TOTAL VISITORS FROM 2008:

ANTARA BUKTI DAN PENGAKUAN 44

1.​Najib mendakwa bahawa semua tuduhan terhadapnya adalah tidak benar. Dan konco-konconya pun dilapor dalam akhbar arus perdana bahawa tuduhan yang dibuat oleh media asing seperti Wall Street Journal, ABC TV Australia, Financial Times, dll akhbar-akhbar terkemuka di Amerika (Sila lihat senarai media, akhbar dan TV yang dilampirkan, 53 kesemuanya, serta senarai negara dan agensi penyiasatan mereka) semuanya berhasrat memburuk imej Najib. Mereka ini seolah-olah tidak ada kerja lain selain dari memburukkan Najib dengan laporan dan rencana TV yang panjang lebar disertai gambar dan dokumen. Segala bukti yang ditunjuk oleh mereka semuanya tidak boleh diterima kata konco-konconya. Yang boleh diterima dan dipercayai hanyalah penafian oleh Najib. Penafian Najib tidak pernah disertai dengan bukti-bukti yang jelas. Ini tak mengapa. Penafian olehnya sudah cukup untuk AG mendawa tidak ada kes untuk Najib didakwa di mahkamah.

2.​Kerana penafian Najib, Ketua-Ketua Bahagian dan Ahli Dewan Rakyat UMNO semuanya membisu atau cuba mempertahankan Najib.

3.​Pendirian mereka luar biasa. Ia seolah-olah menerima apabila sesuatu jenayah berlaku dan orang yang melakukanya dikenalpasti tetapi hanya kerana ia menafi, maka ini bermakna ia tidak salah. Jika penafian sahaja diterima sebagai asas kepada pendakwaan, maka tidak akan ada sesiapa pun yang akan didakwa di negara ini.
4.​Ketua Bahagian UMNO dan Wakil Rakyat UMNO mempunyai pendirian seperti ini. Kerana Najib menafi semua tuduhan terhadapnya, maka Ketua Bahagian dan Wakil Rakyat UMNO tetap percaya yang Najib tidak bersalah.

5.​Negara-negara Islam, setakat yang diketahui tidak pernah menunjuk penghargaan tinggi mereka terhadap sumbangan Najib kepada Islam. Setakat yang kita tahu hanya “HRH Prince Saudi Abdulaziz Al-Saud” yang begitu menghargai jasa Najib kepada Islam sehingga sanggup derma US 375 juta Dolar kepada Najib untuk disimpan dalam akaun peribadinya, dirahsiakan dan diguna mengikut kehendaknya.

6.​Sekarang ini pula AG Apandi mengatakan RM 2.03 billion dari RM 2.6 billion yang dilapor berada dalam akaun peribadi Najib sudah dipulang balik pada penderma. Benarkah? Apa bukti ia dipulang kepada HRH atau Arab lain? Tak mungkinkah wang ini masih ada disini untuk disuap kepada pemimpin UMNO. Shahrir mungkin menerima RM 1 juta dan Ahmad Maslan RM 2 juta. Tak mungkin mereka sahaja yang mendapat sumbangan wang dari Najib. Berapa juta ringgitkah yang diterima oleh Ketua Bahagian dan Wakil Rakyat yang lain.

7.​Nampaknya kita sedang melihat pertandingan antara CASH (wang tunai) dengan semangat kebangsaan Melayu. Ramai ahli dan Ketua Cawangan UMNO memberi kemenangan kepada semangat kebangsaan, kepada bangsa, agama dan tanahair. Tetapi bagi Ketua Bahagian dan Wakil Rakyat UMNO dedak mendapat kemenangan besar sehingga tertutup mulut, telinga dan mata. Mereka rela menggadai bangsa dan negara untuk CASH atau dedak. Tak usahlah menafi. Bukan sahaja rakyat Malaysia yang tahu, tetapi dunia juga sudah tahu. Nazir Razak sendiri mengaku ia diberi US 7 juta oleh Najib untuk diagih kepada ketua-ketua parti sebelum PRU 13. Amatlah memalukan kerana terdapat orang Melayu yang tidak malu; yang sanggup menerima pemimpin yang dihinakan oleh dunia.

SENARAI MEDIA, AKHBAR DAN TELEVISYEN YANG MELAPORKAN TENTANG DATO’ SERI NAJIB, SKANDAL 1MDB DAN WANG RM2.6 BILLION DI DALAM AKAUN PERIBADINYA

1. South China Morning Post
2. The Australian
3. Australia Broadcasting Corporation
4. Sydney Morning Herald
5. Herald Tribune
6. Herald Tribune Latin America
7. International Business Times
8. International Business Times Singapore Edition
9. Wall Street Journal
10. International New York Times
11. TIME Magazine
12. The Guardian
13. The Daily Mail
14. Sun Daily (UK)
15. Euronews
16. Deutsche Welle
17. Singapore Straits Times
18. TODAY
19. Today Online
20. India Today
21. ​Business Standard (India)
22. India Times
23. Fortune
24. EJ Insight (Hong Kong)
25. Anadolu (Turkey)
26. Bangkok Post
27. ​Chiang Rai Times
28. BBC
29. New Zealand Herald
30. Reuters
31. ​Bloomberg
32. Channel News Asia
33. Al-Jazeera
34. PAKISTAN FIRST
35. Swissinfo.ch
36. MWC News
37. ​East Asia Forum
38. Radio New Zealand
39. CNBC
40. The Independent
41. ​NewsX (Pakistan)
42. StateoftheStateKS (USA)
43. Asian Correspondent
44. Times of London
45. Financial Times
46. Asia Sentinel
47. Courier Mail
48. Jawa Post
49. Tempo
50. Waspada
51. The Telegraph
52. The Diplomat
53. Myanmar Times

AGENSI ANTARABANGSA YANG MENYIASAT KES 1MDB

LUXEMBOURG ​: Public Prosecutor’s Office, Luxembourg

SWITZERLAND ​: Swiss Attorney General’s Office

SINGAPORE ​ : Singapore Police Commercial Affairs Department

​ Monetary Authority of Singapore

USA : U.S. Department of Justice

Federal Bureau of Investigation

HONG KONG ​ : Hong Kong Police

UNITED KINGDOM : Serious Fraud Office

UNITED ARAB EMIRATES : The UAE authorities have issued travel bans and frozen the assets of Khadeem Al Qubaisi dan Mohammed Badawy Al Husseiny two top executives of the Abu Dhabi sovereign wealth fund closely linked to the 1MDB.

FRANCE​ : French national prosecutor’s office (in relation to the purchase of two submarines)

ENG VERSION

BETWEEN EVIDENCE AND CONFESSION

1. NAJIB claimed that all the accusations against him are not true. And his hench-men were reported in the mainstream press as saying that the accusations made by foreign media such as the Wall Street Journal, ABC TV Australia, the Financial Times, and all leading newspapers in the United States (please see list of media, newspapers and televisions attached, 53 in all, as well as the list of countries and their investigating agencies) all only have the intention of tarnishing the image of Najib. They seemed to have no other better things to do other than tarnishing Najib’s image with comprehensive reports and television documentaries complete with pictures and documents. All evidence shown by them are unacceptable, says his henchmen. What can only be accepted and believed are denials by Najib. Denials by Najib had never been accompanied by clear evidence. It is okay. Denials by him are enough for the Attorney General to rule that there is no case for Najib to answer.

2. Because of the denials by Najib, Heads of Division and Members of Parliament from UMNO are all silent or tried to defend Najib.

3. Their stand is extraordinary. They seems to accept that a crime has occurred and the person who committed them is identified, but only because he denied it, then this means he is not guilty. If denial alone be accepted as the basis for prosecution, then there will not be anyone who would be prosecuted in this country.

4. Divisional Heads of UMNO and UMNO Members of Parliament have this sort of stand. Because Najib denied all allegations against him, Divisional Chiefs and Umno elected representatives continue to believe that Najib is not guilty.

5. Islamic nations, as far as we know, never showed their great appreciation to Najib for his contribution to Islam. As far as we know, only “HRH Prince Abdulaziz Al-Saud Arabia” greatly appreciated Najib’s contribution to Islam so much so that he is willing to donate USD375 millions to Najib to be kept in his personal account, to be kept confidential and to be used according to his whims and fancies.

6. Now Apandi, the Attorney General, said RM 2.03 billion from the RM 2.6 billion reported to be in the personal account of Najib had already been returned to the donor. Really? What evidence is there to show that it has been returned to HRH or other Arabs? Is it not possible that the money is still here to be fed to other UMNO leaders?Shahrir may have received RM1.0 million and Ahmad Maslan RM2.0 million. It is not possible that they were the only ones who received donations from Najib. How many million Ringgits have been received by Divisional Heads and other Members of Parliament.

7. It seems we are seeing a competition between CASH and Malay nationalism. Many members and Umno branch chiefs give victory to the national spirit, to race, religion and nation. But for the Divisional Heads of UMNO and Members of Parliament, bran (dedak) gets the big victory so much so their mouth, ears and eyes are closed. They are willing to mortgage the nation for CASH or bran. There is no need to deny. Not only Malaysians know, but the world already knows. Nazir Razak himself admitted he was given USD7 million by Najib to be distributed to the heads of the party before GE 13. It is a shame because there are Malays who are not shy; who are willing to accept a leader humiliated by the world.

LIST OF MEDIA, PRESS AND TELEVISION THAT REPORTED ON NAJIB, 1MDB SCANDAL, THE RM2.6 BILLION MONEY IN HIS PERSONAL ACCOUNT

1. South China Morning Post
2. The Australian
3. Australian Broadcasting Corporation
4. Sydney Morning Herald
5. Herald Tribune
6. Herald Tribune Latin America
7. International Business Times
8. International Business Times Singapore Edition
9. Wall Street Journal
10. International New York Times
11. TIME Magazine
12. The Guardian
13. The Daily Mail
14. Sun Daily (UK)
15. Euronews
16. Deutsche Welle
17. Singapore Straits Times
18. TODAY
19. Today Online
20. India Today
21. Business Standard (India)
22. India Times
23. Fortune
24. EJ Insight (Hong Kong)
25. Anadolu (Turkey)
26. Bangkok Post
27. Chiang Rai Times
28. BBC
29. New Zealand Herald
30. Reuters
31. Bloomberg
32. Channel News Asia
33. Al-Jazeera
34. PAKISTAN FIRST
35. Swissinfo.ch
36. MWC News
37. East Asia Forum
38. Radio New Zealand
39. CNBC
40. The Independent
41. NewsX (Pakistan)
42. StateoftheStateKS (USA)
43. Asian Correspondent
44. Times of London
45. Financial Times
46. ​​Asia Sentinel
47. Courier Mail
48. Jawa Post
49. Tempo
50. Waspada
51. The Telegraph
52. The Diplomat
53. Myanmar Times

INTERNATIONAL AGENCIES INVESTIGATING THE 1MDB CASE

LUXEMBOURG: Public Prosecutor’s Office, Luxembourg

SWITZERLAND: Swiss Attorney General’s Office

SINGAPORE: Singapore Police Commercial Affairs Department

Monetary Authority of Singapore

USA: U.S. Department of Justice

Federal Bureau of Investigation

HONG KONG: Hong Kong Police

UNITED KINGDOM: Serious Fraud Office

UNITED ARAB EMIRATES: The UAE authorities have issued travel bans and frozen the assets of Khadeem Al Qubaisi and Mohammed Badawy Al-Hussein, two top executives of the Abu Dhabi sovereign wealth fund closely linked to the 1MDB.

FRANCE: French national prosecutor’s office (in relation to the purchase of two submarines)

44 thoughts on “ANTARA BUKTI DAN PENGAKUAN

  1. nolliesweet Apr 11,2016 11:06 AM

    Kenapa perlu menyalahkan Tun M untuk kesalahan Najib? Malaysia ni bukan Tun M yang punya.Bila Najib sudah mempunyai kuasa, dia lah yang bersalah bila terlalu bodoh untuk memerintah negara ini.Kesalahan adalah di tangan Najib. Tun M menjalankan rasa tanggungjawab nya saja.

  2. JPB Apr 8,2016 1:23 AM

    Good Evening Tun.

    Our nation is crying inside and is forced to smile on the outside. The man on the street is suffering with the ever rising costs of living. Our only hope is YOU TUN. Please right the wrong you did – as it was you who put DSN in power. We are all struggling to cope Tun. Help bring us back to the glory days.
    Thank you.

  3. RiaRz Apr 6,2016 5:47 PM

    salam semua

    tiada ke orang kaya yg mampu mengupah pembunuh upahan untuk bunuh si najib laknatullah tu? sy rasa rakyat sanggup donate untuk bayar pembunuh upahan tu.. itu la cara yang effective.. mati najib mampus rosmah.. hahaha

  4. RiaRz Apr 6,2016 5:04 PM

    slm..

    hikayat hang najib sudah sampai ke penghujungnya.. yabedabeduuu

  5. Sri Sense Apr 6,2016 2:37 PM

    Salam Tun

    Nazri jawab :

    Nazri: Kalau dah suka, kahwin saja lah

    “MEREKA sudah besar, kalau dah sama-sama suka, kahwin sajala…,” kata Datuk Seri Nazri Aziz kepada anaknya Nedim yang menjalinkan hubungan cinta dengan aktres popular, Nora Danish.

    “Saya tidak ada ‘double standard’ terpulanglah kepada mereka, semuanya dah besar-besar.

    “Dua-dua pernah kahwin dan ada anak,” katanya ketika ditemui Sinar Online di Parlimen.

    Sebelum ini Nora mencetuskan kontroversi apabila menggayakan pakaian kahwin di laman sosial Instagram pereka fesyen, Ashraf Zainal Atelier.

    Memetik laporan sebuah portal, Nora yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp memberitahu, dirinya memang akan ‘berkahwin’ dengan menggayakan busana perkahwinan pereka fesyen sama.

    “Saya akan melangsungkan perkahwinan di New York. Ya, saya akan berkahwin dengan Baim Wong, tak pun dengan Remy Ishak,” seloroh Nora.

    Dalam pada itu Nora memberitahu, dia menggayakan pakaian berkenaan di New York bagi menjalani penggambaran sebuah drama arahan Erma Fatima.

    Tambah Nazri, beliau bukan jenis yang pilih kasih kepada sesiapa.

    “Tak ada kasta, masing-masing sama saja,” katanya.

    Hubungan Nedim dan Nora sebelum ini putus seketika kerana menyelesaikan masalah masing-masing.

    SinarHarian

    🙂

  6. sudah bocor Apr 6,2016 10:30 AM

    tambah satu lagi…panama paper:

    https://en.wikipedia.org/wiki/List_of_people_named_in_the_Panama_Papers

    Mohd Nazifuddin Najib, son of Prime Minister Najib Razak[1] and his cousin Shai

    duit dah simpan akaun anak dan anak sedara…

    bijak tak…? bijakkann…

  7. penangkooi Apr 6,2016 7:57 AM

    Sri Sense,

    I ni businessman. Ada belajar sikit tapi bukan lawyer bukan legal training.

    I just think the best way is for someone to sue WSJ and see what they got. And I am sure they got a lot…. ????

  8. malaysian1000000 Apr 6,2016 2:18 AM

    Salam,

    Tunggu Thai Govt buat terusan@canal untuk cantas pelabuhan di selat Melaka apa akan jadi dengan TPPA.

    Proton boleh pindah pergi Vietnam. Its either to save the product or save the people.

    TMJ sound MKN yang cuba ambil kuasa Sultan – Sultan dan Agong untuk pengishtiharan darurat, sebab itu dia melatah sekejap. Media sahaja suka corner baring dengan statement.

    Politik kaum dah lapuk, bila negara diperangi tak kira lah kau melayu, india, cina, orang asli@ dayak semua kena tibai. Kecuali tali barutlah. Percayalah Jamal tongkol muka nak kena lempang buaya tok bomoh 1 malaysia yang lari dulu kalau the chinese fight back. So stop this racial sentiment.

    Kaum lain tak perlu bangkitkan isu bumiputera, jika PM bangsa laun pun Perlembagaan itu tidak dapat dibubar. So stop playing the bumis isu la. Dah lapuk la.
    Dayak di Sarawak dan Sabah pun bumi juga tapi dah 57 tahun dikenali sebagai “lain – lain”. So chill la chinese and indian or other race.

    Kes LGE beli rumah 2.8M untuk family dia duduk la TV sibuk – sibuk nak bongkar, bini si polan beli kain sahaja 55M apa ada hal. LGE kalau gentle, dakwa la Gerakan dan UMNO Penang under OSA Act sebab Mereka ni dah guna Maklumat Sulit Kerajaan Negeri dan make it public. Ingat si polan je ke boleh pakai? Pembangkang pun boleh pakai maa akta tu. Tahan Mereka juga under SOSMA sebab cuba menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi dan cuba mensabotaj kerajaan negeri, this is a TERRORISM act. Betul tak saudara Khairudin & Lawyer? Apa susah. Gerenti senyap. Saman TV3 & Media Prima sebab menyiarkan maklumat sulit kerajaan negeri dalam national TV.

    The good, the bad & the ugly :
    The Good : Najib berjaya membawa MILF dan Phillipines Govt ke meja rundingan.
    The Bad : High investment untuk membentuk ESSCOM.
    The Ugly : Dengan budget besar ESSCOM, masih terjadi kes penculikan setiap 6 bulan.

    TQ

  9. Seri Dewi Apr 6,2016 12:47 AM

    Salam hormat to my respectable Tun,
    No matter what people say , its proven for 22 year you have bring up Malaysia to the world map. But people just do not want to admit due to the support to the current PM, nak jaga periuk nasi. Nak kipas sekarang guna aircond la …better DERMA dapat.

    Government is not UMNO alone but BN, it looks like ahli2 UMNO dah salah track. When you voice out in UMNO platfrom nobody listen then where to voice out the wrong doing… public. But you go public you kena. Meaning there is no choice only be quiet.

    I observe that Azalina adalah kaki pembodek yang paling kuat .. tak cantik tu one thing ,,,, its all from the heart show outside. How she look like ? Tolonglah berselendang ke …hormat lah certain functions. What has you got to show after many years keeping in the fridge.

    whatever is happening now is the way to the collapse of the UMNO or bumi of Tanah Melayu.

    yang dapat imbuhan tu mungkin tak nampak… pulon habis sekarang.

    thanks

  10. Tajul Muhamad Apr 6,2016 12:21 AM

    Rindu pada blog u

  11. Sri Sense Apr 5,2016 9:58 PM

    Salam Tun

    penangkooi, are you a ‘Lawyer’ or an ‘Attorney’? 🙂

  12. rimba.emas Apr 5,2016 9:43 PM

    Salam Tun.

    1. Rakyat sibuk dengan kehidupan masing-masing sehingga hutang yang berlaku dalam kerajaan oleh 1MDB hanya bualan sementara bak berita-berita yang mendatang setiap hari.

    2. Cuma yang membaca chedet dan berminat dengan politik negara sahaja yang suka untuk mengambil tahu perkara ini.

    3. Untuk mengganti dengan PM lain bukan terletak pada kuasa rakyat tetapi dalam kalangan ahli Parti yang di pilih oleh rakyat ramai selepas pilihan raya setiap lima tahun sekali.

    4. Sebab itu PM selalu melaungkan kenyataan hanya rakyat yang menentukannya sebagai PM. Bukan kita yang ambil peduli kesalahan yang telah dilakukannya dalam kerajaan.

    5. Kuasa rakyat hanya dapat menukar Parti sahaja. Tidak mungkin rakyat dapat mengantikan dirinya dengan pemimpin lain .

    6. Lebih-lebih lagi dia ada sokongan dari ahli-ahli Parti kanan iaitu yang memegang kuasa memutuskan tindakan tatatertip ahli-ahli yang menentang.

    7. Malah dalam kerajaan sekarang ini PM mempunyai kuasa boleh menukar atau mengganti seseorang yang menentangnya dan juga berkuasa atas penguatkuasa menjaga keselamatan negara.

    8. Melainkan pemegang-pemegang kuasa ini takutkan azab Allah s.w.t jika takut untuk mengambil tindakan ke atas orang yang mempunyai kuasa menentukan jawatannya.

    8. Nampak jelas sistem Parlimen telah direncanakan untuk kebaikan pihak pemerintah sehinggakan pembangkang tiada kuasa merampas jika kuasa majoriti menentukan kebenaran.

    9. Allah s.w.t maha berkuasa , kepadanya kita sembah dan menjunjung perintah.

    Wallahua’lam.

  13. HBT456 Apr 5,2016 9:32 PM

    Winner takes all. Similarly, looser take all. You sebagai tuan tanah melayu cum bumi pun tak risau, siapakah kami ini bukan melayu, bukan bumi?

  14. HBT456 Apr 5,2016 9:13 PM

    Bikin mara corp pun takda masalah. Selepas graduate, mereka tak dapat perkerjaan, jangan kata kaum lain rasis.

  15. HBT456 Apr 5,2016 9:10 PM

    Even pope francis pakai fiat to stimulate the automobile industry. Renung renung lah wahai ahli2 politik di negara ini.

  16. HBT456 Apr 5,2016 9:07 PM

    They did it during the 98 financial crisis. No padi, no palm oil, no rubber, no manufacturing, lebih baik trading saja. Siapakah jadi pm, does it matter?

  17. HBT456 Apr 5,2016 9:04 PM

    Close down is an option too.

  18. HBT456 Apr 5,2016 9:02 PM

    If you no longer have faith with either ruling or opposing parties, the best way out is migrant just like the american manufacturing sector.

  19. penangkooi Apr 5,2016 7:36 PM

    Tuan Cruze,

    Memang pandai berbahas Bahasa Malaysia tapi kefahaman Bahasa English tuan juga memang kurang. Dan ini adalah masalah Malaysia. Banyak yang tak boleh ikut khabar dunia kerana kurang faham Bahasa Internet, English.

    I cuba fikir dari luar kotak (thinking outside the box). Kalau Najib tak mau saman sama WSJ, alangkah baiknya kalau ahli UMNO atau pun sebarang warganegara Malaysia boleh saman WSJ dan tengok macam mana WSJ menahan kedudukan mereka dan membongkar kesemua rahsia mereka. Duit bukan masalah kan. Banyak peguam yang boleh jalankan tugas dengan percuma.

    Soalan nya ialah kalau ahli UMNO atau warganegara Malaysia ada posisi atau pun ‘locus standi’ dari segi undang untuk mengambil langkah ini.

    Saya sebagai warganegara Malaysia memang malu dengan keadaan Malaysia sekarang.

  20. HouseWife Apr 5,2016 6:26 PM

    Assalamualaikum Tun,
    The havoc that Malaysia is experiencing now is all due to the chains and chains of episodes of corruptons and wrongdoings manufactured by DSN and the stinking residues left over. Tun, have their minds become so corrupted that no revelation of anything will change them…make them see? Have they become the lost souls? Pray not.

    Tun, I don’t fancy the kind of political tactis DSN is playing. He’s applying the ‘scary’ doctrine into the minds of the Malays, especially the UmnoN Malays who are easily being swayed by material rewards. And he chided you Tun as a traitor because you co-operate with his ‘enemies’ of the community and aligning with the oppositions. He’s making it looks as if all those opposing him are enemies and not fit to be Malaysians. DSN sir, you are the PM of Malaysia, right? Who do you represent in Malaysia, Mr PM? All the people regardless of race, religion and parties and who also contribute in paying taxes for you to spend their hard earned money, right Mr PM? So then who are these people whom you called ‘enemies’ of the community or those opposing you? Aren’t they Malaysians too, Mr PM like you and your ‘people’? Why are you pushing them further away from you, Mr PM? Aren’t you counting on their votes too? With your stale kind of politics, you’ll never garner their votes to increase your vote bank. Why don’t you play smart politics, Mr PM? How? Ask your smart advisers.

    To DSN and pengipas2, with your disrespectful remarks towards Tun, you’ve lost my vote…no vote for BN, maybe mine means nothing to you, I don’t care if you all are still the same, disrespectful lot.
    I’m not in any party but I believe each person born as Malaysian and breath the same air as you and me, must be given the respect of being the citizen of Malaysia and not labelled as enemies, like DSN and his pengipas2 did. If you cannot be a good, fair, honest leader to all Malaysians then do the right thing, step down.

    Tun, is it wrong for me the ask all parties to ‘fight’ in a clean and peaceful manner without labelling each other enemies? I’ve said this before and I repeat myself, do not be enemies for life amongst yourselves. I guess this is the world of politics and a person like me does not belong in it. So I guess if I don’t fit in might as well not intrude, right Tun. These are some of the issues that are lingering on my mind and I got to tell you. Thank you for listening, Tun.

    May Allah Bless you Tun. May Allah Protect you Always Tun. May Allah grant you great wealth in health, happiness and knowledge. Please take extra care, my dear Tun. And Thank you Tun.

  21. Sri Sense Apr 5,2016 5:52 PM

    Tun

    Ooops tertinggal

    Kalau anak menteri menggatal dengan artis? Low klasa atau tidak? Peluk sana peluk sini!

    Cruze I rasa tengok sape dia peluk kalau peluk artis Indon low class, kalau peluk artis local mid class, kalau peluk artis mat salih high class. Itu sebab Jho Low jadi Jho high.

    I rasa rasa lah kut LOL

  22. Sri Sense Apr 5,2016 5:44 PM

    Salam Tun

    Nak bicara dengan cruze. Cruze sub judice tu bahasa latin yang membawa maksud under judgement – currently being considered by a judge or a court of law. Takpe kalau court pun tak jalan nanti tanya lagi kat Parlimen sampai rambut azalina tegak. 🙂

    Lawyer2 memang gemar perkataan2 fancy fancy lagu ini. LOL

    Umanrc, I hope semua orang fikir gitu, tapi I tengok Nazri ini asyik bercakap aje, tak tahu lah dia jaga Ministry ke tak. Mungkin lepas ini dia senam setengah giler kalau Tun kata dia perut buncit LOL 🙂

  23. cruze Apr 5,2016 4:11 PM

    Kalau anak menteri menggatal dengan artis? Low klasa atau tidak? Peluk sana peluk sini!

    Azalina ni pula bagaimana ni?. Kalau perwakilan nak tanya tentang 1mdb dalam dewan dia kata subjudis/tidak pula ada perkataan demokrasi, kalau rakyat cakap pasal 1mdb mahu di soal/tangkap dan di penjara.
    Kalau WSJ bongkar hal najib dan 1MDB (ada masyarakat suruh halang), Azalina yang tak seberapa jadi menteri tu juga jawab “biarkan lah, kita bukan komunis, kita DEMOKRASI”.
    Bagaimana ni sri sens, hajar, faridina, bang daeng, botak dan lain lain?….bagaimana pendapat semua, kalau boleh yang di hormati Kadir Jasin tolong istilahkan ayat Azalaina ini, saya yang belajar tidak tinggi ini agak pelik melihat perangai Azalina ini…..jawapan dari hati yang penuh sifat menteri berhati rakyat atau apa ni?

    Patut pun Tun keluar dari umno kerana orang orang atasan sudah hilang akal dan kedibiliti. TSMY dan Dato mukhriz pun rasanya patut keluar, malu apabila masih bersama sama mereka yang di lihat tiada pendidikan dan moral ini…..
    Nak jadi menteri atau artis?

  24. umranrc Apr 5,2016 3:10 PM

    Salam Tun,

    Mohon laluan.

    Tapi kan Sri Sense, I like when they put it that way towards Tun i.e. saying as if Tun ‘low-class’ or what not… Why?

    For the thinking mind, this is actually showing what a humble person Tun really is. He will do whatever it takes to pass the message across to all level of the society. And off course by continuosly talking about it (no matter by whom or which side) the more people will hear about this Citizen’s Declaration!

    In short, the canon was simply aimed vertically at the sky….

    Thanks Tun.

  25. Sri Sense Apr 5,2016 12:01 PM

    Salam Tun

    Berita sinarharian Mahathir ahli politik ‘low class’, kata Nazri

    – Nazri, jangan jeles, kalau nak Tun beri tumpuan perhatian terhadap you, buat lah skandal besar kat Tourism 🙂

  26. cruze Apr 5,2016 10:47 AM

    Alamak apa ni penang kooi, logic sedikit please, orang lain yang melakukan salah adakah orang lain yang harus mengeluarkan wang atau wang pertubuhan untuk menyaman wsj?.
    Bayang kan jika timbalan anda membuay kesalahan serupa dan heboh satu malaysia, adakah anda akan pergi menggunakan wang syarikat untuk menyaman pihak tersebut?
    Lebih bagus wang tersebut di gunakan untuk pembiayaan yang lebih munasabah.
    Adakah anda ini memang fikiran nya lemah atau mahu memancing masyarakat supaya menolak usaha Tun?

  27. penangkooi Apr 5,2016 7:42 AM

    Tun,

    Thank you for spending your time and energy to try to put right what is wrong with this country at this moment in time.

    Amongst the many right things you have done for Malaysia, the most obvious failing, amongst others, is your failure at ensuring your successors build on what you left behind.

    That said Tun, I am wondering out loud, WHY SUE NAJIB? CAN YOU OR AN UMNO MEMBER SUE WALL STREET JOURNAL FOR SCANDALIZING DATUK SERI NAJIB? SO THAT WSJ CAN DEFEND ITSELF? ??

    That would be interesting. Does anybody have locus standi to sue WSJ? For bringing the contry into disrepute.

  28. Malaikat Maut Apr 5,2016 7:13 AM

    Assalm Tun yang kami hormati,

    Saya rasa, ini adalah satu detik hitam di dalam sejarah Bangsa Melayu sendiri, dan ianya amatlah mendukacitakan Bangsa Melayu. Seolah-olah prinsip Churchil digunakan oleh beliau, “If you are going to hell, keep going.”
    Sudah tentu isu sedemikian akan menjadi buah mulut Dunia pada dewasa ini dan pada masa akan datang. Yang lebih sedih lagi, kita sebuah bangsa berdaulat, dan penuh adat dan amanah itu sendiri adalah tanggungjawab pihak tertentu yang menjawat sebagai Ketua sesebuah negara.
    Yang mana mahligai, yang mana batu dan kaca, yang mana istemewa, yang mana berkuasa, yang mana beradab, yang mana bercelaru, yang mana salah, yang mana betul ada disisi dan di pihak-pihak tertentu. Kalau Melayu kaya dengan adat,amanah dan adil, berani kerana darah pahlawan ada berlingkar di urat sarap kita, semangat berjuang kerana benar itu seharusnya disatukan dengan ketentuan-ketentuan yang juga benar memihak kepada Rakyat jelata bukan kepentingan Pihak-pihak yang lain. Politik atau siasah, kerajaan Melayu tidak pernah bercampur gaul dengan rasuah dan benda-benda haram, kerana Bangsa Melayu itu sendiri adalah sebuah bangsa yang penuh kehormatan, dengan menjulangkan Sultan yang Bedaulat, dan kepentingan rakyat jelata tidak pernah diketepikan Kerajaan, pada zaman-zaman kecemerlangan Temadun Bangsa Melayu itu sendiri.
    Jika salah dikata benar, didepan mata secara spontan, tanpa segan-silu, dan dakwaan-dakwaan dipertikaikan, dan dituduh sebagai tipu-helah, saya rasa sudah tentu Nenek-moyang kita menangis tersedu-sedu di halaman sana. Kerana perjuangan, dan pengorbanan mereka selama ini terbukti, tidak dihargai langsung. Ini bukanlah suatu yang pasti akan diterima oleh akal Nenek-moyang kita. Mungkin jika zaman hulu-balang dulu, yang salah sudah tentu dipenggal kepalanya.
    Zaman dah berubah, tapi acuan Bangsa Melayu itu sendiri tidah pernah tercemar dengan kerosakan duniawi seperti tamak dan zalim. Yang benar tetap benar, dan yang salah tetap akan dihukum di padang Mashar kelak. Jika seorang itu takut Allah S.W.T. di akan berundur dengan rela, demi bukan kepentingan dirinya dan parti dan sebagainya tapi kepentingan Manusiawi, rakyat jelata yang memikul beban. Lebih banyak balak akan menimpa, bukan saja kehilangan 2 buah pesawat Airline Antarabangsa, lebih dasyat dari itu akan berlaku. Ia bukan dari Terrorist, tapi dari Allah S.W.T.

    Sekian Wasalam Tun….
    All the best may victory be with the righteous and not the wicked!

  29. The Hidden Secret Apr 5,2016 5:21 AM

    Salam!

    Senarai media, akhbar dan televisyen yang berhempas pulas melapurkan pengakuan tidak bersalah Najib (melalui konco-konconya) :-

    1. Utusan Malaysia.
    2. NST.
    3. TV 3.
    4. Facebook Salleh Keruak, Azalina dan yang sewaktu dengannya.

    Panjang betul senarai di atas.

  30. HBT456 Apr 5,2016 4:20 AM

    If you view such news negatively, then you are pessimistic. Umno putrajaya has made so many world headlines. The americans learned their lesson hard for trusting their president to make choices based on vote counting. How many americans cast their votes today?

  31. malaysian1000000 Apr 5,2016 12:49 AM

    Salam,

    Sampai authority negara berkecuali/neutral (swiss) pun sudah siasat mustahil perkara tersebut palsu/fitnah?

    Apa rekod/maklumat perbankan ini boleh dimanipulasi ke? Kalau ada rakaman cctv yang membuktikan yang PM dan Isteri ini berbelanja sakan pun takkan nak nafi juga?

    Kes MARA pun dah kantoi, takkan dah kena batu besar atas kepala baru nak mengaku. Dah terlambat dah, tak boleh lari mana. Plan lah escape route. Malaysia ini dah jadi penjara besar buat PM dan sewaktu dengannya. Baik lagi penjara kajang tu dari penjara luar. Kurang – kurang ada penghormatan juga diberi.

    Kes KBS, pegawainya 640 tahun penjara jika sabit kesalahan dengan nilai 100++ juta ringgit. Kalau 2.6b tak tahu lah, 100000 tahun kot.

    Jangan salahkan orang dengan kebodohan sendiri, salahkanlah diri sendiri. Malulah keturunan Razak, Hussein selama – lamanya.

    Lidah terbelit, kepala pusing macamana pun tak dapat nak buat apa dah. Dah KANTOI PM kita ni.

    Selamat UMNO dan TERIMA KASIH atas jasa untuk negara. Tiba masa anda dikuburkan.

    TQ

  32. Hajar Apr 4,2016 10:41 PM

    Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    Sebagai rumusan bolehlah ‘rejim Najib’ menuduh seluruh dunia berKONSPIRASI untuk menjatuhkan PM Najib @ Ah Jib Gor.

    Memang amat memalukan kerana 1MDB dan DSN sibuk diperkatakan di setiap pelusuk dunia dan disiasat di beberapa negara (8 buah negara setakat ini) di dunia kerana skandal2 buruk yang membusukkan nama Negara dan rakyat Malaysia dan bukannya kerana pencapaian yang membanggakan.

    Letak jawatan sajalah Dato’ Seri Mohd Najib! Bukti sudah terlampau banyak. Mengaku sajalah.

    Kasihanilah Malaysia dan rakyat Malaysia.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  33. wm wi Apr 4,2016 10:36 PM

    Assalm Tun yang dimuliakan

    Malu, malu semalu-malunya menjadi rakyat Malaysia saat ini.

    Harap-harapnya senarai media yang membicarakan tentang wang dalam akaun pm yang Tun senaraikan itu tidak benar. Terlalu luas liputannya.

  34. Sri Sense Apr 4,2016 9:43 PM

    Salam Tun

    Memang susah, cara yang mudah Najib berhenti dengan rela. What to do, dia degil jugak. Dia rasa dia betul jugak. Yang buruk image Malaysia bukan dia. Yang kena teruk nanti rakyat Malaysia bukan dia.

    Tun, tax evasion is illegal. Tax avoidance, while perhaps unethical, is not. Lying in court is a criminal offence. Lying by Najib, while immoral, is not necessarily against the law.

    So how? We can try all we can la, menang ke tak nanti, hanya masa menentukan.

    Please sign Citizen Declaration here :

    https://docs.google.com/forms/d/1vuIKdnzoDln2d5_v07kz1vgUZByV4EILmecK7NjYh54/viewform?c=0&w=1

  35. KK Apr 4,2016 8:49 PM

    Geli pulak ketiak bila kuli cakap dia bukan itik makan dedak. Kuli tu dah nampak lubang. Najib kalo berhenti dia nak ganti. Sb tu beiya2 benar pertahankan Najib. Dulu dia nampak Najib goyang. Pasal tu dia belasah Najib. Harap2 Kuli tau Zahid x naik lah. Kalo x penat kita nak buang mereka pula nanti.

  36. KK Apr 4,2016 8:45 PM

    Ini bukan soal benar atau salah. Kalau di luar negara dah berambus PM jika dikaitkan dgn skandel walaupun kebenaran belum terbukti. Ini dah banyak bukti yg terbongkar tapi tetap nak pegang kuasa. Dah tu ada pulak menteri yg benggap cakap AS x leh kemuka saksi tanpa wakil kerajaan Malaysia. Dia x sedar AS dah tau org Malaysia ramai dah makan dedak. X guna dengar ckp wakil kerajaan. X pun AS kena SOSMA tau POTA kot…!!!

  37. Rush Apr 4,2016 6:12 PM

    Hello Tun,

    I’m a great fans our you and I’m no politician…and I’m sorry if my words are lay man term…which i express form my heart..as I used to be proud to say who my Prime Ministry was…during Malaysia’s golden area..
    We were a small nation with enough respect from the internationally community. There might some good and bad stories which we come across your era from political point of view … but at list we were not discriminated like we are currently.

    Finding hard to believe that…with all the accusation on Najib and Team yet … still this guy and his team has a really Thick face, or the Thickest Face on the planet earth… Najib and Team seems like they are not listen to their people and nation. They are almost deft and blind.

    Before we can worried about 53 media’s and Countries against him, firstly the Malaysian People should be able to bring him down… it will be real shame if the foreign countries to bring our prime minister down for all his mistakes… It would look like we are going backward in time… Kita di Jajah lagi.

    We who born and raise in Malaysia and call ourself Malaysian… our voice means nothing, due to the constitution of our law, which we are not able to have our rights to have a Prime Minister by People’s choice.
    We should be able to choose or provide an options of who we want as our Prime Minister so that people can depends on this person for our future and future next.

    The fear is, at the current rate… looks like nothing could be done as Najib and team show no fear to any treat which is thrown to them… instead Najib Choir team are chanting for him… while Najib is hiding behind the screen… and orchestrating his Choir team to be at their best… Look like if Choir team sings well and gaining championship across the nation… than there’s better bonus or better said.. Donation will be provide to them 🙂

    The question… how can we stop Najib and Team … do we have until next PRU? we can’t wait for that… They might end provide donation to the entire nation by than… looking at the rate that they are going…

    This are my thoughts Tun, sorry if my words are not a political correct…but I express with my heart .. I hope you will succeed to save Malaysia once again…and bring us back to our glory days.

    Amen Amen Amen.

  38. adelheid Apr 4,2016 6:01 PM

    Salam Tun

    Typo my error on anti-GST rally – that should be Saturday’s anti-GST rally.

    Thanks Tun. Love you Tun.

  39. adelheid Apr 4,2016 5:31 PM

    Dear Tun,

    Assalamualaikum salam sejahtera Tun yang dikasihi.

    Tun, bukti-bukti dah cukup banyak terutama pendedahan dan penyiasatan di luar negara. Hanya Malaysia sahaja yang buta di jalan yang terang. Pathetic sungguh. Malu bila dunia tertawakan kita.

    Let the foreign investigations proceed. Let them spill all the beans. At the same time we Malaysians must do our parts – we must all unite to change what has gone wrong in our country not only to change the person who leads we must look at the bigger picture what has gone terribly wrong with the system. Your initiative of the Citizens’ Declaration would catalyse this change if and only when we rakyat stop ridiculing each other stop insinuating stop talking instead act on the matter by being prepared to brush aside our ill feelings our differences dendam, be willing to be colour blind and work with our so-called adversaries musuh ketat in order to achieve the common goal of ousting defeating the evil one. Not willing to sacrifice these we will at most achieve only that much as we are prepared to give. Rasa tak mahu mengalah inilah penghalang dan musuh sebenar rakyat untuk bersama bersatu kuat dalam menumbangkan kejahilan.

    Semangat kebangsaan melayu dalam diri orang UMNO sekarang sudah taken for granted sehingga sudah tak bermakna lagi – the fact that the malays rights are enshrined and safeguarded in the Federal Constitution have made the malays mudah lupa. Apa lagi bila wang menjadi ukuran dan mudah disumbat duit oleh pemerintah sekarang. Betapa mudahnya semangat kebangsaan ditukar dengan wang. Apa sudah jadi dengan bangsa, agama, tanahair – tinggal frasa di bibir sahaja.

    We must continue with the citizens’ movement to oust the corrupt PM Najib and the whole of his corrupted team. This cause must continue and not be short lived because what we all want ultimately is a clean system covering all, governance and the people. Stop so much politicking that kills our ability to move forward.

    Tun Mahathir, I hope you take one thing at a time, take care of your safety and health as you go about all this. Even though there maybe some who would insinuate ridicule you because of their own personal unresolved issues (like during Sunday’s anti-GST rally) but you know that the mass bulk of us citizens are with you Tun Mahathir!

    Thank you for all that you have done to bring the country back on track. Sayang Tun selalu.

  40. dinturtle Apr 4,2016 5:30 PM

    Salam Tun,

    “Kerana Najib menafi semua tuduhan terhadapnya, maka Ketua Bahagian dan Wakil Rakyat UMNO tetap percaya yang Najib tidak bersalah.” walaupun Najib langsung tidak kemukakan apapun bukti.

    Tapi dalam kes pendedahan terbaru ABC dan WSJ ini, Najib langsung tidak berkata apapun. DIAM. TOTAL SILENCE…. waima menafikan pun.

    Seluruh dunia sedang memperlekehkan PM Malaysia serta isteri dan disamakan dengan Marcos n Imelda .. secara tak langsung bukan saja maruah najib Rosmah saja yang tercalar tapi maruah seluruh rakyat Malaysia.

    Semuanya gara2 kelaku Najib Rosmah !

    Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, seharusnya Najib tampil membersihkan nama dan maruah diri, keluarga dan negara. Bukannya DIAM.

    Tuntut media2 itu kemukakan bukti ( atau berdepan dengan saman, jika Najib nak samanlah ). Dan nafikan sekeras2nya segala dakwaan.

    Kalau itupun tak sanggup nak buat, jangan salahkan rakyat jika punya andaian/spekulasi negatif. Apa andaian itu ? Seperti kata Rahman Dahlan – your guess is as good as mine !

  41. milshah Apr 4,2016 5:27 PM

    Assalamualaikum Tun,

    Based on your article posting, it would seem alot of people benefited from the scandal. My fear is if a royal commission were establised, alot of names will called in as to ascertain how many benefited or involved in the scandal. This could the biggest scandal of the century, if not the world, in term of monetary value and people involved. I hope this not true and that is why I am proposing for a royal commission to establish by this government or the next government which wins the next general election.

  42. sibotak Apr 4,2016 4:48 PM

    Mengapa pula pembelian rumah di beli Lim Kit Siang perlu disiasat
    Sedangkan kecurigaan jumlahnya Najib lebih jauh dari Lim Kit Siang

    Mengapa pula tidak ambil saja pengakuan Lim Kit Siang
    SPMR , Polis , AG pun tak perlu susah payah
    Mungkin juga Lim Kit Siang dapat derma dari Nenek beliau di Hong Kong

    Mungkin pembodek Najib tidak ada habuan
    Takan ialah Najib nak sepak semua duit derma pada semua anggota UMNO
    Mungkin di kalangan ramai tidak mahu UMNO berpecah belah dek kejatuhan UMNO
    Ini bukan caranya untuk menyelesaikan masalah
    Yg salah tetap salah
    Kalau diperbetulkan secara principle maka UMNO bakal di sangjung tinggi bukan
    saja dari kalangan orang melayu

    Najib ternyata Pengecut
    Takut kerana beliau sendiri tahu beliau bersalah
    Lepas satu penipuan ke satu penipuan
    Once a Liar , Always a Liar

    Seharusnya Najib di pecat dari segala kedudukan beliau Petronas , 1MDB dan segalanya bukan Tun Mahathir
    1MDB satu Sign Board kecil kat luar tak pernah saya lihat
    Yg saya lihat hanya di kaca TV sahaja
    Sekurangnya Proton walau tidak bergiat seperti di mimpikan
    Kelihatan semerata Malaysia , yg buruk mahupun yg Segak

    Najib
    Kolih kolih diolak olak
    Dah tak bolih nak apakan pulak

  43. Sri Sense Apr 4,2016 3:20 PM

    Salam Tun

    umranrc betul tu! jom kita ramai2 edar borang. I ada taruh kat FB. 🙂

    Tun

    Tadi I jalan kat Borneo Post. Ada gambar Najib. Fuyo dah slim kau!.

    IMAO Najib ini sayang Tun, sebab Tun kata aje orang Putrajaya perut buncit, balik je kerja, Najib exercise giler giler, tak lama lagi mau perut Najib a flat stomach and six-pack abs! LOL 🙂

  44. umranrc Apr 4,2016 2:37 PM

    Salam Tun,

    Ketujuh-tujuh perkara yang disampaikan pada kali ini benar-benar tepat pada tempatnya.

    Sekiranya ada lagi diantara Rakyat Malaysia yang terdidik tetapi masih lagi gagal untuk melihat perkara ini, entahlah…

    Ayuh, mari kita semua menyokong Deklarasi Rakyat.

    Terima Kasih Tun.

Leave a Reply