TOTAL VISITORS FROM 2008:

POLITIK KELUARGA 21

1. Saya amat tertarik dengan penjelasan oleh Mohd Puad Zarkashi bahawa tidak mungkin amalan atau budaya politik dinasti dalam UMNO mudah berlaku.

2. Sebabnya ialah undang-undang tubuh UMNO sudah dipinda supaya bukan perwakilan ke mesyuarat agong yang tidak ramai yang akan memilih, tetapi 146,000 perwakilan ke mesyuarat bahagian yang akan memilih.

3. Bahagian bukan sama besar. Ada yang sepuluh kali ganda lebih besar daripada yang lain.

4. Yang diambil kira bukan jumlah perwakilan yang mengundi seseorang calon (146,000 ahli) tetapi jumlah bahagian yang mencalon dan melantik. Jumlah bahagian sebenarnya kurang daripada jumlah perwakilan ke mesyuarat agong. Pengundi bukan ditambah tetapi dikurangkan.

5. Bahagian yang dulu tidak berkuasa, sekarang lebih berkuasa daripada perwakilan.

6. Saya dipilih oleh Tun Hussein yang bukan keluarga saya menjadi Timbalan Perdana Menteri. Yang memilih saya sebagai Timbalan Presiden UMNO ialah perwakilan ke mesyuarat agong. Sudah tentu ada ramai yang tidak puas hati dan marah tetapi tidak ada calon lain untuk mereka undi. Demikian juga semasa saya dipilih menjadi Presiden. Kemudian saya dicabar. Tetapi saya menang walaupun hanya 43 undi.

7. Saya cuma mengingatkan dalam blog saya bahawa kaitan kekeluargaan tidak boleh dijadikan asas pemilihan atau penolakan.

8. Saya kurang faham kenapa saya salah dengan menyatakan bahawa siapa sahaja yang layak dan cinta UMNO berhak dilantik ke semua jawatan serta kaitan kekeluargaan tidak boleh dijadikan asas pemilihan atau penolakan.

9. Apakah UMNO mahu kaitan kekeluargaan dijadikan sebagai asas pemilihan?

10. Saya tidak kata apa-apa berkenaan Dato Seri Najib. Saya cuma membuat kenyataan umum. Jika sesiapa berasa tersinggung, itu masalah mereka.

11. Walaupun saya berpendapat kaitan keluarga tidak boleh dijadikan asas penerimaan atau penolakan, tetapi saya melarang anak saya daripada mengejar keahlian atau jawatan dalam UMNO, melainkan jika dilantik oleh pemimpin bukan keluarga.

21 thoughts on “POLITIK KELUARGA

  1. suararakyat Apr 6,2015 2:40 PM

    hi Tun,

    Dalam banyak-banyak PM di Malaysia ni. Tun seorang je yang bukan dari salasilah kerajaan. Salasilah kerajaan berdasarkan keluarga atau keturunan bermula selepas pemerintahan Tunku Abdul Rahman.

  2. HBT456 Mar 15,2015 8:06 PM

    Petronas need the skill of mat salleh to develop oil and gas industry In malaysia. Locals takda skill dan gut. Japanese no longer favor commit suicide, and in order to avoid serious stagflation of japanese economy, abe will continue to work with americans, europeans and uae.. South korean, vietnam, taiwan, singapore, jakarta, manila, thailand, and asean will do that too to increase fdi.

  3. Hajar Mar 5,2015 4:09 PM

    Salam YAB & Yg diKasihi Tun,

    POLITIK KELUARGA

    1. Dalam parti2 Pembangkang, politik keluarga memang berleluasa. Anak-beranak memegang jawatan dalam parti/kerajaan negeri pada masa yang sama adalah perkara biasa. Lihat saja Kit Siang/Guan Eng, Anwar/Isteri/Anak, Hadi Awang/Anak, Arwah Nik Aziz/Anak, Mendiang Karpal Singh/Anak, etc. Namun demikian, para Pembangkang juga yang bising melalak/ meroyan sakan tentang ’nepotisma/kronisma’ umpama, ’mengata orang mereka yang lebih…’.

    2. Jadi, jika Pembangkang bising menuduh BN/UMNO tentang sesuatu isu, rakyat kenalah juga periksa samada Pembangkang yang sebenarnya melakukan apa yang mereka tuduh BN/UMNO lakukan kerana taktik Pembangkang yang suka memanggil orang lain ’pencuri’, padahal mereka yang sebenarnya ’pencuri’ -> taktik mengalih perhatian.

    3. Mengenai anak Tun, DS Mukhriz, saya nampak potensi yang besar dari segi cara beliau memimpin di Kedah dan juga dulu sebagai Timbalan Menteri. Beliau nampak bersungguh-sungguh ingin mendekati rakyat melalui siri jelajah ’kampong’ beliau, dan beliau memilih untuk bermalam di rumah orang kampong. Beliau juga nampak tegas dan berkebolehan dalam menangani permasaalahan. Syabas DS Mukhriz!

    4. PM Ah Jib Gor pula naik jadi PM semata-mata kerana Allahyarham Tun Razak yg meninggal dunia ketika dalam jawatan. Sekarang baru nampak prestasi sebenar beliau yang secara amnya LEMAH, bersikap liberal, dan lebih condong ke arah memuaskan hati Pembangkang; beliau juga ’clueless’ dalam banyak hal. DS Hishammuddin juga nampak agak serupa dengan PM Ah Jib Gor dari segi karakter yang lemah dan lebih banyak memberi amaran dari bertindak. Kelebihan mereka cuma dari segi penguasaan BI yang baik/cemerlang; boleh bercakap BI dengan baik tidak menjamin seseorang menjadi pemimpin yang cemerlang.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah SWT sentiasa melindungi Tun sekeluarga. ***

  4. HBT456 Mar 5,2015 7:19 AM

    The missing of mh370 may be due to captain’s jihadist suicide ala mati berani to show his dissappoitment to his family, mas, and the world, especially to the umno baru led government. Rally march 7 is declared illegal because the protesters are melayu? pdrm job is to make sure no one got hurt.

    http://en.m.wikipedia.org/wiki/Boris_Nemtsov

    ukrainians favor europe, bukan president putin punya parti di russia.

  5. HBT456 Mar 4,2015 10:18 PM

    http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/mokhzani-resigns-from-sapurakencana

    Good decision. Malaysia indeed needs role model in abolishing cronism and nepotism to be at par with developed nation. God bless malaysia.

  6. Terang-terang Feb 7,2015 11:38 AM

    Politik memang ada unsur kekelurgaan. Ia bukan ujud di Malaysia sahaja tetapi juga ujud di US dan negara-negara Eropah lain. Tengoklah parti-parti pembangkang, PAS, DAP dan PKR, mereka sama juga. Ia seperti “uniersal law” lah sebab dalam politik kena ada “connection” yang baik dan berkesan.

  7. ayah chik Feb 2,2015 8:58 PM

    Fuad zarkasi..sekadar menagih simpati drpd tuan jib yg berkuasa..agar periuknya terus berasap.

    Dalam kata lain..fuad zarkasi hanyalah sebahagian drpd sikap barua politik umno..kesian.

  8. Murad Jan 26,2015 11:56 PM

    Assalamualaikum Tun

    Saya doakan Tun dalam Rahmat Allah dan panjangumur.

    1. Mengenai kenyataan Tun “Saya kurang faham kenapa saya salah dengan menyatakan bahawa siapa sahaja yang layak dan cinta UMNO berhak dilantik ke semua jawatan serta kaitan kekeluargaan tidak boleh dijadikan asas pemilihan atau penolakan.”
    Saya bersetuju supaya siapa saja yang terbaik perlu dilantik samada kekelurgaan atau tidak demi kabaikan UMNO dan Negara yang UMNO sebagai tunjangnya.

    2.Cuma kadang kadang persepsi ahli ahli UMNO itu sendiri yang menimbulkan masaalah.Contohnya di NS mereka persoalkan dinasti bukan sahaja di bahagian Rembau, malahan di Telok Kemang dan juga Kuala Pilah.

    3. Walau apa pun mereka yang terlibat dalam dinasti ini tidak menganiya mereka yang layak, saperti kata Tun tadi supaya mereka diberi peluang dilantik.

    4.Kita sayangkan UMNO, walaupun saya dibuang UMNO (ankara si Kitul AI) tak pernah kecewa dan masuk parti lain sampailah Tun terima saya balik.

    Teruskan beri sumbangan dan pandangan TUN!

    Murad.n.s.

  9. sitinur Jan 22,2015 4:21 PM

    Assalamualaikum ayahanda tun…puad zarkasi…eeerrrrr….tak kenal…

  10. Simple Mind Jan 20,2015 8:59 AM

    Asaalam’kum Tun,

    I know you are aprincipled person, but I think your son join the government a bit too late. He should have entered politics before the turn of the century. In that way he has time to get involved with the other members and do the ground work. Like you said, it is up to the public to decide. You can abstain from any decisions that involved your son.

  11. fatahismi Jan 19,2015 1:01 PM

    As Salam Tun Dr Mahathir,

    Sebagai seorang pemimpin patut tahu bahawa secara moral didalam pemilihan Parti undi popular memainkan peranan yang tersangat penting. Walaupun sebagai penyandang jawatan, sekiranya berlaku hampir tidak terpilih, maka ketahuilah masa depan politik pemimpin tertentu itu tidaklah sebaik mana.

    Berbeza semasa Yg Berbhg Tun dahulu. Ada isyarat didalam kesamaran yang diberi untuk mencabar malahan telah terjadi “mulut disuap pisang, buntut dikait duri”. Demikian gambarannya semasa Tunku Razaleigh dan Musa secara tiba tiba berpadu tenaga untuk mencabar kepimpinan Tun seterusnya membawa ‘kehancuran’ Umno di mahkamah Tinggi. Di depan lain, dibelakang lain.

    Pemilihan sekarang, calun calun dah kena istihar awal. jadinya mudah tahu “siapa lawan dan siapa kawan’

    Pemilihan sekarang telah menjadikan UMNO kurang bijak kerana akal menjadi cetek dan ia bukan latihan sebenar untuk menghadapi pilihanraya.

    Pra pilihanraya menyaksikan UMNO terpinga pinga dengan taktik lawan yang memenangi persepsi rakyat melaui berbagai cara. Pemimpin UMNO gagal kerana latihan yang diterima didalam pemilihan UMNO telah bertukar menjadi “text book”, soalan dan jawapan seperti peperiksaan dan bukannya ujian sebenar berhadapan dengan karekter dan cara lawan serta ‘mood rakyat’

    Banyak perkara yang UMNO secara tidak sedar telah mengubah tradisi pemilihan demi untuk cuba memantapkan kepimpinan sedia ada tetapi sebenarnya secara perlahan telah terlepas pandang bahawa kecerdikan orang Melayu lah yang telah memerdekakan Negara ini.

    Dulu pemilihan setahun sekali. Kemudian diubah kepada dua tahun sekali. Kemudian kepada tiga tahun. Kini sudah pasti selepas pilihanraya baru akan ada pemilihan. maknanya lima tahun ke enam tahun. Secara tidak langsungnya Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Naib Presiden ada banyak masa untuk Kerajaan tetapi sedikit masa untuk Parti

    Alasan penangguhan pemilihan Parti yang diberikan adalah:-

    Setahun dua atau tiga tahun pemilihan terlalu cepat. Tiada masa untuk berkerja. Alasan ini telah dijawab oleh ahli ahli parti pada suatu waktu yang lalu bahawa kalau tiada masa untuk parti, letak jawatan dan berikan kepada pemimpin yang ada masa.

    Tradisi UMNO yang telah diubah ini sebenarnya memakan diri sendiri dimana pemegang jawatan sibuk buat duit, dengan duit beli undi, dengan undi mengekalkan lagi status pemimpin UMNO.

    191 Bahagian memang senang dikawal. Itu belum lagi dengan penipuan kiraan undi di Bahagian Bahagian yang dilapurkan.

    Akhirnya, UMNO mendapat pemimpin korporat, pemimpin bertaraf super millionaire dan kontraktor Kelas A. Hebat betul UMNO kan!

    Kesimpulannya, pemimpin UMNO sekarang telah kehilangan skil berhadapan parti Pembangkang, ditipu hidup hidup dan hilang upaya untuk membuat serangan balas.

    Orang orang Melayu semakin hairan ” Apa lagi pemimpin UMNO tunggukan..Raja di celupari, Agama di cercai dan bangsa di perkotak katikkan.

    Wassalam. ( tak larat dah nak menulis bab ini)

  12. Tanggang Jan 19,2015 12:41 PM

    Salam Yg Bhg Tun,

    Didapati ada diantara pemimpin2 UMNO adalah terdiri daripada dinasti ahli keluarga. Mungkin tidak salah sekiranya ahli keluarga pemimpin2 itu telah menunjukkan dan mempunyai track records yang baik seperti kaliber yang cemerlang, berwawasan yang tinggi dan sebagainya. Tetapi ada antara ahli keluarga itu telah pun mempunyai track record yang lemah dan track records ini telah menjadi ingatan pada setiap masa.

    Antaranya adalah seperti penjualan MV Augusta dengan sebanyak 1Euro sahaja dan pembelinya pula telah menjual dengan harga yang beratus juta kali ganda. Ada yang telah dipilih untuk mengetuai pertubuhan dengan kiraan undi selama lebih 5jam dengan diulang berkali kali kira. Ada yang telah memperolehi kotak hitam MH17 itu setelah pegawai keselamatan negara menyerahkan leher tengkuk mereka kepada pemberontak tetapi terus menghantar kepada pihak yang bertelagah itu. Ada yang tidak tahu membezakan antara pejuang dan pengkhianat sambil melaung2 menghunus keris.

    Kisah2 lampau mereka menggerunkan. Saranan Yg Bhg Tun supaya dinasti ahli keluaga bukannya kriteria utama untuk memimpin UMNO adalah baik.

    Salam Tun.

  13. musato Jan 17,2015 8:17 PM

    Assalamualaikum.

    Dilaporkan oleh Allahyarham Wan Saghir dalam koleksi tulisan beliau bahawa sudah menjadi amalan keluarga Sayyid (dimaksudkan dengan perihal Tokku Paloh) untuk belajar dengan keluarga sendiri.

    Pada mulanya saya berfikiran 50 50 berkenaan pernyataan tersebut. Takkan belajar dengan keluarga sendiri lebih baik?

    Tapi kini saya setuju dengan pernyataan Allahyarham Wan Shagir itu.

    Tok (panggilan nenek saya) sendiri bertanyakan “Mahathir tu keluarga kita jugak ke?” dengan rasa ingin tahu bila saya beritahu beliau yang saya bersama sama tolong Tun.

    Bermakna ia memang berkenaan dengan keluarga. Maka pandangan mengenai politik keluarga tidak boleh diketepikan.

    Pada musim cuti sekolah lepas dan sekarang pun, saya dan anak anak sibuk dengan swimming breaststroke.

    Bila cikgu datang nak ajar, anak anak jadi sejuk lah, kaki sakit lah. Padahal sebenarnya baru 4 kali masuk kolam anak dah boleh buat breaststroke yang sempurna.

    Semuanya melalui arahan dari guru yang masih tak betul renangnya iaitu saya.

    Itukan namanya politik keluarga.

    Terima kasih Tun.

  14. anti-jibaok Jan 17,2015 5:47 PM

    YABhg. Tun Dr..,

    Kalaupun para-pemimpin UMNO mengamalkan politik keluarga & kroni, namun ianya tidaklah seteruk mana berbanding keadaan sedemikian sebagaimana yang ditonjolkan dan diamalkan oleh parti-parti poiltik seperti DAP dan juga PKR.

    Parti politik DAP telah dikuasai berpuluhan tahun oleh keluarga Lim Kit Siang/Lim Guan Eng anak-beranak, sebagaimana juga oleh parti PAP di Singapura. Manakala parti PKR pula dikuasai (without question) oleh si Anwar Ibrahim sambil diterajui isteri beliau sendiri serta anak perempuan beliau.

    Namun begitu, masih terdapat terlampau ramai rakyat Malaysia yang sedia memberi undi kepada puak-puak parti DAP dan PKR tersebut.., akan tetapi bukan oleh sebab bahawa ramai rakyat tidak sedari akan implikasinya amalan politik kekeluargaan & kronisma yang dilakukan oleh kepimpinan parti DAP dan PKR itu. Namun, oleh sebab sejak kebelakangan ini kepimpinan politik yang ditonjolkan oleh parti Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO tidak mencerminkan pencapaian (dalam berbagai bidang) atau suatu prestasi yang baik dan boleh dibanggakan.., pada pandangan ramai rakyat Malaysia.

    Maka.., kalaupun soal kekeluargaan menjadi isu dalam parti politik, namun rakyat, orang ramai & ahli-ahli parti sanggup dan boleh ketepikan soal itu, asalkan prestasi & kebolehan sesuatu kepimpinan politik itu mencapai sesuatu prestasi atau hasil yang tinggi dan yang boleh dibanggakan dan dikecapi ramai.

    Sebagai suatu contoh.., semasa negara kita Malaysia memenangi Piala Thomas (dalam sukan Badminton) pada awal tahun 1992 dulu, nescaya rakyat Malaysia peduli apa kalaupun terdapat begitu ramai dikalangan anak-anak kepada keluarga Dato’ Sidek Kamar (arwah) yang telah mewakili negara kita Malaysia dalam pasukan badminton Malaysia pada ketika itu. Antara para-pemain pasukan badminton negara Malaysia (pada ketika itu) telah diwakili oleh adik-beradik iaitu.., Razif Sidek (sebagai Ketua Pasukan), Jalaini Sidek (pemain bergu utama) dan Rashid Sidek (pemain perseorangan utama) serta Abdul Rahman Sidek (pemain simpanan negara).

    Rakyat Malaysia tidak pula sama sekali mempertikaikan soal betapa ramainya ahli-keluarga dalam pasukan badminton negara yang diwakili oleh kumpulan adik-beradik anak si keluarga Dato’ Sidek Kamar itu. Namun, soal prestasi dan pencapaian pasukan negara adalah perkara yang lebih utama. Nescaya, pasukan badminton negara Malaysia telahpun berjaya mencapai kegemilangan serta berjaya tunjukan suatu prestasi sukan yang begitu tinggi apabila berjaya merampas kembali dan memenangi Piala Thomas pada ketika itu.

    Marilah kita perhatikan betapa gembiranya rakyat Malaysia serta saksikan juga gelagat betapa cemas tetapi riangnya Datin Seri Dr. Siti Hasmah (selaku Penasihat BAM serta Penyokong No. 1 pasukan badminton Malaysia) pada ketika itu, melalui video URL ini:-

    https://www.youtube.com/watch?v=6D9z-hV2v54

    Maka, soal dan isu penyertaan ahli-ahli keluarga dalam apa sekalipun bidang, tidak akan dipertikaikan oleh ramai pihak asalkan ahli-ahli keluarga berkenaan berupaya memainkan peranan masing-masing secara berkesan dan berhasil demi amanah dan kepentingan ramai yang mereka mewakili.

    Maka, kalaupun ada soal isu ‘kekeluargaan’ dalam isu politik atau parti, namun orang ramai sanggup ketepikan perkara itu asalkan prestasi, kebolehan, ketokohan dan kepimpinan pada sesuatu ‘keluarga’ itu adalah terserlah, berkemampuan dan mendatang manfaat buat pihak ramai.

    Namun, kalaulah terdapat pemimpin yang ‘tidak berbakat’ tetapi hanya sekadar untuk ‘memanaskan’ sesuatu kerusi politik dan hanya pandai buat sibuk dan ‘menyemak’ sahaja diatas menumpang nama sesuatu tokoh atau pemimpin politik.., maka ahli-ahli dalam parti politik berkenaan ataupun pengundi ramai wajar terajang keluar sahaja ‘pemimpin politik’ jenis jibaok yang sedemikian…!

    Pendek kata.., kalau ada sesiapa yang tidak boleh memimpin dan ‘perform’ demi kepentingan ramai, tapi hanya sekadar pandai buat bising menyemak lebih mementingkan diri sendiri.., maka lebih baik mereka undur diri sahaja sebelum diterajang keluar oleh orang ramai..!

    Bukankah perkara itu telah dilakukan oleh orang ramai terhadap Dato’ Samy Vellu di kerusi Parlimen Sungai Siput semasa Pilhanraya Umum suatu masa dulu..!? Kalau orang-orang MIC sendiri yang tak sanggup atau tak berani nak terajang Dato’ Samy Vellu keluar dari lanskap politik.., maka orang ramai (para-pengundi) sanggup melakukannya apabila mereka telah ‘halau’ beliau supaya keluar dari politik serta menafikan beliau untuk mendapat kerusi Parlimen lantas menggagalkan beliau untuk mendapat kerusi dalam Dewan Rakyat dan juga menafikan beliau mendapat peluang mendapat tempat dalam Kabinet Kerajaan dan kepimpinan negara.

    Isu ‘kekeluargaan’ dalam isu politik telah menjadi lumrah di seluruh dunia dan sepanjang zaman. Sehinggakan dalam masyarakat umat Islam sendiri dimana soal isu ‘Ahlul Bayt’ sudahpun begitu lama dihebah-hebohkan oleh puak Syiah misalnya sehinggalah ke hari ini, dalam isu soal Warisan Kepimpinan bagi umat Islam, setelah wafatnya Rasullullah SAW.

    Namun soal kepimpinan dan kebolehan melaksanakan amanah & tanggung-jawab politik adalah perkara yang lebih utama dari isu atau soal – ‘What You Know’.., atau ‘Who You Know’.., ataupun ‘Who You Are’…! Apa yang utama adalah – ‘What You are Able and Capable of Doing and Willing To Do’.., demi kebaikan dan kepentingan ramai dan bukannya untuk kepentingan diri sendiri..!

    Maka.., kalaulah ada sesiapa dikalangan ahli keluarga Dato’ Seri Najib (Perdana Menteri) misalnya yang ramai rasakan bahawa ianya adalah tidak berkesan dalam melaksanakan tugas dan tak mampu ‘deliver’ tugas dan tanggung-jawab beliau kepada rakyat dan negara dengan baik.., maka beliau patutlah undur diri dan beri peluang kepada para-pemimpin lain yang berkemampuan dan berkebolehan. Janganlah pula ianya juga akan ‘diterajang’ atau dihalau keluar dari lanskap politik oleh ahli-ahli parti mahupun oleh para-pengundi ramai kelak. Amat aib dan menghinakan sekiranya keadaan sebegitu berlaku.

    Janganlah pula disebabkan ada pertalian saudara-mara dengan Perdana Menteri, maka ada pihak sedemikian nak mengambil kesempatan buat kepentingan, ‘vanity’ ataupun syiok-sendiri. Janganlah pulak ianya hanyalah lebih ‘berbakat’ untuk menjadi ‘passenger’ lebih daripada nak menjadi ‘crew’ kepimpinan yang berkebolehan, berkemampuan dan berkesan. Paham-pahamlah sajalah siapa yang dimaksudkan itu..!

    Walau apapun.., isu dan soal ‘Politik Keluarga’ demi kepentingan rakyat dan negara dalam lanskap kepimpinan politik sesuatu masyarakat atau negara adalah jauh lebih sensitif berbanding dengan ahi-ahli sekeluarga yang sama-sama mewakili dalam (misalnya) sesuatu pasukan sukan bagi masyarakat ataupun negara. Kesan dan implikasinya akan ‘makan’ lebih mendalam dan kekal buat ahli-ahli keluarga politik yang berkenaan. Maka, berwaspadalah apabila berpolitik.

    Sekian…, Wassalam.

  15. teratai Jan 17,2015 9:37 AM

    Salam Tun,

    Firm and easy to read answer.

    Those who wish to read English version of Tun’s writing, kindly click below http://www.translationfocus.blogspot.com

    Thank you.

  16. shahrulnizam Jan 16,2015 10:53 PM

    malaysia adalah satu negara yang unik… antara yang mempunyai bursa saham dimana majority adalah family business..
    kemudian politik keluarga..
    kemudian kenalan… siapa bukan keluarga atau kenalan jgn harap bole maju atau berjaya.
    jika tiada sesiapa dalam keluarga atau kenalan yang berkelayakan, kita import sahaja..

  17. azlan95 Jan 16,2015 10:26 PM

    Dato Hisham adalah sepupu Dato Najib. Tetapi Dato Hisham sudah pun naik jadi menteri penuh semasa Tun jadi PM.

    Jika memang ada bakat pasti akan naik. Jika tiada bakat memimpin pasti diketepikan walaupun bapa dan keluarga yang hebat.

    Azlan
    KL

  18. Fariq Islam Jan 16,2015 2:01 PM

    Salam, Tun,

    Assalamualaikum.

    Pada umumnya, apa yang boleh dilihat menunjukkan adanya faktor kekeluargaan dalam penentuan pucuk pimpinan UMNO. Gejala ini mungkin kesan budaya kroni, di mana kroni-kroni mendapat sesuatu dalam pengagihan kontrak-kontrak atau lesen-lesen.

    Kita tidak boleh menafikan yang negara-negara lain juga menghadapi gejala sebegini. Namun, ianya kurang sihat. Haruslah gejala ini diperbetul dari semasa ke semasa.

    UMNO kini menghadapi krisis kehakisan sokongan Rakyat. Mungkin juga bentuk perjuangan harus disemak semula. Hak-hak Melayu tetap harus dipelihara, tetapi bukannya dengan menunjukkan sentimen anti-Cina atau anti-bukan-umat. UMNO harus dipandang sebuah parti yang memperjuangkan pembangunan dan kepentingan Malaysia, pada keseluruhannya.

    Demi mencapai Wawasan 2020, kita memerlukan sebuah negara yang Rakyatnya bersatupadu. Dan, UMNO, selaku parti ketua dalam BN, harus mempunyai pemimpin-pemimpin berkaliber, berhati Rakyat dan berupaya di mana gejala dinasti harus dibuang sekaligus.

    Yang ikhlas,
    Fariq Islam

  19. Hajar Jan 16,2015 11:40 AM

    Salam YAB & Yg diKasihi Tun,

    POLITIK KELUARGA

    1. Jika yang ingin dipromosi/dilantik memang BERKEBOLEHAN, tiada masaalah. Seperti kata Tun, kaitan kekeluargaan tidak boleh dijadikan asas pemilihan atau penolakan. Tapi jika yang ingin dipromosi memang sudah ternyata ’gagal/lemah/liberal’, eloklah dilupakan saja; berilah peluang kepada orang lain. UMNO bukan hak milik individu atau mana2 dinasti. Perjuangan asal UMNO mesti dikekalkan.

    2. Saya amat setuju dengan pendapat Tun pada perenggan 2,3 & 4. Sekarang ini jumlah undi berkurang kepada 191 (mewakili bahagian2 UMNO). Sebenarnya lagi mudah bagi orang yang berkuasa di peringkat tertinggi UMNO untuk mengekalkan kuasa sebab lebih mudah untuk jaga ’191 undi’ berbanding sebelum ini. Saya yakin PM Ah Jib Gor tidak akan dicabar pada pemilihan akan datang (jika diadakan sebelum PRU-14).

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah SWT sentiasa melindungi Tun sekeluarga. ***

  20. sibotak Jan 16,2015 9:14 AM

    Memang Benar Keturunan , Darah Daging bukan lah ukuran bagi mencalon satu Jawatan yg penting apakan lagi Perdana Menteri atau Pengetua
    Begitu juga Perniagaan yg di turunkan pada si Anak yg berhak
    Jika Anak itu tidak berkebolihan ………Hanya tunggu Masa akan menentukan
    Untuk memilih Kelayakan Jawatan yg Penting seperti Perdana Menteri
    Pemilihnya Mesti Dari Ahli dari Badan Tertentu dari Pihak Atasan , Pertengahan dan segelintir dari bahagian bawah juga
    Ciri yg perlu di pilih
    1. Akhlak dan Adabnya
    2. Penyampai & Pendekatannya menghadapi masalah
    3. Pemikirannya yg terbuka
    4. Pergaulannya sesama yg mudah didekati
    5. Ke Ikhlasan Beliau memikul tanggung jawap

    Ramai juga calon calon Politik yg hanya pandai BerSandiwara
    Berpura pura Baik , berpura Bertanggung Jawab namun akan
    Terserlah juga satu hari Ketulinan Beliau
    Namun apa jua kesemua Manusia ada Agenda mereka tersendiri yg terselit
    di lubuk permikiran
    Nak yg Pandai di Bodohkan kita pula
    Yg Bodoh jauh sekali
    Yg tak pandai dan memandai mandai Jahanam Negara
    Yg Berperlajaran kadang kala lagi banyak berlajar lagi banyak kurang hajarnya
    Si Lim Kit Siang Yg pandai berbahasa Melayu & dah pandai mengunkan nama Allah sekarang
    Lebih Pandai Beliau cakap Melayu lebih pandailah lagi Beliau akan Tipu Melayu

    Jadi apa pun jua Masa akan menentukan segalanya
    Kita perlu merubah sesuatu yg walau sudah di tetap demi ada Kebaikan masa ke semasa

    Nak Pilih Pemimpin Tidak Kurang seperti nak cari calon Isteri atau Suami

  21. Apanama Jan 16,2015 12:37 AM

    YABhg Tun,

    Jangan pedulikan si Puad Zarkashi yang kalah pada pilihanraya lepas dan kini amat aktif sebagai jurucakap upahan yang lebih sudu dari kuah. Reaksi si jurucakap jelas membayangkan bahana sipolan2 yang termakan cili.

Leave a Reply