TOTAL VISITORS FROM 2008:

SOAL TAK JAWAB 148

1. Saya sedar saya keseorangan. Tetapi jika saya juga berasa bertanggungjawab kepada rakyat salahkah. Apabila duit rakyat hilang dan ini tersembunyi dari rakyat salahkah kalau saya tanya.

2. Saya fikir jika diadakan soal jawab melalui T.V tentulah kerana ingin beritahu rakyat, bukan saya sahaja.

3. Hakikatnya wang 1MDB ada dimana masih tidak dijawab, kata Dato Sri Najib wang itu tidak ada di Cayman Islands. Tetapi dulu mengaku ada di Cayman Islands dan sudah dibawa balik.

4. Rakyat jadi lebih keliru. Jika tidak ada di Cayman Islands, ada dimana? Daripada mana datang wang yang separuh dibawa balik dahulu dan separuh dibawa balik untuk disimpan di Singapura.

5. Kenapa perlu simpan duit yang bukan dari Cayman Islands dan tidak diguna untuk bayar faedah dua billion. Kenapa kerajaan membuat standing credit sebanyak 900 million.

6. Berkenaan Altantuya, saya hanya bertanya siapa yang memberi arahan kepada Sirul yang dikena hukum bunuh. Saya tidak tuduh Najib. Biasanya anggota polis atau tentera tidak tembak mati sesiapa melainkan diserang atau di arah. Ini soal nyawa manusia. Kalau salah, bunuhlah Sirul. Tetapi kalau menjalankan tugas, menurut perintah tidak adil lah jika Sirul dibunuh.

7. Ramai orang datang jumpa saya. Jika keluarga Sirul nak jumpa, saya jumpa. Ini bukan soal lapan tahun dahulu. Ini soal nak gantung anak orang ini hari ini.

8. Rakyat tidak tanya. Tetapi ramai tanya saya. Saya tak dapat jawab. Saya tanya orang yang boleh jawab.

9. Banyaklah lagi soalan saya yang tidak dijawab. Sebaliknya, tindakan saya ini kononnya kerana jambatan bengkok tidak dibina.

10. Jika kerana jambatan bengkok yang saya marah, saya patut tuntut perletakan Najib sebelum PRU 13. Sebaliknya saya berkempen untuk kemenangan Najib. Kepimpinan Najib di Selangor tidak berkesan.

11. Sokongan dari kumpulan-kumpulan tertentu tidak bermakna mereka sokong 1MDB. Mereka takut. Ada yang tanya saya berkenaan dengan 1MDB dan minta saya buat sesuatu. Sekarang ada ugutan terhadap sesiapa yang tidak menyatakan sokongan kepada Najib.

12. Teringat saya kepada ribuan orang yang dibawa berhimpun dan disuruh angkat sepanduk “I love PM” dan menyanyi “I M 4 U”. Tetapi dalam PRU 13 kalah.

148 thoughts on “SOAL TAK JAWAB

  1. HBT456 May 18,2015 6:53 PM

    http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/did-retirement-fund-buy-trx-land-rafizi-asks-finance-ministry

    Hey, YANG BERHORMAT, Members of Parliament, YB, Rafizi ?

    how much do you know about Hongkongers?

    Tony Pua is a nice guy and a talent to PM Najib.

    Tony, I know you wanted to influence the changes in malaysia to make it better.

    sorry tony, i advise my kid not to be influenced by you because of your Mr lim Kit siang.

    why?

    they only work for dap, not malaysians.

    do me a favor tok det, my 3rd fingers to chinese associations in malaysia.

    f..k you mubarak chan, we are not slaves to mca, dap or gerakkan…

  2. wow Apr 29,2015 1:52 AM

    apa yang akan belaku kemudian banyak jelas……punichment akan di kenakan atas kambing hitam AGAIN…. jika….hukuman mati di atas penipuan and pencurian…..i think “siapa yang arrange and arahkan” akan timbul. Else case case akan selesai begitu saja. seperti belakunya dgn kes penbunuhan….jika ada orang mengaku Kesalahan…case CLOSE and harap dirupakan begitu sahaja.
    Oleh sebab Hukuman ini tak berat….kira kira dan kira …maka it is worth it?

    Hanya proof yang kukuh boleh menyebabkan rahsia di kemukakan….whose is the GOD…..i donno….but I strongly believe rakaman GOD di dunia akan menolong.

  3. anti-jibaok Apr 22,2015 4:42 AM

    PakPandir08..,

    Apa lagi jibaok macam awak nak merapu kat sini..?

    Dahlah tak mampu nak membalas hujah kita dengan rebuttal yang munasabah dan rasional.., namun awak cuma dapat mempamerkan diri menjadi jaguh merepek dan merapu pulak kat sini. Apa hal..?

    Itulah akibatnya apabila jibaok macam awak agaknya bermentaliti yang cenderung kepada makhluk otak 3/4 semacam Ahso HBT (Hantu Bukit Cina) 456 tu.., iaitu jenis lulusan Akademi Bershit 3.4.., iaitu khusus pula dalam bidang (majoring in) ‘Politik Tepi Jalan’ dan ‘Bangkang Dari Longkang’. Betul tak..?

    ——-

    Awak bangkitkan soal Tun Dr. Mahathir sepatutnya mendengar jeritan-melalak selama ini dari puak pembangkang seperti YB Rafizi Ramli & Tony Pua pasal isu 1MDB.., maka kita sudahpun balas kesemua persoalan awak itu.

    Kemudian awak bangkitkan soal isu kes pembunuhan Altantuya yang kononnya semua pihak patut mendengar segala jeritan-melalak (macam kera-ungka dalam hutan) dari puak pembangkang selama ini.., nescaya persoalan itu juga sudah kita menjawab dan membalas habis.

    Maka.., apa lagi isu karut-mengarut yang awak bangkitkan disini.., hah..!?

    Namun, apabila awak sudah takde lagi modal nak merepek.., maka awak buat pula ‘corner-baring’ lantas menuduh kita pula yang tulis panjang-panjang supaya kononnya kita nak mengelirukan orang. Apakah itu caranya orang yang siuman berhujah..? Apakah awak tu terlalu dangkal otak ataupun terlampau penakut nak membalas segala hujah dan huraian kita yang panjang lebar itu.., satu demi satu..? Jawablah kalau sanggup..!!

    Tambahan pula.., apabila awak tak boleh lagi kawal nafsu-amarah, maka awak tukar pula kepada taktik budak sekolah juvana lantas menghina dan insult kita pulak sebab kononnya kita naik mengamuk kerana tak dapat projek bina longkang bengkok. Apakah itu caranya seorang dewasa sepatutnya berhujah..?

    —–

    Apakah awak tidak sedar bahawa laman blog ‘chedet’ ini adalah diantara yang terbaik dan paling popular di negara kita..? Kalau setakat awak nak merapu dan merepek dalam dalam laman blog ini.., maka awak hanya akan mengaib dan memalukan diri awak sendiri. Awak cuma pandai buat kerja meludah ke langit. Awak tak reti bermentelaah dan bukan jenis ‘the discerning kind’. Ada paham..!?

    Kita sepatutnya berbanyak terima kasih kepada YABhg. Tun Dr. Mahathir kerana menyediakan laman blog ini supaya semua pihak dapat berinteraksi secara sihat, bersumbang-saran serta memberi pendapat dan pandangan yang positif dan membina.

    Namun pada hemat saya.., cara-cara awak nak berinteraksi dan memberi pendapat itu, ianya lebih mirip kepada cara makhluk perosak daripada nak membina.

    So.., PakPandir08.., Tolong pergi main jauh-jauh. OK..!?

    Sekian.., Wassalam.

  4. Hajar Apr 22,2015 12:57 AM

    Salam YAB & Yg diKasihi Tun,

    Mohon izin Tun untuk beri pencerahan kepada PakPandir08.

    Alahai PakPandir08…Pembangkang dan ’pembohongan/fitnah’ berpisah tiada.

    Teruskanlah bertanya soalan2 ’obsolete’ saudara yang terbukti tidak laku andai itu boleh membuatkan PakPandir08 gembira. Kami yang membaca pun rasa terhibur…

    Lagipun jika Tun tidak ’highlight’ persoalan2 tersebut (berdasarkan fakta sahih dan tanpa menokok-tambah) sampai kiamat lah puak Pembangkang terpekik-terlolong, tapi tiada siapa yang hiraukan sebab sudah kena tangkap banyak kali menipu dan memfitnah – orang pun sudah tidak percaya lagi.

    PakPandir08 pun bukan main lagi ingin MENIPU para pembaca blog Chedet. Kononnya ’berhati suci’ sebagai pemerhati ’neutral’, tapi sebenarnya PENYOKONG TEGAR PEMBANGKANG . Semua komen2 terdahulu ada dalam arkib blog Chedet. Jangan ingat semua orang boleh PakPandir08 tipu. Kurang2kanlah kerja menipu wahai PakPandir08; bertaubatlah. Lim Kit Siang @ Pembangkang pun ingin tumpang sekaki di atas kepopularitian Tun M, tapi kena ’reject’. Kasihan…

    Kepada ’Si Pelatih Badut Sarkis’, terima kasih, dan tahniah kerana menerima pelatih baru yang berpotensi tinggi untuk meraih gelaran ’Pak Pandir @ Badut’ paling popular pada 2015.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga. ***

  5. pakpandir08 Apr 21,2015 11:01 PM

    Saudara “anti-jibaok”

    Memanglah kamu bersikap “jibaok” … buat apalah tulis panjang-panjang? Nak mengelirukan orang? Soalan ringkas pun tak mampu jawab.

    Dulu kes altantuya katakan helah politik. Dulu isu 1MDB katakan fitnah. Dulu orang menyoal kenapa beli kapal terbang mewah katakan mengarut.

    Sekarang tiba-tiba muncul hendak membela dan mencari kebenaran?

    Hendak menuntut KEBENARAN ataupun KEPENTINGAN?

    Mungkin mengamuk kerana tak dapat projek bina longkang bengkok, sebab itu berpura-pura hendak mencari kebenaran rasanya.

  6. anti-jibaok Apr 21,2015 6:44 AM

    PakPandir08..,

    Kenapa awak berkeras sangat nak menampilkan diri awak sebagai jenis makhluk yang jibaok..? Awak tentu boleh agak apa erti itu ‘jibaok’.., kan..? Ia adalah ibarat lebih-kurang sama maksudnya yang pernah disebut-sebutkan oleh Dr. Mahathir iaitu.., Haprak..!!

    So.., awak janganlah nak bekeras sangat nak jadi.., Jibaok..! OK..? Dan.., saya memang jenis yang menyampah dengan mereka yang suka jadi ‘Jibaok’, nescaya saya sangat – Anti-Jibaok. Ada paham..?

    Baiklah.., disebabkan awak masih berkeras sangat nak jadi jibaok maka izinkan saya ‘berus’ dan ‘bersihkan’ awak sikit kat sini.., OK..?

    ——–

    Buat kali ini awak bangkitkan dan cuba membelit-belit pula soal kes pembunuhan Altantuya. Apakah dia isu dan masalah yang awak nak bangkitkan kat sini..? Kes itu sudahpun selesai dibicarakan di mahkamah dan hukumannya sudahpun dijatuhkan. Bukan ke begitu..?

    Korporal Sirul Azhar sudahpun didapati bersalah MEMBUNUH si minah Mongolia itu lantas telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah. Itu adalah fakta dan perkara nyata. OK..?

    Mari kita dengar dan lihat pada pautan URL video ini bagaimana si Altantuya dibunuh pada malam kejadian itu:-

    https://www.youtube.com/watch?v=5U7sEL4iltE

    Sila fast-forward ke minit 4:07 seterusnya pada video di atas, dimana nyata dan jelas (dalam pernyataan terperinci) bahawa Korporal Sirul mengaku melakukan pembunuhan apabila dia melepaskan tembakan di kepala Altantuya sebanyak dua kali.

    Akan tetapi, apa yang cuba dibangkitkan oleh pihak-pihak yang bersekongkol dengan puak pembangkang adalah bahawa kononnya siapakah mereka yang menjanjikan tawaran wang upahan (menurut mereka sebanyak RM50,000/= hingga RM100,000) kepada kedua-dua anggota UTK, PDRM itu (Azilah dan Sirul) untuk membunuh wanita Mongolia itu..? Persoalan itu pula pada hemat mereka tidak pernah dikemukakan didalam perbicaraan mahkamah. Juga, dipersoalkan semasa dalam sessi perbicaraan (bukan dalam kandang saksi), bahawa Korporal Sirul pernah merungut bahawa beliau telah menjadi ‘Kambing Hitam’ untuk melindungi orang tertentu dalam kes pembunuhan itu.

    Namun demikian, pada hakikatnya Korporal Sirul sememangnya pembunuh wanita Mongolia itu, manakala Inspektor Azilah turut telibat dalam jenayah tersebut.

    Akan tetapi apa yang tidak habis-habis digembar-gemburkan oleh puak pembangkang adalah untuk mengheret nama Dato’ Seri Najib dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu demi modal politik puak mereka. Sebenarnya, puak pembangkang bukan peduli sangat siapa dia Altantuya si wanita Mongolia itu. Kalaulah misal kata, mana-mana Mat Rempit atau Kaki-Fit yang membunuh dan letupkan wanita Mongolia itu, maka adakah puak pembangkang nak sibuk-sibuk nak ambil peduli..? Namun, untuk mengejar kuasa politik dan semata-mata untuk ‘political mileage’ demi menjatuhkan Kerajaan UMNO/BN.., maka puak pembangkang menghebah-hebuhkan kes ini dan bukannya demi mendapat keadilan bagi wanita Mongolia tersebut. Itu adalah ketara dan awak tak boleh berdolak-dalih lagi.

    ———

    Maka, berbalik kita kepada soal kenapa pula Tun Dr. Mahathir membangkitkan isu Korporal Sirul. Sekali lagi bukannya Tun Mahathir bangkitkan isu itu sebab hendak memburuk-burukan nama Dato’ Seri Najib. Nescaya, Tun Dr. Mahathir berbuat demikian hanya apabila pihak media-massa yang menghebahkan apa yang dinyatakan oleh Korporal Sirul SETELAH beliau berada di negara Australia, sebagaimana yang telah diberitakan oleh pihak media dan akhbar sebagaimana berikut:-

    http://www.thesundaily.my/news/1334424

    Pendek cerita, Korporal Sirul mempertikaikan bahawa walaupun beliau adalah pembunuh wanita Mongolia tersebut, namun beliau telah diarahkan supaya berbuat demikian oleh pihak tertentu.

    Sekali lagi, disebabkan beliau bukannya jenis yang terburu-biru dan Suka Salah Sangka, maka Tun Dr. Mahathir hanya menyahut apa yang dipertikaikan oleh Korporal Sirul itu, oleh sebab Tun Dr. Mahathir memang kenal si Korporal Sirul semasa menjadi Perdana Menteri dimana Korporal Sirul pernah menjadi salah seorang dari anggota police body-guard yang ditugaskan kepada Tun Dr. Mahathir. Sila lihat video ini sebagai penjelasan:-

    https://www.youtube.com/watch?v=8o3OCGoSMJ8

    Maka.., Tun Dr. Mahathir tidak perlu melayani segala pekik-lalak yang dibuat oleh puak-puak pembangkang selama ini dalam kes pembunuhan Altantuya itu, dimana mereka telah melalak-gila macam kera-ungka dalam hutan tak habis-habis sejak tahun 2006 lagi.

    Namun, sekali lagi Tun Dr. Mahathir telah bersuara dalam isu ini hanya SETELAH Korporal Sirul akhir-akhir ini menyatakan secara terbuka dan berhasrat merakamkan suatu pendedahan yang baru nescaya membawa implikasi bahawa pihak tertentu yang telah mengarahkan beliau melakukan pembunuhan wanita Mongolia itu.

    ———

    Akan tetapi, cuba kita perhatikan gelagat sebilangan puak pembangkang (jenis muka tak reti malu) semacam YB Mahfuz ‘Bean’, sebagaimana dalam video ini pula:-

    https://www.youtube.com/watch?v=5zWGKP0y1d4

    Nampak gayanya dalam video di atas si Korporal Sirul pun agak malas nak layan gelagat jenis penyibuk YB Mahfuz ‘Bean’ itu. Kenapa si YB Mahfuz ‘Bean’ tak mahu pula sibuk-sibukkan dan menghebahkan soal isu akhlak & moral dalam parti ‘Islamic’ beliau sendiri sebagaimana dalam kisah video berikut:-

    https://www.youtube.com/watch?v=5Tq_3mlzm8U

    Namun begitu, lain pula dengan harapan Ibu dan ahli-ahli keluarga Korporal Sirul sebagaimana video-video berikut memperjelaskan:-

    https://www.youtube.com/watch?v=U7ceWeuR8oo

    https://www.youtube.com/watch?v=2mbjdgweNA4

    So…, PakPandir08..,

    Sekali lagi awak sudah banyak salah dan silap lantas menunjukan betapa jibaok dan bebalnya awak tu.., apabila awak sekali lagi sudah Suka Salah Sangka apabila menuduh saya dengan kata-kata, iaitu – “…Kenapa kamu katakan pembangkang merepek dan fitnah, tetapi sekarang kamu pula menyokong untuk mencari kebenaran?…”

    Bila masa pulak saya pernah katakan bahawa puak pembangkang membuat fitnah dalam isu kes pembunuhan Altantuya..? Cuba awak check balik kata-kata saya dalam forum ini.., OK..!? Kenapa awak pulak yang nak – ‘Put your words in my mouth.., huh..!? Awak tu memang jenis bertabiat suka cakap bohong dan berbelit-belit ke..?

    Lagipun, saya bukan nak sibuk-sibuk menjuarakan diri demi mencari kebenaran dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu mahupun nak mendapat keadilan bagi Korporal Sirul. Pada saya dia tetap seorang pembunuh walaupun diupah ataupun diarah oleh pihak tertentu. Namun dia adalah juga seorang yang menjadi alat dan ‘victim of circumstances’. Ada paham..!?

    Segala kejadian pembunuhan itu tidak mungkin berlaku sekiranya wanita Mongolia itu tidak datang jerit-melalak dan mendesak dikhalayak ramai di pejabat dan di rumah Abdul Razak Baginda. Ataupun kejadian sama tidak akan berlaku sekiranya Abdul Razak Baginda membayar sahaja wang sebanyak USD 500,000/= sebagaimana yang telah didesak oleh wanita Mongolia tersebut. Ada paham lagi..!?

    ——–

    Itulah dia jenis jibaok macam awak yang semakin lama semakin merepek.., agaknya sebab suka sangat tidur sebantal dengan makhluk yang dah putus-wayar semacam Ahso otak 3/4 yang bergelar HBT (Hantu Bukit Cina) 456 itu. Bukan ke begitu..?

    Sekian.., Wassalam.

  7. pakpandir08 Apr 21,2015 2:01 AM

    Saudara “sudin” dan “hafizkenedelete”,

    Soalannya senang sahaja, contoh kes altantuya sudah cukup mencerminkan niat atau pendirian seseorang.

    Kes altantuya bukan cerita baru, malah sudah bertahun-tahun ia telah hangat dipersoalkan.

    (1) Kenapa dahulu apabila dibangkitkan oleh pembangkang, kamu katakan ia helah politik? Kenapa sekarang pula tiba-tiba menjadi wira hendak mencari kebenaran? Apakah faktor yang menjadikan pendirian seseorang berubah?

    (2) Kononnya anak orang akan digantung mati sebab itu tampil menuntut kebenaran. Dahulu kenapa seorang bapa dari Mongolia datang dari jauh ke sini meminta bantuan dengan tangisan kehilangan anak perempuan, kamu tidak hirau hasrat seorang bapa yang mahu mencari kebenaran untuk anak perempuannya?

    (3) Sekiranya jambatan bengkok dibina dan prestasi PM amat memuaskan seperti yang diharapkan. Adakah saudara sekalian akan MENGEKAL PENDIRIAN kamu hari ini untuk menuntut kebenaran dalam kes altantuya? Atau kebenaran yang disebut-sebut akan dilupai?

    Saya sokong sesiapa pun yang ingin mencari kebenaran dengan HATI YANG SUCI, tetapi menghina sesiapa sahaja yang melaungkan hasrat menjelajah kebenaran atas sebab yang tidak diketahui.

    Di mana-mana negara pun, terdapat manusia yang baik dan jahat di dalam kerajaan, sama juga di kalangan pembangkang. Rakyat yang cerdik akan menyokong mengikut USUAL / FAKTA (tanpa kira ia dibangkitkan oleh pro-kerajaan atau pembangkang), rakyat yang bodoh pula menyokong kerana INDIVIDU.

    Dalam isu hari ini, tanya diri sendiri. Kamu rakyat yang cerdik atau pun yang bodoh?

  8. mubarakchan Apr 20,2015 6:53 PM

    Tun

    I can vouch for our greatest patriots and heroes, the Great Tunku, the redoubtable Tun Abdul Razak, the staid and solid Tun Hussein Onn and our beloved Great Statesman and Modern Builder Tun Dr Mahathir Mohamad – their integrity, frugality, intellect, compassion, dedication, motivation, care for the Rakyat, dedication, avoiding a life of luxury, excessive travel, discipline etc. These are our real icons and heroes who really contributed to our Nation and the Rakyat without question and with sincerity. They had our trust which put our minds at ease in all sorts of crises unlike today – No one cares for the Rakyat who are courteous and polite but not stupid. The Tunku, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn and our beloved Tun Dr Mahathir Mohamad are Malays exceptional but inclusive. I had the privilege to befriiend all of them.

    MALAYSIA BOLEH ! MALAYS BOLEH ! MALAYSIANS BOLEH !

  9. hafizkenedelete Apr 20,2015 10:02 AM

    Salam Tun..
    Salam Warga Chedet.
    Salam……… …. …….

    Saya terpanggil untuk melayan orang pandir dari terus menyalak…
    Quote 《Inilah fenomena pelik dari kamu, satu persoalan yang dibangkitkan, tapi kamu mempunyai 2 pendirian …

    Kisah 1 (3 bulan yang lalu):
    Rafizi & Tony Phua bertanya: Wang 1MDB ada dimana? Siapa beri arahan bunuh Altantuya?
    Hajar & anti-jibaok berkata: Kamu mengarut, helah dari pembangkang, fitnah, perosak negara (*sambil memaki-hamun)

    Kisah 2 (sekarang):
    Tun Mahathir bertanya: Wang 1MDB ada dimana? Siapa beri arahan bunuh Altantuya?
    Hajar & anti-jibaok berkata: PM kena jawab, kami ingin tahu kebenaran. Soalan Tun amatlah mulia demi kepentingan negara (*sambil bertepuk-tepuk tangan)

    (Penonton-penonton mengeluh dengan mata terbeliak melihat gelagat saudara Hajar & anti-jibaok)

    Alahai en.pandir… sila simpan sifat bodoh n jahil serta kurang membaca anda di rumah.. dlm blog ni smua orang tahu Pn.Hajar dan En.antijibaok akan condemn sesiapa sahaja yang mereka rasa patut di condemn..dan kau pulak tiba tiba rasa tak puas hati..hahaha..takpe.. ada explanation. .

    Gua quote lagi..《Kalau tidak faham lagi apa yang ingin saya sampaikan, samakanlah diri kamu dengan penyokong PM
    – Tidak menjawab soalan yang ditujukan, asyik memberi jawapan yang terpesong dari soalannya.》
    Yang ini paling best.. sebab dah nampak sifat sebenar kau kat situ der. tapi takpe..ade explanation. .

    Gua tambah lagi quote
    《(b) Penyokong Tun
    – Soalan-soalan yang ditujukan oleh Tun, merupakan soalan yang telah lama dibangkitkan oleh pembangkang (sehingga ayat soalan daripada Tun nampak hampir sama dengan yang dikeluarkan oleh pembangkang satu ketika dahulu)》
    Yang ni sbenarnya kau da buat pengakuan tak rasmi sapa kau sebenarnya. . Tapi takpe..ade explanations..

    Dan last gua nak quote. .
    《Fenomena pelik ini mencetuskan tanggapan buruk di kalangan orang yang masih bersikap neutral, dengan menyamakan penyokong Tun dengan penyokong PM
    – Kerana masing-masing menyokong kerana individu, bukannya fakta

    Sekiranya kamu masih tidak faham apa yang ingin saya sampaikan, atau pura-pura tidak faham. Maka, memanglah kamu seorang yang berhati busuk ataupun fanatik》
    Kau libatkan pulak orang yang bersifat neutral,kononnya kau ni neutral sangat… padahal semua statement kau yang gua quote tadi da menunjukkan kau ni pro pembangkang… ayat budak tingkatan 3 dalam fb pun sama je macam kau tulis kat sini.. puas la hajar n antijibaok bagi fakta nak bagi otak kau yang lembab tu paham..

    Untuk pengetahuan kau, hanya pro pembangkang yang menegaskan tuduhan tun sama macam tuduhan rafizi or tony. Hanya pro pembangkang yang slalu nak ulang diorang dah tuduh 6 bulan or 10 tahun awal.. puiii… der.. ini bukan game show yg bertajuk “siapa cepat dia menang”..

    Tak kira la pembangkang da tuduh awal 10 ribu tahun pun or sebelum masihi ke, bak kata hajar n antijibaok, perkataan yg kuar dari pembangkang rata-rata adalah berbentuk fitnah.. yang kuar dari Tun adalah fakta tepat dari orang yg berpengalaman dan proven seorang yg memajukan negara. Siapa rafizi? Tukang putarbelit yang educated. .siapa tony phua? Pengembala kh**z** …

    Entah siapa yang hati busuk dan fanatik sebenarnya…kau mengaku je la kau ni si pembelit dari pihak pembangkang… tak payah nak menyamar neutral.. untuk pengetahuan kau.. rata rata orang dalam blog ni boleh bezakan kebenaran yang sebenar dan kepura-puraan..

    Jadi gua nasihatkan kau tak payah nak bawak culture jijik pembangkang kat sini..simpan je kat umah n g online kat fb.. situ memang sesuai untuk orang cetek akal macam kau..

    Jangan cemarkan blog tun ngan attitude kit siang dan anwar ok.. U all tak diterima kat sini.. tapi kalau nak jugak blogging kat sini kau kene dilatih oleh gua selaku trainer untuk badut badut blog ni..latihan adlah dalam bentuk melompat,terjun bebas, etika menulis, adab sopan dan pendidikan moral..

    Selamat datang ke akademi… sila bermesra dengan senior seperti HBT(hati busuk teramat)456 ,pakar tasawuf musato dan ramai lagi..

    Sekian.. T.kasih Tun
    Yang menjalankan tugas
    Si pelatih badut sarkis..

  10. sudin Apr 20,2015 9:26 AM

    Assalam….. Tun.

    Terima kasih pada ‘anti-jibaok’ yang telah berkali2 dan tak jemu2 untuk mengajar ‘PakPandir08’ supaya jangan menyalahguna ungkapan “Suka Salah Sangka” (April 19, 2015 at 5:18 PM), walaupun si PakPandir tetap orang yang sama, PAKPANDIR, dan tak boleh di ubah!!

    Ingatkan dia dah arwah, lama tak timbul.
    Sepatutnya gunalah PakPandir 2, semacam jugak yang di laungkan gang2 jalanan Anwar maniak, guna ‘2’ bawak berkat! ….kata mereka.

    Dah kering air lior bila nak menerangkan kebenaran pada PAKPANDIR, sebab memang dia tu bukannya dongeng tapi sebenarnya jelmaan (reincarnation) dari dongeng yang sama!!!
    Dulu ‘middleages’ jadi arwah, kembali menjelma sebagai ‘age of ….’, entah apa2 lah.

  11. pakpandir08 Apr 20,2015 2:13 AM

    Saudara “anti-jibaok”,

    Blog ini “Soal Tak Jawab” memang sesuai untuk kamu … tak payahlah kamu tulis panjang-panjang, soalannya ringkas … contohnya

    (1) Isu altantuya dah lama dipersoalkan sejak bertahun-tahun dahulu oleh pembangkang, mahu pun dalam media atau pun kempen pilihanraya … ia hangat diperkatakan
    – Kenapa kamu katakan pembangkang merepek dan fitnah, tetapi sekarang kamu pula menyokong untuk mencari kebenaran?

    Kenapa tiba-tiba kamu tukar pendirian kamu? Kes altantuya kamu tak katakan ia mengarut dan fitnah sekarang SEMATA-MATA kerana ia disoal oleh Tun pula?

    Nak belilt lagi? Memanglah tak malu kamu ni

  12. novo Apr 20,2015 12:58 AM

    Salam Tun

    Sometimes, JLo praise and be my fans because i’m a Superstar ( or vice versa) but
    Najib and his buddy is always a fanatic fans of Jho Low.

    Isn’t that weird?

    Love Pink Floyd

    Wassalam

  13. wow Apr 19,2015 8:49 PM

    not SO straight forward sinarior of guilty…..

    1.years ago….. I managed to Convinced my family member to buy a land cost 100k , and I had made 50k for the transaction through “markup”….

    And today the land is value at 100k which is breakeven to my family fund, so tak rugi la…

    By right without markup…the family fund shd hav been increace by 50%.
    Am I guily fo. The markup…as I didnt cause the fund decrease or make any losses after years…. guilty???
    2. The 50k that I made….i was using nominee name….so meaning …i am NOT involve at all…
    Guilty?????

    3.i bought big houses and cars worth million…..eventhough my income is not justifiable.
    people ask me abt it…..i told them the monies is from my relative……(not sure i. The nominee that I used has declare enough income or not)……
    if people never check….if my families member were to report polis…..and the polis never check in detail……..am I guilty?

    4. After investigation……the 50k markup was discovered…..and I told them my intention is just to borrow….and I return back after years…….am I guilty?

  14. azlan95 Apr 19,2015 7:57 PM

    Last year’s news regarding Singapore investigating Tun Daim’s son and other personalities in stock market losing SGD 8 billion in two days: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/singapore-cops-start-probe-on-companies-linked-to-daims-son

    Azlan
    KL

  15. milshah Apr 19,2015 5:53 PM

    Assalamualaikum Tun,

    Percayalah, Tun tidak keseorangan. Ramai yang menyokong Tun. Saya lihat di Facebook, di whatsapp group, di blog-blog, ramai yang menyokong Tun. Mereka tidak dapat apa pun dengan menyokong Tun. Mereka sokong Tun kerana Tun berkata yang benar dan berada di pihak yang benar.

    Tun meluahkan apa yang di rasai oleh sebahagian besar rakyat. Bahkan di Facebook Datuk Seri Najib pun, mereka telah meluahkan kitidakpuashatian mereka. Sepatutnya, sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tidak berdiam diri apabila rakyat risau tentang masalah-masalah yang melanda negara kita. Janganlah hendaknya Datuk Seri Najib jadi seperti maharaja Nero, dimana ketika Rom sedang terbakar kehancuran, dia berseronok seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

    Saya juga berkesempatan dapat membaca blog sahabat Tun, Datuk Salleh Kruak mengenai Jambatan Bengkok. Beliau sendiri mengaku dengan adanya Jambatan bengkok, ini akan menjadi pelabuhan di Johor lebih strategic dan kompetatif berbanding pelabuhan Singapura. Bukankah ini satu perkara yang baik kerana ianya baik untuk negara dan rakyat Malaysia?

    Beliau pula yang risau jika ada jambatan bengkok, akan memberi kesan negatif kepada ekonomi Singapura. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang patriotik, buat apa hendak dirisaukan hal Singapura? Singapura sejak dulu lagi mengamalkan meritokrasi di mana yang terbaik harus mendapat manfaat terbanyak. Jika pelabuhan Johor boleh menjadi pelabuhan terbaik, atas prinsip meritokrasi, Singapura tidak patut bantah.

    Lagipun, di manakah Singapura ketika krisis kewangan 1997 Malaysia? Bukankah Singapura yang telah menaikan kadar faedah yang tinggi lalu pelabur-pelabur asing keluarkan dana wang mereka dari Malaysia dan deposit wang mereka di bank-bank Singapura? Bukankah Singapura melalui CLOB telah menjual saham-saham syarikat Malaysia sehingga KLSE Komposit Index kita jatuh menjunam? Dan juga isu pulau batu putih dan air, yang banyak menguntungkan Singapura at the expense of Malaysia.

    Sifat kesian kita kadang-kadang tak kena tempatnya, sehingga negara dan rakyat kita sendiri yang kerugian. Kita kena berani menegakan kebenaran, bahawa negara kita adalah negara berdaulat, dan kita berhak membuat keputusan terbaik kepada negara dan rakyat negara ini.

  16. anti-jibaok Apr 19,2015 5:18 PM

    PakPandir08,

    Tolonglah jangan pamerkan sikap baghal dan bebal awak itu kat sini. Dan jangan pula awak suka buat kerja ‘Jump The Gun’ dan bersikap ‘Suka Salah Sangka’.., OK..!?

    Bukankah saya ada sebut bahawa Tun Dr. Mahathir adalah seorang pemimpin yang sangat ‘methodical’ dan sangat teliti dalam cara beliau buat kerja dan bertindak..? Dan beliau pula bukannya jenis manusia (macam awak) yang bertabiat dan bersikap ‘Suka Salah Sangka’. Ada paham..!?

    ——–

    Mari kita imbas kembali kisah bagaimana seorang pemimpin dan pembantu beliau (Timbalan Perdana Menteri – pada ketika itu) yang sangat dipercayai oleh Tun Dr. Mahathir (iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim) boleh terjerumus masuk ke penjara oleh sebab tindakan Salah Guna Kuasa dan juga sifat Tidak Bermoral dan Rendah Akhlak yang dilakukan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim itu.

    Kenapakah pula pada tahun 1998 akhirnya barulah Tun Dr. Mahathir berbuat sesuatu yang sangat drastik (dengan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri dan juga sebagai Presiden UMNO) untuk melucutkan jawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia (yang dilantik oleh Perdana Menteri) dan juga telah terajang beliau keluar daripada menjadi ahli UMNO yang telah sekaligus ‘nullify’ kedudukan jawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Presiden UMNO (yang telah dipilih oleh para perwakilan UMNO pada tahun 1996)..?

    Adakah awak pernah kaji semua kisah dan sejarah itu..?

    Sebenarnya.., antara makhluk-makhluk pertama yang telah memburuk-burukan nama dan imej Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah YB Karpal Singh (DAP) dan juga Mohd. Sabu (PAS)…!! Bukankah pada tahun 90’an, YB Karpal Singh pernah melalak dalam Parlimen (Dewan Rakyat) dan berkata bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Timbalan Perdana Menteri kerana beliau adalah pemimpin yang tidak bermoral..? Juga.., bukankah Mohd. Sabu pula adalah makhluk yang memberi label ‘Anwar Al-Juburi’ kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada ketika yang sama..? Awak dah lupa ke semua kisah dan sejarah itu..?

    Namun.., kenapa pula Dr. Mahathir (selaku Perdana Menteri) tidak ambil endah samasekali akan segala tuduhan yang dilemparkan oleh para-jibaok pembangkang pada ketika itu terhadap Dao’ Seri Anwar Ibrahim..? Kenapa..!? Sebabnya adalah.., Tun Dr. Mahathir bukannya jenis makhluk macam awak yang suka buat kerja ‘Suka Salah Sangka’..! Ada paham lagi..!?

    Malahan.., ada juga para-pemimpin disekeliling Dr. Mahathir pada ketika itu ada bagi sedikit ‘hint’ kepada beliau supaya tengok-tengoklah sikit kepada gelagat dan tingkah-laku Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagaimana yang dilemparkan oleh para-jibaok pembangkang tersebut. Malahan, pihak Ketua Polis Negara pada suatu ketika dulu (Tun Hanif Omar) juga ada memberi sedikit ‘hint-hint’ yang sama kepada Dr. Mahathir. Namun, Dr. Mahathir telah menempelak mereka semua pula dengan kata-kata yang berbunyi – “…Ada apa-apa bukti yang hangpa ada terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim itu..!?” Begitulah betapa percayanya Dr. Mahathir terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan tidak mudah bersikap Suka Salak Sangka.

    Pada tahun 1997 banyak kisah telah berubah apabila seorang insan yang cukup berani dan tabah bernama Ummi Hafilda Mohd. Ali (adik kandung kepada YAB Azmin Ali – MB Selangor sekarang ini) telah mengejutkan suasana politik negara apabila beliau telah menulis sepucuk surat peribadi terus mengajukannya kepada Perdana Menteri (Dr. Mahathir) yang mengkisahkan tentang segala tindak-taduk dan keburukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Namun, sekali lagi Dr. Mahathir tidak mengendahkan langsung kandungan surat yang ditulis oleh Ummi Hafilda itu kepada beliau.

    Namun demikian.., pihak Dato’ Seri Anwar Ibrahim pula (sebagai Timbalan Perdana Menteri) yang telah berbuat tindakan terburu-buru lantas menyalahkan kuasa beliau apabila bertindak mengarahkan pihak Polis Diraja Malaysia supaya menangkap, mendera dan menzalimi pula si Ummi Hafilda tersebut kerana sepucuk yang Ummi Hafilda telah ajukan kepada Perdana Menteri. Itu semua adalah perkara fakta dan sejarah. Ada paham..!?

    Pada tahun 1998 pula, satu lagi kejutan besar telah berlaku apabila seorang penulis bebas yang bernama (arwah) Khalid Jafri telah menulis sebuah buku yang bertajuk – ‘50 Dalil Kenapa Dato’ Seri Anwar Ibrahim Tidak Layak menjadi Perdana Menteri Malaysia’. Dalam buku tersebut selain mengkisah tentang banyak keburukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, ianya juga menyentuh tentang Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menjadi ajen dan boneka kuasa Amerika Barat Keparat. Malahan, beberapa naskah buku tersebut telah sempat diedarkan kepada sebilangan para-Perwakilan UMNO semasa Perhimpunan/Persidangaa UMNO pada pertengahan tahun 1998. Itu juga adalah fakta dan catetan sejarah politik negara kita.

    Maka.., daripada situlah barulah Dr. Mahathir mula bertindak. Buat kali ini, barulah Dr. Mahathir bertindak tegas dan meminta Dato’ Seri Anwar Ibrahim memperjelaskan apakah benar atau palsu tuduhan yand dilemparkan dalam buku ‘50 Dalil’ itu.., oleh sebab buku tersebut telah disebarkan kepada orang ramai dan tidak lagi menjadi suatu surat peribadi yang ditujukan kepada Perdana Menteri. Pastinya.., Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menafikan segala tuduhan dalam buku ‘50 Dalil’ itu.

    Namun.., buat kali ini barulah Dr. Mahathir telah mengarahkan suatu tindakan Polis Diraja Malaysia supaya membuat siasatan terperinci samada apakah benar Dato’ Seri Anwar Ibrahim boleh ‘compromise’ kepentingan negara sekiranya beliau menjadi agen & boneka kuasa Barat Keparat. Malahan.., Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah diberi kebebasan oleh Dr. Mahathir untuk memilih mana-mana Pegawai Siasatan Polis (Investigating Officer) yang beliau rasakan sesuai untuk menyiasat demi membersihkan nama beliau yang telah tercemar akibat penulisan buku ‘50 Dalil’ tersebut.

    Maka.., Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah secara sendiri melantik Dato’ Musa Hassan (sekarang Tan Sri) untuk menjadi Pegawai Penyiasat (Investigating Officer) dalam kes tersebut.., mungkin oleh sebab dengan harapan bahawa beliau boleh ‘menggunakan’ Dato’ Musa Hassan melalui penyokong tegar beliau, iaitu (arwah) YB Dato’ Fuad Hassan (ADUN Hulu Kelang, Selangor) yang juga adalah adik kandung kepada Dato’ Musa Hassan.., supaya semasa membuat siasatan boleh berpihak kepada beliau.

    Namun demikan.., disitulah terlihat dimana amanah dan tanggung Dato’ Musa Hassan begitu tulus dan tidak tercemar. Beliau tidak mudah dipengaruhi oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan tidak pula mudah dimakan pujuk-rayu oleh adik kandung beliau sendiri.., iaitu (arwah) YB Dato’ Fuad Hassan semasa beliau membuat siasatan.

    Maka.., setelah melakukan siasatan rapi dan setelah tertangkapnya si ‘belukang’ dan pencacai-besar bagi Dato’ Seri Anwar Ibrahim.., iaitu Dato’ Nalla Karuppan barulah segala tembelang Dato’ Seri Anwar Ibrahim sudah terbongkar habis.

    Maka.., sebenarnya kita semua rakyat Malaysia harus banyak berterima kasih dan terhutang budi kepada Tan Sri Musa Hassan kerana menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tanggung jawab dan tanpa pilih kasih atau ‘without any fear or favour’ kepada mana-mana pihak.

    Berkisar dari situlah barulah Dr. Mahathir betul-betul memandang serius akan segala tindak-tanduk jahat Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Berkisar dari situlah barulah Dr. Mahathir mempelawa insan kerdil tetapi tabah dan berani iaitu Ummi Hafilda Mohd. Ali supaya mengadap dan berjumpa beliau (dirumah PM) dan menceritakan segala kisah tentang Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Setelah Ummi Hafilda menceritakan segala-galanya, maka barulah Dr. Mahathir begitu yakin bahawa Timbalan beliau (Anwar Ibrahim) tidak layak samasekali mengambil-alih tempat beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.

    Berkisar dari ketika itu barulah Dato’ Seri Anwar Ibrahim semakin rasa resah, gelisah dan terdesak, lantas merancang untuk merampas kuasa pula dan hendak menjatuhkan kepimpinan Dr. Mahathir. Maka, semasa Perhimpunan/Persidangan Agong Pergerakan Pemuda UMNO pada tahun 1998, Dato Seri’ Anwar Ibrahim telah bertindak dan menggunakan salah satu dari penyokong terkuat beliau iaitu Dato’ Ahmad Zahid Hamidi (yang menjadi Ketua, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada ketika itu) untuk membuat ‘serangan hendap’ dan telah membuat tikaman ‘First Blood’ terhadap kepimpinan Dr. Mahathir. Semasa Persidang Pergerakan Pemuda UMNO tersebut, dimana para-perwakilan Pemuda UMNO telah memburuk-burukan kepimpinan Dr. Mahathir semasa persidangan Pemuda UMNO tersebut. Jelas sekali bahawa pada ketika itulah Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah membuat serangan jahat dan tikaman dari belakang terhadap kepimpinan Dr. Mahathir

    Nescaya, pada petang dan malam yang sama para-penyokong Dr. Mahathir pula telah bertindak balas secara menampal senarai-senarai (di PWTC) tentang segala projek-projek besar dan mewah serta kekayaan yang dicurahkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim (semasa beliau menjadi Menteri Kewangan Malaysia) kepada kerabat dan kroni-kroni beliau. Itu semuanya adalah kisah dan fakta sejarah.

    Maka.., sejak tarikh Persidangan/Perhimpunan Agong UMNO tahun 1998 itu, hubungan antara Dr. Mahathir dengan Timbalan beliau semakin hari semakin tegang.., sehinggalah Dato’ Seri dipecat dari jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga sekaligus sebagai ahli UMNO pada awal bulan September 1998.

    So.., PakPandir08..,

    Apakah awak sudah lupa semua kisah dan sejarah itu..?

    Untuk pendekkan cerita.., kita perlu faham bahawa Tun Dr. Mahathir bukanlah jenis insan dan pemimpin yang bertabiat Suka Salah Sangka.., dan tidaklah ibarat jenis jibaok macam awak. Ada paham..!?

    Tun Dr. Mahathir tidak perlu melayani lalakan YB Karpal Singh dan juga Mohd. Sabu pada ketika itu.., sebagaimana lalakan yang buat oleh YB Ramli Ramli dan juga Tony Pua sekarang ini. Tun Dr. Mahathir adalah jenis pemimpin yang begitu teliti dan mengkaji segala fakta dan bukti terlebih dahulu sebelum bersuara dan berbuat tindakan.

    Sebagai contoh.., beliau lebih percaya kepada pendapat dan pandangan oleh mereka-mereka yang lebih berpengalaman dan wibawa sebagaimana yang berikut:-

    https://www.youtube.com/watch?v=KfS2JpgqTx0
    (Ucapan YBM Tengku Razaleigh Hamzah di Parlimen)

    https://www.youtube.com/watch?v=-AKI3wtgOLQ
    (Daim to 1MDB: If you’re doing well why can’t you pay your debt?)

    Maka.., buat kali ini cabaran buat kita semua adalah lebih besar oleh sebab pemimpin yang dipersoalkan itu bukanlah seorang Timbalan Perdana Menteri.., akan tetapi beliau adalah seorang Perdana Menteri..! Tentu sekali, kuasa penuh adalah di tangan beliau untuk memperjelaskan segala-segalanya. Maka.., lebih sukar kerja kita sekiranya tiada lagi tempat berkuasa yang boleh kita mengadu isu-isu yang berbangkit ini, semacam mana wirawati Ummi Hafilda Ali dapat mengadu kepada Perdana Menteri pada suatu ketika dulu.., lantas akhirmya beliau telah dilayani pula oleh Dr. Mahathir.

    Namun.., kita masih ada lagi kuasa mutlak yang kita boleh mengadu kepada.., iaitu hanya kepada Allah SWT. Barang diingati bahawa – Doa’ itu adalah senjata yang ampuh bagi mereka yang beriman. Maka.., setelah diikhtiar, diusahakan maka barulah kita berdoa serta berserah dan tawakkal kepada izin dan kehendak Allah SWT demi kesejahteraan negara tercinta kita. Itulah kaedah & cara yang sepatutnya kita umat Islam lakukan.

    —-

    Bak kata Tun Daim Zainuddin didalam video diatas bahawa.., “…This is beyond politics.., if the company cannot pay (its debts).., the people want to know why..! You can play politics with a lot of things but not this case (1MDB)…”

    So.., PakPandir08..,

    Saya bukan jenis ‘pencacai-belukang’ atau penyokong taksub Tun Dr. Mahathir. Pastinya saya kenal siapa dia Tun Dr. Mahathir, tetapi saya juga pasti bahawa beliau tidak kenal siapa saya.., i.e. ‘anti-jibaok’. Ada paham..!?

    Namun.., saya amat suka dan sangat respect jasa dan kepimpinan beliau selama ini.., sehinggalah ke hari ini dimana beliau masih tidak jemu-jemu cuba membuka mata kita semua tentang banyak perkara kebatilan yang masih berlaku dinegara kita mahupun disekeliling dunia.

    Akhir kata.., ada apa-apa lagi yang awak nak merepek kat sini.., hah..!? Maaf bertanya ya.., apakah awak tu jenis makhluk yang suka tidur sebantal dengan si Ahso 3/4 HBT (Hantu Bukit Cina) 456 tu.., tapi mimpi lain-lain..?

    Sekian.., Wassalam.

  17. Hajar Apr 19,2015 4:49 PM

    Salam YAB & Yg diKasihi Tun,

    ’Dr Mahathir: I will not work with opposition’ – The Star

    KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad will not work with the opposition, despite his recent attacks against Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Saya sokong Tun dan kenyataan yang Tun buat. Tun bukan ahli politik ‘lalang’ dan bukan juga seorang ’Jemuan’. Pendirian Tun amat jelas. Yang pasti objektif Tun ialah untuk menyelamat UMNO/BN/Malaysia, manakala objektif utama Pembangkang (Lim Kit Siang & gang) ialah untuk menumbangkan UMNO/BN (tetapi berpura-pura untuk ’Save Malaysia’).

    Syabas Tun! Tun membuktikan yang Tun bukan seperti Anwar dan bekas2 pemimpin UMNO lain (Pengkhianat) yang sanggup bergabung dengan DAP untuk menjatuhkan UMNO/BN.

    Selagi Tun masih teguh memperjuangkan Bangsa, Agama dan Negara selagi itulah saya akan menyokong Tun (tak kisahlah kalau ada yang kata saya sokong ‘individu’ bukan ‘fakta’, asalkan ‘fakta’ tersebut keluar dari mulut Tun M yang saya amat PERCAYAI).

    Saya rasa TPM sudah menyatakan sokongan kepada Tun (secara tidak langsung…)

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga. ***

  18. Tanggang Apr 19,2015 2:46 PM

    Salam Yg Bhg Tun,

    The current issues of “1MDB Billion Ringgit scandals” and “Who Killed Altantuya” are now well diverted and covered. Ianya telah digantikan dengan issue “Who supports Who”. Tidak semena2 Datuk Mukhriz menjadi kambing hitam. Datuk Mukhriz didesak untuk meletak jawatan kerana semata2 anak kepada Tun Mahathir.

    Mereka lupa bahawa antara faktor besar yang membawa kemenangan UMNO/BN pada PRU13 yang lepas adalah faktor Datuk Mukhriz. Walaupun Datuk Mukhriz dipilh oleh Presiden UMNO, tetapi disebabkan oleh kaliber dirinya menyebabkan Kedah dapat ditawan semula oleh UMNO/BN. Kini melalui khabar2 akhbar dan media, didapati Datuk Mukhriz berusaha untuk memacu negeri Kedah kearah kecemerlangan. Berbagai rancangan pembangunan telah dirangka termasuklah rancangan membina Lapangan Terbang Kulim. Lapangan terbang ini dijangka dapat memacu lagi pembangunan dan pelaburan negeri Kedah. Amat sayang Datuk Mukhriz yang nampak sentiasa menjadikan agenda rakyat sebagai keutamaannya disuruh untuk meletakan jawatan.

    Siapakah yang mendesak Datuk Mukhriz meletak jawatan atau adakah dia menerima arahan daripada sesiapa.

    Selepas ini mungkin usaha Datuk Mukhriz untuk mendapatkan kelulusan Kerajaan Pusat untuk pembinaan Lapangan Terbang Kulim tidak akan mendapat pertimbangan langsung. Negeri Kedah akan berundur setapak kebelakang. Rakyat Kedah masih lagi terpaksa menggunakan lapangan terbang Lim Guan Eng untuk mengeksport barangan atau keluar negara. Pelabur tidak yakin untuk melabur dinegeri Kedah kerana tiada infrastruktur yang mudah. Kedah akan tetap berada ditahap lama dengan tiada kemajuan.

    Kemungkinan juga rakyat Kedah akan berbalik semula mengundi Parti PAS. Parti PAS adalah masih lagi sebagai Ahli Pakatan yang sah. Kejatuhan negeri Kedah kepada Pakatan akan membawa jumlah kerusi BN daripada 132 kini kepada mungkin
    kepada 90 lebih sahaja. Barang dikejar tak dapat, barang dikendong berciciran.

    Sultan Mahmud Shah telah membunuh Dang Anum disebabkan kerana sebutir buah nangka yang dimakannya. Walaupun Mamanda Menteri telah menasihatkan Sultan supaya melupakan perkara itu, tetapi orang kanan Sultan yang lain tetap mendesak supaya membunuh Dang Anum dengan harapan akan dapat menggantikan Mamanda Menteri nanti. Sekembalinya Laksamana Bentan dari khidmat negara membanteras lanun2 atas arahan Sultan, amatlah ia terkejut atas kematian isterinya Dang Anum dibunuh Sultan sendiri. Akhirnya berlakulah tragedi Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Tragedi itu menjadi titik berakhirnya Kesultanan Melayu Melaka dan bermulanya titik penjajahan Lim Guan Eng keatas Melayu selama 500 tahun lagi.

    Salam Tun.

  19. novo Apr 19,2015 12:45 PM

    Salam. Dear Tun,

    POEM FOR PM NAJIB.

    It starts with a dream
    Add faith in you, and it becomes my belief that you are the man that will becomes SUPERMAN
    Add action, and you act like ROBIN HOOD
    Add perseverance, so you can answer all the rumors about 1MDB
    Add patience in you, all the money will be lost forever
    It starts with a dream but ended as a NIGHTMARE.

    SORRY It’s so terrible for me and you Tun
    WASSALAM

  20. novo Apr 19,2015 12:01 PM

    Dear Tun,

    Dear PM Najib.

    This is the way you handle Malaysia?
    This is the way you handle 1MDB?
    But i’m sure enough this is the only way you handle your financial at home.

    Yes, i’m correct cause you have proven it.

    Wassalam

  21. novo Apr 19,2015 11:44 AM

    SALAM TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD.

    Maka terdengarlah oleh PM akan hiruk pikuk oleh rakyatnya tentang masaalah 1MDB yang menjadi buah tangan PM kita. ( hingga saat ini) Dan sebagai menunjukkan contoh yang baik, PM mengeluarkan arahan kepada Ketua Audit Negara untuk menjalankan audit ke atas 1MDB.

    Persoalan nya?
    1. Adakah selama ini AH JIB GOR makan gaji buta hinggakan tak tahu perjalanan 1MDB?
    2. Atau di tipu bulat-bulat oleh Ahli Lembaga Pengarah 1MDB pada setiap board meeting?
    3. Atau itulah kehendak sebenarnya PM agar 1MDB menjadi “Kilang Wang”?

    Bagi saya yang kurang ilmu ni, disamping mengarah Ketua Audit Negara untuk menjalankan audit ke atas 1MDB ada 2 lagi perkara yang AH JIB GOR perlu buat tindakan.

    Tindakan semasa.
    1.Rujuk 1MDB kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

    Semua yang terlibat dengan 1MDB termasuk AH JIB GOR, BOARD OF DIRECTORS, CEO,PEGAWAI,KERANI, PEMBUAT KOPI, PAK GUARD, PEMANDU dan termasuk juga CLEANER hendaklah dikumpulan serentak dalam satu bilik seminar dan di beri “Kaunseling dan Pengurusan Kredit” Yang memberi kaunseling bukanlah Pegawai biasa dari AKPK, tapi hendaklah Gabenor BNM sendiri kerana peserta seminar ini di ketuai oleh orang yang benak akal dalam ilmu kira-kira. Ajar mereka ini ilmu “Mengenal Nombor” dahulu. Mana nombor 1, nombor 2 dan seterusnya. Ajarkan mereka mana nombor yang lebih besar Nombor 1 ke Nombor 2. Ajar mereka tentang titik perpuluhan agar mereka tahu nilai sa, puluh, ratus, ribu, puluh ribu, ratus ribu dan seterusnya.

    Ada juga saya “terfikir” yang PM kita ini mengidap penyakit tak kenal dan tahu kegunaan nilai titik perpuluhan. Mungkin dia beranggapan hutang 1MDB hanyalah RM42 sahaja. Kalau bos 1MDB masih ragu – ragu tentang jumlah hutang 1MDB, maka WAJIB lah Gabenor Bank Negara Malaysia memberi jawapan secara pembandingan sahaja. Bagi tahu AH JIB GOR dan semua peserta seminar yang mereka boleh mati atau nazak jika tertimbus dengan duit sebanyak RM 42 BILION itu. Agar timbul rasa gerun dan takut sikit si dalam otak mereka dan bertaubat nasuha yang mereka tidak akan buat pinjaman berbilion-bilion lagi.

    Tindakan kedua.
    Selepas di audit oleh Peguam Negara dan jika di dapati ada unsur-unsur pecah amanah maka WAJIB lah AH JIB GOR menjadi “lelaki budiman Malaysia” dengan Meletak Jawatan PM

    Mungkin pada waktu itu sudah terlewat untuk UMNO meneruskan pemerintahannya. Persoalan untuk PM ? Berbaloi kah tindakan PM SEKARANG INI? “Harga diri” atau kelangsungan bangsa Melayu, yang mana lebih baik? Pahlawan Melayu masa dahulu sebenarnya tidak ada “harga diri” dan mati kerana mereka merasakan tidak ada “harga diri”. Mati mereka kerana mempertahankan kelangsungan bangsa Melayu bukan mati kerana mempertahankan diri dan harga diri mereka semata-mata.

    WASALAM TUN.

  22. Butikui Nang Apr 19,2015 12:22 AM

    YAB Tun dan pembaca blog sekelian

    1.Tun, masa untuk menyindir-nyindir dan berkias-kias dah berakhir kerana mungkin ramai yang tidak faham dan sekarang Tun dah cakap secara terus terang tanpa berselindung lagi.Biasalah Tun, bukan sahaja KB malahan MT dan menteri pun semasa Tun berkuasa semua cium tangan tetapi lihat semasa Pak Lah dan sekarang Ah Gib Gor jadi PM demi menjaga kepentingan sendiri Tun pun diludahnya.Ada yang tergamak mengatakan Tun buat fitnah dan melangau..Jawablah soalan yang Tun lontarkan dalam isu “1MDB” , “UMNO dan PRU 14” dan terkini dalam entri “soal tak jawab” dan Tun tidak bertanya pun berkenaan jambatan bengkok.

    2.Tun ni bukan setakat kes main belakang dan pembunuhan model tetapi melibatkan wang bernilai berbillion ringgit yang boleh menggugat dan menggadaikan maruah serta kemerdekaan negara.Meletak jawatan juga bukan alasan melepaskan watak utama yang melesapkan wang negara.Cara kasar atau halus wang yang digelapkan secara tidak jujur mesti didapatkan semula.Rakyat tidak mahu kes seperti skandal BMF cina George Tan yang menipu duit Melayu terlepas begitu sahaja dan aset miliknya tidak dapat dirampas.

    3.Oleh kerana itu pada pendapat saya Tun masih memiliki “wow factor” dan pengaruh yang sedikit sebanyak boleh menyelamatkan keadaan dan sejarah yang akan bakal berlaku walaupun kesempatan untuk berbuat begitu hampir ke penghujung, saya percaya Tun tidak akan rela membiarkan anak cucu dan generasi bangsa yang telah dibina oleh pejuang pejuang bangsa yang terdahulu lebur oleh kerakusan dan kedangkalan pemikiran oleh pemimpin yang Tun sendiri beri laluan untuk mencapai ke puncak.

    4.Tun saya ada empat (4) cadangan untuk pertimbangan Tun yang mungkin boleh untuk dilakukan.
    i) Melalui dalaman UMNO – Tun turun kepada semua Bahagian dan menerangkan
    keadaan semasa kepada akar umbi.Saya pasti Tun masih dialu alukan oleh ahli-ahli dan rakyat sekelian.Saya pasti akan ada arahan tertentu yang akan menghalang perjumpaan tersebut namun saya pasti sebagai Presiden selama 22 tahun Tun tahu apa yang perlu dilakukan.Kalau ikutkan kata Tengku Razaleigh KB mendapat pendapatan melebihi RM50,000.00 sebulan melalui pelbagai projek pasti akan menentang usaha Tun.Namun demi masa depan anak cucu bangsa kita langkah perlu dimulakan.Oleh kerana UMNO terikat kepada sistem hieraki dalam kepimpinan nya boleh kah Tun pastikan pemimpin pengganti akan lebih baik atau akan lebih teruk.Rakyat tidak mahu pisang berbuah empat kali(Anwar,Pak Lah & Najib).Inilah mungkin kesilapan Tun tidak membuat “screening” serta memberi kursus ideologi dan jatidiri terhadap bakal bakal pengganti Tun semasa berkuasa.
    Siapakah yang menonjol untuk diketengahkan. Dikalangan MT dan menteri saya rasa tidak ramai atau tiada langsung yang menulis buku sendiri (bukan mengupah) yang menzahirkan pemikiran dan pandangan akan permasalahan rakyat atau global yang dapat menitipkan hala tuju perjuangan dan ideologi politik mereka.Saya rasa Tun pun tidak akan cuba menonjolkan anak sendiri untuk menaiki hieraki kepimpinan kerana biarlah kobolehan menjadi ukuran. Pemasalahan UMNO kini ialah banyak pimimpin naik akibat diberi laluan mudah atau politik wang dan tidak pernah menghadapi pahit getir perjuangan.Belum ada menteri,MT atau KB yang ada prisip perjuangan dan berani menongkah arus demi menyatakan perkara yang salah tetap salah.
    Sekiranya cara ini ahli UMNO menolak dan tidak mahu berubah maka Tun boleh memilih kaedah seterusnya yang drastik.

    ii) Sekiranya UMNO tidak mahu berubah melalui dalaman UMNO maka Tun
    perlu mengembeleng NGO-NGO Melayu masa kini seperti ISMA, Perkasa (walau pun Perkasa nampak senyap sekarang ini) dan lain lain lagi menjadi alternatif UMNO pada pilihanraya umum ke 14 kelak dan bertanding di semua kawasan majoriti Melayu.Akan ada pertembungan antara suara Melayu dan pembangkan yang dikuasai DAP.Sekiranya suara Melayu kuat maka kita yang akan tentukan siapa yang kita akan bekerjsama.Kita akan melihat muka-muka baru dalam kepimpinan yang bakal hadir dan terserahlah kepada kebijaksanaan Tun memberi bimbingan dan pengalaman dalam mentadbir negara.Mungkin ini sahaja caranya kerajaan Melayu akan kekal kerana rakyat keturunan Cina dan sebahagian masyarakat India telah menolak secara total kepimpinan UMNO(kempen ABU). Saya rasa akan ramai oportunis dalam UMNO yang akan melompat kepada entiti baru ini.Sekiranya tidak Tun memilih langkah paling drastik.
    Tetapi timbul persoalan siapa yang akan diketengahkan.Bukan semua orang mampu memimpin dan membimbing dalam masa yang sama. Siapakah yang boleh mengawal diri dari jadi gelap mata dan haloba serta tidak mudah lupa daratan.Sayang orang yang Tun bimbing untuk pengganti sekarang berada dalam kandang besi.Tun terlalu lewat untuk mempercayai segala laporan SB untuk membimbing pengganti yang lebih berwibawa dan berintegriti.

    iii) Tun memilih landasan menyertai parti pembangkang untuk membetulkan
    kepincangan yang berlaku sekarang. Tiada apa yang mustahil dalam politik.Saya fikir sekiranya ini boleh menyelamatkan negara dari tergadai walaupun akan berlaku kekalutan kerana dasar parti yang berlawanan.Suara Melayu dalam PKR dan PAS akan kuat kerana menjadi alternatif kepada UMNO maka suara DAP pun akan disederhanakan kerana majoriti parti dikuasai Melayu dan DAP pasti akur akan keadaan geopolitik di Malaysia.Mungkin dengan pengaruh Tun percanggahan dasar ke tiga-tiga parti dapat di sederhanakan. Tun mungkin boleh jadi PM peralihan kepada konsensus ahli parlimen yang akan memilih secara demokratik siapa yang layak mengambil alih teraju

    iv) Tun membiarkan sahaja perkara ini terjadi dan cuma membuat kritikan di dalam
    blog dan majlis majlis yang dihadiri.Perkara ini akan berlanjutan kerana sudah jelas kerajaan sedia ada tidak mahu berubah dan membetulkan keadaan dan rakyat menerima akibat jangka panjang yang amat dahsyat yang mana jika berlaku pun perubahan kerajaan kepada pembangkang sekalipun, kesannya sudah tidak boleh dibaiki lagi.Dan sejarah akan tertulis dimana sejarah kejatuhan bangsa berulang seperti runtuhnya Kota Melaka.

    5. Meminjam dari ahli koporat, ianya membabitkan maruah kerajaan dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Bahananya amat menggerunkan. Kalau dah termakan budi maka tergadailah body mana tahu beliau mengenakan sedikit syarat “ you need not to pay but let me select who will be the minister of Comunication and Multimedia” so i can manipulate the fees my company can collect.

    6.Namun saya percaya orang Melayu bukan “bangang”, Komunis boleh dikalahkan ,Malayan Union boleh digagalkan, Negara boleh di merdekakan tidak kah kita orang Melayu khasnya yang kini ramai yang terpelajar dan bijak pandai tidak mahu menjaga kedaulatan dan maruah negara…..cuma siapa yang akan mula menggerakkannya
    Kepada saudara Murad saya setuju langau tidak datang kalau tiada benda busuk dan bacin, hentikanlah membotakkan hutan simpan di Negeri Sembilan samada melalui konsesi pembalakan mahupun penerokaan hutan simpan untuk ladang yayasan.Permohonan tanah untuk orang kampung agar tanah simpan Melayu bertambah ditolak mentah-mentah atas alasan hutan untuk diwariskan kepada generasi akan datang.Untuk pengetahuan anda orang setaraf Tun tiada masa nak memfitnah 1MDB dan sudah tidak hairan akan serangan balas dari jemuan-jemuan parasit.

  23. pakpandir08 Apr 18,2015 9:25 PM

    Saudara “Hajar” dan “anti-jibaok”,

    Sebab itulah saya samakan kamu dengan penyokong PM. Soalan ringkas pun tidak mampu jawab.

    Inilah fenomena pelik dari kamu, satu persoalan yang dibangkitkan, tapi kamu mempunyai 2 pendirian …

    Kisah 1 (3 bulan yang lalu):
    Rafizi & Tony Phua bertanya: Wang 1MDB ada dimana? Siapa beri arahan bunuh Altantuya?
    Hajar & anti-jibaok berkata: Kamu mengarut, helah dari pembangkang, fitnah, perosak negara (*sambil memaki-hamun)

    Kisah 2 (sekarang):
    Tun Mahathir bertanya: Wang 1MDB ada dimana? Siapa beri arahan bunuh Altantuya?
    Hajar & anti-jibaok berkata: PM kena jawab, kami ingin tahu kebenaran. Soalan Tun amatlah mulia demi kepentingan negara (*sambil bertepuk-tepuk tangan)

    (Penonton-penonton mengeluh dengan mata terbeliak melihat gelagat saudara Hajar & anti-jibaok)

    Kadang-kala, gelagat manusia seperti saudara Hajar & anti-jibaok yang menyebabkan orang yang berpendirian neutral mempunyai prasangka terhadap Tun dalam isu ini

  24. novo Apr 18,2015 6:37 PM

    MORAL OF THE STORY.

    PETALING JAYA: Government investment arm 1Malaysia Development Berhad (1MDB) will not take any new loans unless it is to meet current debt obligations, said Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Abdul Wahid Omar.
    “It has gone to the level where the debt has hit RM42bil as of March 31 last year. And if you can imagine the burden of servicing such a high debt is very (heavy), is very difficult.

    Moral petikan di atas
    Kalau tak tutup pintu
    ayam makan padi
    kalau tak kata bergitu
    nak kata apa lagi.

    Persoalan nya?
    1. Wahai!!!!!!! si Wahid Omar, masihkah ada pihak bank yang nak bagi pinjaman lagi ke? Atau dengan senang kata sanggup kah pihak bank nak cari mampus selepas track rekod yang buruk, berkali-kali tangguh nak bayar hutang. Kamu duduk di atas pun bercakap macam orang bodoh.
    2.Fakta “RM42bil as of March 31 last year” is out dated lah. Be a gentleman and do up date us the current total debt level. Orang yang ambil dadah LSD dan melanggar orang semasa memandu, akan sedar yang beliau telah melanggar orang selepas berada 100 meter dihadapan. Sama macam kau, selepas setahun baru sedar “RM42bil “. Nampaknya nak tahu jumlah hutang 1MDB “sekarang” terpaksalah saya tunggu tahun depan. Itu pun jika umur awak dan saya masih panjang iagi, buatnya saya mati dahulu, tak kesampaian lah hajat saya nak tahu. Sebelum awak mati sila tinggalkan pesan hutang 1MDB “RM berapa sekarang” pada Ah Jib Gor untuk press media nya pada tahun depan.
    3.MENTALITI Ah Jib Gor PM kita masa kini. Sekarang ini baru rasa “heavy”, masa nak bayar hutang dan “keuntungan bank”. Masa Ah Jib Gor “submit loan application” ke bank,
    mak ooi!!!!!! tak terasa “heavy”pulak.
    Masa ada duit kat tangan, apa yang hendak di beli semuanya rasa murah, hinggakan “terbeli IPP” yang mahal harganya. Tapi sebab duit banyak dan senang nak dapat, maka Ah Jib Gor rasa macam “Cheap Sale” akhir tahun.
    4.Persoalan nya, Mengapa 1MDB beli tanah kerajaan dengan harga murah? Pada masa tu 1MDB hanya ada duit sikit atau dah nak pokai, maka mentaliti PM “masih” merasakan pembelian itu masih mahal harganya dan telah memberi keuntungan yang “BESAR” kepada kerajaan. Sebab “tanah kerajaan” bukan nya ada tuannya. Gerannya tidak ada nama Ah bin Lembing, Jib bin Golok atau Gor bin Kapak. PM tidak merasakan yang dia adalah ‘penama” kepada tanah tersebut dan kesemua tanah – tanah kerajaan yang lain. Bukan tanah aku, tanah kerajaan. Kerajaan dan aku tidak sama Itulah mentaliti PM kita, TIDAK MENJIWAI KERAJAAN YANG DI PIMPINNYA.

    Hanya sekadar renungan bersama dan di ambil MORAL nya sahaja dan di jauhi MORON nya.

  25. daushata Apr 18,2015 3:49 PM

    assalamualaikum Tun,pada pandangan saya sebagai remaja,kami tidak pernah didedahkan dengan cara untuk memasuki dunia politik. kami hanya diajar untuk mengomen dan mengkritik.dan kami sebagai anak muda dan rakyat biasa tidak tahu di mana harus kami mengadu dan memasuki dunia politik. yup memang betul kita boleh cakap “you can study by your own” tapi adakah kami di beri peluang?? demokrasi sudah ibarat monarki,pemerintahan diwarisi. pada mata kami sebagai anak muda,tak salah diwarisi jika berkualiti,tetapi jika sebaliknya?seperti yang banyak berlaku sekarang. dan bagaimana kita nak buat perubahan jika kita sudah di tentang awal awal lagi kerana tidak menjadi kambing hitam bagi seseorang pemimpin?bukan niat kami nak benci UMNO,tapi pemerintah yang menyebabkan kami tidak berminat untuk menyokong umno.kami boleh undi UMNO,tapi adakah pemerintahan akan bertambah baik?atau adakah pemerintah yg korup akan meletak jawatan? dan kami bukan mahu menyokong pembangkang,tetapi dah tiada jalan lain. kerana kami tidak diajar untuk memasuki dunia politik dan menegakkan hak kami.kami sayang UMNO sebab telah membela nasib orang Melayu,tapi kami sudah terseksa 6,7 tahun ini dengan pemerintahan mereka yang korup

  26. rashidhasnah Apr 18,2015 1:44 PM

    Salam Tun

    Demi perpaduan melayu n servival UMNO/BN, baiklah Tun berbincang ngan PM Najib dari hati ke hati. Cari penyelesaian ngan cara baik. Sekaran DAP n pakatan haram seronok tengok UMNO macam tinggal nyawa2 ikan n MIC ngan MCA dlm ICU. Rapatkan barisan. InsyaAllah ada jalan.

  27. Hajar Apr 18,2015 11:38 AM

    Salam YAB & Yg diKasihi Tun,

    Mohon izin Tun untuk berbicara dengan ’Pakpandir08’.

    Alahai Saudara Pakpandir08! Buat2 tidak faham pula.

    Saya sokong isu/persoalan yang Tun M utarakan berdasarkan ’track record’ beliau yang sentiasa bercakap benar (jujur/amanah/brekredibiliti) dan berdasarkan FAKTA sahih yang beliau utarakan (yang tidak ditokok-tambah). Individu dan kata2nya berpisah tiada; jadi tiada isu saya menyokong ’individu’ atau ’fakta’. Jadi tidak ada apa2 perkara pelik yang patut PakPandir08 risaukan atau peningkan.

    Rafizi, Tony Pua, Anwar, etc. (Pembangkang) sudah di COP sebagai kaki penipu/fitnah dan apa saja yang keluar dari mulut mereka sudah tidak boleh dipercayai lagi. Jadi, janganlah ’angin’ satu badan bila saya kata, sepatutnya Pakpandir08 samakan penyokong PM dengan penyokong Pembangkang yang sama2 ’bang*ng’ sebab kedua-dua kumpulan ini menyokong ’membuta tuli/membabi buta’ & boleh pula ditipu berulang-kali – yang ini memang fenomena ’pelik bin ajaib’. Pakpandir08 kena buat kajian.

    Tun tidak memfitnah seperti Rafizi dan Tony Pua @ Pembangkang. Jadi macammana pula persoalan/isu yang Tun bangkitkan hampir 100% sama (Salinan??? – PakPandir08 pun sudah sama ’blur’ dengan PM Ah Jib Gor; dahulu PM buat ’sumpah laknat’ sebab Pembangkang tuduh beliau & isteri terlibat dalam kes Altantuya; Tun M tidak buat tuduhan sama, tapi PM ’blur’ terus buat rumusan yang Tun M tuduh beliau & bangkitkan isu ’sumpah laknat’) dengan apa yang selama ini mereka gembar-gemburkan.

    Cuba guna ’software’ untuk bandingkan (’compare word-by-word’) kenyataan2 Tun dan Pembangkang, dan beri ’peratusan’ persamaan antara tuduhan2 melulu mereka dengan apa yang Tun persoalkan. ’Fakta’ boleh menjadi ’fitnah’ jika di TOKOK-TAMBAH seperti yang Pembangkang sentiasa lakukan untuk mendapat keuntungan politik. Contohnya, subsidi minyak dihapuskan (FAKTA), tapi si Rafizi tokok-tambah pula dengan tuduhan2 melulu kepada Kerajaan dan PM. Kesudahannya kena saman malu! Padan muka!

    Buat renungan saudara PakPandir08:
    Kata-kata hikmah: ”Penipu/Pembohong/Pemfitnah tidak akan pernah/boleh di percayai lagi, walaupun pada saat itu mereka berkata/bercakap benar.”

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga. ***

  28. guess Apr 18,2015 9:47 AM

    Saya lihat Tun setuju kalau Hudud di laksanakan tapi mestilah ADIL . islam dan kafir melayu, cina,india dipotong tangan jika sama mencuri. Masaalannya Hudud PAS takut nak menghukum Kafir bimbang kafir tak UNDI PAS ..itu saja pandangan saya.TQ

  29. afrirazi Apr 18,2015 1:03 AM

    Saya sokong Tun demi agama..bangsa dan negara

  30. anti-jibaok Apr 18,2015 12:49 AM

    PakPandir08..,

    Ewah, ewah.., nak menjawab pulak dia. Baiklah siap awak..!!

    Awak takde bukti samasekali bahawa saya adalah penyokong mahupun pembodek Tun Dr. Mahathir. Ada apa untungnya kalau saya nak sokong atau bodek beliau..? Beliau ada upah apa-apa sen-fulus kepada kita ke, supaya kita sokong segala kata-kata beliau itu..? Ada paham..!?

    Malah kalau awak mahu kaji setiap komen-komen saya dalam blog chedet ini.., maka pada banyak ketika saya pernah menegur penulisan beliau dalam ruangan blog-site ini, pada mana-mana ketika yang saya rasakan luahan beliau tidak kena pada tempat. Kalau awak tak percaya.., maka awak boleh semak kembali segala komen-komen dan ulasan saya sejak tahun 2008 lagi, dalam blog-site ini. Malahan, ada beberapa ketika juga komen-komen saya telah ditapis (delete) oleh Tun Dr. Mahathir oleh sebab tertentu yang mungkin beliau tidak senangi. Ada paham lagi..!?

    Maka.., awak jangan nak mudah-mudah membuat tuduhan dan cakap sebarangan kat sini. Nescaya cara komen awak yang sebegitu menunujukkan bahawa tahap pemikiran awak adalah lebih rendah berbanding seorang lagi pengulas disini, iaitu jenis otak ¾ dengan username atau bergelar.., HBT (Hantu Bukit Cina) 456.

    —-

    Kalau awak tidak menyatakan bahawa awak setuju dengan pendirian PM Dato’ Seri Najib.., maka dimana pula pegangan atau pendirian awak tentang perkara-perkara yang hebat dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir itu..!? Dimana pendirian awak..? Awak lebih suka berdiri atas pagar pulak ke dalam isu-isu tersebut..? Artis-artis dan selebriti terkemuka (semacam Dato’ Siti Nurhaliza dan Rozita Che Wan) pun sanggup dan berani membuat pendirian mereka. Awak pulak apa hal..?

    Walaupun perkara yang nyatakan oleh Tun Dr. Mahathir telah lama dibangkitkan oleh YB Rafizi Ramli dan Tony Pua.., siapa nak dengar apa yang mereka itu melalak selama ini.., oleh sebab pada hemat saya kedua-dua YB Pakatan Rakyat tersebut tiada wibawa dan memang jenis kaki melalak demi kepentingan ‘political mileage’ mereka. Lebih baik saya mendengar kata-kata dari mana-mana Mat Rempit atau Pondan Siam kat Chow Kit Road, kalau mereka nak berbicara soal 1MDB atau kes pembunuhan si minah Altantuya itu. Ada Paham..?

    Kalau awak nak betul dengar kisah-kisah hangat yang terbaik dan terkini atau up-to-date.., maka awak kenalah dengar apa yang diujar dan diluahkan oleh Tun Dr. Mahathir.., oleh sebab beliau jauh lebih berpengalaman dan matang, memang cukup konsisten dalam pendapat beliau, juga cukup berwibawa dan penuh kredibili apabila berbicara.., berbanding jibaok semacam Rafizi Ramli ataupun Tony Pua.

    Malahan, Tun Dr. Mahathir lebih suka bercakap diatas fakta-fakta yang nyata. Sebagai contohnya, awak lihatlah betapa ‘steady’nya Tun Dr. Mahathir apabila beliau mampu tibai kembali pengacara BBC (yang suka cakap berbelit-belit) dalam rancangan ‘HardTalk’ sebagaimana berikut:-

    https://www.youtube.com/watch?v=_a-qz0kDDds

    https://www.youtube.com/watch?v=psjDoIMn7dc

    https://www.youtube.com/watch?v=2DpmPK-UpPc

    Awak tak berbangga ke kita ada seorang negarawan tersohor yang boleh ‘kelepiak’ seorang pengacara mainstream-media Mat Saleh Barat-keparat dengan begitu mudah..?

    Maka.., soal saya sokong seorang individu yang bernama Tun Dr. Mahathir langsung tidak berbangkit.., yang mana makhluk macam awak cuba nak highlight dengan spotlight. Maka.., gelagat awak itu memang salah dan tidak kena pada tempatnya.., brader..!

    Malahan.., kalaupun Tun Dr. Mahathir itu berbuat perkara yang tidak betul, maka saya sentiasa akan bersedia untuk tegur mahupun tibai beliau kalau kena pada ketika dan tempatnya.., sekiranya beliau sudah terlalu ‘Out-of-Line’..! Apa yang saya perlu takutkan kepada Tun Dr. Mahathir.., beliau cuma manusia dan insan yang normal. Namun, saya tetap respect beliau oleh sebab jasa dan kemampuan beliau sebagaimana saya sebutkan sebentar tadi. OK.., brader..?

    Namun begitu.., saya rasakan bahawa awak adalah jenis makhluk yang suka buat kerja ‘Triple-S’ iaitu ‘Suka Salah Sangka’. Awak labelkan saya sebagai penyokong TDM.., maka awak sudah tersilap. Saya hanya suka dan respect mereka yang cakap berasaskan fakta dan berani menegakan perkara yang benar. Saya tidak suka mereka yang suka bercakap ‘rhetoric’ dan berbeli-belit. Jelas sekali selama ini bahawa itu bukanlah cara Tun Dr. Mahathir.., walaupun beliau adalah seorang ahli-politik yang cukup ‘season’.., dimana amat ketara bahawa kebanyakan ahli-ahli politik di dunia ini adalah jenis suka cakap rhetoric dan berbelit-belit. Ada paham..!?

    Maka.., awak kenalah rajin mengkaji terlebih dahulu cara kepimpinan Tun Dr. Mahathir sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.., nescaya awak akan mendapati bahawa beliau bukanlah jenis manusia yang buat kerja Suka Salah Sangka atau terlalu ‘impulsive’.

    Maka, sekiranya YB Rafizi Ramli & Tony Pua sudah lama melalak soal kelemahan atau ‘incompetency’ pimpinan Dato’ Seri Najib sebagai PM Malaysia.., namun ramai rakyat Malaysia tidak ambil pot atau peduli langsung apa yang telah suarakan oleh mereka itu. Namun.., Tun Dr. Mahathir bukan macam kebanyakan orang lain. Pastinya beliau sudah mendengar dan melihat apa yang telah dihebah-hebohkan selama ini oleh kedua badut politik Pakatan Rakyat tersebut.., maka barulah TDM membuat pengamatan dan kajian beliau sendiri pula.

    Setelah berpuas hati dengan segala fakta-fakta dan pastinya beliau ambil inisiatif untuk menegur dan menasihati kepimpinan Dato’ Seri Najib (macam father & son agaknya) secara peribadi.., namun kemungkinan teguran dan nasihat itu tidak diambil-berat oleh Dato’ Seri Najib.., maka barulah Tun Dr. Mahathir meluahkan pandangan beliau pula kepada orang ramai melalui laman blog beliau ini. Barulah bak kata omputih bahawa – ‘The cat is out of the bag’..! Ada paham ke.., awak..?

    So.., PakPandir08,

    Kalaulah awak nak cop kita ni sebagai penyokong Tun Dr. Mahathir.., maka awak sudah tersilap dan tersasar.., Yeop. Tapi kalaulah awak kata bahawa kita ini respect dia ibarat tabik-spring.., maka itu memang kita akui. OK..!?

    Maka, bak kata orang Perak pula – Apa cekeh pulak kita nak sokong Dr. Mahathir..? Apa untungnya dan apa boleh kita dapat kalau kita sokong dia..? Dia bukan ada kuasa Perdana Menteri lagi.., dia bukan boleh bagi kita projek besor-besor..! Nak buat peghongjang apa pulak kita nak sokong dia.., Yeop..!? Bior benor sikit Yeop..!

    Ada apa-apa lagi dakyah lagi yang awak nak buat kat sini..? Awak janganlah pulak nak menjadi seangkatan ‘mental’ dengan si Ahso ¾ itu.., yang bergelar HBT (Hantu Bukit Cina) 456. OK..!?

    Sekian.., Wassalam.

  31. cool Apr 17,2015 11:10 PM

    Hi, Tun.. When u have time, can you teach us how you mange your brain..99.9999 percent of people just want many things at one time, and talk many things at one time…you always know what are the most important thing to do…and only focus one thing at one time…that why you belong to the 0.0000001 percent famous man in the world..heehee I just admire you so much…at your age you know…

  32. pakpandir08 Apr 17,2015 11:02 PM

    Saudara Hajar,

    Kamu pun tiada bezanya dengan penyokong PM dari segi:
    – Sokong kerana individu, bukan kerana fakta
    – Tidak menjawab soalan yang ringkas, tetapi memberi jawapan yang terpesong

    Fenomena yang pelik:
    (a) Soalan yang Tun bangkitkan disini, BERASAL dari soalan yang dikemukakan oleh pembangkang sejak lama lagi
    (b) Ayat soalan juga hampir 100% sama, yang nampak macam Tun membuat salinan dari persoalan daripada pembangkang
    (c) Bagi kamu, soalan yang 100% SAMA ini merupakan tipu helah jika ia keluar dari mulut pembangkang. Tetapi ia dianggap benar pula jika dikeluarkan dari mulut Tun

    Fenomena pelik ini mencetuskan tanggapan buruk di kalangan orang yang masih bersikap neutral, dengan menyamakan penyokong Tun dengan penyokong PM
    – Kerana masing-masing menyokong kerana individu, bukannya fakta

    Sekiranya kamu masih tidak faham apa yang ingin saya sampaikan, atau pura-pura tidak faham. Maka, memanglah kamu seorang yang berhati busuk ataupun fanatik

  33. sudin Apr 17,2015 7:27 PM

    Assalam…. Tun.

    Di harap bila PM Najib nak berhenti nanti, dia tak jumpa TS Muhyiddin dan letakkan beberapa syarat pada Muhyiddin.
    Sama saperti Pak Dol PM5 jumpa Najib dan letakkan beberapa syarat….

    Bermacam2 isu tak elok yang Tun timbulkan terhadap Pak Dol semuanya diketepikan oleh Najib sehingga sekarang!!

  34. Hajar Apr 17,2015 3:36 PM

    Salam YAB & Yg diKasihi Tun,

    Mohon izin Tun untuk berbicara dengan ’Pakpandir08’, April 17, 2015 at 1:13 AM.

    1. Saudara Pakpandir08 patut kata ’telatah’ penyokong DS Najib lebih-kurang sama dengan Penyokong Pembangkang. Boleh ditemberang berkali-kali…

    Pembangkang di Malaysia boleh diibaratkan sebagai anak gembala kambing yang suka MENIPU (bercakap bohong) orang kampung tentang ’serigala’ yang kononnya mengganggu ternakan beliau. Orang kampong ditipu beberapa kali dengan teriakan/jeritan beliau yang konnonnya ada ’serigala’ dan orang kampong melulu untuk memberi bantuan, tetapi apa yang mereka lihat ialah seorang budak yang ketawa terbahak-bahak kerana berjaya menipu orang kampong. Beliau cuma berlakon…Tetapi pada suatu hari memang betul2 serigala datang, tetapi jeritan dan teriakan beliau sudah tidak lagi dipedulikan oleh orang kampong…

    Moral of the story: Pembangkang sudah selalu sangat menipu/memfitnah (dalam 10 tuduhan, 1 pun belum tentu benar; dan ditokok-tambah pula), dan disebabkan itu apa2 yang mereka utarakan amat SUKAR DIPERCAYAI; tiada kredibiliti langsung.

    2. Tun pula memang diketahui sebagai pemimpin yang amat dipercayai
    (berkredibiliti, amanah), dan bila Tun bangkitkan apa2 isu / persoalan (Tun bertanya/mengkritik berdasarkan fakta & tidak menokok-tambah), majoriti rakyat tanpa ragu2 mempercayai kata2 Tun, walaupun isu mungkin ada sedikit persamaan dengan isu yang pernah Pembangkang uarkan.

    Dalam kes 1MDB, cakap pun sudah berbelit-belit (dah serupa Anwar/Pembangkang.. temberang saja lebih), sekejap ada di Cayman Islands dan telah dibawa balik, tapi kemudiannya duit di simpan di Singapura (dengan alasan yg dangkal), dan kemudian kata pula cuma pendaftaran dibuat di Cayman, tapi duit tidak disimpan di sana (jadi dimana?); dulu kata tiada masaalah bayar hutang, tapi hutang tertangguh beberapa kali (ini hutang dalam negara; hutang luar negara pula apa hal?), dan akhirnya terpaksa hutang lagi hampir RM3 Billion untuk bayar hutang faedah & sebab tiada duit untuk kos operasi, etc.. Apa semua ini?

    Tidak semua rakyat seperti ’penyokong Pembangkang’ yang boleh telan bulat2 kata2 pemimpin mereka, walaupun tanpa fakta benar.

    Kata-kata hikmah: ”Penipu/Pembohong/Pemfitnah tidak akan pernah/boleh di percayai lagi, walaupun pada saat itu mereka berkata/bercakap benar.”

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga. ***

  35. sibotak Apr 17,2015 2:31 PM

    Ingin dipelajari dari Kebodohan Tun Razak dahulu
    Penjanjian Air dengan Singapura
    Begitu amat Bodoh bukan saja dengan bayaran yg begitu murah
    Dari dulu hingga sekarang malah perjanjian yg merangumi masa yg amat lama
    Si Bijak , Isteri Lee Kuan Yew yg mengarang Penjanjian tersebut
    Yg si Bodoh main Sign saja

    Maka di sini saya ambil ikhtibar
    Jangan lah Tanah kita yg ada kita mempergadaikan serupa Air yg begitu murah
    Serupa memberi Percuma
    Berjimat semasa Berada Dah takda apa yg nak di jimatkan

    Tanah bukan Product untuk dijual beli seperti Tanah KTM Tanjung Pagar
    Tanah Johor ,Kebun Kebun sebagainya

    Tanah adalah Maruah
    Tanah adalah Hak
    Tanah adalah Kuasa
    Tanah untuk cucu cicit kita
    Ke Tanah juga kita di kembalikan
    Bukan wang ringgit

  36. pakpandir08 Apr 17,2015 10:58 AM

    anti-jibaok …

    Sebab itulah saya katakan perangai kamu sama dengan penyokong PM.

    Imbas kembali apa yang ingin saya sampaikan (saya TIDAK menyatakan bahawa saya setuju dengan pendirian PM).

    (1) Soalan-soalan yang Tun nyatakan hari ini, merupakan soalan yang telah LAMA dibangkitkan oleh Rafizi dari PKR dan Tony Phua dari DAP (sekurang-kurangnya 6 bulan dahulu, dan persoalan ini sering dipersoalkan tanpa putus asa dari pihak pembangkang sehingga hari ini)
    – Pembangkanglah merupakan golongan yang mengemukan persoalan ini terlebih dahulu

    (2) Apa yang saya rasa pelik adalah KENAPA persoalan yang SAMA dikeluarkan, kamu mempunyai 2 PENDIRIAN
    – Soalan yang SAMA dikeluarkan oleh pembangkang, semua itu helah politik dan tidak berasas, berbau hasutan dan fitnah
    – Soalan yang SAMA dikeluarkan oleh TUN, semua itu betul

    Sebab itulah saya katakan gelagat kamu tiada bezanya dengan penyokong PM
    – Kamu sokong kerana INDIVIDU, bukannya kerana FAKTA
    – Apa bezanya kamu dengan penyokong PM?

    Secara amnya, penyokong Tun terbahagi kepada 2 golongan dalam isu ini:
    (a) Penyokong yang berfikiran waras
    – Mereka menyokong kerana ingin mengetahui kebenaran. Kebenaran demi kepentingan negara
    – Mereka tidak mengaitkan persoalan yang dikemukakan dengan unsur politik
    – Mereka ingin mengetahui kebenaran, tanpa ambil kira sama-ada soalan tersebut dicetuskan oleh Tun atau pembangkang, asalkan ia berasas

    (b) Penyokong yang tidak berasas
    – Mereka menyokong hanya semata-mata kerana persoalan dikemukakan oleh Tun
    – Sekiranya soalan yang sama dikeluarkan oleh pembangkang, semua itu salah tanpa memberi ruang untuk merenungi terlebih dahulu adakah ia berasas sebelum membuat kesimpulan

    Tidak kurangnya penyokong daripada golongan (b), yang tidak berasas. Sokong kerana individu, bukan kerana fakta
    – Amat jelas sekali, saudara “anti-jibaok”, kamu merupakan penyokong dari golongan ini

    Kalau tidak faham lagi apa yang ingin saya sampaikan, samakanlah diri kamu dengan penyokong PM
    – Tidak menjawab soalan yang ditujukan, asyik memberi jawapan yang terpesong dari soalannya

  37. rashidhasnah Apr 17,2015 5:41 AM

    TUN walaupun PM Najib nampak lemah, Tun perlu sabar. Masih ada masa utk berbincang dengan baik. Dengan kritikan Tun, pakatan haram akan dpt kesempatan menghentam BN. Jika rakyat makin keliru apa akan jadi. Tun pergi jumpa Najib n tanya baik2 fasal kes Altantunya n pelaburan 1MDB. Jgn bagi peluang pakatan ambil alih kerajaan sekarang.

  38. anti-jibaok Apr 17,2015 5:08 AM

    PakPandir08..,

    Para-Penyokong Pembangkang memang mencari jalan dan helah untuk menjatuhkan Kerajaan UMNO/BN. Itu memang kerja dan matlamat mereka demi merampas dan mendapat kuasa politik dengan apa cara sekalipun.

    Manakala para-penyokong atau mereka yang bersetuju dengan luahan Tun Dr. Mahathir adalah untuk mencari kebenaran walaupun terpaksa memberanikan diri menegur terhadap seorang para-pemimpin tertinggi negara yang sealiran ideologi politik, demi menjaga namabaik dan martabat supaya mengelakan Kerajaan UMNO/BN daripada tumbang kelak.., serta demi mengelakan ekonomi negara supaya tidak menjadi kucar-kacir dan tergugat dalam masa yang terdekat nanti…, demi masa depan generasi akan datang.

    Namun pendapat seperti PakPandir08 adalah seolah mendukong dan mengiyakan apa sahaja tindakan pimpinan Dato’ Seri Najib yang kini sudah semakin nyata banyak kelemahannya dan tidak diyakini lagi dan merisaukan begitu ramai rakyat Malaysia.., selain mereka yang jenis kaki-pembodek dan yang berkepentingan semacam PakPandir08 agaknya.., Wallahu’alam.

    Maka, sebenarnya fenomena pelik yang berlaku di negara kita.., adalah masih terdapat lagi makhluk semacam PakPandir08 yang masih lagi begitu ‘blur’ tentang banyak perkara namun amat suka pula hendak menegakan benang yang basah. Apa hal..!?

    Wassalam.

  39. joetamchi Apr 17,2015 4:22 AM

    La ni takut skang rakyat semakin susah & tertekan dek cukai….sok sok Kat Malaysia huru hara… Dapat la depa lari dulu… Umah berjuta harga kt luar negara dah Ada…
    Kapai terbang pun dah siap….
    Kita dok dlm negara di tuduh pemberontak…. Panggil orang luar dtg hantaq bom …. Contoh kt Yaman … Hangpa tengok… Pemimpin dia lari… Dtg org luar pi bom sana sini…Rakyat x bedosa pun turut sama kena bom…. Mungkin boleh terjadi kt Malaysia….. Issshhh… Mintak la di jauhkan dari Malaysia….

  40. pemerhati senja Apr 17,2015 2:23 AM

    Kesilapan tun adalah bersara terlalu awal dengan pengganti yang tidak benar benar bersedia meneruskan wawasan 2020 tun.

    Sepatutnya tun.menyiapkan.projek jambatan bengkok yang akan jadi penamat jalur kapitalis sang singa yang berpura pura tidur tetapi sentiasa menganga menangguk hasil kita setiap melalui pelabuhan mereka.
    Malaysia pasti telah maju sekarang jika tun menyiapkan sendiri projek itu dan dan wawasan 2020 tentu telah tercapai pada 2010.
    Namun.sekarang amanat tun telah dibaham singa yang berpura itu.dan wawasan 2020 mungkin tertangguh entah ke 2050 atau entah bila.

  41. pemerhati senja Apr 17,2015 2:12 AM

    Tun…
    Adakah masih sendirian,
    Jasa tun utuh setulus ingatan,
    Jayanya malaysia adalah usaha tun,
    Dari zaman getah dan kayu kayan,
    Dieksport atas nama singa selatan,
    Yg puas menanggok keringat watan,
    Tun berjuang sehabis habisan,
    Bungkam singa selatan,
    Nama malaysia utuh dipasaran,
    Ternoktah diatas sebuah jambatan,
    Terputusnya era penanggukan,
    Tun pun bersara sepenuh impian,
    Jambatan bengkok puncak harapan,
    Amanah pelapis se ngeri igauan,
    Bergema ngauman singa selatan,
    Amanah berlutut manja dipangkuan,
    Musnahlah sebuah harapan,
    Menoktahkan sebuah wawasan,
    Petanda tangisan sebuah persaraan,
    Kegagalan sebuah warisan,
    Adalah kemenangan singa selatan,
    Dan tun…
    Adakah masih sendirian…

  42. pakpandir08 Apr 17,2015 1:13 AM

    Sebenarnya penyokong-penyokong Tun di laman ini tiada bezanya dengan penyokong PM … kerana semua menyokong tanpa asas atau tanpa pendirian yang tegas

    (a) Penyokong PM
    – PM tidak menjawab soalan-soalan yang ditujukan, tetapi penyokong puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh PM

    (b) Penyokong Tun
    – Soalan-soalan yang ditujukan oleh Tun, merupakan soalan yang telah lama dibangkitkan oleh pembangkang (sehingga ayat soalan daripada Tun nampak hampir sama dengan yang dikeluarkan oleh pembangkang satu ketika dahulu)
    – Apabila soalan-soalan yang sama ini dikeluarkan oleh pembangkang pada masa dahulu, penyokong Tun sini kata itu semua mengarut, helah pembangkang, fitnah, tidak berasas dan macam-macam
    – Apabila soalan yang sama dikeluarkan oleh Tun pula, penyokong bersetuju pula sehingga angkat kaki tinggi-tinggi

    Kadang-kala apabila merenungi fenomena yang berlaku di negara ini, hati terasa amat pelik ….

  43. cool Apr 16,2015 11:50 PM

    Hi, Tun..you r really the man! Always stay focus! There is a quote ” Don’t feel ashamed of your failure. Learn from it And start again”… My English or Malay also no good, I never dare to write, unless my boss want me to… Your action is teaching young people, always tries your best to do what you believe is right, at least you try, there is a chance… Really Thank you thank you…

  44. jihad Apr 16,2015 8:29 PM

    5) kesimpulannya, seseorang pemimpin perlulah menerima seadanya setiap kritikan yang dilemparkan tanpa mengira ia dari kalangan orang atasan atau bawahan. Memang dia berkuasa tetapi itu tidak sama sekali mencerminkan dia juga bijak segalanya.

  45. Papar Dihatiku Apr 16,2015 8:28 PM

    Tun tidak akan keseorangan.Kami akan sentiasa bersama Tun.Ini bukan berkenaan dengan pembangkang melawan kerajaan.Ini adalah berkaitan dengan rakyat melawan pemerintahan yang korup dibawah pimpinan Perdana Menteri yang paling teruk dalam sejarah pemerintahan negara.Semoga Tun sentiasa sihat kerana khidmat bakti dan buah fikiran Tun sentiasa diperlukan rakyat yang ingin melihat Malaysia yang lebih baik.

  46. anam Apr 16,2015 6:21 PM

    Assalamu’alaikum Tun. Semoga Tun dan keluarga sentiasa dirahmati Allah.. Tun tidak keseorangan, puluhan ribu rakyat menyokong Tun di facebook. Ini dapat dilihat dari “like” yang diberikan apabila sokongan diberikan kepada Tun.. Saya juga cukup tersentuh dengan puisi yang dikarang Kadir jasin.

    http://m.www.astroawani.com/berita-malaysia/kadir-jasin-berpuisi-pertahan-tun-mahathir-57959

    Malah apa yang dikatakan oleh beliau 100% benar.. Saya tahu tidak mudah untuk Tun berputus asa. Dari Zaman Tunku Abdul Rahman lagi Tun tidak putus asa. Oleh itu, saya dan rakyat malaysia berharap Tun tidak akan putus asa, kami benar-benar bergantung pada suara Tun. Suara Tun seorang lebih berkuasa berbanding kami. Bantulah Malaysia Tun.. Jangan biarkan wawasan yang Tun tetapkan untuk Malaysia menjadi sia-sia.. Kami bersama Tun.

  47. anti-jibaok Apr 16,2015 3:35 PM

    Saya mengajak kita semua untuk imbas kembali dan menghayati terhadap lagu dan liik ‘Warisan’ ini sebagaimana pada pautan video URL ini:-

    https://www.youtube.com/watch?v=IA7Ua-5AYo4

    Paparan video serta lirik pada lagu ‘Anak Kecil Main Api’ tersebut mungkin sedikit sebanyak memberi kita semangat sambil juga menyayat hati.

    Namun kini, nampak gayanya Perdana Menteri kita iaitu Dato’ Seri Mohd. Najib adalah ibarat anak-kecil yang bermain api itu.., terutamanya apabila beliau telah melibatkan ekonomi negara dalam soal isu 1MDB yang kini sudahpun dilanda dengan isu-isu yang serba kontraversi.

    Apa yang kita harus khuatiri adalah pada ayat penghujung lagu ‘Warisan’ tersebut yang berbunyi:-

    “….Melayu kan Gagah di Nusantara…”

    Mungkin boleh pula terjadi – “… Melayu kan GAGAL di Nusantara …!”

    Nau’zubillah minzaliq.

    Fikir-fikirkan.

  48. oran Apr 16,2015 9:37 AM

    Tun,
    We are with you all along don’t you worry about that.

    It is obvious our Malay leaders (except you) do not study the Jewish Question.

    Anwar (a victim of his own popularity lol) derailed by his association with Wolfowitz and Najib is doing McCain/Liebermans’ bidding.

    These people invented corruption and is it any wonder today’s Umno leaders are steeped in it. You know they can’t afford those fancy cars.

  49. Ahmad UMNO Melaka Apr 16,2015 1:45 AM

    I agree with Tun’s concerns on IMDB. I call upon all UMNO members to be critical thinkers and not blind supporters.

  50. freestyler Apr 16,2015 1:28 AM

    All…to show our support to our beloved Tun…lets viral this is tweeter or any social media with this #tunyouarenotalone

  51. YRohayudin Apr 16,2015 12:02 AM

    Menyanjung dan hormati orang yg lebih tua dan pemimipin….Orang berbudi kita berbahasa……Itu budaya santun orang Melayu kita yang terpuji, hingga sekarang walau ada yg hanya tinggal sekelumit di hati.

    Rakyat sedar pemimipin sekarang dipilih oleh mereka dgn dibayar dan disara oleh mereka (melalui cukai) untuk memajukan rakyat dan negara. Malah rakyat masih lagi hormat para pemimpin selama ini, sungguh pun rakyat tahu beberapa cela yg mereka laku baik di depan mahupun dibelakang mata. Sememangnya sikap hormat yg ada pada org Melayu cukup menebal.

    Sayangnya, ada pemimpin Melayu sendiri yang sudah rasa diri seperti dewata, lebih angkuh dari penguasa purba. Mungkin duk lama di kerusi kuasa hingga anggap itu milik selamanya. Budaya dan santun Melayu dulu kini kian berubah kerana dek angkara penguasa yg bukan lagi rahsia malah di depan mata.

    Bila masa anak muda
    – bertanya apa jasa yg pemimpin bawa,
    – mengungkit gaji dan laba pemimpin dari mereka,
    – wawasan apa yg pemimpin cerna,
    – kemajuan apa yg pemimpin bawa

    ketahuilah keadaan tidak lagi sama…..kalau dulu pemimpin didewa-dewa, sekarang pemimpin bak hamba seraya pada jelata…..

    Berubahlah ikut peredaran masa jangan sampai diubah masa pilihanraya mahupun di jalanraya………

    Mana mungkin Melayu mudah lupa…malah memendam rasa yang membara…..

  52. mubarakchan Apr 15,2015 11:46 PM

    Tun

    I am not MCA and do not respond to dummies like 654TeohBoonHock from the Ministry of Information, Singapore.

    It is time that all Malaysians recognise the fact that our beloved Tun Dr Mahathir Mohamad, a Malay, is a person without a peer. His achievements have not only been legendary but also unique like his single-handedly created the 3 Million families Malay Middle Income Group without strife or rancour which up-lifted the 3 Million families non-Malay Middle Income Group by the purchses of the goods and services of the latter by the former. During the same period, the late Ruler (1959-2015) screwed down the Singaporean indigenous population 100% in 1959 to 62% in 2010. 300,000 of his supporters emigrated.
    Then, we have witnessed our beloved Tun’s steadfast and resolute stance in the defence of our Sovereignty, National Interest, Self-Esteem against cunning and devious foreign types. The Tun succeeded to the chagrin of his opponents.
    From this, the Tun recognised early our FREE MALAYSIAN STYLE DEMOCRACY WITH OPEN CAPITALISTIC CHARACTERISTICS as opposed to the Ruler’s (1959-2015) sham Godless Ultra Communistic Political and Social System imposed on the citizens by Apparatchiks aka Meritocrats. This System has gone toxic.
    From his Abillity to Think out of the Box, the Tun created new focii to garner foreign exchange and for the leisure activities of all eg. the Sarawak Highlands, Langkawi, Tioman etc. And many World class buildings like the Petronas Towers, Putrajaya, KLIA, the F1 Racing Circuit etc and a host of highways and by-ways. HE LEFT THE MEDICAL CARE SYSTEM UNDISTURBED BUT ENHANCED IT unlike the surreptious attempts by the creepy tycoons to dismember it now.
    During the Tun’s 22 year Administration, the Rakyat progressed and prospered because every sen was for the Rakyat’s welfare and well-being.
    The Tun’s achievements both domestic and foreign were very many that it takes a couple of volumes to annotate them all.
    IF NOT FOR THE SECRET AGENDAS OF THE CLOSEST AIDES, THERE WOULD HAVE BEEN NO PUBLIC SCANDALS IN WHICH OUR BELOVED TUN WAS FALSELY ACCUSED. The scandals were created by the closest aides, stupid. Thanks to the courage and bravery of KJ and his Youths of UMNO Youth.

    MALAYSIA BOLEH ! MALAYS BOLEH ! MALAYSIANS BOLEH ! OUR BELOVED TUN DR MAHATHIR MOHAMAD BOLEH !

  53. sibotak Apr 15,2015 7:28 PM

    Kajang Pak Malau Kajang Berlipat
    Kajang saya Mengkuang Layu
    Dgang Pak Malau Dagang Bertempat
    Dagang Saya Musafir Lalu

    Anak Beruk duduk di tepi Sungei
    Duduk Termenung Seorang Diri
    Tun Mahathir Bijak & Pandai
    Don,t Khuathir & Don,t Worry , You are Not Sendiri

    Apamacam Tun , Pantun saya ok tak ?
    Luv you Tun
    May Allah Bless you
    Tun……You my Friend

  54. commoner Apr 15,2015 4:01 PM

    Dear Sir,

    YOU ARE NOT ALONE!!

    We (i mean WE, not just ME) too are frequently questioning, and we look up to Tun’s strong voice in this, and many other issues raised.

    THANK YOU very much Sir for always taking the BIG burden for Rakyat. We will be here always rendering our support to you.

  55. intan91 Apr 15,2015 12:36 PM

    PMO has overbudgeted, several folds compared to years ago. It’s due to overspending. So much functions, units under PMO has been overlapping with other ministries, MOSTI, Housing, Education. / Tremendously reduce the efficiency of PMO. Well established units with years of proven achievements have been removed, rebranded, shifted to PMO. Millions, billions of budget has been moved to the PMO along with the ‘shifting’ of units. Many people wonders are the shift meant for personal interest/benefit. A wise man would never shift or makeover something that has been established and functioning for years with good achievements. Just like a chemist will never change a well-established chemical equation, if not an explosion will be resulted. The previous units budget have been slashed, the ‘new’ unit has to be started with new officers (to be trained), resources, only insider would know how much has actually wasted on that.
    Lately government has been running so much ‘businesses’ under the ‘concept’. Don’t ever mask a ‘business’ with the name of welfare. How many billions has spent and don’t forget how much actually has ‘flow out of their actual way’. How many billion loses has been resulted? Are they loses which really meant loses or just loses but ‘claimed’ on resit of government? Netizens claimed the most absurb product will be the prepaid sim card, they even claimed whoever using that will be subjected to spying.
    I really felt we are living in the’left over’ of Tun’s infrastructure. Nothing new has been made after Tun left the administration. Well ,there had been quite many new tolls with very expensive fares, how much in total actually just for a trip of work or in a month how much the toll charged constitute the family expenses. Citizens even ridicule on that issue. ‘Expressway’ has been named ‘pirate’. Infrastructure under-maintenance has make the citizen felt they are living in the ‘rubbles’. Please count how many times the trains break down and buses delay. In Japan such a thing would never been allowed even though the facilities are old they are still well maintained. Time is money.

    #this is a private message#

  56. Arelenasia Apr 15,2015 10:40 AM

    Assalamualaikum..

    Saya merupakan generasi muda dari kawasan perkampungan. Saya bersyukur sangat dengan adanya pemimpin yang sudi mendengar suara rakyat seperti kami. Dear Tun M, kerana Tun M lah suara hati kami yang terbuku dapat di dengari oleh Menteri pada masa kini tetapi masih lagi boleh mereka buat gurauan. Tun M boleh lihat sendiri kenyataan Menteri-menteri sekarang, mereka kebanyakan memandang mudah mengenai kos sarah hidup semua rakyat Malaysia sedangkan tidak semua rakyat lahir dalam kalangan golongan yang kaya.

    Dear Tun M, kadang-kadang saya keliru adakah PM sekarang betul-betul ingin membangunkan Malaysia atau hanya mementingkan puak kepimpinan keluarga atau kepentingan POLITIK?

    BR1M bagi saya merupakan rasuah untuk kepada rakyat untuk menyokong UMNO. Saya memang salah seorang yang menerima BR1M sebab saya jg rakyat biasa y berhak memiliki bantuan tersebut. Tetapi saya hairan ketika kami mengambil bantuan tersebut mereka berkata “JANGAN LUPA UNDI BN OKEY” saya jadi hairan adakah ini bantuan atau sogokan untuk mengundi? pada pandangan saya BR1M tidak di perlukan, apa yang kami perlukan ialah harga barangan di turunkan. Hentikan GST, dengarilah suara rakyat yang kerdil duduk di pelusuk pendalaman dan kampung.

    Dear Tun M, terima kasih banyak-banyak kerana menjadi pemimpin hebat y mendengar suara rakyat, Jika menteri tiada yang menyokong Tun M di sebabkan mata di kaburi dengan kenaikan gaji mereka, Tun M masih ada Rakyat Malaysia yang sedia berdiri bersama Tun M.

    Kami perlukan Pemimpin yang jujur dan adil bukan pemimpin yang boros dan kuat mengampu. Tidak salah berpolitik asal tidak memecah belahkan bangsa dan agama sendiri

    Sekian Terima Kasih.
    Maaf jika ada tersilap bila berbicara 🙂

  57. suararakyat Apr 15,2015 10:13 AM

    Dear tun,

    PM Najib kuat pengaruhnya dikalangan parti tetapi tidak dikalangan rakyat. Rakyat x puas hati tentang GST.GST akan diterima rakyat selepas mengambil masa itupun kerana terpaksa. Janganlah tun memecat PM Najib kerana akan timbul ketidak puas hati dan rasa meluat dikalangan ahli-ahli parti bukan kepada tun sahaja malah ahli keluarga tun juga terutama Dato mukhriz.

    Pada pendapat saya, kelemahan kerajaan ialah kurang mewujudkan projek/ peluang profit yang baru sepanjang pemerintahannya tidak seperti zaman tun, yang ada hanyalah projek2 untuk rakyat yang dianggap tak membawa kepada peningkatan ekonomi negara.

  58. mustaqimabdulrahman Apr 15,2015 9:43 AM

    Tun Dr Mahathir tidak keseorangan dalam mencari kebenaran.

    Ini bukan soal sokong Najib atau sokong Mahathir tapi kita sokong usaha Tun Dr Mahathir mendapatkan jawapan kepada persoalan rakyat untuk mendapatkan kebenaran seperti yang dituntut agama.

    Dicadang jumaat kita pakai hitam dan putih sbg tanda sokong usaha Tun

    http://mustaqimabdulrahman.blogspot.com/2015/04/cadangan-jumaat-warna-hitam-putih.html

  59. novo Apr 15,2015 8:35 AM

    Najib is the director of “The Silence Of The Lambs”?
    Or he is the director of “The Silence of the 1MDB”

  60. HBT456 Apr 15,2015 8:04 AM

    One thing for sure, kaum melayu dan kaum bukan melayu tidak akan hilang di dunia kerana 5 prinsip rukun negara kita, kami rakyat malaysia berikrar akan menjadikan negara kita lebih aman dan selamat.

    lebih baik soal ini tak jawap selama-lamanya, violence will only invite revenge. Usa had 911, our condition is as bad as usa. Our leaders must be firmed, malaysia or malaya?

    In here, I know you had done what you believe in. Today, the current leaders will do their best in what they believe. Right or wrong, does it matter because the damage has already been done that is beyond repair. I am a just a voter, and it is my obligation to express my voting right in general election on whether the ruling government is on the right tr ack or not.

    These foreigners are here, what should we do? We should treat them equally and fairly so that they will become the children of malaysia to make sure takkan melayu hilang di dunia.

    epf members have option to withdraw their full amount at 55 or 60 years since umno cannot decide whether they can win in next ge.

    Time for me to bid goodbye here tok det. May God bless malaysia.

  61. HBT456 Apr 15,2015 7:34 AM

    bn, especially umno is getting weaker at the federal level. thank you for giving us up, especially my race.

  62. anakmerdeka Apr 15,2015 7:26 AM

    Assalamualaikum Tun,

    Semoga ALLAH swt beri kekuatan dan kesihatan buat Tun dan keluarga. Yun tidak keseorangan, saya dan keluarga yang telah menikmati hasil usaha Tun selama 22 sebelum ini tak pernah lupa jasa dan segala pergorbanan yang telah Tun lakukan..alhamdullilah . Saya masih ahli UMNO sehingga sekarang tetapi kebelakangan ini putik – putik hilang keyakinan dan kepercayaan kepada pimpinan atasan UMNO telah mula hilang dari hati saya secara beransur – ansur. Makin hari semakin banyak peristiwa yang berlaku menyebabkan saya keyakinan saya mula goyah. Sekarang timbul pulak isu pengeluaran KWSP sehingga usia 60 tahun…kerajaan sedarkah bahawa setelah bekerja hamper 35 tahun..tentunya saya ingin merasai sedikit nikmat, mengerjakan umrah dengan keluarga tersayang dan perancangan untuk masa hadapan..tetapi tiba-tiba kami dinafikan hak – hak kami. Sekarang ini rata – rata kedengaran kerajaan telah kehabisan wang sehingga terpaksa menggunakan wang dari sumber – sumber agensi kerajaan sendiri…too much bailout nowday.

    Hanya kepada Tun tempat kami mengadu..sekurang – kurangnya suara Tun ada juga impak dibandingkan dengan kami yang kerdil ini..sekarang ini nak suruh anak-anak hadir keperhimpunan agung UMNO pun dah jadi susah, anak – anak jiwa muda kini semakin menjauh dari UMNO. Najib mungkin berasa selesa dengan undi dari Sabah dan Serawak, tetapi ini semua tidak lama. Undi Cina kehilangan, undi India di awing-awangan dan undi melayu keciciran .

    Tun, semoga terus bersuara bagai panglima melayu…Tak Kan Hilang Melayu Di Dunia..umpama juga Tun, Tak Akan Diam Melihat Kehancuran….wassalam TUn..

  63. HBT456 Apr 15,2015 7:19 AM

    Social contract is meant for umnk only? Today, social contract is meant for foreign moslem? gst is forced marriage by ali rustam? Thank you tok det for letting me seing what kind of person you are. You can point yout fingers at otthers, but you can escape the fact how world leaders and malaysians look at you on the soal tak jawab. I dont have you because I know the wicked ones can never win.

  64. anti-jibaok Apr 15,2015 4:59 AM

    YABhg. Tun Dr,

    Sebenarnya Tun tidak keseorangan dalam isu dan hal mutakhir ini. Ramai yang akan sentiasa bersama Tun samada dipihak yang menyokong kerajaan BN mahupun dipihak yang membangkang mengenai perkara yang sama.

    —–

    Semasa Tun memimpin rakyat selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri negara kita yang tercinta ini, tentu sekali ramai yang masih teringat cara pimpinan Tun yang tersendiri seolah ianya adalah sesuai dengan irama dan lagu sebagaimana berikut:-

    https://www.youtube.com/watch?v=6E2hYDIFDIU

    Terutamanya pada maksud senikata lagu tersebut pada rangkap terakhir yang bermaksud sangat mendalam, sebagaimana berikut:-

    “… For what is a man what has he got,
    If not himself then he has naught,
    To say the things he truly feels,
    And not the words of one who kneels….”

    Tun bukanlah jenis insan para-pembodek semacam mana sebilangan Ketua-ketua UMNO Bahagian (dan juga yang lain-lain) yang berjenis – “…of one who kneels…” itu.

    Namun demikian, masa dan keadaan sudah semakin berubah. Amat ketara bahawa Tun sekarang ini seolah keseorangan yang sedang melawan arus kepimpinan negara. Apa yang Tun sedang lakukan seolah sesuatu yang amat susah dan hampir mustahil. Namun begitu, biarlah lagu ini pula semoga akan terus memberi semangat kepada Tun, sebagaimana maksud lirik yang berikut ini:-

    https://www.youtube.com/watch?v=RuireczvTSk

    Walau apapun, percayalah bahawa Tun tidak akan keseorangan dalam isu dan perkara yang berbangkit akhir-akhir ini kerana ramai yang bersama dengan Tun. Nescaya semoga lagu ini pula akan meyakinkan bahawa Tun tidak keseorangan, sebagaimana berikut:-

    https://www.youtube.com/watch?v=jy-aVrTpC2s

    Akhir kata, masih ramai lagi yang tidak akan lupa pesanan Tun sebagaimana berikut:-

    https://www.youtube.com/watch?v=odIcWSIC-1Q

    Sekian.., Wassalam.

  65. sibotak Apr 15,2015 3:50 AM

    Tun you has done yr best part
    Not just as an ex PM concerns of Malaysia but also as Citizen of Malaysia

    Tun kelihatan sekarang sebagai penggangu pergerakan UMNO
    Walau tujuan Tun Benar & Ikhlas
    Bukan senang hendak menegakan kebenaran di kalangan kini
    Namun Tun sudah berusaha semana mungkin
    Sekarang lebih bernas pandangan saya Tun harus Pasrah dan Berdoa untuk Malaysia

    Tun seorangan & tidak punyai Kuasa Mutlak seperti dahulu
    Namun dalam senyap Tun masih punyai berjuta penyokong dibelakang Tun
    Hanya tidak Official sebab Tun tidak Berjawatan Official seperti dahulu

    Saya berharap Perjuangan kita bersama walau tidak seberapa atau berkesan akan membawa Kesedaran & Kejayaan pada kita sesama Ummah
    Ummah Muhammad , Ummah Islam , Ummah Melayu

    Saya Racists Ya Saya Racists Saya Perkauman
    Disebabkan Racist pada perjuang Pembangkang seperti DAP
    Mereka mempergunakan Kebodohan , Perpebelahan Melayu bagi menuju ke Tujuan mereka . Anjing mereka punca perpecah belahkan Melayu sekarang di Rantai dan masih Menyalak
    Mereka berhimpun seperti akan ada himpunan GST , Kebebasan Anwar
    sebagainya lebih bertujuan untu menjatuhkan UMNO lebih pada Democracy atau Kepentingan Malaysia …..INI JELAS

    Saya ambil kesemapatan sekarang
    Adakah DAP akan mengunakan ISA , Sedition Act atau Bubar GST dan sebagainya
    jika mereka Berkuasa kelak . Saya ingin Waratawan yg membaca ini untul menyoal
    Lim Guan Eng , Mat Sabun dan kutu kutu mereka secara Live
    Biar mereka jawab soalan ini sekarang untuk jika mereka belum Berkuasa

    Tun perlu Berehat & Berusaha , Berdoa & Pasrah akan nasib Malaysia
    Nasib Anak Bumi Malaysia

  66. Terenas Apr 15,2015 12:51 AM

    Salam Tun,

    Nak minta ruang, di zaman Najib melayu makin merintih dan makin teruk, dia seolah-olah jadi US punya puppet kadang-kadang. Gelagat dia tu seolah dia US punya puppet. Terbaru di sebuah Universiti syarikat US diambil sebagai kontraktor untuk pasang sistem registrasi untuk student disitu, dan kos untuk pasang ni jauh lebih tinggi dari kos pemasangan yang dahulunya melibatkan syarikat melayu tempatan.

    Sistem lama guna syarikat tempatan bumiputra dan sangat bagus, masih boleh diguna pakai tapi sekarang diganti dengan sistem dibeli dari US dan pembekal dari US untuk 2 jenis pemasangan. Tun pernah kata Anwar tu taksub dengan Amerika, tapi Najib sekarang dah jauh lebih teruk dari Anwar, kalau Anwar guna Amerika untuk kepentingan diri, Najib sebenarnya diguna oleh Amerika untuk kepentingan rakyatnya sendiri. Syarikat melayu yang layak di sisih, sedangkan sistem lama lebih jauh lebih baik dari sistem baru. Ini belum pun kita ada TPPA, apatah lagi kalau sudah ada TPPA!!!! kita bukan minta kuota tapi hanya peluang..

    Saya pohon Tun buat sestuatu sebelum terlambat, saya risau keadaan Malaysia dibawah pimpinan Najib, dimana hubungan kaum semakin teruk, melayu makin tersisih dan negara makin teruk.

  67. HBT456 Apr 15,2015 12:49 AM

    daniel noor, you only care about yourself as malay, what about other races? i was in kajang ktm, and i was shocked that we have so many foreign workers, and i thought i was in india. mana rakyat malaysia, khususnya rakyat selangor?

    Does tun dr mm contribute epf before? why mca wants to increase the withdrawal age from 55 years old to 60 years? you mean our Employee Provident Fund is meant for bailout failures? president mah of gerakan said lets repeat teluk intan’s tactics in permatang pauh’s by election by cheating? gst is like a force prostitution? then what is nep and cheating in elections using pdrm?

    the fact is the damage done by bn is beyond repair. what you concern is not the people. what you concern is only about winning.

  68. husna Apr 14,2015 10:30 PM

    Assalam, tun.please know that u are not alone. Because we are actually questioning exactly the same thing

  69. sahara Apr 14,2015 10:24 PM

    U r not alone…million ppl r stand by ur side..
    Our respect still for u. Thank you for hearing us.

  70. asian man Apr 14,2015 9:58 PM

    Yang Berbahagia Tun.
    Anda cuba baiki Umno, Penyokong yang jadi kaki ampu semakin tenat Umno dan Najib.

  71. yazmindayaakob Apr 14,2015 9:45 PM

    Salam.

    Dear Tun M, saya taknak cakap banyak2 tapi sebagai warga belia Malaysia yang sangat mencintai negara saya dan kempimpinan Tun M ingin mengingatkan Tun bahawa Tun tidak keseorangan! Saya dan ramai lagi rakyat Malaysia dari tiap lapisan umur setia menyokong Tun M.

    Berani kerana benar Tun. We always stand strong with you.

  72. SemmakPala Apr 14,2015 9:08 PM

    Slm YBhg Tun,
    Soalan-soalan yg Tun ajukan tu memang sedang bermain di kalangan rakyat
    nak komplen lebih-lebih, sat g kot lepaih ke dalam. katanya ada saluran komplen
    tapi tang mana saluran atau nama saluran tu pun tak penah didedahkan pada rakyat
    Apa-apa pun, kami sokong Tun. Tun tak berseorangan. Cuma kami ni sebagai
    rakyat kena hati-hati

    Katanya orang miskin tak dikenakan cukai tapi secara tak langsung kena
    La ni, miskin pun kena cukai, cuma depa tak perasan kot sbb penerangan
    menyeluruh tak diberikan pada golongan ini. iklan GST pun dah tak timboi dalam TV

    GST ni macam Boya, dok tunggu saja. Tak beli apa-apa, tak pa. Beli saja, ngapppp
    Dengan harapan untuk kebaikan Negara la, kalau nak cover duit 1MDB, tak brapa betoi la
    Atau nak cover utk nak bagi BRIM yang akan datang pun tak berapa betoi
    Saya teringat kata seseorang (Me***ri). Sekilo gula boleh buat 100 cawan teh tarik
    Nak gelak pun ada, nampak sangat tak brapa paham macamana rakyat buat teh tarik
    kalau boh gula, habih pakat cirit sakit perut. Tu pun kata paham kehidupan rakyat

    Apa yang boleh dibuat setakat ni adalah hanya BERDOA kepada Tuhan la
    Moga dibuka minda & diluruskan perjalanan pentadbiran negara
    supaya kemakmuran negara berada di dalam negara & dirasai oleh rakyat
    dan bukannya kemakmuran dalam negara dinikmati oleh orang luar
    serta kemakmuran negara (RM) tidak dikaut oleh oleh orang luar

    Sekian, terima kasih Tun. Semmak Pala Woooooo

  73. maybkawi Apr 14,2015 8:56 PM

    Rakyat bersama mu . Rakyat bukan lah budak tadika.

  74. daeng Apr 14,2015 8:56 PM

    Assalamualaikum.

    Tun yang saya sanjungi.

    Pengikut Tun dalam blog ini adalah penyokong BN yang tulin. Mereka seperti saya, adalah kumpulan yang terlus dan ikhlas mengkritik UMNO/BN kerana mereka tidak ada kepentingan peribadi. Mereka inilah kumpulan yang ikhlas dan sentiasa mengharapkan negara bertambah makmur dan tidak pernah mengharapkan sesuatu dari kerajaan.

    Ahli-ahli politik, NGO dan individu yang melafaskan sokongan terhadap Najib adalah mereka yang ada kepentingan peribadi dan sentiasa mengharapkan imbuhan atau balasan dari kerajaan.

    Kepada ahli-ahli politik yang mabuk kuasa khususnya ahli UMNO berfikirlah secara rasional adakah Najib ini bagus untuk terus menerajui UMNO untuk masa-masa akan datang?

    Saya hairan bin ajaib mengapa Najib sepatutnya menggunakan platform yang ada menjawab segala pertuduhan pembangkang yang jelas dengan tujuan ingin menjatuhkan kerajaan BN tetapi Najib lebih cenderung menggunakan platform yang ada menyerang Tun yang saya lihat mengkritik untuk kebaikan negara?

    Dulu saya bangga dengan Muhyidin tetapi sekarang saya lihat semakin tidak cerdik;
    Khairy Jamaludin = Penanda aras kemampuannya sebagai pemimpin boleh diukur kemajuan sukan Malaysia di peringkat antarabangsa, contohnya ranking bolasepak Malaysia, menurun / semakin maju?
    Hishamudin = lembik, tiada ketokohan seorang pemimpin. Saya lihat Najib cuba mengetengahkannya dalam isu MH370 tapi hampeh.

    Sekian Tun.

  75. RADZI Apr 14,2015 8:37 PM

    Assalam WBT

    1. Kalau dahulu Negara luar berkata dalam media mereka seperti mana mereka berkata hari ini… The most corrupted country… PM masa tu akan terus hemtam orang putih ini. Sekurang-kurangnya PM Malaysia pada masa tu akan jawab…. I know how to take care my country and you please take care your country. Ini apa jawab pun tiada.

    2. Nak beri sokongan mestilah patut dan wajar. Bukan sokongan buta tuli. Jawab lah sama ada berlaku penyelewengan dan kesilapan tata urus dalam IMDB yang menjurus kepada ke mana hilang nya duit tersebut.

    3. Rata-rata di kalangan orang biasa tertanya. bagaimana seorang dari Penang ini boleh mendapat keistimewaan untuk berurusan dengan IMDB dan mempunyai kelebihan lebih daripada Ketua-Ketua Bahagian UMNO sendiri. Ramai lagi professional dalam Negara yang berkelayakan dan mempunyai amanah sedang meraih simpati dari pelbagai pihak kerana sesuap nasi.

    4. Perlu ingat bahawa Tun Dr . Mahathir telah juga berkempen untuk kemenangan UMNO dan BN dalam PRU13. Beliau menyokong UMNO dan BN. Dalam dalam kritikan sekarang pun, Tun tidak menyebut bahawa beliau tidak menyokong BN mahupun UMNO. Apa yang dikatakan ialah sekiranya rakyat telah hilang kepercayaan dan menganggap pemimpin mereka tidak berupaya lagi dan boleh menyebabkan kekalahan pada masa akan datang, sewajarnya pemimpin itu undur diri.

  76. adelheid Apr 14,2015 8:09 PM

    Dear Tun,

    Hope all is well with you and Tun Siti Hasmah taking good care of both your health and safety.

    Tun you are not alone. Just because Najib is getting the support of his men his shoe polishers does not mean we the majority rakyat support him. Those who srub his back are those whose backs are being scrubbed by Najib. But we the rakyat biasa we don’t owe him instead we only cast our votes, and cast votes we will again come 2018 insya Allah.. Only this time it won’t be for Najib and his present caretakers.

    Tun what you have voiced are exactly what the rest of us feel. In fact we have felt the same that there is something not quite right with this PM even before he took over from Tun Abdullah Badawi. After he became PM things got even worse in so many ways, lavish life, tarnished reputation (Altantuya case), causing families to suffer when some loyal UMNO coolies from some govt agency got terminated after PRU13 just like that without even a thought about how these coolies will continue to survive! And so many more damned doings of his administration that many Malaysians don’t know. And 1MDB that is going to cause us rakyat to be the real debtor even after Najib is no more. And the chain of events that have left all of us wondering whether all of this time we all had actually been fooled by him – Najib, the late ex-duta besar ke US, MH370, MH17, chopper crash ex-duta besar. All untoward events involved human lives.

    So Tun don’t feel that you are alone in this battle. Truly this is not you as one individual against the PM, as he himself puts his words. This is us the rakyat the voters against him and his ball-less losers.

    Tun thank you for caring to read my opinion. I hope you stay strong because we need you to stay strong for us for this country. We stand firmly with you. And please take good care your safety wherever you are.

  77. tariqdagreat Apr 14,2015 7:54 PM

    Assalamualaikum Tun,
    Semangat juang yang di tunjukkan oleh Tun untuk menegakkan kebenaran perlu di puji seluruh rakyat Malaysia. Tidak ada seorang pun dalam Malaysia yang berani untuk menegur perdana menteri kita melainkan Tun. Saya berani jamin jika Tun mengalah tidak ada sesiapa yang boleh mengantikan Tun untuk terus menegur perdana menteri kita. Please dont give up Tun. You are our hope. Assalamualaikum.

  78. nazrullah Apr 14,2015 7:48 PM

    Assalamualaikum Tun M, dan sahabat sekelian. Salam sejahtera.

    1) Saya adalah rakyat, tidak salahkan jika saya bertanya dan berpendapat?
    2) PRU 13 lepas jelas menunjukkan prestasi BN semakin merosot. UNDI POPULAR di kuasai oleh PR, manakala bilangan kerusi parlimen masih dikuasai oleh BN namun ibarat telur yang akan sampai di hujung tanduk.
    3) Banyak perbelanjaan besar dikeluarkan termasuk BR1M, pengiklanan im4u dan sebagainya sebelum PRU 13, namun ini tidak membuahkan hasil yang cukup positif berbanding Keputusan PRU sebelumnya.
    4) Adakah PRU yang mendatang akan menjanjikan kemenangan buat BN? Dengan pelbagai persoalan yang masih belum terjawab?
    5) Adakah isu isu seperti 1mdb, Jho Lo, SA, wang di Cayman island, dan lainnya akan membantu memberi impak maksima kepada PRU akan datang? Adakah keputusan PRU 13 lepas tidak dijadikan amaran awal atau mungkin terakhir kepada BN?
    6) Terkini, Kwsp mengumumkan plan bagi had pengeluaran dari 55 tahun ke 60 tahun. Adakah ini tidak memberi reaksi negetif pencarum Kwsp terhadap tindakan kerajaan?
    7) Tidakkah memberi pulangan yang tinggi kepada pencarum adalah lebih baik dari merencanakan peningkatan had umur pengeluaran dari 55 tahun ke 60 tahun?
    8) Adakah wajar kamu menggelar Tun M ibarat terkena histeria sedangkan diwaktu pentadbirannya semua perbelanjaan dan hasil nampak di hadapan mata?
    KLCC, KLIA, PROTON, PERODUA, PUTRJAYA, PETRONAS dan sebagainya.
    9) Perbelanjaan kerajaan semakin meningkat dari tahun ke tahun, hutang makin meningkat dari tahun ke tahun, dimana kesudahannya?
    10) Kenapa wang yang di pinjam 1mdb tidak digunakan di dalam negara kita sendiri? seperti pembiayaan syarikat biofarmasuitikal negara yang dilihat mampu memberi pulangan yang besar pada masa akan datang.
    11) Saya ingin bertanya kepada kerajaan, siapakah Jho low yang di sebut Tun M?

    Sekian. Wassalam.

  79. abuhanif Apr 14,2015 7:29 PM

    Hampir semua orang yg saya jumpa sependapat dgn Tun.

  80. The Hidden Secret Apr 14,2015 7:23 PM

    Salam Satu MDB!

    Tahun 2015 tak jauh beza dengan tahun 2010. Kemungkinan besar tahun 2020 sama sahaja dengan tahun 2015. Wawasan 2020 tidak akan tercapai… Pada tahun 2020 nanti Malaysia akan terus kekal sebagai negara membangun yang berhutang keliling pinggang. Pak Lah dan Najib tidak banyak menyumbang dalam usaha untuk mencapai Wawasan 2020. Masing-masing sibuk dengan Islam Hadari dan 1Malaysia. Susah untuk Malaysia nak jadi negara maju sebab… Tandas kita pun kita tak mampu nak urus! Ditambah lagi dengan majoriti rakyat Malaysia yang merupakan orang Melayu yang banyak masalah… Masalah-masalah yang bangsa lain tak buat… Rasuah, rempit, ragut, hisap dadah, incest, rogol anak, rogol cucu, rogol anak saudara, rogol adik, part-time call girl, aids, kemiskinan… Semuanya Melayu no. 1! Popular Book pernah buat promotion jual semua buku pada harga RM 5.00 senaskah, 80% pengunjung ialah orang Cina, Melayu adalah dalam 5% kot! Melayu lebih minat dengan program-program lawak jenaka! Anugerah lawak jenaka pun ada kan? Semua pemimpin Melayu telah gagal dalam memecahkan rekod-rekod no. 1 Melayu ini. Selamat tinggal Wawasan 2020!

    Sekian.

  81. thepandabean Apr 14,2015 7:19 PM

    tun jangan risau saya sentiasa berada di belakang tun.tun tidak akan berseorangan.saya rasa tindakan tun amatlah tepat .hero will never die….
    najib tu dia pikir rakyat dia kaya padahal kita ni nak cari duit pun susah. saya rasa mata melayu belum bukak sepenuhya.pemimpin yang dilahirkan drpd keluarga yang senang tidak tahu bagaimana kesusahan rakyat.saya berharap tun akan sentisa bersuara dan kembalikan zaman kegemilangan malaysia.sekarang ini malaysia semakin mundur.puak yang menyokong najib belum membuka mata mereka sepenuhnya dan mereka tidak sedar betapa susahnya rakyat……love you tun….rakyat sentiasa berada diblelakang tun

  82. Idea Apr 14,2015 6:34 PM

    Dear Tun,

    Thank you for highlighting our concerns.

  83. amdrdz Apr 14,2015 5:48 PM

    Assalammualaikum Tun.. pendapat Tun banyak benarnya.tetapi ada pihak yang menyalahkan Tun,kerana Tun banyak bertanya sedangkan Najib dulu banyak menyokong Tun.
    1) Pada pendapat Tun benarkah prestasi DSN (Dato Seri Najib) hari ini banyak dipengaruhi oleh Rosmah Mansur?
    2) Mengapa projek Jambatan Bengkok sangat perlu kepada negara? Apa yg tidak dilihat oleh Tun Abdullah dan DSN kebaikan dari projek Jambatan Bengkok berkenaan?
    3) Apa pendapat Tun mengenai kedudukan dan ekonomi Melayu pada 10 tahun akan datang, jika keadaan seperti sekarang terus berlaku?
    4) Jika Tun diberi peluang menjawat semula sebagai Perdana Menteri,apakah langkah pertama yg akan Tun ambil untuk memulihkan semua ini?
    5) Tun, mungkinkah orang Melayu pada hari ini memerlukan satu parti Melayu yang baru dan mempunyai konsep yg serupa seperti Barisan Nasional?
    6) Dan yang terakhir, buat masa sekarang siapakah org yg paling layak mentadbir negara?

    Maaf Tun. Tun tidak pernah keseorangan. Sebagai generasi yg dilahirkan oleh Tun dan diberi bantuan pelajaran pada zaman Tun,saya yakin, sekiranya Tun meniup wisel,generasi saya akan bersama2 dengan Tun. Lapangan dah disiapkan, Keris dah disematkan…Hanya menunggu Tun memberikan tanda isyarat. Jika Tun siapkan satu platform baru untuk Melayu baru, kami sentiasa berada dibelakang Dato’ Mukhriz untuk memimpin kami.

    Hormat dari Kami.

  84. rodin Apr 14,2015 4:52 PM

    1. Apa yang dibangkitkan oleh Tun merupakan perkara yang memerlukan penjelasan sewajarnya. Saya juga sependapat bahawa PM tidak menjawab secara jujur atau kerana terpaksa semasa diwawancara. Pewancara juga sangat jelas memihak dalam pembuka bicara soalannya. Satu persoalan lagi, kenapa TV3 dan tidak RTM? Atau kenapa tidak di Parlimen?

    2. PM mungkin mengambil pendekatan membendung perkara yang dibangkitkan Tun dari diketahui oleh penduduk kampung yang tidak tahu isu atau sengaja tidak mengambil hirau masa depan negara. Tindakan Tun sangat bertanggungjawab demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat yang ada kekurangan pengetahuan dan semangat. Suara Tun memang sangat diharapkan kerana ada ummmph. Suara orang lain tidak memberi kesan.

    3. Terlalu banyak pembaziran yang dilakukan secara salah guna kuasa dalam Kerajaan sekarang ini. Setiap sokongan kepada pemimpin yang membazir secara salah guna kuasa adalah berasaskan kepada wang! Mereka takut kehilangan kuasa dan harta sekiranya tidak memberi sokongan. Mereka inilah yang mempunyai agenda yang tidak baik kepada Negara!

    4. Sesungguhnya perjuangan belum selesai. Kemakmuran perlu diutamakan walau apa rintangan dan dugaan yang datang. Alhamdulillah Negara dianugerahkan pemimpin seperti Tun. Jiwa dan semangat Tun sentiasa didambakan.

  85. Sheila Subyr Apr 14,2015 4:47 PM

    Assalamualaikum Tun,

    Didoakan semoga Tun sihat sejahtera di samping keluarga tercinta. Saya sangat menghargai segala pandangan dan persoalan yang ditimbulkan oleh Tun berkenaan dengan pentadbiran Dato Seri Najib. Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh PM di akbar Utusan, dapatlah saya simpulkan PM gagal menjawab segala persoalan yang bermain dibenak kami rakyat dan Tun sendiri. Terlalu banyak persoalan yang dijawab dengan ringkas dan tidak disokong oleh fakta sebagaimana yang diharapkan. Saya sebagai golongan generasi Y yang mengundi BN sangat bimbang dengan pentadbiran PM yang sangat membebankan rakyat. Ramai dalam kalangan rakan-rakan saya tidak menyokong pentadbiran PM. Mereka sudah mula jelak dengan tekanan pelaksanaan GST, ringgit yang semakin jatuh nilainya, kos kehidupan yang semakin meningkat sementara gaji masih ditakat lama, pemilikan rumah pertama yang amat menyesakkan dan sebagainya. Saya percaya jika masalah rakyat tidak dapat PM atasi adalah tidak mustahil BN akan tumbang pada PRU ke-14. Jika Dato Seri Najib mahu mencipta sejarah di Malaysia sebagai PM pertama yang menjadi ketua pembangkang teruskanlah dengan perancangannya. Terima kasih Tun sekali lagi kerana menyuarakan apa yang terbuku di hati kami rakyat marhaen. Tun terus-terusanlah menegur PM agar beliau sedar walaupun dicerca dan dikritik oleh kroni-kroninya. Tun tidak keseorangan kerana kami akan terus menyokong Tun dari belakang. Wsalam.

  86. faridina Apr 14,2015 4:11 PM

    Assalam Tun,
    Setelah sekian lama menjadi pengikut setia blog Tun maka kali ini saya dan isteri terpanggil untuk bersama-sama duduk dibelakang pun jadilah menumpang bas Tun..
    Kami faham maksud Tun “saya sedar saya keseorangan”..
    Ini sebenarnya Tun tujukan kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang sewaktu ketika dahulu pernah naik atas kelantangan Tun menolak Pak Lah “they are partly instrumental in putting pressure on Pak Lah too!”..
    Namun Tun, percayalah rakyat marhean seperti kami semua adalah dibelakang Tun walaupun tidak sama dengan mereka yang Tun maksudkan.
    Kata-kata Tun ini mengingatkan kami tentang pemilihan UMNO 1986 – Tun pernah quote dalam buku biografi Tun betapa keseorangan Tun ketika itu kecuali beberapa kerat yang setia antaranya Tan Sri Sanusi Junid dan Tun Daim.
    Hari ini Tun masih ada 2 tokoh ini yang menyokong dan sealiran pendapat dengan Tun walaupun mereka juga tiada tempat dalam aliran perdana UMNO hari ini..
    Seperti Tun Daim kata, orang UMNO ni depan boss mereka kata sokong tapi belakang takda orang tahu, sampai masa bila dah panik depa pakat tolak jugak..
    Kami rakyat marhean yang tak berapa cerdik ni pun faham caption “history repeat itself” berkait dengan kemelut ini..
    Sama macam Pak Lah dulu bila ramai pemimpin mula menyatakan sokongan maka itu sebenarnya “early sign” dan DSN harus terima hakikat ini dan jangan terbawa2 dan asyik dilambung2 takut2 tak sempat sambut jatuh terduduk pula..
    Bersambung..

  87. Daniel Noor Apr 14,2015 4:02 PM

    Tun yg di kasehi,

    You Never Walk Alone. Believe me.

  88. bourne007 Apr 14,2015 3:59 PM

    Assalammualaikum Ayahda,

    Hari ini MYNIC digodam oleh penggodam bangladesh, mungkin bangladesh yg kecil hati dgn rakan senegaranya yg mengundi BN, bermakna kesemua nama domain .MY dikuasai Pengodam Bangladesh. Bunyinya bagaikan #OPMalaysia

    Namun objektif komen ini adalah mengenai parlimen-parlimen yang jatuh ke tgn pembangkang pada PRU14.

    Analisa PRU14, PRK ROMPIN & PERMATANG PAUH

    Saya akan kemaskini analisa PRU14 beperingkat.

    Terima Kasih.

  89. muzzaffar88 Apr 14,2015 3:37 PM

    Dear Tun,

    Please set up your own political party. I am sure most Malaysians will vote for you again.

    Regards, Muzzaffar

  90. farhana Apr 14,2015 3:36 PM

    Assalamualaikum Tun Dr Mahathir,
    Sebenarnya saya mahu menulis kepada Tun sejak dari saya kecil lagi. Semasa zaman saya kecil dan bersekolah, saya selalu mendengar ibu bapa saya bercakap tentang seseorang bernama Mahathir. Saya selalu terdengar perbualan saudara mara tentang kehebatan seseorg yang bernama Mahathir. Semasa di sekolah rendah, sentiasa terdengar guru-guru menyebut tentang Perdana Menteri kita yang hebat yang bernama Mahathir. Apabila saya berada di sekolah menengah, saya semakin bangga melihat Perdana Menteri kita yg gah di mata dunia ketika itu iaitu Dr Mahathir. Sampai saya menjejakkan kaki ke bumi New Zealand untuk melanjutkan pelajaran, rakan rakan luar negara sentiasa berkata “owh you are from Malaysia, we know your prime minister, its Dr Mahathir Mohamad! He is an awesome man!” Bila mana saya menyertai rakan rakan tidak kira dari arab, asia atau europe atau america, mereka tidak berhenti memuji kehebatan Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu Tun. Sampai ketika Tun telah bersara pun mereka masih menyebut nama Tun. Bila saya cuba betulkan, mereka selalu berkata, its okay farhana, we only remember Dr Mahathir Mohamad! Saya masih ingat wawasan 2020, ingat lagi saya mengira usia saya nanti tahun 2020 berapa lah agaknya. Sempat tak saya realisasikan wawasan 2020 Dr Mahathir ini. Saya masih ingat lagi rakan rakan saya di waktu masih kecil, cita cita bila besar, nak jadi Mahathir Mohamad!
    Saya amat berbangga membesar di zaman pemerintahan Tun, dibuka minda untuk berfikir, dengan wawasan 2020 Tun Dr Mahathir,
    Saya amat berbangga Malaysia mempunyai seseorg yang sangat hebat seperti Tun Dr Mahathir.
    Youve made such an impact.
    And you are one in a million.
    And truly, you are not alone.
    Thank you for reading this.
    I can finally able to write to you and know that you will read this.
    Thank you Dr Mahathir.

  91. Hajar Apr 14,2015 11:41 AM

    Salam YAB & Yg diKasihi Tun,

    SOAL TAK JAWAB

    ///

    Utusan Online:

    Pemuda UMNO tidak sokong PM secara membuta tuli
    Oleh MOHD. HAZLI HASSAN

    KUALA LUMPUR 13 April – Pemuda UMNO tidak memberikan sokongan membuta tuli kepada kepimpinan parti khususnya Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Perdana Menteri, hanya disebabkan mahu terus memegang jawatan.

    Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, sokongan pergerakan itu kepada kepimpinan parti disebabkan Pemuda mahukan parti kekal kuat serta terus berjaya dan bukan tersungkur pada masa akan datang.

    “Kita anak muda dalam UMNO dan kalau kita bagi sokongan membuta tuli kepada pemimpin yang memberikan pendapat yang tidak boleh dipertahankan, bukan hanya pemimpin itu akan jatuh, tapi kapal UMNO akan karam dalam pilihan raya akan datang.

    “Buat apa kita saja nak bermuka-muka depan Presiden, depan Perdana Menteri, hanya kerana hendak jaga kedudukan kita?

    “Mungkin saya ada jawatan, tapi rata-rata exco Pemuda tiada, mereka adalah pemimpin akar umbi… jadi tak mungkin mereka beri keyakinan kepada saya yang mereka menyokong Presiden jika mereka merasakan Presiden tidak layak disokong.

    “Kita bagi sokongan hari ini sebab kita yakin dan percaya dengan kepimpinan Presiden,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas majlis perjumpaan dengan Najib di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

    Perjumpaan ini adalah perjumpaan kedua Najib dengan pemimpin sayap UMNO selepas perjumpaan dengan Wanita UMNO pada minggu lepas.

    ///

    Alahai!

    Alangkah baiknya jika Pemuda UMNO ’garang’ & mengembeling seluruh tenaga untuk membela parti dan bangsa/agama bila serangan dan ’fitnah’ bertalu-talu dilontar oleh Pembangkang terhadap parti dan orang Melayu. Mereka tidak tahu siap ’musuh’ sebenar UMNO. Tapi ’bloggers’ upahan mereka yang digelar ’bang*ng’ oleh PM..

    Saya sebagai rakyat biasa tidak boleh menerima cara mereka (kepimpinan UMNO/BN) ’memperlekeh’ Tun kerana Tun cuma bertanya soalan2 yang ’valid’. Mereka masih sokong PM yang gagal jawab soalan2 mudah. We will see if they can win the ’war’. Kita lihat siapa yang akan tersungkur nanti.

    Terima kasih Tun. Jasa Tun kepada Bangsa, Agama dan Negara tetap dikenang dan dihargai.

    *** Semoga Allah SWT sentiasa melindungi Tun sekeluarga. ***

  92. sitinur Apr 14,2015 11:05 AM

    Assalamualaikum..
    antara ayahanda tun dan najib n da cabinet..saya hanya percaya ngan kata2 dan janji ayahanda tun..jugak saya percaya dato mukhriz sedikit sebanyak mewarisi keberanian dan semangat ayahanda tun….maaf cakaplah…nk habaq kat pak mentri/pegawai tinggi gomen jgn duk perlekeh gat ngan org kg….hangpa pon asai org kg…sabri chik jgn samakan najib dgn Allah…Allah maha esa sabri chik ye…sila takot pd Allah….

  93. peryton Apr 14,2015 10:42 AM

    As usual. The answer we got still blank.
    Clearly don’t understand what people want. If this is the case, how to solve the problem?

    The questions from Dr.M are the question peoples of Malaysia.
    I don’t understand when PM Najib said: I only answer the problem peoples of Malaysia got not the “one”.

    From the Malaysia GDP Annual Growth Rate http://www.tradingeconomics.com/charts/malaysia-gdp-growth-annual.png?s=magdhiy
    I dont see any outstanding growth on it. Will it good on 2020?
    Remember the whole world are growth too.

  94. Hang Jebat Derhaka Apr 14,2015 10:15 AM

    Assalamualaikum,

    Sebenarnya rakyat biasa seperti saya tidak begitu mengerti akan isu 1MDB ini. Sebarang maklumat yang disampaikan hanyalah menerusi penerangan yang dibuat oleh ahli politik. Makcik2 dan pakcik dikampung yang menyokong penuh UMNO dengan taat tidak pernah tahu dengan jelas isu 1MDB ini. Bagi mereka, kepercayaan yang diberikan adalah mutlak, tidak mungkin pemimpin UMNO akan memusnahkan negara mereka sendiri.

    Barangkali tidak, tetapi ketidakcekapan mengurus boleh jadi sama besar dosanya dengan pengkhianatan. Mungkin ada penyelewengan wang negara dan DS Najib benar2 tidak tahu tetapi dalam kamus seorang yang cemerlang, tidak tahu akan hutang negara yang begitu besar jumlahnya adalah satu manifestasi ketidakcepakan yang begitu ketara. Ini adalah dosa besar.

    Hutang yang besar akan mengikat sipenghutang kepada terma2 pemiutang. Apabila hutang ini tidak mampu dibayar, maka yang berhutang akan diperhambakan oleh sipemiutang. Hanya istilah sahaja yang dimodenkan. Hakikatnya rakyat Malaysia akan diperhambakan oleh sipemiutang, jika hutang tak dibayar. Sekali lagi, rakyat marhaen seperti saya tidak tahu menahu siapa pemiutangnya dan apakah terma2 yang dikenakan. Rakyat yang tidak mengetahui perlukan jawapan kerana hutang sebegini besar amatlah meresahkan. Khabarnya negara kita kini dilanda hutang yang mencecah ratusan billion secara keseluruhannya. Tahukah kita bahwa negara2 yang berhutang dengan IMF kini tertekan dengan terma2 mereka. Tahukah kita bahawa hutang selalu menjerumuskan gadis2 dalam pelacuran?

    Barangkali rakyat marhaen memang tidak mahu ambil peduli akan masalah hutang negara. Yang penting kehidupan seharian beres. Tetapi dibawah tampuk pemerintahan Pak Lah dan Najib, kehidupan seharian menjadi semakin tertekan juga. Rakyat tidak mahu kisah dengan GST. Rakyat hanya mahukan harga barang2 menjadi turun ataupun stabil. Selepas mengetahui GST menyebabkan begitu banyak barang naik harga mereka menjadi marah. Amatlah sukar untuk mencari rakyat marhaen yang berpuashati dengan kerajaan hari ini kerana hakikatnya, kerajaan hari ini tidak cekap mengurus dan tidak mempunyai daya intelek yang tinggi.

    Apabila rakyat merungut, mereka dimarah dengan angkuhnya. Disuruh naik basikal, disuruh masak sendiri dikampus, disuruh berjimat cermat, disuruh rancang perbelanjaan tetapi hakikatnya para2 menteri boros dan kaya raya. Tidak ada kepimpinan melalui teladan. Dengan pengumuman angkuh dari KWSP untuk menyekat pengeluaran hasil titik peluh rakyat pada umur 55 tahun, maka telah rasmilah bahawa BN akan berkubur PRU14 nanti. Mereka sudah tidak tahan lagi diperas, diugut dan dipermainkan oleh pemerintah yang lagaknya baik, tetapi hakikatnya buta hati.

  95. kalam putih Apr 14,2015 10:08 AM

    Memang benar desakan ataupun tekanan yang diberikan oleh Tun Mahathir terhadap Dato Najib sangat kuat kesannya, namun ianya tidak akan memberikan apa-apa makna jika tiada seorang pun pemimpin yang berpengaruh dalam UMNO yang berani tampil untuk mendesak agar Dato Najib melepaskan jawatan. Setakat ini, masih belum ada pemimpin tertinggi UMNO yang berani melakukan hal tersebut.

    Dan perlu difahami juga bahawa, walaupun ada pemimpin UMNO yang berani tampil untuk menentang Najib, ianya bukan tugas mudah kerana ada banyak pihak yang berkepentingan dengan Dato Najib akan mempertahankan beliau dengan habis-habisan.

    http://kalamputihmenuliss.blogspot.com/2015/04/krisis-dalaman-barisan-nasional-vs.html

  96. ridzuanhaluwi Apr 14,2015 10:05 AM

    Dear Tun,
    Tak mengapa jika Tun Bersendirian…itu perkara biasa…yang penting Tun Sebagai Mantan PM yang telah banyak berjasa..akhirnya sanggup menyoal dan bertanya pada Datuk Seri Najib akan beberapa persoalan yang sentiasa bermain diminda rakyat…sebagai rakyat memang tiada apa yang boleh dibuat kerana siapalah rakyat bukana da kuasa pun…tetapi dengan keberanian tun bertanya membuatkan rakyat yang dulu mungkin tidak suka pada Tun telah kembali sedar sebenarnya ada sisi baiknya pada Tun ini…apa pun tahniah….rakyat biasa insyallah akan bersama Tun…dan mungkin ramai yang menyokong Tun secara senyap-senyap atas faktor halangan tertentu..yang penting Tun perlu tahu bahawaTun Bukan bersendirian dalam hal ini……

  97. Wan88 Apr 14,2015 10:02 AM

    Mungkin pemberita yang mengajukan soalan pun patut dipersalahkan kerana menyebabkan Najib tidak memberi jawapan yang jelas pada soalan Tun M. Pemberita sepatutnya lebih berkecuali dan tidak memihak. Ambil contoh pemberita barat yang lebih lantang dalam mengajukan soalan tanpa mengambil kira kedudukan pemimpin tersebut

  98. farz Apr 14,2015 9:48 AM

    Dear Tun,

    Assalamualaikum, Tun sama sekali tidak keseorangan. Cuma kami yang tiada pengaruh dan sayangkan agama Islam, bangsa Melayu dan negara kami menyokong Tun dengan sepenuh hati. Ramai di antara kami yang tertawa (tapi sakit hati) mendengar penerangan DSN dan penyokong penyokong beliau yang buta dan pekak. Tun samasekali tidak menghasut, Tun cuma mengutarakan soalan-soalan yang ramai di antara kami yang ingin tahu. Saya juga yakin Tun tidak ada motif menghasut melainkan semata mata supaya kesilapan pemerintahan sekarang diperbetulkan sebelum terlambat, sebelum orang Melayu tersungkur dan terus lumpuh. Saya juga yakin jika anak-anak Tun tidak berkebolehan, jika mereka mengharapkan Tun semata-mata, mereka tidak akan berjaya seperti sekarang. Teruskan perjuangan Tun. Terima kasih yang tak terhingga kepada Tun. Diharapkan Tun sentiasa cekal dan berani untuk menolong kami ini. Semoga Allah s.w.t melindungi Tun sekeluarga dan mengurniakan umur yang panjang dan sihat walafiat. .

  99. teratai Apr 14,2015 9:36 AM

    Salam Tun,

    Tun, don’t ever think that you are alone. We are with you. You are our voice.

    Our voice can’t be heard because we are the small voice but you speak for us.

    No words can describe how grateful we are to you, Tun.

    Those who wish to read English version of Tun’s writing, kindly click below http://www.translationfocus.bogspot.com

    Thank you.

  100. Ammal Adnan Apr 14,2015 9:21 AM

    Masa zaman Tun.. saya masih percaya bahawa bangsa melayu pada masa itu tidak seperti zaman sekarang…
    mereka mudah menolong bangsa mereka sendiri.. tetapi sekarang mereka tidak mudah menolong bangsa mereka sendiri…
    mereka sanggup melihat bangsa mereka susah.. daripada mereka kehilangan jawatan dan juga kehilangan harta….

  101. Ammal Adnan Apr 14,2015 9:17 AM

    Assalamualaikum Tun….
    Tun harus tahu juga Uitm sekarang bukan seperti Uitm dahulu… mereka tidak mempunyai simpati terhadap nasib pelajar seperti saya…

    Uitm Tiada Simpati
    Tujuan saya menceritakan ini, saya tidak mahu apa yang terjadi kepada saya akan berlaku pada adik-adik saya yang akan belajar di UiTM nanti. Adakah undang-undang yang dibuat oleh UiTM sama taraf dengan undang-undang Allah yang tidak boleh diubah langsung. Disamping itu, adakah undang-undang yang dibuat oleh senat UiTM tidak boleh diubah, yang mana dikatakan oleh seorang yang berpangkat didalam UiTM, bahawa keputusan senat UiTM muktamad. Adakah undang-undang tersebut dianggap mulia bagi pihak UiTM? Adakah mereka tiada perasaan simpati pada pelajar yang mengalami nasib seperti saya. Apa yang saya nak katakan disini, seorang pelajar yang gagal pada semester pertama yang mempunyai masalah kesihatan tidak dibenarkan membuat rayuan dan juga tidak dibenarkan membuat permohonan baru ke UiTM semula. Undang-undang tersebut telah dipinda pada tahun 2013, yang mana pindaan akademik iaitu dimana pelajar yang mendapat status “D1” dan “D2” tidak dibenarkan membuat rayuan dan juga tidak dibenarkan membuat permohonan baru. Dalam erti kata, nama saya telah disenarai hitam oleh pihak UiTM. Adilkah undang-undang tersebut bagi yang mengalami nasib seperti saya, yang mengalami sakit sinusitis kronik dan juga pada masa yang sama terkena ilmu sihir manusia iaitu santau semasa saya sedang belajar. Bagi pihak UiTM, mungkin mereka anggap ianya sebagai permainan. Adakah, mana-mana pelajar yang mengalami nasib seperti saya dapat belajar dengan baik? Tetapi, saya yang melaluinya, bukannya mereka. Pada mulanya, memang saya tidak percaya saya terkena santau, selepas saya menyedari diri saya semakin hari semakin tidak bermaya. Malah tubuh saya pada masa itu, mengalami penurunan yang mendadak. Selain itu, saya juga mengalami batuk-batuk sehingga menyebabkan keluar darah, saya anggap ianya perkara biasa. Tetapi, bagi seorang insan yang telah diberi dugaan tersebut mereka tidak akan dapat perasan apa yang sebenarnya berlaku kepada diri mereka pada mulanya. Saya cuba untuk belajar, tetapi hari demi hari, seolah-olah fikiran saya tidak boleh berfikir seperti orang yang waras. Disamping itu, saya juga mempunyai bukti yang kukuh bahawa saya mempunyai penyakit sinusitis kronik, dalam tempoh yang agak lama bagi doktor mengesan penyakit sinusitis kronik tersebut. Ianya dapat dikesan, dalam tempoh 1 tahun 3 bulan barulah doktor mengesahkannya. Naib cancelor UiTM mengatakan saya mensia-siakan peluang yang diberi oleh UiTM, tetapi tanpa mendengar penjelasan, dan beliau sendiri tidak bertanyakan kepada ibu bapa saya yang menjaga saya ketika saya terlantar sakit, bagaimana keadaan saya, adakah cerita ini benar atau tidak. Langsung tidak memberi ruang untuk kami perjelaskan keadaan yang sebenar. Bagi saya, walaupun Tan Sri Dato Sri Utama Arshad Ayub bukan lagi naib cancelor. Tetapi saya lebih senang dengan beliau. Beliau faham terhadap apa yang dilalui oleh saya. Saya pernah meminta pertolongan beliau melalui Puan Rosnita, untuk memberitahu bahawa saya masih ada lagi cita-cita di UiTM. Saya tidak dapat untuk belajar dengan baik, kerana saya sakit. Bukan sebab saya mensia-siakan peluang. Disamping itu, tuduhan yang mengatakan saya tidak membuat rayuan selepas mendapat keputusan peperiksaan dan juga tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan oleh pihak UiTM kepada saya adalah tidak benar. Saya berhak untuk mempertahankan diri saya dan juga saya berhak untuk membersihkan nama saya kembali.
    Saya tidak mahu, melihat bahawa nasib adik-adik saya yang mengalami sakit seperti saya, selepas ini berlaku kepada mereka setelah apa yang berlaku kepada diri saya. Kerana apa yang berlaku kepada saya, saya amat kecewa dan sedih terhadap pihak UiTM yang sering menyalahkan saya sahaja. Perkara sihir bukan perkara yang boleh dibuat main-main. Jika Allah mengatakan ‘kun’ maka jadilah ia, tiada kuasa yang boleh melawan kuasa Allah, apa yang dikatakan oleh seseorang yang berpangkat besar juga yang berada didalam UiTM iaitu di Bahagian Hal Ehwal Akademik, seolah-olah penyakit yang dialami oleh saya ialah salah saya. Jika saya benar mensia-siakan peluang dan juga malas untuk belajar saya akur saya dibuang oleh pihak UiTM. Disamping itu, saya juga akui, kesalahan saya, bahawa saya tidak ada bukti yang kukuh menunjukkan saya sakit pada waktu itu untuk menangguh pengajian saya. Dan pada masa yang sama, saya juga tidak boleh nak berfikir secara waras pada masa itu. Apabila seseorang yang terkena sihir manusia, mereka seakan-akan tidak boleh nak berfikir. Bagi mereka yang pernah terkena sihir manusia, mereka akan faham bagaimana rasanya. Selama 2 tahun saya berusaha, untuk membuktikan saya tidak bersalah pada pihak UiTM. Dalam tempoh itu, cukuplah saya katakan betapa pedihnya hati saya apabila setiap rayuan yang saya buat dengan menghantar surat ditolak oleh pihak UiTM, tanpa memanggil saya untuk memberi penjelasan. Dalam tempoh itu juga, pelbagai pembedahan saya lalui bagi mengesan penyakit saya. Dengan ini, saya bersumpah dengan nama Allah yang Maha Berkuasa, bahawa saya benar-benar sakit. Dan saya juga, berdiri atas nama hak batil yang penuh kebenaran dan menuntut hak saya sebagai seseorang yang tidak bersalah dan juga telah dianiaya. Saya hanya berpegang pada kata-kata ini, ‘Berani kerana benar, takut kerana salah’.

    PERCERITAAN TENTANG ARTIKEL DIATAS
    (KENANGAN PALING PAHIT SAYA LALUI)
    Pada April 2013, saya telah digugurkan taraf sebagai pelajar di UiTM Arau Perlis. Sebab saya digugurkan taraf dari UiTM, kerana saya telah mendapat status D1 dalam keputusan peperiksaan di UiTM pada semester pertama. Selepas saya mendapat tahu, saya mendapat status D1 saya telah pun pergi ke UiTM Perlis untuk membuat rayuan. Dari Perak saya menaiki bas sampai ke Kedah untuk menumpang rumah kawan saya. Dari Kedah saya menaiki motorsikal bersama kawan saya ke UiTM Perlis, untuk membuat rayuan.(Pada ketika itu, ibu bapa saya tidak boleh menghantar saya membuat rayuan, kerana keluarga kami mengalami masalah kewangan) Saya terus membuat rayuan ke HEA UiTM Perlis, tetapi saya tidak dibenarkan membuat rayuan dan saya juga diminta membuat permohonan baharu bagi pengambilan untuk bulan Disember, itulah yang dikatakan oleh staf yang berada di HEA UiTM Perlis. Seterusnya, saya pergi ke bilik Dekan saya, tetapi dekan bagi fakulti saya tiada dibilik. Selepas itu, saya mengikuti kawan saya ke bilik dekannya. Kami berjumpa dengan dekan tersebut, tetapi apa yang dikatakan oleh dekan tersebut sama seperti apa yang dikatakan oleh staf di HEA tadi. Sedangkan ketika itu saya membawa bukti-bukti yang menunjukkan saya sakit semasa saya sedang belajar di UiTM. Tapi malangnya tiada seorang pun yang mempercayai saya. Pada waktu itu, saya hanya sakit gigi dan saya tidak tahu apa punca saya sakit gigi sehingga pipi saya sebelah kiri menjadi bengkak dan kerap demam. Yang amat menyedihkan saya, tiada seorang pun yang memberitahu bahawa nama pelajar digugurkan taraf dari UiTM akan disenarai hitamkan oleh pihak UiTM dan tidak dibenarkan membuat permohonan baharu. Boleh dikatakan, saya tidak boleh belajar di UiTM bagi program Diploma sehingga akhir hayat. Melainkan saya memasuki Kolej-Kolej bersekutu UiTM sahaja jika ingin mendapat segulung Diploma UiTM.
    Pada Ogos 2013, saya mendapat tahu nama saya disenarai hitamkan dan tidak dibenarkan membuat permohonan baharu ke UiTM daripada Naib Cancelor Uitm iaitu Tan Sri Dato’ Sri Prof. Ir Dr Sahol Hamid melalui laman web Facebook miliknya. Dari situ, saya ingin mendapatkan kepastian dari pihak UiTM Perlis, saya telah pun pergi berjumpa dengan Rektor UiTM Perlis Prof. Dato’ Dr Hj Ahmad Redzuan pada November 2013 dan membawa surat-surat sakit saya sekali. Tetapi apa yang dikatakan oleh Rektor, undang-undang tersebut amat mengarut, hanya berehat satu semester sahaja bagi pelajar yang gagal dalam peperiksaan. Beliau juga, berjanji akan menolong saya dan akan membawa surat-surat sakit saya berserta surat rayuan saya kepada pihak UiTM Shah Alam. Selepas sebulan yang lalu, saya masih tidak mendapat apa-apa berita berkenaan permohonan saya ke UiTM. Sehinggalah masuk tahun baharu iaitu tahun 2014, saya berusaha sendiri. Saya menghantar surat rayuan berserta dokumen yang mengatakan saya benar-benar sakit. Antara yang saya kemukan rayuan ialah kepada pro cancelor UiTM, pengerusi lembaga pengarah UiTM, naib cancelor UiTM, timbalan naib cancelor, menteri pendidikan (ii), menteri pendidikan (i) dan sebagainya. Tetapi usaha yang saya jalankan gagal, kerana pihak HEA UiTM Shah Alam terlalu banyak birokrasi. Mereka seolah-olah tidak mahu memahami, bertolak ansur dan juga tiada simpati langsung terhadap saya. Sedangkan Naib Cancelor sendiri ada perasaan simpati, apabila saya merayu kepada beliau hampir 2 tahun saya memohon rayuan. Dan akhirnya, beliau sudi menolong saya melalui En. Mohd Nizam pengarah bahagian pengambilan pelajar UiTM. (Tetapi semuanya sia-sia sahaja, kerana saya mendapat tahun bahawa pengerusi anggota senat Uitm merupakan Naib Cancelor sendiri. Saya tertanya-tanya, kenapa beliau sendiri yang tidak menolong saya, beliau tahu saya merayu pada beliau sejak tahun 2013. Tetapi, kenapa beliau sendiri tidak beritahu kepada pihak HEA UiTM Shah Alam bahawa saya sudah memohon rayuan pada beliau sudah hampir 2 tahun bermula dari tahun 2013 lagi.)
    Pada Disember 2014, saya pergi berjumpa lagi dengan Rektor UiTM Perlis untuk membuat rayuan saluran rasmi kepada beliau dan juga HEA UiTM Perlis. Rektor UiTM Perlis sudi ingin menolong saya dan juga memberi harapan bahawa saya boleh memasuki ke UiTM kembali. Saya ikuti semua arahan Naib Cancelor yang mencadangkan saya supaya kemukan rayuan melalui saluran rasmi daripada HEA UiTM Arau. Saya menungu sehingga masuk bulan Januari, saya tertanya apakah status nama saya sekarang, sama ada saya boleh belajar kembali di UiTM atau tidak. Setelah sembuh dari pembedahan pembuangan ketumbuhan pada rongga ‘sinus’ saya yang menyebabkan saya sakit dahulu. Saya menghubungi seorang staf iaitu Pn. Naimah(PA) pada Dr. Naimah yang berada di HEA UiTM Arau yang menguruskan rayuan saya atas arahan Rektor UiTM Perlis.
    Staf tersebut memberi saya nombor telefon En. Shamsul yang merupakan seorang staf di HEA UiTM Shah Alam. Saya menghubungi staf tersebut dan dia berkata bahawa rayuan saya ditolak oleh dua orang prof wanita. Apabila saya bertanya kenapa rayuan saya ditolak sedangkan saya mempunyai bukti-bukti yang kukuh. Staf tersebut sambil ketawa dia berkata saya pun tidak tahu mengapa. Seterusnya, En. Shamsul memberi saya nombor telefon salah seorang prof tersebut yang memegang jawatan sebagai Ketua Pengurusan Operasi Akademik iaitu Prof. Dr. Haslinda. Saya terus menghubungi Prof. Dr. Haslinda tersebut. Apabila saya bertanya kenapa rayuan saya ditolak. Beliau memberi alasan bahawa sistem tidak boleh diubah dan juga keputusan senat muktamad. Bahkan saya tahu, Prof. Dr. Haslinda hanya berbincang dengan Prof. Dr Hajah Azni Zain Ahmed(Timbalan Naib Cancelor HEA) sahaja. Apabila saya bercakap, prof undang-undang manusia boleh diubah, tetapi undang-undang Allah tiada siapa boleh mengubahnya. Saya menuntut hak saya belajar di UiTM, sebab ketika itu saya sakit. Saya tidak dapat nak belajar dengan sempurna dalam keadaan diri saya yang sakit ini. Kemudian beliau mempersoalkan saya, antaranya ialah kenapa saya diamkan perkara ini terlalu lama dan tidak terus kemukan rayuan, kenapa saya tidak mengambil ‘mc’ semasa peperiksaan, dan paling menyakitkan hati, beliau mempersoalkan saya salah siapa sakit. Saya ada jawapan untuk semua soalan tersebut, saya sudah pun kemukakan rayuan selepas saya digugurkan taraf pada bulan April 2013 dan saya juga kemukakan dua rayuan kepada Rektor UiTM Perlis. Iaitu, pada November 2013 dan Disember 2014. Saya rasa itu belum terlalu lama, kenapa rayuan saya tidak mempunyai apa-apa status dan mereka mendiamkan diri. Jawapan bagi soalan kedua, saya rasa doktor tidak akan memberi ‘mc’ kepada saya. Kerana saya pernah menjalani rawatan di Klinik Pergigian Arau dengan saya terpaksa berjalan kaki keluar dari UiTM dalam keadaan saya yang demam dan sakit bagi mendapatkan teksi untuk ke klinik. Doktor hanya boleh mengeluarkan transkrip pengesahan waktu saya mendapatkan rawatan di Klinik tersebut sahaja. Sedangkan hampir 1 tahun 3 bulan baru doktor jumpa punca sakit saya. Bagi jawapan yang terakhir, saya bukan Allah, nak tentukan takdir saya sakit atau tidak. Beliau juga, menyuruh saya pergi ke Kolej-kolej bersekutu, tetapi masalahnya jika keluarga saya mampu sudah lama saya pergi ke kolej-kolej bersekutu kerana cita-cita saya ada di UiTM. Dulu abang saya pernah belajar di kolej swasta di Melaka, akibat masalah kewangan dan juga bapa saya ditimpa kemalangan abang saya terpaksa menarik diri dari kolej kerana tidak mampu dari segi kewangan. Adakah saya akan mengalami nasib yang sama seperti abang saya? Selain itu, sejak dari bangku persekolahan lagi cita-cita saya nak belajar di UiTM. Harapan saya, saya nak mendapatkan segulung diploma dan ijazah di UiTM telah pun terkubur dan juga harapan saya nak memakai baju konvokesyen UiTM semasa menerima diploma dan juga ijazah telah pun musnah.
    Tetapi amat menyakitkan hati , seorang yang berpangkat prof, yang berada di HEA UiTM Shah Alam seolah-olah tidak mempunyai perasaan simpati dan juga mereka tidak mahu mendengar masalah yang dihadapi oleh saya dan keluarga. Mungkin jika terkena pada anak mereka sendiri ataupun ahli keluarga mereka barulah mereka ada perasaan simpati. Adakah mereka menganggap bahawa pelajar yang gagal didalam peperiksaan semuanya tidak mengunakan peluang untuk belajar di UiTM, dan juga malas untuk belajar. Saya hanya mahu menuntut ilmu dan juga menuntut hak saya. Saya sakit, jika saya tidak sakit saya tidak akan berusaha sampai nak masuk 2 tahun setengah agar saya boleh belajar kembali di UiTM. Bukan saya mengadakan cerita saya sakit, tetapi hakikatnya saya benar-benar sakit. Saya bukan nak memalukan UiTM, saya bukan menghina UiTM, tetapi kenapa UiTM tiada perasaan simpati terhadap saya. Saya hanya menuntut hak saya untuk belajar di UiTM kerana saya sakit. Harapan ibu bapa saya yang baru pertama kali melihat anaknya memasuki Universiti turut hancur. Saya pernah berjumpa pihak Kaunseling UiTM Arau bagi memohon pendapat, saya sakit gigi tapi tidak tahu apa puncanya lagi, patutkah saya mengambil langkah berhenti. Pihak kaunseling menasihati saya agar jangan berhenti kerana bidang yang saya ambil ini sudah kena dengan diri saya. Kerana pihak kaunseling UiTM, menyuruh saya melakukan ujian ‘uji kerjaya dan minat’. Masa itu, saya hanya berfikir, jika saya berhenti apa perasaan ibu bapa saya dan bagaimana duit pinjaman ptptn yang telah saya pakai untuk makan dan juga belajar di UiTM. Tetapi, alhamdullilah duit pinjaman ptptn saya, akhirnya selesai saya bayar dari hasil saya bekerja walaupun ketika itu saya sakit. Pelbagai kerja saya lakukan walaupun saya sakit ketika itu.
    Tujuan saya menceritakan ini, bukan niat hendak memburukan nama UiTM. Tetapi menuntut hak saya kembali. Selain itu, apabila saya berhubung kembali dengan naib cancelor dan merayu, beliau mengatakan undang-undang senat muktamad. Sejak hari itu, saya hilang kepercayaan terhadap pihak UiTM, yang saya ingatkan mereka dari bangsa saya sendiri dan juga saudara seislam saya, tidak akan berbuat begini kepada saya. Kerana saya bangsa melayu juga, saya saudara seislam mereka juga, sedangkan orang-orang dikampung saya simpati terhadap sakit yang saya alami. Saya juga, mengalami sakit ghaib iaitu saya terkena sihir buatan manusia melalui santau ketika saya sedang belajar di UiTM Perlis. Alhamdullilah, sekarang saya semakin sihat. Saya sedang menjalani rawatan di pusat rawatan perubatan islam di darussyifa Sitiawan Perak. Bukan saya nak menipu, tetapi itulah hakikatnya yang menimpa diri saya. Tiada apa yang mustahil dengan kuasa Allah. Saya berdiri atas nama hak dan batil saya, bahawa apa yang saya ceritakan adalah benar. Dengan nama Allah, saya bersumpah setiap kebenaran yang saya ceritakan adalah benar. Tiada makna saya untuk menipu untuk memasuki UiTM semula, kerana saya nak memasuki UiTM untuk menuntut ilmu. Jika saya menipu, bermakna ilmu yang saya dapat tidak diberkati Allah Taala. Inilah mimpi ngeri yang tak terbayang dimata saya, apabila melihat impian saya dari bangku sekolah hancur.

  102. HBT456 Apr 14,2015 9:00 AM

    Mubarak chan, tell tee yong not to use his mother to propose programmes for epf. No matter what mca does, they will be cursed by the chinese forever. The reality is whatever bn does, they will not be able to win 2/3 majority.

  103. nozanoor Apr 14,2015 8:54 AM

    Assalamualaikum….yang dihormati Tun. Kami sentiasa menyokong Tun dan menolak pemimpin yang zalim kepada rakyat.

  104. Mendonan Apr 14,2015 8:25 AM

    Assalamualaikum Tun Dr M,

    Tun, you’re not alone. By not making illegal road demonstration, or by not seeking foreign intervention, that still doesn’t mean that you’re keseorangan.

    We are with you. Thank you for being our mouthpiece.

  105. balance Apr 14,2015 8:10 AM

    Tun,

    Thank you for helping Malaysia. You are not alone, many are with you. Keep on the questioning for a better Malaysia. If they keep running around the bush you keep asking sooner or later they have no bush to run around.

    Best wishes

  106. myungtae Apr 14,2015 7:58 AM

    Tun yang dikasihi.

    Bukan untuk bermegah atau untuk menunjukkan kehebatan najib tapi …….
    Fakta : PRU 13 bilangan kerusi UMNO lebih baik dari apa yang diperolehi ketika pilihanraya terakhir Tun sebagai presiden UMNO.
    Fakta : PRU 13 Kedah dan Perak UMNO dah ambil balik. (Yang pasti Mukhriz jadi MB, Tun tentu puas hati)
    Siapa pilihan Tun sebenarnya jika ………
    Ghafar Baba – tidak
    Musa Hitam – tidak
    Anwar Ibrahim – tidak
    Abdullah Badawi – tidak
    Najib Razak – tidak
    Mungkin Tun patut tanding jawatan presiden UMNO…. lagi pun Tun masih lagi ahli UMNO. (Jangan bimbang …. saya tak boleh mengundi sebab saya bukan ahli UMNO tapi saya cuma pangkah BN saja dalam setiap kali election sebab saya bukan Melayu Mudah Lupa)

  107. saila Apr 14,2015 7:37 AM

    you’re not alone Tun.

  108. aimi roslan Apr 14,2015 5:13 AM

    Tun tidak keseorangan. Ramai dikalangan rakyat yang bersama Tun. Tengok saja komen-komen dari rakyat yang menyatakan sokongan di blog dan laman facebook milik Tun, dan bandingkan dengan komen-komen di media sosial pemimpin negara dalam isu ni. Soalan-soalan yang dikemukakan oleh Tun adalah soalan yang ditanya oleh rakyat tiap hari, yang jadi tajuk perbualan di rumah, di kedai kopi, di pejabat sampailah ke masjid. Jika bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun tanya pun tak jawab, apatah lagi jika rakyat biasa yang bertanya pasti tak diendah. Saya doakan Tun panjang umoq dan hidup 100 tahun lagi, kerana terbukti negara ini masih perlukan bimbingan Tun Dr Mahathir Mohamad.

  109. amdrdz Apr 14,2015 3:54 AM

    Assalammualaikum Tun.. pendapat Tun banyak benarnya.tetapi ada pihak yang menyalahkan Tun,kerana Tun banyak bertanya sedangkan Najib dulu banyak menyokong Tun.
    1) Pada pendapat Tun benarkah prestasi DSN (Dato Seri Najib) hari ini banyak dipengaruhi oleh Rosmah Mansur?
    2) Mengapa projek Jambatan Bengkok sangat perlu kepada negara? Apa yg tidak dilihat oleh Tun Abdullah dan DSN kebaikan dari projek Jambatan Bengkok berkenaan?
    3) Apa pendapat Tun mengenai kedudukan dan ekonomi Melayu pada 10 tahun akan datang, jika keadaan seperti sekarang terus berlaku?
    4) Jika Tun diberi peluang menjawat semula sebagai Perdana Menteri,apakah langkah pertama yg akan Tun ambil untuk memulihkan semua ini?
    5) Tun, mungkinkah orang Melayu pada hari ini memerlukan satu parti Melayu yang baru dan mempunyai konsep yg serupa seperti Barisan Nasional?
    6) Dan yang terakhir, buat masa sekarang siapakah org yg paling layak mentadbir negara?

    Maaf Tun. Tun tidak pernah keseorangan. Sebagai generasi yg dilahirkan oleh Tun dan diberi bantuan pelajaran pada zaman Tun,saya yakin, sekiranya Tun meniup wisel,generasi saya akan bersama2 dengan Tun. Lapangan dah disiapkan, Keris dah disematkan…Hanya menunggu Tun memberikan tanda isyarat. Jika Tun siapkan satu platform baru untuk Melayu baru, kami sentiasa berada dibelakang Dato’ Mukhriz untuk memimpin kami.

    Hormat dari Kami.

  110. MohdHalig HajiHamid Apr 14,2015 3:21 AM

    Assalammualaikum Tun saya sentiasa menyokong Tun.Apa yang Tun tau hanya sedikit yang saya tau.saya akan terus menyokong Tun untuk agama bangsa dan negara

  111. JJLaks Apr 14,2015 3:06 AM

    Tun,

    You are not alone. In fact, you will be quite surprised how many Malaysians will rally behind you. You are by far no saint by any measure of the word, but what cannot be disputed is the scale of development and recognition that you brought to Malaysia during your tenure as PM and no Malaysian can ever deny that, regardless of what their personal opinion of you might be – in fact, the world acknowledges it!

    Whatever you have asked of Najib has been on the mind of all right thinking Malaysians – it is just that you have the stature and power to ask these questions openly with no repercussions likely to be instigated against you. The scale of corruption in the present government is beyond comprehension and understanding, the sheer flaunting of wealth in such an open brazen manner at the expense of the people is something the rakyat will no longer tolerate.

    1MBD only serves as a cash cow for the PM, his family and cronies. They go on spending like there is no tomorrow from a tap that never dries. Money politics in UMNO is ‘the way of life’ – everyone in UMNO wants an easy life without working – Syed Ali and Syed Keruak are Najib’s most obedient ass-lickers. Rosmah behaves as of she is a ‘First Lady, equal to the wife of the President of the United States when she is no more than common garbage. Her indulgence that run in the tens or hundreds of millions of the rakyat’s money is not curbed or curtailed by her incompetent and impotent sorry excuse of a husband as we all know who actually wears the pants in that house!

    Please keep going Tun. You are not alone and you will not be deserted.

    Best regards,

    JJLaks

  112. Zahari Bakri Apr 14,2015 2:48 AM

    Salam Tun….Tun tidak keseorangan dalam hal ini…..kami sbg rakyat yg tak berdaya untuk lakukan apa yang Tun mampu lakukan… suara kami tidak berharga , kepayahan kami , kesusahan kami , semua tidak di hiraukan mereka-mereka yang rakus dan tamakkan kuasa serta kekayaan negara….akhirnya nanti rakyat seperti kami yang akan merana dan sengsara ….Terima kasih Tun kerana mengutarakan berbagai persoalan kpd Pemerintahan Kerajaan Pimpinan Najib skrg yg menghantui fikiran rakyat selama ini…semuanya masih tidak berjawab…..mereka membisu….dan makin menekan rakyat pula….selagi kami tak mampu….tpi kami mampu berjanji demi kebenaran kami semua sanggup bersama Tun…..terima kasih kerana telah memajukan Malaysia sehingga terkenal dimata dunia….jasa mu dikenang….dulu,kini dan selamanya…..

  113. MIKE MURUGAN Apr 14,2015 1:46 AM

    Dear Tun

    To be honest with you, looks like Malaysia has no more hope of recovery. you being the most prominent leaders ever lead malaysia to glory become someone not so important in this country. Who else can can do the changes. It is very demoralizing and saddens for anyone to disrespect your advice and view. We Malaysian for next few generation owe to you for the gifted country and life you had created This should not be happening to you. As a malaysian I am very sad and heart broken for someone with your caliber and dedication to the country had become some one not so important in our country. I don’t think simple people like us will be heard or cared in near future. I just hope and pray the mighty God will be with you forever. You are LKY of Malaysia.

  114. Ali Akbar Hashim Apr 14,2015 1:40 AM

    Dear Sir,

    The bridge project was abandoned because Singapore wanted a trade off if Malaysia want to proceed

    Why?

    We building the bridge in our own territory, why need agreement, why need trade off?

    In my point of view Singapore is a King of Asia

    They are the first world country so as their peoples

    The Malay have little brain, self inferiority complex, soft heart must kow tow to the King, show respect

    We can see all the best things goes to Singapore, best chicken, best durian, best fish…etc

    The King always win and take the best

    One Malaysian bus operator granted permission to operate into Singapore from Johor Baru, vice versa

    But 4 Singapore bus companies now operating the same route

    Singapore can look 100 years and beyond but we can look the next 1 year only

    Look how smart their peoples in water agreement where the package cannot be touch beyond 60 years!

    The King is always in control, so we must kow tow, show respect

    Beside Look West policy, we have Look East policy, what about look South policy, we need to learn more from Singapore how to govern the country and be prosperous and developed into first world country in shortest period of times possible

  115. faizbanafe Apr 14,2015 1:33 AM

    I support the truth. I support Tun M.

  116. chickenfeet_cf Apr 14,2015 1:29 AM

    Salam Tun,..
    i was a kid back then when ur Malay Dilemma used to be under my blanket,..trying to figure out what makes sense and what not,..eventually after all these years,. still,.i couldnt quite comprehend the mentality nor the idiosyncrasies of the Malays,..but it never followed me in my dreams,.thank goodness for that!

    The epic moment came when they rushed at you with all the concern in the world when you announced your retirement,..when tears of sadness to see you leave are now replaced by crude remarks,..when respect and awe turns to rudeness and hatred,..my oh my,. i just couldnt believe how
    fast they ditch their principle or their allegiance or if they ever have one.

    The episode of Tun Abdullah Badawi,..oh hell yeah lets all footloose,..lets be free to talk,..and do what one wishes,..including having clowns to consult and entertain us,..better yet lets open up the Pandora Box,..
    “..err can i do that? Nevermind,.let me ask the cabinet first”

    Now the real clown comes in,..and he doesnt need any makeup to play the part,..if Tun Abdullah looks for support in his cabinet,..this man does it better,..he’ll ask everyone to support him,..everyone that is,.with a banner saying,..’we love Pm’,.

    End result?,…”..worse than Pak Lah”,…
    And DAP is of course laughing out loud,..

    Well,..PM Najib will be able to answer all the allegations if only Rosmah is in front of him holding up the cards,..but alas that lady is busy in some saloons,..she shouldnt be though,..its not her that needs all the hair treatment,..

    Well Tun,..im sorry if i sounded naughty,..probably its the same thing i will write when i was a kid back then,…

    Salam.
    ps: “..
    But you are not alone
    I am here with you
    Though we’re far apart
    You’re always in my heart
    But you are not alone.”

  117. Sheila Subyr Apr 14,2015 1:16 AM

    Assalamualaikum Tun,

    Didoakan semoga Tun sihat sejahtera di samping keluarga tercinta. Saya sangat menghargai segala pandangan dan persoalan yang ditimbulkan oleh Tun berkenaan dengan pentadbiran Dato Seri Najib. Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh PM di akbar Utusan, dapatlah saya simpulkan PM gagal menjawab segala persoalan yang bermain dibenak kami rakyat dan Tun sendiri. Terlalu banyak persoalan yang dijawab dengan ringkas dan tidak disokong oleh fakta sebagaimana yang diharapkan. Saya sebagai golongan generasi Y yang mengundi BN sangat bimbang dengan pentadbiran PM yang sangat membebankan rakyat. Ramai dalam kalangan rakan-rakan saya tidak menyokong pentadbiran PM. Mereka sudah mula jelak dengan tekanan pelaksanaan GST, ringgit yang semakin jatuh nilainya, kos kehidupan yang semakin meningkat sementara gaji masih ditakat lama, pemilikan rumah pertama yang amat menyesakkan dan sebagainya. Saya percaya jika masalah rakyat tidak dapat PM atasi adalah tidak mustahil BN akan tumbang pada PRU ke-14. Jika Dato Seri Najib mahu mencipta sejarah di Malaysia sebagai PM pertama yang menjadi ketua pembangkang teruskanlah dengan perancangannya. Terima kasih Tun sekali lagi kerana menyuarakan apa yang terbuku di hati kami rakyat marhaen. Tun terus-terusanlah menegur PM agar beliau sedar walaupun dicerca dan dikritik oleh kroni-kroninya. Tun tidak keseorangan kerana kami akan terus menyokong Tun dari belakang. Wsalam.

  118. shad8989 Apr 14,2015 1:02 AM

    Assalamualaikum tun m. walaupun saya seorang budak belasan tahun tapi saya minat dengan cara tun m. tambahan pula tun tekankan pasal melayu. orang melayu sekarang banyak masalah cara berfikir dan sikap orang melayu yang semakin teruk. maafkan saya sebab lari tajuk. saya berminat bidang politik tapi mungkin belum sampai masa. tapi bila lagi ? generasi saya juga akan memimpin negara akan datang. cuma masa yang menentukannya. saya harap tun dapat mengupas lagi isu isu semasa. saya sentiasa meneliti dan belajar apa yang berlaku. terima kasih

  119. sibotak Apr 14,2015 12:59 AM

    Soalan yg Utama dan Amat Penting sekarang

    1. Bagaimana Kerajaan bolih menyelesaikan Hutan Piutang yg ada sekarang ?
    Apakah langkah selanjutnya . Korek lubang untuk tutup lubang lagi menadah Tangan saja
    atau tunggu sampai Malaysia Terlungkup dan di Gadai ?

    2. Setelah ketahuan wang Malaysia di Simpan di Singapura
    Saya sebagai Rakyat menuntut wang itu dikembalikan dan di simpan di Bank Negara
    Apa Malaysia kurang tanah kurang tempat sampai tidak bolih simpan duit sendiri

    Selanjutnya kita tanya kenapa dan mengapa jadi bergini
    Ini soal Kedua

    Seharusnya apabila Malaysia menghadapi masalah bergini
    Inilah masanya Malaysia ,Kerajaan , Parti Pembangkang ,Sultan & Rakyat
    Bersama menyelesaikan masalah ini yg bakal memburukan lagi Malaysia
    Maka Kerjasama di antara kita Perlu
    Jika terlihat sebarang penyelewengan ,maka hukuman Berat mesti dilaksankan
    Walau pun Sultan of any State
    Kelihatan lebih pada menunjuk jari ,mengambil kesempatan atas kerumitkan masalah sekarang. Lebih pada menjatuhkan sesama dari saling membantu untuk Malaysia
    Inilah yg akan Porak perandakan Malaysia dari bersama menyelamatkan Malaysia

  120. Ali Akbar Hashim Apr 14,2015 12:55 AM

    Dear Sir,

    Me and my whole family is supporting you, you are not alone

    You have given a chance to the two Prime Ministers after you, will you consider Tengku Razaleigh team up with Shafie Apdal for the job?

    Shafie must show his color and prove he can bring glory again to the Malay and the nation

  121. Nick Kwan Apr 14,2015 12:20 AM

    Assalammualaikum Tun. Saya ingin memberitahu bahawa Tun tidak pernah keseorangan. Saya serta rakyat Malaysia yang lain akan sentiasa menyokong Tun. Saya amat bersyukur kerana Malaysia dikurniakan seorang pemimpin yang sangat bertanggungjawab dan sentiasa berfikiran jauh seperti Tun. Semoga Allah menjaga Tun dan sekeluarga.

  122. wm wi Apr 13,2015 11:33 PM

    1Tidak tidak sama sekali Tun, tidak keseorangan. Kami rakyat marhain sebagai pengundi tetap bersama Tun.
    2Saya penuh percaya bahawa sokongan oleh pemimpin pemimpin Umno terkini adalah untuk menyenangkan hati pm yg sangat gundah gelana kerana kudisnya yg mula berulat. Kalau saya ketua bahagian, kalau saya pemuda umno, kalau saya wanita Umno, saya akan berbuat perkara yg sama. Saya akan sokong ketua saya, saya akan angkat tangan bila di soal, biarpun hati berkata sebaliknya. Periuk nasi perlu diutamakan. Pru akan datang kalau saya tidak dipilih sebagai calon ….nahas saya. Ini tidak pelik. Jadi bagi saya sokongan bagi pm adalah palsu dan dibuat-buat.
    3Saya sekolah tidak tinggi, ijazah pertama sahaja. Tetapi, saya sangat ketinggalan, saya tak tahu pun di mana Cayman Island. Tak pernah dengar, bunyi macam nama buaya shj. Harap ada pembaca yg dapat berikan pencerahan kepada saya selepas ini.
    4Cayman Island satu nama keramat bagi saya. Kerajaan Malaysia pergi melabur di sana berbillion rm dalam diam-diam. Setelah mendapat kritikan yg berterusan maka wang itu dibawa balik, mengapa? Kalau untung mengapa dibawa balik? Dibawa balik dan dimasukkan di bank di Singapura, mengapa? Adakah duit itu akan ke US pula selepas ini?
    5Dikaitkan pula dgn Jo Lo.
    6Dikaitkan dengan Ananda .
    7Saya tidak mahu percaya dengan apa yg dikatakan oleh penulis blog tentang gerak pincang IMDB sejak sekian lama, sebelum ini. Kini, saya mulai percaya bahawa kebanyakan yg dikatakn oleh penulis blog itu benar belaka.
    8Bahawa Umno akan tewas dalam pru nanti memang berasas sekali.
    9Banyak sgt yg diperkatakan oleh rakyat marhain tentang isteri pm. Negatif belaka, selain datin menggunakan pengaruhnya menyelamatkan beberapa org rakyat Malaysia di Egypt dan Saudia Arabia. Yg lain negatif belaka.
    10Saya mendengar/menonton video pendek dalam whatsap, perbahasan di parlimen yg mulia, menteri tergagap-gagap tercunggap-cunggap menjawab soalan bertubi-tubi drpd YB Azmin YB Marfus dan beberapa YB lagi, tentang penggunaan jet kerajaan oleh isteri pm, tanpa pm ada bersama untuk mengelilingi 2/3 dunia pada dis 2014. Menteri mempertahankan tindakan tersebut. Soalnya adakah menteri berani untuk tidak mempertahankan tindakan isteri pm dalam isu tersebut?
    11Jawapan pasti tentang IMDB adalah perlu. Isteri pm amat perlu perlahankan sedikit pergerakannya, demi rakyat Melayu di negara kita. Politik adalah persepsi, apabila persepsi pengundi menjadi buruk dan bertambah buruk, maka tunggulah masa Umno akan masuk muzium dan membeku di sana dan menjadi tajuk Hari Ini Dalam Sejarah.
    12Tun tetap releven dulu kini dan selamaya.

  123. iqbal80 Apr 13,2015 10:56 PM

    Assalamualaikum,

    Tun tidak sesekali sendirian. Tun menyuarakan keluh kesah rakyat di akar umbi. Usah peduli cakap2 mereka yang menghentam Tun ketika ini kerana mereka bukan lagi wakil yang kami perlukan…. Bukan suara sejati dari kami rakyat jelata yang merana akibat tekanan kos sara hidup yang tinggi ketika ini…. Tetapi juga kerana rendahnya tahap akal fikiran serta jiwa pemimpin kini. Mereka rela menggadai maruah agama, bangsa dan negara untuk kemewahan sendiri yang sementara. Teruskan Tun… Tanpa tokoh seperti Tun, siapa lagi pembela yang dapat kami harapkan. Suara Tun suara keramat… Suara Tun pembakar semangat…

  124. aremay30 Apr 13,2015 10:24 PM

    Salam Tun Mahathir,

    Tun tidak pernah keseorangan kerana kami yang masih lgi menghargai pembangunan yang Tun buat tidak pernah kami lupakan. Saya juga percaya jika Tun masih lagi mentadbir Tun akan memandang usaha kecil kami di eyeque untuk bersama sama membawa Malaysia agar lebih maju. Eyeque menyediakan pendidikan secara perkongsian yang percuma dan efektif tetapi kami memerlukan sokongan dari seluruh rakyat Malaysia untuk lebih di kenali terutama dari kalangan guru guru bagi menjayakan pendidikan secara percuma di Eyeque forum. Eyeque adalah social network yang percuma dan yang paling utama kami adalah anak Malaysia. Kami tidak menerima sebarang sumber kewangan sejak mula dibangunkan pada tahun 2013. Usaha dari titik peluh saya dan sahabat saya dengan menggunakan duit poket kami sendiri untuk membangunkan Eyeque. Tujuan saya menulis sejarah permulaan Eyeque adalah bukan untuk meraih sebarang simpati tetapi untuk membuka mata pemimpin Malaysia yang anak melayu mampu berdiri sama tinggi dengan negara yang melahirkan teknologi tinggi. Tun M tidak akan pernah keseorangan selagi rakyat Malaysia masih menghargai pembangunan yang Tun lakukan untuk kami. MSC adalah sumber inspirasi saya untuk membangunkan Eyeque. Terima kasih Tun Dr Mahathir.

    Amir Al Hafiz
    Co-founders of eyeque
    http://www.eyeque.net

  125. bourne007 Apr 13,2015 9:58 PM

    “Saya merakamkan penghargaan kepada kerajaan kerana sentiasa prihatin dan berusaha menangani masalah rakyat. Namun begitu, masih ada hasrat rakyat Johor yang masih belum dapat dipenuhi iaitu pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor,” titah baginda di Istana Besar di sini.” SJ

    “As such, the ancestors of my family since the late Sultan Ibrahim till my father, the late Sultan Iskandar had always been supportive of efforts to upgrade the causeway.”SJ

    Najib Razak kata CheDet mahukan Jambatan Bengkok, Jason Bourne kata Rakyat Johor dan Sultan Johor juga mahukannya dan masih tertanya-tanya mengenai Jambatan Bengkok.

    Bila hendak pergi bercuti dengan Presiden Obama? Sebelum Obama pencen, jangan lupa bawa dokumen keluar dari Rumah Putih dan Rumah Selamat.

    Risau Hillary Clinton tewas pada tangan Mitt Romney, Sarah Palin dan John McCain.

  126. NickM Apr 13,2015 9:57 PM

    Dear Dr. M

    Firstly you are not alone and never will be. I’m one of the millions that support your views on getting more concrete answers on your questions above

    As rakyat, we may not feel just yet, the effects of the country’s debt level – but soon we will be; just look at Phillipines. It takes couple of decades – and soon our children and grandchildren will suffer.

    Let’s take a look at the three most important basic necessities – food, job, house

    All I know is; under your administration , and Pak Lah;
    – House price is still under control ( and affordable to many )
    – Inflation is under control – where we can eat out and buy things without spending arms and legs.

    When PM Najib took over
    – House prices have tripled over the span of 6 years ( I should have invested all my money on property )
    – It’s no longer affordable to eat out, and now with the gst implementation, prices are just going to skyrocket
    – With the rising cost, people are still not getting the equivalent pay rise to cope with life, hence resulting in more crimes – house break ins and robbery

    I have to say that fortunately, I’m well off and able to cope with the rising cost, but I feel sad for the homeless, especially the poor who can’t even afford to eat. When I was in the mall last weekend, I saw a group of primary school kids on a table. 4 of them, of which 3 ordered food while the other merely ordered a drink, the friends asked him – why are you not eating ? The young boy said he was not hungry. I could tell, from the sad tone and expressions and the way he looked at his 3 friends eating, I knew he just couldn’t afford it, as it cost over RM10 for a decent meal now. Look, he is a Malay and I’m chinese and I felt for him (that made me realize I’m indeed a true Malaysian who regards Malays and Indians as one)- how I wish I could buy him meal so he could enjoy lunch with his bunch of friends.

    I hope all politicians will read this and take a moment to reflect. Rich will get richer, and the poor will get poorer. Yes if you are the rich, you will be happy, but do not forget, the poor will come back to rob you. It’s a vicious cycle. Hence I don’t feel safe living in Malaysia now, with the growing number of petty thefts and robberies.

    Dr. M, please save Malaysia.
    Thank you for reading

  127. Tuntuah Apr 13,2015 9:37 PM

    Tun.
    dalam dunia ni, kalu jujur bagi lah ape soalan pun.. Senang aje nak jawap

    Tapi kalu kurang jujur.. Terdapat justification dalam jawapan yang di beri.

    Well… Dah macam stail pak lah ni… Ugut ugut….
    Sorry tun… Umno sarkis

  128. sharifah95 Apr 13,2015 9:29 PM

    Dear Tun, kami semua bersetuju dgn tun dan tun tidak keseorangan di dalam hal ini. Apa yg dipersoalkan tun adalah perkara yang benar dan fakta. semoga allah memberikan perlindungan kepada tun dan menyelamatkan Msia dripada kepimpinan pemimpin yang lemah … kami menyokong perjuangan Tun walaupun skrg tun bukan Pm tpi masih menggangap tun sbgai pemimpin kami , kami memerlukan tun demi bangsa dan Negara ini . Terima kasih tun.

  129. sharifah95 Apr 13,2015 9:28 PM

    Dear Tun, kami semua bersetuju dgn tun dan tun tidak keseorangan di dalam hal ini. Apa yg dipersoalkan tun adalah perkara yang benar dan fakta. semoga allah memberikan perlindungan kepada tun dan menyelamatkan Msia dripada kepimpinan pemimpin yang lemah … kami menyokong perjuangan Tun walaupun skrg tun bukan Pm tpi kami memerlukan tun demi bangsa dan Negara ini dri smua aspek . Terima kasih tun.

  130. abddman Apr 13,2015 9:26 PM

    Assalamualaikum Tun…
    Semoga Tun sekeluarga dilimpahi rahmat dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat. Pada awalnya kami sangkakan memang sudah tiada harapan lagi untuk rakyat Malaysia khasnya orang Melayu merintih, merayu atau menegur segala keterlanjuran PM Najib. Rupa-rupanya sangkaan kami meleset. Tun telah menzahirkan sedikit sebanyak rintihan, rayuan dan teguran kami. Jutaan terima kasih kami ucapkan kerana pengorbanan Tun. Kami tetap teguh di belakang Tun walaupun Tun dikeji dan dihina.

  131. tebing tinggi Apr 13,2015 9:03 PM

    Asalammualaikum Tun,

    You are never alone Tun , what worrying is UMNO and it’s future .

  132. YRohayudin Apr 13,2015 9:01 PM

    1. Tun tidak keseorangan di sini. Mungkin pemimpin UMNO tidak bersama Tun tetapi rata-rata orang ramai bersama Tun. Cuba Tun lihat komen-komen di facebook, hampir semua faham dan sokong Tun. Saya gembira kerana ini menunjukkan golongan muda (semua kaum) sebenarnya memerhati gelagat pemimpin-pemimpin kita dan mereka sebenarnya celik politik.

    2. Saya amat terkilan dengan pemimpin Melayu sekarang yang seolah-olah tidak mengamalkan budaya dan adat Melayu yang baik. Terutamanya komen-komen negatif dan berbentuk defensif terhadap Tun sebagai “orang tua” dalam politik. Mereka bertindak seolah-olah anak yang sudah lupa daratan dan biadap.

    3. Saya sudah hampir 50 tahun dan merupakan golongan yang awal terlibat dalam Dasar Pandang Ke Timur, menuntut di Jepun dan sekarang kembali ke Malaysia. Rata-rata kami tidak cenderung pada pembabitan politik tetapi lebih kepada bidang kerjaya terutama di sektor ekonomi. Sudah ramai antara kami yang melibat diri secara langsung dan tak langsung membantu jentera kerajaan dalam perlaksanaan polisi apabila berdepan dengan syarikat-syarikat Jepun dan Korea. Sebagai contoh dan mungkin Tun sudah maklum bahawa dikalangan kami berhempas pulas membantu pihak Kastam bagi memastikan sistem cukai GST berjalan lancar. Kami tidak mahu kita menjadi seperti Thailand di mana urusan import dan eksport tergendala sehingga seminggu atas kelemahan perlaksanaan GST mereka. Pegawai Kastam kita menunjukkan komitment yg tinggi tetapi malangnya di pihak kerajaan tidak begitu. KPDNKK dan MOF gagal sehingga GST menjadi sesuatu yg tidak baik kerana penerangan dan pemantauan yang lemah dan amat menyedihkan. Banyak lagi kes-kes begini, mereka tidak mendengar pandangan kami sedangkan kami adalah “player” dalam imdustri.

    3. Saya terbaca pos – Tiada tindakan disiplin terhadap Dr Mahathir selagi tiada laporan – Ku Nan Astro Awani | Kemas kini: April 12, 2015 (Diterbitkan pada: April 12, 2015 20:58 MYT) (http://www.astroawani.com/berita-politik/tiada-tindakan-disiplin-terhadap-dr-mahathir-selagi-tiada-laporan-ku-nan-57710) dan beberapa lagi kenyataan pemimpin UMNO yang nadanya agak “bengang” dan keras terhadap Tun (dan sekarang Mukhriz??). Bagaimana UMNO boleh dipulihkan sekiranya majoriti pemimpinnya bersikap begini??

    4. ANDAINYA, mereka memecat Tun dari UMNO (mudahan dijauhkan Allah), andainya mereka tidak mampu melihat realiti dan andainya mereka tidak mampu diubah; dan Tun terpaksa mengasas parti yang baru, saya yakin majoriti orang Melayu akan meninggalkan bukan sahaja UMNO tetapi mungkin juga PKR dan Pas untuk menyertai Tun. Parti politik mana lagi yang kami boleh bergantung, Tun?

  133. affendias Apr 13,2015 8:54 PM

    Salam Ayahanda,

    Saya terus support Tun M. YNWA. Tun rakyat Malaysia…saya rakyat Malaysia cuma Ayahanda Tun berada dalam keadaan lebih baik untuk tegur atau tanya soalan rakyat!! Saya tidak mampu nak masuk TV n tanya soalan. Saya tak nak Malaysia menjadi seperti Greece…negara yang bankrupt kerana kelemahan pemimpin. Akhirnya Greece bercadang untuk menerima pertolongan IMF. Malaysia ni punya la Tun berusaha untuk tidak menerima IMF tetapi disebabkan kelemahan pemimpin…..IMF bakal menjelma kembali. Saya tidak tahu apa lagi sokongan yang saya boleh beri kepada Ayahanda Tun..tetapi menerusi komen ini saya harap ayahanda Tun tahu….saya dibelakang ayahanda. Soalan Tun byk diperkatakan dan dibincangkan oleh orang seperti saya di kedai kopi…tetapi tiada satu jawapan yang boleh kami setuju. 1MDB, pembelian Jet, Duit 42 Billion dan lain-lain. Apa nak buat saya tak suka huru hara….saya tak suka memberontak di jalanan…saya tak suka keamanan Malaysia dan generasi anak saya terjejas. Saya bersyukur ayahanda dah tanya soalan yang saya sedang pikir kan jawapan.

  134. aremay30 Apr 13,2015 8:50 PM
  135. cheyatt Apr 13,2015 8:23 PM

    Assalamualaikum Tun.. sesungguhnya Tun tidak berseorangan… kami golongan muda tetap menyokong Tun kerana kami membesar ketika zaman pemerintahan Tun.. saya sendiri mula bersekolah ketika zaman Tun, dan mula bekerja pd zaman Tun. Tidak ada PM di muka bumi ini saya rasa yg berani dan bertanggung jawab seperti Tun… jika Tun berasa di “pihak,sebelah sana” punya ramai penyokong, ketahuilah Tun, tidak pernah keseorangan.. kerana lebih ramai lagi yg menyokong Tun..

  136. michael Apr 13,2015 8:15 PM

    Hi Tun. I am really supportive of Tun”s headline “soal tak jawab”. In fact during the TV3 interview Ah Jib Gor merely beat around the bush and use the excuse of as long as he has the support of the rakyat and party he will continue as PM. The problem is he did not answer any of your questions or the rakyat questions. I was also amused the interviewer did not ask him about the ‘hudud law in Kelantan”. Well, his days are really numbered as the rakyat and party will eventually ditch him.

  137. bourne007 Apr 13,2015 7:46 PM

    “As such, the ancestors of my family since the late Sultan Ibrahim till my father, the late Sultan Iskandar had always been supportive of efforts to upgrade the causeway” , Tuanku Ibrahim

    “Saya merakamkan penghargaan kepada kerajaan kerana sentiasa prihatin dan berusaha menangani masalah rakyat. Namun begitu, masih ada hasrat rakyat Johor yang masih belum dapat dipenuhi iaitu pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor” ,Tuanku Ibrahim

    “Patik perhati dengan cermin mata ungu, PM Tanah Melayu ini mungkin menghadapi MahathirPhobic, dahulunya sindrom AnwarPhobic, InsyaAllah apabila tuan perdana menteri undur, akan kembali sembuh penyakitnya itu, Wallahualam”, Enche AK – JDN 1335

  138. amin tan Apr 13,2015 7:36 PM

    Salam Tun,
    Tun tidak seorang. Tun berani menyuarakan kebimbangan dan keraguan rakyat tentang dakwaan2 yang dilaungkan oleh tokoh2 dan penerbitan2 pembangkang sekian lama. Tetapi apabila Tun yang membawa issue tersebut, Tun ada kredibiliti. Cara Tun huraikan sesuatu issue bernas, tepat, tidak tuduh melulu, meyakinkan tidak seperti pembangkang yang melebih2, tokok tambah dan nampak sangat tersirat agenda politik.
    Dalam temuduga YAB Perdana Menteri dengan TV3 tempoh hari, saya berpendapat DS Najib telah jelaskan apa yang sepatutnya. Beliau telah memberi jaminan tidak ada penyelewengan dan saya yakin dan percaya Perdana Menteri berwibawa, jujur, ikhlas dan bertanggungjawab melaksanakan tugas dengan sempurna dan cemerlang. Beliau berkali2 mengatakan beliau bertanggungjawab kepada rakyat dan cabinet. Marilah kita memudahkan tugas belau dan menyokong Perdana Menteri dan juga menyokong Ayahanda Tun, demi kedamaian, kemakmuran dan kemajuan negara tercinta.

    amin tan

  139. wanhalim Apr 13,2015 7:04 PM

    Harap Tun teruskanlah perjuangan untuk negara dan bangsa. Ada orang kata silent majority madih bersama mereka, tapi dulu mereka juga kata akan rampas semula Selangor masa PRU13. Banyak aktiviti syok sendiri. Boleh menangkah dlm PRU14 kalau hanya harapkan undi paksa org UMNO yg pegang jawatan? Betulkah grassroot masih dlm kapal yg sama?

  140. I.D.A. Apr 13,2015 6:57 PM

    Assalamualaikum Tun,
    Benarlah kita berada di akhir zaman…

    Sandiwara Pemimpin Kita

    Terlihat wajah suram yang memaksa senyum
    memohon ikhsan pengikut-pengikut taksub
    di tangan kanan ada cerita-cerita dusta
    di tangan kiri rekayasa dongeng rakyat
    kerana terlalu tinggi ambisi duniawi
    menunggang awan di langit hukum
    di alam nyata hidup bersandiwara
    telah hapus dinituju perjuangan
    terjebak di petakjerat dosa,
    nawaitu menghalalkan cara
    terbukti benar pesan nabi
    pemimpin zaman mutakhir;
    banyak yang serakah.

    06.04.2010
    Kepala Batas, Pulau Pinang.

    Semoga diberi kekuatan untuk teruskan perjuangan. Amin!

    Terima kasih. Salam hormat.

  141. almadani Apr 13,2015 6:06 PM

    Salaam buat Tun yg saya hormati.

    Siapa kata Tun keseorangan? Dlm hal yg berbangkit ini,saya percaya dan yakin ramai yg menyokong dan membenarkan tindakan yg Tun buat. Biasalah Tun,ada juga yg tak setuju sbb mereka kurang sedar kesan 42 bil tu. Sama jugak dgn bantuan brim….5bil bukan jumlah yg kecil,jika utk pembangunan berapa banyak peluang baru yg akan terbuka?
    Mudah saja Tun,bila ada persoalan mesti ada jawapan. Jawablah spt mana zaman Tun dulu…menjawab segalanya dgn penuh yakin dan berani…demi bangsa dan negara.
    Rakyat bukan mau dengar alasan atau jawaban yg kabur. Fakta.
    Saya tetap dan akan terus menyokong tindakan Tun demi bangsa dan negara.

    Sekian. Terima kasih Tun.
    Salaam.

  142. anam Apr 13,2015 6:05 PM

    Assalamu’alaikum Tun. Semoga Tun sentiasa dalam keadaan sihat. Ingin saya tekankan disini bahawa Tun tidak keseorangan kerana kami bersama Tun, cuma kami tiada punya kuasa dan pengaruh. Walaupun Tun sudah tidak mempunyai kuasa, namun Tun sebagai negarawan mempunyai pengaruh yang besar. Tun lah harapan kami untuk memohon pencerahan.. Umur yang Allah kurniakan kepada Tun ada hikmahnya, mungkin ini la sebabnya. Semoga Tun dapat memantu Malaysia kembali ke landasan visi 2020..

  143. Daniel Noor Apr 13,2015 6:01 PM

    Najib dan pemimpin2 UMNO just dont giveca damn to the Rakyat and even to u Tun. They willvabandon Najib when they see see BN falls at the coming GE. By that time its too late. The Rakyat especially the Malays irrespective whether they fm UMNO..PAS..PKR will lose respect and dignity. The Malays may become servants in their homeland. Just like the Indonesians..Filipinos..Thais..

  144. Hajar Apr 13,2015 5:42 PM

    Salam YAB & Yg diKasihi Tun,

    Kenyataan DS Mukhriz berkenaan desakan untuk beliau meletak jawatan MB Kedah cuma kerana beliau masih belum menyatakan sokongan kepada PM:

    http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sokongan-kepada-pm-mukhriz-minta-semua-bersabar-1.80491

    Adalah amat keterlaluan untuk memaksa kesemua pemimpin/ahli UMNO untuk turut menyatakan sokongan terhadap PM.

    PM cuma seorang ’individu’ (guna ’term’ yg beliau suka guna semasa sessi Soal-Jawab) dalam UMNO dan jika beliau sudah bergelumang dengan entah apa2 kontroversi & isu yang beliau sendiri GAGAL tangani sebagai Ketua/PM, janganlah pula dipaksa semua orang untuk ’terjun sama ke dalam kawah berlumpur’ untuk bergelumang lumpur bersama beliau. Penting sangatkah beliau (yg ternyata gagal memimpin Malaysia dan parti) kepada parti/bangsa/negara/agama sehinggakan beliau MESTI disokong? ’Sokong membawa rebah’.

    Saya juga tidak bersetuju dengan TS Muhyiddin yang mahu kesemua Pemimpin BN/UMNO dan rakyat untuk memberi peluang untuk PM meneruskan kepimpinan mengikut ’cara’ beliau. Seruan, ini disokong pula oleh pemimpin2 UMNO/ BN lain (geleng kepala saya dibuatnya…).

    Setahu saya PM & gang telah diberi selama lebih 4 tahun (sebelum PRU-13) tanpa campur-tangan sesiapa (termasuk Tun M, Tun Daim, etc.) untuk memperbaiki prestasi BN/UMNO, tetapi mereka semua telah GAGAL.

    Tun cuma mula mengkritik PM selepas PRU-13. Jadi tidak perlulah sesiapa pun meminta ’lanjutan nyawa’ bagi pihak PM kerana selepas prestasi ’teruk’ di PRU-13, PM masih lagi enggan mendengar ’kritikan/pandangan’ dari Tun M, Tun Daim & rakyat. Sudah hampir 2 tahun PRU-13 berlalu dan PM masih lagi buat ’pekak badak’ dengan segala teguran. Sebagai Ketua, PM kena bertanggung-jawab, dan perlu meletak jawatan dan jangan heret orang lain untuk bersama beliau.

    Tun tidak keseorangan. Majoriti rakyat bersama Tun.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah SWT sentiasa melindungi Tun sekeluarga. ***

  145. rizalabang Apr 13,2015 5:32 PM

    Assalammualaikum. Semoga Tun dalam keadaan sihat sejahtera, Insha ALLAH. Saya rakyat biasa, tersepit dalam keadaan politik dan suasana ekonomi yang tak menentu. Saya sayangkan Islam, Melayu dan Malaysia. Kesian apabila melihat ada lagi orang disekeliling yang lebih susah lagi. semoga esok masih ada harapan baru.. walahualam…

  146. Jack_MantoL Apr 13,2015 5:30 PM

    Persoalan dihati tidak terjawab.. Yang diutarakan hanyalah penafian..

  147. ayen Apr 13,2015 5:12 PM

    Salam Tun . Barangkali saya merasakan orang atau pihak yang ditanya oleh Tun ni masih belum boleh memahami dengan jelas akan makna “bimbang” dan “ketelusan” . Orang ini dan pihaknya masih lagi memberi jawapan secara berdalih dan mengeluarkan jawapan balas yang lebih kepada berbentuk kuasa dan egois sebagai pemerintah . Mungkin darah yang mengalir dalam tubuh mereka semulajadi sedemikian dari azali . Saya menilai mereka sama seperti Tun , namun Tun punyai suara pandangan yang amat dihormati , itu bezanya . Teruskan ya Tun . Moga Allah bersama pihak yang benar . Wallahualam

Leave a Reply