TOTAL VISITORS FROM 2008:

UMNO dan DAP 85

1. Ramai ahli UMNO yang rasa terkilan dan tidak senang melihat Kit Siang dan DAP berada diatas pentas yang sama dengan UMNO dan pemimpinnya, yang lama dan yang baru.

2. Kenapakah ahli dan pemimpin UMNO sanggup bersama dengan DAP dan Kit Siang?

3. Soal yang sama juga ditanya oleh ahli dan pemimpin DAP yang benci dan bermusuh dengan UMNO terutama dengan saya sendiri sebagai bekas pemimpin UMNO sejak DAP ditubuh.

4. Amat sukar bagi ramai dalam kedua-dua parti yang bermusuh ini menerima bahawa mereka yang menghadiri dan menandatangani deklarasi menolak Najib, menghadiri bukan sebagai ahli dan pemimpin parti politik atau gerakan, tetapi mereka hadir sebagai “citizen”, rakyat Malaysia yang khuatir akan kesan buruk perlakuan Najib sebagai Perdana Menteri.

5. Bagi pemimpin UMNO, jika UMNO seperti UMNO dahulu dan segala saluran untuk menghentikan perbuatan yang salah masih ada, penyelesaian boleh dicari dalam parti. Tetapi Najib sudah tutup semua saluran ini. Hak ahli dalam UMNO, Mesyuarat Agong UMNO, Majlis Tertinggi UMNO sudah tidak berfungsi lagi. Mulut anggota dan badan-badan dalam UMNO sudah ditutup rapat oleh Najib dengan berbagai-bagai cara, dengan melumpuh bukan sahaja badan-badan tertentu dalam parti tetapi melalui institusi-institusi Kerajaan seperti polis, Peguam Negara, Surhanjaya Pencegahan Rasuah, PAC dan lain-lain.

6. Tindakan Najib menekan bukan sahaja parti-parti politik tetapi juga keatas semua rakyat tanpa mengira kaum atau parti.

7. Dalam keadaan ini rakyat yang menjadi mangsa sudah lumpuh dan tidak lagi dapat bergantung kepada parti politik mereka sendiri untuk perlindungan, dan tidak pun melalui institusi Kerajaan yang ditugas untuk melindungi keselamatan rakyat.

8. Bagi semua rakyat Malaysia hanya penyingkiran Najib sahaja yang boleh memulihkan demokrasi negara. Tetapi rakyat tidak ada apa-apa jentera yang boleh diguna untuk menyuara pendapat mereka pun.

9. Oleh itu tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang, terpaksa membelakangkan pertubuhan dan perjuangan mereka supaya suara mereka dapat diperdengarkan kepada semua. Mereka perlu bertindak sebagai “citizen” (rakyat) dan bukan lagi sebagai parti atau badan-badan tertentu.

10. Kesedaran inilah yang menyebabkan mereka yang bermusuh membelakangkan permusuhan mereka buat sementara untuk menyelamatkan negara tercinta. Mengutama parti masing-masing bermakna menyokong dan mengekal rejim Najib.

11. Apabila demokrasi dan kebebasan di kembalikan maka perbezaan pendapat antara mereka bolehlah diteruskan.

12. Jika kita tidak faham, lihatlah keadaan dikalangan orang Islam di Timur Tengah. Musuh mereka ialah Israel yang dibantu oleh Amerika Syarikat.

13. Malangnya mereka lebih utamakan permusuhan sesama mereka, permusuhan antara Sunni dengan Syiah, antara Fatah dengan Hamas, antara Iran dengan Arab sehingga mereka lupakan musuh sebenar mereka, iaitu Israel, dan mereka berperang sesama orang Islam.

14. Maka bertepuk tanganlah Yahudi dan Amerika.

85 thoughts on “UMNO dan DAP

  1. Sri Sense Mar 23,2016 9:47 AM

    Salam Tun

    Nak komen sikit pasal bungalow LGE. I tengok gambar macam bungalow 2 tingkat biasa. Nothing special about it. I mean kalau kat sini kita dah cakap 3 storey bungalow dah.

    LGE kata dia beli 2.8M ikut perjanjian tahun 2012. Bungalow tu pulak dah 40 tahun. Tasek Gelugor MP Shabudin Yahaya had said the price was below market value, quoting a figure of RM6-RM6.5 million for comparable houses.

    – Hmmm apa pasal mahal sangat harga rumah macam tu sampai 6M kat Penang. Kalau tengok gambar 2.8M pun I belum tentu beli. I ada kenalan beli double storey corner lot bungalow kat Bukit Jelutong Shah Alam a few years back (lebih kurang 6 tahun sudah) – paid 2M for it. Rumah tu pulak dah siap renovated, so tak payah buat apa2 lagi. Bawak barang masuk, terus duduk. 🙂

  2. HBT456 Mar 17,2016 8:47 PM

    36. http://www.investopedia.com/articles/economics/09/lehman-brothers-collapse.asp

    37. Such case can happen in this country if anti najib is succeeded.

    38. I believe dsn can ride through and make greater kl a reality with the support from states’ sultan and mb.

    39. Dsn can take the easier way out.

    45. Resign and retire happily.

    46. But I dont think he will take this way out as pm cum mof cum umno president cum bn chairman.

    47. Malaysians boleh.

    48. Mps of all political parties boleh or not to make a greater kl a reality?

    49. The world is changing rapidly.

    50. Change, or be changed.

  3. sudin Mar 16,2016 11:13 AM

    Assalam Tun.

    Tun did well to bring together all those personalities with different political background, and to make a unified declaration for Najib to resign.

    Anything that can bring down Najib & Rosmah is welcome.
    And then let’s follow up to cleanse all the undesirables related to Najib.

  4. Sri Sense Mar 14,2016 9:33 AM

    Sempat juga baca berita ini semalam

    BBC (9 March) – Singaporean anger over DJ set by ‘son of Malaysia PM’

    Zouk said on Monday it was a “misunderstanding” and DJ Fila was “not at any point of time asked to end his set prematurely before the contracted set end time of 3.30am”.

    Cross-border worries

    But that has not stopped Singaporean club-goers and his fans from flooding Zouk’s Facebook page with complaints.

    “Music is an escape, something that unites people, a zone where it should be politics free,” said one user.

    Singaporean Henry Soh, who attended the gig, told the BBC: “This is Singapore, not Malaysia… In Singapore we do not abuse our power or authority, whether or not one is a local or not a local.”

    – Hmmmm 😐

  5. Sri Sense Mar 14,2016 9:19 AM

    Salam Tun

    Nanti Tun di Shah Alam, saya jumpa Tun. Kita teh tarik 🙂

    Antara berita Malaysia kurang menarik;

    AP – Australia raises case of detained newsmen with Malaysia

    The Australian government has contacted Malaysia over the detention of two Australian journalists who attempted to interview the Malaysian prime minister over corruption allegations, the foreign minister said on Monday. Australian Broadcasting Corp. television reporter Linton Besser and camera operator Louie Eroglu were arrested in the city of Kuching on Saturday after approaching Prime Minister Najib Razak on the street. They were detained by police for six hours and told to remain in Kuching while authorities decided whether they should be charged, ABC said.

    – Hmmmm 🙂 Is it wrong to question PM Najib… 🙂

    Star – Title is hereditary, not from Malaysia, says Ku Nan

    Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor has hit out at those who question the veracity of his “Tengku” title, saying he comes from a line of Aceh warriors and that the title is hereditary.

    Hmmm 🙂 Nampak jelas sekarang, KuNan pertama Acheh, kedua Melayu dan ketiga Malaysia. 🙂

  6. sibotak Mar 14,2016 7:38 AM

    Najib ruling is a Disgrace to Mankind
    His ways is more of a copy cat rule from his master Singapore

    Singapore ex Minister Mentor Lee Kuan Yew and now Prime Minister his Son Lee Hseing Loong
    Was ever accused of many being Defamed also much worst than Najib
    But They do it Right Democratically and Legally

    Both Father Son engage Lawyers , Sue those who Defame them , Bankrupt them if they are unable to pay for the Damages in Court
    These is Legal. This is Democratic
    Najib did not learn this from his Master
    As an Accused whom has every Right to Defend as not to Defame him
    Instead of appointing a Lawyer He appoints an AG
    Well ,He could made himself an AG instead of appointing others or made himself a Judge to gives judgement on his own matters

    Very much seen Najib ruling is Childish ,Suka Suka as He thinks Malaysia belongs to Bapak Dia punya
    Removing Tun from Petronas reveals a Foolishness and Childishness
    A BiG DIsgrace to UMNO

    Najib still needs to learn a. Lot from his Shifu

  7. daeng Mar 14,2016 6:49 AM

    Assalamualaikum.

    Tun,

    Mengapa setahun dua ni Najib tidak menyebut perkataan “RASUAH” ?

    Mengapa setahun dua ni Najib tidak menyebut perkataan “INTEGRITI” ?

    Mengapa setahun dua ni Najib tidak menyebut perkataan “AMANAH” ?

    Saya yakin, dia alergi dengan perkataan tersebut kerana dialah PM Malaysia yang ber”kiblat”kan rasuah, tiada integriti dan tidak amanah.

    Wassalam Tun.

  8. WandyCaswady Mar 14,2016 12:56 AM

    Assalamuaalaikum…

    Saudara cruze…

    Apakah kamu rasa kata2 kamu itu beradap?

    Wassalam…

    Maaf… Hanya sekadar bertanya…

    Assalamuaalaikum…

  9. Daniel Noor Mar 13,2016 11:19 PM

    Salam Tun,

    Sadly politic in this country is not to care for the Rakyat

    The politicians in this country only care for Power and Wealth

    The Ruling Party and Opposition continuosly fight at each other. When ever an Opposition want to open his mouth, he’ ll be booed heckled and finally being asked to sit down or go out of the House.

    The Dewan Speaker will always rule out any resolutions and proposal from the Opposition

    There is no such thing as Vote of No Confidence as the Opposition will never get the support of the Ruling party.

    Not like Labor and Conservative or Democrats and Republicans , etc ,etc

    Members from both sides are allowed to express their views without much interupptions

    On many occasins both sides support certain or common issues and even Members from the Ruling party will give few strong words to their very own Leader

    Thus leaders like Abbot..Blair, Nixon, Thatcher, etc,etc were brought down by their own Party members

    Even in Indonesia, both sides will support each other for a common cause when a Leader has created a mess to the Rakyat and country.. Gus Dur was unceremonuosly dumped as President.

    The Citizen of Indonesia, the Legislators and the Indonesian Army together forced Gus Dur to step down.

    This proved the Indonesians have dignity and moral compared to the politcians in this country..especially UMNO politicians who only cares for their Positions, Power and Wealth. They willingly defend a Plunderer , Thief and Rapist of this country rather than putting him to trial
    .
    Show me an an ex Politician that is poor in this country and leading a normal life like a next door neighbor

    KESIAN PADA RAKYAT. SEMUA KENA TIPU

  10. Sri Sense Mar 13,2016 9:46 PM

    Salam Tun

    Baru baca Sebelum dilucut, Tun M lebih awal letak jawatan – Ku Li

    PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar surat meletak jawatan sebagai Penasihat Petronas lebih awal sebelum Kabinet menamatkan perkhidmatan beliau, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

    “Saya diberitahu bahawa, sebelum Kabinet meluluskan pelucutan jawatan itu, Dr Mahathir lebih awal menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Penasihat Petronas,” katanya.

    Ahli Parlimen Gua Musang berkata, isu penamatan khidmat Dr Mahathir bukan perkara baharu kerana bekas Perdana Menteri itu pernah menghantar surat meletak jawatan tetapi ditolak kerana kerajaan pada waktu itu masih memerlukan khidmatnya.

    Ku Li, antara pengasas Petronas berkata, tindakan kerajaan menamatkan perkhidmatam Dr Mahathir bukan isu kerana tiada peruntukan menyatakan Penasihat Petronas boleh dilantik dalam kalangan bekas pemimpin kerajaan.
    Berdasarkan Akta Kemajuan Petroleum, ahli Majlis Penasihat Petroleum perlu dilantik dalam kalangan pegawai kanan kerajaan,pakar-pakar minyak, wakil negeri pengeluar minyak dan penasihat kerajaan mengenai minyak dan lombong,” katanya yang dipetik Sinar Harian.

    Ku Li juga menolak sekiranya kerajaan menawarkan jawatan Penasihat Petronas kerana lebih selesa dengan keadaan sekarang.

  11. WandyCaswady Mar 13,2016 8:14 PM

    Al-Maidah ayat ke 63.
    Bissmillahhirrahmaanirrahimm…
    “Mengapa para ulama dan para pendeta mereka tidak melarang mereka daripada mengucapkan perkataan bohong dan memakan yg haram? Sesungguhnya amat buruk apa yg telah mereka kerjakan itu”

    Sadaqallahhulaazimm…

  12. cruze Mar 13,2016 7:56 PM

    Sebagai orang biasa,saya melihat cara pentadbiran najib, azalina, hishamuddin, saleh keruak dan lain2 sungguh tidak bijak mahu pun cara meraih sokongan melalui bri dan anak sekolah rm 100 seorang.
    Awalnya ramai dapat dengan perasannya hishamuddin ingat rakyat sayangkan najib.
    Dari segi psikologinya apabila sebelum pru 13 mereka dapat dan pada tahun ini ramai yang sudah tidak dapat mereka masih sayang dan sukakan najib lagikah..idea paling bodoh saya lihat ini…

    Tolonglah berubah dari menjadi menteri yang bodoh serta berperangai buruk semasa berucap kepada yang sebaliknya.

    Anda semua menteri yang lemah akal dan boros termasuk najib mewakili umno tahu tak?
    Secara langsung dengan perangai buruk dan kelemahan otak anda wahai hishamuddin, azalina, ermiyati, bapa dafi, rahman dahlan, nurjazlan dll telah memalukan umno yang telah turun temurun di hormati sejak dato hishamudin dahulu.
    Anda semua ibarat nila setitik yang telah merosakkan maruah melayu.
    Puad sarkas tak berguna di mata orang2 batu pahat, najib saja yang sudi terima dia.

  13. Sri Sense Mar 13,2016 4:29 PM

    Salam Tun

    Hari ini sibuk sangat, baru baca news yang menyatakan Najib has been to the Land of the Hornbills 46 times, more than all the previous five prime ministers combined. Today is his 47th visit. Make it 50 soon. Why? Because he sayang (love) Sarawak, ungkapan Adenan.

    I baca semula heading atas “Adenan jokingly says Najib should get an Iban wife”.

    Jokingly?

    I wonder Rosmah faham tak lawak jenaka 🙂

  14. WandyCaswady Mar 13,2016 2:54 PM

    Saya benar benar kecewa dgn penulis disini… Yg mengecam blog ini… Yg membuat aduan pasal blog ini… termasuklah mata2 yg menahan Tun kerana blog ini…Satu persoalan mudah saya pun tidak dijawabnya… Mana perginya suara n jawapan kalian pada rakyat? Saya tahu bahawa ada penulis upahan untuk memuji dan mengipas untuk bertulis panjang di blog ini…

    Saya ulangi… I repeat!!!!

    Was it HAARAM TO TRY NON CONFIDENT MOTION!!!!!!

    WHERE ARE YOU POLITICIANS!!!!!

    Where are the ISLAMIC SCHOLARS N SULTANS!!!!

    MAAF… kerana kasar bahasanya… Tp tolonglah jawab wahai ahli2 parlimen…

    Assalamuaalaikum

  15. WandyCaswady Mar 13,2016 2:42 PM

    What religion are you sc? Did religion teaches you any manners? Shaam Baal Tov didnt teach you any religion? Or Sigmund Freud didnt cure you? Do you have any manners? Im pretty sure your country are the in flood with bloods… Only few killings in our country sir… Not like yours…

  16. sibotak Mar 13,2016 1:24 PM

    In Malaysia History
    Never a Leader Nor a Prime Minister been looked so down locally and internationally
    What an Embarrasment

  17. sc Mar 13,2016 1:02 PM

    Hi Tun,

    Any comment on the 2 detained four corners investigative journos?
    I realise you have a love hate relationship with the Aussie media, but seriously…..

    What a disgrace….. Your country is a bloody disgrace…
    A complete political mess about to collapse.

  18. WandyCaswady Mar 13,2016 11:49 AM

    http://m.huffpost.com/us/entry/the-knockout-blow-bernie-_b_9435952.html

    Assalamuaalaikum… Good readings n relating….

    Assalamuaalaikum…..

    Jazakallah khairan kathira…

  19. Hajar Mar 13,2016 8:55 AM

    Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    1. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap PM Najib @ Ah Jib Gor sebagai PM Malaysia.

    2. Hormat saya terhadap beliau cuma sekadar rasa hormat kepada hamba Allah yang lain. Beliau tidak layak lagi menjadi PM Malaysia kerana sudah terlalu banyak melakukan perkara2 KEJI dan kotor.

    3. Kepada mereka (pemimpin2/pembodek2 & bloggers yang banyak memfitnah Tun M,) yang bersekongkol dan bersubahat dengan perbuatan2 mungkar DSN, anda semua juga sama korup dan keji seperti DSN.

    4. Tun tidak perlu gusar dengan tindak-tanduk PENGECUT para ‘pembodek’ DSN yang sebenarnya TAKUT periuk nasi mereka terjejas – mereka cuma ‘cari makan’. Orang sebegini memang ramai di dunia ini. Kaki2 bodek memang menunggu PELUANG saja untuk membodek untuk mendapat manafaat PERIBADI. Orang yang tidak mengaku ‘kaki bodek’ pun jika berpeluang mendapat ‘habuan’ akan membodek – membodek memang menjijikkan.

    5. Saya percaua ramai rakyat Malaysia yang menyokong Tun untuk menegakkan kebenaran bagi menyelamatkan Malaysia. PM Najib @ Ah Jib Gor mesti disingkirkan sebelum petualang2 negara dalam rejim Najib menghancurkan Malaysia.

    6. PM Najib @ Ah Jib Gor tidak akan dapat merasa menjadi PENASIHAT PETRONAS kerana orang sebegini akan mendapat balasan ‘cash’ di dunia lagi. DSN akan dimalukan dengan lebih teruk setelah tidak lagi menjadi PM Malaysia.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  20. cruze Mar 13,2016 8:31 AM

    Baru baru ini puad sarkas bukan main lagi menjadi di kalangan pencadang utama melucutkan semua jawatan Tun.
    Semelum ini apabila melihat muka si puad ni saya hairan mengapalah saya terlalu benci walaupun tak pernah bersua.

    Semalam saya ke batu pahat berjumpa adik, dia menceritakan bahawa puad sudah tidak dapat di terima oleh penduduk batu pahat.
    rupanya…gila kuasa dan mempergunakan kuasa, orang batu pahat sangat sanjung dan hormati Datok Noraini yang benar2 menumpukan kemajuan bangsa melayu.

    Wahai puad, hishamuddin, azalina, ermiyati peha besar, shahrizat, shahril, nurjazlan gemuk dan lain lain menteri yang rakus….contohilah Datok Noraini dan Tan Sri Rafidah yang bersih cekap dan amanah.

    Jom kita tandatangani deklarasi dan sudah sekian lama saya menggunakan petron.

    Kekalkan hasrat murni kita bang faridina dan lain lain yang kasihkan Negara Malaysia..

    Asalamualaikum Tun, isteri, dan semua umat islam yang kasihkan bangsa, agama dan negara.

  21. aminhassan Mar 13,2016 7:59 AM

    Mereka tidak sepatutnya mempersoalkan tindakan Tun Mahathir

    1. Tun sudah keluar daripada parti
    2. Tun bergerak sebagai individu
    3. Tetapi mereka gerun kerana sejarah Tun sebagai PM tetap kekal
    4. Tindakan mereka terhadap Tun, hanya menunjukkan tahap kualiti pemimpin
    5. Ts muhyiddin, Ds mukhriz, Ds apdal, memang dah bersedia untuk menerima tindakan dari MT umno, tindakan yang pantas sepatutnya kepada mereka bertiga, bukan Tun Mahathir
    6. Tun Mahathir lebih dahulu makan garam berbanding Ds najib dan team kabinet serta umno
    7. Team Ds najib semua juga sedang bersedia menerima kesan tindakan mereka
    8. Jadi tak perlu para menteri dan sesiapa sahaja yang pernah berada di bawah Tun Mahathir pada satu ketika dahulu untuk mengkritik tindakan Tun,
    Jawapan yang paling sesuai apabila diajukan wartawan adalah “no comment”
    9. Buatlah apa sahaja semua MT umno, menteri, timbalan menteri, ketua umno bahagian, timbalan ketua umno bahagian. Tun Mahathir, tetap relaks, tenang, cool, tak ada pun mengangkat tangan dengan jari telunjuk ke atas, semasa membuat ucapan dari dahulu pun, kita tak pernah nmpak Tun berucap dengan gaya sebegitu.
    10. Patutlah Tun Mahathir sentiasa smart

  22. sibotak Mar 13,2016 6:48 AM

    Malaysia is in a Danger Zone
    UMNO will Shattered

    Najib forgets He is a paid servant of the Malaysia Govt
    He thought he as a Prime Minister
    He own Malaysia He own UMNO

    It differs from all parts of Democratic govt
    Even in US , President Obama has no Final say
    It was systemice by the system as a whole
    Not solely by President Himself
    This is where Malaysian gone Wrong

    Naik failed too many
    Invites many uncertaintess that channel Malaysia to be a Failed Nation
    Engaging foreign British advisor is a Threat to Malaysia
    Kneeling to S,pore every request is losing Malaysia
    1MDB introduce by Najib is Disastrous to Malaysia

    None much of Najib decision seems to benefit Malaysia
    And those Parliament member , those UMNO member who balls Najib
    Blindly , is also responsible for every wrong doings of Najib

    The Blind leads the Blind
    Malaysia will be in Darkness

    Malaysia seems to be run by Fists not Democration
    Najib accused of many
    Hae every right to appoint Lawyers to Defend himself
    Not to appoint AG to protect his every Right
    It is never Judiciary to hide under the AG back
    This is not a Judiciary System to be Govern and Respected
    It will ruin and destroy Malaysia as a whole

  23. cek Mar 13,2016 1:10 AM

    Assalamualaikum Tun.
    Semoga Tun berdua sihat sejahtera.

    Tun mempunyai jutaan penyokong. Cuma masa akan menentukan betapa berpengaruhnya Tun. Salakan dan lolongan pengampu Najib akan lenyap bila tiba masanya.. tunggulah. Wahai pengampu Najib, sedarlah bahawasanya kami rakyat sedang memerhatikan telatah dan tindak tanduk kelian.. dan sesungguhnya Allah maha berkuasa daripada segala sesuatu di atas muka bumi ini serta Alam semesta…

    Terima kasih Tun.. kami amat menghormati Tun berdua… dan sesungguhnya Perjuangan kita masih Belum selesai….

  24. faridina Mar 12,2016 11:57 PM

    Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    Agak2nya antara Tun Dol dan Ku Li siapa yang dapat menggantikan tempat Tun sebagai penasihat Petronas ekk?

    Tun Dol dah lama mengidam tapi Najib baru2 ni jumpa Ku Li minta sokongan sambil mungkin menawar jawatan ini sebab pada Najib, Tun Dol ni dia dah cucuk hidung macam lembu tua boleh ditarik ikut suka dia.

    Tun Dol lembab dan sentiasa mengantuk bukan ancaman bagi Najib tapi Ku Li ni jenis cerdik macam kancil bergeliga otaknya penuh tipu muslihat maka kena jaga dan boleh makan umpan kalau kena caranya.

    Apa2pun sesiapa yang bakal mengganti Tun bakal menjadi Punahsihat yang bakal perhabiskan dana Petronas atas arahan big bossnya yang memang menantikan saat dan ketika ini.

    Tertarik dengan cadangan sesetengah pihak yang suruh boikot stesen Petronas dan mengisi minyak di Petron pula sebagai tanda protes!

    Bro Cruze selalu beri ilham pada kami untuk terus berkarya terima kasih bebanyak ekk.

    Wasalam Tun.

    p/s – Kepada yang kaki makan saja nak bagitahu hari ni sangat istimewa sebab dapat makan ‘lamb shank’ kari manis merah best in the world home made lagi! Terbaik ★★★★★ Maaf ayahanda sekurang2 makan sedap dapat release tension memikirkan masalah negara 🙂

  25. cruze Mar 12,2016 11:49 PM

    Najib and the gang ni menuduh wsj, deklarasi rakyat dan lain lain semuanya adalah propaganda orang luar untuk menjatuhkan malaysia konon…
    Kepimpinan najib, hishamuddin, azalina, ermiyati peha beso, wahid, nurjazlan talam dua muka, salleh kruak, shahrizat menteri telur penyu yang tidak pandai berfikir bahawa tindakan penasihat2 yang mereka lantik itulah yang sedang memprogramkan najib serta ahlinya melakukan propaganda dalam negara dengan menangkap dan membuang serta menukar sesiapa yang tidak menyebelahi mereka, menciptakan 1mdb konon untuk menjana ekonomi negara… atau itu semua memang sikap azali mereka..
    Sesuka hati menuduh Tun dan menghasut orang orang kampung dan yang tidak dapat berfikir secara logik agar berangapan Tun adalah perosak negara dengan bersatu bersama sama pemimpin pembangkan, melupakan jasa2 Tun yang telah memajukan ipta2 pada waktu dulu yang mana anak2 mereka telah memberikan pulangan hasil di masa sekarang…
    Apalah azalina yang mulut lantang tak kena gaya itu. Dulu dia dan shahrizat skema gila semasa di bawah Tun, sekarang kurang ajar habis.

    Asalamualaikum Tun dan semua yang benar2 sayang kan negara.

  26. daeng Mar 12,2016 8:42 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Najib cakap kononnya Tun jangan libatkan rakyat dengan agenda peribadi?

    Saya nak tanya pada Najib, mengapa kamu bodoh sangat dan tak faham yang majoriti rakyat kian meluat dengan kamu?

    Kalau Najib nak tahu sejauh mana suara rakyat samada menyokong dia atau sebaliknya, sila bubarkan parlimen untuk beri laluan PRU14?

    Saya tak sabar melihat Najib dan Rosmah lari malam ke luar negara selepas keputusan PRU14 diumumkan.

    Wassalam.

  27. daeng Mar 12,2016 8:12 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Dulu Najib menurunkan seseorang yang dikatakan sakit dan digantikan dengan orang pilihannya agar salah lakunya dapat dipesongkan dari haram jadi halal kononnya.

    Kini selepas Zeti berundur sedikit masa lagi kerana tidak mampu terus bersubahat dengan Najib, kita lihat usaha Najib mengenegahkan balaci barunya Wahid sebagai gabenor bank negara kian menjadi realiti.

    Saya sudah nampak selepas Wahid terima tawaran Najib sebagai senator, ini adalah agenda jangka panjang selepas pengunduran Zeti.

    Saya cukup yakin Wahid adalah “alat” mainan Najib.

    Wassalam.

  28. cruze Mar 12,2016 4:07 PM

    Saya sangat mempersetujui bang faridina…harap semua log in dan nyatakan pendirian kita sebagai rakyat yang di pimpin oleh pm dan menteri2 yang kurang berilmu dan akhlak, kelulusan tinggi bukan memadai untuk menjadi pemimpin.
    Seorang pemimpin harus mempunyai pakage :
    Ilmu
    Akhlak
    Jujur dan amanah
    Minda yang kreatif
    Tidak seperti menteri besar kedah baru yang agak jelas kebebalannya apabila meletakkan gambar di tiket stadium dan menjawab soalan rafizi tergagap serta lain di soal lain di jawab
    Ahmad basah di otak tak cerdik…pengampu, pencucuk, insaflah wahai orang tua yang tidak sedar diri..juga azalina dan hishamuddin yang tak berapa menjadi tu…urus mh370 sekerat jalan, cium keris konon dan kata akan cari mh370 sampai bila bila…pigi dah buat malu datok nenek moyang keluarga onn saja
    Asalamualaikum……

  29. HBT456 Mar 12,2016 3:52 PM

    35. Prince harry got caught drunk having in ny.

    40. Did you read comments on cursing him to death?

    41. https://en.m.wikipedia.org/wiki/Rajiv_Gandhi

    42. I for sure do not want the children of our pm ended this way.

    43. Why?

    44. Thanks to 5 prinsip rukun negara.

  30. Sri Sense Mar 12,2016 2:49 PM

    Tun

    Anatara berita menarik baru dibaca

    Petitioner to remove Najib’s portrait in UK varsity facing online threats

    https://sg.news.yahoo.com/petitioner-remove-najib-portrait-uk-030018964.html


    Restore Mahathir to Petronas, says Surendran

    http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/03/12/restore-mahathir-to-petronas-says-surendran/

  31. Sri Sense Mar 12,2016 1:47 PM

    Salam Tun

    Hari ini beli newspaper Star, frontpage terpampang gambar Tun. Sedih rasa tengok heading, walaupun dah tau a week ago nama Tun tak ada dalam Petronas new line-up. 🙁

    Tiba2 terasa bagaimana Tun dipermainkan, disendakan oleh mereka2 yang tak kenang jasa dan mudah sangat menabur janji serata tempat. 🙂

  32. wajaperak Mar 12,2016 9:32 AM

    Assallammualaikum Tun.
    Saya mohon ruangan.

    Madam Housewife.

    Saya menghormati anda kerana kadang-kadang puan nampak apa yang biasanya ‘tersirat’.
    Tetapi di masa yang sama kebanyakkan kita lupa melihat aspek ‘mikro’ yang menentukan ‘outcome’ iaitu ‘makro’ sesuatu aspek.
    Contoh paling mudah ialah penggunaan ‘variables’.Kebanyakkan kita tidak melihat aspek sumbangan kepada yang menyumbangkan..The contributing factor.
    Kita mahu menumbangkan najib dan kesemua konco-konconya..Tetapi..
    Masih terlalu ramai yang menyokong najib secara langsung dan tidak langsung.
    Mengapa?

    Terpedaya..atau mengikut Imam Ghazali sebagai gharar.

    Orang-orang awam yang kita harapkan ‘Tidak akan dan TIDAK PERNAH AKAN’ bangkit tanpa sebab dan musabab yang ‘betul’ mengikut akal fikiran yang mampu mereka fahami.
    Sejarah dunia telah membuktikan begitu.
    Hanya pemimpin yang hebat dan ‘keramat’ sahaja yang dapat menggerakkan rakyat dan harapan sebegitu belumlah akan tercapai di masa yang dekat ini.

    All resident and Malaysian citizen must come together for the common cause to undo this ail by simple sense that najib is worsening our daily life.
    Do this by heuristic proportion.

    TO WHOM IT MAY CONSCIENCE..

    WHERE??

    WHERE IS YOUR CONSCIENCE??

    Terima kasih Tun.

  33. rakyatmy2020 Mar 12,2016 9:26 AM

    Simple rules why American target Saddam and Gaddafi, both of them are weak and corrupted. Why not Iran or Arab, because they are stronger. By all means the intention is to have a foot hold in Middle East. Secondly is to dispose outdated military weapons. Third is proof how capable they are as super power. The strategy is to make kios and let the Islam fight with the Islam.

    Let’s not forget American have no present in South East Asia. You may not believe because there are less kios to have an excuse for American to send their troops. There is no hate among the neighboring countries and no history of serious war.

    Everyone know Asia is the growing in world market. Why should American miss out the bandwagon ?

    Najib visit to US recently is no really a good sign, bring back the idea of Apple Research Centre and Tesla electric car.

    Apple is a sinking not coping well with the rivals. Look at the market how much they have suffered in the recent Apple product release.

    Malaysia is an oil producing country, promoting electric cars is just no right. Bear in mind each of this super Tesla X cost more than RM500k.

    Just afraid to imagine what is the intention for Malaysia to stay closed with American and Arab. Is all about selling the Tun Razak Exchange, I guess.

    If American troops does arrive Malaysia one day to topple Najib, it will be his own fault. We Malaysian must prevent it to happen.

  34. WandyCaswady Mar 12,2016 8:55 AM

    Sy asal nya dari tanah yg busuk dan mani yg hina.. dan tidak dilahirkan dlm keluarga yg berkuasa. Kerana telah ditakdirkan Tuhan bahawa setiap nyawa akan melalui kehidupan dan rasa yang berbeda…

    Apa yg ingin saya kaitkan disini adalah…
    Janganlah sekadar menjadi simbol negara yg membawa keris. Menjadi lambang agama untuk Negara Islam Malaysia…

    Padahal kadar rasuah di Malaysia adalah yang salah satu yg tertinggi.

    Di akhirat kelak… Amirul Mukminin Saidina Umar yang hebat dengan keperibadian beliau… Takut benar akan apa dijawabnya apabila ditanya oleh Tuhan kelak…kerana dia adalah salah seorang pemimpin… Yang akan menjadi orang yg terawal ditanya di padang mahsyar…Walaupun beliau dijamin memasuki syurga… Beliau tetap bekorban sehingga membawa sendiri gandum ke tempat yg jauh… Memasak untuk rakyatnya… Menyuapi anak-anak miskin dgn tangan sendiri… Membawa khadam yg menaiki keldainya sehingga sampai ke pintu Palestin… Kerana janjinya bahawa satu tempoh bacaan Yasiin utk setiap seorang dan termasuklah keldai itu sendiri…

    Apakah amalan beliau melangkaui lisan beliau?

    Ingatlah… Dia hanya membawa tongkat dan bukan nya keris…

    “Perlu ada keredhaan Allah dlm amalan kalian.
    Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu,
    Maka itu tidak penting.
    Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak,
    Maka ia tidak memberi kesan pun.
    Kerana itulah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan hidup dalam khidmat dakwah ini” (Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam Bin Ab Rahman)

  35. faridina Mar 12,2016 8:51 AM

    Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    Sesungguhnya Tun masih relevan dalam mencorak senario politik tanah air tercinta.

    Mulanya mereka kata tiada impak apabila Tun keluar UMNO buat kali kedua tetapi setelah Tun berjaya mengumpulkan beberapa individu berprofil tinggi dengan pelbagai latarbelakang, pelbagai ideologi, dan pelbagai bangsa yang bersatu menolak rejim Najib maka mulalah mengelupur semuanya ibarat cacing kepanasan.

    Deklarasi rakyat bukan sahaja boleh dijadikan kayu ukur tahap kebencian rakyat terhadap Najib malah sekiranya Najib masih enggan melepaskan jawatannya maka data-data dalam DR dapat diselaraskan dengan baik dan teratur bagi menumbangkan kerajaan sedia ada bila tibanya PRU 14 kelak.

    Satu kajian kemudiannya harus dilakukan untuk mengenalpasti kawasan2 parlimen yang dimenangi BN dengan majoriti kecil serata negara bagi mengagih-agihkan pengundi2 dalam DR ke kawasan berkenaan.

    Tumpuan kedua pengagihan pengundi2 DR ke kawasan TPM dan menteri2 kabinetnya didahului Zahid, Kunan, Hishammudin, Nazri Aziz, KJ, Ismail Sabri, Azalina, Salleh Keruak, Rahman Dahlan, Ahmad Husni, Anifah Aman, Hamzah Zainuddin, Mahadzir Khalid, Jamil Khir, Tok Pa dan lain2.

    Tumpuan ketiga ialah di kawasan2 parlimen yang ditandingi Timbalan2 Menteri sebagai contoh Mad MustLearn, Nur Jazlan, Aziz Kaprawi, Mas Ermieyati, Johari Baharom, Tajuddin Rahman, Johari Ghani, Reezal Merican dan lain2.

    Tumpuan terakhir ialah di kawasan2 parlimen yang ditandingi ahli MT UMNO dan tumpuan khas pada Azeez Rahim, Annuar Musa dan Puad Zarkashi (memang dah kalah pon! Besarkan majoriti kekalahannya lagi).

    Buat Pee M biarkanlah orang2 kampung di Pekan berpeluang jadi jutawan dan lawannya mungkin AJK PAS tempatan sudah memadai. Biarkanlah beliau seorang sahaja yang menang sehinggakan nak jadi Ketua Pembangkang pun tak layak!

    Bagi semua kawasan parlimen yang dimenangi BN sebelum ini satu persefahaman dengan pembangkang mesti dicapai di mana sebolehnya calon2 satu lawan satu hendaklah terdiri dari calon2 bebas dari kem Pro Tun di ketuai Muhyiddin diikuti Mukriz, Shafie Afdal dan lain2 muka baharu seperti Khairuddin Abu Hassan dan ramai lagi di luar sana.

    Akhirnya tinggallah pahlawan bugis keseorangan dalam parlimen dan dialah sebenarnya akan mengelupur ibarat cacing kepanasan keseekoran hahaha atau mungkin sesudah mendapat perkhabaran tak jadi ke parlimen tapi terus balik ke kampung kedua di Kazakhstan huhuhu.

    Alangkah seronok kalau apa yang diramalkan di atas benar-benar terjadi namun tidak mengapa kita hanya boleh merancang Tuhan yang menentukan. Amin Ya Rab.

    Wasalam Tun.

  36. rakyatmy2020 Mar 12,2016 8:49 AM

    The truth will prevail and those convicted with be punished.

    It is in the hands of the 23 millions ordinary Malaysian to decide the future for their kids.

    The world leaders are talking about climate change, sustainable energy, peach and humanity.

    Malaysia ruling leaders are talking about billions infrastructure projects, millions in their bank account and what car they are driving.

    Handling of Altantuya murder was an embarrassment, showing the dark edge of police and justice system.
    Handling of opposition leader was an embarrassment, showing how naive DNA evidence can be manipulated.
    Handling of MH 370 disaster was an embarrassment, showing how clueless the ministry and military.
    Handling of 2.6b corruption was an embarrassment, showing how corrupted is the government.
    Handling of sugar, rice and flour business was an embarrassment, showing how greedy the government.

    It is all sum up, who is the PM?

    Someone must write a book about our PM and PMs.

  37. WandyCaswady Mar 12,2016 8:22 AM

    Was it wrong or Haram about Non Confidence Motion…

    Wahai para UMNO yang tidak reti hendak berfikir… Mahupun yang atasan mahupun bawahan… Yang memaki dan bertanya kenapa Tun membuat Deklarasi ini… Sampai tv jadi batu api…

    All of you are well known n educated about politics and economy… Even some of you writer and readers… Have degree, master n even PHD….

    Iffffffffff

    Non Confidence being made last time…

    During Tun are all alone….

    This Deklarasi will never happen….

    And to all umno who members….

    Why do ask Tun Mahathir in television?

    Cant you just called him through phone

    Asking him personally…

    Why you do this n why you did that?

    Why the cheap public stunt?

    Cant you all think simple n talk in normal please….

    Used your brain UMNO members n Tun supporter n Tun haters…..

    Orang islam yg utama adalah orang islam dan orang-orang lain nya… Terselamat dari lisan dan perbuatan tangan nya…

    Sedangkan lisan pun tidak selamat

    Apatah lagi perbuatan tangan….

    Wassalaam

  38. WandyCaswady Mar 12,2016 8:10 AM

    No one dares to answer my simple question…

  39. musato Mar 12,2016 7:21 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Tun seorang negarawan yang hebat. Mungkin ini hanya sedikit ujian cuma jika dibandingkan dengan selama Tun mentadbir negara.

    Tetapi itu dengan adanya kuasa. Namun kini tanpa kuasa, saya rasa sedikit dari komen saya mungkin dapat menyemarakkan lagi perjalanan hidup kita.

    Saya tidak punyai apa apa petua untuk melalui dengan apa yang saya pernah lalui, melainkan menjadikan kisah Nabi Sulaiman a.s sebagai iktibar dan panduan (mengikut pengalaman perjalanan masing masing).

    Bahkan kehidupan kita sebagai umat Rasulullah s.a.w juga terangkum dalam semua kisah kisah para Nabi dan Rasul sebelum Rasulullah saw.

    Semoga apa yang ditulis mengingatkan saya sendiri dan orang lain pada Allah swt.

    Salam sejahtera ke atas Rasulullah saw.

    Tiada Tuhan Yang Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah pesuruh Allah.

    Iya, ini juga satu nikmat. Nikmat yang pernah dilalui.

    Terima kasih Tun.

  40. sibotak Mar 12,2016 2:29 AM

    Two suspected serious case against Najib
    Was let off without thorough investigations

    First the Murder case of Altanyantul
    It was’nt a solid evidence
    Merely compositions and assumptions
    No physical evidence is found against Najib
    To me it’s a Dream of Opposition

    1MDM , Najib was caught with knife in his hands
    Physical evidence of money transferred to his account
    Abodes Swiss AG report and WSG reports are no assumptions
    What qualified Malaysia AG to just let him walk away just with Najib confessions
    These is a Betrayal on part of PM and AG towards the Democrat ion ,towards Malaysia
    Worst than Communists system

    We have Voiced
    They are not listening
    They have 2 choice now
    Another 2 Years Najib will lead Malaysia in a very Low Morale Government
    After the next PRU , not only Najib
    The rest of UMNO minister that will lost their Seats will also pack their Bags
    Having the next ruling party
    With the Democratic key
    We will open every wardrobe of Najib to be expose
    Proper Law Enforcement will be in place

    2nd
    I do not think Tun petitions will work
    My views is it possible to forward theses matters to International Court of Justice

    It’s not just of Najib
    It’s about the in secured Govt system we are facing nod this cannot continue

    How are Malaysia to moves forward
    If there is not just no chemistry between us ,the Government as One Malaysia
    It’s a trembling situations
    No beauty will come out of it

    Do not blame Tun Mahathir and the many unhappiness
    Blames Najib Own Stupidty to Bank in to his own personal account
    A man of his post regardless of what he thinks right
    Is very Wrong

  41. Hajar Mar 12,2016 1:00 AM

    Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    1. Rejim Najib tamatkan khidmat Tun sebagai Penasihat Petronas. Ini baru permulaan.

    2. Bukankah dulu Tun sudah letak jawatan?

    3. Ini mesti hasil dari desakan para pembodek PM Najib @ Ah Jib Gor supaya semua jawatan2 Tun M dalam GLCs dilucutkan. Desakan bod*h memang DSN akan ikut.

    4. Agaknya siapalah kaki ampu/ songlap / pembohong/ kaki ’tidur’ yang akan dilantik untuk menggantikan Tun.

    5. Mereka lupa yang apa2 nikmat dan kemudahan2 yang mereka kecapi hari ini dan kebanyakan GLCs yang BERJAYA termasuk Petronas adalah dari hasil kerja keras dan komitmen Tun Mahathir semasa menjadi PM selama 22 tahun (dengan izin Allah S.W.T.).

    6. Apa yang sekarang di ’songlap’ dan dibelanjakan dengan boros oleh rejim Najib adalah hasil penat-lelah Tun yang bekerja tanpa mengira masa/tenaga semasa Tun PM Malaysia.

    7. DSN sebagai PM tiada apa2 sumbangan ’significant’. Apa yang beliau TAHU buat ialah meleburkan/melesapkan wang dan harta rakyat/negara yang majoritinya dikumpulkan oleh Tun M.

    8. Rejim Najib tidak tahu menjana pendapatan dengan cara TIDAK MENYUSAHKAN rakyat. Mereka cuma tahu MEMBEBANKAN rakyat dan ‘buat hutang’. Memang hampeh!

    9. Rejim Najib masih dalam penafian, dan tidak tahu menghargai apa yang Tun M telah sumbangkan kepada Negara dan rakyat. Mereka ingat Malaysia boleh berada pada tahap ini cuma selepas DSN jadi PM selama hampir 7 tahun.

    10. Rejim Najib sedang memusnahkan saki-baki ‘harta warisan’ peninggalan PM-1 sehingga PM-4.

    11. Saya jadi begitu meluat melihat mereka yang LUPA DIRI dan tidak tahu mengenang budi ini.

    12. Semoga usaha Tun M dll. dalam gerakan menyelamatkan Malaysia berjaya menyingkirkan Ketua pengkhianat (DSN) negara dan juga pengkhianat2 lain dalam rejim Najib.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  42. HouseWife Mar 11,2016 11:30 PM

    Assalamualaikum Tun,
    DSN dan hulubalang2 dia dan puak Umno memang kepala dan hati BATU! Tidak mempunyai sifat mulia dan berterima kasih langsung. Begini cara mereka aniaya Tun yang berjasa kepada Negara, Bangsa dan Agama. Tun majukan negara Malaysia sehingga dikenali diseluruh pelusuk dunia selama 22 tahun menjadi PM Malaysia dan sehingga sekarang dengan kerja keras Tun, hingga senang dan kenyang kehidupan orang2 Umno. Tun tak pernah memalukan negara. Tun tak pernah bankrupkan negara. Apakah jenis manusia mereka ini?

    Sudah dibilang Tun, kerajaan sekarang adalah Kerajaan Najibsia, bukan Malaysia, seperti juga Umno Najib. Bukan kerajaan demokratik BN dan juga bukan kerajaan Rakyat Malaysia. Kerajaan sekarang ini adalah kerajaan untuk kaum kerabat UMNO sahaja, kerajaan tyranny! Kerajaan yang suka menghukum orang2 yang menegak kebenaran. Tak suka orang ini itu buang, tamat perkhidmatan, tamat dan halang rezeki mereka! MasyaAllah! Apa sebab? Takut? Mungkin banyak yang Tun dapat cungkil kalau Tun berada dalam agensi kerajaan Najibsia?
    Mereka ingat besar kuasa mereka nak tarik rezeki Tun atau sapa2 secara KEJAM! Tak beri notis ka? Ini sungguh tidak adil. Takpe Tun, Allah Maha Adil. Allah yang menentukan rezeki Tun. InsyaAllah akan ada insan2 yang berhati mulia akan tuntut keadilan untuk Tun.

    Mereka ni dah gelabah Tun. Mereka ni dah hilang akai dan arah agaknya. Kenapalah puak Umno ni tak faham2 atau buat2 tak faham…sebab nak selamatkan Boss dan diri sendiri ka? Yang mencipta isu2 ini sapa? Isu Jlow? Isu 1MDB? Isu RM2.6billion? Isu Pak-pak Arab? Isu kebas duit TH, KWSP,KWAP dan entah tabung2 negara mana lagi untuk kambus hutang2 DSN? Isu GST? Isu buang tukar AG? Isu buang tukar pegawai SPRM? Isu buang tukar PAC? Isu tarik balik subsidi2? Isu tol, pengangkutan naik? Isu harga barang2 naik (sapa kata ada gst harga barang akan turun)? Isu malang lady Mongolia? Semua isu-isu ini sapa bikin? Zaman sapa?

    Tun, sekarang ini mereka main spin sini spin sana isu2 ini dan penyelewengan kuasa DSN menjadi ia isu bersengkongkol dengan DAP…nak jadikan isu perkauman?
    Mereka sudah silap langkah dan tak boleh patah balik. Dengan keangkuhan dan kemegahan mereka dabik dada seolah mereka berjaya menakut-nakutkan rakyat tak kira bangsa dengan tindakan2 dan statement2 reckless dan desperado mereka. Mereka telah bermulakan ‘perang’ yang tak sepatutnya berlaku. Saya risau Tun nanti ada yang ‘terlalu tak bijak guna akai’ merekacipta ‘ribut dan taufan’, hanya semata-mata nak tunjuk hebat. Sekarang ni pun mereka dah tunjuk hebat dengan bersikap biadap dengan Tun. Saya memang tak dapat maafkan mereka.

    Umno+BN=democratic Malaysian government=Serve and Protect the People.
    Shouldn’t this be so Tun? Do Malaysians feel equally served? Do Malaysians feel equally protected?
    What do you expect Tun, when a large section of the population lives in poverty and when they have less and less money. Where there’s poverty, the mafia and gangsters arrive, smugglers, the cruel and the predatory thrive amid sorrow. Kemiskinan dan kemelaratan…kenapa ia masih berlaku pada zaman ini Tun? Susah payah kehidupan ORANG BIASA selalu tidak dipedulikan, HANYA diingat pada pilihan raya. Berapa ramai Sellamah di Malaysia sekarang ini Tun? Is everything fine? Everything is fine, says DSN. But then why a large section of the population are crying out loud in anger, in despair? Do they still have faith and confidence in the government of today Tun? One thing that must de done away is ‘pilih kasih’. I believe the YBs, the ketua bahagian, the Penghulus or whoever holds the net of economy knows pretty well what this mean.

    Tun, let them come out in droves and burst aimlessly solely to defend the wrongs and the injustices done by them. You have THE PEOPLE behind you.
    May Allah Bless you Tun. May Allah Protect you Tun. May Allah grant you great wealth in health, happiness and knowledge.

  43. Ali Akbar Hashim Mar 11,2016 11:09 PM

    Dear Sir,

    So they take you out from Petronas

    Please do not loose focus and I believe you are stronger than Saddam Hussein

    If you can say good bye to a Prime Minister post of 22 years, this position in Petronas is nothing

    Anyway anything in this world is not last

    Sooner it is a payback time

    Please rise all Malaysian citizens, Sabah, Sarawak, Felda settlers, rich and poor to support Dr Mahathir

    Sir,

    I and family are behind you throughout until Party Najib defeated

  44. WandyCaswady Mar 11,2016 10:42 PM

    Apakah salah dan tidak pernah dibuat kah “Undi Tidak Percaya”

    Sebelum mana2 politician atau rakyat mahupun ustaz umno atau pas yg mahu menulis…budak kecil yg belum baligh sekalipun…

    Apakah salah dah tidak pernah dibuat orang “Undi Tidak Percaya” ini?

    Jazakallah khairan kathira…

    Maaf Tun… Kerana mencemari blog Tun…

    Assalamuaalaikum…

  45. WandyCaswady Mar 11,2016 8:39 PM

    Sejak bila TV3 jadi tempat iklan? Sejak bila… TV3 jadi iklan untuk bank?

    Sejak bila?

  46. joetamchi Mar 11,2016 5:36 PM

    Jubah laboh warna putih…
    Baju melayu merah jambu…..
    harap mata tidak berputeh..!
    Demi Rakyat, sanggupkah bersatu.?

    #bubarparlimen

    *
    HuhuHihiHaha
    KemahKemihKemuh

  47. farz Mar 11,2016 1:43 PM

    Tun,

    Assalamualaikum. Pada mula-mulanya apabila Tun mengumumkan keluar dari UMNO, terdetik di hati saya, Tun takkan keluar tanpa perancangan tindakan seterusnya. Dan seperti yang saya jangkakan, memang Tun melakukan sesuatu yang di luar jangkaan dan amat ‘original’. Walaupun saya teramat tidak selesa dengan DAP, tapi saya memahami ianya perlu dilakukan bukan untuk tindakan peribadi atau menyelamatkan mana-mana pihak, tetapi hanya untuk menyelamatkan negara. Saya yakin dan percaya tindakan Tun bukan untuk agenda peribadi atau meraih populariti. Saya masih melanggan Utusan Malaysia walaupun saya dah lama tak membaca ruangan politik semasa. Tetapi sekilas pandang, setiap hari ada sahaja kutukan dan kejian terhadap Tun. Utusan Malaysia yang pada suatu masa dahulu merupakan sebenar-benarnya cetusan hati rakyat kini hanya tinggal kenangan kerana ia lebih merupakan kempen menyelamat Najib dan kuncu-kuncunya. Biarkannyalah mereka kerana saya percaya Tun di landasan yang benar cuma saya masih cuak dengan suku sakat Lim, Ambiga dan Anwar. Saya yakin Tun juga akan dapat kepercayaan majoriti rakyat Malaysia jika Tun juga dapat sokongan terbuka dari para ulamak (tak semestinya PAS), NGO dan sebahagian Sultan (tak semua atas sebab-sebab yang amat ‘obvious’). Semoga Allah s.w.t memberkati perjuangan Tun dan melindungi Tun sekeluarga.

  48. aminhassan Mar 11,2016 12:58 PM

    Matlamat menghalalkan cara, kata dato annuar musa,

    Kalau dah makanan tak ada, tinggal babi dan anjing je yang ada, adakah kita nak makan atau nak berserah mati (maaf pada yang bukan islam, ini hanya merujuk pada muslim yang diharamkan memakan anjing dan babi)

    Pada ketika situasi itu, maka halal kita makan, malah wajib untuk kita makan, demi mengelakkan perkara lebih buruk berlaku

    Pada ketika semua saluran telah ditutup, maka mana sahaja ruang dan peluang wajib dilaksanakan, walaupun diharamkan utk dilalui

  49. WandyCaswady Mar 11,2016 12:04 PM

    Mana jawapan saya wahai para cikgu yg dihormati sekalian?

  50. Sri Sense Mar 11,2016 10:02 AM

    Salam Tun

    Antara berita menarik online

    Save Malaysia Movement to crowdfund, won’t accept money from tycoons, says Zaid

    https://sg.news.yahoo.com/save-malaysia-movement-crowdfund-won-111700486.html

    Zahid: Management committee and disciplinary board to decide Ahmad’s fate

    http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/03/11/umno-mulls-action-against-exmb-zahid-management-committee-and-disciplinary-board-to-decide-ahmads-fa/

    Fears over Tabung Haji test Najib’s support base

    http://www.msn.com/en-my/news/national/fears-over-tabung-haji-test-najib%E2%80%99s-support-base/ar-AAgANpV?li=AAaD62f

    hmmmm 😐

  51. Sri Sense Mar 11,2016 9:42 AM

    Salam Tun

    Terjumpa pulak ikrar Najib semasa pemilihan tahun 2009 🙂

    TAWARAN SAYA SEBAGAI PRESIDEN UMNO

    Saya akan mempertahankan ketuanan Melayu sehingga ke titis darah yang terakhir sekiranya saya mendapat mandat Perwakilan Umno sebagai Presiden Umno pada Pemilihan Mac 2009. Inilah janji dan ikrar saya kepada Almarhum ayahanda saya sebelum beliau meninggal dunia.

    Saya akan membentuk Majlis Penasihat Presiden dengan dianggotai oleh tokoh-tokoh Umno yang telah bersara terutamanya bekas Perdana Menteri bagi menghargai pandangan dan idea mereka dalam membawa negara mencapai Wawasan 2020. Saya akan memastikan bahawa keluarga saya tidak akan terlibat dalam perniagaan atau campur tangan dalam urusan pentadbiran negara. Saya akan menunaikan tanggungjawab saya tanpa sebarang pengaruh negara luar.

    Kita sedar bahawa BN agak tercalar sedikit dalam keputusan Pilihanraya Umum Mac lepas. Saya akan melakukan apa sahaja bagi mengembalikan kegemilangan Umno dan Barisan Nasional. Saya tidak akan teragak-agak untuk menggunakan apa cara sekalipun bagi menghapuskan elemen-elemen perosak kestabilan dan keamanan dalam negara.

    Akhir sekali saya ingin menyatakan kesediaan saya untuk bekerjasama dengan mana-mana pemimpin Umno yang mendapat mandat Perwakilan Mac depan. Masa depan bangsa yang bersifat “Glokal” akan terus megah berdiri dalam mengharungi arus globalisasi.

    Kepada Tuhan saya berserah!

  52. Ali Akbar Hashim Mar 11,2016 9:22 AM

    Dear Sir,

    I and family have signed the citizen declaration through Datuk Kadir blog

    Anyway I DONT SEE ANY BIG IMPACT ON THIS EFFORT

    Party Najib in whole belittling this movement and they know it can never work

    I see lots of arm chair critic supporting you lately

    You do not have a General in this war

    Even you son’s and Muhiyiddin are super soft

    It is unimaginable they still in the Party Najib and not resign

    They already unwanted and humiliated by Party Najib but still begging support from Party Najib

    Ridiculous!!!!

    Party Najib can be defeated

    It is not far

    Now opposition are controlling 87 seats in parliament from 222 seats

    I would say it again stay united under one party, disband, deregistered DAP, PKR, and all small parties

    United Under one party

    Get a political donation from a generous donors from all over the world

    Party Najib can be defeated

    You can do it and you are not far from it

    Is is a payback time

    We gonna teach them a good lesson, good and proper, till they never forget to the last breath!

    But

    If you and oppositions are not united chances are very slim

    They will not pissed on your grave but piss direct on your head while you alive!

    They know they got majority and power in their hand, with that power can crushed anyone to dust including you

    It hurt me so much when Puad Zarkashi said you are begging from the oppositions

    It is like a double slaps to my right and left face!

    Prove me wrong Sir

    You will never give up and win this war!

  53. HBT456 Mar 11,2016 8:07 AM

    23. http://www.straitstimes.com/asia/east-asia/north-korea-orders-all-south-koreans-to-leave-kaesong-immediately-declares-it-a

    24. The mom of current president of south korea was shoot to death by north korean where she was a little girl.

    25. If ds wan azizah succeeded in becoming the pm with the back up of tdm after he quit umno, what will happen?

    26. If I am the children of tdm, if my daddy and mummny left the organization, I will leave without questioning because pkr wins mean umno loose.

    27. Release dsai or not, its up to umno supreme council and the malay rulers.

    28. If you are not malay and moslem, why get involve?

    29. It is umno baru that changed the security law to protect umno at putrajaya via appointment of ag.

    30. If you are not malay, bumiputra or moslem, why join their wagon?

    31. Wawasan 2020 is ultra.

    32. It was built via money politics through lobbying behind the people based on skin color and religion.

    33. Even ijm went into property development, not research and development of the field itself.

    34. What do you expect if pkr wins as the pm?

  54. HBT456 Mar 10,2016 9:49 PM

    15. The cash of myr30 million awarded by the syariah court to the ex daughter in law of ex cm sarawak, mca, please dont accept as donation on behalf of the chinese community.

    16. If pas wants to implement public canning on women for adultery like aceh, let it be.

    17. Why fight for them mca wanita?

    18. You think they will thank you?

    19. Lim kit siang can merge with tdm because of his son is cm.

    20. Similarly, tdm said why his children cannot be billionaire.

    21. Pak lah sil is youth minister, and dsn son also can have this special previledge too since they are moslem, right?

    22. You want to be rich, go do business, dont join government.

  55. WandyCaswady Mar 10,2016 6:36 PM

    Assalamuaalaikum… Saya lupa…

    Apakah ada masalah sekiranya parlimen cuba untuk buat undi tidak percaya untuk menilai kesahihan sokongan Datuk Seri Najib iaitu Perdana menteri kita untuk mengelak syubhah dan keraguan sesetengah pemimpin dan rakyat…

    Saya ulangi… Apakah ianya salah? Melanggar undang2 kah?
    Mana perginya speaker?
    Mana perginya microfon?

    Saya cuma ulangi soalan ini… Kerana negara maju yang lain pernah buat dan dah banyak kali buat… Bahkan sehingga ada menteri umno yang lain mengatakan bahawa perkara ini adalah norma… Jika dibuat pada waktu Mukhriz dahulu di Kedah…

    Australia juga pernah melakukan nya…

    Jadi… Apakah salah sekiranya kita(Malaysia) cuba utk membuatnya kali pertama…
    Tidak ada masalah bukan? Jika PM menang? Seperti yang telah di war warkan dalam kaca tv… Kepujian kepimpinan Datuk Seri… Jadi…

    Untuk kali terakhir sebagai individu muslim dan salah satu rakyat Malaysia yg tinggal di dalam negara ini…

    Apakah salah dan tidak norma?

    Undi tidak percaya…

    Saya percaya… Datuk Seri Najib berani dan akan menang dan tidak apa-apa jika ianya berlaku…

    Kerana dia yakin bukan?

    Pahlawan Bugis bukan?

    Wassalaam….

  56. RD. Mar 10,2016 6:30 PM

    Saya banyak bercerita dengan ramai Melayu mengenai keputusan Najib menghantar Tentera ke Arab Saudi. Apa yang paling saya terkejut, hampir kesemua mereka setuju tentera kita membantu Arab Saudi berperang dengan Syiah Houthi di Yemen.
    Saya kata bagaimana pula dengan Zionist yang menindas orang Palestine. Dengan Zionist pun nak lawan. Dengan Syiah pun nak lawan.
    Yang paling saya terkejut bila mereka kata, musuh nombor satu bagi kita adalah Syiah. Malah ada yang mengkafirkan Syiah.

    Saya harap Melayu tidak jadi terlalu jumut. Zaman Nabi belum ada Syiah & Sunni. Jika Nabi masih hidup pun, sudah tentu dia terkejut bila ada Melayu yang berkata; “lawan Syiah adalah satu jihad”. Kafir-mengakir hanya merugikan Islam.

    Dulu Amerika dengan bantuan Arab Saudi, mengebom Iraq/Libya dan membunuh Saddam/Gaddafi….akibatnya, hari ini Iraq & Libya dikuasai Syiah…..ketika itu (2003~2006), sudah tentu Melayu amat bencipada Amerika yang secara tidak langsung menyebabkan bunuh Saddam & Gaddafi dibunuh kejam.

    Setelah Puak Sunni di Iraq & Libya hilang kuasa & terpinggir, muncul lah IS atau Daesh. Kemudian Amerika & Arab Saudi membantu pula IS untuk menjatuhkan Hafez Assad di Syria yang berfahaman Syiah Alawite.

    Masih tak nampak bagaimana Amerika dengan bantuan Arab Saudi, cuba melaga-laga dan menyemarakkan permusuhan Sunni-Syiah?
    Saya bukan Syiah. Saya Islam Keturunan. Jika Saudagar Arab yang datang ke Nusantara, 500 tahun dahulu, berfahaman Syaih, hari ini orang saya juga akan jadi Syiah.
    Walauapa pun mahzab saya, saya tak setuju pengikut Rasullulah berbunuhan sesama sendiri yang hanya menguntungkan Amerika & Zionist. Kedua-dua Sunni & Syiah sudah tentu akan beli senjata dari kafir untuk berbunuhan sesama sendri. Tak ke bodoh memperkayakan Negara Kafir sambol berbunuhan sesama-sendiri.

    Oleh yang demikian, lebih baik Malaysia berkecuali. Jangan terikut-ikut Kerajaan berRaja Arab Saudi. Mereka hanya mementingkan kelangsungan ‘Takhta, Kuasa dan harta’ mereka saja.
    Bagi Pemerintahan berRaja Arab Saudi, ‘terrorist’ adalah puak Houthi Syiah yang sudah berbaik-baik dengan Iran. Mereka takut Yemen yang berjiran, dikuasai Houthi kerana di sempadan timur Arab Saudi, didiami ramai Rakyat mereka dari puak Syiah. Oleh yang demikian Keluarga Saud amat takut jika Negara mereka beralih kuasa kepada Syiah, sama seperti Iran (selepas jatuh Raja Shah), kemudian Iraq (selepas Amerika mengebom dan secara tak
    langsung membunuh Saddam) dan Libya (Amerika juga menyebabkan Gadaffi di bunuh). Kuasa

    Keluarga Raja Saud banyak bergantung kepada ‘bantuan’ Amerika.
    Harus diingat, Amerika, Turki dan Arab Saudi lah yang membantu IS, secara senyap-senyap untuk menjatuhkan Hafez Assad di Syria.
    Oleh yang demikian, jika kita masuk campur pertelingkahan Pak-Pak Arab, bermakna kita telah terpedaya dengan taktik musuh Islam untuk melaga-lagakan supaya kita saling berbunuhan sesama sendiri. Bagi Amerika dan Zionist, kedua-dua, Sunni & Syiah adalah Islam. Ini terbukti, kerana Kaum Sikh yang berserban pun mereka benci dan ada yang dipukul di Amerika.

    Oleh yang demikian saya membantah keras, Kerajaan Najib menghantar Tentera kita ke Arab Saudi secara senyap-senyap, sama seperti beliau pergi bercuti Krismas, setiap hujung tahun.

    I hope the ‘donation’ had no bearing whatsoever on Najib’s decision to join that dubious ‘Coalition of Islamic Countries Against Terrorism’ coined by Saudi Arabia. Hence our participation in Northern Thunder military exercise.

    Maybe its hard for Najib to say no to the Saudis. If not, the Sauds might not go along with that donation claim.

    Whatever the reason Najib decided (on-behalf of the Rakyat) to join that stupid and senseless Arabic killings, I really hope the life of our boys would not be sacrificed, just to save the Saud’s Kingdom from Yemenis warriors.

  57. WandyCaswady Mar 10,2016 6:21 PM

    assalamuaalaikum…

    Oklah… Masa sudah pun panjang berlarutan… Bolehkah mana2 pihak yg boleh membuat nothing to hide 2?

    Berani kerana benar…

    Tp ini cuma cadangan

    Assalamuaalaikum…

  58. umranrc Mar 10,2016 6:10 PM

    Salam Tun,
    Anak Tun telah membuka cerita BN telah berbelanja sebanyak RM 1.5 billion untuk pilihanraya 2013.

    Fakta ini telah diperkuatkan lagi oleh pendedahan Ketua Menteri Melaka.

    Jumlah sebanyak ini adalah sekurang-kurangnya 14 kali lebih dari had maksimum yang dibenarkan oleh SPR.

    Perlanggaran undang-undang telah berlaku disini. SPR perlu bertindak.

    Adakah mungkin pilihanraya perlu dilakukan semula? Dan dengan ini segala ‘undang-undang’ baru yang diluluskan dari 2013 hingga kini dimansuhkan? Saya tidak pasti, harap dapat penjelasan dari Tun atau mereka-mereka yang lebih arif tentang ini.

    Terima Kasih Tun.

  59. milshah Mar 10,2016 5:18 PM

    Assalamualaikum Tun,

    Bagi saya, dan saya rasa bagi kebanyakan rakyat Malaysia, Tun telah memenangi hujah kenapa Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri dan perlu undur dengan sebeberapa segera. You have won the argument.

    Akan tetapi, masalahnya sekarang tidak ada banyak cara supaya seorang Perdana Menteri dilucutkan dari jawatanya.

    Antara cara-cara yang diketahui umum ialah Najib letak jawatan, Najib hilang majoriti dalam parlimen, Najib hilang jawatan Presiden parti dan Najib hilang sokongan majlis tertinggi.

    Ahli-ahli parlimen dan majlis tertinggi sokong sepenuhnya Najib.

    Disebabkan ini, Zahid berkata Najib perlu terus jadi PM kerana mendapat sokongan MT dan ahli parlimen.

    Benar, tetapi walaupun mendapat sokongan, tidak bermakna PM boleh buat apa sahaja dalam tempoh 5 tahun ini.

    Kalau ada kesalahan-kesalahan yang dibuat, walaupun dia PM, dia perlu menjawab dan bertanggungjawab bagi kesalahan-kesalahan itu.

    Nobody is above the law.

    Dengan ini agensi siasatan seperti AG, PDRM, BNM dan MACC perlu menjalankan dengan amanah. Jika tidak, itu juga merupakan satu kesalahan.

    Saya sedih melihat begitu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang sokong Najib. Dengan menyokong Najib, mereka telah menunjukan sikap buruk mereka menyokong secara membuta tuli. Antaranya ialah Rais Yatim, Hishamuddin, Zahid Hamidi dan Khairy Jamaludin, menteri-menteri besar, ahli parlimen dan ahli majlis tertinggi.Tidak kurang juga pemimpin yang berpaling tadah yang pada mulanya sokong Tun kemudian sokong Najib, seperti Ku Li.

    Dengan menyokong Najib, jelas mereka bukanlah mempunyai ciri-ciri seorang bakal Perdana Menteri. Bagi saya, seorang Perdana Menteri perlu ada sifat menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran walaupun menghadapi cabaran yang besar.

    They have all disqualified themselves as future PMs by supporting Najib.

    Saya juga percaya jika UMNO kalah pada PRU akan datang, ianya sesuatu yang baik bagi UMNO. UMNO telah hilang arah perjuangan. Perjuangan untuk rakyat telah bertukar kepada perjuangan untuk Presiden.

    Hanya apabila UMNO kalah sahaja, barulah kesemua pemimpin sedia ada dapat dibuang. UMNO perlu mengganti pemimpin sedia ada dengan pemimpin yang baik. Kalau tidak UMNO akan sentiasa ditolak rakyat dalam setiap PRU.

    Mulai saat ini juga, rakyat tidak boleh undi UMNO secara membuta tuli. Kalau mereka korup dan gagal membantu rakyat, jangan undi UMNO.

    Dengan ini barulah UMNO akan berubah. Bila dah kalah, barulah nak berubah.

    Saya harap Tun bersabar dan terus berjuang untuk agama, bangsa dan negara. I sokong sepenuhya usaha Tun.

  60. pakpandir08 Mar 10,2016 5:04 PM

    sekiranya imbas kembali blog-blog lama Tun, boleh nampak macam mana Tun mengecam DAP … yang secara langsung katakan DAP tidak boleh didekati sama sekali… macam-macam isu perkauman dipermainkan di blog sini, bagaimana pun DAP katakan apa yang mereka menyampaikan adalah atas hak rakyat …

    tidak kurang juga pembodek-pembodek turut menyertai dan melaga-lagakan isu perkauman … macam-macam istilah digunakan seperti DAPIG …

    TIBA_TIBA … sekarang pula Tun kata ini kerjasama atas peranan rakyat … pembodek-pembodek pun TIBA-TIBA tidak mengeluarkan istilah DAPIG, malah katakan Lim Kit Siang sangat hensem …

    bodek jangan tak membodek …. sekarang ini barulah faham apa maksud itu senjata memakan tuan …

  61. Hajar Mar 10,2016 3:21 PM

    Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    1. Saya harap PM Najib @ Ah Jib Gor dapat disingkir dari jawatan beliau secepat mungkin melalui gerakan ’Save Malaysia / Citizens’ Declaration’.

    2. Saya berdoa agar PENGGANTI beliau bukan penipu yang lebih besar (’a bigger liar’) dan bukan juga seorang penyangak lebih besar (’a bigger crook’) yang lebih rakus ’merompak’ duit / harta negara dan rakyat. Ini saja kebimbangan saya.

    3. Ada ramai di kalangan ahli2 politik (termasuk kroni2) yang sedang KELAPARAN menanti masa untuk membaham harta/wang negara untuk kepentingan diri sendiri (jika berpeluang).

    4. Hakikatnya, cuma ada segelintir saja pemimpin2 yang ikhlas berkhidmat kepada rakyat /negara.

    5. Lagi satu, Tun kena pastikan cuma individu yang ada reputasi BERCAKAP BENAR yang boleh dipercayai (tiada reputasi suka memfitnah) saja yang menjadi JURUCAKAP gerakan ’Save Malaysia’. Dan jangan ada yang mengambil kesempatan mempromosi agenda peribadi.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  62. sibotak Mar 10,2016 11:43 AM

    Seharunya
    Kehancuran Dunia Islam di Timur Tengah
    Malaysia , Indonesia , Brunei, Negara Islam Asia
    Bersepakat Bersuara akan Fitnah Fitnah yg telah menghancurkan Dunia Islam sekarang

    Fitnah inilah ug menghancurkan Dunia Islam sekarang
    Yg mengelirukan hingga Islam membunuh sesama Islam
    Saya yakin Fitnah ini dilahirkan olih Israel
    Mereka mendapat songkongan kuat dari Pemerintahan Bush Amerika
    Peristiwa Sept 11 adalah rekaan sendiri
    Ini pendapat CIA ,Bekas Intelligent mereka sendiri bukan dari saya

    Dan saya juga yakin Kezaliman pada Kaum Muslim Rohinga di Burma
    Juga dek hasutan Yahudi bagi melemahkan Dunia Islam
    Mereka sebenarnya takut dengan bayangan sendiri

    Yg lebih sedih umat Islam sendiri yg anggap perjuang perjuang Islam ini sebagai Terrorists .Bila orang Islam melawan , membunuh di panggil Terrorist
    Bila Yahudi ,Amerika membedil rumah kediaman , membunuh anak anak yg tak berdosa di panggil Democracy , Human Right , Pre empitve measures
    Benak juga Pemimpin Dunia Islam sekarang

    Bagaimana Negara Islam Asia bolih menyuarakan membela nasib saudara kita di sana
    Sedangkan kita mempunyai pemimpin yg lemah lagi Dayus
    Sedangkan Malaysia sendiri mempunyai Pemimpin sekarang yg amat mengecewakan

    Kalau saya orang Kaya
    Bermakna Saya juga Bijak
    Tak mungkin saya akan Dermakan kekayaan saya pada seorang Perdana Menteri
    Mungkin hanya Amanahkan , Ok masuk Akal

    Kan lebih Mulia dan Abdal
    Saya dermakan pada Anak anak Yatim , Janda janda muda ..eh yg tua juga
    Di Palestine ,Syria ,Iraq ,Libya dan banyak lagi
    Yg seharian hidup sensara
    Tiada makanan sempurna , merempat sana sini ,di halau ke hulu hilir
    dengan keadaan cuaca yg tidak menentu
    Daripada saya dermakan pada Jib & Family
    Kedua mempelai ini saya lihat
    Badan both Ok , Sehat Sejahtera
    Anak hidup mewah kesana kesini

    Islam di Fitnah
    Hingga Islam sesama Islam
    Tidak kenal Musuh mereka sebenar
    Mereka Keliru dek Fitnah dan Perperangan yg berlaku
    Di Timur Tengah Islam sibuk membunuh sesama
    Sikafir menghulur bantuan senjata untuk mempergiatkan lagi kezaliman sesama

    Di Malaysia kita sesama giat bertengang urat
    Si Penyagak Singa sibuk menjelajah Tanah Bumi kita
    Kita Lalai

    Kita Tidak Perlukan Pemimpin seperti Naji atau Pak Lah
    Kita perlukan Pemimpin seperti Bambang Yudorono ,Mahathir Ajinomoto
    dan sekarang Jokowi pun saya rasa Ok
    Terkini beliau berusaha menyatupadukan Ummah ,mempereratkan Siratulrahim sesama ummah

  63. Sri Sense Mar 10,2016 9:49 AM

    Salam Tun

    IMAO Wan azizah ini dari dulu sampai sekarang kempen nya nak selamat suami dan bunuh UMNO, kalau ada peluang nak selitkan kempen tersebut, dia sekeluarga akan masuk dengan rela. Kita boleh tengok ini dari statements yang keluar dari mulut mereka dalam akhbar2.

    DAP pulak dari dulu sampai sekarang its about taxpayers money, for that reason the working class and urban area loves them.

    PAS pula more about religion. I pernah saksikan orang PAS solat masjid itu maka orang UMNO tak nak masuk solat. I juga ingat satu insiden I baca dalam akhbar, dimana ada orang komplen pasal tak dapat lesen arak, and Nik Aziz jawab “I say drink till your stomach burst”. 🙂

    Mereka semua politician. Yang jelas sekarang masaalah Najib. I rasa malu dengan PM macam tu. Kalau zaman Tun orang Melayu rajin dan lumba2 nak jadi tauke besar. 🙂

    Zaman Pak Lah dah mula lembab. Zaman Najib tak boleh cakap lagi lah. Semalam I pergi supermarket, budak Melayu perempuan jadi cashier, cantik putih tapi kerja asyik bersembang dengan kawan bukan nak layan customer didepan. I rasa nak cakap, awak tau tak, haram makan gaji buta”.

    Walau apa pun tahan ke anda semua dengan Najib dan skandal2nya. Kalau tak tahan sila sain borang, https://docs.google.com/forms/d/1vuIKdnzoDln2d5_v07kz1vgUZByV4EILmecK7NjYh54/viewform?c=0&w=1

    link ini juga boleh didapati diblog kadir jasin

    **IMAO (in my arrogant opinion) 🙂

  64. Buddies_Man Mar 10,2016 7:39 AM

    Salam Tun,

    No worries Sir, what you have done is right.

    Depa dah goyang…sudah mau lari.
    Lepas tu goreng IS yang culik konon.

    IS nak culik ke sama2 penyamun?

    Apa punya turrrr…

  65. daeng Mar 10,2016 6:48 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Saya menyokong bicara dan alasan Tun ini.

    Alasan demi alasan Najib dan balacinya memang haprak dan tak masuk akal langsung.

    Apa yang Tun lakukan memang BIJAK dan WAJAR demi kebaikan negara dan keseluruhan rakyat Malaysia serta nama baik orang Islam umumnya dimata dunia.

    Segelintir minoriti pembodek Najib berfikiran sempit dan OTAK UDANG kerana mengejar “keuntungan” jangka pendek.

    Wassalam.

  66. joetamchi Mar 10,2016 2:33 AM

    https://youtu.be/fXXb1aiGoYA

    Meh blanja satu lagu
    Yg berkuasa, semakin celaru…
    Sengketa skarang ber penjuru …
    Begitukah juga bangsa melayu..?

    *
    SegiTiga tindan dua…
    Sekarang dh ada negara..!

    #kenapabagi #siapabagi

    Perang terjadi serata dunia…
    Secara proksi, kadangnya nyata…
    tanyalah hati, bukalah minda…
    siapa yahudi? siapa amerika?

    *
    Dpt ilmu blajar sejarah
    bumi dijarah…negara terjajah…!

  67. rakyatmarhain Mar 10,2016 12:38 AM

    Sekiranya senua ikhtiar selama ini masih gagal, mungkinkah rakyat Malaysia pula yang memfailkan saman kepada WSJ untuk mempastikan di manakah kebenaran sebenarnya. Pihak yang disebut oleh WSJ hanya mengeluarkan kenyataan demi kenyataan balas tetapi tidak berani mengambil tindakan undang-undang dengan pelbagai alasan. Rakyat Malaysia secara kolektif terpaksa menanggung bahana akibat pendedahan WSJ. Mungkin mereka benar, mungkin juga fitnah. Kita mahu kebenaran untuk bertemu penghujung kemelut ini. Biar mahkamah di luar negara buat keputusan apakah WSJ sebenarnya memfitnah atau mereka ada cukup bukti untuk mempertahankan diri dan biarlah dunia tahu apakah bukti-bukti yang mereka ada.
    Sekiranya 10 juta sahaja rakyat Malaysia mengumpul dana RM1.00 seorang, akan terkumpula dana RM10 juta untuk rakyat Malaysia membiayai kos guaman menyaman WSJ ini. Semua langkah dalam negara nampaknya tersekat. Rakyat mahu melihat Kebenaran dan keadilan. Apakah ada akta yang menyekat tindakan ini?

  68. faridina Mar 10,2016 12:30 AM

    Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    Sememangnya menarik topik kali ini untuk dikupas menyentuh antara dua parti etnik terbesar di Malaysia iaitu Melayu diwakili UMNO dan Cina diwakili DAP.

    Namun apa yang ingin disampaikan ayahanda Tun bukanlah parti tetapi individu itu sendiri yang juga seorang rakyat yang prihatin atas nasib dan halatuju tanahair tercinta di bawah rejim Najib.

    Sebelum saya pergi jauh pada hemat saya kalau arwah Tok Guru Nik Aziz masih hidup sudah barang tentu beliau akan turut berada di sisi ayahanda Tun sebagai seorang individu yang turut menolak Najib dan kehadiran beliau sudah tentu tidak mewakili PAS.

    Mungkin ramai antara kita yang telah menyaksikan rakaman youtube bagaimana TGNA pernah hadir atas kapasiti peribadi dalam majlis ayahanda Tun di Kota Bahru di mana TGNA adalah MB PAS ketika itu.

    Betapa beliau mengagumi ayahanda Tun sebagai satu-satunya insan yang berani dan lantang memerangi rejim zionis yahudi. Kata beliau walaupun berbeza ideologi tetapi tetap ada titik pertemuan yang menemukan kedua-dua insan istimewa ini.

    Berbalik kepada senario terkini apalah hendak dihairankan kerana banyak contoh yang menunjukkan betapa ramai Melayu hari ini menganggotai UMNO hanya untuk mencari kekayaan bukan atas sebab patriotik atau kecintaan pada negara.

    Saya pernah mengenali seorang kenalan 26 tahun dahulu yang pada ketika itu hanyalah pecacai atau macai UMNO istilah politiknya tetapi mempunyai azam yang tinggi untuk berjaya dalam politik dan berangan untuk mendapat gelaran Datuk di masa hadapan.

    Nasib menyebelahinya dan hari ini beliau telah bersara dari politik dan menjadi ahli perniagaan bergelar Datuk dengan hasil titik peluh berpolitik sambil mengumpul kekayaan.

    Apa yang hendak disampaikan di sini ialah ramai Melayu yang masuk politik hanya untuk tembolok masing2 dan mencari kekayaan bayangkan saudara tadi hanya setakat Setiausaha Sulit Kanan Menteri! Inikan pula Menteri, Timbalan Menteri dan sewaktu dengannya makan tak habis dua tiga generasi.

    Beza dengan orang Cina kalau nak cari kekayaan mereka akan ceburi perniagaan itu norma mereka.

    Bagi Cina yang ceburi politik mereka tidak akan mencari kekayaan melalui politik tetapi mencari keadilan, kesamarataan, kebenaran dan memperjuangkan hak-hak rakyat marhaen.

    Hati budi dan keluhuran mereka lebih terpancar dan 26 tahun dahulu juga saya pernah berkawan dengan orang Cina berusia lima puluhan juga di JB yang mengagumi sasterawan negara Usman Awang dan sanggup mengalih bahasa karya2 agung Usman Awang ke bahasa Cina.

    Individu bernama Kit Siang mengingatkan saya pada mendiang Lee Sau yang hidup sederhana tetapi sentiasa memperjuangkan kehalusan dan kemulusan sastera Melayu tanpa mengira perbezaan warna kulit.

    Sesungguhnya usaha murnimu ayahanda Tun akan menemui kejayaan dan bakulsampahkan sahaja komen2 buruk beruk2 UMNO yang bergelumang najis dan dosa Najib yang dah nazak atau Najib Nazak.

    Wasalam Tun.

  69. shahrul8281 Mar 10,2016 12:20 AM

    Salam ayahanda Tun,

    Puak2 najib skrg ni tengah menyalak mcm nmpk hantu..

    Berani kerana benar..takut kerana salah

    saya tetap menyokong tun dan berdiri teguh di belakang tun..dulu, kini dan selamanya

  70. WandyCaswady Mar 10,2016 12:00 AM

    Assalamuaalaikum orang islam dan sejahtera kepada yang bukan islam terutamanya Cina…

    Apakah seorang Mafia boleh berubah? Dan jika iya jika dia boleh berubah… Dah telah pun berubah dan menunjukkan sesuatu yang dinamakan kerjasama… Terutamanya bekerjasama dgn “Kayu” … Dan bukannya Yahudi atau Amerika Syarikat….

    Jadi persoalan saya… Siapa dan pihak mana… Dan siapakah yg menjadi batu api dalam perkara perkauman Cina dan Melayu?

    Btw .. saya anak cina dan anak orang melayu… Jadi salah ka Lim Kit Siang dan Tun Mahathir menjadi kawan?

    Tp sesetengah pihak mengingatkan kembali masa silam yg pahit di dlm tv lokal….
    Apakah itu taktik? Apakah itu cara ummatik?

    Jujur saya katakan… Untuk mengenali seseorang pemimpin… Hendaklah kamu semua membaca sunnah-sunnah seharian Rasulullah… Bukunya nipis jak…
    Inshaallah… Jelas pemandangan kamu terhadap manusia di dunia… Sy cuma org hina yg asalnya dr benih air yg hina…

    Assalamuaalaikum

  71. rimba.emas Mar 9,2016 11:33 PM

    Salam Tun.

    1. Dalam Al-Quran Allah s.w.t berkata musuh umat Islam ialah Iblis atau Syaitan laknatullah.

    2. Kita manusia di minta berlindung dengan Allah s.w.t dengan beriman dan patuh akan perintahnya.

    3. Bermakna dianggap sebagai musuh umat Islam bila telah mengikut hasutan syaitan dengan melanggari perintah Allah s.w.t.

    4. Kalau setiap agama ada pandangan kejahatan oleh syaitan bermakna dua manusia berlainan agama ini tahu bahawa manusia apa agama pun boleh melakukan kesalahan.

    5. Jelas kesalahan yang dilakukan seseorang keatas orang lain boleh menjadi keadaan bermusuhan.

    6. Sementara antara agama dan Parti lebih kepada fahaman yang dianuti.

    7. Seseorang yang melakukan kesalahan tidak kira apa agama atau parti adalah menjadi musuh kepada yang ditindasnya.

    8. Jadi makhluk yang dijadikan Allah s.w.t seperti Jin dan manusia boleh melakukan kesalahan jika ditakluki oleh Iblis atau Syaitan.

    9. Jangan kerana dia beragama Islam dan melantiknya menjadi Presiden dengan kuasa manusia sama dengan pilihan Allah s.w.t. Katakan kesalahan benar berlaku adakah kuasa Allah s.w.t memilih pesalah sebagai pemimpin ? nauzzubillah…

    10. Wajib berhijrah atau memilih pemimpin lain (dalam bahasa yang lebih lembut dari menjatuhkan) dan kembalilah kita berlindung kepada Allah s.w.t dar Jin dan manusia yang bertopengkan Syaitan.

    Wallahua’lam.

  72. Sri Sense Mar 9,2016 11:12 PM

    Salam Tun

    Ada kawan tak nak sain DR sebab minta nombor IC/KP 🙂

    Goodnight Tun. Sleep Tight.

  73. Daniel Noor Mar 9,2016 11:08 PM

    Salam Tun,

    UMNO members especially the leaders are just in self denial @ hypocrites. They know and the whole know whats your mission is. But bcos they have already swallowed too much from the hands of the Coward Warrior, they pretend and accused you of collobrating with DAP. Not lnce they mentioned PKR and Amanah.

    The whole idea is to brainwashed the Malays that DAP will soon be running the Gment.

    How many seats does DAP have in Parliament.

    But to be honest, I am vety sad with mentality and mindsets of the Malays. They easily can get emotional if issues of Race and Religion being harped on them.

    This is the trick of that Pahlawan Pengecut.

  74. Fariq Islam Mar 9,2016 10:11 PM

    Assalamualaikum, Tun.

    Alangkah baik kalau semua ahli politik kita boleh duduk bersama, tanpa mengira latar belakang politik atau warna kulit, berbincang tentang polisi dan masa depan Negara.

    Baik kita semua menurut titah Agong. Kurangkan politik serang-menyerang secara peribadi. Fokuslah ke atas cadangan-cadangan dan polisi-polisi yang dapat memanfaatkan Negara dan Rakyat.

  75. Fariq Islam Mar 9,2016 10:04 PM

    Assalamualaikum, Tun.

    Walaupun saya bukan seorang penyokong DAP, secara telus and tulus, Kit Siang bukan seorang yang rasis atau perkauman.

    Tak salah bergaul dengan DAP, tapi jangan pula menjerumuskan UMNO ke tahap kehilangan sokongan seluruh rakyat, dan ke lembah kehilangan kuasa pemerintahan.

  76. affendias Mar 9,2016 10:02 PM

    Tun buat semua betul…orang lain semua salah. Tu je. Tak nak kalah….APTB.

  77. musato Mar 9,2016 9:46 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Terus terang saya katakan bahawa saya tak berapa berkenan dengan tindakan Tun sertai Bersih 4 dan cara Deklarasi Rakyat.

    Tetapi apabila difikirkan balik dengan apa yang saya telah tulis sebelum Tun buat keputusan sertai Bersih 4, iya, mungkin dengan cara ini sahaja matlamat dapat dicapai.

    Bukan apa, tulisan saya tinggi risikonya. Sepertimana Deklarasi Rakyat, risikonya adalah tinggi.

    Tapi orang kata tinggi risiko, maka hasil pulangannya juga tinggi.

    Mungkin persepsi bukan milik kita 100%. Tetapi matlamat untuk mencapai tujuannya lebih tinggi peratusannya.

    Inilah padang permainan kita. InsyaAllah.

    Terima kasih Tun.

  78. Hajar Mar 9,2016 9:45 PM

    Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    1. Setuju sangat dengan pendapat Tun. Semua yang menanda-tangani ”Citizens’ Declaration” tersebut melakukannya sebagai seorang warganegara Malaysia – parti & fahaman politik (UMNO / DAP/ PKR / Amanah, etc.) tolak tepi, dan setiap individu mestilah profesional dan tidak berpura-pura.

    2. Niat Tun memang murni, jujur dan ikhlas dalam membantu rakyat bagi menyelamatkan Malaysia dari kerakusan rejim Najib. Majoriti rakyat yang kenal hati budi Tun memang faham benar dengan cara dan pendekatan Tun yang sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat dari diri sendiri walaupun Tun tidak lagi ada jawatan politik.

    3. Tun melakukannya walaupun tahu RISIKO akan dihentam, difitnah dan dicerca oleh pelbagai pihak samada dari rejim Najib mahupun pihak Pembangkang (saya ada baca beberapa blog Pembangkang).

    4. Namun demikian seperti yang saya katakan sebelum ini pasti ada pihak (opportunists) yang mengambil kesempatan – ’menangguk di air keruh’ untuk kepentingan diri sendiri dan parti mereka. Sudah ada sosek2 yang mahukan macam2 hasil dari ’Deklarasi’ tersebut. Ada yang kata Tun yang perlukan mereka sebab Tun tak kuat. Dalam kata lain, mereka kuat, dan sudah mula buat kenyataan2 yang berunsur politik dan macam2 ’demand / kenyataan’ sudah mula kedengaran/timbul.

    5. Apa pun, saya ’salute’ tindakan nekad ’berani mati’ Tun kerana amat sukar (dalam hayat kita) untuk lihat seorang yang berusia lebih 90 tahun mengetuai gerakan bagi menyingkirkan seorang PM yang KORUP yang sekarang ini bermaharajalela menyalah-gunakan kuasa mutlak beliau.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  79. KK Mar 9,2016 8:16 PM

    Pemimpin2 UMNO dah byk sgt mkn dedak sampai benggap. Ketua mereka sorak “si luncai terjun dgn labu2nya” maka bertempiklah mereka “biarkan…biarkan” biar negara hayut x pe. Janji perut penuh dgn dedak.

  80. rkmh226 Mar 9,2016 7:41 PM

    Assalamualaikum…

    YABhg. Tun,

    Tindakan Tun dan mereka yang terlibat dalam merealisasikan Deklarasi Rakyat (DR) amat berani dan membanggakan majoriti rakyat Malaysia. Brilliant Move! Mereka yang umpama anjing menyalak bukit tidak menyangka sama sekali yang Tun mampu berbuat demikian bersama kumpulan pembangkang. You and your team – outsmart those clowns.

    Ramai daripada kalangan pemimpin UMNO sekarang terlalu biadap terhadap Tun yg telah banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Antaranya ialah Nazri Aziz yang sanggup mengeluarkan perkataan yg amat menghina dirinya sendiri dan beliau tidak layak diberi gelaran Datuk Seri dan jawatannya bukan sebagai menteri dan pemimpin UMNO. Begitulah juga beberapa individu / menteri hari ini.

    Tun,

    Budaya UMNO amat jelik dan pelik sekali apabila ramai generasi muda atau pelapis dalam kepimpinan UMNO sekarang gagal menghargai pengorbanan dan jasa pemimpin-pemimpin UMNO terdahulu. Mereka menjadi AMAT KURANG AJAR! Dimanakah silapnya ajaran UMNO yang ahli-ahlinya adalah 100% MELAYU dan sebahagian besarnya beragama ISLAM. Renung-renungkan lah…

    Analogi Tun merujuk kepada masalah negara-negara di Timur Tengah amat tepat sekali. Semoga negara kita dijauhi mala petaka sebegitu rupa… Amin.

    Saya sarankan kepada rakyat yang cintakan bumi Malaysia tempat tumpah darah kita ini, segeralah sokong DR yang diketuai oleh YABhg. Tun agar kita tidak menyesal di kemudian hari. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi!

    Dear Tun,

    Always remember – A hero should never have to stand alone! Please take a superb care of yourself.

    Wassalam.

  81. sibotak Mar 9,2016 6:05 PM

    Adakah UMNO dan DAP bermusuhan ?
    Atau hanya persoalan perjuangan perkauman
    Tidak perlu bersandiwara
    UMNO & DAP adalah Perkauman
    Cuma kesemua step kononya Meritocracy atau 1 Malaysia
    Begitu juga PAP adalah parti untuk kaum Cina bukan 1 Singapore
    PAP semenjak Lee Kuan Yew inginkan DAP berkuasa di Malaysia
    Sekarang mereka terpaksa bebaik dengan si Bengap buat sementara waktu saja
    Tanah KTM dah dapat
    Dahulu Tanah KTM Tanjung Pagar merupakan
    Duri dalam Daging untuk Kerajaan Singapura
    Duri sudah di cabut
    Duri sekarang berada di Daging Malaysia
    Pulau Batu Putih

    Saya hairan mengapa wang Najib atau wang Malaysia perlu di masukan ke Bank Singapura ? Apa urusan niaga kita di sana ?
    Apa Malaysia tidak punya Bank sendiri Tidak ada Bank Rakyat hingga terpaksa masukan pada Bank Jiran sebelah , yg sebalah mata saja ?
    Kalau jauh , Swiss Bank , Ok…… .Ok lah

    Ternyata memang banyak persoalan yg tersembunyi di antara Najib dan Singapura
    Mesti ada Udang sebalik Mee Maggie
    Dulu masa Tun atau sebelumnya , Malaysia ada account kat Singapura ke ?

    Malaysia sudah jadi bahan ketawa
    Dua kapal terbang kita jatuh tanpa pembelaan
    Hangus begitu saja , tiada yg di pertanggung jawapkan
    Dengan Bomoh Zam …. zam ….ala…… kazam
    Sekarang Najib bikin Silap Mata macam budak budak

    Lebihan teruk ada pula menyokong dengan dah tentu ada persoalan demi persoalan
    yg mencurigakan Kejujuran Najib
    Kenapa ?
    Mereka Takut ? Mereka Kasihankan Najib ?
    Mereka pentingkan Kedudukan masing masing ?

    Kalau ketiga tiga andaian ini Benar
    Maka Malaysia di terajui olih Kerajaan yg Dayus
    Bertambah pula dengan pentakbiran undang undang yg Dayus

    Najib harus pergi demi Kebaikan beliau juga
    UMNO perlu pembaharuan , perlu pembetulan , perlu overhaul
    Tidak ada gunanya Najib berterusan dengan image yg sudah kabur
    Sudah Retak hanya tunggu Belah

    Saya bukan anti Najib atau cemburu akan kenyataan terkini
    Cuma Saya sentiasa persoalankan kedudukan anak Bumi sekarang
    Kita sesama kita bertelaga mereka sibuk menjelajah Tanah kita tanpa kita sedari
    Begitu juag di Timur Tengah
    Islam sesama Islam membunuh sesama
    Si Kafir ambil Kesempatan
    Si Yahudi Bermaharajalela , mencerebohi Tanah Palestine tanpa Segan Silu

    Siapa Khalifah ?
    Di mana Ukhwah kita ?
    Di mana
    Hold Fast the Rope of Allah
    Be not divided among Ummah ?

  82. Praxis Mar 9,2016 5:53 PM

    Good strategy to save democracy.

    Will we be able to accomplish this democratically before he kills democracy? He is already gearing up for martial law.

    His ruse will be same as May 13, although situation substantially different.

  83. umranrc Mar 9,2016 5:26 PM

    Yes Tun, ramai yang faham kenapa Tun bertindak sebegini, tetapi ramai juga yang sengaja buat-buat tak faham.

Leave a Reply