TOTAL VISITORS FROM 2008:

Menghadapi Cabaran 82

1.​ Dalam kehidupan manusia, menghadapi cabaran adalah perkara biasa. Sudah tentu jika sesiapa mencebur diri dalam bidang politik, lebih banyak cabaran akan dihadapi. Jika ingin terus dalam bidang politik semua cabaran ini mesti diterima. Mereka yang tidak sanggup menghadapi dan mengatasi cabaran adalah lebih baik tinggal sahaja bidang politik.

2.​Semasa saya jadi presiden UMNO dan Perdana Menteri cabaran tidak pernah berhenti. Sudah tentu ada percubaan menjatuhkan saya sebagai presiden UMNO.

3.​Diantara cabaran yang terbesar ialah apabila Tengku Razaleigh Hamzah dicalonkan untuk bertanding jawatan presiden UMNO.

4.​Kita sudah terima sistem demokrasi dalam pemilihan pemimpin. Apa yang dilakukan oleh Tengku Razaleigh adalah sah dalam sistem demokrasi. Tiada apa yang boleh dilakukan oleh saya untuk mengelak dari dicabar olehnya.

5.​Maka Tengku Razaleigh dan ramai penyokong-penyokongnya berkempenlah di seluruh bahagian dan cawangan UMNO di seluruh Malaysia. Mereka bebas bertemu dengan ahli, cawangan dan bahagian-bahagian UMNO.

6.​Kedudukan Tengku Razaleigh sebagai Menteri Perdagangan dalam kerajaan tidak terjejas. Demikian juga ramai menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin UMNO yang memihak kepadanya.

7.​Pengundian semasa mesyuarat agong UMNO berjalan dengan baik. Kerana terjatuh pada hari Jumaat, pengundian dihentikan dan kempen dapat diteruskan dikalangan perwakilan oleh penyokong Tengku Razaleigh.

8.​Perkiraan undi dibuat berkali-kali kerana ada yang tidak puas hati dengan keputusan. Hanya pada jam lapan malam barulah keputusan dapat diisytihar.

9.​Saya menang dengan kelebihan hanya 43 undi. Saya terima. Peristiwa yang berlaku selepas itu diketahui umum dan tidak perlu saya ulangi disini.

10.​Pada bulan Disember 2015 ini, Mesyuarat Agong UMNO akan diadakan.

11.​Tidak akan ada apa-apa pertandingan. Tetapi entah kenapa usaha sedang dibuat oleh UMNO supaya perbahasan berkenaan perkara tertentu, khususnya 1MDB dan wang sebanyak 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadi Dato Sri Najib tidak boleh dibangkit.

12.​Persidangan pula akan tertutup kepada orang ramai. Tidak semua dari ucapan perwakilan akan disiar. Hanya ucapan presiden sahaja akan disiar.

13.​Sepatutnya Muhyiddin Yassin, sebagai Timbalan Presiden akan membuka persidangan sayap – Pemuda, Wanita dan Puteri. Amaran sudah diberi supaya ahli UMNO tidak akan bercakap berkenaan perkara ini.

14.​Apakah jenis Mesyuarat Agong UMNO ini?

15.​Saya tidak akan bertanding untuk apa-apa jawatan. Tetapi usaha gigih sedang dijalan untuk menutup mulut saya, untuk menyekat saya dari berjumpa dengan ahli UMNO, bahkan orang ramai. Dewan dimana mesyuarat boleh diadakan yang dihadiri oleh saya tidak boleh didapati kerana semua pemilik takut didera oleh Kerajaan.

16. Ada iklim ketakutan yang menghalang segala kegiatan yang bersangkutan dengan mengkritik Kerajaan. Ia seolah-olah menjadi jenayah yang tidak tertulis. Tetapi dakwaan dibuat kononnya ini Negara demokrasi. Sesiapa yang cuba sabotaj demokrasi Malaysia boleh dikena penjara hingga 15 tahun. Tetapi sebenarnya yang mensabotaj demokrasi Malaysia ialah Kerajaan sendiri.

17. Bermacam jenis tekanan digunakan yang tidak demokratik.

18. Ada yang berhadapan dengan pemeriksaan pendapatan kononnya kerana tidak bayar cukai. Ada yang disoal siasat oleh polis. Ada yang dimasuk dalam tahanan tanpa berasas kepada undang-undang. Ada yang diugut akan kehilangan kontrak dll.

19.​Kata pepatah berani kerana benar; takut kerana salah. Apakah kerana salah yang takut sangat 1MDB dan 2.6 billion ringgit dibincang.

 

ENG VERSION
Facing Challenges

1. In human life, challenges are common. Of course if anyone engages in politics, there are more challenges to be faced. If you want to continue in politics these challenges must be accepted. Those who were not able to face and overcome these challenges it is better to leave the political field.

2. When I became president of UMNO and the Prime Minister challenges never stopped. Of course there were attempts to unseat me as UMNO president.

3. Among the biggest challenges was when Tengku Razaleigh was nominated to run for the presidency of UMNO.

4. We have accepted the democratic system in the selection of leaders. What Tengku Razaleigh did was legitimate in a democratic system. There was nothing I could do to avoid being challenged by him.

5. So Tengku Razaleigh and many of his supporters campaigned at party divisions and branches throughout Malaysia. They were free to meet with members, branches and divisions of UMNO.

6. Tengku Razaleigh’s position as Industry Minister in the government were not affected. Likewise, many ministers and UMNO leaders who sided with him.

7. Voting during UMNO general meeting went well. As it fell on Friday, voting was stopped and supporters of Tengku Razaleigh was able to continue campaigning among the delegates.

8. Counting of votes was made many times because there were some that were not happy with the results. It was only at eight o’clock at night that a decision can be declared.

9. I won by only 43 votes. I accepted. Events that occurred after that are well known and do not need me to repeat here.

10. This December 2015, the UMNO General Meeting will be held.

11. There would not be any election whatsoever. But somehow for whatever reason, efforts are being made by UMNO that debate on certain subject matters, especially 1MDB and the sum of 2.6 billion ringgit in the personal account of Dato Sri Najib, must not be raised.

12. The conference will be closed to the public. Not all speeches by delegates will be broadcasted. Only the president’s speech will be broadcasted.

13. By right Muhyiddin Yassin, as Deputy President will open the conference of the wings – youth, women and women’s youth. Warnings have been given so that UMNO members will not speak on this matter.

14. What kind of UMNO General Meeting is this?

15. I will not be running for any office. But big efforts are being made to silence me, to stop me from meeting with members of UMNO, even with the public. Conference rooms where meetings could be held which can be attended by me are not available as all owners fear reprimand by the Government.

16. There is a climate of fear which prevents all activities concerned with criticizing the Government. It seems to have become a non-written crime. But these allegations are made in this supposedly democratic country. Anyone who tries to sabotage democratic Malaysia is liable to be imprisoned up to 15 years. But in actual fact the government itself is sabotaging democratic Malaysia.

17. Various undemocratic pressures are being deployed.

18. There are people faced with inspection of their income, supposedly for not paying income taxes. There are people being questioned by police. Some are detained not based on any law. Some are threatened with loss of contracts etc.

19. As the saying goes, courage because of truth, fear because of wrongdoings. Is it because of wrongdoings that there is so much fear for 1MDB and 2.6 billion ringgit being discussed.

82 thoughts on “Menghadapi Cabaran

  1. faridina Nov 30,2015 2:11 PM

    Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    Mohon ruangan berbicara dengan Azlan95 dan pakpandir08.

    Azlan95 berselindung disebalik digit yang melambangkan generasi Y yang besar kemungkinan berpengkalan di pejabat PMO atau JASA maka anak ini tidak mewakili aspirasi anak2 generasi Y di luar sana tetapi mewakili poketnya sendiri demi sesuap nasi.

    Kami faham Lan ‘cari makan’ buat semua ini kerana terpaksa dan dipaksa sehingga apa sahaja Lan poskan di sini tiada bawa pemberat atau tidak signifikan dari segi hujah.

    Namun lebih afdal rasanya berinteraksi dengan orang muda yang bakal mewarisi pimpinan negara satu hari nanti dari orang tua macam pakpandir08 tu yang dah menghampiri tarikh luput cakap apapun dah tak masuk, buang masa aje dan dah tak relevan anggap sahaja ‘gone case’.

    Mengapa TSMY dan DSSA tidak hadir dalam mesyuarat MKT?
    Jawapan di atas telah dijawab tetapi tambah sikit sahaja – Ini bukan satu kebetulan dan bukan juga satu suratan. Ini betul2 punya ini bukan cobaan. Ok serius semula – ini semua sudah dirancang Lan sebagaimana keputusan tidak membenarkan TSMY merasmikan sayap2 parti pun telah diketahui 3 atau 4 hari sebelum itu. Maknanya mereka memang tidak mahu TSMY hadir mesyuarat tu. Lan kalau ikutkan TSMY tiap2 minggu dia nak bermesyuarat kerana ada peluang nak bercakap benar tetapi takkan Lan tak perasan mesyuarat MKT asyik ditangguhkan sahaja sebab Najib memang takut nak bersemuka dengan TSMY.

    Walau apapun kami faham situasi Lan namun satu hari nanti kami akan cerita panjang lebar sindrom ‘anakku Sazali’ versi Faridina sesuai untuk tatapan anak2 muda dan mereka yang ada anak2 kecil sebagai renungan.

    Lan akhir2 ini kerja2 Lan agak mudah sedikit kerana baru2 ini ada kalangan blogger yang pro Tun pun satu hal nak kasi bakar TSMY dengan menyarankan TSMY tak usahlah merintih dan cakap pasal dosa kerana perkara ini adakah patut dan dengkelnya otak si Blogger ni cakap hanya sesuai untuk dilafazkan dalam masjid atau surau. Tidakkah beliau sedar institusi masjid peranannya lebih besar dari itu? Pelbagai aktiviti dilakukan untuk mengamarahkannya dewasa ini.

    TSMY bukan Anwar maka cara dan pendekatan memang berbeza. Pada pendapat kami Anwar boleh diibaratkan api yang cepat membakar memang besar tetapi cepat dan mudah dipadamkan. Manakala TSMY diibaratkan api kecil yang membakar di belukar tanah gambut yang lambat membakar tapi kesannya berpanjangan sehingga boleh menyebabkan jerebu. Lama memang lama dan sampai masanya beliau juga akan menghilangkan segala jerebu politik ini percayalah.

    Banyak lagi ingin disentuh tentang TSMY ini yang kami orang Johor sendiri baru mengenali beliau secara mendalam apabila beliau tiada lagi jawatan dalam kerajaan. Mungkin dikesempatan lain kami tuliskan lagi buat blogger bebal berkenaan.

    Wasalam Tun.

  2. mubarakchan Nov 30,2015 1:54 PM

    Tun

    For faridina. Madam, many thanks for your sensible words.

    It is my life-long observation in the Malaysian business World that the closest aides, managers, flunkeys etc DO NOT make money for their Bosses.

    Once these fellows with the sugary tongues, were in position surrounding the Boss, they keep out others who might jeopardise their motives whatever these were.

    As a result, every venture failed when the Bosses took a hands off attitude by giviing these crafty and cunning fellows full-rein in the pursuit of their personal objectives with the full trust and goodwill of their Bosses.

    If this is not stabbing the backs of the Bosses, what is Madam ?

    And it is my fervent belief that we the citizens should never stab our icons like the Prime Ministers in the backs until any alleged wrong-doing is proven in the Court of Law !

    As I always said Madam, it is the closest aides !

    Who can give better evidence than me who was sacked three times after contributin positively to our cause, behind the back of the Boss ? And this does not mean that I should rush off to join the Opposition !

    MALAYSIA BOLEH ! MALAYS BOLEH ! MALAYSIANS BOLEH ! EVEN SINGAPOREANS NOW SAY UMNO BOLEH !

  3. Hajar Nov 30,2015 9:52 AM

    Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    Mohon izin Tun:

    Saudara ’Daeng’, betul, yang tidak boleh terima fakta tu, boleh lagi berbelit-belit memberi alasan.

    KP UMNO seorang yang gagal (berdasarkan prestasi sukan negara) & pernah terlibat politik wang, manakala Ketua Puteri dan Ketua Wanita pula memang sah sudah temakan ’budi’ Presiden. Insaflah!

    Semalam di Pagoh, lebih-kurang 1,000 penyokong ahli2 akar umbi UMNO dan ahli2 parti komponen BN menyatakan sokongan terhadap TSMY. TSMY kata rela jika dipecat.

    Saya seru / cabar supaya ADUN / MP UMNO yang lain bangkit (yang tidak termakan duit ’derma’ dari DSN) untuk menuntut supaya DSN meletak jawatan kerana tidak mungkin DSN akan pecat mereka semua. Jadilah wakil rakyat yang berAMANAH dan berintegriti. Beranilah untuk menegakkan kebenaran.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  4. daeng Nov 30,2015 6:34 AM

    Assalamualaikum Tun,

    Izin mencelah sambung sikit komen Hajar.

    1. Yang pembodek dan tu adalah keturunan pak pandir jenerasi ke 8.

    2. Sorang lagi yang tidak memahami fakta dan kaki bodek najib tu ialah “budak mentah” yang digelar “lan jilat” dikalangan ahli umno.

    Wassalam.

  5. mubarakchan Nov 30,2015 1:45 AM

    Tun

    Our country will have a two political party System, when our compatriots learn not to abuse, insult and be personal after they lose an argument without facts to back their nutty comments like the Mickey Mouse or Donald Duck or the Magnificent 7 or sc who hide behind pseudonyms. How many of these fellows have a very thick skin like me ?

    There is one fellow who calls himself sc on this Blog who railed at me for being nutty. But how NUTTY can this fellow be when he began his comment on your very own distinguished Blog that he despises you. If he is not crazy, then he must be mad ! He does not even know whether he is coming or going ! He has a propensity to judge others with a higher status than him SUPERFICIALLY. What a Nut this fellow is !

    MALAYSIA BOLEH ! MALAYS BOLEH ! MALAYSIANS BOLEH ! EVEN THE SINGAPOREANS NOW SAY UMNO BOLEH !

  6. faridina Nov 30,2015 1:40 AM

    Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    Allow me to relate this to uncle MC via his 26th November 2015 comments – I really like it uncle and this Mr Najib should also fire all his closest aides plus those over paid foreign advisers too.

    To that silly comments of SC on the 28/11/15 we really despise it a lot! We don’t give a damn to whom you may support and by the way my friend this is not City Hall blog to entertain your complaints!

    Good night dearest Tun and wasalam.

  7. azlan95 Nov 29,2015 11:23 PM

    Biarlah Tan Sri Muhyiddin sendiri yang menjawab mengapa beliau tidak hadir mesyuarat Majlis Tertinggi.

    Sebagai pemimpin begitu tinggi dalam parti dan dulu dalam kerajaan beliau tentu benci sesiapa yang mereka-reka alasan untuk tidak hadiri mesyuarat.

    Sukar untuk beliau berucap kepada perwakilan Puteri kerana nanti perwakilan Puteri akan mereka-reka pula alasan untuk lari dari hadiri mesyuarat peringkat Bahagian dan Cawangan.

    Seeloknya beliau tidak berucap kepada perwakilan sayap-sayap, cukup sekadar diberi peluang berucap semasa sesi penggulungan sebagai Timbalan Presiden UMNO.

    Azlan
    KL

    Azlan
    KL

  8. Hajar Nov 29,2015 6:17 PM

    Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    Mohon laluan Tun:

    1. Alahai! Ada pengkomen di sini gelar mereka yang menyokong Tun M sebagai PEMBODEK. Saya yakin di polan ini tersilap blog sebab di sini tiada pembodek sebab tiada ‘habuan’ yang menanti. Semuanya secara suka-rela. Tun juga bukannya ADUN / MP yang mana pembodek2 boleh menempel…

    Kepada si ‘Pandir’ saya nasihatkan agar beliau pergi ke blog DSN atau mana2 blog pemimpin Pembangkang. Mana tahu mungkin ada ‘habuan’ menanti jika kena cara bodeknya.

    Takhta/Kuasa, Harta & Wanita (tiga ’TA’) dapat merubah seorang lelaki menjadi hilang kawalan.

    Jadi, tidak ada sesiapa yang boleh dipersalahkan kalau seseorang tidak dapat mengawal ’nafsu’ sendiri (g*la kuasa, harta/wang, wanita). Dan tiada sesiapa yang boleh menghalang seseorang dari BERUBAH! Perangai seseorang (dewasa) bergantung kepada diri sendiri..

    2. Ada seorang pengkomen pula asyik mempersoal tentang ketidakhadiran TSMY dan DSSA ke mesyuarat MT pada 24 Nov 2015 yang lalu. Pernahkah si polan ini berfikir menggunakan akal fikiran mengapa mesyuarat tersebut dipercepatkan (selama 3 hari)? Tarikh asal ialah pada 27 Nov 2015. TSMY kembali dari luar negara pada 26 Nov 2015 (dengan andaian mesyuarat ialah pada 27 Nov). DSSA juga berada di luar negara pada tarikh 24 Nov 2015. Adakah ini satu kebetulan atau suratan? Mesyuarat pula diadakan di bangunan Parlimen dan bukan di tempat biasa. Takut kerana salah?

    3. Nampaknya DSN akan terus menyalah-guna kuasa yang ada di tangan beliau. Tapi, tidak mengapa kerana tiada seorang pun pemimpin di dunia ini yang boleh pegang kuasa selama-lamanya. Saat kejatuhan DSN akan tiba, samada cepat atau lambat. Sudah ada tanda2 ’Tsunami’ ahli2 UMNO akan melanda tidak lama lagi.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  9. sc Nov 29,2015 3:19 PM

    Mubarak, you are a cracker! Quite the statesman… if a little on the nutcase side…

  10. sc Nov 29,2015 3:16 PM

    I must commend you Tun for allowing complete freedom of speech on your blog.
    You’re now acting out what you preach.. kudos to you sir… 🙂

  11. mubarakchan Nov 29,2015 4:02 AM

    Tun

    For sc.

    Your patronising comment which began with the unfriendly word
    ‘ despise ‘ – ( which the Oxford Dictionary gives the meaninig ‘ as feel contempt or repugnance for ) – put you into the category of a patronising fellow with no respect for anyone but your goodself.

    You have not given any answer or solution to all the complaints which your listed. Your observations on ‘ Malaysia is a picture of a failed Nation ‘ or ‘ The country is screwed ‘ is but a perfunctory comment.

    Please be specific and provide answers or solutions as befitting a loyal and good-intention citizen like yourself who may contribute much to dissipate the common dilemma we are all in – not as you said,

    ‘ Tun, the country is in need of real change ‘ which to me means a ‘ REVOLUTION ‘ but I think it is only proper to have an ‘ EVOLUTION ‘ as long as our Free Malaysian Style Democracy with Open Capitalist Characteristics and a Malay Bias with our loyalty and devotion towards our Yang Di Pertuan Agong and the Royal Sultans and our cherished Constitution which safeguards Islam and all the other religions, are safeguarded and enhanced.

    We do not require a REVOLUTION but just a return to NORMALCY will suffice. I am confident the inclusive UMNO leadership will show the way !

    I agree with you on the infrastructure, the state of cleanliness of the Malaysian toilets – the Mall owners are culpable – there is one Mall where I had to do acrobatics to reach my goal – the footpaths and the streets of Kuala Lumpur being used as rubbish bins.

    But sc, have you ever visited India and China ? The superpowers of the World and the state of their toilets ?

    Not too long ago, I toured a water-side village near Shanghai. I could see the restaurant employees using the same stream which was used to dispose sewage to wash their bowls and dishes. Ugh ! And outside a State-owned restaurant near the Great Wall, the cooks were chopping up the vegetables on the dusty road just outside the kitchen !

    And India, I lived there for many years. I could smell the cow-dung everywhere !

    I know and lived in the 1st World countries which you mentioned.

    In the 1950s, many houses in the United Kingdom still had 19th Century sanitation.

    In the 1950s to 1970s, when I used the toilets at the Zurich Airport, there were no drops of water on the floor. But from the 1980s onwards, I could not observe any more Swiss standards in the toilet because the Swiss gave up on manual labour and new travellers who have 3rd World sanitary habits passed through the Airport as well.

    Yet I prefer to live and enjoy myself in Malaysia because I was prepared to take what is good and avoid what is bad. We are not perfect. To me Malaysia is the best country for me to live.

    This is why you have a case in your comment which I now fill in the gaps for you. What you are trying to say is that our beloved Malaysia has become a place which could be sublime and might descend to the ridiculous !

    We must not expect Presidents and Prime Ministers to worry about the state of hygenic practices of the citizens or the state of the toilets. This should have been the job of the Mayor of the town, the Minister of Tourism and of course, the Minister of Education.

    For example, since its inception the Kuala Lumpur Sentral had no benches for Platform 1 and 2. My pregnant daughter-in-law had to sit on the steps of the stairs leading in and out of the Platforms. We do not expect the Prime Minister to care for this lack of care and consideration by the KTM in this regard or the fact that I was pushed to the side at the ticket counter by the bodyguard of a VIP ! Every country is different and has its own characterisitics all round the World !

    I have seen many times our Tun and Tun Dr Siti Hasmah strolling at Ampang Park and Sogo after 8 pm. But the Dictator Lee Kuan Yew (1959-2015) was alleged to sneak out at night in his Jaguar to inspect the flower pots and roads of Singapore. An eulogy confirmed that he was particular about the flower-pots in the Istana.

    THIS IS WHY I STILL SAY THAT THE CLOSEST AIDES CAUSED ALL THE SCANDALS AND PUT THE BLAME ON OUR BELOVED TUN DR MAHATHIR MOHAMAD AND OUR DISTINGUISHED AND HONOURABLE PRIME MINISTER DATO SERI NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK ! Both of them are Prime Ministers served by flunkeys who called the Sir or Boss !

    In the first volume of his biography, the Dictator mentioned that on one languorous afternoon whilst relaxing on the Istana grass lawn and enjoying English tea, the butler picked up the ball for his children. We do not expect Presidents and Prime Ministers to do menial jobs which are the prerogatives of the flunkeys.

    I have three real and factual examples of how the closest aides played pucks with their Bosses trust and goodwill.

    sc. I have known about what you complained about decades ago, 60 years ago. I still prefer to lived in this wonderful land in which I was born.

    I remember my relative who was the first Malayan to qualify as a MRCP (London) in the 1940s told me that if I patronise a kopitiam, I should not look around but just focus on and enjoy the food and thereafter leave.

    MALAYSIA BOLEH ! MALAYS BOLEH ! MALAYSIANS BOLEH ! EVEN THE SINGAPOREANS NOW SAY UMNO BOLEH !

  12. HBT456 Nov 28,2015 6:44 PM

    33. The president of france called these terrorists as army fanatics, not isis or daesh anymore.

  13. HBT456 Nov 28,2015 6:25 PM

    20. Sc, even if the local power house prefer not to build the speed train, the northern asean region will go a head with the deal to generate income for their economy.

    21. Thailand needs it.

    22. In here, they can build bigger airport, or kl118, no problem.

    23. When oil dries up, let bn, pr or may be ph to scratch their heads.

    24. Even people’s liberation army has decided to go ahead with massive reform by scaling down their army to be combat ready follow usa model based on quanlity not quantity base.

    25. Of course, usa marine navy can cross south china sea.

    26. Similarly, japan also can allow pla to do drilling in their airspace.

    27. You respect me one inch, I pay back with one feet.

    28. President hollande has vowed to use music and concert to fight isis.

    29. Even of the victim’s husband in paris attack said these isis terrorists can never earn the gift of hatred from his christian faith.

    30. As long as umno brings out may 13, there is only greed and fear, no love.

    31. As long as ngo perkasa tell us go back to china, to india, there is only greed and fear, no love in these people.

    32. Is islam religion of peace?

  14. novo Nov 28,2015 1:33 PM

    Salam Tun.

    Sumpahan untuk Arul Kanda Kandasamy.

    Kehadapan saudara Arul Kanda Kandasamy yang saya anggap BODOH.

    Saudara.

    1. Nampaknya kelulusan akedemik Acc. dan kelayakan anda untuk mentadbir
    1MDB adalah di persoalkan oleh saya.

    2. Apabila anda membuka mulut untuk bercakap, maka anda akan bercakap
    sebagai Burung Kaktua atau Burung Gembala Kerbau yang telah di
    potong dan di asah lidahnya.

    3. Adakah tuan anda iaitu pengerusi 1MDB telah melatih anda untuk
    mengajuk ayat keramat tersebut?

    4. Ayat keramat tersebut adalah ” Aset tetap 1MDB adalah melebihi
    liabiliti starikat”.

    5. Adakah anda mengucapkan ayat ini sebanyak 100 kali setiap pagi di
    hadapan Pengerusi anda.

    6. Mungkin petua dalam proses mengasah dan mengajar anda iaitu Burung
    Gembala Kerbau mengajuk cakap,memaksa boss anda Najib meluangkan
    masa selama 30 minit setiap pagi melatih anda.

    7. Mungkin Najib akan berkata “Aset tetap 1MDB adalah melebihi
    liabiliti starikat” dan selepas memetik jari tangannya maka anda
    akan cepat-cepat mengulangi ayat tersebu.

    8. Aku ingatkan Najib kerjanya adalah PM sahaja tapi pasal 1MDB
    bermasaalah maka terpaksa lah Najib menjadi pengajar burung
    bercakap.

    9. Anda adalah seekor burung yang amat patuh kepada tuannya tapi
    sedikit bebal kerana terpaksa mengulangi ayat tersebut sebanyak 100
    kali setiap pagi di mulai dengan Najib.

    10. Selepas 100 kali ajukan maka barulah anda di beri makan padi.

    11. Anak aku pun tahu jika beli tanah RM 7.00 sekaki2 dan jual RM 200-
    500.00 sekaki persegi memanglah banyak untungnya.

    12. Ini adalah “Perniagaan CARA BABI” yang baru di perkenalkan oleh
    Najib ke?

    13. Falsafah “Cash is King” akan mewujudkan “Perniagaan CARA BABI” ini.

    14. Lama-lama “Perniagaan CARA BABI” akan menyebabkan kandang babi
    terjual.

    15. Tapi jangan bimbang hanya kandang babi terjual bukan nya Arul Kanda Kandasamy. Walaupun kedengaran hampir sama Kanda Kandasamy dan kandang babi.

    Sekian

  15. WandyCaswady Nov 28,2015 1:08 PM

    Assalamualaikum Tuan Hamba yg dikasihi. Saya mendapat tahu bahawa tuan mendapat surat daripada timbalan perdana menteri untuk membuat kata ucapan sebagai pembuka kata pd satu majlis yg murni. Yang mungkin akan mengingatkan kembali kegembiraan yg dan kegemilangan tuan hamba. Disinilah bermula satu cabaran untuk tuan apabila berucap di hadapan orang ramai yg bercampur aduk dgn org yg benar dan sebaliknya. Mungkin benar niat menjemput tuan adalah sebab masih menghormati. Akan tetapi, beringat lah kerana ianya mungkin konspirasi untuk tuan hamba ditangkap masuk kerana hasutan. Sy disini hanyalah untuk mengingati tuan hamba yg sy kasihi ttg kebanggaan tuan serta ilmu juga rasa yg banyak tersimpan di dalam hati untuk bersuara atas dasar berani kerana benar.. kerana Tuhan yg esa..

    Cabaran bermula pada saat ini.. kerana masa tidak menunggu.. sesungguhnya.. manusia di dalam kerugian.. termasuk lah diri sy ini.. mahupun tuan hamba.. Pilihan ayat yg sesuai mmg tidak lagi saya ragu pd kebolehan tuan untuk mengarang kerana bnyk telah diiktiraf hasil karya nya.. Alhamdulillah.. sy sanjung kpd tuan yg tidak pernah jemu dgn ilmu… sy akan ingat.. inshallah.. Jd bermula……… saat tuan hamba menghampiri alat pembesar suara yg berada di dpn mata. Lidah terkelu lesu ttp hatimu ku yakin.. ttp berani kerana Allah kerana terasa tanggungjawab sbg seorang laki laki islam. bacalah doa yg terbaik sebelum memulakan ucapan tuan.. mungkin Tun tidak akan membaca apa yg sy tuliskan. Tp atas dasar tanggungjawab.. sy ucapkan juga.. Jagalah ego dan kebanggaan diri. kerana dikhuatiri apabila kamu lupa diri.. mungkin Tun akan terkasar bahasa ataupun terlebih batas dlm ucapan Tun yg saya tahu niat nya suci dan murni. ingatlah konspirasi yg telah anda saksikan dgn mata kamu sendiri. Mungkin di saat ini.. Tun di dalam dugaan Ilahi. Anggap lah mereka seperti anak kamu sendiri. Mentah dan di kekang suaranya untuk bertindak. Tp kepada yg zalim itu.. anggaplah juga dia masih mentah dan bodoh.. sayangilah mereka kerana mereka juga bisa berubah.. setiap hidup ini.. Allah tentukan jalan hidup nya.. mungkin balasan nya di kelak hari..Jalankan sahaja tanggungjawab mu untuk bersuara.. Tp ingatlah.. kamu bukan siapa siapa di hadapan Nya. Mudah mudahan.. Tun diselamatkan oleh Allah dari orang orang yg ingin berbuat zalim terhadap diri mereka sendiri.. mungkin mereka belum menyedarinya lagi.. Assalamualaikum dari seorang yg amat menghargai jasa mu.. pemikiran mu.. juga pengorbanan mu selama ini… wassalam?

  16. sc Nov 28,2015 12:19 PM

    Dear Tun,

    I do not support you at all. In fact I despise you, but that has not stopped me from reading your blog and to at least try to understand your mind set.

    Malaysia is a picture of a failed vision. I understood your vision completely. You wanted to see Malaysia advance. You wanted to see Malaysia grow in sophistication and intelligence. To revolutionise the country into a first world economy. I too longed for this. For a country to modernise and for a country to be proud of.

    The country is screwed Tun. Completely screwed.

    Infrastructure:
    What do we see now sprouting from the ground covering the streets of Malaysia? We see large concrete tracks and big brown ugly blocks that we call train stations being erected….

    When the world is moving to more cleaner, minimalist urban planning environments, shifting from building above ground to below ground, Malaysian infrastructure is moving in the wrong direction.

    Hulking Big fat ugly brown cement train Stations shouldnt be built above ground. They should be built below. Street level construction should be cleaned up. Flat wide foot paths with open tree lined boulevards like those of Paris and Saigon should be built… What a shame…

    Toilets
    Malaysian toilets are disgusting. That is all that can be said, Malaysia has a lot to learn from Tokyo, Germany and Singapore in terms of frst world hygene. This may seem like a minor issue, but a Rolex isnt a Rolex if they skimp on the details. It is detail that makes for greatness…. And Malaysia is not Great. It is far from great. It can be classified as at the bottom of the economic food chain and at the bottom of the so called civilised world.

    Foot paths – Why is KL such an ugly, run down city with slums. Where are the regulators cleaning up vendors or poviding designated areas for trade… within a the confines of a first world operating model?

    Alot of people are ignorant of the fact that there are slums, so perhaps the first task is for the people to open their eyes and recognise just how ugly the country has become.

    Rubbish bins
    The street is where rubbish belongs in KL. As far as I can see, people use the road as a dumping ground. second to the sewage system. Again, perhaps visitiing a typical Tokyo ally way to see how well maintained the streets are and how much people care about their country and the perception of their country?

    These are just a few points Tun. Malaysia needs to get the basics right first. It needs a government that firstly recognises citizenship and then applies equal rights to all citizens.

    Then it needs a meritocracy with a mixed back approach with welfare. To help those who require help regardless of race, provided they are citizens.

    Tun, the country is in need of real change. The rinngit has lost 20% of its value over the past year. The country has lost many of its thinkers and builders to the developed world because the Government is too busy focussing its energy at defending a corrupt system it inherited from your kind self.

    Take reponsiblity for the seeds that you sowed. It was politics, I understand this, but I also understand at least you had a vision and tried… but you still could not help yourself… More PURE love for the country and all its people is required…..

  17. Hajar Nov 28,2015 8:15 AM

    Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    Mohon laluan Tun:

    Saudara ‘Cruze’, sebenarnya prestasi menteri2 kabinet adalah CERMINAN dari prestasi PM. Jika Ketua tertinggi (PM) berprestasi ‘hampeh’, apa yang kita boleh harapkan dari orang2 dibawah beliau?

    Prestasi DSN yang ‘hampeh’ dan terpalit pula dengan pelbagai skandal negatif, mempengaruhi prestasi menteri2 kabinet (yang bijak pun sudah nampak ‘b*ngung’). Banyak isu2 peribadi DSN (dan isu2 lain) tidak dijawab, dan malangnya menteri2 kabinet pula yang dipertanggung-jawabkan untuk menjawab bagi pihak DSN. Memang haru lah jawabnya. Sebab itu keadaan jadi caca-marba / haru-biru dan DSN & gang jadi bahan ketawa rakyat jelata, dan kesannya sokongan terhadap DSN/Kerajaan tambah merudum.

    Cuba lihat TS Rafidah dan beberapa lagi bekas2 Menteri Kabinet. Semasa Tun M PM, prestasi TS Rafidah cemerlang, tapi di bawah Tun Lah, maaf kata, prestasi beliau jadi agak celaru sikit. Macam2 isu membelenggu TS Rafidah dan cara beliau menangani isu2 juga agak beremosi sehingga saya ‘terkedu’ melihat ‘iron lady’ menangis dalam satu isu yang pada saya sepatutnya ditangani dengan profesional.

    Pokoknya. PM yang ‘cemerlang’ adalah penting dalam memastikan orang bawahan mereka (termasuk rakyat) juga berprestasi cemerlang.

    Tentang isu ‘salah eja’ dalam menu (yang membawa maksud ‘gunting’), dari berita yang saya baca ia adalah dari kesilapan ‘staf Parlimen’. Sepatutnya, kena ada orang lain (ketua staf) yang ‘proof read’ menu tersebut sebelum ia diluluskan. Ini pendapat saya.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  18. sibotak Nov 28,2015 8:02 AM

    The Democratic System
    Much of the World are heading for Democratic system
    We are all following the crowds

    US wants the World to be as Democratic as theirs
    But it’s their wish It’s our choice
    Like we see in Middle East
    US suppression for Democratic in Middle East
    Are heading not for democratic but for Invasion and Submissiveness
    This is Humanly un Democratic and very wrong very Evil
    How Rich can a person or a Nation be
    At the expense of Human, innocents Babies and Children ?
    Tell me World How rich can one be ?
    I say Damn to US , the West , Israel their political war Mongering and their fakes Media
    May Allah Blast them

    It’s the Failure of the Muslims ,the Arabs
    To hold the rope of Allah Not United and are Divided
    Thus gives the True enemy have a free flow
    US, Israel ,West ,Media is just the reasons
    My Jihad is to unite my Ummah

    We can be Democratic in our own way perhaps our very own Traditional way
    It need not be of the US, West style of governing
    It’s our choice not theirs
    Development in our own way In our own culture and traditional
    High Rising ,Sky Scrapers is Not an indications of Modern Development
    It’s an indications of Doomsday as stated in the Quran

    Malaysia our Way Our Life’s
    Their way their Life’s
    We need to really study of the best system in our own way for our benefits
    Having elected party represented by a Leader
    It’s narrowing more to that particular party and the leaders needs
    Than the need of Malaysia as a whole
    We may not perfect system
    But our system must be voice by Malaysia as a whole
    Not by the party , leader elected as these are their voice
    their needs Not the people

    Najib failure of Governing should be a call for Malaysia to have a better system
    A system of our culture A system for the voice of Malaysia
    Not the voice of the elected Party not their leader

    We can do it
    Only we have to squeeze our Brains to find the right formula of Governiing
    Cara kita Cara Malaysia

    Likewise US as the World see as the examplary of a Democatic Nation
    Is actually not Democratic as the are the Lobbies of the Jews
    US kneels to Israel wish and demand
    It was never the American Voices

    Likewise. Uinted Nation that was supposed to represent World Harmony
    Are being corrupted and Puppetted by US and the West needs
    Than the needs of Human Justice and Equality

    It’s the Strongest that looks Right being Wrong
    The Weak looks Wrong being Right

  19. azlan95 Nov 28,2015 6:22 AM

    Dato Seri Shafie Apdal menyoal tentang keputusan MT http://www.nst.com.my/news/2015/11/114169/shafie-why-disallow-muhyiddin-speaking-umno-assembly

    Tan Sri Muhyiddin pula mengeluarkan berbagai-bagai fakta tentang pemecatan Dato Hamidah Osman http://www.nst.com.my/news/2015/11/114206/muhyiddin-claims-gopeng-wanita-chiefs-sacking-unconstitutional

    Menyoal atau memberi fakta seeloknya di dalam mesyuarat. Malangnya mereka berdua tidak hadir mesyuarat. Jadi sekarang mereka menyoal dan membebankan MT kerana MT terpaksa memberi penerangan kepada kedua-dua yang tidak hadir mesyuarat.

    Azlan
    KL

  20. daeng Nov 27,2015 9:49 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Saya amat bersetuju dengan komen Man bahawa presiden akan dipandang lebih kuat jika menang dalam satu-satu pertandingan.

    Saudara Man, pahlawan bugis najib ni adalah presiden umno “pondan” yang hanya berani cakap dalam kumpulan yang di”bayar” sahaja.

    Diajak berdebat, macam tikus mondok dan adalah pak karut pak karut seorang dua dikelilingnya akan mencanang alasan itu alasan ini agar isu cabaran terpesong kepada isu lain.

    Macam isu 1MDB dan isu RM2.6 bilion yang di”sonlap”nya dari sumber yang hingga sekarang tiada jawapannya.

    Wassalam.

  21. daeng Nov 27,2015 9:39 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Minta laluan balas komen “pakpandir08”:

    Saya faham maksud kamu tu. Maksud saya antara PM dengan menteri di bawahnya tiada kaitan dengan istilah guru dan anak murid. Ini istilah atau gambaran orang terdahulu. Atau dalam ertikata lain orang zaman “jahiliah”. Adakah kamu pernah dengar pengakuan Tun atau Najib bahawa mereka adalah guru atau murid?

    Kalau tidak pernah, buang jauh-jauh istilah murid atau guru dengan kaitan antara mereka berdua. Lainlah kamu ada buat kajian mendalam tentang kehidupan mereka berdua.

    Wassalam.

  22. man Nov 27,2015 6:07 PM

    Salam Tun,

    Apa yang saya faham,

    1. Untuk menjadi PM di Malaysia, seseorang perlu menjadi Presiden sebuah parti yang mempunyai kerusi paling banyak dalam pakatan parti2 mereka. Dalam kes sekarang, UMNO mempunyai kerusi parlimen terbanyak berbanding MCA, MIC dan lain2 dalam BN.

    2. Untuk menjadi Presiden sesebuah parti pula, perlulah menang pertandingan Presiden yang diadakan oleh parti masing2. Boleh juga menjadi Presiden jika berjaya naik ke atas mengikut tradisi parti. Dalam kes sekarang, DSN menjadi Presiden UMNO oleh kerana PakLah mengosongkannya dan memberi laluan kepada beliau.

    3. Presiden akan menjadi lebih kuat jika beliau dipilih dalam sesuatu pertandingan. Ini terbukti majoriti ahli2 parti telah memberi kepercayaan kepada beliau. Ini terjadi apabila Tun ditandingi Ku Li satu masa dulu. Walaupun majoritinya hanya 43, tetapi Tun telah membuktikan yang Tun adalah pilihan ramai ahli parti. Pada mulanya memang Tun diberi laluan oleh Tun Hussin Onn, tetapi akhirnya Tun dapat membuktikan yang Tun adalah pilihan tepat dan dapat menjalankan tanggungjawab sebagai PM selama 22 tahun dengan penuh dedikasi dan berwawasan tinggi.

    4. Dulu, UMNO telah membuktikan ia adalah pilihan majoriti Melayu/Bumiputera untuk melindungi kepentingan mereka. Tetapi dari keputusan PRU lepas, UMNO dalam keadaan bahaya untuk mengekalkan kuasanya dalam PRU akan datang. Dengan pelbagai isu dan kekecamukan yang ada sekarang, UMNO perlu bangun untuk meyakinkan Melayu/Bumiputera sekali lagi. Inilah cabaran besar yang dihadapi UMNO sekarang.

    Sekadar pandangan insan kerdil.

    Terima kasih Tun.

  23. cruze Nov 27,2015 4:15 PM

    Wahai hajar, kan dah lama saya bilang yang tengku adnan ini otaknya pendek sependek tubuhnya. Apa pencapaian dan sumbangan dia pada masyarakat selama ini?….

    Dia dan azalina sama sahaja, pemalas langsung tak mahu periksa menu makanan untuk tok pandikar pada isnin ini…

    Dari hal ejaan menu “gunting dalam lipatan salad” sahaja kita dah dapat tangkap bahawa azalina dan adnan ni tido memanjang apa?….hal remeh terlepas pandang..

    Ada hati merayu pada badan akhbar agar jangan di perpanjangkan hal ini takut malu pada masyarakat antarabangsa akan kelemahan kepimpinan najib…

    Azalina langsung tak berani nak jawab pasal “gunting di dalam salad”.. sibuk nak menghentam izzah nuar dan cakap ‘rumah di pakistan pun mahal” apa benda ni…elok azalina balik pengerang dan jadi gembala ladang burung ostrich di sana..

    Menteri menteri najib ni kuat tido dan facebook…

  24. cruze Nov 27,2015 4:08 PM

    Hey nik nazmi jangut sejemput pkr, kau jangan banyak songeh tentang Tun, umur baru setahun jagung nak berkata begitu kepada Orang lama yang banyak jasa.

    Anuar upah kau ke untuk balas dendam pada tun?….muka macam kau lah nik nazmi…jangan mimpi untuk jadi pemimpin yang bakal jadi idola…

    Kau dan najib sama sahaja….cakap lebih, komen orang lebih, kutuk orang lebih dan korek2 lebih….kalau nak korek! Kau pergi belajar dengan abang anuar pujaan kau tu…

    Itu saja yang mampu kau tonjolkan sebagai wakil kepada pembangkang…..

    Bodohnya pemimpin pembangkang yang pilih kau…rasanya cerdik lagi pua, rafizi, lim guan eng….kau ada apa?….kau tahu kutuk orang saja…

    Baik kau pergi cari kerja lain yang sesuai, seperti pengacara ke untuk gantikan nabil dan lain lain pengacara tv3 yang merepek2 tu.

  25. Hajar Nov 27,2015 11:50 AM

    Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    1. Ku Nan (Teuku Nan) sekarang sudah ubah fikiran mengenai PAU ’tertutup’. Sudah celaru rasanya pemikiran Ku Nan sebab tidak mengaku pula yang beliau mengeluarkan kenyataan mengenai PAU 2015 sebagai perhimpunan ‘tertutup’. Inilah ‘symptom’ orang yang bersalah. Semuanya jadi serba tak kena. Apa yang dia cakap pun dia lupa – meracau kot…

    2. Ku Nan juga kata yang UMNO masih belum membuat keputusan samada akan menjemput Tun M ke PAU 2015. Perkara mudah yang sudah menjadi ‘tradisi’ UMNO pun perlu dibincang? Mungkin DSN, Ku Nan & gang ‘takut’ untuk berhadapan dengan Tun sebab dah terlalu banyak buat salah.

    3. Jika mereka tidak menjemput Tun, Tun masih berhak untuk pergi melawat gerai2 jualan semasa PAU 2015. Lainlah jika Tun M di HARAMkan untuk berada di PWTC sepanjang PAU 2015 berlangsung. Mungkinkah rejim DSN akan membuat ‘kejutan’ lagi disebabkan ketakutan melampau?

    4. Ku Nan pandai2 (meracau lagi kot) buat andaian yang Tun tidak akan hadir jika dijemput..Wahai Ku Nan! Tun M pasti tidak melepaskan peluang keemasan untuk berdepan dengan anda, DSN & gang

    5. Saya rasa Tun tidak akan dijemput sebab semasa sessi penerangan 1MDB Tun tidak dijemput walaupun Tun pengkritik utama isu2 1MDB. Alasan kurang cerdik diberi oleh Dato’ Ahmad Maslan yang kononnya mereka belajar dari insiden Nothing2Hide.

    6. Mungkin pada PAU 2015, DSN mesti dikawal ketat sebab ramai orang (termasuk juga ahli2 UMNO) sudah terlalu meluat dengan gelagat ala ‘diktator’ dan skandal2 peribadi beliau yg beliau gagal jelaskan. Inilah cabaran yang DSN mesti hadapi hasil dari keengganan beliau meletak jawatan sebagai Presiden UMNO @ PM Malaysia walaupun prestasi beliau ternyata ‘hampeh’ serta terpalit dengan pelbagai skandal negatif.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  26. sudin Nov 27,2015 9:32 AM

    Assalam Tun.

    …Mammoth rally menuntut Najib letak jawatan!

  27. sudin Nov 27,2015 9:30 AM

    Assalam Tun.

    Lebih dari 5000 cawangan UMNO akan mengadakan “mammoth rally” di KL menjelang persidangan UMNO Disember ini.

  28. sudin Nov 27,2015 9:08 AM

    Assalam Tun.

    Malaysian Chronicle latest.

    NAJIB & ROSMAH IN ANOTHER MURDER SHOCKER:
    Kevin’s initials on arrest charge sheet against Najib, claims slain DPP’s brother

    NAJIB & ROSMAH IN ANOTHER MURDER SHOCKER: Kevin’s initials on arrest charge sheet against Najib, claims slain DPP’s brother.
    The alleged draft charge sheet against Prime Minister Najib Abdul Razak released by whistleblower site Sarawak Report had carried the initials of the late deputy public prosecutor Anthony Kevin Morias, claimed his brother.

    In a statutory declaration (SD) today, Charles Suresh Morais said when he saw the charge sheet that appeared on the website on July 30, he recognised his brother’s initials.

    “After having looked at the (two-page) draft charge sheet once again, I noticed that one of them was amended and initialled.

    “After studying that particular charge sheet in detail, I noticed that the initial next to the amendment made was that of my brother, Kevin. I am familiar with his signature and his initials,” he said in the SD.

    Attorney-general Mohd Apandi Ali had previously dismissed the alleged draft charge sheet as false.

    When contacted today on the statutory declaration, he replied: “I am overseas. Thank you.”

    Charles said in his statutory declaration that he always kept in touch with Kevin, including making two or three phone calls a month and constant e-mail correspondence.

    He also claimed that two to three months ago before Kevin’s murder in September, he said the deputy public prosecutor told him that he had been working on a case involving Najib and his wife Rosmah Mansor.

    In the SD, the younger brother also claimed that Kevin, who was seconded to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), had described the pair in an unfavourable light.

    “He told me his phone might be tapped and to be careful what I said. That is why half our conversations were usually in Malayalam,” he said.

    The MACC has been investigating the RM2.6 billion political donation and RM42 million from SRC International which were deposited into the prime minister’s personal accounts.

    “Kevin was working directly under the attorney-general at that time and would have been privy to the type of information as appeared in the draft charge sheets.”

  29. pakpandir08 Nov 27,2015 8:55 AM

    Saudara daeng,

    Bapa yang saya maksudkan bukannya bapa kandungan …. tetapi merupakan guru atau pun orang yang mengangkatnya

    pendek kata, ia bermaksud Tun yang mengangkat seseorang. Lepas itu mengecam dengan pelbagai alasan, lepas itu kata salah pilih orang …..

    angkat abdullah -> tolak abdullah -> angkat najib -> tolak najib -> lepas itu, tak habis-habis?

    Saudara daeng pun faham bahawa iman tidak boleh diwarisi, sebab itu kita perlu bergantung kepada sistem

    Pernahkah pembodek-pembodek disini tertanya, apakah sumbangan Tun dalam usaha memupuk sistem pentadbiran yang telus sepanjang 22 tahun?

    Apabila kamu mengecam sistem pentadbiran sekarang, adakah kamu sedar bahawa sistem itu sebenarnya diwarisi daripada tangan Tun sendiri?

    Mengaku sahaja apa kesilapan diri sendiri, dan menampilkan kaedah untuk membentung masalah ini pada peringkat kebangsaan … bukannya complain pagi sampai malam

  30. HouseWife Nov 27,2015 12:45 AM

    Salam Tun,
    Saya ingin luahkan pada Tun.
    Nampaknya satu sekatan sudah pecah, yang Ku Nan dan sewaktu dengannya amat takuti iaitu berhadapan bertempur dengan ‘spin2″ media. Sekaranglah masa Umno siap sedia jaguh2 ‘tentera penangkis’. Jangan lari dan ‘hide’ pula.

    Langkah Umno seterusnya kalau berani. Ini cabaran untuk menunjuk kematangan Umno.
    Pecah sekatan halangan daripada menjemput Tun dan tokoh2 dan sahabat2 Tun ke PAU yang akan datang. Takkan Umno takut dengan veteten2 ini yang sudah tidak larat nak bersilat lagi. Tunjuk pada seluruh Malaysia bagaimana layanan Melayu Umno pada orang lama Umno yang banyak berjasa. Pasti Tun dan sahabat2 datang secara tertib dan damai mengikut protokol yang ada walau pun tidak sekepala dengan presidennya. Kalau Umno ada hati perut beri Tun peluang hadir. Tunjuk Umno parti yang adil dan tidak menindas. Tunjuk Umno parti demokratik.

    Langkah seterus juga jika berani, pecah sekatan halangan TP Umno daripada merasmikan persidangan ketiga2 sayap Umno. Ketua2 tiga sayap ini tidak ada daya tarikan. Selama ini TP Umno yang berpangkat lebih tinggi daripada ketua2 sayap diberi penghormatan, ini kan pula ikut kata ketua2 sayap yang kuasa entah besar mana hingga boleh ‘dare’ buat proposal minta kuasa untuk merasmikan. Mungkin arahan pihak atasan, who knows Tun.

    Ku Nan dan geng rasa teramat takut dan gelisah dengan ‘behaviour of some party leaders’, akan jadi cancer maka ‘tradition practised by Umno need to be changed’, itu katanya.
    Entah berapa banyak ketakutan Umno hendak elak, lari dan ‘hide’. Tidak ada gunanya lari dan sembunyi daripada realiti. Umno mesti tunjuk kematangan dan keberanian dan kebijaksanaan menghadapi dan penyelesaian dalam sebarang kemelut. Namun dilihat setengahnya bertindak secara drastik, tergesa2 dan tidak prakmatik.

    Tun, adakah pihak atasan akan pecah sekatan2 ini, kita hanya tunggu dan lihat. Berani kerana benar, takut kerana salah.
    Tun, semoga Allah Lindungi Tun dan Berkati segala usaha Tun.
    Take care and Thank You Tun.
    Excuse me Tun,
    kepada Mr faradina, terima kasih kembali. Keep up the good work.
    So too to the others here in chedet.
    Love life and live in peace. May Allah bless you all. Thank you.

  31. daeng Nov 26,2015 10:03 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Mencelah komen saudara azlan95 dan pakpandir08 “keturunan pak pandir ke 8”.

    Perlu kita fahami “iman” tidak boleh diwarisi. Begitu juga dengan “pengetahuan” dan “pengalaman” tidak boleh diwarisi dari seorang “bapa kepada anaknya”.

    Perlu saudara fahami Mukhriz adalah anak kepada Mahathir manakala Najib adalah anak kepada Razak. Ini adalah fakta yang dinamakan takdir dari yang maha berkuasa.

    Anda berdua ternyata “tua” sebelum waktunya.

    Najib dilihat oleh mata kasar rakyat adalah seorang anak yang engkar oleh ibunya sendiri dan adik-beradiknya sendiri tidak sehaluan dengannya. Jika pun kamu bandingkan najib adalah “anak didik” Tun bagi saya korelasinya agak jauh menyimpang.

    Kalian berdua mahu tahu mengapa Najib menjadi “sesat” dan berbeza dengan adik-beradiknya yang lain semuanya agak bagus. Dalam setandan kelapa, kekadang ada sebiji dua yang rosak. Ini samalah dengan anak-anak arwah Tun Razak. Pada awalnya Najib dididik dengan elok oleh keluarganya hingga dewasa. Malangnya selepas berkahwin dengan RM, Najib ni menjadi manusia yang tidak betul tapi belum sampai ketahap tidak siuman lagi. Ini adalah realitinya. Kalau tidak percaya sila buat kajian terperinci.

    Wassalam.

  32. musato Nov 26,2015 8:06 PM

    Assalamualaikkum Tun.

    Rasa rasanya dah cukup dah signal untuk ahli bawahan UMNO untuk menolak Najib.

    Pelbagai peristiwa telah menunjukkan tingkahlaku sebenar Najib kepada ahli UMNO.

    Jika ADUN, ahli Parlimen dan ketua bahagian tetap menyokong Najib tidak seperti protes yang ditunjukkan oleh sebilangan ketua bahagian, maka kita patut terimalah, itulah hakikat UMNO sepertinya.

    Saya fikir eloklah diberikan tempoh bertenang kepada ahli politik sekarang.

    Biar diaorang berfikir sendiri dengan waras. Biar mereka bermuhasabah diri sendiri.

    Memang bukan mudah untuk menerima dan melihat kesalahan besar, iaitu pecah amanah berlaku.

    Ahli UMNO sendiri perlu memilih pemimpin mereka sendiri bila tiba masa yang diperlukan.

    Terima kasih Tun.

  33. adelheid Nov 26,2015 5:53 PM

    Dear Tun,

    DSNajib dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana kehidupan cukup senang. Beliau tidak biasa hidup susah dan tidak boleh menerima keadaan yang susah bagi dirinya. Seumpama sekarang beliau juga tidak dapat menerima penolakan orangramai serta rakyat dan tidak mahu mengaku kesalahan yang beliau sudah lakukan. Ketakutan kepada hukuman yang bakal menanti juga menyebabkan DSN mahu kekal terus berkuasa tanpa rasa malu. Beliau hidup dalam penafian/denial. Saya boleh bayangkan betapa perasaan orang yang hidup dalam denial ini sebenarnya amat tersiksa.

    Kepada DSN – muhasabahlah diri dan hentikanlah sandiwara yang melibatkan seluruh rakyat dan negara. Kalau anda benar berdarah pahlawan sepatutnya anda tahu harga diri anda. Jika orang kebanyakan sudah mengata anda dan tidak perlukan khidmat anda lagi maka berundurlah. Maruah diri mengatasi segalanya. Kuasa dan kekayaan anda tidak akan kekal selama-lamanya. Yang kekal nanti adalah nama yang akan anda tinggalkan dalam sejarah negara ini. Putih atau hitam anda yang menentukannya DSN.

    Tun, saya suka nak share artikel daripada OutSyed The Box – Another Explosive Statutory Declaration kepada yang belum membacanya di link ini http://syedsoutsidethebox.blogspot.my/

    Tun, take good care now. You are always in my thoughts and prayers.

  34. azlan95 Nov 26,2015 5:15 PM

    Sememangnya Timbalan Presiden UMNO sangat sibuk dengan urusannya, malah urusannya lebih penting daripada hadir mesyuarat Majlis Tertinggi.

    Janganlah ahli UMNO ganggu Timbalan Presiden yang tiada masa untuk hadir mesyuarat.

    Azlan
    KL

  35. ismadi Nov 26,2015 4:02 PM

    As Salam Tun,

    Pemecatan Datuk Hamidah Osman adalah merupakan cabaran yang perlu diambil oleh pasukan penentang Najib Razak.

    Ia seperti test case dimana pasukan Najib sedang melihat bagaimana pemecatan memberikan impak kepada mereka. Mereka tidak pedulikan suara kecil di peringkat cawangan dan bahagian.

    Perlu dijagai oleh mereka ialah yang berjawatan Ketua, ADUN dan Ahli Parlimen.

    Usaha sedang dilakukan juga untuk menunjukkan masalah 1MDB selesai dengan menjual aset dan menebus hutang piutang. Pastinya nanti kerugian yang akan diistiharkan adalah kecil dan tidak memberi kesan langsung kepada cara hidup rakyat. Padahal rakyat secara tidak langsung sedang membayar hutang hutang ini.

    Pasukan Najib sedang mengaut keuntungan besar dari sistem pemerintahan yang ada di Malaysia ini.

    Mereka peru astikan semua yang berjawatan Ketua berada di pihak mereka seperti Ketua Polis dan Peguam Negara. Dan sedikit hari lagi Bank Negara.

    Penyusunan strategi licik yang bersandarkan kuasa mutlak sedang mengaburi realiti Negara ini sedang beransur di samun dari dalam.

    Apa yang perlu dilakukan adalah memanjangkan perkara ini sehingga Rakyat mendapat kefahaman yang jelas. Tetapi pada masa yang sama, pasukan Najib juga bertindak dengan cara yang sama menggunakan media arus perdana yang setiap malam mencanangkan kebaikan dan kelebihan ekonomi semasa.

    Walau apa pun, UMNO akan berkedudukan menang jadi arang, kalah jadi abu dimana kedua dua benda itu memang tidak bernilai lagi.

    Sayangnya, anak seorang bekas Perdana Menteri rupanya tidak beramanah dan buruk etikanya.

    Kenapa lah kita tidak melihat sebelum ini?

    Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.

    Take care, Tun.

    Wassalam wbt.

  36. pakpandir08 Nov 26,2015 1:55 PM

    sudahlah Tun & pembodek-pembodek,

    nak salahkan siapa?

    siapakah yang memilih pemimpin-pemimpin yang kamu mengecam itu? Bukankah kamu yang memilih mereka dahulu? Bukan sekadar MEMILIH sahaja, malah MENGANGKAT lagi

    setiap kali beri alasan salah pilih orang … itu sahaja yang diketahui umum …

    kalau anak dikecam jahat, nak salahkan siapa? pastilah salahkan bapa kerana anak belajar dari bapa

    Mana-mana rakyat di negara ini lebih layak mengecam daripada golongan kamu ini … kerana pada masa kamu semua mengecam, pernah imbas kembali apa yang berlaku dahulu?

    operasi lalang, pemecatan hakim-hakim & isu lain-lain …. sudah lupa?

  37. HBT456 Nov 26,2015 1:03 PM

    rationalizing petrol subsidy

  38. HBT456 Nov 26,2015 12:42 PM

    36. Tok det, dont worry about them.

    37. Mof and bn will stick to br1m as fiscal policy until next general election is called since gst and petrol subsidy are run simultaneously.

    38. Cash is king especially for those who needs cash for their annual expenses.

    39. Br1m is goodwill from pmo, and when voters took it, they still maki hamun and curse pm najib, that is their choice to be the ugly people, not pm najib and his pmo.

    39. Jika mereka masih tidak bersyukur dan bertimbang rasa, ahli2 atau wakil2 macam ini tidak perlu dijagakan, biar mereka lompat ke dap, pkr atau pas.

    40. Instead, umno should look after those members who will fight with their presiden during ups and down.

    41. Malay dignity is challenged by affordable home according to azalina?

    42. Affordable housing has nothing to do with dignity or race, tok det.

    43. It is the perrogative of the state governments to look into this matter.

    44. The malay too, when come to accestor land and house, they too will fight among themselves even if they brothers and sisters.

    45. This is universal norm that no human being can escape.

    46. Tok det, pm najib will instruct pmo to look into the general election budget for sarawak first.

    47. When next ge is called, he will ask pmo to look into the general election budget for all parties in malaysia, and he can do it.

    48. As for tdm, ds shafie and ts myuhiddin, they too must face disiplinary action as umno members unless they decided to resign as members.

    49. Even tun ling cant escape this action by supporting bersih without the consent from the supreme council if he wants to keep his membership.

  39. ismadi Nov 26,2015 11:32 AM

    As Salam Tun,

    Perkara ganjil yang berlaku didaam UMNO ini adalah kerana Presiden UMNO tidak dapat menjelaskan sejumlah wang yang besar masuk akaun peribadinya.

    Presiden tahu penjeasan ini akan memakan diri sendiri.

    Cumanya ahi MKT UMNO menunjukkan setia yang tidak bertempat.

    Perjuangan UMNO adalah untuk Agama Bangsa dan Negara dan bukan kepada pemimpin sekiranya mendapati tindak tanduk pemimpin yang tidak beramanah.

    UMNO kini semakin hancur dan akan hancur selamanya sekiranya perkara ini berterusan.

    Ahli UMNOperlu bangkit menyedarkan Ketua Ketua UMNO Bahagian agar tidak meneruskan sokongan kepada Presiden yang tidak beramanah.

    Terima kasih.

  40. mubarakchan Nov 26,2015 10:52 AM

    Tun,

    How many of us realise that willy-nilly our iconic UMNO has become a recognised political force not only in this part of the World where it is the Sun and Singapore the Moon but also has international influence in the whole wide World ?

    How many of us realise that since the late 1990s, our beloved Malaysia came under the focus of those academics and journalists who used to believe that our country was boring and uninteresting ?

    How many of us realise that even the top ranks of the Singapore hierachy from which Bilahari Kausikan and his dysfunctional crew published a non-delusional opus in the Straits Times on 5 October 2015 with the delusional title, ‘ Singapore is not an island ‘ to draw attention not to the irrelevant ‘ delusiional Chinese ‘ but to Mr Najib of our iconic UMNO ?

    BK and his dysfunctional crew popped up at the forum ‘ The Legacy of Lee Kuan Yew ‘ on 31 October 2015 at Cambridge. He furnished 5 pages of apologia why the elites were timid in front of the living Lee Kuan Yew and slipped in the most important sentence in the whole opus eg ” Malaysia is on a political trajectory that has heightened racial and religious tensions and may well lead to violence.” for us the Malaysians to digest.

    How many of us realise that the recent Summit Meeting of ASEAN, our beloved Malaysia played host to all the major countries in the World, the United States, Russia, India, China, Japan, ASEAN etc and all of them were sympathetic and expressed goodwill and support for our cause which is the importance of UMNO to play its proper role in the Sun ?

    We should now face reality with reality and not with frivolity ! Besides if we do not keep up with the World Community in our way of doing things, we will surely be left behind even though we are now at the cusp of success to emulate Japan and Switzerland due to decades of good governance by our honourable and outstanding Prime Ministers who only knew the word from UMNO, “SACRIFICE” !

    I remember Sri Lanka was a peaceful and stable country in the 1940s and the 1950s. The moment the political families engaged in the political arena with money which was followed by unfair policies, the whole country was turned upside down. It was the power and the money, not MONEY MONEY MONEY !

    But I have full confidence in the leadership of our iconic UMNO which has awakened the political senses of the good and the great of this World. And the good news, as I observed, is that we have their goodwill, support and sympathies to succed within the best of our abilities. This is good. Very good.

    In other words, the watchword of all these important dignitaries for us is that it is time we should return to the NEW NORMAL or old basics or fundamentals of governance.

    Time is of the essence.

    In the past, we were cushioned by our bountiful natural resources which have now lost some value. We should not wait for the prices of commodities to rise before we take our first step because we have the human resources and good ideas to move on and progress. It is just a matter of putting round pegs into round holes and square pegs into square holes for efficiency and productivity.

    As I sais before, money lost could be recovered or created. No problem. But it is irrecoverable if our ‘SOVEREIGNTY, NATIONAL INTEREST, SELF-ESTEEM IS LOST. These are lost forever !

    I strongly believe that if our iconic UMNO conducts its performance within its age-old traditions, conventions and within the rule of laws, all will be well. UMNO greatness or failure should be the concern of 100% of us Malaysians because in practice it is responsible for the well-being and security of not only 51% of the people but the other 49% as well. And this fact is no laughing matter as the big powers have expressed their concerns diplomatically..

    We Humankind are used to traditions, conventions and normal practices. Once anything untowards happened, we get upset with the ABNORMAL as against the NORMAL. So, we can only paper this over with a NEW NORMAL. Some may say it is just a question of semantics ! In the management of a political party it is always best to keep to traditions, conventions and normal practices so that the members do not feel threatened.

    I am confident that UMNO can bear its responsiblities not only in our beloved Malaysia and now the World on its frail shoulders ! Acheh !

    As I always say

    MALAYSIA BOLEH ! MALAYS BOLEH ! MALAYSIANS BOLEH ! NOW ALL NATIONS INCLUDING SINGAPORE SAY UMNO BOLEH !

  41. mokhtar Nov 26,2015 10:27 AM

    Salam Tun,

    Sedih apabila UMNO membuang dan menghina pemimpin2 dahulu yang banyak berjasa kepada parti di sebabkan oleh perkara2 remeh-temeh… ini terjadi apabila pemimpin2 seorang penipu, gansgter dan tumpang guna nama ‘ Tengku ‘..Bagi anak2 pendatang dari keturunan Bugis, Java, Dan Aceh, mereka ini bukan ada sifat malu atau sifat maaf2an ..to them ‘Cash is God’..perkudakan ahli2 UMNO…hanya kerana duit, ahli2 UMNO akan makan tahi kuda..with kicap + cheese

  42. musato Nov 26,2015 8:56 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Bagi saya apa yang berlaku adalah perkara biasa biasa sahaja. Lumrah perjalanan kehidupan. Perlunya kita redha dan tawakal pada Allah swt.

    Saya fikir Tun berasa kecewa dengan perkara yang berlaku, tapi bagaimana dalamnya kekecewaan itu tidak dapat saya buat tekaan.

    Saya cuma menulis untuk meniupkan semangat. Tasawuf adalah satu perkara yang boleh diperdebatkan. Ada yang kata sesat. Ada yang kata tidak mengikut Al Quran dan Sunnah dan ada yang kata cuma mengikut kepala hotak.

    Malahan syarahan dan wasiat kata kata Sultanul Auliya’ Syeikh Abdul Qadir Al Jailani sendiri diminta oleh penterjemah agar berlapang dada dalam menerima dan mendengar segala apa yang diberitahu.

    Bagi saya, Islam itu sentiasa dipelihara dan berada dalam ajaran yang benar. Kerana itu, dalam setiap 100 tahun akan lahir orang ‘memperbetulkan’ dan bukan membawa ajaran baharu Islam.

    Syeikh Abdul Malik (Tok Pulau Manis) sendiri bukanlah pewaris yang pertama di Tanah Melayu. Malah beliau punyai ayah, datuk dan moyang yang menetap di Tanah Melayu. Maknanya sejarah salasilah ini lebih lama dari yang saya nyatakan.

    Terus terang saya katakan, penulisan saya mengenai pengetahuan adakala saya singkatkan/pendekkan bagi mengelakkan perasaan riak dan takabur. Nauzubillahiminzalik.

    Kita ini manusia, pengetahuan yang diberikan tidaklah sebesar mana jika dibandingkan dengan orang lain yang juga turut diberikan pengetahuan. Bukan kita seorang sahaja yang dapat. Asalkan kita mengikut jalan yang lurus seperti orang orang yang diredhai Allah sebelum sebelum kita sudah cukup Alhamdulillah.

    Seperti saya katakan, sebelum peristiwa MH17 lagi bahawa Malaysia akan diselesaikan melalui jalan tasawuf. Dan nampaknya tekaan saya itu benar.

    Maklumat ini saya tulis kerana bagi saya, umat Islam itu sendiri perlu kenal pada agamaNya. Betapa istimewanya Islam agama yang benar.

    Ada yang berkata tulisan saya panjang dan Tun tiada masa nak membaca yang panjang panjang.

    Tetapi sebenarnya tulisan saya tidak akan disiarkan jika hanya komen pendek sangat, terutama semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat dari TPM.

    Saya akan terus menulis dan diselitkan dengan tasawuf. Jika ada apa apa yang muskyil saya harap ia perlukan rujukan pada yang bertauliah.

    Mufti WP kita sekarang pun adalah orang Terengganu. Zulkifli Mohamad Al Bakri.

    Beliau juga adalah ahli majlis fatwa Terengganu dan Negeri Sembilan kalau tidak silap. Beliau juga ada syarahkan kitab Al Hikam seperti yang diketahui pertama kali kitab tersebut dibawa ke Tanah Melayu oleh Syeikh Abdul Malik (Tok Pulau Manis).

    Beritahu saya datang dari mana dan sampaikan salam saya kepada beliau.

    Terima kasih Tun.

  43. cruze Nov 26,2015 8:10 AM

    Harap Tan sri muhyidin tabah, saya yakin ini adalah tekanan yang di rancang oleh orang dalaman agar Tan sri meletakkan jawatan dengan sendiri.

    Begitu juga dengan kenyataan hamzah dari gopeng itu yang mahukan Tun dan Tan sri di kenakan tindakan yang kononnya sama dengan hamidah osman, ini pun perancangan mereka untuk melucutkan keahlian seseorang.
    Saya berharap Tun dan Tan sri tabah kan hati dan jangan patah semangat bak kata Tan sri bahawa ini semua demi maruah bangsa melayu ( mereka2 telah memalukan melayu khususnya dengan sikap dan pemikiran jelek mereka semua), agama dan seluruh warga malaysia.

  44. HBT456 Nov 26,2015 7:31 AM

    20. Sejak bila PERDANA MENTERI menjadi hak milik ahli-ahli UMNO saja? Bukankah BARISAN NASIONAL adalah madah perjuangan warganegara MALAYSIA?Sebagai parti pemerintah, apa-apa yang berlaku dalam BARISAN NASIONAL, orang ramai terutama warganegara yang berbilang kaum berhak tahu apa yang berlaku dalam BARISAN NASIONAL.

    21. Bukankah bahasa kebangsaan bahasa malaysia dibubarkan menjadi bahasa melayu?

    22. Bukankah inggeris bahasa antarabangsa semenjak merdeka malaya diperjuangkan kaum melayu, cina dan india?

    23. Bukankah bahasa cina dan tamil ditetapkan bahasa ibunanda kaum tionghua dan india?

    24. Bukankah september 16 ditetapkan hari malaysia kita bersama sarawak?

    25. Adakah kerana ahli2 umno merajuk, perjanjian yang ditandatangani kerajaan persekutuan boleh dibubarkan?

    26. Kini, bukan kaum melayu saja yang menghadapi cabaran, kaum-kaum cina, india dan bumiputera di sabah dan sarawak pun kena menghadapi cabaran.

    27. Cuma tepuk dada, adakah hanya kaum melayu umno saja yang boleh menetapkan siapakah boleh menjadi perdana malaysia?

    28. Jika anda sebagai kaum melayu tidak suka umno dikawasan anda, anda boleh undi pembangkang.

    29. Jika anda sebagai ahli-ahli atau wakil-wakil umno, tak suka presiden, anda boleh resign saja.

    30. Kini 1mdb dan TPPA adalah hak kementerian kewangan kerajaan persekutuan, bukan hak milik ahli-ahli umno saja.

    31. Anda tahu kenapa parti2 komponen bn diam?

    32. Kerana mereka tahu umno takut kepada ahli-ahli umno saja, bukan pengundi warganegara di seluruh malaysia termasuk sarawak.

    33. Jadi, umno presiden dijadikan perdana menteri bukan hak wakil umno saja.

    34. Adakah umno presiden dijadikan perdana menteri, beliau kena dapat sokongan wakil-wakil mereka daripada komponen parti barisan nasional, bukan pas atau pkr.

    35. Aku sebagai kaum tionghua pun paham maksud 5 prinsip rukun negara, takkan lah kaum melayu dan ahli-ahli umno tak paham.

  45. PakCik Nov 26,2015 6:57 AM

    Assallammualaikum Tun,

    Things are getting from bad to worst…..we have a dictator
    We have a bunch of selfish, greedy, immoral ministers, MT, YBs

  46. joetamchi Nov 26,2015 3:06 AM

    #IPPkenakenduri

    #TPPmuktamadjanji

    malaysia….! malaysia….!

  47. joetamchi Nov 26,2015 2:51 AM

    #apalalagi

    *
    apa bala lagi?
    Obama datang, dia menanti…!
    Obama pulang, dia mengkaji..?
    Dapat menggadai negara & negeri..?

    #dalamdiamdiameterai
    #TPPpunyajanji

    kahkahkahkah….
    #gembiRAYAhudi

  48. faridina Nov 26,2015 12:21 AM

    iAssalamualaikum Ayahanda Tun,

    Tajuk “Menghadapi Cabaran” ini diterbitkan ayahanda Tun pada 23/11/15 dan keesokkan harinya mesyuarat MT berlangsung di perkarangan Parlimen.

    Namun perkara No.12 ada menyebut : Persidangan pula akan tertutup kepada orang ramai. Tidak semua ucapan dari perwakilan akan disiar. Hanya ucapan dari presiden sahaja akan disiar.

    Maka telaah ayahanda Tun ada kebenarannya sehingga hari ini rata2 semua orang bertanya kenapa ini boleh berlaku malah pihak media juga turut menerima tempiasnya.

    Pelbagai versi jawapan didengari tetapi jawapan idola kami selepas Tun iaitu TSSJ menarik perhatian kami.

    Soalan penolong pengarang : Bolehkah saya mendapat pandangan Tan Sri selaku bekas setiausaha agung UMNO. Perhimpunan Agung UMNO akan berlangsung Disember ini secara tertutup dan off limit kepada media. Sidang akhbar hanya akan dikeluarkan oleh Zahid dan Hishamuddin. Adakah semua ini ok untuk dilakukan?

    Jawapan TSSJ : Ini adalah kelangsungan dari EVERYTHING2HIDE. Ia adalah satu cara demokrasi pintu tertutup yang innovatif dan transformatif. Tidak pernah berlaku sebelum ini. Ianya diperlukan kerana jangkitan dari penyakit 1MDB dan DERMA RM2.6 billion. Pemimpin2 UMNO cawangan sedang bercakap tentang ‘PERJUANGAN MENDEMOKRASIKAN UMNO’. Ia adalah satu pergerakan untuk membebaskan UMNO dari cengkaman ‘derma misteri dari Arab’ yang tidak demokratik.

    Demikianlah jawapan 5★ dari seorang pemikir hebat!

    Wasalam dan selamat beradu Tun berdua.

    p/s – Terima kasih kembali bro Cruze kerana sudi singgah blog TSSJ tapi maaf bertanya kenapa tulisan bro di blog ini selalunya tiada memberi salam kepada Tun terlebih dahulu? 🙂
    Terima kasih juga buat Housewife walaupun lambat sikit respon setelah kes uncle MC selesai dengan baik.

  49. milshah Nov 25,2015 6:56 PM

    Assalamualaikum Tun,

    Saya rasa melampau apabila perhimpunan Agung UMNO kali ini dijadikan acara tertutup. Acara tertutup bermakna semua perbahasan dan ucapan perwakilan tidak terbuka kepada orang ramai. Hanya ucapan Presiden sahaja yang akan disiarkan.

    Sejak bila UMNO menjadi hak milik Najib? Bukankah UMNO adalah madah perjuangan orang-orang Melayu? Sebagai parti pemerintah, apa-apa yang berlaku dalam UMNO, orang ramai terutama Melayu berhak tahu apa yang berlaku dalam UMNO.

    Saya rasa kalau benar perhimpunan kali ini nak dijadikan acara tertutup, lebih baik jangan dijemput perwakilan-perwakilan untuk hadir. Lebih baik Presiden dan MT sahaja yang hadir dan beri ucapan di satu kawasan yang tiada siapa yang tahu.

    Terima kasih kepada yang sependapat dengan saya berkenaan perlunya ahli parlimen membuat keputusan yang betul demi rakyat dalam budget 2016. Ternyata mereka menyebelahi Najib berbanding rakyat. Saya tidak salahkan mereka. Bak kata pengerusi PAC, mereka hanya “mencari makan”.

    Najib juga telah berkata persetujuan TPPA perlu mendapat persetujuan parlimen sebelum ditandatangani Februari tahun depan. Agak lucu jawapan Najib sebab Parlimen jelas di bawah kuasa Najib.
    Pastinya TPPA akan diluluskan.

    Saya rasa selain isu 1MDB, derma RM2.6billion, isu TPPA juga perlu dibahaskan perwakilan. Di mana kedaulatan negara setelah TPPA ditandatangani Februari tahun depan?

  50. HouseWife Nov 25,2015 5:09 PM

    Salam Tun,
    Saya ingin tambahkan sedikit luahan saya pada Tun.
    Pemikiran seperti Ku Nan dan yang sewaktu dengannya memang tidak boleh dipakai kerana telah “obsolete”. Umno perlu membuka minda dan jangan hidup seperti dalam kepompong. Be open-minded dan berani hadapi apa jua pihak2 media hendak “spin”. Itu kan lumrah orang2 media. Umno bukan wujud setahun jagung. Bukankah Umno telah wujud pakar2 ‘defence’ atau mereka ini tidak berfungsi atau tidak boleh diharap kerana cetek ilmu hujah2 ‘defence’.
    Tun, kalau Umno tidak berani dan asyik lari daripada berdepan dalam pertempuran, maka amat malulah Umno mewakili kaum Melayu. Mana dia sifat kepahlawanan kalau asyik lari menyorok daripada orang ramai.
    Kalau Umno hendak “relevant” adalah lebih baik dihapuskan minda ketakutan, robohkan dinding2 dan sekatan2 yang tidak munasabah. Sekarang zaman moden dengan teknologi canggih bukan lagi zaman kuno. Tiada sekatan yang tidak dapat ditembusi.
    Tun, semoga Allah sentiasa Lindungi dan Berkati segala usaha Tun.
    Take care Tun and Thank You.

  51. Hajar Nov 25,2015 3:53 PM

    Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    Lagi berita yang menunjukkan betapa TAKUT nya DSN & gang dalam ‘menghadapi cabaran’ bahawa kepimpinan tertinggi UMNO sekarang sudah mula ditolak oleh ahli2 akar umbi UMNO.

    Alahai! Macamlah parti UMNO milik peribadi DSN & gang…

    ///
    Umno general assembly 2015 off-limits to media to prevent ‘spinning’, sec-gen says

    KUALA LUMPUR, Nov 25 ― The entire Umno general assembly next month will be a closed-door session and as such will be strictly off-limits to the media, Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor has confirmed.

    – See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/umno-general-assembly-2015-off-limits-to-media-to-prevent-spinning-sec#sthash.OK6ngi3C.dpuf

    ///

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  52. joetamchi Nov 25,2015 3:03 PM

    *
    Negaraku
    Tanah dijual penipu
    Rakyat hidup Ditindas selalu

    Rosak negara
    Najib mengkerjakan…
    Raja kita selamatkanlah Malaysia…

    #bukansetakattanah
    #IPPjualjuga
    #apalalagi?

    Malaysia….! Malaysia….!

    Titah Sultan, Kuasa Raja………
    Selamatkanlah Malaysia…….!

  53. farz Nov 25,2015 12:47 PM

    Tun,

    Assalamualaikum. DSN secara terang-terangan telah menunjukkan ketakutan beliau dan serta menunjukkan rasa bersalah beliau dalam isu-isu semasa dalam merancang perhimpunan agung UMNO nanti. Perasmian sayap UMNO juga akan dijalankan oleh ketua sayap masing masing dan bukannya Timbalan Presiden. Orang-orang yang terpilih sahaja boleh menghadiri perhimpunan UMNO ini bagi memastikan persidangan akan berjalan dalam suasana yang tenteram. Adakah ini bermakna semua yang hadir nanti ialah mereka-mereka yang telah buta, pekak dan kenyang serta kurang bijak? Tak dapat saya kata bodoh sebab mereka ini ada kelebihan iaitu pandai mengipas.

  54. cruze Nov 25,2015 11:39 AM

    Bagaimana ni menteri kita yang katanya asyik keluar negara ada meeting dan lain lain pun salah ejaan ” caesar salad “, Buat malu beso betul menteri bawah najib ini….dah sah apa apa keputusan yang mereka buat adalah bodoh dan bangang, ada hati nak kutuk Tun mahathir dan lain lain

  55. HouseWife Nov 25,2015 10:25 AM

    Salam Tun,
    Umno sekarang sedang sakit ka Tun?
    Macam sedang menghadapi penyakit sindrom ketakutan atau fobiaMahathir. Kenapa hendak sekat orang2 Umno mendengar ucapan daripada mulut Tun sendiri?. Biarlah mereka mendengar dan menilai sendiri. Sampai bila pihak atasan Umno hendak kontrol orang2 bawahan Umno? Sampai bila hendak jadi seperti ‘katak dibawah tempurung’?. Kalau macam inilah Tun, sampai bila2 pun otak fikiran orang2 Umno tidak akan berkembang, tidak tahu berfikir sendiri, tidak akan matang, tidak berkeyakinan. Mengapa pihak atasan Umno tidak beri peluang mereka2 ini mendengar melihat menilai dengan mata hati mereka sendiri? Terpulanglah kepada mereka untuk menimbang semua fakta2 yang didengari sendiri untuk jadi asas kepercayaan mereka. Berilah mereka peluang untuk luaskan minda mereka. Jangan biasakan diri sendiri seperti ‘feudal lords’ dan yang kecil2 dan bawahan itu seperti ‘your subjects’. Mereka2 ini adalah amanah tuan2/puan2. Patutnya pihak atasan menjaga membimbing menegur mengurus mereka dengan adil dan penuh hormat dan kasih sayang, barulah mereka beri 100% komitment kepada parti.

    Tapi sungguh sayang sekali, pihak atasan tidak mempercayai langsung dengan ‘subjects’ mereka sendiri, maka terciptalah satu ‘langgaran tradisi’ baru iaitu peresmian persidangan wanita, pemuda, puteri akan diresmi oleh ketua masing2 dan bukan oleh TP Umno. Tun, parti Umno konon keramat dan bangga dengan 3 juta keahlian dikontrol oleh beberapa kerat ahli MT sahaja, maka suara siapa lagi besar Tun? Tidakkah ini menjatuhkan standard Umno Tun? TP Umno masih ada lagi takut apa. Umno sudah hidup berdekad2 pasti boleh hadapi apa jua cabaran. Sampai bila pun Umno tidak yakin menghadapi cabaran2 yang mendatang kalau asyik hendak ‘hide’, mengelak, melencung daripada hadapi ‘face to face’. Tidakkah ini akan membuat Umno lemah sebab isi dalamannya lemah tiada daya berdikari , hanya mengharap dan terima apa saja yang disaji bulat2. Umno akan terus terlena tidak terdaya bangun dari buai mimpi2 yang indah kerana dari awal dididik sedemikian rupa..malas berfikir, malas bertindak atas pertindasan, malas mencari kebenaran dan malas menghadapi cabaran. Kenapa harus takut dengan tindakan dan cara pihak atasan didunia jikalau rasa tidak senang hati, tidak bahagia dan tidak yakin dengan mereka? Kenapa sangsi dengan keupayaan diri sendiri? Kenapa tidak berfikiran kritikal seperti Tun? Otak manusia dianugerah oleh Allah untuk berfikir, mencari sebab, mencari apa yang benar apa yang palsu. Setiap orang berhak keatas diri sendiri dengan tidak mengikut telunjuk orang lain, yang baik jadi teladan yang tidak baik jadi ingatan.

    Tun, perhimpunan Umno yang akan datang, Tun pasti berani menonjol diri, tunjuk kepada mereka tiada apa yang hendak ditakuti dengan ‘an old but wise man’ seperti Tun. Mereka dikelilingi bodyguards baju merah, Tun hanya bawa senjata lidah dan akal fikiran, itu saja. Sepatutnya mereka yang berani cakap besar bila dalam puak sendiri yang ramai, mesti berani sahut cabaran2 dari Tun dan sahabat2. Show Umno bukan satu parti ‘lembek’ yang asyik cari tempat selamat saja untuk ‘hide’. Mana suara2 keramat Umno? Mana suara2 demokrasi Umno? Mana?
    Tun, Semoga Allah sentiasa Lindungi Tun dan diberkati Allah diatas segala usaha Tun. Take care and Thank You Tun.

  56. superman1 Nov 25,2015 10:04 AM

    Salam Tun,

    Nampaknya perilaku Najib dah semakin teruk dari hari kehari. Bukan setakat mulut-mulut akhbar di tutup, tapi hingga ke perwakilan UMNO juga sekarang. Datang mesyuarat mulut ditutup, tangan diikat. One way communication. Amaran sebegini pun ahli ahli UMNO tak faham-faham lagi ke? Masih nak sokong orang yang macam ni ke? Yang disumbat dengan duit tu memang tak dapat diselamatkan lagi dah. Buta kayu. Bak umpama kata-kata newly appointed PAC..”CARI MAKAN”

    Najib dah budget dah, kalau bagi perwakilan bercakap, memang berdarah le telinga dia. Yang hairannya bila ada ahli UMNO yang bergabung bersuara supaya dia berhenti, dengan penuh yakin, pengampu kata, tak ada apa-apa kesan pun sebab UMNO ada ramai lagi yang menyokong. Dah tu, mari le buktikan. Kata pahlawan bugis. Masuk ikut pintu depan. Jangan pintu belakang pulak.

    UPSIDE DOWN law dah terbukti. PENGAMPU ialah orang yang tidak dapat membezakan apa yang betul dan apa yang salah demi habuan. Kebiasaan – Orang yang menyatakan kebenaran TANPA apa-apa HABUAN sememangnya bukan PEMGAMPU.

    Semoga Tun dirahmati

  57. azlan95 Nov 25,2015 9:08 AM

    Tidak hadir mesyuarat MT, elok ditukar sahaja Timbalan Presiden UMNO.

    Azlan
    KL

  58. Hajar Nov 25,2015 8:19 AM

    Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    Mohon laluan Tun:

    Saudara‘Daeng’,

    DSN mana berani bertanding jawatan Presiden UMNO, lebih2 lagi bila skandal wang RM2.6 Billion dan 1MDB terbongkar dan menjadi kutukan ramai. Pemilihan UMNO yang sepatutnya diadakan pada tahun hadapan (2016) telah ditunda. Sekarang TSMY pula dihalang dari menjalankan tugas2 Timb. Presiden UMNO pada PAU akan datang.

    DSN sebenarnya ‘takut pada bayang2 sendiri’…ini kes takut kerana salah. Dato’ Hamidah di pecat (semalam, 24 Nov 2015) dari UMNO cuma kerana menjemput Tun M untuk ‘event’ di Ipoh tempoh hari. Ini satu tindakan ‘pengecut’. Apa salahnya menjemput bekas Presiden UMNO @ bekas PM untuk apa saja majlis? Tun M sendiri pernah ditentang oleh 2 bekas PM, dan Tun M masih bersikap profesional.

    Jika DSN berani dan yakin di pihak yang benar, saya cabar beliau untuk pecat Tun M.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  59. sibotak Nov 25,2015 12:15 AM

    Tun
    Sudah susah sangat kita Lantik Puan Rosmah Isteri Najib
    Jadi PM Malaysia , juga President UMNO
    Dan Beliau juga Menteri Kewangan

    Apa pendapat Kawan Kawan ?

    Politik Malaysia menghabis kan masa Dan modal pada Brenda benda Yg tidak
    Constructive and Prouctive
    Kemarin kes Anwar sekarang si Najib pula
    Kita kasi Kuasa pada Rosmah dia Bolih settlekan ini Semua

    Ringgit Asia Jatuhkan , Najib Sibuk mengawal Kedudukan beliau
    Dari Pembangunan juga perthankan Hak hak Malaysia
    Nampak nya Najib Ni budak Lemah
    Hanya pandai membazir tak pandai mencari

    Rosmah ! Rosmah ! Rosmah !

    Hai…..apa Najib Malaysia

  60. Sri Sense Nov 24,2015 10:14 PM

    Dear Tun

    Sedih rasa bila baca apa yang Tun tulis.

    Tahun 1999 masa election I ada bersama Wanita UMNO. Sangat susah masa tu, PKR mengganas. Nak melobi undi pun payah, bagi leaflet pun ada yang pulangkan balik, tak nak terima. Pergi kerumah pula ada yang tutup pintu. Masa tu I lihat Wanita UMNO ni sebenarnya kena buli. Lelaki duduk kedai kopi, pemuda pula collect duit, yang Wanita buat kerja tapi dapat duit celah gigi. Paling teror pun dapat bus trip melawat Kelantan. Very very unfair, so I tak minat politik.

    Ok berbalik pada now I baru baca ini online

    Rosmah : When I see (the slander) on social media, I ask (Najib), is this about me? Are they talking about me, this Rosmah?

    Yes Rosmah, they are talking about you.

    Najib : No. This is not about you. They want to topple me but they cannot, so they involve my wife. This is about me. They want to oust me through my wife’.

    Yes Naji,b they are talking about your wife, Rosmah 🙂

    Original article : http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/najib-and-i-feel-sorry-for-each-other-report-quotes-rosmah

    Goodnight all

  61. cruze Nov 24,2015 10:01 PM

    Inilah keratan yang paling saya suka baca…..oleh tan sri sanusi…terima kasih bang faridina kerana berkongsikan hal hal begini..
    Many years later, while on retirement, a few years before he died, Tunku invited me to his house. He said, ‘I remember that you are one of the youths in those days who asked me three questions which I can never forget ….’

    25. The Tunku proceeded by asking me the following questions:

    25 (a). Have you asked Mahathir (referring to Tun Dr. Mahathir) as to why he built the Bukit Jalil stadium as you asked me on the Merdeka Stadium.

    25 (b). If my idea in building the National Morque was so difficult to understand why is Mahathir building the Islamic Center and the Islamic Museum near the mosque. Is it not because it is a strategic place?

    25 (c) Have you also asked Mahathir as to why he is building the Kuala Lumpur International Airport (KLIA) when you so vehemently complained my building the Subang Internatioal Airport. We need the tourists to come to our country and we must impressed the businessmen in order to get them to invest in our country.

    26. When I asked the Tunku as to why he did not explain to the UMNO youth the whole idea of building the projects as he was then explaining, the Tunku replied, ‘You were too young to understand your smart Prime Minister.’ And he laughed aloud with the satisfaction of having told me off as the representative of the young who were critical of him during his premiership.

    Sekian…terima kasih tun mahathir, tan sri sanusi dan faridina

  62. cruze Nov 24,2015 9:44 PM

    Cabaran bagi Tun adalah membangunkan negara dan memajukan rakyat seiring dengan sosial yang terkawal dan amalan islam yang berpandukan alquran.

    Apa kah cabaran bagi najib?….Haloo najib, tengku nan pendek, hishammuddin, azalina tak boleh harap dan rahman dahlan adakah wanita seperti ainina langkawi dan hamidah osman gopeng satu cabaran kepada umno sekarang?…tengku adnan ini pendek otaknya.

    Tiada otakkah kamu wahai sang pendek adnan bahawa jika kamu buang keahlian dua wanita itu bermakna umno sudah hilang 2 undi!….ini adnan tahap mana otaknya?

    Sudahlah semasa pru 13 umno punya undian cukup2 makan je.

    Jika begini resolusi umno cara najib dan adnan maka lebih baik lucutkan semua mereka yang membantah di negeri sembilan, selangor dan johor kan senang dan selamat boss kamu dari komentar ahli2 umno.

    Semasa tun dahulu tun tidak melucutkan keahlian tengku razali malah tengku razali yang merajuj dan tubuhkan semangat 46 kan? Ini main suka suka je buang….menteri2 yang otak cetek tu patut di buang. Baca apa yang tunku abdul rahman nyatakan dalam blog tan sri sanusi tu ulang kali wahai hisammuddin, adnan pendek, azalina, rahman dahlan, salleh kruak, anak tan sri muhamad rahmat tu sekali.

    Jangan buat keputusan bodoh wahai menteri ciptaan najib..

  63. daeng Nov 24,2015 8:07 PM

    Assalamualaikum Tun.

    TV3 malam ini kenyataan Hishamudin begitu bodoh berkata “UMNO BERDEPAN UJIAN DAPATKAN KEMBALI KEYAKINAN MELAYU”.

    Mengapa Hishamudin ini begitu bodoh????

    Jawapannya hanya 2 sahaja:

    1. Najib mesti meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO dan PM, ATAU

    2. UMNO adakan PAU dengan mempertandingkan jawatan presiden / timb. presiden secara sihat sebelum PRU14 seeloknya setahun sebelum PRU14.

    Mengapa dengan otak Hishamudin???

    Wassalam Tun.

  64. daeng Nov 24,2015 7:52 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Tertarik dengan komen Hajar no 4 bahawa Najib selepas 6 tahun sebagai presiden umno ditambah 3 tahun lagi ketahun 2018 bermakna dia sebagai presiden umno tanpa dicabar selama 9 tahun.

    Patutlah dia begitu yakin untuk kekal sebagai presiden umno seterusnya sebagai pm hingga pru14.

    Ini bermakna ramalan majoriti rakyat seperti saya “pengundi di atas pagar” bahawa pru14 pada tahun 2018 BN akan tewas dengan keputusan yang terhina dalam sejarah pru Malaysia.

    Inilah pahlawan bugis yang berani berkata-kata dalam gelanggang umno sahaja tetapi tidak berani “berdebat secara terbuka” atas kapasiti ketua umno dengan lawan di luar umno.

    Najib ini samalah perumpamaan seekor ayam “pondan” yang bertelor sebiji riuh sekampung.

    Bertanding untuk jawatan presiden umno pun takut, inikan pula ahli-ahli umno mahu memperjudikan nasib umno ditangan najib sebagai ketua mereka dipertarungan hidup mati umno/BN pada pru14 kelak????

    Saya tidak nampak sejauh mana najib mampu menghadapi cabaran dari parti lawan kelak.

    Sepatutnya umno perlu mengadakan pau dahulu untuk memilih presiden dan timbalan presiden yang paling tahan cabaran diperingkat parti dahulu.

    Presiden terpilih inilah sebenarnya wajar ahli-ahli umno meletakkan nasib umno pada pru14 kelak, bukan presiden umno yang paling takut “cabaran” seperti najib sekarang ini.

    Wassalam Tun.

  65. bumi berjasa Nov 24,2015 5:04 PM

    Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    Semoga Ayahanda Tun selamat dan sihat sejahtera..luf u..

    Ameen..

  66. novo Nov 24,2015 2:42 PM

    Salam Tun.

    1.Ternyata Najib adalah PM Malaysia yang BODOH sekali. Segala urusniaga kerajaan, beliau jalankan macam nak jual negara.

    2.Perniagaan 1MDB di war-warkan akan membawa keuntungan kepada negara tapi apa yang terjadi pada EDRA hanyalah urusniaga yang merugikan negara.

    3.Makin lama Najib dibenarkan berurusniaga bagi pihak kerajaan maka akan bertambah rugilah rakyat Malaysia.

    4. Makin terdesak nak selamatkan kerugian 1MDB maka makin rugilah rakyat Malaysia di buat oleh Najib.

    5.Hoi! Najib yang BODOH. CASH IS NOT A KING LAH NGOK!!!!!

    WASSALAM

  67. cruze Nov 24,2015 1:48 PM

    Menteri sekarang otak macam budak budak kecil bergaduh semasa permainan polis sentri zaman kanak kanak dahulu kala.
    Seperti zahid hamidi soud tian chua. Dahulu dia di sound tentang majlis perkahwinan anaknya di indonesia, menteri itu buka kain menteri ini, menteri ini buka pulak kain yang anu.

    Apa ni semua, sesuai dengan tajuk tun kali ini “cabaran”. Tetapi menteri zaman najib semua tak tahan cabaran walaupun najib dah bazirkan tambah hingga 35 orang berbanding sebelum tahun 2009.

    Azalina tak cantik segalanya termasuk pemikiran, katanya tambahan menteri adalah kuasa najib mengikut portfolio.

    Kalau menteri biarkan telur penyu atas meja dan tak marahkan taukeh restauran yang menghidangkan adakah relevan portfolionya?

    Tak rujuk portfolio ke kalau menteri dalam bidang keagamaan tetapi anak dan menantunya semacam je bergambar terkangkang sana sini.

    Kemana bazirnya wang negara memperuntukkan untuk sekolah sukan yang banyak tetapi akhirnya individu yang bersendirian sahaja yang dapat mengharumkan nama negara seperti dato lee chung wei, nicole dan beberapa kerat. Dimana para lepasan sekolah sukan tu semua yang katanya kerajaan tanggung untuk majukan sukan negara dan akhirnya mereka import juga pemain luar, di mana kualiti pelajar2 sekolah sukan kita? Hanya untuk glamor?

    Semua menteri macam budak budak dan macam main polis sentri betul pula bila asyik nak tangkap orang yang mengutarakan penyelewengan.

    Bosan tengok menteri sekarang selagi najib tidak meletakkan jawatan secara sukarela.

  68. Hajar Nov 24,2015 12:32 PM

    Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    ’MENGHADAPI CABARAN menurunkan Presiden UMNO yang korup’

    1. PM Najib @ Ah Jib Gor ialah Presiden UMNO yang paling TIDAK DEMOKRATIK dalam sejarah UMNO, tetapi beliau perasan sebaliknya. Beliau juga nampak amat korup kerana skandal RM2.6 Billion di dalam akaun peribadi beliau dan skandal 1MDB.

    2. DSN naik jadi Presiden UMNO kerana Tun Lah meletak jawatan kerana desakan2 dari pemimpim2 dan ahli2 UMNO, dan salah seorang yang mahu Tun Lah meletak jawatan ialah DSN.

    3. Namun demikian prestasi DSN didapati ’hampeh’ (selepas 6 tahun jadi PM) dan ditambah pula dengan skandal2 peribadi beliau; ini menyebabkan orang ramai termasuk ahli2 UMNO mula hilang keyakinan terhadap kepimpinan beliau. DSN sudah hilang kredibiliti di mata rakyat.

    4. DSN kena sedar yang jawatan PM yang beliau sandang adalah semata-mata kerana beliau Presiden UMNO; dan beliau juga belum pernah bertanding untuk jawatan Presiden. Malahan beliau juga gagal mendapat sokongan majoriti rakyat Malaysia, dan sekarang rata2 majoriti (lebih 70%) rakyat menolak beliau. Jadi janganlah perasan yang anda dipilih oleh ahli2 UMNO untuk jadi Presiden UMNO atau pun rakyat semasa PRU-13.

    5. Yang dipilih oleh rakyat pada PRU-13 ialah parti UMNO / BN, dan BN akan terus memerintah walaupun anda (DSN) meletak jawatan serta-merta hari ini.

    6. Yang lebih memualkan, DSN mempalitkan parti UMNO / BN dengan skandal2 peribadi beliau. Imej UMNO / BN khasnya, dan Malaysia amnya telah tercalar teruk dek perlakuan DSN & gang. DSN sudah menjadi BEBAN yang teramat besar kepada UMNO / BN / Kerajaan.

    7. Tun memang amat profesional kerana membenarkan Tengku Razaleigh untuk berkempen Jawatan Presiden secara bebas. Inilah demokrasi sebenar yang kita patut ada dalam UMNO. Namun demokrasi dalam UMNO telah dirosakkan dengan teruk oleh DSN & gang – mereka patut berasa MALU! Demokrasi telah hampir ’mati’ dalam UMNO. Menghalang mana2 pemimpin / ahli untuk bebas bersuara menegur pemimpin yang sudah melencong jauh dari perjuangan asal UMNO adalah perbuatan ’pengecut’!.

    8. Saya harap ahli2 UMNO yang menghadiri PAU pada Disember nanti akan mengusulkan untuk DSN meletak jawatan Presiden UMNO dengan kadar segera.

    9. Bangunlah wahai ahli2 berjawatan di cawangan2 / Bahagian2 UMNO (yg masih belum tampil ke depan) dan nyatakan pendirian anda semua terhadap kemelut kepimpinan dalam UMNO! Tolaklah Presiden yang korup! Jangan nanti disebabkan seorang Presiden yang korup, UMNO ditolak rakyat pada PRU-14! Tidak berbaloi DSN dikekalkan. Anda dan anak-cucu anda juga yang rugi jika UMNO tumbang…Sesal kemudian tiada gunanya…

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga **

  69. Praxis Nov 24,2015 12:02 PM

    While we may have conducted ourselves well and we can even now do only what we think is right, what on earth were we doing when the French submarine purchase was clearly a militarization project for which there was no justification?

  70. mokhtar Nov 24,2015 11:11 AM

    Salam Tun,

    Mereka pemimpin2 UMNO ( N for Najib)berhak membuang sesiapa yang mereka mau. UMNO sekarang adalah parti politik yang paling demoratik,mereka berjuang kerana Wang..Cash is God..semuanya boleh lakukan kerana Wang..
    Najib is Cash God.. sembah Najib dapat Wang..sayang mereka lupa bahawa pada PRU 12 & 13, sokongan hanya dari saluran 1 & 2 dua sahaja..UMNO akan hilang sokongan lagi sekiranya mereka bertindak membuang pejuang2 veteran parti dan negara….

  71. faridina Nov 24,2015 9:13 AM

    Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    Ayahanda Tun berani hadapi cabaran..
    PM Najib berani hapuskan cabaran..

    Ada perbezaan kenyataan di atas tetapi ada sedikit persamaan seperti di bawah;

    Tun ditandingi 1987 setelah 6 tahun jadi PM (1981-1987).
    DSN ingin ditandingi juga setelah 6 tahun jadi PM (2009-2015).

    Umur Tun masa ditandingi 62 tahun (1987-1925).
    Umur DSN masa ingin ditandingi juga 62 tahun (2015-1953).

    Faktor umur yang sama dan tempoh pemerintahan yang sama dengan kematangan yang sama tidak menjamin tindakan yang sama kerana seorang betul2 anak jantan Berani kerana Benar manakala seorang lagi sudahlah tentu Takut kerana Salahlaku.

    Petang ni 24/11/15 akan menyaksikan tindakan hapuskan cabaran kerana TSMY, DSSA, KuLi dan barangkali Tun juga akan digantung keahlian bersama beberapa orang lagi. Kebarangkaliannya tinggi kerana menggantung keahlian lebih mudah dan selamat dari pemecatan keahlian.

    Namun harus diingatkan peringkat akar umbi melalui Ketua-Ketua Cawangan telah mula bersuara Syabas Tahniah Terima Kasih – Sikit-sikit lama-lana jadi bukit, Tsunami bermula dengan ombak kecil, Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan dan sebatang lidi bolehlah dipatahkan tapi kalau dah jadi penyapu lidi minta ampunlah tak dapatlah dipatahkan ya.

    Kami tabik dan sanjungi usaha KC2 UMNO menyelamatkan rakyat marhaen seperti kami dari terus ditindas. Tuan-tuan akan disebut dalam lipatan sejarah tanahair tercibta Malaysia.

    Wasalam Tun,

    p/s – Para pembaca kalau ingin tahu siapa pilihan Tun Razak di kalangan anaknya untuk menceburi politik sila ikuti pengalaman Tan Sri Sanusi Junid bersama 4 Perdana Menteri – sanusijunidblog. Anda akan berterima kasih pada saya kerana banyak perkara boleh dipelajari dari pengalaman antara the Last Mohiccan ini.

  72. daeng Nov 24,2015 8:51 AM

    Assalamualaikum YBhg Tun,

    Semoga Tun berdua sihat sejahtera dan diberkati Allah selalu.

    Selalunya imej sesebuah parti berkait rapat dengan ketua sesebuah parti tersebut.

    Jika ketuanya kotor maka imej parti tersebut turut kotor, jika ketuanya bersih maka imej parti itu dilihat bersih secara keseluruhannya.

    Jika ketua atau pemimpin no 1 kerajaan itu dilihat korupsi maka kesannya pada nama baik negara turut tercalar.

    Maka lahirlah persepsi negatif dunia terhadap Malaysia.

    Tempiasnya akibat buruk kepada kejatuhan mata wang negara.

    Oleh itu Tun, Najib mesti berundur demi mengembalikan imej parti UMNO/BN dan secara tidak langsung persepsi negatif dunia terhadap Malaysia kembali elok.

    Seterusnya pengukuhan matawang terkesan kembali elok.

    Saya tidak langsung melihat kredibiliti Najib ini elok demi kebaikan masa depan negara, jika tanpa Najib sebagai PM saya berkeyakinan penuh Malaysia lebih bagus.

    Kita berdoa PM akan datang lebih bijak dan pandai mengurus tadbir negara ke arah Malaysia yang lebih makmur.

    Di bawah Najib saya amati rata-rata rakyat berbilang bangsa tidak puas hati dengan apa yang Najib lakukan.

    Sekian.

  73. Fariq Islam Nov 24,2015 8:47 AM

    Assalamualaikum, Tun.

    Fenomena politik, terutamanya UMNO, adalah kejam. Apabila seseorang itu tidak dalam aliran pemegang kuasa, maka janganlah harap dia boleh dihormati dengan baik. Begitulah apa yang berlaku kepada Muhyiddin sekarang.

    Sekiranya cabaran yang dihadapi kini menyentuh isu kesaksamaan, dan pemimpin-pemimpin UMNO dipandang tidak relevan dan kurang berupaya mengurus Negara, maka haruslah Tun mempertimbang platform yang baru, iaitu parti politik yang baru!

  74. rkmh226 Nov 24,2015 7:44 AM

    Assalamualaikum….

    Dear YABhg. Tun,

    You are very right! Pasai tu yang depa takut sangat-sangat kan….

    It’ll be a major wake up to us after PRU14! So scary!!! Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna lagi….

    Wassalam.

  75. cek Nov 24,2015 12:58 AM

    Assalamualaikum YBhg Tun,
    Semoga Tun berdua sihat sejahtera dan diberkati Allah selalu.

    1. Hakikatnya sekarang, 9 daripada 10 rakyat Malaysia membenci pemimpin Negara terutamanya DSN.

    2. Hanya mereka yang berkepentingan dan menjaga periuk nasi sahaja yang secara fizikalnya menyatakan sokongan kepada DSN.

    3. Langkah yang diambil untuk mengekang ahli daripada bersuara terhadap penyelewengan pemimpin di dalam Mesyuarat Agung UMNO hanya akan menambahkan kebencian rakyat terhadap BN.

    4. Wahai pemimpin UMNO, adakah kamu lebih menyayangi DSN daripada parti keramat kamu??

    5. Masihkah pemimpin UMNO ragu ragu bahawasanya UMNO sudah tidak lagi mendapat tempat di hati rakyat termasuklah di hati ahli UMNO sendiri??

    6. Sekiranya kamu masih sayangkan agama, bangsa dan Negara bumi Malaysia yang tercinta ini, sewajibnya kamu perjuangkan kebenaran dan menyedarkan para pemimpin yang sudah lupa daratan!

    7. Ingatlah sumpah setia parti keramat dan ingatlah pesanan Tun yang kamu akan kehilangan segalanya apabila Negara menjadi kacau bilau disebabkan kekuatan parti pemerintah sudah lumpuh!!

    Semoga Allah memelihara keharmonian dan kedamaian bumi Malaysia dan semoga Allah memberikan kekuatan dan kesihatan kepada ayahnda Tun untuk terus memperjuangkan kebenaran.

  76. joetamchi Nov 24,2015 12:13 AM

    umno atau umNgok…
    …..???????…

    #kurikkendimerahsaga

    Dalam bahagian ada cawangan…
    Keluar suara memberi ingatan …
    Pemimpin parti hidup awangan…
    patut segera lepaskan jawatan…

    Teguh cawangan hadapai cabaran…
    Membela rakyat yg hidup tak tentu..??
    ikhlas menyandang pelbagai jawatan…
    Belum pasti matinya ke situ…!

    #kerek1MDBhitamneraka

    https://youtu.be/ehyE8WUEp68

  77. Ali Akbar Hashim Nov 23,2015 11:52 PM

    Dear Sir,

    There is no point screaming and barking to the mountain! It will never moved an inch

    You are poor compare to Najib, no one will take your side

    Fire can only fight with fire

    You must be richer than Najib

    Get 100 billion political donation from a generous donor, does not matter who is she or he, can be Arabian prince or an Emperor from China

    10 million per head for UMNO or BN MPs to cross over, give more if they want no issue

    You can win Najib 50-0

    Many will coming to you like flies found a shit (cash is power, cash is king)

    Politic is dirty otherwise do not be a politician

  78. anak wawasan 2020 Nov 23,2015 11:45 PM

    Salam Ayahanda Tun,

    “Berani kerana benar, takut kerana salah” telah menjadi kata-kata purba dalam kamus politik kerajaan di bawah pimpinan terkini.

    Pemimpin kita telah terpedaya dengan tipu helah duniawi yang sementara ini. Sehingga mereka sanggup menggadaikan nilai-nilai murni dan jati diri.

    Untuk seorang manusia yang diberi akal oleh Allah, sepatutnya dapat membezakan di antara yang palsu dan yang benar. Tapi sedih sekali, kerana pemimpin-pemimpin kita hanya mampu dipimpin oleh nafsu mereka sendiri. Nafsu yang bakal menghumbankan mereka fakir merempat di sudut jalanan yang kotor kelak suatu hari nanti.

    Sayang seribu kali sayang,
    Malaysiaku diratah dek kerakusan pemimpin yang goyang,
    Bertaubatlah kamu sebelum jenazah diusung orang,
    Sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penyanyang.

    Buat Ayahanda Tun yang tidak pernah kenal erti putus asa, hanya kepada Allah kami berdoa. Semoga Tun akan sentiasa diberkati dan dirahmatiNya dalam setiap masa dan ketika. Amin.

    Salam buat Tun M dan Tun H berdua.

  79. rimba.emas Nov 23,2015 11:18 PM

    Salam Tun.

    1. Jelas sekarang ada satu usaha untuk mempertahankan seseorang yang terlibat didalam permasaalahan 1MDB dan isu kehilangan wang 2.6 Billion.

    2. Perhimpunan ini jelas untuk mempertahankan seorang Presiden dan akan menjadi medan miliknya daripada dicabar lebih-lebih lagi dalam mempertandingkan jawatan Presiden.

    3. Masa Tun seorang Bendahari sendiri mencabar dan bukannya Timbalan. Bermakna dia percaya bahawa seorang Ketua tidak akan menurunkan jawatannya jika melawan.

    4. Masa kini seorang Bendahari atau Setiausaha bukanlah seorang yang berpendirian seperti dahulu kerana tidak berani mengikut agenda permesyuarat agong yang sebenar sebab percaya jawatannya akan tergugat jika melawan kehendak seorang ketua.

    5. Kalau kita kata beliau patuh kepada seorang ketua kenapa beliau menolak untuk mematuhi kerja-kerja yang sepatutnya dia buat sebagai seorang Bendahari atau Setiusaha.

    6. Jelas bahawa Bendahari dan Setiausaha yang ada sekarang bukanlah seorang Bendahari yang sebenar tetapi seorang suruhan Presiden dan bukan untuk keseluruhan ahli UMNO.

    7. Malang ketika ini UMNO tidak mempunyai seorang Bendahari atau Setiausaha yang berpegang kepada prinsip keluhuran yang dituntut oleh agama sehinggakan sanggup menjadi jurucakap kepada seorang yang sepatutnya memberi jawapan kepada permasaalahan yang diminta oleh rakyat.

    8. Yang dituduh sendiri diam tidak menjawab sebaliknya suara pembela yang menjawab bagi pihak tertuduh.

    9 Berani kerana benar takut kerana salah. Diam sebab tahu jawapannya salah. Bersuara untuk membela pula sebab takut. Yang berani mempersoal tahu ia benar.

    10. Allah s.w.t maha besar lagi maha mengetahui.

    Wallahua’lam.

  80. cruze Nov 23,2015 10:30 PM

    Sebenarnya, tengku adnan tu memang nak pecat muhyidin, shafie afdal, khairudin, tun dan lain lain kalau boleh, tetapi takut kalau kalau lebih ramai lagi cawangan cawangan akan keluarkan bantahan sejak umno teluk kemang, selangor dan johor berbuat begitu.

    Rasanya jika ramai lagi yang nyatakan pendirian yang sama seperti cawangan di atas maka tak jadilah saya pangkah parti lain pada pru 14.

    Pada awalnya hati ni dah tetap nak pangkah yang lain kerana tidak gemar melihat menteri2 di bawah najib yang hanya pandai bercakap dan pusing cerita termasuklah si rosnah tu yang baru nak bersuara tentang perihal gambar izzah,
    Itu saja sumbangan rosnah sebagai menteri? Inikah sahaja cabaran!

    Mahu muntah rasanya melihat tahap pemikiran menteri2 wanita di bawah najib ini, termasuklah azalina, shahrizat, nancy dan mas ermiyati, kecuali dato rohani parit sulung, kerana mereka yang di senaraikan itu kelihatannya tiada sumbangan yang bernas untuk rakyat berbanding dengan tan sri rafidah aziz, tan sri aisyah ghani, tan sri fatimah hashim, dato zaharah sulaiman, tan sri nafsiah omar dan tan sri zalehah ismail

  81. KunKlai Nov 23,2015 9:13 PM

    Digahayu Tun Berdua. Semoga sentiasa sihat sejahtera.
    Buat masa ini saya rasa pepatah lama berani kerana benar takut kerana salah mungkin menjadi ucapan mulut sahaja. Sekarang ini pepatah yang lebih politically correct ialah “Takut kerana benar, berani kerana salah”.
    Kita dapati Izzah sangat berani kerana benar… benar sekali bahawa dia telah membuat salah…
    Ketua polis negara juga seorang yang berani, begitu berani kerana dia dipihak yang benar… memarahi izzah kerana terluka hatinya dengan perbuatan izzah yang bersekongkol dengan musuh negara, tetapi dengan hati yang membara menganggap Tun yang sangat berjasa mengamankan Malaysia dari ancaman Chin Peng adalah sebagai musuh negara… R Azmi berlagu…” Dunia sekarang sudah la terbalik….”
    Dirgahayu Tun Berdua.

  82. ir.miringila Nov 23,2015 7:58 PM

    salam tun,

    izinkan saya.

    inilah yang berlaku tun. apabila seseorang itu popular dan diterima ramai maka kebebasan bersuara dibenarkan walaupun melampui batas dan adab ( teringat pak lah, kerana dirinya popular dan mendapat undi terbanyak maka dia merasakan kebebasan bersuara tanpa had adalah satu keperluan ) tetapi berlainan pula untuk orang yang tidak popular dan tidak mendapat undi terbanyak… maka dia menggalakkan ketidak bebasan bersuara…. biasalah. satu sahaja ungkapan untuk menggambarkan orang sebegini. pengecut! tetapi itulah manusia tun. mereka tidak mahu menggunakan akal mereka…

    terima kasih tun, walaupun saya banyak juga tidak bersetuju dengan tindakan dan polisi tun, tetapi telah jelas pada saya yang tun ada menggunakan akal… sekarang dah tak ramai yang mahu menggunakan akal… mereka mengikut prasangka dan sangka-sangkaan…

    terima kasih sekali lagi..

Leave a Reply