TOTAL VISITORS FROM 2008:

KESELAMATAN NEGARA 25

1. Semasa saya menjadi Perdana Menteri, masalah keselamatan Negara dipikul bersama oleh saya dan Timbalan Perdana Menteri.

2. Adakalanya saya memegang jawatan Menteri Pertahanan dan Timbalan Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Dalam Negeri yang bertanggunjawab ke atas Polis. Adakalanya apabila saya tentukan saya sebagai Perdana Menteri akan mengambil tugas Menteri Dalam Negeri, maka Timbalan Perdana Menteri akan dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Hanya beberapa kali apabila keadaan mendesak maka jawatan Menteri Pertahanan diberi kepada Menteri biasa. Amalan ini disebabkan soal keselamatan Negara begitu penting.

3. Pada 20 November 1985, saya mengepalai satu rombongan swasta yang amat besar kerana saya anggap terdapat banyak peluang dagangan dengan Negara Cina yang baru sahaja dibuka untuk penyertaan peniaga luar.

4. Saya tidak ingat yang Tun Musa datang berjumpa saya untuk saya tidak pergi ke Beijing tetapi beliau berada di lapangan terbang bersama dengan ramai orang yang ingin ucap selamat pemergian saya ke Cina. Di waktu itu pun saya tidak ingat yang Tun Musa menasihat supaya saya tidak pergi luar negeri.

5. Kejadian peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985, sehari sebelum saya terbang. Memanglah dalam operasi polis seperti ini kemalangan boleh berlaku. 4 anggota polis terbunuh dan 16 penjenayah. Ramai juga yang cedera.

6. Saya begitu yakin yang Timbalan Perdana Menteri dapat menangani keadaan sehingga saya melantik beliau sebagai Pemangku Perdana Menteri. Beliaulah yang menjawab YB Tuan
Gooi Hock Seng (Bukit Bendera) yang telah mohon menangguh mesyuarat Dewan Rakyat pada 20 hb. November 1985 untuk membincang “Perintah Berkurung akibat Pembunuhan di Baling Kedah” (Hansard).

7. Saya kembali ke tanah air pada 28 hb. November 1985. Semasa berada di luar Negara tidak ada apa-apa yang berlaku yang tidak boleh ditangani oleh Timbalan Perdana Menteri yang memangku jawatan Perdana Menteri.

8. Sesuatu jawatan mempunyai tanggungjawabnya. Dari segi tindakan terhadap jenayah tanggungjawab ini dipikul oleh anggota Polis. Dari segi keputusan mengambil tindakan terhadap ancaman keselamatan Negara yang besar Menteri bertanggungjawab, sekurang-kurangnya merestui tindakan.

9. Tun Musa telah akui beliau bertanggungjawab. Dalam sistem kabinet yang kita amalkan semua anggota kabinet, terutama Perdana Menteri bertanggungjawab.

10. Saya tidak fikir Tun Musa telah ramal tentang kehilangan nyawa yang akan berlaku hasil keputusan yang dibuat olehnya. Seperti yang disebut olehnya di waktu menjawab usul oleh YB Tuan Gooi Hock Seng, “adalah menjadi tugas dan tanggungjawab Kerajaan untuk mempastikan supaya keselamatan Negara wujud pada setiap masa demi kesejahteraan rakyat jelata dan demi kestabilan Negara pada keseluruhannya. Sebab itulah Kerajaan tidak akan berkompromi………..”

11. Soal peristiwa saya kononnya tidak ada dalam negeri semasa peristiwa berlaku bukan disebar oleh saya. Dalam buku saya pun saya tidak sebut perkara ini. Yang diketahui umum ialah Dato Musa Hitam ialah Menteri Dalam Negeri, disamping menjadi Timbalan Perdana Menteri pada masa itu. Sebagai Menteri Dalam Negeri rundingan dan laporan oleh Ketua Polis Negara dibuat kepadanya. Menteri Dalam Negeri juga terlibat dalam memutuskan tindakan yang diambil. Jika hanya apabila semua berjalan dengan baik pengakuan bertanggungjwab dibuat, tentulah ini kurang manis.

12. Harus diingat bahawa anggota polis dibunuh sebelum polis menembak balas. Amat malang sekali sementara kematian Ibrahim dan pengikutnya diingati, bahkan dilaung sebagai syahid, kematian anggota polis yang menjaga keselamatan kita dilupakan.

13. Ya. Sepatutunya insiden ini tidak berlaku. Tetapi sanggupkah kita membiar sehingga sesuatu itu sudah melarat baharu kita ambil tindakan. Lihatlah keadaan yang sedang berlaku di beberapa Negara sekarang ini kerana polis tidak dibenar bertindak secara berkesan.

25 thoughts on “KESELAMATAN NEGARA

  1. sudin Apr 17,2014 10:20 AM

    Salam Tun.

    The Star today reported close to half of Malaysian Chinese respondents in a survey showed they were not aware of the existence of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

    This was revealed in a nationwide survey of mostly urban respondents carried out by the Federation of Chinese Associations Malay­sia (Hua Zong) at the end of last year, and many had little knowledge of the offences stipulated under the MACC Act (2009).

    They were so engrossed in trying to manipulate each other when declaring openly that Hock Beng Teoh’s suicidal death was in fact purportedly caused by MACC, to the extend they did not bother/care who or what is MACC!!!

    Typical nyonya sayur mentality/thinking!
    All that really matter to them is to pick out, swallow and to fully concur everything written by guan eng’s red bean army.
    Ignorance aplenty, they have the cheek to harbour dreams of ruling our beloved Malaysia!!

  2. HBT456 Apr 16,2014 7:32 AM

    http://www.malaysiakini.com/news/260093

    Mr igp, if you still have the malay dilemma, sikap duduk atas pagar, it is better off for you resign voluntarily now. If not, federal government will be sued for negligence again and again because you treat this case as obstacles to your current post, not challenges to improve and upgrade pdrm civil service which subject to public and world judgement via tax system malaysia. Jangan lupa, kini tanah kita penuh dengan warganegara asing dari merata-rata tempat, there are many cabaran in the years ahead.

  3. pakciksampoi Apr 14,2014 12:49 PM

    salam semua,

    komen-komen anda semua sangat bernas.. taniah .. seronok pakcik membacanya…
    terima kasih.

  4. HBT456 Apr 14,2014 8:45 AM

    Jangan lupa, the head of management for talent corp are educated, trained and skilled malay management employers who are working hard to develop the country economy. Sadly, umnoputra sees it as a threat.

  5. HBT456 Apr 14,2014 8:39 AM

    Suruh beliau tutup talent corp pakai kuasa keistimewaan bumiputra since itu bukan project koncunya dengan memberikan alasan kepada pembangkang untuk membetulkan situasi talent yamg kian merosot in pada ge yang akan datang. Talents ini adalah aset malaysia yang dibiayai taxpayers of multiracial, bukan zakat orang muslim.

  6. sentinel3 Apr 13,2014 5:43 PM

    Tun,

    Mohon izin lagi menjawap sdra wajaperak,

    Sdra, nampaknya perbahasan kita akan tiada penghujungnya kerana kita masing-masing melihat daripada kaca mata yang berbeza berhubung topik Tun seperti sdra katakan isu keselamatan.

    Terlebih dahulu biarlah saya ulangi lagi mengenai cadangan saya mengenai orang tengah seperti Haji Hadi dalam isu Memali.

    Kalau sdra baca tulisan saya sebelum ini, saya menyebut seperti Haji Hadi atau sepatutnya saya menulis dengan lebih jelas lagi “sebagai contoh Haji Hadi” sebagai orang tengah dalam isu Memali.

    Saya telah pun menjelaskan sebelum ini bahawa penggunaan ‘orang tengah” (tidak semestinya Haji Hadi malah sdra sendiri yang terlatih dalam aspek keselamatan pun boleh jadi orang tengah) adalah satu option yang baik dan boleh digunakan bagi meleraikan standoff (kemudian tragedi) yang berlaku dalam insiden (tragedi?) Memali.

    Sebagai seorang yang mengaku pernah terlatih dalam aspek keselamatan, mana satu yang lebih penting sdra, (dalam kes Memali) keselamatan anggota-anggota keselamatan atau orang awam?

    Alangkah lebih baik jika dalam kes contoh Memali berakhir dalam situasi menang-menang terutama dalam keselamatan nyawa anggota pasukan keselamatan dan orang awam?

    Malangnya dalam kes Memali bukan sahaja anggota pasukan keselamatan malah ramai nyawa orang awam turut terbunuh.

    Cuba sdra renungkan kes di Sauk, standoff antara pasukan keselamatan dan orang awam (dalam kes ini pengganas al Maunah) berakhir dengan menggunakan rundingan orang tengah iaitu pegawai polis dan anggota-anggota bawahannya yang berjaya bukan sahaja memujuk malah memecahkan kebuntuan yang berlaku.

    Mengikut pegawai polis itu kepada saya, mereka telah berbalas-balas hujah (antara pasukan polis dan anggota-anggota al-Maunah) mengenai agama berhubung tindakan mereka (al-Maunah) itu yang melanggar undang-undang negara.

    Semasa berhujah, seorang anggota (ketua?) kumpulan al-Maunah telah mempersoalkan mengenai hadis lemah apabila pasukan keselamatan kita menggunakan hadis untuk memperkuatkan hujah-hujah mereka.

    Setelah rundingan melalui orang tengah itulah (setelah pasukan polis tersebut balik semula ke kawasan mereka) baru pasukan tentera kita memasuki ke kawasan pengganas al’Maunah dan menangkap semua pengganas tersebut bersama ketuanya sekali.

    Tembakan berlaku apabila salah seorang anggota al Maunah marah terhadap kata-kata daripada seorang pegawai tentera terhadap mereka selepas rundingan itu dan nasib baik tembakan itu tidak mengenai mana-mana anggota keselamatan yang difahamkan dapat menolak muncung senjata anggota al Maunah itu ke arah atas.

    Sayang sekali, kalau tidak silap saya, dua peninjau daripada pasukan keselamatan telah terkorban dalam insiden itu.(Sebelum rundingan menggunakan orang tengah berlaku).

    Sdra, kita dapaat melihat mengenai dua kes hampir sama iaitu kes Memali dan kes Sauk yang berakhir dengan penyelesaian yang berbeza.

    Persoalan sdra, adakah kita mahu sesuatu insiden itu berakhir dengan pengurangan jiwa yang terkorban sama ada daripada pasukan keselamatan dan orang awam atau seperti yang berlaku di Memali?

    Saya rasa sdra pernah membaca mengenai ‘waco siege’ di AS? Dalam kejadian itu 76 orang lelaki dan wanita kumpulan ajaran sesat termasuk sembilan orang kanak-kanak dan ketuanya David Koresh, terkorban dalam kebakaran ekoran satu serbuan oleh anggota-anggota FBI di rumah kumpulan ajaran sesat itu.

    Cara FBI mengendalikan serbuan itu hingga mengorbankan banyak nyawa telah menjadi pertikaian di kalangan rakyat dan ahli-ahli politik AS sehingga memaksa US Marshall mengambil alih siasatan itu dan menyiasat anggota-anggota FBI yang terlibat dalam kes itu.

    Sdra, apabila bercakap mengenai kebencian dan trance, selalunya dalam kes ajaran sesat ataupun bukan ajaran sesat terdapat ketua yang menyebabkan orang bawahan terpukau dengan ajaran-ajaran ketua mereka.

    Sama juga lah seperti kebanyakan orang Melayu (termasuk tok-tok guru) yang terpukau dengan pidato Anwar Ibrahim dalam ceramah politiknya.

    Sdra, saya difahamkan selepas kes al-Maunah itu berakhir, seorang jeneral telah memarahi dan menendang seorang anggota kumpulan al Maunah itu, seorang bekas pegawai tentera berpangkat kolonel.

    Apa yang membuat jeneral itu marah ialah bagaimana seorang kolonel boleh mendengar cakap atau mematuhi arahan daripada seorang bekas koperal yang menjadi ketua kumpulan al Maunah?

    Apabila bercakap mengenai trance, begitulah yang selalu berlaku kepada pengikut-pengikut bawahan yang terlalu taksub terhadap pemimpin mereka.Tanpa ketua, pengikut-pengikut boleh dipulihkan semula ke jalan yang lurus?

    Antara contoh yang serupa ialah semasa pergerakan al-Arqam suatu ketika dahulu dan semasa perang duna kedua, apabila seorang bekas koperal dapat menguasai ramai Field Marshal Jerman yang tersohor (kita tak perlu bercakap mengenai yang berpangkat jeneral lagi ketika itu) dan menyebabkan kemusnahan bukan sahaja terhadap harta benda di dunia malah berjuta jiwa raga manusia ketika itu.

    Berbalik semula mengenai kes Memali, seperti yang saya sebutkan sebelum ini, kes ini telah berlalu begitu lama, biarlah ia berakhir begitu sahaja.

    Kalau kita mengorek semula perkara lama takut nanti akan lebih banyak lah kerangka akan dijumpai.

    Salam Tun.

  7. Hajar Apr 12,2014 2:19 PM

    Salam YAB & Yg diKasihi Tun,

    1. Berikut jawapan dari pihak KDN (DS Zahid Hamidi) berkenaan bekas warganegara Malaysia yang melepaskan kewarganegaraan mereka kerana yakin mereka akan diterima di UK sebagai warganegara. Malangnya KEANGKUHAN mereka (ada yg mengoyak passport Malaysia untuk menunjuk kebencian terhadap Malaysia) dibalas dengan keengganan pihak Britain/UK untuk memberi taraf kewargaan kepada mereka walaupun mereka menekankan yang mereka membayar CUKAI pendapatan (sama seperti yang Puan HBT456 dan yg sewaktu dengannya sering laung-laungkan). Britain pun tidak ingin menerima orang yang belot dan tiada kesetiaan kepada Negara.

    PUTRAJAYA 11 April – Pemegang pasport Taraf Kewarganegaraan Luar Negara British (BOC) yang melepaskan kewarganegaraan Malaysia tidak akan memperolehi semula kerakyatan mereka secara automatik sebaliknya perlu melakukan permohonan seperti warga asing lain.

    Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, taraf kewarganegaraan tidak akan diberikan secara mudah kerana terdapat individu yang mengoyakkan pasport Malaysia atas rasa benci malahan ada ‘menikam’ Malaysia setelah mereka menolak kerakyatan negara ini.
    Artikel Penuh:
    http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140412/dn_25/Kerakyatan-tidak-diberi-cara-mudah#ixzz2yeH5jBVi
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    2. Kerajaan (KDN) sepatutnya tidak melayan apa2 permohonan dari bekas rakyat Malaysia yang sudah terang2 menghina dan memburukkan Malaysia. Mereka bukan lagi tanggung-jawab Malaysia.

    3. Mereka diberi ’Resident Pass’, dan jika ini berkaitan dengan ’Resident Pass-Talent’ saya anggap KDN telah melakukan KESILAPAN yang besar. Mereka bukan ’expatriates’. Mereka adalah bekas warganegara Malaysia yang khianat -> pengkhianat Negara.

    http://www.talentcorp.com.my/expatriates/residence-pass/ (more info on ’Resident Pass-Talent’)

    4. Dengar kata Pas Residen ini membolehkan mereka tinggal di Malaysia sehingga 10 tahun.. Kerajaan mesti bijak; jangan asyik kena TIPU saja dengan gologan sebegini yang tidak tahu berterima kasih. Nanti menambah masaalah sebab ‘pengkhianat’ sudah berada di dalam ‘sistem kerajaan’; mudah untuk mensabotaj Negara dan Kerajaan BN/UMNO.

    5. ’Keselamatan Negara’ dan kepentingan majoriti rakyat mesti diutamakan.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah SWT sentiasa melindungi Tun sekeluarga. ***

  8. wajaperak Apr 12,2014 12:24 PM

    Assallammualaikum Tun.
    Saya mohon ruangan.
    Saudara sentinel3..
    Sedihkan?..:)
    Itulah hakikatnya apabila Qabil membunuh Habil..kerana nafsunya telah mengatasi akalnya..
    Akhirnya dia menyesal..
    Begitulah kita..
    Apabila kita menjadi ‘benih’ maka lihatlah bagaimana benih ini wujud?
    Adakah dimalamnya si bapa makan kurma subahat yang mengakibatkan anak yang lahir berlari-lari di dalam masjid keriangan sehingga Rasullulah s.a.w menegur
    “Anak subahat!”..
    Adakah kita sebegitu hebat sehingga Allah dan RasulNya sudi menegur kesalahan dan kesilapan kita?Atau adakah kita dibiarkan Allah terlonta-lonta tanpa jawapan sehingga Allah tidak sudi memberikan jawapan keatas persoalan dunia..
    “Oh..mengapa Allah menjadikan engkau dia manusia bukan binatang?”
    Hanya kerana sedikit kesakitan yang diuji untuk dia?
    Apakah pokok persoalan tajuk posting Tun kali ini?
    Keselamatan.
    Sebagai seorang yang pernah terlatih secara rasmi aspek keselamatan, kami mengetahui apa yang orang awam seperti saudara tidak mengetahui.
    Pertama : Consumption.Apakah yang telah mereka-mereka ini ‘makan’?
    Mereka telah makan kebencian.
    They were consumed with hatred.Have you seen the video where even an old lady waving parang in trance?Note the word trance.Only hatred can do these.
    Kedua: Appeal.Are Abdul Hadi Awang better than Saidina Ali r.a.?Of course..NOT!..
    Pada zaman Saidina Ali r.a. mereka telah berkumpul kunun-kununya menuntut Qisas ( Hudud )
    darah Saidina Usman r.a.Jadi cara menuntut keadilan ialah?
    Bunuh pengikut Saidina Ali r.a.
    “Siapakah mereka wahai Saidina Ali?Tanya seorang sahabat.Adakah mereka orang-orang kafir?
    Tidak.Mereka saudara-saudara mu yang asi ( derhaka ).Apakah kita akan terus berdiam diri sahaja sedangkan banyak orang-orang kita telah mati dipanah?”
    Akhirnya berlakulah Perang Siffin.
    Dan inilah perang utama di antara mereka yang mendakwa dirinya Islam membunuh saudara Islamnya sendiri..Alasannya..menegakkan kebenaran!Di pihak Saidina Ali r.a terpaksalah mempertahankan diri.
    Memali bukanlah kali pertama mereka yang mendakwa Islam membunuh orang Islam yang lain.Tidak juga akan menjadi kali yang terakhir.
    Orang yang sehebat Saidina Ali r.a. tidak mampu mengubah kebencian menjadi cinta.
    Adakah Abdul Hadi Awang yang terkenal dengan Hospital Islam PAS di Terengganu ( P)..
    Sekolah-sekolah anak-anak Yatim di Marang (T)..
    Masjid-masjid PAS di Pantai Timur (U)..
    Industri makanan halal di Terengganu (I)
    Tahfiz-tahfiz akhlak mulia yang terkenal dengan Amanat Lim Kit Siang (H)..?
    Lebih hebat dari Saidina Ali r.a?
    Saudara ‘calculus’kan kesemua initial dan akan dapati persamaan linearnya sebagai..
    (P)(T)(U)(I)(H)!..atau lebih tepat lagi
    PTUIH!
    Eh..maaf Tun.Jangan marah..maksud saya putus..
    Telah berlaku sejak zaman Rasullulah s.a.w orang yang mendakwa dirinya Rasul mendapat anugerah ‘Kazaab’..
    Apa yang mereka makan kita tak nampak.
    Apa yang mereka muntahkan itulah yang kita nampak..
    Diantara muntahan yang busuk dari ‘stomach washout’ itu benda yang busuk juga.
    Mengapa?
    You are what you consumed.
    Allah itu Maha Adil dan Maha Pemurah.

    JANGAN PERGI KE TURKISTAN MENDAKWA PERGI KE MEKAH!..

    Terima kasih Tun.

  9. sentinel3 Apr 11,2014 4:58 PM

    Tun,

    Izinkan saya menjawab tulisan wajaperak.

    Sdra, saya tahu nanti akan ada orang akan mempertikaikan tulisan saya berhubung cadangan supaya pihak keselamatan menghantar atau menggunakan orang tengah seperti Haji Hadi untuk memujuk Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya supaya menyerah diri.

    Untuk makluman sdra, itu adalah satu option yang saya cadangkan apabila menghadapi situasi genting terutama apabila melibatkan kepentingan dan nyawa orang ramai termasuk anggota-anggota pasukan keselamatan.

    Tidak semestinya Haji Hadi sahaja, satu kumpulan ulama , tokoh dihormati, orang kampung yang dipercayai oleh kumpulan tersebut malah khidmat sdra juga boleh digunakan sebagai orang tengah jika sdra tahu ‘the art of diplomacy’.

    Pada pendapat saya cara berhemah dengan memujuk secara diplomacy terlebih dahulu termasuk menggunakan orang tengah adalah jalan terbaik daripada bersikap ‘naive’ terburu-buru meluru menyerbu rumah orang yang sudah diketahui bersenjata.

    Kalau secara diplomacy gagal sdra, ada option lain seperti yang dicadangkan RD, kepung rumah mereka, sekat bekalan makanan mereka (tetapi dalam kes Memali. kalau tidak silap saya Ibrahim Libya dan pengikutnya mempunyai bekalan yang mencukupi untuk bertahan dalam jangka masa yang lebih lama) supaya mereka lemah dengan harapan akhirnya mahu beralah dan menyerah diri kepada pihak berkuasa.

    Kalau mereka tidak mahu beralah pun seperti sdra tahu, sekurang-kurangnya pihak yang melawan itu akan berada dalam kedudukan yang lemah (dapat gastrik?) untuk menentang penahanan oleh pihak keselamatan.

    Berbalik semula mengenai Haji Hadi sdra, seperti sdra tahu, saya bukan seorang ahli politik atau non partisan dan tidak ada sentimen menyanjung atau mengagumi seseorang ahli politik itu seperti mana kebanyakan orang Melayu yang taksub terhadap Anwar Ibrahim walaupun mereka ditipu secara terang-terang oleh sesumpah ini.

    Begitu juga Tun sendiri, walaupun saya menyanjungi Tun tidak bererti saya setuju dengan semua dasar Tun (perkara ini juga saya percaya berlaku terhadap sdra terhadap topik Tun mengenai anti hadis sebelum ini).

    Bagaimanapun sdra, apa sahaja keburukan pada pandangan sdra terhadap Haji Hadi, pada pendapat saya dan saya yakin pemimpin Pas ini (termasuk beberapa pemimpin Pas lain) walaupun dilihat sebagai seorang yang radikal tetapi dapat mempertimbangkan antara yang baik dan buruk yang merintasi sempadan dunia politik terutama apabila melibatkan kepentingan orang Melayu.

    Tidak salah kita menggunakan semua option yang ada (termasuk menggunakan khidmat Haji Hadi sebagai contoh jika beliau sudi) terutama apabila ia melibatkan nyawa orang ramai termasuk anggota-anggota pasukan keselamatan.

    Ada masanya sdra, kita terpaksa berkawan (kata Nik Aziz kita terpaksa berkawan dengan syaitan?) musuh pun jika ia merupakan option terbaik dan terakhir untuk menyelesaikan masalah terutama seperti yang saya ulangi lagi apabila melibatkan nyawa rakyat.

    Saya harap sdra tidak akan salah faham mengatakan saya mengagumi Haji Hadi tetapi pada pandangan saya sdra, tanpa Nik Aziz (yang manjadi penghalang utama) Pas dan UMNO boleh berbaik semula seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

    Melalui insiden MH370 baru-baru ini sahaja, kita boleh melihat perbezaan antara dua orang pemimpin pembangkang, Haji Hadi yang menyokong dan memuji kerja-kerja SAR yang dijalankan oleh pasukan keselamatan berbanding Anwar Ibrahim yang hanya nampak keburukan bukan sahaja terhadap anggota keselamatan malah kerajaan dan negara.

    Kesimpulannya sdra, ada masanya kita terpaksa mengawal emosi dan berfikiran terbuka dan tidak membiarkan diri kita dibelengu atau terikat dengan sebarang kepercayaan atau doctrine dalam menyelesaikan masalah.

    Hanya dengan mempunyai jiwa yang tenang dan ‘cool head’ baru kita boleh menang bukan sahaja dalam rundingan malah dalam peperangan dan (jika kita seorang jeneral) menyelamatkan banyak nyawa daripada terkorban.

    Salam Tun.

  10. Tuntuah Apr 11,2014 3:34 PM

    Hehrhehr.. Sapa yang sibuk tak mau GST?
    Aso hbt dan kaumnyer… Hehehehe kater bayar tax tapi tak mau gst apsal? GST 6% aje . Apsal kecoh tak mau bayar Gst aso hbt?

    Lu ingat government bodo ka? Lu berapa banyak tax lu bayar aso hbt? Sikit aje, tipu tax aje banyak. Tau la lu tak de halal haram so boleh tipu ma…

    Gst mana boleh tipu . Aso pakai mecedes bayar la 6%. Hehehe aso tak leh tipu lagi. Lagi mahal barang aso beli bayar la tax. Kami melayu kurang wang so bayar sikit aje…

    Tak yah tipu la aso. So sekalang balu la ok. Aso mau belanja banyak bayar tax gst la. Saya kurang wang bayar gst sikit.

    Hidup gst. Olang macam aso dan kaumnyer tak leh tipu kelajaan lagi. Horey horey horey. Tak mau bayar gst balik mainland lah aso…

  11. Shah Ahmad Apr 11,2014 11:21 AM

    Isu ni keluar mungkin disebabkan Tun Musa sudah kurang kuasa-nya ke atas Sime Darby ?
    Satu Malaysia tahu yang Tun Musa bersama-sama PDRM ke lokasi kejadian. Lagi pun kes
    ini dah lama berlaku, biarkan lah ianya berlalu. Sudah-sudah-lah tu !!!

  12. wajaperak Apr 11,2014 8:30 AM

    Assallammualaikum Tun.
    Saya mohon ruangan.
    [sentinel3
    Alangkah lebih baik jika kerajaan menghantar orang tengah seperti Haji Hadi untuk memujuk Ibrahim LIbya dan pengikut-pengikutnya supaya menyerah diri?]
    Minta maaf saudara..
    Saya rasa saudara ini ‘naive’.
    Mari kita lihat satu bentuk contoh kekejaman.
    Para penduduk Palestin disekat disempadan Rafah bukanlah kerana Israel yang memang kejam.Mereka disekat oleh talibarut Israel yang mendakwa mereka orang-orang yang beriman..Bila tentera Belanda meninggalkan orang-orang Islam untuk disembelih oleh Serb ini adalah tindakan yang tidak menghairankan..
    Apa yang menghairankan ialah kita masih terpedaya dengan imej Abdullah Ahmad Badawi,Abdul Hadi Awang dan mereka-mereka yang sekonco dengannya..
    Di mana kita boleh lihat bukti ‘evidence base’ orang yang telah minum racun?
    Dari ‘stomach washout’ =Gastric lavage.
    Dari mana kita dapat ‘lihat’ kekejaman seseorang itu?
    Dari matanya yang memperkatakan lain apa yang di hatinya..
    Al Quran..

    Ali-Imran :167. Dan supaya Dia mengetahui orang-orang munafik apabila dikatakan kepada mereka, “Marilah berperang di jalan Allah, atau menangkislah.” Mereka berkata, “Sekiranya kami mengetahui bagaimana hendak berperang, tentu kami mengikuti kamu.” Mereka pada hari itu adalah lebih dekat dengan ketidakpercayaan (kekafiran) daripada keimanan mereka,

    dengan mengatakan dengan mulut mereka apa yang tidak ada di dalam hati mereka; dan Allah sangat mengetahui apa yang mereka menyembunyikan..

    Terima kasih Tun.

  13. sudin Apr 10,2014 11:58 PM

    Salam Tun.

    Barisan pemimpin perosak Melayu selepas tahun 1980, bahagian atasan: the labourer KuLi, Musa, Pak Dol, Anwar maniak, N.Ajis, Mat Sabu. dan terkini budak KJ.
    Untuk bahagian second liner terlalu ramai, didahului jauh didepan oleh budak KJ, dan seterusnya Johari Baharum, Mat Taib, ……….
    Kesemua mereka tu sanggup jadi macai cina bukit.

    Si Musa tu pulak Sime Darby pun tak terurus, dan selalunya dimana Musa pergi masaalah mengikuti.
    Tapi kali ini nampak lain macam aje, umur dah sekitar 80an masih nak timbulkan isu.
    Kalau ia pun dah nak buang tebiat carilah isu yang berupa kebajikan/kebaikan.

  14. milshah Apr 10,2014 10:59 PM

    Assalamualaikum Tun,

    Saya dapati ramai bekas musuh-musuh politik Tun dari semasa ke semasa akan mengkritik dan mengungkit perkara-perkara silam semasa pentadburan Tun.

    Persoalannya mengapa sekarang nak timbulkan perkara yang telah berlalu? Mengapa dulu tidak ditimbulkan? Tentunya mereka ada agenda tersendiri yang hanya mereka yang tahu.

    Saya percaya selepas Tun tiada, lagilah rancak mereka untuk menunjukan mereka tidak bersalah dan Tun lah yang bersalah sebab Tun tidak dapat membalas balik tuduhan-tuduhan mereka pada ketika itu.

    Saya rasa lagi mereka mengkritik Tun lagilah menunjukkan sikap buruk mereka. Kalaulah mereka ikhlas masa perkara itu terjadilah mereka patut suarakan kebenaran. Ini 20 – 30 tahun kemudian baru nak bersuara. Untuk apa?

    Saya tidak bacapun hujah-hujah mereka sebab tidak kena masanya.

    Apapun saya harap Tun bersabar dengan mereka-mereka ini.

  15. azlan95 Apr 10,2014 10:41 PM

    Ibrahim Libya sepatutnya menyerah diri. Haram dia enggan menyerah diri atas arahan polis yang berkuasa. Dia tidak mati syahid.

    Kesyahidan ini perlu dijelaskan supaya tiada siapa yang ulang perbuatan serupa untuk mendapat kuasa atau sebagainya.

    Azlan
    KL

  16. hati.kering Apr 10,2014 9:30 PM

    Salam … Allah Maha Mengetahui. Siapa pendusta dalam hal ini. In Syaa Allah lambat laun semua orang akan tahu jawapannya.

  17. RD. Apr 10,2014 7:08 PM

    Saya percaya insiden Memali ‘sengaja’ dicetuskan untuk meneutralkan ketegangan kaum, ketika itu.

    Realitynya, Polis tidak perlu menyerang. Mengapa tidak dikepong pengikut Ibrahim Libya, sehingga lemah tak makan? Polis boleh tukar-tukar orang berkawal 24 jam. Bila dah lembik tak larat, pergi tangkap saja. Jika di serang, undur dan kalau boleh cekop, cekop. Ibrahim Libya belum mengancam nyawa sesiapa, menahan tebusan atau pun, menyerang Balai Polis. Mengapa Polis terburu-buru, menyerang orang kampung yang naik minyak atau naik sheikh?

    Satu hakikat lain yang Musa Hitam tidak beritahu ialah, pada ketika insiden Memali, ketegangan kaum amat meruncing. Di Sg.Way, ramai operator kilang sudah mula takut datang kerja, menyebabkan production terhenti. Ada yang talipon beritahu, ibu-bapa tidak benarkan datang kerja. KL mulai lenggang kerana orang tak berani keluar rumah. Akhbar Cina /Melayu asyik kutuk-mengutuk dan mencemuh/menyokong cadangan kerajaan untuk menempatkan guru-guru Melayu di SRJK.

    Akibat serangan Polis di Kg. Memali, keesokan hari, semua akhbar menukar tajuk utama mereka. Radio dan TV memainkan lagu-lagu patriotik dan mesej: ‘Jangan Dengar Khabar-khabar Angin’, sama seperti suasana selepas 13Mei,1969. Secara otomatik rakyat terlupa dan keteganggan kaum terus reda dengan sendirinya. (Pada 1987, terjadi lagi ketegangan kaum atas sebab yang sama, nasib baik diredakan oleh amukan Prebet Adam).

    Harus diingat, pada 1970~80an, Polis dan tentera bermusuhan dan asyik bergaduh. Ramai yang mati, terutama di bazaar bulat Ipoh, berebut betina cabaret. Selalunya berlaku akhir/awal bulan. Pasal itu gaji Tentera dibayar awal (25hb.) untuk elak bertembungan.

    Pasukan polis yang mengempur Kg.Memali bukan datang dari Balai Polis Baling, tetapi Sg.Petani. Tentera marah kerana ada yang mempunyai saudara-mara di Memali. Mereka juga marah kerana tidak diberitahu terlebih dahulu. Bila menentang komunis, mereka di minta untuk tolong, tapi dengan orang kampung yang bersenjata senapang tembak tupai dan parang, mereka tidak diberitahu.

    Sehari selepas kejadian Memali, Balai Polis Baling telah di kepong oleh tentera-darat yang berkereta perisai V150, lengkap bersenjata dari Kroh (Pengkalan Hulu). Beratus orang askar telah menggoncang pagar dan mengancam untuk serang Balai. Ahli-ahli keluarga, terutama kaum perempuan di dua block penghuni, berpelukan, menangis ketakutan.

    Musa Hitam bergegas datang dengan helicopter, mendarat di padang Jam (ketika itu Padang masih besar), sebelah Masjid yang dipisahkan Balai Polis oleh jalan kecil ke Kg. Lubok Pedati/Kg. Bawah Gunung, untuk mententeramkan keadaan.

    Kalau tak percaya, tolong tanya Musa Hitam, benarkah beliau telah turun dengan helicopter dan berjaya menyuraikan pertempuran antara polis dengan tentera di Baling, sehari selepas kejadian Memali?
    Yang jelas Kerajaan yang ketuai Musa Hitam sebagai KDN, telah mengambil tindakan kejam terhadap orang Melayu untuk meredakan ketegangan kaum, ketika itu. Berani dengan bangsa sendiri saja.

  18. sentinel3 Apr 10,2014 7:02 PM

    Tun,

    Mohon izin memberi komen terhadap tulisan Tun,

    “Ya. Sepatutnya insiden ini tidak berlaku. Tetapi sanggupkah kita membiar sehingga sesuatu itu sudah melarat baharu kita ambil tindakan. Lihatlah keadaan yang sedang berlaku di beberapa Negara sekarang ini kerana polis tidak dibenar bertindak secara berkesan.”

    Tun, memang betul kerajaan tidak seharusnya membiarkan sehingga sesuatu itu sudah melarat baru mahu mengambil tindakan.

    Bagaimanapun Tun, perkara (insiden) itu yang mengorbankan banyak nyawa termasuk pihak keselamatan sebenarnya boleh dielakkan jika ditangani dengan lebih berhemah.

    Pada ketika itu, kerajaan ada ISA bukan macam sekarang, saya tidak tahu bagaimana kerajaan sekarang dengan akta baharu boleh mengambil tindakan preemptive bagi mencegah sesuatu kejadian sebelum melarat daripada berlaku.

    Saya bukan mahu menunjuk pandai mahupun untuk mengajar pihak keselamatan bagaimana untuk mengatasi perkara itu ketika itu tetapi seperti saya katakan ISA ketika itu ada dan terpulang bagaimana akta itu harus digunakan terhadap Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya.

    Adakah ISA boleh digunakan dengan secara berhemah atau dengan cara serbuan melulu ke atas rumah Ibrahim LIbya dan pengikut-pengikutnya?

    Kalau tidak silap saya, pihak polis ada menemui senjata berbahaya dalam kereta pengikut-pengikut Ibrahim Libya dalam sekatan jalan raya sebelum itu, jadi adakah pihak keselamatan sudah bersedia menghadapi orang yang bersenjata apabila membuat serbuan ke atas rumah Ibrahim Libya?

    Alangkah lebih baik jika kerajaan menghantar orang tengah seperti Haji Hadi untuk memujuk Ibrahim LIbya dan pengikut-pengikutnya supaya menyerah diri?

    Itulah Tun, kita tidak bersedia dan kita tidak berhemah dalam menjalankan tugas kita dan akibatnya terpaksa menanggung jumlah korban yang besar yang juga melibatkan anggota-anggota pasukan keselamatan. Salah siapa? Salah polis? Salah Menteri Dalam Negeri? Salah PM?Salah Kabinet atau kerajaan?

    Seperti yang saya katakan sebelum ini, insiden menyayat hati ini sudah lama berlalu, jadi biarlah ia berlalu tanpa perlu diungkit kembali kerana ia akan hanya menyebabkan rasa kurang senang dan keluh resah dalam kalangan rakyat.

    Selain Musa Hitam, pihak-pihak pembangkang di negara ini harus diingatkan supaya jangan mengambil kesempatan membangkitkan isu yang menyayat hati yang mengakibatkan kehilangan banyak nyawa untuk kepentingan politik mereka sendiri.

    Ini terutama Lim Kit Siang dan anaknya termasuk sesumpah bernama brother Anwar bin Ibrahim (B.b.) dan geng-gengnya.

    Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya serta anggota-anggota keselamatan yang terkorban, nasib mereka sudah diketahui di dunia ini, tetapi di akhirat, tiada siapa yang tahu termasuk nasib kita sendiri suatu hari nanti.

    Salam Tun.

    P.s Kepada aso HockBengTeoh half pastsic, apa yang NGO Melayu kata supaya aso balik China memang betul, kerana aso dan majoriti kaum cina tiada langsung semangat kebangsaan mahupun cintakan negara ini.

    Kalau bukan sebab NGO-NGO Melayu ini seperti Perkasa, tiada siapa yang boleh mempertahankan orang Melayu di negara ini.

    UMNO baharu seperti kata aso pun tidak boleh menolong orang Melayu, jauh sekali aso sendiri dan majoriti kaum cina di negara ini.

    Aso, orang putih ada kata, ‘sometimes the truth hurts’ tetapi itulah hakikatnya terhadap kebanyakan orang cina di negara ini yang busuk hati, tamak dalam segala-galanya dan kini mahu kuasa politik untuk memerintah negara ini dan tidak tahu mengenang budi.

    Saya tidak peduli apa orang lain kata atau menuduh saya rasis kerana hanya orang rasis boleh melawan orang rasis seperti aso dan majoriti kaum cina di negara ini.

    Dan saya tidak perlu berasa bersalah menjadi rasis mempertahankan bangsa Melayu di negara ini kerana orang Melayu memang perlu dipertahankan kerana mereka lemah dalam segala-galanya sama ada lemah semangat, lemah berfikir, lemah dalam pengetahuan dan pelajaran dan lemah jati diri serta mudah lupa diri.

    Akhir kata aso, aso sendiri dan kebanyakan orang cina di negara ini tiada tuhan dan tiada agama, jadi janganlah berpura-pura berlagak pandai dalam agama dan mahu berkongsi pula dengan orang Melayu Islam mengagung-agungkan nama Allah SWT di negara ini.

    Terima kasih Tun.

  19. Hajar Apr 10,2014 6:44 PM

    Salam YAB & Yg diKasihi Tun,

    1. Jawapan yang jelas dan mantap dari Tun kepada Tun Musa Hitam. Tun Musa sepatutnya tidak membangkitkan kes Memali dengan cuba mengelirukan orang ramai kerana TANGGUNGJAWAB adalah ke atas Menteri Dalam Negeri pada masa tersebut. Beliau bertanggungjawab atas apa2 arahan yang membawa kepada berlakunya pertumpahan darah; beliau cuma memalukan diri sendiri dengan mengungkit hal ini.

    2. Kes di Lahat Datu juga sama. KDN (Menteri pada masa tersebut) bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tindakan yang agak lambat sehingga ada kematian yang ramai di pihak Polis. Sepatutnya KDN belajar dari kes Memali. Jangan ambil ringan hal2 berkaitan keselamatan negara.

    3. Baru2 ini saya baca di akhbar bahawa KDN akan menolong mereka (bekas warganegara Malaysia) yang berada di UK yang sekarang ini sudah tidak bernegara (’stateless’), dan hidup merempat . Ini lagi satu perkara yang KDN mesti halusi sebelum setuju untuk menolong PENGKHIANAT negara. Mereka pilih untuk bubarkan kewarganegaraan mereka kerana berasa angkuh dengan ’brain’ mereka yang kononnya amat laku di luar negara (yang nampak nya menolak mereka). Kejadian memburukkan negara banyak dilakukan oleh puak2 yang angkuh ini. Jadi Malaysia tidak perlu berlembut dengan mereka kerana mereka bukan lagi warganegara Malaysia, dan KDN jangan layan mereka ini. Mereka akan terus menjadi ”duri dalam daging” dan ”musuh dalam selimut’ kepada Malaysia. Bertambah ramai lah PENGHASUT yang akan terus-menerus memburuk dan memfitnah Kerajaan BN jika mereka dibenarkan untuk kembali menjadi warganegara Malaysia. Ini juga amat berkait rapat dengan KESELAMATAN NEGARA. Kita mahukan warganegara yang setia kepada Raja dan Negara, dan bukan mereka yang membelot.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah SWT sentiasa melindungi Tun sekeluarga. ***

  20. sitinur Apr 10,2014 6:12 PM

    Assalamualaikum…
    bukan ccina jer bayar tax..melayu india dan lain2 bangsa pon bayar tax….awat yg dok berlagak sgt dgn tax yg dibayar dibandingkan cina boleh duduk aman tanpa diganggu dim’sia…kenapa beria ia nak gunakan terjemahan Allah untu God…ada dalam mana2 kamus God diterjemahkan sebagai Allah ada ada ada…selama ini dlm kamus God = Tuhan…adakah semua cina dan india kristian mmg dilahirkan tuk membuli bangsa dan agama lain waima walo sebangsa tp berlainan agama pon cina dan india akan buli teruk2…siapa terkaya di m’sia yg duk kata melayu neh jahat…mmglah kalo dah tak berhati perot kalo tak suka duk m’sia pindah jew mcm kawan2 hangpa kat uk ke kat mana tu yg dah koyakkan pasport m’sia..dato’zahid wajib takyah tolong cina yg tak kenang budi…binatang pon tau balas budi…maaf semua hangen jiwa raga ngan kaum cina yg buta perot ni…salah sendiri tamau amik tau duk nak nyalak salahkan org melayu gak…

  21. dinturtle Apr 10,2014 3:24 PM

    Salam Tun,

    Dengan izin – http://dinturtle.blogspot.com/2014/04/memali-untuk-apa-kertas-putih-ditarik.html

    Ada saya letak link untuk mereka yang mahu baca Kertas Putih Memali.

  22. krisubai Apr 10,2014 1:40 PM

    ALHAMDULILLAH JAWAPAN YANG TERBAIK, SENANG DIFAHAM DAN TIDAK RAGU-RAGU. SAYA BERHARAP TIDAK ADA KOMEN-KOMEN YANG MEMAKI HAMUN KEPADA CHE DET.

  23. sibotak Apr 10,2014 1:22 PM

    Apa pun jua, TUN bukanlah Superman
    Manusia Biasa macam kita kita saja
    Same U & I

    Yg Nak Bongkar perihal lama ni ,APA SAL , APA TUJUANNYA ?
    Bolih kembalikan si mati ?

    Mas Selamat pun Dah Selamat di Tangkap Balik
    Dengan bantuan Polis Malaysia
    Menteri Dalaman Singapura TAK juga di Tegur
    Apabila Mas Selamat , selamat lepaskan diri dari Kawalan Ketat Singapura

    Sekian Ucapan Saya .Tak perlulah kita soal perkara yg TIDAK relevant
    Hanya Bertujuan menjatuhkan Air Muka Sesaorang
    Dengan ini Saya ucapkan

    SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI YG MULIA
    MAAF ZAHIR BATIN

  24. HBT456 Apr 10,2014 12:55 PM

    Hari ini, polis kita boleh singgah mana2 tempat yang mereka bertugas untuk makan, thanks to kementerian perumahan kita yang telah bekerja keras untuk meluluskan kos keselamatan perumahan dibiayai oleh pembeli seperti pn hajar dan aku ini. Malangnya, apa yang kita lihat pro umno baru sini ala pengacau2 ngo melayu yang lupa diri suruh kita balik china, balik india, tak boleh pakai allah padahal allowance mereka dibiayai oleh taxpayers malaysia. Empty vessels made more noises.

    Life must go on, eventhough we are afraid of nightmares, we still have to sleep. Bubur ke, nasi ke, biar kita menentukan pada pilihan umun yang akan datang. Good luck to all politicians, our malaysians of all races in upgrading and transforming our economy to be at par with international standards of human rights to rectify what went wrong in the past that made malaysians no longer favor mahatirism of ketuanan melayu. Pm najib can do it if tun dr mm tepuk shouldernya dan memberi isyarat hijau kepadanya to do what is right to make malaysia a developed nation in 2020.

    Salam 1 malaysia kepada kita tanpa kira kita ni kaum apa pun, kepercayaan tuhan is here to stay forever dengan membayarkan cukai pendapatan kita to run the federal government effectively without burdening the rakyat further.

  25. Malaysia Bagus Apr 10,2014 12:33 PM

    Salam Tun,

    nampaknya ada pihak yang tidak malu untuk cuba memburukkan Tun Mahathir, walaupun dengan satu percubaan yang memalukan dirinya sendiri. Tun Musa(ang) bolehlah di”martabat”kan sebagai “Dayus Politik” yang tersohor dalam sejarah politik Malaysia. Musa(ng) mudah lupa!

    Kami ♥ Tun Mahathir

Leave a Reply