TOTAL VISITORS FROM 2008:

BERANI MATI 27

1. Orang Melayu sekarang sudah sanggup bunuh diri untuk ke syurga. Bukan sahaja itu, tetapi mereka juga sanggup bunuh orang Islam lain kerana kelainan politik atau ideologi. Kita belum dengar ulama Malaysia memberi pendapat atau membuat fatwa berkenaan dengan perbuatan seperti ini. Jika pendapat berkenaan bunuh diri, bunuh saudara seagama akan dapat balasan syurga, mungkin ramai lagi orang Melayu yang akan melilit bom dibadan dan meletupkannya supaya dapat membunuh ramai orang Islam lain yang tidak dikenali dan tidak bermusuh dengan mereka. Diantara yang terbunuh ialah kanak-kanak, orang tua, wanita dan OKU. Kebanyakkan mereka ini orang perempuan bukan askar dan tidak bersenjata.

2. Saya cuba cari dalam Al Quran arahan supaya orang Islam boleh bunuh diri, boleh bunuh orang Islam lain. Orang yang dibunuh ini tidak menyerang negara kita dan rakyat kita. Kita tidak berada dalam keadaan tidak selamat kerana serangan oleh orang Islam yang tidak sebulu dengan kita.

3. Al Quran menyuruh kita damaikan antara dua orang Islam jika mereka bermusuh. Jika mana-mana pihak menolak kedamaian barulah boleh pihak ketiga memihak kepada pihak yang menerima kedamaian.

4. Tetapi tidak ada firman Tuhan yang menyuruh kita meningkatkan permusuhan dengan memihak kepada mana-mana pihak.

5. Sesungguhnya Allah s.w.t. berkali-kali menyatakan tidak suka mereka yang mencetuskan huru-hara.

6. Mungkin ada hadis yang menyuruh kita bermusuh sesama Islam. Tetapi saya belum jumpa. Jauh sekali dari menjadi syahid dengan membunuh diri untuk membunuh orang Islam lain. Saya cuma ingin tahu pendapat ulama di Malaysia berkenaan syurga yang menanti merekasebagai pejuang Islam ini.

27 thoughts on “BERANI MATI

  1. HBT456 Jul 26,2014 6:50 AM

    Most people do not really want freedom because freedom involves responsibilty, and most people are frightened of responsibility. Famous quote on civilization and discontent,
    http://en.m.wikipedia.org/wiki/Sigmund_Freud

    Even myself felt being prejudiced by own race because of the nep. Un is right, the gap of inequality will threaten malaysia progress. But I believe, we are heading the right way, mubarak chan. Malay and bumi elites, our first class citizens, gets the wealth and will spend more to get votes from bumi and malay. Where else, the second class citizen gets freedom, and will have to work harder to choose the right people. Bn is split in the core whereby umno jaga bumi, mca jaga cina, mic jaga indian, gerakan jaga rojak, and others from sarawak, jaga sarawakians. God is fair, we have to choose one, we cant have both.

    Keep it up, pm najib. It is tough to crack the shell, but it is not imposible. Moderation through race integration is the vital key for malaysia success.

    Hadi awang will not get endorsement to support khalid ibrahim from pkr and dap after what they have done in the past since merdeka.

  2. mubarakchan Jul 24,2014 1:25 PM

    Tun

    For the politically blind Singaprean Trojan Horse DAP and the brilliant Lee Kuan Yew with his 21 failed Policies for Singapore, admirer HBT678. You agree that nepotism, cronyism, favouritism etc are rife in both the DAP and the PKR ? And that only 0.10% of their supporters will only go up depending on how KISSABLE they are ! Right ?

    MALAYSIA BOLEH ! MALAYS BOLEH ! ALL MALAYSIANS BOLEH !

  3. HBT456 Jul 24,2014 12:21 PM

    Mubarak Chan, sorry, I wont vote BN because MCA and Gerakan are in there. Why? So many years dah kaya raya because of massive clearing of land for property via vote bribing, still want to rampas nasi from DAP and PAS? In a city, there must be new and old buildings ma, if not, it will become ghost town.

  4. mubarakchan Jul 24,2014 11:13 AM

    Tun

    For TeohBengHockhalfpastsic, I am glad to hear that you will keep on voting for the Singaporean Trojan Horse DAP because your hero is the brilliant Lee Kuan Yew with his 21 failed Policies for Singaporeans to keep our Malaysian Democracy alive and well. When you vote for BN do not blame us for forcing you to do so.

    MALAYSIA BOLEH ! MALAYS BOLEH ! ALL MALAYSIANS BOLEH !

  5. HBT456 Jul 24,2014 6:16 AM

    When things get too hot, or out of control, we need a cooling factor, tun perak. If not, it will merebak di seluruh negara, especially in a post internet era. Everyone deserves cooling off period so that malaysian are united to stand as one. Jangan gusar, the evil ones can never replace the good ones. Igp ada buat salah mengambil neutral path between common and syariah law to protect himself since this issue is not debated at all in the parlimen kita? Syariah can never replace common law, if you do that, there will be no malaysia, no agong. Yang haya tinggal adalah 14 negara sharing ringgit malaysia. Bn boleh bungkus already since raja2 melayu take over their place.

  6. HBT456 Jul 13,2014 6:41 PM

    Tun perak, even the japanese no longer bunuh diri. Today, God’s greatest invention is internet. Our 4th pm SAW this as an challenge and opportunity to transform the world to next level. I admire his guts and vision for malaysia. Today, I certainly i hope his vison can be smartetr and wiser in supporting pm najib for the next kevel of transformation. The only mistake he did was too lenient and too kind kind to anwar ibrahim by bringing into umno baru. I certainly hope his son will carry this fire and win tbe heart of all malaysians to make malaysia a better to live.

  7. Tun Perak Jul 3,2014 11:55 AM

    Assalam,

    Membunuh diri adalah masalah sosial dan membunuh diri dengan tujuan membunuh orang lain adalah masalah kriminal.

    Orang membunuh diri boleh disebabkan oleh dua faktor. Faktor pertama – tekanan emosi. Faktor kedua – pengaruh oleh pihak ketiga.

    Orang yang berani mati kerana ingin membunuh orang lain ini patut bertanya kepada orang yang menasihati untuk membunuh diri mengapa si penasihat tidak membunuh diri tetapi menyuruh orang lain yang membunuh diri . Mungkin ada sebab mengapa penasihatnya hanya berani menyuruh orang lain menjadi berani mati tetapi “penasihat sendiri tidak berani mati” ?

    Membunuh diri bukanlah ajaran daripada Al-Quran.

    An-Nisaa : “Dan janganlah kamu bunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.” (4:29)

    Sekiranya seseorang membunuh diri, dia tidak berserah diri kepada takdir Allah. Kerana itu, Allah mengharamkan manusia membunuh diri daripada syurga.

    Dunia Islam pada hari ini amat bergolak. Segolongan manusia menjadikan isu ini sebagai peperangan di antara mazhab Syiah dan Sunnah.

    Tidak bersetuju mengenai satu perkara disebabkan perbezaan fahaman adalah perkara biasa. Sekiranya semua manusia bersetuju 100 % antara satu sama lain , maka bukanlah manusia tetapi robot semata. Tetapi perbezaan fahaman tidak seharusnya membawa umat Islam kepada pembunuhan. Pembunuhan adalah salah terutama pembunuhan sesama Islam.

    Masalah di Syria bukan lah disebabkan oleh pergolakkan antara Mazhab. Demographi Syria menunjukkan lebih 70 % penduduk bermazhab sunnah manakala 13 % bermazhab syiah dan selebihnya penduduk agama lain. Baru-baru ini, diadakan pilihanraya di Syria, calon bermazhab sunnah dibenarkan bertanding. Sekirannya pergolakkan di Syria adalah pergolakkan antara mazhab, sudah tentu majoriti pengundi akan mengundi calon mazhab sunnah. Keputusan pilihanraya menunjukkan Presiden Syria yang bermazhab Shiah mendapat 88% daripada undi popular. Ini menunjukkan ramai pengundi yang bermazhab sunnah mengundi Presiden Bashar Al-Assad yang bermazhab syiah.

    Namun berita yang dibawa ke luar negara terutama seolah-olah menunjukkan pergolakkan Syria di sebabkan oleh pergolakkan antara Mazhab. Ini adalah satu pengaruh luaran. Saya berpendapat, berita ini sengaja dibuat oleh pihak tertentu yang bermusuhan dengan Bashar Al-Assad semata-mata untuk memperolehi sokongan dari segi tenaga , senjata dan simpati. Ramai yang percaya.

    Ada juga orang Melayu yang beriya-iya percaya kepada berita tersebut sehingga turut sama pergi berperang di Syria. Inilah masalah Melayu, termakan kepada kata sehingga tergadai tanah, kini binasa badan. Badan sendiri dan badan orang lain.

  8. HBT456 Jul 1,2014 8:45 PM

    Musato, maksud sebenarnya mati berani kat afghanistan adalah disebabkan kemiskinan dan kemunduran rakyat yang ditindas oleh pihak military yang kejam tu. Baru2 ini ada satu kes yang telah berlaku dapat dihebohkan kat facebook bahawa abang ingin sangat nak naik masuk kerajaan taliban, memaksa adik perempuannya yang hanya berusia belasan memakai bom dibadannya. Dia dipaksa abangnya untuk meletupkan bom tu di depan bangunan tentera amerika. The girl was saved by the amerian troops. Kat sini, melayu dah berani mati dengan kepala lembu. Tak tahu lah, mungkin maksud berani mati gigitan bunyi ini adalah menjatuhkan kerajaan umno baru kut.

  9. Ibnu Mukmin Jun 30,2014 6:14 PM

    Salam Ramadhan Tun,

    Malangnya mereka2 ini tidak pandang perkara ini sebagai bunuh diri. Sebalik nya sebagai pengorbanan untok mencapai kemenangan perang. Peperangan yang di pandang sebagai jihad kerana Islam. Seperti di zaman Nabi Muhammad SAW dan zaman kegemilangan Islam. Jestru itu mereka mengharapkan Janah kerana di kira mati berjihad ke jalan Allah.

    Manusia mudah di tipu. Dan penipu paling handal adalah Syaitan.

    Sesuatu perkara amat mudah di “re-frame” oleh yang berkepentingan untok memujok orang berpandangan yang orang berkepentingan itu inginkan.

    Ulama’ dan cerdik pandai kita perlu pandai mengatur langkah untok membetulkan perkara ini dan me”re-frame” isu ini kepada kebenaran yg hakiki…berdasar Quran dan Hadis Shahih. Ijma’ Ulama’ zaman sekarang adalah lebih susah untok di guna pakai kerana terlalu banyak yg mengaku Ulama’… wallahu ‘alam.

  10. chitchat Jun 30,2014 3:25 PM

    Ive been wondering for a while now if majlis fatwa even interested in guiding the now confuse ummah in Malaysia. there are many views regarding many issue that demands the majlis fatwa to say “no this is our ketetapan in Malaysia, we need to follow”.

    what I always see is them being quiet while the muslim here in malaysia from different background and each with their own ulama arguing about religion issues. the majlis fatwa suppose to be the final rujukan here in malaysia in terms of any fatwa, instead they remain shy and distant.

    do they not understand their role? they need to come out front more often and stand firm on the fatwa.

  11. sibotak Jun 29,2014 10:20 PM

    Bloggers yg amik kesempatan kat sini atas Peribadi
    Harap jangan buang masa kami
    Blog ini untuk bersama mengenai isu semasa bagi Membina
    Kalau ingin bertemu akan kepuasan atur sendiri
    Jangan macam Kebudakan

  12. HBT456 Jun 29,2014 4:45 PM

    Mubarak chan, spineless worm like me will fly wau, I will wear baju kurung kebangsaan on friday, i will skip lunch during puasa month, but I will not vote bn. God is english word, allah is arabic word, tuhan is malay word. Even water issue is being used as tool, who wants to vote bn?

  13. mubarakchan Jun 29,2014 2:09 PM

    Tun

    For the resident slimy spineless worm, whenever the dishonourable and disrespectful acts of you foreign hero are exposed, you go into balllistics and become personal, abusive and stupid. Go fly a kite on top of Mount Faber !

  14. HBT456 Jun 29,2014 8:20 AM

    Satu hal lagi, mb kedah nak bikin airport, bikin saja jika beranI, betul tak musato? Buat apa nak bermulut gatal pasal penang? Is he saying that penang is not part of malaysia under federal constitution, mubarak chan? It has come to a stage, just see mca logo, dah nak btuih kat muka mereka. Jika nak bikin masjid, jangan masuk umno baru, hafiz, go join pas. It will be better off for you to clean your nafsu. For chinese politicians who want to clean sin, nafsu, go to shaolin temple kat china sana kerana mereka dah kaya raya.

  15. HBT456 Jun 29,2014 6:32 AM

    Sia lah kita bagi undi kat umno baru dan bn. Asyik takut kalah undi saja dengan mati berani, betul tak musato? Kedaulatan undang2, keluhuran dan perlembagaan negara dipinggirkan untuk ideologi masing2. Semua salah orang bukan islam. Suka sangat islam palestine, go hive islam and force umno baru to give fund to kelab putera, pakai duit kafir, I mean, malaysia. Tepuk dada, pembodek2 tok det, ko ini malaysian atau arab?

  16. musato Jun 29,2014 1:09 AM

    Assalamualaikum Tun.

    La…tu je yang ditulis? Apa isinya…

    Bantah la apa yang saya tulis.

    Sia sia lah saje saya ambil risiko tinggi menulis yang dikatakan tak betul sedangkan tulisan saya di tapis JAKIM (dulu saya mintak Tun sediakan penapis).

    Tun ada rekod tangkap orang apa…Al maunah, memali

    Terima kasih Tun.

  17. ahmad Jun 29,2014 12:25 AM

    Surah 7- ayat 88,89, dan 90 menjelaskan kesah NABI shuib.Jika kita di usir dari kampong halaman kita kita berhak untok melawan dan berjihad.
    Juga dalam Hadith Sahih Bukhari dan Muslim ada menyebut Nabi Muhammad menyatakan kita boleh berjihad jika kita di usir dari rumah dan kampong halaman kita.

    Dalam soal Palestine dan Isreal,Orang Palestine berhak berjihad dengan Isreil kerana merek di usir dari kampong halaman kita.
    Ulama terkenal Yusuf Qardawi ada mengeluarkan fatwa bahawa orang Palestine boleh membunoh orang Isreil.Ini termasoklah memasang bom di badan dan meletupkan untok membunoh tentera Isreal.
    Di Iraq, kaum Sunni di usir dan di bunoh oleh puah Shiah jadi mereka berhak untok berjihad dan membunoh orang Shiah,dengan apa cara sekali pun,termasok memasang bom di badan.walaupun orang Shiah itu berugama Islam.

    Di Syria juga, orang Sunni di bunoh dan di usir dari kampong halaman mereka oleh puah Shiah Alawit pimpinan Basher,jadi mereka boleh berjihad untok melawan.

    Dalam hal ini,orang Shiah yang juga berugama Islam memulakan kezaliman,jadi mereka boleh berjihad.
    Orang Malaysia yang pergimka Syria untok berjihad kerana mereka hendak membela saudara meraka dari kaum sunni yang di zalimi.

  18. sibotak Jun 28,2014 11:00 PM

    Salam Berpuasa Saudaraku se Islam

    Saya belum nak mati Nak masuk penjara pun Takut
    Bini masih Cantik lagi…

    Semoga perjuangan kita , Doa kita , Usaha kita DiRedha Allah
    Semoga Saudara ku di Syria, Iraq , Afganistan dan di mana jua
    Saya dapat rasa bertapa pedihnya penderitaan anda
    Semoga apa berlaku ada Hikmahanya & Allah melindungi
    Anak anak , Kaum Ibu & Perjuang yg berniat kerana Allah

    Bertapa Indahnya Berpuasa kita di Malaysia
    Saudara ku disana Berbuka apa agaknya , ALLAHUAKHBAR
    Berdamailah Saudara ku
    Bertulkan Saf , BerImam Bersama Bersujud pada yg Esa
    Kenalilah Musuh kita sebenar

  19. sitinur Jun 28,2014 10:31 PM

    Assalamualaikum….
    islam yg indah diperlekehkan oleh org yg ngaku islam….

  20. hafizkenedelete Jun 28,2014 9:07 PM

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ الم

    Salam Tun…
    Slam warga Chedet. ..

    “AWAL AWAL BERAGAMA, MENGENAL ALLAH”

    Ramai yg melabel Islam itu ganas, agama yg menggalakkan berperang dan lain2 lagi..google je pasal Islam, maka keluar lah belbagai tanggapan buruk mengenai Islam…

    Apa boleh kita nak cakap, mereka tak kenal Islam, mereka tak tahu apa itu Islam….

    Tapi yg paling menyedihkan , Ialah orang Islam itu sendiri tak kenal Islam, tak kenal Allah, mereka melenting bila orang nak guna kalimah Allah tapi tak hirau langsung samada mereka kenal Allah…

    Alasan mereka , tak da masa nak belajar pasal agama, susah, nak kene pergi negara arab atau sekolah pondok… Tapi facebook, twiter, instagram tu pulak, tak smpai sehari da expert…

    Jangan la beralasan untuk mengenal Allah, selagi kita umat Islam tak usaha mengenal Allah dan Agama Islam, selagi itulah pelbagai tohmahan dan provokasi akan dilemparkan kepada kita…

    Ada belbagai cara nak kenal Allah, salah satunya ialah jalan Tasauf, cuma nak menyusuri jalan Tasauf , carilah guru yg mursyid, bukan guru mengarut atau perasan perasan tahu macam Tuan guru Musato…

    Jangan la Islam kita hanya pada sehelai kertas atau mykad…Bila kita mengamalkan Islam sepenuhnya dan bersatu, maka provokasi dan tohmahan serta fitnah tidak lagi berkesan…

    Sekian..
    Terima Kasih Tun
    HambaAllahyangmemelihara…

  21. tebing tinggi Jun 28,2014 5:26 PM

    Salam tun ,

    Perpechan umat Melayu / Islam, di Malaya / Malaysia bermula sejak penubohan PAS ,yaitu seawal sebelum Merdeka lagi.
    Sebelum itu kita tidak dengar atau tercatit dalam sejarah orang Melayu Islam mengkafirkan Melayi Islam yang lain olih kerana hanya perbedaan idealoji politik ,kalau adapon perbalahan diantara Umat Melayu sebelum itu ,tidaklah pulak sampai mengkafirkan yang lain.

    Mungkin doktrine yang didendang olih PAS ini telah mencapai tahap matangnya ,dimana orang Melayu Islam sekarang berpendapat membunoh orang Islam lain, yang tidak sependapat dengan mereka dikira satu tuntutan Ugama .

    Bahayanya mendendang Ugama ,bagi tujuan politik.

  22. Hajar Jun 28,2014 1:34 PM

    Salam YAB & Yg diKasihi Tun,

    BERANI MATI

    Bukankah pada 2009 (di Perak) ada beberapa ahli2 parti2 Pembangkang yang mengambil tindakan ’bunuh diri’ dengan berbaring di jalanraya di hadapan kenderaan2 yang lalu-lintas kerana tidak boleh menerima kenyataan yang Kerajaan DAP/PAS/PKR tumbang?

    Mereka sanggup mati dilanggar (berani mati; nasib baik tidak mati) untuk mempertahan Kerajaan yang ditunggani oleh DAP (kafir). Malahan bagi mereka ini, jika mati melawan orang UMNO (Melayu Islam) mereka mati syahid; dan menurut mereka ini ’jihad’.

    Jadi saya tidak hairan golongan ini jugalah yang sanggup mati berperang sesama Islam di luar negara.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah SWT sentiasa melindungi Tun sekeluarga. ***

  23. musato Jun 28,2014 10:36 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Mana ada Islam suruh bunuh diri dan bunuh orang lain.

    Bunuh diri pun dah dikira haram. Sebab berputus asa dalam kehidupan juga ditegah dalam Islam.

    Persoalan ni Tun bukan tanya pada ulama, tapi Tun bertanya pada pemimpin parti politik.

    Terima kasih Tun.

    *tq pn hajar
    *tak puas hati pasal tasauf? tulislah lagi.

  24. Malaysia Bagus Jun 28,2014 9:03 AM

    Salam Tun,

    1. Seingat saya, BERANI MATI dalam pertempuran moden telah dipopularkan dengan taktik yang disebut Kamikaze oleh tentera Jepun dalam perang dunia kedua. Namun, keberanian dan semangat Bushido juruterbang Jepun yang menjunamkan pesawat ke sasaran tentera musuh tidaklah dapat disamakan dengan tindakan pengecut munafik yang meletopkan diri dan memusnahkan nyawa orang awam yang tidak berdosa.

    2. Apabila seorang rakyat Malaysia, Ahmad Tarmimi, meletopkan dirinya ke sasaran tentera SWAT Iraq dan membunuh 28 orang tentera Islam bermazhab Syiah, dia sudah pastinya nekad, tekad dan percaya di dalam hati bahawa dia telah berjaya mendapat syuhadah kerana membunuh tentera kafir. Mungkin juga dia ini mendapat inspirasi setelah seorang Menteri dari Malaysia sendiri telah berapi-api melabelkan orang Islam Syiah sebagai kafir. Malahan bila dilihat dalam konteksnya baru-baru ini PM Najib juga dilaporkan turut kagum dengan keberanian pengganas ISIL yang kununnya kalau (kejahilan) itu diterapkan boleh memberi kekuatan baru kepada UMNO. Pakar dan penganalisis politik ternganga dengan hujahan hebat dari PM Najib. Ramai yang ternganga sekejap sebelum gelak besar.

    3. Saya tak fikir kombinasi kekuatan dan kejahilan boleh melestari apa-apa perjuangan dalam Islam melainkan ianya membawa pelaku ke arah kezaliman, kemungkaran dan aqidah yang rosak lagi merosakkan. DUNIA ISLAM SEKARANG dalam kucar-kacir kerana pemikiran yang kucar-kacir telah membentuk aqidah orang Islam untuk menjalani kehidupan yang penuh percakaran dan kekucaran.

    4. Kemahiran berfikir perlu segera diajar di semua sekolah di Malaysia sebagai persiapan untuk menghadapi kehidupan dunia semasa yang semakin mencabar dan kompleks. Orang Islam terutamanya perlulah menyoal-siasat dogma yang telah ditanam ke dalam otak mereka oleh para agamawan yang jumud dengan keruhanian palsu lagi pelesu, agar mereka dapat menjalani hidup dengan lebih aman dan tidak taksub dengan fahaman karut dan tidak rasional.

    5. Berani mati kerana benar, takut hidup kerana salah.

  25. sibotak Jun 28,2014 6:40 AM

    Islam perlu Bersatu
    Punca Kelemahan Umat Islam
    Kerana Kelemahan maka mudahlah musuh memporak perandakan kita
    Walau kesemua Negara Islam tidak mengamalkan Ke Tenteraan
    Tenteraan ini PERLU untuk mempertahan bukan untuk Menzalimi sesiapa

    Barat , Amerika , Israel melakukan ini semua sebab mereka ada teknology tentera
    technology Media yg menghasut , menjatuhkan Image Islam
    Contoh US sampai sekarang TIDAK berani menentang North Korea
    Sedangkan North Korea sudah beberapa kali mencabar & melawan Kehendak US
    Sedangkan Iraq yg tidak mencabar tambah lagi hingga sekarang tidak ada Senjata Pemusnah masih tetap di Zalimi US berserta Barat bertujuankan Israel

    Begini juga keadaan di Malaysia
    Pihak yg berhajat menakluki Malaysia telah banyak merosakkan image Kerajaan Malaysia
    dengan pelbagai memburukan Image Kerajaan UMNO
    Dengan mengugut & mengalu alukan kehadiran US supaya kita Lemah
    Jadi kita juga perlu lebih berbaik dengan US supaya tujuan mereka terbantut

    Peperangan di Timur Tengah di sebabkan olih Niat yg Tidak Baik
    Bermula dengan Gorge Bush , Blair & Netanyahu
    Dan kesudahannya Peperangan membuat Manusia Keliru dan Amat mengaharapkan sesuatu , maka berbuahlah peperangan sesama

    Bush , Blair & Netanyahu sudah Berjaya Tujuan mereka mermecah belahkan Islam sesama walau mereka belum menguasai Timur Tengah sepenuhnya

    Begitu juga Pihak yg Berkeinginan Malaysia sudah Berjaya memecahkan perpaduan orang Melayu Malaysia walau mereka belum memiliki kehendak mereka

    Kunci Kata
    Umat Islam Mesti Bersatu
    Inilah senjata Islam sebenar
    Dan ini juga yg mengahacurkan Islam jika gagal Bersatu
    Namun Ketenteraan yg Kuat itu pun perlu

  26. sibotak Jun 27,2014 10:07 PM

    Negara Islam sebenarnya baik Nerara Timu Tengah Sunni , Shiah
    Negara Malaysia parti PAS, UMNO
    Sebanrnya Tidak Bertelegah sesama

    Hasutan , Media Barat
    Sudah bermain berpunca Perselisihan Faham hingga Berpunca Perperangan
    Dahulu di Timur Tengah TIDAK bergini walau ada Perselisihan Faham di antara Kaum
    Hanya semenjak Sept 11 timbulah Kerisauan Keresahan justeru Perbelahan
    Pihak Media Barat memainkan peranan mengelirukan , memfitnah bagi Barat melemahkan Timur Tengah hinnga kini di salaputi KePorak Peranda
    Begitu juga di Malaysia
    Apabila Anwar Ibrahim mencari Kawan maka DAP yg mendukung PAP
    Mulalah menjadi Bantu Api bertujuan melemahkan Kerajaan UMNO
    Sudah jelas media Strait Times, Internet MSN sudah Kelihatan menimbulkan segala apa yg bertujuan melemahkan Kerajaan seolah mengapi apaikan lebih dari menghuraikan

    Psychological Invasion Psychological Warfare
    Bertujuan Mengelirukan mengakibatkan Perbelahan

    APA JUA KITA MESIT BERDAYA MEMAHAMKAN KITA BERSAMA
    MAKA PERLULAH BERKOMUNIKASI BAGI TIDAK MENEGANGKAN KEAADAN
    PERLU TAHU PUNCA & SIAPA MUSUH SBENAR

  27. zahar Jun 27,2014 2:59 PM

    orang islam menerima tentangan dari orang kafir dari perbagai sudut, orang kafir tidak akan senang selagi orang islam berpegang pada islam, islam pastinya tidak akan lemah, malah bertambah kuat, yang lemah mereka yang tidak menerima islam, islam itu universal, islam itu menyeluruh, islam kekal….

    seluruh dunia, umat islam di perleceh…umat islam dihina…umat islam dicerca….malah diperbodohkan dengan undang-undang buatan manusia yang longgar.

    umat islam dibunuh, umat islam menjadi suara sumbang….kenapa?

    umat islam sekarang tidak berilmu, umat islam sekarang sanggup gadai saudara sendiri untuk kuasa, pangkat dan harta….malah kerana wanita?

    pemimpin umat islam, luaran islam, dalamannya kotorrrrr.

    syurga atau neraka bukan keputusan kita…niat kita dan cara percaturan hidup kita menentukan penglibatan kita dalam islam, penerimaan islam secara menyeluruh…pasti pilihan syurga tempatnya, kalau saudara atau jiran sebelah kita susah, jangan kita akui kita sebagai orang yang benar, bercakap benar dan merupakan umat muhamad saw.

    islam itu mudah dan tenang, islam ada al-quran, kalau nak dicari ayat terang terangan tentang sesuatu, ada dan tiada, kiasan dan perumpamaan, mengaji sepanjang hayat belum tentu dapat mengupas isi kandungan….sebab itu adanya hadis….ulama….dan cerdik pandai islam.

    jangan jadi islam hanya untuk berperang, jangan jadi islam hanya untuk berkahwin, jangan jadi islam hanya pada nama…..islam secara total…segala kerja yang baik, niat yang baik pasti mendapat tempat dalam islam, islam tidak memilih warna kulit, islam bukan pada darjat, islam kekal kerana ianya agama ALLAH.

Leave a Reply