.sy sokong Tun. Bahasa bukan satu penghalang utk kita berjaya. Kalau guna bahasa melayu pun, tp kalau sikap malas masih tak brubah, it will never brought any changes. Benar Bahasa melayu bahasa kita, jadi cintailah bahasa kita tp apa salahnya blajar bahasa inggeris. At least we can improve our skill in all aspect. Surah Iqra’menuntut kita membaca, xkiralah apa jua ilmu dan bahasa skali pun. Orang arab dahulu pun kena blaja bahasa Yunani utk translate ilmu. Jd, bacalah dan anda akan berjaya.sapa yg untung kalu blaja 2 bahasa, kitaaaaa jgk yg untung..

  86. threesixtynine Aug 14,2008 1:04 AM

    mafhum hadis Nabi s.a.w :
    apabila manusia sibuk kejar dunia, kamu kejar akhirat
    satu2nya ilmu yang diperintah oleh Allah s.w.t untuk dicari adalah ilmu akhirat, ilmu bagaimana untuk mengucapkan kalimah toyyibah apabila tiba saat ajal menjelma
    & yes you were wrong in saying ilmu maths & sains ini penting untuk kemajuan manusia sedangkan di dunia segala2nya milik Allah s.w.t. apabila manusia sibuk mengkaji, maka Allah s.w.t beri asbab, & apabila manusia dapat puncanya, dia akan menjadi lebih jauh dari Allah s.w.t.
    but i dont blame you, sememangnya mentaliti seorang doktor adalah sedemikian. semoga Allah s.w.t beri kan hidayah kepada saya & tuan agar dapat kita sama-sama fikirkan tentang akhirat kita yang boleh menjelma anytime & any place. sedangkan apabila seorang sahabat membaiki dinding rumahnya yang roboh Nabi s.a.w menegur & berkata “sesungguhnya maut lebih dekat dari itu”

  87. Sari Nande Aug 14,2008 12:38 AM

    Dearest Tun, Salamun alaikum,
    Thank you for responding to my request re the teaching of Math & Science in English. Crystal clear.
    (This is my late comment. Just like I did not write to wish you on your birthday, but I did it my way. How could I forget, Tun, you were born the same year as my beloved mum.)
    When I’m not in the city, I’ll be in my kampung in the valley by the lakes. Now having a pc spared at the kampung I do not have to bring along the laptop. But since we do not have a router here and each of us have a laptop/notebook we have to ‘lai-lai li tamplong’ to use the internet. I remember reading that Bill Gates once had a vision that in future all the houses in the world will have a computer. Those days a computer was the size of wardrobes. Nobody believed in him. Now even our four year old owned a computer. They know the games better than the adults.
    I might not have loved the computer if I can’t understand what it’s all about. I might even be like my computer illiterate friends. I guess I’m very lucky to have been English educated. I can be of help to my family and friends with their problems and assignments using the computer, wherever they could be, even as far as the US and UK. We often talk/teleconference without extra charge. And information accessible at your finger tips within the borderless world.
    Yes, we are different from those folks who spend their time conferencing in their yards with neighbors. Discussing the never ending problems of the world. Where are their kids? Some spend their time at the CC playing computer games. Some prefer smoking, involved in drugs/glue or in unsavory activities such as vandalism or ‘rempiting’. Riding their parents motorbikes without license or wearing the helmet. Thus I consider those who learn English (the language as a subject or thru learning Math and Science) as the privileged. We have more books, articles, and abundance of information in the internet to read and to watch. And we still thirst for more, and keep on surfing.
    Please, I’m not denying that many do make good parents even without learning English. But the educated ones are better off. This is just my observation of my surroundings.
    In addition to what you wrote about the advantages of learning the global language, I find that as a result, this group of people is more interesting and lively. They are fun and have lots of networking friends.
    Tun,
    Next I would strongly suggest the learning of the Arabic language to be enforced in schools for the Muslims. They must understand the teaching of the Quran. It is very very sad to know that many Muslims are Quran illiterate. They read but do not understand. Thus the safest way is for them to be a follower. Exactly as what is written in the Quran when they should be learning and studying:
    Al-Baqarah:170. And if they are told: “Follow what God has sent down,” they Say: “No, we will follow what we found our fathers doing!” What if their fathers did not understand anything and were not guided?
    Al-Maidah:104. And if they are told: “Come to what God has sent down, and to the messenger;” they Say: “We are content with what we found our fathers doing.” What if their fathers did not know anything nor were guided?
    Any comment?
    Regards and take care.

  88. Naz Aug 13,2008 7:46 PM

    Untuk subjek kali ini sebenarnye ade kedua2 contoh tentang baik dan buruknya melaksanakan polisi ini.
    1.Kalau di lihat kepada negara2 maju yg menerajui bidang Sains dan matematik.. seperti Japan (electronic) , Jerman (Automobile) , Sweden (Pengurusan Sumber tenaga) , Swiss (Precision) dan beberapa lagi negara2 Eropah yg ade specialty masing2 (perparitan, menambak etc etc).. negara2 ni semua belajar Sains dalam Bahasa mereka sendiri. At least saya pasti tentang Japan dan Jerman.
    2. Saya belajar Engineering di Japan, saya sedar bahawa orang2 Jepun menjalankan kehidupan seharian mereka berasaskan Sains dan Matematik. Mereka berfikir secara mechanisme bukan secara falsafah tentang semua hal, naturally. Point nya di sini ialah, mcm mane org2 Jepun yang English proficiency mereka almost 0, boleh ade that good understanding of Science and Math. Saya rase sbb approach mereka terhadap ilmu tu betul.
    3. Saya rase approach yang btol adalah, Science dan MAth haruslah di anggap sbg tool sahaja. Its there purely out of necessity. Dan ia akan improve purely out of necessity.
    4. Masalah tentang cara sains dan math di ajar di sekolah2 dan universiti2 ialah pengajar selalu buat subject2 tu jadi susah. Kebanyakan pelajar akan jd takut dgn subject2 sains sbb under that impression.
    5. Science and math should be intuitive. Sbb semua terdiri dari konsep.
    6. Soalan2 exam utk these subjects sepatutnya di buat utk uji pelajar punye understanding abt the concept and applications.. it should be simple and straight forward and practical.. tp sebaliknya soalan2 nya amat tricky dan susah di fahami.
    7. Kesimpulannya, approach kene improve. Bahasa tak jadi masalah. Its just a medium. Whatever bahase yg majority prefer, gunakan bahase tersebut. Sbb this is a policy, it concerns the quantity of ppl affected by it. SO, penelitian semula adalah perlu.
    8. Tp saya optimistic tentang policy ini sbb Malaysians are highly adaptable ppl. Kalau policy ini di jalankan, kita akan nampak kesan drastic terhadap penguasaan English kite. Science and Math itself is another story. (approach tu kene betol)

  89. kluang Aug 13,2008 6:45 PM

    Assalamualikum semua,
    Maaf Tun, dalam hal ini, saya kurang bersetuju. Saya menyokong 100%, bangsa Malaysia terutamanya orang Melayu perlu menguasai Bahasa Inggeris. Cuma cara perlaksanaanya yang kurang saya persetujui. Pada usia yang muda(sekolah rendah), pelajar tidak sepatutnya dibebankan dengan masalah untuk mempelajari Sains dalam bahasa Inggeris, sedangkan apa yang lebih penting adalah untuk mereka menghayati serta memahami konsep sains, menguasai asas-asas kemahiran proses Sains seperti mengeluarkan hipotesis, inferens, membuat pemerhatian serta membuat rumusan. Begitu juga dengan Matematik, di mana pelajar perlu menguasai konsep-konsep asas. Di waktu ini, minda mereka sedang berkembang dan tidak sepatutnya diganggu serta dibebani, sehingga mampu menganggu perkembangan minda mereka. Perlu diingat, Sains dan Matematik bukan sekadar bahasa, dan buku-buku rujukan tebal dalam Bahasa Inggeris tidak menjamin kejayaan seseorang dalam bidang Sains dan Matematik. Sains dan Matematik adalah lebih kepada penyelesaian masaalah dalam bentuk yang kreatif, dan ia lebih kepada kemahiran berfikir. Setiap manusia juga mempunyai kemahiran yang berbeza. Ada yang cepat menguasai bahasa dan ada yang tidak. Berilah peluang kepada pelajar untuk mula mencintai subjek tersebut dan memberi tumpuan sepenuhnya dahulu untuk menguasai konsep-konsep asas, sebelum belajar subjek terbabit dalam bahasa Inggeris. Apakah kita mahu melihat seorang pelajar dari pedalaman membenci Sains dan Matematik hanya kerana ia diajar dalam bahasa Inggeris, sedangkan mereka memiliki potensi serta daya fikir yang tinggi untuk menguasai Sains dan Matematik. Pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris perlu dilakukan secara berperingkat tanpa menjejaskan daya fikir serta tidak menjadi bebanan kepada pelajar. Satu perkara lagi, bahasa adalah satu medium untuk berkomunikasi. Jadi, satu kajian menyeluruh harus dilaksanakan agar Melayu bukan sahaja dapat membaca dalam bahasa Inggeris, tetapi berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Inggeris. Kegagalan sesetengah golongan masyarakat untuk menguasai bidang Sains dan Matematik bukan hanya kerana faktor bahasa semata-mata, tetapi kerana sikap dan lain-lain lagi. Insya-Allah,..
    http://www.burungphoenix.blogspot.com

  90. orbee007 Aug 13,2008 6:28 PM

    Salam Tun & keluarga,
    Kita mesti pempunyai permikiran terbuka dalam usaha mencari ilmu. Belajarlah sebanyak bahasa yang kita mampu kerana dengan itu kita dapat menimba lebih banyak ilmu yang akan memberi menafaat kepada kita.
    Belajar bahasa asing tidak bermakna kita akan lupakan bahasa ibunda kita. Saya sebagai warga mas terkilan yang saya tidak diberikan peluang untuk belajar bahasa asing melainkan BI ketika dibangku sekolah dahulu. Olih demikian saya rasa rugi kerana tidak dapat berinteraksi dengan bangsa cina atau India dengan baik. terutama bahasa Cina ( mandarin ).
    Lihat di Eropah, mereka dapat menyatukan negara2 Eropah yang berbagai2 bahasa dan budaya kerana pelajar2 disekolah/universiti, diperlukan ( secara bahasa pilihan )belajar sekurang2nya 2 lagi bahasa selain bahasa ibundanya. Dengan demikian mereka dapat berinteraksi dengan orang negara2 Eropah yang lain tak kira di mana mereka berada. Itulah satu-satunya kebaikannya dengan adanya pengetahuan bahasa lain selain dari bahasa ibunda kita. Banyak lagi kebaikan-kebaikan yang kita bolih perolihi jika kita tahu bagaimana untuk menafaatkannya.

  91. Nasha Bin Edwin Aug 13,2008 3:48 PM

    SALAM SEMUA….
    SAYA TIDAK RISAU PEMBELAJARAN MATH DAN SCIENCE DI AJAR DALAM BAHASA INGERIS. LAGIPUN BAHASA INGGERIS ADALAH GLOBAL. PERSOALANNYA MENGAPA SUBJEK PENDIKAN SENI, PENDIDIKAN MORAL, KAJIAN TEMPATAN, SEJARAH, DAN BANYAK LAGI SUBJEK LAIN TIDAK DI AJAR JUGA DALAM BAHASA INGGERIS. MENGAPA PERLU SAINS DAN MATEMATIK SAHAJA? ADAKAH BENAR DAKWAAN BAHAWA DENGAN MMENGUASAI BAHASA INGGERIS KITA AKAN MENGUASAI SAINS DAN MATEMATIK? JIKA BEGITU, APAKAH GOLONGAN YANG BIJAK PANDAI DALAM KESUSASTERAAN BI ATAU MENGUASAI BI ADALAH AHLI SAINS? MENGAPA RAMAI ORANG RUSIA DAN GERMAN YANG TIDAK MENGUASAI BI ADALAH AHLI SAINS YANG HEBAT.
    JADI ,SAYA MENYANGKAL PENDAPAT MENGATAKAN BI DAPAT MEMBOLEHKAN PELAJAR DAPAT MENGUASAI ILMU MATEMATIK DAN SAINS. BAGI SAYA APA2 BAHASAPUN YANG DIGUNAKAN, KITA BOLEH MENGUASAI MENGUASAI MT DAN SAINS. MALAH JIKA KITA LIHAT SENARIO DI SEKOLAH TERUTAMA DI LUAR BANDAR DIDAPATI RAMAI PELAJAR MASIH TIDAK DAPAT MENGUASAI ILMU SAINS DAN MATEMATIK DENGAN BAIK JIKA DIBANDINGKAN SEMASA MT DAN SN DIAJAR DALAM BAHASA MELAYU. MALAH PERATUSAN LULUS MATA PELAJARAN INI SANGAT RENDAH JIKA DIBANDINGKAN SEBELUM INI. SEBALIKNYA PENGUASAAN MURID DALAM BI DIDAPATI ADA PENINGKATAN. ADAKAH INI PETANDA KITA AKAN KEKURANGAN BIJAK PANDAI DALAM SN DAN MT TETAPI MELAHIRKAN RAMAI PAKAR2 BI. INIKAH YANG KITA MAHUKAN? JIKA INI YANG KITA MAHUKAN TERUSKANLAH USAHA MURNI KITA INI….FIKIKANLAH APA AKAN TERJADI DENGAN BM PADA MASA AKAN DATANG JIKA BI SUDAH MENDAPAT TEMPAT DALAM MASYARAKAT SAMA ADA DALAM PERTUTURAN MALAH DALAM PENGAJARAN DI SEKOLAH…JIKA INI BERLAKU MAKA SIA2LAH KITA MEMPERJUANGKAN KETUANAN MELAYU KERANA PADA MASA ITU BANGSA MELAYU TIDAK LAGI BERMINAT ATAU TIDAK FASIH BERTUTUR DALAM BAHASA MELAYU ITU SENDIRI…BOLEHLAH DIKATAKAN PADA MASA ITU NANTI ORANG MELAYU HANYA WUJUD SEBAGAI BANGSA MELAYU SEBALIKNYA BAHASA MEREKA ADALAH BAHASA INGGERIS.BANGSA MELAYU AKAN TINGGAL NAMA SAHAJA SEPERTI BANGSA MELAYU DI AFRIKA SELATAN.JANGAN SALAHKAN GENERASI HARI INI JIKA PADA MASA ITU NANTI GOLONGAN INI TIDAK MAHU DAN TIDAK TAHU BERTUTUR DALAM BAHASA MELAYU..FIKIR2KANLAH

  92. Nasha Bin Edwin Aug 13,2008 3:42 PM

    Salam semua….
    Saya tidak risau pembelajaran Math dan Science di ajar dalam bahasa Ingeris. Lagipun bahasa Inggeris adalah global. Persoalannya mengapa subjek Pendikan Seni, Pendidikan Moral, Kajian Tempatan, Sejarah, dan banyak lagi subjek lain tidak di ajar juga dalam bahasa Inggeris. Mengapa perlu sains dan matematik sahaja? Adakah benar dakwaan bahawa dengan mmenguasai bahasa Inggeris kita akan menguasai sains dan matematik? Jika begitu, apakah golongan yang bijak pandai dalam kesusasteraan BI atau menguasai BI adalah ahli sains? Mengapa ramai orang Rusia dan German yang tidak menguasai BI adalah ahli sains yang hebat.
    Jadi ,saya menyangkal pendapat mengatakan BI dapat membolehkan pelajar dapat menguasai ilmu Matematik dan Sains. Bagi saya apa2 bahasapun yang digunakan, kita boleh menguasai menguasai MT dan Sains. Malah jika kita lihat senario di sekolah terutama di luar bandar didapati ramai pelajar masih tidak dapat mengusai ilmu sains dan matematik dengan baik jika dibanding semasa MT dan SN diajar dalam bahasa melayu. Malah peratusan lulus mata pelajaran ini sangat rendah jika dibandingkan sebelum ini. Sebaliknya penguasaan murid dalam BI didapati ada peningkatan. Adakah ini petanda kita akan kekurangan bijak pandai dalam SN dan MT tetapi melahirkan ramai pakar2 BI. Inikah yang kita mahukan? Jika ini yang kita mahukan teruskanlah usaha murni kita ini….Fikikanlah apa akan terjadi dengan BM pada masa akan datang jika BI sudah mendapat tempat dalam masyarakat sama ada dalam pertuturan malah dam pengajaran di sekolah…Jika ini berlaku maka sia2lah kita memperjuangkan ketuanan Melayu kerana pada masa itu bangsa melayu tidak lagi berminat tau tidak fasih bertutur dalam bahasa melayu itu sendiri…Bolehlah dikatakan pada masa itu nanti orang melayu hanya wujud sebagai bangsa Melayu sebaliknya bahasa mereka adalah bahasa Inggeris…fikir2kanlah

  93. myreed Aug 13,2008 1:42 PM

    Stupid or what??? Questioning teachers in Malaysia can’t speak or write in English… if we not force them to learn… bukan nak force tukang cuci kot… Hopefully, after 10 years I believe the teacher who’s responsible can teach our next generations as it should be..
    p/s: sebagai org kg yang memang dibesarkan di kg and sekolah kat kg…saya mengharapkan supaya kementerian pelajaran mengekalkan pembelajaran math and science in English… percayalah most of successful malay people yang ade sekarang datangnya daripada mereka yang belajar kat sekolah orang putih or english family b/ground… diharapkan akan datang kita tidak dengar lagi segelintir budak kg yang berjaya tapi..banyak yang berjaya..

  94. che'gu Aug 13,2008 1:22 PM

    Tun yg disayangi…
    Saya komen atas dasar pemerhatian sebagai seorang guru… Terima kasih Tun, Etems atau PPSMI ini telah meningkatkan tahap pemahaman BI yg lebih tinggi di kalangan murid-murid sekarang. Kepada ibu bapa yg gusar.. saya cadangkan agar tuan puan membantu anak-anak tuan puan di rumah terutamanya subjek BI. Bila mereka faham BI, mereka akan lebih mudah faham Sc dan Math. Ada yang komen cikgu BI teruk… Ibu bapa yg tidak membantu anak mereka bagaimana pula?? Ada yg risaukan peratusan kelulusan SC dan Math.. Biarlah… Yg tuan puan perlu risau adalah pencapaian anak tuan puan sendiri… Bantulah guru dgn membantu anak tuan puan di rumah… jika setiap ibu bapa ada rasa tanggungjawab, tugas yg berat akan menjadi lebih ringan… jangan kita asyik nak fikirkan masalah… cubalah fikir bagaimana menyelesaikan masalah…
    P/S: dulu-dulu ayah saya hormat guru… tapi kini ayah anak murid saya mengutuk guru dalam blog… Semoga anak2 tuan puan berjaya dan dirahmati Allah selalu.

  95. Jebat2008 Aug 13,2008 10:41 AM

    Saya setuju dengan penjelasan Tun.
    Memang tepat kerana jika dapat menguasai sendiri Bahasa Inggeris atau bahasa selain dari bahasa Melayu itu sendiri secara terus kita akan boleh perolehi maklumat terkini dengan cepat dan lebih tepat.
    Kalaulah orang yang kurang memahami bahasa lain bagaimanakah beliau mahu menceduk terus ilmu yang dibacanya? Orang seperti ini akan terpaksa menunggu lama selepas ia diterjemah ke bahasa yang difahaminya, kemudian barulah mereka boleh faham. Itupun jika dialih bahasa, jika tidak jawabnya sampai kiamat pun mereka tidak akan dapat maklumat yang sepatutnya. Jika dialih bahasa selepas beberapa tahun, ia sudah terlewat kerana perkembangan sains sentiasa berkembang pesat dari masa ke semasa.
    Lagi satu, setakat faham bahasa bukan bererti boleh menguasai ilmu atau maklumat yang dibacanya.
    Oleh itu keterangan dan tindakan Tun memperkenalkan Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris amat tepat. Mungkin diperingkat awal iaitu 10 tahun kita tidak nampak hasilnya, tetapi bila 15 ke 20 tahun berikutnya di mana pada masa itu murid yang pada masa 7 tahun sekarang sudah dewasa dan punyai anak pada usia 22 tahun atau 27 tahun, maka di generasi ini kita akan merasakan hasilnya di mana seorang bapa atau ibu sudah merasakan “kebiasaan” dengan ilmu yg diterimanya masa kecil dlm bahasa Inggeris.
    Sekian…

  96. izam Aug 13,2008 10:11 AM

    Salam Tun,
    Sebenarnya memang banyak faedahnya untuk kita belajar kedua-dua matapelajaran tersebut didalam bahasa inggeris. Tapi tahukan tun bahawa keciciran bangsa melayu didalam pengajian bahasa inggeris? KIta hanya melihat dikebanyakan kawasan bandar tapi bagai mana dengan luar bandar? Percaya atau tidak cikgu yang dilatih juga tidak dapat menguasai bahasa inggeris dengan baik? Bagai mana nak mengajar? Adakah kita tahu bahawa ramai pelajar melayu diperingkat rendah tidak dapat menguasai bahasa melayu dengan baik? Sekiranya permarkahan bahasa melayu betul betul di tahap yang sepatutnya ..saya rasa ramai pelajar melayu akan terus berada di bawah permarkahan yang rendah. Isu nya bagai mana untuk membentuk pelajar diperingkat bawahan memahami BI dengan baik sekiranya BM yang menjadi bahasa pertuturan tidak mencapai gred yang sepatutnya?
    Kita perlu bergerak dari bawah sebelum bergerak keatas. Pendedahan awal mungkin perlu tetapi bukan mengetatkan syarat didalam pemeriksaan sehingga membantutnya peluang pelajar melayu untuk menduduki tempat yang teratas.

  97. Lahm Aug 13,2008 10:11 AM

    The problem is not in the decision to take up English in Science and Mathematics subjects, but the readiness of the education system then (and even now). Almost 65% of teachers in Malaysia can’t speak or write in english.

  98. hazhas Aug 13,2008 9:39 AM

    Salam sejahtera Tun dan Para Blogger,
    Saya menyokong usaha Tun menukar bahasa pengantar untuk Maths dan Sains. Perkara ini sememang saya tunggu untuk sekian lamanya. Saya merasakan BM yang diguna untuk Sains/Maths sejak tahun 1970s amat menyukarkan. Apa yang Tun lakukan ialah memperbaiki satu kesilapan dasar yang terlanjur untuk lebih dari 30 tahun. Bila polisi baru ini diumumkan saya adalah di antara yang sangat gembira.
    Saya merupakan seorang saintis dan mengajar di IPTA. Ketika mula bertugas, Ketua Jabatan membisikkan agar saya terus mengajar dalam BI (saya lulusan luar negara) seboleh-boleh mungkin; kerana, ketika itu semua kuliah dijalankan dalam BM. Jadi, menurut bisik nasihat Ketua, dan saya sendiri menyaksikan kesukarannya, kuliah saya dalam BI, namun saya membenarkan pelajar menulis mengguna BI atau BM dalam assignment dan peperiksaan.
    Ketidakwajaran Sains dalam BM boleh dilihat kerana banyak kekeliruan ketika menukar bahasa sains kepada BM; kepalsuan istilah Melayu menular berleluasan. Saya pernah terjumpa, ungkapan “step-wise reaction” ditukar kepada “tindakbalas langkah bijak” dan banyak lagi contoh yang lucu lagi mengelirukan.
    Banyak istilah sains yang tidak boleh diterjemah dengan mudah dan menghilangkan kontek sebenar.
    Walaupun, ada jawatankuasa istilah diwujudkan namum, kegiatan mereka lesu tidak bermaya. Bukan sahaja itu, istilah sains berkembang dengan pesat.
    Dipersada antarabangsa saintis dengan kerap dan pantas mencipta istilah-istilah baru seiringan dengan penemunan baru mereka. Setiap satu bidang, muncul “istilah dan bahasa” masing-masing, sehinggakan ada kalanya, mereka yang di antara bidang pun sukar berkomunikasi di antara satu sama lain. Contohnya, agak sukar ahli fizik berbicara dengan ahli Biologi menggunakan istilah masing-masing, walaupun mereka membicara tentang “objek” yang sama.
    Ada satu usaha murni untuk menukar bahasa sebuah buku teks yang utama bagi satu kursus di Universiti. Buku asal dalam BI setebal 1.5 inci. Hampir 10 orang saintis terlibat menukar bahasa ke BM. Bila siap, selepas hampir 3 tahun, versi BM, buku menjadi setebal hampir 3 inci. Dan malangnya lagi, Buku versi BI asal telah mengeluarkan edisi baru. Itulah nasib usaha penterjemahan.
    Ini semua menunjukan betapa tidak wajarnya Sains dan Mathematik di ajar dalam BM.
    Saya harap TIADA lagi bantahan untuk menukar semula polisi ini.
    Terimakasih.

  99. kahfee79 Aug 13,2008 9:38 AM

    Tun,
    Maaf, saya rasa matlamat Tun adalah baik, tapi cara pelaksanaannya adalah kurang berkesan.
    Ini kerana masalah besar akan timbul diperingkat sekolah rendah yang mana guru sendiri tidak mahir berbahasa inggeris, jadi penyampaian ilmu akan terganggu. Ini banyak terjadi dikawasan luar bandar.
    Pada masa Tun, memang tak menjadi masalah kerana guru Bahasa Inggeris memang pakar, dan ibubapa Tun sendiri boleh berbahasa Inggeris. Apa akan terjadi kepada budak sekolah rendah di kawasan pendalaman? yang mana tidak biasa dengan bahasa Inggeris, jadi memang sukar untuk memahami ilmu sains dan matematik itu sendiri.
    Saya rasa elok diperingkat rendah diajar dengan Bahasa Melayu, kerana pemahaman pelajar adalah lebih baik jika diajar dalam bahasa ibunda mereka. Ini akan menarik minat mereka sendiri, setelah mereka faham intipati sains dan matematik. Saya rasa alih bahasa melayu ke inggeris pada asas sains dan matematik sudah kukuh, tidak akan jadi masalah.
    Pada peringkat pelajar atasan, memang semestinya mereka kena mahir bahasa Inggeris, sebab ilmu sains dan matematik mereka kena up to date.
    So cadangan saya, pelajar mesti mahir bahasa Inggeris kerana akan menggunakannya pada peringkat atasan. so kena ajar bahasa inggeris dengan kaedah yg lebih berkesan, bukannya dengan guna bahasa inggeris utk ajar sains dan matematik.
    Tapi pada peringkat rendah, sains dan matematik sebaiknya diajar dalam bahasa melayu kerana murid sekolah akan bertambah minat untuk belajar setelah mereka faham.

  100. hazhas Aug 13,2008 9:28 AM

    Salam sejahtera Tun dan Para Blogger,
    Saya menyokong usaha Tun yang menukar Bahasa pengantar untuk Maths dan Sains. Perkara ini sememangnya saya tunggu untuk sekian lamanya. Saya merasakan BM yang diguna untuk Sains/Maths sejak tahun 1970s ini amat menyukarkan. Apa yang Tun lakukan ialah memperbaiki sesuatu kesilapan yang telah terlanjur untuk lebih dari 30 tahun. Bila polisi baru ini diumumkan saya adalah di antara yang sangat gembira.
    Saya adalah seorang saintis dan tenaga pengajar di IPTA. Ketika mula bertugas, Ketua Jabatan membisikkan agar saya terus mengajar dalam Bahasa Inggeris seboleh-boleh mungkin; kerana, ketika itu semua kuliah dijalankan dalam BM. Jadi menurut nasihat Ketua, dan saya sendiri menyaksikan kesukarannya, kuliah saya dalam BI, namun saya membenarkan pelajar menulis mengguna BI atau BM dalam assignment dan peperiksaan.
    Ketidakwajaran Sains dalam BM boleh dilihat kerana banyak kekeliruan ketika menukar bahasa sains kepada BM; kepalsuan istilah Melayu menular berleluasan. Saya pernah terjumpa, ungkapan “step-wise reaction” ditukar kepada “tindakbalas langkah bijak” dan banyak lagi contoh yang lucu lagi mengelirukan.
    Banyak istilah sains yang tidak boleh diterjemah dengan mudah dan menghilangkan kontek sebenar.
    Walaupun, ada jawatankuasa istilah diwujudkan namum, kegiatan mereka lesu tidak bermaya. Bukan sahaja itu, istilah sains berkembang dengan pesat.
    Dipersada antarabangsa saintis dengan kerap dan pantas mencipta istilah-istilah baru seiringan dengan penemunan baru mereka. Setiap satu bidang, muncul “istilah dan bahasa” masing-masing, sehinggakan ada kalanya, mereka yang di antara bidang pun sukar berkomunikasi di antara satu sama lain. Contohnya, agak sukar ahli fizik berbicara dengan ahli Biologi menggunakan istilah masing-masing, walaupun mereka membicara tentang “objek” yang sama.
    Ada satu usaha murni untuk menukar bahasa sebuah buku teks yang utama bagi satu kursus di Universiti. Buku asal dalam BI setebal 1.5 inci. Hampir 10 orang saintis terlibat menukar bahasa ke BM. Bila siap, selepas hampir 3 tahun, versi BM, buku menjadi setebal hampir 3 inci. Dan malangnya lagi, Buku versi BI asal telah mengeluarkan edisi baru. Itulah nasib usaha penterjemahan.
    Ini semua menunjukan betapa tidak wajarnya Sains dan Mathematik di ajar dalam BM.
    Saya harap TIADA lagi bantahan untuk menukar semula polisi ini.

  101. nurulhayah Aug 13,2008 5:44 AM

    Dear Tun,
    Selagi orang melayu diberi pilihan, mereka akan pilih yang paling mudah untuk mereka. Same goes for learning science and math in english. It is the most brilliant idea to ‘force’ our malay to learn the most important subjects in school in English, so that they have no choice but to learn the subject English Language more seriously. I know lots of our math and science teacher complaint not being able to teach properly in English. From my opinion, what the government must do now is make it compulsory for teachers to improvise their english in order to teach or even to get promoted. As long as we have good teachers, name it, students from Ulu Tembeling pun akan berjaya. There’s no need to look backwards, just go forward and improvise.
    Kind regards,
    Nurul hayah

  102. True Son of The Soil Aug 13,2008 3:40 AM

    Salam Tun,
    Terlebih dahulu saya mahu meminta maaf jika komen ini tidak berbunyi sebagai suatu sanjungan atau pujian malahan barangkali kedengaran seperti suatu kritikan kepada Tun atau pemimpin-pemimpin terdahulu walau saya menghormati mereka.
    Isu bahasa atau bahasa apa yang perlu ditutur di Malaysia merupakan suatu isu yang sangat menarik pada saya kerana ia mempengaruhi kebolehcapaian serta keyakinan sesuatu bangsa. Pada saya bahasa Malaysia adalah bahasa penyatuan bangsa malaysia kerana sejarah, budaya dan geografinya manakala bahasa inggeris ialah bahasa ilmu dan pekerjaan. Saya mahu bermula yang bangsa Malaysia terutama melayu dan bumiputra gagal serta ketinggalan selama 40 tahun kerana penguasaan bahasa inggeris yang lemah (hanya sedikit yang begitu fasih barangkali).
    saya pernah berkerja dan tinggal agak lama di singapura di akhir tahun 90-an hingga awal 2000. saya dapati bahawa di sana pemandu bas atau perkerja biasa di pasaraya atau kilang begitu fasih berbahasa inggeris. muka-muka melayu yang penampilannya seperti buruh biasa begitu fasih dan duduk berbual dalam bahasa inggeris dengan bangsa asing (foreigners) di kedai-kedai kopi. saya terfikir mereka ini lebih bagus penguasaan bahasa inggeris mereka dari para graduan ijazah di Malaysia kerana saya punya seorang teman baik yang mempunyai ijazah dalam bidang ekonomi produk UKM tidak tahu berbahasa inggeris (barangkali dia boleh faham sedikit).
    di kalangan keluarga-keluarga Melayu di singapura, mereka juga bebual dalam bahasa inggerisdan ianya suatu yang biasa namun tidak bagi kebanyakkan rakyat malaysia (barangkali ianya dianggap biadap ataupun mengada-ngada). namun nyata sekali warna kulit melayu dan budaya melayu mereka tidak hilang dan mereka juga pergi ke masjid untuk menunaikan kewajipan mereka.
    saya bandingkan keadaan ini dan saya pinggirkan seketika tentang isu air, ruang udara, serta isu kedudukan orang melayu singapura. Isunya di sini ialah persaingan serta keyakinan terhadap diri sendiri melalui penguasaaan bahasa inggeris. dari segi penguasaan bahasa sudah tentu saya memuji singapura sebagai perbandingan. mereka berani mengorbankan bahasa cina dalam sistem pendidikan kebangsaan mereka. ironinya boleh dikatakan semua orang cina di singapura masih bertutur bahasa cina (mandarin). bukan kah ini yang perlu malaysia lakukan kepada bangsa melayu dan bumiputra kita?
    Tun atau barangkali pemimpin terdahulu telah membuat kesilapan apabila menukar bahasa inggeris kepada bahasa melayu di sekolah. Kita telah ketinggalan 40 tahun. betapa sia-sia 40 tahun itu. datuk nenek kita terdahulu begitu fasih berbahasa inggeris walau bersekolah setakat darjah 3. namun kita sedar warga terdahulu begitu patriotik walaupun mereka fasih berbahasa inggeris. Kulit mereka tidak berubah menjadi perang.
    saya berbual-berbual dengan seorang teman berbangsa cina di singapura. dia katakan terdapat lebih kurang 8% penduduk yang buta huruf. saya tanya mereka tidak tahu membaca? dia katakan bukan begitu. golongan ini tidak tahu bertutur dan faham bahasa inggeris. saya terfikir di Malaysia buta huruf itu ialah tidak kenal ABC dan nombor 1, 2, 3…
    Selama 40 tahun ini suatu hasil produk iaitu generasi yang fasih berbahasa Melayu telah di hasilkan namun ketinggalan (walau ada sebahagian kecil yang bertuah). dan ia memerlukan tempoh masa paling cepat ialahvsatu generasi untuk meletak kembali kepada keadaan asal (itu pun jika tiada tentangan). betapa sia-sianya 40 tahun itu. sekarang ini boleh di kata bahasa inggeris hanya dikuasai sebahagian golongan yang di anggap elit dan kebanyakkan barangkali yang kembali dari luar negara. bagaimana dengan jumlah majoriti yang besar terutama yang di desa? mereka akan sentiasa kurang keyakinan diri kesan dari polisi bahasa bapa bapa pemimpin terdahulu yang terlalu taksub dan nasionalistik namun tidak realistik. kesannya sekarang ialah majoriti generasi kini hanya jaguh kampung di kalangan kaum sendiri.
    sepatutnya Bahasa Malaysia itu harus menjadi bahasa kebangsaan melaui lagu kebangsaan, majlis atau apa-apa hari kebesaran yang formal namun Bahasa Inggeris perlu menjadi bahasa pengantar di sekolah seperti suatu ketika dahulu. Pengaruh bahasa inggeris begitu besar ruang litupnya. ia membina keyakinan diri masyarakat bandar ataupun desa. ia membuat kita dibandar atau di desa semua boleh berbicara orang bangsa asing dan menimba ilmu pengetahuan. dan juga bukankah bagus jika seorang penoreh getah boleh memarahi mat saleh kerana kebiadapan nya agar mat saleh itu boleh faham kesalahannya? saya pernah terserempak seorang wanita melayu di singapura yang berkerja sebagai tukang kutip wang letak kereta dan kelihatan comot seperti pekerja JKR bertekak panjang lebar dengan seorang mat saleh tanpa sedikit pun pelat melayu. saya percaya jika di malaysia tukang kutip wang itu hanya diam terkebil kebil.
    melalui penguasaan bahasa inggeris akan menjadikan mereka boleh berkerja dan berinteraksi di merata dunia tidak kira menjadi buruh atau pun pekerja elit. hanya melalui suatu sistem yang menggunakan bahasa inggeris dan diimplematasikan di dalam polisi pendidikan negara boleh mengubah kembali masa 40 tahun yang sia-sia itu. maka selepas tempoh satu generasi, semua rakyat Malaysia akan menjadi dwibahasa atau tribahasa. sudah tentu mereka ini boleh dilepaskan di merata dunia bukan setakatmenjadi jaguh kampung. namun melihat kepada keadaan yang sekarang ianya terlalu sukar kesan dari polisi bahasa dalam pendidikan yang berusia 40 tahun yang lama itu sudah sebati dengan kehidupan rakyat Malaysia.
    Barangkali ada yang membuat perbandingan dengan negara jepun atau perancis yang begitu taksub dengan bahasa ibunda namun di jepun hanya ada bangsa jepun dan mereka membina teknologi. Di Malaysia kita punya berbagai bangsa dan ras kaum. Orang Melayu dan Bumiputra belum punya apa untuk di buktikan dengan hanya berbahasa malaysia dan semangat kebangsaan. kita semakin jauh dalam penguasaan bahasa inggeris yang suatu ketika dahulu kita sama seperti singapura sebagai contoh.
    keyakinan dan dayasaing dikalangan masyarakat kebanyakkan juga semakin pudar. kita semua juga tidak mahu percaya kuasa bahasa inggeris itu sebenarnya besar dan boleh mengubah masa depan, jati diri dan tahap pengetahuan. kita taksub kepada bahasa dan diri sendiri yang belum punya apa untuk dibuktikan. saya fikir kita harus belajar dari singapura walau saya dan kita malu belajar dari mereka. sudah masanya suatu sistem paksa digunakan untuk mengimplemnetasikan polisi bahasa pengantar inggeris di sekolah dan universiti. sudah tentu ianya mustahil dapat dilakukan melainkan Malaysia mempunya seorang pemimpin yang benar-benar luar biasa yang mampu mencipta keajaiban. saya berdoa mudah-mudahan ianya segera berlaku.
    Saya memuji polisi Tun sebelum Tun berundur apabila Inggeris dan Matematik di ajar dalam Bahasa Inggeris namun saya saya meminta maaf untuk mengatakan ianya juga suatu kesilapan besar apabila Tun tidak meneruskan penggunaan bahasa inggeris semasa menjadi menteri pendidikan di awal tahun 70-an. sudah tentu barangkali jika tiada perubahan dasar bahasa pengantar di sekolah 40 tahun lalu, generasi kita sudah menjadi sebuah generasi bangsa yang lebih berkeyakinan di tahu 2008 ini.
    Sekian Terimakasih.

  103. mohan Aug 13,2008 2:16 AM

    Tun,
    Before I go any further I wanted to speak to you personaly someday as you been always admired by me for many years.
    As per the maths and science subject, it is a sad that we have not looked at it earlier but never too late. What you have done is extreamely important for our nation. I have heard many time how our student been perli by other student when come to that subject in overseas. We were lost macam tak paham langsung. what a sad and I hope our future student will not face such a emberessment. Thanks for everything you have done to the nation.
    Cheers always………………..
    mo

  104. Marhain Sepi Aug 13,2008 1:45 AM

    Tun dan sekelian pembaca,
    Saya amat bersetuju dengan langkah Tun yang telah menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Mathematik di sekolah2 seluruh negara dulu. Bagi saya penguasaan bahasa ialah permulaan untuk membolehkan kita mendalami ilmu bukan saja ilmu Sains dan Mathematik malah kesemua ilmu-ilmu lain yang amat diperlukan untuk memajukan sesebuah negara. Malah saya akan turut menyokong penuh jika Tun menjadikan Bahasa China dan Jepun (termasuk tulisan) juga diajar disekolah2 kita sebagai mata pelajaran elektif kerana ianya akan memberi peluang yang lebih baik kepada generasi akan datang mendapatkan ilmu yang bermanafaat.
    Sebagai contoh pentingnya penguasaan bahasa inggeris bagi mendalami ilmu-ilmu tertentu ialah apabila kita ingin mendapat ijazah lanjutan atau sarjana (Masters) dari universiti luar negara. Jelas sekali sekiranya penguasaan bahasa inggeris kita lemah, kita akan menghadapi masalah yang besar untuk mendapat pengiktirafan dari universiti luar negara. Inilah masalah yang menimpa generasi saya (lahir ditahun2 60’an dan 70’an) yang kebanyakannya disogok melalui pengantaran Bahasa Malaysia sepenuhnya diperingkat sekolah rendah dan menengah. Akibatnya kebanyakan graduan dari generasi saya memilih untuk mendapatkan sarjana dari universiti tempatan yang hanya mempunyai pilihan bidang yang amat terhad.
    Dalam contoh diatas graduan dari generasi mungkin tidak rugi besar kerana masih berpeluang memperoleh sarjana walaupun kurang kualitinya, tetapi negara kita mengalami kerugian besar kerana jika penguasaan Bahasa Inggeris baik, kemungkinan besar graduan2 ini akan menyambung pengajian di universiti luar yang menawarkan bidang pengkhususan yang lebih berfaedah. Bayangkan jika kita mempunyai pakar bidang Bioteknologi seawal tahun 90’an. Sudah pasti kita sudah boleh memajukan bidang ini hampir 20 tahun yang lalu dan ini pastinya mempunyai impak yang sangat besar kepada kemajuan negara kita.
    Kesimpulannya, pemimpin hari ini patut meneruskan usaha yang dibuat oleh Tun dahulu dengan mengembangkan pilihan bahasa pengantar kepada bahasa2 utama yang lain bagi memastikan negara ini dapat dibangunkan oleh anak Malaysia sendiri, bukannya melalui bangsa lain seperti yang dibuat oleh kita sekarang. Melalui cara ini barulah kita akan mampu menjadi bangsa yang maju dalam hakikat yang sebenarnya, iaitu kemajuan ilmu dan tamadun, bukannya kemajuan infra struktur sahaja.
    Melalui ruangan ini, saya menyeru semua pembaca kita memulai langkah yang perlu untuk membolehkan kemajuan ilmu dan tamadun dapat dicapai secepat mungkin. Ingatlah Wawasan 2020 hanyalah 11 tahun sahaja dari sekarang dan kita masih jauh ketinggalan.
    Terimakasih.

  105. Dotsolo Aug 13,2008 12:49 AM

    Tun yang saya hormati.
    Saya seorang guru. Subject pengkhusussan saya ialah Fizik DAN Matematik. Di sekolah subjek utama yang mengajar ialah Fizik. Telah 24 tahun mengajar.
    Sejak Pengajaran da pembelajaran sains dan mathematik di laksanakan, ramai di kalangan penentang mengatakan pelajar tidak dapat mengikut sbujek subjek berkenaan kerana tidak dapat menguasai BI.
    Kalau tak salah ingatan saya, P&P (Pengajaran dan pembelajaran) semua subjek (Kecuali BI dan Bahasa lain) melalui bahasa pengatar bahasa melaysia telah di laksanakn mulai 1974. sepanjang tempioh itu kita sering di dedahkan dengan sungutan bahawa pelajar melayu tidak dapt menguasai subjek sains dan matematik. Prestasi pelajar melayu juga jauh lebih rendah dari pelajar lain khususnya Cina.
    Semasa temph itu juga , pelajar pelajar cina di sekolah rendah belajar subjek sains, matematik dan subjek lain dalam bahasa ibunda mereka. Tetapi apabila mereka memasuki skeolah menengah, mereka belaajr menggunakan bahasa melayu.
    Apa yang peliknya, mereka mampu menguasi subjek sains dan matematik itu dengan baik Sebaliknya pelajar melayu yang telah pun belajar subjek itu dalam bahasa melayu sejak di skeolah rendah, tetap juga menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan.
    Jadi alasan yang mengatakan pelajar melayu tidak dapat menguasai sesuatuy subjek di sebabkan bahasa pengatar tidak boleh di terima.
    Sepanjang pengalaman saya mengajar , saya dapati, ramai pelajar yang lemah dalam pelajaran tidak mematuhi disiplin belajar. seperti berikut
    tidak memiliki dan membawa bersama perallatan belajar yang cukup . (Pen,pensil, buku dan lain lain)
    tidak mematuhi masa
    Tidak beri perhatian semasa proses P&P di jalankan.
    (Minda tidak aktif berfikir semasa P&P seperti mana minda mereka aktif berfikir semasa menonton filem atau perlawanan bola)
    Tidak buat kerja /latihan yang dio berikan
    sering kali ponteng kelas.
    Pelajar yang mematuhi disiplin belajar tidak bermasalah, sekali pun di ajar dalam bahasa Inggeris. begitulah dapatan saya setelah mengajar subjek fizik dalam bahasa inggeris selama beberapa tahun sejak ianya di laksanakan.
    Adalah satu hakikat yang sangat sedih, bahawa masyarakat kita adalah masyarakat yang malas belajar. Dan malas berfikir juga. Malas mencari jalan menyelesaikan masalah. Dengan itu mereka mencari berbagai alasan untuk menutup kelemahan mereka.
    Banyak lagi yang saya nak taip, tapi saya ada kerja lain nak buat sekarang

  106. abu sayab Aug 12,2008 11:51 PM

    That is why somtimes the Malays are labelled being lazy.
    I failed my English in Form 5 and took tuition when I started to work and read the English newspaper everyday.
    No doubt I’m not very good in English (moderate) I’m proud that today I can write and converse in English.I am getting a better pay job because of English.
    My brothers & sisters, may I say stop moaning “throw away the Tongkat and start to walk if you want to compete.”
    ‘God only help those who help themselves’
    Cheers!

  107. anaktamim Aug 12,2008 11:41 PM

    Assalam Tun, harap sihat selalu supaya perjuangan Tun sampai ke penghujung yang indah..
    saya setuju, kerana dunia sekarang telah dikuasai barat yang menggunakan bahasa inggeris sebagai perantaraan, x salah pun klu pandai bahasa inggeris, kita bukan nk ambil budaya barat.. lainlah kalau malaysia menguasai dunia lalu bahasa melayu jadi bahasa dunia (yg utamanyer bahasa arablah).. aa.. klu cam tu x per la..

  108. catwoman Aug 12,2008 11:41 PM

    tun
    yg dibimbangi zaman ini ialah..’pegi cina tapi ilmu terpesong’
    meoww meoww

  109. johndoe Aug 12,2008 10:15 PM

    if translation to bahasa is done , how many copies would be bought?? support 100% using english for science and maths

  110. jansenlow Aug 12,2008 9:46 PM

    Tun, I have to confess that I am not your fan all these years. But out of the many policies that you had made, changing the teaching of Math & Science subjects in English was definitely one of the good decision you had made for the next generation. Let’s be honest, Malaysian education system is down to the drain. Let’s not talk about the standard of our universities. At this very moment, I’m teaching my Std 6 son for the UPSR exam next month. I can summarize that the standard of our English is laughable. The Math & Science are simply too elementary as to compare with our neighboring country and for the BM; I need Usman Awang to come back alive to teach me !
    Why our education is in such a deplorable condition ? All the previous education ministers & even the PM ought to be shot !! Our education system is simply too emphasize on academic result ! Extra curriculum is almost none existence in the Govt school. All the Govt school teachers are a bunch of desperately housewives to pass time & earn buta gaji without having passion in education. The level of the their English is much lower than my Std 3 daughter. For crying out loud why do my kids need to study the BM that only Samad Said understand ? Why the standard of the other subjects are at least 2 years behind Singapore ? How is our generation able to go out & compete with the rest of the world ?
    I concluded that all the subjects in school are modified to gain political mileage and to please a certain race. We are the unlucky ones that need to suffer. Fortunately I’m the lucky few who work hard & smart to earn enough money to send my kids to a private school. Just like you but I don’t really care whether Anwar is coming on board or not; I’ll send my kids & get the hell out of this country. Your brainless successors & all the stupid ministers can continue to clown & destroy the country that we love so much.

  111. catwoman Aug 12,2008 9:15 PM

    salam tun
    yg di bimbangi zaman sekarang ni..” pegi ke Cina terpesong ilmu..”
    meowwwwwwwwww
    selamat berpuasa bulan syaaban…

  112. solo Aug 12,2008 7:51 PM

    Salam Tun
    Saya sentiasa setuju dengan keputusan Maths & Sains in English.
    hairan kenapa segelintir Melayu masih nk duduk dalam kepompong.. sampai masa kenalah berterbangan seperti rama-rama..
    Juga hairan juga dengan kekhuatiran segelintir orang yang bimbang orang Melayu akan berada di hadapan.
    Setelah kesekian lama Orang Melayu lari kebelakang kalau di suruh bertutur dalam bahasa Inggeris
    Kite tidak boleh sentiasa nak duduk dalam zon selesa.. ada masa kiter kena bersusah-susah sedikit….
    Dalam Matematik dan Sains yang penting adalah fakta.. Pembelajaran dalam bahasa English adalah untuk imu itu sendiri dan dalam masa yang sama untuk kefasihan pelajar bertutur dalam bahasa itu…Tak akan hilang bisa ular yang menyusur akar…

  113. BS Aug 12,2008 7:34 PM

    Salam sejahtera Tun,
    Saya bersetuju benar bahawa penguasaan lebih dari satu bahasa dan pengutamaan lebih dari satu bahasa jangan disalah anggap dan dipolitikkan sekiranya ia dijadikan asas (basic) menuju ke arah kemajuan dan kemakmuran kepada generasi sekarang dan akan datang.
    Saya berbangsa Cina dan diberikan pendidikan kebangsaan (aliran Melayu) jika dibandingkan dengan ahli keluarga saya yang belajar dalam aliran Cina (Jenis Kebangsaan).
    Setelah melalui alam persekolahan dan menempuh kerjaya saya pada peringkat permulaan, hati saya merungut kenapa saya tidak ditujukan pada bahasa bangsa saya sendiri. Namun berkat hati untuk berjaya dan sememangnya kita tahu jika kita tidak mengambil langkah selanjutnya maka kita akan ketinggalan. Berkat usaha gigih dan pengalaman yang dialami maka akhirnya saya dapat menguasai bahasa Mandarin dan Inggeris.
    Sehingga hari ini hati saya berasa amat puas hati dalam kerjaya saya di mana saya menjalan perniagaan GLOBAL dengan rakan-rakan bagi peringkat regional, China dan US.
    Jadi nasihat saya jika langkah yang diambil adalah untuk memanfaatkan generasi dan rakyat jelata, maka kita sepatutnya memberi galakan dan membantu menjayakan program sedemikian dan paling penting jangan digunakan untuk tujuan politik.
    BS

  114. kokoi Aug 12,2008 7:26 PM

    tukar saje ke bahasa malaysia.
    tengok saja statistik. prestasi murid melayu merudum.
    idea yang bagus. tapi pelaksanaannya teruk.
    jangan jadikan orang islam mangsa trial & error.
    cukuplah kat peringkat antarabangsa islam ditindas.
    kalau nak cuba jugak. cuba kat anak2 sendiri dulu.
    kenapa orang cina tak ajar math & science dlm bahasa inggeris?
    Kalau nak perkasakan bahasa inggeris, buat cara lain.
    kerajaan kita kan banyak penasihat2 yg dibayar gaji berjuta.

  115. selalu98 Aug 12,2008 7:18 PM

    AWBT Tun,
    Of all your decisions for our Malaysia, this one I don’t quite agree!
    Dear Tun, please let me share my real life experience regarding this.
    I have 8 children. 1st one is doing Medicine now (yes! in English), He is facing no problem though he was from 100% Malay school. I remember how easy it was to teach him in Malay.
    Now my 5th kid to the 8th, I must admit, it is very hard to teach Science in English.
    For example to teach them “LIVING THINGS” and “NON-LIVING THINGS”, I have to firstly teach them the meaning of “LIVE” & “THINGS” & “NON” then secondly I can go on to teach the real subject matter etc etc..
    Now I will have to double the effort to teach them in English!
    I am sending all my children to extra tuitions, English, Science & Math.
    But Tun,
    Deep down my heart, I am worried about those children whose fathers are weak in english; have No money to send their children to extra tuition…
    Finally Tun,
    After 5++ years of implementation, then I can now understands why the Chinese did not fully embrace this English for Science & Math.
    Many of my teacher friends agree with me…
    After 6 years of testing and assessment, can we really tell whether this scheme is really successful or just like a half baked cake?
    Tun,
    I am a product of you earlier policy.. I adore you for being the best PM. You beat Soros et al.
    (I have already bought a book for you, dont know when can I hand it to you)
    Allah selamatkan umat Islam Malaysia, dunia & akhirat.
    TQVM Tun.

  116. OrangLama Aug 12,2008 6:36 PM

    Salam Tun dan semua,
    Izinkan saya memohon semua membaca semula ulasan By D.MAN on August 12, 2008 1:14 AM (**D.Man ialah individu lain bukan saya atau kenalan atau kroni****).
    yang dapat memberi penjelasan yang cukup baik untuk tatapan semua terutamanya kepada
    ****Saudara Dakjam (dakjam on August 12, 2008 1:01 AM ) dan lain2 yang tidak cenderung kepada penggunaaan Bahasa Inggeris di sekolah.
    Juga saya cadangkan baca keseluruhan komen2 yang ada di blog Tun bila ada masas supaya dapt gambaran secara menyeluruh supaya dapat kita sampaikan maklumat kepada rakan2 lain.
    Tujuannya hanya kerana Allah Ta’ala bukannya untuk bermegah2 atau siapa lebih bijak atau handal! Blog Tun cukup baik dimana dapat berkongsi maklumat dan idea untuk mendidik anak2 kita dan anak2 rakyat Malaysia lain.

  117. manlangkawi Aug 12,2008 5:51 PM

    YABhg Tun, just to recap what happened 100 years ago, as extracted from an article published in a SAHOCA publication, “Di Antara Warisan & Wawasan” Page 14. “Bagi mengatasi lagi masalah budak-budak Melayu yang ibu bapa mereka tidak dapat melihat faedah belajar bahasa Inggeris, apa lagi mereka bimbangkan anak-anak mereka akan masuk Kristian, mereka sebenarnya menjadi lebih senang menghantar anak-anak mereka belajar bahasa Arab atau bahasa Siam, Encik Mohamad Iskandar (that’s your father)mendapat bantuan yang bukan sedikit daripada Haji Wan Sulaiman, Shaikh ul-Islam, yang menghapuskan kebimbangan mereka dengan berkata tidakah dia juga pernah belajar di sekolah Inggeris tetapi masih kekal seorang Islam yang baik? Seorang Imam, Haji Jaafar, turut membantu Encik Mohamad Iskandar meyakini ibubapa bahawa kebimbangan mereka itu tidak berasas.”
    You see, your dad pushed hard for our people to be better prepared 100 years ago, I am sure in 50 years time our people will look back and say thank god Dr M forced us to learn at least Maths and Science in English those days!

  118. ravi Aug 12,2008 5:26 PM

    Hi Tun,
    itulah dia orang ini suka tukar menukar buat semua orang keliru. pendapat saya pandangan meraka tak jauh, kalau meraka kata ramai pelajar melayu tak berjaya menguasai SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS kita kena tanya Guru kemudian Guru Besarnya kemudian Kementeriannya dan last sakali Menterinya (ps ini pendapat saya sahaja). Jika Murid2 gagal Guru gagal kalau guru gagal Guru Besar gagal kalau Guru Besar gagal Kementerian gagal kalau Kementerian gagal Menterinya gagal kalau Menteri gagal Perdana Menteri gagal.
    How is that Tun, take care with love
    RKK

  119. JEHABAR Aug 12,2008 5:10 PM

    Terima kasih, TDM.
    Tindakan Tun melaksanakan peralihan bahasa ini perlu dihormati oleh semua lapisan masyarakat , Melayu ,Cina, India dll. Sekolah jenis kebangsaan perlu dikaji malah perlu dimansuhkan segera demi utk perpaduan nasional.
    saya kini mengajar di NZ dan ramai pelajar dari negara Arab, Korea dan Cina sedang menuntut ilmu di sini bukan krn ilmu Matematik dan Sains yg berbeza dr negara mereka ttp mereka ke sini utk menguasai bahasa inggeris.
    Sebagai seorg pendidik (selama 20 tahun) saya menyarankan agar kerajaan kekalkan polisi ini demi utk kemajuan bangsa Malaysia.

  120. pemikirzaman Aug 12,2008 4:36 PM

    salam,
    Tun,
    Dalam banyak perkara saya menyokong pendapat Tun,tp dalam ini saya fikir Tun mungkin tersilap percaturan.Pertamanya,isu utama yang timbul dalam polisi tun ini bukanlah tentang masalah penguasaan bahasa inggeris,tetapi penentangan yang timbul selama ini kerana kami tidak menyokong cara yang digunakan oleh tun dalam meningkatkan penguasaan bi di klgn rakyat msia amnya dan pelajar khususnya.Kami menentang kerana masalah yang timbul adalah berkenaan JATI DIRI.hari ini pun tun sendiri dapat lihat betapa ramai di kalangan muda-mudi yang mempunyai jati diri yang kukuh,ramai yang sudah tidak mengerti dan tidak menghayati tentang erti patriotik.remaja zaman sekarang sudah memandang remeh tentang semua ini tu.Inilah hakikatnya,cubalah tun sendiri yang pergi melihat dan cuba menyelami golongan sebegini dan tun akan tahu apa sebenarnya yang berlaku.Kami golongan remaja pada hari terkial-kial lagi dalm memahami erti ini semua kerana apa?sebabnya kami terlalu banyak disogokkan dengan budaya serta pengaruh yang sudah menghilangkan identiti kami sebagai orang melayu atau bangsa malaysia.di media,terlalu banyak kami disogokkan dengan hiburan2 berlebihan yang berunsurkan barat.seolah2 mereka ini mengagungkan barat dan seolah2 aliran timur atau budaya tempatan sudah tidak relevan.apabila kami sendiri golongan remaja mengagungkan budaya barat seperti kami meminati secara fanatik dengan muzik2 seperti punk,rock,skin head dan pelbagai lagi genre underground,di tambah pula dengan cara pemakaian kami dan pergaulan kami,media,ibubapa,kerajaan sendiripun menyalahkan kami!sedangkan hakikatnya mereka sendiri yang pada awalnya menyuap kami dengan perkara2 sebegini.Ya kami pun salah,tapi jangan lupa kepada tanggungjawab yang sepatutnya dijalankan oleh mereka yang terdahulu dari kami kerana kami masih muda dalam mgenal dunia.Tidak wajar salahkan kami 100%!inilah yang kami cari pada generasi pemimpin sekarang,kami mahukan mereka/anda semua supaya manjaga warisan dan nilai jati diri tyang begitu subur pada generasi kamu dan juga sebelum kamu.sebenarnya masalah bahasa bukan jadi teruk disebabkan polisi tun itu,tetapi sebenarnya ia sememangnya sudah teruk sebelum ini,polisi tun menambahkan lagi keparahan dalam isu bahasa.Kami sudah tidak ada apa lagi untuk dibanggakan.apa gunanya maju jika keadaan rakyat kita seperti AS,masalah sosial sana sini,pelacuran,seks bebas,rasuah,kebebsan mutlak,materealistik,manusia yang tidak lagi tahu batas agama,keruntuhan institusi rumah tangga,hilang adab sopan dan banyak lagi.Bermaruahkah kita kalau macam ini??ya,kita memang maju,tapi kita hancur adab,hancur nilai diri,ternoda maruah bangsa,warisan yang sudah tiada nilai,menunggu saat kejatuhan shaja.Tun sendiri pun sudah meletakkan ciri2 yang kita hendak pada bangasa malaysia yang maju seperti mana yang tun kelaskan dalam WAWASAN 2020.saya harap tun masih ingat tentang ciri2 bangsa maju yang kita ingin capai dalam wawasan 2020,kita maju mengikut acuan sendiri,bangsa yang penyayang,berjati diri dan mengekalkan adab sopan.semoga tun dapat fikirkan sekali lagi,tidak rendah jika kita mengakui kesilapan kita,tetapi kita akan lebih dihormati kerana ketinggian akhlak kita,wassalam.

  121. Senn Aug 12,2008 4:17 PM

    Salam Tun,
    Firstly, I agree to what you stated. When I was in Form 4-5 I can’t understand the terms they use in Prinsip Akaun, terakru, tergantung etc. therefore i got terrible score in Accounts for my SPM. Funny, I scored “A” in my Basic Accounts Principle during my college year, partly because English terms used, and the teaching method is different, during secondary school the teacher just start pointing out a few account and didn’t explain much, whereas in college, we learn the theory and basic rules of account before we actually start doing the accounts.

  122. norsofie Aug 12,2008 3:42 PM

    slm hotmat buat ayahanda sekeluarga..
    pada saya andai dari thn 1990 an lg ayahanda buat subjek sains dan matematik dlm bahasa inggeris mungkin sekarang nie komen saya dlm blog ayahanda juga dlm bahasa inggeris dan juga tidak perlulah saya menunggu artikel ayahanda dlm vesri bahasa melayu..
    semoga allah mempermudahkan tugas2 ayahanda kelak..
    p/s : jaga kesihatan jngn layan orang kuat tidor

  123. wellengineer Aug 12,2008 3:30 PM

    Dear Tun,
    I come from a middle class family and had not had much exposure in English language during my primary school years but I was lucky enough that I had a chance to go to a boarding school where I learned most of my English there. I was a straight A student and I managed to get a scholarship to further my studies overseas.I have friends who were raised with English as their first language and all of them are from wealthy families. My observation tells me that more than 80% of children below 12 years old who master English come from an upper class family(this observation valid for Malays only). Another 20% have parents who have realization (middle class) on the importance of English. They either send their children to tuition class or encourage them to study harder since they could not teach and converse in English themselves.
    Here comes my point. Unless the children come from a middle or upper class families, they are highly unlikely could master English below the age of 12 yrs old. Although teaching science and math for primary students is ideal, it is not practical when it comes to students who live in rural areas (kampung). Even in big cities, children who come from low income families who are not exposed to English speaking environment will find it hard to cope with their studies at school. They will be left behind during their first year and will be further left behind as the years pass. My mother is a teacher and the analysis comes from her and I share her opinion. Recently, I talked to a friend of mine who is an English teacher; surprisingly she shares the same concern as mine. I was told that most science and math teachers teach the subjects in English when they are being audited or watched while a few may have use English completely but the grammar are hopelessly bad.
    If I have the authority to call for the decision, I would definitely provide options to these students. These students need a strong foundation in math and science first before they are introduced to math and science in a totally different language. I would leave the primary school alone and start math and science in English during secondary school.
    I reject the idea ‘boleh la bercakap sepatah dua english’. If the sentence merely use ‘I’ or ‘you’ or sounds like these :- ‘I ask her, but she don’t have’ or ‘do that already’ or ‘don’t play play la’, PLEASE do not make a fool of yourself.
    Just a note before I pen off, France is a nation that is so proud of their language that they refuse to learn English (most of the understand English but refuse to use it). Is France underdeveloped? If there’s a way there’s a will..one can be what he or she wants to be if he/she works hard (regardless what language she/he masters in). Pandai English pun tak guna kalau malas.

  124. Cyrus D'Virus Aug 12,2008 3:20 PM

    TUN,
    1. BUAT MASA NI, PENGAJARAN BAHASA INGGERIS UTK MATEMATIK DAN SAINS DI SEKOLAH2 TERUTAMA DI SEKOLAH LUAR BANDAR ADALAH AMAT, AMAT DAN AMAT TIDAK MEMUASKAN.
    2. BAHASA INGGERIS MEREKA PUN TONGGANG LANGGANG, MACAMANA NAK BELAJAR MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS.
    3. KALAU DULU RAMAI ANAK MELAYU YANG DAPAT BAHASA INGGERIS P7, P8 DAN TIDAK KURANG PULAK YG DAPAT F9 DAN MEREKA BOLEH DAPAT MATEMATIK A1, MATEMATIK TAMBAHAN C3, SAINS A2. JADI MEREKA MASIH ADA TEMPAT UTK PERGI KE INSTITUISI PENGAJIAN TINGGI. MEREKA BELAJAR BAHASA INGGERIS KEMUDIAN. STILL MASIH BOLEH JADI MANAGER KAT LUAR SANA.
    4. SEKARANG NI PULAK BAHASA INGGERIS F9, MATEMATIK ? SAINS ? BOLEH BAYANGKAN TAK?
    5. TAKDE MOOD NAK BELAJAR BAHASA INGGERIS MAKNANYA TAKDE MOOD JUGAK UTK BELAJAR MATEMATIK ATAU SAINS. KALAU MACAM TUH, CORE SUBJECT HANCUSSS…
    6. SAYA AJAR KELAS TAMBAHAN UTK FORM 2 DENGAN FORM 3 (saya buan cikgu saje je nak ajar) UTK SUBJECT MATEMATIK, KELAKAR DENGAR DIAORANG BACA DALAM BAHASA INGGERIS. BUKAN NAK GELAK, TAPI JUST WONDERING, DAH BERAPA LAMA PROGRAM NI DIJALANKAN DI SEKOLAH, INIKAH HASILNYA? ADA LAGI YANG MASIH TAK TAU APA ITU AREA DAN APA ITU PERIMETER. BILA TANYA LAGI, MULTIPLY TU APA?PON TAK TAU…. MULTIPLY TAK TAU CEMANE NAK BUAT MATEMATIK. LAWAK LAWAK…. BILA TANYA KATA CIKGU TAK AJAR. SEMUA BEBUDAK SEKARANG SALAHKAN CIKGU MUNGKIN CIKGU PUN TAKDE MOOD NAK AJAR DALAM BAHASA INGGERIS. CUBA TANYA CIKGU DIAORANG PRESSURE TAK AJAR DALAM BAHASA INGGERIS….
    7. MATEMATIK SOALAN MENGGUNAKAN ANGKA. ALHAMDULILLAH DIAORANG DPT BUAT. MATEMATIK SOALAN BERMASALAH? MEMANG DIAORANG BERMASALAH SEBAB SOALAN TU BERMASALAH…..KITA PUN JADI MASALAH JUGAK JADI MASALAH X3
    8. SAINS DALAM BAHASA INGGERIS? DIAORANG KENA HAFAL APA ITU HOW, WHERE, WHEN. DALAM MASA YG SAMA DIAORANG KENA HAFAL JUGAK APA ITU VERTEBRATA, PATELLA, MEDULA OBLOGATA, ASTAGA TAK DPT DIBAYANGKAN.
    8. PROGRAM NI MASIH TAK BERJAYA. MUNGKIN AKAN BERJAYA SATU HARI NANTI TAPI AMBIL MASA 10 TAHUN KE 15 TAHUN. GENERASI ANAK SAYA BERUMUR 4 TAHUN AKAN DIDIDIK SUPAYA FAMILIAR DENGAN BAHASA INGGERIS DAN MUNGKIN MEREKA AKAN DAPAT SESUAIKAN KEADAAN DALAM PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM MATEMATIK DAN SAINS KELAK. TAPI PERSOALANNYA… JENG JENG JENG…. DALAM MASA 10-15 TAHUN NIH, BERAPA RAMAI PULAK MELAYU YANG LINGKUP? BERAPA RAMAI MELAYU YG TAK DAPAT TEMPAT KAT IPT NANTI….
    9. JANGAN KATA KITA CETEK PEMIKIRAN KRN TAK DAPAT TERIMA PERUBAHAN NI. ANDA BERADA DI ATAS, SUDAH MATANG, PANDAI PIKIR BAIK BURUK, MUNGKIN BACKGROUND KELUARGA YANG BAGUS MASA KECIK2 DULU. CUBA BAYANGKAN MEREKA YANG DUDUK DIKAWASAN LUAR BANDAR. BALIK UMAH OMAK EH CAKAP NOGORI. EKAU BELAJAR APO ARI NIH JANG? MACAMANA NASIB DIAORANG?
    10. AMBIK SOALAN CONTOH SAINS TINGKATAN 2,SAYA PUN TAK TAU CEMANE NAK JAWAB. ALMAKLUM LAR BAHASA INGGERIS DULU P7 TAPI MATEMATIK SAYA BOLEH DAPAT A1 ALHAMDULILLAH BOLEH SURVIVE SAMPAI SEKARANG. ADA LA SKET TITLE….
    11. DULU MASA BELAJAR RAMAI YG DAPAT BAHASA INGGERIS P7, P8, F9 TAPI BILA DAH KERJA 10 TAHUN CAKAP OMPUTIH BERABUK….STILL BOLEH SURVIVE…..
    12. PERCUBAAN MACAM NI AKAN MELINGKUPKAN BANGSA MELAYU SENDIRI. BILA ADA IKLAN YG MERENDAHKAN BAHASA MELAYU KITA MARAH…. TAPI SEBENARNYA KITA SENDIRI YG DAH MERENDAHKAN BAHASA KITA SENDIRI SEHINGGAKAN ORANG TAK HORMAT BAHASA KITA.
    13. KITA BOLEH BUAT MACAM DULU… STILL ADA ANAK2 MELAYU YANG PERGI KE OVERSEA… ADA YG DULU TAK BOLEH CKP OMPUTIH TAPI BILA DAH KERJA CAKAP OMPUTIH BERABUK LAJU MACAM KETAPI….
    TUN,
    14. DEN SOKONG TUN DALAM SUMO TOPIK KEK DALAM BLOG NI HA… TAPI YANG NI DEN TAK SETUJUT…. TAK SETUJUT SAMO SEKALIK. LU ORANG PIKIR LA SENDIRI….

  125. anailzdak Aug 12,2008 1:12 PM

    saya teramat la sokong pe yg tun ckp ney. tp mslhnyer, nk ke org2 yg menentukan bnda ney dgr pe yg tun ckp. sy gram btol tiap hri tgk brita+bc newspaper psl isu ney. sy rase sdih nk m’bygkn pe yg akn jdik kt adk2 sy yg msih blajar di sek menengah. bkn nye sy nk m’blkgkn bahasa melayu, tp ini sume demi masa dpan budak2 ney juga. sape yg susah nti bile nk cr keje. at least, kalo de basic english, bole juga b’saing ngan org2 len. xpn, bole keje kt oversea, tmba ilmu kt ngara org, bole praktik kn kt mlysia. mslh la tun org mlayu ney, xpnah nk b’ubah @ m’bgun lgsung..rase gram btol..kalo org kg yg xtau pape, bole la d’ajar.. ney, mnteri pn nk bangkang, xtau nk ckp pe la..asek ngative thnking jer, mkin mundur la melayu dlm malaysia ney.

  126. Crunchnow Aug 12,2008 1:08 PM

    I was born in the 80s and sat for my SPM before this policy was implemented. All science subjects were still being taught in Bahasa Malaysia at that time.
    Sejujurnya saya menghadapi masalah mengingati formula-formula Fizik yang diajar dalam Bahasa Malaysia. Bukan bengap, tetapi rumus F=ma mengambil masa untuk lekat di otak.
    Pada kali pertama cikgu menyebut “Daya = Jisim x Pecutan” sambil menulis di papan hitam F=ma, saya lihat yang disebut itu tidak ada kena-mengena dengan F=ma. Dari apa yang cikgu sebut, di minda, saya membayangkan rumus D=jp.
    F=ma digunakan secara universal tetapi D=jp tidak pernah wujud.
    If the lesson was being taught in English, perhaps I could remember it in a blink of eye as the abbreviation of the formula makes sense…that F is force, m is mass and a is acceleration. The concept could be digested faster as I wouldn’t have to translate it into Malay.
    As for people who oppose the policy, I just want to say that IF THERE IS NO JUMPSTART, THE WOULD NEVER BE ANY BEGINNING. Bila mahu mula belajar Bahasa Inggeris jika selamanya tidak mahu mula terbuka hati menyesuaikan diri dengan bahasa ini? Masih tegar mahu berada di takuk lama?
    Memang tidak dinafikan akan ada fasa-fasa yang susah untuk guru dan pelajar, but we have to bear the difficulties. Tun didn’t say we have to abandon Bahasa Malaysia at all. He wants us to be multilingual or at least bilingual for our own good sake. English is very important. Siapa kata belajar Bahasa Inggeris bermakna kita mengagungkan orang Barat? Usah berfikiran cetek.
    Rumah tidak akan terbina sendiri jika tidak mahu mula memasang tiang. Bahkan atap untuk berteduh pun tidak akan berada di atas kepala jika kita tidak mula membina tiang itu.
    Kekalkanlah Bahasa Melayu dalam percakapan harian tetapi saya seru, mulalah terbuka untuk belajar Bahasa Inggeris kerana ia medium yang tepat untuk pembelajaran Sains dan Matematik. I am a teacher myself and I beg people to learn English, simply for academic purposes.
    Come win a ipod nano and $250.00 gift card
    http://www.crunchnow.com

  127. Sall3hSalam Aug 12,2008 12:18 PM

    Assalamualaikum kepada Tun yang dihormati dan pembaca2 semua.
    Saya sangat bersetuju pembelajaran SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS. Pada pendapat saya patut ada penambahan subjek BAHASA MANDARIN & TAMIL disetiap sekolah kerajaan, bermula dari sekolah rendah lagi. Sekurangnya rakyat Malaysia tahu asas Bahasa Mandarin & Tamil yang merupakan bahasa yang meluas digunakan di Malaysia selain bahasa rasmi BAHASA MELAYU.
    Semoga Tun terus dirahmati olehNya!

  128. yusniza Aug 12,2008 11:44 AM

    Asalamualaikum,
    I totally agree with you Tun,I am an English teacher of a secondary school in Kedah.I was involved with the implementation of teaching Maths and Science to the students.In my opinion attitudes of the teachers is the primary set back to the implementation of this programme.It is trully sad to see teachers who are so narrow minded in dealing with the nations future especially the Malays.

  129. anaco Aug 12,2008 11:23 AM

    Salam Tun,
    Saya adalah salah satu produk dasar pandang ketimur yg diasaskan oleh TUN. Terima kasih atas satu dasar yg melihat dari lingkup yang berbeza dan bahasa tambahan memang adalah satu kelebihan. saya bersetuju agar bahasa ingerris digunakan didalam pembelajaran di sekolah, walaubagaimanapun terdapat banyak kelemahan dari segi perlaksanaan dan persediaan ini menyebabkan kelihatan perlaksanaannya adalah satu kegagalan. walaubagaimanapun saya melihat dari sudut yg berbeza di atas kegagalan penguasaan orang melayu dari segi ilmu dan juga ekonomi, pada saya apa yg beza dia antara org melayu dan bangsa jepun dan korea adalah semangat jatidiri dan petriotisma yg tidak ada didalam org melayu. Kalaulah TUN menjumpai ubat bagi penyakit ini alangkah hebatnya.

  130. Roseanita Harun Aug 12,2008 11:17 AM

    Dear YABhg Tun
    Thank you very much for posting this article.
    Having a daughter and a product of your visions has proven it is worth of mastering the language before/in order to master the rest of the knowledge in the this world.
    We must always train our children to live and survive anywhere in the world, not just to survie in Malaysia.
    May Allah gives you the strength ALWAYS to guide us.

  131. DAP Aug 12,2008 11:13 AM

    Dear Tun, buta bahasa Inggeris kita ibarat berjalan dimalam gelap tanpa lampu suluh. Very brilliant idea.

  132. Zamuri Mohamed Zain Aug 12,2008 11:06 AM

    Assalamua’laikum
    Semoga Tun berada dan semua pembaca dalam keadaan sihat wal-a’fi’at dan di dalam lindungan Allah Subhanahu wataa’ala.
    As a leader, you are one of my favourite, even tho there were policies and past actions of BN under your leadership that was not to my liking nor was i in favour of them. But nevertheless i take my hat off to you for your bold moves in the past, especially with this initiative of teaching Science and Mathematics in the English Language. On this I am all in favour of it and more so (tho I am a Singaporean) applaud it and encourage my friends in Malaysia to support this noble effort. Marha! marha!
    On another note I notice you mentioned on a hadith of our Noble Prophet (Sallallaahu ‘Alayhi Wa Sallam) on his so called statement to “seek knowledge even if it be to China”. On this pls refer below:
    On the spirit of encouraging amar maa’ruf & discouraging munkar, I would just like to comment and advice to all including myself. We make istighfar and ask Allah for guidance and salvation.
    Imaam ash-Shaafi’ee (rahimahullaah) says in his ‘Ar-Risaalah’ (394-403: #1090-1093), that the Prophet said (sahih):
    1. [#1090] Surely, the greatest of liars is he who ascribes to me that which I did not say, and who claims to have dreamt what he did not dream, and who claims that he is the son of someone other than his own father.
    2. [#1091] Whoever ascribes to me that which I did not say, will surely have to occupy his seat in the fire [of hell]
    3. [#1092] Surely, whoever tells untruths about me, will have a house built for him in the fire [of hell].
    4. [#1093] Whoever tells untruths about me is surely seeking for himself a resting place in the fire [of hell]. The Messenger of Allaah began to say that while he was wiping the ground with his hand.
    The hadith, “Seek knowledge even if it be to China” is a fabricated hadith and NOT from the Prophet. thus i advice myself and all readers including Tun to heed the advice of not narrating and transmitting any false/fabricated Ahadith. And only narrate and transmit Ahadith that we know for sure (with evidences) that they are authentically from the Prophet Muhammad s.a.w
    The hadith This was related by ibn Adee (2/207) Abu Nu’aym in ‘Akhbaar Asbahaan’ and others via many routes of narration, and all of them adding the words “for indeed seeking knowledge is an obligatory duty upon all Muslims.”
    Ibn al-Jawzee mentions this and then quotes ibn Hibbaan saying, “invalid/rejected, it has no basis” ‘al-Mawdoo’aat’ (1/215)]
    Adh-Dhahabee also endorsed the above words of ibn Hibbaan, [‘Tarteeb al-Mawdoo’aat’ of adh Dhahabee (pg. 52 no. 111)] and likewise as-Sakhaawee [‘Maqaasid al-Hasanah’ (pg. 86 no. 125)]
    Al-Albaanee declares this hadeeth to be maudu (fabricated) [‘Da’eef al-Jaami as-Sagheer’ (no’s 1005-1006)]
    In summary, the above hadeeth is related by a group of trustworthy narrators without the words “even if it be to China” and a few narrators who are deemed weak/liars/abandoned by the scholars narrate this additional wording. So the hadeeth with the additional wording is fabricated, but without is hasan (good). [See ‘Silsilah ad-Da’eefah’ (1/600 no. 416) for detail.]
    In conclusion there are many other authentic ahadith and even verses from the Qur’an for one to use as evidences to encourage the people to seek knowledge. So lets not use a much overly-used fabricated hadith. So if one does not know that this hadith is fabricated, then it is time that one knows. Allaahul Mustaa’an
    May all of us constantly in the protection and guidance of Allaah subhanahu wata’ala.
    The Prophet (Sallallaahu ‘Alayhi Wa Sallam) said: There will not cease to a group from amongst my Ummah victorious upon the truth, not being harmed by those who oppose them until the command of Allaah comes about and they are like that. [Sahih – Related by Muslim in his Sahih(6/52-53), and Sahih Sunan Abu Daawood (2/202).]
    Allaahu ‘alam
    Wassalam
    From Abu Rashideen Zamuri

  133. suriapagi Aug 12,2008 10:28 AM

    Salam tun,
    Saya setuju apa yang Tun buat. zaman saya sekolah dulu tak sempat masuk english medium sebab dah tak ada. Nak cakap english pun gagap. nasib baik after SPM ada intensive english course by ITM for students going overseas. Or else i wouldn’t be able to converse in English.So saya sokong sangat apa yang Tun buat for our country. you inspired me during my school days and until now you still do.

  134. rodin Aug 12,2008 8:35 AM

    Salam Tun moga sihat sll. Sy amat sokong pengajaran Maths & science dlm B.Inggeris at the least tahulah anak desa menggunakan term2 B.I jika tak dpt bercakap dgn fasih pun.Sy masih ingat semasa di Tambak Johor bberapa tahun yg lalu, peg kastam (bertali leher) ckp org putih tetapi aneh kedengaran sbb kebetulan pemandu motokar membawa used tyre, bunyinya begini: “If you bring in tyre with no flower i don’t mind but now got many flower”, maksudnya tak payah sy jelaskan paham2 sendiri! ttpi jikalah peg tersebut brkelulusan universiti amat malang ya Ayahanda Tun! Akan tetapi masakini pun penguasaan B.I graduan2 u pun hancur, mungkin keluar U makin fasih b.melayu. Tak percaya trylah ckp B.I ngan mereka. Salam

  135. Poh Aug 12,2008 8:32 AM

    Dear Tun,
    Good morning to you.
    My school motto was “knowledge is power”. How true.
    The state of education in our country today is pathetic. This is manifested in the graduates who seek or are in employment. It was reported that some of our ministers are sending their children to elite public schools. That speaks volume about our educational institutions here in our country.
    This is due to our education policy; policy or policies that perpetually emphasizes on the malay language. Successive Education Ministers have done nothing to change and improve on the policies. They are either clueless or being Nationalistic. At the end of the day, the raayat especially the rural malays are the ones most affected.
    You cannot ask the children who have been taught in the malay language from primary school to master the subject of mathematics and science in the language of the english. You would need proficiency in the language to do so.
    Dear Tun, I suspect that you introduced the teaching of mathematics and science in the language of the English out of guilt. Correct me if I am wrong, you were one of the proponents of the malay language when you were the education minister.
    What should have been done to correct the situation was to start all over again, i.e. from standard one. Let us make english a compulsory subject. Malay language would also be compulsory and be used to teach subjects like history. Arithmatics and science should be taught in english. Mandarin and tamil should be optional subjects.
    Good day and my regards.
    Poh

  136. i11 Aug 12,2008 6:56 AM

    …dan kepada sesiapa yang membandingkan perkara ini dangan Jepun, Korea, Jerman dan sebagainya, tidakkah anda tahu bahawa generasi muda negara-negara tersebut kini SEDANG memperkasakan diri mereka dengan mempelajari Bahasa Inggeris?
    YES, THEY ARE LEARNING ENGLISH AS WELL.
    Mereka juga tahu, jika mereka tidak belajar Bahasa Inggeris sekarang, tidak mustahil tidak lama lagi negara maju mereka akan beransur mundur jika masih mahu terus “mengasingkan diri” dangan hanya bertutur dalam bahasa mereka sahaja. Oleh itu, perbandingan tersebut tidak relevan lagi dalam konteks ini.
    They too, are moving forward. Why should we take a step backward?

  137. i11 Aug 12,2008 5:16 AM

    I was born in the 80s and sat for my SPM before this policy was implemented. All science subjects were still being taught in Bahasa Malaysia at that time.
    Sejujurnya saya menghadapi masalah mengingati formula-formula Fizik yang diajar dalam Bahasa Malaysia. Bukan bengap, tetapi rumus F=ma mengambil masa untuk lekat di otak.
    Pada kali pertama cikgu menyebut “Daya = Jisim x Pecutan” sambil menulis di papan hitam F=ma, saya lihat yang disebut itu tidak ada kena-mengena dengan F=ma. Dari apa yang cikgu sebut, di minda, saya membayangkan rumus D=jp.
    F=ma digunakan secara universal tetapi D=jp tidak pernah wujud.
    If the lesson was being taught in English, perhaps I could remember it in a blink of eye as the abbreviation of the formula makes sense…that F is force, m is mass and a is acceleration. The concept could be digested faster as I wouldn’t have to translate it into Malay.
    As for people who oppose the policy, I just want to say that IF THERE IS NO JUMPSTART, THE WOULD NEVER BE ANY BEGINNING. Bila mahu mula belajar Bahasa Inggeris jika selamanya tidak mahu mula terbuka hati menyesuaikan diri dengan bahasa ini? Masih tegar mahu berada di takuk lama?
    Memang tidak dinafikan akan ada fasa-fasa yang susah untuk guru dan pelajar, but we have to bear the difficulties. Tun didn’t say we have to abandon Bahasa Malaysia at all. He wants us to be multilingual or at least bilingual for our own good sake. English is very important. Siapa kata belajar Bahasa Inggeris bermakna kita mengagungkan orang Barat? Usah berfikiran cetek.
    Rumah tidak akan terbina sendiri jika tidak mahu mula memasang tiang. Bahkan atap untuk berteduh pun tidak akan berada di atas kepala jika kita tidak mula membina tiang itu.
    Kekalkanlah Bahasa Melayu dalam percakapan harian tetapi saya seru, mulalah terbuka untuk belajar Bahasa Inggeris kerana ia medium yang tepat untuk pembelajaran Sains dan Matematik. I am a teacher myself and I beg people to learn English, simply for academic purposes.

  138. JukiShanley Aug 12,2008 4:32 AM

    Apa pandangan Tun mengenai pandangan PKR mengenai UiTM…..

  139. mekyam Aug 12,2008 1:47 AM

    Salam hormat Ayahnda Tun yang dikasihi dan semua pelawat CheDet!
    Saya bersetuju dengan banyak pendapat di sini bahawa idea Ayahnda Tun supaya mata pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris adalah langkah pemulihan yang diperlukan dan berpandangan jauh.
    Jika rakyat Malaysia melihat isu ini tanpa terlalu emosi, tanpa menyelaputinya dengan sentimen kebangasaan yang tiada tempatnya dalam hal ini, kesimpulannya amat mudah dan jelas.
    Bahasa itu adalah semata-mata suatu alat. Ia adalah alat yang digunakan oleh makhluk bertutur untuk berhubung dan bertukar maklumat, seterusnya untuk menyampaikan dan mempelajari pengetahuan dan ilmu.
    Oleh itu (sila ganti perkataan ‘alat’ dengan ‘bahasa’ jika mahu)…
    – Menggunakan alat yang sesuai dengan keperluan adalah tindakan yang bukan sahaja bijak, malah mungkin dikehendaki oleh situasi.
    – Mendapatkan alat yang diperlukan sekiranya belum mempunyainya adalah langkah selanjutnya yang lojik.
    – Menjaga mutu dan memperbaik alat(-alat) yang telah dimiliki serta memahirkan penggunaannya merupakan usaha yang strategik dan wajar.
    – Memiliki dan menjadi pengguna mahir seberapa banyak alat yang mungkin bagi mereka yang berkemampuan patut digalakkan. Antara kelebihan dapat mengguna banyak alat ialah pelbagai pintu pengetahuan lain yang dapat dibuka.
    Contoh-contoh yang Ayahnda berikan dalam masukan ini jelas menunjukkan bahawa orang Arab, orang Eropah dan banyak lagi tamadun lama dunia, yang telah meraih faedah daripada pertambahan ilmu pengetahuan yang berlaku di sepanjang zaman, telah menyedari hakikat ini tentang bahasa dari awal-awal lagi.
    Beberapa komen di sini juga memberikan negara China moden sebagai contoh semasa. Satu daripada polisi progresif China untuk segera dapat bersaing dengan dunia pertama ialah menggalakkan penguasaan Bahasa Inggeris secepat mungkin di kalangan rakyatnya. Hasilnya sudah mula kelihatan.
    Jika kita lihat penjajahan Inggeris di Tanah Melayu dari sudut positif, kita sebenarnya beruntung kerana Bahasa Inggeris merupakan alat yang tidak terlalu asing bagi negara kita. Kebelakangan ini, Malaysia makin hampir hilang kelebihan ini. Marilah kita sama-sama menyokong langkah untuk mendapatkannya balik.

  140. D.MAN Aug 12,2008 1:14 AM

    Assalamualaikum Tun,
    Saya pohon peluang untuk meluahkan pendapat mengenai tajuk ini yang sudah lama terpendam.
    1. Tidak adil jika dibanding pencapian pelajaran Matematik dan Sains (M&S) di Jepun, Korea, Jerman dsbnya dengan Malaysia. Mereka sudah mengeluarkan buku rujukan M&S beratus tahun dahulu dan permintaan terhadap buku terjemahan dari bahasa Inggeris di negeri2 ini adalah tinggi kerana penduduk lebih 100juta, oleh itu usaha penerbit dan penterjemah berbaloi. Walau bagaimanapun sekarang mereka sudah mula mencari ilmu M&S melalui internet; yang memerlukan B. Inggeris.
    2. Pelajar Malaysia yang sambung pelajaran ijazah di luar negeri tidak perlu hadiri kursus B. Inggeris tambahan dalam bidang M&S.
    3. Melalui ‘mendengar dan bertutur’ semasa pelajaran S&M, pelajar2 berpeluang menggunakan B. Inggeris.
    4. Pelajar2 Sekolah Jenis Keb China dan Tamil tidak pernah merungut tentang perkara ini walaupun mereka terpaksa belajar dalam dua bahasa. Mereka lebih memahami kepentingannya.
    5. Pelajar Melayu/ Bumiputra di Malaysia terlalu MANJA dan sentiasa nak cari jalan senang. Walaupun selepas 11 tahun belajar B.Inggeris, masih tidak boleh bertutur dan ada yang lansung tidak faham. Andainya seorang pelajar Melayu/Bumiputra dicampak ke Rusia selama setahun, sudah pasti dia dapat berbahasa Rusia. Melayu perlu di paksa dan ditekan, baru boleh maju.
    6. Tidak dapat dinafikan bahawa pelajar2 Melayu/ Bumiputra luarbandar kerap mengejek rakan yang berusaha berbahasa Inggeris. Tetapi di bandar, kebolehan berbahasa Inggeris adalah satu kebanggaan di kalangan pelajar.
    7. Ramai pelajar menghafal perkataan Inggeris. Pembelajaran bahasa bukan sekadar menghafal tetapi latihan bertutur dan kekerapan membaca.
    Not everybody can speak perfect English,
    so why worry about mistakes.
    It is just a mean of communication
    and to gather knowledge
    Kepada Menteri Pelajaran Malaysia,
    Sedarkah bahawa PUNCA KEGAGALAN pelajar B. Inggeris dan M&S ialah GURU. Alasan mereka ialah ‘PELAJAR TAK FAHAM’ dan mereka sendiri tak mahir bertutur dan menulis. Sebenarnya sikap guru2 Melayu terlalu negatif. Untuk mengelak berusaha memperbaiki kebolehan berbahasa Inggeris, mereka memberi pendapat bahawa pembelajaran M&S dalam bahasa Inggeris gagal.
    (Cerita intermision; Tiga orang pelajar perempuan dari luarbandar telah tamat sekolah dengan kelulusan Gred 2. Pencapaian bahasa Inggeris sekadar lulus. Seorang menjadi jururawat yang terpaksa berbahasa Inggeris dengan Doktor dan lain staf hospital, seorang lagi kerani bank yang setiap hari terpaksa berbahasa Inggeris dengan staf dan pelanggan bank dan seorang lagi guru. Selepas 5 tahun, mereka bertemu pada Hari Raya. Apabila jururawat dan kerani bank bertutur dalam bahasa Inggeris, guru sebagai ahli akademik sekadar mendengar sahaja.Memalukan.
    CADANGAN:
    1. Semua guru yang mengajar M&S mesti hadiri kursus B.Inggeris semasa cuti dan lulus peperiksaan sebelum diberi elaun.
    2. Guru Besar/ Pengetua seharusnya fasih berbahasa Inggeris untuk memberi galakan kepada guru2 dan pelajar2. Guru digalakan bertutur bahasa Inggeris semasa mesyuarat. Perhimpunan dijalanakan dalam bahasa Inggeris. Pada permulaannya, mungkin pelajar tidak faham. Tetapi Melayu/ Bumiputra BOLEH BILA TERTEKAN DAN TERDESAK.
    3. Guru B. Inggeris lebih gemar memberi latihan bertulis dari latihan bertutur. Ibubapa desak sekolah supaya memberi banyak kerja bertulis, guru mengambil kesempatan mengelak dari mengajar “mendengar, bertutur dan membaca”(listening , speaking and reading). Mendengar dan bertutur adalah asas mempelajari bahasa. Guru B. Inggeris sekarang jarang memberi latihtubi (drill)bertutur dan membaca seperti dulu; kerap melukis, mewarna dan menulis. Tidak hairanlah terdapat pelajar sekarang tidak tahu bertutur dan tidak berminat membaca buku bahasa Inggeris. Jarang dengar pelajar membaca poetry (sajak) dan menyanyi lagu Inggeris. Pastikan Guru B. Inggeris mengajar cara sebenar ia itu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Selagi pelajar tidak dapat ketiga-tiga kemahiran awal, mereka akan menulis tanpa difahami dan kebolehan membaca. Akhirnya, dengan alasan di atas, mereka hanya meniru dari kawan2 yang lebih pandai. Guru yang memeriksa kerja bertulis TERTIPU. Walaupun semua KERJA BERTULIS BETUL, TETAPI PELAJAR GAGAL DALAM PEPERIKSAAN. Hairan.
    4. Hentikan teknik TERJEMAHAN. Terangkan erti perkataan dalam Bahasa Inggeris, melalui lukisan dan lakuan(gesture). Kerapkali, pelajar tidak tumpu perhatian kepada guru yang cuba menerang kerana mengetahui guru akan terjemah ke Bahasa Malaysia akhirnya.
    5. Seperti kursus Diploma yang lain2, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah patut dilanjutkan kepada 2 tahun supaya guru2 lebih mahir berbahasa Inggeris. Yang gagal bahasa Inggeris semasa KPLI atau Maktab tidak layak menjadi guru.
    (Walaupun ini akan memakan perbelanjaan tinggi dan masa yang lebih, saya yakin mutu pengajaran DAN pembelajaran akan meningkat)
    Tun,
    I have been waiting for this opportunity for a long time. Thank you.
    ABDUL RAHMAN DARUS.

  141. dakjam Aug 12,2008 1:01 AM

    Assalamualaikum…
    Saya memang menghormati TDM dan banyak dasar-dasar TDM saya sokong. Namun begitu, dasar TDM berkaitan P&P Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, saya tak boleh terima langsung dan tak akan sokong sampai bila-bila pun. Rasionalnya:-
    a. Bahasa Melayu adalah tonggak dalam pembinaan negara dan bangsa Malaysia, iaitu sama seperti kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, hak istimewa Melayu, Kedudukan Raja-Raja Melayu, tanah Rizab Melayu, Mahkamah Syariah, Ketua Hakim Negara orang Melayu dan Perdana Menteri orang Melayu. Oleh itu, apabila kedudukan bahasa Melayu sebagai salah satu asas dalam pembinaan negara dan bangsa boleh diubah atau dicabar, bermakna kita memberikan gambaran bahawa tonggak-tonggak yang lain turut boleh diubah atau dicabar. Jadi ini yang berlaku sekarang, iaitu ada forum mencabar kontrak sosial dan mahkamah syariah, kedudukan Islam dan lain-lain.
    b. Apabila bidang Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris, seluruh subbidangnya juga diajar dalam bahasa Inggeris. Akhirnya, mampukah anak-anak kita yang di kampung dan desa menguasai ilmu pengetahuan tersebut menerusi bahasa Inggeris. Guru-guru mereka pun tonggang langgang bahasa Inggerisnya tapi tak boleh disalahkan kerana guru-guru itu belajar dengan medium bahasa Melayu.
    c. Apa nak dirisaukan berhubung bahasa Inggeris dengan ilmu Sains dan Matematik yang sukar dan terkini. Malah juga tak perlu dirisaukan tentang generasi muda dengan interaksinya di peringkat antarabngsa. Hal ini kerana kita telah ada mekanisme untuk semua ini, iaitu anak-anak kita yang pandai dan terpilih di MRSM dan Sekolah Berasrama Penuh yang akan dan memang mampu memikul tanggung jawab ini. Tak usahlah beban yang sukar ini diletakkan pada anak-anak kita di sekolah harian biasa. Mereka belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu pun kelam kabut… Jadi belajar menerusi bahasa Inggeris, lagilah pulak kesannya. Oleh itu, untuk tidak menampakkan kecacatan pada dasar ini, kita rendahkan markah lulus.Tapi bolehkah nanti dengan ilmu yang tidak mencapai tahap yang sepatutnya,generasi pewaris kita dapat memajukan dan mempertahankan negara?
    d. Masalah utama ialah penguasaan bahasa Inggeris dan bukannya ilmu Sains dan Matematik. Jadi gunakanlah mekanismenya, iaitu mata pelajaran bahasa Inggeris. Buat apalah kita beri biasiswa pada mereka (guru-guru bahasa Inggeris) ambil kursus Pengajaran Bahasa Inggeris di luar negara tapi mereka tak boleh jalankan amanah negara. Kalau pedagoginya tak betul, betulkanlah. Kalau masa mata pelajarannya sebanyak lima waktu itu tak cukup, tambahlah sepuluh waktu. Jadi dasar yang dilakukan ini sebenarnya seperti kata nenek moyang Melayu, ‘lain yang sakit, lain yang dibebat.’ Kalau pakailah kata-kata nenek moyang bangsa Melayu ini.
    e. Keputusan peperiksaan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sebenarnya teruk, terutama di sekolah-sekolah harian biasa di kampung dan desa. Buktinya, kita lihat keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing. Keputusan peperiksaan awam tak boleh dijadikan ukuran sebab keputusannya memang meningkat memanjang sehinggakan semua binggung. Kesannya, apakah yang sebenarnya diperoleh oleh anak kampung dan desa (lebih ramai berbanding di bandar), khususnya anak Melayu. Bahasa Inggeris mereka macam dulu juga. Ilmu Sains dan Matematik pula, kalau dulu dapatlah juga tapi kini lagi hancur… Jadi hancurlah bangsa akhirnya.
    TDM, hujah saya di atas terhad pada topik pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sahaja. Hasrat memajukan bahasa Inggeris dalam kalangan generasi muda memang disokong sepenuhnya oleh saya tetapi hendaklah menerusi mata pelajaran bahasa Inggeris dan bukannya dengan mata pelajaran lain. Penggunaan mata pelajaran lain untuk meningkatkan bahasa Inggeris mengakibatkan anak bangsa kita, khususnya anak Melayu tidak dapat menguasai bahasa Inggeris dengan secara baik, malah mereka tidak dapat menguasai ilmu Sains dan Matematik. Jadi sudah dua bodoh berbanding dahulu hanya satu sahaja bodohnya, iaitu bodoh bahasa Inggeris dan bukannya Sains dan Matematik.
    Dasar TDM ini memang salah (ikut ukuran saya) tapi saya tak pernah menyalahkan TDM seorang. Pada saya, penasihat-penasihat TDM sama ada dalam Kementerian Pelajaran, kerajaan atau BN serta UMNO yang turut bersalah kerana gagal menjelaskan dan memahamkan isu ini sebaik mungkin pada TDM. Sekarang isu ini adalah juga antara duri dalam daging terhadap sokongan masyarakat pada kerajaan BN. Sebenarnya dasar P&P Sains dan Matematik adalah suatu beban politik pada UMNO dan BN.
    TDM, maaf atas segala hujah saya ini. Tapi kata nenek moyang Melayu, ‘Kalau nak kenal padang, tanyalah pada belalang. Kalau nak kenal hutan, tanyalah pada pak Belang.’ Jadi kalau nak tahu hal sekolah dan pendidikan sekolah, tanyalah cikgu, usah tanya doktor, usah tanya lawyer, usah tanya jurutera, usah tanya wartawan dan jangan juga tanya pensyarah universiti banyak-banyak.

  142. khairuddin Aug 12,2008 12:43 AM

    YABhg. Tun,
    Salam hormat. Saya amat bersetuju dengan tindakan YABhg. Tun dahulu menetapkan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris. Rasional dan objektifnya adalah amat jelas. Saya tidak faham kenapa pejuang2 Bahasa Melayu begitu sempit pemikiran mereka. Kaum Cina dan India walaupun mempertahankan bahasa ibunda mereka dan menuntut kewujudan sistem pendidikan dan sekolah jenis kebangsaan mengikut bahasa ibunda mereka, sebaliknya percakapan mereka seharian di rumah atau dimana mana mereka bertutur dalam bahasa Inggeris. Ibu bapa dari kaum Cina dan India bercakap dengan anak anak mereka yang belum bersekolah dalam Bahasa Inggeris.
    Kepada nasionalis bahasa Melayu, fikirlah..bahawa anak anak kita hanya tahu berbahasa Melayu sahaja, walhal anak kaum Cina boleh berbahasa Melayu, Mandarin dan Inggeris, dan anak kaum India boleh berbahasa Tamil, Melayu dan Inggeris. Dari segi bahasa, kita sudah kekurangan, apatah lagi untuk mendapatkan ilmu.

  143. Omry Aug 12,2008 12:33 AM

    Tun telah meletakkan batu asas yang sempurna kepada negara dan bangsa untuk menuju negara maju, tetapi yang mengecewakan ialah pemimpin hari ini tidak lagi meneruskan perancangan-perancangan tersebut……..
    TIDAK BERUSAHA SEBELUM GAGAL, BELUM CUBA SUDAH GAGAL……..sianu-sianu, Tun Mahathir salah……
    Kerana dipengaruhi oleh budaya ingin cepat kaya untuk bergaya, maka mereka mahu buat kerja yang senang sahaja……english, math, Sains, susahlah Tun!………..mau jadi kontraktor usahawan mudah, ahli korporat, ahli bodek…… tapi tidak ada ilmu,alibaba………akhirnya bankrup!
    Salam untuk Tun, semoga sihat bersama keluarga.

  144. azienmat Aug 11,2008 11:43 PM

    Nasionalist? Apanya…
    Anda telah berkata..
    Anda telah melaungkan..
    Anda telah menghuraikan..
    Anda telah menjelaskan..
    Anda telah melaksanakan..
    Kita? Bilanya…
    bace aje 😉

  145. rowha Aug 11,2008 11:00 PM

    Merujuk petikan tulisan Tun..
    18. Jika kita ingin amal ajaran Al-Quran berkenaan dengan keperluan pertahanan bagi umat Islam maka penguasaan ilmu sains dan matematik perlu menjadi sebahagian daripada fardhu kifayah bagi kita. Ia bukan ilmu sekular seperti diperkata sesetengah orang. Ia adalah sesuatu yang diwajib keatas diri kita.
    19. Jika kita abaikan ilmu ini semata-mata kerana kita lebih utamakan bahasa kita, dan dengan itu kita jadi bangsa yang kolot dan lemah, dan dihina oleh orang, kita tidak boleh dakwa yang kita adalah pejuang bangsa dan agama. Orang yang rela bangsanya dihina tidak faham akan makna nasionalisme yang sebenar atau tanggungjawab orang Islam terhadap agama mereka.
    20. Bagi saya pejuang bangsa yang betul-betul bersemangat perlu bermatlamat untuk menjadikan bangsanya bermaruah, dihormati oleh semua bangsa lain dan berkebolehan bersaing dalam apa juga bidang dengan kemungkinan berjaya.
    21. Pemimpin dan pejuang yang hanya ingin disukai ramai dan kerana itu sanggup membiar bangsanya menjadi kolot dan hina, bukanlah pemimpin yang sayang bangsanya. Mereka hanyalah oportunis yang sanggup gadai bangsa sendiri asalkan mereka dapat kekalkan kedudukan mereka. Mereka ini bukan nasionalis dalam erti kata sebenar.
    22. Bahasa jiwa bangsa. Tetapi ilmu menentukan keselamatan dan maruah bangsa.
    Saya terlalu amat setuju Tun. Saya ada juga menulis pendapat saya tentang PPSMI (pengajaran pembelajaran sains matematik dlm bahasa ingeris) beberapa kali dalam Utusan Malaysia. Yang meriah sangat kondem PPSMI ni orang politik, termasuk sesetengah menteri. Hipokrit. Perjuangkan bahasa Melayu konon, hakikatnya depa tak ada modal lain untuk dipolitikkan, maka depa pertaruhkan masa depan anak bangsa Melayu. Aci lawan check tengok, anak-anak depa semua fasih berbahasa Inggeris. Depa banyak duit untuk bayar kos anak depa belajar berbahasa Inggeris, tentulah anak-anak depa tak perlukan sekolah kebangsaan untuk belajar B.I. Rakyat macam mana? Banyak sangatkah duit depa ni untuk tanggung kos anak-anak belajar B.I? Sekolah kebangsaan sajalah harapan kami golongan marhain ni utk belajar menguasai B.I. Saya boleh kuasai B.I sb belajar kat ITM. ITM memang guna B.I dlm pengajiannya. 3 bulan pertama punyalah teruk dan merananya saya, orang kampung yang tak kuasai B.I langsung ni. Rasa nak berhenti belajar. Ibu bapa saya pujuk, so saya teruskan jgk. Lepas 3 bulan, saya dah ok dgn B.I, dah fhm apa pensyarah ckp, dah boleh ambik nota, dah boleh buat presentation. Semuanya hanya selepas 3 bulan. Maksudnya, hanya dengan PAKSAAN saja orang Melayu akan boleh menguasai B.I. Kadang-kadang datang juga sangkaan buruk saya terhadap orang politik yang beriya-iya menentang PPSMI ni, entah-entanh depa memang takmau orang Melayu kuasai B.I kot, yalah..bila orang Melayu dah kuasai B.I, berkembanglah minda depa nanti, bila dah berkembang sangat, depa jd lebih kritis, susahlah nak perbodohkan Melayu lagi kalau Melayu dah jd berilmu dan kritis kan..tak boleh nak suap Melayu dengan alasan-alasan politik yang dangkal dan ‘lame’ lagi.
    Kesian Melayu, dipimpin oleh orang-orang yang dangkal ni.
    Tun mesti konsisten tulis tentang PPSMI ni, lama-lama rakyat akan nampak rasionalnya dan depa akan sokong. Hal ini penting untuk sokongan jangka panjang bangsa kita. Yang penting rakyat faham dan depa sokong PPSMI, biarkan pemimpin-pemimpin pejuang bahasa yang hipokrit tu terus syok sendiri.
    Saya pun dah jeluak dengan alasan dan contoh “orang Jepun, Rusia, Jerman, dan lain-lain boleh maju dengan guna bahasa ibunda mereka” Orang-orang yang asyik guna fakta ni tak nampakkah yang hakikatnya BANGSA-BANGSA YG DISEBUTKAN ITU SEMUANYA PEMBINA TEKNOLOGI! SETAKAT NI BANGSA MELAYU CUMA PENGGUNA TEKNOLOGI. BESAR BEZANYA ANTARA PEMBINA DAN PENGGUNA! Kalau bangsa Melayu sendiri pun jadi pembina teknologi, tentulah kita bina teknologi dengan guna bahasa Melayu. Sah-sah la bangsa lain kena belajar bahasa Melayu untuk guna dan kuasai teknologi kita. Jadi, tolonglah berhenti guna contoh klise dan dangkal tu lagi.

  146. redLips Aug 11,2008 10:21 PM

    Dear Tun…
    Saya sangat bersetuju dengan cadangan TUn supaya subjek Math dan sains diajar dalam bahasa Inggeris dahulu….
    Sewaktu zaman saya belajar dahulu, Math dan sains masih diajar dalam bahasa melayu…Ya, memang saya dapat score subjek2 tersebut, tetapi, apabila memasuki alam universiti, saya mulai terkapai-kapai dan terkontang kanting…Ini adalah kerana, sewaktu di Universiri, bahasa yang digunakan adalah bahasa Inggeris, dan sumber rujukan adalah didalam bahasa Inggeris….Saya mendapati, ianya sukar, kerana budaya menulis dalam bahasa Inggeris tidak diterapkan dari peringkat rendah lagi….
    Di harap, Math dan sains dapat dikekalkan diajar dalam bahasa Inggeris, agar anak-anak saya kelak dapat menguasai bahasa Inggeris dengan cemerlang….

  147. sayangmalaysia Aug 11,2008 10:18 PM

    Lets not debate this to death — the proof is loud and clear. Why is it taking India half the time China did to concur much of technology, and key strategic positions in MNCs? English !
    I work in China and deal with scientists, managers and strategists from both India and China — more often than not today the Indian wins over the Chinese because they can understand and articulate their ideas better and faster in English. And the Chinese are learning very fast to catch up — if you walk in to Chinese universities and schools today, everyone is pushing for their children to study English.
    A driver in China spends almost half his salary to pay for his son’s English tuition! And China have half the world’s population as consumer! But English is where the next technology still is!!

  148. PCFairForum.Com.My Aug 11,2008 10:10 PM

    I’ve write something about this post, visit it here ok.. http://hotonblog.com/?p=282

  149. IQIN Aug 11,2008 9:55 PM

    Salam tun, terimakasih kerana komen mengenai pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Saya harap pandangan dan idea Tun di ambil kira oleh ahli politik yang lain dan tidak menukarnya semula kepada bahasa melayu. Jangan buat keputusan tergesa-gesa.

  150. Hjebat Aug 11,2008 9:52 PM

    Dear Tun Dr Mahathir,
    This is where you were and are still wrong.
    Your noble objectives and intent have clouded a very simple reasoning which will knocked the Malays markedly down, academically, from other races.
    ” I could not answer question no. 9 dad ” says a 10 year old girl to her father.
    Then the father will have to ask these questions:
    (1) Did my daughter undertand about the subject matter in the question ?, or
    (2) Did my daughter understand the question itself ?
    As you know Malay students in primary schools are not good in English. They are good in Mathematics and Science. Their poor control of English language will place them in disadvantage when learning Mathematics and Science in English. Easy – plain for all to see.
    As these children grow older, their grasp of English language improves. There will be a time when teaching Mathematics and Science in English makes sense. This threshold of viability I believe would be at 12 years old; meaning to say you can teach Mathematics and Science in English for secondary schools onwards and not for primary schools.

  151. TunA Aug 11,2008 9:49 PM

    Salam Tun
    Beberapa tahun lepas, saya telah diamanahkan untuk mencari 2 orang pekerja baru untuk di hantar ke Amerika Syarikat. Tujuannya ialah untuk mempelajari ilmu dalam bidang berkaitan dan kemudiannya membawa balik ilmu itu ke Malaysia dan mengembangkannya di kilang kami. Sekali gus, syarikat kami di Amerika Syarikat akan memberhentikan pekerja-pekerja mereka dan kami di Malaysia akan mengambil alih operasi berkaitan and memberi khidmat kembali kepada mereka dan juga syarikat-syarikat kami yang lain di seluruh dunia.
    Daripada ratusan permohonan yang diterima, saya telah memilih 8 orang Melayu, 4 orang cina dan 4 orang India. 8 orang Melayu yang saya pilih adalah yang terbaik dari yang terbaik. Semuanya yang mendapat CGPA3.6 ke atas dari Pelbagai Universiti di Malaysia.
    Malang sekali, tidak seorangpun dari golongan melayu ini dapat menguasai Bahasa Inggeris. Mereka mungkin bijak tetapi apabila tidak dapat bertutur Bahasa Inggeris dengan baik, mereka tidak dapat menjelaskan apa yang terbuku di minda. Mereka tidak akan dapat mempelajari ilmu yang dikehendaki oleh syarikat dan seterusnya tidak mungkin akan dapat melaksanakan tugas mereka dengan baik kerana semua urusan kemudiannya adalah dengan orang putih.
    If we are taking jobs from them, then we must offer back services of the same quality or much better.
    Akhirnya, saya terpaksa memilih si cina dan si india. India ini amat baik bahasa Inggerisnya dan Cina ini boleh tahan saja tapi dirasakan adalah jauh lebih baik dari semua melayu yang ditemuduga. Walaupun kedua-duanya tewas kepada yang Melayu dalam pelajaran tapi mereka tetap menjadi pilihan syarikat kerana mereka saja yang lebih layak menjadi Ambasador dari syarikat kami.
    Dua orang Melayu saya ambil jugak akhirnya, tapi mereka hanya bekerja di bawah si Cina dan si India di atas.

  152. Putri_Leia Aug 11,2008 9:47 PM

    Salam Tun..Saya seorang pelajar universiti berusia 22 tahun dan amat menyanjungi Tun sejak saya sekolah rendah lagi.Saya amat menyokong Tun berkenaan MENGAJAR SAINS & MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS sejak ia mula-mula diperkenalkan.Sayangnya saya tidak sempat merasa dan bagi saya ia satu kerugian.Sekarang saya belajar di salah sebuah IPT yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai perantaraan.Walaupun saya boleh menguasai bahasa Inggeris,tetapi saya berasa ketinggalan berbanding kanak-kanak sekolah di bandar yang boleh bertutur dan menulis dengan lebih baik sejak di usia muda.Penguasaan bahasa Inggeris rakan-rakan sebaya saya juga kebanyakannya di tahap sederhana.Kalaulah kami di zaman “belajar sains & matematik dalam bahasa Inggeris”, Insyaallah,tentu kami tidak terkapai-kapai seperti sekarang.Kami berasa kesusahannya ketika melakukan tugasan dan pembentangan dalam bahasa Inggeris dan juga ketika ingin berkomunikasi dengan orang luar.Dan pada pengalaman saya, belajar subjek sains & matematik lebih mudah difahami berbanding belajar dalam bahasa melayu.Mungkin kerana perkataan dan ayat dalam bahasa Inggeris yang lebih tepat dan padat.Menurut pengkaji teori MOKHDAR, orang Melayu susah maju dalam sains & matematik kerana perkataan bahasa Melayu lebih panjang berbanding bahasa lain.Contohnya, angka 9.Dalam bahasa Melayu=sembilan,Inggeris=nine,Mandarin=jiu.Faktor ini menyebabkan orang Melayu lebih lambat berfikir.Bagi saya, ia ada logiknya.
    Saya bukanlah membenci bahasa Melayu.Saya juga adalah pencinta bahasa Melayu.Saya adalah orang Melayu,dan saya amat sayangkan Melayu. Apalah salahnya kita bersusah dan berkorban sedikit demi kemajuan bangsa kita. “Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.” Hidup Tun!

  153. reza aljunaid post Aug 11,2008 9:17 PM

    Salam Tun,
    Mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris bukanlah satu langkah yang sempurna kerana mengikut akta pendidikan, bahasa utama ialah bahasa Malaysia.
    Akta pendidikan mesti diubah sebelum boleh sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris. PPSMI bertentangan dengan akta pendidikan 1991.
    Bahasa Inggeris memang bahasa dunia kerana pusat ilmu dan pusat ekonomi dunia terletak di Amerika dan England serta Kanada. Dua negara ini adalah lambang kehebatan bahasa Inggeris.
    Kebanyakan negara yang pernah dijajah oleh negara-negara ini termasuk Malaysia tidak boleh lari dari berbahasa Inggeris kerana Inggeris adalah bekas Tuan mereka.
    Ingggeris pernah menjadi tuan kepada Malaysia. Pengaruh Inggeris kepada Malaysia amat jelas terutamanya apabila bercakap soal “Common Law” ciptaan Inggeris.
    Bahasa Inggeris juga amat kuat dalam filem. Memang Inggeris hebat.
    Persoalannya, apakah kehebatan yang orang Melayu ada..?? Sehingga bangsa asing menjadi serius untuk belajar bahasa Melayu…?
    Apakah bila orang Melayu pandai bahasa Inggeris maka tamadun Melayu akan dipelajari oleh bangsa asing. Tentu mereka tak akan belajar tamadun Melayu dalam bahasa Melayu sebab orang melayu mencipta tamadun mereka dalam bahasa Inggeris….???
    Satu masa nanti identiti Melayu akan hilang tanpa disedari. Bahasa Melayu akan pupus. Bahasa Melayu akan jadi bahasa kelas ketiga.
    Tanggungjawab siapakah untuk menjadikan bahasa Melayu kelas pertama..????
    Saya secara peribadi lebih suka untuk memantapkan bahasa Inggeris di kalangan pelajar dan rakyat, gunakan kaedah lain. Wujudkan sijil khas kecekapan berbahasa Inggeris untuk lepasan UPSR, PMR, SPM, STPM, UNIVERSITI…..SWASTA…jadi kita boleh tahu siapa yang cekap dan siapa yang tidak cekap….siapa yang lemah….
    Di samping sijil ujian bertulis dalam PMR, SPM ….
    Ok Tun…byeeee!!!

  154. Ahmad Joe Aug 11,2008 9:00 PM

    “By John on August 11, 2008 10:43 AM
    Tengok, Ahmad Joe on August 11, 2008 9:27 AM itu. Membantah pulak kenyataan Tun dengan: “Akan tetapi saya amat tak sokong, tidak bersetuju dan membantah tindakan Tun menggunakan ayat “Tuntutlah Ilmu hingga ke negeri China”. Diharap agar Tun dapat perbetulkan kesilapan tersebut.”
    Apakah negara China bermusuh dengan Ahamd Joe dan keluarganya? Kenapa tidak setuju dengan kenyataan Tun untuk belajar daripada negara yang lebih maju? Apakah Ahmad Joe nak kitorang belajar dengan bangladesh atau Pakistan atau dengan Keluarga Ahmad Joe? Kenyataan itu bukanya kenyataan Dr. Mahathir, kenyataan itu ajaran ugama. pahamkan?”
    John ni pun satu hal la pulak, apala kena mengena pulak negara china bermusuh dengan saya ni dah la tu melalut-lalut pulak ke Bangladesh sampai ka Pakistan ni. Saya tak tau la saudara ni muslim ka atau non-muslim. Apa yang saya nak cuba sampaikan ialah mengenai status hadis tersebut. Hadis tu adalah bertaraf hadis palsu. Kalau saudara tak tahu tentang sesuatu perkara jangan mencelah. Alahai John- John

  155. crazyellysee Aug 11,2008 8:46 PM

    Tun,
    Betul! betul !!!! betul!! kata Tun itu. Saya sangat bersetuju dengan perjuang Tun diatas. Menuntut bahasa asing tidak semestinya bermakna kita hendak meninggalkan bahasa asli kita manakala kita pula bertujuan hendak mempelajari ilmu-ilmu dan tafsiran yang ada dan baik kepada kita.
    Menguasai bahasa asing dan menggunakan bahasa asing dalam pengajaran Matematik dan Sains merupakan satu gerakkan yang betul. Pada zaman atom ini, kehidupan kita tidak berpisah dengan bahasa Ingerris sama ada di kedai, pejabat mahupun di dunia siber.
    Orang yang kedekut dan keras kepala sahaja yang enggan mahu menerima pengetahuan yang luas kerana tiada bahasa aslinya. Dengan sifat begitu, sudah tentu orang tersebut akan mempunyai pelbagai masalah dalam kehidupan sehariannya dalam dunia moden ini. orang tersebut juga sukar menjadi berjaya jikalau dia masih enggan menerima ilmu moden yang terbaru.
    Pengaulan dengan pelabur asing atau peluang untuk melabur di negeri lain akan menjadi bantasan jikalau seseorang itu hanya mempunyai ilmu pengetahuan yang sedikit.
    Kita juga hendak sedar bahawa kaum Melayu atau pengunaan Bahasa Melayu secara global ni..nampaknya tidak beberapa banyak, oleh sebab itu mengapa kita tidak boleh memberikan diri peluang untuk menguasai lebih banyak bahasa atau ilmu di dunia ini untuk menyenangkan kehidupan kita?
    Adakan mungkin jikalau seseorang itu mempelajari ilmu dalam bahasa asing merupakan dia tidak mahu lagi bahasa ibunya?
    Tidak mungkin lah!
    Dengan ilmu pengetahuan yang luas sahaja kita boleh membangunkan negara kita secara antarabangsa.
    Sedar-lah rakan-rakan saya!
    Kita hendaklah mempunyai hati yang besar dan keinginan untuk membangunkan negara kita bukan semata-mata sahaja menunjukkan ego terhadap bahasa negara dengan bahasa asing tetapi tanpa melakukan sesuatu yang berfaedah dan matang.
    Hui Ling

  156. niena Aug 11,2008 8:32 PM

    assalamualaikum sir.
    well, i do agreed with u sir about science and mathematics in English. i am in form3 this year. so, im starting to use English in math and science since im in form1 and i think it really a bit complicated because when im in primary school, we, i mean I use Bahasa Melayu in science and math. so i have a bit problem to make myself comfortable by using different language in science and math. But, at last i think i prefer English than Bahasa Melayu in science and math. well, i do have reason. because now English is an international language that everyone in this world use it right? and every where we go, we ask someone or anything, they will use English to interact with each other. so if im not good at english and i really really i mean really really poor in english. i think it would be best if i stay at home. well, im not saying that im on english side but when we in University, English is more important and everyone will use it. yes for sure we can use bahasa melayu in University but how about if there’s someone from another country(study here) dont know bahasa melayu and then, we are so poor in english. how are we suppose to interact with them. maybe some of students said that English subject is already enough to make our grammar and vocabulary excellent. well, to me NO. because if we use english in science and math, i can get more vocabulary and we can know some of science and math words. dont u think so?
    and i get this some information from my friend saying that there’s an exchange student came to her school and sat beside her in the class. and i very shock when the teacher in the class room teaching …. (i dont know what subject but i think it was math). he says that the teacher talking rubbish. so to me, our english is not powerful enough yet and to me, i will be excellent in english until there’s someone from another country know what am i talking about.
    to me, about year 1960 plus plus english is use and then change to bahasa melayu. so like my mum and my dad they use english and their english were really really good. so i adore them. well, i adore ur english too sir. hee. so now please dont change it to bahasa melayu again. it will be so difficult to study. english is enough. it will be hard for us in school and u guys always change it and i think i stop here.
    p/s: actually i really really want to write at this section. hehe.
    so here am i know. i hope u read it. plus, maybe just maybe.. i dont know what am i talking about. but please sir, i do agreed about english is use in math and science. wish me luck in pmr sir!

  157. colorless Aug 11,2008 8:31 PM

    Ever wonder why Malaysia was a favorite destination for foreign investors previously…1) able to communicate in English 2) read and write reports in English 3) able to interpret technical details which are mostly in English etc. A few years ago, a high tech investor went to Singapore because of our poor command in English. If those ultras are so adamant in wanting to maintain BM, then stop sending our Gov. sponsored to USA, UK, Australia. No wonder it’s not a surprise local uni gradutes were so afraid of jobs which involved communicating and report-writing in the private sector which are done mostly in ENGLISH anyway.
    An unfortunate encounter with a local uni. graduate filling in an application form; SEX : still a virgin Expectation(under Remuneration section) : 5 working days and car allowance.

  158. sher Aug 11,2008 8:14 PM

    Dear Tun,
    I’ve been your silent reader ever since u started blogging. You’ve always been an inspiration. I was sad when you did something I don’t agree with but I can never be angry. As a leader of a nation, you had to do things that I believe you didn’t quite like too..
    Before this posting, I can only guess that you are the one responsible for PPSMI. Nobody has the guts like you do, dear Tun. It’s a shame not many people see the advantages of the programme.
    Please go on writing, Tun. I’m sure there are thousands more silent readers benefiting from your wisdom here.

  159. rakyatengah Aug 11,2008 8:00 PM

    Assalamualaikum,
    Tun,
    Bersetuju 100%
    Pokoknya mencari ilmu untuk mencari keredhaanNya. Dan mencari ilmu untuk meningkatkan akidah kepada Allah swt.
    Menggunakan bahasa inggeris
    dalam mencari, menjana dan menggunakanya adalah langkah utama yang paling praktikal sekali untuk masa sekarang.
    Patut Hishamuddin yang jawab dalam perkara ini.
    Adakah Tun hendak menyatakan bahawa ramai orang dah muak atau tidak yakin untuk dengar kata kata beliau? I wonder..
    Hanya menyokong.

  160. JJJ Aug 11,2008 7:57 PM

    salam Tun,
    Sorry…off-topic…
    I usually go by the nickname
    jeng3.It’s just that I am writing from a different computer and forgotten my password….sorry…hehehe.
    Anyway just like to compliment ABI,Onlooker,schmuq and a few others (not all) for contributing positive thoughts in your blog for this particular subject.
    You may hold differing views but please do not go overboard whenever posting your comments.If you don’t respect Tun,other people will not respect you.
    You guys know the oft-used phrase..CONSTRUCTIVE CRITICISMS!Way to go guys!
    Wassallam.
    Jeng3

  161. muslimah_262 Aug 11,2008 7:26 PM

    aslmkm,
    Science and Maths should be in English. I was in Std. 1 in 1967. MCE- 1977.
    1.My batch was 1 of 2-3 batches that were “guinea pigs’ in having the subjects, half in English, half in Malay.
    2. Science and Mathematics – in English; Geography, History, Ugama- in Bahasa Malaysia.
    3. The students before us have all their subjects in English (from colonial times).
    4. As we entered high school, University and later the workforce, my batch (ie. subjects that were half English, half Malay) could master both languages very well, and confident in our daily undertakings, such as peer interaction, public speaking (domestic and international), teaching and conducting international, cross-cultural conferences wherever we go.
    5. Tun Dr.Mahathir has spearheaded Malaysians of ALL races to be in the front in the international arena – economic, social, religious, educational- and this took 22 long years. So, let us pray that we continue to move forward. Not backward.
    6. I vote for Science and Maths to be in ENGLISH.
    May ALLAH bless Tun and family.

  162. Pak Din Aug 11,2008 7:22 PM

    Tun dearest,
    Ramai sangat yg bodoh kat malaysia nih .. kadang kadang marah tapi tak tau nak tuju kat sapa. Orang melayu baik yg bangsa lain pun ramai yg tak pandai mana.
    Cerita English as teaching medium nih .. bak orang kata, is a No Brainer! That kinda says it all doesn’t it??
    Unfortunately we have a FlipFlop admin and things might change before you know it.
    Salam
    dari anak cucu kilang Ais

  163. alongmeli Aug 11,2008 7:19 PM

    Salam YABhg Tun,
    Maybe a little too late to post a comment on your recent article about teaching science and mathematic in English. I am a govt servant for over 25 years now and I am one of those Remove Class students in the early 70’s. I don’t think I can perform so much today without it (English). I support you Tun. Cheers!

  164. Pointman Aug 11,2008 7:16 PM

    Saudara hang jebat, post sdra tidak di delete pun. Kenapa sdra buruk sangka terhadap Tun?
    Kenyataan sdra kenapa x ambik contoh rusia,german,jepun dll yang tidak gunakan bahasa Inggeris tidak lojik. Ia juga membuktikan pemikiran di ramai kalangan Melayu masih budak-budak lagi. Niat kita utk maju. Kalau kita sudah maju, dan boleh terus maju, kita boleh gunakan bahasa Melayu. Rusia, Jerman, Jepun sudah pun maju. Mereka boleh terus maju dgn menggunakan bahasa mereka. Tetapi ramai orang Jepun pandai berbahasa jerman dan Rusia dan juga Inggeris. Begitu juga dgn orang Jerman dan Rusia dan Inggeris. Ramai juga orang Inggeris pandai berbahasa Jerman.
    Sdra, bagaimana sdra tahu apa yang Tun rasa? Yang saya tahu Tun telah nyatakan dgn jelas kesilapannya memilih Badawi dan sebelum itu kesilapan memilih Anwar. Yang lain kita kena timbang sendiri. Up to you nak setuju atau tidak mahu setuju dgn Tun.
    Siapa kata Tun tidak mendengar pendapat ahli akademik? Tetapi ahli akademik kita pun susah nak cari kerja di luar Kerajaan. Mereka jarang tulis buku. PhD mereka semua kebanyakkannya dalam bahasa Inggeris juga.
    Tun tak pernah perlekeh Nabi pasal apa pun. Sdra Hang Jebat, jgn cakap bohong. Tambah lagi sdra gunakan nama orang yg dikaitkan dgn perbuatan durhaka, khianat, bunuh dan gila. Tun kata mungkin Nabi tak cukur sebab masa itu tidak ada pisau cukur Gillete.
    Tidak ada kena mengena dengan merujuk Nabi. Kalau saya kata Ghandi tak pakai baju sebab masa itu zaman perang dan tak cukup kain nak buat baju, tidak maksud saya tak boleh baca buku Ghandi. Tak ada connection. Tak ada lojik.
    Itulah, asyik baca buku Melayu saja. Minda tersekat.

  165. suppie kugrimo Aug 11,2008 6:51 PM

    dearest unreplaceable Tun,
    learning english will benefit us most. btw, to those hardcore and stuborn fellas, please take note. you say ‘no’ to english but you are enjoying all the entertainment from the english chanel, movies, sports, music, cars, bikes and many2 more. and also, it is much faster to learn obscene foreign words than the descent ones. this one you can ask yourself! it always an advantage learning other languages like arab or chinese. believe me.
    best regards to Tun and family.
    suppie

  166. tokan Aug 11,2008 6:45 PM

    Belajar dalam BM ke, BI ke sama je jikalau tiada kesungguhan dalam mempelajari subjek tersebut. Saya sendiri belajar Sains dan Matematik dalam BM dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah. Kemudian melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti yang menggunakan BI sebagai bahasa pengantar.
    Dan kini, berumur 24 tahun, sedang bekerja dengan sebuah syarikat berstatus MSC(hasil visi Tun sendiri) yang berpangkalan di Australia dan memegang jawatan sebagai jurutera perisian. Kerjaya ini menuntut saya untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja di Australia hampir setiap hari yang sudah tentunya menggunakan BI. Tetapi saya x pun belajar Sains dan Matematik dalam BI semasa sekolah dulu.
    Saya juga kini sedang membuat Master dalam bidang kepintaran buatan(Artificial Intelligence) di sebuah universiti tempatan yang mana kebanyakan ilmunya hanya terdapat dalam BI dan memerlukan saya menulis tesisnya dalam BI juga. Tetapi saya x pun belajar Sains dan Matematik dalam BI semasa sekolah dulu.
    Cuma saya khuatir sejak kebelakangan ini yang mana BM yang merupakan bahasa kebangsaan kita seolah2 diperlekehkan oleh ramai pihak. Ini sudah berlaku sekarang dan jika keadaan ini berterusan, kemungkinan BM itu akan dianggap ‘bahasa kampung’ saja pada suatu hari nanti. Ini tidak mustahil untuk berlaku jika tiada sebarang usaha untuk memartabatkan BM itu sendiri. Saya sendiri sudah banyak berjumpa dengan orang Cina warganegara kita sendiri(Malaysia) yang tidak fasih berbahasa BM walaupun ia adalah bahasa kebangsaan.
    Kesimpulannya, jika tiada kesungguhan dalam mempelajari sesuatu subjek itu, tiada gunanya walau di ajar dalam bahasa apa sekali pun.
    (nota: Kalau DSAI dapat jadi PM, saya juga akan ke luar negara. Kata2 DSAI susah untuk dipercayai sebab dulu cakap lain, sekarang cakap lain. Sudahlah berkawan rapat dengan Paul Wolfowitz, seorang penyokong kuat Zionis. Boleh hancur negara jikalu DSAI memegang tampuk pemerintahan. Sudah jelas lagi bersuluh yg dia merupakan seorang yang gila kuasa kerana sanggup bersekongkol dengan musuh.)

  167. dlgempita Aug 11,2008 6:18 PM

    Tun,
    Doa kami semoga Allah memelihara kesihatan Tun dan mengizinkan Tun terus berusaha memberi pendapat/penjelasan kepada apa saja issue demi Melayu.
    Tapi buat masa ini, soal bahasa pengantar saya kira harus diketepikan seketika. Jika orang melayu sudah tidak lagi dapat menguasai dan meneraju politik negara, tiada satu apa pun yang dapat dilakukan.
    Tun, saya meminta Tun mengulas secara komprehensif mengenai apa yang berlaku dalam hiruk pikuk pemilihan UMNO masa ini. Terbukti pemimpin-pemimpin UMNO tidak peduli apa sekali pun. Fokus mereka hanya satu, untuk menang dalam jawatan parti yang ditandingi.
    Tidak ada kuasa yang dapat mencegah atau menghalang. Hatta lapuran kepada BPR sekalipun, lenyap titelan kuasa. Pemimpin tertentu dengan kerjasama anak menantu dan kuncu-kuncu dikatakan menjalankan perancangan mempertahankan jawatan tidak digangu gugat bukan hanya hingga Jun 2010 tapi mungkin sampai kurun tiga ribu?
    Selain itu saya menunggu ulasan Tun mengenai pemasangan menaik taraf
    sistem komputer di Jabatan-Jabatan dibawah kementerian Dalam Negeri yang secara sedar diberi dan dibuat oleh Syarikat yang dimiliki dan dikuasai Israil/Yahudi. Rusia terpaksa meletupkan sebuah banguan berjuta ringgit setelah CIA berjaya memasang peralatan pegintipan. Apakah perkara sama akan dilakukan oleh Kerajaan Malaysia? Ulasan mengenai duit pelaburan orang Melayu di PNB dimanipulasi melalui Maybank oleh Ecm Libra? sebanyak 400 juta disedekahkan tanpa kerelaan pelabur kepada Temasik Holding.
    Tun, walaupun mungkin kita seperti anjing menyalak bukit, maklumat
    benar dan tepat harus dimaklumkan kepada semua. Setidak-tidaknya kita boleh buat penilaian dalam hati betapa jijiknya nilai sekumpulan pemimpin melayu dibawah kepimpinan yang terkenal bebal, buta hati, sombong bodoh yang sengaja merelakan maruah dan harta negara/rakyat digadaikan.

  168. Iffie.Che.Idris Aug 11,2008 6:17 PM

    Salam Tun,
    Apabila kerajaan membuat keputusan supaya matapelajaran Sains dan Matematik diajar di dalam bahas Inggeris, saya amatlah tidak bersetuju kerana berpendapat bahawa orang-orang Jepun dan Korea masih mampu untuk maju walaupun kaedah pembelajaran mereka itu di dalam bahasa ibunda sendiri. Sebelum perang dunia kedua, Jepun telah mencipta kelengkapan perang yang terbaik pada masa itu, kapal perang terbesar, penyelidikan bom-bom pemusnah tercanggih, dan dapat juga menakluk sebahagian besar asia tenggara. Saya akui bahawa mereka mendapat akses teknologi daripada sekutu-sekutu mereka seperti Jerman, malah dilaporkan bahawa prototaip Jet Pejuang terawal sudah dibuat lebih awal berbanding kebolehan Amerika dan Britain. Mungkin mereka pada ketika itu ada di antaranya menguasai bahasa Jerman.
    Saya telah dibesarkan di waktu semua matapelajaran sains dan matematik di sekolah di ajar dalam bahasa Melayu dan tidak timbul sebarang kesukaran untuk saya menguasainya. Penguasaan bahasa Inggeris saya perolehi hasil daripada kerap menonton filem-filem dan juga siri TV berbahasa Inggeris di saluran penyiaran RTM dan juga TV3. Membaca sarikata dan membandingkannya dengan pengucapan yang dibuat oleh pelakon membuatkan saya dapat memahami percakapan mereka serba sedikit. Bagi saya, berbahasa Inggeris tiada masalah langsung.
    Setelah saya membaca penjelasan yang dibuat oleh Tun, membuat saya terfikir, bukanlah hasrat kerajaan inginkan rakyat Malaysia itu fasih berbahasa Inggeris, jauh sekali menukar bahasa pengantara di antara kaum, tetapi manfaat yang dapat diperolehi sekiranya kita semua memahami bahasa Inggeris dengan baik.
    Banyak ilmu yang ditulis dalam bahasa Inggeris. Sejak bekerja, barulah saya tahu banyak majalah-majalah berkenaan Komputer, Kereta, Kewangan, Teknologi dan sebagainya lebih banyak diterbitkan dalam bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu. Saya membandingkan surat khabar Inggeris dan juga Melayu, bezanya amatlah jauh dari segi kandungan dan jumlah pembacanya. Malah iklan pekerjaan professional majoritinya diiklankan dalam surat khabar Inggeris.
    Ketika ini, setelah mengetahui niat sebenar Kerajaan yang diketuai oleh Tun satu waktu dahulu yang mengasaskan pembelajaran sains dan matematik di dalam Bahasa Inggeris untuk mempastikan generasi akan datang mampu untuk menguasai pengetahuan yang amat banyak ditulis di dalam bahasa Inggeris, maka saya tidak mempunyai sebab untuk menentangnya. Cuma ada satu perkara yang saya rasa harus dipertimbangkan semula, iaitu pada darjah berapakah matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris itu dimulakan? Jika dimulakan sejak daripada darjah 1 bagi saya ia agak terlalu awal, mungkin harus diperkenalkan setelah 2 tahun pembelajaran bahasa Inggeris iaitu pada Darjah 3 dan seterusnya hingga akhir sekolah menengah. Ia hanyalah pandangan saya sahaja, bukanlah bermaksud tidak bersetuju langsung.
    Terima kasih Tun kerana menunjukkan jalan kepada kami semua. Moga-moga rakyat Malaysia akan terus maju dan memakmmurkan negara ini.
    Sekian,
    Salam Hormat.

  169. natta.chai4 Aug 11,2008 6:02 PM

    assalamualaikum tun,
    teaching maths and science in english should not be an issue.right now the main players are english speaking nations.so we adapt their language to upgrade our people.simple and straight forward.worse case scenerio….you can actually speak a second language.can’t be that bad.
    maybe those involved in the teaching industry got to work a little harder.some incentive by the goverment should cover that problem.it’s all in the attitude.nobody is going to lose out by acquiring knowledge,be it language or others type of knowledge.
    sampai bila kita nak jadi katak bawah tempurung?bulat mata jumpa matsalleh,seronok sangat bila matsalleh tegur kita tapi bila matsalleh tanya arah jalan…yes..no..yes..no jelah jawapan kita.jangan bandingkan dengan Jepun yang maju walaupun tidak mau bercakap bahasa inggeris.mereka rajin,bertungkus lumus kerja.kita lain.
    so fellow Malaysians,let’s do english…at least we can answer questions from foreign reporters better than some ministers.

  170. myreed Aug 11,2008 5:40 PM

    In the days when I was a student. Math and science were my favorite subject at school. So that when I grow up I can be an Architect or an Innovator who at the forefront of technology change. However, due to my English language problem, I can’t make my dream become a reality, even I’m good in both subjects, but with inability to speak, read, and understand the English language, I can’t go any further..how can I want to learn more if I’m not even qualified to enter university or good college with poor results in English language.
    Luckily, It is never too late to learn. I’d decided to continue my study in college where English is used as the medium of interaction, whereby I’ve had to studied preparatory English course before I can continue further. That time I’d learned math in English and spoke English quick often. I still one of the lucky student because MARA gave me opportunity to learn at Institut Perdagangan MARA (I wish this college remain like last time, offered professional course and/or give an opportunity to student to further study at oversea). And I believe this college had produced professional who is contributing to the transformation of people and communities(anyway, thanks to NEP). Even though, I’m not an architect, but I’m glad that I can communicate with that language, even yet still not very good. But, I’ve managed to completed my degree in Finance at local university and have a good job now.
    Its grateful the young generation now can be exposure at early stage. By studying math and science at primary school, children tend to use the language very much and as a result do get better opportunity in the challenging life. Because of the emphasis put on English in our schools and society, can you imagine how good Malay people can grasp the opportunities, believe me the only gap between Malay people and other race in Malaysia to successful NOW is because of many Malay people does not know how to speak and understand English properly!!

  171. lahgurkha Aug 11,2008 5:31 PM

    1. SAYA MENYOKONG SAINS & MATEMATIK DIAJAR DALAM BAHASA INGGERIS
    2. TAHUN INI ANAK SAYA AKAN MENDUDUKI UPSR. SAYA DAPAT LIHAT PERKEMBANGAN PENGETAHUANNYA DAN DAPAT BERKOMUNIKASI DLM B.INGGERIS DENGAN KAWAN-KAWANNYA.
    3. ANAK SAYA INI TERLALU SEDIH APABILA DENGAR AKAN DITUKAR KEMBALI KEBAHASA MELAYU. BALIK RUMAH BELIAU MERUNGUT DAN SALAHKAN KERAJAAN ATAS ISU INI.
    5. SAYA TERMENUNG SEKEJAP BAGAIMANA KANAK-KANAK 12 TAHUN NI BOLEH MENGKRITIK DASAR-DASAR KERAJAAN PIMPINAN PM SEKARANG.

  172. atpeace Aug 11,2008 5:27 PM

    Salam Tun,
    Saya sebagai ibu kepada 5 anak amat bersetuju dengan saranan tun itu.Semasa saya melanjutkan pelajaran ke US di tahun 80an segalanya dlm bahasa inggeris.Amat sukar untuk cuba memahami terma yang dahulunya diajar dalam bahasa melayu kedalam bahasa inggeris.

  173. Bongek Aug 11,2008 4:56 PM

    Menitis air mata saya Tun apabila membaca petikan di bawah. Masih adakah pemimpin berbangsa Melayu yang seperti petikan No. 22 di Malaysia ini Tun.
    21. Pemimpin dan pejuang yang hanya ingin disukai ramai dan kerana itu sanggup membiar bangsanya menjadi kolot dan hina, bukanlah pemimpin yang sayang bangsanya. Mereka hanyalah oportunis yang sanggup gadai bangsa sendiri asalkan mereka dapat kekalkan kedudukan mereka. Mereka ini bukan nasionalis dalam erti kata sebenar.
    22. Bahasa jiwa bangsa. Tetapi ilmu menentukan keselamatan dan maruah bangsa.

  174. ham.ib Aug 11,2008 4:51 PM

    Salam Tun,
    Saya mula berbahasa Inggeris ketika di tingkatan enam dan terus belajar menguasainya selepas mula bekerja dgn sebuah multinational company. Penyesalan kerana tidak belajar bahasa Inggeris timbul ketika cabaran bekerja dgn syarikat yang 100% berkomunikasi dlm bahasa tersebut,lalu saya memperbaiki penguasaannya dgn belajar di British Council. Dgn kebolehan yg ada saya berjaya menjawat jawatan yg lebih tinggi.
    Saya percaya kepada mereka yg menjadi pejuang bahasa Melayu,kebolehan mereka berbahasa Inggeris sangat baik dan kita seharusnya menoleh sebentar kebelakang dan melihat bagaimana kita mencapai kejayaan dlm menguasai bahasa tersebut.
    Pembelajaran Sains dan Matametik dlm bahasa Inggeris patut diteruskan kerana ia dapat memupuk minat mempelajari ilmu bahasa walau bahasa apa sekali pun.Dan saya juga telah belajar bahasa Jerman.
    Semuga anak-anak Melayu tidak tertinggal dlm menegejar apa jua ilmu.
    http://www.fiftyringgit.com

  175. RyscheClyde Aug 11,2008 4:50 PM

    Tun,
    Ramai orang telah pun memberikan pendapat mereka tentang penggunaan bahasa Inggeris didalam mata pelajaran Matematik dan Sains. Pada pendapat saya, dari segi keseluruhan saya bersetuju dengan pendapat TUN. Tapi masalahnya sekarang majoriti orang di Malaysia khususnya orang Melayu masih tidak mahukan perubahan- ini termasuklah dalam penggunaan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantaraan yang ke dua selepas bahasa Melayu.
    Malaysia perlukan REVOLUSI yang kuat untuk membuatkan masyarakat Malaysia-khususnya orang Melayu untuk menguasai Bahasa Inggeris. Sebernarnya, penggunaan Bahasa Inggeris harus dimulakan dengan di rumah. Maksudnya, IbuBapa harus memainkan peranan dalam mendidikkan anak anak mereka tentang pengunaan Bahasa Inggeris. Mungkin dengan bermulakan pengunaan Bahasa Inggeris yang ringkas sudah cukup sebagai “batu lonjatan” untuk kanak kanak ini “absorb” setelah mereka memasuki sekolah rendah dan seterusnya.
    Dengan secara demikian, kanak kanak ini sudah kenal atau “familiar” dengan penggunaan bahasa Inggeris ketika di sekolah nanti dan tidak akan menghadapi masalah. Sememangnya bahasa ibunda tidak harus sama sekali diabaikan. Tapi dengan cara ini juga, ia sedekit sebanyak dapat membantu mereka (kanak kanak) untuk fasih dalam bahasa inggeris dimasa akan datang.
    IbuBapa harus memberi galakan, mereka juga WAJIB sedar akan kepentingan penggunaan bahasa inggeris. Pihak kerajaan hanya mampu memainkan peranan dari luaran- yang penting dari segi dalaman iaitu ahli keluarga dan sahabat handai juga mesti memainkan peranan penting bagi memajukan penguasaan bahasa inggeris untuk seseorang individu.
    Selain daripada Inggeris, penguasaan bahasa Cina,Tamil,Arab,French, Jepun atau mana mana lagi juga penting tetapi berdasarkan keperluan. Untuk Malaysia, saya rasa para pelajar juga harus menguasai bahasa Cina dan Tamil seperti yang telah dicadangkan oleh salah seorang commentator. Ini bagi memperluaskan lagi Ilmu pengetahuan secara tidak langsung.
    Ilmu kena sentiasa di cari, kita tidak boleh hadkan diri kita dengan setakat ilmu yang sedia ada. Tuntutlah ilmu demi kepentingan agama, diri, keluarga, bangsa dan akhirnya negara. Dengan penguasaan bahasa inggeris sebgai “batu lonjatan”, maka Malaysia juga mampu untuk bersaing dengan global suatu hari kelak.
    Kadang kadang, saya rasakan apa yang TUN tuliskan merupakan suatu anugerah atau petanda bagi Masyarakat malaysia untuk buat kan panduan. Mungkin, ini merupakan suatu “treasure” untuk para pembaca. Supaya kita tahu betapa pentingnya Bahasa Inggeris ini memainkan peranan sebgai “batu lonjatan” untuk memajukan diri, agama, bangsa, keluarga dan negara. Ini bukannya pujian untuk TUN, bagi saya ia merupakan sebahagian “HADIAH” TUN untuk rakyat Malaysia. Terima Kasih Banyak Banyak.

  176. isa_affendi Aug 11,2008 4:44 PM

    Great article again Tun,
    I was a product of BM English & Maths. When I further my studies in USA, I took a math test & was initially stumped. Isocles triangle? Whats that? Actually it was segitiga kaki sama.. haha..
    Theres 2 universal languages in this world, math & music. However you learn much FASTER if you speak the same languange.

  177. Chuck68 Aug 11,2008 4:42 PM

    Good day to you Honorable Tun,
    God bless Tun & your family. A quick request, please don’t migrate away. Janganlah pergi & tinggal luar Malaysia…
    Demi Negara, Demi Bangsa, Demi Agama, Peminpin Negara & kabinet kabinet patut menbuat keputusan yang baik untuk “Rakyat”, menentukan hala yang Malaysia menghala. Janganlah, nanti kesal..Tidak kira bangsa apa juga, kita patut menuntut ilmu yang baik untuk sekarang & masa depan untuk bersaing dalam Dunia ini. Sekira, kita mahu peniktirafan Antarabangsa.
    Yang paling penting ialah, janganlah kita lupa “AKAR” kita bila kita berjaya & kita perlu menbuat dengan baik lagi. Kita mesti mengekalkan nilai nilai tradisional kita. Dengan demikian, saya percaya, Rakyat Antarabanga akan lebih kenal Malaysia & menghormati Malaysia.
    Sekian Terima Kasih.
    Chuck68

  178. fawz Aug 11,2008 4:42 PM

    Assalamualaikum Wr Wb,
    Dear Tun,
    Please allow me to comment on the Bar Council latest antics; their blatant disregards for Malay Muslim sensitivities only reveal their contempt for Malays and Muslim. This is an open challenge!
    Are these lawyers’ angels? I don’t think so; perhaps the authorities should investigate the income tax returns of each and every lawyer including the infamous Ian Chin, Abbas Salleh and gang. I am sure the authorities can dig up something!
    Weak as the current government maybe, the government must take them on; otherwise there will be no end to this, they are bound to do something else. For goodness sake please deal with these arrogant people once and for all!
    Thank you,
    Best Regards.

  179. ikuwara Aug 11,2008 4:41 PM

    Teaching science n math in english is a must!
    If gov gonna use BM for math and science, I’m gonna send my future kids to english type school no matter how expensive is that. I’m scare that i’m gonna ruin their life if i send them to Malaysian school.
    I can say that english type school will be most parents or students’ target in the future.

  180. Pengundi Sulit Aug 11,2008 4:40 PM

    1. Dalam membincangkan isu pembelajaran sains dan matematik ini, rakyat Malaysia seluruhnya telah keliru dengan apa yang telah berlaku. Mata pelajaran sains dan matematik pada suatu ketika dulu diajar dalam Bahasa Malaysia dan sekarang diajar dalam Bahasa Inggeris. Akhir-akhir ini telah kedengaran kedua-dua mata pelajaran ini akan diajar balik ke dalam Bahasa Malaysia. Sekarang timbul persoalan tiada konsistensi dalam sistem pembelajaran dan pendidikan di Malaysia setelah lebih 50 tahun merdeka. Kenapa ini terjadi?
    2. Jikalau kita pergi kepada asasnya, isu ini berkait rapat kepada proses mendapatkan ilmu sains dan matematik tadi. Penggunaan bahasa adalah menjadi salah satu perantara kepada proses untuk mendapatkan ilmu itu. Dalam menentukan dasar kepada proses mendapatkan ilmu, kita seharusnya melihat kepada struktur ilmu itu sendiri. Kita jangan terkeliru dalam hal asas atau konsep sesuatu ilmu dengan evolusi teknologi yang berlaku.
    3. Asas atau konsep kepada sesuatu ilmu itu akan kekal sampai bila-bila, contohnya satu dicampur dengan satu akan memberi jumlah dua sampai bila-bila. Kaedah untuk membuat pengiraan itu mungkin berubah-ubah dengan evolusi teknologi.
    4. Untuk mempelajari asas atau konsep ilmu tadi, kita harus melhat kaedah mana yang lebih berkesan terutama perantara bahasa yang akan digunakan. Semua orang tahu ilmu sains dan matematik ini berasal dari bangsa arab yang telah diilhamkan oleh Allah menerusi para ulama’ dan pemikir Islam di zaman lampau.
    5. Pada peringkat permulaan, bangsa-bangsa lain perlu belajar bahasa arab untuk memahami ilmu sains dan matematik tadi dan mereka menterjemahkan kepada bahasa ibunda mereka. Setelah itu semua ilmu yang diterjemahkan diajar kepada generasi mereka dalam bahasa ibunda mereka kerana itulah cara yang paling berkesan untuk memberi ilmu kepada generasi mereka. Semua rakyat Eropah, Jepun, Korea, Taiwan, China dan lain-lainnya tidak perlu bertungkus-lumus untuk belajar bahasa arab sebelum mereka mendapat ilmu yang dikehendaki, cukup sekadar sebahagian berbuat demikian pada peringkat permulaan. Tidak semua pakar-pakar dari Jepun, Korea, Taiwan, China dan lain-lainnya mahir bertutur dalam bahasa inggeris, mereka boleh maju dan telah terbukti mereka telah maju.
    6. Isu bahasa inggeris adalah isu secondary apabila kita bercakap soal pasaran global. Pada peringkat ini ianya lebih kepada pasaran produk kita untuk dibawa keluar hasil dari ilmu yang kita perolehi tadi.
    7. Saya salah seorang rakyat yang membesar dan mendapat ilmu sains dan matematik yang diajar dalam bahasa kebangsaan tidak menghadapi sebarang masalah dalam hal penguasaan bahasa inggeris. Masalah bahasa dalam proses mendapatkan ilmu adalah satu masalah yang utama dan kita harus mencari satu kaedah yang paling berkesan. Melihat kepada negara-negara yang telah maju di dunia ini, semuanya mengajar ilmu kepada rakyat mereka menggunakan bahasa ibunda mereka
    8. Kepada persoalan yang diutarakan di atas tadi, kenapa Malaysia tidak mempunyai satu dasar pembelajaran dan pendidikan yang konsisten dalam proses keilmuan, antara lain pada pengamatan saya:
    i. Dasar Yang Dibentuk Tidak Menampakkan Matlamat Yang Jelas
    Kita tidak nampak dengan jelas adakah dasar pelajaran dan pendidikan yang ada sekarang ini menjurus kepada pembinaan tamadun atau sekadar kita melahirkan masyarakat yang berilmu tetapi hanya sekadar menjadi masyarakat yang dikatakan sebagai “masyarakat pengguna” yang hanya tahu mengguna tetapi tidak tahu untuk mereka-cipta bagi mengeluarkan sesuatu yang baru.
    Kalau kita melihat kepada masyarakat Jepun, dasar pelajaran dan pendidikan mereka jelas menjurus kepada pembinaan tamadun yang menekankan ciri-ciri kreativiti dan reka cipta. Di Malaysia kalau ada pun aktiviti seumpama itu hanya sekadar peraduan-peraduan yang dianjurkan oleh badan-badan NGO atau pihak-pihak tertentu sahaja, ianya bukan diperlihatkan sebagai satu dasar yang jelas dari kerajaan menerusi makenisma yang bersepadu.
    ii. Dasar Pelajaran Dan Pendidikan Malaysia Sentiasa Dipolitikan
    Jelas dengan pertukaran dasar pelajaran dan pendidikan dalam pembelajaran sains dan matematik dari bahasa kebangsaan ke bahasa inggeris dan sekarang akan ditukar balik ke bahasa kebangsaan, ianya berlaku seiring dengan pertukaran senario politik.
    Dasar pelajaran dan pendidikan adalah perkara asas dan ianya tidak harus diubah menurut ideologi politik sesuatu pemimpin. Kalau dasar yang asas itu diubah, ianya pasti akan mengundang kecelaruan di dalam system yang sedia ada dan kesannya nanti akan dirasai oleh seluruh masyarakat. Pemimpin boleh datang dan pergi, dasar yang telah digariskan tidak harus diubah dengan sewenang-wenangnya dengan alasan untuk mencari populariti atau sekadar untuk menunujukkan “saya telah membuat suatu perubahan”.
    Soal bersemangat kebangsaan atau tidak bersemangat kebangsaan tidak timbul sama sekali dalam aspek penggunaan bahasa dalam mendapatkan ilmu. Kita perlu mencari satu kaedah yang berkesan untuk membolehkan masyarakat mendapatkan ilmu semaksima mungkin. Kalau masalah bahasa menjadi penghalang untuk masyarakat mendapatkan ilmu, maka perlu difikirkan apakah bahasa yang sesuai digunapakai samada bahasa asing atau bahasa ibunda. Semua negara maju di dunia menggunakkan bahasa ibunda mereka dalam proses untuk mendapatkan ilmu dan terbukti mereka telah maju.
    iii. Masalah Penekanan (Enforcement) Dalam Penggunaan Bahasa Kebangsaan
    Melihat kepada fenomena pasaran pekerja di Malaysia yang tidak fasih berbahasa inggeris mendapat peluang yang tipis untuk menjawat sesuatu jawatan terutama di dalam sektor swasta yang dimiliki oleh bangsa asing.
    Sebagaimana yang telah dijelaskan di atas, masalah ini adalah masalah secondary di mana masalah pada peringkat pasaran pekerjaan seseorang individu itu setelah dia memperoleh ilmu samada dari IPTA atau IPTS. Untuk mengatasi masalah ini, tidak perlu kita mengubah dasar pelajaran atau pendidikan dengan mengubah bahasa pengantar bagi sains dan matematik. Ianya boleh dilakukan dengan dua pendekatan iaitu:
    a. Dengan membuat satu dasar yang jelas tentang penggunaan bahasa kebangsaan di semua organisasi yang beroperasi di Malaysia. Tidak perlu ada diskriminasi berdasarkan bahasa.
    b. Bahasa inggeris dijadikan salah satu mata pelajaran yang wajib untuk melayakkan seseorang pelajar itu untuk mendapatkan sijil, diploma dan ijazah sebaris dengan keperluan bahasa kebangsaan dan mata pelajaran yang lain. Dengan langkah ini dengan sendirinya akan memperkasakan pelajar itu dalam penguasaan bahasa inggeris.

  181. acom Aug 11,2008 4:36 PM

    Permisi Tun.,
    ORANG MELAYU NI bila ada je bende yang terpaksa dibuat bersungguh 2
    susah payah , perkataan pertama yang terucap dari bibir mereka,
    ini yang aku maleh ni,
    malas la,aku malas la. saya ada ter dengar tok mufti pun ada mengeluar cakap , ni yang aku malas ni , ye lah beliau dah tua 63 kene buat itu ini, hobi nya pandai cakap je .
    Saya telah memberitahu anak 2 saya semasa mereka membesar perkataan malas tidak boleh diucap dan didengar dalam rumah saya, saya kata perkataan itu tidak ada dalam vocab keluarga saya.
    Tapi sekarang bebudak , akan berkata, lepak ar, relax ar .ape ape aje perkataan yang menunjukkan sifat pemalas.

  182. entrepreneur Aug 11,2008 4:32 PM

    Mari kita belajat bahasa Cina (ditutur oleh lebih 1.6 bilion orang). Kini pesaing kepada Amerika dari segi ekonomi dan politik.

  183. ApeX Aug 11,2008 4:32 PM

    Salam Tun,
    My view is that, when a leader plans & implements certain things, he should know the results or outcomes, anticipate some rejection and opposition, have a recovery plans, table out the costs and effects matrix, forecasts others’ reactions towards the plan and how it is being implement etc. What I can say is that what ever that has been planned and implemented by Tun and our forefathers, everybody can see the results and how it affected the people and the country. Although there were quite a fight given due to the disagreement on the plans, what a good leader can do is stand and hold on what is good for the country and proceed with it. Believing that people have their own thoughts and opinions. In confidence, by the end of the day, it will benefit those oppose it too.
    Indonesia… a country that without a doubt put an importance in making english language as a language to use, the international language will eventually make their country advance further. If you still remember those times, where indonesian were obliged to only speak in bahasa indonesia. This make majority, in fact most of the indonesian doesn’t know how to communicate with a foreigners unless, they studied overseas or in international schools.
    I mean… to compare malaysia with other south east asian countries except singapore, our understanding and the use of english language are much advance then others within the region. That would make our citizen to be by far more advance in communicating and understanding of international language.
    In a nutshell, I see no wrong in having english taught in certain subject in school, as it will somehow nurture, promote and give the student a medium to practise english language comprehension by other means rather than only during english subject hour.
    Sadly to say… the current government… In a nutshell… BLURR…!!! and a BIG L…. eventually that will make malaysia a BIG L country too… :p I hope I would not have to see that day comes…
    Regards

  184. Mis_bah Aug 11,2008 4:28 PM

    Assalamu Alaikum Tun,
    Tujuan Tun memang mulia dan amat baik–demi mengangkat martabat Melayu dan Umat Islam sesuai dengan saranan al-Quran “Umat Terbaik di utus dimuka bumi” jika memenuhi syarat yang ditetapkan. Cuma Tun, Tun juga kena nasihatkan Melayu dan umat kita yang mudah lupa ini supaya tidak terjadi “perhambaan bahasa inggeris” (English Slavery) sehingga kadang-kadang ada perasaan malu atau rasa rendah diri untuk bertutur menggunakan bahasa Ibunda sendiri. Jadi timbullah bahasa rojak. Baiknya kita kuasa kedua-dua bahasa. Bila kita perlu guna salah satu daripadanya kita guna sepenuhnya. Bukan guna sekerat tinggal sekerat. Kita perlu ada jati diri yang tinggi.Macam Tun. Hebat bahasa Melayunya sehebat bahasa Inggerisnya.
    Hidup saudara Islamku!

  185. Lee Aug 11,2008 4:28 PM

    1. Saya ingin menyampaikan mesej-mesej saya ini kepada anak-anak kampung. (sebenarnya saya pun bukan orang yang lahir di bandar)
    2. Memanglah susah apabila kita mahu memperajari sesuatu yang kita tak tahu langsung, tetapi kita semua manusia, kenapa orang bandar boleh tapi orang kampung tak boleh? Orang yang berpendapat bahawa orang kampung itu seharusnya lemah adalah satu tangkapan yang silap.
    3. Ibu bapa saya pun tidak fasih Bahasa Inggeris, bapa saya hanya tahu cakap sedikit, ibu saya tak tahu cakap langsung. Tetapi generasi saya sudah mula boleh buat lebih bagus daripada mereka.
    4. Tidak penting kalau kita tidak boleh buat dengan baik, yang pentingnya kita telah cuba untuk meningkatkan pengetahuan terhadap sesuatu, lama-lama kita ataupun anak-anak kita akan menjadi pandai.
    5. Kenapalah kita mesti menakutkan kesusahan? Asalkan kita berusaha, kelemahan itu boleh diatasi. Janganlah kita hanya mahu keselesaan. Biarlah hidup kita separuh berusaha untuk masa hadapan, separuhnya menimati keselesaan masa kini.
    6. Jepun, Taiwan, Korea kesemuanya telah mempunyai asas pembangunan negara industri semasa kita masih negara pertanian. Orang telahpun banyak ada ilmu pengetahuan tersendiri sedangkan kita belum ada banyak.

  186. Crunchnow Aug 11,2008 4:18 PM

    Dear Tun, you’re right as always. I can’t understand why people are against the policy to help school children conquer other languages. If I’m the Minister of Education, I will make Mandarin a compulsary subject too. And maybe Tamil as optional subject. China & India are where the future jobs will be. No harm in widening your job opportunities. Who will help you if you don’t help yourself?
    http://www.crunchnow.com/

  187. dospenang Aug 11,2008 4:16 PM

    SALAM,
    ………………. ……………….. ….________
    ………… ………………. …..,.-‘”………. ………“~.,
    ………………. ……….,.-”…… ……………….. ………“-.,
    ………………. ……,/………… ……BELUM PAGI LAGI……….”:,
    ………………. ..,?……………. ….SAMBUNG TIDUR.. ……………..,
    ………………. /………………. …PAK LAH……… ……………….. ,}
    ……………../. ……………….. ……TURUN!!!…… ………….,:`^`.. }
    ……………/… ……………….. ……………….. ……..,:”……… /
    …………..?…. .__…………….. ……………….. ….:`………../
    …………./__.(. ….“~-,_……….. ………………., :`………./
    ………../(_….” ~,_……..“~,_….. ……………,:`.. ……_/
    ……….{.._$;_.. ….”=,_…….“-,_. ……,.-~-,},.~”;/. …}
    ………..((…..* ~_…….”=-._…… “;,,./`…./”……. ……./
    …,,,___.`~,….. .“~.,…………… …..`…..}…….. ……/
    …………(….`= -,,…….`……… ……………(…. ..;_,,-”
    …………/.`~,.. ….`-………….. ………………. …./
    ………….`~.*- ,………………. ………………|, ./…..,__
    ,,_……….}.> -._……………. ……………….| …………..`=~-,
    …..`=~-,__…… `,…………….. …………….
    ………………. `=~-,,.,……….. ………………..
    ………………. ………….`:,,… ……………….. ….`………….. __
    ……….. ………………. …….`=-,……… ……….,%`>–= =“
    ………………. ……………….. ._……….._,-%.. …..`
    ………………. …………….,
    APA-APA PUN TERUSKAN MENGUNDI MENDESAK PAK LAH SUPAYA MELETAK JAWATAN:
    http://www.PetitionOnline.com/PakLah/
    VOTE SEGERA DEMI MALAYSIA!!!!!!!!!!!!!!
    WASALAM

  188. acom Aug 11,2008 4:12 PM

    Permisi Tun,
    Dasar yang Tun ubah adalah untuk anak cucu kita lagi 25 tahun keatas yang akan menikmati faedah nya.
    English adalah bahasa yang diterima pakai dalam dunia sekarang.
    Segala kemajuan sains diterbitkan dalam jernal berbahasa English, segala kemajuan teknoloji sama juga ,jadi sesiapa hendak maju mestilah mahir berbahasa English, bahasa Arab tu tak payah lah menyemakkan otak setakat menghafal mukamdam dan tahu baca koran cukup le,dan menunaikan idabat dah memadai.
    Bahasa Arab dah jumud tidak apa 2 yang dipelajari yang boleh membantu menuju kemajuan .Di Dubai Tok arab menggunakkan kemahiran orang2 asing yang tidak menggunakan bahasa arab .Tok Arab bangsa yang masih belum civilise, maseh belum sedar dari kemewahan yang didapati dengan senang, tak payah banyak fikir, korek je lubang dalam tanah dapat duit, itu pun suruh orang korek.

  189. crazyidiot Aug 11,2008 4:10 PM

    I agree with the implementation.
    In fact, if this had been done 10 or 15 years ago we would be further ahead of where we are today.
    Well, better late than never. Its a good start, but it shouldn’t end just with Science and Maths. It should be extended to all subjects. The rakyat will benefit if not now, surely later.

  190. jstang Aug 11,2008 4:09 PM

    Tun,
    Komen Tun yang paling bermakna adalah mengenai pemikiran cetek sesetengah pihak. Persoalan yang lebih penting di dalam perkara ini di dalam konteks Malaysia bukan hanya termaktub di dalam persoalan bahasa, malah pada setiap isu yang timbul. Rakyat Malaysia, pada sekian lama ini selalunya memikirkan perkara yang remeh dan terlepas isu yang lebih mendalam di sebalik batu. Alangkah baiknya jika masyarakat kita dapat memikir dengan lebih mendalam setiap kali ada isu yang menyentuh kehidupan kita.

  191. mednahr Aug 11,2008 4:07 PM

    Assalamualaikum Tun,
    1. Saya amat tidak setuju dan menentang polisi kerajaan mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris sejak sebelum ia diimplementasikan lagi.
    2. Objektif kita mempelajari Matematik ataupun Sains ialah mempelajari ilmu Matematik dan Sains itu sendiri. Bukannya Bahasa Inggeris.
    3. Jika kita inginkan anak bangsa kita menguasai Bahasa Inggeris maka pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris sahajalah yang perlu ditekankan.
    4. Sebagai contoh kerajaan boleh menambah masa pembelajaran selama 3 jam kepada masa sediada untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam seminggu.
    5. Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris sama seperti mencampur-adukkan dua mata pelajaran dalam satu.
    6. Pelajar yang cekap dan memahami objektif ilmu Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu tetapi tersilap dalam terjemahan istilah dalam Bahasa Inggeris akan memungkinkan pelajar tersebut gagal dalam peperiksaan.
    7. Objektif mempelajari mata pelajaran Matematik tetap ilmu Matematik itu sendiri, begitu juga mata pelajaran Sains. Bukan Bahasa Inggeris.
    8. Saya tak kata polisi kerajaan ini salah, tapi pelaksanaannya tidak betul. Ia boleh dilakukan dan dicapai dengan cara lain yang lebih mudah dan tidak membebankan pelajar.
    9. Saya memahami dan amat bersetuju serta menyokong hasrat kerajaan dalam penekanan penguasaan Bahasa Ienggeris di sekolah demi untuk mengejar ilmu sains dan teknologi yang dikuasai oleh bangsa barat kini – ini adalah satu perkara.
    10. Tetapi bagaimanakah kaedah kerajaan menekankan pembelajaran Bahasa Inggeris ke atas murid-murid sekolah adalah satu persoalan yang satu lagi.
    11. Tidak mengutamakan bahasa sendiri nampak tidak patriotik dan hakikatnya memang tak patriotik.
    12. Cuba kita lihat bangsa-bangsa yang maju di dunia seperti Jepun, Itali, Peranchis dll. Adakah mereka mengutamakan Bahasa Inggeris melebihi bahasa mereka?
    13. Mereka adalah bangsa yang mengutamakan bahasa mereka sendiri dalam perhubungan mahupun bahasa pembelajaran di sekolah tapi masih mampu menguasai kemajuan sains dan teknologi.
    14. Mereka nampak patriotik dan hakikatnya mereka patriotik. Apa yang membawa mereka mencapai kemajuan adalah sikap patriotisme mereka yang tinggi.

  192. fauziah Aug 11,2008 4:05 PM

    Sy setuju dgn pandangan Tun agar dimanfaatkan oleh semua warga Malaysia. My family and I love you Tun, for whatever you have done for Malaysia in the past as when you have been the PM. For it will not be us as today if not from your commitment since.

  193. bella Aug 11,2008 4:03 PM

    Response to hang jebat on August 11, 2008 11:40 AM
    Salam tun…
    kenapa x ambik contoh rusia,german,jepun dll yang tidak gunakan bahasa Inggeris…
    Tun…
    Pasai apa tun rasa apa yang tun buat semua betul…. kalau tun boleh kasi alasan begitu juga yang lain…. saya setuju dengan ahmad joe….
    Tun…
    patutnya dengar pendapat ahli akademik… kalau pasal ekonomi tun boleh dengar pakar ekonomi why not pasal pembelajaran tun tak mau dengar pendapat pakar akademik…
    Tun…
    dulu tun memperlekeh nabi pasal tak de gillete kenapa sekarang tun guna hadis baginda apabila tun hendak menguatkan alasan tun….
    tun…
    harap display post saya ni… diharapkan jangan delete…

    wahai hang jebat, kite fikir la masa depan, dulu time tun jadi PM pun, macam² dh tun ade je org complaint, ade je org komen. if xsilap i la, time buat klcc tu dulu pon, ade org complaint kn [correct me if i’m wrong], tp, skrg, bende tu dah berdiri teguh dah pun, n jadi salah satu tower yang tertinggi, org luar pun kenal dah malaysia, ada org pertikai lagi x keputusan tu dulu??? same jugak macam sekarang, skrg ni mmg la nmpk byk lagi kelemahan bila buat math n sains ajar dlm english, tp, faham la, cuba kita hayati elok². yang ramai merungut ni bukan apa, mereka malas. bangsa melayu cuba la bangun minda, fikiran tu. kang nanti, anak muda kita dah besar² nnt, x la org dah berlari lame dah bab sains tech ni, kita baru nak merangkak. kadang² saya rasa, bila kita payah nk kuasai bahasa inggeris ni, menjejaskan juga bila nk belajar things yang complicated nnt.

    response to M Nor on August 11, 2008 3:34 PM
    Saya berpendapat tidak ada apa-apa kurangnya pelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Malaysia bagi peringkat sekolah rendah dan menengah. Dua orang anak saya belajar di sekolah kebangsaan dari sekolah rendah hingga mencapai SPM. Kemudian ambil “A” Level dan terus belajar ke universiti di Australia dalam bidang kewangan dan sains. Tidak ada apa-apa masalah yang dihadapi. Bahasa Inggeris lisan dan tulisan mereka adalah sangat baik. Anak-anak saya dari kecil lagi dilatih suka membaca buku bacaan dalam Bahasa Inggeris dan sehingga sekarang sentiasa membawa sebuah buku bersama bila keluar dan ambil peluang untuk membaca ketika menunggu di bank, stesen dan dalam keretapi/bas/kapalterbang.
    Jadi sekolah-sekolah tidak perlulah mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris semata-mata untuk anak-anak fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris. Sebaiknya kalau boleh semua mata pelajaran hendaklah dalam Bahasa Inggeris seperti sekolah-sekolah pra awal 70’an dahulu. Atau pun sediakan banyak buku bacaan Bahasa Inggeris di perpustakaan sekolah dan galakkan anak-anak sekolah suka membaca buku bacaan dalam Bahasa Inggeris.

    itula perbezaan di antara didikan encik dan orang lain. mungkin encik terapkan, ajar anak encik supaya rajin membaca buku-buku dalam bahasa inggeris, tetapi, yang lain? jika semua penduduk di malaysia ini seperti encik dan anak² encik, kerajaan tak akan susah² fikirkan bagaimana hendak majukan pelajar² sekarang. tak semua seperti anak encik yang pandai dalam berbahasa inggeris. orang pandai bahasa inggeris ini, ada jenisnya. ada yang boleh menulis dan bercakap. ada yang boleh menulis sahaja, dan ada yang hanya pandai bercakap. ada yang xpandai menulis tapi apabila mendengar org bercakap mereka akan faham. kalau sekalipun anak² nanti tidak akanmeneruskan pengajian dalam bidang sains n math, sekurang²nya mereka ada basic math. andai kata mereka nanti kerja di kedai runcit sahaja, mungkin memerlukan pengetahuan english terutama apabila menggunakan term math yg biasanya kita lihat dalam bhs english.
    kesimpulannya senang sahaja, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, jangan asyik merungut kata tak boleh, kita mesti yakin yang kita boleh.

  194. d'soul Aug 11,2008 4:02 PM

    Salam Tun n chedet.com fan…
    Agree with u Tun…

  195. anakku5 Aug 11,2008 3:58 PM

    Dear Tun,
    I never missed your posting. Really want to interacte with u personally. However through this blog make me feel close to u. I have tried so many times to give my comment but to no avail.
    Luv u always and take care.

  196. kamitaken Aug 11,2008 3:50 PM

    Assalamualaikum wbt..
    kata Tun Dr. Mahathir..
    “4. Kita diberitahu Nabi bersabda “Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China”. Apakah dapat orang Arab tuntut ilmu orang Cina tanpa mempelajari bahasa Cina, lisan dan tulisan, terlebih dahulu? ..”
    Terlebih dahulu saya tidak tahulah samada tun dapat membaca ataupun tidak apa yang saya utarakan. Rasanya mustahil Tun mampu membaca kesemua 4++ pendapat yang diutarakan di dalam ruangan komen ini.. Jika tun membacanya memang saya kagum dengan orang seperti tun ini.
    Kebanyakan di dalam ruangan komenm, hampir semua orang memuji tun kecuali 2,3 orang yang saya dapati menyanggah pendapat tun dalam merealisasikan penguasaan bahasa inggeris.
    Saya bukanlah ingin menentang atau menyanggah cuma ingin memperbetulkan kenyataan tun tentang perkara keempat itu. Itu adalah hadis Maudu’ iaitu hadis palsu yang menggunakan nama nabi. Harapnya tun boleh perbetulkan perkara itu.
    Saya pun tak tahu samada tun dapat melihat komen saya ini disebalik bertimbun komen profesional yang lain.. sekian, wassalam.
    rujukan : http://www.darulkautsar.com/penghadis/umum/fabricated.htm

  197. dospenang Aug 11,2008 3:41 PM

    SALAM TUN.
    KHAS KEPADA TUN
    HADIS DI ATAS ADALAH HADIS MAUDHU, NAK BETULKAN POST SAYA DI ATAS
    SAYA TULIS HADIS DHAIF.
    JADI HADIS TUN TULIS DI ATAS ADALAH PALSU………
    SUMBER RUJUKAN HADIS DI MALAYSIA:
    (Kedua-dua adalah DR. dalam bidang Pengajian Hadis)
    DR MOHD RADZI OTHMAN lulusan dari UNIVERSITI MADINAH
    DR MOHD ASRI ZAINOL ABIDIN, MUFTI PERLIS SEKARANG.
    HARAP TUN DAPAT MENYEMAK SEMULA DARI KEDUA-DUA ORANG DR PAKAR HADIS YANG SAYA SEBUTKAN.
    WASALAM

  198. M Nor Aug 11,2008 3:34 PM

    Tun,
    Saya berpendapat tidak ada apa-apa kurangnya pelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Malaysia bagi peringkat sekolah rendah dan menengah. Dua orang anak saya belajar di sekolah kebangsaan dari sekolah rendah hingga mencapai SPM. Kemudian ambil “A” Level dan terus belajar ke universiti di Australia dalam bidang kewangan dan sains. Tidak ada apa-apa masalah yang dihadapi. Bahasa Inggeris lisan dan tulisan mereka adalah sangat baik. Anak-anak saya dari kecil lagi dilatih suka membaca buku bacaan dalam Bahasa Inggeris dan sehingga sekarang sentiasa membawa sebuah buku bersama bila keluar dan ambil peluang untuk membaca ketika menunggu di bank, stesen dan dalam keretapi/bas/kapalterbang.
    Jadi sekolah-sekolah tidak perlulah mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris semata-mata untuk anak-anak fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris. Sebaiknya kalau boleh semua mata pelajaran hendaklah dalam Bahasa Inggeris seperti sekolah-sekolah pra awal 70’an dahulu. Atau pun sediakan banyak buku bacaan Bahasa Inggeris di perpustakaan sekolah dan galakkan anak-anak sekolah suka membaca buku bacaan dalam Bahasa Inggeris.

  199. speedbird Aug 11,2008 3:19 PM

    PEJUANG-PEJUANG BAHASA MELAYU DIKALANGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN TANAH MELAYU AMAT BERHIPOKRIT. KETIKA MEMPERJUANGKAN BAHASA MELAYU DI SEKOLAH-SEKOLAH TEMPATAN, MEREKA MENGHANTAR ANAK MEREKA SENDIRI KE LUAR NEGARA. YANG RUGI ORANG MELAYU.

  200. Lagos69 Aug 11,2008 3:17 PM

    Salam Sejahtera Tun,
    Sebahagian rakyat dari berbagai kaum mahu matapelajaran Matematik dan Sains kembali diajarkan di dalam bahasa Melayu. Bagi saya, tidak ada cacatnya penggunaan bahasa tersebut di dalam matapelajaran itu selama ini. Bahasa Melayu terbukti mampu menjadi bahasa ilmu.Insyallah.
    Tetapi perlu diingat bahawa matapelajaran Bahasa Inggeris lah yang perlu kita pertingkatkan dan perlu pendekatan yang relevan. Apabila Bahasa Inggeris itu sendiri yang dapat dipertingkatkan maka dalam apa bidang sekalipun ia masih relevan untuk digunakan tak kira ianya matematik ,sains, dll.
    http://impianrakyat.blogspot.com

  201. annat Aug 11,2008 3:07 PM

    Welcome back GOMO.

  202. SID Aug 11,2008 2:59 PM

    Yang Berbahagia Tun,
    Saya adalah bapa yang mempunyai anak disekolah, dari mula pengajaran Matematik dan Sains didalam Bahasa Inggeris dilaksanakan, saya sangat rasa gembira.
    Walau pun banyak polemik dari keputusan kerajaan itu, bagi saya itu adalah satu keputusan yang tepat.
    Misi menjadi negara maju menjelang 2020, perlu dilakukan dengan langkah-langkah yang konstruktif.
    Kerap timbul statement “Jepun, Korea, German tak de Bahasa Inggeris pun maju”
    Soalnya berapa bilion Singapoura belanjakan untuk R&D pada tahun 2007. Berapa billion pula yang dibelanjakan oleh Jepun dan Korea, bukan sahaja tahun 2007 tetapi tahun-tahun yang sebelumnya untuk menjadikan mereka seperti hari ini.
    Kita tidak boleh menghabiskan berbillion ringgit untuk R&D kerana sebab-sebab yang kita tahu.
    Bila berbillion dibelanjakan bagi tujuan R&D bermakna banyak penyelidikan dibuat.
    Bila banyak penyelidikan maknanya banyak penulisan.
    Bila banyak penulisan banyak penerbitan.
    Banyak penerbitan banyak buku rujukan.
    Adakah buku-buku berkaitan ditulis di dalam Bahasa Melayu?
    Berapa banyak DBP menterjemahkan buku-buku tersebut kedalam Bahasa Melayu.
    Jalan singkat ialah dengan mengajar subjek-subjek tersebut didalam Bahasa Inggeris.
    Supaya dunia ilmu akan luas terbuka dengan cepat dan mudah, berikutan kemajuan ICT dan banyak buku-buku rujukan dalam Bahasa Inggeris.
    Malangnya kesedian guru selalu dijadikan alasan. Kelemahan bukan masalah, masalahnya bersediakah guru-guru kita mengubah dan memperbaiki diri, setelah 7 tahun pengajaran Matematik dan Sains dijalankan dalam Bahasa Inggeris, jika guru berusaha, saya pasti kita telah bersedia sekarang dengan guru-guru yang baik. Tapi kita selalu menutup kelemahan kita dengan kelemahan orang lain. Cuba menyalahkan antara satu dengan lain, akhirnya setelah berbillion dibelanjakan untuk kemudahan disekolah, ada desakan-desakan yang disokong oleh orang-orang yang mempunyai pandangan singkat, supaya pengajaran subjek-subjek tersebut diajar semula dalam Bahasa Melayu.
    Diharap pihak-pihak yang berwajib tidak mengalah kerana tujuan politik,renung-renunglah anak-anak sahabat-sahabat kita ada tempat di Universiti-universiti di Taiwan, China, Hong Kong dll tempat, Kita? nak hantar ke Indonesia je ke?
    Terima Kasih Tun.

  203. edalia Aug 11,2008 2:54 PM

    Salam Tun..
    Saya tidak bersetuju dan bersetuju dengan Tun dlm isu nih.Memng bhs Inggrs pnting pd zaman skrang,tidak dinafikan..tetapi kalau kita tengok negara lain yang tidak mengutamakan bahasa Inggeris pun mampu maju dah lebih berkembang tanpa mengunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran di sekolah.Contoh yg boleh diambil ialah negara Jepun dan Jerman.Sedangkan kita sedia maklum negara Jepun terkenal dgn sifat mereka yg suke meniru utk brjaya.
    Memang pelajar patut sedar kepentingan bahasa Inggeris tetapi pada fikiran saya tidak perlu lah sampai bahasa Inggeris digunakan dalam pengajaran subjek Matematik dan Sains,menyukarkan pelajar jer..sedangkn kalau kita gunakan bhs ibunda,bukan ke itu salah satu cara untuk mempopularkan bahasa Malaysia setaraf dengan bahasa lain..
    Kalau pun kerajaan Malaysia tetap hendak mempraktikkan idea ini, kerajaan harus lah mengambil langkah2 yg sepatutnya.Jangan nanti akhirnya menyusahkan generasi yang akan menggantikan kita satu hari nanti.
    Tapi sebagai umat Islam,kenapa kita tidak memfokuskan kepada bahasa Arab dan tulisan jawi? adakah bahasa Arab dan tulisan jawi sudah tidak relevan? Kita tahu bahasa Arab penting untuk umat Islam,dan jika terjadi perang atau krisis (Nauzubillah),bahasa Arab dan tulisan jawi sahaja lah yg selamat digunakan.Rasulullah SAW sendiri dah tekankan perkara ini. Kita umat Islam,kenapa takut nak bertindak sebagai umat Islam? Satu persoalan untuk kita fikirkan.
    Wassalam..

  204. sitrend Aug 11,2008 2:54 PM

    Surely we can’t learn Greek and Latin to master Science and Maths as old age scientists did. We now have another medium and that is English. It is only a vehicle which carries the meaning and expresion. In no way it can possess a person.Keep it under your control.This is the same way we deal with money, which simply a medium for trading. It has its intended use and to expect a piece of note to give you happiness is sheer stupidity.That is not its function.
    Similarly English is just another language which carries meanings in a much faster, universal and acceptable means.Since there are huge volumes of books of science and maths in English, it is obviously right to study it in that language.
    I do not understand why is there a need for Chinese and Tamil schools. One’s own language can be learnt separately.In fact vernacular schools should be converted as English schools.So now there are 2 choices,either BM or English medium schools. Nevertherles Secondary schools MUST be all in English with BM and one’s mother tounge as mandatory subjects. This is to ensure the seriousness of someone learning it.
    I have noted that one of the best ways to inspire Science and Maths is by reading biographies of scientists and mathematicians. And majority of these books are in English. Physics would be simply dull and boring till one reads the lives of Isaac Newton, Einstein, Marie Curie,Max Plank and other modern scientists and glimpses of latest discoveries and theories. In school basically what is taught is rather obsolete.Like Newton and Kepler’s gravitational force theories are superceded by Enistein’s General Relativity.
    Science is about logics, it dissects and probes deeper and deeper into the nature of Nature. It is by no means irreligious to ponder into. It has its own charm and beauty and one will in fact be more bewildered and amazed by such glorious existence. Try Quantum Physics and the Superstrings. You will become more and more religious as you ponder into the realms. How else can one enjoy such creation and the grace of God when the secrets are revealed little by little and suddenly you will find a sense of belonging, a sweet serenity and the tears will flow, in sheer gratitude. It is beyond experience, it can’t be explained through mere words.And it is called Grace.
    Nevertherles science has its limits. Too much Mind and one simply loses the grip. It’s like a scientist dissecting a rose and down in his cellar there are hundreds of bottles and they are all filled and labelled wih their scientific names.Except for one bottle which has remained empty for a long time and lebelled “BEAUTY”. The scientist is still searching for it……….
    For that we need intuition.One derives it from poetries,arts and subjects close to one’s heart. A modern man has to the bridge between both. The meeting of the great river and the mighty sea, it is simply awesome.Be like the beautiful river Jordan that mingles with the sea rather than a dead sea which has no flow, stagnant.
    English should be mastered by all for the very simple reason as to aquire knowledge. There are linguistic chauvinists who go on carying propagandas. These kind of people are the enemies of the society as they have no intention for others to excel but they themselves and their family members quietly go on hoarding knowledge and money. Both are poisonous……and they give out poisoned nectars, fatally sweet.
    The East ( Asia) has so much in common. For thousands of years knowledge has crossed continents and people has learned the respective languages in order to master the knowledge. Has there been English at that time, it would been one common medium of communication for all. They were not so lucky as we are and they must be tosing and turning in their graves in utter disbelieve that people could actually promote ignorance when the vast ocean of knowledge is readily available at the click of the mouse.
    China, India and the Arabian countries have diligently studied each other. If there is one common denominator that has transcended all other differences is the thirst for knowledge. From Aryabhata who invented zero numeric called “Saiver” in sanskrit, “Sifar” in Arabic, “Sphere” in English and now “Cyber” to commensurate the digital age.
    The Arab’s “Alkimia”,”Algebra”, astronomy and biology had greatly influenced the Greek. The Greek were simply flabbergasted with the Eastern science and later introduced pure logical thinking. Hence Alkimia became Chemistry. It had lost its original beauty. That’s the western Mind and we seem to adopt them lately.We have lost the entire knowledge accumulated for centuries by burning down of the Library of Alexandria by a madman.Now the western world simply has to discover many that our ancestors has discovered aeons ago.
    Asians, particularly Malaysians can excel far higher in science, maths and art subjects since we have inherited the correct ingridient for centuries. We should not waste it. The fear that English language may make one become a non-believer is a prophecy of doom. We do not treat money like that and so why do we have to halt knowledge. One seeks knowledge not to show off, not to prove to the world. That is simply a sign of inferiority complex. We are doing it because it is a part of us, our true nature to unite with the immense, and to speak tha language of nature. By understanding it we can then become more religious and more loving.

  205. Neil Aug 11,2008 2:48 PM

    Tun,Your greatest mistake in your 22years rule is that you didn’t introduce chinese language to the malay schools or universities.Otherwise today most of the malays can further their studies in China which is cheaper and will save the gov’t lots of money.And do not forget they can enjoy lots of tasty chinese food(halah).

  206. irhafiz Aug 11,2008 2:32 PM

    Pengajaran sains and matematik in english….
    Maaf utk sesiapa yang masih lagi kabur terhadap matlamat yang jelas dari usaha ini…
    Pendapat saya….
    Tidak dinafikan setiap bangsa membawa budaya dan juga sudah pasti setiap bangsa tetap membawa bahasa… Bahasa jiwa bangsa…ada sedikit benarnya.
    Sudah tentu bahasa juga membawa budaya…
    Saya pasti ramai yang bimbangkan bahasa inggeris ini membawa budaya barat masuk bertapak ke laman malaysia…yang penuh dengan budaya yang indah.
    Peniruan terhadap budaya barat ini sebenarnya telah wujud sejak kita di jajah lagi… penjajahan fizikal meninggalkan kesan terhadap penjajahan minda yang masih melekat kuat di minda dan perilaku warga malaysia.
    Mengagungkan barat… Gejala sosial yang banyak timbul sekarang tidak hanya boleh di atasi dengan penggunaan bahasa sahaja…
    apa yang penting kekuatan dan penguasaan terhadap pengetahuan, ilmu itu sendiri yang berjaya membawa kita mencipta tamadun atau sekurang-kurangnya membangunkan tamadun. Bagaimana sekali pun cara yang murni yang membantu kepada penguasaan ilmu tersebut seharusnya disokong tanpa mengabaikan faktor-faktor yang lain..
    Apa yang saya nampak… tamadun dicipta oleh mereka yang berilmu dan berakhlak dengan akhlak yang murni… Islam.
    Ilmu tanpa akhlak akan sesat…
    http://irhafiz.wordpress.com

  207. nenek33 Aug 11,2008 2:29 PM

    1.Salam Ybhg.Tun,
    2.Teruskan perjuangan dan menulis blog,
    3. semogs allah sihatkan Tun dan Tun Dr Siti Hasmah,
    4.Saya pembaca blog Tun melalui PDA,setiap 1/2 jam saya akan melayari blog Tun.
    5. Ia menjadi kepuasan membacanya kerana ianya melibatkan isu-isu semasa yang perlu dibaca untuk pengetahuan bagi generasi ke3 seperti saya ini.
    6.Bahasa Inggeris amatlah perlu bagi mereka yang ingin meluaskan dan mempertingkatkan profesionnya samada dalam negara mau pun diluar negara.
    7.Seperti yang Tun katakan perlunya bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan Sains memang betul.
    8.Orang yang sengaja mengatakan ianya tidak perlu kerana mereka-mereka ini ada niat yang tersembunyi untuk kepentingan diri.
    9. Mereka-mereka ini lah petualang bangsa.
    10. Tahniah Tun,orang seperti Tun lah allah harus panjsngkan umur,telus kepada bangsa,agama dan negara. Teruskan perjuangan ^un, kami menyokong penuh.
    11. Harapan saya agar suatu hari nanti kita boleh berjumpa dengan blogger – blogger yang melayari blog Tun dalan majlis ramah mesra.
    Terima kadih Tun.

  208. fadzlie Aug 11,2008 2:23 PM

    Assalamuaikum Tun.
    Sebagai rakyat Malaysia,saya menyokong pendapat Tun tentang penggunaan Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik. Dahulu,sejak sekolah rendah lagi hinggalah SPM saya di ajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu. Bagi saya,ketika itu saya mudah memahami apa yang dipelajari walaupun terdapat istilah yang agak ganjil sebutannya. Namun apa yang ingin sampaikan disini ialah ketika saya menyambung pelajaran di Universiti. Ketika itu,saya agak terkejut dengan istilah-istilah Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Penguasaan Bahasa Inggeris saya ketika itu tidaklah agak mahir. Maka,saya terpaksa mengambil masa untuk memahami dan menguasai sesuatu perkara walaupun saya pernah tahu mengenai perkara tersebut kerana istilah baru. Ketika itu,saya merasakan pengunaan Bahasa Inggeris memang amat penting ke arah global jika hendak berjaya. Selepas tamat pengajian, saya ke alam pekerjaan. Kebanyakkan syarikat ingin pekerja yang dapat menguasai Bahasa Inggeris terutama syarikat global. Dalam sesebuah syarikat,kekosongan jawatan pengawai,kebiasaannya diisi oleh orang yang mahir berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu saya memang merasakan wajar mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris kerana tidak rugi langsung,malahan rakyat Malaysia dalam menguasai bidang teknologi.
    Namun saya agak hairan dengan kerajaan selepas Tun kerana mereka sentiasa mencari kesalahan yang dilakukan oleh Tun. Bagi pembangkang pula, mereka segaja mengutarakan isu ini supaya merasakan mereka jaguh rakyat Malaysia,malangnya mereka layak dipanggil jaguh kampung sahaja kerana pandai bercakap sahaja tetapi tidak memkirkan kesan jangka panjang jika perlaksanaan ini diteruskan. Memang benar,ramai orang Melayu tidak fasih berbahasa Inggeris termasuk saya sendiri.Namun tidak menjadi masalah jika dapat menguasai Bahasa Inggeris. Tidak hilang identiti sesuatu bangsa jika menguasai bahasa selain bahasa ibunda. Kita ambil contoh orang Cina dan India di Malaysia. Mereka belaja bertutur Bahasa Melayu,tetapi identiti mereka masih kekal. Mereka tidak dianggap merendahakan bahasa ibunda mereka.
    Sekian…Terima kasih Tun Dr Mahatir !!! Semoga sihat selalu.

  209. abang_chik Aug 11,2008 2:21 PM

    salam untuk tun sekeluarga…
    dahulu saya bersekolah di sek. keb tg karang…
    rata2 pelajar dari bertutur dalam bahasa melayu dan jawa…
    tapi bagi saya yang masih bersekolah rendah pada waktu itu menganggapnya biasa…sehingga la saya di beri biasiswa yayasan selangor…dan belajar di sekolah men. keb La Salle PJ…
    saya berasa betul2 tertekan…dan saya memang malu…saya bukan malu sebab saya bodoh…tetapi bahasa inggeris saya memang teruk..bukan saya tak boleh membaca..saya boleh membaca dan menulis…tapi saya malu untuk bertutur dalam bahasa inggeris…
    dan saya rasa saya memang jauh ketinggalan dalam pelajaran..saya tiada keyakinan untuk bergaul…kerana rata2 pelajar sekolah ini bertutur dalam bahasa inggeris…dan saya berada dalam kelas pertama..yang ade hanya 10 org pelajar melayu dari 40 lebih pelajar dalam satu kelas…dan saya rasa kekok untuk bertanya…saya pun berfikir alangkah eloknya saya belajar dan bertutur bahasa inggeris semenjak kecil..bukan kerana malu untuk bercakap melayu…bahasa melayu juga penting…tetapi lebih bagus kalau menguasai lebih banyak bahasa…sekurang2nya kita tahu apa yang orang sedang perkatakan tentang kita…itu kisah di zaman sekolah…kemudian saya melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan elektronik…dan banyak istilah2nya dalam bahasa inggeris…banyak bahan rujukan dalam bahasa inggeris…jika dalam bahasa melayu pun..saya tidak faham….kerana bila di terjemahkan dari bahasa inggeris ke bahasa melayu…bunyinya agak berlainan dan sukar untuk memahami apa yang cuba diterangkan…saya pun berfikir lagi..alangkah bagusnya kalau saya boleh bertutur dan memahami bahasa inggeris dengan baik sejak kecil…saya rasa usaha untuk mempelajari matematik dan sains dalam bahasa inggeris bukan lah buang masa dan tak berguna…kalau boleh saya ulang masa ini..dan balik ke masa saya kecil…saya pasti akan belajar bahasa inggeris dengan bersungguh2..bukan kerana malu dengan bahasa melayu..tetapi bahasa inggeris satu keperluan pada masa kini…kini saya sudah berkahwin dan mempunyai anak…saya mula mendidik anak saya bertutur dalam bahasa inggeris…dan bahasa bugis…walaupun anak saya baru 2 tahun…tapi alhamdulillah…dia boleh bertutur dan memahami walaupun agak pelat untuk menyebut…tetapi ianya langkah2 untuk mengusai…saya rasa agak rugi kerana tun tidak memulakan pembelajaran dalam bahasa inggeris ketika saya masih bersekolah dulu…akhir kata…semoga malaysia kembali aman dan terus maju demi masa depan anak2 dan cucu kita….takkan kita hendak memberi negara yang telah musnah dan di jajah kepada waris kita…
    salam perjuangan dari saya….

  210. walidfaruqi Aug 11,2008 2:17 PM

    Salam Tun,
    “Kita diberitahu Nabi bersabda “Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China”. Apakah dapat orang Arab tuntut ilmu orang Cina tanpa mempelajari bahasa Cina, lisan dan tulisan, terlebih dahulu?”
    Sekadar ingin memaklumkan, apa yang dikatakan bahawa “TUNTUTLAH ILMU HINGGA KE NEGERI CHINA” sebenarnya adalah HADIS MAUDHU’ (HADIS PALSU).
    Sila rujuk: Ibnu al-Jauzi dalam bukunya Al-Maudhu’aat, Buku Menangkis Pencemaran Terhadap Agama dan Tokoh-Tokohnya karya DR Mohd Asri Zainal Abidin (S.S Mufti Perlis). Hadis ini juga turut dikritik oleh pengkaji-pengkaji hadis seperti Ibnu Tahir alMaqdisi, al-Iraqi, Ibnu Hibban dan Tokoh Hadis terkemuka dan kontemporari Muhammad Nasiruddin alBani.
    Pada peringkat awal kemunculan hadis ini, berkemungkinan penyebarnya berhasrat untuk memberi galakan supaya menuntut ilmu sejauh mungkin, hatta ke negeri China sekalipun. Meskipun begitu, menyandarkan hadis yang direka sendiri dengan mengatakan ianya terbit daripada Rasulullah saw adalah tidak wajar sama sekali.
    Mungkin ada yang akan berhujah bahawa ‘hadis’ di atas dimuatkan dalam kitab Ihya Ulumiddin oleh Hujjatul Islam Imam al-Ghazali. Benar, ‘hadis’ ini ada dalam Ihya’ Ulumiddin. Dan memang benar juga kitab tersebut banyak dipenuhi dengan hadis-hadis maudhu’. Justeru, bagi pembaca kitab ulama silam serta peminat al-Ghazali, sila dapatkan kitab tersebut yg telah ditahkik (edit) oleh editor yang muktabar dan dipercayai.
    Sekian, hanya peringatan buat Tun.
    al Faruqi

  211. AJ Aug 11,2008 2:13 PM

    Saya terpanggil nak memperkatakan hal ini.Saya tak mempersoalkan hal perkembangan terkini,tetapi saya rasa haluan pembentukan budaya Malaysia sedikit menyimpang dari tujuan asal.Saya rasakan kita cuma menjerumus pada satu sudut sahaja tanpa mempertimbangkan kesan pada seluruh keadaan dalam membentuk Budaya Malaysia.Mungkin sedikit kegusaran kepada arah tujuan budaya kita seterusnya,dapat Tun berikan sedikit penjelasan

  212. Azam Aug 11,2008 2:11 PM

    Yang Berbahagia Tun…
    Selamatkan UiTM, Tan Sri Khalid Ibrahim sudah mula membuatkan kami pelajar uitm gelisah….UiTM tidak perlu dibuka kepada kaum bukan bumiputera
    Selamatkan UiTM….
    Statement Tan Sri Khalid
    http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Mutakhir/20080810144332/Article/

  213. dospenang Aug 11,2008 2:03 PM

    Salam TUN,
    KHAS KEPADA TUN DR MAHATHIR!
    Minta maaf, niat di hati cuma ingin menegur bukan menunjuk pandai!!
    Hadis yang TUN TULIS DI ATAS:
    “Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China”
    ADALAH HADIS DHAIF ATAUPUN HADIS YANG TIDAK SAHIH.
    Saya pernah mendengar seorang DOKTOR PAKAR HADIS memberi kuliah mengenai hadis tersebut.
    BAIKLAH SUMBER RUJUKAN HADIS DI MALAYSIA:
    DR MOHD RADZI OTHMAN lulusan dari UNIVERSITI MADINAH
    DR MOHD ASRI ZAINOL ABIDIN, MUFTI PERLIS SEKARANG.
    HARAP TUN DAPAT MENYEMAK SEMULA DARI KEDUA-DUA ORANG DR PAKAR HADIS YANG SAYA SEBUTKAN.
    WASALAM

  214. dev Aug 11,2008 2:02 PM

    Hello, Sir.
    This is a very timely piece. I was actually waiting for Tun to break the silence on this issue. I started my schholing days during the late seventies. All my subjects were in BMalaysia, except English. I am fluent in BMalaysia as well as in English. However, I am sad to see the present situation..youngsters who are unable to converse in English. It is a shame to see their lives being thrown away just because of their attitudes towards English.
    Tun,
    You took the right move when you introduced PPSMI. Of course the implementation was a bit ad hoc… and i know for a fact it was not your fault either! You instructed the Minister to look into the matter seriously. He took it rather seriously by instructing the officers in the Ministry to implement PPSMI asap just to impress you! That was the mistake then.
    But after 6 years, the mistake lies with our teachers! Our kids are willing to learn in English…but are our teachers willing to teach? Some have been waiting since 6 years ago to get PPSMI reviewed! Still not wanting to budge with their attitudes, they have been able to influnce many a teacher to follow suit to challenge the implementation of PPSMI! And that is the real problem actually!
    Tun,
    I was waiting for this platform to air my views. I noticed many have also done the same. Parents are wanting their kids to carry on learning in English! So why must we budge? Why must we bow to some political pressure that only think of their own political survival!
    Hope Dtk Hisham reads all the views in this blog…
    Carry on, Tun

  215. Abd. Samad Aug 11,2008 2:02 PM

    Y.Bhg Tun,
    Saya pada dasar nya bertsetuju dengan dasar ini.
    Tetapi pelaksanaan nya yang tidak bijak
    Anak buah saya lahir dan dibesarkan di kampong dalam Negeri Selangor (Negeri Maju di Malaysia)
    Sains dan Metamatik yang di ajar dalam Bahasa Melayu pun mereka tak faham, mungkin kerana “bodoh”
    Tidak semua anak-anak pandai macam anak pelaksana dasar.
    Apabila diajar dalam Bahasa Inggeris (mungkin Chegu sendiri pun takfaham apa yang di ajar 🙂 )
    Subject Sains dan Matamatik GAGAL.
    Ini kah matlamat nya.
    Pelaksana, seperti burung kakak tua yang ikut saja, termasuk media arus perdana.
    Mereka sangat takut kepada Tun ketika itu.
    Masalah pelajar bukan masalah mereka, itu dasar PM
    Saya pernah menulis kepada Pengarang Utusan Malaysia
    Marilah kita gerakkan sesuatu untuk dapat menghantar message kepada PM, Pelaksanaan dasar ini tak begitu bijak.
    Orang UMNO takut kat PM, takut nak menyuarakan pendapat yang bertentangan dengan dasar PM.
    Projek ini baik, tapi pelaksanaan nya terok, anak melayu juga yang rugi, mereka sepi
    la ni apabila Y.Bhg Tun dah tak berkuasa baru mereka bersuara.
    Tindakan mereka tidak ikhlas, terlambat
    Anak melayu telah rugi
    Allah telah tunjukan balasan nya kepada mereka
    Ikhlas dari saya.

  216. nusams Aug 11,2008 2:00 PM

    Assalamualaikum Tun,
    Again well said and argued for. However with due respect sir I wish to differ this time. When it comes to education, there’s the teachers and the students. Young students in Malaysia, just like anywhere in the world can easily be educated. Thats the nature of young people, they aree like sponges that will absorb anything easily.
    But I feel the problem lies with the teacher. Unfortunately, most teachers in Malaysia are yet to master the English language. So this is where the problems lies. The idea is very noble Tun, but if a teacher failed to communicate to students properly knowledge will not be passed properly, information will be lost during the process and misunderstanding and misinterpretation by the students will arise.
    Teaching maths in sciences in English will increase the whealth of vocabularies of the respective subject, but not the usage of english language. We all know the key to success in anything in life is effective communication with correct usage and understanding of language.
    The best way forward would be perhaps to educate the educator first and english to be taught in a way that students can use it a tool of knowledge. Special classes on appraisal of English literatures for example allows for understanding of the language and allow for students to critically think. Once the teachers and students master the language, perhaps then it will be appropriate to teach maths and sciences in english.
    Finally, take care Tun and thank you for all you’ve done to this wonderful nation. May Allah bless you.

  217. Pak Din Aug 11,2008 1:58 PM

    Salam Tun sekeluaga,
    Ayah saya mengajar bahasa Ingeris and Bahasa malaysia, dia juga adalah pengetua dibeberapa sekolah berasrama penuh semasa Tun mentakbir dulu. Dirumah, saya bertutur dalam bahasa malaysia dengan ibu saya dan 90% dalam bahasa Ingeris dengan ayah. Dia sentiasa membetulkan bahasa saya dan mengingatkan saya betapa pentingnya bahasa dalam karier saya nanti.
    Needless to say that I now prefer to communicate in English moreso than any other language. Today, I realise that should the Malays want to be competitive to the dominant Chinese in Malaysia, it is an ABSOLUTE must that we master their language. I would strongly suggest that:
    1) Abolish all sekolah jenis kebangsaan! Ini punya pecah belah antara kaum. If our kids can’t even put up with each other during primary school, you can forget about “Bangsa Malaysia”!!!!
    2)Introduce multiple bahasa (mandarin, Cantonese, Tamil, Hindi & etc) as a 3rd language in primary and high school. This is mandatory to pass! Malays is the only ethnic group who does not have a 3rd language. That is why we are loosing out on most opportunities/negotiations & etc. Sad, the malays are becoming more and more like the ignorant Americans who thinks the whole world should be like them and speak only English. Idiots at Best!
    3)Bahasa and Kaum are not to be linked to Religion. As we are working towards a bangsa Malaysia, please treat religion differently. Religion is a super sensitif subject. Not to be debated or have an open forum regarding it. Malaysia have been succesful because we address it behind close doors. Don’t try to be smart and start changing a winning formula and screw everything up! To start with, talk to the government, if they don’t listen..talk to them again. Do it behind close doors and using the right channels.. NEVER CHALLENGE the government! Eventhought at time we have a Donkey that runs the country 🙂 Sorry.. can’t help it.
    I am always humbled by you thoughts my dearly beloved Tun. I honestly know that it is too much for us to ask from you as you have done soo much for us all but, at this present moment I do not see anyone else that is able to rescue us.
    Just my dua sen.
    Pak Din

  218. kc Aug 11,2008 1:52 PM

    Tun,
    Aren’t you the one who was responsbile in changing the teaching medium in secondary school from English Language to Bahasa Malaysia in the 80’s?

  219. mizix Aug 11,2008 1:52 PM

    Assalamualaikum Tun,
    Saya adalah seorang peminat setia blog ini dan hampir setiap hari saya akan melihat pandangan Tun.
    Saya berasakan PPSMI adalah relevan dengan realiti dunia sebenar, tetapi ada masalah dalam pelaksanaannya.
    Sebagai orang yang hampir dengan dunia pendidikan, saya melihat sendiri ada pelajar-pelajar Melayu tidak langsung dapat memahami pengajaran Matematik & Sains dalam Bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar ini bukanlah pelajar luar bandar tetapi pelajar yang belajar di pinggir bandar raya JB. Bukan kerana pelajar ini malas atau lembap tetapi sememangnya kerana asas kemahiran bahasa Inggeris mereka tidak kuat.
    Selain itu, segala bahan-bahan pengajaran seperti CD dan laptop tidak digunakan sepenuhnya. Bukan kerana guru malas untuk menggunakannya tetapi kerana peralatan yang diberikan kadang-kadang mudah rosak dan “out of date”. Harganya juga lebih mahal berbanding dengan harga di pasaran.
    Umum boleh lihat setiap tahun prestasi Sains & Matematik meningkat, tetapi apa makna peningkatan jika markah lulus hanyalah 25% berbanding 40% yang digunapakai di sekolah-sekolah sekarang?
    Minta penjelasan Tun.
    Assalamualaikum

  220. zaba_afie Aug 11,2008 1:45 PM

    asallammuallaikum TUN,
    ABU LAHAB & ABU JAHAL & MAMMAN & AMIR HAKIM ( panglima perang MASIR zaman pemerintahan JAMMAL ABDUL NASIR )
    saya kurang arif tak tau keturuna bangsa apa mereka itu, yang pasti abu lahab & abu jahal musoh ugama islam & amir hakim ada lah happrak pembelut negara,berperanan tali barut ISRAEL untok general DAYAN ( mata satu ) menjadikan MASIR KALAH terok punca NEGARA PALASTEN jadi lugai lugai sampai skarang, siapa pduli
    rupa rupa nya di tanah melayu ini pun ada si bangsat sesat bani abu lahab al- abu jahal al bedebahi dgn bodoh sombong, menindak sejarah nabi MOHAMMAD s.a.wbersabda.
    masok kandang kambing mengembik lah TUAN, jangan lah mengauomm, bertempiaran la…. jangan memperlekeh keturunan ummi (ajam) tolong bilek2 sejarah, ummi ada kereta motor PROTON ammi PAKAI kereta KALDE
    SMUGA HIDUPI MU TUN SENTIASA DI LINDUNGGI ALLAH,INSYAALAH

  221. Liew Aug 11,2008 1:42 PM

    Tun,
    Interesting subject! The main reason any politicians want to continue using BM in science and maths is because they need to keep the public ignorant and backward so the politicians can continue to fool the public. Bigger cities folks knows the importance of English and sent their children to extra classes but it is the kampong folks that are been fooled or keep inside the “tempurong” so they can continue to vote for them. Once these kampong people increase their knowledge and understanding, they are in trouble. The politicians are using “suppression of knowledge” and “unity propaganda” to increase their possibilities to rape, abuse and rob the country.
    Malaysia is going backward everyday if we keep voting for unqualified and greedy people to run our ministry. Ministers and senior civil servant should be selected base on their professional qualification and not their popularity and we should not give them special treatment like police escort as they should serve the public (they pledge so) and not the other way round. Why should the public give way to those so called VVIP, they are PUBLIC SERVANT and they should give way to us taxpayers.

  222. jaiguru Aug 11,2008 1:31 PM

    ENglish or non english…. i think test-base education system is not that relevant anymore..i went through 11 years of KBSM, KBSR system; and if u fail form five .. that means live is going to be hell fo you… unless u r a rich man’s son.
    And more even when u finish Uni or college…. u are not well prepared for working class.
    Worse still when u retire you only have yourself to feel sorry about-retirement plan is not helping you to sustain.
    What’s the use of an education when the meaning of survival and to make end meet dampened the spirit to excel and being creative.
    There isn’t a place in the whole of Malaysia conducive enough to help its people to think out of the box.
    Take the coal-plant meant for Sabah for example…. stupid people only care about Plant and i thought TNB was suppose to be smart….. but they refuse to look for alternatives,…. those idiots.
    Take the national oil firm for example… thought they might spearhead the development of biofuel… common la im a motorist… they make money more than they should be making…. they just sit still and let others think of biofuel. and when someone else got the brilliant formula … they will make their own with the patent formula and mass produce.. leaving other firms to suffer.
    SO tell me which part that learning science and mathematics in english… is relevant when the current education system doesnt spur the development of creativity and to think for the betterment of the whole……..
    selfish just selfish.

  223. ARZ Aug 11,2008 1:29 PM

    Dear Tun yang dikasehi,
    I was told that in many sekolah kebangsaan, the teachers themselves are not competent in English, so the teaching of English, math and science in English has not been effective. Students regard english, math and science as dull and boring subjects and they lack interest.
    Due to weaknesses in teaching of English as a subject, many students, especially the Malays, do not speak English and do not have good grasp of the language. When it comes to science subject, some students give wrong answers because they don’t understand the english eventhough they understand the science of the questions.
    Teaching math and science in English will not achieve the objective as you mentioned in your article due to these 2 factors (teachers who are not competent in English and students who don’t speak the language). Therefore, the the ministry must improve the teaching of the English subject itself.

  224. forever young Aug 11,2008 1:23 PM

    My Dearest Tun M,
    I personally do not agree (from beginning)with the two subjects (science and mathematic) be taught in English despite your explaination. I myself have four children and I really pity them because they keep complaining that their teachers fail to deliver the two subjects properly in English because of their poor English. Besides, most children are not well verse in English, especially those in rural areas.
    I strongly believe that – the only way to really understand and communicate in English is by learning the language itself. We really need to overhaul our education system. For instance, the need to instill sense of self-confidence in our children by allowing and encouraging them to actively participating in public speaking in English. The english lesson has to be revamped and make it more lively to our children – not such a boring lesson. We have to find ways to make our children really master in English language (not just speaking but also writing).
    Once we master the English language, we should not have any obstacle to comprehend any subject – be it science or mathematics. Are you with me???
    Other than the above – I AM ALL WITH YOU… Do take a very good care of yourself, alright…

  225. Tauke Kedai Aug 11,2008 1:16 PM

    Semasa saya belajar di universiti, semasa mengikuti kurus Enjin Pembakaran Dalam (Internal Combustion Engine), saya dapati bahawa galas adalah ‘bearing’ dan sesondol adalah ‘cam’, iaitu dua komponen penting enjin.
    Apabila kita menghantar kereta untuk diperbaiki misalnya, mekanik akan menyebut ‘bearing’ ataupun ‘cam’. Tidak pula dia menyebut galas ataupun sesondol.
    Saya memang menyokong matapelajaran Matematik dan Sains diajar menggunakan Bahasa Inggeris. Ini bukan sahaja menyediakan akses untuk kita, tetapi boleh meningkatkan daya saing kita diperingkat antarabangsa. Bahasa Inggeris adalah ‘lingua franca’ zaman sekarang.
    Justeru, di samping menggalakkan Bahasa Inggeris dalam matapelajaran Sains dan Matematik, matapelajaran Bahasa Inggeris juga perlu diperkasakan di sekolah-sekolah.
    Kementerian Penerangan (maaf jikalau Kementerian ini sudah bertukar nama) juga hendaklah memainkan peranan dengan memperbanyakkan program-program berbahasa inggeris.

  226. anakku5 Aug 11,2008 1:15 PM

    Dear Tun,
    Those who are oppossed the usage of English language for both subject really narrow minded. They are ultra-malays who cannot see your intention in broad prospective. How we are going to remain competative in this globalisation era if we don’t want to change our mindset.
    Tun, I missed your leadership very much.

  227. dezeul Aug 11,2008 1:10 PM

    Assalamualaikum Tok Det,
    Maaf Tok Det, sebenarnya saya hendak mengajak Tok Det ke Majlis Perkahwinan saya di Tapah Perak pada 23.08.08. Maafkan saya, Tok Det sebab menggunakan cara ini untuk menjemput Tok Det. Saya tahu saya salah dengan cara menjemput Tok Det macam ini dan tahu Tok Det kemungkinan banyak perkara urusan yang perlu Tok Det lakukan, tapi disebabkan saya memang pernah berniat akan menjemput Tok Det seisi keluarga pada majlis perkahwinan saya.
    Sebenarnyar Tok Det saya pun tak tahu macam mana nak memberitahu perasaan saya untuk menjemput Tok Det sekeluarga. Saya cuma terasa lega sedikit, paling kurang dapat saya luahkan keinginan saya untuk menjemput Tok Det sekeluarga hadir ke majlis perkahwinan saya.
    Insyaalah jika Tok Det ada kelapangan Tok Det akan datang kan? 😀
    Tok Det, disini saya link kan Kad Perkahwinan saya untuk Tok Det sekeluarga ( http://filehost.justfreespace.com/434invitationL.pdf ). Tok Det perlu download file PDF ini. Sebab saya buat virtual kad jemputan kahwin sebab nak minimal kan budget kad kahwin. Dan saya rasa lebih mudah. http://dezeul.blogspot.com/ juga adalah link jemputan perkahwinan saya, Tok Det.
    Saya harap Tok Det atau pihak admin tidak perlu publishkan “comment” saya ini, sebab ini bukan komen. hanya jemputan untuk Tok Det sekeluarga ke majlis saya sahaja.
    Assalamualaikum, Tok Det. Insyaalah kita akan jumpa.
    Terima Kasih,
    Dzulfarizal Hadanan.
    dezeul@gmail.com; dezeul@yahoo.com
    012 369 8912
    http://dezeul.blogspot.com/

  228. fid Aug 11,2008 1:01 PM

    Dr M,
    Well said.. I always wonder why are some of our graduate english are so very fluent & it makes me difficult when I interview them for work & it a relly pity…
    If we are a strong nation like Japan then we can be comand the use of BM so by the mean time please learn ENGLISH well

  229. damien Aug 11,2008 12:56 PM

    Good day Tun,
    Life is always not fair to the poor.The rich ones could always send their children to overseas to study and at the same master the ‘English’.
    Therefore, if present government don’t refocus on the importance of English Language, we will forever fall behind other countries and majority of the poor in the country will surely suffer more.
    Why i said that?
    As English is still widely use in commercial sector, i don’t see why an employer wants to employ a graduate who can’t even speak or construct a simple English.
    To all the politicians, stop to be selfish and help all Malaysians to achieve better in life by changing the ‘old mindset’.
    It is nothing wrong to learn good things from others and we should keep our ‘ego’ at home.
    Best regards,

  230. songoku1 Aug 11,2008 12:56 PM

    Again, what I hear is the problem or learning english and translating it. The core issue one should ask is do the student especially the primary’s is do they understand science or not?
    Yes, it is a good move to make sure science and math being tought in english. But the Ministry of Education are wrong in the way how the subject must be tought. Malaysian are obsessed in making sure their sons and daughter get as much ‘A’ as possible. They don’t care if the students UNDERSTAND the subject or not.
    The Ministry must make sure that doing lab work is the priority and not making studies (wasting monies of course) to see which language to use in order to teach science and math. I think Malaysia Science lab is under equipped due to the government spending in converting the language of teaching. Yet we spend billions of dollar in universities for research equipment that might benefit a a handfuls of people but spends little in terms of equipment for schools that benefit millions of students (majority malay’s)
    You cannot teach magnetism, chemical’s reaction, electricity by reading books regardless in english of malay. Do the experiment, make sure the students enjoy doing it, let them be independent. The key word here is ‘FUN’. The student are the the client here. We have to teach them and make sure the wanted to learn.
    From what I know that in Kemahiran Hidup, the student learn how to assemble pieces of plywood to create a box or some sort. Come on, what student can learn from that? Maybe a job at ikea? We should ask them to create, innovate and having fun doing it not making sure they got ‘A’ so that the parent could show to the whole world how smart their offspring are. It’s a new world order, student rather played PSP than doing homework. Let’s be practical, let the student have fun. Put teaching equipment in schools, spent monies buying learning toys, do science project, study math’s toys, buy equipment for skills.etc.etc.
    At the end of the day, the most important skill that every Malaysia need is to be independent and motivated to work and think.
    I understand how Tun’s must feel know about the issue. But what ever it is you are still my idol.

  231. boonkwee Aug 11,2008 12:55 PM

    Selamat Sejahtera Tun,
    Isu pengajaran sains dan metamatik dalam bahasa Inggeris ini sebenarnya telahpun berjalan dengan lancar. Tetapi pimpinan AAB cuba mengelirukan public dan mencungkir kesilapan yang mungkin telah dilakukan oleh Tun supaya rakyat Malaysia tidak menghormati lagi Tun. AAB sentiasa membuat sesuatu yang bertentangan dengan cara Tun supaya beliau kelihatan lebih tera. Tetapi telah terbukti setiap cadangan yang dibuatnya yang bertentangan dengan idea Tun telah membawa parah kepada pembangunan negara. Awas! dia akan menghapuskan pengajaran dalam bahasa Inggeris ini sebelum beliau meletak jawatan.
    Sebenarnya ahli-ahli UMNO tidak perlu lagi mencalon AAB sebagai President UMNO sebab dia akan meletak jawatan tak lama lagi. Kalau saya ahli UMNO, saya akan mencalon Najib sebab dia yang akan berkuasa. Nak angkat mestilah angkat orang yang akan naik, bukan yang akan turun.

  232. janjan Aug 11,2008 12:40 PM

    Tun
    Memang saya marah sangat masa saya masuk std 1 dulu, takkan sekolah convent malay medium pula, awal 70an saya la batch yg pertama kena tukar ke malay medium, tapi lepas tu saya banyak membaca buku Enid Blyton, famous five dan ia banyak menolong saya pada masa itu.
    Regards.

  233. ajm Aug 11,2008 12:38 PM

    Salam TUN,
    Tulisan saya yg lepas tak di siarkan , mungkin sensetif kot. takpa saya tak ralat.
    Disini saya nak menyatakan sya tak racist. Best friend saya ada 2 dan kedua2nya Cina.
    Mari kita renongkan disini.
    1. Kaum Cina kebanyakan boleh berbahasa a)Mandarin b) bahasa Clan dia Kantonis, Hokkian atau lain2. c) Bahasa Melayu d) Bahasa Inggeris.
    2.Kaum Tamil a) Bahasa Tamil b) Bahasa Melayu c) Bahasa Inggeris
    Orang Melayu tak mahu belajar bahasa Inggeris atau Cina.
    Orang Melayu nanti akan ketinggalan, bahkan dah banyak ketinggalan.
    Saya mahu anak saya menguasai Bahasa Inggeria Dan Cina dgn baik.
    Bahasa Teknology banyak dlm Bahasa Inggeris dan Perniagaan dalam Bahasa Cina.
    Wujudkan Kelas Bahasa Cina disemua Sekolah.
    Keputusa TUN memang sangat baik utk menggunakan Bahasa Inggeris dlm mata pelajaran Matematik dan Sains.
    Harap2 PM ( Pemusnah Melayu )Paklah tidak mengubah dasar ini.
    Harap TUN dan Keluarga Sihat Selalu.

  234. lisa Aug 11,2008 12:33 PM

    Assalamualaikum Tun yang dikasihi,
    Lama saya tidak menulis di sini.. Saya memang bersetuju 100% bila matematik dan sains di ajar di dalam Bahasa Inggeris. Kedua-dua anak saya (kini telah berumur 11 dan 12 tahun) telah fasih berbahasa Inggeris, dan di sekolah mereka, mereka adalah pilihan guru-guru untuk memasuki pertandingan public speaking dan bercerita di dalam Bahasa Inggeris, dan banyak lagi pertandingan yang mereka masuki, dan selalunya mereka adalah johan.. Saya bersyukur kerana anak-anak saya tidak seperti saya, yang sehingga kini masih tidak begitu fasih berbahasa Inggeris.. Anak-anaklah yang selalu membetulkan sebutan saya dalam bahasa Inggeris sekiranya sebutan saya tidak betul atau tidak tepat… Terima kasih Tun.. Jasamu tetap kami kenang, semoga Tun berbahagia hidup di dunia dan di akhirat, InsyaAllah..
    Salam kasih sayang untuk Tun berdua.

  235. Shahidir Aug 11,2008 12:32 PM

    Assalamualaikum Tun,
    Saya rasa masalah yang timbul ini adalah dari sikap mejoriti masyarakat Malaysia yang susah untuk menerima perubahan. Saya percaya sewaktu Tun menjadi PM dulu pun Tun menghadapi masalah yang sama.
    Bila Tun menganjurkan satu perubahan ada saja yang cakap tak betul. Lepas tu apabila perubahan itu berjaya, ayat lazim keluarlah “Ohhh ya tak ya, betul cakap dia.., bijak Mahathir ni” (yang ni saya dengar sendiri dekat kedai kopi satu masa dahulu)
    Tapi Tun, masalah ini timbul bila ia dipolitikan. Bagi saya yang tah apa-apa ni.., dua perkara yang tidak patut di ambil ringan atau ada perbezaan pendapat iaitu :
    1) Agama
    2) Pendidikan
    Kenapa nak ada selisih pendapat ? Dua-dua kan untuk kebaikan. Kejatuhan empayar islam pun kerana perbezaan pendapat bukan fahaman. Fahaman sama… pendapat yang berbeza dan apabila masuk saja politik……… hancur.
    Tapi kan…. setiap manusia akan lalui perubahan dalam hidup yang peliknya kan… Melayu ni susah sikit. Sejarah membuktikan bagi manusia,perubahan memang susah di terima.

  236. JEBAT KAMPUNG Aug 11,2008 12:27 PM

    Assalamualaikum Tun,
    Saya amat tidak bersetuju dengan saranan Tun yang mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Ingggeris. Tun, saya sebagai orang kampung berfikirkan masalah utamanya ialah kelemahan pelajar kita dalam bahasa inggeris so mengapa kita nak menyusahkan lagi otak – otak pelajar – pelajar yang tak pandai ini dengan mengajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris dan mengapa kita tidak memperkasakan lagi bahasa inggeris kerana dari semenjak merdeka sehingga sekarang tidak ada satu pun perubahan. Mengapa kita tidak kumpulkan para cendikiawan kita mengkaji dan mencari jalan penyelesaian masalah kelemahan bahasa inggeris.
    Tun, harus sedar dari dulu hingga sekarang pelajar – pelajar melayu di luar bandar memang lemah dalam matematik dan sains. Jadi tindakan tun yang memperkenalkan matematik dan sains dalam bahasa inggeris menyebabkan orang melayu kita bertambah bodoh. Tun, saya memang menyanjung tinggi kewibawaan dan kebijakan tun tapi dalam hal ini saya terpaksa membantah demi kemajuan orang – orang melayu.
    Jika dilihat negar Jepun, China, korea, germany tidak mengutamakan bahasa Inggeris tetapi mengapa mereka boleh maju….cuba fikirkan saya nie cuma orang kampung tak dapat nak fikir jauh…..
    Tun, jika dilihat guru – guru pun ramai yang tidak dapat menguasai bahasa inggeris terutama guru – guru diluar bandar, jadi macammana tun nak harapkan mereka mengajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris.
    Tun, seringkali saya mendengar orang – orang kampung saya bercakap, bunyinya seperti ini, “anak aku tanya apa erti nya divide/minus/plus dalam bahasa melayu, aku cakap tak tahu, lepas tu anak aku menanggis kerana takut kena berdiri dalam kelas, aku jawab senang, susah -susah sangat nak belajar kau berhenti sekolah lagi bagus tolong bapak kat sawah tak payah susah – susah nak belajar bahasa penjajah”
    Tun, perlu bertanggungjawab dalam perkara ini kerana ramai pelajar – pelajar luar bandar kita yang menjadi kurang cerdik. Ianya amat berbeza dengan pelajar dibandar, mereka ada duit boleh pergi kelas tambahan, tapi orang kampung camna nak makan pun susah………..cuba renungkan sejenak
    Kelakar jika difikirkan satu masalah yang timbul tapi Tun tambah bermacam – macam masalah bagi.
    TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA.

  237. Captain Aug 11,2008 12:23 PM

    Assalamualaikum Ayahanda Tun yang tercinta,
    Anakanda bersetuju sangat apa yang telah ayahanda katakan di atas…..itulah hakikatnya…. tetapi orang melayu kita ni….susah betul nak fahamkan mereka tentang kebaikan benda ni….
    Semoga Allah membukakan minda orang melayu kita ni…….Amin
    I LOVE YOU VERY MUCH AYAHANDA TUN, I WOULD LIKE TO MEET UP WITH YOU SIR, PLEASE……..

  238. mr_ijal Aug 11,2008 12:18 PM

    Salam Tun,
    Saya bersetuju dgn pandangan tun itu. Tp ada segelintir manusia yg dlm M’sia ni tak pernah nak pikir baik & buruknya dulu sebelum bercakap. Mereka ini hanya memikirkan apa yg betul di pihak mereka sahaja. Tak pernah nak memikirkan yg lain.
    Golongan ini klu memikir kan apa yg tun fikir mesti mereka faham & bersetuju dgn tun. Nak kata mereka ni tak paham mereka ni golongan org yg terpelajar. Lain lah klu mereka ni org yg mcm saya ni.
    Tp saya bangga dengan apa yg tun lakukan kerana dgn usaha tun itu anak m’sia telah terbuka minda tentang bahasa ingeris ini.
    Saya merasa rugi kerana tidah fasih berbahasa ingeris. Klu dr dulu lg sistem ini di perkenalkan pasti saya dpt merasai kebaikkannya.
    Semoga TUN berdua sihat selalu.

  239. Hookamania Aug 11,2008 12:18 PM

    Salam sejahtera kepada YAB Tun,
    Persoalan yang ditimbulkan kali ini menarik perhatian kerana ia menyentuh ketertiban dan keteraturan hidup seorang manusia adalah berdasarkan bahasa dan bangsa.
    Seolah-olah mereka dipersendakan dengan Bahasa Inggeris yang dipelajari menjadi bebanan di dalam memahami penggunaan Bahasa Melayu yang sebenar. Terfikir sendiri apa jua masalah yang ingin diberikan oleh segelintir golongan sebegini dan apa jua masalah mereka berhubung terjejasnya adat dan resam melayu sekiranya Bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar Matematik dan Sains.
    Jika dibicara secara sudut agama, terkadang memikirkan bahawa doa boleh dibaca di dalam Bahasa Melayu kerana Allah Maha Memahami segala apa jua bahasa dan tidak terikat kepada Bahasa Arab. Jadi apakah sekiranya doa tersebut dibaca di dalam Bahasa Inggeris menjadikan manusia tersebut lupa kepada agamanya?…. Maknanya selagi perkara tersebut adalah ilmu maka perkara yang dituntut adalah mempelajarinya dan tidak terbatas kepada sesuatu bahasa selagi perkara yang diajar itu adalah baik dan boleh dicontohi yang memberikan manfaat dan pahala.
    Jika dibicara secara keseluruhannya, adalah sukar untuk menentukan kerana jika kita terikat kepada perangai ataupun akhlak murid sekolah mereka akan mengutarakan benda yang paling senang dipelajari kerana mudah untuk memahami. Ini kerana, Bahasa Malaysia digunakan seharian oleh ibu bapa, persekitaran dan apa jua proses urusniaga yang dilakukan oleh Orang Malaysia sahaja.
    Jika kita mahu anak kita pandai di dalam Malaysia sahaja maka bolehlah diajar Bahasa Melayu sahaja.. dan, secara sendirinya kita telah menetapkan pekerjaan anak kita pada masa akan datang. Berkemungkinan, anak kita akan menyalahkan ibu bapanya atas dasar pendidikan yang diberikan tidak memberi mereka peluang untuk berkembang di arena perdagangan antarabangsa. Jadilah kita satu bangsa yang semakin malap kerana kita sendiri tidak mahu berubah tetapi bukan anak-anak yang tidak mahu berubah. Ibu bapa mereka sendiri yang telah tahu berfikir tetapi tidak mahu mengubah diri mereka sendiri.

  240. lextcs Aug 11,2008 12:14 PM

    Bailouts?
    if its done in m’sia its called helping out cronies or nepotism
    if its done in US its called protectionalism. US State sponsored companies must not fail and must be rescued at all cost…..whereas our companies must be made to fail.
    wellcome to the real world guys where REAL politics really works!
    http://www.msnbc.msn.com/id/21134540/vp/26122358#26122358

  241. anakjitra Aug 11,2008 12:09 PM

    salam Tun
    kita juga berkobar kobar untuk memperjuangkan dan melebarkan pengaruh dan dakwah islam ke seluruh pelusok dunia , jika para pendakwah , ustaz dan ustazah yang masih berfikiran kolot yg meletakkan bahawa bahasa ingeris adalah bahasa sekular , adakah dengan berbahasa melayu atau arab masyarakat lain akan faham apa yang kita nak sampaikan . oleh itu Tun. saya juga cadangkan matapelajaran Agama Islam juga patut di ajar dalam bahasa Inggeris.

  242. wewant Aug 11,2008 12:08 PM

    Dear Tun..
    Click link below..
    http://www.theedgedaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_ef644d6e-cb73c03a-1d1082f0-17b59680
    hope u can tell us n answers about these questions..
    thank u..

  243. ranie Aug 11,2008 12:03 PM

    Salam Tun
    Saya amat menyanjungi pemikiran Tun sungguh pun begitu ada yang boleh diperbaiki dan dibuat renungan berkaitan dengan pembelanjaran sains dan mathematik dalam bahasa Inggeris. Semuga artikel di bawah ini dapat kita renung bersama. Terima kasih
    BAHASA PENGANTAR : MELAYU ATAU INGGERIS?????
    Banyak dibahaskan tentang penggunaan bahasa pengantar dalam subjek di sekolah. Umumnya ada bersetuju dan membantah. Status sekarang bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan mathematics diajar dalam bahasa Inggeris sedang dilaksanakan. Keputusan yang diperolehi dalam peperiksaan UPSR, PMR dan juga SPM telah menunjukkan ada yang lulus dan ada yang gagal.
    Penggunaan bahasa Inggeris tidak menampakkan kekurangan dan tidak membebankan pelajar kerana Media rata-rata mempamirkan keputusan pelajar dan memberi testimonial kecermelangan pelajar yang berjaya sahaja. Media langsung tidak mendedahkan dan mengambil testimonial daripada pelajar yang tidak cemerlang disebabkan penggunaan bahasa Inggeris.
    Bukan setakat peringkat sekolah sahaja yang mengagungkan Bahasa Inggeris tetapi juga di Universiti-Universiti turut sama dan yang lebih malang Universiti yang objektif penubuhannya berteraskan dan patut MENDAULATKAN BAHASA MALAYSIA turut sama berbangga menggunakan pengantar Bahasa Inggeris. Kelemahan pencapaian dalam peperiksaan langsung tidak di tonjolkan akibat penggunaan Bahasa Inggeris telah dikaburi oleh pencapaian yang ditonjolkan. Disekolah-sekolah ghairah Guru Besar dan Guru-Guru melaporkan jumlah pelajar yang mendapat mendapatkan A dalam mata pelajaran. Walhal ramai ramai pelajar yang kecundang tidak diumumkan dan jumlahnya lebih ramai berbanding dengan yang tidak mendapat 5A bagi UPSR, 8A bagi PMR dan sekurang-kurangnya 9A bagi SPM. Boleh dikatakan bagi sekolah yang bukan elite atau terpilih jumlahnya adalah boleh dikatakan dibawah 30% daripada pelajarnya kecundang. Kegagalan pelajar ini perlu dititikberatkan atau diberi sebab adakan kerana penggunaan pengantar Bahasa Inggeris. Atau jika pengantar Bahasa Melayu pencapaiannya meningkat???.
    Bolehkah kita membuat kesimpulan bahawa jika bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia pencapaianya lebih baik???. Kalau diajar dalam bahasa Malaysia mengenai dengan tatacara menanam pokok dan penjagaaannya dan dapat difahami dengan baik kerana seseorang itu telah memahami Bahasa Malaysia, maka adalah lebih mudah belajar satu perkara dalam satu masa (tatacara penanaman pokok dan penjagaan) daripada belajar dua perkara dalam satu masa iaitu Bahasa Inggeris dan tatacara menanam pokok dan penjagaan. Persoalannya kalu dibuat ujian ( andaian tahap IQ sama) yang mana lebih mudah lulus dengan cemerlang????
    Penulis tidak bercadang untuk mengatakan tidak penting Bahasa Inggeris. Cuma mencadangkan pilihan diberi kepada pelajar samaada meneruskan pelajaran dalam bahasa Malaysia atau Inggeris daripada tahun pertama sehingga ke Universiti. Penting di sini ialah kita memperbanyakkan dan meningkatkan bilangan warga yang mempunyai pendidikan yang tinggi. Percayalah ramai yang tercicir ke menara gading kerana masalah Bahasa terutama penduduk di luar bandar kerana gagal menguasai Bahasa Inggeris. Itu belum mengambilkira mereka yang bijak tetapi “takut” untuk melanjutkan pelajaran kerana gagal untuk menguasai Bahasa Inggeris.
    Asakkan ilmu dengan bahasa yang mudah difahami. Apabila penuh……dan sudah difahami maka ajarlah bahasa apa sekali pun pasti Ilmu yang telah diperolehi samaada sains, mathematik, bidang angkawasan dapat dipindahkan dalam apa jua bahasa. Tidak salah selepas berjaya dalam mengenggam ijazah dalama Bahasa Melayu dan SELEPAS ITU masuk kelas intensif Bahasa Inggeris selama 2 tahun…… pasti dapat menguasai Bahasa Inggeris. Adakah cara ini akan mengurangkan…. kewibawaan???. Cukuplah kita telah “merosakkan dan mencicirkan” pelajar cemerlang dalam semua bidang tetapi disebabkan diajar dalam Bahasa Inggeris mereka ini tercicir… cubalah kalu seorang yang fasih dan alim dalam Islam tetapi tak fasih Bahasa Inggeris disuruh jawap soalan dalam Bahasa Inggeris maka keputusannya jawapan yang diberi mengambarkan dia seorang jahillllllll. Apakah ini memberi gambaran yang sebenar?. Jadi jangan memperdagangkan pelajar yang cerdik tetapi tercicir akibat bahasa..Inggeris.
    MEREKA TAHU DAN FAHAM DUNIA ITU BULAT, tetapi apabila ditanya soalan The world is ……….. mungkin akan dijawab square kerana menganggapkan square itu bulat. Adakah ini adil?????
    oleh wwww.rahmatranie.blogspot.com

  244. adishah Aug 11,2008 12:00 PM

    Salam Tun and to all…..
    Malays – able to master Malay Language + English = 2 Language
    Chinese – able to master Mandarin/Cantonese + Malay + English = 3 Language
    Indian – able to master Tamil + Malay + English = 3 Language
    Who is the loser?
    Why in so MANY MANY job adverts put job requirements for Cantonese/Mandarin speaking candidates are ‘advantageous/compulsory?’
    So the Malays not only should master English, but Cantonese/Mandarin as well! (and not just remember all the famous ‘swear phrases’)
    And to off topic :
    Let us google search or wikipedia these names:
    Paul Wolfowitz
    Iraq Invasion
    World Bank
    Foundation for the Future
    Guess which Malaysian has befriended this oversized nose-ears-war-architect Jew?
    Have a nice day!
    p.s. – Tun, I also rather leave this country than being under a government that allies themselves with the Jews.

  245. Nazirul Hazim Aug 11,2008 11:57 AM

    Salam,
    Hujah Tun memang betul dan telah dilihat dalam skop yg luas dan berpandangan jauh.
    Lagi satu point yg selalu sangat semua orang tak pandang.
    Malah,saya rasa tak pernah dinilai langsung.
    Dalam kekecohan pelbagai pihak membahaskan isu ini, pendapat pelajar2 sekolah yg actually belajar S&M in BI ini tak pernah diambil kira.
    Actually, mereka lebih seronok dan selesa belajar S&M dlm BI!
    Mereka sdg risau jika pengajaran ditukar semula dalam BM.
    Adik saya, adik sepupu saya dan anak saudara saya yg kini dalam Darjah 5 dan 6 semuanya sangat selesa belajar S&M dlm BI. Lagi senang kata mereka!
    Nah,ini pendapat2 first hand drpd mereka sendiri!
    Mudah kan nak buat keputusan drpd pendapat mereka sendiri?
    Kalau nak membeli bulu tangkis, tanyalah pemain badminton.
    Yang pemain golf dan pemain bola sepak sibuk berdebat tu buat ape?
    Aduhaaai….

  246. fiq211 Aug 11,2008 11:50 AM

    Aslm’km Tun yg dikasihi,
    1. Sy amat bersetuju dgn idea & Tun yg bernas serta berasas yg sudah tentu utk kebaikan semua rakyat Malaysia. Pemimpin seperti Tun yg rakyat alu2kn, bukannya yg ‘lembik’ tanpa org peduli…
    2. Terlalu jauh & masih jauh ketinggalan ‘Bangsa Malaysia’ sekiranya bangsa itu sendiri tidak mahu berubah utk kebaikan.
    3. Banyak ilmu2/bahan rujukan yg telah di bukukan bukannya dlm Bahasa Malaysia; sekiranya tiada ilmu untuk menguasai bahasa asing (contohnya Bahasa Ing), macamana nak membuat rujukan?Tunggu malaikat duduk sebelah utk mengajar?????Janganlah jadi katak di bawah tempurung…
    4. Dengan rasa rendah diri, sy amat setuju dan amat menghargai sumbangan Tun kepada negara Malaysia tercinta.
    Salam hormat.

  247. A Aug 11,2008 11:43 AM

    Dear Tun,
    I agree with science and math to be in English. It makes us parents to master English too so that we can keep up with our children. Children these days are exposed to highly competitive environment even at very young age.
    I also agree with some who suggest that to make Mandarin and Tamil as an optional language to learn at primary school (di sekolah-sekolah kebangsaan. It allows our children to appreciate other race and culture at earlier stage.
    Salam hormat,
    A.

  248. moyabira Aug 11,2008 11:43 AM

    Assalamualaikum Tun,
    1. saya 100% setuju dgn Tun, pelajaran Matematik & Sains dalam english. Tak perlu lagi terjemahan dimana negara kita, hendak menterjemah satu buku pun mengambil masa yang lama. Tidak seperti di negara maju seperti jepun, jerman dimana mereka mempunyai tenaga-tenaga mahir yang ramai dan cepat melakukan perterjamahan.
    2. Jika kita masuk ke universiti tempatan pun, kebanyakan buku2 ditulis dlm bahasa english. Apatah lagi di zaman ICT ini.

  249. tanahairku Aug 11,2008 11:41 AM

    Assalamualaikum Tun dan semua yang membahaskan topik ini,
    Sangat menarik topik ini dan hujah-hujah nampaknya semua bernas. Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di peringkat rendah akan menyebabkan pelajar-pelajar kampung tercicir dari arus perdana, kerana tidak faham, bukan tidak bijak. Yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin. Golongan pertengahan memang tidak mempunyai masalah. Kelemahan kita tidak pandai berbahasa Inggeris bukan kerana ianya tidak diajar di dalam Sains atau Matematik, tetapi kerana lemahnya pendidikan Bahasa Inggeris itu sendiri di sekolah. Pengajaran S & M di dalam bahasa Inggeris bagaimanapun sesuai dibuat pada peringkat yang lebih tinggi apabila murid itu telah mempunyai asas teknikal yang telah dipelajari dalam bahasa ibundanya.
    Sedar atau tidak mereka yang lemah berbahasa Inggeris ketika di universiti atau setelah keluar, mungkin langsung tidak masuk ke universiti jika tidak kerana bahasa Malaysia yang mereka gunakan sebagai batu loncatan untuk mereka ke menara gading. Yang boleh diperkukuhkan adalah pengemblengan usaha meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris di rumah dan sekolah tanpa mengganggu pengajaran S & M dalam bahasa Malaysia yang menjadi bahasa perpaduan dan bahasa yang membentuk jiwa dan roh Melayu, yang kental keMelayuannya sehingga tidak dapat dijajah oleh bangsa penjajah selama 446 tahun.

  250. hang jebat Aug 11,2008 11:40 AM

    Salam tun…
    kenapa x ambik contoh rusia,german,jepun dll yang tidak gunakan bahasa Inggeris…
    Tun…
    Pasai apa tun rasa apa yang tun buat semua betul…. kalau tun boleh kasi alasan begitu juga yang lain…. saya setuju dengan ahmad joe….
    Tun…
    patutnya dengar pendapat ahli akademik… kalau pasal ekonomi tun boleh dengar pakar ekonomi why not pasal pembelajaran tun tak mau dengar pendapat pakar akademik…
    Tun…
    dulu tun memperlekeh nabi pasal tak de gillete kenapa sekarang tun guna hadis baginda apabila tun hendak menguatkan alasan tun….
    tun…
    harap display post saya ni… diharapkan jangan delete…

  251. honye Aug 11,2008 11:39 AM

    Assalamualaikum Tun,
    Saya sudah lama mengikuti setiap tulisan Tun dalam blog ini, cuma selepas Tun menulis tentang PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS, barulah saya teringin menghantar komen di sini…Saya berpendapat sekiranya Tun tidak mengemukakan cadangan ini, satu masa atau satu ketika nanti pasti akan ada pemimpin atau individu yang akan menyedari betapa pentingnya penguasaan Bahasa Inggeris dalam penguasaan ilmu. Jadi tindakan Tun adalah satu tindakan bersifat melangkaui pemikiran orang lain dengan menyedari kepentingan ini terlebih dahulu…saya sangat bersetuju dengan Tun…Bangsa Malaysia tidak akan ke mana jika hanya menguasai Bahasa Melayu sahaja..Penerokaan ilmu ini meluas di merata dunia dan di tuliskan dalam pelbagai bahasa..itu yg sepatutnya disedari oleh Bangsa Malaysia…setiap individu di Malaysia patut menyedari dasar ini adalah satu dasar yang penting untuk kemajuan generasi akan datang di negara yang kita cintai ini. Bukan sahaja bahasa Inggeris tapi juga bahasa lain perlu dikuasai..
    Mungkin bukan mudah tapi bangsa melayu diwar-warkan sebagai pahlawan gemilang, berani berjuang, berani mempertahankan apa jua yang menjadi hak jadi apa hendak ditakutkan untuk dasar yang ini…
    bukankah MALAYSIA BOLEH?

  252. nmjnh Aug 11,2008 11:33 AM

    Assalamualaikum,
    Bahasa jiwa bangsa, memang suatu peribahasa yang benar dan dalam maksudnya. Namun jika diaplikasikan ke sudut pembelajaran, terutama Matematik dan Sains, maka ia adalh suatu yang berbeza walaupun masih dalam konteks yang sama.
    Saya akui Tun memang panjang akal dalam melaksanakan pembelajaran subjek tersebut dalam Bahasa Inggeris. Namun suatu perkara yang hingga kini masih ditakuk lama adalah subjek Bahasa Inggeris itu sendiri. Sepatutnya, konsep pembelajaran diPusat Pendidikan Persediaan, English Intensive Course, diserapkan ke sekolah-sekolah diMalaysia.
    Saya merupakan bekas seorang pelajar yang amat rendah penguasaan subjek Bahasa Inggeris. Namun setelah 3 bulan belajar diIEP/PPP/ITM hasilnya amat mengagumkan. Ini diakui sendiri oleh bekas guru yang mengajar saya diSekolah Menengah.
    Bahasa Inggeris bukannya susah, cuma cara pengajaran disekolah rendah, dan menengah tidak betul dan harus ditingkatkan dari masa ke semasa. Kementerian Pelajaran sepatutnya mengambil iktibar dari pusat sumber yang terbukti berkesan contohnya IEP/PPP/ITM.
    Saya percaya jika para pelajar boleh menguasai BI dengan berkesan pada peringkat yang lebih rendah, bukan Matematik dan Sains sahaja boleh diajar dalam BI, namun semua subjek boleh diadaptasikan dengan mudah.
    It’s already proven. Learn from the successful expert, and not from the failure to be an expert
    Malaysia Boleh … http://www.nmjnh.wordpress.com

  253. suraksakh Aug 11,2008 11:31 AM

    Hi Dr M,
    I was from Kelantan. When i was in form 3 PMR, I got ‘A’ in both mathematic and science, which brought me into science stream. Again, in my SPM I got ‘A’ in mathematic and all credit in my biology, physic and chemistry, which given me a first grade in SPM. Even I got C3 in my english, but i confess that my english is very poor. After finish form 5, I went to TAR college took a computer science course( Bachelor degree), I was very frighten that all subject using English. As time goes by, I was left behind and eventually droped by the college because I’d failed in most of subject due to poor in english language. I was very frustrated and get a sales job, which doesn’t need any qualification with few hundreds pay. I keep on working but at the same time I’d force myself to learn eanglish and read english paper. After 10 years of working, my english slightly improved but still not so good. But the problem is, with my only SPM qualification, my opportunity is less than others who carried a degree. I am so envy them even they are graduate from the local university and some of their english is even poorer than me. I don’t have much choices, I have to feed myself with informal education, I still love science, I read science, economy and all about investment strategies. I’d learn about international trading, including how the black market is running because it also affect world economy. Now I have a team who also “golongan terpinggir” like me trying our best to built something for our future. We believe there must be more people like us and we want to get all of them into our team. We will promote nformal knowledge that don’t have limit. I hate my previos life that make me failure. I force myself to success in life and to compete with those who are qualified. I don’t want my next generation have to be like me, I want them familiar with English in science and mathematic.

  254. Pointman Aug 11,2008 11:31 AM

    Tun,
    Just watch Biz China on Astro and the other China programs presented in English by Chinese. In such a short time the Chinese have started to speak excellent English.
    The people who object to English in favour of Melayu have not fully come out of the dusun yet. (Yes it is Melayu and not Malay. Malay is the Anglicised word for Melayu)
    I feel that not only must we teach Maths and Science in English but also law and accounting. These are areas of knowledge and practise where the advances and changes are rapid and largely in English. You can study law in Bahasa Melayu at UITM but you cannot read the latest debates in Law Journals in Melayu. Memang tak ada. The Law Journals that matter to us are mostly in English.The same argument applies for accounting.
    So our young Melayu grads can get their basic law and accounting degrees in Melayu but thats it. They remain status quo after that. They cannot really move forward.
    I feel that those who insist on Bahasa Melayu for everything are actually traitors to the race. They are keeping the Melayu down and backward.
    Not only English but it is imperative that we make Mandarin a compulsory subject in our schools. Even the blind can see that China is already a world economic power. Even in sports so far they are leading with eight gold medals in the Olympics. Anyone who ignores China and Mandarin will become poor again. This includes the Melayu.
    We must also teach Tagalog and Thai in our schools. Then our country will become an unbeatable powerhouse where the citizens can speak Thai, Tagalog, English, Malay, Mandarin fluently. We will really become the center of South East Asia – even ahead of Singapore.
    Very shortsighted and poorly thought ideas have made many Malays learn Arabic or want to learn Arabic. Economically and scientifically Arabic is becoming an almost useless language and its uselessness will become evident even more in the future. Arabic is history. Relative to the 21st century the Arabs are becoming even more uncivilised. Why on earth do the Melayu want to identify so closely with such a backward people?
    Lets look to the future. Lets look forward. The future is English and Mandarin.

  255. pendin Aug 11,2008 11:30 AM

    Assalamulaikum Tun,
    saya setuju kalau Bahasa Inggeris diajar semasa pelajar-pelajar masuk ke institusi pengajian tinggi. satu porsolan? Adakah pelajar-pelajar yang ambil peperiksaan UPSR, PMR, SPM atau STPM akan membuat kajian tentang penggunaan sains yang berteknologi sains seperti contoh kereta kebal, Bom, Nuklear dan lain-lain lagi.
    Adakah pelajar-pelajar yang mengambil sijil-sijil seperti diatas diiktiraf oleh Malaysia sekiranya pelajar-pelajar ini membangunkan aplikasi ataupun mencipta teknologi-teknologi yang canggih yang berkenaan dengan sains dan teknologi.
    saya hanya beri pendapat saya Tun, Mohon maaf sekiranya tersalah.

  256. acom Aug 11,2008 11:27 AM

    Permisi Tun,
    Dunia ini telah menjadi kecil dari segi penyebaran maklumat,melalui internet apa jua hal ,jual beli,belajar,pasaran saham,perhubungan dan perbincangan antara bangsa dsb nya sudah boleh dilakukan dengan lancar.
    Bahasa global yang digunakan dengan meluas dan diterima pakai oleh semua bangsa adalah ENGLISH.
    Melayu mestilah menguasai bahasa inggeris dalam bidang sains dan mathematic jikalau hendak dapat sama mengambil bahagian dalam segala apa jua perkara yang berlaku diatas muka bumi ini.
    Bahasa melayu itu maseh boleh digunakan nusantara malay archipelago ini.
    Apa yang berlaku pada tahun 1970 adalah suara dan tindakan yang berkobar untuk memmutarbat bahasa Melayu dalam bidang sains tapi gagal.
    Gagal kerana kerana istilah saintifik dan matematik dalam bahasa melayu di peringkat global lemah.

  257. ABI Aug 11,2008 11:27 AM

    Tun M:
    It’s a well-written piece and I hope the narrow-minded or myopic so-called Malay linguists and “nationalists” will pay heed to your advice, though belated. Knowledge is not limited to any language; it cannot be confined to a small circle or a single language; it’s a vast field and is contained in all languages. The question is this: Do you want to acquire knowledge from the reservoir of other languages and sources, as you have rightly pointed out? If you want to remain as a frog in the well, go ahead, my countrymen! Language is an asset. Right-thinking and broad-minded people have always learnt many languages and thus have enhanced and enriched their knowledge in various fields. If you want to left behind in this fast-paced world, you have to equip yourself with the knowledge that you could gain from several sources. To do that effectively, you should be proficient in the English knowledge which is regarded as the “lingua franca” of the modern world. Please wake up, my countrymen! Don’t wallow in self-glory and self-righteousness!
    ABI

  258. kriq Aug 11,2008 11:27 AM

    Salam Tun,
    I believed there is always for a good reason in whatever the goverment are implementing. Practically, to get the result as expected, along the road there are some fine tunings needed just like how other developed countries experienced it.
    In this case, lets do the survey. We don’t want the children especially the Malays who started their early education (kindergaten school) with lack of Engilish medium and enter the primary school that use most of the main subjects in English medium(Sains, Matemathic, English (of course)-against Bahasa, Pendidikan Islam). Should we sacrify some of them and throw away a few years before we get the result as it should be or we fine tune what that is appropriate? Or should we just force these kids to adapt what is believe is good for them as early as Tahun 1?
    Lets put our thoughts more on how to do this better.

  259. babwahid Aug 11,2008 11:24 AM

    Salam to you TUN,
    Sapa yang berani nak hukum Tun kerana nak mempelajari bahasa Inggeris, Hanya orang yang berfikiran sempit aje lah yang macam tu.
    kalau kita nak bahas penggunaan bahasa Inggeris ni, mimang ada relevant nya juga. umpama nya mengapa Jepun , Korea , Jerman, Franchis dan Russia guna bahasa mereka sendiri dan mereka boleh mencipta pelbagai alat termasuk senjata canggih. Kapal terbang dan lain lain peralatan jentera tanpa guna bahasa Inggeris . Mungkin berangkali bahasa ibunda kita ni, Bahasa Melayu tak cukup vocabulary nya untuk di terjemahkan ke istilah istilah baru terutama dalam bidang saintifek dan perubatan. Sedangkan bahasa Inggeris sudah diterima hampir tiga suku di seluruh dunia . Mungkin juga pengaruh kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Britain yang mendomini bahasa tersebut hinggalah Presiden Republik china Hu JenTao (maaf kalau silap)apabila di lantik menjadi Presiden belajar bahasa Inggeris secara intensif selama tiga bulan , dan sekarang sudah boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Jadi seranan Tun agar anak anak jenerasi kita sekarang ini perlu memahami bahasa Inggeris dengan baik agar menjadi orang yang maju jaya dimasa depan . Saya sokong yang amat sangat . Terima kasih …

  260. che wan Aug 11,2008 11:18 AM

    Assalamualaikum ayahnda..
    Dulu cek belajar di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam (High School B.M)
    pada tahun 80an. Pada masa tu bahasa pengantarnya adalah bahasa
    inggeris. Kami dipaksa bercakap dan belajar dalam bahasa inggeris.
    Hinggakan setiap sepatah perkataan melayu yang keluar dari mulut
    semasa kelas bahasa inggeris akan didenda 10sen. Duit itu akan
    cikgu kelas masukkan dalam tabung dan akan digunakan untuk aktiviti
    kelas apabila perlu. Tapi untuk pergaulan harian dengan kawan2 just
    guna bahasa melayu lah.
    Yang menariknya, High School B.M pada masa itu amat dikagumi oleh
    penduduk setempat kerana pencapaian akedemik serta kehebatan
    dalam bidang sukan. Tak lupa juga ianya dipandang gah kerana
    mempunyai pengantar dalam bahasa inggeris.
    Cek sekarang ni pun bukanlah berjawatan besar. Hanyalah kuli biasa
    di sektor swasta milik syarikat jepun. Tetapi apa yang dapat cek
    nampak, setiap dari kita memang perlu menguasai sekurang kurangnya
    50% bahasa inggeris sebelum melangkah keluar dari alam pengajian.
    Bertutur dengan pegawai atasan (yang terdiri dari orang asing),
    menyemak dokumen2 berbahasa inggeris, berurusan dengan pelanggan
    serta menghadiri seminar2 atau kursus2 memang dituntut menggunakan
    at least separuh dari pengetahuan berbahasa inggeris. Kalau setakat
    tahu yes, no, orait dan see you soon, cuba fikirkan implikasinya.
    Cek akui kita memang patut utamakan bahasa malaysia seperti yang
    disarankan oleh saudara/saudari NJ pada August 10, tetapi kita
    patut melihat dari segi persaingan penguasaan dan taraf pendididkan
    sesuatu kaum. Bukan niat untuk bersifat perkauman tetapi cuba fikir
    dari satu sudut, sebagai contoh, bukankah peniaga berbangsa asing
    akan berkata didalam hati, “bolo punyia milayu..cakap inggelis pun
    tatau” jika kita sibuk mempertikaikan penguasaan bahasa malaysia
    pada mereka. Kita sendiri pun sebagai orang melayu semakin teruk
    pencapaian didalam subjek kita sendiri iaitu bahasa melayu di
    peringkat rendah dan pengajian tinggi.
    Cek suka untuk mengajak semua berfikir, jika kita menganggap
    ketuanan melayu akan hilang oleh kerana menggunakan bahasa asing,
    apakah belajar agama dan tajwid juga perlu menggunakan bahasa
    melayu SAHAJA ? Idqam kita tukarkan mejadi sebutan panjang? Sabdu
    kita sebutkan sebagai campur? Mungkin semua anak2 kita akan pandai
    mengaji dengan cara begitu kot?
    Cek minta maaf kalau ada yang tersinggung. Cek sayang kepada bangsa,
    cek sayang pada negara, dan cek juga sayang pada agama cek.
    Janganlah kita berfikiran sempit dengan mempertikaikan benda2 mudah
    seperti ni. Cubalah anggap ini semua sebagai satu proses
    pembelajaran. Janganlah kita yang dewasa ini menyemai perasaan takut
    untuk belajar pada anak2 kita. Lambat laun mereka akan lalui juga
    semuanya. Salahkah jika mereka belajar tentang makna multiple,
    divide dan equal didalam matematik? Salahkah juga jika mereka
    memahami apa itu gesture, current dan statistic didalam sains?
    Kenapa juga bangsa cina dan india tidak membantah tetapi kita orang
    melayu yang terjerit melompat lompat melaungkan ketuanan bahasa?
    Mereka juga sukar menerimanya tetapi mereka menganggapnya sebagai
    pembelajaran. Mereka dah makin maju, kita juga yang terketaq ketaq
    nak berjalan.
    Cek masih ingat lagi motto High School B.M,
    “ACCOMPLISH OR DO NOT BEGIN”
    Semoga ayahnda serta bonda berdua sihat sentiasa. Salam hormat serta rindu dari cek sekeluarga.
    Assalamualaikum.
    http://www.moneyaccessonline.net76.net/

  261. Sara Aug 11,2008 11:11 AM

    Dear Tun,
    Salam to you.
    I do agree with you a 100%. My reasons are:
    1.Why should the malays make a big fuss out of the situation. What about the Indians and Chinese..BM is not their 1st language but they suck it up anyways.. So why are the malays making it an issue.. Are we saying that Malays are not able to adopt and adapt?Why is it awlasy an issue with the Malays??
    2. Are we going to stop at just SPM or STPM. Alot of university students are having problems when it comes to do their paper work because lack of Malay Language research and references for them to refer to. Most of the academic studies done abroad would be written in the English language; thus, by learning the subjects in English- the skills can be useful when looking for references as well as writing their papers- and if the papers are good, they could later publish it- as a Malaysian.
    So, whoever that create the fuss, plase stop.

  262. ABI Aug 11,2008 11:09 AM

    Saya mendapati tahap kecekapan dalam Bahasa Inggeris di kalangan kebanyakan pelajar yang kini mengikuti kursus di institusi pengajian tinggi adalah sangat buruk. Keadaaan ini adalah membimbangkan. Kebanyakan bahan bacaan dan rujukan terdapat dalam bahasa inggeris dan mereka tidak dapat memperoleh penetahuan ini kerana mereka “dihandicapped bythe English language. mereka belum menguasai tatabahasa, perbendahraan kata (voabulary)dalam Bahasa Inggeris. Sikap mereka yang telalu negatif juga menjadian keadan ini bertambah buruk. Semua ini berpunca daripada dasar awam yang tidak mengambil kira keadaan ini. Keadaan yang tidak diingini ini perlu diperbetulkan denden serta merta. Keadaan ini menghadkan pelajar kini menambahkan pengetahuan mereka. Kecekapan Kebanyakan pegawai kerajaan juga tidak menggalakkan. mereka tidak dapat menyediakan ucapan dan laporan yang bermutu bermutu tinggi dalam Bahasa Inggeris. Tun M is awarte of this maladay. can something be done to remedy this deplorable situation? Will the government continue to remain apathetic about this situation or take positive action to ameliorate the situation? Will the students and public officers too take some serious effort to enhance their proficiency in the English language so that outsiders will have a better impression of Malaysians?
    ABI

  263. cheyan Aug 11,2008 11:08 AM

    Salam Tun!
    Saya menyokong penuh bila Tun mengarahkan Sains & Matematik diajar dlm Bahasa Inggeris. Itu adalah antara keputusan terbaik Tun! Depa yg tak sokong ni sebenarnya ‘short sighted’!
    I love this article & hope those who against it got the clues now & start polishing your English.
    Salam,
    Cheyan

  264. jadi Aug 11,2008 11:07 AM

    Assalammualaikum Tun Dr Mahathir
    Science dan Mathematic sememangnya mengalami revolusi baru yang memerlukan kefahaman yang menyeluruh. Buku buku rujukan dan terma serta istilah yang digunakan semuanya dalam Bahasa Inggeris. Seharusnya Malaysia menyokong 100% cadangan Tun mengguna pakai Bahasa Inggeris di dalam pembelajaran kedua dua subjek tersebut.
    Saya tidak mahu melihat jauh. Saya ingin memberitahu Tun bahawa taraf penguasaan Bahasa Inggeris anak perempuan saya yang berumur 10 tahun sedang meningkat dan membanggakan ibunya(isteri saya). Isteri saya yang tidak boleh bertutur bahasa Inggeris kerana berasal dari kampung kini mula belajar dari anak perempuan saya.
    Bahasa Inggeris perlu dikekalkan dalam dua matapelajaran tersebut. Sesiapa yang mengubahnya hanyalah mereka yang tidak cintakan bangsa mereka. Bangsa yang kuat perlulah faham menulis, membaca dan bertutur dalam berbagai bagai Bahasa lain.
    Bahasa Inggeris hanyalah permulaan.

  265. alfresco Aug 11,2008 10:49 AM

    Salam Tun & fellow bloggers,
    You are 100% right.I read your book “MENGHADAPI CABARAN” before you became PM and was impressed with your vision in education for the people.
    BTW, where is the Education Minister? Tengah main keris ke?

  266. pakmang Aug 11,2008 10:49 AM

    Dear Tun,
    English language is an universal and global language which cannot be denied in the present world. Only those politicians who like to make this an issue for their political advantages are proposing for the reversal of policies.
    Some of the Tun commentators have disclosed earlier that even our DPM and Education minister’s children are studying in International Schools which are English medium. So the question is why they insist to rervse the policy but their own children are studying in English medium at international school?
    They must have political motives as to simply said that we are not loyalty to our own national langauge-BM, or to make us live under the coconut shell so that we are forever incompetent to with their children in future, or to let our children to work and stay under them forever( wah…long term planning lah?)
    Whatever said & done, if majority think it is a good policy to study maths and science in English langauge,then the government should consider and permit the policy to go on … dont ever tell people that Malaysia is a democracy country but when time of making decision we are all left out… is it true cakap saja?
    good day, Tun.

  267. Mathiew Aug 11,2008 10:46 AM

    Salam TUN,
    Saya memang setuju dengan perlaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa English.Bukan kita menidakkan bahasa kebangsaan tetapi untuk rakyat Malaysia menguasai ilmu dan sebagai benteng pertahan untuk melawan dunia barat macan TUN lawan Goerge Soros. Kalau TUN tak ada ilmu dan rujukkan dalam bahasa english TUN tak akan tahu macam mana nak lawan mereka. Saya rasa pemimpin sekarang yang nak menarik balik pengajaran B.I untuk Sains Dan Matematik kepada BM adalah langkah yang sangat terkebelakang.Hanya orang yang bodoh sombong saja yang kata langkah TUN memperkenalkan sistem ini adalah salah.Saya harap pemimpin seharang jangan politik sistem pendidikan dengan politik biarlah sistem itu berterusan.Jangan marahkan nyamukmkelambu dibakar.
    Moga TUN dan keluarga sihat dan dipanjangkan umur ..amin

  268. John S Aug 11,2008 10:43 AM

    Tengok, Ahmad Joe on August 11, 2008 9:27 AM itu. Membantah pulak kenyataan Tun dengan: “Akan tetapi saya amat tak sokong, tidak bersetuju dan membantah tindakan Tun menggunakan ayat “Tuntutlah Ilmu hingga ke negeri China”. Diharap agar Tun dapat perbetulkan kesilapan tersebut.”
    Apakah negara China bermusuh dengan Ahamd Joe dan keluarganya? Kenapa tidak setuju dengan kenyataan Tun untuk belajar daripada negara yang lebih maju? Apakah Ahmad Joe nak kitorang belajar dengan bangladesh atau Pakistan atau dengan Keluarga Ahmad Joe? Kenyataan itu bukanya kenyataan Dr. Mahathir, kenyataan itu ajaran ugama. pahamkan?

  269. sky Aug 11,2008 10:38 AM

    belajar dalam bahasa inggeris adalah bagus untuk pelajar tetapi apabila pak-pak menteri bercakap bahasa inggeris di berita tv bahasa melayu adalah jelas mereka ini lupa diri… bercakap plak dalam broken inggeris, dan juga broken malay.. apa ini… celebriti pun sama.. dah malu jadi org melayu ker…

  270. Fazrulls Aug 11,2008 10:36 AM

    Malaysian graduates not always first choice with employers
    Sunday, 10 August 2008 12:38 zen
    Datuk S Subramaniam, the Minister of Human Resources said that graduates have low ‘marketability’ because of their lack in creative and critical thinking skills which is why foreign companies usually do not regard Malaysians as their top choice. he said “This is a very disheartening fact. As future leaders, students should strive to be multi-talented and multi-skilled. Students should also sharpen their English language skills,”
    Tengok menteri dia sendiri pun dah pertikaikan….
    Apa nak jadi sekarang ni pun tak tau…
    Kita perlu cepat ambil tindakan…

  271. asam jawa Aug 11,2008 10:35 AM

    Assalamualaikum YABhg. Tun
    Saya amat berterima kasih kepada YABhg. Tun yang telah memperkenalkan pengajaran dan pembelajaran mathematik dan sains dalam bahasa inggeris.
    Anak saya sekarang belajar di dalam tahun 6, manakala 2 orang lagi di tahun 5 dan 3 belajar menggunakan BI. Saya dapati anak-anak saya tidak mempunyai masalah menguasai matapelaran berkenaan. Malah penguasaan BI, Math dan Sains mereka lebih baik berbanding abang mereka di tingkatan 1 walaupun dia belajar disekolah berasrama.
    Saya amat marah kepada UMNO yang cuba menukar pengajaran kepada BM. Mereka yang berfikiran sempit ini sanggup menggadai maruah dan masa depan anak bangsa demi mencari sokongan daripada orang Melayu yang tidak cerdik.
    Kelembapan penguasaan Math dan Sains bukan disebabkan ketidakmampuan budak, tetapi guru kurang pakar manakala ibubapa kurang ilmu. Sampai bilakah kita perlu mewariskan sifat kita yang tidak cerdik itu kepada anak bangsa.
    UMNO juga telah ditipu oleh kaum lain yang kononnya perihatin dengan BM. Sebenarnya kaum lain cuba menyekat program yang memberi faedah kepada orang Melayu. UMNO tertipu, kaum lain gelak sakan.
    Semoga YABhg. Tun sekeluarga dirahmati Allah.

  272. Che Man Aug 11,2008 10:34 AM

    Salam Tun,
    Semoga sihat sejahtera. Saya dengar ceramah Tun di Sime Darby Convention Center Jumaat lepas. Saya bersetuju dengan pendapat Tun mengenai pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Bukan setakat itu sahaja, jika kita mahu orang Melayu setanding dengan kaum lain dalam peradaban di dunia ini, bahasa-bahasa lain juga mesti orang Melayu pelajari.
    Raja Marzuqi benar dalam komennya tentang anak-anak di Australia yang diajar berdikari dan tahu hala tuju dalam hidup mereka sejak dari kecil lagi. Tapi ini tidak berlaku di sekolah dan universiti di negara kita. Sebab tu saya rasa antara faktor ramai anak-anak Melayu terutamanya walaupun mempunyai ijazah tidak mendapat kerja.
    Patriotisme yang hanya berlegar di sekitar isu memperkukuhkan Bahasa Melayu semata-mata adalah patriotisme yang dangkal. Jika bangsa Melayu maju dan ke hadapan dalam semua bidang…maka kaum lain akan memberikan penghormatan yang sewajarkan kepada kaum Melayu, sekaligus bahasa melayu juga akan turut dihormati. Adakah kita hanya hendak “berteriak” (kata orang utara) setiap kali bahasa melayu diperlecehkan oleh kaum lain seperti yang berlaku di Pulau Pinang hari ini? Kita sendiri serba serbinya lemah, bagaimana kita hendak harapkan orang lain menghormati kita? Apatah lagi Bahasa Melayu?

  273. askar-Melayu Aug 11,2008 10:33 AM

    fact # 22 is really a gemstone

  274. John S Aug 11,2008 10:33 AM

    Saya amat terkejut dengan kenyataan Tun untuk meninggalkan Tanah Air sekiranya Anwar berjaya menubuhkan kerajaan baru pada 16 Sepetember 2008. Saya percaya Tun bukannya takut kepada Anwar tetapi malas nak tengok orang tu menjajahi Putrajya.
    Seperti yang saya huraikan dalam komen blog yang sebelum ini, Parti yang berunsurkan pelbagai kaum mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi pucuk kepimpinan baru untuk negara ini. Bukannya kita nak sokong Anwar, kita rakyat Malaysia perlukan suatu parti untuk bercakap demi Bangsa malaysia, bukan semata-mata untuk kaum tertentu sahaja. Samada Anwar dapat tunaikan janji ada tak, itu kita belum tau, tapi dengan pimpinan sekarang yang angkuh dimana masalah-masalah kaum semuanya disapu di bawah tikar. Bincang tak boleh, nak diorang selesaikan tak pandai. kejap-kejap ISA. Kejap-kejap “jangan cabar Aku”. Sedih kan? budaya Burung Unta ni.

  275. arboking Aug 11,2008 10:28 AM

    Assalamualaikum Tun,
    I wish to recollect how some of my varsity mates struggled in their assignments during my student days.
    I studied a professional course and therefore the proficiency of English language is essential in our studies. That is not the case however for some of my mates who were doing arts and even science courses (with due respect- as some of them are currently holding important positions in the private and public sector). The arts course that I am referring to is social science while the science course are the pure science courses.
    Needless to say, our assignments were mostly done in the English language while those in the non-professional courses were required to do so in the national language. If I remember correctly, only those studying law and medicine used English widely. Even those studying engineering and accountancy did not use English as widely.
    I felt so sorry for these students especially when the books and/or articles to be referred by them were written in English by western (social) scientists.
    More often that not, we (my coursemates) became their centre of reference especially when they did not understand the meaning of certain sentences.
    What could have been grasped within 30 minutes of reading or so had consumed almost 3 to 4 days of their time as they needed to translate the passage(s) into Malay before fully understanding the meaning.
    What saddened me most is the fact that at this stage, they had to read the reference with a dictionary by their side. Of course we all still do but we only refer to the dictionary upon discovering bombastic words and not every other word.
    In this respect their non-Malay coursemates (though Chinese educated) did not find this too troublesome simply because they are able to find other Chinese students who are adept in the English language.
    The disadvantage of Malay students is the fact that only those from urban background or urban schools are able to master the language whilst those who mostly come from Malay heartland states find it troublesome.
    I was fortunate to have studied in a residential school (despite coming from a rural area) where much emphasis was given to the English language as preparatory steps towards overseas tertiary education.
    I fully support the use of English in science and mathematics for the future of our next generation. We want our children and grandchildren to be able to converse in English without any hesitation or inferiority.
    I have interviewed countless number of Malay graduates who find it difficult to interact in English and even if they do, the sentences are saddled with grammatical errors and mispronunciation.
    This is not limited only to local graduates but overseas graduates as well. When interviewing overseas graduates (with poor command of English), I always make it a point to ask them whether they lived among the Malay community of which the answer is always in the affirmative.
    I do not want the rural students to be at a disadvantage at tertiary level and we must all support the use of English in mathematics and science. Believe it or not, some bright Malay students failed in their studies simply because they could not master the English language.
    Currently we have seen how hardworking and able Malay workers are sidelined by the employers for the reason that they are unable to speak English. More often than not, the promotion will be given to the Chinese or Indians despite the Malays being the backbone of that very department.
    For how long do we wish to see this situation to prevail?
    I agree with you that those people who wanted to revert into the national language are actually serving their own narrow and selfish interest instead of the Malay race as a whole. They claim to be nationalists but are actually killing the competitive edge of the Malays.
    Ironically, these very same people will send their children to schools that place greater emphasis on English. More often than not, they speak English at home.
    The result may not be seen now but shall be seen when the first batch enters university where studies will be made much easier with better command of the English language.
    Thanks and wassalam.

  276. nacsoib Aug 11,2008 10:27 AM

    Tun,
    We can study melay in primary and secondary or even to University. We are able to provide translation of knowledge from others language to Malay and currently from my view we are only able to make it till secondary school. But to University a lot of book are in English, that is why some of the student could not catch up when in University. We are too slow in translation to catch up the world. Yes, I agree we need to change and keep policy of using english in teaching. But is our teacher capable of doing so? Most of the teacher now are from the generation who study Malay. If the teacher are not capable in understand english how they going to teach the student? Did the ministry think of this point? How we going to make sure we have good quality of teacher?
    Study Mandarin and Tamil, yes is good to learn that as the world fast growing country are China and India. Learning additional language is just an advantage to us. In malaysia, Chinese know malay, english, mandarin. India know malay, english and tamil. Malay know malay and english. Just look at this we know who are the ppl having advantages. But the point is are Malay ppl accept this? Is the ministry accept this? Where by the ppl think highly only on their own language. Beside learning the language of how to speak, write but also the culture. In our history book from primary to university we are just bring over some of the culture from China and India. We are concentrate on Malaysia history and Islam. The point is to let malaysian know malaysia history and understand Islam. Do we left out anything here? Chinese and India in malaysia know the culture of malay and islam. But how about Malay? do they understand well enough others races? Simple example everyone from malaysia when see Halal we know that is for muslim food. But is every malaysian know what others religious culture?
    Back to again we want to implement some plan, the ministry must study and know the whole implementation plan not just “test fire”. World is changing fast, we keep on changing our plan will only affected our next generation. Who should be the leader and who is capable?

  277. yanie Aug 11,2008 10:27 AM

    Assalamualaikum ayahanda Tun,
    Pada pendapat saya, tidak kisahlah mengajar di dalam bahasa apa pun, yang pentingnya ilmu itu diperolehi..yang menjadi tak seronoknya apabila bangsa-bangsa lain sibuk pula meminta mata pelajaran berkenaan diajar dalam bahasa ibunda mereka…lebih tak seronok lagi apabila guru-guru yang mengajar subjek berkenaan memperolehi elaun tambahan kerana mengajar dalam bahasa inggeris..bertambahlah banyak pendapatan yang mereka perolehi..sedangkan hakikatnya, bukankah mereka telah menerima gaji kerana pilihan yang mereka buat sewaktu di maktab atau di universiti..kerjanya ialah untuk mengajar..subjek apa pun yang di ajar, itulah pendapatan yang diperolehi..mengapa harus di beri elaun lain,kerana mengajar bahasa inggeris???? Adakah ini salah satu bentuk rasuah yang tersorok?
    sekiranya guru-guru, kesatuan guru terus mendesak supaya matematik, sains di ajar dalam bahasa ibunda..kelemahan kerajaan sedia ada sekarang, lambat laun keinginan dan hasrat mereka akan terpenuhkan juga..timbul pula isu untuk memohon elaun kerana mengajar dalam bahasa ibunda..dan bla-bla..Gaji guru juga makin bertambah..mudah naik pangkat pun guru juga..apa pula perasaan penjawat awam yang lain??????
    Jangan pula nanti, kekurangan guru yang mahir dalam bahasa tamil atau cina, kerajaan AAB impot pula guru-guru dari India dan Cina..lepas tu mereka di bayar dengan gaji yang mahal, diberi layanan istimewa..
    Dengarnya, Kementerian Kesihatan pun nak impot 6000 jururawat dari luar negara untuk dilatih menjadi jururawat pakar dan berkhidmat di negara ini..
    Rakyat/ jururawat dalam negara ini tak ada kelayakan ke???? sehingga terpaksa impot jururawat dari negara asing..
    Cukup-cukuplah tuuuu..masalah pendatang asing pun tak terbendungkan..tak payahlah tambah lagi masalah lain. AAB yang terlebih cerdik tu nak bina lebih banyak pusat transit di sabah dan serawak untuk menyelesaikan masalah pendatang asing!!! tak payahla..buang duit sahaja..
    Sekian, harap ayahanda memberi komen tentang forum majlis peguam tentang ‘Memeluk Islam’..non-malay di negara ini bertambah kurang ajar..ini semua gara-gara kelemahan pemimpin bangsa juga..AAB tu, langsung tidak berkata sesuatu pun untuk mempertahankan Islam, dikala Islam sedang diperlekehkan oleh bangsa lain…tapi memperjuangkan ISLAM HADHARI!!!

  278. Fazrulls Aug 11,2008 10:23 AM

    Saya amat sokong 100% math and sains in english.. saya baru saja tamat belajar, dalam master of scince.. di univetsity tempatan.. saya bershukur kerana semua pensyarah melayu kita berjaya menguasai bahasa Inggeris dengan baik memandangankan mejoriti pelajar adalah dari Arab dan Afrika. Dan bahan rujukan dan nota2 semua dalam bahasa Inggeris, kadang saya terfikir kalau dari dulu lagi di sekolah rendah saya dah mula belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris sudah tentu saya dapat menguasainya bidang sains ini… tapi saya bersyukur kerana Tun dah memperkenalkannya tapi ada pihak yang bodoh lagi sombong cuba menaguk di air yang keruh dan mempolitikkannya.. banggang betul depa ni. tahu nak jaga pangkat ja..tapi berfikiran kolot..

  279. globalmalay Aug 11,2008 10:22 AM

    Dear Tun,
    I really truly support the reversion to English for Science and Maths. Our country has a long way to go and mastering English is the only way, whether we like it or not. India is doing very well due to sound English-based education system. As for China they have cheap labour and entrepreneurial spirit. We are neither. We need to increase our human capital, fast, if we need to stay relevant in this ever shrinking pond. For the sake of my kids, I hope Hishamuddin Hussin will not bow to political pressure and to those shortsighted people.
    The waiting list into internationl schools in Klang Valley get longer every day from Malaysians wanting the best for their children. I find it ironic that some politicians, present and former and their friends send their kids to international school. This says a lot about the quality of our education and and its flip flopping policies.

  280. ashah Aug 11,2008 10:20 AM

    Salam Tun,
    Komen Tun memang amat wajar. Tetapi saya hairan kenapa dizaman Tun, Tun tidak nampak betapa pentingnya juga bahasa Cina diwajibkan dipelajari dari peringkat sekolah lagi?
    Kalau ini telah dilaksanakan sudah pasti bangsa melayu sekarang telah mempunyai satu lagi kelebihan.
    Terima kasih.

  281. OrangLama Aug 11,2008 10:16 AM

    Salam Tun,
    Izinkan saya beri pandangan dari pbeberapa sudut penggunanaan Bahasa Ingegeris untuk bidang Sains dan Kejuruteraan sahaja. Bidang Sastera saya tak sentuh!
    Di Singapura penggunaan Bahasa Inggeris berleluasa dari peringkat sekolah ke Universiti tanpa masalah.Mereka ini orang putih ke? Adakah orang singapura hilang jati dirinya? Mereka cuma nak Bahasa Inggeris sebgai salah satu kebolehan untuk berdaya saing peringkat antarabangsa.Saya amat sokong penggunaaan Bahasa Inggeris di Universiti temapatan.
    1. Bahan bacaan kebanyakan Bahasa Inggeris
    Peringkat Universiti perlu banyak buku rujukan. Dahulu Pensyarah Universiti tempatan banyak menghabiskan masa menterjemah buku2 Bahasa Inggeris dan ada yang ceduk sana ceduk sini dan di jadikan buku kononnya ditulis oleh beliau sendiri. Itu baru satu buku. Maka tak dapat dielakkan pelajar kena juga baca buku rujukan Bahasa Inggeris. Kasihan Dewan Bahasa dan Pustaka terbitkan buku tak ramai pelajar beli. Universiti tempatan pun banyak juga terbitkan buku sebegini! Siapa nak tanggung kos ni!Terus terang saya katakan kualiti buku Pensyarah tempatan amat rendah. Buku Bahasa Inggeris yang diterbitkan luar negara adalah ditulis oleh pengarang terpilih, diantara pensyarah terbaik di US dan UK,biasanya.Buku2 ini pula mempunyai banyak penambahbaikan dan kemaskini melalui edisi2 baru.
    Penggunaan istilah yang diterjemahkan juga tidak mendapat persetujuan sepenuhnya antara Universiti Tempatan. Istilah Dewan Bahasa dan Pustaka yang sepatutnya digunakan oleh semua Pensyarah, tetapi bila menulis ada Pensyarah menggunakan istilah terjemahan Universiti masing2. Wahai para Pensyarah bijaksana, kasihanlah kepada pelanggan anda iaitu para pelajar. Janganlah keliru kan mereka, kamu sepatutnya mengajar Sains& Matematik. Jangan tumpukan sangat kepada istilah terjemahan! Kita dah ada Institut Terjemahan yang bertugas menterjemahkan perkara yang betul2 memerlukan penterjemahan!
    Sekarang zaman INTERNET, mudah sangat pelajar mendapat maklumat. Ada nota kuliah Universiti luar negara yang boleh pelajar capai. Artikel2 ilmiah berkualiti dapat dicapai. Para Pensyrah Universiti Tempatan sepatutnya lebih dinamik, ubahlah sikap anda kerana hasil didikan peringkat Universiti sepatutnya bertaraf universal.boleh bersaing peringkat antarabangsa. Kenapa pelajar Malaysia lulusan luar negara terutamanya yang Berbahasa Inggeris lebih diutamaka dari pelajar lulusan Universiti tempatan oleh majikan swasta? Pensyarah pun sedar ada beberapa negara yang tidak guna Bahasa Inggeris pun membenarkan pelajar menulis tesis mereka dalam Bahasa Inggeris? Lihat saja tesis yang dboleh dicapai di Internet!
    Ramai orang tahu bahawa ramai anak2 Pensyarah dan pegawai tinggi kerajaan mempunyai anak2 belajar di luar negara. Tetapi diantara mereka pula ada yang berusaha menafikan penggunaan Bahasa Inggeris di Universiti Tempatan. Apa ni? Ada tipu rakyat ke?
    2. Universiti berkualiti.
    Kepada Dato’ Menteri Pengajian Tinggi dan orang2 kuatnya. Para Pensyarah sepatutnya menumpukan kepada tiga tugas utama iaitu :Pengajaran,Penyelidikan dan Rundingan . Para Pensyarah dan bos2 depa tidak patut dibenarakan buat kerja syok sendiri. Pelajar2 hutang PTPTN untuk belajar di Universiti. Ibubapa jadi penjamin. lepas tu harapkan anak2 berjaya bekerja dengan baik bukan jadi penggangur! Pembayar cukai pula nak kena “support” infrastruktur Universiti.
    Kenaikan pangkat di Universiti tempatan sepatutnya sama kriteria yang diamalkan untuk kenaikan pangkat di Universiti terkemuka di luar negara. Janganlah buat perkara yang tak penting untuk KPI Universiti terkemuka dunia!
    para pensyarah sudah semestinya menulis hasil kajiannya dalam Bahasa Inggeris untuk diterbitkan dalam impact factor journal! Adakah impact factor journal dalam Bahasa Malysia? Pembentangan seminar luar negara dalam Bahasa Malaysia ke? Pensyarah boleh cakap orang putih, student tak bolehke? Ada diskriminasi ke? (Hang pa jangan duk perabis duit rakyat hoi! Sorry jangan marah ye!)
    Hanya dengan cara ini barulah boleh capai KPI dan dapat masuk semula dalam Top 200. kalau Universiti tempatan dah masuk Top 200, kalau boleh Top 50, Kualiti sudah tentu pasti ada. Pelabur negara pun yakin, ramai pelajar luar negara sanggup membayar yuran untuk belajar di Malaysia. Produk Malaysia lebih diyakini. terlalu banyak faedahnya jika Univ. tempatan cemerlang di peringkat dunia. Kasihanlah budak2 yang tak reti cakap orang putih ni nak minta kerja di swasta. Nak mintak kerja di perkhidmatan awam, pencen sekarang dah sampai 58 tahun. Ada yang dah pencen, minta sambung bersambung lagi. Lulusan Universiti bertimbun sekarang ni! Tak ada kemahiran dan kebolehan susahlah. Yang keluar Universiti ada yang kerja kerani sangkut, berebut pula dengan lulusan SPM. Insaflah pentadbir2 Universiti. Sepatutnya keluaran Universiti dapat mewujudkan pekerjaan2 baru kepada orang lain setelah 5 tahun bekerja! Bukan berebut kerja dengan orang lulusan rendah! Buat malu aje!
    3. Sedikit Sejarah(sensitif! mungkin tak tepat, sorry ye!)
    Universiti Kebangsaaan Malaysia yang ditubuhkan khas untuk penggunaan Bahasa Melayu memang baik untuk zaman dahulu. Pada awal UKM, siswazahnya banyak yang bekerja dalam perkhidmatan awam. Tak ramai yang berjaya dalam swasta. Tak ramai yang pegang jawatan kanan di swasta antarabangsa terutamanya sektor perkilangan.Adalah tidak tepat mengatakan ada unsur perkauman kerana majikan luar negara lebih selesa dengan yang boleh bertutur Bahasa Inggeris. Takkan nak suruh depa belajar Bahasa malaysia kalau nak buka kilang di Malaysia.
    Ramai lulusan UKM melanjutkan pelajaran Master dan PhD ke Universiti luar negara.Ada yang dah balik pun tak berapa pandai berbahasa Inggeris. Menginsafi jasa UKM dan latarbelakang UKM ber-Bahasa Melayu ini (baguslah tahu bersyukur!) memenyebabkan mereka fanatik Bahasa Melayu(sorry bukan semua ye). Depa ni lah bersama2 dengan rakan2 sependapat dengan mereka dari lulusan Univ. lain(termasuk yang beberapa orang yang rasa rindu budaya Melayu yang berkelulusan 1st degree dari English speaking countries, whoooosh!!!) dan pejuang Bahasa Melayu dari bidang Sastera bergerak pantas memercukan penggunanaan Bahasa Melayu. tetapi malangnya tidak mendapat sambutan di sektor swasta. Sebab depa terlalu “theoretical”. Hang pa bukan boleh paksa swasta antarabangsa guna Bahasa Melayu kerana depa tu swasta,kalau banyak cerita depa pindah syarikat ke luar negara! La ni depa pi kat Cina dan Thailand bukan kerana Bahasa Inggeris tapi kos lebih murah. Bagaimanpun cuba tengok sekarang orang Thai dan Cina cuba berusaha bersungguh2 mempertingkat Bahasa Inggeris kerana nak dapatkan kekuatan daya saing! Tapi di Singapura kenapa pula walaupun kos mahal, ramai pula luar negara masih berada di situ. Ada banyak faktor lain seperti lebih cekap, tak de rasuah dan lain2 tetapi Bahasa Inggeris adalah satu faktor utama.
    “As the global language for commerce, technology and science, the promotion of English also helps to expedite Singapore’s development and integration into the global economy [2]”
    Anne Pakir (1999). “Bilingual education with English as an official language: Sociocultural implications” (pdf). Georgetown University Press.
    (Source: http://en.wikipedia.org/wiki/Languages_of_Singapore )
    Andaikata ramai lulusan bumiputera menyertai sektor swasta (bukan setakat GLC) pada awal2 dahulu sudah tentu ramai yang sedang memegang jawatan tertinggi di syarikat antarabangsa.Maka lebih banyak peluang kenaikan pangkat untuk bumiputra di Malaysia di swasta.
    4. Pengunaan Bahasa Inggeris di Sekolah
    Masalah utamanya adalah cikgu tidak mahir. Wahai Dato’ Menteri Pendidikan ! Kalau cikgu tak mahir, mahirkan lah mereka dengan cara paksaan seperti pengesahan jawatan, latihan bertubi2 seprti pelajar hadapi peperiksaaan dan lain2 lagi. Jangan kasihan dekat depa sangat, kerana depa yang pilih profesion perguruan. Yang dipaksa pilih bidang perguruan tetapi tak berminat, ada pilihan lain iaitu jangan ambil jika ditawarkan! Kasihan kat berjuta2 rakyat Malaysia, jika cikgu yang dipilih itu tak bersungguh2. Kalau sekolah banyak beri beban ko-kurikulum dan lain2 lagi. Kurangkalah beban cikgu2 tu. Kasihan juga cikgu ni, kadang2 jadi orang suruhan Guru Besar! Yang mana tak betul di sekolah betulkanlah! Jangan sampai Penasihat Parti Pembangkang yang “serba tahu” iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) kata “saya tahu caranya nak bagi sekolah berkualiti”. Atau pun DSAI lansung tak benarkan guna Bahasa Inggeris di Malaysia? Saya pun belum jelas yang mana satu yang DSAI nak perjuangkan!
    Kita nak yang betul2 bagus jadi Cik Gu. Jawatan guru adalah jawatan yang sangat mulia. Perlu keikhlasan dan pengorbanan. Kalau tak minat jangan jadi cikgu.
    Anak2 kampung ramai tak tahu cakap orang putih. Budak2 Melayu Damansara Height hampir semua pandai cakap orang Putih. Budak2 Melayu anak pegawai tinggi kerajaaan (termasuk para pejuang pejuang Bahasa Melayu konon) ramai pandai cakap orang putih. Anak orang Melayu dan orang Asli ,bumiputera lain di kampung2, setinggan2 , rumah pangsa(flat2) ramai tak tau cakap orang putih. Depa nak belajar Bahasa Inggeris cikgu. Betul. Ibubapa mereka akan berbangga kalau depa cakap orang Putih. Tapi apa kan daya, bahasa Inggeris cikgu pun dua kali lima.Kadang2 depa malu kat rakan sebaya yg pandai Berbahasa Inggeris. Kesian kat depa. Kalau tak dapat masuk Universiti dan nak kerja kerani swasta pun nak tak tahu Bahasa Inggeris. Drebar cakap orang Putih pun ,ada “nilaitambah” kalau tahu Bahasa Inggeris.
    Pejuang2 Bahasa Melayu tak pe la , depa kebanyakannya dah senang. Kenal orang itu kenal orang ini. Anak depa kalaulah tak pandai cakap orang putih, masih ada kenalan di sana sini di kerajaan dan swasta(barangkali)boleh tolong. Yang duk kampung tu, tak kenal siapa2,siapa nak tolong? Harap wakil rakyat sajalah. Tu pun kalau lah ok! Peluang pekerjaan mereka kurang lah sikit!
    Kita nak yang betul2 bagus jadi Cik Gu. Jawatan guru adalah jawatan yang sangat mulia. Perlu keikhlasan dan pengorbanan. Kalau tak minat jangan jadi cikgu.
    Ramai kena hentam ni termasuk kepada diri saya sendiri.Mohon maaf kepada semua jika ada kecil hati. Niat saya untuk kebaikan semua supaya kita baiki kelemahan diri kita sendiri supaya kehidupan kita mendapat kebaikan dunia dan akhirat.

  282. cucujebat Aug 11,2008 10:13 AM

    Bravo Tun, kerana pendekatan yang dibawa oleh Tun menyebabkan anak saya boleh berbahasa inggeris yang dulunya menjadi penyebab saya ponteng kelas.Nyata kini pendekatan Tun membuahkan hasil yang amat bermakna.Apa yang pasti pemikiran Tun terlalu kedepan yang menyebabkan ramai orang gagal berfikir secara rasional.Namun segala apa jua bentuk yang dibawa oleh Tun semasa pemerintahan dulu adalah untuk kejayaan bangsa dimasa depan.

  283. Hj M Zin Aug 11,2008 10:09 AM

    Benar. Melainkan Tun Dr, pemimpin dan pejuang UMNO sejak dulu lagi ingin disukai ramai. Mereka menakutkan orang Melayu kononnya mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris akan memberi kelebihan kepada bangsa Cina dan India yang hidup di bandar. Apa gunanya memang sorak dalam bahasa Melayu jika ber-billion pekerjaan dalam bidang pembuatan tergadai kepada negara Cina dan dalam bidang perisian kepada negara India?
    The Malays have to compete in the global job market that is English speaking!
    11 Ogos 2008
    Alor Gajah

  284. cucujebat Aug 11,2008 10:08 AM

    Bravo Tun, kerana pendekatan yang dibawa oleh Tun menyebabkan anak saya boleh berbahasa inggeris yang dulunya menjadi penyebab saya ponteng kelas.Nyata kini pendekatan Tun membuahkan hasil yang amat bermakna.Apa yang pasti pemikiran Tun terlalu kedepan yang menyebabkan ramai orang gagal berfikir secara rasional.Namun segala apa jua bentuk yang dibawa oleh Tun semasa pemerintahan dulu adalah untuk kejayaan bangsa dimasa depan.

  285. suhainin suhaibol Aug 11,2008 10:08 AM

    Bahasa merupakan sesuatu yang perlu kita pelajari terutama bahasa-bahasa yang melibatkan penggalian ilmu pengetahuan….pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris merupakan sesuatu langkah yang baik dan saya melihat perubahan mendadak dalam penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah rendah terutamanya….ini sesuatu yang positif…
    Tun,Semakin cuba saya lupakan
    semakin kenangan itu datang.
    Tun menyampaikan mesej kepada
    kami melalui “Bahasa Kiasan dan
    Bahasa Isyarat” 2003 yang hangat
    dalam kenangan…wayang orang kah
    itu atau pun hanya suatu sketsa drama.
    Kalau sekadar wayang orang,mengapa
    ada yang terkorban,terbunuh dan
    dibunuh…tanpa saya sedari…awal-
    awal lagi Tun sampaikan pesanan
    yang berbunyi”Mahukah awak terlibat
    dengan permainan ini kerana ianya
    melibatkan nyawa” saya yang dungu
    ini berkata”Yang sudah mati biarkanlah”
    Di sini saya cuma ingin berkata
    bahawa peranan bahasa itu amat luas.
    melalui bahasa kiasan Tun Berkisah…
    “kerana bahasa kita boleh terselamat
    daripada maut dan kerana bahasa kita
    juga boleh menjadi jutawan atau apa
    sahaja”
    2003…Tun melempiaskan perasaan Tun
    kepada kami….saya menyelami perasaan
    seorang perdana menteri dan kehidupannya,
    mengetahui perasaan seorang jutawan,
    mendekati perasaan seorang pemimpin
    pergerakan bawah tanah atau secret society,
    melalui perasaan wanita,kanak-kanak,orang
    buta,bisu dan pekak….perasaan penjenayah
    dan pengganas…hinggalah perasaan dan
    kehidupan pesakit jiwa,terutamanya tentang
    hidup dan perasaan pesakit Skizophrenia….
    akhirnya saya disahkan oleh pakar jiwa sebagai
    pesakit skizophrenia(Scizophrenia)…..semuanya
    melalui bahasa kiasan dan bahasa isyarat….
    hendak kata apa lagi…nyata…bahasa itu
    amat penting sebagai suatu landasan ilmu.
    Benarkah saya gila….biar hanya saya yang
    tahu…
    Pendek kata saya melalui semua perasaan
    itu melalui bahasa kiasan dan bahasa isyarat..
    dan bahasa ini membentuk kembali jiwa,hidup dan
    perasaan saya….pengalaman menjadi perdana
    menteri penuh dengan kepahitan,kemanisan
    ketakutan,kehinaan dan sebagainya biar pun
    hanya dalam bahasa kiasan tetapi amat mengujakan.
    Tun…terima kasih atas segalanya….Tun
    seolah-olah berkata”Tiada harta atau wang
    ringgit yang dapat saya berikan kepada
    anda cuma terimalah sekelumit kenangan manis dan
    kenangan pahit…..semoga ianya menjadi
    bekal buat anda untuk meneruskan kehidupan
    ini”….Tun,saya merindui mereka semua….

  286. Akramin Aug 11,2008 10:06 AM

    Salam Tun,
    Ni semua menantu Paklah, Khairy Jamaludin yang cadangkan supaya Sains & Matematik diajar semula dalam bahasa Melayu. Anak beranak otak cetek!
    http://www.akramin.blogspot.com

  287. Sard80 Aug 11,2008 10:06 AM

    Assalamualaikum,
    Tun yang dikasihi dan dihormati…
    Saya menyokong 1000000>% dengan tindakan Tun untuk ini. Terasa seperti ingin kembali ke zaman persekolahan untuk belajar sains dan matematik dalam BI. Kekadang rasa pelik kenapa melayu sendiri hendak menjatuhkan maruah bangsanya sendiri demi kepentingan diri sendiri. Tun buat ni semua untuk jadikan rakyat tak kiralah melayu ke cina ke india ke untuk maju dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang dihormati dari segala aspek.
    Memang betul dulu masa saya belajar kat sekolah rendah dan Menengah banyak guna BM, kat Universiti pun kebanyakkan guna BM cuma jika kita nak buat rujukan kena ambil dari buku dalam BI betul tak?, tapi bila dah grad dan nak bekerja Kebanyakkannya perlukan BI untuk komunikasi dan penulisan. Nak taknak kena belajar jugak BI betul tak? Hilang ke identiti melayu korang?
    Bangunlah wahai Melayu yang sedang nyenyak tidur… Tidakkan hilang identiti Melayu kita jika kita Belajar Math dan Scs dalam BI. Malah akan menjadikan kita lebih berilmu, memudahkan hidup kita juga.
    Tun boleh tak komen pasal BAR forum baru-baru ni…
    Thanks..

  288. hajiman ibrahim Aug 11,2008 10:02 AM

    Ybgh Tun.
    Kerana sistem pemilihan pemerintahan parti / negara sebegitu rupa, maka ujudlah penyokong / menteri / MKT macam lalang ditiup angin. Bila Tun melancarkan sebarang rancangan , dasar etc. ketika Tun dipuncak , mereka semua sokong . Bila Tun lepaskan jawatan, lalang-lalang ni bertukar arah mengiakan kan kedangkalan DSAAB, sambil tu masih boleh pula membatalkan dan menyalahkan projek atau sistem yang dulu mereka sendiri setujui. Itulah pembohongan dan sikap hipokrik yang disimpan dalam jiwa pembesar diatas tu. Kronisma dah jadi halal dan begitulah keadaan ular lidah bercabang.
    Perenggan 21, amat tepat dan setuju dengan Ybgh Tun.
    Tkasih.
    Mendoakan kesejahteraan dan kebahagian Tun sekeluarga.

  289. puyoo Aug 11,2008 9:54 AM

    Salam Tun,semoga sihat dalam iman.
    Terima Kasih atas penjelasan Tun tentang pelaksanaan dasar Sains dan Mametamik dalam bahasa Inggeris.
    Saya sangat setuju dengan pengukuhan dan pemerkasaan penguasaan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi dan bahasa ilmu yang utama dan penting sekarang.Dan saya sangat setuju dengan pendapat bahawa setiap umat di Malaysia terutama Melayu semestinya boleh menguasai bahasa Inggeris.Adalah amat rugi bagi sesiapa yang tidak dapat menguasai bahasa ini.
    Hakikat ini saya rasai sendiri sebagai seorang yang tidak dapat menguasai bahasa tersebut dengan fasih.Sememangnya saya hampir langsung tidak mampu berurusan dengan bangsa asing terutama bila mana saya menguruskan jual beli melalui internet dan pembeli datang dari luar negara.
    Tetapi persoalannya Tun, bukan “Pengunaan bahasa Inggeris” itu yang salah atau kurang tepat, tetapi kaedah dan cara pelaksanaannya di peringkat persekolahan sahaja saya rasa kurang betul. Sepatutnya Sains dan Matematik tidak dijadikan batu loncatan.Seperti kata Tun, Sains dan Matematik adalah bidang ilmu yang mesti dikuasai.Tetapi malangnya anak-anak kita tidak semuanya berkeupayaan menguasai bahasa Inggeris jadi bagaimana hendak menguasai ilmu tersebut.Lihat petikan ungkapan Tun ini,”Yang jelas daripada sejarah ialah penguasaan ilmu yang ada pada bangsa lain bermula dengan penguasaan bahasa bangsa-bangsa ini.”
    Mana satu yang kita mahu, bahasa atau ilmu? Tentu kedua-dua bukan? Tetapi kalau bahasa tak dapat, ilmu terus hilang.
    Ungkapan Tun ini sendiri mengiakan bahawa penguasaan bahasa itu “dahulu” adalah amat penting.Dah menguasai bahasa kita guna bahasa tersebut untuk menguasai ilmu.Maka sebenarnya dan sepatutnya langkah yang tepat ialah dengan memperkasakan subjek bahasa Inggeris itu sendiri.Dan bukan memaksa pengajaran sains dan matematik kepada semua anak-anak kita termasuk yang kurang berkeupayaan menerjah alam ilmu yang sebelum ini diakui sebagai sukar walaupun disampaikan menggunakan bahasa ibunda ,apatah lagi menggunakan bahasa yang langsung tidak mereka kuasai.
    Berdasarkan pemerhatian saya kepada pengalaman 3 orang anak saya dan waktu saya sekolah dahulu mendapati bahawa pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah kita lebih kepada berorientasikan peperiksaan.Pengajarannya lebih memberatkan kepada nahu atau undang-undang bahasa dan bukan penggunaan bahasa Inggeris itu sendiri. Sedangkan dalam teori pembelajaran bahasa ini terdapat dua pendekatan.Pendekatan pertama ialah pendekatan mempelajari bahasa sebagai bahasa pertama (bahasa ibunda) dan pendekatan kedua ialah pendekatan mempelajari bahasa sebagai bahasa kedua.
    Pendekatan pertama lebih menitik beratkan kepada undang-undang bahasa atau nahu, sementara pendekatan kedua lebih menitik beratkan penggunaan dan penguasaan bahasa secara dasar.
    Jadi dalam situasi anak-anak Malaysia, di mana kebanyakannya bukan penutur jati bahasa Inggeris.Ada bahasa ibunda Jawa,Bugis,Banjar,Iban dan sebagainya termasuk pelbagai dailek seperti Kelantan,Terengganu,Kedah dan sebagainya.Kemudian majoriti anak-anak kita akan belajar bahasa Arab (mengaji al-Quran)dan bahasa Melayu (dalam persekitaran).Ini menjadikan bahasa Inggeris sudah jatuh ke bahasa ke2,ke3 malah ada yang ke4 kepada mereka,jadi pendekatan yang sesuai untuk mereka ialah pendekatan kedua dan bukan pendekatan pertama seperti yang kita amalkan dalam pengajaran bahasa Inggeris di sekolah.
    Pemilihan kaedah ini amat penting untuk memudahkan penguasaan bahasa tersebut.Mana mungkin kita dapat menggunakan bahasa Inggeris dengan lancar dan fasih tanpa menguasai bahasa tersebut.
    Saya ingin ke tengahkan situasi sebenar yang berlaku kepada 3 orang anak saya yang berbeza tahap kemampuannya.2 orang berada pada pencapaian cemerlang (UPSR-5A) dan belajar di sekolah yang terpilih.Di peringkat sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu dalam Sains dan Matematik.Bila sampai di sekolah menengah menggnakan bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik.Mereka ini kurang bermasalah dalam pembelajaran mereka.Tetapi anak ke3 yang mempunyai tahap pencapaian sederhana (UPSR-4B1C- C bahasa Inggeris) sering menghadapi masalah dalam tiga subjek yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya (Sains,Matematik,dan bahasa Inggeris sendiri).Beliau langsung tidak dapat memahami konsep lantaran kekangan bahasa tersebut.Keputusan ujiannya sentiasa di takuk gagal.Sedangkan dia boleh lulus di peringkat UPSR, sekarang ini dia langsung tidak dapat merungkai setiap permasalahan dalam Sains dan Matematik lantaran kekangan bahasa tersebut.Jadi di sini dia sebenarnya mengalami kerugian yang amat sangat.Bahasa inggeris tak dapat, Sains dan Matematik terus keciciran.Inilah yang saya maksudkan dengan perbezaan bahasa dan ilmu seperti juga yang Tun ungkapkan.Di sinilah juga pentingnya menguasai bahasa itu dahulu baru boleh menggunakan bahasa itu untuk menguasai ilmu.
    Jadi kesimpulannya saya berpendapat; kalau hendak diteruskan juga kaedah yang ada sekarang, kita mestilah melaksanakannya hanya di sekolah terpilih sahaja kerana sudah terbukti pelajarnya sudah bersedia.Sementara bagi pelajar yang sederhana dan lemah penguasaan bahasanya kita longgarkan dengan penyampaian ilmu Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu atau bahasa ibunda.Sekurang-kurangnya mereka dapat juga ilmu Sains dan Matematik tersebut, daripada terus hanyut satu apa pun tak faham.Dan mereka inilah golongan yang akan memenuhi pasaran kerja kolar biru.Kita kena akui bahawa tidak perlu semua anak-anak kita mesti jadi doktor/jurutera/peguam, memadai hanya sebahagian sahaja.Dan yang sebahagian inilah yang sepatutnya kita kerah habis-habisan kerana hanya yang inilah yang betul-betul bersedia.Tun sendiri mengakuinya hakikat ini “10. Apakah kita tidak mungkin mengadakan segelintir daripada orang Melayu mempelajari bahasa ilmu di zaman ini, iaitu bahasa Inggeris supaya mereka dapat menterjemahkan ilmu-ilmu ini kepada bahasa Melayu. Dengan itu orang Melayu lain boleh kuasai ilmu-ilmu ini dalam bahasa Melayu, tanpa mempelajari bahasa Inggeris.”
    Syor saya kepada pemudah penguasaan bahasa Inggeris kepada anak-anak yang kurang berkeupayaan dan untuk jamak supaya semua jenerasi keturunan kita nanti semuanya dapat menguasai bahasa Inggeris dengan fasih;
    1. Ajarkan bahasa Inggeris kepada anak-anak di tahun 1-3 penggunaan bahasa itu secara normal dan bukan paksaan untuk menghabis sukatan pelajaran dan lulus peperiksaan.Ajar dahulu mereka bertutur macam kita ajar anak-anak yang baru mula bercakap.Di peringkat ini anak-anak hanya didedahkan lebih kepada aspek pertuturan dan pembacaan untuk membina seberapa banyak perbendaharaan kata dan membina keyakinan.Pengukuran di peringkat ini juga hanya menitik beratkan aspek pertuturan dan bacaan sahaja.Setelah boleh menguasai pertuturan dan pembacaan, sudah kaya dengan perbendaharaan, barulah masuk fasa ke2 di tahun 4-6.Di fasa ke2 inilah baru kita terapkan undang-undang bahasa dan nahu sebab mereka sudak boleh mengguna dan menuturkan bahasa tersebut.Di fasa ini jugalah mereka boleh diuji secara bertulis selain pertuturan dan bacaannya.
    2. Mengajar bahasa Inggeris mengikut tahap.Tak lulus jangan naik tahap yang lebih tinggi.Bagi mereka yang belum lagi menguasai fasa 1 (penggunaan bahasa),mereka sepatutnya mengulang lagi kemahiran dan sukatan fasa 1 tersebut dan bukan terus ke fasa 2 seperti apa yang berlaku sekarang.Biarlah mereka tidak membuat karangan bahasa Inggeris tetapi mereka sekurang-kurangnya boleh mengajuk cakap dan membaca koran bahasa Inggeris, cukuplah daripada terus langsung “0”.Jangan diulang kesilapan sekarang; tahun 1 tak lulus bahasa Inggeris (tak menguasai) teruskan juga sukatan di tahun 2 hingga tingkatan 5 (persekolahan wajib).Mana mungkin kalau yang asas tak menguasai, diharap pula menguasainya di tahap bahasa ilmu.Jadi biarlah mereka belajar asas bahasa itu walaupun sehingga ke tingkatan 5.
    3. Wujudkan sebilangan sahaja yang benar-benar menguasai bahasa dan menterjemah ilmu sains dan matematik dalam bahasa ibunda.Kita telah laksanakan sekian lama dan telah berjaya melahirkan cerdik pandai bukan sedikit.Betul tak Tun;”10. Apakah kita tidak mungkin mengadakan segelintir daripada orang Melayu mempelajari bahasa ilmu di zaman ini, iaitu bahasa Inggeris supaya mereka dapat menterjemahkan ilmu-ilmu ini kepada bahasa Melayu. Dengan itu orang Melayu lain boleh kuasai ilmu-ilmu ini dalam bahasa Melayu, tanpa mempelajari bahasa Inggeris.”
    “Biar lambat sedikit asal dapat apa dihajat, daripada tergopoh-gapah dan akhirnya tersungkur”.Ingatlah bahawa di SJKC mereka terus menggunakan bahasa ibunda untuk menyampaikan Sain dan Matematik, dan mereka terus di depan.
    Jangan tanya berapa “A” dapat, tetapi cuba tanya berapa markah diperolehi. A boleh jadi 100, A boleh jadi 80, mungkin juga A boleh jadi 60 sahaja.Jadi C, berapa markah?

  290. mamat2008 Aug 11,2008 9:52 AM

    salam Tun,
    topik ni erm….susah nak cakap…saya belajar sains dan math masa sekolah dulu guna BM, then sampai kolej pun guna BM, then masuk University pulak…ada lecturer suka guna Bm ada guna BI…campur aduk macam rojak! ada satu subjek mmg saya guna BM, ada satu subjek saya guna BI, ada satu tu pulak saya guna dua2…memang pening…itu masa first year…masuk 2nd year fully english… and next next next year nyer pulak fully english. saya tak kisah sebab saya faham semuanya. (buku2 references semua dlm BI ada satu je dlm BM).
    Tapi Tun, kenapa Jepun and Korea boleh maju guna bahasa dorang sendiri ek? kenapa Malaysia tak buleh ek?
    saya ada kawan dia pernah pergi ke Thailand…ada kursus, Uni aper tah saya lupa… alatan yg digunakan utk teaching yg digunakan sgt maju as compared to Malaysia! saya pun terkejut. kwn saya ni ada kursus midwifery kat sana, manequin dia siap buleh betul2 deliver baby! kat mesia ni mana ada lagi. dan buku2 yg digunakan ada 2 bahasa…bahasa english dibahagian atas dan translationnya dibahagian bawah!masa saya exam kat U dulu (utk exam paper ajelah), mcm ni jugak BM bahagian atas and translation bahagian bawah…ada yg saya baca bm ada yg saya baca BI…ikut mana faham…sebab exam kan, tak maw fail…
    bagus jugak idea dorang ni kan?
    erm Tun jugak kata amalkan dasar pandang ke Timur…cth jepun, dorang guna bahasa jepun gak…erm saya berpendapat tentang bahasa ni tak kisah pun belajar apa2 bahasa tp demi menyatu padukan masyarakat satu bahasa sahaja yg perlu sb nanti semua org ckp bahasa yg sama…tapi utk belajar (dan ikut tajuk artikel Tun ni)…mmg penting bahasa Inggeris tu, reasonnya, bahasa international, so kalau pergi mana pun saya dapat kerja e.g. kat Spore ke, US ke UK ke…sebab kat sana gaji lagi mahal…hehe…

  291. inxs Aug 11,2008 9:49 AM

    I wish to correct the comment wrote by pulau_sibu. The conversion of Mathematics and Science from English to Malay was implemented in 1970. Tun Dr Mahathir was the Minister of Education in 1974. He was infact loss the 1969 General Election. How could he be the Education Minister then and also he was sacked from UMNO around that time.
    Pulau_Sibu…. please check your facts before you make any accusations. You must be one of those who hates history during your school days.

  292. retomanic Aug 11,2008 9:44 AM

    Dr. M, as I grew up, u happen to be the only leader I look up to. You r a man of vision, n full of wisdom. You brought me to whr I am with dreams beyond our reach and willpower to think. Our mind is an absorbing sponge, too many to learn, too little to wonder. Being trendy was understandingly our belief, but u guide us to achieved what we need, not what we want. Thank u. Concerning this topic, I agree that English in Maths n Sciences is a revolution to our country. Terms and formulas has been standardize thru out the world. I am currently taking Engineering, and I experienced the difficulties to learn and understand engineering once I advanced to University levels since the teaching medium here is in English. I find it very difficult to apply those Ive learned and practised from my Technical secondary school (which is in Bahasa Malaysia), to those Id learn in University. Knowledge should be limitless and in any kind of medium. Be it drawings, or numbers, or languages, the ability and duration of time to absorb it counts. With English in Maths and Sciences, we not only get to understand it in both language, but to also allow us to translate it easier to those who want to learn. I was at your pascal election forum the other day, and I was quite sad, whn the words “Mana Jati Melayu?” was thrown at us. I believe that no one should judge what we say, but perhaps,judge what we know. I lost my confidence for the country after that incident. “Tabiat Takpa, Memakan Diri”. These slogans wont be affecting anyone, if those up there isnt showing it. Dr.M,as Im growing up, Im hoping everyday for u to not stop enlightening us!

  293. zeti Aug 11,2008 9:43 AM

    Assalamualaikum….
    Tun sekeluarga, saya doakan kesejahteraan dan keselamatan dilindungi oleh Allah…
    Tun saya ibu muda kepada 5 orang anak, sewaktu Maths & sains di inggeriskan… anak sulung saya baru darjah 6, saya cukup risau masa di form 1 nanti pelajaran beliau akan merosot sebab dia bagus dalam math tapi penguasaan inggerisnya amat lemah.
    Hubby saya lagi lah risau sampai marah2 makihamun Tun sedangkan hakikatnya dia sendiri sekolah penang free school pun dlm aliran inggeris (saya minta maaf banyak2 atas sikap beliau)sebab selama ni dia bertungkuslumus, balik kerja tak sempat nak salin pakaian penuh semangat bersinsing baju mengajar anak math kerana pendapat beliau kalau seseorang student boleh score math maka subjek yang lain pun dia akan cemerlang.
    Masa anak sulung form 1, adik ke 3 darjah 1, mereka berdualah perintis belajar math & sains dlm english, pada mulanya memang sukar…kami ikhtiar berhabisan duit hantar tuisyen.
    Alhamdulillah…. la ni anak sulung form 4, masa PMR last year dia score math & sains A. Anak no. 2 pula form 2 (dia ni lemah sikit UPSR dapat 1A je iaitu Math) form 1 masuk kelas no 6 tapi tak sangka naik form 2 dapat masuk kelas ke 4 apa yang buat saya terharu result exam mid-year bulan 6 baru2 ni guru kelas beritahu prestasi dia makin ok insyaallah next year PMR dia boleh score 7A(dia lemah sejarah alasan anak saya sebab sejarah susah kena baca dan hafal kalau math & sains ingat formula je)…
    Manakala dua orang lagi anak yang no.3 darjah 4 & no.4 darjah 2, dia orang dari darjah 1 dah belajar sains & math dlm english so memang tak ada masalah lagipun abang2nya memang banyak bantu tak payah kami hantar tusiyen.
    Tun, baru2 ni bila ada yang mencadang tukar balik Math & sains dalam b.malaysia anak2 saya marah tak suka, so saya tanya kenapa? alasan buku rujukan dalam b.malaysia susah nak dapat lagipun dalam internet belum ada lagi terjemahan sains & math dalam bahasa melayu.
    Tun, kini hubby saya dah sedar dan betul2 kesal marahkan Tun, la ni kalau dia tahu ada cadangan tukar balik Math & sains dalam b.malaysia dialah orang pertama membantah kerana keputusan Math & Sains dlm english satu langkah yang bijak demi masa depan anak2 Melayu.
    Sekian, salam sayang buat Tun dan isteri…

  294. bella Aug 11,2008 9:42 AM

    kenapa org nk takut bila kena belajar maths and science dlm english..
    tindakan tun dah betul, kita patut start dari sekarang..
    dalam iklan pun dah cakap “zaman dah berubah, dunia dah maju”..
    kita pun tahu, bahasa antarabangsa ialah bahasa inggeris..
    mungkin sekarang ni, pelajar susah nk sesuaikan diri lagi..
    biasalah tu take time kan, nanti bila dah selesa, yang senang, negara kita juga..
    negara kita tidak la besar mana, untuk jadikan bahasa melayu bahasa antarabangsa, mustahil la kan..
    tetapi untuk jadikan rakyat negara kita terkenal di peringkat dunia, bukanlah mustahil..
    asalkan ada hala tuju, dan corak pimpinan yang betul..
    saya tak faham, kenapa ada yang tak faham lagi bila tun minta PM sekarang resign, mereka bantah malah kutuk..
    terang² dah sekarang ni..
    tun, tolong bagi ulasan tentang permintaan MB Selangor minta kuota 10% bagi bukan bumiputra untuk masuk UiTM..
    saya student UiTM, saya tak nak tengok harta orang melayu ni jatuh tangan orang lain..
    sedangkan tuan yang bercakap tu pun orang melayu..
    student uitm tahu untuk bersikap global..
    kami bukannya “kampung” sangat pun..

  295. Patek1472 Aug 11,2008 9:41 AM

    Q45. Malaysians are better off learning only Bahasa Melayu. (Fact or Fiction)
    Rakyat Malaysia lebih maju mempelajari cuma Bahasa Melayu. (Fakta atau Rekaan)
    Answers at http://patek1472.wordpress.com
    Jawapan di http://patek1472.wordpress.com

  296. azli67 Aug 11,2008 9:39 AM

    Tun,
    Saya amat bersetuju dgn Tun berkenaan belajar Math dan Sains dalam bahasa Inggeris.
    Saya amat tidak bersetuju atau tidak faham pemikiran pemimpim-pemimpin dan juga pejuang-pejuang melayu yang mahu Math dan Sains diajar dalam b.melayu.Pemikiran mereka adalah terbelakang.Mereka hanya ingin menjadi popular sebagai suatu perjuangan tetapi tidak melihatnya seperti yang dilihat atau difikirkan oleh Tun.
    Kita perlu sedar walaupun bangsa lain seperti cina dan india memperjuangkan bahasa ibunda mereka di sekolah-sekolah tamil atau cina TETAPI kita perlu sedar dalam masa yang sama mereka telah menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat tuisyen untuk memahirkan bahasa Inggeris.Mereka tahu kepentingan B.Inggeris dan mereka juga mampu untuk mengeluarkan wang untuk tuisyen.Mereka juga mempraktikkan B.Inggeris walaupun kita dengar pun pelik (Broken English).MALANGNYA bangsa kita MELAYU (PEMIMPIM-PEMIMPIN yang hanya mahu popular) yang tidak sedar atau buat-buat tidak sedar.
    Saya rasa ini sahaja satu-satunya peluang untuk anak-anak malayu mamahirkan B.Inggeris secara tidak langsung sebelum mamasuki Univ.dan dunia pekerjaan secara percuma (sebab tidak mampu ke English tuisyen).Kita mesti ada titik permulaan untuk BERUBAH.
    Terima kasih.

  297. Melayu Totok Aug 11,2008 9:39 AM

    Assalamualaikum.
    Saya amat bersetuju dengan pandangan Tun. Memang diakui bahasa itu jiwa bangsa, akan tetapi bukan bermakna jika kita belajar bahasa lain kita tidak bersikap patriotik.
    Kita (terutama orang Melayu) digalakkan untuk belajar bahasa Arab, supaya dapat memahami dengan lebih mendalam maksud terkandung dalam Al-Quran, adakah itu bermakna kita tidak cukup patriotik ?? Malah ada antara ramai orang Melayu yang menggunakan perkataan seperti “anta, ana” dalam perbualan mereka. Kenapa tidak ada yang hendak komplen.
    Tidakkah orang-orang ini bangga jika anak Melayu dapat bertutur dalam pelbagai bahasa ?
    Saya bernasib baik, saya bertutur dengan anak saya yang berumur 4 tahun dalam bahasa ibunda, akan tetapi saya serapkan juga bahasa Inggeris dalam perbualan dengan dia. Alhamdulillah, sekarang anak saya mampu untuk memahami apa yang saya cakap dalam bahasa Inggeris. malah ianya menjadi lebih mudah, apabila saya membelikan program-progam komputer untuk kanak-kanak yang kebanyakannya dalam bahasa Inggeris, dan anak saya mampu untuk mempelajarinya dirumah.
    Terima kasih Tun.

  298. saka bulin Aug 11,2008 9:28 AM

    Salam Tun;
    What you have decided is absolutely right. I agree > 100 %.

  299. Ahmad Joe Aug 11,2008 9:27 AM

    Assalamualaikum w.b.t Tun yang dihormati lagi dikasihi,
    Saya menyokong sepenuhnya catatan Tun berkenaan orang arab perlu belajar bahasa cina kalau nak tuntut ilmu depa. Tok sah la nak kata orang arab, bahkan orang melayu pun pi luar negara belajar medic guna bahasa Inggeris. Nak pi jepun belajar teknologi depa pun kena kursus intensif bahasa jepun.
    Adapun timbul isu berkenaan “mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris” ni adalah atas sebab politik. Dalam politik ni, atas kepentingan peribadi, sesuatu isu perlu di”wujud”kan, diperkatakan dan diperbesarkan walaupun ianya sendiri bercanggah dengan pendapat para akedemik.
    Akan tetapi saya amat tak sokong, tidak bersetuju dan membantah tindakan Tun menggunakan ayat “Tuntutlah Ilmu hingga ke negeri China”. Diharap agar Tun dapat perbetulkan kesilapan tersebut.
    Wassalam w.b.t

  300. SYAMiLLiON Aug 11,2008 9:23 AM

    onother good article…it’s too difficult for us to communicate other than english in working environment…they should know the importance of english today…

  301. MyMalaysiaku Aug 11,2008 9:18 AM

    Salam Tun,
    If there was anyone that is role model of how important it is for Malaysians to take up reading, it is you. I do hope that you take some time and blog about some of the books that you have read and your favorites.
    Regards.

  302. danielsdb Aug 11,2008 9:18 AM

    Dear Tun,
    Thanks for your constructive view on the importance of teaching Maths & Science in English language. We Malaysian, especially those who’d gone through the process of acquiring such education before, know exactly how important English language in Maths & Science. It is the most comprehensive and flexible language in education i can say.
    Tun, maybe Tun can give a bit of insight into the current case involving dissapearing of drugs from the police station, worse come to worse proven police officers involve in such case. I am an engineer sent to work at rural area before, and i knew so many youths living in kampung area indulge in drugs activities. I was appoached by the Penghulu and Ketua Kampung and they requested me to give job opportunities to the kampung youths. We didn’t hesitate to do so as we need manpower anyway eg storekeeper, lab technician, operators, etc. Unfortunately, most of them didn’t last long as after a few months into the job, once they received substantial pay including overtime, they returned to their old habits – DRUGS. I felt pity to them, especially their wifes and kids, some of them have to leave home as their husbands failed to pay house rental, utilities etc. We had to sent people to their houses, looking for our employees who failed to return to works, and retrieve the company belongings eg. cars, handphone, etc from them.
    I managed to speak to few of them later, and to my SHOCK, when i asked them how they managed to get their “stock”…..they mentioned they bought them form the officers. And what happened recently really didn’t shock me at all, in fact reinforce what i’d heard before.
    That may also the reason why local universities nowadays comprise most female students. What happen to the male, especially those from rural areas? When most female kampung fellows stay at home at night doing schoolworks and reading, the boys strumming away guitars lepak here and there after their fixes.
    Don’t u think we, Malaysian as well as the government in particular should do something?

  303. rakyat malaysia prihatin Aug 11,2008 9:16 AM

    salam sejahtera buat tun dan semua rakyat malaysia. saya sokong penggunaan bahasa english dlm sains dan matematik kerana anak saya bakal menduduki upsr thn ini sangat2 berminat dgn sains, rasanya tiada masalah dan tiada kesusahan jika kita berusaha biar dlm bahasa apa sekalipun. saya bangga kerana anak saya lebih pandai dan lebih memahami sains dan matematik dlm english. tun menjadi idolanya, saya sentiasa merujuk tun sebagai contoh untuk menjaga pekertinya contohnya cara berpakaian,makan, bercakap dan segala yg patut dicontohi untuk menjadi anak dan rakyat yg berguna pada masa hadapan. tidak menjadi kafir jika belajar bahasa atau bersekolah english, yg menjadi kafir jika kita memutar belit ajaran islam itu sendiri. berbohong, tidak menepati janji itu tanda munafik kenapa ini tidak diambil berat yg dipertikaikan tentang bahasa english pula, ada ibubapa yg tidak bersetuju bahasa penjajah ini kerana mereka sendiri gagal menguasainya. maaf saya katakan ditempat saya kebanyakan waris adalah golongan pemalas dan suka menuding jari menyalahkan orang lain. ilmu perlu dituntut jika ingin bangsa dihormati dan dipandang tinggi oleh org lain jgn semuanya hendak disuapkan kemulut. apa yg baik kita sokong insyaALLAH suatu hari nanti kita akan sedar betapa pentingnya bahasa asing yg kita pelajari. moga tun doakan kejayaan anak saya dlm upsr 9.9.08 nanti. amin

  304. bmujid Aug 11,2008 9:16 AM

    Salam Tun Sekeluarga
    8.30pm my son came back from an outing to Taman Negara with his lecturers and colleagues of UiTM. Besides having all the fun and activities at Taman Negara they are assisting the lecturer in her research with questionnaires to be given to tourists home and abroad at the Taman Negara. My son narrated to me lots of incidences where his lecturer is not well verse the subject core or even the historical and scientific facts of Taman Negara and its landscapes.
    Questionnaires set for the feedback for the tourists were with grammatically mistakes; what a shock when it was prompted by the resort manager “Who prepared these questions?” (Questionnaires were prepared by his lecturer) My son didn’t answer but replied these questions are meant for foreign tourist from are non speaking English countries like Spain etc. As insultat the end of the day a Spanish remarked the questionnaires with two paragraphs on the historical and scientific facts of Taman Negara on the feedback form and returned to the organizers…
    My son is in semester 4 for his marketing degree. In UiTM though medium of instruction is Bahasa Malaysia but the text books are in English. The students have to translate them and make notes. Guess how much time is wasted. Bear in mind most of them are from national schools with poor English background and the whole course subjects are new to them; just imagine they are learning the subject for their degree/diploma at the same time to translate those subject books to Bahasa Malaysia. This is just marketing what about other school of study in UiTM…Well, at TAR college or university is their medium of instruction in mandarin and do their students translate their knowledge like UiTM….I don’t know!
    So English is not the language for science and mathematics it’s the global language for advance studies. Bahasa Malaysia is the communication language in Malaysia and for those willing to pursue in dept study of the language its literatures and cultures are given equal opportunities. So I suggest the government should review on the matter rationally for the benefits to the populations and the bumiputras.

  305. hjtan Aug 11,2008 9:14 AM

    when I was in sekolah menengah, bahasa melayu was my least favourite, because the grammar of bahasa melayu kept changing. One day it was taught like that, and another day, it became history and what i’ve learnt earlier became something that either didn’t exist or marked wrong by the teachers. so, i was very angry, that made me a malaysian who vowed that i didn’t want to use bahasa melayu anymore after i graduated from high school. one of the solution: migrate!

  306. chesom Aug 11,2008 9:11 AM

    Assalamualaikum TUN.
    agree witu u. maths & science should be teach in english. my son now can read and talk english language eventhough not fluence but it improve.
    sorry la TUN my english also broken. but i have to cooperate and show teladan to my son.
    sokong u TUN and love u always.
    chesom

  307. pewaris generasi Aug 11,2008 9:07 AM

    Selamat Pagi Tun,
    Mengajar ilmu matematik & sains dlm bahasa Inggeris itu memang bagus dan bermanafaat utk generasi rakyat Malaysia yang akan datang..namun disebalik niat murni tun ini adanya sedikit kepincangan yg berlaku dari segi peratusan kelulusan kedua2 subjek tersebut dan keciciran anak-anak melayu dlm subjek ini.
    Mungkin ia perlu diperhalusi terlebih dahulu kerana kita org melayu yg bertutur dlm bahasa melayu seharian ini memakan masa utk belajar bahasa asing yg lain. Bukan bangsa kite sahaja tun bangsa2 yg lain juga memakan masa utk belajar satu2 bahasa asing itu dlm kehidupan mereka.Mungkin bertahun & berpuluh tahun.
    Bangsa cina & Bangsa India yg lain mgkn tidak menhgadapi masalah utk belajar subjek ini didlm bahasa inggeris kerana anak2 mereka telah diajar sejak dari kecil lagi utk bercakap dlm bahasa inggeris. Namun bagaimana pulak kisah anak2 melayu terutamanya yg tinggal & hidup dikampung2? Mungkin sekarang ini mereka celik IT kerana kampung kini terdapatnya kemudahan komputer dan Jaring Jalur lebar (internet)…namun bagaimana pula guru2 pendidik bangsa yg mengajar dlm subjek ini..adakah mereka sebenarnya betul2 menguasai bahasa inggeris sblm mengajar kepada murid2 mereka.
    Saya memahami niat tun yg mulia ini, namun satu kaedah pembelajaran & pemelajaran perlu dikaji diperingkat awal pra-persekolahan terlebih dahulu spt mengajar menguasai bhs inggeris dipra-sekolah rendah @ tadika terlebih dahulu dll yg dirasa perlu serta bermanafaat utk generasi kita akan datang.
    Wassalm.

  308. azhar abdullah Aug 11,2008 9:02 AM

    Salam Tun…
    Saya mempunyai seorang anak di Tahun 3 dan seorang di Tahun 1 sekolah kebangsaan…dan saya amat berharap agar kerajaan tidak mengubah pembelajaran Sains dan Matematik dari Bahasa Inggeris sekarang…terlalu amat cantik dah tu….
    Bercakap dalam Bahasa Melayu adalah sesuatu yang lain dari belajar dalam Bahasa Melayu…
    Andai kita nak utamakan Bahasa Jiwa Bangsa tu…kita masih boleh bertutur dalam bahasa Melayu di mana2 saja di negara ini…
    Tapi pembelajaran Sains dan Matematik memang memerlukan Bahasa Inggeris sebagai mediumnya…sebab asas dua pelajaran ini banyak dari Bahasa Inggeris..
    Amat rugilah orang Melayu andai ianya diubah…

  309. learn2think Aug 11,2008 9:00 AM

    Salam Tun,
    Saya berasa dukacita dan sedih kerana masih ramai lagi yang tidak dapat menguasai bahasa Inggeris. Dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah (11 tahun) belajar bahasa ini pun masih ada yang tidak dapat menguasainya. Adakah ini disebabkan sistem pembelajaran kita yang tidak betul atau rakyat sendiri tidak mengambil kisah akan kepentingan bahasa ini?
    Sekiranya kita hanya berkomunikasi dalam negara memang kita tidak berapa nampak keperluan menguasai bahasa lain. Akan tetapi, kita kini perlu berkomunikasi dengan dunia luar. Makanya, kita perlu menguasai satu bahasa yang diterima pakai oleh orang luar bagi tujuan berkomunikasi. Secara umum, bahasa Inggerislah yang menjadi bahasa universal media komunikasi antarabangsa.
    Say for example, how do people register to leave a comment here if they don’t understand English? Randomly click the button? I doubt that .. See, one must at least can read and understand English just to register in this world wide web …
    Fikirkan kembali contoh mudah yg diberikan di atas. Memang benar bahasa jiwa bangsa akan tetapi tidak menjadi satu kesalahan mempelajari bahasa lain atas kepentingan ilmu pengetahuan.
    Era teknologi maklumat telah menjadikan bahasa Inggeris semakin penting. Kita tidak lagi berada dalam era perindustrian atau era pertanian. In this era, knowledge is power.
    Pembelajaran bahasa Inggeris ini tidak seharusnya diletakkan 100% atas bahu guru. Kita sebagai ibubapa juga perlu memainkan peranan sekiranya inginkan anak kita berjaya. Mungkin ada yang marah komen saya kali ini tapi fikirkan sebaiknya, anak kita berada di sekolah berapa jam dan berada di rumah berapa jam. Jika kita sebagai ibubapa sendiri tidak mempunyai asas yang cukup bagi mengajar anak sendiri, tidak hairanlah mengapa dunia kita kini jadi begini.
    Sekian dahulu …
    Wassalam

  310. penukul Aug 11,2008 8:58 AM

    assalammualaikum,
    dear all,
    Saya dari dulu hingga sekarang memang bersetuju subjek sain dan methmatik diajar dalam bahasa inggeris.Rata rata ibubapa & rakan saya di Pasir Gudang bersetuju subjet tersebut diajar dalam BI.Anak saya darjah 3,5&6 telah menunjukkan peningkatan menguasai BI dan lebih pandai dari saya.Walaupun tak fasih tapi asasnya sudah ada di sek.rendah.Ini di buktikan ibubapa berlumba lumba menghantar anak mereka ke kelas tambahan utk subjet tersebut.
    Bagi orang yg dikatakan pejuang bahasa & bangsa saya pasti mereka juga menghantar anak mereka ke sekolah terbaik yg pastinya BI diutamakan.
    Kpd pak menteri teruskan & tingkatkan penguasaan BI utk anak anak kita demi masa depan bangsa kita.
    wasssalm,
    setuju dgn TUN .

  311. EMicro Aug 11,2008 8:56 AM

    Salam Tun,
    Masa sekolah dulu pun teman guna pendekatan yg sama, memang cara ni amat berkesan. Sekarang ni Alhamdulillah teman nengok anak2 teman English dema improving dan ada confidence. Thank you Tun!!
    Kini teman galakkan dema utk belajor Bahasa Arab dan Cina pulak.
    Di China ada 70 juta orang Islam, lebih ramai dpd kita….nak kata apa lagi!!

  312. one Aug 11,2008 8:52 AM

    Salam Tun
    Bahasa Melayu yg diajar disekolah ni dah jadi bahasa teori bukan bahasa yang diguna pakai hari2. Lenggoknya yg indah dah takde lagi. Manakan tidak, tiap2 tahun bahasa Melayu diubah, kejap macam ni, kejap macam tu… bukan lagi macam orang melayu bertutur hari hari. Budak2 sekolah terutamanya budak melayu pun kerap gagal bahasa melayu. Agaknya lebih baik belajar bahasa cina.
    Saya sokong apa yg tun katakan pasal ilmu. Bahasa melayu begitu muda, perkataan2 baru yang dicipta (atau yg baru diketengahkan) berbunyi begitu asing dan janggal (seperti “pasca”) tidak mampu untuk menyampaikan ilmu2 yang asing kepada dunia melayu dengan cekap.
    Sejak penekanan bahasa melayu, rata-rata taraf kefahaman/ilmu kanak2 dimalaysia merosot. Org melayu dahulu belajar bahasa inggeris tetapi sopan santun org melayu tak dilupakan. Org malaysia sekarang belajar dlm bahasa melayu tetapi sopan santun dah jatuh ke longkang.
    Syabas Malaysia !!!

  313. tintabiru Aug 11,2008 8:52 AM

    salam Tun,
    Pendapat saya apa yang Tun telah perkenalkan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa English sebenarnya merupakan satu kebaikan kepada generasi muda. Kita sendiri lihat dizaman ini Bahasa English merupakan bahasa dunia, Walaupun begitu Bahasa Melayu tetap menjadi bahasa no 1 di negara kita, justeru itu kenapa perkara ini dipertikaikan kalau ia membawa manfaat yang baik untuk generasi muda dan generasi akan datang.
    Tun yang saya sanjungi, sebagai pemimpin yang berpandangan jauh sememangnya Tun telah sedia maklum akan kelemahan dan kekurangan Bangsa Melayu untuk memajukan diri ke peringkat global. Justeru itu penakanan pembelajaran dalam Bi ke atas subjek-sebjek tersebut bukannya mendatangkan masaalah yang amat besar untuk dikuasai oleh masyarakat melayu khususnya, saya amat bersetuju dengan penekanan pembelajaran Sains dan Matematik ke Bahasa English, lagipun walaupun kita didedahkan dengan Bahasa English bukan bererti hilangnya identiti kita sebagai Orang Melayu.Inilah namanya perubahan minda.Terima Kasih Tun kerana menyedarkan kami dan membawa kami ke persada dunia.
    http://www.suarakudanduniaku.blogspot.com

  314. key Aug 11,2008 8:45 AM

    Salam buat Tun,isteri,anak2 dan chedet fan,memang benar kefasihan dalam bahasa inggeris amat penting skrg.Zaman semakin canggih dan dunia global bergerak begitu pantas, kerana kegagalan kita menguasai bahasa ini kita masih ditakuk lama.Kononnya sayangkan bahasa bonda,tapi dari segi kehidupan kita sekeliling kita sebenarnya mengagungkan budaya barat yang bertentangan dgn agama dan bangsa kita yg digelar orang timur.Kehidupan yg banyak bertentangan sama sekali.Jangan kata bila seseorang itu menggunakan bahasa inggeris itu spt org lupakan bahasa/bangsa,kita hdklah berfikiran positif.Tujuan sebenar kita dalam penguasaan bahasa itu,semuanya untuk kebaikan kita dan anakbangsa kita juga.Dalam masa yang sama janganlah kita lupa pada bahasa sendiri.Kita bukan menukar agama ,budaya dan bahasa bila mempelajari bahasa dari barat ini.Tetapi kita hendakkan ilmu yang mereka ada agar bangsa kita tidak mudah diperkotak katikkan ,terutama dalam bidang sains dan matematik.Jangan kerana bahasa kita sibuk-sibukkan tapi anak2 kita berbangga meniru budaya barat yang menyesatkan mereka.Jadilah bangsa yang berilmu ,beragama serta punyai akhlak yang baik baru hidup ini selamat dan diberkatiNYA. Itu saja yang dapat saya perkatakan buat yang tahu menghargai ilmu.

  315. mzzainal Aug 11,2008 8:43 AM

    BTW, Arab is being taught in school and the priority in English has declined. Thanks to the mentality of some teachers and the Ministry of Education.
    The Arab language is not relevant in our time and age. English and Madarin are considered more useful. Not to mention French.
    The Education System seeks to move us back to the stone age, if they do not place a more important stand on English.
    I cannot imagine forcing other nations to learn Malay when it is our responsibility to learn the official language of trade – English.
    And for those who oppose the usage of English in schools, then perhaps they should think whether it is wise for our children to be fluent in only one Language when they grow up. Chances are our children would merely feel frustrated that their parents/teachers failed to give them the ability to speak plain English.

  316. mzzainal Aug 11,2008 8:33 AM

    The weakness of many children is adapting to English.
    However this weakness is normal in the context of education as all children must adapt to the other subjects equally. That is what students must do – learn something new.
    The role of a teacher is crucial in ensuring that a student understands their roles and goals.
    Parents and nationalists should concentrate their attention in upgrading the qualites and capacity of the teachers. And not be critical about English.
    English is needed to not only better utilize Math and Science, but also to communicate in the world of economics and trade. I find many young people who do not know how to speak in English or do not have the proficiency to speak well. Young people do not take the initiative to learn more thanks to their parents and the poor education system in our country. Thus young people do not feel a sense of priority on the English language.
    Does it make us less Malaysian if we are to be proficient in English? Does it make a Malay less Malay if one was to be able to speak and read English well?
    I believe the English language to be an important fundemental to being competitive, alert, creative and constantly hungry for knowledge.

  317. Bil Fageh Aug 11,2008 8:33 AM

    Salam sejahtera buat Tun sekeluarga.
    Saya amat bersetuju dengan pembaharuan kerajaan dalam mendidik anak-anak bangsa bagi mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Ingeris. Tetapi apa yang dipertikaikan adalah persedian. Adakah kita benar-benar bersedia untuk melaksanakan perkara ini. Jangan sekadar melakukan sesuatu perkara itu disebabkan arahan dari pihak atasan semata-mata menyebabkan perlaksanaan tersebut dibuat sambil lewa sahaja.
    Saya mempunyai dua anak yang kini belajar dalam Tahun 3 dan 4. Saya tengok sistem pendidikan negara sekarang lintang pukang. Pihak kementerian dilihat amat tidak bersedia untuk melaksanakan perancangan Tun. Mungkin di bandar-bandar besar, mereka amat bersedia, soalnya bagaimana persedian kementerian bagi sekolah-sekolah diluar bandar dimana pihak ibubapa bergantung penuh kepada pihak sekolah memandangkan tidak ada kemudahan tusyen untuk anak-anak mereka. Kalau adapun mampukah mereka?
    Sepatutnya golongan ini perlu diberi perhatian lebih jika kita mahu melihat bangsa melayu dapat berdiri sama tinggi dengan bangsa lain. Ini kerana golongan rakyat di luar bandar yang kebanyakannya adalah bumiputera yang pendapatan mereka dibawah garis kemiskinan. Saya lihat banyak hak-hak mereka dirampas berbanding dahulu seperti kemudahan untuk memasuki sekolah asrama penuh, menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
    Ambil contoh anak kawan saya yang belajar disekolah luar bandar yang mana sekolah tersebut hanya mempunyai 8 orang guru sahaja. Anak beliau mendapat keputusan 4A, 1B dalah peperiksaan UPSR. Walau pun kita lihat pencapaian tersebut bukanlah sehebat mana memandangkan terlalu ramai pelajar di Malaysia yang mendapat keputusan lebih cemerlang, namun kita semua harus ingat pelajar tersebut telah mencipta sejarah bagi sekolah beliau.
    Bagi saya, dengan kemudahan yang terlalu daif di sekolah tersebut, pencapaian sebegini adalah amat cemerlang kerana pelajar disitu belajar dalam keadaan serba kekurangan. Anak-anak seperti inilah yang sepatutnya diberi peluang untuk memasuki sekolah berasrama penuh kerana keinginan untuk berjaya adalah amat tinggi dalam diri beliau. Namun hak-hak mereka dirampas oleh anak-anak serta sanak saudara wakil-wakil rakyat yang masuk kesekolah berasrama melalui pintu belakang. Anak-anak orang kaya macam inilah yang kemudianya menjadi kaki-kaki buli disekolah-sekolah.
    Saya adalah antara contoh anak melayu yang lahir hasil usaha Tun memartabatkan pendidikan anak bangsa. Peperiksaan penilaian saya tidak sehebat mana tetapi diterima masuk ke MRSM atas kapasiti sebagai pelajar sekolah luar bandar. Alhamdulillah, kini saya mampu untuk membalas penat lelah kedua ibu bapa saya.
    Akhir kata buat Tun yang amat saya hormati, percayalah, terlalu ramai rakyat Malaysia yang sayang dan kasihkan Tun, tetapi kami bukanlah dari golongan yang berada disekeliling Tun semasa Tun berkuasa. Boleh jadi Tun berasa kesunyian sekarang kerana pengampu-pengampu yang berlegar disekeliling Tun dahulu tidak lagi berada di sisi Tun, PERCAYALAH MAJORITI RAKYAT MALAYSIA TETAP SAYANGKAN TUN ATAS JASA TUN MEMARTABATKAN MARUAH ANAK BANGSA DAN NEGARA. SEMOGA ALLAH PANJANGKAN MERAHMATI TUN. AMINNN..

  318. warisan melayu Aug 11,2008 8:31 AM

    Salam Tun…
    Sy menyokong apa yg Tun usahakan untuk memartabatkan bangsa Melayu, agama Islam dan negara Malaysia!
    Dengan menguasai Bahasa Inggeris barulah kita dapat menerokai setiap pelusuk ilmu di dunia ini. Kita dapat menguasai, mendekati, memahami, mmenterjemah, mengurai dan menerangkan kepada anak bangsa kita di dalam menuntut ilmu pengetahuan.
    Sy lebih rela membiarkan bangsa, agama dan negara kita ini duduk sama rendah, diri sama tinggi dengan bangsa dan negara maju yg lain. Dengan penguasaan Bahasa Inggeris barulah bangsa, agama dan negara kita akan dihormati oleh negara-negara maju yang lain. Sama taraf, sama kedudukan, sama tinggi ilmu pengetahuannya!Baru lah bangsa kita, agama kita dan negara kita dapat sama-sama berdaya saing, berkeupayaan, berdikari dan berkemampuan di dalam setiap segi baik ekonomi, ketenteraan, peembangunan insan, pembentukan sosial dan budaya serta kecekapan urustadbir pengurusan kerajaan.
    Sy berharap agar pengajaran sains dan matematik di dalam Bahasa Inggeris ini dapat diteruskan agar kita dapat melihat kesinambungan generasi bangsa MELAYU yg berkemampuan, berketrampilan, berdaya saing dan maju tanpa memminggirkan bahasa ibunda. Janganlah kita hanya cakap tanpa ilmu, biarlah kita bersuara dengan ilmu di dada…

  319. dinturtle Aug 11,2008 8:03 AM

    Tun,
    Setiap sistem yang baru akan memberi masalah lebih2 lagi kepada anak2 kecil. Dan anak2 ini bila bertanya kepada ibubapa yang juga tidak berapa tahu bahasa English akan berdepan dengan 2 pilihan – pertama, yang positif, mereka akan cuba belajar atau alternatif lain, kelas tambahan dan sebagainya. Kedua,yang negatif, mereka akan cepat mengalah, dan menyalahkan sistem baru itu yang menyusahkan mereka.
    Kenapa perlu takut pada bahasa Inggeris? Bukannya kita melupakan terus bahasa ibunda kita kalau kita belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.Kenapa perlu dikaitkan dengan perjuangan bahasa ibunda dan bangsa? Apakah saya kurang Melayu kalau saya belajar dalam bahasa Inggeris? Apakah rosak penguasaan bahasa Malaysia saya?
    Bagi saya, mereka yang menentang adalah mereka yang cepat mengalah, tidak mahu bersusah payah. Tapi tidak ada manusia yang akan mengaku begitu, jadi mereka berselindung di sebalik perjuangan bahasa ibunda dan bangsa. Dan mereka yang ke depan umum,bersungguh2 menentang adalah mereka yang punya agenda sendiri, terutamanya dari segi politik, dan yakin akan mendapat sokongan dari golongan kedua tadi. Susah untuk berdebat dengan golongan hipokrit, tidak akan ada penyelesaian kerana isu utama iaitu kelemahan diri sendiri, tidak akan di akui.
    HIDUP TUN MAHATHIR !

  320. pulau_sibu Aug 11,2008 7:44 AM

    Globalisation is considered dangerous to UMNO because the people will be exposed to western language and to democracy and freedom. It is better to keep everyone as kampong folks and speak only their own language/dialect.
    While making kampong folks very local and confined, the rich Malays go overseas. Look at the UMNO ministers and how many of them are educated outside (unless they are so bad that they cannot go out). They also don’t send their kids to boleh school system, but to some international schools or overseas. Don’t fool the kampung folks any more by imposing on them something less useful.
    The Chinese are doing the same thing. In Sarawak, those SUPP ministers and MPs and YBs are shouting supporting Chinese education and Chinese schools in order to fish votes, but most of their kids are outside in Australia or New Zealand even during secondary schools. What kind of example are they serving?

  321. pencetak sinar Aug 11,2008 7:25 AM

    Salam Tun,
    Mengapa bangsa eropah menterjemahkan bahan ilmiah pada zaman kegemilangan Islam kepada bahasa mereka?
    Bukan kah kebanyakkan ilmu sains dan maths yang diajar di sekolah hanya apa yang telah diterjemah dan diolah oleh bangsa eropah?
    Bangsa mana yang benar-benar maju menggunakan bahasa selain dari bahasa ibunda mereka sendiri?
    Adakah jurang antara bandar dan luar bandar tidak memberi kesan pada kemajuan negara?

  322. luqman Aug 11,2008 7:18 AM

    Salam Tun,
    Kalau boleh diputarkan waktu, bahasa Tamil, Mandarin dan Cantonese pun mesti di ajar juga. Barulah kita masyarakat Malaysia dapat saling memahami di antara satu sama lain. Biar agama saja berbeza tetapi pemahaman tentang banyak perkara lain tetap sama.
    If I could turn the clock back , I wish that Tamil, Mandarin and Cantonese languages could be tought during my school days. That way, Malaysian Communities could understand each other. Even when our religion are different, we could still feel empathy to what other races feel.
    Ya tak? Kalau saya boleh cakap/tulis tamil dan mandarin, saya akan terjemah juga. Malangnya saya tak boleh…..
    Tun, just want to tell you that you are always in my mind. Tun Siti, how I respect and thank you for sharing your husband with millions of Malaysian. May Allah bless you.
    Tun, dah nak dekat 5 juta entries untuk blog Tun saja. Inilah pemimpin yang sentiasa diperlukan, kata katanya sentiasa ditunggu tunggu. Orang Kedah kata, tauk mana pun dia laku jugak. Pak Lah nak senyapkan Tun, tapi last sekali dia yang senyap. Tak terkata. Bila dia cakap saja, nampak lebih bodoh jadinya. Tun, saya ada baca dalam artikel Nor Mohamad Yaakob yang menyebut, teh kalau masuk dalam air panas lagi sedap. Agaknya hot water peringkat mana dah kita ada skrg. Saya harap Tun dapatlah jadi macam tahun 1998 lalu. Kami tak nampak sesiapa yang dapat menyelamatkan kami sekarang. Kami perlukan ketua. Mungkin anak Tun dapat jadi ketua kami dan Tun sebagai penasihat. Entahlah Tun. Masa kita semakin suntuk.

  323. mattradin Aug 11,2008 6:54 AM

    SALAM TO U AND YOUR FAMILY SIR!!!
    AS A MALAYSIAN MY SELF…SPEAKING BAHASA MALAYSIA IS A MUST
    THAT IS WHY OUR BELOVED COUNTRY CALLED MALAYSIA…
    OUR JIRAN …INDONESIA ,SINGAPORE, THAILAND,,,,etc…they have their own language,,to comunicate with them we either speak their language or we use the common language of the world AND THAT HAPPEN TO BE ENGLISH…..so tepok dada tanya selera!!!pom put pasa thai dai,,,wa putung hwa ke yee..and english too…please people!!!!! think!!!,,,FORWARD MARCH MALAYSIAN!!!

  324. drrafick Aug 11,2008 5:51 AM

    Tun
    I concur with your comments. The problem is the issue of language was actually pushed by UMNO at its AGM and the way I see it the politicians are interfering in the government machinery. It is sad that we still do not see that Malaysia cannot survive on its own. It is dependent on the global economies and network and language is one important part in ensuring the network persist

  325. isahbiazhar Aug 11,2008 5:27 AM

    One of the wisest decision you made in your life was to change the teaching of Mathematics and Science from Bahasa Malaysia to English.Only you could do it and without fear.If only you had introduced the two system of languages in one school, you would have been the greatest PM of this country.That system would have taken care to those who really want to study in full Bahasa.The worst decision Abdullah is going to make will be to revert to Bahasa the teaching of Mathematics and Science.The future will be bleak to Malays in particular because the other races know the importance of English.The nation awaits the decision and you will be the witness:English or Bahasa Malaysia.

  326. azsh07 Aug 11,2008 5:22 AM

    Salam Tun,
    Benar apa yang Tun katakan itu. Bahasa English merupakan kunci bagi penguasaan ilmu sains dan matematik pada peringkat global. Dengan adanya kemudahan internet, ilmu-ilmu yang banyak di dapati boleh di akses dengan mudah.
    Walau begitu, adalah sukar bagi kita untuk mendalami ilmu ilmu yang ada di dalam internet jika kita tidak memahami bahasa perantara.
    Kebanyakan laman-laman web yang mempunyai kandungan maklumat yang berkualiti menggunakan bahasa English sebagai bahasa perantara. Adalah malang jika pelajar atau bangsa kita gagal dalam memahirkan diri dengan bahasa global.
    Pendek kata, mengajar ilmu di dalam bahasa english lebih mudah dan jika ia di tafsir mengikut bahasa melayu, lebih menyukarkan pelajar.
    Saya akui, idea Tun dalam mempelajari bahasa English sebagai teras untuk penguasaan teknologi adalah amat bernas dan berwawasan.
    Sekian Tun, anda adalah idola saya

  327. kamal ahmad Aug 11,2008 5:19 AM

    Salam Ayahanda Tun, seperti yang Tun sedia maklum, UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) akan bakal menjelang tidak sampai sebulan sahaja lagi. Pada tahun ini juga anak saya dan rakan-rakan seperjuangan beliau akan bakal menempa sejarah pendidikan negara apabila kumpulan pertama pelajar Darjah Enam akan menduduki ujian Matematik dan Sains mereka dalam Bahasa Inggeris. Ramai daripada kalangan pemerhati sedang menantikan keputusan dan pencapaian para pelajar ini mungkin untuk diambil kira sebagai aras pengukur kepada perubahan yang telah Tun mulakan satu masa dahulu. Sebagai seorang ayah yang anak saya akan menduduki UPSR tahun ini, saya secara ikhlasnya merasakan bahawa pembelajaran berkonsepkan bahasa Inggeris ini adalah sesuatu yang baik dan pihak KPM perlu lebih bersungguh-sungguh dalam menjayakannya. Menguasai mana-mana bahasa dunia sebenarnya adalah satu hadiah yang tak ternilai bagi mana-mana individu. Saya dan Isteri telah memilih untuk memberikan kelas tuisyen tambahan secara persendirian bagi anak kami ini tanpa menghantar beliau kemana-mana kelas luar. Ini adalah kerana saya kurang percaya dengan tahap penguasaan bahasa Inggeris oleh guru-guru Darjah Enam sekarang ini (tidak kesemua, hanya segelintir). Maafkan saya terlebih dahulu jika menyinggung mana-mana Tuan / Puan guru yang kami amat sanjungi, tetapi guru matematik Tahun Enam anak saya bercakap bahasa Inggeris berpelat Kelantan pekat manakala guru Sains beliau pula boleh dikatakan 95% mengajar dalam bahasa rojak BM/Eng, dan ini hanya memeningkan lagi kepala anak saya. Kenapa pihak KPM, terutamanya Saudara Datuk Seri Hishamuddin sendiri tidak mengambil langkah-langkah yang lebih pro-aktif dalam pemilihan guru-guru untuk kelas yang akan diajar dalam bahasa Inggeris ini, supaya dapat dimantapkan lagi usaha dan keputusannya kelak? Saya kecewa dengan cara YB Menteri kita menjalankan tugas beliau. Mungkin terlalu banyak kertas kerja tentang Pelan-pelan Induk terbentang diatas meja beliau sehingga tidak ada masa untuk kerja-kerja lain. Cadangan saya kepada beliau: duduk, baca, tanya, turun padang ambil kerusi duduk belakang kelas 45 minit (di beberapa sekolah) dan balik ke Putra Jaya semula untuk hal pengkemaskinian. Perlu sangat saya sertakan penulisan disini bahawa ada juga terdapat guru-guru yang dengan inisiatif mereka sendiri telah mengambil ikhtiar dengan duit sendiri untuk belajar dan menguasai bahasa Inggeris melalui kelas-kelas tahap profesional diluar anjuran KPM. Saya berasa terharu dan amat berterima kasih kepada mereka ini. Saya sendiri dalam perbualan dan utusan surat menyurat dengan mereka dapat melihat dengan jelas peningkatan kebolehan yang telah mereka usahakan sendiri demi anak bangsa kita Malaysia.
    Jika ada kegagalan kepada konsep yang telah diilhamkan oleh Tun, saya rasa bukanlah Tun individu yang patut dipersalahkan. Cadangan awal Tun terdahulu adalah sesuatu yang amat baik dan tepat pada masanya (pada tahun 2003 lagi). Cuma saya dan saya percaya juga para ibubapa lain telah dan sedang meletakkan harapan kepada pihak eksekutif yang telah dan sedang dipertanggungjawabkan untuk mengimplimentasikan program ini supaya bersikap lebih prihatin dan mengambil penekanan pro-aktif dalam “delivery system” mereka. Seperti yang Tun tersedia maklum, kumpulan pertama tahun ini akan mendapat perhatian daripada banyak pihak, ibubapa, tok, nenek, ayahwan maktok, penjaga, bapa emak saudara- penganalisis pendidikan dan para “pempolitik” kita semua akan tengok dan komen. Jadi disini izinkan saya terlebih dahulu menumpang pendapat beserta harapan dengan para bloggers lain, iaitu pada hemat saya:
    1)Konsep pengajaran matematik dan sains UPSR dalam bahasa Inggeris adalah sesuatu yang baik dan berketepatan dengan masa dan kehendak asas dunia hari ini dan juga bagi kebolehan generasi 2020 bertahan dan menapak dalam arus dunia masa hadapan mereka.
    2)Cuma persoalan yang masih lagi kekal pada minda kita adakah pengimplimentasiannya telah berjaya atau gagal. Telahkah pihak berwajib yang memegang tanggungjawab berkenaan berjaya dalam tugasan eksekutif mereka dalam program ini?
    Itu sahaja dua persoalannya. Jangan disatukan dua-dua hal tadi kepada cuma satu soalan dan satu jawapan. Itu pada pendapat saya akan berniat politik dan tolong jangan politikkan anak-anak kami.

  328. sititanjung Aug 11,2008 5:19 AM

    Assalmualikum Tun.
    1.Saya sangat bersetuju dengan tindakan Tun menukar balik pengajaran
    sain &matematik dalam Bahasa Inggeris.
    2.Saya ingin ceritakan peristiwa yang benar terjadi disekolah anak saya di Jenan.Kawannya adalah seorang murid yang berbunga bahasa Melayunya. Di dalam karangan nya ditulis “The wind is blowing and the leaves bye-bye”=”Angin betiup dan daun melambai-lambai’
    3.Ni saya dah pencen dan cuba belajar Bahasa Arab untuk memudahkan memahami bahasa AlQuraan.Susah belajar tua -tua ni Tun.
    4.Adakah Bangsa Melayu RUGI jika orang Melayu dapat menguasai bahasa asing?
    Salam untuk Tun sekeluarga.

  329. GOMO Aug 11,2008 5:17 AM

    ASALAMMUALIKUM BUAT TUN DAN ISTERI SEMOGA SIHAT HENDAKNYA!!!
    SAYA MENYOKONG SEPENUHNYA APA YANG TUN KATAKAN DALAM ISU PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM MATA PELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK!!!
    TUN SEMEMANGNYA BERPANDANGAN KEHADAPAN DAN BERFIKIRAN JAUH UNTUK KITA ORANG MELAYU KHUSUSNYA DAPAT BERSAING DAN MAMPU UNTUK SETANDING DENGAN NEGARA-NEGARA BARAT DALAM HAL INI!!!
    BAHASA MELAYU KITA TIDAK AKAN LUPAKAN SELAMA-LAMANYA!
    DALAM ERA YANG SEMAKIN MAJU DAN CANGGIH INI BAHASA INGGERIS SEMEMANGNYA PENTING UNTUK SEMUA GOLONGAN!!!
    TUN SEMEMANGNYA PAHLAWAN TERULUNG…..

  330. wn Aug 11,2008 4:57 AM

    I have lived in English speaking country in Europe for a number of years and were quite impressed when I spoke to my relative from kampongs, who were in their primaries and yet they could understand and converse in English well over the phone. When I was in standard six many decades ago, the only English I knew was “one two three yes no all right” (I had to pass through the jungles and walked for miles to arrive at the school where teachers had to take a boat then walked to this really ulu school). As such Tun’s decision to get the Science and Maths subjects taught in English was a brilliant one.
    It was not surprising that the command of English among the Malays started to deteriorate after the Government abolished the English medium schools. Wonder why Tun did not take the opportunity to re-instate the English medium schools to provide opportunity for those who could not afford the private schools to do so for the sake of mastering the universal language of English.
    Obviously more needs to be done, for Malaysian to master not only English, but also Mandarin, Hindi, Arabic, Spanish and French.
    Thanks Tun for sharing with us! How we wish the present Government could be as transparent as this

  331. MusangApi Aug 11,2008 4:46 AM

    Salam buat tun,
    Benar tun telah mengemukakan contoh kebangkitan barat yg mempelajari ilmu2 dalam bahasa Arab untuk memajukan ketamadunan mereka. Saya amat bersetuju di dalam hal itu. Namun adakah mereka mengajar anak2 mereka ilmu2 tersebut dalam bahasa Arab. Kita dapat lihat negara2 maju di eropah seperti Jerman, Perancis atau yg hampir dgn kita sendiri di rantau Asia Jepun sangat menyintai bahasa ibunda mereka.
    Sekiranya tun lihat sendiri sukatan pelajaran pelajar2 sekolah rendah dan menengah pada masa kini, tun akan sedari bahawa standard pembelajaran semakin merosot. Saya generasi yg lahir pada tahun 80-an mendapat pendidikan sepenuh nya dalam bahasa melayu semasa di sekolah rendah dan kemudian nya di peringkat menengah. Apabila sekarang saya lihat semula buku2 teks adik2 saya yg masih bersekolah, saya merasa amat terkejut. Apa yg pelajar2 tingkatan 3 pelajari masa kini adalah di peringkat yang terlalu basic. Berbeza sama sekali dari masa saya belajar di sekolah dahulu. Malah saya mengambil kesempatan bertemu dgn guru kelas adik2 saya semasa hari mengambil kad laporan, mereka juga memaklumkan perasaan kecewa mereka kerana kesukaran untuk memberi kefahaman kepada murid2 mereka. Kebanyakan guru akan akhirnya kembali menggunakan bahasa melayu kerana bimbang tanggungjawab mereka menyampaikan ilmu tidak kesampaian.
    Apa yang ingin saya tekankan disini adalah pembelajaran yang paling berkesan adalah dalam bahasa ibunda. Benar, ilmuan2 pelbagai bangsa di dunia ini sanggup mempelajari ilmu dr bangsa lain. Melalui mereka, ilmu2 ini dapat diperkembangkan dan dikongsikan untuk generasi muda mereka. Namun kita harus bertanya semula, adakah kanak2 di jepun mempelajari sains dalam bahasa inggeris ? Adakah kanak2 di perancis mempelajari matematik dalam bahasa inggeris ? Hatta negara2 eropah lain juga menggunakan bahasa ibunda mereka dalam pembelajaran kerana mereka sedar bahawa sesungguhnya pembelajaran paling berkesan apabila diajarkan dlm bahasa ibunda.
    Amatlah menyedihkan apabila seorang anak melayu tidak dpt menjawab soalan peperiksaan matematik/sains yg mudah permasalahan hanya kerana tidak dpt memahami soalan tersebut. Bahasa Inggeris itu penting, tidak pernah saya sanggahi. Namun bagi generasi muda yg diperingkat pendidikan primer & sekunder, masa nya belum tiba untuk memberi penekanan sebegitu. Masa tersebut sepatut nya digunakan untuk membina asas ilmu yg kukuh kepada mereka. Bukan menambah kekusutan mereka dgn mengajarkan subjek2 penting seperti sains & matematik dalam bahasa inggeris. Setelah anak2 ini tamat persekolahan mereka, di alam universiti baru lah diwajibkan pembelajaran dalam bahasa inggeris. Apabila kita sudah membina asas yang teguh, barulah mereka akan dapat menguasai ilmu dlm bahasa ape pun ianya disampaikan.
    Tergadaikah maruah bangsa apabila kita belajar dalam bahasa melayu ? Tidak selamatkah anak2 kita jika mereka belajar sains & matematik dalam bahasa melayu ?

  332. ketam Aug 11,2008 4:38 AM

    Salam Tun,
    Terima kasih kerana mengembalikan pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Kalau tak salah saya Anwar lah yang nakkan bahasa baku dan selaku Menteri Pelajaran pada masa dulu, dialah yang anti sangat bahasa Inggeris. Mentang mentanglah dia graduate bahasa Melayu. Tapi akhirnya yang terror bahasa Melayu inilah yang paling tak berguna sekali. Nasionalisma terus diperdagangkan dan diperbodohkan.
    Tun, ingin saya ucapkan terima kasih kerana pengajaran Matematik dan sains dalam bahasa inggeris telah menyenangkan anak anak saya untuk belajar bila saya bekerja di luar negara.Semasa di Malaysia anak saya adalah di peringkat pertengahan, no 7 hingga 15. Tapi bila di UK, mereka top of the class. Sampaikan keputusan anak anak saya lebih baik dari orang orang Inggeris sendiri. Secara tak langsung anak anak saya telah menunjukkan pada orang orang Inggeris di sini bahawa kualiti pengajaran matematik dan sains lebih baik lagi dari sekolah di UK ini. Sampaikan cikgu anak saya tak henti henti memuji anak anak saya. Saya telah memaklumkan pada guru tersebut bahawa anak saya tidak sepintar anak anak orang lain di Malaysia. Ketahuilah Tun, tunggulah sepuluh tahun lagi , saya yakin anak Malaysia amnya dan anak Melayu khasnya akan mempunyai pakar matematik dan sains sendiri. Saya yakin.
    Terima kasih

  333. azlash Aug 11,2008 4:24 AM

    Salam Tun
    Memang tidak dinafikan apa yg Tun cakap tu semuanya benar. Untuk sesuatu bangsa tu mempelajari ilmu dan teknologi bangsa lain, kita perlu terlebih dahulu mempelajari bahasa mereka.
    Sebagai contoh, ilmu kejuteraan rata2 di kuasai oleh bangsa Barat atau pun Jepun. Saya ambil contoh didalam bidang kejuteraan. Tanpa mengusai bahasa negara tersebut, akan sukar bagi kita untuk memahami operasi sesuatu alat atau peralatan tersebut. Begitu juga untuk membuat baik pulih.
    Malaysia masih bergatung kepada teknologi dari luar Negara khasnya kejuteraan jentera. Kita bukan lah negara yang boleh menghasilkan jentera2 berteknologi tinggi seperti Barat.
    Ramai pekerja2 di bidang kejuteraan merasakan diri mereka rugi kerana tidak dapat menguasi bahasa Inggeris dengan mahir. Mereka rasa sukar untuk berhubung dengan manufacturer melalui email atau pun secara lisan. Banyak masa terbuang untuk memberi pemahaman kepada manufacturer tentang masaalah yg dihadapi kerana terdapat jurang di sini.
    Begitu juga dengan Jurutera2 lepasan Universiti2 tempatan. Penguasaan bahasa Inggeris mereka adalah lemah apabila aliran Inggeris mula dihapuskan pada tahun 1982.
    Kadang2 saya malu apabila menemuduga graduan2 tempatan yg tidak fasih berbahasa Inggeris. Bukan kita nak letak Bahasa Malaysia sebagai bahasa kedua tetapi apabila Jurutera tersebut berhadapan dengan Vendor dari luar negara atau dihantar keluar negara, tak lah terketar2 nanti apabila bercakap dan lapuran yg di beri tidak lah bercelaru.
    Semuga Tun sihat walafiat. Amin

  334. mutiara Aug 11,2008 3:26 AM

    Assalamulaikum.
    Semoga Tun dan keluarga sehat sejahtera, begitu juga semua yang melayari blog chedet. Saya adalah hasil sistem pendidikan yang ada “Remove Class”. Saya memasuki Remove class selepas darjah enam sekolah melayu. Saya bangga kerana saya belajar semua mata pelajaran di dalam bahasa inggeris kecuali Bahasa Melayu, Ugama dan kesusateraan Melayu (optional). Saya mendapat A1 dalm Bahasa melayu, A2 Bahasa Inggeris dan beberapa As dalam mata pelajaran-mata pelajaran lain yg semuanya di dalam bahasa ingeris. It did not take long to acquire the language when you learn it at a young age. I am proud to converse in Malay at all levels in my profession and proud to speak and deliver my ideas in both languages at meetings or conferences in the country or outside the country.
    I am all for the school children to be proficient in both Malay and English as well as other important languages of the time.

  335. abu sayab Aug 11,2008 2:58 AM

    Sunday August 10, 2008
    Master English, Sultan urges
    By SIRA HABIBU
    ALOR STAR: The Sultan of Pahang has directed Royal Malaysian Air Force (RMAF) personnel to master the English language to enhance their skills in handling hi-tech devices.
    Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar, who is RMAF’s colonel-in-chief, said those who are fluent in the language have better career opportunities.
    “The job scopes of armed personnel have become more challenging with the advent of information technology and advances in modern technology.
    “You (RMAF personnel) must enhance efforts to master the language (English) and use it in your daily lives especially when discharging duties,” he said in his speech read out by the Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah, at the Air Force College’s graduation ceremony in Kepala Batas near here yesterday.
    Best in their categories: Lt Kamal (right) and Lt Lo congratulating each other and chatting near a Skyhawk jet fighter after receiving their awards in Kepala Batas yesterday.
    He said the armed forces had acquired hi-tech assets in line with its modernisation.
    “As English is an internationally accepted medium of communication, it is vital to master the language to understand modern technology. With exposure to knowledge, I am confident you (RMAF personnel) can handle the (hi-tech) assets and guard national airspace.”
    Tengku Abdullah presented scrolls to 44 diploma graduates.
    Lt Kamal Hilmi Kamarulzaman was named the best overall cadet graduate and Lt Lo Chee Sing the best cadet graduate in academics.
    Lt Kamal received the Sultan Ahmad Shah challenge trophy and a sword of honour. Lt Lo, from Sabah, received the Panglima Pendidikan Udara trophy.
    Lt Kamal, 23, said he wanted to be a fighter pilot like his father, Kol Kamarulzaman Mohd Othman.
    “I feel proud that my son is named the best overall cadet,” said Kol Kamarulzaman, 48.
    Lt Lo, 22, also aims to be a fighter pilot.
    “I have always wanted to be a pilot.”

  336. nadya Aug 11,2008 2:57 AM

    i don’t quite understand why some of us like to make it such a big fuss..only for two important subjects are in english…while the rest is still in malay…why do some of us the malays need to feel so ashamed with ourselves when we can’t speak proper english. same thing happens to those the indians and the chinese who cant speak proper malay even if they have been living here for 50 years now…everytime they speak malay they will feel so low and uncomfortable…why do we the malays need to feel so low when we cant speak proper english…weird…the only way to differentiate the malaysian chinese and also the malaysian indian from their origin China and India is by speaking some malay fluently….c’mon admit the fact that you guys dont really like to compare yourselves with all the chinese in China and the indian in India…your attitude and your mind are quite different compare to those in China and India unless if you never try to mix up with one another that made you too conservative…so blame yourself if dont understand malay, chinese and indians….you guys have been living in a multiracial country for many years…i still speak fluent malay even if i am dealing with UK people in english…i understand some cantonese, mandarin, tamil, korean and japanese….nobody forces me to learn the languages…happened because i love to learn….as along as all of us have a sense of awareness, for me it shouldnt be a problem….tepuk dada tanya selera…

  337. azrchik Aug 11,2008 2:47 AM

    Saya merupakan seorang bekas pelajar Sekolah Kebangsaan yang mana bahasa pengantaranya bahasa Melayu. Walaupun pencapaian dalam bahasa Inggeris tidak fasih ketika itu tetapi saya memahami apa yang dibualkan. Semasa menceburi bidang kerjaya terdapat sedikit kejutan apabila perlu bekerja dengan bangsa Jepun dan Eropah, sewaktu itu bahasa inggeris menjadi perantara untuk berhubung dengan mereka. Kini rasanya saya tiada masalah untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
    Saya setuju pengajaran subjek2 tertentu dalam bahasa Inggeris perlu bermula dari sekolah rendah, menengah dan institut pengajian tinggi.

  338. Onlooker Aug 11,2008 2:45 AM

    Salam Tun,
    Kebanyakan pakar-pakar pendidikan berpendapat bahawa mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Bonda murid-murid sekolah adalah lebih cekap dan berkesan dibandingkan mengajar kedua-dua perkara tersebut dalam Bahasa Inggeris kerana murid-murid boleh senang faham dalam Bahasa Bonda.
    Saya masih beringat bahawa saya mulai belajar Bahasa Inggeris pada peringkat darjah tiga di sekolah rendah. Sejauh yang saya ketahui, tidak pernah ada sesiapa pun rakan sekolah saya yang betul-betul sanggup bertutur dalam Bahasa Inggeris bila kami bertamat sekolah pada peringkat darjah enam. Ini adalah kerana rakan sekolah saya dan saya sendiri semua berhidup di kawasan kampung dan tidak mempunyai peluang dan suasana baik untuk belajar bertutur dalam Bahasa Inggeris. Namun begitu, kebanyakan kami bila tamat sekolah rendah sudah mempunyai dasar pengetahuan Sains dan Matematik yang munasabah kerana kami adalah lebih fasih dalam Bahasa Bonda sendiri dan senang sahaja untuk menerima pengetahuan yang sudah diajar oleh cikgu-cikgu dalam Bahasa Bonda kami.
    Sekarang saya tidak ada masalah membaca dan memahami artikel-artikel yang Tun sudah bertulis dalam Bahasa Inggeris. Saya bermula belajar Bahasa Inggeris secara bersungguh-sungguh hanya pada peringkat sekolah menengah. Di sekolah menengah saya yang beralamat di bandar, saya terdapat diajar oleh cikgu Bahasa Inggeris yang berkelayakan baik untuk mengajar tatabahasa Bahasa Inggeris dengan secara betulnya.
    Saya berpendapat bahawa semasa Tun membuat keputusan supaya semua murid-murid sekolah rendah dikehendaki belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, Tun sebenarnya sudah memberatkan bebanan samada cikgu-cikgu ataupun murid-murid dari kawasan kampung. Apabila cikgu mengajar murid-murid kampung dalam Bahasa Orang Putih, murid-murid tidak berminat dan akan tertidur sahaja kerana tidak faham apa-apa yang dicakap oleh cikgu. Bah kata pepatah, macam “itik cakap dengan ayam” sahaja, langsung tidak berkomunikasi. Apakah gunanya mengajar murid-murid kampung keturunan Asia belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Orang Putih apabila mereka belum pandai lagi dengan Bahasa Orang Putih ini? Inilah betul-betuk buang masa sahaja!
    Kenapa tak tunggu sampai peringkat sekolah menengah barulah mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris? Kenapa di kelas Sains dan Matematik kerajaan cuba memberatkan bebanan kedua-dua golongan cikgu dan golongan murid-murid kampung dengan memilih Bahasa Pengantar yang murid-murid itu belum fasih lagi?
    Onlooker

  339. ejewa Aug 11,2008 2:37 AM

    My Dear Tun,
    Dan… saya juga rasa bertanggungjawab kerana setelah 5 tahun sekolah rendah belajar bahasa inggeris masih jugak tidak pandai, dan disambung 5 tahun di sekolah menengah juga masih ditakuk yang lama. Setelah 4 1/2 tahun di universiti barulah saya ikhtiar meningkatkan mutu bahasa inggeris saya. setelah 3 tahun bekerja di syarikat swasta, saya malu sebab saya tidak boleh komunikasi dalam bahasa inggeris, tapi saya tetap cuba walaupun grammar tonggang terbalik. lepas 3 tahun keyakinan bertambah baik dan bahasa sedikit sebanyak dikuasai dan kini bertambah baik. Lihatlah pengajarannya, saya mengambil masa lebih 15 tahun untuk ini. Sanggupkah anda menjadi senasib dengan saya. Langkah yang saya buat untuk diri saya, pertamanya saya berSYUKUR subjek2 tersebut diajar dalam bahasa inggeris sekarang, kedua adik saya yang masih bersekolah di sekolah rendah telah saya tanggung dan hantar ke tusyen bahasa inggeris (walaupun sekolah telah menyediakan kelas tambahan). Semata2 untuk mereka kuasai bahasa dunia pertama itu dahulu. Dan saya akan terus menggalakkan mereka untuk kuasai bahasa2 asing lain. Walaupun mereka mengeluh kerana kurang kefahaman, tapi saya terus memberi semangat kepada mereka bahwasanya bahasa bukan penghalang sedangkan yang bisu pun boleh berkata-kata inikan lagi kita yang bersuara. Titik tolak nya… usaha sebelum berkata kalah! saya telah berusaha dan kini saya menang.
    Kini… saya berada jauh dinegeri asing menyambung pelajaran diperingkat tertinggi. Suatu hari dikedai kopi, Kawan aku Korean cakap, “kita belajar bahasa inggeris sebab nak tahu ilmu dia kalau nak banding teknologi kita lagi advance”, kawan German aku cakap, “kita pun sama jugak, tapi ko kena belajar jugak bahasa German sebab teknologi kita pun world class tau”, kawan aku dari UAE cakap, “kita pun sama tau kena tau inggeris sebab dulu ilmu tok nenek Islam kita dia curi, so kita nak amik balik lah, sekarang kita punya negara tengah membangun, awak pun patut tau bahasa Arab sebab nanti boleh deal business dengan kita”. (sembang kedai kopi – Starbuck@RG1).
    Bahasa itu perantara…
    Kuasainya satu kelebihan…
    Yang asli tak akan dilupakan…
    Masih lagi saya boleh menulis dalam bahasa Melayu..
    Hissshh sapa kata kita tak agungkan bahasa kita. Kita kena fikir positif untuk maju. Melayu.. Masih kah kita perlu ikut cara lama dan duduk di takuk yang lama. Bukalah Minda Luas-luas…!

  340. azmd888 Aug 11,2008 2:29 AM

    Saya setuju benar, oleh yg demikian, dasar yg digunakan oleh kerajaan sepanjang 30 tahun lepas adalah salah. Maka model yg harus kerajaan ikut ialah Singapura, iaitu bahasa pengantar adalah bahasa Inggeris, walaupun majoriti penduduk bangsa cina. Jadi tidak perlu sekolah cina atau tamil atau melayu. Hasilnya tidak pula kelihatan Singapura sudah jadi kurang cina. Bahkan taraf Singapura jauh lebih tinggi berbanding M’sia. Seakan-akan ada hubungan antara kemajuan bangsa dgn penguasaan bahasa ilmu. Teori ini mungkin akan terbukti dlm masa 10-15 tahun akan datang.
    Murid di peringkat rendah boleh dan mampu belajar walau apapun bahasa yg diguna. Cabarannya adalah ramai guru yg tidak mampu berkomunikasi walau dlm bahasa Inggers yg mudah. Saya harap para guru tidak lemah semangat walaupun kesan jangka pendeknya adalah keputusan peperiksaan tidak memuaskan akibat menggunakan bahasa Inggeris.
    Kita harus mulakan sekarang, jika tidak bila lagi.
    Ian, SA

  341. WanJ Peraksi Aug 11,2008 2:27 AM

    Ybg Tun,
    Apa habaq….
    saya bersetuju Metamatik dan sains diajar dalam bahasa english, ini sesuai dan berguna buat Medical Student,Law student,accountant dan lain-lain ini kerana kita tahun buku dan bahan rujukan semuanya 99% dalam bahasa english. Tun berpandangan jauh dalam hal ini.
    Semasa Tun, kita tidak dibenarkan belajar diInternational School, pasal dia masih lagi sayangkan bahasa ibunda, Bukan macam sekarang akta pejaran tesebut telah dipinda oleh Menteri Pelajaran sekarang agar semua orang boleh belajar di International School, itu pasal banyak anak2 orang berada tidak fasih berbahasa melayu, ini yang kita patut buka mata dan awasi……
    Fikir2 lah wahai orang melayu yang mudah lupa…..
    salam Tun

  342. AnakSarawak71 Aug 11,2008 2:23 AM

    Selamat buat Tun dan seisi keluarga,
    Kalau di imbas kembali semua matapelajaran dalam bahasa Inggeris kecuali Bahasa Inggeris sendiri telah di hapuskan sepenuhnya pada tahun 1982.Memang betul dan saya setuju 100% terhadap kenyataan Tun.Apa yang berlaku sekarang 90% kaum bumiputera buta terhadap perkataan dan bahasa Inggeris. Sungguh menyedihkan terutama sekali bila mereka telah melangkah ke alam perkerjaan.Contohnya apa yang berlaku kepada kumpulan juruteknik (Technician) yang dihantar untuk latihan ke Limavady baru-baru ini. Rata-rata dari 20 orang kesemuanya boleh dikatakan ada yang langsung tak pandai berkomunikasi dan boleh dikatakan juga bahasa inggeris sekadar cukup makan.Semasa training/latihan nak tanya soalan pun tak tahu macam mana nak bertanya. Dia sini nampaknya ramai yang sesat. Inilah akibat dan kesan dari kesilapan yang lampau.hanya semata-mata bencikan barat bahasa inggeris diketepikan memang bahasa malaysia/melayu adalah bahasa kebangsaan kita tapi cuba berkomunasi dengan orang asing dengan menggunakan bahasa melayu,di sini siapa yang faham. Janganlah disebabkan antikan barat seumpama marahkan nyamuk kelambu di bakar. Disini bahasa melayu sungguh indah perumpamaan yang di terjemah cukup jelas tapi kenapa mereka yang dulu,kini dan selama tak faham??? Kepada menteri pelajaran fikir-fikirkanlan..ikut hati,mati…ikut rasa,binasa…pandanglah ke hadapan untuk memajukan bangsa,negara dan generasi akan datang.Apa gunanya ilmu yang dikurniakan dan dianugerahkan jika tidak dimanfaatkan dan adanya hasrat dengki dan dendam hanya untuk menghancurkan bangsa dan negara sendiri? Ingat kegagalan dimasa hadapan adalah bermula dari sekarang…untuk itu ubahlah haluan untuk menuju kejayaan. Malaysia Boleh, Tun Boleh!!!!!

  343. joneadam Aug 11,2008 2:20 AM

    Tun,
    I agree with the teaching of Science and Mathematics in English. I thought that was a good decision made. It is the way forward.
    Situation nowadays, we are going backwards not towards 2020. The problem is , these people have no vision, therefore they are not Leaders.Teaching in Malay may be good, but the standard of English has deteriorated ( maybe that is why they want it in Malay ). If we are so concern about teaching these subjects in Malay, then why do we need to send our children overseas to study, keep them here!Only those with good English is sent.

  344. Anjang Aki Aug 11,2008 2:20 AM

    Bahasa ialah jiwa bangsa. Tanpanya tiada apa untuk diagung dan dimegahkan atau dipertahankan keselamatannya. Sekiranya ia kolot dan lemah, kitalah yang mengkolot dan melemahkannya.
    Bahasa sains dan matemetik asalnya di dalam bahasa Latin yang kemudian apabila mengalami perkembangan berpindah ke bahasa Greek, Arab, Parsi dan seterusnya. Sejajar dengan perpindahan tersebut maka timbullah tamaddun Greek, Arab, Parsi dan sebagainya dan berkembanglah bahasa dan budaya mereka sehingga 70% daripada perbendaharaan bahasa Turki Osmaniah diambil daripada bahasa Arab dan Parsi kerana bahasa Turki asal ialah bahasa agak lemah. Dengan kemasukan pedagang daripada Arab dan Parsi pada zaman kesultanan Melaka dahulu, berkembanglah budaya Arab di kepulauan tanah melayu dan kemudian dengan kemasukan penjajah barat berkembang pula budaya Eropah. Budaya berkembang menerusi bahasa kerana bahasa ialah jiwa bangsa. Apabila semakin kurang penguasaan kita di dalam bahasa melayu, semakin lemahlah jiwa kita dan akhirnya hanya tinggal kulit berwarna cokelat yang isinya jiwa baru yang berasa lebih bangga bertutur di dalam bahasa asing. Bahasa melayu yang semakin kurang diberikan kepentingan tidak boleh berkembang sekiranya kita sendiri menganggapnya sebagai sekatan kepada kemajuan sains dan teknologi.
    Bangsa Jepun dan Korea tetap maju walaupun mengajar sains dan matemetik di dalam bahasa ibunda mereka malah kita yang perlu mempelajari bahasa mereka sekiranya ingin belajar sesuatu. Negara-negara di Eropah juga tidak menggunakan bahasa Inggeris kecuali United Kingdom tetapi mereka tetap maju. Buku-buku karya German, Rusia, Jepun, Inggeris, semuanya diterjemahkan dengan gigih oleh para penterjemah dan berkembanglah bidang penterjemahan, penulisan dan bahasa mereka dan ilmu yang diterjemahkan menjadi sebahagian daripada budaya mereka. Tiada ilmu yang tergadai dan tiada jiwa yang tercicir.
    Sekiranya kita merasakan kita perlu belajar sains dan matematik di dalam bahasa Ingeris kerana kita kekurangan cetakan berbahasa melayu, maka perbanyakkanlah. Sekiranya kita rasa tak sempat terjemahkan kerana ilmu sains berkembang dengan amat laju, ianya tidak relevan untuk peringkat pengajian sains sekolah rendah dan menengah, malah peringkat sarjana muda sekalipun kerana pengajian sains peringkat tersebut amat basic dan tidak melibatkan teknologi tinggi.
    Oleh itu pembelajaran sains dan matematik di sekolah perlu dikembalikan ke bahasa Malaysia manakala penekanan lebih juga perlu diberikan untuk pelajaran pelbagai pilihan bahasa asing sebagai matapelajaran wajib agar kita tetap lancar berkomunikasi diperingkat antarabangsa dan kita juga boleh memahami budaya bangsa lain kerana bahasa ialah jiwa bangsa dimana kekuatan dan kelemahan terpamer untuk dieksploitasikan.
    Saya bukan berpendapat begini kerana saya tidak pandai berbahasa Ingeris. Selain bahasa Ingeris saya juga menguasai pada tahap fasih satu lagi bahasa asing kerana saya berkelulusan sains dari universiti luar negara yang menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa perantara. Mereka boleh tetapi kita tak boleh?
    Harap dapat direnungkan.

  345. schmucq Aug 11,2008 2:08 AM

    Yg Bhg Tun,
    Walaupun saya dapati sukar untuk saya menerima sebahagian dasar-dasar yang telah Tun kuat-kuasakan, saya dapati dasar pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris adalah dasar yang sangat baik. Saya dapati penguasaan bahasa Inggeris generasi kini adalah pada tahap yang sangat lemah. Kadangkala wujud perasaan malu bagaimana orang melayu bertutur dalam bahasa ingeeris terutamanya ketika saya menghadiri mesyuarat dan sebagainya. Malah saya lebih suka sekiranya aliran inggeris yang pernah dibuat satu ketika dulu diperkenalkan. Bergantunglah pada kehendak seseorang samada dia mahukan kejayaan dalam menguasai bahasa Inggeris ataupun mahu terus tinggal dibelakang. Apapun dasar ini adalah dasar yang baik dan untuk itu Tun patut diberi pujian.

  346. wan roselan Aug 11,2008 2:07 AM

    KEPADA AYAHANDA;
    MASALAH BAHASA INI MENJADI SENSITIF KERANA KEDUDUKANNYA MELAMBANGKAN BANGSA; APAKATA ORANG MELAYU DAH TAK TAHU BERBAHASA MELAYU SEPERTI ANAK2 ORANG BANGSAWAN BUKAN SETAKAT MATEMATIK DAN SAINS, BAHASA HARIAN MEREKA ADALAH BAHASA INGGERIS, MEREKA AMAT BANGGA BILA BERMESYUARAT DAPAT BERCAKAP INGGERIS WALAUPUN SUMBANGANNYA KOSONG, IAITU CAKAP YANG LEBIH KERJA KURANG. TAPI KERANA PANDAI CAKAP DAPAT NAIK PANGKAT BIAR OTAK KOSONG; NAK KATA BELAJAR MATEMATIK DAN SAINS BOLEH MAJU APA PULA DENGAN BANGSA KOREA, JEPUN DAN TAIWAN ADAKAH MEREKA BELAJAR MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS; BAGI ANAKANDA CUKUPLAH DENGAN MATAPELAJARAN BAHASA INGGERIS, KERANA TAK DAPAT KREDIT BAHASA INGGERIS RAMAI PELAJAR MELAYU TAK DAPAT PERGI OVERSEA WALAUPUN MATEMATIK DAN SAINS DISTINCTION; JADI UNTUK DIKAITKAN DENGAN KEMAJUAN BANGSA DENGAN BAHASA RELEVANNYA ADA JUGA TAPI PENGUASAANNYA TIDAKLAH PERLU BERMULA DI SEKOLAH RENDAH, KERANA TUN PUN CAKAP PADERI-PADERI, SAUDAGAR-SAUDAGAR TENTUNYA MEREKA MEMPELAJARI PADA USIA YANG TELAH MATANG YANG AKAN MENGGUNAKAN PENGETAHUAN BAHASA SEMAKSIMUM UNTUK MENDAPATKAN ILMU BARU DALAM BAHASA LAIN.
    SEKIRANYA DIPERKENALKAN PADA PERINGKAT SEKOLAH RENDAH YANG KANAK2NYA BELUM MATANG ADALAH TIDAK PRODUKTIF SEBABNYA BAGI YANG BIJAK MATEMATIK ATAU SAINS TETAPI KERANA TAK FAHAM SOALAN BAHASA INGGERIS MAKA MEREKA MASIH TERCICIR. BANGSA LAIN LEBIH TERKEHADAPAN SEBAB BAHASA INGGERIS ADALAH BAHASA HARIAN MEREKA, INI MEMBERI KELEBIHAN PADA MEREKA MENYEBABKAN PELAJAR MELAYU MAKIN TERCICIR TERUTAMANYA YANG DI LUAR BANDAR. ORANG2 KAMPUNG DULU BOLEHLAH JUGA AJAR ANAK MATEMATIK DAN SAINS TETAPI SEKARANG TAK BOLEH SEBAB TAK FAHAM SOALAN BERLAINAN MEREKA YANG DI BANDAR ADA SUMBER TUITION, LIBRARY, PERGAULAN, KEDAI BUKU DSB, MAKA JADILAH ANAK2 KAMPONG TADI HILANG MINAT NAK BELAJAR, JADI PENCAPAIAN PELAJAR MELAYU AKAN MEROSOT. JADI TUN KENA LIHAT PENDIDIKAN INI JUGA SEBAGAI PERSAINGAN YANG SAMA RATA, ORANG ASIA SUSAH NAK MENANG KALAU MAIN AMERICAN FOOTBALL SEBAB FIZIKAL, PERATURAN DAN BENTUK BOLA TIDAK BERPIHAK KEPADA MEREKA. TUN MUNGKIN BERTUAH KERANA BAPA GURU INGGERIS DAPAT PULAK ISTERI BANGSAWAN YANG MEMANG BERCAKAP INGGERIS,SAYA PERCAYA ANAK2 DAN CUCU TUN PUN BERCAKAP INGGERIS ENTAH2 CAKAP MELAYU DAH TAK BOLEH. HARAP2 MATAPELAJARAN MATEMATIK DAN SAINS MEREKA ADALAH CERMERLANG DAN DAPAT PULA MENTERJEMAHAKAN KEPADA PENGUASAAN TEKNOLOGI BARU DARI BANGSA YANG BERTUTUR BAHAS INGGERIS.
    LIHATLAH SESUATU MENGIKUT APA YANG TERSIRAT KERANA APA YANG TERSURAT TIDAK SEMESTINYA BAIK.
    MAAF AYAHANDA KERANA TERPAKSA DERHAKA PASAL BAHASA INI.
    WRM

  347. aidaariff Aug 11,2008 2:06 AM

    there is no words in my vocabulary to express my 100% agree with every and single word from you,
    with due respect can someone tell me any harms of widen our knowledge of learning a global language for the sake of ur nation

  348. sitinur Aug 11,2008 2:03 AM

    salamualaikum bapak…
    1 org g ia2 menentang matapelajaran math n sains di ajar dlm bahasa inggeris menghantar anak depa tuition bi sbb depa banyak duit o anak depa sek kat sek antarabangsa…
    2 melayu lebih suka berhabis duit menghias rumah kumpul pinggan mangkuk beli tudung mahal2 dr antar anak p tuition bi ( mesti ada yg marah nih…tp realitinye mmg ada yg mcm tu kan..)
    3 go2..go….

  349. Noor Faiza Aug 11,2008 1:57 AM

    Salam Tun,
    Agree with you Tun. Bravo!

  350. Man Jebat Aug 11,2008 1:52 AM

    Assalammualaikum Tun,
    To date, you are the greatest visionaries Prime Minister of Malaysia ever had.
    Vision without action is just a dream. Vision with actions from capable human resources in implementation is a reality. Vision with action from non-capable human resources is a disaster.
    I had a discussion with a friend with regards to this specific issue years back when you decided to ramp it through.
    Train the trainer? Are the teachers trained and ready to implement the tasks that you visualize?
    The answer is “NO!”. It is safe to say that 99.99% of the teachers are not trained and their level of English Language proficiency is just 10%.
    Failure of this vision is plain and simple; Near to non-existence of capable teachers to carry out the tasks. As such, it is a disaster.
    “Vision with action from non-capable human resources is a disaster.”
    After all those years of implementing it, what are the teachers level of English Language proficiency now? From 10% up to 20%? 30%? 50%?
    Your vision is excellent but the implementation is a disaster.
    By the way, after what Anwar Ibrahim had done during his tenure as Minister of Education during your reign; we are paying the price now.
    Man Jebat

  351. OMK Aug 11,2008 1:52 AM

    Condemn me if you like but it is a reality that English is more important than Bahasa Malaysia.I obtained my undergraduate degree from UITM in the 1980s when medium of instruction was Engligh. I thought that my English is good enough until I moved to Canada to do post graduate studies. I have difficulty to understand course materials for my studies.
    The success of using English to teach Math and Science depends on the English proficiency of the teachers who are teaching these subjects. Sad to say that most of these teachers themselves don’t have the proficiency in the language. Malaysia needs more qualified ESL teachers to teach these math and Science teachers.
    Bukan untuk tujuan belajar aje tapi macam2 sebab lagi. Ada juga orang yang tak puas hati bila Tun menulis dalam bahasa Inggeris tapi tak ada versi Melayu. Ini bukan salah Tun tetapi kelemahan diri kita sendiri kerana tak boleh menguasai kedua2 bahasa dengan baik.

  352. tanahairku Aug 11,2008 1:47 AM

    Assalamualaikum Tun,
    Satu topik yang menarik untuk diperbahaskan. Izinkan saya memberikan pandangan peribadi saya yang agak berbeza.
    Bahasa jiwa bangsa. Kata-kata itu amat tepat dan penuh makna dalam membina sebuah negara bangsa. Bangsa apakah kita? Bangsa Malaysia. Negara kita ini masih muda. Tiang serinya belum kukuh. Di dalam membina negara ini, pendapat daripada beberapa Penyata Pelajaran terdahulu telah pun mengupas soal bahasa sebagai alat perpaduan dan hidup berkasih sayang. Kita lihat hari ini ada orang Malaysia yang masih belum mahir berbahasa Malaysia. Sekiranya generasi ini tidak diperbetulkan, maka generasi yang seterusnya pun akan begitu. Orang-orang di kampung masih ramai dan mundur. Mereka bukan seperti kita yang berpelajaran boleh berdiskusi di dalam internet seperti ini. Memang benar niat untuk berbahasa Inggeris itu murni untuk kemajuan. Tetapi sekiranya rumah yang dibina belum siap, bagaimana kita ingin membina kekuatan negara untuk maju ke hadapan. Kita tidak mampu berlari sekiranya belum boleh berjalan. Anasir-anasir liberalisme dan westernization cepat masuk dengan menggunakan pentas ini. Sekarang pun terdapat unsur-unsur ini yang terpaksa kita tangani dengan cekal.
    Penggunaan Bahasa Inggeris boleh dibuat sepenuhnya pada peringkat universiti. Pada peringkat ini sumber maklumat adalah kompleks dan ilmu yang dipelajari berkait-rapat dengan dunia pekerjaan kemudian hari. Bahasa Malaysia pula boleh digunakan pada peringkat rendah dan menengah bertujuan sebagai ; a) Alat perpaduan b) Memberi peluang kepada anak-anak golongan paras sosioekonomi rendah menerima ilmu dalam bahasa yang difahami mereka dalam membina jatidiri. Kebanyakan mereka bijak tetapi dengan alat perhubungan yang tidak difahami merencat perkembangan.
    Orang Eropah mempelajari bahasa Arab bukan untuk mengubah bahasa intelektual mereka, tetapi menterjemahkan serta mencernakannya untuk membina ilmu mereka sendiri dalam bahasa mereka sendiri. Sebelum itu, bahasa intelektual mereka adalah Latin. Ini jelas selepas Renaissance banyak ilmu baru lahir di dalam istilah bahasa mereka yang terpaksa pula dipelajari oleh orang Arab sendiri. Bangsa penjajah seperti Inggeris, Perancis, Jepun, Turki, Jerman mempunyai mentaliti yang berbeza berbanding dengan bangsa yang yang dijajah seperti kita, India, Pakistan, negara-negara Afrika dan sebagainya. Ketaksuban kepada bahasa mereka telah menyebabkan mereka mempunyai jatiditi yang kuat dalam mengharungi dalam globalisasi. Amerika Syarikat sendiri pun mempunyai sistem bahasa yang berbeza dan tidak mahu disamakan dengan Queen’s English. Sekiranya bergaul dengan mereka, mereka agak hairan kenapa kita tidak berbahas sendiri ketika berkomunikasi atau mencampur-adukkan bahasa sperti bahasa pasar.
    Dengan itu, penggunaan Bahasa Inggeris pada masa ini hanya mampu digunakan pada peringkat universiti.

  353. Pok Lelah Aug 11,2008 1:42 AM

    Dear Tun….Saya menyokong 100% pembelajaran subjek sains & matematik diajar di dalam Bahasa Inggeris.Kita sebenarnya tidak boleh menyempitkan pemikiran kita secara jumud ibarat katak hidup di bawah tempurung.Kita perlu membuka minda kita luas2 bahawa kita bukan hidup berseorangan dan khayal dalam dunia ciptaan kita sendiri.Bila kita buka tempurung tersebut nescaya anda dapat rasakan katak akan berkata-kata…ohhh…alam ini sebenarnya terbentang luas,aku bukan hidup keseorangan sekarang baru aku tahu alam ini dipenuhi dengan pelbagai jenis spesis kehidupan berinteraksi di darat,laut & udara.Kita bukan hidup di zaman 60an@70an di mana pejuang2 bahasa pada ketika itu melaung2kan slogan bahasa jiwa bangsa.Kita sekarang hidup di dalam dunia tanpa sempadan yg penuh dengan ledakan teknologi maklumat & kepesatan pasaran global.
    Tiada cara lain kita dapat berkomunikasi dengan negara lain sekiranya pengetahuan Bahsa Inggeris kita lemah.
    Pada ketika negara2 lain berlumba2 mempertingkatkan pengetahuan Bahasa Inggeris seiring dengan perkembangan dunia semasa, Msia seolah2 kini telah hilang arah & ingin pula menongkah arus.China & Jepun pada ketika dulu mengagungkan Bahasa Ibunda masing2 kini telah seiring dengan arus perdana mengakui realiti bahawa perubahan sistem pembelanjaran perlu dilaksanakan kepada kecenderungan ber Bahasa Inggeris.
    Pembelanjaran sains & metamatik dlm Bahasa Inggeris hanya dapat dituai hasilnya bukan sekelip mata. Proses ini tiada noktahnya dan berterusan.Apa yg penting ianya dapat menggilap generasi2 pelapis muda kita sekarang berfikiran kritis,analitikal & kalkulatif.Apa yg penting teknik pembelanjaran perlu dipertingkatkan ke arah yg lebih sistematik (learning is fun).Usaha-usaha Tun Mahathir ini adalah dihargai ibarat meneroka laluan sempit & sukar tapi akhirnya ketemu penghujung jalan untuk ke arah jambatan menuju wawasan…..HIDUP TUN MAHATHIR

  354. sabrinalong Aug 11,2008 1:40 AM

    org2 yg membangkang penggunaan inggeris dal 2 subjek ini penuh dgn alasan dan selfish!!
    bila masuk universiti semua in english..bila kerja..interview semua english…
    i wish i can speak fluently but sadly during my schooldays hanya dalam klas english… itupun adakala cikgu english lebih suka bercakap dalam bahasa malaysia…
    what we should do now is to train the teachers techniques to deliver subjects to students..

  355. Lily Aug 11,2008 1:34 AM

    Yang Di Kasihi Tun,
    English is surely a universal language! I am proud that as a Malay I can work overseas particularly in an English speaking country because I master the language itself since my schooldays. However, I never forget my roots and always remember and felt proud that I am a Malaysian and could still speak Malay fleuntly. I felt proud when my friends remember you as a dynamic leader. God Bless You and your family Tun.

  356. ucak dixx Aug 11,2008 1:30 AM

    Give double PHD to TUN.

  357. Sekebun Bunga Aug 11,2008 1:29 AM

    Salam buat Tun,
    Saya setuju sekali dengan apa yang Tun katakan. Kita harus kekalkan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara bagi Sains dan Matematik. Adakah kita dianggap tidak patriotik sekiranya kedua-dua subjek tersebut diajar dalam Bahasa Inggeris meskipun kita tahu manafaat sebenarnya? Atau adakah kita masih dengan perangai bodoh sombong kita?
    Pada pandangan saya (mungkin juga saya silap), mereka yang menolak Sains dan Matematik diajar dalam B. Inggeris adalah di sebabkan anak-anak mereka (anak-anak Melayu) yang gagal menunjukkan prestasi yang baik dalam kedua-dua subjek tersebut. Dan sebagai menutup malu, ibu bapa anak-anak Melayu ini menggesa agar subjek Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Malaysia dengan memberi alasan Bahasa Malaysia ialah bahasa rasmi negara dan macam-macam lagi alasan.
    Tapi tahukah bloggers sekelian…ada anak-anak Melayu yang masih tidak pandai membuat karangan dalam Bahasa Malaysia meskipun dalam Tingkatan Tiga. Ada pula anak-anak bangsa Cina dan India yang mempunyai kemahiran berbahasa tahap Tingkatan Lima walaupun masih dalam Tingkatan Tiga.
    Siapakah yang harus dipersalahkan dalam soal ini? Adakah ibu bapa hari ini hanya tahu merungut dan mempersalahkan orang lain? Saya sendiri melihat bagaimana cara segelintir pelajar Cina/India belajar dan segelintir pelajar Melayu belajar. Pukul 10.00 malam masih ada pelajar China/India menghubungi guru bertanyakan apa yang mereka tidak fahami dalam subjek B. Malaysia. Ibu bapa turut sama menemani anak-anak belajar. Kenapa tidak pelajar Melayu juga berbuat demikian sekiranya tidak memahami B.Inggeris? Saya tidak cemburu jika pelajar bangsa lain lebih berjaya daripada kita. Mereka dan ibu bapa mereka lebih gigih daripada kita.
    Bagi saya yang kini sedang meneruskan pengajian dalam Doctor Business Administration di salah sebuah universiti tempatan yang mana semua subjeknya dalam Bahasa Inggeris, buku rujukan dalam Bahasa Inggeris dan lectures juga dalam Bahasa Inggeris. Pergilah ke universiti mana sekalipun di Malaysia dan di dunia, kebanyakan buku-buku rujukan adalah dalam bahasa Inggeris.
    Terimalah hakikat yang B.Inggeris begitu penting dalam marcapada ini. Namum demikian Bahasa Malaysia tetap bahasa yang kita cintai.
    Semoga Tun dan keluarga dirahmati Allah.

  358. abu sayab Aug 11,2008 1:29 AM

    Tun,
    Another good article.
    Sometimes you make me angry!
    Sometimes you make me cry!
    Sometimes you make me laugh!
    I have no regret spending my hard earn money (despite my friends saying ‘bodoh’} and cycle 5km for my English tuition class.

  359. ucak dixx Aug 11,2008 1:28 AM

    give double PHD to TUN.

  360. oldedwardian Aug 11,2008 1:23 AM

    Hai Tun,
    English Language is a very important and good tools,it is applicable most of the time,very versatile.There a lot more advantage than disadvantage.
    But this does not mean you neglect your own Bahasa Malaysia, Learn Bahasa Malaysia as the subject.
    Thank you Tun and salam to all chedet followers
    OLD EDWARDIAN

  361. add Aug 11,2008 1:18 AM

    Assalamualaikum…
    Yg Berbahagia TUN berdua semoga sihat dan dilindungi ALLAH setiap masa, kerana selama pemerintahan TUN saya amat selesa dengan perkembangan dalam negara yang aman dan damai ….
    Saya menyokong penuh hasrat TUN untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar matapelajaran Sains dan Matematik, serta di satu jabatan di KPM telah pun menjalankan usaha yang sama iaitu matapelajaran teknikal dalam bahasa inggeris…
    Respon yang diperolehi melalui pengalaman saya ialah pelajar mempunyai pengetahuan untuk menjawab soalan peperiksaan, tetapi apabila guru mewajibkan supaya pelajar menjawab dalam bahasa inggeris sepenuhnya , pelajar ini langsung atau hanya dapat menjawab lebih kurang 20-30% sahaja dengan betul manakala soalan yang selebihnya pelajar membiarkan kosong tanpa sebarang jawapan kerana terikat dengan peraturan untuk menjawab dalam bahasa ingeris.
    Keputusan peperiksaan peringkat dalaman menunjukkan bahawa pelajar tidak mendapat markah yang tinggi kerana bukan pelajar tidak faham atau tidak tahu jawapan kepada soalan yang diberi tetapi kerana tidak boleh menjawab dalam bahasa melayu….
    Saya berpendapat dalam hal ini projek PPSMI/PPSMTI perlu diteruskan tetapi harus ada sedikit kelonggaran dimana guru boleh memberi penerangan dalam bahasa melayu semasa proses pengajaran dan pembelajaran manakala dalam peperiksaan pula pelajar boleh diberi dua pilihan iaitu boleh menjawab dalam dua bahasa iaitu bahasa inggeris dan bahasa melayu.
    Apabila ini berlaku, adil kepada semua iaitu pelajar dan juga guru. Apabila pelajar ini melanjutkan pelajaran diperingkat lebih tinggi pelajar ini tidak akan mengalami kejutan budaya dari bahasa melayu ke bahasa inggeris. Apabila berada diperingkat ini pelajar sudah faham dan matang dalam menimba ilmu menggunakan bahasa pengantar bahasa inggeris.
    Saya rasa PPSMI/PPSMTI perlu diteruskan kerana kos yang tinggi telah diperuntukan dan telah digunakan dari fasa 1 sehinggalah ke fasa 6 sekarang ini, maka jika projek ini dibatalkan maka satu pembaziran akan berlaku, walaupun ada sesetengah pihak akan mengatakan bahawa peralatan yang dibekalkan boleh diteruskan tetapi matlamat asalnya telahpun sedikit tersasar. Maka saya merayu pihak -pihak yang membuat keputusan seharusnya membuat kajian terus kepada murid dan juga kepada guru yang terlibat secara keseluruhan dan bukan menggunakan “sampling” dalam kaedah penyelidikan.
    Biarlah Bahasa Melayu kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bahasa Inggeris..
    Wassalam..
    Sekian ,wasalam …

  362. Lee Aug 11,2008 1:13 AM

    By Mohd Suhaimi on August 10, 2008 11:47 PM
    Assalamualaikum Ybhg. Tun,
    1. Mengapa negara jepun dan Korea malah negara-negara lain lebih kehadapan dalam bidang sains berbanding dengan negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris seperti negara India dalam sistem pembelajarannya?
    Saya menjawap: Negara Jepun telah mendapat ilmu dan bantuan teknology daripada negara sepakatnya dalam perang dunia telah menyebabkan proses penbangunan Jepun menjadi laju selepas perang dunia, manakala kita masih orang kampung masa itu. Orang telah buat kapal terbang, kita masih berjalan. Mereka telah hantar pakat-pakat ke luar neagara untuk mepelajari ilmu dalam bahasa lain masa Saya menjawap: dahulu-dahulu lagi. Kita sekarang pun tidak lagi buat kapal terbang, seharusnya kita pelarjar dari negara maju.
    2. Masyarakt Malaysia adalah masyarakat yang berbilang kaum. Adakah kita akan menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa perpaduan bukan lagi bahasa melayu/malaysia seperti yang pemimpin-pemimpin sebelum YBhg Tun lakukan?
    Saya menjawap: Hakikatnya ilmu pengetahuan dalam bahasa inggeris adalah lebih laju berkembangnya berbanding dengan bahasa Melayu.
    3. Bagi saya tidak ada cacat celanya sistem pelajaran yang telah diikuti sebelum ini. Tiada masalah untuk pelajar-pelajar menceduk ilmu dan tidak hinanya menggunakan bahasa melayu atau apa-apa bahasa sebagai bahasa ilmu pengetahuan.
    Saya menjawap: Betul, tetapi tidak sesuai sangat untuk ilmu terkini.
    4. Bahasa Melayu/Malaysia tidak menjadi penghalang untuk mendapatkan ilmu dan ini boleh dilihat dengan bilangan siswazah yang dikeluarkan oleh Univ.Kebangsaan dan Universiti yang lain yang mengunakan bahasa Melayu sebagai Bahasa pengantar.
    Saya menjawap: Tidak, Univ.Kebangsaan sedang mengajar ilmu beberapa tahu sebelum ini, seperti yang disampaikan oleh tun, proses terjemahan itu terlalu perlahan.
    5. Mengapa kita bimbang rakyat kita tak reti berbahasa inggeris sebab kita semua bukan nak kerja sebagai saintis atau ahli matematik. Tahu berbahasa inggeris tak mestinya pelajar tu cerdik kerana kecerdikan itu bergantung kepada IQ dan usaha seseorang.
    Saya menjawap: Oleh sebab itu, ia hanyak dicadangkan untuk mengajar matematik dan sains, keduanya matapelajaran ini adalah penting untuk saintis atau ahli matematik.
    6. Kita perlu membetulkan persepsi kita bahawa untuk mendapatkan ilmu tidak kira apa bahasa kita perlu pelajari dan selain dari itu janganlah kita lupa meletakkan nilai ekonomi, nilai pengetahuan ke atas bahasa kita supaya ia menjadi bahasa yang kaya yang orang lain merasakan perlu mempelajarinya sama. Sesungguhnya bahasa jiwa bangsa.
    Saya menjawap: Janganlah kita terlalu sombong, fikiran kita tidak berkembang kalau kita tidak tahu apa orang berfikir, umpama kita katak bawah tempurung, jangan lagi kita harap orang pelajar daripada kita kalau kita tidak tahu apa-apa. Saya seorang cina, saya berbahasa Malaysia, Cina, dan Inggeris. Senang saya mahu dapat maklumat kerana saya boleh faham banyak dokumen dalam bahasa yang berlainan.

  363. Melayu Nusantara Aug 11,2008 1:11 AM

    TUN,
    Sokong tindakan TUN, lihat lah hasilnya sekarang.
    TUN melakukannya walau dibantah ramai…..tapi outputnya..Kejayaan bangsa itu sendiri.
    ” 21. Pemimpin dan pejuang yang hanya ingin disukai ramai dan kerana itu sanggup membiar bangsanya menjadi kolot dan hina, bukanlah pemimpin yang sayang bangsanya. Mereka hanyalah oportunis yang sanggup gadai bangsa sendiri asalkan mereka dapat kekalkan kedudukan mereka……”
    Ramai ahli politik yang sedemikian TUN, mengadikan bangsa sendiri demi kepentingan diri….
    xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
    Sebagaimana yang kita ketahui,
    Untuk mendalami Ilmu Agama( Al Quran) itu, pelajarilah Bahasa Arab, kerana rujukannya banyak dalam bahasa tersebut.
    Unutk mendalami Ilmu sains dan mathametik dan ekonomi, pelajarilah bahasa English kerana banyak rujukannya dalam bahasa tersebut.
    “TUNTUTLAH ILMU DALAM APA YANG INGIN KAMU KERJAKAN, AGAR MUDAH MEMBUAT KEPUTUSAN ATAU TINDAKAN.”
    JADI APA YANG TUN LAKUKAN AMAT DI SOKONG !!!
    xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
    http://isteri-mamak-tua.blogspot.com
    salam perjuangan
    _ashar_
    Angkatan Lancang Kuning Nusantara

  364. zikri Aug 11,2008 1:11 AM

    teruskan menulis Tun…kami warga anak muda akan membacanya dan meneliti ….baik @tidak lain cerita….

  365. hattourie Aug 11,2008 1:02 AM

    Assalamualaikum TUN,..
    Only one word for you,…WISE! Pulau_sibu, do you think by that time when TUN was education minister, he changed to Malay language without reason? And maybe, he proposed to change the education delivery language to english but being rejected by the cabinet and prime miniter of that particular time? SO THINK BACK!
    Knowledge is power!~~

  366. White Rabbit Aug 11,2008 12:59 AM

    Penerangan yang jelas dan padat Tun..
    Tak akan Melayu hilang di dunia.. Melayu tak akan hilang jika kita gunakan bahasa inggeris untuk berkomunikasi.. Melayu hanya akan hilang jika Melayu malas, leka dan tidak bersatu..
    Semoga Allah SWT sentiasa selamatkan bangsa Melayu dari kehancuran..
    White Rabbit
    http://bangkitlahusahawanmalaysia.blogspot.com/

  367. Efie Aug 11,2008 12:57 AM

    A’kum Tun yang amat kami kasihi dan sanjungi.
    saya ialah bekas pelajar dari sekolah luar bandar di Sarawak. Sekolah yang memang jauh dari pembangunan. Namun sejauh ceruk manapun sekolah itu berada bukanlah alasan untuk kita tidak berusaha mempelajari bahasa asing. Tidak semestinya sekolah di luar bandar tidak pandai berbahasa Inggeris. Semuanya terpulang kepada USAHA masing2 termasuk guru, ibubapa dan pelajar itu sendiri. Kedua ibubapa saya tidak pandai berbahasa Inggeris malahan ibu saya buta huruf tetapi saya dengan usaha sendiri belajar bahasa asing itu dan alhamdulillah saya boleh berbahasa Inggeris walaupun tidaklah sehebat para bijak pandai. Sekarang 2 org anak saya sedang belajar matapelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Anak sulung saya adalah antara pelajar pertama yang belajar Sains dan Matematik dlm Bahasa Inggeris dan bakal menduduki UPSR tahun ini. Alhamdulilah setakat ini tidak ada masalah bagi mereka. Malahan saya bangga dengan kebolehan mereka dalam bahasa asing itu. Semuanya adalah dengan USAHA. BANYAK SANGAT ALASAN BILA KITA NAK BERJAYA? TAK TAU.. BERUSAHA, BERTANYA DAN BELAJAR…KAMUS kan ada…Macam mana nak masuk Universiti kalau tak mula dari sekarang ni. kalau dah besar baru terkial2 nak belajar, dah jadi buluh payahlah nak dilentur. Hanya orang yang bodoh sombong sahaja yang akan lupa bahasa sendiri..Senang cerita, yang berlagak la tu. Jauh bunyi BAHASA INGGERIS dan BAHASA MELAYU…tapi kalau orang putih sesat nak cari jalan tuju, kena pulak tanya kat orang Melayu yang tau berbahasa Inggeris, SAPA YANG MALU? ORANG MELAYU….Kesimpulannya: tidak kerana berbahasa Inggeris maka kita akan hilang Bahasa Melayu, Bahasa Melayu tetap dijunjung dan disanjung. Bahasa Inggeris dipelajari untuk bekalan di era Globalisasi.
    Semoga Tun dan keluarga sentiasa dalam lindungan Allah. Diberi olehNYA kesihatan yang baik.

  368. abu69 Aug 11,2008 12:54 AM

    masuk universiti pun kena belajar sains dan matematik dalam bhs inggeris. lebih baik jika mula dari peringkat sekolah.

  369. jalurgemilang57 Aug 11,2008 12:51 AM

    good morning tun.
    i have to speak to you.must meet if possible to have atleast 10mins of your time.dont trust anyone on this.will you be able to spare 10 mins to listen to a boy on the streets.if yes, please give me a sign.

  370. kancil putih Aug 11,2008 12:50 AM

    Assalamualaikum Tun,
    Saya sangat bersetuju dengan tun dalam hal ini. Orang sering memberikan seribu alasan untuk tidak melakukan sesuatu, tetapi jika mereka mahu, sejuta alasan pun tidak akan dapat menghalang mereka daripada mencapai apa yang mereka inginkan. Ini bukanlah soal susah atau senang untuk melakukan sesuatu, tetapi kemahuan untuk melakukannya.
    Ramai yang sering mempertikaikan bahawa terdapat negara-negara seperti jepun dan perancis yang menggunakan bahasa ibunda mereka dalam semua bidang dan mereka masih boleh maju. namun begitu, adakah kita sehebat mereka? adakah kita bangsa melayu yang terkenal sifat malas dan suka mengambil mudah sesuatu perkara dapat mencapai kemajuan setinggi mereka? Bukan niat saya untuk memperlekehkan bangsa saya sendiri, tapi inilah hakikatnya. negara seperti jepun boleh maju seperti sekarang kerana sebelum ini mereka mempunyai penterjemah yang cukup banyak dan pakar dalam banyak bidang. Bukan hanya itu, mereka juga tidak hanya menerima ilmu yang diterjemah itu bulat-bulat, tetapi mereka juga melakukan kajian yang mendalam dan berterusan tentang sesuatu ilmu tersebut sehingga ilmu yang mereka ada setanding atau lebih hebat darpida ilmu yang dikaji oleh orang eropah.
    Kita mungkin boleh melakukan seperti yang demikian, tetapi adakah kita mempunyai dana dan tenaga yang cukup banyak untuk melakukan kajian seperti mereka? Saya ada membaca bahawa proses pengeluaran dana untuk sesuatu kajian di Malaysia sangat rumit dan melibatkan proses birokrasi yang panjang. Jadi masihkah kita mampu untuk mengikuti langkah mereka? Langkah yang paling mudah adalah belajar dengan bahasa di mana sumber ilmu tersebut dikeluarkan.
    Saya adalah salah seorang pelajar yang sering terlepas peluang untuk belajar dalam bahasa inggeris. Di Malaysia, saya sering menjadi antara ‘batch’ yang terakhir belajar dalam bahasa melayu di sekolah dan juga matrikulasi.Setelah melajutkan pelajaran di bidang perubatan di Indonesia, nasib yang sama menimpa saya. Saya adalah ‘batch’ kedua terakhir yang belajar dalam bahasa Indonesia. Mungkin dengan keadaan ini, dapat memudahkan saya memahami apa yang saya pelajari, namun kemampuan bahasa Inggeris saya kekal di takat yang sama malahan makin menurun.
    Jika kita dapat lihat di Indonesia, negara ini mempunyai begitu ramai penterjemah yang pakar dalam banyak bidang. Hasilnya terdapat begitu banyak buku-buku yang berjaya diterjemah ke dalam Bahasa Indonesia tidak kiralah dalam bidang sains, sosial, ekonomi, agama walhal dalam bidang sastera sekalipun. Walaupun ini sudah dilakukan, ia masih tidak memadai kerana ilmu yang didapat berada di dalam keadaan statik dan tidak berkembang kerana pembaca hanya mendapat pengetahuan dari apa yang tertulis dalam buku-buku tersebut. Waktu yang panjang diperlukan pembaca untuk menunggu keluarnya sesuatu buku terbaru dalam sesuatu ilmu yang berkaitan. Hal ini menyebabkan mereka sering terkebelakang dalam kebanyakan aspek ilmu yang dikaji dan ditulis dalam bahasa inggeris.
    Sebenarnya belajar dalam bahasa Inggeris bukan bererti kita mengagung-agungkan bahasa tersebut. Bangsa kita masih di takat yang rendah dalam mengejar kemajuan dan ilmu yang kita ada masih terlalu cetek. Jadi, untuk memperkasakan bangsa Melayu dan negara Malaysia yang kita cintai ini, kita perlu mempelajari ilmu dari negara yang lebih maju dari kita dan untuk lebih cepat mempelajari bahasa mereka, dalam konteks ini bahasa inggeris. Bahasa Inggeris adalah bahasa internasional dan hampir semua ilmu dapat kita perolehi tertulis dalam bahasa ini. Proses untuk pengeluaran dana untuk sesuatu kajian atau penelitian di Malaysia haruslah dipermudah oleh pihak kerajaan agar ilmu yang kita dapat boleh kita kembangkan dan tidak hanya hanya kekal di takat yang sama. Mungkin suatu masa nanti, jika kita sudah sehebat dan semaju bangsa-bangsa lain di Eropah, kita boleh kembali untuk belajar dalam bahasa ibunda kita. Mungkin pada waktu itu orang lain pulak yang harus belajar dalam kita untuk memperoleh ilmu yang kita dapati.
    Namun sebelum saat itu, kita harus bekerja keras dan jangan mudah mengalah. Seperti yang Hang Tuah katakan ‘Takkan Melayu Hilang Di Dunia’. Namun biarlah melayu yang ada nanti adalah sebuah bangsa yang dihormati dan disegani oleh bangsa-bangsa lain.
    Tun, saya rasa setakat ini saja buat masa ini. Teruskan menulis. Saya doakan Tun sekeluarga sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah swt.
    ~ La Motion C’Est La Vie ~
    Wassalam…

  371. boz Aug 11,2008 12:50 AM

    Or if nobody translated the Arabic Quran into English Quran, how would anyone knows what is written ? What Allah wants to say to all mankind ? If one only knows a few verses just to fulfill some ritualistic ceremony and does not know the meaning, it defeats the purpose of Allah trying to communicate with mankind. God creates the structure called brain so that humans function in a more complex manner than just mere creatures.
    Some of the common universal languages beside English are French and German. Malaysians should start thinking of mastering these three languages and more. Learning a language is also a learning process. Learning anything should not be hindered in any manner, not even nationalistic pride.
    Teaching Science and Maths in English is like killing two birds with one stone. The students learn the subject matter and at the same time, learn English. They see these two subjects as more important and more universal because science and maths are used throughtout the world. They will think that the other subjects taught in Bahasa Melayu will only be relevant to local scenario.
    Malaysia has an open policy with the rest of the world. So probably some Malays may not understand why their kids prefer to speak English. Not just in Science and Maths. Kids love movies, internet, songs and others and all these are in English. Knowing more languages does not make one less Malay. Nobody can take away the racial part of anyone. Each race has its’ own genetic make up. Each race has its’ own typical values. Each race has its’ own attitudes.
    You are not guilty of seeing that Science and Maths are taught in English. In fact, on the contrary, you will be blessed because you are empowering your own people.

  372. lanadv28 Aug 11,2008 12:49 AM

    Assalammualaikum Tun dan keluarga,
    I aggree with the points raise on the issue of Maths and science being taught in English.
    I was one of the last batch of students that took the MCE exams before it was converted to SPM… I was born in Singapore and took my primary education there where all subjects are taught in English… Thus, I have a good command of English…
    With this knowledge, I was able to get good job and stand tall with other colleagues of other races and my own race. It build my confidence in dealing with people as I can communicate and express myself well… but, it doesn’t make me any less a Malay or nationalistic for my country or my religion.
    I understand the rational of points raised by champions of the Bahasa Malaysia languange… but i believe a balance has to be achieved first… if not we will be like “Katak Bawah Tempurung”…
    English is the current world’s communication language… we have to face the fact… the language of our religion is Arabic… so in order for us to master them we have to know the languages… but we will not forget our Bahasa Malaysia… as the Chinese must/will not forget their Chinese and the Indian their Tamils… In the corporate world even they have to master English in order to excell… and it doesn’t make them any less a Chinese or Indian.
    Thanks Tun, for the topic raise and hope and pray to Allah to keep you in good health.

  373. Amir Aug 11,2008 12:42 AM

    Assalamualaikum Tun,
    I was one of the 1st batch of students from Sarawak who were fully educated under BM. I was lucky my mother taught me the full English syllabus from my elder sister’s old books. From there I turn into a voracious reader. Until today, I still read quite extensively.
    I have 4 children under 8 years old and they can speak BM, English, Mandarin plus minimal Japanese and Spanish. I am a chinese convert (Muslim) and am lucky enough that my 4 kids know that they are Malaysians, not Chinese or Malay. My vision is for them to be competitive in the global arena, not just in Malaysia or SEA. You have been a great leader, made some mistakes but still is fighting a good fight. It’s human to err.Keep it up, Tun…even if it is though your son…my children needs to grow up under another great leader as I had…Thank you Tun
    Wassalam.

  374. demss017 Aug 11,2008 12:41 AM

    Assalamualaikum YAB tun
    Saya mengaku untuk mengomen kupasan YAB Tun saya rasa amat rendah diri.Mungkin ini adalah dari pandangan orang yang terlibat secara langsung dalam pembelajaran pada peringkat rendah. dari pengamatan saya, sains dan matematik didalam bahasa inggeris yang diajar keatas mereka yang masih diperingkat rendah iaitu darjah 1, 2 mungkin sehingga darjah 3 memberi satu impact yang negative kepada subject itu sendiri.Kelemahan ini saya percaya agak lebih menyeluruh di kawasan luar bandar.Mungkin diperingkat ini mereka hanya perlu memahami peringkat asas sains dan matematik dan masih boleh disampaikan dengan menggunakan bahasa melayu.Disamping itu penekanan perlu di beri keatas bahasa inggeris supaya membantu mereka untuk penguasaan subject sains and maths bila diperlukan semasa diperingkat yang lebih tinggi.Memang benar Bahasa inggeris bahasa ilmu untuk waktu sekarang,tetapi pelajar perlu dibantu dan perlukan masa untuk membina asas untuk bersaing kelak.

  375. pembaris Aug 11,2008 12:39 AM

    +salam kepada Tun
    bahasa melayu tidak bolih disisirkan. ada tempat istimewanya, dan berkelebihan darjatnya dari bahasa2 lain. bahasa yang bersopan dan halus, bahasa raja2 diistana zaman dahulu, dan sasterawan2 berjiwa melayu, para bangsawan dengan kelompok2 mereka, orang biasa yang senantiasa didalam perkampungan mereka dan bahasa orang2 yang menuntut ilmu dalam ugama, bahasa kitab2. bahasa yang kaya dengan budi pekerti, kerendahan diri, kelembutan dan berlapik.
    bahasa melayu yang dipermodenkan ialah seperti bahasa indonesia sekarang ni, penuh dengan sulaman perkataan2 inggeris. mereka berbuat demikian kerana mereka mahu memertabatkan bahasa mereka dalam semua segi. lagipun mereka berjumlah 220 million. kita hanya 10%, dan tidak akan menggunakan bahasa indonesia sebagai bahasa perantaraan disini.
    saya ingin ‘menyampok’ sedikit tentang tajuk rencana Tun ini.
    penguasaan bahasa inggeris memang berkeperluan.
    dizaman sebelum kemerdekaan, kebanyakan ahli2 politik negara terdiri dari mereka yang berpelajaran, bekas2 guru mithalannya.
    mengapa begitu? mereka terdedah dengan bahasa tersebut sebagai pegawai kerajaan, para2 akademik di sekolah2 dan kolej2 tinggi. mereka fasih dan berupaya bertutur dan bertulisan dengan bahasa kedua ini. kalau tidak dengan demikian, pihak inggeris tentu tidak akan melayani kehendak ra’ayat negara ini menuntut kemerdekaan dari pihak inggeris. mesti dan perlu diingat bahawa semua perundingan dibuat didalam bahasa inggeris, hingga kepada perlembagaan negara ini dibuat didalam bahasa ini.
    permulaan yang ketara, kerana ahli2 politik kita berwibawa dan bolih ketengahkan unsur2 berdikari kepada pihak inggeris.
    sekarang jelas, sesetengah dari ahli2 politik kita hampir2 tidak dapat berbahas ataupun membuat ulasan dengan jelas dalam bahasa inggeris dalam perhimpunan antarabangsa melainkan dengan merujuk kepada teks yang telah disediakan.
    bahasa melayu melambangkan bangsa, memartabatkannya mencerminkan maruahnya.
    jadi penggunaannya mesti dibuat dengan teratur, bukan ‘lu-gua’ macam pasar, seperti yang dipamirkan diparlimen untuk digurausendakan, dan lain2 lagi.
    tentang bahasa inggeris dizaman ini, Tun sudah buat penjelasan dan jelas keperluannya.

  376. hanson Aug 11,2008 12:35 AM

    Salam Tun,
    Sekarang ini, kebanyakkan institusi pengajian tinggi termasuk pembelajaran jarak jauh menggunakan module/teks dalam bahasa Inggeris. Manakala bahasa pengantar juga ditukar kepada bahasa Inggeris. Perkara ini sedikit sebanyak telah menyukarkan pelajar yang kurang mahir bahasa Inggeris. Malah ramai pelajar dan siswazah yang masih kurang mahir menulis dan bertutus dalam bahasa tersebut.
    Saya sebenarnya amat menyokong jika Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa penghantar di semua sekolah rendah dan menengah. Bukannya memandang rendah kepada bahasa ibunda tetapi ia banyak memberi faedah kepada kita semua. Lihat sahaja sekarang ini, buku-buku rujukan, thesis, journal dll kebanyakkan dalam bahasa Inggeris. Amat sukar untuk mencari rujukan dalam Bahasa Malaysia terutama bila kita “search” dalam Internet. Ini menunjukkan yang kita masih kekurangan ilmu yang cukup dalam berbagai bidang (sains & teknologi) untuk diterjemahkan kepada bahasa ibunda.
    Contoh yang paling baik hasil dari penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar adalah TUN sendiri. Walaupun menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar tetapi Tun masih menjiwai bahasa Malaysia malah cinta Tun terhadap bangsa dan negara tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tun menggunakan bahasa Inggeris bukan sahaja untuk “master” dalam bahasa itu tetapi menggunakannya untuk mendapatkan sebanyak ilmu yang ada dalam berbagai bidang. Hasilnya, Tun berjaya “menterjemahkannya” kepada pembangunan negara. Malah ada antara “terjemahan” Tun tidak pernah terfikir oleh mana-mana manusia di muka bumi ini. Kami kagum dengan kebolehan Tun. Malah dunia kagum dengan Tun.
    Kesimpulannya, adalah tidak merugikan jika kita menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar sejak di sekolah lagi agar dewasa kelak kita boleh menimba ilmu dalam berbagai bidang untuk “diterjemahkan” kepada pembangunan bangsa dan negara kita.
    Terima kasih Tun.

  377. azmany Aug 11,2008 12:32 AM

    I would like to add that it is not necessary for us to excel in English language. It would be great to be able to write and speak in perfect English, but it is crucial to be able to gain sufficient ability to understand written English and to express ourselves in English (or other language for that matter).
    Whilst teaching Math & Science in English is a good start – what is more important is the emphasise on building up student’s self confidence in expressing themselves – both in Malay & English.
    Most employers nowadays are frustrated with graduates who are unable to express themselves effectively – not just in English, often they are too timid to express themselves in BM.
    Most of the time, parents are crazy about the students getting straight As. It seems that nowadays, that is the sole purpose of going to school / college. Teachers follow suit because the pressure from parents. Co-curricular activities and sports are often considered trivial and unnecessary cause they will take away time fof studying.
    We should make it a stated ojective of formal education is to prepare children to be succesful in their working life – and all of us sould know that once you started working, promotion seldom be based on the number of As you get in your SPM.

  378. izamurni Aug 11,2008 12:31 AM

    Salam TUN,
    Saya terima dgn cadangan penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Math dan Sains tetapi apa pula cadangan TUN untuk memperkasakan BAHASA MELAYU di MALAYSIA ini? Rata-rata selepas penggunaan Bahasa Inggeris di dalam mata pelajaran tersebut, fungsi BAHASA MELAYU dan juga badan yg memperkasakan dan mempertahankan BAHASA MELAYU iaitu DBP dilihat kurang menonjol sehingga dipanggil dengan gelaran “MANDUL”; seperti memalukan ORGANISASI BESAR ini. Walaupun MANDUL itu tertumpu kepada isu-isu tertentu, tetapi pihak kerajaan seperti kurang mengambil tindakan untuk memberikan satu alternatif yg terbaik kepada rakyat tentang pentingnya BAHASA MELAYU di dalam kehidupan kita sehari-hari. Bertutur BAHASA MELAYU ROJAK (BM dan INGGERIS) dan sebutan BAHASA MELAYU yang tidak betul sudah jadi kebiasaan. Sepatutnya, sebelum disarankan penggunaan BAHASA INGGERIS di dalam KURIKULUM sekolah, perlu juga pemerkasaan BAHASA MELAYU agar selari dengan KURIKULUM baru tersebut agar tidak pupus. Aktiviti kesusasteraan dijadikan aktiviti KURIKULUM pada hari tertentu dalam SEMINGGU disemua sekolah agar BAHASA MELAYU mekar dan disayangi generasi baru yg bakal menyambung warisan negara. Diharapkan kerajaan dapat ambil tindakan. Jangan asyik mengimbau nostalgia sasterawan-sasterawan lama tetapi KITA sendiri melahirkan bakal sasterawan-sasterawan muda yg berjaya dalam BAHASA MELAYU dan juga BAHASA INGGERIS. Saya yakin BAHASA MELAYU akan menjadi BAHASA PERPADUAN di MALAYSIA. Sayang MALAYSIA, Sayang BAHASA KITA….wassalam…

  379. mykickers Aug 11,2008 12:29 AM

    Tun, Semoga Tun berada dlam kesihatan yg baik hendaknya. Saya masih ingat apabila dasar bahasa kebangsaan diperkenalkan (masa tu saya tak tahu sebab baru masuk tahun 1)saya adalah murid tahun pertama yang ambil srp kakak saya yg setahun tua dari sapa mengambil LCE, dsan sudah pasti dia mengambil MCE dan sapa mengambil SPM. Penguasaan bahasa inggeris antara kami berdua memang nyata. Kami berdua berjaya melangkah ke ITM untuk menneruskan pengajian.Namun penguasaan bahasa Inggerisnya tetap cemerlang dan penguasaan bahasa inggeris saya tetap di takuk lama. Namun saya berjaya juga lulus walaupun dgn penguasaan bahasa inggeris yang dikira “boleh laa”.
    Kini saya mempunyai anak yang kini di tahun 6.Dia merupakann pelajar pertama tahun 1 yang mempelajari bahasa Sains dan Matematik dlm bahasa Inggeris. Dia begitu cemerlang dlm pelajarannya walaupun terpaksa belajar matematik dan sains dlm bahasa inggeris. Sehinggakan kalau dwi soalan diberikan dlm kedua dua bahasa dia tidak faham langsung apa maksud soalan tersebut dlm bahasa Malaysia kerana pembelajaran dia dijalankan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Saya percaya dia akan menjadi senagkatan dgn kakak saya yg dulu mengambil LCE dan MCE kerana berjaya menguasai bahasa inggeris dgn baik.
    Saya percaya jika anak saya rezekinya dpt melanjutkan peklajarannya ke luar negara dia tidak lag merasa janggal dgn segala perkataan dan buku buku INgeris yang perlu dipejarinya.
    Saya berharap pelajaran bahsa INggeris ini perlu dikekalkan kerana kita perlu memandang jauh kehadapan. Ilmu diinternet sekarang rata rata dlm bahasa Inggeris. Betul kata Tun ilmu sekarang berkembang dgn begitu pesat dan kita tidak ada masa untuk menterjemahkannya dlm bahasa kita. Lebih elok kita menguasai bahasa mereka untuk mempelajari ilmu mereka kerana itu lebih praktikal.
    Anak melayu kalau hidup dinegeri org putih pasti mereka fasih berbahsa org putih. Kalau anak melayu lahir dan hidup di russia pasti mereka akan fasih berbahasa russia.Tetapi kalu anak melayu boleh menguasai bahasa Inggeris dgn baik walaupun hidup dinegeri sendiri bukankah itu satu bonus untuk anak melayu sendiri.
    wasalam

  380. Janggut Jebat Aug 11,2008 12:27 AM

    Dear Tun,
    100% totally agree with you, Sir! Your points are well-laid out.
    However I think the problems that hinder this implementation to be successful during the time it was implemented, were not being identified and solved as quickly as possible.
    For example, one of the reasons that this idea was opposed is because mainly the teachers who are not well-versed in English are not capable enough in teaching those relevant subjects through English medium. Due to that it gives a big impact to the students for not understanding well in the subject taught by these teachers.

  381. razmanbb Aug 11,2008 12:26 AM

    salam tun…
    saya tak paham kenapa org dulu2 tak kata susah pun bila belajar dlm b. Inggeris. Padahal kebanyakan mereka adalah penduduk kampung dan tak pernah bertutur dalam bahasa Inggeris. Adakah anak2 kita zaman sekarang ini terlalu dimanjakan oleh ibu bapa mereka? Adakah org dulu2 tidak menebal semangat nasionalisme mereka? Saya sungguh tak paham bila sesetengah org cuba untuk menjadi hero bangsa tetapi sebaliknya hanyalah merobohkan bangsa itu sendiri….

  382. kiy Aug 11,2008 12:24 AM

    Chedet,
    Saya TIDAK bersependapat dgn Tun mengenai penggunaan Inggeris dalam Sains dan Matematik. Pada pendapat saya, Sains dan matematik memerlukan kebolehan utk memahami, menyelidik, memerhati dan berfikir lebih daripada penguasaan bahasa asing. Oleh itu, sudah tentulah bahasa ibunda ialah bahasa yg paling mudah di pahami dan digunakan sebagai alat utk memahami sains.
    Saya akui, terjemahan terus dari Inggeris ke B. Msia menjadikan istilahnya lebih sukar difahami dan menyusahkan pelajar seperti “fuel cell” atau “sel bahanapi”. Pada pandangan saya, satu2 istilah sains tidak perlu di terjemahkan, malah terus digunakan dalam bah. inggeris walaupun subjek tersebut diajar dalam bahasa malaysia.
    Saya juga rasakan cikgu2 di sekolah boleh menyampaikan ilmu dgn lebih baik dan sistematik kalau subjek sains dijar dalam bahasa ibunda. Kalau dlm bahasa asing, cikgu2 perlu berfikir utk menyusun ayat2 supaya apa yg nak disampaikan boleh difahami murid, akibatnya penyampaian ilmu dari guru ke murid menjadi tidak efektif.
    Keterangan saya ini berdasarkan kepada pengalaman saya tinggal di sebuah negara maju yg rakyatnya hampir tidak boleh berbahasa inggeris dgn baik. Walaupun begitu, negara ini tetap menjadi kuasa dunia dalam ekonomi dan teknologi. Terima kasih Tun kerana memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur, walaupun dasar ketimuran tersebut tidak dititik beratkan dalam sistem pelajaran Msia.

  383. Rumah Kebun Aug 11,2008 12:23 AM

    Salam bahagia Tun,
    Ada lagi yang diperkatakan mengenai Tun yang seolah membelakangkan alim ulamak dalam isu tertentu (saya tak tahu isu apa)contohnya seperti Dato Harun Din dan lain2.
    Semoga Tun dapat menjelaskan isu ini.

  384. LKO Aug 11,2008 12:22 AM

    Chedet,
    Selama 12 tahun disekolah rendah dan menengah, saya cuma belajar B. Inggeris sebagai satu matapelajaran. Tetapi setelah tamat SPM >20 tahun yang lalu, dan juga terima kasih kepada polisi kerajaan ketika itu, saya berpeluang mengambil A Level.
    Wah, begitu besar sekali perbezaannya. Buku-buku rujukan berlambak, tidak terhad kepada beberapa penulis saja.
    Tambahan pula, ilmu sekarang tidak lagi terhad kepada 1 bidang khusus saja tanpa bertindih (overlap). Ianya amat berkait diantara satu sama lain. Contohnya, kejuruteraan moden. Ianya memerlukan kefahaman komputer. Tidak ada bidang moden yang begitu khusus sehingga tidak perlu ilmu dari bidang yang lain.
    Jadi, jika seorang yang dapat menguasai beberapa bidang tersebut, adakah kita sanggup membazirkan kebolehannya untuk menjadi seorang penterjemah sahaja? Saya amat setuju dengan cadangan Chedet. Menolak hakikat ini akan merugikan semua.
    Malaysia, sebagai negara yang bergantung kepada perdagangan antarabangsa, penggunaan bahasa Inggeris tidak dapat ditolak sebagai bahasa pengantara.

  385. derek Aug 11,2008 12:20 AM

    Kalau boleh kita kuasai bahasa Inggeris, Jepun, Arab dan lain-lain untuk menimba ilmu dengan lebih meluas lagi. Kalau kita berilmu, maju dan berjaya, bangsa lain akan belajar bahasa Melayu dan belajar dari kita. Perkara mengajar Sains and Matematik dalam bahasa Inggeris tak sepatutnya menjadi masalah kepada kita sebagai bangsa yang membangun. Tapi apa yang saya nampak di dalam negara kita ini sekarang dan cukup sedih sekali bangsa lain sudah mula menunjukkan sifat kurang hormat pada pemimpin-pemimpin bangsa Melayu dan secara tak langsung pada orang Melayu. Contohnya lihatlah apa yang terjadi baru-baru ini, mereka adakan forum awam memeluk Islam di Bar Council. Pemimpin kita cukup lemah dan lembab dalam menangani hal ini. Kalau pemimpin-pemimpin Melayu terus bersikap begini, tak tau lah apa nak jadi pada bangsa and bahasa kita nanti.

  386. mymalaysian Aug 11,2008 12:20 AM

    Dear Tun,
    You have always championed the cause of the Malays. You’ve always wanted to see the Malay community given the due respect. You’ve wanted them to be on par if not better, than any other race in the world.Its a noble thought. Fair enough.
    Conquering another language is always to your advantage. In Malaysia, we have the gift of having 3 major languages, namely Bahasa Melayu, Cantonese and Tamil. BM has been and still is, the lingua franca of these region, Cantonese is spoken by the most powerful economically advancing community and Tamil is the oldest living language in the world!
    The Chinese and Indians in Malaysia speaks a minumum of 3 language. What about the Malays? Why weren’t thet given the opportunity to master the language that exists around them? Every language is a pathaway to a unique reservoir of knowledge!
    Can you see my point here? I understand there could political ramification if this idea is adopted. But adopt you must, if you want to maintain the idea of Malay supremacy!
    You cannot be better than people who has more access to knowledge, just because they know more languages, English included.
    History has thought us that if we do not change with time, we will be replaced by a more flexible and dynamic set of people.
    Allow the Malays to not only master English, but also Cantonese and Tamil! It will be good for the unity of our country as well! BM will not be forgotten just because other languages are learnt. It will only flourish.
    Really.

  387. azhari Aug 11,2008 12:19 AM

    Dear Tun,
    I have children both in lower secondary and primary schools. Most of the time I do check their school works which include science and mathematics. Sometimes it pains me to understand why people still questions the teaching of both subjects in English.
    As I purchase additional dual language materials for Science and Mathematics, I have the chance to peek through the Malay translation. What I found in most cases the English terms are ‘translated’ by way of spelling only e.g. photosynthesis = fotosintesis; ecosystem = ekosistem; habitat = habitat; species = spesis; process = proses; invertebrate = invertebrata etc. What I’m saying is that there is no advantage to teach in Malay when only the rest of the words in Malays while the terms essentially English.
    In internet age, there are various of info available if the students would like to do a little bit of exploring to further reinforce their understanding. And they are readily & freely available in English. Would they be just as readily available in Malays?
    I’m a Malay. But I’m not a lesser Malay just because I’m the proponent of teaching Science & Mathematics in English. Surely there are some shortcomings in the implementation of the teaching in English. But then don’t go backwards by reverting to Malay. Rather we should move forward & review what additional measures we must take to improve the delivery systems of the teaching to make it more effective.
    This is a farsighted strategy for our Education. Pls don’t forsake it for the whims and fancies of those who claim that they’re Malays nationalist. Do not sacrifice our children future. We owe it to them to make sure future Malays would not be left behind anymore!

  388. dash129 Aug 11,2008 12:17 AM

    salam tun
    internet tak bermakna sangat tanpa BAHASA INGGERIS
    baca harah boleh lah

  389. Lee Aug 11,2008 12:17 AM

    Salam Tun,
    1. Pada pendapat saya, mengajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris adalah satu langkah yang betul!
    2. Janganlah cikgu-cikgu terlalu penting keputusan peperiksaan, cuba berikan masa untuk murid-murid supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan bahasa inggeris, ini adalah untuk kebaikan masa depan mereka.
    3. Saya seorang pelajar dari Kolej Tunku Abdul Rahman, media pengajaran utama dalam kolej ialah bahasa inggeris.
    4. Saya telah menghadapi kesusahan selama beberapa bulan di kolej untuk menyesuaikan diri dengan bahasa inggeris. Dalam semester pertame saya mendapat kesemuanya C dalam keputusan saya sedangkan saya mendapat A (matematik), B (fizik), B (kimia) dalam PMR.
    5. Banyak buku rujukan ditulis dalam bahasa inggeris. Untuk memahami satu ayat, mengetahui makna setiap perkataan adalah tidak mencukupi, selain daripada itu, mengunakan kamus juga meyebabkan proses menuntut ilmu menjadi pelahan, ini tidak seharusnya berlaku pada taraf university.
    6. Kepada para pelajar, susah dahulu, senang kemudian.

  390. Suzaku_V Aug 11,2008 12:16 AM

    Assalamualaikum YB TUN.
    Saya suka untuk beri pendapat bagi tajuk ni.
    Melayu mudah lupa.
    Itu kata2 Tun dahulu. Ramai yg kita lihat pada zaman ini yg namanya Melayu, ibu bapanya
    Melayu tapi rupanya langusng tak macam Melayu dan perangai pun sama. Bila diberi ilmu untuk
    belajar dan berbakti pada bangsa tapi tidak jadi lupa diri.
    Saya suka kalau pelajaran menggunakan bahasa ilmu tapi bagaimana dgn pemahaman. ketika kecil
    darjah 1 hingga 5 adalah waktu untuk menetapkan foundation dan perlu fokus pada pemahaman.
    saya rasa lebih baik menggunakan bahasa ibunda.
    bila disekolah menengah barulah digunakan dalam bahasa inggeris tapi bukan sepenuhnya. jika
    terlalu menekankan bahasa inggeris akan terjadilah senario melayu lupa diri.
    saya rasa pelajaran boleh digunakan dalam bahasa inggeris tetapi dari segi pemahaman perlu
    untuk kedua-dua bahasa. apa guna tahu menyebut tapi tak tahu intipati apa yg diajar. ‘Copy
    and paste’ akan menjadi budaya pelajar. Peperiksaan tip top, real life hancur.
    Kenapa tidak tesis pelajar dibuat dalam dua-dua bahasa dan peperiksaan juga begitu. kalau
    seseorang benar2 faham ilmu diajar, tak akan ada masalah untuk menterjemahkannya.
    Kenapa tidak soalan dalam bahasa inggeris dan jawapan dalam bahasa melayu atau
    sebaliknya.inilah ujian sebenar untuk pemahaman.
    DBP juga kena main peranan. setiap perkataan inggeris perlu ada penterjemahan dan dibukukan
    untuk rujukan pelajar dan menjadi standard untuk semua pelajar menggunakan perkataan yg
    sama.
    Perihal jargon pula bukanlah sukar. jadi seperti org jepun, untuk memahami sesuatu ilmu
    sains, perkataan asing dari bahasa inggeris, jerman dan belanda digunakan dalam ayat bahasa
    jepun supaya pelajar tahu makna kegunaanya. Bukan dengan menggunakan ayat dalam bahasa asal
    ilmu tersebut dan untuk melakukanyan adalah mustahil kerana asal perkataan dari bahasa yg
    berlainan. Bila ada perkataan yg sesuai barulah di tukar sepenuhnya.
    Apa yg penting bahasa melayu kena berkembang selari dngan perkembangan ilmu.
    Apa yg dilakukan maharaja Qin semasa menakluki keseluruhan China? Beliau mewujudkan satu
    tulisan yg standard tak kira dialek apa yg dipertuturkan tapi semua org memahami maksud yg
    sama. sebab itulah ilmu dikalangan cina cepat berkembang.
    Apa yg kita buat ini bagus untuk menjadikan bahasa ilmu sebagai asas tetapi perancangan
    untuk langkah seterusnya tidak difikirkan. belajar bahasaasing dan tinggal bahasa ibunda.
    sepatutnya kedua-duanya mesti membangun dengan selari.
    Fikirkan kenapa org Jepun yg tak tahu bercakap bahasa Inggeris tetapi boleh mencipta
    berbagai peralatan menggunakan teknologi asing. Yg betul-betul bijak belajar bahasa asing
    merantau untuk belajar teknologi dan bila pulang ilmu dalam bahasa asing diterjemah dalam
    bahasa mudah utk org kebanyakan memahami ilmu tersebut.
    Semua kena bersama memajukan ilmu. bukan hanya sekolah tetapi kerajaan, swasta, golongan
    professional dan tidak perlu bekerjasama untuk jadikan ini kenyataan. Kelemahan Bahasa
    Ibunda bukansebab bahasa asing tetapi kelemahan bangsa kita sendiri.

  391. Mag M Aug 11,2008 12:15 AM

    Another thing that I would like to add is “Who says Malays cannot master English?”

    Just look at the older generation of Malays. Most of them that I know speak very good English, including those who are from the rural areas. It is only the younger generation that cannot speak proper English and that includes most younger generation Chinese and Indians these days.

  392. bob Aug 11,2008 12:14 AM

    Tun,
    You went to a Government English School. Your English is impeccable so is your BM. But that does not make you any less Malay.
    I was from the last batch at school in the late 70’s to have subjects taught in English. I went to University 5 years later meaning I had to be in the batch where my classmates were taught in BM in their schools. English had to be taught at University level! I was exempted from that class as I did well in it. The lectures of other subjects were in BM but reference books were in English. I was made a translator for my friends. I could see how disadvantaged they were.
    It is late for the conversion but its the best thing you did before you leave the Government. I hope it stays that way.
    English has to be a core subject. The language breaks so much barrier whether in education, employment or social. It brings the people of different race and religion together if not so much for the fardhu kifayah.

  393. khairulnazri75 Aug 11,2008 12:10 AM

    kepada muhammad suhaimi 10Aug 11.47pm.
    Maka jadilah kita orang melayu seperti dalam iklan di TV.. sok kalau mat salleh datang sini tanya “can you show Where is National Monument?” then you jawab la.. dengan lidah you yang kelu lagi gabra.. “aaa….aaa…aaa… You go straight… don’t belok-belok.. please tanya my chinese friend sebelah I nie… I tak paham la You cakap apa?” —
    – lagi satu untuk muhammad suhaimi.. cubalah tanya mereka yang lepasan UKM tu… macamana mudah mereka ingin bersaing dengan bangsa lain di luar sana?. berbanding dengan lepasan Uitm…..
    pls check..
    tq

  394. Audi Aug 11,2008 12:09 AM

    Assalamualaikum Tun,
    Semoga Tun bahagia selalu.
    Audi

  395. ibnuyusof Aug 11,2008 12:06 AM

    Salam Tun,
    Saya hendak sentuh mengenai subjek Bahasa Inggeris itu sendiri. Saya rasa syukur kerana saya dan isteri telah belajar dalam aliran Inggeris. Isteri saya kini seorang guru yang mengajar Bahasa Inggeris. Mungkin ini antara faktor mengapa anak-anak kami tidak ada masalah dari segi membaca, menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris. Bukan setakat boleh malah alhamdulillah sentiasa dapat A. Pada saya, anak-anak Melayu boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan baik malah lebih baik dari bangsa lain. Belajar apa bahasa pun memanglah amat berguna dan amat bagus, kalau boleh hingga dapat menguasai berpuluh-puluh bahasa. Bangsa Melayu akan jadi lebih hebat dan menguasai banyak ilmu jika dapat menguasai banyak bahasa.
    http://www.megasutra.com

  396. asampedas Aug 11,2008 12:06 AM

    Tun,
    1.Saya bimbang mereka-mereka yang menentang penggunaan BI itu antaranya disebabkan perasaan rendah diri disebabkan mereka sendiri tidak boleh mengusai BI dengan baik. Jadi diwar-warkan, kononnya atas semangat nasionalisme, kita mesti tolak pengajaran BI bagi subjek-subjek tersebut.Tindakan sedemikian dapat menutup kelemahan mereka.
    2.Kegagalan pengusaan BI antara faktor yang menyebabkan ramai pegawai- pegawai tinggi kerajaan, khususnya pegawai-pegawai Melayu, tidak dapat berinteraksi dengan efektif apabila menghadiri seminar,forum,mesyuarat dll.yang menggunakan BI samada dalam negara atau luar negara.
    3.Keadaan ini ,jika dibiarkan berterusan, akan memberikan kesan yang negatif kepada negara dalam usaha untuk menonjolkan diri sebagai negara yang boleh dijadikan contoh,khususnya disegi pembangunan.Apa tidaknya,pegawai-pegawai yang menjadi jurucakap negara sering berdiam diri kerana ‘malu’bercakap!
    3.Penting diingat keturunan lain di Malaysia, selain Melayu, menguasi sekurang-kurangnya satu bahasa lain selain bahasa ibunda mereka.
    4.Sebenarnya pelajar-pelajar Melayu sepatutnya diwajibkan menguasai sekurang-kurangnya satu bahasa lain selain bahasa ibunda.Mengapa tidak bahasa-bahasa Tamil atau Mandarin sebagai permulaannya!

  397. beskal_biru Aug 11,2008 12:04 AM

    Assalamualaikum Tun,
    Ketika tahun pertama dan kedua belajar di negara Matahari Terbit dalam bidang kejuruteraan, saya sering menghadapi masalah dalam memahami ilmu Matematik, Sains Kejuruteraan yang diajar dalam bahasa Jepun. Pensyarah menyarankan saya merujuk kepada buku-buku rujukan yang ditulis dalam bahasa Inggeris. Saya faham bahasa Inggeris, tetapi penggunaan istilah saintifik dalam Inggeris membuatkan saya sukar untuk mengaitkannya dengan apa yang telah dipelajari di bangku sekolah.
    Saya terfikir, bertuahnya mereka yang sedang di bangku sekolah sekarang ini. Mereka diberi pendedahan kepada matapelajaran Sains dan Matematik dalam Inggeris. Pada saya, belajar dua subjek ini dalam Inggeris adalah tindakan yang bijak. Mungkin menjelang tahun 2020 nanti kita tidak perlu bergantung kepada buku rujukan dalam bahasa Inggeris mahupun bahasa lain. Kita dapat menulis sendiri ilmu-ilmu ini dalam bahasa Melayu. Cuma pendapat peribadi saya, pensyarah Malaysia tidak berminat menghasilkan buku. Harap dapat dilakukan sesuatu untuk masalah ini

  398. Mag M Aug 11,2008 12:04 AM

    Making the decision to teach Maths and Science in English was the wisest and best decision YB has ever made even though it was not very popular with the Malays as well as some Chinese Educationist. If the rural students, especially the Malays are having problems coping with English, I suggest that the government spend money and bring in native English speakers to teach them. However, this must start from young. The younger, the better. Maybe include another subject in English so that the children are more exposed to the language. Instead of giving up and going back to teaching in Bahasa, the government should try to overcome this problem and really help these students. How are you going to help the rural Malays if you do not teach them well in the English language so that they can be competitive in this fast moving world? By switching back to Bahasa, the government is only signing their doom. If the government is sincere in helping the rural Malays, then do more to make sure they succeed in learning Maths and Science in English.

  399. kuthe2 Aug 11,2008 12:02 AM

    Ampun TUN,
    About English for Maths and Science..
    I totally agree with the decision..
    Tapi………..
    Cikgu- cikgu dan Guru- guru kena la benar- benar terror laaa…. Terror bahasa Inggeris laa…
    Kalo tak…… kesian anak- anak.. Sebab cikgu pun tak brapa faham macam mana anak murid nak Faham..?
    Bahasa English ni Internasional.. Muahahhehehe.. Jadi memang kita kena Menguasai bahasa ini…..
    Kalo tak kita dok kena TIPU ngan Omputih…
    SAYA SARAN KAN supaya: Semua anak- anak Malaysia belajar semua bahasa.. HAHAHAHA..
    MELAYU
    ENGLISH
    TAMIL
    dan MANDARIN.. Kalo nak HOKKIEN pun bole laaa…
    Supaya kita rapatkan jurang bahasa dan komunikasi diantara rakyat.. dan ahli negara..
    Cuba teka.. Kalo Cina jumpa Cina depa cakap ja.. Kita dah tak paham..
    Tapi kalo kita cakap depa paham sebab bahasa kebangsaan…
    Macam tu juga dengan India.. So best kalo bole menguasai banyak bahasa…
    Tun bole communicate brapa bahasa.?
    Tapi best of the best Bahasa Arab…! Sebab senang nak faham isi Al- Quran..
    Take care TUN..
    Melayu Unite.!
    Salam perjuangan
    Alif Ba Ta

  400. lottalove Aug 11,2008 12:01 AM

    perbezaan ketara dalam pengajian di malaysia pada masa kini adalah kerana kurangnya karisma dari seorang guru. lebih kepada emosi telah menyebabkan anak murid teruji dan tercabar. dan guru sekarang sentiasa mengelak cabaran dari muridnya. masalah sosial adalah masalah emosional murid dan ini merupakan satu cabaran kepada guru. tetapi guru sekarang sentiasa mencari tindakan secara terus untuk menangani masalah ini, bermakna guru telah mengelak untuk menyahut cabaran muridnya.
    perbezaan ini berlaku kerana pada masa dahulu guru lelaki lebih ramai dari guru perempuan.

  401. IZG Aug 11,2008 12:01 AM

    Salam Tun. Saya harap dan sentiasa berdoa agar Tun sekeluarga berada di dalam keadaan sihat wal’afiat & diredhai Allah swt sentiasa. Saya (dan juga isteri saya yang kebetulan pernah mengajar matapelajaran sains dan matematik suatu ketika dahulu)turut sama bersetuju dengan polisi mengajar matematik dan sains di dalam Bahasa Inggeris. Ia merupakan strategi yang membawa 2 kebaikan besar iaitu 1. dari segi isi kandungan sains dan matematik itu sendiri dan 2. dari penguasaan bahasa Inggeris itu sendiri. Perihal yang pertama itu Tun telah menghuraikannya dengan baik sekali. Perihal yang kedua itu, saya sendiri sedang membantu seorang anak Melayu yang dipinggirkan oleh majikan di mana beliau bekerja semata-mata kerana beliau tidak fasih berbahasa Inggeris. Saya yakin ramai anak-anak Melayu kita berada di dalam keadaan yang sama. Anak Melayu tersebut telah melalui alam persekolahan di mana pendedahan kepada bahasa Inggeris amat terbatas. Begitu juga semasa beliau menuntut di salah sebuah IPTA tempatan. Beliau amat kecewa sekali kerana tidak dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik.
    Berbalik kepada isu pengajaran sains dan matematik di dalam bahasa Inggeris, saya berpendapat kalau polisi tersebut di tarik balik semata-mata atas tekanan pihak-pihak tertentu yang terlalu sempit pemikiran mereka maka tergugatlah masa depan anak-anak bangsa kita kelak. Saya harap mereka yang menentang fikir sebaik mungkin apa yang telah Tun kongsi bersama dalam artikel kali ini dan sama-sama memastikan anak-anak bangsa kita dapat menguasai bahasa Inggeris dengan sempurna. Wslm.

  402. khairulnazri75 Aug 11,2008 12:00 AM

    Tun
    Laporan Mahathir (1985)
    Pada bulan september 1974, kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri, Dr, Mahathir Mohamad. Laporan ini bertujuan:
    Untuk mengkaji semula matlamat-matlamat dan keberkesanan sistem pendidikan yang diamalkan sekarang, dengan tujuan memastikan keperluan tenaga manusia negara dipenuhi dalam jangka pendek dan jangka panjang di samping untuk memastikan sistem pendidikan ini memenuhi matlamat negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatu, berdisiplin dan terlatih.
    (Laporan Mahathir, 1976)
    Tujuan laporan ini adalah sama dengan apa yang didapati dalam laporan Husein Onn. Matlamat utama tidak lain dan tidak bukan untuk menyatupadukan rakyat seperti yang terdapat dalam Akta Pendidikan 1961. Sebagai langkah utama alat perpaduan ialah pendidikan. Input penting dalam pendidikan ini ialah bahasa. Oleh itu aspek bahasa telah menjadi penekanan. Dalam Laporan ini matlamat pendidikan bahasa Malaysia (Bahasa Melayu) sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi utama dan bahasa untuk menyatukan rakyat haruslah lengkap dan jelas supaya guru-guru mendapat gambaran yang sebenar sebagai panduan pengajaran harian mereka.
    Dalam laporan ini kursus bahasa Malaysia dalam perkhidmatan kepada guru-guru harus dikaji semula dan penilaian terhadap keupayaan mereka yang telah mengikuti kursus tersebut harus dijalankan secepat mungkin. Kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua tetap dijamin. Ada dua tujuan bahasa Inggeris diajar diinstitusi pendidikan pada waktu itu:
    Untuk membolehkan murid-murid menggunakan bahasa tersebut dalam kerja dan aktivitinya.
    Untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka untuk digunakan bagi tujuan pendidikan tinggi.
    ……..

  403. cikgu_ip86 Aug 10,2008 11:58 PM

    Assalamulaikum Tun,
    Saya merupakan pelajar tahun akhir yang mengikuti ijazah sarjana muda pendidikan di sebuah IPTA di Johor.Buat pengetahuan Tun,banyak rakan-rakan saya membuat kajian dan tesis tentang pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeis.Kajian yang dilakukan melibatkan pelajar luar bandar dan pelajar bandar.Analisis yang diterima pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris di kalangan pelajar di bandar terutamanya Sekolah Berasrama Penuh yang kebanyakannya pelajar luar bandar sangat selesa dan boleh mengikuti pembelajaran dalam bahasa inggeris.Tetapi pelajar di luar bandar terutamanya di Felda,kebanyakannya para pelajar tidak mampu menguasai pembelajaran dalam bahasa inggeris.Dalam hal ini ada banyak kesimpulan dan rumusan yang boleh dilakukan.Bagi kalangan pelajar luar bandar,bukan mereka tidak pandai,tetapi “bahasa inggeris” itu sendiri membuatkan mereka takut untuk memahami matematik dan sains.Bagi saya sangat rugi jika pelajar tersebut gagal menguasai bahasa inggeris tetapi gagal dalam matematik dan sains.
    Saya menyokong perlaksanaan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris kerana saya bersetuju dengan pendapat Tun.Tetapi perlaksanaanya mungkin harus diubah bagi golongan pelajar terutamanya di kawasan luar bandar dapat menguasai bahasa inggeris,matematik dan juga sains.Selain itu, saya turut berpendapat agar guru-guru turut membantu dasar tersebut.Mungkin bagi pembelajaran sekolah rendah,pelajar mendapat asas yang cukup dalam matematik dan sains dalam bahasa melayu dan bagi sekolah menengah diajar dalam bahasa inggeris.Itu pendapat saya.Saya pada masa hadapan juga menjadi bakal pendidik,saya tidak mahu pelajar saya tercicir kerana sebab bahasa inggeris..

  404. man2462 Aug 10,2008 11:49 PM

    salam,
    apakah bangsa melayu sudah bersedia untuk menguasai bahasa inggeris?
    apakah bangsa melayu sudah bersedia untuk menguasai ilmu sains?
    apakah bangsa melayu sudah bersedia untuk menguasai ilmu matematik?
    kuasailah bahasa inggeris dahulu.
    pastikan penekanan bahasa inggeris dilipatgandakan terlebih dahulu.
    sistem pebelajaran di malaysia selalu berubah bila pemimpin bertukar.
    fikir-fikirkan
    wahai anak bangsa melayu..!

  405. AloQStaQ Aug 10,2008 11:47 PM

    Assalamualaikum Tun yang disayangi kami, Rakyat Malaysia …
    Kami sebagai rakyat yang faham dengan apa yang Tun lakukan selama ini untuk Tanahair dan anak Bangsa, sejak pengumuman Tun dulu mengenai pembelajaran matapelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, kami senantiasa sokong Tun sehingga hari ini …
    Bukan sokongan membuta tuli, tetapi sokongan yang timbul dari kesedaran bahawa bangsa Melayu adalah antara yang paling lemah penguasaan Bahasa Inggerisnya … berbanding dengan bangsa Cina dan India … Ini adalah jelas, apabila Melayu agak mudah diterima (dengan sedikit faktor keistimewaan) dalam sektor Awam … KERANA sektor awam tidak berapa mementingkan penguasaan Bahasa Inggeris (kecuali dalam bidang-bidang tertentu), CONTOH MUDAH : nak jadi Kerani di sektor awam tidaklah perlu sangat tahu bertutur/menguasai Bahasa Inggeris dengan mendalam …. TETAPI! Nak jadi kerani di sektor SWASTA (terutamanya sektor/syarikat pegangan BUKAN BUMIPUTERA) sudah pasti BAHASA INGGERIS adalah satu keutamaan …. jadi, anak Melayu akan ketinggalan … Ini baru saya bagi contoh KERANI. Bukan lagi bidang lain yang lebih mencabar -> ARKITEK / JURUAUDIT / QUANTITY SURVEYOR / AKAUNTAN / PEGAWAI PEMASARAN / ETC,ETC …. Banyakkk lagi anak Melayu ketinggalan kerana lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris! …
    Jadi, apa yang Tun lakukan selama ini adalah demi kebaikan masa depan bangsa Melayu dan secara tidak langsung ia meliputi kepada seluruh Bangsa-Bangsa Di Malaysia ( Cina, India, Iban, Kadazan etc,etc) … Nah! inilah yang dikatakan pemikiran kritis yang ada objektif dan halatuju! Hasilnya mungkin akan dapat dituai 20tahun yang mendatang … ini yang Tun cuba lakukan terhadap seluruh generasi pelapis …. Tetapi, sayangnya idea hebat ini disalahertikan oleh pihak-pihak yang bencikan Tun. Seolah-olah apa yang Tun cuba lakukan ini boleh merosakkan anak-anak generasi pelapis … seolah-olah Tun bukan pejuang sebenar dalam memartabatkan Bahasa Melayu … Inilah alasan musuh-musuh Tun yang tidak melihat sudut pemikiran Tun seperti yang kami lihat.
    Terima kasih Tun Dr.M dan Tun.Siti Hasmah … kalian berdua selama 22 tahun memberi tuah kepada kami di bumi Malaysia… kami amat berbangga dengan Tun berdua, semoga terus sihat, panjang umur dalam Iman dan ceria selalu. Amin!…
    Doa Ikhlas dari saya dan para bloggers,
    Khas untuk Tun berdua …
    AloQStaQ
    http://AloQStaQblog.blogspot.com

  406. Mohd Suhaimi Aug 10,2008 11:47 PM

    Assalamualaikum Ybhg. Tun,
    Saya ingin bersetuju dengan Tun ttg perkara ini tapi hakikatnya apa yang difikirkan tidak begitu. Mengapa negara jepun dan Korea malah negara-negara lain lebih kehadapan dalam bidang sains berbanding dengan negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris seperti negara India dalam sistem pembelajarannya? Masyarakt Malaysia adalah masyarakat yang berbilang kaum. Adakah kita akan menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa perpaduan bukan lagi bahasa melayu/malaysia seperti yang pemimpin-pemimpin sebelum YBhg Tun lakukan? Bagi saya tidak ada cacat celanya sistem pelajaran yang telah diikuti sebelum ini. Tiada masalah untuk pelajar-pelajar menceduk ilmu dan tidak hinanya menggunakan bahasa melayu atau apa-apa bahasa sebagai bahasa ilmu pengetahuan. Bahasa Melayu/Malaysia tidak menjadi penghalang untuk mendapatkan ilmu dan ini boleh dilihat dengan bilangan siswazah yang dikeluarkan oleh Univ.Kebangsaan dan Universiti yang lain yang mengunakan bahasa Melayu sebagai Bahasa pengantar. Mengapa kita bimbang rakyat kita tak reti berbahasa inggeris sebab kita semua bukan nak kerja sebagai saintis atau ahli matematik. Tahu berbahasa inggeris tak mestinya pelajar tu cerdik kerana kecerdikan itu bergantung kepada IQ dan usaha seseorang. Kita perlu membetulkan persepsi kita bahawa untuk mendapatkan ilmu tidak kira apa bahasa kita perlu pelajari dan selain dari itu janganlah kita lupa meletakkan nilai ekonomi, nilai pengetahuan ke atas bahasa kita supaya ia menjadi bahasa yang kaya yang orang lain merasakan perlu mempelajarinya sama. Sesungguhnya bahasa jiwa bangsa.

  407. Tunteja Aug 10,2008 11:47 PM

    Tun,
    Tiada salahnya memperkasakan bhs melayu.Tiada salah juga menguasai bhs Inggeris sbg bhs ilmu.Sebenarnya pelajar yang lemah akan tetap lemah sekalipun ilmu itu diajar dalam bhs melayu.
    Situasi 1-Seorang rakan bercerita bagaimana dia terpaksa meminta pertolongan rakan guru bhs Inggeris utk menyiapkan tugasan yang diberi pensyarah semata-mata krn dia tak fasih berbahasa Inggeris.Di belakangnya,rakan ini merungut kerana dia turut bersubahat menipu agar dapat membantu.Jika tidak,PJJ sahabat apa nak jadi??
    Situasi 2 -Seorang ibu pula bercerita bahawa dia terpaksa membantu anaknya yang sedang belajar di IPT membuat tugasan dalam bahasa Inggeris kerana anaknya hanya lulus subjek ini dalam SPM.Nasib baiklah ibunya lepasan sekolah inggeris!
    Untuk renungan: Lebih baik anak kampung diberi peluang dalam program PPSMI ini daripada terlepas peluang yang hanya akan dibolot oleh anak orang bandar dan orang berada sahaja. Sampai bila nak menipu dan mengharapkan pertolongan orang lain ??
    Kita semua mesti sabar,pembelajaran seumur hidup dan bukannya sekelip mata. Saya menyokong program ini kerana tidak mahu anak saya menerima nasib seperti saya. Saya gembira kerana anak saya sudah mula menunjukkan perubahan positif.Peranan saya ialah belajar bersama-sama anak untuk menguasai bahasa tersebut.Kita sanggup membeli pakaian dan perhiasan mahal.Rugikah melanggan akhbar inggeris setiap hari jika kita mahu membantu?
    SALAM HORMAT TUN.

  408. Borneo island Aug 10,2008 11:46 PM

    Moga Tun berada dalam keadaan sihat walafiat.
    Saya amat bersetuju Matematik dan Sains digunakkan dalam bahasa Inggeris. Sebagaimana tun katakan kita perlu mempelajari bahasa asing untuk memperkukuhkan ilmu. Langkah menggunakkan bahasa Inggeris ini dalam subjek berkenaan serba sedikit dalam memperkukuhkan penggunaan bahasa inggeris di kalangan generasi masa kini.Di harap ini akan di teruskan masa yang akan datang.
    dr
    Borneo Man

  409. bib Aug 10,2008 11:45 PM

    Assalamualaikum Dearest Tun,
    ‘TIADA KATA SEINDAH BAHASA’
    Good day Tun !!

  410. Devi Aug 10,2008 11:44 PM

    Dear Sir
    I am glad you have written about teaching science and maths in English in our schools. The policy when introduced and even now, is much needed for Malaysia which in the future should aim to move towards being knowledge workers and creators.While the recent move to revise the policy maybe politically motivated, there are genuine problems faced by many students and teachers in embracing science and maths in English. The teachers themselves are a product of an education system (from primary to tertiary) that may have left them ill equipped to deliver the curricula in English, and the students based on their parents socio economic status have to deal with poor delivery by teachers or lack of understanding in basic english. As I also have school going children, I find the texts books (especially the CD-ROMS) uninteresting, and does not motivate or guide children to do futher reading up or web search. This surely must be one of the benefits of teaching our children in English as most of the learning resources (website/references book / magazine/ videos) for science and maths are in english. Hence while the policy was needed, the delivery was not managed well.
    The current goverment should not revise a much needed policy hastily, for example, have efforts been made to train and motivate teachers for science and maths (there are many local graduates with BSc, thay may find difficulty in securing jobs, can’t the goverment train them in educational techniques and employ them). Improve the learning resources , the teaching styles, schools should engage with parents to get more buy in.
    In addition to teaching science and maths in english, children from rural areas especially should also be encouraged to partipate in ECAs that will enhance their communication skills (drama, singing, debating etc). Many harp that rural children are left out with this policy, I feel with or without the policy these kids are left out, we need to build confidence and improve their communication skills.
    Hence before the ministry surrenders and makes a U turn on the policy, carefully weigh the implications.
    So thanks Tun for writing on this matter.
    Di zaman persekolahan saya, buku sejarah menceritakan tentang keagungan kerajaan Melayu dimana Bahasa Melayu menjadi lingua franca, walaupun rupa saya bukan Melayu, sebagai rakyat Malaysia saya menerima dan menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Kekayaan Bahasa Melayu tidak akan dilupakan, tetapi untuk kemajuan negara, sains harus diajar dalam Bahasa Inggeris.
    Thanks

  411. amirfikrie Aug 10,2008 11:44 PM

    Tun,
    Saya menyokong penuh pengajaran matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Pada hemat saya, penguasaan bahasa inggeris terutamanya yg bersangkutan dengan sains dan teknologi akan membolehkan rakyat kita mencedok ilmu pengetahuan yg datangnya dari luar dengan lebih efektif. Ini adalah langkah yg praktikal memandangkan ilmu sains merupakan cabang ilmu yg sentiasa berkembang.
    Namun jika dilihat dari aspek nasionalisme, kita mendapati orang-orang kita pada peringkat professional kurang menunjukkannya berbanding dengan bangsa-bangsa maju lain yg mempunyai harga diri yg tinggi. Mereka sepatutnya berusaha untuk mengembangkan ilmu yg mereka peroleh di dalam bahasa kita untuk tujuan pembinaan tamadun. Bangsa Jepun pun dahulu banyak mencedok ilmu dari luar tetapi kini mereka telah mencapai ‘self-sufficiency’ untuk maju dalam sains dan teknologi mengikut rentak mereka. Lantas kebergantungan kepada bahasa asing dapat dikurangkan.
    Disyorkan bahawa bahasa asing digunakan untuk penimbaan ilmu, dan sesudah itu bahasa kebangsaan untuk pengembangan ilmu.
    Sekian,
    Amir Fikrie

  412. vinnan Aug 10,2008 11:43 PM

    Tun,
    Unfortunately, you are probably one of the very few malay politicians left in this country who understands the need to master the English language. I hope the government will continue with the teaching of Math and Science in English but I do not see much hope.
    Let me illustrate my reason here. 13 years ago I met my Malay school mate whom I used to play football and hockey with. His name is Salleh. Out of habit I spoke to him in English as I used to during our school days.
    He immediately put a stop to it by telling me not to speak English to him as it had been a long time since he spoke the language. Naturally, I started speaking to him in Malay instead. Not long after meeting him I met another schoolmate of mine and it was not fong before I mentioned how our mutual Malay friend has now forgotten how to speak English. My friend however told me the reason Salleh does not speak English anymore was because he was a target of ragging and torture by his seniors of the RMC. Salleh was abused because he spoke and wrote English well as he was from a missionary school. The abuse got so bad Salleh suffered a mental breakdown and he had to leave the college. Now, these same seniors have their equivalents in the universities of Malaysia. These same people are now the ones in control of the government machinery today.
    Tun, with your stature and will you were able to get the policy going. Badawi does not possess anything close to your foresight and determination. About the only thing Badawi is determined to do is hang on to power and make his friends and relatives richer than ever. Tun, please knock some sense into our educationist. You are our only hope.

  413. sam Aug 10,2008 11:42 PM

    Assalamua’laikum WARAHMATULLAH TUN,
    bagi saya bahasa Inggeris tu penting kalau nak ke luar negara sahaja tapi untuk bahasa pengantar di sekolah mungkin tak berapa sesuai la Tun terutama sekali utk budak luar bandar.Juga maasyarakat kita belum bersedia utk menerima penukaran secara drastik. Sebelum ni bahasa pengantar di sekolah dlm bahasa ibunda pun ramai murid melayu ketinggalan apatah lagi bahasa pengantar di dalam bahasa Inggeris , makin ramai la Tun. Saya tak nafikan bahasa Inggeris tu penting, tapi kita mungkin ada cara lain utk setanding dgn negara maju yang lain.Contoh , kita lihat sahaja Jepun, Perancis & Russia , mereka berjaya tanpa menukar bahasa ibunda mereka kepada bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah sebaliknya org luar yang perlu belajar bahasa mereka Tun…sekian sahaja komen saya Tun iaitu komen pertam saya sebab saya baru je daftar dalam Tun punya blog. Wassalam Tun.

  414. bisnessman Aug 10,2008 11:37 PM

    Salam Tun dan keluarga.
    semoga bahagia selalu..saya menyokong penuh pandangan TUN bg saya sebagai pelajar, saya menghadapi kesukaran ketika penukaran science subject dari BM ke BI,
    Ketika itu saya di matrikulasi,ternyata banyak lagi rakan2 saya yang terkandas. Mereka begitu hero dalam BM setelah sekian lama belajar subject ini dlm bahasa melayu. Kemudian secara tiba2 polisi kerajaan menetapkan subjek2 ini ditukar kepada pengajaran dlm BI, Result matrik org melayu hancur teruk. Pratusan pelajar cemerlang menurun. Untuk masuk medik hanya perlu dpt 3.7 kerana tidak ramai yang dpt 4 flat tambahan lagi org melayu. Bangsa cina menguasai universiti terkenal di malaysia. Kebanyakan org melayu hanya mampu masuk universiti kelas kedua di malaysia.
    Namun ini suatu cabaran sebenarnya. Saya adaptasikan..dan sesuaikan walaupn saya tewas namun kini kebiasaan dalam BI bertambah. Saya semakin agak kurang biasa dalam penulisan BM. Tp biasalah benda ini terjadi apabila penulisan kita telah terbiasa dlm suatu2 bahasa. BI merupakan kepentingan sekarang. Rakyat malaysia seharusnya memahami dan mengikuti arus perubahan.
    Hilangkanlah sikap yang susah menerima perubahan.
    http://fierul.blogspot.com

  415. khairulnazri75 Aug 10,2008 11:31 PM

    Assalammualaikum..
    semoga Tun sihat sejahtera sepanjang masa dan diberkati oleh ALLAH SWT.
    Saya amat setuju dengan pandangan Tun dalam hal ini. Bahasa Inggeris adalah bahasa komunikasi dunia dan ianya tidak boleh dinafikan. Bahasa Inggeris juga menjadi satu asset penting dalam diri orang melayu yang ingin bersaing dalam perlumbaan mengejar cita-cita mereka.
    Pada pendapat saya kepada mereka yang kurang setuju tentang penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam matapelajaran Sains Dan Matematik adalah kerana mereka sendiri sebenarnya yang tidak dapat menguasai bahasa tersebut dalam menyampaikan pembelajaran didalam kelas. Akan tetapi jika mereka benar-benar memberikan komitment bersungguh-sungguh maka kejayaan dikalangan pelajar dalam menguasai bahasa Inggeris bagi matapelajaran sains dan metamatik akan dapat dilihat.
    Jika tidak dimulakan diperingkat sekolah menengah ini… bila lagi kita hendak mulakan.. adakah pelajar ini mampu bersaing dengan kaum lain nanti diperingkat universiti dalam menguasai bahasa Inggeris??
    – Pada pendapat saya, berikan sahaja kursus intensif B.I dan cara berkesan mengajar sains & matematik dalam B.I untuk guru terlibat.
    – Jika masih lagi murid disalahkan kerana tidak dapat menguasai/memahami B.I dalam matapelajaran tersebut, maka “check & audit” oleh Nazir sekolah perlu dilakukan untuk menilai semula pengajaran B.I dari tahun 1 hingga 6 dan Tinkatan 1 hingga 5 diseluruh sekolah di malaysia dan penyelidikan mesti dilakukan untuk mencari dimana silapnya mengapa murid-murid masih lagi tidak boleh menguasai bahasa Inggeris di peringkat sekolah menengah, sedangkan mereka telah didedahkan dengan matapelajaran bahasa Inggeris selama 6 tahun disekolah rendah…..
    Maka, pada pendapat saya.., GURU jugalah harus lebih proaktif dalam menjayakan Misi ini. Tiada alasan seharusnya kedengaran untuk menjayakan misi mengajar sains & matematik dalam B.Inggeris ini.
    Jika masih lagi ada alasan kedengaran maka sesuatu mesti dilakukan dalam System pendidikan itu agar ianya mampu melahirkan pelajar cemerlang.
    – Kepada pemimpin2 yang oportunis diluar sana…, cepat cepatlah buat sesuatu… takkan nak suruh orang kejutkan kamu dari tidur baru tindakan nak dibuat…..-

  416. Crunchnow Aug 10,2008 11:30 PM

    Wow Saya dari dulu hingga sekarang sangat setuju bila Tun mengarahkan pengajaran matapelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah. Sepatutnya di semua universiti. Tun memang berwawasan dan berpandangan jauh.
    Semoga Tun sehat dan sentiasa dapat memberi idea-idea yang bernas. Semoga diberkati Allah SWT selalu
    http://www.crunchnow.com

  417. KITT Aug 10,2008 11:29 PM

    Salam Tun,
    Saya juga sokong Sains & Matematik diajar dlm Bahasa Inggeris kerana untuk mendalami ilmu serta teknologi terkini yang dikuasai oleh barat kita terlebih dahulu perlu mendalami Bahasa Inggeris…Jepun amat bangga dengan bahasanya tp jgn lupa bahawa dia mempunyai cerdik pandai yang mahir dlm Sains & Teknologi hingga dapat mengeluarkan buku2 tentang Sains & Teknologi salam bahasa Jepun tp bagaimana dengan kita…Saya dapat lihat sewaktu saya belajar di UTM dari tahun 1996 – 1999 dimana buku2 rujukan berkaitan kejuruteraan di dalam Bahasa Inggeris dan ramai rakan2 saya yang terkial-kial kerana tidak begitu fasih serta memahami Bahasa Inggeris & ada di antara mereka yang gagal…

  418. John S Aug 10,2008 11:23 PM

    malas nak komen. Siapa yang tutup semua sekolah Inggeris sebelum ini?

  419. mazlanms Aug 10,2008 11:22 PM

    Salam Tun,
    Siapakah Menteri Pelajaran yang menukarkan mata pelajaran dari bahasa Ingeris ke Bahasa Malaysia?
    Siapakah ‘Bakal Pemimpin’ yang masih berangan ini?
    “21. Pemimpin dan pejuang yang hanya ingin disukai ramai dan kerana itu sanggup membiar bangsanya menjadi kolot dan hina, bukanlah pemimpin yang sayang bangsanya. Mereka hanyalah oportunis yang sanggup gadai bangsa sendiri asalkan mereka dapat kekalkan kedudukan mereka. Mereka ini bukan nasionalis dalam erti kata sebenar.”
    “Beliau akan bertanding di Permatang Pauh”.

  420. cikokui Aug 10,2008 11:21 PM

    Tun,
    Terlebih dahulu biarlah saya komen artikel tun dulu,
    Apa yg Tun tulis mmg telah lama dilihat oleh org2 yg tidak setuju dalam pepbelajaran bhs inggeris. tetapi walau apa sahaja yg dikata… mereka tetap prejudis dan mahu ianya diajar dlm bahasa melayu. kenapa? sebab mereka amat benci dengan kepandaian Tun dan dasar pandang ke depan Tun, kalau boleh biarlah rakyat kita bodoh asalkan apa yg dibuat oleh Tun hilang.
    Tun,
    saya tahu mereka2 yg membantah ini, tidak bodoh, mereka tahu kelebihan pembelajaran dalam bahasa inggeris, tapi mereka ni berasa takut yg tidak kena pada tempatnya. takut bahasa melayu hilang. Tidak boleh masuk dek akal yg waras Bahasa Melayu akan hilang hanya dgn belajar 3 subjek BI. Bahasa Melayu(BM) ini digunakan oleh lebih 300 juta penduduk dunia. bagaimanakah ianya akan pupus?
    Tun,
    ada yg mengatakan, JEPUN, PERANCIS boleh menggunakan bahasa sendiri tetapi tetap maju. Sungguh singkat daya pemikiran mereka ini mahu dibandingkan negara yg dah sedia maju dengan Malaysia yg masih dalam kategori membangun.
    Jepun tidak mempelajari teknologinya dr org luar. segalanya dicipta sendiri oleh anak tempatan. dimana kine mereka menguasai seluruh dunia dengan barang2 keluaran mereka. jadi kenapa perlu dipelajari BI? kerana mereka sudah maju.
    MALAYSIA? adakah kita setaraf dgn JEPUN? Allah telah memberikan kita akal fikiran, takkanlah tidak boleh digunakan akal itu untuk berfikir dimana tarafnya Malaysia dengan Jepun? Kita perlukan BI ini untuk mempelajari segalanya yg kini digunakan sepenuhnya BI. dengan kehebatan jepun, akan ada terjemahan ke Bahasa inggeris. jadi jika kita tak tahu BI, bagaimana kita nak tahu atau faham?
    Tun,
    Jgn dilihat pembelajaran dalam BI, Kenapa penjenamaan semula Bank Pertanian kepada AGRO BANK dan Lembaga Ekstradisi Negara (LAN) kepada Bahasa Inggeris tidak diambil peduli oleh mereka2 yg membantah penggunaan BI dlm subjek persekolah.
    Terang2 kita lihat mereka mengubah dari BM ke BI. sebenarnya byk yg saya ingin ulaskan kerana topik ini sering membuatkan saya geram kerana mereka membantah hanya kerana takut BM hilang. Orang Bodoh pon tahu logiknya…

  421. akuanakmelayu Aug 10,2008 11:18 PM

    Dear Tun,
    I’m from kampung, now i stay in Shah Alam. Dulu, i tak setuju with englishkan math and science, but when i start working : i can see what u meant.. i support ur decision

  422. Moustaquim Aug 10,2008 11:17 PM

    Assalamualaikum wrwb Tun,
    Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga di atas kepimpinan Tun selama ini. Dunia tahu di mana Malaysia tau apakah keadaan Malaysia kini sekiranya tiada kepimpinan Tun sejak lebih dua dekad yang lalu. Cuma orang kita yang kurang mengerti atau sengaja menafikan hakikat.
    BEBERAPA ISU SEKITAR PPSMI
    1.Menyentuh tentang PPSMI ( Pengajaran Pelajaran Sains dan Matematik Menggunakan Bahasa Inggeris) saya rasa apa yang Tun telah lakukan adalah satu langkah progresif dan relevan.Bukan sahaja berdasarkan hujah yang telah Tun berikan di atas malah lebih dari itu. Walau pun begitu satu kekurangan yang mungkin Tun terlepas pandang atau tidak ternasihat dengan sebaik mungkin adalah berkenaan dengan kesediaan tenaga pengajar untuk melaksanakan misi ini.
    2.Jika dilihat pada pencapaian pelajar hari ini di dalam mata pelajaran Matematik dan Sains berbanding dengan sebelum perlaksanaan PPSMI, wajar sekali kita terasa bimbang dan diselubungi ketidak kepastian.
    3.Jutaan ringgit telah dicurahkan dalam usaha melaksanakan program ini malah mungkin juga telah mencapai angka bilion. Agaknya berapa lamakah masa yang kita perlukan untuk melihat hasil yang diidamkan?
    4.Apakah kepimpinan yang ada sekarang ataupun yang akan datang akan meneruskan usaha ini atau adakah kita akan tunduk kepada kehendak dan ideologi nasionalis bahasa dan bangsa…nasionalis seperti yang Tun maksudkan seperti di atas.
    5. Andai kata kita bersetuju dengan puak nasionalis bahasa ini, bagaimanakah mereka akan mengangkat martabat atau kedudukan Bahasa Malaysia agar ianya menjadi setaraf dengan bahasa inggeris? “Kelajuan bahasa inggeris” menakluk bahasa-bahasa di dunia hari ini……apakah agaknya perancangan nasionalis bahasa untuk mencapai kelajuan ini dalam satu masa yang ‘singkat’. ‘Singkat’ kerana ledakan maklumat dan ledakan ilmu hari ini adalah pada kadar “super sonic”. ” SEPERKARA YANG PERLU KITA RENUNGI BERSAMA DI SINI ADALAH SEDANG MEREKA DI SANA SEDANG “MENAKLUK SEGALA BIDANG DAN CABANG ILMU DENGAN BAHASA MEREKA, KITA DI SINI MASIH TERABA-RABA MENCARI NAMA BAGI BAHASA KITA…BAHASA MELAYU KE ATAU BAHASA MALAYSIA?
    6. Islam menekankan kepentingan penguasaan ilmu-ilmu. Penguasaan melalui apa cara pun. Berdasarkan kefahaman inilah para cendekiawan -cendekiawan Islam yang terdahulu mendahului bangsa-bangsa lain yang sezaman dengan mereka dalam penguasaan ilmu. Ilmu dituntut kerana tuntutan ilmu itu sendiri.Bagaiman pula dengan kita?
    6. WALAUPUN begitu saya percaya bahawa selagi Bangsa Melayu masih wujud di muka bumi ini, selagi kita masih mengamalkan Kerajaan Beraja, selagi itulah Bahasa Malaysia ini akan wujud dan berkembang. Cuma seperti mana seorang penutur Bahasa Melayu di zaman kesultanan Melaka tidak akan memahami dengan baik Bahasa Melayu yang dituturkan sekarang, begitu juga mereka di zaman akan datang mungkin sukar untuk memahami Bahasa Melayu yang kita gunakan sekarang…..malah mungkin tertanya-tanya…apakah yang telah mereka (kita) buat?

  423. puteramlm Aug 10,2008 11:17 PM

    Salam sejahtera Tun,
    Saya memasuki alam persekolahan pada pertengahan tahun 1970-an. Dihantar ke sekolah ‘orang putih'(bekas sekolah Tun) tetapi sayangnya pada waktu itu pengajaran & pembelajaran telah ditukar ke Bahasa Malaysia.Walau bagaimanapun, hasil dedikasi guru-guru, saya mampu belajar hingga ke peringkat universiti tetapi masih ada rasa kekurangan dalam diri sehingga sekarang iaitu tidak mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik.
    Justeru langkah Tun yang mahukan pengajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris merupakan satu langkah yang tepat demi kemajuan negara bangsa pada masa sekarang dan akan datang kerana bahasa ini masih merupakan bahasa ilmu yang menguasai dunia hari ini terutama dalam cabang sains, matematik, teknologi maklumat dan komunikasi.
    Oleh itu, dakwaan mereka yang dikatakan’pejuang bahasa’ yang menyatakan penggunaan Bahasa Inggeris menjatuhkan martabat Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan; Bahasa Malaysia/ Melayu pernah menjadi lingua franca (masih berbangga dengan pencapaian yang mungkin sudah 600 tahun berlalu);orang yang belajar dalam Bahasa Malaysia juga boleh berjaya ………. merupakan alasan semata-mata.
    Tidak dinafikan mereka yang belajar dalam Bahasa Malaysia juga boleh berjaya tetapi bukankah lebih cepat, pantas, menjimatkan masa & mudah jika kita mampu belajar terus daripada bahasa ilmu tersebut(Bahasa Inggeris) tanpa menterjemahkannya semula ke Bahasa Malaysia? Bukankah mereka yang diajar dalam Bahasa Malaysia seperti saya juga akhirnya terpaksa belajar Bahasa Inggeris jika hendak melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi? Mengapa kita perlu menghabiskan wang, tenaga dan masa untuk memberi kursus Bahasa Inggeris kepada para pelajar cemerlang kita sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara jika kita mampu mendidik mereka sejak di peringkat sekolah rendah @ menengah?
    Secara peribadi saya amat berbangga dengan para pelajar sekarang yang mampu menjawab soalan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Namun kemungkinan besar idea Tun ini akan terkubur akhiornya kerana terdapat khabar mengatakan sudah terdapat usaha-usaha agar Bahasa Malaysia digunakan semula dalam pengajaran dan pembelajaran Sains & Matematik @ penggunaan dwibahasa (Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris) akan dilanjutkan lagi dan pasti terdapat guru-guru yang kurang fasih berbahasa Inggeris akan terus mengajar dalam Bahasa Malaysia. Mampukah kita menuju ke arah negara maju tanpa belajar Bahasa Inggeris? Pasti boleh tetapi mungkin akan agak terlewat daripada perancangan kita – Wawasan 2020!

  424. sam Aug 10,2008 11:16 PM

    Assalamualaikum Tun,saya rasa bahasa inggeris tu penting, tapi masyarakat kita belum boleh terima penukaran secara drastik. Terutama sekali masyarakat luar bandar, sedangkan subjek yg bahasa pengantarnya dlm bahasa ibunda pun banyak yang ketinggalan inikan pula dalam bahasa inggeris…kita lihat Jepun, Perancis dan russia mereka boleh berjaya tanpa menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar..mungkin ada cara lain yang kita boleh fikirkan untuk kita setanding dgn negara maju di dunia ini..ini lah sahaja komen saya Tun , iaitu komen pertama saya coz saya baru je sign in dlm Tun punya blog… Wassalam Tun.

  425. muskom Aug 10,2008 11:16 PM

    Salam Tun,
    Terima kasih kerana membicarakan topik “Mengajar Sains dan Matematik dlm Bahasa Inggeris”. Memang dah lama kita tunggu Tun tampil memperjelaskan rasional disebalik perlaksanaan dasar tersebut dalam pendidikan di Malaysia.
    Saya amat meyokong perlaksanaan dasar tersebut kerana ia dapat memberi pendedahan awal kepada anak-anak tentang Bahasa Inggeris dan akan membantu mereka dalam kerjaya di masa depan.
    Berdasarkan pengalaman 2 anak saya yang masih menuntut di Sekolah Kebangsaan Tahun 6 & 3, mereka tetap cemerlang dalam pembelajaran Bahasa Malaysia walaupun matapelajaran Sains dan Matematik di ajar dalam Bahasa Inggeris.
    Bak kata pepatah, melentur buloh biarlah dari rebung.
    Terima kasih Tun, jasamu tetap kami kenang…

  426. wakmes Aug 10,2008 11:13 PM

    Assalamualaikum TDM.
    Saya setuju sangat-sangat. Wahai Ahli-ahli UMNO Johor cuba-cubalah baca blog Che Det. Bukalah minda sikit.
    Wassalam Tun.

  427. cendanawangi Aug 10,2008 11:12 PM

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Salam hormat Tun,
    Satu topik yang menarik. Hasrat murni Tun untuk mempertingkatkan martabat bangsa dalam penguasaan ilmu dan kemajuan negara amatlah disanjung tinggi. Pemikiran Tun dalam hal ini memang bernas. Mempunyai visi dan pandangan jauh melangkaui pemikiran sesetengah orang lain.
    Maksud saya, bagaimana orang lain mentafsir pemikiran Tun. Pihak lain, misalnya pihak-pihak terlibt telah bertindak supaya pemikiran Tun menjadi kenyataan.
    Tetapi adakah mereka ini telah bertindak bijaksana atau sekadar melaksanakan tugas sahaja. Mungkin mereka telah bertungkus lumus menjadikan hasrat Tun itu suatu realiti. Tetapi mampukah mereka ini melihat permasalahan ini secara mendalam dan berkesan.
    Menyiapkan kerja dan bekerja dengan betul adalah dua perkara yang berbeza.
    Di sekolah luar bandar, murid-murid memang lemah dalam matapelajaran matematik dan Bahasa Inggeris. Kelemahan ini telah memberikan kesan sampingan yang lain. Keputusan peperiksaan seringkali tidak mencapai tahap yang diharapkan disebakan kegagalan dalam matapelajaran ini.
    Tun membincangkan penguasaan ilmu dn pembangunan negara. Itu pemikiran dan visi Tun. Tetapi apabila visi ini diterjemahkan oleh pelaksana, maka di sinilah mula timbul masalahnya.
    Oleh sebab pernyataan visi, hasrat malah arahan seringkali dilaksanakan dan disampaikan secara hiraki, maka berlakulah “pencairan hasrat dan maklumat”. Maka berlakulah “lain yang disuruh,lain yang dibuat, lain yang diharap,lain yang dapat”.
    Pelaksana di peringkat sekolah melihat bagaimana matapelajaran ini mahu dilaksanakan. Soal kaedah, peralatan, kemudahan, latihan dan sebagainya memang boleh disediakan. Tetapi bagaimana pelaksanaan sebenarnya.?
    Barangkali sewaktu pelaksanaannya Tun mendapat maklumbalas “yang baik-baik sahaja”.
    Sebenarnya, di sesetengah sekolah, terutamanya di luar bandar, bolehlah dikatakan “yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran”.
    Bukan kerana kita mengutama bahasa kita sahaja. Tapi ramai yang akan terkejut jika dikatakan ramai lepasan universiti, termasuk siswazah Melayu yang masih tidak menguasai Bahasa Melayu pun. Apatah lagi bahasa Inggeris.
    Tidaklah boleh kita menyalahkan sesiapa kerana kita akan hanya mendendangkan lagu “Bangau Oh Bangau !”
    Dalam waktu jangka panjangnya, mungkin visi Tun ini akan mengubah segalanya.

  428. mesin taip buruk Aug 10,2008 11:12 PM

    A’kum Tun,
    Isu pembelajaran Math & sains dalam BI ni dah lama saya nak suarakan tetapi tiada saluran. Nah kebetulan Tun mengemukakan dalam blog ini, maka inilah peluang saya. Saya sebenarnya mengagumi Tun sejak Tun sebagai PM lagi sehinggalah hari ini. Namun dalam soal pembelajaran Math & Sains dalam BI ini saya agak tidak sehaluan dengan Tun. Begitu juga dengan keputusan Tun membenarkan 10% (atau 30% saya lupa) pelajar bukan melayu memasuki MRSM.
    Memang betul penjelasan Tun bahawa pelajar kita perlu menguasai Math & Sains dan pada masa sama BI bagi membolehkan anak2 kita menguasai kedua-dua ilmu itu dengan mudah. Memang betul segala penjelasan Tun di atas, tetapi pada pandangan saya, pelajar2 kira masih lemah dalam pembelajaran BI, Math & Sains. Jadi apabila Tun mengarahkan agar Math & Sains diajar dalam BI ia ibarat menimbulkan masalah yang menimpa2 khususnya kepada guru, sekolah dan Kem. Pelajaran sendiri. Bayangkan kalau anak2 kita yang diajar BI melalui Math & Sains (sedangkan English Literature tidak dipertingkatkan – lemah)maka anak2 kita akan mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dalam BI kerana mereka lebih menguasai istilah2 Math & Sains berbanding vocabulary secara comprehensif.
    Saya percaya jika kita tingkatkan mutu P&P BI di sekolah, anak2 kita secara automatik boleh menguasai ilmu2 Math & Sains yang diperoleh dari sumber luar walaupun kedua2 subjek tersebut diajar dalam BM. Bahkan dengan penguasaan BI anak2 kita bukan sekadar menguasai ilmu2 Math & Sains tetapi juga sejarah tamadun dunia, geografi, falsafah dan ICT, bioteknologi dan puluhan ilmu lain, yang diajar dalam BM di peringkat sekolah.
    Walaupun pandangan saya dengan Tun agak berbeza, tetapi saya yakin niat Tun adalah baik dan untuk kebaikan anak2 bangsa kita. Tetapi keputusan Tun untuk melaksanakan pengajaran Math & Sains dalam BI telah melemahkan anak2 Melayu dalam kedua2 subjek itu, sebaliknya anak2 bukan Melayu pula yang meningkat maju dalam subjek2 tersebut. Ini kerana, anak2 bukan Melayu lebih menguasai BI berbanding anak2 kita khususnya di luar bandar.

  429. mista yudi Aug 10,2008 11:10 PM

    assalammualaikum,apa khabar Tun?semoga Tun sihat-sihat belaka hendaknya.
    sudah lama saya tak menghantar komen to your blog.saya amat bersetuju dengan apa yang telah Tun nyatakan dan saya tiada komen mengenainya melainkan apa yang telah Tun lakukan adalah yang terbaik bagi fikiran Tun untuk menaikkan maruah bangsa Melayu.bagus juga jika melihat bangsa maju lain di dunia ini memandang tinggi akan bangsa Melayu.saya ada terbaca di rencana suratkhabar beberapa tahun yang lalu(saya tak ingat suratkhabar mana) yang mengatakan perwakilan Malaysia di PBB pada suatu ketika dahulu memang fasih berbahasa Inggeris sehinggakan perwakilan Malaysia pada ketika itu adalah amat diperlukan kehadirannya sebagai wakil serantau.itu pada ketika itu pada tahun 50an,60an dan 70an.sekarang saya fikir kita sudah ketiadaan wakil Malaysia muda yang fasih dalam bahasa Inggeris mahupun bahasa ketiga yang lainnya.Sampai bila wakil2 Malaysia sekarang yang sudah berumur bersuara bagi pihak Malaysia di arena antarabangsa.di manakah pula wakil2 Malaysia yang muda dan segar dan yang paling penting sekali fasih berbahasa Inggeris serta bahasa ketiga yang lain?
    Selain itu,dasar pendidikan negara haruslah dijenamakan semula.masih ada lubang2 yang kosong dan perlu ditampal.

  430. Allen Francis Aug 10,2008 11:09 PM

    Now I see your point Tun. Just to correct you on point number 4. That tradition is a fabricated one. I learned that from the Perlis Mufti, Dr. ‘Asri. But I do get your point on the importance of learning the “in” language of one’s time. Thank you.

  431. fawz Aug 10,2008 11:07 PM

    Assalamualaikum Tun,
    Saya pernah mendengar ucapan Tun yang menjelaskan hal yang sama, semasa Tun berkuasa dahulu. Menyifatkan pembelajaran Sains, Mathamatics and bergiat dibidang kajian sebagai bahgian daripada fardu kifayah memang tepat sekali.
    Terimakasih, Wassalam.

  432. shazz Aug 10,2008 11:07 PM

    Salam Tun,
    Untuk maju dalam apa jua bidangpun, kita haruslah banyak belajar dari bangsa yang telah berjaya. Sama ada kita suka atau tidak, English sekarang ini telah menjadi bahasa pertuturan dunia. Bangsa English berjaya kerana mereka telah menguasai dunia satu ketika dahulu dan bangsa mereka juga yang menguasai ilmu dan perdagangan hingga sekarang
    Kita harus terima hakikat bahawa bahasa Malaysia tidak mempunyai tulisan sehinggalah orang arab datang ke Tanah Melayu. Oleh itu, sejarah bangsa Melayu adalah tidak seagung jika dibanding dengan bangsa lain.
    Penggunaan bahasa inggeris hanya ditentang oleh para aktivis Melayu dan sebahagian kaum Cina Malaysia. Kaum Cina melihat bahawa negara China boleh maju tanpa mengetahui English. Tapi mereka lupa, mereka adalah rakyat Malaysia, dan bukannya rakyat China. Ini adalah Malaysia..jika tidak suka cara pemerintahan kerajaan Melayu Malaysia, mereka sepatutnya menyerahkan warganegara Malaysia dan jadi warga negara China. Orang cina ini menuntut kesamarataan hak, tetapi mereka sering terlupa, mereka masih lagi mengekalkan cara hidup seolah-olah seperti di negara asal mereka.
    Setiap negara mestilah mempunyai identiti tersendiri. Jika pakai songkok pun merasakan diri sudah masuk ‘Melayu’, bagaimana pula jika pakai blazer… adakah sudah masuk orang Eropah? Ini lah pemikiran sempit para ahli-ahli politik pembangkang
    Sekian
    Syazli

  433. Azlan Abd Aziz Aug 10,2008 11:05 PM

    Dear Tun,
    Just like to add that we ought to use English language in Finance too.
    For example, the concept like “Present Value” is a bit difficult to translate in Bahasa Malaysia. Even though there is translation, but I think many people misinterpret the meaning. Not to mention the translated terms are long and sometimes sounds “funny”.
    It is the same thing if we want to understand the Quran that we need to learn the Arabic language.
    Aside: How does “financial forecasting” is done in “Islamic Finance”? Anyone can help me on this?

  434. scor Aug 10,2008 11:05 PM

    Tun,
    Saya sangat bersetuju dengan perlaksanaan pengajaran Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, yang telah dilaksanakan beberapa tahun yang lalu. Masalah terhadap setiap perancangan baru adalah peruntukan yang banyak, samada diggunakan sepenuhnya dalam perlaksanaannya atau untuk keperluan yang lain yang tidak diketahui. Namun, sekiranya kerajaan bercadang untuk kembali kepada sistem pengajaran yang lama, maka lebih banyak pembaziran. Ini kerana peruntukan untuk mengajar guru-guru dan penerbitan buku-buku dalam bahasa Inggeris terpaksa dihentikan. Peruntukan baru perlu untuk penulisan semula buku-buku dalam Bahasa Melayu, atau Malaysia. Mungkin dengan cara ini kerajaan atau pihak yang berkaitan dapat meminta peruntukan baru. Guru-guru yang telah berlatih, terpaksa menggunakan semula bahasa kebangsaan, dan meninggalkan kebolehan mereka dalam penggunaan Bahasa Inggeris sebagai kenangan. Dan sebagaimana yang Tun utarakan, kita terpaksa menunggu sehingga penterjemah bahasa mempunyai kelapangan masa untuk menterjemahkan buku-buku berkaitan perkembangan teknologi terkini, dan mungkin pada masa penerbitannya, kita sudah ketinggalan 10 tahun ke belakang.

  435. faranadeeya Aug 10,2008 11:05 PM

    assalamualaikum.
    i hope TUN and family are always in the good health.
    this is my 2nd year in the university and before that i was at school. even though science and maths during my time was in bahasa (i was in the last batch), but i really support the changes to teach the subject in english. as for now i’m in UiTM Malaysia, we use english as the main language to learn and communicate. i think it will be easier if we learn few subjects in english from the beginning.
    TUN DR MAHATHIR, each of your words really inspired me. as long as we have a leader like you, TAKKAN HILANG MELAYU DI DUNIA.
    as the youngster, i will try my best to continue PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI!

  436. Telipuk Aug 10,2008 11:03 PM

    Inilah penjelasan yang saya tunggu-tunggu. Maaflah sebelum ini saya agak skeptikal dengan cara ini…sebagai anak kampung saya berasa sangat dekat dengan masalah yang dihadapi pelajar luar bandar. Barangkali maslaha sebenar terletak pada pelaksanaannya. Apapun terima kasih atas penjelasan itu.

  437. wakpai Aug 10,2008 11:02 PM

    Im totally agreed with you Tun and all the comments above.

  438. ikhmal Aug 10,2008 11:01 PM

    Salam Buat Tun, sememangnya untuk kita mengetahui sesuatu adalah dengan kita memahaminya terlebih dahulu seperti kata Tun tadi. tetapi pada pendapat saya apa yang menjadi masalah disini adalah kesesuaian cara yang digunapakai untuk kita mengetahui sesuatu yang kita tidak paham adalah tidak tepat, kerana kita perlu mengajar kanak-kanak yang dibesarkan dengan bahasa ibunda dengan bahasa inggeris yang sememangnya mereka sukar untuk fahami, malah ada juga guru – guru yang tidak memahami apa yang hendak diajarkan kepada murid – muridnya. Bukankah boleh sekiranya kita gunakan cara yang lebih berkesan samada kita gunakan bahasa inggeris dlm matematik dan sains bermula diperingkat pra universiti atau matrikulasi. kerana mereka ini telah bersedia untuk menimba ilmu dalam bidang berkenaan.Saya rasa cara ini lebih sesuai ataupun mungkin pakar – pakar dalam pendidikan ada caranya tersendiri untuk meningkatkan pengetahuan math & sains tsbt.
    sekian, semoga Tun Sihat sejahtera

  439. solidarity4all Aug 10,2008 11:01 PM

    assalamualaikum Tun… apa yang tun perkatakan memang benar….. sebenarnya Tun perlu lalukan perkara ini semasa Tun mula mula memegang jawatan perdana menteri…. saya yang masuk darjah 1 di tahun pertama Tun memegang jawatan perdana menteri memang terasa sekarang apabila berada di persindangn luar negara… orang asing menganggap rakyat malaysia fasih berbahasa inggeris (sedangkan hakikatnya saya yg belajar di pendalaman tidak mempunyai penguasaan bahasa inggeris yg baik) oleh sebab itu tiada perterjemah disediakan untuk wakil dari malaysia… penterjemah hanya disediakan jika ada perwakilan dari indonesia, thailand, jepun dan sebagainya…. terima kasih Tun

  440. liwenjia Aug 10,2008 11:01 PM

    Dear Tun
    Tun always right

  441. annat Aug 10,2008 10:59 PM

    Tun, saya sokong para. 21. Tun adalah 100% opposite of that sebab itulah saya sangat respect Tun. Mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, for me the more we learn the more we gain. Bahasa ibunda tetap dihati dan disanjungi. Semangat kebangsaan tidak akan hilang kalau kita tidak lupa diri.

  442. twocents02 Aug 10,2008 10:59 PM

    Salam Dr M
    A language is not just a tool for communication. It also embodies an identity. Cultural influences imbedded in a certain language has the power to shape a person’s whole being.
    This is the hidden “danger” in learning any language especially when two cultures through their languages have contradictory value-systems. As an example, language A’s culture emphasises individuality versus language B that places a high premium on societal obligations.
    Sometimes there is a happy marriage of the two but at other times, it leads to an “erosion” of one for the other.
    A Malay who studies religion and is well-versed in Arabic languages has a certain image. An “Oxbridge” Malay has another image.
    Perhaps this is why people are irrationally afraid of learning a “foreign” language. “Takut2 kalau anak saya tukar ugama, lupa ayah ibu dan kampong halaman”- was often heard.

  443. syaiful Aug 10,2008 10:59 PM

    Assalamualaikum Tun..semoga Tun sihat sejahtera bersama keluarga tersayang..
    Saya di lahirkan dan di besarkan sewaktu pemerintahan Tun dahulu..apa yang dikecapi sekarang ini saya sangat2 bersyukur…
    sekarang ini apa yang boleh dilihat,apa yang telah dilakukan oleh Tun pada waktu dahulu akan di kritik dan diubah (Jambatan bengkok tak jadi buat-Isu bahasa inggeris utk matematik dan sains & kini Wawasan 2020 akan di lanjutkan ke tahun yang lain)nampaknya pemerintahan sekarang ni ingin memberitahu kepada rakyat semua yang orang terdahulu perkara yang ingin di lakukan adalah salah..kenapa perkara sebegini boleh terjadi..hanya DSAAB shj yang tahu jawapannya..saya betul2 risau dengan keadaan negara sekarang nie..politiknya,ekonominya..bebannya di tanggung oleh seluruh rakyat Malaysia..apa yang akan jadi pada masa akan datang oleh generasi saya sterusnya….

  444. kulupludin Aug 10,2008 10:59 PM

    YB TDM…..saya sokong 100%…

  445. Dr Jef Aug 10,2008 10:57 PM

    Yes, TDM. Untuk menjadi seorang doktor, penguasaan bahasa Inggeris sangat2 penting. Oleh itu saya menyokong penuh pengajian sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Mula2 memanglah susah lepas tu biasalah. ALAH BISA TEGAL BIASA. KAMI RINDUKAN KEPIMPINANMU TDM.

  446. irah Aug 10,2008 10:56 PM

    Salam Tun,
    Saya dari dulu hingga sekarang sangat setuju bila Tun mengarahkan pengajaran matapelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah. Sepatutnya di semua universiti. Tun memang berwawasan dan berpandangan jauh.
    Semoga Tun sehat dan sentiasa dapat memberi idea-idea yang bernas. Semoga diberkati Allah SWT selalu

  447. Azzurri Aug 10,2008 10:53 PM

    Assalamualaikum…
    Harap Tun dan Isteri berada dalam keadaan sihat walafiat…
    ada benarnya kata-kata Tun tu, pada masa kini Bangsa Melayu berada Jauh ketinggalan berbanding negara-negara maju…
    kita seharusnya membuang sikap ego dan suka mendabik dada…
    pada masa kini kita seharusnya menuntut ilmu malah harus merayu bagi mndapatkan ilmu dan pengatahun dari barat…
    seharusnya tidak timbul “kurang nasionalisme”
    menuntut ilmu adalah wajib bagi umat islam…
    berusaha lah orang-orang beriman untuk menuntut ilmu

  448. shazrim Aug 10,2008 10:53 PM

    Salam Tun & family
    “Orang yang rela bangsanya dihina tidak faham akan makna nasionalisme yang sebenar atau tanggungjawab orang Islam terhadap agama mereka…”
    semestinya saya menyokong Tun 100% dalam hal ini, jgn terlalu “rigid” tentang penguasaan ilmu, sejarah telah terbukti, hanya kita yg boleh mencorakkan masa depan bangsa kita
    Shazrim Sharif
    UiTM Kedah

  449. mean Aug 10,2008 10:53 PM

    assalamualaikum..betul tun,kita patut tahu dan belajar bahasa lain,terutama bahasa inggeris ini.Tidak dapat dinafikan lagi,bahasa inggeris merupakan bahasa ilmu sekarang.sejarah juga telah membuktikan juga dahulu para pedagang diseluruh dunia belajar bahasa melayu untuk berdagang di tanah melayu semasa zaman kegemilangan kesultanan melayu melaka…bagi pendapat saya,apa yang tun katakan amat wajar sekali..Melayu tak kan hilang kerana belajar bahasa inggeris atau bahasa asing untuk menuntut ilmu..Hidup Tun…

  450. pdgrengasian Aug 10,2008 10:53 PM

    salam, ayahandaku.. you are right . yahoo iam 1st.

  451. maroobbuka? Aug 10,2008 10:52 PM

    salam Tun dan semua,
    Tersentuh sekali membaca tulisan Tun. Tahniah.
    1. Bahasa jiwa bangsa… tanpa bahasa apalah artinya sesuatu bangsa itu.
    2.Mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris memang sangat bagus. Sangat bagus untuk anak2 golongan elit, anak2 lecturer, anak2 cendikiawan yg lain.
    3.Tetapi cubalah kita menjeling kepada anak2 kampung yang menggunakan dialek sendiri, yg nun di ulu sinun… memang sedih. Bahasa Malaysia pun tak tahu juga.. apatah lagi bila kita menginggeriskan math dan sains..jika dahulu hanya tak reti BI, maka sekarang tiga subjek berada di kawasan kebangangan iaitu BI, sains dan Math.
    4. Minda telah diblok dengan mengatakan bahasa inggeris susah. Tanyalah cikgu2 yg mengajar di ulu2 sinun.. nak mengajar kot BI? Kot BM pon tak faham. Kalau faham pon samar-samar.
    5.Petikan daripada Kertas kerja untuk seminar Bahasa Melayu dan Pembagunan Insan, Petaling Jaya 14-16 Oct 1988 Oleh: Awang Sariyan
    i. Bahasa mempunyai pertalian yang langsung sifatnya dengan pembangunan insan bukanlah pendapat yang baru, malah sudah menjadi hakikat yang diterima dalam semua tamadun manusia sejak zaman berzaman.
    ii.Ahli-ahli falsafah Yunani pada abad-abad sebelum Masihi lagi, seperti Socrates, Plato dan Aristotles meletakan bahasa sebagai salah satu asas dan objek kajian serta renungan falsafah mereka. Tradisi ilmiah Yunani yang kemudian diwarisi oleh orang Rumawi itu berlanjutan dalam pusat kebudayaan Eropah pada abad-abad seterusnya hingga kini.
    iii. Daripada pandangan Islam pula peranan bahasa dalam pembangunan insan merupakan satu fitrah dan sunnatullah. Melalui beberapa firman-Nya Allah swt memperlihatkan pentingnya bahasa dalam kehidupan insan.
    “Dan Dia (Allah) mengajar Adam tentang nama seluruhnya.” AlBaqarah:31
    “Bacalah dengan nama Tuhan yang menjadikan.” Al-Alaq:1
    “Sesungguhnya telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat Kami, jika kamu memahaminya.” Ali-Imran:118.
    Ketiga-tiga ayat di atas dengan jelas merujuk kepada bahasa dalam konteks pengurniaan ilmu kepada insan.
    iv. Imam Al-Ghazali membuat klasifikasi ilmu, diletakkanya bidang bahasa pada tingkat permulaan system pendidikan (Zawawi Hj Ahmad, 1988 ‘ Pemikiran Al-Ghazali:Pendidikan).
    v. Kami ingin menegaskan bahawa pada semua peringkat pendidikan, bahasa hendaklah diberi tempat dan tumpuan perhatian yang sewajarnya, kerana penguasaan bahasa merupakan penguasaan satu bentuk ilmu bagi pemerolehan dan penyebaran ilmu-ilmu lain pula.
    6. Kesimpulannya, tuan2 silalah simpulkan sendiri. Sebab kita adalah berbeza, mempunyai pandangan berbeza, matlamat hidup berbeza.
    7. Kesimpulan saya, tiap sesuatu ada baik dan buruk, ada yg untung dan ada yang rugi..bagi yang dipihak yg rugi, dipihak yang buruk ..berusahalah untuk berada dipihak yg untung dan dipihak yang baik. Kita berada di dalam sistem ini, dan harus mengikut sistem yg ada jika tidak mahu ketinggalan. Jika bapa mertua kita boleh ubah menjadikan BM pula utk Math dan Sains ..tak apa la… sebab bapa mertua ikut cakap kita..
    Till then 🙂

  452. suakbadil Aug 10,2008 10:52 PM

    Saya sokong sangat2 Pelaksanaan PPSMI (Mengajar Sains n Matematik dlm BI)di sekolah!!!!
    Orang kita ne, kadang2 perlu diketuk barulah mau buat sesuatu….
    Kalau tak, hari bganti hari, bulan dan tahun…yang dia tau (yes, no, orait sjalah…..

  453. buntat Aug 10,2008 10:51 PM

    salam ayahanda tun
    saya nampak dan amat memahami objektif dan matlamat yang tun ingin capai dengan menekankan penguasaan bahasa inggeris didalam matematik dan sains.saya sendiri akui,walaupon saya bukanlah seorang yang terpelajar,namun untuk tidak hanyut dalam dalam arus dunia yang semakin menekankan penguasaan bahasa inggeris,kita perlu menguasai bahasa asing itu,hampir 90% ilmu dalam dunia kini dalam bahasa inggeris walaupon bukan mereka yang sepenuhnya menemui ilmu tersebut.jangan kerana kita berfikiran cetek dengan menganggap belajar bahasa inggeris akan melemahkan atau mengurangkan jatidiri daqn meminggirkan bahasa ibunda kita.cuba buka hati,celik mata dan minda.dimana kita akan berada(generasi yang akan datag)20 tahun dari sekarang tanpa kita menguasai ilmu.nak harapkan kuasa politik semata?lihat saja senario politik kini?ilmu,ilmu,ilmu..itulah yang akan membawa kita melangkah kehadapan.
    ada yang mempertikaikan,terutama melihat kepada tahap penguasaan bahasa inggeris di bahagian luar bandar,namun sebagai permulaan,itulah rintangan yang perlu kita atasi.mungkin juga ada pendidik yang sendiri kurang mahir dalam bahasa inggeris itu sendiri.namun saya percaya dengan tekad,iltizam dan semangat MALAYSIA BOLEH,KITA BOLEH MELAKUKANNYA.SEKALIGUS MENGANGKAT MARTABAT KITA DI PENTAS DUNIA.

  454. max_klg Aug 10,2008 10:50 PM

    Salam Tun,
    22. Bahasa jiwa bangsa. Tetapi ilmu menentukan keselamatan dan maruah bangsa.
    Memang benar apa yang dikata. Untuk maju kedepan kita kena berilmu. Ilmu tiada sempadan. Dalam Islam kita dituntut menimba ilmu sebanyak mungkin. Jika tiada ilmu walau sebesar habuk… kita adalah bangsa yang terkebawah… Fikir-fikirkan…
    Tun, minta komen tentang isu BAR COUNCIL…

  455. rajamdriza82 Aug 10,2008 10:49 PM

    Salam Tun
    Semoga Tun sentiasa sihat walafiat selalu. Doa kami sentiasa atas kesihatan dan kesejahteraan Tun.
    Saya amat bersetuju dengan jawapan Tun. Ahli-ahli politik ini hanya oportunis untuk politic mileage sahaja dan hanya ingin menjadi popular.
    Tapi dalam soal pendidikan, mereka sendiri TIDAK hantar anak2 mereka ke sekolah kerajaan tetapi ke International School. Selepas itu menghantar ke overseas untuk melanjut pelajaran.
    Mereka hanya hipokrit. Hanya pentingkan sendiri SAHAJA.
    Hidup Tun…

  456. Pulau Aug 10,2008 10:48 PM

    Yang dihormati Tun Dr. Mahathir
    Whilst the rakyat welcome the goverment decision on the teaching of Science and Mathematic in English, the first person who were against your decision concerning this matter is Dr. Zainal Keeling. I’ve watched and heard him condeming Tun several times in the national TV.
    I presumed that he must be a handicapped in English, the reason being of his objections. Perhaps Dr. Zainal didn’t realised that many of the Malay graduate were unable to find suitable career or employed in the multinational companies is due to their inability to communicate proficiently in English.
    Fortunately, I belong to the generation that was educated in English. I am grateful to the goverment for that. As my ability allow me to conduct businesses globally.
    Well Dr. Zainal Keeling, wake up and get out of your village and stop being a fool. We are not French neither Japanese and no point becoming Arabic.
    Once again, thank you Tun and goodnight.

  457. 6619 Aug 10,2008 10:47 PM

    assalamualaikum YB Tun,semoga sentiasa dalam keadaan sihat dan bahagia.Saya setuju 100% degan catatan Tun.Saya sendiri berasa bertuah kerana dapat bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris dengan fasih.Ianya banyak membantu saya dalam kerja saya dan kawan. Kita jangan jadi katak bawah tempurung, yang tidak tahu atau tidak mahu mempelajari ilmu dari bangsa lain disebabkan perasaan ego tidak bertempat. Saya rasa kita perlu mempelajari pelbagai ilmu untuk meningkatkan diri,bangsa dan negara kita.Jangan malu untuk bertanya.
    Keep on writing Tun, I love to read your blog. Forget all the jokers who does not see the truth from the lies.One day they will see the light.

  458. Azlan Abd Aziz Aug 10,2008 10:47 PM

    Dear Tun,
    I think our current leaders(most) lack of strategic thinking and sincerity to develop a nation. They only opted for short term solutions to maintain or enhance their popularity.
    Love you Tun, keep on writing!

  459. idruz Aug 10,2008 10:47 PM

    Asalamwa’alikum Tun,
    Need anyone say more? Indeed can anyone articulate this point better than you can? I doubt so Tun. Well said and keep writing, keep fighting.
    Forever in support of your efforts to return our country to the right path.
    R Idruz

  460. umm muhammad Aug 10,2008 10:47 PM

    Assalamualaikum
    Saya setuju dengan pengalihan pembelajaran matematik dan sains kepada Bahasa Inggeris. Memang benar apa yang Tun cakapkan disini.
    Saya ambil SPM pada tahun 1980, masa itu bahasa yang digunakan ialah Bahasa Malaysia. Alhamdullillah, seterusnya saya dan kawan-kawan yang lain dapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Amerika. Ada kawan-kawan saya yang tersekat pelajaran di Amerika kerana kurang mahir dalam bahasa Inggeris, kesian.
    Wassalam

  461. acai Aug 10,2008 10:47 PM

    YBhg Tun,
    Saya amat memahami objektif pembelajaran Matematik dan Sains diajar didalam Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun saya berpendapat adalah lebih efektif sekiranya penggunaan bahasa masih tetap dikekalkan di dalam Bahasa Malaysia. Sesungguhnya, kedua-dua subjek tersebut memerlukan tahap pemahaman yang tinggi, dengan apa yang dilakukan sekarang, ianya tidak banyak membantu.
    Apa yang penting, subjek Bahasa Inggeris itu sendiri disusun dengan lebih komprehensif dan sistematik atau mungkin dipanjangkan masa pembelajaranya.Pelajar-pelajar akan dengan sendirinya mampu menguasai Bahasa Ingeris dan selanjutnya menguasai apa-apa subjek yang di ajar untuk diterjemahkan ke dalam Bahasa Ingeris atau dari Bahasa Ingeris ke Bahasa Malaysia.
    Adakah pelajar-pelajar di SRJK(C)dan (T) mempelajari subjek Matematik dan Sains di dalam Bahasa Ingeris?, saya rasa tidak, namun mereka juga berkeupayaan bertutur di dalam Bahasa Ingeris.
    Adalah amat sukar untuk anak Melayu (terutamanya di luar bandar)untuk memahami Formula subjek Matematik/Sains yang di ajar di dalam Bahasa Ingeris, situasi ini bertambah sukar lagi apabila dalam masa yang sama mereka perlu menterjemahkan bahasa pengajaran yang disampaikan ke dalam Bahasa ibunda mereka.Keadaan ini akhirnya melegahkan proses pemahaman murid terhadap subjek-subjek tersebut.
    Saya berpendapat, pengajaran subjek Matematik dan Sains (subjek yang paling sukar di sekolah-sekolah)dikembalikan pengajaranya kepada Bahasa Ibunda.Sekiranya Bahasa Ingeris MASIH perlu diajar (selain daripada subjek Bahasa Ingeris itu sendiri), pilih lah subjek-subjek lain seperti Sejarah dan Geografi.
    Penekanan kepada pemahaman Bahasa Ingeris sewajarnya ditekankan kepada SUBJEK BAHASA INGERIS itu sendiri.Pemahaman Bahasa Ingeris terhadap Subjek Matematik dan Sains akan datang sendiri melalui pembelajaran subjek BAHASA INGERIS yang lebih tersusun dan fikiran pelajar semakin matang selaras dengan peningkatan usia mereka.
    Salam Penuh Hormat
    Acai

  462. jeng3 Aug 10,2008 10:46 PM

    salam Tun,
    Seperti biasa saya tidak boleh mengelak dari bersetuju dengan Tun.Kita sudah mula mengubah satu generasi kepada pakar dalam bidang teknikal dan usaha ini perlu diteruskan.Kita tidak boleh ketinggalan dalam bidang bidang sains terutamanya penerokaan angkasa lepas,pembuatan senjata ,stem cells research dan lain lain.
    Kepada mereka yang mempersoalkan pembabitan anak Malaysia dalam F1 sabagai pembaziran,anda mesti faham teknologi canggih F1 boleh di aplikasi kepelbagai bidang termasuk pembuatan senjata.Banyak faedahnya kepada kita semua dan tidak payah beli senjata2 outdated dari negara2 kuasa besar.
    Jika kita tertinggal sekarang,kita tak mungkin dapat mengejar negara2 maju dalam segala bidang.BETTER LATE THAN NEVER.
    Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris patut diteruskan.
    Wassallam.
    Jeng3

  463. joehenry Aug 10,2008 10:43 PM

    Tun, I am totally amazed that there are still people out there who find faults with the wisdom and expediency of teaching Science and Mathematics in English. I thought this issue is a non-starter. I am also completely floored by the extent Tun has to go to convince these people as to the appropriateness of teaching those two subjects in English. To my mind, the strategical necessity of teaching these two subjects in English is as clear as black and white and I don’t need any one to tell me that. I also find it rather ironical that Tun has to go so far back into Islamic history and quote ancient teachings and events to convince these people of the need to take up subjects of foreign languages in order to equip us with modern technologies and science.
    The parents and teachers who complain about the difficulty in teaching these two subjects in English just because it is tough for the children to learn these two subjects in foreign language are doing a huge disservice to the children. Those who do not understand the lofty aim of this practice and who demean and denigrade this practice just to lighten the burden of the children under the pretext of nationalism are merely shortsighted political opportunists bereft of real patriotism and must be rejected.
    The real nationalism is not about how much one uses his own language but how much one would go to dedicate oneself to the betterment of his society and learning other languages to improve one’s country in the development of modern science and technologies and to put them to good use in nation building far outweighs one who blindly insists on using his native language in daily affairs in terms of patriotism and nationalism.

  464. TheStig Aug 10,2008 10:42 PM

    Hi Che Det,
    This is my first time posting. Recently I’ve come back from studying overseas and I realised that the level of English proficiency among the Malays have improved significantly. However, they’re a bit shy to speak English.
    Anyhow, this is a good development. Thank you and have a great week.

  465. pullah Aug 10,2008 10:42 PM

    Salam…
    I’m totally agree with you Tun. But sadly, not all the techers teach math and science in English. They still prefer to teach in Malay. Teachers should be excellent in English first before we can produce the next generations who are excellent and will be the next leaders that lead our beloved country, to the top of the world.

  466. mlbml Aug 10,2008 10:40 PM

    Our universe is governed by mathematical order.
    Tanpa menguasai bahasa ilmu di zaman ini kita pasti tidak dapat memahaminya.
    http://rahsialubang.blogspot.com

  467. zonebad Aug 10,2008 10:39 PM

    Salam Tun
    I just cannot understand those who oppose the use of English in teaching Mathematics and Science. Have not they learn History of Civilisations, including those from the Al Quran? Let us proceed towards achieving pride and success, without accomodating those opposing. Let us hold tightly to a will to progress.

  468. haidaan Aug 10,2008 10:38 PM

    Dearest Tun
    100% agree with you,English is the universal language.
    Even some of our University graduates do not speak English fluently.
    How do they want to move forward?working in the International company?
    We have to think of our children’s future generation…
    Its a good write up Tun.Thanks for the info.
    May ALLAH bless you with good health so that u can keep on blogging..

  469. johanarif21