TOTAL VISITORS FROM 2008:

TAHALUF SIYASI 15

1. Dalam usaha PAS untuk mengurangkan sokongan orang Melayu kepada UMNO, PAS mendakwa bahawa orang UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan orang bukan Islam, khususnya orang Cina yang beragama Buddha atau Taoist dan orang India yang beragama Hindu

2. PAS mendakwa bahawa orang Islam tidak dibenar oleh agama Islam bekerjasama dengan orang bukan Islam. Mereka akan menjadi kafir jika berbuat demikian. Oleh itu, orang Melayu dalam UMNO dan penyokong mereka sudah menjadi kafir.

3. Tuduhan ini dibuat dengan begitu serius sehingga orang PAS benar- benar percaya orang UMNO kafir. Susulan daripada itu, orang PAS tidak lagi sembahyang berjemaah dengan orang UMNO. Mereka sembahyang berasingan dibelakang imam mereka sendiri.

4. Mereka tidak membenar anak mereka berkahwin dengan anak orang UMNO. Ada yang dikahwin sekali lagi kononnya untuk menghalalkan perkahwinan mereka sebelum menyertai PAS.

5. Kubur orang PAS juga diasingkan dari kubur orang UMNO. Ada juga perpecahan dalam keluarga kerana anak mengkafir ayah dan ibu kerana menyokong UMNO.

6. Sesungguhnya dakwaan bahawa orang UMNO kafir dipercayai tanpa diragu oleh orang PAS.

7. Dalam pilihanraya sehingga 1986, PAS meletak calon-calonnya melawan bukan sahaja BN tetapi juga parti-parti bukan Islam yang lain. Kerana tidak disokong selain dari ahli PAS dan Melayu yang terima hujah PAS, kemenangan PAS amat tipis. Jelas sekali selain dari Kelantan dan Terengganu tidak mungkin PAS menang dan mendiri Kerajaan dinegeri lain. Sudah tentu PAS tidak mungkin mendiri Kerajaan di peringkat Pusat.

8. Walaupun Tengku Razaleigh dengan Semangat 46-nya berjaya memujuk PAS bekerjasama dengan partinya dan DAP tetapi kemenangan bagi PAS tidak banyak meningkat.

9. Tetapi Anwar Ibrahim lebih berjaya mempengaruhi PAS supaya bekerjasama bukan sahaja dengan PKR tetapi juga dengan DAP, parti bukan Islam yang terbesar yang menolak agenda Islam, PAS.

10. PAS terpaksa akui bahawa tanpa sokongan orang bukan Islam, tak mungkin PAS berkuasa di peringkat pusat. PAS berada dalam keadaan serba salah. Mereka sudah kafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan orang kafir. Tetapi hakikatnya PAS perlu bekerjasama dengan orang kafir jika PAS ingin jayakan hasrat untuk berkuasa di peringkat Pusat dan melaksanakan hukum hudud PAS dalam negara Islam kononnya.

11. Sementara rakan UMNO yang bukan Islam tidak pernah menentang UMNO dan Islam, bahkan mereka tidak menolak dakwaan UMNO bahawa Malaysia adalah Negara Islam, tetapi DAP yang PAS berhasrat bekerjasama secara terang-terangan menolak Negara Islam dan hudud PAS yang kononya diperjuang oleh PAS. Pemimpin DAP begitu keras menolak Negara Islam PAS sehingga menyatakan langkah mayat mereka sebelum Malaysia dijadikan Negara Islam. Tentangan DAP terhadap Islam dan Negara Islam menjadi sebahagian daripada perjuangan mereka. Sesungguh mereka tidak bersetuju dan anggap PAS sebagai musuh terutama berkenaan cadangan memperkenalkan hukum hudud.

12. Namun PAS tidak dapat menolak hakikat bahawa tanpa kerjasama dan sokongan orang bukan Islam, iaitu DAP, PAS tak mungkin berkuasa di peringkat pusat.

13. Akhirnya PAS lupakan sahaja dakwaan mereka bahawa bekerjasama dengan orang kafir menjadikan orang Islam kafir. Untuk meyakinkan ahli dan penyokong PAS bahawa PAS boleh kerjasama dengan orang kafir tanpa menjadi kafir PAS perkenalkan perkataan Arab “tahaluf siyasi” bagi kerjasama PAS dengan orang kafir.

14. Orang Melayu anggap bahasa Arab adalah bahasa agama dan apa sahaja yang disebut dalam bahasa Arab tentulah dari agama Islam. Dan perkataan Arab lebih mudah diterima.

15. Dengan itu kerjasama PAS dengan orang kafir DAP diperkenal dengan perkataan ‘tahaluf siyasi’ yang maksudnya sama dengan kerjasama. Selesai masalah. Bahawa ‘tahaluf siyasi’ atau kerjasama ini tidak berbeza sedikit pun dengan kerjasama UMNO dengan MCA dan MIC tidak disebut dan tidak dijelaskan. Bahawa DAP secara terang-terangan menolak Negara Islam dan hudud PAS, tidak seperti MCA dan MIC tidak menentang perjuangan Islam UMNO juga tidak disebut. Kerana kerjasama ini disebut sebagai ‘tahaluf siyasi’ dalam bahasa Arab maka kerjasama ini tidak menjadikan PAS kafir. Jangan sebut kerjasama, sebut ‘tahaluf siyasi’ sahaja dan kerjasama dengan kafir menjadi halal.

16. Maka berpeluk-peluklah pemimpin PAS dengan pemimpin kafir. Dan di masa yang sama permusuhan dengan orang UMNO diteruskan kerana kerjasama UMNO dengan orang bukan Islam yang tidak bermusuh dengan Islam tidak diberi nama Arab iaitu Tahaluf Siyasi.

17. PAS amat pintar dengan penggunaan Islam dan Bahasa Arab untuk menghalalkan yang haram apabila dilakukan oleh mereka dan mengharamkan perbuatan yang sama apabila dilakukan oleh UMNO. Saya tidak dapat mengenalpasti dari mana datangnya ‘tahaluf siyasi’ ini dan bila orang Islam dihalalkan apabila melakukannya.

18. Tetapi PAS masih tidak berjaya menjadi kerajaan di peringkat pusat. Dalam PRU 13 yang dapat kerusi terbanyak dalam Pakatan ialah DAP dengan 38 kerusi, PKR 30 kerusi dan PAS hanya 21 kerusi. Sementara Pulau Pinang kekal ditangan DAP dan Selangor ditangan PKR, PAS hilang negeri Kedah.

19. Sesungguhnya PAS telah ditipu oleh DAP.

20. Saya yakin ahli PAS tidak akan baca blog ini. Mereka taksub dengan pemimpin mereka, sehingga apabila pemimpin mereka menghina Allah SWT dengan mendakwa Allah mencarut pun, kesetiaan mereka kepada PAS tidak terjejas. Sesungguhnya parti PAS adalah parti assabiah.

15 thoughts on “TAHALUF SIYASI

  1. owka Nov 27,2014 12:08 PM

    Regarding this topic, im sgt stju dgn Tun M. Too many things yg boleh djadikan cntoh dan pngjaran dr ‘tahaluf siyasi’ ini..Matlamat menghalalkan cara yg dprjuangkan shgga parti mnolak tujuan dan asas sbenarny yg patut dprjuangkan dlm agma..mudah mgkafirkn sesama islam,mudah mjatuhkan hukum, walhal prkara tsebut tdk spttnya berlaku. Hilang nilai murni sesebuah parti yg mgakui mprjuangkan islam. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga!
    Terima kasih Tun M atas post2 yg mnyedarkan dan memberi pengtahuan pada sume. We love u.

  2. kalam putih Nov 13,2014 8:03 AM

    Jika dilihat daripada sejarah, Ikhwanul Muslimin merupakan antara gerakan Islam yang terawal ditubuhkan selepas keruntuhan Pemerintahan Khilafah Turki Uthmaniyah. Ikhwanul Muslimin yang diasaskan oleh Hassan Al-Banna pada tahun 1928 di Mesir telah melakukan usaha-usaha awal untuk mengembalikan semula pemerintahan Islam dengan menegakkan semula Daulah Islam atau Daulah Khilafah.

    Pelbagai cabaran dan liku-liku perjuangan yang telah dilalui oleh Ikhwanul Muslimin dalam perjuangan mereka untuk menegakkan semula Daulah Islam atau Daulah Khilafah. Tidak dapat dinafikan juga bahawa gerakan Islam yang ada di Malaysia pada hari ini seperti ISMA, IKRAM dan PAS mendapat suntikan perjuangan daripada idealisme Ikhwanul Muslimin.

    Artikel Penuh:

    http://kalamputihmenuliss.blogspot.com/2014/11/teras-perjuagan-gerakanparti-politik.html

  3. Syafiqah Najib Nov 7,2014 6:49 PM

    Saya bukanlah penyokong UMNO yang ada pada hari ini, tapi saya selalu baca blog Tun. Terima kasih atas teguran Tun kepada PAS, sekurang2nya PAS dpt melihat bagaimana pandangan dari pihak lain.

  4. ma Oct 28,2014 2:18 PM

    “Sesungguhnya parti PAS adalah parti assabiah”

    Orang UMNO meinggal dunia dan akan masuk neraka orang PAS, DAP dan Keadilan
    Orang PAS meninggal dunia dan akan masuk neraka orang UMNO, DAP dan Keadilan
    Orang DAP meninggal dunia dan akan masuk neraka orang UMNO, PAS dan Keadilan
    Orang Keadilan meninggal dunia dan akan masuk neraka orang UMNO, PAS dan DAP…

    dan…

    Orang Sunni meninggal dunia dan akan masuk neraka orang Syiah dan Khawarij
    Orang Syiah meninggal dunia dan akan masuk neraka orang Sunni dan Khawarij
    Orang Khawarij meninggal dunia dan akan masuk neraka orang Sunni dan Syiah

    dan…

    Orang Islam meninggal dunia dan akan masuk neraka orang Yahudi, Kristian dan lainnya.
    Orang Kristian meninggal dunia dan akan masuk neraka orang Yahudi, Islam dan lainnya.
    Orang Yahudi meninggal dunia dan akan masuk neraka orang Kristian, Islam dan lainnya.

    Akhirnya… semua orang masuk neraka.

    Tiada yang akan masuk syurga.

    Munasabah?

  5. Tanggang Oct 25,2014 12:40 AM

    Salam Yg Bhg Tun,

    Seorang sahabat yang telah berkhidmat di Bosnia sebagai pengaman ketika dahulu menceritakan pengalamannya bahawa masyarakat Islam disana sebenarnya takut (haram) untuk menyentuh kucing dan halal pula untuk membelai anjing. Bagi kaum perempuan bersembahyang, ianya boleh membuka aurat kaki dan tangan seperti memakai skirt dan sebagainya. Terfikir bagaimana hukum AlQuran yang turun lebih awal lebih 1400 tahun dahulu itu boleh terbalik disana. Saya berpendapat bahawa hukum itu boleh berubah apabila banyaknya kegiatan2 yang cenderung untuk mengubah hukum2 AlQuran seperti program ‘Touch A Dog’ misalnya, banyak berlaku disana lama dahulu. Lama kelamaan setelah berpuluh2 atau beratus2 tahun, generasi Islam mereka itu kini berpegang bahawa itulah hukum AlQuran yaitu halal untuk membelai anjing. Ditambah pula mereka dilarang untuk mempelajari AlQuran disebabkan pemerintahan komunis dahulu. Dan mungkin ditambah lagi dengan ulama2 yang hanya bertujuan untuk menyesatkan lagi seperti kini di Malaysia.

    Tujuan mereka menggesa untuk menggunakan kalimah Allah didalam bible mereka dan yang terbaru menganjurkan program ‘Touch A Dog’ adalah sebagai permulaannya. Harapan mereka bukanlah kepada generasi Melayu Islam kini. Tetapi ianya kepada generasi Melayu Islam pada 50 tahun atau 100 tahun akan datang. Generasi Islam Melayu pada ketika itu nanti akan keliru mana satu yang benar kerana Kalimah Allah terdapat terdapat samada didalam AlQuran dan juga didalam bible.

    Seperti yang diperkata oleh Tun didalam British Jihadist Pt2 “25. Look at the record of the Europeans, especially after they created Israel. Now, although they will not admit it, they are carrying out a crusade against Islam and the Muslims. Call it a war on terror or the clash of civilisation. But factually it is still a continuation of the crusade of the past centuries.” Pihak British telah membawa masuk beribu-ribu bukan Islam ke Tanah Melayu Islam ini yang besar kemungkinannya sebagai agenda “continuation of the crusade of the past centuries.” Nampaknya perancangan British bukanlah setakat 5 atau 10 tahun tetapi 50 tahun dan 100 tahun dan lebih. Selepas 50 tahun negara merdeka, rancangan ‘crusade ‘ itu mula menampakkan diri. Generasi itu kini sudah mula bersuara ” I am born here and I am deserve to be the Prime Minister. I have the right to be the President. The fight shall continue” etc etc. Sebelum meninggalkan negara ini, pihak British sempat secara tidak langsung menubuhkan satu kumpulan (parti) yang akan menjadi duri dalam daging untuk mempastikan perpecahan Melayu Islam di Tanah Melayu ini. Agenda ini sama seperti sebelum mereka memerdekakan India dan Pakistan dan lain2 negara Islam yang mereka jajah.

    Salam Tun.

  6. Terang-terang Oct 23,2014 6:02 PM

    PAS membenci dan bermusuh UMNO, yang merupakan sebuah parti muslim lebih daripada kepada bukan muslim??? Kata Tok Guru Nik Aziz, “otak mesti ada cacing”.

  7. Hajar Oct 21,2014 11:30 AM

    Salam YAB & Yg diKasihi Tun,

    ’Tahaluf Siyasi’

    Nampaknya Tahaluf Siyasi PAS dengan DAP/PKR sudah membuahkan hasil -> negatif.

    ‘Octoberfest’ – Adakah sekarang sudah ok untuk minum dan mabuk di khalayak ramai? Jangan nanti ada pulak puak LGBT yang mahukan festival ’Gay Pride’ (kebetulan saya nampak sambutan ini semasa naik boat di Amsterdam tidak lama dulu).

    ’I Want to Touch a Dog’ – Ini pula satu acara paling ‘bodoh’ kerana sudah termaktub (dalam Islam) bahawa anjing yang pasti meleleh air liur (bersihkan badan sendiri pun dengan air liur yang diharamkan) adalah najis berat. Adakah patut/perlu seorang Islam (rata2 yang perempuan bertudung) dengan SENGAJA memegang/memeluk anjing? Adakah mereka ini sanggup pegang ’tahi/najis’ dengan sengaja? Bukan ke memegang ’najis’ perbuatan ’bodoh’? Kononnya tangan kering..Tak berpeluh ke jika berada di Malaysia yang umumnya berudara ’lembab’ & panas terik? Ini yang dikatakan ’bodoh tidak boleh diajar..’

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah SWT sentiasa melindungi Tun sekeluarga. ***

  8. kamal Oct 20,2014 11:35 AM

    Sekurang- kurangnye kurang pemborosan berlaku dalam kerajaan Pakatan Rakyat. Bukan itu yang rakyat perlukan.

  9. fififudin Oct 18,2014 11:34 PM

    yang sepatotnya, PAS ikut sama berbaris dalam barisan nasional kita, iaitu Barisan Nasional. duduk satu saf. saf tu barisan la. tapi yang terjadi PAS menggunakan nama Islam sebagai motif untok melepaskan rasa tidak puas hati. berlaku la jujur sedikit. panggillah parti PIS.

    PAS tu macam Parti Ancaman Malaysia pulak. yang UMNO pon tak jujur sangat. mana ada manchester united guna short form MB (manchester bersatu). dia pakai MU jugak. yang UMNO ni kenapa pakai UMNO. bubar je. KMB boleh diterima jugalah. Kesatuan Melayu Bersatu.

  10. Redzuan_R Oct 16,2014 10:50 PM

    Secara jujurnya PAS lebih senang melihat kejatuhan bangsa seagama dengannya walaupun terpaksa menjadi hamba kepada DAP.

  11. farz Oct 10,2014 2:57 PM

    Tun,

    Assalamualaikum. PAS perlu cermin diri , seburuk buruk UMNO, rasa saya tak adalah sehingga menghina umat Islam di negara ini sampai membenarkan Pesta Arak terbesar di dunia. Apa yang PAS boleh buat? Bertempik sahaja macam anjing menyalak ke bukit! Dalam pada itu, masih ada pemimpin PAS yang menyokong penganjuran atas alasan orang bukan Islam boleh minum arak di samping menarik kedatangan pelancung! Macam ni punya pemikiran pun ada di kalangan PAS. Kenapa pula kali ni mereka tak nak buat tunjuk perasaan besar besaran macam BERSIH? Mengapa mereka tidak menyedari bahawa di mata dunia, Malaysia adalah negara Islam, Malaysia dianggap sebagai “role model” bagi kalangan Islam. Penganjuran sebegini menghina orang Islam. Dunia akan melihat Malaysia bukan lagi negara yang mempunyai maruah Islam. Saya melihat ini sebagai salah satu usaha untuk mengikis pandangan dunia bahawa Malaysia didiami oleh majoriti Islam yang bersederhana dan menjaga integriti Islam. Kerjasama UMNO dan kaum lain masih sanggup menjaga sensitiviti tuntutan agama masing masing. Kalau tahalul siyasi PAS ini yang dikatakan Tok Guru Nik Aziz bagus atau contoh , nampak sangat mereka tak sedar sedar lagi. Macam macam dibuat oleh PKR dan DAP, PAS masih jugak nak berkawan dengan mereka. Adakah PAS ni buta, pekak dan bisu! Mungkin pengecut ! Tetapi agaknya lebih kurang macam hubungan DSN dan pembangkang dan penyokong BN saja!

  12. Hajar Oct 9,2014 9:49 AM

    Salam YAB & Yg diKasihi Tun,

    ’TAHALUF SIYASI’

    Tahaluf Siyasi bermaksud ’Kerjasama Politik’. Jadi apa bezanya dengan kerjasama politik di antara komponen2 dalam BN dan komponen2 dalam PR?

    Yang berbeza ialah komponen2 dalam BN bekerjasama di bawah satu parti yang berdaftar, sementara ’tahaluf siyasi’ versi PAS mengamalkan pakatan ’haram’ yang tidak berdaftar. Dalam mana2 bentuk kerjasama, yang berdaftar adalah yang lebih baik dari yang tidak berdaftar.

    PAS dan ahli-ahli PAS terpaksa menjilat balik ludah mereka…ini amat jijik. Hukum yang mereka lemparkan ke atas UMNO dan ahli-ahli UMNO jatuh balik ke atas mereka, kerana sekurang2nya UMNO dapat memperjuangkan Islam, tetapi PAS cuma jadi alat DAP untuk mendapat undi Melayu/Islam sehingga objektif mereka untuk menegak Negara Islam versi PAS diketepikan. Malang sungguh nasib PAS, umpama nasib Pak Kadok/Pak Pandir/Lebai Malang. Yang lagi malang ialah orang Melayu/Islam yang mengundi PAS. Mereka juga bulat2 telah kena TIPU oleh DAP/PAS. Yang menang ialah DAP.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah SWT sentiasa melindungi Tun sekeluarga. ***

  13. PAShit a.k.a. DAPshit Oct 9,2014 8:53 AM

    Salam Tun,

    Orang Melayu teramat mudah di tipu oleh serban dan jubah.

    DAPshit

  14. chitchat Oct 9,2014 7:43 AM

    Tun,

    That was a long time ago when the MIC and MCA would recognize Malaysia as negara islam.

    I think the sentiment is different now. MCA especially resonates dap. They didnt even try hard disguise this. You just need to monitor the star. The so called moderation campaign funded by najib and consultant serve only to liberalized not only the perlembagaan but perhaps the muslim as well.

    You can imagine this if all is sama rata sama rasa.

    We survive without the chinese in PRU13, where the chinese decided to throw a tsunami. (lets not kid ourself, it has nothing to do with corruption and other stufff the mca would have us believed) And with this they have made their decision.

    What we should focus now is to unify pas and umno, if such thing even possible. I believe if we truly put our heart to it, we might just be able to pull this through.

    The cauvinis would now labelled me racist, just like how the western would label muslim terrorist, just like the how the star would label isma as racist. if this is the moderation by the star, and if najib is funding this, then najib is also the enemy of malay.

  15. arim Oct 8,2014 10:11 PM

    Orang orang yang melanggar perintah perintah Allah adalah bersifat zalim terhadapNya. Inilah sifat yang ada pada pemimpin pemimpin PAS seperti yang dinyatakan Allah dalam firmanNya berikut:

    Surah An-Nisaa (4) ayat 138: Sampaikanlah khabar berita kepada orang orang munafik; bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

    Surah An-Nisaa (4) ayat 139: Orang orang yang mengambil orang orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang orang yang beriman. Tidaklah patut mereka mencari kekuatan dan kemuliaan disisi orang orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemulian itu semuanya ialah milik Allah.

    Kepada orang orang yang taksub kepada orang orang yang zalim ini, berikut adalah ancaman Allah terhadap pengikut pengikut mereka dalam firmanNya:

    Surah Hud (11) ayat 113: Dan janganlah kamu cenderung kepada orang orang yang berlaku zalim, maka api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian kamu tidak akan mendapat pertolongan

Leave a Reply