TOTAL VISITORS FROM 2008:

KEJATUHAN AL-ANDALUS 30

1. Pada abad kedua hijrah pasukan Islam dari utara Afrika berjaya menyeberangi terusan yang kini dipanggil Straits of Gibraltar dan menakluk Semenanjung Sepanyol (Iberia). Dibawah pimpinan Tariq, pasukan Islam dapat mengalahkan pasukan Sepanyol dan Portugis.

2. Selama 800 tahun Islam berkuasa di Semenanjung yang dikenali sebagai Al-Andalus oleh Arab.

3. Tetapi orang Islam di Al-Andalus berpecah selepas pemerintahan Abdul Rahman Ke-3. Ketua-ketua Wilayah bersikap bebas dan Al-Andalus berpecah kepada beberapa negeri kecil. Negeri-negari ini sering bermusuh sesama mereka dan berperang.

4. Dalam peperangan antara negeri-negeri Islam ini, ada yang meminta pertolongan orang Kristian Sepanyol yang memiliki tentera yang kuat. Pihak yang bersubahat dengan Sepanyol dapat menewaskan musuh Islam mereka. Tetapi pihak Sepanyol merebut pemerintahan wilayah yang ditawan. Negeri Islam yang mendapat pertolongan Sepanyol tidak dapat membuat apa-apa kerana mereka lemah.

5. Dengan cara membantu pemerintah-pemerintah wilayah Islam yang bermusuh sesama mereka, akhirnya Sepanyol dapat merampas balik seluruh Semenanjung.

6. Yang terakhir ialah Wilayah Granada. King Ferdinand dan Queen Isabella berjaya mengalahkan dan menakluk Granada. Dengan ini tamatlah sejarah Semenanjung Iberia sebagai Negara Islam.

7. Orang Islam dan Yahudi di Granada diberi tiga pilihan. Mereka boleh kembali ke Afrika Utara, atau memeluk agama Kristian Katholik atau mereka dibunuh.

8. Inilah hasil “tahaluf siyasi” orang Islam dengan orang yang lebih kuat dari mereka.

9. Apakah ada pelajaran yang boleh didapati dari sejarah Islam di Semenanjung Sepanyol.

30 thoughts on “KEJATUHAN AL-ANDALUS

  1. earth707 Nov 15,2014 2:11 AM

    Dear Tun,

    I read it and i treat it as a history and a lesson.

    But I m deeply hurt by the comments, saya amat kecewa kerana komen-komen ini telah menunjukkan kita LANGSUNG tidak belajar dari perkara yang disebut oleh Tun. Kita mahukan aman tetapi kita tidak membuat sesuatu yang boleh membaikikan situasi. Do u guys know that?! We don’t want the above situation happen again like what Tun mention above, however we are creating it! Why is that so? Because everybody want to be the tai ko, the strongest person, no one wanted to be the tolerate one. Why? Because becoming the tolerate one got no benefit. What is that so hard? Because we don’t care! That is not asking one person to tolerate 100% by his own, Malaysia got so many people, each person donate 5% of tolerance, that will be very good in this country, is not even asking you to pay money you know.

    Haih……not an easy job though. Simple statement we learnt in school, but not applying it enough (maybe i am the only one learning this). So sad.

    Regards,
    Earth707

  2. milshah Oct 22,2014 1:55 PM

    Assalamualaikum Tun,

    Baru-baru ini Datuk Seri Najib telah membuat kenyataan bahawa orang-orang Cina perlulah mengundi BN setelah begitu banyak kerajaan membantu mereka. Di dalam pembentangan bajet pun kerajaan telah mewujudkan dana khusus untuk membantu peniaga-peniaga cina. Kerajaan juga memberi jaminan akan terus mempertahankan sekolah jenis kebangsaan.

    Jatuh bangunnya sebuah parti politik adalah berdasarkan undi yang diterima. Jadi, permintaan Datuk Seri Najib kepada kaum cina untuk undi BN adalah praktikal dan tidak keterlaluan berdasarkan begitu banyak jasa BN kepada kaum cina.

    Sebaik sahaja Datuk Seri Najib membuat permintaan itu, feedback dari kaum cina amatlah mendukacitakan. Googlelah ‘Najib’ dan ‘chinese’ dan Tun akan lihat feedback dari kaum cina.

    Kaum cina begitu marah dengan permintaan Datuk Seri Najib. Bagi mereka, apa yang mereka terima adalah hak mereka (entitlement) sebab mereka adalah pembayar cukai. Mereka segera mengugut jika tidak mahu bantu kaum cina maka kaum cina haruslah dikecualikan dari membayar cukai.

    Jelas, jauh dari berterima kasih kepada kerajaan BN, mereka mencemuh dan menghina BN kerana begitu berani membuat permintaan seperti itu.

    Mereka beranggapan adalah hak mereka supaya kerajaan sentiasa membantu mereka walaupun mereka terang-terang undi dan menyokong pembangkang.

    Jelas, pada PRU akan datang kaum cina akan tetap undi pembangkang walau apapun yang dilakukan BN. Bak kata rakan saya, kalau diberi jongkong emas pun kepada mereka, mereka akan tetap undi pembangkang. They have made up their mind.

    Kenapa jadi begitu? Ini kerana kerajaan BN selama ini sentiasa membantu semua kaum tanpa mengira sama ada kaum itu penyokong pembangkang ataupun kerajaan. Kaum cina telah ‘take for granted’ bantuan kerajaan yang diberi selama ini.

    Benarlah kata Datuk Zaid Ibrahim pada masa undi di PRU 13. Adalah wajar dan bijak kaum cina undi pembangkang kerana ini akan membuat BN usuha lebih untuk dapat undi mereka. Ini dapat dilihat dengan kemasukan semula MCA dalam kabinet menteri dan pelbagai bantuan kepada kaum cina di dalam bajet baru-baru ini. Jikalau BN menang di PRU, nasib kaum cina akan tetap terbela. Jika Pakatan menang, mereka akan dapat apa yang mereka idami selama ini iaitu ‘Malaysian Malaysia’ menerusi DAP. They got nothing to lose by voting for Pakatan.

    Hakikatnya itulah yang kaum cina mahu iaitu Malaysian Malaysia. Bagi mereka peluang pekerjaan, pertumbuhan ekonomi, kos sara hidup yang rendah akan tetap diusahakan oleh mana-mana pihak yang menjadi kerajaan.

    Pada pendapat saya, walau siapa pun yang menjadi Perdana Menteri, Najib, Muhyiddin, Hishamddin, atau siapa pun dalam UMNO, pada PRU 14, kaum cina akan tetap undi Pakatan. Ingatlah pesanan saya ini kerana melayu mudah lupa.

    Kaum cina telah mendedahkan strategi mereka iaitu undi Pakatan walau apapun berlaku. Tiadakah counter strategy untuk ini?

    Dahulu UMNO takut berbaik dengan PAS kerana takut kehilangan undi kaum Cina. Sekarang UMNO telah pun kehilangan undi kaum cina. Maka strategy bersatu semula dengan PAS kini telah bertukar menjadi ‘viable’.

    Mungkin, UMNO harus berfikir semula tentang kesatuan UMNO dan PAS. Saya fikir inilah masa sesuai untuk orang Melayu bersatu bagi menghadapi tsunami ke-2 dari kaum Cina pada PRU 14.

    Tun pernah berkata seseorang yang tidak belajar dari kesilapan didera dengan nasib yang sama. Pada PRU lepas, BN telah mengambil langkah ‘moderate’ dan kaum cina telah membalas dengan mengundi Pakatan. Mereka bermain ‘kasar’ dan BN perlu bersedia menghadapi ini.

  3. awang.selumpit Oct 21,2014 1:53 PM

    YTL seperti monster… lupa diri di mana buminya yang dipijak. Selagi ada tanah milik KTM pasti akan jadi miliknya…. TNB pula bersusah payah janakan pendapatan .. dia yang kutip hasilnya…

  4. musato Oct 17,2014 10:40 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Kerjasama dan tolong menolong bagi saya sepatutnya bukanlah satu perkara yang begitu mudah untuk diberikan.

    Suatu masa dalam kekeliruan saya beritahu tok yang kerjanya menoreh getah bahawa saya tolong Mahathir. Tok berkata memang kita ada macam tu. Tetapi toki lelaki saya yang kerjanya bela kerbau dan lembu tak berkata apa-apa, cuma berdiam diri. Beliau tahu, cuma tak mahu beritahu.

    Kemudian tok bertanya Mahathir tu keluarga kita juga ke? Saya tak menjawab. Tapi kita tahu yang Allahyarhamah Wan Tempayan binti Wan Hanafi adalah keluarga pemimpin (bangsawan) keturunan Wan Su Kedah.

    Sudah dipesankan bahawa kita perlu meraikan dan memuliakan kawan-kawan ayah kita walaupun setelah meninggal dunia.Kita tak tahu di masa lalu.

    Begitulah sebab kenapa kita perlu melakukan kerjasama. Kerjasama tidak datang secara suka suka atau sekadar main main. Kerana main main maka PAS dimainkan.

    Kerajaan usahlah berdiam diri seperti kata Raja Nazrin bahawa Putrajaya jangan menafikan perbezaan tidak sama rata yang berlaku.

    Kerana Tun Mahathir bersuara dalam blog mengenai masalah ekonomi negara yang kritikal maka ia dapat diselesaikan. Walaupun berjaya diselesaikan, kerajaan dua penggal berturut turut tidak dapat majoriti 2/3.(ketika itu kerajaan senyap sunyi macam semuanya lancar).

    Transformasi Datuk Najib, saya cuma menikmati hasil RM100 yang diberikan kepada murid sekolah tahun lepas. UTC juga satu perkara yang ada faedahnya. Keluarga saya ada gunakan kemudahan tersebut. Semoga RTC juga akan memberikan faedah yang sama.

    Kedai buku 1Malaysia, Klinik 1Malaysia tidaklah saya pernah jejak kaki lagi. Mungkin ia betul betul untuk golongan yang disasarkan.

    Kadir Jasin berkata KJ adalah pemimpin pelapis yang bagus. Bagus atau tidak KJ, saya cuma harap kerohanian Islam dapat diterapkan dengan kukuh dalam diri rakyat Malaysia. Jika tidak ia akan lebih memburukkan keadaan negara kerana Najib menggunakan kaedah BR1M.

    Terima kasih Tun.

  5. Hang Jebat Derhaka Oct 16,2014 11:11 AM

    Assalamualaikum,

    Apa lagi nak dikata. PAS dah semakin gawat. UMNO pun semakin tergugat. Akhir zaman ini populariti ideologi liberal dan demokratik semakin mendapat tempat kepada generasi baru orang2 Melayu.

    Golongan bukan Melayu/Islam semua sudah bersatu padu dalam ideologi Liberal dan Demokratik. Kalau nak terus relevan haruslah menghisap ideologi baru ini.

    Sampai satu tahap mendesak, PAS mengisytiharkan bahawa perjuangan mendirikan sebuah negara Islam dan menegakkan hukum hudud digugurkan daripada manifesto. Ini kerana ‘menghormati’ pendirian Pakatan Rakyat yang terang2 anti kepada elemen2 yang berasaskan perjuangan bangsa dan agama. Hanya negara, sama rasa, sama rata kononya. Tetapi amat benci kepada jalan yang lurus. Musuh Allah.

    PAS sebagai parti konservatif yang bersandarkan agama memang sangat tak sesuai dalam pakatan liberal dan demokratik ini. Akibatnya Tuan Guru Hadi Awang sambil menitiskan airmata mengumumkan bahawa perkataan Allah boleh digunakan oleh bukan Islam dalam Bibble berbahasa Melayu. Tuan Guru ini perlulah ingat, dalam sebuah negara yang berideologikan liberal dan demokratik, adalah salah bagi Tuan Guru meletakkan Islam sebagai syiar yang sah dari Allah. Islam hanyalah salah satu dari banyak agama. Ini ditelan oleh PAS kerana Putrajaya hi Taala.

    Slogan dan propaganda DAP dan PKR amat berkesan akhir2 ini. DSN tampaknya hilang arah. Sehinggakan beliau sendiri terpaksa mencanangkan ideologi yang sama sebagai tarikan kepada generasi liberal ini untuk menyokong BN.

    Soalnya perjuangan kami orang2 lama Melayu yang rata2 Islam ini bukanlah nak menegakkan bendera parti. Asalkan kedaulatan Islam/ Melayu tetap terpelihara, mana2 parti pun tidak mengapa. Apa gunanya menyokong Pak Najib kalau kita sendiri terpaksa melacurkan ideologi kita seperti puak PAS menjual agama mereka kepada DAP dan PKR untuk ke Putrajaya.

    BERHENTI semua. FOKUS kepada agenda asal Islam. Bersatulah dalam satu nama. Lillah hi Taala. Tegakkan agama ini, peliharalah orang2 yang menganutnya samada Melayu atau tidak. Pupuk semangat persaudaraan. Bantu golongan muda faham agama dengan lebih jelas. Buang sifat sombong anda2 semua.

    Kerana sifat sombonglah yang menjatuhkan Azazil dari kedudukannya yang teramat mulia daripada sekalian makhluk. PAS kalau nak dibandingkan dengan Azazil terlalu jauh beza kemuliaan amalan Azazil. Tapi sombong PAS sudah menyamai sombong Azazil yang sampai kiamat pun takkan dapat tunduk kepada orang yang mereka fikir amat hina jika dibandingkan dengan mereka.

    Hari ini saya dapati kita merasa malu dengan identiti Islam dan Melayu. Hari esok kita akan tenggelam dengan fitnah Dajjal. Hari lusa kita mati masuk neraka selama2 lamanya sebab kufur. Kekuatan kalimah Lailah ha ilallah dalam diri amat tipis. Kita malu dan takut nak mensyiarkan bahawa ‘Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH’.

    Perjuangan kita hanya satu. Iaitu menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini. Barulah boleh jadi Khalifah dimuka bumi ini. Bagi golongan muda fahami ini, hanya ada dua jalan iaitu hidup atas nama Allah atau nafsu. Ideologi konservatif selalunya bersandarkan kepada agama atau nasionalisme. Iedologi liberal, diri kita akan jadi Tuhan maka hiduplah kita menuruti hawa nafsu.

    Firman Allah Surah Al-Anaam 119: “Dan sesungguhnya kebanyakan manusia hendak menyesatkan dengan hawa nafsu mereka dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang melampaui batas”.

  6. wajaperak Oct 16,2014 8:44 AM

    Assallammualaikum Tun.
    Mohon ruangan.
    [fififudin
    banyak ulamak yang menuruti hawa nafsu. lepas maghrib bagi tazkirah seolah-olah tiada isyak]

    Saya setuju dengan saudara malah tazkirah ‘di salahgunakan’ di bulan Ramadhan.
    Allah itu Maha Pemurah lagi Penyayang.
    Allah tidak memberatkan hamba-hambaNya.
    Begitu juga Rasullulah s.a.w.
    Baginda penyayang kepada umatnya jadi tazkirah Rasullulah s.a.w ringkas dan padat tidak seperti ulama-ulama sekarang yang ‘terpaksa’ bercakap berjela-jela seperti konsep mesyuarat.

    “Wasting hour’s taking minute”.

    Walau pun demikian kita kena faham asal usul sembahyang Isyak itu sendiri.
    Asalnya solah Isyak itu hampir kepada tengah malam untuk membolehkan umat Muhamad mudah mengerjakan solah tahajud.
    Tetapi mengikut riwayat,solah Isyak ini telah di dirikan lebih awal seperti sekarang untuk memudahkan umat muslimin.
    Seperkara lagi,banyak ulama moden ini mengamalkan kefahaman membenci.
    Jadi kita lihat dalam blog Tun sendiri ada kebencian yang melampau.
    Adalah dibenarkan membenci sesama manusia tetapi..
    “Janganlah kebencian kamu kepada sesuatu kaum membuatkan kamu berlaku tidak adil”
    Kebencian adalah satu bentuk tenaga yang amat kuat.
    Ianya bertindak sebagai boomerang.Kita lemparkan ia maka ianya akan datang balik kepada kita.
    Kebencian adalah asalnya pertumpahan darah.
    Dan darah yang di tumpahkan tidak dapat di bersihkan dengan darah juga seperti kata pepatah Parsi

    “BLOOD CAN NEVER WASH BLOOD”

    Terima kasih Tun.

  7. fififudin Oct 16,2014 12:16 AM

    assalamualaikum tuan doktor.

    memandangkan comments di blog tuan doktor memerlukan pengesahan, jadi saya ingin menghantar sedikit cadangan berkenaan MH370 yang belum dijumpai. kira macam bocor rahsia lah.

    saya rasa tuan doktor sudah boleh edit bahagian about me di page tuan doktor ini. kalau nak ikutkan perasaan saya terhadap negara kita, kita kena sedar bahawa industri elektronik dan semikonduktor tidak perlu dikembangkan sangat memandangkan teknologi mesin yang digunapakai di kebanyakan kilang di malaysia banyaknya adalah buatan israel. memang Aurum adalah konduktor terbaik. tetapi ia adalah nilai wang yang sebenar. untuk perhiasan kaum wanita. yahudi bijak membuka kilang-kilang semikonduktor dengan mengambil operator perempuan bekerja bersama gold wire ini, padahal itu sepatutnya menjadi perhiasan diri mereka.

    berkenaan IS, ia adalah agenda yang benar-benar berlaku seperti yang diceritakan oleh Muhammad S.A.W. dalam hadisnya. dajjal akan bangkit dari timur tengah bersama 70000 tentera yahudi. IS inilah yang berlaku sekarang.

    belom lagi saya bocorkan rahsia berkenaan qharqad pula yang ramai ulamak-ulamak malaysia tak nampak. mereka hanya menyampaikan hadis nabi tetapi tidak mengambil ajaran dan fahaman yang dibawa oleh hadis tersebut. itu pun salah satu tanda yang Muhammad S.A.W. dah cerita di mana penghujung zaman akan ada banyak ulamak yang menuruti hawa nafsu. lepas maghrib bagi tazkirah seolah-olah tiada isyak.

  8. fatahismi Oct 14,2014 7:04 PM

    As Salam Tun,
    Tepat sekali cerita ini dengan keadaan yang berlaku kepada PAS. Sekarang ini pemimpin bukan bertaraf ulamak PAS sudah dibeli. Mereka ini lah yang akan melelong Parti mereka dengan harga 10 sen. Ulamak dalam Majlis Syura pula tidak akan kemana melainkan diminta pendapat sekadar pakaian untuk mencantikkan anggota yang semakin memburuk didalam.
    Masyaalah… jangan lah sejarah Andalus ini berulang di Malaysia.

  9. Abu Alya Oct 13,2014 4:14 PM

    Salam Tun.

    Ahli UMNO sudah hilang semangat juang, kerana Najib sebagai ketua tidak ada ‘political will’ lagi untuk menakluk semula jajahan ‘hak dan harta’ orang Melayu yang telah ditakluk DAP.

    Saya dapat rasakan semangat yang berkobar bila membaca ‘The Return of Khilafah’ – @ http://www.slideshare.net/Malaysia_Politics/isis-dabiq-magazine-issue-1

    Mungkin benar juga tanggapan Najib – bahawa ahli UMNO perlu kuatkan semangat seperti bala tentera ISIS. Mesti ada cara untuk membakar semangat orang Melayu untuk kembali ke pangkuan UMNO. Tak gitu?

  10. mokhtar Oct 13,2014 12:42 PM

    Salam Tun,

    What is there more for PM to do for Chinese.. They have show their true color.. not only PM gives them minister posts.. now they demand more. They wants SMJKC at par with Sekolah Kebangsaan. They will protest if non chinese teachers are posted to their schools. The Malay are not questioning the existence of these schools but they want total autonomy for their schools.
    Now they demanded for goverment to take actions against those questioning / talking about their schools existence.. MCA cohoot with DAP + Chinese NCGos to achieve political Chinese agendas…Please dont beg for Chinese voters.. They will never give a vote…
    if they are sincere for equal roles.. they should share their economic powers with the Malays.

  11. Hajar Oct 13,2014 11:03 AM

    Salam YAB & Yg diKasihi Tun,

    KEJATUHAN AL-ANDALUS / ’Kejatuhan UMNO/BN’.

    1. Nampaknya UMNO ada Presiden yang berjiwa Cina, dan liberal.

    2. Menurut PM Ah Jib Gor (lebih kurang yang saya tonton dalam TV), ’…hak Sekolah Jenis Kebangsaan Cina akan terjaga kerana hak belajar bahasa Ibunda termaktub dalam Perlembagaan dan Undang2 Malaysia…’.

    3. Tiada siapa yang mempertikai hak belajar bahasa ibunda masing2 (tidak perlu sekolah tertentu untuk belajar); namun demikian bila PM sendiri keliru di antara hak SJKC dan hak belajar bahasa ibunda, UMNO memang sedang menghadapi masaalah besar. Saya andaikan ini sebagai satu ’hasutan’ berprofil tinggi dan wajib didakwa di bawah ’Akta Hasutan 1948’. Lagi satu, PM Ah Jib Gor juga sudah menyamakan taraf Sekolah kebangsaan & ’Sekolah Agama Islam’ dengan Sekolah Jenis Kebangsaan & Agama lain dengan memberi peruntukan yang tidak munasabah kepada sekolah2 tertentu.

    4. Saya tidak hairan jika selepas ini kita akan ada macam2 tuntutan untuk pelbagai jenis sekolah; mungkin kita patut ada sekolah masyarakat Siam (untuk belajar bahasa Siam), sekolah Sikh, sekolah Iban, sekolah Kadazan, sekolah Melanau, etc. dan sekolah Agama2 lain yang memdapat peruntukan dari Kerajaan semata-mata kerana setiap orang ada hak untuk belajar bahasa Ibunda.

    5. Saya (ahli UMNO) menarik balik sokongan saya terhadap UMNO/BN selagi PM Ah Jib Gor masih lagi Presiden UMNO; saya bukan siapa2, tetapi saya ada satu undi yang selama ini saya beri kepada UMNO/BN. Dan bukan saya seorang sahaja yang sudah tidak boleh menerima PM Ah Jib Gor sebagai Presiden UMNO. Good luck to PM Ah Jib Gor. You have lost my vote over votes that you probably won’t get, forever.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah SWT sentiasa melindungi Tun sekeluarga. ***

  12. suhainin suhaibul Oct 11,2014 11:09 PM

    Mohon ruangan….. Tun…… [ Wajaperak] – Terima kasih; subhanallah….. tiada keraguan dalam Al-Quran. Al-Quran itu sesungguhnya Kalam Allah. [Wajaperak] – sebenarnya ada “Bahasa” yang hanya golongan tertentu sahaja mampu menebak makna tersirat didalamnya.

    Maksud “Bahasa” itu bukan memanah terus kepada pertanyaan tentang “Ilmu Laduni” atau ilmu lain seperti “Ilmu Syariat” mahu pun “Ilmu Hakikat”. Payah hendak saya terangkan di sini; Mungkin rangkai kata ini hampir-hampir dapat menerangkan maksud perkataan saya tadi : “Bukan semua orang mampu membaca tulisan ‘Braille’ ”

    Assalamualaikum WajaPerak……..

  13. PakCik Oct 11,2014 10:32 PM

    Salam YAB Tun and fellow bloggers,

    1. What can I/we say? – as long as Malays are not muslim (we know that a real muslim
    uses his iman and akal), they let their emotions control their lives;
    – show them hard evident, facts…they will reject, they still believe those who
    managed to ‘touch’ their hearts…nafsu is satanic favorite spot.
    – when somebody says “Lim kayaaa…pakai Bently..’ these malays will nod their
    heads and smile but when you say,’Ahmad kayaa….straightaway their hearts
    go jumping…sakit hati, dengki…especially if Ahmad is an UMNO member…’
    OMG..walhal that Lim for all you know lied, cheat, manipulated them…but
    dengki punya pasal…

    2. We must show respect to DAP for they;
    – did not lie to us about their intentions of having Malaysia as Malaysian
    Malaysia (meaning, Islam is not above other religions, the malays/bumiputera
    are equal to non-bumis)…but they insisted the chinese gets their vernicular
    schools, get citizenships even though they cannot speak bahasa melayu or
    hate the sultans or hate the malays…

    – able to ‘train’ PKR & PAS leaders, just like doggie obedient school…and
    eventually kowtowing DAP

    – able to use remote control to control supporters from these 2 malay groups;
    siapa yang baring depan kereta Raja Nasrin? Siapa MB yang bagi hak kekal
    tanah kepada orang cina di Perak? siapa yang demonstrasi melawan polis?
    MB Selangor is a malay, but who’s running the state? Sampai Hassan Ali yang
    perjuangkan agama di tendang keluar…

    3. So, we can see that the one that is the source of malays/muslims breaking-up is DAP. Get it, abolish it, cut-off its internet army….Anwar, Hadi, Tok Guru need DAP’s help but actually guan eng and kit siang are in fact need help from these so-called Islamic leaders (but they are not!)

    4. Cut-off the head – DAP…if DAP is interested in getting Malaysia better, how come since ’65 (DAP was formed) until now, DAP never join the government? They want something bigger – winner takes all – THEY WANT MALAYSIA AND WILL TREAT THE BUMIS LIKE WHAT SINGAPORE GOVT DID TO THE MALAYS IN SINGAPORE, WHEN THEY TAKE MALAYSIA…TRUST ME…

  14. kalam putih Oct 11,2014 7:07 PM

    Umum mengetahui bahawa ketiga-tiga parti yang berada dalam Pakatan Rakyat mempunyai ideologi dan matlamat perjuangan yang berbeza-beza. PAS adalah sebuah Parti Islam, PKR (Gabungan Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia/Parti Sosialis Rakyat Malaysia) pula merupakan Parti Sekular-Pragmatik dan DAP adalah parti Sekular-Sosialis (Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Muktamar PAS KE-60). Bahkan, PAS-PKR-DAP lebih tahu dan sangat faham tentang perbezaan yang wujud semasa mereka.

    Walaupun berbeza ideologi, namun mereka dapat bekerjasama sebagai satu pasukan kerana musuh politik mereka adalah sama iaitu Barisan Nasional. Inilah kekuatan utama yang mengikat PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat. Bagi PAS, PKR dan DAP, kerjasama politik/tahaluf siyasi yang membentuk Pakatan Rakyat, merupakan formula politik terbaik yang mesti dijaga dan dipertahankan dengan sebaik mungkin agar kerajaan Barisan Nasional dapat ditumbangkan dalam Pilihanraya.

    Artikel Penuh :
    http://kalamputihmenuliss.blogspot.com/2014/09/masa-depan-pakatan-rakyat-dalam-politik.html

  15. mindabudaya Oct 11,2014 2:44 PM

    malaysia saya dan seterusnya
    …cuma satu sahaja ‘essence’ penting yang saya rasa telah lupa atau

    tidak disangka akan perlu diambil beri perhatian penuh pula di masa

    kini,
    yakni : dengan ungkapan bahawasa-nya ..: “bangsa Melayu itu perlu

    bersatu dan jangan berpecah dan bertengkar sesama sendiri,
    hanya jika tongkat kebersatuan ini diambil dan dijaga dengan penuh

    harga diri, barulah kesemua perkara dan kesemua kesucian yang

    dilampirkan dibawah ini dapat diharmonikan [ dengan rasa hormat juga

    dari bangsa bangsa lain yang perlu menuruti syarat syarat yang telah

    di berikan oleh kita, bangsa Melayu’.

    mari-lah bangsa melayu.
    dok bertengkar benda2 remeh.
    apa hasil dapat?
    kalau lu orang semua penjawat awam/kerajaan, no wonder-lah asyik

    bertengkar benda remeh..
    sebab nya tak produktif pun kerajaan payung baik punya.
    bajet negara, tiap2 tahun mesti kena , masuk poket.. apa ada hal..ye

    tak?
    bagus.
    keep it up. lagi 10-15 tahun.. ready lah. ada harapan Bahasa

    Inggeris jadi main subjek untuk subjek bahasa.
    ..bikin malu saja kalu duit orang bagi ambil,
    tapi bila orang suruh bersatu dan jadi patriotik.
    .tersengeh sengeh macam keldai. keldai pun malu lah.
    pi main jauh2.kalau tak ingin nak jadi patriotik dan beri kerjasama untuk Melayu bersatu.

  16. wajaperak Oct 11,2014 12:30 PM

    Assallammualaikum Tun.
    Mohon ruangan.
    [suhainin
    Apakah “Ilmu Laduni” itu benar atau ianya hanyalah sekadar penyakit Mental “Schizophrenia”]

    لَدُنَّا عِلْمًا

    Surah Al Kahfi ini sudah menjawap pertanyaan anda.
    Ingatlah bahawa Al Quran itu lengkap.
    Rajin rajinlah kita membaca dan menghayatinya.

    Terima kasih Tun.

  17. mohd jaffri Oct 11,2014 10:13 AM

    Salam Tun, dengan izin, kepada para rakan dan warga negara Tanah MELAYU, tenang dan renungkan sebentar dengan apa yang saya cuba ilhamkan. Iham ini mungkin menyebabkan keresahan pada pemimpin tetapi mungkin memangkin semangat untuk menjayakan.
    Bagai diperkatakan di dalam firman bahawa tiada yang kekal, UMNO lama juga tidak kekal dan berkemungkinan besar BN di pilihan raya akan datang juga tidak kekal adalah benar sebagai dijanjikan.
    Ahli-ahli UMNO memang support UMNO tetapi kebanyakkannya mempunyai penilaian tersendiri yang tidak sehaluan dengan parti , tetapi masih berada didalam parti kerana tiada lain hanyalah KESETIAAN seperti yang diungkapkan dari kecil sewaktu ikrar rukun negara.
    Jika mereka ini mahupun warga berbilang kaum dapat di seliakan , maka sangat berkemungkinan mereka ini akan menyokong penuh asalkan ada yang mahu memimpin.
    Dengan ini saya mencadangkan agar TUN menjadi penaung sebuah parti yang lurus dan diberikan nama “MUSTHAQIM”.
    Asasnya adalah bahawa telah ramai ahli-ahli UMNO memberontak didalam jiwa untuk keluar parti, tetapi tiada parti yang sesuai. Hendak masuk PAS ianya tidak lurus dan berputar-putar kembali ke jalan yang sama, sekejap joint DAP, sekejap joint PKR dan bila diberikan amanah untuk memimpin PAS tidak menjalankannya, bahkan diberikan pula kepada parti PKR merencanakan dan berakhir dengan perbalahan yang menyebabkan SULTAN saya dan rakyat didalam delima.
    Cerita panjang lebar dah bertahun TUN berkata-kata, malah suara TUN bukan sahaja didengari di dalam Malaysia bahkan diluar negara. TUN mungkin rasa sudah tua untuk memimpin, TUN juga yang merencanakan wawasan 2020 dan yang lain cuba meneruskannya, maka diharapkan TUN juga yang memastikan mutu kearah wawasan itu kerana pemimpin-pemimpin sekarang cuba kesana tetapi tidak sampai dan rakyat merana kerana TUN punya wawasan.
    Cerita mat jenin: Seorang (A) membuat cost saving dan berjaya merlaksanakannya dan Pengerusi syarikat International yang tak pernah turun terpaksa turun ke malaysia untuk berkongsi profit. Dia (A) merasa bangga kerana itu dianya dipuji. Dia (A) kemudian berhenti kerja. Rakan sejawat naik pangkat dan mahu juga di puji, maka dia (B) pun melaksanakan cost saving juga tetapi tidak boleh kerana dah maksimum dilakukan rakan yang dah berhenti dahulu. Jadi dia (B) buat cost saving juga dan membeli produk-produk dalam rumah. Akhirnya company muflis kerana cost saving tadi menyebabkan tiada kualiti pemakai merana.

    TUN yang dikasihi, pls STOP TALKING, TAKE ACTION, tubuhkan parti baru yang LURUS. Mungkin exPAS dan ex PKR dan kaum-kaum yang lurus akan mengikuti adalah SANGAT tinggi peratusannya. Ini mungkin pengorbanan yang TUN boleh buat untuk terakhir kalinya semasa hidup TUN untuk TANAH MELAYU kejalan yang LURUS “Parti MUSTHAQIM”

    MJM

  18. Tuntuah Oct 10,2014 7:28 PM

    La.. Najib….
    Budget kau mesra kroni, rosmah.. Bukan mesra rakyat…

    Kau najib lagi worst dr pak lah…

    What wrong with umno these days.. Idiot

    Is it melayu semakin bodoh?? Atau ahli umno memang bodoh? Atau malaysia sekarang memang bodoh????

    What a government we have today.. Stupid

  19. suhainin suhaibul Oct 10,2014 4:41 PM

    Assalamualaikum Tun……..

    Bermula sahaja “Kisah 2003” dahulu; perkara paling awal yang saya sebutkan ketika itu ialah “Perpaduan”. ketika itu topik “Perpaduan” tidak sehebat dan semeriah sekarang ini pendekatannya.

    Apa pun kita bersantai-santai dahulu dengan topik ini. saya ingin berkata tentang tajuk yang terkeluar dari topik kebiasaan kita di sini. Jikalau Tun suka dan berkesempatan; Sukacita kiranya Tun dapat memperlihatkan kepada kami tentang “Bandingbeza” antara “Schizophrenia” dalam perubatan moden dan perkaitannya dengan “Ilmu Laduni” (Ilmu Ilham) yang menyentuh tentang ‘Firasat’ dan ‘Kasyaf’ (Dalam Islam). Apakah “Ilmu Laduni” itu benar atau ianya hanyalah sekadar penyakit Mental “Schizophrenia”.

    sihat walafiat hendaknya Tun….. Aminnnn…..

  20. Abu Alya Oct 10,2014 12:29 PM

    Salam Tun.

    Tahaluf Siyasi atau ‘kerjasama politik’ oleh satu puak Islam dengan kafir harbi untuk memusnahkan satu puak Islam yang lain sudah pastinya tidak akan dipersetujui sama sekali oleh baginda Rasulullah saw.

    Adalah perbuatan keji bagi seorang yang mengaku Muslim sehingga dia sanggup bersekongkol dengan kafir untuk membunuh saudaranya sendiri di atas kepentingan politik.

    Perkataan politik tidak wujud di dalam Quran.

    Tetapi perkataan-perkataan yang membawa maksud ‘plot’ dalam bahasa English atau pakatan sulit atau rekayasa atau ‘komplot’ dalam bahasa Melayu – memberi panduan yang cukup untuk kita kaji dan memahami tindak dan terutamanya ‘tanduk’ yang tegak berdiri di atas kepala penyokong PAS.

  21. mokhtar Oct 10,2014 9:23 AM

    Salam Tun,

    PAS adalah kumpulan yang akan ‘ tahaluf siyasi’ dengan kumpulan2 yang akan menjatuhkan pemerintahan Melayu/ Islam..mereka telah belajar daripada sejarah… inilah satu jalan yang terbaik untuk mendapat kuasa.
    PAS adalah parti politik Melayu /Islam yang mencerminkan kebodohan, ketaksuban,kelemalan, kemalasan, yang melachurkan bangsa, agama, adat dan kebudayaan orang Melayu. Mereka sanggup ‘ tahaluf siyasi’ dengan DAP dan peliwat untuktujuan tersebut.

  22. wajaperak Oct 10,2014 9:11 AM

    Assallammualaikum Tun.
    Saya mohon ruanga,

    [noordinoor
    Umno join Pas untuk kesejahteraan orang melayu]
    Puan.
    Dahulu saya ketawa dengan pernyataan yang sebegini.
    Imam Ghazali menakrifkannya sebagai gharar.
    Tapi begitulah sifat manusia sebagaimana yang disebut Allah di dalam Al Quran.
    Kebencian amat kuat di dalam hati kita terutama apabila menyangkut soal nafsu nafsi.
    Apabila ditegur maka melenting lah kita dan kita menyerlahkan kebencian dengan melabel hinggalah kepada bahan buangan manusia untuk menunjukkan kebencian kerana di tegur kerana Allah.
    PAS telah mengambil kesempatan di atas sentimen kebencian ini sejak ia mulanya ditubuhkan.
    Mengapa agaknya?
    Saya berpendapat pendukung dan pemuka PAS adalah tidak setulus dan sejujur Tuan Guru Haji Mat Saman.Walapun dia PAS tatapi dia adalah contoh ulama tulin.
    Tapi biasalah manusia ini berbeza pendapat.
    Saya harap perbezaan pendapat antara kita tidak akan menimbulkan permusuhan sehingga menumpahkan darah.
    Hadith Rasullulah s.a.w
    “Perbezaan pendapat di antara umatku adalah rahmat”.
    Pada hari Raya Haji Ahad yang lalu,saya bersolah di Masjid India.
    Oleh kerana tak nampak Imam saya meneruskan kebiasaan solah seperti di Masjid ‘Melayu’ = Imam Syafie.
    Imam berkhutbah panjang sebelum solah sunat Aidil Adha.
    Ini bukan sunnah Imam Syafie.
    Di rakaat kedua Imam tidak bertakbir 5 kali sebelum Fatihah.
    Imam bertakbir sebelum sujud 5 kali pada rakaat kedua sebelum rukuk.Oleh kerana biasa di masjid ‘melayu’ tidak sebegini maka saya pun rukuk.
    Terbatallah solah saya kerana menyalahi Imam.
    Di waktu tahiyat akhir seorang makmum menunjuk dengan jari kiri pada Tasyahud lafal Lailahaillah.
    Lagi sekali kelainan dari Mahzab Syafie.
    Dahulu saya tidak dapat menerima perbezaan ini tetapi saya belajar berlapang dada.
    Berlapang dadalah puan dan tanya persoalan ini tentang peranan PAS sejak penubuhannya tentang pematuhan perintah Allah ini.

    Al Quran
    Abasa 80:24
    “Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya”.

    Industri pemakanan halal PAS dari segi beras,fishball,mentega,mayoinnase,susu pekat dan cair dan lain-lain adalah amat membanggakan kita sebagaii pematuhan PAS secara jujur dan ikhlas terhadap perintah Allah ini.

    TIDAKKAH SEBEGITU??

    Terima kasih Tun.

  23. Hajar Oct 10,2014 7:57 AM

    Salam YAB & Yg diKasihi Tun,
    KEJATUHAN AL-ANDALUS

    1. Pengajaran/Moral of the story: ’Bersatu teguh, bercerai roboh’ – Perpecahan punca kaum Melayu/Islam lemah.

    Yang lemah biasanya akan diperkuda dan ditawan untuk mencapai matlamat kumpulan yang lebih dominen/kuat. PAS adalah parti yang lemah, dan ber’tahaluf siyasi’ dengan DAP/PKR; jadi hasil dari kerjasama tersebut sudah boleh diduga sedari awal lagi.

    2. UMNO yang dianggotai oleh kaum Melayu/Islam lebih kuat dari PAS, dan jika PAS ikhlas, PAS akan sudi bekerjasama dengan UMNO. Sekurang-kurangnya, orang Melayu/Islam juga yang berkuasa.

    3. UMNO sekarang lemah kerana Presidennya (Ketua) amat lemah (walaupun UMNO masih lebih kuat berbanding PAS yg jadi kuli DAP/PKR). Presiden UMNO sekarang sudah tidak layak untuk mengetuai UMNO kerana beliau lemah, gagal, dan sudah jauh TERSASAR dari asas perjuangan UMNO.

    4. Bukti PM lemah ialah kejadian jenayah yang semakin menjuadi-jadi. Pertama kali ada yg berani baling bom di tengah2 bandaraya KL. PM kena bertanggung-jawab & letak jawatan (jika ada maruah) kerana ini melibatkan keselamatan awam. Semasa ISA/EO dimansuh, adakah kepentingan/keselamatan rakyat jelata di utamakan? Jawapan nya kita sudah tahu.

    5. Saya harap kita tidak akan ada sejarah ‘Kejatuhan BN/UMNO’.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah SWT sentiasa melindungi Tun sekeluarga. ***

  24. rosas Oct 10,2014 2:15 AM

    YBhg Tun
    Negara merdeka sudah berabad… negarawan negara tetap tidak mahu sepakat..serangan virus PhD & EoT semakin hebat..perpaduan anak bangsa tergugat & terencat..perpecahan & perbalahan tiada manafaat… jauh lagi nak dapat berkat… .rakyat biasa menggelitik merempat..hanya segelintir bergelar koprat…para cendiakiawan hanya melihat… ulama UMNO hanya tercegat… ulama PAS menanti kiamat…ulama bebas tak tau apa nak buat… negarawan negara tak habis-habis mengumpat….segelintir pula gemar melipat…doktrin 3P dipeluk erat…ekonomi negara semacam tak sihat…musuh negara senyum makrifat…menanti masa untuk merembat.

  25. shahrulnizam Oct 9,2014 10:02 PM

    catalan pun dah mintak independence dgn spain…

  26. Megat Dewa Oct 9,2014 8:27 PM

    Tepuk dada tanya iman

  27. PAShit a.k.a. DAPshit Oct 9,2014 5:29 PM

    Salam Tun,

    To nordinoor,

    Orang yang lemah jangan perasan kuat. Hadith juga menyatakan bahawa para ulamak wajib menyeru kepada penyatuan ummah. Sekarang siapa yang memerintah negara? PAS ke UMNO?

    So PAS should buang sikap prejudis and kowtow to big brother UMNO demi penyatuan ummah. Whoever disputing this fact should have their heads examined and should be ready to be labelled ‘ penipu jual agama’.

    DAPshit

  28. skudap Oct 9,2014 3:00 PM

    Salam Tun,
    “What we learn from history is that people don’t learn from history.” – Warren Buffet
    Enough said…

  29. noordinoor Oct 9,2014 2:29 PM

    DAPshit,
    What if its the other way round. Umno join Pas untuk kesejahteraan orang melayu.

  30. PAShit a.k.a. DAPshit Oct 9,2014 8:58 AM

    Salam Tun,

    Saya menggesa PAS supaya bersatu dengan UMNO demi kesejahteraan ummah di negara Islam yang unik di muka bumi ini. Jika PAS tidak berbuat demikian secepat mungkin maka sah lah bahawa PAS hanya parti bertopengkan dan menjual agama demi dunia.

    Orang Melayu amat mudah tertipu dengan serban dan jubah.

    DAPshit

Leave a Reply