TOTAL VISITORS FROM 2008:

MILIK KERAJAAN / MILIK SWASTA 36

1. Di zaman revolusi industri di Barat, pekerja ditindas oleh majikan. Upah amat rendah, keadaan dalam kilang tidak selesa, kemalangan kerap berlaku sehingga ada yang terbunuh, dan bermacam lagi.

2. Pemikir Barat berpendapat jika kilang dimiliki oleh Kerajaan, dan Kerajaan pula dikuasai oleh buruh, maka semua keuntungan akan diperolehi oleh Kerajaan dan diagih di antara pekerja. Sudah tentu pendapatan pekerja akan meningkat.

3. Inilah asas ideologi Sosialis dan Komunis. Seperti mana kita tahu sistem ini gagal. Sebabnya ia gagal ialah oleh kerana apabila upah dinaikkan kos pengeluaran turut naik dan harga jualan menjadi tinggi. Rampasan kuasa dan harta golongan kaya pula mengurangkan pasaran tempatan bagi barangan mewah. Tanpa pasaran mewah, walaupun pekerja dibayar gaji yang lebih, jualan tidak laris dan keuntungan berkurangan. Dayabeli pekerja tidak meningkat, iaitu mereka terus menerus miskin. Dalam pasaran dunia pula, barangan harga tinggi dari negara sosialis tidak dapat bersaing dengan barangan dari Asia Timur. Sekali lagi keuntungan menurun sehingga ada yang terpaksa gulung tikar.

4. Dengan itu industri yang dahulu memberi keuntungan yang banyak sudah tidak maju lagi selepas dimilik negara. Cukai untuk Kerajaan juga menurun. Tanpa perolehan cukai yang tinggi infrastruktur negara juga tidak dapat didirikan.

5. Maka merosotlah pembangunan negara apabila industri dimiliki Kerajaan. Akhirnya pemilikan oleh Kerajaan terpaksa dihentikan.

6. Apakah kelebihan bagi negara jika industri dimiliki dan diusaha oleh swasta. Yang pertama Kerajaan tidak perlu keluar modal barang satu sen pun. Tetapi 25% daripada keuntungan akan diperolehi oleh Kerajaan sebagai cukai korporat. Lesen dan aneka jenis permit akan dibayar kepada Kerajaan.

7. Cukai juga akan diperolehi semasa kilang didirikan dan daripada keuntungan kontraktor dan pengurus-pengurus mereka yang bergaji tinggi. Benar cukai-cukai ini akan dibayar oleh kontraktor dan pengurus jika kilang yang dibina milik Kerajaan. Tetapi bayaran kepada kontraktor dan lain-lain datang dari duit Kerajaan. Cukai sebenarnya dibayar oleh Kerajaan.

8. Pengurusan kilang memerlukan “operating cost” yang termasuk gaji, kos elektrik, bahan mentah, alat ganti dan lain-lain. Semua ini akan dibayar oleh swasta. Jika dimiliki oleh Kerajaan, semua perbelanjaan ini perlu ditanggung oleh Kerajaan.

9. Katakanlah untung 100% akan dimiliki oleh Kerajaan. Tetapi 25% adalah cukai yang akan diperolehi oleh Kerajaan jika bukan kilang Kerajaan pun. Sebenarnya Kerajaan dapat 75% sahaja daripada keuntungan, bukan 100%.

10. Jika rugi, Kerajaan akan tanggung 100% kerugian. Jika dimiliki swasta kerugian akan ditanggung oleh swasta. Tetapi cukai keatas gaji dan pendapatan pengurus yang bergaji tinggi masih didapati oleh Kerajaan walaupun kilang tidak untung.

11. Apabila Kerajaan hutang untuk membina dan memiliki kilang, bayaran faedah akan ditanggung oleh Kerajaan.

12. Walaupun kilang menjadi aset dan nilainya lebih dari hutang, tetapi nilai ini hanya bermakna jika kilang dijual dan pendapatan diguna untuk membayar balik hutang. Jika tidak dijual aset ini tidak akan kurangkan hutang. Kerajaan bukan sahaja terpaksa bayar faedah tetapi juga hutang pokok. Ini tetap mengurangkan keuntungan lagi.

13. Bila kilang rugi beban yang dipikul Kerajaan amatlah besar. Bukan sahaja tidak ada keuntungan bagi Kerajaan, tetapi hutang masih perlu dibayar.

14. Biasanya kilang yang dimiliki dan diurus oleh Kerajaan rugi atau tidak untung banyak. Ini adalah oleh kerana pemilik dan pengurusan tidak didorong oleh motif keuntungan. Sesungguhnya pemilikan kilang atau perniagaan lain oleh Kerajaan tidak berfaedah. Sebaliknya apabila syarikat dan khidmat Kerajaan seperti pos, telekom dan lain-lain lagi diswastakan pekerja Kerajaan dapat dikurangkan dan peruntukan untuk gaji diselamatkan untuk kegunaan lain.

15. Walau bagaimanapun Kerajaan perlu labur untuk kilang yang membawa masuk teknologi yang diperlukan oleh Negara, umpamanya teknologi canggih dan tinggi. Walaupun rugi tetapi teknologi yang didapati boleh memajukan negara kearah Wawasan 2020.

16. Sesungguhnya pemilikan perniagaan oleh Kerajaan tidak berfaedah dan tidak menyumbang kepada pendapatan Kerajaan.

36 thoughts on “MILIK KERAJAAN / MILIK SWASTA

  1. aremay30 Apr 6,2015 1:40 PM

    Salam Tun M,

    Saya adalah seorang remaja yang berstatus warganegara Malaysia. Saya amat mengagumi Tun sewaktu zaman perintahan Tun Dr Mahathir. Tun telah berjaya membawa Malaysia dimata dunia dengan pembangunan yang amat pesat sehingga wujudnya Multimedia Super Corridor dan lain-lain. Bagi saya yang baru berusia setahun jagung saya telah memulakan langkah selepas tamat pengajian Diploma dari sebuah institusi pengajian tinggi dengan membangunkan social network pertama di Malaysia yang mempunyai unsur pendidikan.

    Tujuan utama saya membangunkan laman social ini adalah seiring dengan peredaran masa sekarang dan wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju. EYEQUE adalah nama aplikasi yang diberi untuk pengguna lebih mengenali. http://www.eyeque.net. Saya amat kagum dengan cara pemikiran Tun yang jauh lebih kehadapan untuk kemajuan negara. Seperti PROTON yang dijadikan kenderaan pertama keluaran Malaysia. Tun sudah membuktikan yang kita juga mampu berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain.

    Saya berharap dengan penghasilan EYEQUE juga mampu untuk membawa Malaysia sekali lagi berdiri sama tinggi dengan negara pengeluar Microsoft, Google, Facebook dan sebagainya. EYEQUE boleh dicapai melalui Google search engine dan sebagainya. Diharap, dengan penulisan di ruang komen ini dapat membantu saya untuk menyampaikan sesuatu kepada bekas bapa pembangunan Tun Dr Mahathir.

    Salam dari saya,
    Amir Al Hafiz
    Co-founders of EYEQUE.
    https://www.eyeque.net

  2. anti-jibaok Dec 6,2014 3:34 PM

    Let us just observe how those Zionist-Rothschild International Banksters (cum scoundrels) have complete control of the Bank of International Settlement (BIS) monetary and currency instrument of SWIFT (Society for Worldwide Interbank Financial Telecommunication) that can make or break any nation.

    Currently those scoundrels (through their Western powers lackey – i.e. the US & EU) plan to subdue and suppress Russia by denying them to access SWIFT as elaborated below:-

    http://rt.com/business/211291-swift-banking-russia-vtb/

    Such a dastardly & deceitful move by unjustifiably cutting-off Russia out of SWIFT banking system would mean ‘War’ – as expressed by the Head of VTB.., i.e. Russia’s second largest bank.

    Even though Russia has plans to have their own international Inter-bank System up and running by May 2015.., however it needs to speed up preparations for its version of ‘SWIFT’ in case of possible provocation from those Western powers. Nonetheless, currently any denial of access to SWIFT would definitely hurt Russia’s economy, in the short-term.

    After the US and EU had imposed sanctions on Russia (because of the Crimean & Eastern Ukraine issues) there were fears that the next stage would be by cutting-off Russian banks from the SWIFT system. As always, the scoundrels’ lackey of the USA & EU would do any bidding as instructed by their ‘Masters’.

    Russia is not a nation who is going to take it by merely playing dead. And that is for sure.., because unlike other smaller nations like (say) Iraq, Afghanistan, Venezuela, North Korea, Libya, Syria and Iran, that those Western powers have pushed-about and bullied. However, Russia is also a World Superpower and definitely is no push-over who can surely retaliate with deadly consequence. In no way is Russia going to play-dead and respond fearfully to the arrogance of especially the USA as demonstrated by these stand-up comedians, as below:-

    http://www.youtube.com/watch?v=FC1_wPifHZo

    http://www.youtube.com/watch?v=Z3ZVgj_-VAg

    http://www.youtube.com/watch?v=Q0oMfHmMIVU

    http://www.youtube.com/watch?v=6VLlEfM5WJ8

    P.S.> Let us be informed or reminded that SWIFT is a global banking transactions system connected to more than 10,000 financial institutions to more than 200 countries all over the world. The DAILY turnover of payments made via SWIFT is to the humungous tune of US$6 trillion..! Can we just imagine just how much money is made by those rascals every single day, even if such a very, very small percentage of commission is paid for such a huge volume of transaction..?

    Perhaps our ardent and frequent comment-contributor here (i.e. the good Dr. Mubarak Chan) can do some research to find out and enlighten us whether our ‘friendly’ neighbour, i.e. Singapore had been given the privilege by those scoundrels (as their ‘Eastern financial outpost’) in being endowed with such an international financial instrument (such as some sort of ‘Clearing-House’) for monetary and trade transactions for the East-Asia region.., that has apparently made Singapore’s finance & economy all these while to be somewhat robust. We just wonder..!

  3. sibotak Dec 5,2014 1:00 AM

    SULTAN HARUS CAMPUR TANGAN DAN AMBIL TINDAK TEGAS
    SEPERTI LUCUTNYA PANGKAT DATUK KEPADA ANWAR
    SEHARUSNYA ANWAR DISINGKIR NEGARA OLIH SULTAN

    SESIAPA YG MEMPERSOALKAN MELAYU SEBAGAI PENDATANG
    MEMPERSOALKAN KETUAAN MELAYU , PEMERINTAHAN MELAYU
    DAN BERANGGAPAN MELAYU SEBAGAI PENDATANG DI MALAYSIA
    SERUMPAMA BELIAU MENGUPAMAKAN SULTAN MELAYU SEBAGAI PENDATANG JUGA

    SULTAN MELAYU PERLU JUGA MENCERMINKAN DUNIA
    KEWUJUDAN SULTAN MELAYU DI MALAYSIA
    DAN TITAH BAGINDA PERLU DI HORMATI

    ANWAR SUDAH BERANI MEMPERSENDAKAN SULTAN DENGAN TIDAK MENGHIRAUKAN
    TITIAH SULTAN , LALU YG LAIN SUDAH BERANI MEMPERSOALKAN KEDAULATAN MELAYU

  4. milshah Dec 4,2014 10:39 PM

    Assalamualaikum Tun,

    Your article is a good reminder on why business should be in the private sector and not by the government. It was the reason why Malaysia embark on the privatization many years back. The government have no business to be in business. This reminder is apt, since it seem the government forgotten on why we did the privatization during your time as Prime Minister. The recent taking over of the Malaysian Airlines System (MAS) by the government, is one example of the backtracking. The taking over exercise alone is RM6 billion. Taking care of the company in its different form, will further add financial burden to the government. Tun have not stated specifically about MAS, but the policy should be the government have no business to be in business.

    Something that further worries me is the recent announcement of Petronas on lower profits and possible lower dividend to the government. Falling world oil prices have badly affected Petronas profits. Since 40% of the government income is from Petronas, the government too will be affected. I wonder do the government have enough money to pay the BR1M, MAS, 1MDB, etc, etc.

    The government must know that it not good policy to be overly dependent on oil revenue. The government should diversify its sources of income. Otherwise, oil revenue drop will affect the government’s ability to spend.

    Now Bursa Composite Index is dropping, our MYR is decreasing in value to RM3.40 against the dollor. All this indicate our economy is heading downwards. Isn’t this something the government should be worrying about? There has been no news by the government to overcome this. During Tun’s time, once the problem is surfaced, the following day immediate action would be taken to rectify the problem.

    I do hope the government look into the state of the economy, before it worsen even further.

  5. anti-jibaok Dec 4,2014 6:17 PM

    Pihak Kerajaan tidak perlulah campurtangan dan melibatkan diri dalam soal pengurusan sesuatu perusahaan atau industri yang dimiliki oleh Kerajaan. Bukannya kerja pihak Kerajaan untuk menjalankan sesuatu perniagaan atau perusahaan. Itu kerja para-peniaga dan usahawan. Hasil utama Kerajaan adalah dari kutipan cukai. Nescaya, pihak Kerajaan wajar menggalakan perniagaan, perusahaan & perindustrian didalam negara sehebat mungkin oleh sebab kalau perniagaan & perusahaan dalam negara semakin rancak dan maju, maka Kerajaan juga akan mendapat hasil cukai yang banyak untuk dibelanjakan kembali demi rakyat jelata.

    Sekiranya pihak Kerajaan melibatkan diri dalam perniagaan dan perusahaan namun jika sikap kerja para-pengurusan & pekerja dalam sesuatu perusahaan itu (sebagaimana TNB dan juga Telekom Malaysia misalnya) yang masih lagi ditahap bersikap birokrasi (sebagaimana kebanyakan kakitangan awam), maka ianya adalah tidak sejiwa dengan sikap dan motivasi kerja para-pengurusan & pekerja yang diterajui dan kendalikan oleh para-usahawan atau pengusaha yang tulin dari segi budaya kerjaya mereka.

    Namun begitu, pihak Kerajaan bolehlah memiliki pegangan saham dalam perusahaan dan industri tertentu tanpa tidak ada banyak campurtangan dalam pengurusan seharian sesuatu perusahaan atau industri itu, asalkan ianya membawa keuntungan dividen dan juga hasil cukai kepada Kerajaan sekiranya perusahaan atau industri itu membawa keuntungan setiap tahun apabila diterajui oleh para-usahawan yang berkebolehan.., dan bukan pula diterajui oleh para tokoh-korporat. Pastinya ada banyak bezanya antara para-usawahan yang berkaliber dan berdaya-maju berbanding dengan tokoh-korporat (atau ‘tokoh-keparat’ sebenarnya) yang ramai diantara mereka adalah jenis parasit yang hanya hendak buncitkan perut dan kocek mereka sendiri, lebih daripada hendak memajukan sesuatu perusahaan atau industri.

    Kita perlu sedari bahawa dalam asas-asas ekonomi yang ditekankan bahawa.., Faktor-faktor Pengeluaran (Factors of Production) adalah meliputi 3 faktor utama, iaitu:-

    1) Tanah (Land),
    2) Modal (Capital),
    3) Usahawan (Entrepreneur), iaitu mereka yang berani menanggung risiko dalam sesuatu perusahaan dan bukan pula tokoh-keparat yang kebanyakannya adalah jenis para-parasit (sebagaimana dalam 1MDB misalnya) yang hanya mahukan bergaji besar & berbelanja besar dalam sesuatu perusahaan, tanpa banyak pula menyumbang kepada kemajuan sesuatu perusahaan itu.

    Kebanyakan perusahaan-perusahaan yang sangat maju adalah sebabkan ianya diterajui oleh para-usawahan yang:-
    – Kuat bekerja & berusaha,
    – Sangat berani menghadapi risiko,
    – Mempunyai idea yang bernas,
    – Bijak mengurus kewangan,
    – Cekap memimpin dan memilih para-pengurus dan pekerja yang sangat berbakat dan komited terhadap perusahaan,
    – Sentiasa dedikasi terhadap perusahaannya.

    Nescaya, para-usahawan atau pengusaha yang gigih & tulin akan menjaga perusahaannya sebagaimana seorang ibu atau ayah menjaga anak-kecilnya yang tersayang. Bukan seperti seorang ‘businessman’ ataupun tokoh-korporat yang hanya pandai membawa kerja ‘cutting-deals’ untuk mendapat untung segera semata-mata, tanpa memikirkan soal jangkamasa panjang sesuatu perusahaan atau industri itu.

    Lihatlah, bagaimana para-usahawan & pengusaha yang asalnya adalah dari jenis perusahaan yang kecil-kecilan namun mereka telah membina perusahaan mereka menjadi syarikat gergasi di mata dunia, misalnya syarikat-syarikat seperti.., Honda (Seichiro Hinda), Sony (Akio Morita), Microsoft (Bill Gates), Apple (Steve Jobs), Amway Corp. (Rich de Vos & Van Andel), IKEA Furniture (Ingvar Kamprad), Virgin Group (Richard Branson) dan berbagai lagi tokoh usahawan yang telah memajukan perusahaan kecil mereka untuk menjadi syarikat gergasi dan ternama.

    Siapa yang tidak mahu melabur dalam perusahaan yang akan sentiasa membawa keuntungan.., apatah lagi pihak Kerajaan yang mahu memegang saham dalam syarikat sedemikian lantaran mendapat keuntungan dividen juga sekaligus mendapat hasil cukai dari syarikat yang berdaya maju itu.

    Namun begitu, apakah pemilikan atau pegangan Kerajaan dalam pihak Swasta itu adalah berasaskan kepada asas-asas ekonomi sebagaimana yang disebutkan itu sebagaimana menuruti kehendak iaitu.., Faktor-faktor Pengeluaran? Apakah soal bakat, kebolehan & kegigihan para-Usahawan tidak perlu dititik-beratkan namun soal tokoh-keparat lebih diutamakan untuk memajukan sesuatu perusahaan..?

    Kalau begitulah keadaannya maka ianya adalah ibarat mencurah air di daun keladi. Jika ditabur dan tambahlah modal-wang sebanyak mana sekalipun namun ianya tidak akan mendatangkan hasil dan keuntungan sekiranya para ‘tokoh-keparat’ dibiarkan mengendali perusahaan apabila diri mereka tidak berdedikasi, tidak banyak idea, tidak bersedia untuk bekerja kuat dan tidak sanggup menanggung kos kerugian sekiranya perusahaan itu gagal. Itu tidak ada iltizam atau commitment namanya.

    Pendek kata, kalau susah-susah sangat Kerajaan hendak melabur dan memiliki pegangan dalam pihak Swasta maka lebih baik pihak Kerajaan ‘mop-up’ sahaja segala saham-saham ‘blue-chips’ bagi syarikat-syarikat besar yang tersenarai dalam BSKL dan lantik sahaja pengurus asset yang competent untuk mengurus pegangan pihak Kerajaan. Tak perlulah pihak Kerajaan nak banyak pening kepala soal menjalankan sesuatu perniagaan atau perusahaan.

    Akan tetapi, kalau Kerajaan hendak melabur dan memajukan sumber manusia dalam negara untuk menyemarakan lagi perusahaan tempatan, maka Kerajaan perlu membentuk dan menyokong habis-habisan para-usahawan tempatan yang amat bersungguhan untuk memajukan sesuatu perusahaan atau industri.., apatah lagi dikalangan usahawan Melayu dan Bumiputra yang tidak takut menghadapi risiko didalam bidang perniagaan.., walaupun mereka terjatuh dan terpaksa dibantu untuk bangun semula. Jangan ada pula didalam pihak Kerajaan yang hendak membentuk dan membiak kroni-jibaok mereka untuk menjadi para tokoh-korporat yang berjenis parasit-keparat.

    Maka, janganlah kita mudah terlupa terhadap asas-asas ekonomi tentang iaitu soal.., Faktor-faktor Pengeluran.

    Sekian.., Wassalam.

  6. mubarakchan Dec 4,2014 1:57 PM

    Tun

    I noted that there are already over 30 comments on this subject of ‘ Money ‘ which is the most elusive subject in the realm of Humankind. It is also interesting to note that Italy just after the Second World War had similar types of coins like the existing Malaysian range in circulation. But to go into the depths of the history and the technicalities about ‘MONEY’ is not only unending but no proper answers maybe derived from all comments. A good explanation on this subject is to compare a person’s own family and that of the governance of a Nation by the Head of Government and his Cabinet.

    I have often told my friends that a currency of a Nation and its value is exactly like how we value the head of a household and his family. Or as the ancient saying goes, ‘ There must be peace and harmony in your home before you can fight and win in the streets !’

    Tun, I take that you and your family is at the top of the scale in the valuation and enhancement of a family. The rest of the other families can only be ranked below this. This is the GOLD STANDARD of valuation and enhancement of a person’s worth and his family. This was how you were successful as a Prime Minister and Statesman for all time. This was when our MALAYSIAN RINGGIT WAS AT ITS HIGHEST VALUE as it was also during your predecessors Administrations, 1957 – 1980.

    If the currency of a Nation is weak and subjected to wild fluctuation in values, these events reflect the going ons in the Government and its economic policies which have to face a World of ‘ GLOBALIZATION, FREE TRADE AND HUMAN RIGHTS ‘ How to run away because there is no safe haven for anyone anymore ? This is what we all call ‘ COMMONSENSE.’ And also such Nations never envisage that the IMF might ride into town one fine day with its guns drawn.

    This is the explanation on MONEY in its simplest terms.

    MALAYSIA BOLEH ! MALAYS BOLEH ! MALAYSIANS BOLEH !

    Actually, the Singaporean Trojan Horse DAP is the weakest political enitity in the Malaysian political firmament – it is up a greasy pole of no return. The DAP is linked to the newly discovered ULTRA COMMUNISTIC POLITICAL AND SOCIAL SYSTEM AS IMPOSED BY THE RULER ON THE SINGAPOREAN CITIZENS. It is in bed with two Malay political parties, the very rich PKR and the good PAS. It is a weak link to carry over 90% of the Chinese vote to give the wrong impression. The family rule of the DAP leadership will stymie whatever political ambitions the other members of the DAP have. And the DAP penchant for saying’ No ‘ when the BN says ‘ Yes ‘ or ‘ Yes ‘ when the BN says ‘ No ‘ gives rise to the non-professionalism as practised by it since 1966. And the worst slogan of all, the brilliant Lee Kuan Yew inspired slogan, ‘ MALAAYSIA FOR MALAYSIANS ‘ which grew more and more insipid since 1966, is now the RALLYING CALL FOR THE UNHAPPY SINGAPOREANS’ ‘ SINGAPORE FOR SINGAPOREANS.’ As it is said, ‘ What goes round comes around !’

  7. Tanggang Dec 4,2014 10:13 AM

    Salam Yg Bhg Tun,

    balance,

    You mentioned “the privatization of services/utilities/business are for UMNO not the Govt. The Plus Highway is one good example of creating a political fund or cash-cow.”

    PLUS Highway belongs to majority EPF and UEM. EPF belongs to everybody Malays, Chinese, Indian etc. EPF invests those money and gives dividends to everybody and not to UMNO. Same thing to UEM where it ensures by its expertise to maintain, upgrades and operates the highway so that everybody (not UMNO guys) can use the highway safely.

    Your statement seems misleading.

    Thank you.

    Salam Tun.

  8. Abu Alya Dec 4,2014 10:10 AM

    Salam Tun.

    Do kerajaan control the economy or the economy control the kerajaan?

    If we allow the economy, and by default those who have the upper hand in the nations’ economy to control the kerajaan – then it justifies the Chinese grouse if they feel marginalized on their role in governing the country. That is true, if we allow the economy to control the kerajaan. Sometimes the economy will go as far as threatening or withdrawing its support from the kerajaan. Isnt that what happened in the recent PRU?

    In other words, we are repeating the sentiment of these so-called heavy tax-payers, captains of industries, ethnic-centric corporations who want a bigger piece from the already biggest portion of the cake they already own. Can’t imagine where the Malays will end up if the DAP-controlled Pakatan were to form the next government.

  9. Fariq Islam Dec 4,2014 9:11 AM

    Salam, Tun,

    Konsep membiar sector swasta membiayai perniagaan dan kerajaan pula mengutip hutang sememangnya betul. Konsep ini harus dipraktiskan di kalangan syarikat-syarikat penguasaan kerajaan di mana kerajaan hanya memiliki syer dan golongan professional yang mengurus dan mentadbir.

    Yang menjadi masalah sekarang di Malaysia ialah terdapatnya syarikat-syarikat sebegini masih bergantung kepada kerajaan memperuntukkan duit, untuk menanggung rugi, membiayai kos penyelidikan dan sebagainya.

    Duit kerajaan haruslah disalurkan kepada pembangunan infrastruktur dan kebajikan Rakyat demi pertumbuhan jangka panjang.

    Yang ikhlas,
    Fariq Islam

  10. wajaperak Dec 4,2014 8:25 AM

    Assallammualaikum Tun.
    Saya mohon ruangan.

    Dear dear Mr balance..
    Oh dear..:)
    [So again another questions, PLC are profit oriented so how can they help in nation building]
    What did I tell you about MACRO?
    MACRO management is the least you could understand..:)
    Mr balance..
    With all due respect.You and Tanggang is the Jin Y eh sorry..I mean Gen Y that is needed in nation building.
    Tanggang is right in certain concept that he understand MACRO management.
    But you need to polish your comprehension in MACRO management.
    Me?..or mee?..
    I am all shallow in all this but I can give you some perspective about MACRO management.
    We need young people like you to contribute but by concentrating only certain vector like vertical aspect you can only manage the depth of the issue and not the breadth that is horizontal.
    Most people think symmetrical whereas they should think geometrically.
    And there is latent faculty.

    Magister artis ingennique largitor venter.

    Thank you.
    Terima kasih Tun.

  11. balance Dec 4,2014 7:40 AM

    Tanggang December 3, 2014 at 10:36 AM | Permalink

    Yes I agree and you are correct to say “Tak kan nak bagi party DAP pula” and “DAP shall do the same if they had the opportunity”
    So now the question is ” Is the Govt doing business?” or “Is the political party doing business?”
    I think there are none GLC but a lot of PLC (can mean politically link companies or public listed companies).
    So again another questions, PLC are profit oriented so how can they help in nation building including all those aids you mentioned. Remember there are private and connected people/shareholders money (investment and dividend) to take care of before those aids.
    How much of these profit goes to those aids (no argument they are good deserving aids)?
    How much of extra profit need to do business and give aids at the same time?
    Who are paying for all those extra?
    Why inflation?
    Why fish and meat at the wet market increase so much?
    Why TNB increase tariff when LPG is our own production?
    The answers are there, the public will suffer when there are no “CHECK AND BALANCE”
    Yes we need and love BN, Melayu, Indian and Cina and lain lain but we must ask “FOR HOW LONG CAN BE GO ON ABUSING”
    When questioning something it is not necessary opposition or dislike as it can be LOVE and PATRIOTISM too. Shallow, narrow or single-track mind-set is dangerous and it will do more harm then good for nation building. When a nation fall, the rich will move-on but the working-class will stay back and work to pay for those failures. It will be tiring and long-term too.
    It is better to think What can we give to the nation than what can we take from the nation.

  12. musato Dec 4,2014 7:38 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Konsep seperti di atas saya kira adalah perkiraan asas yang sepatutnya Datuk Najib teruskan.

    Kalau nak mencari keuntungan maka tak payah jadi kerajaan tapi jadilah pihak swasta.

    Dalam kehidupan seharian pun saya yang tiada langsung pengetahuan teknologi dalam bidang pembuatan roti seperti croissant, puff, donut terpaksa belajar melalui pengalaman.

    Walaupun dah mengikuti kelas secara formal, tetapi hands on perlu dilakukan dan kemudiannya pengalaman akan mengajar kita.

    Yang akan memajukan negara adalah wawasan seperti ini. Pemindahan teknologi perlu dilakukan. Termasuk juga kepada rakyat.

    Begitu juga dengan memberi BRIM secara tunai tanpa melalui penabungan maka usaha kerajaan hanyalah sia sia. Rakyat yang ‘miskin’ tidak dapat nilai perpindahan teknologi pengetahuan mengenai bank serta penabungan malah ditipu lagi untuk sain potongan insuran yang entah apa apa oleh pihak bank.

    Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syukur pada Allah s.w.t dan ucapan tahniah pada kerajaan kerana telah berjaya membawa pulang semua mangsa MH17.

    Terima kasih juga pada Dozen Person. Entah macam mana saya peroleh senarai nama nama mereka ini secara detail melalui blog private yang saya tak pernah sertai iaitu Flyingherald.

    Pengetahuan seperti itu saya kira sensitif dan tidaklah saya senaraikan nama nama mereka di sini ketika saya berpeluang.

    Semuanya adalah berlatarbelakang tentera kecuali seorang ahli komunikasi.

    Sekarang bila saya cuba buka balik yang telah disave, kita tak dapat baca lagi.

    Terima kasih Tun.

  13. amin tan Dec 4,2014 5:29 AM

    Salam Tun,
    Akta Hasutan 1948, mengikut laporan akbar, boleh diggunakan untuk mendakwa terhadap mereka yang mempertikaikan hak istimewa orang2 melayu, kepentingan orang2 bukan Melayu, kedudukan Raja2 Melayu, agama islam dan terhadap mereka yang mengeluarkan kata2 mempersendakan orang2 melayu, Raja2 Melayu, Perdana Menteri, UMNO, kerajaan dan islam.
    Mereka yang menhasut adalah muda mudi orang2 bukan islam dan islam, yang telah dipengaruhi(brain washed) oleh pihak Pembangkang yang sepanjang masa menghina serba serbi kerajaan dengan tujuan hanya satu iaitu merampas kuasa.
    Pembangkang mempunyai banyak sumber2 musuh2 kerajaan seperti Malaysia Today, Malaysia kini, Malaysia Chronicle, dan lain2. Pihak kerajaan harus adakan satu pasukan dan jentera yang cekap dengan peguam2 dan pendakwa2 yang berkalibar dan berwibawa untuk kenal pasti dan mendakwa penjahat2 ini yang selalunya menyiarkan berita palsu memburuk2kan Islam, orang2 melayu, pemimpin2 kerajaan dan UMNO. Jangan sampai kalah pilihanraya baru hendak melenting dan buat post mortem.

    amin tan

  14. owka Dec 4,2014 1:58 AM

    Salam Tun M yg sy hormati….
    Ulasan yg mudah difahami dan baik utk djadikan pngetahuan…sbgai ank muda..kta hrus mnmba ilmu…
    Ini sdikit sbyk membuka mnda sy utk lbih memahami situasi negara masa kini..
    Terima kasih Tun M..
    Semoga sihat selalu….

  15. Tuntuah Dec 3,2014 8:27 PM

    Tahniah. Tun terang 1mdb cara org kampung. Senang paham.

    Kerajaan tak yah pening la pasal 1 mdb. Wasted a lot of money.

    Kerajaan kalu nak sgt 1mdb ni.. Berilah nhs- national health service secara percuma. Itu adelah tanggungjawap kerajaan.

    Malas lah cerita..

  16. adzimosi Dec 3,2014 5:22 PM

    Salam Pak Tun,

    Just join the club. Saya berpendapat kerajaan hari ini mengurus ekonomi negara seperti mengurus sebuah syarikat. Lebih mengambil kira soal margin keuntungan [profit oriented] dalam melakukan sesuatu tindakan. Mengurus ekonomi negara dengan mengambil kira kebajikan dan kepentingan rakyat [walaupun kadang kala rugi dari segi kewangan] tak sama dengan keuntungannya kewangan sepertimana menguruskan syarikat. Kerajaan mungkin untung dari segi kewangan tetapi rugi dari segi untuk mendapatkan sokongan rakyat. Jika dahulu usaha ini dilaksanakan melalui dasar penswastaan dan persyarikatan [kerajaan masih ada kuasa untuk tentukan hal tuju syarikat] sekarang dilakukan secara lebih berani [direct involvement] seperti pelaburan di luar negara, 1MDB dll. Saya tak tahu, mungkin trend semasa tetapi cara begini akan mengurangkan proses ‘check n balance’ kerana kuasa untuk mengurus dan membuat keputusan diberi kepada perseorangan atau kelompok kecil sedangkan risikonya sangat besar. dan melibatkan wang wakyat dan negara. Dalam hal ini, saya rasa kerajaan parutu ‘back to basics’ kerana sebarang pelaburan yang dibuat mesti mengambil kira kepentingan negara bukan sekadar untung yang mungkin diperolehi. Wassalam.

  17. anti-jibaok Dec 3,2014 4:00 PM

    Most people tend to miss the point about the issue of real wealth, but they tend to interpret wealth in terms of money, or fiat money that is. Then again, what is ‘Real Money’..?

    Let us see what this guy has to say about the issue, when he talks about – ‘Real Money and the Jewish Dialetic’ as per this video URL below:-

    https://www.youtube.com/watch?v=8PGwrbdArzI

    At the end of the video, all shall be well-advised to listen carefully of an argument posed by a UK Parliamentarian (Steven Baker) who dares to argue – ‘Who shall be allowed to create money’.., and even to regulate currency.., if I may add. Interesting topic.., huh..?

    Money may be an internal monetary issue within a nation. However, currency is quite something else when it is involved internationally between nations. Who then that actually ‘regulate’ the currencies between nations..? Surely not those International Currency Rogues whom Dr. Mahathir himself had to ‘face-off’ with during late 90’s debacle by having to peg the Ringgit against the US Dollar at the time.

    Be advised that, many a nation were made to crumbled into ruins because of their ‘currency’ but not really their ‘money’ issue.

    Many have heard about the US Federal Reserve, The IMF or even the World Bank. But how many of us have really heard about The Bank of International Settlement (BIS) in Basel, Switzerland who really runs the show between almost ALL of the Central Banks of nations in this world.., including with our Bank Negara Malaysia.

    The question is.., who controls the Bank of International Settlement.., huh..? Don’t tell me BIS is merely ‘Clearing House’ for currencies between nations..? What if BIS does not want to ‘clear’ some transaction of a certain nation..? What happens then..? Who controls SWIFT and such devices..? Go figure..!!

    Be advised that the real controllers of the world’s finance and economy are those International Bankers. Who are they anyway..? Go figure…, again..!!

    We are wasting our time chattering about local politic issues.., when the real issue facing mankind is the International Geopolitics which can affect just about every man on earth.., even the most indigenous people in the most remote Amazon jungle in Brazil. In fact.., John Perkins (The Economic Hit-man) had said about this quite some time ago.

    We work or do business to earn money. In this day and age, we need money to go through life’s chores. Whomsoever produces & controls the money supply shall thus control those who need the money. Are we not under control..? Let’s just admit that. OK..?

  18. Hang Jebat Derhaka Dec 3,2014 12:14 PM

    Salam Tun,

    Suatu masa dahulu saya pernah mendengar tentang perancangan Tun untuk membentuk Malaysia sebagai sebuah Negara Pengeluar yang menghasilkan sendiri produk2 melalui program K-economy atau knowledge based economy.

    Kira2nya dalam menuju wawasan 2020, Negara kita saat ini sudah mulai menceburi sektor industry pembuatan dimana kita sudah boleh mencipta jenama kita sendiri berbanding pergantungan terhadap Foreign Direct Investment (FDI). Saya merasakan bahawa kita sudah pun dilandasan yang betul dimana kita mungkin boleh menyaingi Korea Selatan dalam penghasilan produk consumer. Saya masih ingat tentang kempen ‘belilah barangan buatan Malaysia’ dan semangat patriotic saya kepada kereta tempatan. Mana tahu sampai hari ini kita pun barangkali boleh menghasilkan jenama smartphone kita sendiri dengan lebih kualiti. China pun hari ini sudah ada Oppo mereka sendiri.

    Tetapi apabila Pak Lah naik, terus keluar idea ‘buku hijau’ dan rencana menjadikan Malaysia sebuah Negara pertanian. Visi Pak Lah yang celaru telah membantutkan fokus pertumbuhan ekonomi negara. Pentadbiran yang relax dan hanya menumpukan kepada pengurangan subsidi tanpa pelan pembangunan strategic yang mampan membuatkan negara kita terkebelakang dari landasan sebenar.

    Kemudian DSN naik jadi PM. Beliau ini mengembalikan semula Malaysia kelandasan negara industry yang maju sesuai dengan wawasan 2020. Tetapi masih lagi tersekat dalam fahaman FDI tanpa mengambil usaha yang jitu kearah K-economy. Beliau juga banyak menumpukan kepada penstrukturan kos dalaman negara tanpa mengambil pendekatan yang berkesan kearah strategic and organic growth. Al-maklum penasihat akauntan yang hanya pandai jaga tabung sahaja tapi tak pandai berniaga.

    Sebahgian besar usaha dan masa diambil oleh DSN adalah untuk berpolitik. Agenda yang dibawa banyak tertumpu kepada politik gula2 tanpa kesan jangka panjang yang mampan. Kita lebih banyak membincangkan BRIM, KRIM, Kedai kain, skim teksi lah tanpa membuat penyelidikan dan pengembangan keupayaan ekonomi Malaysia dalam pengeluaran dan pemasaran produk. Ini adalah kerana DSN lebih kepada tokoh politik berbanding pentadbir.

    Saya sebenarnya tertarik dengan politik USA dimana mereka memisahkan peranan ahli politik dan pentadbir. Pentadbir atau dipanggil ‘The Executive’ adalah orang yang terpelajar dan ahli dalam bidang masing2. Kita Chairman GLC pun ahli politik, mereka portfolio kewangan ditadbir professional. Cuma Presiden tetap ahli politik. Tetapi ada professional yang membantu dalam hal2 pentadbiran khususnya ekonomi.

    Kita di Malaysia ini ahli politik, banyak yang cap ayam suspek pakai ijazah beli tetapi jadi menteri cabinet berportfolio penting. Nak kata pembangkang, berlambak jugak ahli politik kemaruk kuasa, cakap menipu, politik kotor dan ekstrim haluan kiri. Kalau dulu Tun Dr M rajin menguasai ilmu kita berasa selamat. Kalau kita bergantung harap dengan ahli2 politik cap ayam sekarang alamatlah kelaut lah negara kita.

    Saya nampak sebenarnya DSN Najib masih belum faham secara mendalam tentang mentadbir sebuah negara. Jarak dengan Tun Dr M ibarat jauh panggang dari api. Belajarlah rajin2 DSN atau beri kepada yang lebih ahli. Demi Agama, Bangsa dan Negara.

    Harap maklum.

  19. kalam putih Dec 3,2014 10:50 AM

    Berbeza dengan sistem ekonomi Islam, sistem ekonomi yang diturunkan oleh Allah SWT menetapkan asas bahawa segala sumber ekonomi dan kekayaan yang terdapat dimuka bumi ini adalah milik mutlak Allah SWT, terserah kepada Allah SWT untuk menentukan pemilikannya. Pemilikan sumber ekonomi dan kekayaan didalam system ekonomi Islam menjamin keadilan kepada semua manusia termasuklah golongan yang lemah dan tidak berkeupayaan untuk mencari nafkah.

    Pemilikan sumber ekonomi didalam Islam terbahagi kepada tiga jenis iaitu pemilikan individu, pemilikan umum dan pemilikan Negara. Konsep pemilikan didalam Islam dapat memusingkan sumber ekonomi secara adil dan dapat memberikan kemakmuran kepada keseluruhan warganya tanpa mengira golongan. Tiada penguasaan sumber ekonomi yang melimpah ruah dan monopoli terhadap sektor ekonomi kepada golongan tertentu sahaja seperti dalam sistem ekonomi sekular-kapitalis.

    Dengan kata lain kesemakmuran ekonomi Islam akan memberikan kesejahteraan yang hakiki kepada rakyatnya.

    Artikel Penuh :

    http://kalamputihmenuliss.blogspot.com/2014/07/sistem-ekonomi-islam-mewujudkan.html

  20. Tanggang Dec 3,2014 10:36 AM

    Salam Yg Bhg Tun,

    Most peoples are in the perception that concession of PLUS was for UMNO cash cow. It was heard previously, if not mistaken, it was actually for UMNO, MIC and MCA etc. Maybe those were the money to fund the political parties to maintain competitive. Tak kan nak bagi party DAP pula. Everybody who is in power shall do those. Like DAP in Penang. Tak kan nak bagi kepada Melayu pula. For UMNO, those cash cows are to be used to ensure the Malays educations, to maintain UITM being as the best university, to send as many Malays studying abroad to get to know the world, to ensure the Malays stand tall, to ensure that Malays are still in the government’s policy makings and a lot etc. DAP shall do the same if they had the opportunity.

    Salam Tun.

  21. Hajar Dec 3,2014 10:35 AM

    Salam YAB & Yg diKasihi Tun,

    Satu perkara yang Pembangkang (PAS/PKR/DAP) ada kesepakatan ialah mengenai UMNO. Mereka amat gerun dengan UMNO dan segala-gala bangkangan mereka terhadap Kerajaan mesti tanpa gagal menyelitkan UMNO sebagai dalang kepada semua perkara yang mereka bangkang dari ’longkang’.

    Adakah kesemua ’billionaires’ top 10 di Malaysia orang UMNO & Kerajaan tidak pernah membantu mereka? Dan adakah kesemua ‘penswastaan/pengkorporatan’ melibatkan orang UMNO, dan cuma orang UMNO yang mendapat manafaat? Ini lagi satu tuduhan melulu dari mereka yang memang sah anti-UMNO tetapi berpura-pura kononnya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Orang sebegini memang pengecut.

    Kerajaan mesti seboleh mungkin elakkan dari terlibat dalam bisnes terutamanya yang berisiko tinggi dengan membuat pinjaman berbilion ringgit seperti yg dilakukan oleh ‘1MDB’.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah SWT sentiasa melindungi Tun sekeluarga. ***

  22. balance Dec 3,2014 8:47 AM

    Abu Alya December 2, 2014 at 6:06 PM | Permalink

    Yes I agree with your opinion. But if we see from another angle, the privatization of services/utilities/business are for UMNO not the Govt. The Plus Highway is one good example of creating a political fund or cash-cow.

  23. mustaqimbinabdulrahman Dec 3,2014 8:23 AM

    sudah terdidik oleh tun saya cuba mencari sisi2 berbeza 1mdb yang mendapat kritikan tun…

    saya akhirnya merasakan apa salahnya 1MDB jika niat mereka ingin menguasai sektor kritikal seperti IPP dan lain-lain syraikat swasta untuk kepentingan rakyat….

    tapi selepas mendapat penerangan dari tun dan rakan2 komentor sepert praxis barulah saya faham kenapa tun begitu pelik dengan 1MDB…

    nanti saya cuba cari lagi sisi2 lain 1mdb sebab saya lagi pelik kenapa diorang letak duit di luar negara mesti ada sebab2 sulit nie…..semoga ilmu sulit itu dapat saya perolehi yg baik saya jadikan panduan yang tidak saya jadikan sempadan…atau tun boleh bgtahu saya kenapa?????sbb dari sudut ekonomi sendiri khususnya ekonomi negara saya tidak nampak sebarnag kebaikan meletak duit di luar negara khususnya dalam meyakinkan pelabur paada ekonomi kita sendiri…????

  24. MsEmma49 Dec 2,2014 6:39 PM

    Salam Tun,

    Kadang2 dah tak larat dengan politik kita ini.. dulu zaman Badawi rasanya tak competent, tapi dimana mana orang masih duk puja Badawi itu, begitu juga Tok Najib ramai betul mencela cela isterinya, kalau saya malu juga isteri jadi masa kutukan setiap masa, Tok Najib kena faham isteri kita kadang2 membawa imej kita, kalau dah ramai sangat mengutuk memang betul lah rasanya, jadi nasihat kan lah bini kita tue berserdahana, isteri orang politik bukan isteri tokoh korporat negara, ini lebih sudu dari kuah. Ramai jugak duk memuji Khairy Jamaluddin konon bakal pemimpin masa depan, saya nak tanya jika berlaku krisis ekonomi seperti 1998, mampu ke pemimpin seperti khairy nak handle? tajam ke pemikirannya, cool ke nak handle masalah besar negara ke takat handle skuad sukan sahaja.. jadi janganlah ingat meminmpin sebuah negara nie mudah.. umpama bagi ucapan berapi rapi jer di perhimpunan agung or pandai bodek jer dah layak memimpin negara… takde faedah pon… Nak pegang dan berebut jawatan PM pon nak buat apa jika tiada ilmu dan kepakaran pemimpin seperti Hishamuddin dan zahid hamidi, layak ke? tak salah bercita cita nak jadi PM tapi biarlah ukur baju di badan sendiri… pilih pemimpin yang baik dan bijaksana umpama Tun Razak memilih Tun Mahathir jadi perdana menteri… ini amanah rakyat bukan main passing bola… jika kita bakal pemimpin tulen sepatutnya sudah tahu arah tuju negara, apa priority kita bukan baru tergaru garu mencari idea…. PM Najib perlu jawab segala tuduhan pada beliau, termasuk issue 1MDB, bersikap jujurlah , jangan kita menganiaya rakyat sendiri, tak kira pelbagai kaum di Malaysia semua bergantung kepada kompetensi pemimpin utama….

    INI SAYA COPY PASTE DARI DINTURTLE

    Artikel luahan ini sebenarnya saya nak siarkan selepas saja PAU tapi tergendala dek ledakan bangang Najib.

    Biasalah seperti yang lepas2, akan muncul satu sentimen ‘ke arah Melayu Bersatu’ sebaik saja Pau melabuhkan tirai. Benda tu dah kira SOP, takde bezanya dengan Pau tahun ni. Dan menjadi MO juga, sentimen itu akan hilang setelah beberapa hari dan semuanya balik asal.

    Jadi ada baiknya saya tulis luahan ini sementara sentimen itu masih kuat. ( malangnya tahun ini sentimen ‘ ke arah Melayu Bersatu’ itu tahan tak sampai sehari dek keceluparan Najib dengan Bangangnya. Biasanya bloggers akan menulis tentang point2 utama semasa Pau tapi semuanya tenggelam hanya kerana satu perkataan minang yang Rosmah ajar. Najib yang cakap begitu OK ! – Bangang namanya! Saya belajar perkataan daripada isteri saya (bahasa minang) )

    Kepada penyokong2 Najib, anda ingat saya dan ramai lagi yang sering kritik Najib, suka2 je ke nak lawan pemimpin ? Secara jujur ya, kami NAK sokong pemimpin. Kami NAK lihat orang Melayu bersatu. Dari penyatuan itulah datangnya Kekuatan. Melayu lemah kerana berpecah.

    Bukannya kami tidak sedar perkara itu tapi yang menjadi masalah utama kami adalah – Kami tidak akan BUTA jer sokong apa saja jenis pemimpin yang ada. Kami dikurniakan akal untuk berfikir dan menilai apakah kriteria yang seharusnya dimiliki oleh seorang pemimpin.

    Tidak perlulah seseorang itu memiliki kesemua kriteria itu, cukup makan pun dah kira ok. Masalahnya …….. kami lihat Najib hanya memiliki seciput saja kriteria itu ! Najib cuma pandai cakap omputeh dan pandai bawa diri di pentas dunia. Itu jer la….. kalau dicalon kan jadi Setiausaha Agung PBB, memang teramat layak sangat.

    Bab lain ….. Hancur ! Tak perlulah di ulang sebut satu persatu, semua dah sedia maklum.

    Sebenarnya Najib punya terlalu banyak peluang untuk ambil hati dan meraih sokongan dari orang Melayu. Pelbagai isu menjelma sejak mula Najib ambilalih jawatan PM.

    Dari isu kalimah Allah, isu Akta Hasutan ( walaupun akhirnya mengalah tapi sebab dibuat last minit, orang susah nak terima keikhlasannya ), isu Namewee, TPPA dan lain-lain …. tapi ternyata Najib punya pendirian yang berlawanan arus dengan orang Melayu !

    Hampir setiap isu memerlukan sokongan buta dari penyokong setia dan memaksa pakar strategis Umno berperah otak men-spin situasi/kenyataan supaya menunjukkan sisi positifnya kepada orang Melayu. Serius…. hampir setiap isu !

    Kemudian kita dimomokkan dengan kewujudan para penasihat yang kononnya menjadi punca segala masalah. Salahkan mereka, jangan salahkan Najib, kata pakar strategis Najib.

    Tanpa mereka sedari, gesaan itu sendiri memBENARkan segala kepincangan kerana kesalahan tidak dipertikai cuma atas bahu siapa yang mahu dibebankan kesalahan itu. Kedua, gesaan itu juga membuktikan Najib tidak layak menjadi pemimpin. Pemimpin jenis apa yang mengikut je kata penasihat …..sekadar window dressing jer.

    Kalau begitulah rupanya, seharusnya tidak timbul langsung persoalan siapa yang lebih layak selain Najib sebab tidak ada bezanya Najib ada atau tidak kalau dikekalkan para penasihat yang ada…. tak gitu ? Keputusan2 tetap sama sebab yang buat adalah para penasihat. Kalau berjaya, PM dapat nama dan kalau gagal dipersalahkan penasihat.

    Jadi kenapa ditimbulkan persoalan siapa yang lebih layak ganti tempat Najib sebab SIAPA PUN akan setaraf Najib asal mereka ikut jer apakata Penasihat !

    Pendek kata, kami akan sokong pemimpin yang benar2 memiliki kriteria pemimpin ….. Menyokong pemimpin macam Najib akan hanya membawa kehancuran kepada bangsa dalam jangkamasa panjang.

    Berpecah membawa kehancuran …… tidak ada bezanya kalau kita bersatu di bawah Najib.

    Saya tahu ramai yang akan marah dengan luahan ini. Biarlah, sekurang2nya saya puas hati dapat meluahkannya.

    Siapa pemimpin itu tidak penting…. yang penting adalah bagaimana dia menjaga dan memimpin bangsa Melayu ke arah masa depan yang cerah dan mendukung apa yang terdapat dalam Perlembagaan yang berkaitan dengan agama Islam, bangsa Melayu, bahasa Melayu dan Raja2 Melayu.

    Kalau barisan seperti di bawah ini pun…. saya OK jer …

    Imej di atas semakin kerap disebar dalam dunia watsup ….tak usah buat terkejut la.

    Meminjam lagi kata rakan , Bertanyalah, apakah seseorang pemimpin itu tidak kenal diri sendiri ? Kalau kenal, cepat2lah tarik diri jika cintakan UMNO. Lebih untung UMNO jika beliau itu menarik diri daripada menjerit2 menyalahkan orang lain.

    Umpamanya, orang ramai akan memandang jijik jika yang rasuah sehingga merugikan Melayu, menjerit2 menentang rasuah kononnya ……

    Atau yang diketahui tidak berjiwa Melayu ambil kesempatan melaungkan slogan yang nampaknya seperti anti cina padahal dalam hidup seharian bersekongkol dengan cina kaya.

    Ya, mungkin semangat kami tidak sekuat Hang Tuah yang dijiwai oleh penyokong setia Najib dalam konteks menyokong buta …. tapi itu bukan sesuatu yang perlu untuk kami minta maaf.

    BERSATU …… Ya, tapi biarlah di bawah pemimpin yang satu kepala. Kami akan bersatu dibawah pemimpin yang memimpin bukan pemimpin yang dipimpin.

  25. Abu Alya Dec 2,2014 6:06 PM

    Salam Tun.

    ‘Patik mohon sembah derhaka’

    MILIK SIAPAKAH NEGARA INI?

    1. Ada banyak pilihan dalam kaedah pengurusan negara, daripada Socialisme hinggalah Islamic Khalifate, waima kita tidak boleh meniru apa sistem sekalipun dengan bulat-bulat melainkan ia akan membawa padah kepada rakyat.

    2. Perkhidmatan keperluan asas rakyat seperti Matawang, Jalanraya, Elektrik, Air dan Komunikasi sepatutnya jangan diberi kepada pihak swasta kerana ia menjadi tanggungjawab asas kerajaan dan menjadi talian hayat yang mengikat silaturahim antara rakyat dan pemerintah.

    3. Semua sektor tersebut tidak patut diniagakan untuk keuntungan semata-mata, kerana percanggahan (conflict of interest) seperti mana yang sudah berlaku terhadap kes IPP yang terbukti merugikan rakyat. Begitu juga dengan pengurusan air Syabas, yang menjadi lumpuh apabila pihak korporat cuba meraih untung atas angin dan rakyat menjadi mangsa, sekaligus memberi persepsi buruk kepada kerajaan Pusat yang gagal bertindak, walaupun ianya masalah kerajaan negeri Selangor.

    4. Lebuhraya yang melingkar di seluruh negara, kini menjadi pusat pungutan cukai oleh ‘lanun-lanun’ yang telah diberi konsesi berbillion ringgit untuk berpuluh tahun, sedangkan kerajaan sendiri melalui pungutan Road-Tax sepatutnya sudah lebih mampu membina lebuhraya tanpa penglibatan lanun yang menjadi orang tengah dan meregang kepercayaan rakyat terhadap pemerintah.

    5. Apabila keperluan asas diniagakan, ia memberi gambaran buruk seakan-akan kerajaan tidak mampu dan dayus hingga terpaksa letak keperluan asas tersebut di bawah jagaan golongan korporat. Hingga suatu masa nanti, di mana kerajaan akan berada di bawah telunjuk pihak Korporat. Saya fikir, yang ini sudah pun berlaku di Malaysia dengan 1MDB, apabila dana rakyat dalam EPF, Tabung Haji diniagakan dengan sesuka hati oleh kerajaan dengan risiko yang tidak diperjelaskan, malahan penyata akaun tahunan pun gagal di audit dengan tuntas.

    6. Lihat sajalah apa yang dah jadi kepada Lembaga Urusan Tabung Haji apabila keuntungan perniagaan diberi keutamaan dan dana penyimpan diperjudikan, sedangkan kebajikan ahli tidak dipertingkatkan. Pembelian hartanah oleh LUTH di London dengan nilaian berbillion ringgit, sedangkan banyak tanah orang Islam di negara sendiri tergadai ke tangan orang asing tanpa ada usaha pro-aktif dari Tabung Haji untuk menyelamatkannya.

    7. Apabila negara jadi korporat, rakyat akan jadi keparat. 1MDB nampak hebat di atas kesusahan rakyat. Tabung Haji jadi dana meliwat ummat.

    Kalau ada masa, bacalah buku tentang bahaya ‘Korporatokrasi’ yang ditulis John Perkins.

  26. amin tan Dec 2,2014 5:46 PM

    Salam Tun,
    Maaf typo
    sepatutnya membantut bukan membantu di perenggan pertama

    amin tan

  27. amin tan Dec 2,2014 5:41 PM

    Salam Tun,
    Memang benar kenyataan Tun bahawa kerajaan tidak seharusnya menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan bersaing dengan pihak swasta. Ini terdapat dalam buku teks economi. Peranan kerajaan seharusnya menbataskan peranan khas kepada menjaga keselamatan negara, hal2 kenegaraan dalam hubungan antara bangsa dan hal2 kebajikan rakyat jelata bukan memain peranan berniaga, melabur, bersaingan, berebut dengan pihak swasta sebagaimana dilakukan sekarang dengan menubuhkan GLC(Government Link Company) yang dibiayai dengan dana tidak terbatas, oleh Khazanah Negara.
    Penglibatan kerajaan secara besaran2 dalam perniagaan membantu perkembangan perniagaan swasta. Bahkan ia menyekat dan menindas rakyat dan peniaga2 swasta.
    GLC merupakan monopoli yang merugikan sumber2 negara dan membazir simpanan dan kekayaan negara. Rakyat menanggung beban ini.
    Keburukan2 kerajaan berniaga
    1. Peniaga kecilan2 akan gulung tikar dan bungkus dahulu. Mereka ini tidak mampu bersaing dengan kerajaan. Contohnya pencetak2 melayu tidak dapat berkembang di Malaysia sebab wujudnya Percetakan Nasional Berhad yang dibiayai oleh kerajaan dengan membekalkan modal beratus juta. Pencetak2 bukan melayu pun dapat merasai pasaran kekeringan job yang besar2. Percetakan Nasional Berhad ini membolot semua kerja2 percetakan kerajaan dari kad ucapan selamat hari raya hingga ke kertas undi pilihan raya umum. Tambahan pula kerajaan keluarkan surat perkeliling kepada semua jabatan supaya semua percetakan mesti diberi kepada Percetakan Nasional Berhad.
    2. Syarikat milik kerajaan tidak bermotivasi berusaha lebih dan tidak peka terhadap untung rugi. Akibatnya kerugian berterusan tahun demi tahun seperti MAS.
    3. Apabila syarikat kerajaan rugi rakyat yang menanggung kerugian tersebut sebab duit kerajaan ialah cukai yang dibayar oleh rakyat. Rakyat akan marah kerajaan dalam pilihan raya dan memberi kemenangan kepada pembangkang.
    4. Kerajaan bertanggungjawab membantu Bumiputra dan bukan Bumiputra, bukan membikin kerugian demi kerugian, naik harga minyak,toll dan GST segala barang kasi huru hara 1Malaysia.

    amin tan

  28. anti-jibaok Dec 2,2014 4:26 PM

    Yang Amat Berbahagia Tun Dr.,

    Sebenarnya dalam sistem pemerintahan yang mengamalkan konsep demokrasi, maka Kerajaan Yang Memerintah itu tidak lebih dari sebuah kumpulan Ahli-ahli Jawatankuasa (body of Committee Members) yang telah dipilih oleh rakyat (dalam proses pilihanraya) dan diamanahkan untuk memimpin, mentadbir & mengurus sesebuah negara itu. Itu sahaja dan tidak lebih dari itu.

    Nescaya, apa yang dimiliki olih Kerajaan adalah juga keseluruhannya dimiliki oleh sesebuah negara, lantas dimiliki pula oleh rakyat. Namun, apa yang dimiliki oleh pihak Swasta pula (didalam sesebuah negara mahupun dari luar negara) adalah harta atau pemilikan yang dimiliki pihak individu, ataupun badan komersial mahupun sesebuah entiti pertubuhan yang bebas. Plain & simple.

    Lazimnya sesebuah Kerajaan memperoleh hasil atau pendapatan (revenue) hanya melalui cukai-cukai, caj-duty, levy, toll atau berbagai denda (fines) yang dikenakan terhadap mana-mana entiti bukan-Kerajaan atau orang-ramai. Juga, tidak terdapat mana-mana negara didalam dunia ini yang ‘bermakan-gaji’ (earning wages) dari mana-mana negara lain untuk memperoleh hasil atau pendapatan. Maka, pendek kata dan pada asasnya sesebuah Kerajaan (Jawatankuasa yang memerintah) memperoleh hasil bagi negara mereka adalah terutamaya melalui proses cukai mahupun melalui berkongsi hasil (secara usahasama dengan pihak Swasta – didalam ataupun dari luar negara) menerusi sumber-sumber asli negara masing-masing.

    Akan tetapi, sesebuah Kerajaan boleh juga ‘mencipta’ atau ‘menambahkan’ lagi ‘kekayaan’ bagi sesebuah negara secara mencetak atau menambahkan lagi duit atau matawang negara mereka sendiri. Perkara itu pernah dilakukan oleh Presiden Amerika iaitu Abraham Lincoln apabila beliau mencetak wang ‘The Dollar Greenback’ secara sendiri untuk membiayai kos peperangan antara pihak Northern Union (pihak Utara) dengan the Confederate Rebels (pihak Selatan) semasa The American Civil War. Perkara itu juga pernah dilakukan oleh President John F. Kennedy apabila beliau memberi arahan kepada Pendtadbiran Amerika (melalui Presidential Executive Order-11110) supaya wang US Dollar dicetak (melalui The US Treasury) dan tidak pula meminjam dari The US Federal Reserve Bank. Inilah dia Presidential Executive Order yang dimaksudkan itu sebagaimana berikut:-

    http://www.presidency.ucsb.edu/ws/?pid=59049

    http://www.rense.com/general44/exec.htm

    Kita sedia maklum bahawa kedua-dua Presiden Amerika tersebut telah dibunuh (assassinated) oleh pihak-pihak yang diragui sehinggalah kehari ini akan kesahihan pembunuhan itu. Namun ramai mempercayai bahawa kedua-dua Presiden tersebut telah dibunuh oleh kerana mereka hendak mencipta wang secara dalaman negara yang bebas dari pinjaman atau mengharapkan kepada pihak Central-Banks ataupun International Bankers.

    Namun demikian, tidak berapa lama dahulu ‘kekayaan’ negara USA telah ‘disuntik’ pula oleh President Barack Obama apabila beliau memperkenalkan kaedah ‘Quantitative Easing’ secara menambahkan jumlah wang US Dollar kedalam sistem ekonomi negara USA dengan meminjam lagi wang dari The US Federal Reserve (yang dimiliki oleh pihak yang tidak diketahui umum) demi kononnya hendak menangani masalah ekonomi & kewangan negara Amerika yang semakin merudum.

    Pendek kata, sesebuah Kerajaan yang mememerintah itu tidak perlu memiliki banyak entiti perniagaan atau komersial untuk memperoleh hasil. Kalaulah kerajaan yang memerintah itu berkuasa untuk mencipta matawangnya secara sendiri (ibarat mengeluarkan ‘coupon-coupon’ dalam negara) tanpa mengharapkan ‘pinjaman wang’ dari Bank-bank Pusat (yang dipengaruhi oleh The International Bankers), maka soal kekayaan dan pembangunan negara dapat dikekalkan dan kemerosotan ekonomi tidak timbul.

    Kekayaan itu pula lazimnya diterjemahkan dari segi sebanyak manakah seseorang individu atau sesebuah entiti itu memiliki nilai wang atau duit. Setiap harta-tetap dan yang tidak tetap (asset) itu juga diterjemahkan dari segi nilai-wang (money-value) seseorang individu atau sesebuah entiti itu memiliki.

    Pendek kata, apakah dia wang atau sesuatu matawang (currency) itu..? Kenapakah manusia sentiasa terkejar-kejar wang (yang tidak lebih dari merupakan ‘kupon’ dalam sesebuah negara) setiap hari apabila wang itu sendiri adalah tidak ada nilai ‘intrinsic’ yang sebenarnya..? Kenapa..?

    Allah SWT telah mencipta setiap sesuatu yang ada di langit dan di bumi. Namun, manusia sentiasa terkejar-kejar sesuatu yang ‘dicipta’ oleh manusia pula iaitu.., wang atau duit. Malahan ada manusia yang sanggup berbunuhan semata-mata demi mendapatkan duit atau wang itu, yang sebenarnya tidak langsung ada nilai ‘intrisic’.., iaitu hanyalah sesuatu ‘ciptaan’ manusia itu. Apakah kini agaknya yang sudah terjadi kepada tamadun manusia..!?

    Sebenarnya ramai yang tidak sedari bahawa ‘ciptaan’ wang atau duit itu adalah rekaan para International Bankers terutamanya, yang berkisar kepada kaedah dan konsep ‘riba’ atau ‘usury’ demi memperkayakan kelompok antara mereka sendiri sahaja lantas menindas orang-orang kebanyakan pula. Itulah sebabnya kini manusia senentiasa terasa tekanan kos hidup yang semakin meningkat oleh sebab kekayaan itu telah sandarkan kepada wang (yang lazimnya berlandas kepada sistem riba) yang tidak mempunyai nilai ‘intrinsic’ yang sebenarnya.

    Nescaya, tidak kiralah apakah asset yang dimiliki oleh Kerajaan ataupun pihak Swasta. Namun, lebih baik kebanyakan asset-asset didalam negara dimiliki oleh Kerajaan (nescaya dimiliki oleh rakyat) asalkan janganlah Kerajaan pula ‘dimiliki’ atau dikuasai oleh pihak Swasta (apatah lagi jenis entiti dari luar negara pulak tu), nescaya pihak Swasta berkenaan akan memiliki Kerajaan, Negara dan Rakyatnya sekaligus…!!

    Sekian.., Wassalam.

    P.S.> Saya mengajak semua pihak untuk menonton ‘stand-up comedian’ berikut yang menyindir mengenai siapakah sebenarnya yang memiliki & menguasai negara Amerika Syarikat, sebagaimana URL berikut:-

    https://www.youtube.com/watch?v=9dY4WlxO6i0

  29. Praxis Dec 2,2014 10:42 AM

    1. true
    2. idealists, to put it nicely
    3. I think you are referring to both British Labour party socialism and Russian communist systems. Agree as to effects.
    4. Problems of British type of socialism
    5. yes
    6. yes
    7. true.
    8. agree
    9. yes
    10. agree
    11. yes
    12. very real
    13. very big.
    14. true. besides lack of incentives , they also lack business experience, and have no conception of how innovation works (though niche opportunities).
    15. Yes, JARING, MSC useful initiatives by Govt.

  30. Peja Dec 2,2014 10:37 AM

    Salam Tun,

    Relax. Sabar. Tenang.
    PM kata, ‘SO-LI-DA-RI-TI’, hampir semua perwakilan UMNO tepuk……hehehe

  31. Muhammad Hafizan Bin Abd Rahim Dec 2,2014 9:19 AM

    Assalamualaikum Tun,

    Sudah beberapa kali Tun menasihati dan menegur kerajaan & pemimpin kerajaan sama ada melalui percakapan, media atau penulisan. Namun tiada satu pun nasihat atau teguran Tun yang diendahkan.

    Semakin hari semakin membimbangkan keadaan di Malaysia ni. Keadaan ekonomi, produktiviti, pendidikan, dan pelbagai lagi yang menurun dan tiada peningkatan. Rakyat telah lama patah hati dan menganggap kerajaan dan kepimpinan negara sekarang tidak releven lagi.

    Sesuatu perlu dilakukan untuk memastikan Malaysia tidak jatuh kecundang lebih jauh lagi. Saya juga bersependapat dengan beberapa orang pengkomen yang sudah tiba masanya Datuk Seri Najib meletakkan jawatan beliau dan memberi ruang dan peluang kepada Tan Sri Muhyidin Yassin.

  32. al mall8q Dec 2,2014 6:23 AM

    Assalamualaikum TUN………Datuk Seri Najib should step down right now and let TS Muhyidin Yassin do a work to unite all malay. Someone must tell TSMY to voice out his true opinion UMNO leadership now other will follow him later.

  33. Tanggang Dec 2,2014 2:36 AM

    Salam Yg Bhg Tun,

    Sejarah pentadbiran Tun telah membuktikan bahawa dasar penswastaan telah berjaya memacu negara kearah menjadi taraf negara maju. Antara yang mula sekali diswastakan adalah Jabatan Telekom, Lembaga Letrik Negara, Jabatan Pos, Projek Lebuhraya Utara Selatan, MAHB, Pelabuhan Kelang, Keretapi Tanah Melayu dan banyak lagi. Banyak yang berjaya dan ada yang gagal. Korporat seperti TM, TNB, PLUS, MAHB dan lain2 sudah semestinya berjaya kerana services mereka adalah keperluan dan setiap saat membawa keuntungan. Kerajaan mendapat berjuta2 ringgit melalui cukai.

    Ada juga penswastaan yang gagal misalnya seperti Lebuhraya Seremban-Port Dickson disebabkan traffic volume yang rendah. Tetapi ianya dapat diselesaikan apabila diambil alih oleh PLUS Berhad. Revenue PLUS tidak pun luak disebabkan pengambil alihan itu. Masalah itu diselesaikan oleh korporat yang lain. Hasilnya, penanggung keluar daripada masalah hutang, tiada beban yang besar kepada si penyelamat, tiada tanggungan kepada kerajaan dan akhir sekali negara maju setapak apabila ujud satu lebuhraya hebat ke Port Dickson. Sebagai rakyat pengguna biasa, “I dont care, as long as there is an expressway to that place and I appreciate the Government being as the good coordinator”.

    Perjalanan pentadbiran penswastaan Tun & team dipenuhi ranjau sepanjang jalan. Sememang sejak dahulu lagi pembangkang sentiasa memperlekeh apa jua agenda pembangunan kerajaan. Apabila hendak dibina Lebuhraya PLUS dahulu, merekalah yang kuat membantah. Hasutan yang biasa didengar dan dilaungkan adalah “UMNO is making tonnage and tonnage of money”. Hinggalah ke hari ini. Pernah satu ketika apabila pembukaan tol Metramac Jalan Cheras demontrasi anjuran DAP ramai2 telah melonggokkan kayu2 besar diplaza tol itu menghalang jalan sebagai membantah. Tol nya hanyalah 50sen. Sebagai bantahan juga mereka beramai2 dengan sengaja memberikan note RM500 sebagai bayaran tol 50 sen itu sebagai untuk memberi susah kepada tol teller itu. Memang mereka orang yang mewah pun.

    Hari ini seperti yang ditulis oleh Malaysian Insider Yahoo, DAP menganjurkan kempen mereka S.T.A.D yaitu “Say No To DASH” dan begitu juga kepada KIDEX. Pilihan rakyat Selangor.

    Salam Tun

  34. Razali1964 Dec 2,2014 2:29 AM

    Salam YAB Tun.

    I am a firm believer that Governments should not be in business, except for critical industries where Government participation is required either because the sector’s impact to the Country’s economy is too huge (e.g. Petronas) or Government investments are required to “lead” Private Sector investments or or “transform” particular sectors.

    For the most part, Government’s role should be confined to a regulator and a facilitator.

    Yet in Malaysia, we see billions of Ringgits of Federal, State and Local Governments “investing” in businesses – large and small. With mixed results. For each success story, there will be many more failures.

    Are we willing to continue with the status quo? Or do we take a long hard look and re-shape the role of Governments in business?

  35. suhainin suhaibul Dec 1,2014 9:57 PM

    Assalamualaikum Tun……..

    Beberapa tahun dahulu saya ada berkata kepada Tun…..bahawa…..kami melihat dan merasa bahawa kami kecewa dengan semua sistem yang ada bagi dunia kita sekarang ini – Sosialisme , komunisme, Imperialisme, demokrasisme…..etc. Kami cuba memikirkan sesuatu yang lebih sempurna daripada kesemua sistem tadi….tetapi….Tun seolah-olah “memancung” kami dengan perkataan Tun ini….. “Apa pun sistem yang kamu gunakan…..jikalau….. kamu ada seorang pemimpin yang tidak berkualiti sebagai pemimpin (Lemah….korupsi….etc.) …..maka….segala sistem itu tidak akan bermakna apa-apa.”

    Merah padam muka kami semua.Bukan sedikit usaha,tenaga dan masa yang kami laburkan ke arah itu…..dan….tiba-tiba kami diremehkan. Kami semua hampir-hampir menitiskan air mata dan terbit perkataan ini dalam hati kami semua….. “Apakah Tun menunding jari ke arah kita? Buruk sangat kah kita ini dimata Tun? ….sedangkan…..hanya ‘kulit-kulit’ kita sahaja yang Tun ketahui ?” . Pun….kami telan sahaja perkataan Tun itu kerana yang pahit itu selalunya ubat penyembuh. Kami anggapkan ianya sebagai peringatan kepada diri kami sendiri untuk memperhalusi usaha kami ke arah itu.

    Rakan kami yang memiliki ” ‘Cord’ nada” yang agak tinggi;(warna kulit,warna mata dan warna rambut mereka berbeza dengan kita Tun) – Hinggakan tersembur dimulutnya perkataan ini….. “Apa yang Tun mahu lihat? Sistem Khalifah + Sosialisme + Komunisme?”. Saya tunduk….menelan air liur yang terasa pahit….kemudian…. memandang matanya sambil berkata – (Mata ‘Topengnya’) – : “Itu hanyalah cara Tun berbahasa dan kita anggap ianya sebagai sebuah nasihat dan pandangan bernas……bukannya…..suatu penghinaan. Bukankah begitu cara kita berfungsi selama ini?” ….. saya memahami dia kerana kami semua berada dalam suasana kerja yang dipenuhi “Stress” – taruhannya- ….adalah…. “masihkah berpeluang melihat matahari, bulan dan bintang….. esok?……”.

    Maafkan saya Tun…… “Tun sedang berada di Pawagam sambil menyaksikan ‘Filem’ itu sekarang ini.”. Siapa kata Tun tidak berkuasa?

    Kembali kepada persoalan “Cukai” tadi….. Saya lebih gemar menyebutnya sebagai “Milik Rakyat”….Bukannya….. “Milik Kerajaan”. “Kerajaan” hanyalah diupah oleh rakyat untuk menguruskan segala hal ehwal negara dan dalam masa yang sama; rakyat berfungsi untuk merealisasikan segala dokumentasi kerajaan tadi ….kerana… rakyat telah memutuskan untuk memilih siapa yang mereka upah untuk menentukan halatuju mereka.

    Kedengaran seperti “Sosialis”….tetapi…..bukan itu maksud saya.

    Oh! Ya! …… “Cukai”….. saya sekadar mahu bertanya tentang “Cukai Kenderaan” , “Cukai ‘Tak Rela’ – Saman Trafik”…..ehehehe…… “Cukai Kastam”, “Cukai Imegeresen” dan yang “Sewaktu Dengannya”….eheee….

    Kita sempitkan ‘Skop’……. Mutakhir ini, tidak kira Swasta atau pun Kerajaan; Berlumba-lumba untuk menjadikan Rakyat sebagai “Keldai Penggalas” bagi Cukai, ‘cost operating’….etc…. untuk mereka (Kerajaan dan Swasta). Bermakna – memindahkan segala bebanan kepada rakyat? Apa kah ini juga mirip asas pemikiran “Sosialis” ?

    Kita kecilkan lagi Skop…… “Sistem Kabotaj”…… malang sungguh nasib rakyat Sabah dan Sarawak kerana ianya bermakna mereka terpaksa membayar “cukai” sebanyak 4 kali ganda lebih banyak berbanding saudara mereka di Malaya; Bilamana “GST” turut dimasukkan ke dalam perkiraan? Bila masuk ke Pedalaman Sabah dan Sarawak, ianya boleh mencecah sehingga 6 kali ganda bila ‘Cost Operating’ diambil kira? Apakah Sabah dan Sarawak akan menjadi lebih miskin bila merujuk kepada “Kuasa Beli” ringgit mereka?

    Pun…… Hidung saya menjadi kembang kempis bila berbicara tentang “Penswastaan” tajaan Tun, dihadapan rakan-rakan yang lain. Itu (Penswastaan) merupakan salah satu daripada “Sentuhan Emas” Tun. Jikalau merujuk kepada “Lagu” ; ianya merupakan sebuah album Hits Tun yang menjadi “Lagu Evergreen”.

    Tun…..sebenarnya saya ditegah untuk terlalu banyak berkata-kata. Bila “Tempua sudah bersarang rendah”……bermakna…… “Kelinci akan berhibenarsi lagi”. Ya Allah…izinkan lah saya – (Kami) – menyaksikan Tun Membuka sendiri “Kapsul Masa” ciptaannya pada tahun 2020 kelak…… Aminnnnn……

    Sebelum menyepi buat seketika……. Ingin sangat saya mendengarkan lagu ini bersama Tun…… Siapa kata Lelaki tidak boleh bercinta dengan lelaki?……jikalau ianya menurut lunas-lunas syariat Allah. Tun….. saya tidak tahu bagaimana untuk meluahkan ucap terima kasih ini …..kerana….. “Bill Gates” pun tidak akan mampu membeli dan membayar apa yang telah Tun berikan kepada saya ini.

    https://www.youtube.com/watch?v=jrf5lK5IRCE

    Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh…….. Bertemu lagi….Aminnnn……

  36. Hajar Dec 1,2014 9:50 PM

    Salam YAB & Yg diKasihi Tun,

    1. Saya rasa Tun sudah banyak kali beri ’lesson’ dan pengajaran seperti ini. Kerajaan sepatutnya lebih fokus kepada kerja mengutip CUKAI (tidak BERISIKO), bukannya berniaga. Pengalaman / Sejarah lalu mesti dipelajari.

    2. Seperti di sekolah/U, ada pelajar yang boleh ‘tangkap’ dengan cepat apa2 yang diajar oleh cikgu/pensyarah, dan ada pula yang masih lagi tidak faham2 walaupun sudah diajar berkali-kali; kalau dikatakan ‘bangang’ mungkin ada yang marah pula sebab ‘bangang’ bermaksud amat bodoh, ‘tongong’, ‘bahlul’, etc. & amat susah untuk diajar/belajar. Saya rasa PM kita yang mempopularkan istilah ‘bangang’ ini semasa PAU, dan ianya sedang hangat diperkatakan di kalangan ‘bloggers pro-BN’.

    3. Pada pandangan saya, Tun sebenarnya merujuk kepada ’1MDB’ yang berisiko tinggi dan tidak berfaedah kerana amat cenderung untuk RUGI (sudah rugi pun).

    4. Industri seperti automotif dan lain2 yang menjana pekerja2 mahir dan pakar2 dalam sains/teknologi terkini patut digalakkan kerana ada banyak ‘keuntungan/benefits’ lain yang didapati selain dari keuntungan ‘duit’ semata-mata; ada perpindahan teknologi. Ini satu bentuk pelaburan masa hadapan menuju status negara maju. Tapi ada pula pemimpin (bangang?) yang jual MV Agusta untuk 1 Euro sahaja.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah SWT sentiasa melindungi Tun sekeluarga. ***

Leave a Reply