TOTAL VISITORS FROM 2008:

The 1MDB Saga (Part 1) 24

 

The 1MDB Saga (Part 1)

1.1MDB is not a wealth fund as it is touted to be. Except for the one million Ringgit contributed by the Government, the rest of the RM 42,000,000,000 (forty-two thousand million) is borrowed money. Borrowed money cannot be regarded or classified a wealth. It is a liability which imposes on 1MDB or in case of its failure the Government to repay the interest and the principal. The sum is so huge that if the Government cannot pay them it could be bankrupted. This has happened to Greece.

2.The possibility of this happening imposes a heavy responsibility on the management of 1MDB and oversight by the Government. And very quickly it became clear that the executives and board of 1MDB did not take their responsibilities seriously.

3.Shahrol, the CEO of 1MDB borrowed five billion Ringgit from the banks without the knowledge and approval of the Board of Directors.

4.The borrowings were at high interest rates. In one case Goldman Sachs was paid a 10% commission for raising a loan with a 5.9% interest. This means that 1MDB gets only 90% of the loan but has to pay interest on 100%. It is the same with the principal.

5.The money was apparently used to buy power plants at well over the market price. The licences for some of the plants were due to expire. If the purchases were delayed until the expiration of the licences the prices would be for less than market price.
6.But the management seemed not to care about getting the best prices. As a result when the plants were sold to the Chinese, 1MDB suffered a loss of more than one billion Ringgit.

7.There are two other cases where the CEO Shahrol had acted without the approval of the directors of 1MDB. He entered into a joint venture (JV) with Petro Saudi before a proper and intensive due diligence was carried out. Then he invested USD 1 billion in the JV also without approval of the board.

8.The investment was so big that it demands for thorough and extensive due diligence before it could request for approval by the board of directors. The CEO really has no authority to invest such a huge amount. But this was what he did.

9.It is unthinkable that on three occasions the CEO, Shahrol, would act without following the rules of the company. In the memorandum of the company Section 117 states that all the affairs of the company must be approved by the Adviser of 1MDB, i.e. by Dato Sri Najib, the Prime Minister and Minister of Finance.

10.While Shahrol may be brave enough to act without the board’s approval, it is unthinkable that he would act without Najib’s approval. The responsibility for the three actions by Shahrol must have been made after, or on the instruction of Najib, the company’s Adviser. If not he would have been scolded and probably sacked by Najib.

11.Then 1MDB was unable to pay interest of two billion Ringgit on the loans. It had to borrow in order to pay. The borrowings have thus increased to RM 50 billion due probably to subsequent borrowings. This increase in the amount of borrowings is recorded in the PAC report.

12.Then it was reported that Najib had 681 million USD, equal to 2.6 billion Malaysian Ringgit in his personal and secret account in Ambank. No Prime Minister of Malaysia should have so much money in his own account. He should reject any such gift. If it is not a crime, it is morally wrong.

13.At first Dato Sri Najib denied the truth of the report. He said he could not be so stupid as to put the money in his account. His stooges all echoed his words.

14.Then he admitted that he did have the 2.6 billion Ringgit in his account but it was a gift. Then he explained that it was a donation from an Arab for his actions against I.S. and his interest in Islam.

15.Then the Arab became a prince and subsequently the late King of Saudi Arabia.

16.None of his explanation can be believed. No one would give this huge amount to anyone even if he had done something for Islam or for any other cause. The belief is that the money came from 1MDB, the only source of such sums accessible to Najib. He denies of course but he has no documentary evidence to prove the money is not from 1MDB.

17.Then IPIC which was appointed as guarantor for the loans for 1MDB made a statement to the authorities in London that a sum of 1.7 billion USD which was due to it had not been paid by 1MDB. It therefore refused to pay the USD50 million interests due on the loan taken by 1MDB.

18.1MDB said it had paid the money to a subsidiary of IPIC named Aabar PJS Ltd (British Virgin Islands).

19.IPIC says that Aabar PJS(BVI) is not an IPIC company although it has a company by almost the same name i.e. Aabar PJS Ltd. This company had received no payment from 1MDB. IPIC implied that the company the 1MDB paid to was a false company.

20.There was a suggestion of fraud and Arul the CEO of 1MDB admitted that it may have paid to the wrong company. But 1MDB insist that IPIC should pay the USD50 million interests as it was the guarantor of the loan. 1MDB would not pay.

21.A guarantor could be obliged to pay if 1MDB was really incapable of paying. But a guarantor is not obliged to pay simply because 1MDB refused to pay. Besides IPIC as guarantor had not been paid the USD1.7 billion which was due.

22.As both 1MDB and IPIC would not pay the interest on the loans, there would be a default. This will cross default other loans taken by 1MDB. Since 1MDB is a fully-owned Government company the defaults will affect the Government’s credit-worthiness. The Government may not be able to borrow any more in the market.

23.The Government will have financial deficits which may lead to bankruptcy if the loans are not serviced and the principal paid.

24.In the meantime the 2.6 billion Ringgit in Najib’s account were said to be moved into Singapore banks. Singapore was said to have frozen accounts of several people pending investigations for money laundering. Though no mention was made that the frozen accounts belong to Najib, as a financial center Singapore cannot be seen to cover up an obvious case of money laundering.

25.Bank Negara had made a report to the Attorney General presumably on Najib’s money in Ambank. But the A.G. dismissed the report, claiming that there was no wrongdoing by the Prime Minister. Similarly the report by MACC was also dismissed by the A.G. The contents of those reports were made official secrets to prevent public scrutiny. But the OSA is not meant to cover up possible crimes.

VERSI BM

Saga 1MDB (Bahagian 1)

1. 1MDB bukanlah dana kekayaan sepertimana yang diwarwarkan. Selain daripada RM1.0 juta yang disumbangkan oleh Kerajaan, yang lain daripada RM 42,000,000,000 (42,000 juta) itu adalah wang yang dipinjam. Wang yang dipinjam tidak boleh dianggap atau diklasifikasikan sebagai kekayaan. Ianya adalah liabiliti yang dikenakan ke atas 1MDB dan jika ianya gagal Kerajaan perlu membayar balik faedah dan pokok pinjaman. Jumlahnya adalah begitu besar dan jika Kerajaan tidak mampu membayarnya Kerajaan boleh jatuh bankrap. Ini adalah apa yang telah berlaku kepada Greece.

2. Kemungkinan ini berlaku membebankan pengurusan 1MDB dengan tanggungjawab yang berat dan menunjukkan kecuaian pengawasan oleh pihak Kerajaan. Dan dengan pantas sekali telah jelas kelihatan bahawa eksekutif dan lembaga 1MDB tidak menjalankan tanggungjawab mereka secara serius.

3. Shahrol, Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB meminjam RM5.0 bilion daripada bank-bank tanpa pengetahuan dan kelulusan Lembaga Pengarah.

4. Pinjaman dikenakan kadar faedah yang tinggi. Dalam satu kes Goldman Sachs telah dibayar komisen 10% untuk mendapatkan pinjaman dengan faedah 5.9%. Ini bermakna bahawa 1MDB hanya mendapat 90% daripada pinjaman tetapi perlu membayar faedah ke atas 100%. Ia adalah sama juga untuk pokok pinjaman.

5. Wang ini kononnya digunakan untuk membeli loji janakuasa dengan harga lebih tinggi daripada harga pasaran. Lesen-lesen untuk beberapa loji janakuasa ini hampir akan tamat. Jika pembelian telah ditangguhkan sehingga tamat tempoh lesen, harga pembelian akan menjadi kurang daripada harga pasaran.

6. Tetapi pengurusan seolah-olah tidak kisah untuk mendapatkan harga yang terbaik. Akibatnya apabila loji janakuasa ini dijual kepada orang Cina, 1MDB mengalami kerugian lebih daripada RM1.0 bilion.

7. Terdapat dua kes yang lain di mana Ketua Pegawai Eksekutif Shahrol telah bertindak tanpa kelulusan pengarah 1MDB. Dia telah memeterai usaha sama (JV) dengan Petro Saudi sebelum dilakukan “due diligence” yang intensif dan wajar. Kemudian dia melabur USD1.0 bilion dalam JV tersebut, juga tanpa kelulusan Lembaga.

8. Pelaburannya begitu besar dan ia memerlukan kajian “due diligence” yang menyeluruh dan perinci sebelum ianya dapat dibentang untuk mendapat kelulusan Lembaga Pengarah. Ketua Pegawai Eksekutif sebenarnya tidak mempunyai kuasa untuk melabur jumlah wang yang begitu besar. Tetapi ini adalah apa yang dia lakukan.

9. Tidak dapat dibayangkan bahawa dalam tiga ketika Ketua Pegawai Eksekutif, Shahrol, akan bertindak tanpa mengikuti peraturan syarikat. Dalam Memorandum Syarikat Seksyen 117 dinyatakan bahawa semua hal ehwal syarikat itu mesti diluluskan oleh Penasihat 1MDB, iaitu oleh Dato Sri Najib, Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.

10. Walaupun Shahrol mungkin cukup berani untuk bertindak tanpa kelulusan pihak Lembaga, tidak dapat dibayangkan bahawa beliau akan bertindak tanpa kelulusan Najib. Tanggungjawab bagi tiga tindakan yang dilakukan oleh Shahrol sudah semestinya telah dibuat selepas, atau atas arahan Najib, Penasihat syarikat. Jika tidak, dia akan telah dimarahi dan mungkin dipecat oleh Najib.

11. 1MDB tidak dapat membayar faedah sejumlah RM2.0 bilion bagi pinjaman. Ia terpaksa meminjam untuk membayar. Pinjaman kini telah meningkat kepada RM50 bilion mungkin kerana pinjaman berikutan. Peningkatan dalam jumlah pinjaman ini dicatitkan dalam laporan PAC.

12. Kemudiannya dilaporkan bahawa Najib mempunyai USD681,000,000, bersamaan dengan RM2.6 bilion Malaysia di dalam akaun peribadi rahsia beliau di Ambank. Tiada Perdana Menteri Malaysia harus mempunyai wang begitu banyak di dalam akaun peribadi. Beliau harus menolak sebarang pemberian sedemikian. Jika sekiranya ia bukan suatu jenayah, ianya adalah salah dari segi moral.

13. Pada mulanya Dato Sri Najib telah menyangkal kebenaran laporan itu. Beliau berkata beliau tidaklah begitu bodoh sehingga sanggup meletakkan wang di dalam akaun peribadinya. Tali barut beliau semuanya melaung-laung kata-katanya.

14. Kemudiannya beliau mengakui bahawa beliau memang mempunyai RM2.6 bilion dalam akaun beliau, tetapi ianya adalah hadiah. Kemudian beliau menjelaskan bahawa ianya adalah sumbangan dari Arab oleh kerana tindakan beliau terhadap I.S. dan minat beliau terhadap Islam.

15. Kemudiannya Arab tersebut menjadi seorang putera dan seterusnya Allahyarham Raja Saudi.

16. Tiada satu pun penjelasan beliau boleh dipercayai. Tiada siapa yang akan memberi jumlah wang sebesar ini kepada sesiapa pun walaupun beliau pernah melakukan sesuatu untuk Islam atau bagi perjuangan-perjuangan yang lain. Apa yang dipercayai adalah wang ini datangnya dari 1MDB, satu-satunya sumber wang begitu banyak yang boleh diakses oleh Najib. Sudah semestinya beliau menafikannya tetapi beliau tidak mempunyai sebarang bukti berdokumen untuk membuktikan bahawa wang itu tidak daripada 1MDB.

17. Kemudiannya IPIC yang telah dilantik sebagai penjamin bagi pinjaman untuk 1MDB membuat kenyataan kepada pihak berkuasa di London bahawa wang sejumlah USD1.7 bilion yang patut diterimanya tidak dibayar oleh 1MDB. Oleh sebab itu, mereka enggan membayar faedah berjumlah USD50 juta yang perlu dibayar ke atas pinjaman yang diambil oleh 1MDB.

18. 1MDB berkata ia telah pun membayar wang itu kepada anak syarikat IPIC bernama Aabar PJS Ltd (British Virgin Islands).

19. IPIC menyatakan bahawa Aabar PJS(BVI) bukanlah sebuah syarikat kumpulan IPIC walaupun ia mempunyai sebuah syarikat dengan nama yang hampir sama, iaitu Aabar PJS Ltd. Syarikat ini tidak menerima sebarang bayaran daripada 1MDB. IPIC membayangkan bahawa syarikat yang dibayar oleh 1MDB mungkin adalah sebuah syarikat palsu.

20. Terdapat saranan bahawa telah berlaku penipuan, dan Arul, Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB mengakui bahawa mungkin wang telah dibayar kepada syarikat yang salah. Tetapi 1MDB menegaskan bahawa IPIC perlu membayar faedah USD50 juta itu kerana ia adalah penjamin pinjaman. 1MDB tidak akan membayar.

21. Seseorang penjamin boleh dibertanggungjawabkan untuk membayar jika 1MDB adalah benar-benar tidak mampu membayar. Tetapi penjamin tidak diwajibkan untuk membayar hanya kerana 1MDB enggan membayar. Selain itu, IPIC sebagai penjamin tidak dibayar wang sejumlah USD1.7 bilion yang perlu dibayar.

22. Oleh sebab 1MDB dan IPIC tidak akan membayar faedah ke atas pinjaman, akan terjadi kemungkiran. Ini akan menyebabkan kemungkiran bertalian (cross default) bagi pinjaman-pinjaman lain yang diambil oleh 1MDB. Oleh sebab 1MDB ialah syarikat milik penuh Kerajaan, kemungkiran akan menjejaskan status kredit Kerajaan. Kerajaan mungkin tidak lagi dapat meminjam di pasaran.

23. Kerajaan akan mengalami defisit kewangan yang boleh membawa kepada kebankrapan jika pinjaman tidak diservis dan pokok pinjaman dibayar.

24. Dalam pada itu RM2.6 bilion dalam akaun Najib dikatakan telah dipindahkan ke bank Singapura. Singapura dikatakan telah membeku akaun beberapa orang sementara menunggu siasatan pengubahan wang haram (money laundering). Walaupun tidak disebutkan bahawa akaun-akaun yang dibekukan itu adalah kepunyaan Najib, Singapore, sebagai pusat kewangan, tidak boleh dilihat sebagai menutup satu kes yang jelas melibatkan pengubahan wang haram.

25. Bank Negara telah membuat laporan kepada Peguam Negara, barangkali mengenai wang Najib di Ambank. Tetapi Peguam Negara menolak laporan itu, dengan dakwaan tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh Perdana Menteri. Begitu juga laporan oleh SPRM turut ditolak oleh Peguam Negara. Isi kandungan laporan tersebut telah diisytiharkan sebagai rahsia rasmi untuk mengelakkan penelitian awam. Tetapi OSA tidaklah bertujuan untuk menutup kemungkinan berlaku jenayah.

24 thoughts on “The 1MDB Saga (Part 1)

  1. WandyCaswady Jun 1,2016 8:31 AM

    Nothing more that we can do… Except the last option… Take care… Assalamuaalaikum n jazakallahhu khairan kathira buat saudara Tun Dr Mahathir Muhamad… ✌

  2. HBT456 May 15,2016 9:14 AM

    32. It depends how you value 1mdb financial status.

    33. If you value 1mdb financial status as short investment politically, you will value it as crying over spill milk by blaming others without even bother to clean it.

    34. If you value 1mdb financial status as long term investment politically as spill over milk, I mean br1m, you will compete to get the best milk, and eventually, the spill milk will be cleaned up without forking any extra cash via menaikkan taxes, levy, gst dan sebagainya.

    35. I dont mention jho low because I know there are countries out there will take against such hot money that will jeapodise the economy of a sovereign wealth country.

    36. Cut or undercut, it depends on the surgeon, not gp practitioner.

    37. No one is perfect.

    38. Thats why the world is imperfect.

    39. When the world is imperfect, leaders will do their best to make their world perfect.

    40. Even african governments stop issuing visa for people to come to malaysia, what is there to be proud off, mr sudin?

  3. sudin May 9,2016 4:31 PM

    Assalam Tun.

    Berkemungkinan besar pembelian loji2 janakuasa tersebut dengan harga berbilion ringgit lebih tinggi daripada harga pasaran walaupun tempoh lesen-lesen untuk beberapa loji janakuasa ini hampir akan tamat, adalah disebabkan supaya commission yang besar akan diperoleh.

    Ini cerita orang besar2, yang hendakkan sangat diiktiraf sebagai otb, orang terkaya baru. Jadi puluhan juta ringgit tu tak ada kelas!
    Jho Low, Riza, Shahrul, Rosmah…..

  4. sudin May 9,2016 4:09 PM

    Assalam Tun.

    Memandangkan IPIC telah membuat kenyataan resmi dengan pihak berkuasa di London bahawa mereka tidak menerima wang sejumlah US$1.7 bilion dari 1MDB, kerana wang tersebut telah dibayar kepada Aabar PJS Ltd (British Virgin Islands) yang bukan sebuah anak syarikat IPIC, kenapa tidak disiasat pergerakan wang tersebut melalui penyata akaun bank Aabar?

    Najib dan kuncu2nya serta seluruh dunia telah dimaklumkan tentang hal tersebut, jadi jika Najib berdiam diri saja dan tidak memberi apa2 jua arahan untuk mengetahui kedudukun dan/atau penyelewengan wang $1.7 bilion tersebut, ini hanya menambah syak bahawa berkemungkinan besar wang tersebut juga telah jatuh ketangan Najib!!!

    RM7.5 bilion campur RM4.2 bilion…..
    Najib dah terima RM11.7 bilion!!!!

    Patutlah Rosmah boleh berbelanja sakan….
    Patutlah Najib boleh raikan perkahwinan anaknya dengan kehebatan tak terhingga…
    Patutlah ramai pembodek Najib melakukan apa saja untuk membela dia tak kiralah buat kenyataan mengarut dan/atau separuh benar memandangkan upahan lumayan yang mungkin diterima….
    Patutlah….
    Patutlah….
    Patutlah….

  5. daeng May 5,2016 4:39 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Setuju dan yakin dengan kenyataan Tun dalam hal ini.

    Saya memang sentiasa tabik spring kepada Tun sejak Tun menjadi PM Malaysia lagi.

    Sememangnya kenyataan Tun jelas dan nyata dan tidak perlu menunggu siang untuk melihat dan memahaminya.

    Hanya pengikut Najib dan ahli umno yang makan dedak iaitu “itek peliharaan najib” sahaja yang tidak memahaminya.

    Mana mungkin tuan penasihat 1MDB ( NAJIB ) tidak tahu Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB ( SYAHRUL meminjam RM5.0 bilion daripada bank-bank tanpa pengetahuan dan kelulusan Lembaga Pengarah ??????????

    Saya rasa najiB dah terlalu banyak termakan najiS ….. najis berat lagi bah, najiS anjin@ dan bab# lagi lollll.

    Wassalam Tun.

  6. wajaperak May 5,2016 4:07 PM

    Assallammualaikum Tun.
    Saya mohon ruangan.

    Sumayyah ialah ibu Ammar b Yasir, yang merupakan gambaran cemerlang wanita yang pertama sekali mati syahid dalam Islam. Sumayyah merupakan isteri Yasir. Dengan keimanan yang kuat dan keberanian yang tersimpan di relung hatinya yang dalam ia sanggup menentang Abu Jahal yang terkenal bengis dan kejam.

    Berapa banyak PEREMPUAN ISLAM boleh memilih menjadi pengecut?..
    Boleh jadi pengecut di dalam mempertahankan keimanan.
    Itu tidak mengapa.
    Takrif pengecut ialah mereka yang tidak dapat dihubungi melalui alamat atau sebarang bentuk perhubungan..Tidak perlu bertanggungjawab kepada perbuatannya.
    Di zaman Nabi Musa a.s mereka bersembunyi di kalangan pengikut Firaun.
    Mashitah adalah contoh seorang PEREMPUAN yang BERANI..

    Dengan menyatakan keberanian keimanan mereka dibunuh dan mati syahid..

    The Russian Colonel jerk Rambo hair and grudgingly commented..
    You are strong.Stronger so far.He indicated to his HENCHMAN to increase the voltage current.

    YOU CAN CRY..THERE IS NO SHAME..

    Terima kasih Tun..:))

  7. Hajar May 5,2016 3:27 PM

    Salam Dearest YAB Tun,

    Sorry Tun, corrections:

    1. Very clear explanation FROM Tun!

    P/S: …This person is the biggest coward in Tun’s blog but always writes “JANGAN JADI PENGECUT”…

    Thanks Tun.

    *** May Allah S.W.T. bless Tun and family ***

  8. Hajar May 5,2016 1:28 PM

    Salam Dearest YAB Tun,

    1. Very clear explanation for Tun!

    2. Who is (are) going to be responsible for the cross default? Najib’s regime or Malaysians?

    3. I hope we will be able to force DSN and gang to resign soon, and 1MDB can be investigated and all those responsible (crooks) are brought to court and punished.

    P/S: Someone who is so delusional is accusing me as being “Najib hatchet person” (‘fitnah’). This person is the biggest coward in Tun’s blog but always write “JANGAN JADI PENGECUT”. Alahai! Sakit! Cakap tak serupa bikin.

    Thanks Tun.

    *** May Allah S.W.T. bless Tun and family ***

  9. zulu May 5,2016 11:01 AM

    Inspector General of Police Khalid Abu Bakar should be prosecuted and put to jail after his retirement for misusing his power to grand gun license upon his daughter’s recommendation for her Gun business.

  10. zulu May 5,2016 10:34 AM

    By dissolving 1MDB, Najib thinks his problem can be solved. But his family’s looting job cannot be erased from the minds of people. Once he step down from PM post, there should be commission to investigate and punish the culprits who brought Malaysia to third world rank.

  11. Sri Sense May 5,2016 9:09 AM

    Salam Tun

    Nampak ad Gimme Speed 🙂

    I kalau lapang rajin juga main game online. Not only me, I pernah nampak perempuan India sementara tunggu client dia pakai laptop main game online kat kedai kopi canggih.

    To HBT456 yang sentiasa nak ahead of Tun Mahathir dengan nombor2 yang lebih tinggi dari Tun Mahathir, undi itu rahsia, I can say yes to you but what I pangkah I sendiri tau. 🙂

    In my younger days kat my hometown kami sentiasa ada DAP. Wakil rakyat Melayu. Orang UMNO pun jumpa dia untuk hal2 yang berkaitan perlu tandatangan beliau dalam borang2 tertentu. Dia pun tak culas buat kerja. Muka pun sentiasa manis. Now under parti BN. Wakil rakyat Cina. But I no longer tinggal sana. 🙂

    I dah lama duduk Lembah Klang. Dah puluhan tahun. I teringat perbualan dengan seorang tukang jahit Indon, dia kata sini ramai pendatang. Bukan dia kata dia pendatang tapi dia kata kita2 yang bermastautin sini. 🙂

    I juga teringat sedara kat Kelantan. Depa kata orang UMNO kasi kain pelikat depa ambik tapi vote tetap PAS. I guess BR1M pun sama. 🙂

  12. tebing tinggi May 5,2016 7:36 AM

    Salam Tun,

    The mystery of 1MDB ,still remain a mystery .

  13. faridina May 5,2016 2:58 AM

    Assalamualaikum Dearest Tun,

    1MDB is a scheme to scam as best described by TS Muhyiddin Yassin.

    Even when he was DPM and 2nd most important figure in Malaysia he was never informed about the existence of 1MDB and its business model and plan until it was too late.

    So Mr Najib’s intention is very clear that is to cheat his own cabinet ministers in favour of his kitchen cabinet member namely Mummy Rose as the Chief Cook, Jho Low as the Master of the secret recipe plus Riza and Shahrul as the kitchen helpers.

    Now when its overcooked Mr Najib passed it to the bloody fool cabinet ministers to taste and all (except for 2 honest ministers) said it was delicious and cook to perfection.

    Anyway today the whole world and the entire nation knew the secret recipe, who and how the food was prepared only to be denied by Najib.

    Nothing to hide is now slowly becoming No where to hide for Mr Najib except behind Mr IGP and Mr AG.

    Wasalam Tun.

  14. rimba.emas May 5,2016 12:41 AM

    Salam Tun.

    1. Kita perlu bertanya kenapa 1MDB ini di adakan dengan kakitangan yang berasingan dari anggota kabinet dalam kerajaan.

    2. Kita sepatutnya awal-awal lagi berasa sangsi sebab 1MDB ini dikatakan kelangsungan dari Terengganu Investment Authority (TIA).

    3. Kita dapat tahu ia ditubuhkan oleh kerajaan negeri Terengganu dengan mendapatkan JH Low yang bekerja dalam Syarikat milik keluarga Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

    4. Adakah Sultan Terengganu di perkenalkan atau kenal JH Low oleh T.S Abd. Taib Mahmud ? Nama yang disebut boleh jadi saksi.

    5. Di negara luar JH Low berperangai buruk yang sepatutnya di ambil kira oleh rakyat dan pemimpin kita.

    6. Ulamak dan rakyat yang memegang tampok pemerintahan tidak sepatutnya mendiamkan diri atau menyokong seorang ketua yang membenarkan seorang yang tidak bermoral mengurus wang kerajaan.

    7. Setelah di beri maklumat dengan bukti bergambar yang terbukti tiada di palsukan maka wajib kita mencegahnya atau menolak seseorang itu didalam kerajaan.

    8. Malah terbukti JHLow ini dan Reza Aziz terlibat dalam projek filem yang melanggar moral agama Islam .

    9. JH Low dan Reza Aziz ini adalah subjek utama dalam mendapatkan bukti. Malangnya tiada langsung dalam siasatan PAC dan Polis Malaysia.

    10. Moral keduanya sudah nampak dan pernah bekerjasama dengan PM.

    11. Sedangkan kes Datok Sri Anwar tampa bukti bergambar telah di bicarakan berulang kali untuk didakwa pihak Polis, sebaliknya moral kedua-dua bekas rakan PM tidak di ambil pot.

    12. Mustahir hanya moral D.S.Anwar sahaja di kalangan pemimpin yang perlu di cegah nahi mungkar.

    13. Hanya Allah s.w.t maha mengetahui rahsia hati kita. Kuasanya menyebabkan mulut kita membisu dengan membiarkan anggota lain berbicara. Rahsia ini akan terbongkar di akhirat nanti.

    Wallahua’lam.

  15. HBT456 May 4,2016 10:55 PM

    26. If you think its not fair, vote opposition parties to show your anger lah.

    27. If you loose hope, migrate lah.

    28. Arab spring has sent both ruling and opposition presidents to jail.

    29. Parti2 melayu tidak berani mengambil tindakan tegas terhadap kaum mereka.

    30. Mereka hanya berani mengambil tindakan terlampau ke atas kaum bukan melayu saja.

    31. Tak repent tak pa, tetapi, pakai agama rasmi yang disetujukan oleh semua parti2 politik di negara ini to stay relevant in power, who wants to vote you?

  16. Sri Sense May 4,2016 10:38 PM

    Dear Tun

    News from The Star:

    1MDB to transfer ownership of 4 properties to MoF Inc

    KUALA LUMPUR: The Minister of Finance Incorporated (MoF Inc.) will implement the various recommendations contained in the Public Accounts Committee report on 1Malaysia Development Bhd (1MBD) which includes the transfer of four properties and dissolution of the board of advisors.

    The Minstry of Finance (MoF) said in a statement on Wednesday the recommendations included the transfer of ownership of Bandar Malaysia Sdn. Bhd., TRX City Sdn. Bhd., Air Itam lands and Pulau Indah land to MoF Inc.
    It also said another recommendation which would be implemented was the dissolution of the 1MDB board of advisors. MoF Inc is the sole owner of 1MDB.

    MoF added that Article 117 would be removed and all references would be changed from “Prime Minister” to “Minister of Finance”, in the 1MDB Memorandum and Articles of Association.

    “In line with the governance changes and asset transfers, MoF Inc., hereby confirms its acceptance of the resignation of the 1MDB board of directors, with the effective date of May 31, 2016. MoF Inc., will appoint new board members in due course, to reflect the limited business profile of 1MDB,” it said.

    As for Arul Kanda, MoF said he will stay on as 1MDB president until further notice.

    MoF said Arul would continue to focus on implementing the rationalisation plan, which will include resolution of the recent contractual dispute with IPIC.

    Star

    Goodnight!

  17. Fariq Islam May 4,2016 9:48 PM

    Assalamualaikum, Tun.

    Your article is informative.

    There are a few points Rakyat want/ like to seek clarification:
    a. Shahrol must be called upon, for investigation, interrogation etc. Acting without authorization was definitely not right. Even a basic private limited liability company (Sdn Bhd) needs Board’s approval for investing/ borrowing decision.

    b. Motives behind substantial sum donation of 2.6 billion aroused doubts. And, Government must provide a convincing answer to sustain Rakyat’ confidence.

    c. Arul is not trustworthy enough, in giving such an answer as possible remitting money wrongly to the wrong party, i.e. Aabar PLF Ltd (British Virgin Islands). The statement is not acceptable. And, worse still, a statement was released earlier in press saying that 1MDB has managed to get rid of its liabilities.

    Our Ringgit has started to be in dipping trend again, due partially to 1MDB not able to meet its financial obligation. Please pledge some loyalty to our beloved nation. Please punish the culprit. Please rectify the poor system. Please put back the nation on the right track!

  18. joetachi May 4,2016 9:36 PM

    Negara 1mDB nama dberi..
    terkenal seantero pelusok negeri…
    berdagang haram berurus janji….
    Meminjam duit dengan yahudi…!!!

    #$akau

    duit yahudi nk buat meniaga…
    Dibuatnya joli, dikayakan keluarga..!
    Harta negeri habis dh djaja…
    Nak tunai janji, bayar hutang negara…!!

    Harta negara orang luar beli..
    Harga tanah dh jd tinggi…
    Rakyat jelata tengok gigit jari…
    Baru ni tau, inikan negara 1MDB…!

    #satuMDByahudiBersaudara

  19. Abang Sakti May 4,2016 9:10 PM

    Saya dan sekeluarga mendoakan semoga Tun dan keluarga dipanjangkan umur dan kesejahteraan Tun dalam menegakkan keadilan dalam Malaysia ku Tercinta ni. Sepastinya era Tun sangat dirindui oleh kami sebagai bangsa Melayu pemilik asli tanair Malaysia ku Tercinta

  20. shahrul8281 May 4,2016 9:06 PM

    Assalammualaikum tun..
    Hari ini media menyatakan PDRM menarik balik khidmat pengiring yg disediakan utk tun..
    Rasa sedih dengar berita ni..macam2 kroni-kroni dedak ajib gor buat pada tun..
    Walaupun yg buat keputusan ni dari pihak PDRM tapi rakyat tahu arahan ini pasti dari orang tertentu untuk menambah lagi tekanan pada tun..
    Saya berharap tun jangan putus asa dan saya berdoa pada allah agar diberi kekuatan pada tun..biar pun pelbagai dugaan melanda saya tetap menyokong tun..you”ll never walk alone..

  21. KK May 4,2016 9:05 PM

    Come out Najib from the blanket. Prove to us with all the relevant documentary evidence; failing which you shall be fully responsible.

  22. Buddies_Man May 4,2016 8:52 PM

    Salam Tun

    I solemnly, sincerely and truly declare and affirm that your statements are the truth, the whole truth and nothing but the truth.

    Let’s talk about the punishment he & they going to receive.

    Let it be a sharp blades, and cut them into billions. Bit by bit, little by little…never hanged them but put them in jail forever.

    So that our children will know that the debt we are paying, is caused by these greedy clowns.

    Damned you & the conman JL….May You Burned In Hell.

    50 plus over billions…damn.

    There’s always a reason why Allah send you to us. Always a reason.
    Tun….we will alwayz be your OUTRIDERS

    Salam

  23. Sri Sense May 4,2016 7:55 PM

    Salam Tun

    You said that very well, and I agree.

    IMAO Sharol takan berani pinjam 5B rgt tanpa kebenaran dari PM. Mesti Sharol tanya PM dulu. 1MDB company MOF. PM pula merangkap Minister of Finance. 5B rgt bukan kecik, kalau pinjam 5M rgt pun mesti tanya juga. Its not like you pinjam 500K, boleh tenyeh2.

    IMAO Sharol hanya runner. I’ve heard stories about runner before. During your time, Tun. There’s nothing new about them. We know siapa, tapi we just tak nak komen. Its more like you mind your business, we mind our business. As long you tak kacau my business we’re ok with that. 🙂

    Kerja runner duduk tunggu kat phone aje. Tunggu call aje. Big boss kata gini, gini la, big boss kata gitu, gitu la. Not only that, kalau big boss tak perlu your service, satu panggilan talipon sahaja, you’re fired! 🙂

    One runner pernah kata, nyawa hanya dihujung talian. Pasal tu dia letih tak nak lagi jadi runner. 🙂

    Berbalik pada 1MDB. Kan benda dah jadi, yang dah terjadi kenalah tanggung. Kan itu tanggung jawab. Sape yang suruh bukak 1MDB? Sape yang suruh sain? Sape yang suruh buat hutang? So now what, takan Najib pulak got off scot free. Penyokong tegar patut sama tanggung hutang Najib, tak kisah la kena jual beg hemes ka, apa ka, tak ada gaji ka, kutip 5K dari seorang UMNO member ka, lelong rumah ka, tanah ka, minta duit dari Adenan Satem ka, Taib Mahmud ka, kita tak kisah. 🙂

    Tun, it’s not fair negara or rakyat macam I tanggung hutang2 tersebut. 🙂

    Kalau kat Jepun dah hara-kiri! Kalau kat Australia dah tukar PM!. India pun. Malaysia? Are you crazy? 🙂

Leave a Reply