TOTAL VISITORS FROM 2008:

MALAYSIA TANAHAIR -KU 106

Negara-ku Malaysia, Tanahair-ku, Tanah di mana sembilan puluh tahun dahulu

Darah tumpah dan aku dilahir
Di lahir sebagai anak bangsa yang dijajah
Aku membesar mempertuankan orang asing
Terhina dan dihina
Bangsa yang serba kekurangan
Tinggal dipondok berbumbung atap nipah
Berdinding, berlantai kayu
Namun aku lebih bahagia dari ramai bangsaku
Mereka tinggal di pondok robek, tiris apabila hujan
Tanpa pili air tanpa lampu letrik
Anak mereka berkaki ayam, berkudis
Demam panas dan kadang-kadang meninggal
Aku survive, aku ke sekolah, aku ke universiti
Nasib aku lebih baik
Allah Subhanahu Wataala kesian kepada aku
Setelah dijajah oleh satu bangsa, dijajah pula oleh dua bangsa lagi

Aku bertanya akan bangsaku selalunya dijajah orangkah?
Alhamdullilah, berkat kesedaran, berkat perjuangan, berkat perpaduan

Bangsaku dibebas, merdeka
Apakah merdeka hanya bermakna tidak dijajah orang
Apakah merdeka bermakna terus merana
Tidak, tidak, tidak
Merdeka bermakna kemajuan
Kemajuan sehingga berdiri sama tinggi
Duduk sama rendah dengan bekas penjajah dan bangsa lain
Bahkan mungkin lebih tinggi
Politik yang menyelamat dahulu
Terus membela bangsa
Negara dibangun, bangsa dibangun, agama di muliakan
Kemudian…
Malang dan sedih,
Bangsa yang berjiwa kental, bersemangat besi
Diserang oleh nafsu dan perasaan tamak
Aku dapat apa dari kemerdekaan tanya mereka?
Mana bahagian aku?
Dan semangat pun menjadi luntur, tidak terdaya mengawal nafsu

Apa makna senang jika untuk mendapat sesuatu begitu susah
Dan nafsu dan perasaan tamak pun di peralat dan disogok oleh orang-orang politik dan orang kaya

Bangsa yang merdeka
Bangsa yang mulia
Sekarang sanggup menjual hak yang sedikit
Hak memilih, hak mengundi
Untuk mendapat kesenangan tanpa usaha, kesenangan yang sedikit

Maruah dijual
Bangsa dijual
Tanahair dijual
Segalanya dijual
Untuk nikmat yang tidak kekal, nikmat yang sementara yang sedikit sahaja

Politik yang menyelamat
Menjadi politik yang menghancur
Pemimpin semakin tamak
Untuk tempat dan kedudukan tinggi
Perbuatan yang haram dihalalkan
Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia

Akan kembalikah bangsaku
Menjadi bangsa yang dijajah, dihina dan diperhambakan
Wahai bangsaku
Begitu mudahkah kamu lupa
Aku akan pergi tidak lama lagi
Dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhir
Kerana bangsaku
Negaraku
Masih mulia
Masih bermaruah
Masih dipandang tinggi
Atau mataku terbeliak
Nafasku tersesak, terhenti, kerana segala yang diperjuangkan luput ditelan nafsu

Ya Allah lindungilah bangsaku
Sedarkanlah mereka
Sedarkan mereka bahawa Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa

Melainkan bangsa itu sendiri cuba mengubahnya
Mengubah sendiri, membendung nafsu
Kerana Allah
Kerana agama
Kerana bangsa
Kerana negara
Biarlah aku pergi
Mata terpejam rapat
Nafas perlahan berhenti…

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
Julai 10, 2015

106 thoughts on “MALAYSIA TANAHAIR -KU

  1. joetachi Oct 1,2016 5:13 PM

    اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
    tahun depan bersambung lagi….

    https://youtu.be/nxVfH1Mn-E4

    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
    ucapkan salam pada tun Siti…
    ucapkan juga selamat hari jadi…
    Smoga ceria & bahgia brsama suami…

    https://zanas.wordpress.com/awal-muharram-doa-akhir-dan-awal-tahun/

    *ya Allah…….
    maha kuasa, padaMu kami meminta…

  2. joetachi Sep 20,2016 12:38 PM

    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

    18dzulhijjah, hari Selasa..
    Pagi tadi panjat Bukit di ibukota..
    Bukit Damansara, tak tinggi mana…
    Parkir kt bawah,
    menapak anak tangga…
    اَلْحَمْدُلِلّهِ
    #epicure #4702
    18dzulhijjah daftarkan diri…
    Bayaran tak banyak, setahun sekali,
    Nak bayar 30thn, depa tak bagi..
    InsyaAllah, umor panjang,
    tahun depan sambung lagi…!

    ……………………………..

    https://youtu.be/xgvzP93DYMk

    18dzulhijjah jatuh hari ni..!
    Nak ucap pd Tun, selamat hari jadi..
    harapnya gembira, semoga diberkati..
    Nak beri hadiah,
    entah apa nak bagi….?
    …hmmm…
    #sayadaftarjadiahli

    جَزَاكَ اللّهُ

  3. joetamchi Oct 15,2015 12:00 AM

    01-01-1437H
    Salam Sejahtra kepada semua…
    Selamat Tahun Baru ucapan dari hamba..

    https://youtu.be/Xgvej2Xbo1g

    Salam sejahtera kpd Tun & istri….
    Selamat ulangtahun kpd Tun Dr. Siti…

    https://youtu.be/Jl5t9DJhxPU

    #Bonda

  4. joetamchi Oct 2,2015 4:27 AM

    Salam sejahtera Tun berdua…
    Ucapan selamat ulangtahun ke-93
    Semoga bahagia bersama yg tercinta…
    Rahmat Allah ku pohon Dari Nya…

    http://www.kalendarhijrah.com/tukar-tarikh/?tarikh=19250710

    selawat & salam ke-atas junjungan besar
    Muhamad Rasulullah SAW

    https://youtu.be/dhwdEtO5fJE
    *
    Salaam Jumaat…

  5. Muhammad Aug 24,2015 8:56 AM

    Dear Tun,
    Me again, today 24 Aug 15
    It’s RM 4.23 equiv to 1 USD..
    What would happen if RM 5.00 = 1 USD ???
    Muhammad
    OUM

  6. Muhammad Aug 23,2015 6:39 PM

    Yg Berbahagia TUN,
    Bacaan sekarang 23 Aug 2015 6:45pm :
    1 USD = RM 4.1736 esok kita sama akan lihat RM akan menyusut lagi..
    Sehingga akhir tahun ini… saya tidak dapat bayangkan berapakan nilai
    RM sebelum 2015 berakhir….
    Muhammad
    OUM

  7. heartdoc Aug 9,2015 9:28 AM

    it is a pity.. just when i thought you are the champion of the nation in this darkest period, i read your poem and realize that you are not any different from the rest..
    “Setelah dijajah oleh satu bangsa, dijajah pula oleh dua bangsa lagi”

    shows how polarised our statesmen’s view are..now and long time back..
    despite our contribution to the nation without expecting anything but to be respected and looked at as ‘anak malaysia’..this is what we get?

    i hope you read all this comments because i would like to hear your explanation

  8. yuyu Aug 6,2015 3:38 PM

    Assalamualaikum Tun ,

    Bait-bait kata yang sangat menyentuh hati…
    Dalam keadaan isu semasa…tak mampu terungkap dek kata-kata lagi…
    Masih terngiang di telinga kata arwah bapa…
    Zaman Mahathir…semua boleh cari makan…tak kira bangsa…
    Tapi sekarang bukan itu isunya…sesama bangsa bertelagah…
    Suara kami yang kecil ini masakan di dengar…siapa dan apa hak kami untuk bersuara…yang nyata…hidup makin dihimpit…yang memerintah tetap berkuasa…yang kaya makin kaya…
    Dipendekkan kata , kami menyokong perjuangan Tun…
    Kami mahukan negara kami…bukan di anak tirikan di negara sendiri…

  9. Khalid Al Walid Jul 29,2015 8:52 AM

    Salam..Tun..
    Saya rasa sebak dan terkilan..
    Secebis puitis dari hati Tun..
    Secarik kata menusuk sanubari..
    Terkenang akan saya..

    “Anak kecil main api..Terbakar hatinya yg sepi..
    Air mata darah b’campur keringat..Bumi dipijak milik orang..
    Nenek moyang kaya raya..Tergadai seluruh harta benda..Akibat sengketa sesamalah kita..Kita lenyap diarus zaman..”
    Kadangkala hati ni terasa ingin memberontak..
    Ingin suarakan pandangan berbaur kritikan..
    TAPI..takut dituduh pembangkang..Boleh jadi saluran tu disekat..
    Ingin jugak hati nak membentuk parti..Bukan PAS atau UMNO..
    Akan tetapi gabungan akan kedua-duanya..
    Manisfesto baru..-Syahadah-
    Tiada janji palsu..Perangi rasuah..
    Ingatlah…
    Ketua Yang Pernah Digeruni Oleh Tentera Rom Dan Parsi Hanya Sekadar Nama Sahaja..

    -Khalid Al Walid-

  10. shukor2008 Jul 26,2015 2:21 AM

    Terasa syahdu
    Lidahku kelu
    Otakku beku
    Hatiku lebur
    Jasadku kaku
    Bila ku tatap puisimu yang puitis
    Telahanmu coretanmu luahanmu
    Berduka nestapa mengenang nasib
    Anak bangsamu dijajah dek bangsamu
    Aku pasrah dengan telahanmu
    Aku akur dengan coretan tintamu
    Tapi……………..aku keliru
    keliru
    keliru
    keliru
    keliru
    Siapakah kamu
    Siapakah kamu
    Siapakah kamu
    Setelah kau disambut oleh mereka itu
    Di harijadimu 25 julai 2015
    Adakah itu jasadmu
    Ataukah itu rohmu
    Ataukah itu jelmaanmu
    tidak…tidak….tida….tid..ak
    Hemburlah puitismu kelak lega hatimu
    Hemburlah sakit hatimu kelak lega hatimu
    Kau yang terbilang igauanku
    Kini menjadi hampas buatku

    Shukur2008@@@
    Tajuk sajak # Kemarau musim tengkujuh

  11. akupun Jul 26,2015 2:21 AM

    Dem..he is going to leave us..pls tun ,pls do the final act…,throw najib..I know u can

  12. Zul85 Jul 23,2015 11:32 PM

    PENJAWAT AWAM DI PAGI RAYA

    Bergema takbir di subuh pagi
    Tanda tibanya syawal mulia
    Tanpa tersedar basah di pipi
    Tidak tertahan air mata

    Walaupun bertugas sibuk sekali
    Sembahyang raya tidak dilupa
    Puji dan syukur kepada ilahi
    Taat dan setia kepada negara

    Sungguh meriah di hari ini
    Ramai berhias cantik bergaya
    Namun kami bersenang hati
    Walau hanya berpakaian biasa

    Lemang ketupat dan kuih raya
    Cukup sekadar mengubat rasa
    Berkumpul bersama rakan sekerja
    Raya disambut dengan seadanya

    Penjawat awam di seluruh negara
    Tak kira awam polis dan tentera
    Seri Paduka dicurahkan setia
    Kepada rakyat berkhidmat sentiasa

    Walaupun hiba sedih di hati
    Terkenang keluarga dan juga desa
    Usah bersedih tabahkan hati
    Teruskan khidmat di hari mulia

    Salam lebaran dan aidilfitri
    Kepada seluruh rakyat Malaysia
    Ingatlah kami sentiasa di hati
    Penjawat awam di hari raya

    M.Z.M.A, JULAI 2015

    Selamat hari raya diucapkan kepada Tun sekeluarga serta kepada kesemua pejawat awam yang bertugas pada hari raya di seluruh Malaysia. Walaupun negara dilanda pelbagai masalah dan malapetaka dek kerana perbuatan ketua kerajaan dan konco-konconya, saya yakin bahawa negara Malaysia akan terus aman dan terpelihara jika terdapat ramai orang yang berani bersuara menegakkan kebenaran walaupun perit.Sekian.

  13. adelheid Jul 23,2015 11:22 PM

    Dear Tun,

    A very beautiful poem which I believe you wrote on your birthday. Luahan hati seorang insan yang tahu bersyukur. Jasa dan bakti tidak terhitung bak bintang-bintang di langit. Doamu Tun Mahathir untuk agama, bangsa dan negara kami ameenkan. Jangan Tun bergundah gulana kerana kami ada akan meneruskan perjuangan Tun selagi hayat dikandung badan.

    And Tun, you don’t have to translate this poem into English. It’s only well versed in Bahasa Melayu Malaysia, bahasa kita, darah kita, bumi Melayu yang dipijak adalah tanah keramat tempat tumpahnya darah kita! Well versed our bahasa. Di mana bumi dipijak di situ langit kita junjung. May Allah bless you dear Tun Dr. Mahathir Mohamad.

  14. joetamchi Jul 22,2015 6:09 PM

    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

    https://youtu.be/JPuhcDQ1kHg

    7:16 / 20:44

    Tersentuh Rasa…
    Cuma…
    Di kaki lima kita berjumpa…
    Salam bercium kali pertama…
    Dicium tangan tanda mengharga..
    Terima kasih TUN, Ayahanda hamba…
    #Negara
    Terimbas kembali memori Ramadhan…
    Hari pertama puasa, kita kesempatan…
    #Alhamdulillah…

    InsyaAllah,
    nanti raikan…
    #DemiNegara
    Qurban…Dzulhijjah
    1436-H

    Selawat & Salam kpd Rasulullah

    اللَهُمَّ صَلِّ عَلَي سَيِّدِنَا مُحمَدٍ صَلاَةٌ تُنْجيْنَا بِهَا مِنَ جَمِيْعَ الأهَوْاَلِ وَالأَفَاتِ وَتَقْضِي لَنَا بها جَمِيعَ الحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَيّئاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَي الدَرَجَاتِ وَتُبَلّغُنَا بِهَا أَقْصَي الغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الخَيرَاتِ فِي الحَيَاةِ
    وَبَعْدَ المَمَاتِ برحمتك يا أرحم الراحمين

    Ya Allah limpahkanlah rahmat kepada junjungan besar kita Nabi Muhamad SAW, yang dengan rahmat itu Engkau akan menyelamatkan kita dari semua keadaan yang mendebarkan dan dari semua cobaan yang dengan rahmat itu Engkau akan mendatangkan kepada kita hajat, Yang dengan rahmat itu Engkau akan membersihkan kita dari semua keburukan/kesalahan. Yang dengan rahmat itu Engkau akan mengangkat kita kepada setinggi-tinggi derajat.Yang dengan rahmat itu pula Engkau akan menyampaikan kita kepada sesempurna-sempurnanya semua maksud dari semua kebaikan pada waktu hidup dan setelah mati.
    Ameen…..
    اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

    https://youtu.be/HlJDD1b1lV8

  15. sudin Jul 20,2015 5:53 PM

    Assalam Tun,

    Bila ada ura2 Najib terpaksa kena letak jawatan nanti, harap2 Tun boleh menasihati Tan Sri Muhyiddin supaya jangan terima apa2 jua syarat yang diletakkan keatasnya oleh Najin.
    Berkemungkinan nanti perkara serupa saperti yang telah dilakukan Najib akan berulang pula kepada Muhyiddin!!!

  16. sudin Jul 20,2015 5:44 PM

    Assalam Tun,

    Dulu masa Pak Dol PM5 disuruh berhenti, dia sempat panggil Najib dan mengenakan beberapa syarat sebelum membenarkan Najib ambil aih tugas. Tak tahulah apa sebenarnya yang dibincangkan mereka atau apa yang dituntut oleh Pak Dol, tapi bila tengok keadaan selepas Najib ambilalih tugas, berkemungkinan perkara2 berikut telah dipersetujui Najib:

    1. Tidak ambil apa2 tindakan terhadapnya atas perkara2 yang melibatkan apa2 jua jenis rasuah yang dikemukakan keatasnya, terutama perkara2 yang dibangkitkan oleh Tun Dr M,

    2. Budak KJ menantu kesayangannya mesti diberi peluang untuk bertanding pada PRU13, dan jika menang dilantik menjadi menteri, walaupun pun budak KJ sendiri telah beerkali2 menyatakan hasrat tidak akan bertanding kerana telah dikecam hebat dengan panggilan “rasuah! rasuah! rasuah!” semasa perrhimpunan agung UMNO,

    3.Tun Jin mesti diberi nama!!!

    Mungkin ada beberapa perkara2 rahsia lain yang telah oleh Pak Dol dan Najib….

    Kerana terlalu inginkan sangat jadi PM, mungkan desakan bertuli2 oleh si Rosmah, Najib pun bersetujulah keatas setiap syarat yang dikenakan oleh Pak Dol.

    Malangnya, bila sampai giliran Najib kena paksa letak jawatan, Tan Sri Muhyiddin tak lah lemah macam Najib kena ikut semua yang dituntut!!
    Jadi sebab itulah Najib liat nak letak jawatan, takut sungguh bila kena bawa kemuka pengadilan!

  17. joetamchi Jul 16,2015 2:06 AM

    1436Hijriah/9/29

    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
    Salam Sejahtera buat Rakyat Jelata

    29malam berlalulah ia
    InsyaAllah…
    Setahun, sebulan…
    1437H akan dtg bersua…
    #RamadhanBulanRahmat

    #AidilfitriHariJumaat
    #RayaKatMana?

    #TerakhirPuasaDiBulanRamadhan
    #RamadhanMeninggalkanKita

    #RakyatNakRaya

    #JiwaPuasaGembira

    Selamat Bersahur & Selamat Berpuasa…

    Selawat & Salam keatas Baginda
    Muhamad Rasulullah SAW

    اللَهُمَّ صَلِّ عَلَي سَيِّدِنَا مُحمَدٍ صَلاَةٌ تُنْجيْنَا بِهَا مِنَ جَمِيْعَ الأهَوْاَلِ وَالأَفَاتِ وَتَقْضِي لَنَا بها جَمِيعَ الحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَيّئاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَي الدَرَجَاتِ وَتُبَلّغُنَا بِهَا أَقْصَي الغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الخَيرَاتِ فِي الحَيَاةِ
    وَبَعْدَ المَمَاتِ برحمتك يا أرحم الراحمين

    Ya Allah limpahkanlah rahmat kepada junjungan besar kita Nabi Muhamad SAW, yang dengan rahmat itu Engkau akan menyelamatkan kita dari semua keadaan yang mendebarkan dan dari semua cobaan yang dengan rahmat itu Engkau akan mendatangkan kepada kita hajat, Yang dengan rahmat itu Engkau akan membersihkan kita dari semua keburukan/kesalahan. Yang dengan rahmat itu Engkau akan mengangkat kita kepada setinggi-tinggi derajat.Yang dengan rahmat itu pula Engkau akan menyampaikan kita kepada sesempurna-sempurnanya semua maksud dari semua kebaikan pada waktu hidup dan setelah mati.
    Ameen…..
    اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

    Salam Ramadhan terakhir 1436-Hijriah…

  18. Warga Temasek Jul 16,2015 12:10 AM

    As salamualaikum Tun

    May Allah Bless and Cherished you with abundance love for knowledge and work hard as well as play hard attitude and May we all be forgiven for All our MisDeeds which are plentiful.
    How we wish we have you as our community leader to look up to in the land of Temasek Darul Singa.
    Al-Fatihah. Ameen!!!!
    Obey Allah-Allah Hu Akbar!
    Obey Rasul -Sollualan Nabi!
    Obey Sultan- Daulate Tuanku!

  19. Farihan Han Jul 15,2015 3:21 PM

    Semoga tun m dipanjangkan umur…

  20. daeng Jul 15,2015 6:40 AM

    Assalamualaikum. Tun,

    Setuju dengan cruze dan malaysian1000000 komen terkini yang diberi.

    Wassalam.

  21. joetamchi Jul 15,2015 4:26 AM

    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
    Salam Sejahtera untuk Rakyat Jelata

    #2HariTerakhirPuasa..
    Aidilfitri semakin menjelma….

    #RakyatNakRaya
    #HariGembira

    #NikmatSementaraHartaWangKuasa
    #NikmatAbadiTidakDiDunia

    https://youtu.be/tgQibpVg3CM

    Selamat Bersahur & Selamat Berpuasa
    #RamadhanSemakinMeninggalkanKita

    #Sebak

    Dapatkah lagi bertemu…?
    InsyaAllah….

    &.&.&.&.&.&.&.&.&.&.&.&.&.&.&.&.&.&.&.&.&
    YaAllah,
    Engkaulah yang maha penentu…
    Sentosakanlah Malaysia tanahair-ku
    3M, TaMim, Tanah Melayu

    Selawat & Salam buat Penghulu….

    ﺁﻟﻠّﻬُﻢَ ﺻَﻠّﯿﮱِ ﯛﺳَﻠّﻢْ ﻋَﻠﮱِ ﺳَﻴّﺪﻧَﺂ ﻣُﺤَﻤّﺪْ ﻭَ ﻋَﻠﮱ ﺁﻝِﺳَﻴّﺪﻧَﺂ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

  22. apietgi Jul 15,2015 3:40 AM

    DAH LAGU TU!

    istanamu telah lama didakap debu
    serinya pula telah hilang
    aku datang tepat waktu
    tapi kau masih ragu, kesan luka lalu

    raja-raja dulu telah fana dimakan zaman
    kini tinggal kau tanpa pilihan
    kecuali mahu membiarkan hidup di awang-awangan
    mengharapkan yang tak mungkin menjelma

    dah lagu.. tu nak lagu mana lagi?
    biar bagaimanapun kau cuba menghindari
    aku berikan padamu kembang penawar luka
    tiada lagi hari sedihmu

    raja-raja dulu telah fana dimakan zaman
    kini tinggal kau tanpa pilihan
    kecuali mahu membiarkan hidup di awang-awangan
    mengharapkan yang tak mungkin menjelma

    sanggupkah kau melepaskan cinta?
    dan menantikannya untuk selamanya?
    aku berikan padamu kuntum penawar luka
    tiada yang lebih dari itu

    dah lagu tu.. nak lagu mana lagi?
    biar bagaimanapun kau cuba menghindari
    aku berikan padamu kembang penawar luka
    tiada hari seindah ini

  23. teratai Jul 14,2015 9:03 PM

    Salam Tun,

    Reading Tun’s poem makes me sad.

    I could feel and sense Tun’s sadness.

    Be brave Tun, Malaysia needs Tun.

    Thank you.

  24. malaysian1000000 Jul 14,2015 8:54 PM

    Salam,

    Puisi yang dikarang teramatlah dalam maksudnya dimana kerisauan Tun terhadap pemumpin akan datang.

    Bagi saya pencapaian Tun amatlah membanggakan sebagai SEORANG individu. Dan disini saya nyatakan serba sedikit pencapaian Tun (mengikut pandangan saya)

    Sebagai seorang MANUSIA
    1. Tun berjaya hidup hingga umur 90 tahun dan sihat akal fikiran dan tubuh badan.

    Sebagai seorang SUAMI
    1. Tun masih kekal bersama isteri tercinta sehingga kini.

    Sebagai seorang BAPA
    1. Tun mempunyai anak – anak yang boleh dikatakan berjaya dalam aspek yang diceburi. Ada businessman dan businesswoman. Ada politician.

    Sebagai AHLI KORPORAT
    1. Tun masih memegang jawatan dalam PROTON diumur 90 tahun menunjukkan Tun masih mampu untuk memimpin.

    Sebagai AHLI PERNIAGAAN
    1. Mempunyai rantaian kedai roti yang banyak di sekitar Klang Valley

    Sebagai AHLI POLITIK
    1. Memacu Malaysia sebagai PM selama 22 tahun (most longest leader serve in the world)

    Sebagai AHLI EKONOMI
    1. Tun berjaya mengharungi 2 krisis ekonomi terbesar (87-88 dan 97-98)

    Sebagai PEJUANG BANGSA
    1. Melahirkan banyak ahli-ahli akedemik, profesional, kolar putih dan kolar biru dari kalangan bangsa Melayu.
    2. Mengekalkan mandat pemerintahan Melayu selama memerintah.

    Sebagai Seorang KETURUNAN INDIA
    1. Mewujudkan rantaian kedai Mamak di seluruh negara.

    (Kepada penulis yang lain boleh tambah jika mahu)

    Bagi pendapat saya pencapaian Tun belum ada yang boleh challenge. Jadi Tun janganlah risau sangat dengan bangsa Tun kerana ideologi dan pemahaman Tun telah terserap di dalam minda kami cuma terpulang kepada kami untuk mengaplikasikannya.

    TQ

  25. ayah chik Jul 14,2015 5:38 PM

    As salam Tun

    Saya amat tersentuh dengan puisi Tun dan saya berkeyakinan penuh bahawa tamadun pemerintahan UMNO /BN wajib diruntuhkan dan semuga tamadun atau era pemerintahan baru..entah gabungan apa nanti akan wujud dan in shaa allah Malaysia ku akan jauh lebih baik dan terhindar daripada kerakusan dan tamak haloba para pemimpin umno/bn yang ada. Mari kita sama sama mainkan peranan dengan memulakan langkah menjadi perayu kpd pengundi terutama semasa hari raya nanti utk turut serta kuburkan umno dan kejahatan yang melampau pemimpin yg ada. In shaa allah kejayaan berpihak kpd kita semuam

  26. zahar Jul 14,2015 5:37 PM

    bangsa aku dijunjung
    agama yang satu
    kalimah sebati agung
    pedang tajam ditanganku
    bukan aku terapung
    ini janji aku….

    26 ramadhan, 1436H

  27. omg Jul 14,2015 4:19 PM

    kami tetap bersama anda wahai Tun M yang dikasihi 🙂

  28. cruze Jul 14,2015 2:29 PM

    Kata kata Tun dalam blog pada kali ini agak mendalam dan semata mata untuk anak bangsa di masa sekarang dan akan datang.

    Bagi yang mempunyai jiwa anak bangsa tanah air yang kental, dia akan tersentuh dan seolah tersentak dari lamunan.

    Tetapi masih terdapat ramai di kalangan warga melayu sendiri yang terdiri dari usia 30 tahun keatas yang saya tidak pasti adakah mereka ini “melayu mudah lupa” atau melayu moden yang telah menjadi hipokrit dan ego oleh kemodenan atau tamakkan harta dunia. Dalam penulisan di media di lihat mereka menterbalikkan kata kata Tun seolah segala kesilapan dan sistem demokratik yang Pemimpin lama praktikkan telah memberi kesan buruk apabila timbul krisis pemimpin sekarang yang mengamalkan rasuah dan lain lain.

    Apabila tuduhan terhadap najib yang di dapati akaun bank beliau di masukkan sejumlah wang yang banyak, mereka dan ngo di bawah zainal dan lain2 mengatakan ini adalah turun temurun umno sejak zaman Tun.

    Beginikah cara orang melayu zaman ini menghadapi kemelut ketua pemimpin yang tidak jujur? Dengan bedolak dalik dan mengaitkan hal orang lama!. Ini sebenarnya tidak bagus dan jelas di lihat sebagai alasan untuk menutup kesilapan sekarang.

    Zainal bodoh nak mampos dah tak sedar dirikah anda atau anda tidak mampu berfikir secara logik? Bahawa jika sememangnya ini amalan UMNO! Adakah dahulu semua duit kempen yang di sediakan itu masuk dahulu kedalam akaun TUN atau PM2 yang lepas dan kemudiannya baru di salurkan ke dun masing2 !

    Janganlah sampai bangsa lain mentertawakan bangsa kita oleh kerana tindakan dan cara anda berfikir yang tidak rasional dan profesional. Ini akan menampakkan anda belum maju dari segi akal fikiran.

    Jika anda, salleh kruak. Shahril samad, sahidan kassim, Hishamuddin anak mak teeringin sangat nak jadi timbalan PM, bukan begini caranya. Anda harus pangkas tempat Timbalan sekarang bukan buat kenyataan yang menjatuhkan kredibiliti diri.

    Jika anda nak sangat jadi lawyer tidak rasmi kepada najib, tolong senaraikan jumlah keseluruhan wang 2.6 juta yang di katakan untuk kempen PRU13 secara detail.
    a. Nama cawangan yang di salurkan
    b. Nama penerima yang di tauliahkan
    c. Jumlah tepat yang di salurkan
    d. Penyata atau bil beserta jumlah peruntukan, no checq, tarikh dan bank mana
    e. Kertas kira2 senarai keseluruhan setelah di jumlahkan hendaklah bersamaan dengan jumlah 2.6 juta yang telah masuk ke dalam akaun bank ambank yang telah di tutup pada tahun 2013 itu.

    Barulah kami masyarakat yang anda semua anggap bodoh ini akan lebih faham dan mempercayai akan isu wang yang di masudkan oleh WSJ. Bukan dengan cara tuding sana tuding sini, petik sana petik sini, bukak sana bukak sini ( siasat TUN dan modal perniagaan anak anaknya).

    Barulah kami lihat anda dan menteri2 lain nampak matang, dewasa, profesional, mengangkat martabat melayu dari segi akal fikiran dan segala galanya yang mengangkat maruah bangsa MELAYU.

    Minta maaf bang zainal, hingga terpaksa berkata seolah biadap, ini mewakili naluri melayu yang tebal di jiwa kami, bukan nak membela TUN tetapi kami tidak sanggup melihat bangsa melayu di pandang rendah…

    “KTA TIDAK DAPAT MEMAKSA ORANG MENGHORMATI DIRI KITA, MEMPERCAYAI KITA, MENYOKONG KITA SECARA IKHLAS” tetapi “KITA BOLEH MEMBUAT ORANG MENGHORMATI DIRI KITA DENGAN USAHA TERHADAP SIKAP, CARA BERFIKIR, SUMBANGAN KITA DAN KATA KATA YANG KITA LEMPARKAN”.

  29. mdyusuf Jul 14,2015 2:19 PM

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

    Papehal Melayu mudah lupa. Lupa akan segala kesusahan yang di lalui kalau ketenangan sudah tercapai. Who on earth is willing to risk it all, give it all for another person, add on a Nation.

    How many are they with a salary willing to do their job willingly or sacrifice family time just for their job. Maybe many are willing to do so, but they only do it halfway. Pahala dah dapat bangun pagi, pergi kerja, duduk tempat kerja, 80-90% of the pahala dah dapat, tapi sanggup bawak balik makanan yang di sumpah orang untuk keluarga makan.

    Tun i am a nobody but i have a target to be Malaysia’s Prime Minister. Unqualified but definitely willing do what it takes to keep it still under Malaysia tanpa anasir luar masuk campur.

    I do apologize as i may have mentioned a few sensitive issues. But i’m so sad to see that everyone has a price, till then we will never go further ahead. People are so cheap that any future changes can only be felt not thought about before decisions were made. I hope to reach my target and goal i don’t have to run a virtual country because things are still going to be the same just that maybe there would be closer communication between 30 million to 1.

    It’s not easy what they are facing in the Government, people do mistakes with power and money but i think even as an Individual my Du’a is strong enough for changes, changes where religion will help our leaders of Malaysia to change for the betterment of the people. Who else would be better if not the PM’s son himself but as you said, MELAYU MUDAH LUPA, jadi kita kena ingatkan rasanya. Tanpa motivasi, tiada perniagaan yang boleh lancar. Tanpa panduan dan dua, mana agaknya arah tuju ketua kita?

    Kalau dalam organisasi, Manager/CEO/Director adalah key person dan penggerak perniagaan, Dalam sesebuah negara, Rakyat adalah MANAGER/CEO/DIRECTOR. Gantikanlah dengan sesiapa pon, bila sudah tiba masanya untuk kuasa, duit dan syaitan agaknya siapa yang boleh tahan kecuali Nabi? Anak bekas PM saya rasa ok juga sebab pengalaman dan cara pemikiran but if the women wears the pants in the house, do they have a say? Maybe we should support and find ways as a nation to re-build your masterpiece. Biasalah, rumah dah 10 tahun pon kena cat balik, kadang2 tiang pon kena simen plaster balik. Ignorance is bliss.

    Saya rasa lebih baik kita doakan dan pray for the best and also have faith, no matter what these are all humans that is created with a heart and a’kal. Nothing much to it unless the fire was started long ago. Anyway your No.1 fan hidup mati insya allah.

  30. musato Jul 14,2015 2:01 PM

    Tak payah nak tunggu hasil siasatan. Cara Najib jawab dah memang bermaksud ada berlaku penyaluran wang yang tak sepatutnya ke dalam akaun peribadi beliau.

    WSJ betul. Orang bagi maklumat pun betul.

    Inilah bahananya bila penguatkuasa negara duduk diam bila rakyat dah kecoh pasal kepimpinan negara.

    Ada orang tulis terdapat 7 cara untuk memecat PM. Tapi sebenarnya terdapat lebih dari 7 cara tersebut.

    Istiharkan diri kamu sebagai pahlawan Bugis. Nah sekarang terjunlah ke medannya.

    Orang memberi kita merasa. Orang berbudi kita berbahasa.

    Kenapa takut negara dijajah? Bukankah sekarang kita dinasihati oleh pejajah?

  31. one Jul 14,2015 12:54 PM

    Assalamualaikum Ayahanda Tun,
    Didoakan semoga Tun & isteri sentiasa diberkati & dirahmati Allah.
    Sebuah sajak yang menyentuh hati dan cukup bererti oleh seorang Negarawan..yang akan pergi.
    Dapatku bayangkan airmata Tun yang mengalir sebelum mengakhiri sajak ini.
    Kami faham akan ketidaksampaian hajat Tun pada usia 90 ini.
    Mungkin tidak lama…Wallahua’alam.
    Ibuku yang sebaya dengan Tun pun telah pergi 3 bulan yang lalu.
    Pesannya…jadilah kamu hamba Allah yang TAAT!!
    Sama-samalah kita berusaha menjadi hambaNya yang taat.
    Dan berdoa agar semua pemimpin-pemimpin kita mentaati perintahNya.
    Sesungguhnya Allah memakbulkan DOA hambaNya yang beriman.
    Dalam hidup ini yang penting bukannya siapa kita dan dimana kita berada?..
    Tetapi kearah manakah kita sedang menuju di akhir perjalanan kita.
    Yang paling dikira adalah amalan & ibadah di akhir hayat kita.
    Di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini saya doakan semoga Allah makbulkan segala doa Tun dalam perjuangan demi agama Allah, bangsa dan Tanahair tercinta.
    Doaku juga agar isteri Tun, Bonda Siti Hasmah dikurnia hidayah untuk memakai tudung pada Aidil Fitri ini dan menjadi seorang hambaNya yang Taat dan isteri yang taat kepada suami…Insyallah.
    Amin…Ya Rabbal Alamin.

    Sesungguhnya untuk ini, aku hanya mampu berdoa kepada Allah yang maha Agung.

    Salam AidilFitri, Maaf Zahir Batin buat Tun sekeluarga.

  32. mubarakchan Jul 14,2015 12:35 PM

    Tun

    With all due respect, I like to present the comment (in June 2011 TJS GeorgeBlogspot) by the famous journalist of India, the largest democratic country in the World. courtesy jesscscott.blog.

    TJS George June 2011.

    ” The West has spread the impression that Singapore’s Lee Kuan Yew is Asia’s outstanding economic miracle man while Malaysia’s Mahathir as a cantankerous ogre, hater of white people and dictator to boot. Both are dressed up portraits. What makes Mahathir special is that while pursuing economic progress, he never lost sight of the larger picture of human values. That cannot be said of Lee Kuan Yew and certainly not of Indonesia’s Suharto or Thailand’s Thaksin Shinawatra. ”

    TJS George, a best known journalist in India continues his fight against social injustice, corruption and political anarchies through his columns. He wrote a book in 1973 ” Lee Kuan Yew’s Singapore ” in which he highlighted the shenanigans of the Dictator that long ago.

    MALAYSIA BOLEH ! MALAYS BOLEH ! MALAYSIANS BOLEH !

  33. amin tan Jul 14,2015 11:02 AM

    Dear Tun,
    The poem above you wrote is touching and reflects your aspirations for the country. For the past few months you have given your all, your best shot, to the country. I am sure nobody in the world could match you in terms of fearlessness, eloquence and brilliance. Your performance was so excellent and attractive that Lim Kit Siang and Tengku Razaleigh offered themselves to be your running mates. Tengku Mahkota of Johore was also vocal in full support of your struggle.
    When you first entered the fray against the present administration, you were strong and sharp. After a few weeks the stress must have taken its toll. I notice you seem to have weakened physically. I can understand. How not to be weakened and devastated when you are pitted against youngster Deputy Finance Minister, who claimed GST would lower the prices of goods and services. He even said that Tun Mahathir did not understand GST AND YOUR ADVISORS are not good in economics.
    In my opinion, you have given 200% of yourself to the country. You have demonstrated and clearly taught the country that the leadership must not be abusive of the national wealth, must uphold justice and be honourable and ensure the rule of law. The government must be prudent, frugal and accountable.
    You have done more than your fair share in your priceless contribution to the country. You have not sought personal glory but glory for the people and the nation.
    You are 90. Fantastic. But every living things must parish. Your poem above seem to remind your not too distant departure. The nation and I ,by and large are with you. You have left us a fond memory and guiding principles for the nation to be pursued and followed. So much is owed by the nation and the people to you, Tun Dr. Mahathir Muhamad. You are exemplary and a role model as a Prime Minister for the country.

    amin tan

  34. farz Jul 14,2015 10:09 AM

    Tun,

    Assalamualaikum. Terharu saya membaca tulisan Tun kali ini. Memang keadaan negara pada masa ini adalah amat membimbangkan. Tetapi Tun telah melakukan yang terbaik dan termampu oleh Tun. Segala yang terjadi adalah bukan kesilapan Tun. Pemimpin sekarang perlu bertanggungjawab atas apa yang mereka lakukan. Mereka bukannya anak-anak di bawah umur. Semoga Tun berdua dipanjangkan umur dan dianugerahkan kesihatan yang baik. Kami rakyat amat berterima kasih dan menghargai segala usaha Tun.

  35. pakNgah40 Jul 14,2015 10:05 AM

    Assalamualaikum wbt dan selamat pagi YABhg Tun.
    Salam 27 Ramadhan…

    Saya terus merasa sebak dan mengalirkan air mata apabila membaca sajak Tun di atas, sama keadaannya bila mana YABhg Tun mengumumkan perletakan jawatan sebagai PM dan Presiden UMNO dahulu
    Saya juga berasa sedih kerana negara kita yang dicintai ini pada masa ini sedang dikepalai Kerajaan nya oleh seorang yang tidak amanah, rakus, tamak, dan sentiasa mengejar populariti sehingga kebanyakan dasar yang diperkenalkannya membawa kepada ketidakstabilan dalam negara dan membangkitkan keresahan di kalangan rakyat. Ditambah pula, dengan gaya hidup isteri serta keluarganya yang suka bermewah-mewah amatlah tidak bersesuaian sebagai pemimpin (apatah lagilah bagi pemimpin yang beragama Islam) yang sepatutnya menunjukkan contoh tauladan yang baik walaupun dalam aspek kehidupan seharian.
    Keadaan lebih membusuk dengan diri najib yang dikelilingi oleh mereka-meraka yang hanya pandai membodek/mengampu dan mengiakan sahaja tanpa ada rasa tanggungjawab untuk memperbetulkan apa yang ternampak jelas ada kelemahan dan kekurangannya (apatah lagi jika ianya salah di sisi undang-undang negara mahupun hukum ALLAH) demi menjaga kesejahteraan hidup rakyat secara majoriti. Tetapi mereka lebih mementingkan kepentingan peribadi, keluarga serta juak sendiri sahaja.
    Saya amat sedih melihatkan senario ini dan terfikir apakah nasib anak saya dan keturunan saya nanti di tanah tumpahnya darah kita ini jika Malaysia terus dipimpin oleh manusia-manusia yang busuk seperti yang ada sekarang ini?

    DAN akhirnya, saya serta keseluruhan rakyat Malaysia yang cintakan negara ini akan terus berdoa agar YABhg TUN Dr Mahathir bin Mohamad akan terus dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik, akal dan minda yang tajam, buah fikiran yang bernas serta keberanian dan keikhlasan untuk terus menegur kepimpinan yang ada sekarang ini sehinggalah tercapainya hajat majoriti rakyat Malaysia iaitu perletakan jawatan najib.
    Semoga ALLAH SWT akan membantu usaha murni TUN ini kerana hanya TUN sahaja yang mahu menegur dan memperbetulkan, yang lainnya hanya mampu untuk terus mengampu dan menjilat semahu-mahunya.

    Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada YABhg TUN
    Semoga semua jasa baik TUN akan diterima sebagai amal soleh yang baik oleh ALLAH SWT dan menjadi bekalan yang amat baik buat diri TUN di alam Akhirat nanti, in shaa ALLAH

    YA ALLAH…. SELAMATKANLAH YABHG TUN DR MAHATHIR DAN SELURUH AHLI KELUARGANYA

  36. sibotak Jul 14,2015 10:03 AM

    Saya lihat pada Kenyataan Tidak pihak Najib juga UMNO
    Memang ada Keraguan terhadap Najib , Rosmah terutama Anak Tiri Najib
    Yg bolih membeli harta dalam usia muda . Dari Daddy , Mummy ?
    Mummy , Daddy dari mana ?

    Saya lebih ragu dan rasa amat bahaya kenyataan WSJ
    Media Barat ,juga Politik Amerika yg di Bendung Israel
    Sudah ternyata banyak memfitnah Dunia Islam
    Mereka Berkebolihan merwarna Hitam jadi Puith , Putih jadi Hitam
    WMD Iraq , kezaliman terhadap Saddam dan Rakyat Iraq sudah membuktikan segalanya
    Tujuan mereka megeruhkan image Islam juga membunuh Umat Islam
    Menzalimi , memporak perandakan Dunia Islam sudah nyata
    LIHAT PERBUATAN JANGAN DENGAR UCAPAN YG MANIS
    Tetapi mereka Gagal sebab dengan perbuatan mereka sendiri
    Telah banyak meng Islamkan orang Kafir Amerika , Barat dengan kehendak mereka sendiri .Tidak perlu pakai Senjata Permusnah
    Dari manusia bawahan hingga ke Professional seperti Doctor , Hakim juga
    askar mereka yg berjawatan Tinggi

    WSJ hanya memberitakan wang masuk a/c Najib
    Tidak memberitakan yg Najib menyalah gunakan wang tersebut
    Hujungnya mereka akan membelit sekiranya siasatan Tamat
    Dan jika Siasatan Tamat Jangan pula pihak Pembangkang menuduh Siasatan
    Yg di kendalikan 4 Bandan Penyiasat memihak pada Najib
    Kalau di layankan kehendak mereka sampai bila tak Game ,selagi mereka tidak berjaya mendapat Agenda mereka ia itu menduduki Putra Jaya

    Ini Kita perlu Berhati hati

  37. Sri Sen Jul 14,2015 9:51 AM

    Salam Tun

    I dunno why everytime I ingat DSN I teringat cerita filem P Ramlee anak ku sazali 🙂 banyak cerita P Ramlee and I am not a fan of P Ramlee, but this anak ku sazali macam serupa jer.

    Just sharing my personal experience, a few years back, I ada client dari US masuk duit USD50K dari Singapore bank direct to company bank account. Wah my bank queried me like mad, why, why, must isi form, bank kata sebab bank negara akan nanti tanya.

    Years ago pun I ada satu kawan labur dalam unit trust bawak RM100K cash dalam bag, bank ambil cash tak tanya apa pun.

    But sekarang dah ada AMLA, kalau unit trust company accept cash pun sebanyak tu, mereka dan bank manager suspect ada aktiviti money laundering dalam diam mereka akan repot to BNM without telling the client. Sebab itu adalah the requirement. Sejak 2 3 tahun lepas semua kena isi form. And sekarang siapa yang jual unit trust mesti duduk AMLA exam tiap tiap tahun.

    Dah nak raya, Tun dah buat kuih? Ooops dah beli kuih? Orang bandar usually beli kuih saja. I tiap tiap tahun boleh kata semua beli, things getting simpler tak semeriah zaman anak kecil.

    I ambil kesempatanini untuk wish Selamat Hari Raya kepada Tun suami isteri dan keluarga. Tun buat open house? I ingat kalau DSN buat open house I nak bawak periuk isi makanan bawak balik…hahaha

  38. Daniel Noor Jul 14,2015 9:46 AM

    A Interesting Article From Fast Forward – Matthias Chang…

    Jho Low/1MDB Crime Syndicate and Bank Negara
    By Matthias Chang – Future Fast-Forward
    RM Billions cannot get out of the country and return back through the back door
    without the knowledge of the central bank of Malaysia, Bank Negara. It is a
    physical impossibility!
    Period!
    Bank Negara cannot deny that it did approve the remittance of US$1 billion by
    1MDB for the subscription of 1 billion shares in the sham JV company, 1MDB
    PetroSaudi Ltd. The purpose was stated by 1MDB as investment in the JV.
    The partners of the JV were the Arab crooks led by Tarek Obaid of the infamous
    PetroSaudi group of companies.
    However, when two directors (former Chairman of 1MDB and another director)
    resigned on account that there were irregularities (a most polite euphemism)
    when in fact it was a fraudulent transaction as was revealed subsequently,
    ALARM BELLS WOULD HAVE BEEN RINGING LOUD AND CLEAR.
    The Alarm Bells went berserk when the JV was terminated and the Islamic
    Murabahah financial agreement was facilitated as a cover-up for the fraud. More
    importantly, Bank Negara approved RM1.5 Billion as additional financial facility to
    the Arab crooks, active members of the crime syndicate when 1MDB was not
    even authorised under the Islamic Financial Services Act 2013 to provide such
    financial facilities. An additional US$830 million was remitted to the JV Company
    under the Murabahah agreement. Bank Negara cannot be blind to this glaring
    fact.
    Therefore, Bank Negara was at the minimum, complicit in the first phase of the
    1MDB multi-billion dollar scam.
    And who was heading Bank Negara? Tan Sri Zeti!
    Therefore, any investigations into the money trail of 1MDB and how the said
    monies ended up in several private accounts or otherwise must include an
    investigation into the actions of Bank Negara, specifically the role of the
    Governor, as her approvals were condition precedents for the remittances.
    Likewise, the heads of Affin Bank and Ambank must be investigated as well.
    Tan Sri Zeti went to great lengths in declaring that the 1MDB financial fiasco did
    not pose and would not pose a systemic risk to the financial stability of the
    country.
    This is the joke of the century.
    The entire freaking banking system was SYSTEMATICALLY breached to launder
    US$ billions out of Malaysia and across at least six jurisdictions. The fact that so
    much monies went sloshing around the world “undetected” reflects that KEY
    PERSONALITIES AT ALL THE CRITICAL POINTS IN THE SYSTEM were
    compromised and or active participants in the scam.
    The entire Malaysian banking system was exposed to financial rigging of the
    most heinous kind. It was corrupt and fraudulent at the very core.
    And the corruption of the financial system was at the CORE OF THE SYSTEM.
    Therefore, Tan Sri Zeti’s pious declaration that the 1MDB scam did not pose and
    would not pose any systemic risk is a feeble and useless attempt to absolve
    herself and Bank Negara of any wrongdoing.
    THIS IS WHERE I DIFFER WITH MANY PEOPLE ON THIS ISSUE AND IT
    MATTERS NOT WHO THEY ARE, AS I HAD FOR MORE THAN A YEAR
    INFORMED AND ADVISED THAT THE GOVERNOR OF BANK NEGARA
    OUGHT TO BE REMOVED FROM OFFICE EVEN BEFORE THE SCANDAL
    BROKE OUT.
    It is not enough for the Governor to say (as alleged) that she had forwarded the
    matter to the relevant authorities for further action. There are enough provisions
    in the Financial Services Act 2013 and the Islamic Financial Services Act 2013 to
    empower the Bank to take action against the Jho Low/1MDB crime syndicate.
    That she has not done so is most revealing.
    In the circumstances, Tan Sri Zeti is not a fit and proper person to be a member
    of the so-called Task Force. She must resign as Governor of Bank Negara and
    as a member of the said Task Force and her position replaced by any former
    Governor or deputy Governors and or some other financial expert of impeccable
    reputation if the Task Force insist to be independent and transparent. There is no
    need to comment on the other members of the Task Force so long as the
    Governor remains as a member.
    Bank Negara is and should be one of the targets for investigations.
    And so long as Bank Negara is out of the equation, the entire investigation is
    flawed from inception.
    It would lead to a white wash!
    Tan Sri Zeti, please spare the country of further shame and humiliation. Do the
    right thing – resign as Governor of Bank Negara and as a member of the Task
    Force so that a proper investigation can be conducted.
    You were an essential element in the 1MDB financial fiasco as you were the
    head of Bank Negara. That the 1MDB fiasco has morphed into the present
    catastrophe is because you failed miserably to take action at the appropriate time
    and compromised the integrity of your office.
    As to the reasons why you failed to take action, I leave it to you and your
    conscience to confess to God. Tell the country the entire sordid story and seek
    forgiveness and redemption during this Holy Month of fasting.

  39. sc Jul 14,2015 9:33 AM

    mahatir,
    1. What happened to your english versions? I had to cut and paste your blog into Google translate to see what you were talking about.

    Admiring the American Innovation that is Google, I read your humble story in english.
    What a dichotomy of views, A grateful man to be living in a cave, whilst here I was using a Progressive technological tool developed in Mountain View California just to understand you….

    If you wish to be content living in a hut, go for it. Humanities greatness and legacies have been driven by people who have changed the world. Steve Jobs is one of them. The rest, the destroyers, the tyrants have left a legacy worthy of spit on the grave.

  40. daeng Jul 14,2015 7:59 AM

    Assalamualaikum Tun,

    MALAYSIA TANAHAIR KU, di sinilah tempat lahir ku …

    Segelintir berpendapat kenyataan Tun Mahathir terhadap Najib sebagai PM Malaysia sekarang tidak wajar kerana:

    1. Tun bukan PM lagi pada masa ini;
    2. Zaman Tun sudah berlalu;
    3. Berilah peluang pada Najib mentadbir ikut caranya sendiri;
    4. Mereka yakin Najib seorang yang mampu membawa Malaysia ke landasan yang betul.

    Cukuplah 4 sebab utama yang saya dengar dari mungkin seorang dari 100 orang yang mengeluarkan suara sumbang sedemikian. Komen saya 4 alasan di atas:

    1. Tun bukan PM lagi pada masa ini

    Bagi saya, Tun adalah seorang pemikir. Seorang pemikir adalah manusia yang sentiasa berfikir kebaikan dan keburukan khususnya untuk masa-masa akan datang. Tun bukanlah rakyat biasa, beliau adalah seorang pemimpin yang disegani kawan dan lawan dari sebelum beliau seorang PM, semasa PM dan selepas PM. Idea yang dinamik dan bernas hingga kini menyebabkan pengaruhnya sentiasa segar hingga kini. Pengalaman beliau sebagai PM yang cemerlang menyebabkan pengaruhnya menebal disanubari rakyat samada jenerasi tua mahupun muda jika jenerasi muda mengkaji pengalaman Tun dari dulu hingga kini. Keberanian diserta dengan idea yang bernas membuat pemimpin dunia khususnya Amerika Syarikat turut gentar bila beliau berucap di pentas antarabangsa semasa beliau sebagai PM. Tun sentiasa disegani dan tidak hairanlah hampir semua masyarakat Islam dunia yang mengikuti perkembangan dunia semasa ketika era Tun sangat kagum dengan Tun. Selepas Tun bersara sebagai PM malangnya PM Malaysia yang ada prestasinya di sebalik zaman Tun. Kami amat sedih dan terasa kehilangan seorang pemimpin seperti Tun Mahathir. Lebih malang lagi PM seperti Najib kami anggap seperti seorang pemimpin bodoh dan lebih teruk lagi perbuatannya tidak selari apa yang dikata????? Sikap Najib ini memakan diri.

    2. Zaman Tun sudah berlalu

    Ini adalah pandangan bodoh seseorang yang mementingkan diri tanpa memikirkan soal keseluruhan rakyat. Memang benar zaman dan kuasa Tun sudah tiada lagi tetapi sebagai rakyat biasa tetapi punya pengalaman sebagai PM Malaysia yang cemerlang dan disegani masyarakat dunia, sewajarnya nasihat dari manusia seperti Tun ditagih oleh rakyat yang bijak. Kita sebagai rakyat yang prihatin tentang masa depan Malaysia bukan mengikut telunjuk Tun tetapi berfikir dan mendapati kepimpinan Najib bukanlah kepimpinan yang kami ( seperti Tun juga ) harapkan. Kami seperti Tun juga beranggapan Najib seorang PM yang bodoh ( Tun tidak pernah bercakap kasar ) dan masa depan UMNO/BN akan hancur jika orang seperti Najib terus mentadbir UMNO/BN. Bagi saya teguran bekas pemimpin seperti Tun sepatutnya Najib halusi dan dengar. Saya rasa Najib tidak rugi mendengar keluhan dan teguran Tun, malah jika teguran itu masuk akal ianya pasti memberi kelebihan kepada pentadbiran Najib di mata rakyat. Tun tidak dapat apa-apa kecualilah rakyat yang dapat faedahnya. Bagi saya dalam hal ini Najib adalah BODOH dan SOMBONG. Sudahlah BAHALOL tapi BERLAGAK PANDAI. Kami bercakap demikian kerana sependapat dengan Tun kerana urus tadbir kewangan negara semakin teruk dari tahun ke tahun kebelakangan ini. Nilai mata wang RM Malaysia yang kian mengecil berbanding Thailand, Indonesia, Singapura, China dan lain-lain matawang dunia sudah cukup sebagai kayu pengukur tentang tahap ekonomi negara kita. Ini jauh sekali jika kita bandingkan RM dengan Dollar Amerika. Rakyat yang tidak tahu ekonomi, tidak faham situasi ini. Justeru itu, Najib yang bodoh perlulah penasihat yang berpengalaman luas seperti Tun demi kesejahteraan rakyat Malaysia. Usahlah Najib berlagak pandai kepada rakyat yang tidak buta ekonomi, cukuplah Najib kononnya menunjuk pandai kepada Rosmah tetapi rakyat yang menderita.

    3. Berilah peluang pada Najib mentadbir ikut caranya sendiri

    6 tahun masa diberi kepada Najib sebagai PM adalah lebih dari cukup untuk Najib menunjukkan kemampuannya sebagai pentadbir. Dulu Najib cakap 3 tahun pertama adalah masa untuknya membetulkan kesilapan pemimpin yang terdahulu. Tetapi 3 tahun berikutnya kami sebagai rakyat yang perihatin tentang masa depan negara melihat urus tadbir ekonomi dan kepimpinannya sebagai pemimpin no 1 negara teramat mengecewakan. Ekonomi negara yang kian merudum, mata wang Malaysia yang kian mengecil, hutang negara yang kian bertambah, masalah skandal kewangan 1MDB melibatkan berpuluh-puluh bilion USD, isu Altantuya yang masih menjadi tanda tanya rakyat hingga sekarang, masalah kos sara hidup semakin teruk akibat salah urus kewangan negara ditambah GST dan sebagainya membawa Malaysia ke arah kemelut kewangan yang kritikal dan masalah defisit kepercayaan rakyat terhadap Najib. Apa lagi yang Najib mahu tunggu???? 10 tahun lagi, kami percaya 2 tahun lagi pun jika Najib kekal sebagai PM sudah pasti keadaan ekonomi dan politik Malaysia semakin kucar kacir. Maka berundurlah Najib demi kebaikan Malaysia.

    4. Mereka yakin Najib seorang yang mampu membawa Malaysia ke landasan yang betul.

    Tiga alasan di atas sudah cukup untuk menidakkan keupayaan Najib sebagai PM. Jika tidak percaya buatlah survey mengenai populariti rakyat terhadap kepimpinan Najib. Biar ahli-ahli UMNO tahu, majlis tertinggi UMNO tahu, biar veteran UMNO tahu betapa HAMPEHnya Najib di mata rakyat sekarang. Biar semua ahli-ahli UMNO tahu betapa bodohnya mereka berketuakan Najib selama ini.

    Kepada veteran-veteren UMNO saya ingin bertanya, mengapakan kalian semua diam macam orang bodoh dan buat tidak tahu masalah kepimpinan negara kini? Cubalah kelab veteran UMNO bermesyuarat membuat ketetapan adakah kempimpinan Najib patut diteruskan atau patut diganti kepada manusia yang lebih berkalibar dan meyakinkan. Adakah orang-orang tua UMNO ini hanya menunggu waktu untuk dikapankan tanpa menyumbang idea yang bernas demi masa depan anak-anak Melayu dan bumiputera. Jadilah seperti Tun yang perihatin masa depan anak-anak dan cucu-cucu serta cicit-cicit kita dan sentiasa berjuang demi masa depan agama,bangsa dan negara.

    Tun, terima kasih kerana berjuang untuk kami. Doa semuga Tun dan Tun Hasmah sentiasa diberi kesihatan dan semangat juang yang berterusan.

    TUN TIDAK BERSEORANGAN … PERJUANGAN BELUM SELESAI…

    Wassalam.

  41. Hajar Jul 14,2015 7:28 AM

    Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    Apakah PM kita sudah dibeli atau dijajah minda sepenuhnya?
    Sanggup terus-menerus memusnahkan apa yang telah terbina sejak sekian lama
    PM Najib percaya ’Cash is King’…yakni wang adalah segalanya

    Mungkin PM Najib dan koncu-koncunya lupa
    Setiap yang di atas lambat laun pasti turun ke bawah jua
    Beradanya beliau/mereka di atas adalah atas kehendak Allah Taala
    Angkat sumpah jawatan dengan nama Allah yang esa
    Melanggar sumpah buruk padahnya
    Malapetaka datang bertimpa-timpa
    Insaflah wahai PM dan koncu-koncu semua
    Sedarlah bahawa Allah SWT sudah memberi banyak petanda
    Andai masih terus berbohong bagi menutup segala salah dan dusta
    Tunggulah harinya…balasan Allah pasti akan tiba…

    Buat Tun, jangan lah berduka dan bersedih hati
    Jangan sampai patah hati
    Perjuangan murni Tun kami hargai
    Ketahuilah…Tun amat kami sayangi
    Insya Allah…usaha Tun dirahmati dan diberkati
    Akan tiba masanya nanti
    PM Najib akan terpaksa berhenti
    Cuma cara berhentinya saja yang belum diketahui…

    Ya Allah! Makbulkan doa hamba-hamba mu yang dikhianati dan didustai
    Turunkanlah pemimpin-pemimpin di negara kami yang mengkhianati sumpah dan janji
    Sesungguhnya Engkau yang maha mendengar, maha berkuasa dan maha mengetahui
    Amin…

    Terima kasih Tun. Jasa dan pengorbanan Tun tetap kami kenang.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga. ***

  42. Ariffin PaWan Jul 14,2015 5:44 AM

    Ayahanda Tun Mahathir dan ibunda Tun Hasmah yang sangat sangat saya kasihi.

    Tun, bangganya saya menjadi generasi yang dapat hidup di bawah pemerintah Tun sepenuhnya. Saya akui saya sangat mengkagumi keazaman dan perjuangan dari sejak dizaman persekolahan lagi. Dan dalam usia yg sebegini lanjut Tun masih tetap dgn perjuangan walaupun dalam keadaan yang bersendirian demi menegakkan dan membina satu bangsa yang bermaruah.

    Dimana saja saya berada airmata akan mengalir dengan sendirinya apabila teringat akan ada bangsa sendiri mengecam dan membuat pelbagai tohmahan kepada Tun.

    Sewajarnyalah Tun sayangi. Moga tuhan lanjut usia dan perlindungan dari setiap masa.

    Saya sudahi dengan ucapan dari saya yang kerdil – Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin kepada Tun seisi keluarga.

    Assalamulaikum.

  43. sibotak Jul 14,2015 3:26 AM

    Saya suka menonton video Arwahyarham Ahmad Deedat
    Beliau ahli Kitab
    Dalam satu video beliau
    Jika kita tahu si A suka menipu
    Kita perlu berfikir , mengulas sebelum kita menerima Kenyataan
    Dan jangan kita mengyebarkan berita yg kita belum yakin
    Sebelum kita ada Kenyataannya

    Begitu juga 1MDB dan sebagainya
    Juga berita terkini pergaduhan di Kuala Lumpur
    Cerita kecil di perbesarkan hingga menjadi satu isu perkauman

    Apakan lagi 1MDB yg Diberitakan dari media Amerika
    Yg sudah nyata dari zaman Tun Mahathir lagi
    Sudah mencampuri dan cuba mengotorkan Politik Malaysia
    Mereka Berkebolihan membuktikan Salah jadi Benar ,Benar jadi Salah
    Lihat saja di Timur Tengah
    Ini bukti yg nyata tambah lagi ramai dari Rakyat Amerika sendiri tidak percayakan
    media mereka sendiri cuma Lobby Israel di Amerika begitu Kukuh

    Terbukti Pembangkang Malaysia DAP
    Sudah dari zaman Tun mengundang campur tangan media asing di Malaysia

    Dalam saya berwaspada akan permainan politik
    Ada juga gangguan seperti ciri Najib , Isteri Beliau dan terutama Anak tiri Najib
    Yg mampu berkehidupan mewah dengan sekelip mata

    Namun Badan Siasatan sudah pun giat menyiasat isu ini
    Di sini Titik lah jika Siasatan ada Jawapannya
    Jika ikut kemahauan pembangkang sampai bila isu bergini tidak akan habis
    selagi agaenda mereka tidak tercapai

    Maka hendaknya Tun Mahathir atau sesiapa juga
    Jangan diperalatkan demi tujuan mereka

    Ini amat lebih penting dan amat bahaya dari masalah 1MDB

  44. faridina Jul 14,2015 3:21 AM

    Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    DI MANA KAN KU CARI GANTI..
    SERUPA DENGANMU..

    Pemimpin sehebat ayahanda hanya datang sekali dalam 100 tahun atau mungkin lebih dalam senario politik Malaysia hari ini..

    Sungguh indah nukilan puisi ayahanda, menusuk kalbu, menikam tajam, menghiris terluka, berbisa bagi yang terasa, kekal terpahat dalam ingatan kami anak bangsa yang sentiasa dahagakan cetusan dan cebisan minda pemikir agung yang tiada tolok bandingnya.

    Ayahanda hanya mendambakan semua ini untuk anak bangsa, tanahair dan agama sebagai wishes ulang tahunmu yang ke 90.

    Sesungguhnya semangat, jasa, pengorbanan dan keagungan pemikiran ayahanda akan kekal terpahat dalam hati sanubari serta ingatan kami selagi hayat dikandung badan dan akan diperturunkan kepada generasi2 selepas kami.

    Kami bersyukur kerana merasa hidup dalam era pemerintahan ayahanda dan selepas..
    Kami bersyukur kerana dapat berguru dengan ayahanda dan menyelami pemikiran agungmu..
    Kami bersyukur kerana mendapat wacanamu dan berpeluang berkongsi anak2 dan cucu2 kelak..

    Sekiranya ayahanda dijemput menemui Illahi sekalipun namun semangat perjuanganmu akan kekal bersama kami dan akan diteruskan kami dan generasi sesudah kami..InsyaAllah.

    Bermadah sudah ayahanda nukilkan..

    Wahai pemimpin2 yang menyepi bangunlah capaikanlah hajat murni ayahanda sebelum terlewat!!

    Kotakanlah hasrat ayahanda demi bangsa, agama dan tanahair tercinta sementara hayat ayahanda dikandung badan!!

    YA ALLAH LANJUTKAN USIA TUN BERDUA DENGAN KAU LIMPAHKAN AYAHANDA DAN BONDA KAMI INI KESIHATAN YANG SEMPURNA HENDAKNYA.

    Sekian dan salam ♥♥♥♥♥♥♥
    buat Tun berdua dari famili Faridina’s.

  45. joetamchi Jul 14,2015 2:38 AM

    …….اَللّهُ اَكْبَرُ …….
    https://youtu.be/iysWgP0gN1Y

    Negara-ku Malaysia, Tanahair-ku, Tanah di mana 43tahun Hijriah dahulu….

    26Ramadhan1393-H
    23Oktober1973-M @3.21am

    Darah tumpah dan aku dilahir
    Di lahir sebagai anak bangsa, Malaysia yg merdeka.. Tanpa mempertuankan orang asing….
    Dan masa berlalu, aku menuju dewasa… Dalam pentadbiran negara,
    5memanda perdana…

    Ada yg istimewa, ada yg celaka….
    Ada yg setia, ada yg derhaka…

    Ada yg amanah, ada yg serakah…

    #DuniaIndahHanyaSeketika
    #NikmatSementara
    #TerimaKasihTunAyahandaBonda

    Alhamdulillah
    Syukur Pada Yang Esa

    #HikayatHambaYatimPiatu
    #TerimaKasihIbu

    #TerimaKasihAbah
    #MalaysiaTanahTumpahDarah

    http://teaobengg.blogspot.com/2012/10/cara-nak-tukar-tarikh-masihi-ke-hijrah_16.html?m=1

    الْحَمْدُ للَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن
    …………آمِّينَ …………

    Selawat & Salam keatas junjungan
    Muhamad Rasulullah SAW

    اللَهُمَّ صَلِّ عَلَي سَيِّدِنَا مُحمَدٍ صَلاَةٌ تُنْجيْنَا بِهَا مِنَ جَمِيْعَ الأهَوْاَلِ وَالأَفَاتِ وَتَقْضِي لَنَا بها جَمِيعَ الحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَيّئاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَي الدَرَجَاتِ وَتُبَلّغُنَا بِهَا أَقْصَي الغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الخَيرَاتِ فِي الحَيَاةِ
    وَبَعْدَ المَمَاتِ برحمتك يا أرحم الراحمين

    Ya Allah limpahkanlah rahmat kepada junjungan besar kita Nabi Muhamad SAW, yang dengan rahmat itu Engkau akan menyelamatkan kita dari semua keadaan yang mendebarkan dan dari semua cobaan yang dengan rahmat itu Engkau akan mendatangkan kepada kita hajat, Yang dengan rahmat itu Engkau akan membersihkan kita dari semua keburukan/kesalahan. Yang dengan rahmat itu Engkau akan mengangkat kita kepada setinggi-tinggi derajat.Yang dengan rahmat itu pula Engkau akan menyampaikan kita kepada sesempurna-sempurnanya semua maksud dari semua kebaikan pada waktu hidup dan setelah mati.
    Ameen…..
    اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

    https://youtu.be/HlJDD1b1lV8

    Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa

  46. joetamchi Jul 14,2015 2:26 AM

    YaAllah…
    Lindungilah hambaMu yg hina ini….
    YaAllah…
    Lindungilah kami…
    Selamatkanlah Malaysia ibu pertiwi….

    #SetiaHanyaPadaMu

    …….اَللّهُ اَكْبَرُ …….

  47. joetamchi Jul 14,2015 2:13 AM

    …….اَللّهُ اَكْبَرُ …….
    https://youtu.be/iysWgP0gN1Y

    Negara-ku Malaysia, Tanahair-ku, Tanah di mana 43tahun Hijriah dahulu….

    27Ramadhan1393-H
    23Oktober1973-M @3.21am

    Darah tumpah dan aku dilahir
    Di lahir sebagai anak bangsa, Malaysia yg merdeka.. Tanpa mempertuankan orang asing….
    Dan masa berlalu, aku menuju dewasa… Dalam pentadbiran negara,
    5memanda perdana…

    Ada yg istimewa, ada yg celaka….
    Ada yg setia, ada yg derhaka…

    Ada yg amanah, ada yg serakah…

    #DuniaIndahHanyaSeketika
    #NikmatSementara
    #TerimaKasihTunAyahandaBonda

    Alhamdulillah
    Syukur Pada Yang Esa

    #HikayatHambaYatimPiatu
    #TerimaKasihIbu

    #TerimaKasihAbah
    #MalaysiaTanahTumpahDarah

    http://www.al-islam.com/Loader.aspx?pageid=922

    الْحَمْدُ للَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن
    …………آمِّينَ …………

    Selawat & Salam keatas junjungan
    Muhamad Rasulullah SAW

    اللَهُمَّ صَلِّ عَلَي سَيِّدِنَا مُحمَدٍ صَلاَةٌ تُنْجيْنَا بِهَا مِنَ جَمِيْعَ الأهَوْاَلِ وَالأَفَاتِ وَتَقْضِي لَنَا بها جَمِيعَ الحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَيّئاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَي الدَرَجَاتِ وَتُبَلّغُنَا بِهَا أَقْصَي الغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الخَيرَاتِ فِي الحَيَاةِ
    وَبَعْدَ المَمَاتِ برحمتك يا أرحم الراحمين

    Ya Allah limpahkanlah rahmat kepada junjungan besar kita Nabi Muhamad SAW, yang dengan rahmat itu Engkau akan menyelamatkan kita dari semua keadaan yang mendebarkan dan dari semua cobaan yang dengan rahmat itu Engkau akan mendatangkan kepada kita hajat, Yang dengan rahmat itu Engkau akan membersihkan kita dari semua keburukan/kesalahan. Yang dengan rahmat itu Engkau akan mengangkat kita kepada setinggi-tinggi derajat.Yang dengan rahmat itu pula Engkau akan menyampaikan kita kepada sesempurna-sempurnanya semua maksud dari semua kebaikan pada waktu hidup dan setelah mati.
    Ameen…..
    اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

    https://youtu.be/HlJDD1b1lV8

    Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa

  48. jgnpergitun Jul 14,2015 1:03 AM

    Salam Tun…

    mengalir air mata saya baca…
    tolong tun selamatkan malaysia..
    takut memikirkan anak2 kami pd masa akan dtg dgn keadaan pemimpin yg x bermaruah sekarang…
    Tun…jgn pergi meninggalkan kami…kami rakyat malaysia perlukan tun…
    ya allah..panjangkanlah umur Tun Mahathir yg disayangi..

  49. mustaqimabdulrahman Jul 14,2015 12:49 AM

    Tun,
    Bangsamu haprak dipenuhi khianat,
    Bangsamu lemah dipenuhi hasad,
    Bangsamu hina mementingkan diri,
    Bangsamu tiada harapan lagi.

    500 tahun dijajah tanpa tentangan,
    Bangsamu lalang tunduk si ketua berkuasa,
    Baik Portugis, British, Jepun dan Syaitan,
    Bangsamu mudah berputus asa.

    Tun perjuang bangsa haprak,
    Tidak jemu tidak penat,
    Apa yang dapat selain serak,
    Minda mereka tetap hutan banat.

    Saya Melayu amat kecewa,
    Ini semua salah kita,
    Bila undi sambil lewa,
    Yang merana kita.

    Saya dikhiati Melayu tidak berguna,
    Melayu kaya Ali Baba,
    Angkuh tapi hanya pengguna,
    Padahal bangsa kita masih meraba.

    Pasaran peniaga dimonopoli,
    Melayu puas bertuankan cina,
    Bila berniaga kita didengki,
    Dihancurkan Melayu bukan Cina.

    Sudahlah, Melayu akan mampus,
    Tidak bersatu kita hancur,
    Melayu tetap akan mampus,
    Kerana biar maruah dilacur.

    Melayu bangsa kelas rendah,
    5 tahun tinggal baki,
    MELAYU pasti dijajah,
    Salah sendiri kerana dengki.

    Tutuplah mata wahai Tun Mahathir,
    Semoga Allah beri rahmat,
    Ini semua sudah Takdir,
    Hanya Allah jadi penyelamat.

    Hembus nafas terakhirmu,
    Rapatkan matamu,
    Rehatkan jasadmu,
    Jumplah DIA berbekal kebaikanmu.

    Kami tidak akan salahkan Mahathir,
    Kerana Melayu memang begitu,
    Malas dengki khianat pentingdiri dan salahkan takdir,
    Batupun boleh begitu.

  50. mubarakchan Jul 14,2015 12:25 AM

    Tun

    For Daniel Noor, the population of Singapore is approximately
    3.2 Millions indigenous Singaporeans, 1.2 Millions foreigners and 900,000 permanent residents who paid S$ 1.3 Millions for each family to live in Singapore.
    Singapore faces a dire lack of people. So much so, the foreigners were brought in to bolster the GDP without which the economy becomes retrogressive. She is struggling to keep the GDP at about 3.8 percent. Unlike the heydays in the 1980s and the 1990s when the GDP was 7%. This was the result of the end of the Cold War in 1989. Afterwards, Uncle Sam came up with the spiel,’Globalization, Free Trade, Human Rights.’ which are anathema to the traditional trading activities of Singapore like smuggling, money laundering, arms trading, breaking sanctions, collecting Vietnam War waste etc. At the turn of the 21st Century, Singapore was in deep trouble. For the very first time, there was unemployment. The dysfunctional Apparatchiks aka Meritocrats proposed the TPPA and 2 casino licences to save the Singaporean economy. The poisoned chalice TPPA for Malaysia is well-documented. The 2 casinos failed after 2 years from inception. To this day, the Singaporean GDP never recovered. IT IS NOW RUMOURED THAT SINGAPORE’S GENERAL ELECTIONS WILL BE HELD THIS YEAR to avoid the forthcoming World financial collapse !

  51. suhainin suhaibul Jul 14,2015 12:22 AM

    Assalamualaikum Tun…..

    Subhanallah……. Subhanallah……. Subhanallah…….Subhanallah……Subhanallah…….Subhanallah……. Subhanallah…….

    Maha suci Allah daripada dipersekutukan dengan segala sesuatu.

    Tajuk ini lah yang saya tunggu-tunggu selama ini. Pagi tadi bila berkata tentang suatu “Nombor” kepada Tun… dada saya terasa hangat mencengkam… bukannya marah tetapi gelisah andai Tun tidak dapat menangkap maksud saya…

    Semalaman tidak tidur hingga ke pagi… bersahur kemudian meminta isteri saya mengguntingkan rambut saya, lalu mandi dan menunaikan semampunya segala “Suruhan”; sebagai hamba yang Esa.

    Sebelum Cerah saya sudah menghidupkan engine kereta….lalu meredah kabus….. jam 9 sudah berada di Pejabat “Pegawai Pendidikan Daerah” Ranau… malangnya mereka semua sedang bermesyuarat. Kembali ke pekan lalu menyiapkan sesuatu sebelum ke Pejabat “Pegawai Daerah” Ranau pada Jam 11.38 pagi.

    Saya serahkan “Asignment mudah berkaitan ‘program Mosti’ ” kepada Pegawai Daerah Ranau… Cemas dan tidak teratur penerangan saya kepadanya. Akhirnya dia berkata dalam suatu jenis bahasa berlapis…tetapi… saya faham maksudnya : ertinya begini : “Mengapa Kerja awak ini tidak teratur serta tidak kemas?” ……. saya menjadi semakin gelisah. selesai di sana…lalu…

    Berjumpa Pegawai Pendidikan Daerah… Alhamdulillah….dia ada dalam pejabatnya… berbincang hingga terlajak waktu hingga Jam 1.25 petang… mujurlah dia ini dari jenis ketua yang penyabar dalam keprihatinannya… Alhamdulillah…

    Tiba di Rumah jam 4.15 petang, lalu mengemaskini “Asignment Mudah” itu sementara menunggu masa Sungkai.Bersungkai…etc…

    Jam 10.08 malam… saya buka Blog Tun……. Subhanallah……. inilah tajuk yang sekian lama saya nantikan. Kisah “Tanah Air” yang ditulis dalam bentuk sajak.

    Saat perpisahan kita sudah tiba Tun. Inilah saat pertemuan dan inilah juga saat perpisahan kita Tun.

    Mac Tahun 2003… saya menulis sajak tentang Tanah air,peperangan dan kemiskinan lalu membacanya di pejabat Jabatan penerangan Ranau… “Bahasa Rasmi” untuk “Kisah 2003” ialah “Bahasa Kiasan”…

    Kesemua pegawai penerangan mengeleng kepala sambil berbisik – “Sudah gila cikgu ni”… sepupu saya sendiri – Sably Saupin – turut berkata sedemikian. Tiada sesiapa memahami saya, hingga pernah suatu ketika berjalan d Pekan sambil menangis dan menyanyikan lagu “Negaraku”.

    Hati saya berkata “Tiada ertinya hidup seseorang yang tidak setia dan tidak mencintai negaranya”… hingga saya benar-benar menjadi “Orang Gila”.

    Tun… saya sedar bahawa Tun mula terlirik akan diri saya sewaktu saya masih berada di “Kent College” lagi, pada tahun 1992. Kisah mula ditulis sebermula tahun 1993 lalu memuncak pada tahun 2003 dan hari ini…. genap lah 22 Tahun perjalanan kisah itu. Pedih,perit dan seksanya hanya Allah yang tahu.

    Hari ini 13/7/2015 : (13 + 7 = 20 …… 5-1-0-2 = 2…….) Jumlah = 22… sama dengan bilangan tahun pemerintahan Tun.
    Angka “0” tidak di abaikan. Hasilan 2 dalam operasi 5-1-0-2; dihadirkan “0” dibelakangnya lalu menjadi “20”. Cantum dengan hasil operasi 13 + 7……. lalu terhasil lah “2020”.

    “22 tahun pemerintahan” dan “Vision 2020”.

    Terima kasih Tun……. inilah Pertemuan dan Perpisahan yang amat manis. Semua ini suatu “JANJI”. Kisah kita tamat di sini. Tun masih ingat perkataan ini “Mat Salleh Gerun akan Puisi dan Pantun”. Tiada sesiapa yang merancangnya begini…tetapi… segalanya ketentuan Allah jua.

    Cukuplah segala apa yang telah saya lihat dan lalui… saya tidak sanggup meredah dan melihat “Kisah 2003” itu sekali lagi. Cukup lah sekali merenangi Sungai darah itu.

    Tun tahu apa dalam fikiran saya ketika “Perang Iraq dan Amerika” pada tahun 2003 itu ? Selain meraung menangisi rakan-rakan saya yang terkorban…..- Begini : Alangkah ruginya… Alangkah Ruginya… betapa banyak Askar telah terkorban dan mengapa mereka tidak terfikir untuk menjadi “Penderma Organ” sebelum memasuki medan perang. Betapa ramai orang yang mampu mereka selamatkan sesudah kematian mereka – dengan izin “Allah”.

    Saya pula cuba membunuh diri dengan “kain Pelekat” dalam penjara polis bila “Seseorang Yang saya anggap Bapa” berkata begini : “Jikalau Saya Menemui Ajal dalam kisah ini ; Tolong berikan mata saya ini kepadanya (kepada saya)…kerana… dia ini buta.”

    Tun… saya lebih rela mati daripada diminta melihat apa yang telah dia saksikan.

    Cukup lah… Cukup lah…. cukup sampai di sini sahaja. Selama ini saya bertahan untuk menunaikan janji yang satu ini (22 dan 2020)…lalu… ianya telah terlaksana…Hanya… maafkan saya kerana saya tidak mampu menunaikan janji untuk “empat orang wanita”…maafkan saya kerana hingga ke akhir ini (22 dan 2020)… saya gagal menunaikannya. Saya pernah mati kerana Wanita…tetapi… saya hidup kembali pun, juga kerana wanita.(Segalanya hanya kerana izin dan kehendak Allah).

    Assalamualaikum Tun…. Cukuplah bagi saya 43 Trillion Dollar Amerika dan 23 Trillion Euro itu….. “Itu pun dah tak habis nak makan”.

    Bermula dengan “Sebotol Susu Kacang” dan berakhir dengan “Tiga Tong Susu Pintar” sumbangan kerajaan untuk murid-murid sekolah. Sebotol itu dahulu “Saya Bayar”…tetapi… ” Tiga Tong Susu” ini, saya curi…Tanya Cikgu Anderias Kabin.(Terkebil-kebil matanya tak mengerti).Hanya kami yang mengerti bahasa ini.

    Jib… itulah pengorbanan ku yang terakhir buatmu… (“You are the “Choosen One”)…tetapi… ada dua lagi kelak selain dirimu.

    Mengapa terlalu banyak berkata sesuatu yang “Orang Kebanyakan” tidak faham pada malam ini….. sekadar kedengaran gila di telinga “Orang Kebanyakan”…. kerana….. masa telah tiba; Dan… ini lah pengakhirannya. “Kaca Mata” hitam yang menutupi mata kalian telah ditanggalkan… kalian akan sejenak silau, sebelum benar-benar dapat melihat segalanya.

    Saya tidak sanggup lagi menerima “Buah-buahan” dan “Sayur-sayuran” busuk. (Kisah Christmas Disember 2002). Hanya kami yang mengerti… Cukup lah sekali itu sahaja.

    Cikgu Chacho Muhama… maafkan saya… Dengan jari kelingking saya pun tidak pernah saya sentuh jam tangan cikgu… kisah 2001… jikalau tak mengerti, tanyalah empunya diri itu (Chacho). “Durok Keningau” jangan bermain dengan “Tabung Syiling Anda” , kelak nanti ada yang terluka hatinya.

    Assalamualaikum warah matullahi wabarkatuh… Salam Sejahtera…

  52. Hajar Jul 13,2015 11:54 PM

    Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    Terasa amat sedih, pilu dan hiba bila membaca nukilan Tun…

    Saya sebak…bergenang air mata.

    Nukilan Tun lahir dari hati yang tulus ikhlas. Nampak jelas keikhlasan Tun.

    Amat menyentuh perasaan…

    Tun seorang yang berjiwa halus dan boleh merasai ’denyut nadi rakyat’ yang sebenar.

    Tun satu-satunya pemimpin sejati berjiwa rakyat yang ada pada masa ini yang berani berkata benar.

    Tun terus berjuang untuk rakyat walau dicela dan dikeji oleh PM (yang amat percaya ’Cash is King’ – pemuja wang) dan koncu-koncu beliau.

    Saya tidak dapat bayangkan bagaimana perasaan saya seandainya Tun pergi…saya doakan kita dapat menyambut hari lahir Tun yang ke-100 tahun, dan seterusnya…Amin.

    Banyak rakyat yang amat sayangkan Tun…

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga. ***

  53. Nick Bagan Jul 13,2015 11:47 PM

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat Tun suami isteri…

    Di kala hayat saya hanya separuh saja dari hidup Tun tetapi sebagai seorang yang lahir dari keluarga susah ( tidak miskin kerana ada lagi yang lebih susah dari kami ) saya amat faham benar erti perjuangan hidup dan erti survival diri untuk terus dapat hidup.

    Kerana asal susah, apabila mencapai senang saya terkenang kembali saat susah dahulu. Saya bersyukur kerana telah berjaya walaupun tidak sampai kaya. Umpama Loqmanul Hakim, saya perturunkan kesah2 susah waktu kecil dahulu sebagai pesanan buat anak2 supaya menjadi panduan dan teladan kepada survival hidup mereka pulak.

    Sebaliknya mereka-mereka yang lahir dari keluarga kaya seperti PM Najib, apakah kesusahan hidup yang pernah dirasakannya. Sejak lahir ditatang dengan segala kemewahan hidup dan saya berani buat anggapan bahawa sejak dari lahir sampailah sekarang dia tak pernah walau sekalipun pijak bumi tanahair sendiri tanpa memakai kasut.

    Ketika habis saja belajar dan umur pun sudah mencecah 20an ketika kami anak dari keluarga susah masih lagi perlu kesana kesini pergi mencari dan mengisi borang memohon agar diberikan peluang dipanggil menghadiri temuduga dengan harapan mendapat pekerjaan tetap bergaji bulan, PM Najib ini telah pun menjawat jawatan menteri besar negeri Pahang atas kapasiti berbinkan bangsawan Tun Abdul Razak.

    Akibat tak pernah merasa susah sebagaimana kami yang lahir dari keluarga susah, akibat bergelumang dengan kemewahan hidup sejak dilahirkan, maka nafsu serakah mulai dikuasai oleh WANG. Sanggup membuat apa saja, matlamat yang menghalalkan cara, dia sanggup menegakkan benang basah walaupun dengan mempergunakan agama dan nama Allah di dalam masjid yang sepatutnya menjadi rumah Allah. Sanggup dia bersumpah dengan nama Allah dalam masjid bahawa dia tidak kenal Altantunya dan baru-baru ini sanggup pula dia mengatakan bahawa 1MDB telah banyak membantu pembangunan agama Islam di Malaysia tetapi umat Islam tidak pula berterima kasih kepadanya apabila wang yang dari sumber haram digunakan untuk memperbaiki masjid serta menghantar orang kampung melakukan umrah dan haji. Tambahnya lagi, walaupun bersolat tidak tinggal 5 waktu sehari tetapi jika membuat fitnah dan menyebarkannya ( mengenai 1MDB ) maka syurga itu tidaklah terjamin. Adakah dia fikir bahawa dia sudah mencapai taraf ulama, taraf wali atau pun taraf nabi apabila berkata sedemikian rupa di dalam masjid..????

    Sedih… taktala membuka portal berita antarabangsa, contohnya MSN.com, 1MDB bukan lagi sekadar berita isu semasa tetapi telah menjadi salah satu menu utama dengan diberikan highlight “Get all the latest news on the 1MDB issue right here!”.

    Di era TDM nama Malaysia walaupun ketika krisis kewangan melanda Asia, semerbak harum, dihormati dan menjadi sebutan warganegara samada dari negara sahabat atau ‘musuh’ dan cukup terkenal dengan slogan MALAYSIA BOLEH. Tetapi sekarang nama Malaysia semakin menjadi bahan ketawa dan semakin hilang kehormatannya akibat daripada skandal2 penyelewengan kewangan oleh pemimpin negara dan juga akibat daripada kes pembunuhan Altantunya oleh pihak polis yang amat kejam selepas ditembak mati kemudian dibawa ke hutan dan dibom dengan C4 pula.

    Perlu saya akui walaupun di sepanjang 22 tahun era TDM ada beberapa perkara yang saya tidak setuju terutamanya yang bersangkutan DSAI, trajedi Memali, matapelajaran matematik dan sains di bahasa Inggeriskan dan yang terutama sekali adalah drama ‘Melayu mudah lupa’ dengan tangisan hiba di PWTC ternyata TDM adalah seorang politikus nasionalis yang tiada tandingannya seantero dunia. Walaupun ada sudut keburukan tetapi segala kebaikan yang terbit dari TDM adalah jauh melebihi. Dan dengan kekuatan daya pemikiran serta wawasan TDM yang ternyata jauh terkehadapan melebihi zaman. Saya berbangga kerana Malaysia pernah mempunyai seorang PM yang bernama Dr Mahathir Mohamad.

    Akhir kata, terima kasih saya ucapkan dan saya doakan TUN berdua dikurniakan kesihatan baik yang berterusan kerana kami rakyat Malaysia amat2 memerlukan pimpinan dan semangat juang TDM dalam memperjuangkan maruah serta jatidiri kami sebagai warga Malaysia yang sedang berada dalam suasana ketidaktentuan politk dan ekonomi akibat dari krisis2 ciptaan barisan pemimpin negara masakini yang sangat suka memperbodohkan rakyat sendiri demi ‘kepentingan diri’ dan pengekalan jawatan.

    Sekian terima kasih..

  54. anak wawasan 2020 Jul 13,2015 11:41 PM

    Salam Ayahanda Tun Dr. Mahathir,

    Suatu nama yang mencatat sejarah,
    Suatu nama yang bermain di bibir anak kecil,
    Suatu nama yang dihormati seluruh dunia,
    Suatu nama yang hanya dilahirkan di bumi bertuah Malaya,
    Suatu nama yang tidak gentar musuh selain Allah,
    Suatu nama yang tidak pernah kenal erti putus asa,
    Suatu nama yang sentiasa meniup semangat kami yang dizalimi,
    Suatu nama pencetus tranformasi,
    Suatu nama yang kami gantung harapan yang tipis ini,
    YaAllah ya tuhan kami, semoga Engkau panjangkan umur Tun Dr. Mahathir kerana sesungguhnya kami masih memerlukan Tun demi membenteras kezaliman dan kejahatan yang berleluasa ini,
    Kami baru sahaja membina semangat untuk bangun bertatih bersama Tun,
    Kami masih memerlukan Tun, YaAllah…amin.

    Tun, kuatkan semangat kerana sesungguhnya hanya Allah mengetahui niat suci Tun. Salam sayang buat Tun Siti Hasmah.

  55. man Jul 13,2015 11:14 PM

    Tun yang dihormati dan dikasihi oleh ramai kalangan rakyat termasuk saya dan keluarga. Bersabarlah dengan apa yang berlaku sekarang. Tun telah buat yang terbaik.

    Bagi yang sedar akan apa yang akan dihadapi kemudian hari, kita sama2 berusaha untuk mengelakkannya. Kita berusaha agar anak cucu kita mempunyai persiapan segalanya untuk menghindar dari ditindas di tanahair sendiri. Kita tahu Tun telah buat yang terbaik dan terdaya untuk kita dan tugas di tangan kita sekarang untuk terus maju membangunkan bangsa supaya tanahair kita ini tetap milik kita dalam erti kata sebenarnya untuk selama-lamanya.

  56. gd_9005 Jul 13,2015 10:47 PM

    Salam Tun,

    I would like to wish you a Happy belated Birthday and Selamat Berbuka Puasa. My heart aches reading your poem. You have done so many wonderful things and brought modernisation to our Malaysia. Fret not, we the people are with you. May God the Almighty bless Tun and your family with many blessings.

    I can say that the young and old alike have much love and respect for you sir.

    I would like to take this opportunity to wish you Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin 🙂

    Terima Kasih Tun Dr M 🙂

  57. hasbi Jul 13,2015 10:06 PM

    Assalamualaikum tun mahathir mohd..perjuangan tun perjuangan agama bangsa dan negara..usah tun risau kerana kami yg membesar dan menikmati kepimpinan tun akan sentiasa berusaha memperjuangkan martabat agama bangsa dan negara seleras dgn kehendak agama. Tidak sekali kami akan tunduk kpd pemimpin yg lemah dan bersifat tamak haloba…we will continue the spirit of cekap bersih dan amanah dlm menjalankan tugas yg d amanahkan..insyaaAllah.

  58. bebasMy Jul 13,2015 9:36 PM

    Salam Tun,

    Sincere heart will always the most touching. Your spirit of merdeka will definitely influence all Malaysian. May Malaysian always fight for merdeka, freed bangsa and nation from greed and threatened.
    Blessing and wishing selamat Hari Raya.

  59. sitinur Jul 13,2015 9:34 PM

    Assalamualaikum..
    selamat hari lahir ayahanda tun dan bonda che set..maaf lambat ucap selamat sbb lepi majuk…hi hi hi..pandai sgt hal ehwal computer bila lepi maju terkejut berok hi hi hi..saya juga amik keberkatan bulan ramadhan dgn memohon pd Allah agar selamatkan Malaysia…semuga doa2 kitew semua dimakbulkan Allah..amiiiiin..ayahanda tun jgn stress yer..Allah ada…

  60. almadani Jul 13,2015 9:28 PM

    Salaam hormat TUN yg d kasihi.
    ALLAH HU AKHBAR.
    Sesungguhnya perjuangan yg telah Tun lalui mempunyai erti dan nilai yg amat tinggi. Hanya pada Allah saya berserah dan memohon syukur kerana telah d kurniakan seorg pemimpin yg amat berjasa kpd agama bangsa dan negara.
    Walaupun…PERJUANGAN ITU BELUM SELESAI.

    Sekian. Terima kasih.

  61. nase Jul 13,2015 9:08 PM

    BUAT AYAHANDA CHE DET..

    Bumi Malaysia bumi bertuah bumi berdaulat
    Tanah inilah terletaknya gudang Sulaiman
    Tanah inilah juga pusaka Musa tersimpan
    Tanah ini juga warisan keturunan anaknya Nuh berada
    Ribuan tahun rahsianya rapi terkunci..

    Akhirnya…
    Disinilah lahirnya seorang manusia bernama Mahathir
    Insan yang direstui rijalul-ghaib dan para wali
    Insan yang tahu istimewanya tanah ini
    Insan yang mengerti bangsanya tak kan melarat lagi kedua kali
    Cuma bisa terzahir di tangan yang direstui
    Tangan dari tubuhnya berqalbu sesuci salji

    Wahai Bangsaku bergelar melayu
    Biarlah rakan taulan berbeda ras menumpang di tanah ini
    Asal saja di sini tertumpahnya setia tak berbelah bahagi
    Usah terlalu digusar hilangnya kekayaan dunia
    Yang berlalu marilah jadikan teladan
    Yang dihadapan ayuhlah jadikan harapan
    Ketahuilah..
    Itu hanya secebis kekayaan tanah ini
    Tanah ini ada pewarisnya..
    Ada yang empunya haknya..

    Tanah ini tanah bertuah tanah barokah
    Ya Tuhanku, biarlah insan Mahathir ini Engkau lanjuti sedikit lagi usianya
    Biarlah matanya melihat khazanah bumi bertuah ini terzahir
    Biarlah tangannya menyentuh sendiri harta rebutan penjarah ini
    Biarlah bicaranya menghambur amanat untuk bangsanya
    Hasil manfaat harta ini..

    Buat Ayahanda Che Det
    Gudang Sulaiman telah dibuka
    Gedung Musa menanti diteroka
    Pusaka titipan bangsa sedia dirasa
    Untuk manfaat akhir zaman
    Ayahanda bersabarlah barang seketika..
    Impianmu bakal terkota
    Inilah istimewa umat Muhammad bernama bangsa Melayu
    Bangsa terakhir pewaris dunia..

  62. anna maria Jul 13,2015 9:07 PM

    Dear Dr M., First of all happy belated birthday! I have been an admirer of you for a long time: I am an Italian lady with a big ‘mouth or guts’ like your daughter Marina. It is sad to read that because you have reached the honourable age of 90 that you have to witness ‘decay’ in the political system you have been part of. The wheel is turning like for everybody else, please accept the fact that you might still be of influence in a wise way. You have achieved so much already.

  63. daeng Jul 13,2015 8:42 PM

    Assalamualaikum Tun,

    BERITA AWANI (13/07/2015) : TANGANI DEFISIT KEPERCAYAAN TERHADAP UMNO

    Seorang profesor menyeru ahli UMNO tangani perkara di atas. Bagi saya seruan itu hanya sia-sia sahaja.

    Sebenarnya jawapan kepada persoalan di atas ialah NAJIB ADALAH PENCETUS DEFISIT KEPERCAYAAN TERHADAP UMNO. Ini kerana ahli-ahli UMNO bukan hilang kepercayaan kepada UMNO tetapi hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Najib sebagai Presiden UMNO.

    Manakala yang terkesan defisit kepercayaan terhadap UMNO adalah rakyat kerana UMNO dipimpin oleh Najib.

    Kesimpulannya Najib adalah faktor utama penyebab rakyat kian kurang yakin terhadap UMNO / kerajaan kerana Najib seorang pemimpin yang terlalu banyak isu bermula kes Altantuya hingga terkini kes pengurusan kewangan 1MDB yang menjadi perbualan hangat rakyat. Jika Najib berundur maka defisit terhadap UMNO / kerajaan dengan sendirinya menurun. Di mata rakyat, biar apa pun helah atau reaksi Najib bagi mempertahankan dirinya, ianya sudah tidak diendah oleh rakyat kerana populariti Najib kian merudum dan tidak mampu dipulihkan.

    Jika tidak percaya buatlah survey secara telus terhadap populariti Najib.

    Sekian Tun.

  64. joetamchi Jul 13,2015 8:37 PM

    Ya Allah lindungilah bangsaku
    Sedarkanlah mereka
    Sedarkan mereka bahawa Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa

    Melainkan bangsa itu sendiri cuba mengubahnya….

    Mengubah sendiri, membendung nafsu…
    Menjaga tertib dan tingkahlaku…

    YaAllah, akan tertindas lagikah bangsaku..?
    YaAllah, akan terjajah lagikah tanahair-ku..?

    YaAllah,
    hanya Engkau yg lebih tahu…!
    hanya Engkau yg maha menentu…!

    #SejarahMengajarManusia
    #KisahPertamaAdamDiCipta
    #KeNikmatDuniaSementara
    #KeranaNafsuDanHawa

    https://peribadirasulullah.wordpress.com/2010/09/06/5-nasihat-penting-nabi-adam-a-s-kepada-putera-puteranya/

    #3HariRamadhanTerakhir

  65. utaqamy Jul 13,2015 8:31 PM

    Allahuakhbar…Tun, tolong usahakan sesuatu Tun..
    Saya akan bendiri teguh dsisi Tun.
    Saya hargai segala pengorbanan Tun dan
    SAYA TAK RELA DIJAJAH LAGI..Cukuplah
    penderitaan yg dirasai ibu ayah serta nenek
    moyang ketika dijajah dahulu.

    Tun, bagaimana dgn generasi yg akan datang,
    20-30 tahun lagi, bagaimanakah nasib anak2 muda
    Melayu jika pemerintahan negara hampir tergelincir
    drpd landasan yg Tun rencanakan dulu.
    Saya tak sanggup merempat di tanah sendiri.

    Tun, saya nampak perjuangan Tun begitu hebat
    berusaha memartabatkan Bangsa Melayu dan Islam
    di Malaysia menjadi lebih maju dan berjaya.
    Tetapi sekarang segelintir pihak yg bertanggungjawab mempertahankan Melayu dan Islam boleh dibeli
    dengan wang ringgit.

    Betul apa yg Tun katakan, Pemimpin skrg sanggup
    menggadaikan maruah Bangsa Melayu dan Negara sendiri
    demi nafsu terhadap kebendaan kebanyakannya.
    Tak perlu sy jelaskan tentang barisan tertinggi,
    sebab sy rasa dah muak dengan sandiwara beliau
    dan kroni2 beliau.

    Barisan yg paling dekat dgn rakyat pun menunjukkan kepentingan diri lebih penting drpd Bangsa, Agama dan Negara. Rakyat hilang rasa hormat terhadap mereka2
    yg salah guna kelebihan yg diberikan di muka bumi
    Allah ini. Ada antara mereka berani dan tegas
    sesama Melayu yg sememangnya Islam, tetapi tunduk
    dengan kafir demi wang ringgit.

    Tun tolong usahakan sesuatu yg dapat menjamin kesejahteraan Bangsa Melayu di bumi Malaysia drpd jatuh ke tangan anasir2 luar ataupun musuh dalam selimut negara..

    Semoga Tun dipanjangkan umur dan sihat sejahtera bersama keluarga. Saya dan Bangsa Melayu menyokong perjuangan Tun demi mempertahankan Islam dan Malaysia. Terima kasih atas segalanya ya Tun.
    Please stay with us.

    We Love You Tun Dr. Mahathir.

  66. rimba.emas Jul 13,2015 8:10 PM

    Salam Tun.

    1. Nabi Muhammad s.a.w diutus sebagai pemimpin umat manusia menegakkan agama Islam yang sebenar-benarnya dan dialah nabi terakhir yang di utus oleh Allah s.w.t.

    2. Dalam Islam Nabi Muhammad s.a.w sepatutnya menjadi contoh ikutan kita umat manusia kerana ia berpandukan Al-Quran. Akhlaknya ialah Al-Quran. Al-Quran ialah kata-kata Allah s.w.t.

    3. Nabi Muhammad s.a.w digambarkan hidup dalamm keadaan ala kadar kerana suka memberi harta kekayaan kerana mementingkan usahanya mengembangkan agama Islam daripada mengumpul harta untuk diri sendiri.

    4. Jadi ada beza Nabi Muhammad s.a.w dengan pemimpin-pemimpin yang ada sekarang dalam bentuk yang dimiliki dengan rakyat jelata yang lain. Malah orang kaya iaitu memiliki kekayaan mencontohinya mengorbankan harta kepada agamanya. Contohnya seperti isterinya sendiri Siti Khadijah , Khalifah Saidina Abu Bakar, Saidina Omar al-Khatab dan seterusnya sehinggalah sampai Khalifah Muawiyah yang tidak seperti Nabi Muhammad s.a.w yang berat melebihi harta yang dimiliki dari usaha mengembangkan agama Islam.

    5. Kini jarang kita dapat berjumpa pemimpin yang seumpama Nabi Muhammad s.a.w iaitu sanggup hidup luar dari kotak pemikiran kita semua. Sebagai contoh seorang pemimpin yang sanggup menjadi pemimpin bekerja dengan gaji dibawah tangga gaji dari rakyat bawahan.

    6 Sifat-sifat itu yang pernah dilalui Nabi Muhammad s.a.w selalunya dapat meletakkan seseorang pemimpin memahami bagaimana seseorang itu mendalami kehidupan sebenar rakyat yang bergaji dibawah yang dikategorikan rendah.

    7. Di luar kotak boleh kita bayangkan seorang menteri yang memperkenalkan GST patut di bayar upah bergaji RM 1000.00 sahaja supaya dia akan mengerti bagaimana seseorang yang bergaji RM 1000.00 yang dikenakan GST.

    8. Contoh pemimpin seperti Nabi Muhammad s.a.w menunjukkan walau pun miskin dia dilantik menjadi pemimpin umat Islam. Adakah menjadi Perdana Menteri mesti kaya ? tidak bolehkah miskin seperti Nabi Muhammad s.a.w ?

    9. Tidak pernah malah jarang kita dengar Nabi Muhammad s.a.w menggunakan harta kerajaannya atau hidup bermewah-mewah malah ada cerita sanggup mengikat batu pada perut menyedihkan kita dengan ada pemimpin membeli dengan jutaan ringgit tetapi boleh bersetuju dengan rakyat bergaji 1000.00 ringgit dikenakan GST.

    10. Kebanyakan rakyat yang tidak berupaya kebandar terutamanya ke pasaraya besar yang mengurangkan sedikit harga dari kedai-kedai dikampung-kampung kini terbeban oleh GST dengan harga keuntungan oleh peniaga-peniaga. Tidakkah pemikiran diluar kotak dengan menteri-menteri bergaji RM 1000.00 boleh memikirkan dengan rakyat yang dikenakan GST dan bergaji sepertinya iaitu RM 1000.00 ?

    11. Alllah s.w.t memberinya percuma kerana murahnya dan maha pengasihnya terhadap umatnya yang tidak mampu dan bergaji rendah dari pemimpin yang mengenakan GST ini.

    Wallahua’lam.

  67. eijo84 Jul 13,2015 8:03 PM

    Assalamualaikum tun? Jasa mu tetap dikenang. Mengertilah tun,selagi perjuangan mu di landasan yg benar dan menuntut kebenaran dan keadilan demi agama negara dan bangsa yg tercinta. Diriku sentiasa menyokong perjuangan mu ini. Dirimu tidak keseorangan,berjuanglah Tun.ku sentiasa harapkan perjuangan mu sebagai pemimpin yg tegas berdedikasi dan menjaga hak bumiputera sebg tuan tanah. Kepimpinan yg lemah yg susah semakin susah yg senang bertambah kaya tiada belas kesian kepada yg lemah. Kami berdiri di belakang Tun sentiasa mengharapkan kejutan demi hak kami.

  68. dmf Jul 13,2015 7:22 PM

    Assalamualaikum Tun,

    Saya banga depan tulisannya tun, saya berdoa semoga tun panjang umur dan sehat walafiat, ini satu satu kata kata hikmat senang di faham. Tun tolong berjuang dan tempat tun di syurga insyaAllah. Mana boleh dapat manusia melayu islam yang masa lewat umur maseh berjuang untok bangsa nya dan agamanya. Salam dari saya kpd tun suami ister serta keluarga.selamat berpuasa dan selamat hari raya. INSYAALLAH. Amen.

  69. Mohd Elliyas Jul 13,2015 7:08 PM

    TUN DR. MAHATHIR TELAH PUN MELAKUKAN PERKARA YANG BETUL,TETAPI BELIAU MEMERLUKAN KITA(RAKYAT) SEBAGAI TULANG BELAKANG BELIAU,PEMBANTU BELIAU SEKALIGUS MEMBANTU UNTUK DIRI KITA SENDIRI.

    #TUNDRMAHATHIRYANGTERBAIK

  70. NtahLaaNak Oii Jul 13,2015 7:00 PM

    As slm Tun,

    Sedih bila Tun cakap camni,rasa cam nak teriak pun ada.sayang Tun gila gila! betol kata kata Tun.kami taknak merempat di negara sendiri.tak nak dijajah lagi.

    Apa dirasuk setan ke pemimpin sekarang ni.apa BUTA ke apa,kerakusan mereka melahirkan keluh kesah rakyat sekarang ni TAK NAMPAK KE!!??

    Mungkin sudah buta dek DUIT MILLION MILLION HARTA BENDA yang menutup mata.dah tebal sangat benda benda tu nak MALU apa lagi pm rakus ini pun.

    Binasalah kau Najib dengan kuncu kuncu taik kucing yang kaya raya perkudakan rakyat hidup bersenang lenang yang kami kena ikat perut nak bayar sewa rumah,nak bayar ansuran kereta bil nu bil nie.nu yang lain lain lagi tak payah ke?suma kerajaan tanggung pala hotak….bagi bagi bagi kau amek balek.sungguh tak adil pemimpin sekarang. Kejam!!!!!!!!!

    Ngee sakit pulax aty nie..
    Baju raya pun tak beli pikir anak anak.
    Kalau under kerajaan yg corrupt ni lain lah
    Swasta aja Tun.

    Maaf tekanan kpd najibburose n the gang
    Love u so MUCH Tun handsome.hehee

    Sekian.
    Wassalam.

  71. rainman Jul 13,2015 6:49 PM

    Evening Tun
    Selamat Berbuka Puasa..
    The poem is as vintage as the writer with the true understanding of
    the Rakyat..
    May you have good health always..

  72. Tired Jul 13,2015 6:11 PM

    Salam Tun,

    Belated ‘Happy Birthdays’ to Tun Dr Siti Hasmah and you! May Allah SWT continue to shower both of you with His blessings and protections!

    Maaf, sekian lama saya menyepi, sedikit sibuk saban hari, terumbang ambing mencari rezeki,
    Mata pencarianku telah teputus lagi, disebabkan kegawatan ekonomi dan GST,
    Bangsaku di kerusi-kerusi tinggi GLC and GLIC, tetap tersenyum sinis berbangga diri,
    Bermacam alasan hanya diberi, berpuashati orang bawahan menyanjung tinggi,
    Pemilek syarikat tiada melayani, daku bukan golongan pertiwi atau ‘wari’,
    Apa dah jadi dengan bangsaku ni, yang lebih rela mengaji PATI dari bangsa sendiri!

    Seandainya engkau pergi menemui Illahi, aku halal engkau pergi; pergilah dengan berbesar hati,
    Tutuplah mata mu dengan kerelaan hati; bernafaslah dengan perlahan sehingga ia terhenti,
    Perjuangan mu telah berhenti; rela kami menyambungi atas jatidiri yang kau semati,
    Andaikata kami gagali, jangan kau merasa hati. Kau telah mewarasinya ke kami; kegagalan kami hanya kerana ketidakupayaan kami sendiri,
    Jika bangsa mu dijajah kembali, mungkin ia ketentuan Illahi, keatas kekejaman kami merelakan pangkat dan kemewahan dunia memakan diri,
    Engkau telah menyedia segala kemudahan dan fasiliti buat kami, justeru, sekiranya kami hancuri, ia adalah kerana kami gagal menghargai; KAMI LUPA DIRI!

    Pergilah Negarawanku menemui Illahi, dalam keadaan Iman yang hening dan meninggi,
    Ketahuilah, kami tekun mewarisi legasi, terus menyerapi ke generasi kami,
    Usaha murni mu kami sanjungi; Insyallah, kami akan melepasi onak dan duri dengan berkat Illahi.

    Terima kaseh, Tun! Kami sekeluarga sentiasa memaafi Tun, zahir dan batin. Di kesempatan ini, kami sekeluarga mengucapkan ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri’ kepada Tun sekeluarga. Wassalam.

  73. Faizal69 Jul 13,2015 6:08 PM

    Assalamualaikum TUN…
    Sayu dan amat menyentuh sekali…
    RESPECT and May ALLAH bless you…

  74. Daniel Noor Jul 13,2015 6:07 PM

    Assalam mualaikum Tun yang Mulia,

    Anwar Ibrahim started Money Politics when he first joined UMNO. He learnt it from his Indonesian counterparts. Sekarang SEMUA pemimpin UMNO bermula dari Najib bukan sahaja mengikut dan menyambung wabak yg parah ini tapi nilai nya lebih besar dari apa yg Anwar mulakan.

    Lihat sahaja rakyat Indonesia yg sentiasa di dalam kesusahan dgn semua tidak cukup tapi ahli2 politik dan legislatif nya trus menjadi kaya raya. They never really care for their Rakyat. Skrg kita sudah boleh lihat penyakit itu di sini Rakyat trus di beban kan dgn pelbagai masaalah. Dan pemimpin kita trus menjadi kaya raya.

    Tun, I was only halfway reading your sajak, and my heart cries Cries for the welfare of the coming generations The Malay generations. Seems they will become srvants in their own homeland.

    As it is now, we can see that Najib is selling our souls to the foreigners.the Brits, the Americans, the Aussies and worse still to the Singaporeans ( a tiny nation of 5 million and yet able to call the shots in this country.)

    The Muslim Malays in this country harus lakukan Solat Hajat utk menurunkan pemimpin zalim dan melindung kan negara yg tercinta ini dr ancaman luar.

  75. prema Jul 13,2015 6:05 PM

    SALAM TUN!
    My heart breaks, while reading your words… please comeback Sir to throw out all these culprits before it’s become worst… 🙁

  76. Manns Jul 13,2015 6:04 PM

    Tun Seri Lanang telah menceritakan Melayu sebenarnya di dalam Sejarah Melayu.
    Raja Ali Haji menceritakan kisah Melayu di Tuhfat Al Nafis.

  77. Reezah Jul 13,2015 5:44 PM

    Asslmkm Tun, saya ni Sgt bangga dengan Tun. Saya minta Tun adakan solat hajat beramai ramai untuk diberikan petunjuk.

  78. mubarakchan Jul 13,2015 5:43 PM

    Tun

    With all due respect, I thought the large island rock, the ocean blocks, the steel rails and the Singapore KTM, 1,000,000 barrels of sanctioned Saddam Hussein oil, and our grandmothers, etc were given away free ?

    MALAYSIA BOLEH ! MALAYS BOLEH ! MALAYSIANS BOLEH !

  79. Nia Madison Jul 13,2015 5:42 PM

    Salam Tun. Sedih membaca luahan hati Tun yang dikasihi. Semoga Allah SWT merahmati usaha Tun menegakkan kebenaran.

  80. Daniel Noor Jul 13,2015 5:38 PM

    Sebak dan Sedih. Thats all in ny heart now.

  81. miringila Jul 13,2015 5:37 PM

    hahaha… sajak yang ku minat.. ssesuai jiwaku.

  82. Ronz Jul 13,2015 5:27 PM

    What a pity indeed !

    After so many years since Malaysia’s independence and him helming Malaysia as the PM for 20+ years, Dr M’s only concern is still for the Malays only. We too were born and bred here. Why divide and pigeon-hole all of us into convenient groupings ?

    Last I checked, I am still a Malaysian, even though I am not a Malay. I too want my family to be proud that we are Malaysians. We also want a government that is inclusive, progressive and free from corrupt leaders, so that all future generations of Malaysians can inherit a successful and harmonious Malaysia. We too, do not want sell-out leaders who will ruin this great country.

    How I long for the day when we have truly great statesmen who look at all as Malaysians, instead of through race-filtered eyes, ears and mind.

  83. cruze Jul 13,2015 5:23 PM

    Semuga Tun di berikan kesihatan yang baik, di kurniakan anak anak yang mendengar kata dan nasihat orang tua, semuga tun di pelihara oleh allah swt dan di hindari dari tindakan keji oleh tangan2 yang merosakkan imej tanah air kita….
    Semuga segala kejahatan dan penipuan yang di sembunyikan oleh pemimpin2 zaman najib dan rosmah terbongkar….amin

  84. Fariq Islam Jul 13,2015 5:23 PM

    Assalamualaikum, Tun.

    Dipetik dari puisi yang bermakna ini, kita boleh menghayati betapa pentingnya pendidikan, nilai moral, keimanan dan semangat perjuangan.

    Semoga generasi kita yang akan datang bersama-sama menghayati dan mendukung nilai-nilai hidup yang murni, yang boleh membanggakan tanahair yang dicintai.

  85. Fariq Islam Jul 13,2015 5:18 PM

    Assalamualaikum, Tun.

    Kuatkan semangat
    Kuatkan keimaman
    Kuatkan maruah
    Kuatkan harga diri
    Maka
    Kuatlah ibu pertiwi dan bangsaku

  86. tebing tinggi Jul 13,2015 4:56 PM

    Merdeka , Merdeka , Merdeka !!!!!!,

    Salam Tun & selamat menyambut ulangtahun kelahiran & berbahgia menjalani ibadah puasa dan kedatangan idelfitri .

    58 tahuan negara Malaya telah di istiharkan merdeka , banganya orang Melayu yang menjadi pendudok asal dibumi ini yang seterusnya dikenalai sebagai Malaysia.

    Saperti ‘Orang Utan ‘ Bangsa Melayu hanya merdeka negaranya sahaja , tetapi ralitinya pergantonga dan dominasi tetap dikawal olih bangsa asiang yang mendatang ,hasil produk kermerdekaan .

    Apakah realitinya Merdeka Negara ,tapi bangsa masih dijajah kehendaknya .

  87. safiy Jul 13,2015 4:50 PM

    salam tun..

    tak terkata.. sebak..

  88. Tay Leong Jul 13,2015 4:42 PM

    Exactly what happened during World War II. Hell, Greed, Hunger, Animality and Temporal World. Those whom have gone through this will deeply understand the essence of #peace #resiliance #importanceofmoral #unity is a more precious gem than the Gem Stone. #callforawake #wakeupMalaysians

  89. daeng Jul 13,2015 4:31 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Tersentuh perasaan saya membaca luahan hati Tun berupa puisi kali ini.

    Satu ketika dahulu Tun adalah manusia seperti kami, pernah alami zaman kanak-kanak, pernah merasa sedih, pernah merasa gembira, pernah alami zaman remaja, pernah alami zaman dewasa, pernah alami zaman tua tetapi yang membezakan semua itu adalah pengalaman masa dan ketika.

    Tiba masanya kita semua akan mengadap Illahi jua.

    Perjuangan Tun adalah perjuangan kami jua,
    Tun dengan cara Tun, kami dengan cara kami,
    Dunia Tun lalui pemimpin dimasa silam,
    Dunia kami adalah rakyat biasa-biasa,
    Namun matlamat kita adalah SATU,
    Malaysia perlu di selamatkan dari manusia haloba,
    Haloba pada wang, haloba pada nyawa, haloba pada kuasa,haloba pada harta,
    Halobanya pemimpin yang ada kerana enggan memikirkan masalah negara,
    Bagi mereka tembolok sendiri adalah keutamaan hidup,
    Bagi mereka rakyat hanya nilai yang paling bawah dalam benak hati mereka,
    Tiada lagi pemimpin UMNO yang berjiwa rakyat seperti dulunya,
    Walaupun darah dagingnya masih ada, malangnya perjuangannya pura-pura,
    Yang mangsanya adalah kami rakyat yang tidak berdosa,
    Dipaksa mengerah keringat yang ada untuk merelakan kehendak kuasa pemimpin yang hilang punca,
    Namun hati pemimpin yang ada tiada mata untuk melihat,
    tiada hidung untuk menghidu,
    tiada tangan untuk bersentuh,
    tiada telinga lagi untuk mendengar,
    Yang tinggal hanya hati batu tanpa deria pancaindera yang mampu memahami rakyat yang tersilap sangka.

    Namun tiba masa, pemimpin yang hilang punca akan terima balasannya jua …

    Kami tetap bersama Tun Mahathir sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat, seorang pemimpin yang bijak, dan seorang pemimpin yang dalam hatinya terbenam sifat yang merendah diri, berani kerana benar dan takut kerana salah.

    Salam hormat dari saya yang sentiasa mengikuti perkembangan Tun dari kecil, remaja, dewasa dan kini semakin berusia. Saya merasakan saya tidak pernah silap menilai pemimpin seperti Tun dan kesenangan saya hari ini adalah hasil dari kesedaran yang ditiupkan oleh Tun sebagai PM satu ketika dahulu selain kuasa Allah swt.

    Semuga Tun diberi kekuatan berjuang tanpa berbelah bagi menjatuhkan Dajal No 1 ketika ini demi menyelamat negara tercinta ini.

    Wassalam.

  90. Praxis Jul 13,2015 4:13 PM

    Truly the struggle for freedom from want, greed, ignorance, exploitation is a broad, continuing one. We seem to be at a low point now.

  91. kotong Jul 13,2015 4:11 PM

    Tun,
    Saya berbangsa siam, amat kagum dengan malaysia ketika Tun memerintah.
    Kira saya bernasib baik kerana membesar, bersekolah sehingga ke universiti dan alam pekerjaan semasa Tun masih memerintah.

    Masih ingat lagi, saya graduan tahun 1999 dan ketika itu ekonomi belum pulih, ketika negara2 asia dilanda ekonomi yg teruk.

    Saya dilahirkan dalam keluarga miskin serba kekurangan, namun kepimpinan Tun yg menyediakan segalanya utk membantu kami, bukan dengan cara ‘memberi ikan’ tetapi mengajar kami ‘menangkap ikan’.

    Saya berusaha dan dapat bekerja di syarikat swasta pada tahun 2000 setelah ekonomi kita sudah pulih. Dulunya Tun dapat memulihan ekonomi dengan bijak, membangunkan negara dengan, mewujudkan banyak peluang pekerjaan. Dulu saya bekerja dgn gaji Rm2300, tetapi ketika itu dgn wang tersebut saya mampu berdikari dan menghantar adik2 saya ke universiti dan membiaya ibu saya, tetapi bayngkan apa yg kita boleh buat dengan Rm2300 sekarang?

    Saya amat berbanga dan berterima kasih kepada Tun kerana demi negara Tun sudi bangun membantu negara dan tanah air ketika kita melanda kesusahan. Dengan keadaan politik dan menteri ketika ini, tidak lagi berkualiti. Pemimpin tamak, tidak berkebolehan. Saya tahu Tun pun nak hidup aman setelah sekian lama letih berkerja. Air mata saya mengalir keluar mengenang jasa2 tun.

    Tun, selamatkan tanah air… saya akan sentiasa mendoakan dan memberi semangat….

    Sayang Tun…

  92. Mohammad Shahrizal Jul 13,2015 4:10 PM

    Salam TUN, Apa khabar? semoga Tun sihat selalu..

    Ucapan Terima Kasih kepada Tun,
    Sehingga kini masih lagi memperjuangkan nasib NEGARA Malaysia,
    Negara yang kita semua sayangi dan sanggup pertahankan…

  93. cancerian Jul 13,2015 4:08 PM

    Salam Tun,

    Setelah bertahun melayari blog tun, akhirnya saya terpanggil jua untuk meninggalkan komen setelah membaca hasil nukilan tun yang begitu menyentuh hati.

    Semoga apa yang telah diusahakan oleh tun akan dirahmati allah.Buat baik dibalas baik, begitu juga sebaliknya

    Saya amat menghormati tun selama kepimpinan tun dan jangan risau, masih ramai penyokong tun seperti saya yang hanya melihat dari jauh akan warna warni politik negara sejak tun meninggalkan pemerintahan sehingga sekarang..

    Selamat Hari Jadi yang ke 90 tahun.
    Semoga allah panjangkan umur tun untuk melindungi bangsa dan tanah air..

    Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri

  94. I.D.A. Jul 13,2015 4:05 PM

    Ketololan Berjemaah
    (Sajak Indomie Mi Goreng Rasa Cabe Ijo)

    Ketololan adalah nasi talam
    digaul saksama. Sama-sama
    kunyah dan telan berjemaah.

    Apakah tidak tolol
    pembayar cukai bersusah-payah
    menggaji penyamun?

    Ketololan menjadi infiniti
    bila ketua pasukan penguatkuasa
    adalah kepala penyamun.

    Oi! para pembayar cukai,
    bangkitlah dan bertindak
    sebagai majikan bijak.

    Batu Kawan, Pulau Pinang.
    08.07.2015

  95. Aiezat89 Jul 13,2015 3:40 PM

    Assalam Tun, Saya berbangga dan bersyukur hidup semasa pemerintahan Tun.

  96. HouseWife Jul 13,2015 3:36 PM

    Salam Tun, my heart breaks upon reading your entry which shows your sadness and sorrows. O you people of belivers and disbelivers, could you not see the sincerity in Tun’s heart. Allah is Great and Merciful and All Knowing. Kembali ke landasan yang sebenar maka kamu, yang mempimpin, akan dapat kembali tanahair ini ke status yang disanjung dipadang mulia, tinggi dan harum yang telah diletak oleh Tun dengan izin Allah. Manusia hanya sementera maka duka pun sementara. Tun banyak2 beristighfar dan sekarang setelah usaha Tun segala-galanya ditangan Allah. Insyallah yakinlah dan tawakkal pada Allah yang Mengetahui.

  97. alshahbandar Jul 13,2015 3:35 PM

    Brutus killed Ceasar because he was greedy and selfish and a coward. Our Brutus never knew hardship, growing up amidst life of abundance, living the high life in the colonial land, and only learned to speak his native tongue after he came home.Once with power he never had the mind of the struggling and oppressed native, but that of the colonial master, whom he worships up to old age.
    But above all, he knows not the value of money, but only how much money, not the value of services to the ones he rules over, but the value of popularity, and opportunity as if hypocrisy can be camouflaged. Like the mind of the colonial, we the natives are to be fooled,and ruled and used to gratify his lust.
    But he ignores the laws of gravity, what goes up must come down.
    One day our history will be written by the truly learned, not by the thumping political beasts, and true facts will be revealed. There is a big difference between the wise and the hypocrite.

  98. Linda yusof Jul 13,2015 3:15 PM

    Salam yg berbahagia Tun sekeluarga,

    Minitis air mata
    membaca nukilan Tun
    yang jujur & menyentuh perasaan.

    Semoga Allah SWT
    melindungi kita rakyat Malaysia
    Didunia & akhirat.

    90 years Tun
    still strong & young at heart..
    beloved to all & respected
    Salam Aidil Fitri
    dengan Ingatan Tulus Ikhas.

  99. novo Jul 13,2015 3:14 PM

    SALAM TUN.

    Negara Tun adalah negara saya juga.
    Tanahair Tun adalah tanahair saya juga.
    Malaysia adalah hak kita semua.
    Bukan milik Najib atau Rosmah.

    Milik setiap warganegara tanpa sempadan agama, bangsa, etnik dan ras.

    Oleh itu berikan kami panduan dalam menempuh cabaran masa ini. Selamatkan Malaysia dari pimpinan Najib yang amat lemah ini. Pengalaman dan buah fikiran Tun masih ditagihi dalam memperkuatkan kerajaan Malaysia. Jangan biarkan fikiran kita di jajahi kembali.

    Ibu kita menumpahkan darah semasa melahirkan kita adalah dibumi Malaysia ini.

    Wassalam.

  100. drarumugam Jul 13,2015 2:44 PM

    Dear Tun,people with you.We hope everything will be OK as soon as possible. We have to trust the ‘Almighty’. Please live with us patiently.

  101. Sri Sen Jul 13,2015 2:43 PM

    salam tun

    jangan la sedih, masih ramai yang sayang tun, negara tu macam mana nak selamat, hari hari pun ada berita tak baik keluar, tapi yang duduk diatas masih tak nak lepas jawatan, now sarawak report dah gaduh sama Singapore, sabtu ahad rusuhan low yat, esok entah apa apa lagi. Grrrr

  102. adamgy32 Jul 13,2015 2:34 PM

    Moden

    Sungguh asing itu bahasa,
    namun kerana ada baiknya manusia,
    kita susun percaturan kita,
    kita ikut dunia punya suka,
    kita sesuaikan sahaja,
    kita rajin memberi muka,
    kita adaptasikan juga,
    tersumat sudah dalam kamus bahasa,
    supaya senang dilidah kita,
    namun takkan mata kita terbuka,
    kalau bukan adalah kerana,
    ibnu Muhammad bapa negara,
    jauh berjalan bermacam dipelajari,
    pendedahan awal rezeki diberi,
    rasa gembira sakan dihati,
    pabila pulang ingin dikongsi,
    kepada semua alat-alat teknologi,
    yang tujuannya baik pabila dikaji uji,
    namun kerana manusia sering kali,
    lahirkan rasa malas di hati,
    tidak nampak nikmat yang diberi,
    Kerana Tuhan masih mengasihi,
    tidak mahu kita menjauhi,

    diizinkan Tuhan ditutup hati,
    jadi leka terhadap teknologi,
    rintih kerisauan Mahathir menangisi,
    mungkin diakal pernah difikiri,
    tidak ku sangkakan jadi begini,
    niat ku ku sangkakan sudah suci,
    mahu menolong bangsa Ilahi,
    namun lain pula sudah terjadi,
    kepada umat manusia kita ini,
    usah risau kalau dikhuatirkan,
    kita semua ciptaan Tuhan,
    naluri kita penuh persoalan,
    hidup di dunia yang penuh ujian,
    kerana kita masih disayangkan,
    diberi peluang usaha ditunjukkan,
    semangat segak menerima tujuan,
    tujuan dilahir dan dimatikan,
    tujuan haiwan tujuan tumbuhan,
    tujuan seluruh alam sekalian,
    mungkin dapat diberi jawapan,
    kalau suci tatkala ditanyakan,
    kerana tercetus di minda sesuatu perkataan,
    adalah hanya dengan izin Tuhan,
    lantas izin berkat Nya kita doakan,
    dalam menjalani suatu kehidupan.

  103. Nagai067 Jul 13,2015 1:36 PM

    Ya Allah, please bless this man’s soul. He has done nothing but good for Malaysia. He is an extraordinary soul and we still need him.
    Panjangkanlah umurnya to be the lone voice to lead the rest of us against the arrogant and obnoxious individual that is currently leading this nation. Ameen.

  104. sudin Jul 13,2015 1:25 PM

    Assalam Tun,

    Alangkah indah keadaan jika
    Pemimpin kita berjiwa rakyat
    Setiap pencapaian dikongsi alah kadar bukan dibolot sepenuhnya oleh segelintir
    Setiap kejayaan hindari sifat menunjuk
    Tiada sifat kepura2an pemimpin tinggi

    Apa dah jadi
    Pembodek2 atasan sudah hilang harga diri
    Sifat rendah diri ditukar pentingkan diri

Leave a Reply