TOTAL VISITORS FROM 2008:

LOMPAT 4

1. Kita banyak dengar tentang kemungkinan ahli parti Barisan Nasional lompat masuk parti lawan.

2. Jika 35 ahli masuk parti lawan, parti BN akan jatuh. Parti lawan akan menang dan akan dirikan Kerajaan.

3.
Apa akan jadi pada wakil rakyat BN yang lompat? Mereka tidak akan jadi
Perdana Menteri kerana sudah tentu pemimpin Pakatan akan jadi PM.
Ahli-ahli Pakatan yang lain juga ingin jadi Menteri dan Timbalan
Menteri.

4. Berapa tempat yang tinggal
pada ahli BN yang lompat? Tentu tidak semua mereka akan dapat tempat.
Mereka akan terus jadi pengikut Pakatan sahaja, seperti mereka mengikut
Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum mereka lompat.

5. Jika
Ahli Dewan Rakyat BN keluar dari BN tetapi tidak masuk parti lawan
mereka akan bebas menyokong atau menolak undang-undang atau dasar parti
Kerajaan atau usul-usul parti lawan. Mereka bebas mengecam parti
Kerajaan jika melakukan kesalahan, demikian juga apabila parti lawan
membuat atau pun melakukan perkara yang salah.

6. Jika jumlah
yang tinggal BN cukup untuk kurangkan penyokong Kerajaan supaya tidak
ada majority lagi, Kerajaan pimpinan Dato Seri Abdullah akan jatuh.

7.
Kerajaan baru hanya boleh didirikan jika dipersetujui oleh ahli-ahli
yang keluar BN, kerana mereka memiliki cukup undi untuk menentukan BN
atau Pakatan yang menjadi majoriti dalam Parlimen.

8. Jika BN
ganti Dato Seri Abdullah dengan orang lain yang berani, kumpulan yang
keluar dari BN boleh sokong BN semula dan BN akan kembali jadi Kerajaan.

9.
Ini adalah satu cara untuk memaksa Dato Seri Abdullah letak jawatan.
Kemudian semua yang lompat boleh masuk balik parti masing-masing.

10.
Percayalah, mereka daripada parti komponen BN yang telah sokong parti
lawan PRU 12 akan kembali sokong BN apabila Dato Seri Abdullah bukan
lagi Perdana Menteri.

4 thoughts on “LOMPAT

  1. sjt Sep 22,2008 1:40 PM

    Salam Tun…
    Saya hanya nak tahu kalau MP BN keluar dan menjadi MP bebas semata-mata untuk mengurangkan majoriti BN untuk memaksa kerajaan yang ada jatuh, apakah tindakan ini boleh dianggap sebagai satu penghianatan kepada rakyat dan keatas PM?

  2. alisonaji Sep 16,2008 1:50 PM

    salam Tun…
    cuma nak tanya pendapat Tun sejauhmana Pakatan Rakyat ini boleh kekal kerana dasar dan perjuangan mereka adalah berbeza. adakah dasar perjuangan parti telah dilupakan semata2 ingin menumbangkan BN.

  3. toktengkah Aug 15,2008 6:54 PM

    Wahhh…kali ni dapat yang awal..
    Salam Tun…. agaknya sapa lompat parti dapat duit berjuta juta kut..tak jadi menteri pun tak pa….apa lah nak jadi Malaysia ni…

  4. mazomar Jun 29,2008 10:41 PM

    Salam Tun sekeluarga,
    Saya baru masuk blog Tun dan membaca semua artikel Tun, harapan saya agar kalangan YB ahli dewan membaca dan mengambil kira pandangan Tun,demi bangsa, negara dan agama agar sejahtera hendaknya…AMIN

Leave a Reply