TOTAL VISITORS FROM 2008:

BAZAR RAMADHAN 45

1. Seperti biasa saya ke bazar Ramadhan untuk membeli aneka jenis masakan yang hanya terdapat di bulan puasa.

2. Hari pertama saya ke bazar di Putrajaya. Lokasi bazar telah dipindah tetapi pelanggan ramai seperti biasa.

3. Hari kedua saya ke Kampung Baru. Saya kagum dan gembira kerana pihak berkuasa sudah mendirikan bumbung untuk melindungi gerai dari hujan dan panas. Kain berwarna-warni menghiaskan siling yang juga mengurangkan panas matahari.

4. Tanpa dirancang saya bertemu dengan pegawai yang bertanggungjawab menghiaskan bazar Ramadhan Kampung Baru dan saya ucap tahniah kepadanya. Katanya tahun hadapan keselesaan dan keindahan pasar itu akan diperbaiki lagi.

5. Sekali lagi saya ucap tahniah kepadanya.

6. Sebelum saya masuk kereta, dia menyatakan kegembiraannya bahawa dia diberitahu saya tidak akan pergi ke Sungai Besar dan Kuala Kangsar

7. Saya terpaksa jelas bahawa saya akan berkempen dikedua-dua tempat. Bulan puasa bukan masanya untuk kita bersikap kasar. Saya akan cuba elak dari menggunakan perkataan yang kasar.
8. Sesungguhnya saya tidak faham bagaimana ada orang yang masih sokong Najib. Di Brazil dan Kenya dan beberapa negara lain, tidak banyak bukti yang menunjukkan pemimpin mereka terlibat dengan rasuah atau salah guna kuasa. Tetapi tuduhan masih dibuat terhadap mereka. Presiden Brazil digantung jawatannya oleh hakim besar supaya tidak mengganggu siasatan terhadapnya.

9. Di Malaysia juga Presiden UMNO dan Perdana Menteri pernah meletakkan jawatan apabila ternampak rakyat tidak lagi sokong mereka.

10. Tetapi bukti salahlaku Najib adalah jelas dan didedah secara terbuka sehingga ke seluruh dunia dan tidak dapat dinafikan olehnya. Berpuluh akhbar dan TV negara-negara asing menyiarkan laporan yang dilengkapi dengan gambar dan dokumen dan surat berkenaan salah guna kuasa oleh Najib dan kehilangan berbillion duit 1MDB dan wang beribu juta berada dalam akaun peribadi Najib. Benar di Malaysia akhbar arus perdana tidak pernah siar perkara-perkara ini. Tetapi media sosial menunjukkan rakyat mengetahui akan kesalahan Najib dan sudah tidak percaya padanya. Rakyat menuntut supaya dia berhenti dari menjadi Perdana Menteri.

11. Dibawah Najib parti UMNO ditolak dan dikecam oleh orang Melayu dan ramai ahli; UMNO sudah jadi lemah dengan pencapaian yang terburuk dalam PRU 13. Besar kemungkinan UMNO akan kalah dalam PRU 14, jika Najib memimpinnya. Semua ini berlaku semasa kepimpinan Najib.

12. Rakyat Malaysia berasa amat malu apabila berada di negara lain kerana ditanya apa sudah jadi kepada negara kamu. Ada orang asing yang berkata “rasuah” apabila mereka ketahui kerakyatan pelawat dari Malaysia. Ada rakyat Malaysia, apabila ditanya di luar negara dari mana mereka datang enggan menyebut Malaysia kerana malu. Demikianlah malunya mereka dengan keadaan di negara mereka. Najib sendiri melarikan diri apabila akhbar asing cuba menemuinya. Amat memalukan apabila dia terpaksa guna jalan belakang bagi mengelak di soal akhbar.

13. Tetapi di Malaysia masih ada ahli dan pemimpin UMNO yang mempertahankan Najib, yang cuba menunjuk kebaikan Najib. Walaupun mereka gagal namun mereka terus menyokong Najib.

14. Saya tidak menjadi ahli mana-mana parti sekarang. Parti saya UMNO sudah tidak mencerminkan UMNO yang ditubuh pada 1946 di Istana Besar, Johor Bahru. Ia sudah dirampas oleh Najib dan diguna untuk mempertahankan dirinya. Saya tinggalkan parti Najib ini untuk jadi rakyat biasa.

15. Demikianlah perbezaan parti milik Najib dengan UMNO sehingga apabila perwakilan dilarang menyebut atau membahas 1MDB dan 2.6 billion dalam akaun Najib semasa mesyuarat agung dan diluar, mereka akur. Tidak ada bantahan. Sebaliknya dahulu perbahasan terbuka tidak pernah dilarang. Semangat kebangsaan UMNO yang berjaya menolak Malayan Union, memerdekakan Malaya dan Malaysia, membangunkan negara sehingga dihormati dunia sudah tidak lagi ada pada ramai ahli dan pemimpin UMNO.
16. Saya tidak ada parti. Namun sebagai rakyat Malaysia saya tidak boleh mengasingkan diri daripada gerakan rakyat untuk menyingkir Najib. Mereka sudah lancar Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Najib. Saya sokong Deklarasi ini dan sudah tandatanganinya. Hakikatnya pilihanraya kecil ini bukan untuk menukar Kerajaan atau dasar Kerajaan. Jika BN kalah pun Kerajaan Najib tidak akan jatuh.

17. Tetapi kekalahan BN akan memberi mesej kepada Najib secara jelas bahawa rakyat menolak kepimpinannya. Penyertaan saya hanya untuk menerang dan mendesak pengundi akan pentingnya Najib ditolak dan deklarasi rakyat disokong. Jika Najib menang maka ia akan terus menekan rakyat kerana mempercayai rakyat bersetuju dengan segala perbuatannya .

18. Selamat berpuasa.

ENG VERSION

RAMADHAN BAZAAR

1. As usual I went to Ramadan bazaars to buy various types of cuisine found only in the month of fasting.

2. For the first day I went to the bazaar in Putrajaya. Location of the bazaar has been changed but the crowd remained as usual.

3. For the second day I went to Kampung Baru. I was amazed and pleased that the authority have installed roofs to protect the stalls from rain and sun. Colourful fabrics decorate the ceilings which also reduced the heat.

4. I had an unplanned meeting with the officer responsible for Kampung Baru Ramadan bazaar decoration and I congratulated him. He said that next year the comfort and beauty of this market will be further enhanced.

5. Once again I congratulated him.

6. Before I entered the car, he expressed his joy when he was told I will not be going to Sungai Besar and Kuala Kangsar

7. I had to clarify that I will be campaigning in both places. Ramadan is not the time for us to be rude. I will try to avoid using harsh words.
8. Indeed, I do not understand why there are people who still support Najib. In Brazil and Kenya and some other countries, there are not much evidence to show their leaders are involved in corruption or abuse of power. But still allegations are made against them. The President of Brazil was suspended from his post by the Chief Judge so that he will not interfere with the investigations against him.

9. In Malaysia UMNO President and Prime Minister had also resigned when it emerged people no longer support them.

10. But evidence of misconduct by Najib is clear and openly exposed to the world and cannot be denied by him. Dozens of newspapers and foreign television stations, complete with photos, documents and letters, reported the abuse of power by Najib and the loss of billions of 1MDB funds and existence of millions of money in Najib’s personal account. True in Malaysia, the mainstream media never reported these things. But social media shows that people are aware of Najib’s wrongdoings and do not believe in him any more. People demanded that he quit as Prime Minister.

11. Under Najib, UMNO Party is rejected and condemned by the Malays and many members; UMNO has become weak with the worst performance in the 13th General Election and is likely to be defeated in the 14th General Election, if Najib continues to lead. All these occurred during the leadership of Najib.

12. Malaysians feel very embarrassed, when they are in foreign countries, when asked what has happened to their country. There are foreigners who says “corruption” when they know the nationality of visitors from Malaysia. There are Malaysians, when asked in a foreign country where they came from, declined to admit, out of embarrassment, that they are from Malaysia. How shameful they are with the situation in their country. Najib himself fled when accosted by foreign media. It is a shame that he had to use the back door to avoid being questioned by the newspapers.

13. But in Malaysia there are still Umno members and leaders who defend Najib, those who are trying to promote the virtues of Najib. Although they failed, but they continue to support Najib.

14. I am not a member of any party now. My party UMNO no longer reflected the UMNO which was formed in 1946 at the Istana Besar, Johor Bahru. It has been hijacked by Najib and being used to defend himself. I left this party of Najib to be an ordinary citizen.

15. Thus the difference between a party owned by Najib and UMNO, that when representatives are prohibited from mentioning or discussing 1MDB and Najib’s RM2.6 billion in his account during the general meeting and beyond, they agree. There are no objections. On the other hand, previously open debate was never prohibited. The national spirit of Umno that managed to reject the Malayan Union, liberated Malaya and Malaysia, developed the country that the world respected no longer exist among UMNO members and leaders.

16. I do not have a party. But as a Malaysian I cannot isolate themselves from the people’s movement to oust Najib. They have launched People’s Declaration to oust him. I support this Declaration and have already signed it. The fact is that this by-election is not to change the government or government policy. Even if BN loses Najib’s government will not fall.

17. But BN’s defeat will send a message to Najib in a clear way that the people rejects his leadership. My participation is only to explain and emphasize how important it is that Najib be defeated and People’s Declaration be supported. If Najib wins then he will continue to suppress the people because he believes people agree with everything he does.

18. Happy fasting.

45 thoughts on “BAZAR RAMADHAN

  1. Zuriati Ismail Jun 17,2016 7:24 PM

    Assalamualaikum Tun, Salam Ramadhan.

    Semoga apa yang Tun perjuangkan untuk anak bangsa akan sentiasa berada di dalam lindungan-Nya. Kami sentiasa ada bersama Tun.

    We love U Tun!

    -Jiran belakang rumah Titi Gajah, Alor Setar-

  2. Karl Jun 14,2016 5:58 AM

    Aslm.

    Utk turunkan Najib dlm masa terdekat perlukan satu kejutan yg besar atau provokasi dari kerajaan, cukup utk rakyat bangun memberontak hingga sanggup ambil risiko ditangkap.

    Sy fikir senario ini tidak mungkin berlaku, krn rakyat Malaysia hanya berdemo ala-ala pesta keramaian utk curi sedikit perhatian media asing.

    Belum ada isu yg mampu meyakinkan rakyat bahawa hidup mereka benar-benar terancam dgn pemerintahan Najib hingga mereka sanggup mati utk pertahankan hak mereka atau hak individu tertentu, contohnya kes Anwar.

    Bulan Ramadan tahun ni, sy lihat Hotel 5-Bintang dan Bazar seperti tahun lepas, masih tetap dikerumuni orang ramai.

    Tiada tanda-tanda yg ekonomi negara menghadapi krisis yg teruk, atau kewangan rakyat terlalu terdesak hingga terpaksa berjimat dgn memasak sendiri utk berbuka puasa.

    Terima kasih Tun.

  3. adelheid Jun 14,2016 12:57 AM

    Dear Tun,

    Salam dan selamat berpuasa Tun.

    Tun, while most of us enjoy the bazar Ramadhan with their variety of juadah berbuka puasa, I also wish to remind Tun to be wary of
    1) the cleanliness aspect of the various juadah sold
    2) your safety when walking about in open public places.

    May God bless and protect you Tun at this age and at this time of Ramadhan you battle with the heat and thirst going around the country, Kuala Kangsar and Sg. Besar included. Drink lots of water from break of fast to sahur okay.

    Tun, I remember Syed Akbar Ali wrote on the word Ramadhan which literally means extreme heat, intense heat, which has an effect on our extreme feeling of thirst due to fasting. Bless SAA of OSTB for his enlightenment. Then I also thought about the fella responsible for the Kampung Baru bazar Ramadhan which you mentioned above. The fella is just one of the many more blind supporters of Dato’ Sri Najib. I now can apprehend why the government prefers to use Ramadan (ra mim dal) instead of Ramadhan (ra min dhad). My understanding of the former in arabic connotes a disease of the eye close to getting blind. Hmm google it Tun if you don’t believe 🙂

    Take good care my dearest Tun Mahathir. Selamat bersahur nanti. Juga pada Tun Siti Hasmah. I love you both Tun.

  4. zulu Jun 14,2016 12:08 AM

    Dr. Tun in his campaign should tell people not only about Najis, but those who supports his looting job. These drainage worms are nothing but pimps who can do anything for their vitamin M.

  5. HBT456 Jun 13,2016 9:11 PM

    19. Apakah itu AD?

    20. Jawapan: https://en.m.wikipedia.org/wiki/Aggregate_demand

    21. Apakah itu AS?

    22. Jawapan: https://en.m.wikipedia.org/wiki/Aggregate_supply

    23. Unfortunately, our political parties are interested in rhetoric politics that caused the down fall of myr, and share market.

    24. Bagi bukit emas pun takda gunanya.

    25. Kerana anda sekalian hanya mementingkan perjuangan parti2 sendiri saja.

  6. malaysian1000000 Jun 13,2016 8:32 PM

    Salam,

    Apalah yang nak dipening-pening bingungkan sangat. Bapak dah pilih lauk pun. Makan je lah. Memang orang kita suka drama kot. Janganlah terima bulat-bulat analisa b**** saya tu. Orang ngantuk yang buat tu.

    Puasa ni selain tahan nafsu makan, minum. Tahan nafsu suara pun ada faedah juga. Takut-takut suara saya disalahertikan. Rosak program orang tua-tua kita.

    Minta maaf TUN, Minta maaf Semua.

    P/S: Terima kasih Sibotak, ajar saya membaca. Memang benar telahan Tuan, orang lapar ni kadang-kadang baca pun tak betul. Saya ni memang budak baru belajar.

    Eh.. Imam dah angkat takbir terawih tu, sembang pulak.

    Wassalam

    TQ

  7. WandyCaswady Jun 13,2016 8:14 PM

    Ketika imam berdoa… Aku amiinkan doa2 imamku… Terutamanya ketika meminta diagungkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW… Keselamatan dan kemenangan serta mendoakan ketenteraman rakyat2 dunia yg tertindas terutamanya di Gaza, Syria, Palestin dan tidak lupa kpd kesejahteraan Malaysia…

    Aku amiinkan….

    Tetapi akan aku musykil untuk mengamiinkan doa2 untuk sultan ku…
    Kerana bagiku… Mereka masih manusia… Tetapi diberikan tempat yg tinggi berbanding manusia manusia lain di muka bumi Allah ini… Mengapa mereka hanya berdiam diri?

    Ingatlah… Para sahabat juga hanya manusia… Tetapi mereka tidak kaya… Tapi tetap berjuang dan tidak pernah duduk di atas takhta mahupun mempunyai mahkota…

    Perbandingkanlah…

    Jazakumullahu khairan kathiraa…

  8. Hajar Jun 13,2016 7:14 PM

    Salam YAB dan Yang Amat DiKasihi Tun,

    1. Tun kuatkan semangat kerana macam2 cara rejim/parti Najib mengeji dan cuba memperlekeh perjuangan Tun untuk membantu rakyat menyingkirkan PM yang korup.

    2. Mereka mencela /memfitnah Tun walaupun apa yang Tun lakukan cuma menyatakan kebenaran tentang segala salah laku DSN dan skandal2 1MDB yang telah banyak merugikan rakyat. Kesannya, rakyat dibebankan dengan pelbagai masaalah.

    3. Tun teruskan beri ‘pencerahan’ tentang wang RM2,600 JUTA yang pernah ada dalam akaun peribadi DSN (A-G sahkan) yang kononnya di dermakan oleh Pak Arab (‘cereka’ lapuk).

    4. Selamat berkempen Tun. Mungkin Tun ada melawat Bazar2 Ramadhan di Sungai Besar dan KK. Saya pun ada ke Bazar Ramadhan hari ini. Beli ala kadar saja.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  9. amd trmz Jun 13,2016 5:02 PM

    GETAH OH GETAH

    Teringat tun harga getah dah jatuh lama, penoreh terseksa, merayu kera jaan tolong, Nejib buat sombong, buat bodo je..

    Berapa hari lepas Nejib mukanya muncul berseri-seri bagi rm500 penoreh getah katanya rm100 juta lebih diperuntukkan…

    Sebab apa????

    Sebab PRK kuala kangsar, sebab disana banyak pekebun kecil, banyak pengusaha getah, penoreh getah.. DEDAK DAH DIKELUARKAN CUMA PERLU DITABURKAN

    ORANG KAMPUNG OH ORANG KAMPUNG

    Masihkah buta mata, buta hati. Sewaktu anda susah anda keseorangan, bila si Nejib nakkan sesuatu baru dia hampiri anda…

    Benar kata Mahathir….

    MELAYU MUDAH LUPA

  10. amd trmz Jun 13,2016 3:50 PM

    DULU DAN SEKARANG

    PRU

    DULU AMNO KATA
    “Pembangkang mementingkan kroni, tengok wan ajijah ganti anuar bertanding, ni semua kroni”

    SEKARANG PRU KUALA KANGSAR AMNO KATA
    “TU SEMUA QADA DAN QADAR DIA GANTI SUAMI DIA BERTANDING”

    Meludah kelangit jatuh kemuka sendiri.

    SAYA TAU BANYAK AHLI AMNO KECEWA. INI PERJUANGAN PARTI BUKAN HAK INDIVIDU NAK LETAK BINI KA ANAK SENDIRI KA BERTANDING.” NAMPAK SANGAT PARTI AMNO DAH JADI PARTI NEJIB.”

    SABARLAH AHLI AMNO. PENAT HANGPA BERTANDING, BUAT KERJA, GINI NEJIB LAYAN HANGPA. MEREKA LUPA PELABUHAN KLANG DULU TERLEPAS SEBAB MENANTU GANTI PAK MERTUA. MUNGKINKAH SEJARAH BERULANG KEMBALI.

    PERENGGAN 8. SEMUA SEBAB DEDAK TUN. NAMPAKNYA NEJIB DAH TUNJUKKAN PADA TUN ‘CASH IS KING’

    SELAMAT BERPUASA TUN

  11. Karl Jun 13,2016 10:22 AM

    Aslm.

    Sy fikir PAN akan hanya dapat undi Cina DAP, dan drpd ahli PAN yg tak berapa kerat tu.

    Jika PAS menarik diri di saat akhir, UMNO akan menang besar.

  12. WandyCaswady Jun 13,2016 10:03 AM

    Buya Hamka Ibadah Puasa Full Version: http://youtu.be/xJxWIL2iYvU

    Buya Hamka – Bersyukurlah (Full Version).mpg: http://youtu.be/LOGiCYKnXpU

  13. musato Jun 13,2016 6:39 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Saya masih belum kunjungi satu bazar Ramadhan pun lagi. Alhamdulillah lauk pauk samada masakan mak atau isteri dalam minggu pertama ini masih dapat dirasa tanpa beli siap.

    Esok lusa belum tahu lagi. Lagipun setiap hari baru saya sedar, hari hari saya berjumpa dan mengadap orang ramai. Bila masa makan, hari hari layan orang nak makan.

    Mungkin sebab itu saya malas sikit la nak bersesak sesak di tempat seperti bazar Ramadhan.

    Saya fikir ini juga kali pertama dalam usia Tun melakukan ‘sesuatu yang buruk’ – dengan menekan Najib seorang perasuah (dedak/ganjaran/imbuhan).

    Mungkin sebenarnya ia bukan sesuatu yang selesa bagi diri sendiri dengan berwatak sedemikian, kecuali dilakukan kerana sayangkan agama, negara dan bangsa.

    Sebenarnya saya juga dalam dilema yang sedemikian.

    Dalam setiap hari bergaul dengan ramai orang, saya kira saya tidak pernah dengan niat sengaja mengenakan seseorang.

    Sepertimana arwah datuk saya pernah menasihati saya “kamu terlalu baik, ingat apa orang buat pada kamu”

    Setakat dalam bab cari cari makan ini, saya tak kisah sangat sebenarnya…bukan hal negara pun.

    Namun mungkin pembelajaran saya masih dalam proses.

    Sesuatu yang perlu saya nyatakan, ia bukanlah satu perasaan yang selesa bagi saya. Saya tidak berasa selesa.

    Terima kasih Tun.

  14. faridina Jun 13,2016 6:23 AM

    Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    Masih tergiang2 di telinga ini pesanan Tun di Stadium Melawati kalau perlu kita pangkah calon PAS di SB dan KK kita lakukanlah demi menewaskan parti Najib serta membuktikan kebencian rakyat terhadap rejim Najib.

    Tapi hari ini Tun terpaksa akur dengan kehendak pakatan harapan yang menaja PAN dengan dokongan kuat DAP yang tidak dapat menerima PAS seada dan senadanya.

    Mat Sabu memang pengacau, dia sepatutnya tidak keluar dari PAS walaupun tiada berjawatan, dia sepatutnya menjadi jambatan penghubung antara PAS dan DAP kerana itu sahaja peranan dia sebenarnya.

    Tun terpaksa bekerja keras nampak gayanya memenangi hati pengundi2 Melayu yang kini berpecah tiga, bagi menyakini mereka misi sebenar rakyat untuk menunjukkan protes terhadap rejim Najib dengan salahlaku terang-terangan ketua kabilah mereka Najib Al Jolo.

    Jika dilihat disudut individu penyokong DR terdapat ahli2 PAS yang berpengaruh menyokong Tun walaupun pucuk pimpinan mereka tidak merestuinya. YB Mahfudz dan Husam adalah contoh terbaik maka apa salah jika PAS kita payungi demi menolak parti Najib. Mengapa kita perlu takut pada bayang2 sendiri.

    Pada hemat saya, Mat Sabu adalah pengacau dengan parti setahun jagungnya yang akan merosakkan segala2nya kerana imej beliau sendiri bersifat provokatif, tanpa substance serta halatuju adalah amat menjelikkan dan hanya bersifat opportunis atau hanya menangguk di air yang keruh.

    Pandangan saya, sebenarnya sekira tidak percaya kepada PAS sekalipun letaklah calon bebas pro Tun lebih baik dari meletakkan sebuah parti baharu yang merupakan serpihan PAS pulak tu. Bukankah ini akan membuat penyokong PAS berang dan tidak akan memecahkan undi mereka?

    Siapa yang rugi? Barangkali hanya orang Cina sahaja akan mengundi PAN atas nasihat DAP tapi orang Melayu walaupun lebih ramai akan mengecil dan kita juga yang akan rugi.

    Apa2pun saya mendoakan kejayaan kepada Tun dan rakyat dalam menewaskan calon parti Najib di bulan yang mulia ini dalam senario segetir ini, semoga mendapat perlindungan Yang Maha Esa hendaknya.

    Wasalam Tun.

    p/s – Sakit hati bila teringat rakaman perbualan telefon Mat Sabu dalam youtube dengan ‘Mah’ dia! Mat Sabu pun tak cukup bersih untuk membersihkan yang kotor kecuali mengambil kesempatan dari ketulusan dan keikhlasan ayahanda rakyat Tun Dr Mahathir.

  15. ilioni Jun 13,2016 6:22 AM

    Salam Tun,

    My highest respect to Tun. You walk the talk. I noticed that you are still using Proton instead of the Germany luxury car in the video below recently (towards the end of the first video when you leave).

    Mahathir lawat ayah calon AMANAH, bekas rakan seperjuangan dalam UMNO

    Tun Mahathir rayu undi calon Amanah, pastikan BN tumbang

    The fact is that Tun wants the one who shall not be named to leave. This is like a parent who is forced to discipline his child because the child that he raised no longer focus on the struggle that they were built initially. UMNO is no longer UMNO.

  16. cruze Jun 13,2016 12:44 AM

    Begitu rendah tahap pemikiran yang mana tidak sesuai bagi seorang yang bergelar pemimpin tentang tawaran agar Tun kembali kepada umno oleh zahid, hishamuddin dan rahman dahlan..
    Kamu bertiga fikir Tun harap sangat mahu kembali dengan di kepalai oleh najib ketua kamu yang jelas merasuah semua pengundi2 serawak, kuala kangsar dan sg besar?…
    Kamu bertiga memang otak tahap rendah bersama2 dengan Ir bodoh dari Langkawi..

    Semuga Ahmad bashah insaf dengan ujian sakitnya atas perbuatan jahatnya terhadap rakyat kedah dan Mukhriz.

  17. sibotak Jun 12,2016 7:52 PM

    Malaysia 100000
    Harap perhati tulisan Saya Dengan Betul
    Saya tidak tulis Melayu Badut
    Erti Saya Makna Erti Clown Dalam Bahasa Melayu Badut

    Takpa Mungkin awak Tengah lapar saya Faham
    Dah Buka Puasa baca lah Dengan Betul

  18. Sri Sense Jun 12,2016 5:50 PM

    Salam Tun

    Baru baca statement ini 😐

    To date, Malaysia has about 800,000 Nepalese workers, the highest compared to other countries since statistics show Saudi Arabia and Qatar have about (400,000), United Arab Emirates (300,000), Kuwait (100,000), Oman and Bahrain (50,000) respectively, Nepal Ambassador to Malaysia Dr Niranjan Man Singh Basnyat said.

    Hmmm…macam mana pula warga asing yang lain? 🙂

  19. Daniel Noor Jun 12,2016 3:59 AM

    Salam Tun

    Dulu waktu zaman Tun, di PAU sesiapa juga boleh hentam pemimpin.

    Zahid Hamidi sebagai Ketua Pemuda UMNO pada waktu itu telah hentam Tun dgn pelbagai tuduhan seperti Rasuah ,Crony dan Nepotisme.

    Zahid Hanidi tidak di gantong atau di pecat pun

    Sekarang sudah laen. Ahli UMNO di beri amaran jangan sesekali persoalkn 1MDB dll sewaktu PAU. Mereka hanya boleh memuji Najis sebagai Presiden UMNO.

    UMNO skrg ialah parti kepunyaan Najis dan bukan kepunyaan orang Melayu

  20. malaysian1000000 Jun 12,2016 2:28 AM

    Salam,

    Aarrgghhh.. TUN berkempen untuk “parti” ke. Tak boleh tidur saya TUN. Siapa yang nasihat TUN ni..

    Penulisan para. 7 TUN sudah menggerunkan pihak lawan. Dan penulisan TUN pada para. 14 dan 16, saya fikir cukup meyakinkan rakyat. Saya ingat TUN kempen atas pentas DR. Boleh “pukul rata”.

    Doc, you are good dalam “catur politik”. Now i “see” doc, you are a very well trained army of the perang saraf dept. Very good diversion doc. I though i “check” you. But you “check” me back. I think it’s not a “checkmate” just yet. The game isnt over yet. Let see this 18th doc. (Kenapalah saya tak ikut nasihat saya sendiri, jangan layan “hajat” doc ni.)

    Patutlah Najib beria tabur “dedak” sampai ambil alih “tugas” Zahid. Oh. Patutlah. Oh. Patutlah. Oh. Patutlah.

    Sorry TUN, saya mungkin terlampau sibuk lihat pergerakan “musuh” dan layan Sibotak tu sampai lupa kem sendiri.

    Patutlah HBT, Wajaperak(salam minta dan izin) macam tak aktif je kebelakangan ni. Tapi dihantar pulak PakPandir buat cerita “pandir” dia.

    Aduhai, rakyat Malaysia.. Sampai bila TUN nak suap kita. Sampai kena pilih “lauk” mana hendak dimakan. Bapa kita ni dah tua ooiii asyik nak bagi makan kita. Fikirlah sendiri nak “lauk” apa.

    Doc, jangan hantar “ambush team” ye. Saya budak hingusan je dalam “catur politik”.

    Atau, jangan-jangan. Ish.. Tak mungkin, Tak mungkin.

    Mr. MC, where are you.. I need your analysis too… 🙁

    Sorry TUN meraban sikit just analisa b**** saya je. Jangan Marah TUN. Tuan Penasihat… berapa “percent”?

    TQ

  21. ilioni Jun 11,2016 11:08 PM

    Salam Tun,

    1. The fight has begun. Tun has made up his mind. Amanah is the choice for both (KK & SB) by election.

    2. Expect Santa Claus to arrive in town very soon. Millions is going to pour in.

    3. If we have any friends and voters in these two constituencies, please do your part to show your dissatisfaction and rejection for the current BN leader who shall not be named!

    4. We can do our best and pray to God for the best outcome! God bless our country.

    Selamat berpuasa.

  22. Hajar Jun 11,2016 11:08 PM

    Salam YAB dan Yang Amat DiKasihi Tun,

    Saya baca berita yang Tun ada berkempen di Sekinchan pagi tadi. Syukurlah cuaca hari ini tidak panas terik (petang hujan). Apapun Tun mesti jaga kesihatan.

    Saya rasa saya boleh ‘agak’ strategi Tun bila umum sokong calon PAN. Agak sukar untuk PAN menang, tetapi yang penting calon ‘Parti Najib – BN’ boleh dikalahkan dengan strategi Tun.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  23. Sri Sense Jun 11,2016 8:25 PM

    Salam Tun

    Tun jalan2 bazar ramadan, I nak cerita hal jalan2 juga.

    My friend pernah kata yang seksyen 15 Shah Alam belakang tu red-light area. I terkejut. Katanya lagi banyak pendatang, dia pernah lalu situ malam2. Naik bulu roma, tambahnya.

    Oleh kerana ada IDCC Mall baru dibuka disitu, I pun jalan2 petang tadi buat tinjuan. I nampak ada kedai makan mekong, ada kedai makan Kathamandu betul2 belakang IDCC Mall. Ada kedai2 runcit juga tapi nampak macam bukan milik orang Malaysia. Very spooky. I wonder Jabatan Kerajaan ini buat kerja ke tak. Terasa seolah olah seperti peribahasa Kera di Hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan.

    Petang semalam I lalu kat sebuah pasaraya kawasan jalan kebun, jumpa warga asing berbasikal bawak perempuan dibelakang, depa tampak begitu happy, tertanya2 dalam hati, mereka ini sekarang import berpasangan ka?

    A few days ago ada kawan2 datang bertandang. Dalam bercerita seorang kata Petronas nak buang pekerja sebelum raya, contract staff, yang tak paling mengejutkan contract staff Petronas, ada engineer rakyat India.

    I teringat a few years ago, I pernah pergi hospital canggih swasta. I yang baru keluar dari operating theater kena hari2 pergi hospital tukar dressing. Nurse yang buat dressing nampak keturunan India tapi tak reti berbahasa Melayu sebab dia India dari India. Dia mengadu betapa kecewa bila orang ingat dia keturunan India Malaysia. Hmmm…

    Goodnight.

  24. WandyCaswady Jun 11,2016 4:42 PM

    Kacipap rosma smalam ko dah buang dah jis? Dah xelok dimakan dek orang tu.. bagi ayam jefri mkn lg bgs… Jadikan dedak… Jimat la sikit duit aku…

  25. malaysian1000000 Jun 11,2016 4:15 PM

    Salam,

    Sibotak,

    Awak ni memang suka perhatian ke? Tak apalah saya bagi awak perhatian. Ok? Lagipun hari sabtu ni cuti boleh la. Makan minum pun tak boleh petang-petang ni.

    Kalau saya jadi artis tu, saya tak letak K for Koruptor (western sangat bunyinye) saya akan letak K for “Kelepet” (baru nampak Melayu sikit).

    Saya ni kadang-kadang pelupa sikit(melayu kan mudah lupa), lupa nak tutup skrin PC caption beg Berkin Big Mama Rose, nampak la “anak perempuan” saya yang sorang tu. Dia pun tunjuk kat saya cakap nak beg camtu jugak. Saya dalam hati “mak aih, main tunjuk je ye, mahal tu”. Sayang punya pasal sebab nak layan dia. Saya terpaksa kelepet dia cakap kat dia “jauh tu, kat Hawaii nak beli” siap buka peta lagi nak bagi nampak real kelepet saya tu. Punyalah nak kelepet lagi, saya buka website MAS, cakap MAS tak pergi Hawaii. Nasib baik dia belum boleh baca sangat. Kalau dia tahu Qatar Airways boleh pergi. Mampus saya nak bayar sewa. Botak kepala saya dibuatnya macam awak.

    Awak penipu, saya kelepet. Elok sangat lah tu nak jadi badut. Hahahahahaha!!

    PETT!!PETT!! Bunyi hidung merah saya. Awak macamana? (sapa suruh awak kata Melayu Badut, kena main “make believe” pulak dah. Naya. Naya.)

    Selamat Berbuka TUN. Hari ni pergi bazar mana?
    Senyum selalu TUN, saya harap TUN senyum selalu baca celoteh saya kat dalam blog TUN ni. 🙂

    TQ

  26. Hajar Jun 11,2016 3:50 PM

    Salam YAB dan Yang Amat DiKasihi Tun,

    Kata Tun: “7. Saya terpaksa jelas bahawa saya akan berkempen dikedua-dua tempat. Bulan puasa bukan masanya untuk kita bersikap kasar. Saya akan cuba elak dari menggunakan perkataan yang kasar.”

    1. Saya setuju Tun (jika kesihatan ok) luangkan masa berkempen di KK dan SB supaya ada lebih ramai pengundi yang faham mengapa DSN yang korup mesti diturunkan dari kerusi PM. Kita doakan mereka tolak ‘Rejim @ Parti Najib’.

    2. Tun memang sentiasa menulis dengan amat berhemah dan tidak kasar, walaupun Tun menulis tentang individu-individu yang banyak mencela dan memfitnah Tun. Inilah ‘trademark’ penulisan Tun yang kita patut contohi. Tun menjadi PM yang cemerlang selama 22 tahun kerana sikap ikhlas, sabar dan berhemah (dan ‘Bersih, Cekap, Amanah’). Tun juga rajin membaca dan banyak berfikir (berbeza dengan DSN yg ‘blur’ & boleh diperbod*hkan).

    P/S: Bila nama saya (yang dalam bentuk asal ‘elok’) asyik dihina (ditambah/cantum pula dengan perkataan2 berunsur hinaan), terpaksa juga main kasar. Menghina nama, cara kebudak-budakkan, namun ada yang TUA bangka yang berperangai begini; ‘sakit ment*l’ kot sebab berlagak seperti dia kenal kita dan ‘reka’ pelbagai cerita sampah. Lucunya ada pula ‘Dr’ hampeh yang percaya kepada ‘cereka/fitnah’ merapu-meraban dari orang gil* meroyan. Alahai…

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  27. Fariq Islam Jun 11,2016 2:54 PM

    Assalamualaikum, Tun.

    Memandangkan Deklarasi Selamatkan Malaysia ini menerima sokongan yang begitu memberangsangkan daripada 1.2 juta Rakyat, baik Tun pertimbangkan parti baru, Parti Selamatkan Malaysia, untuk memberi nafas baru kepada arena politik tanahair!

    Selamat Berpuasa.

  28. Fariq Islam Jun 11,2016 2:44 PM

    Assalamualaikum, Tun.

    Sewaktu membeli-belah di pasar Ramadan, kita boleh dengar aduan peniaga yang ekonomi kurang baik dan orang tak sanggup berbelanja. Orang ramai tapi bisnes kurang baik berbanding dengan dulu!

    Kenapa? Bukankah kerajaan memperkenalkan gaji minima? Bukankah kerajaan mengumumkan bonus/ duit Raya kepada kakitangan kerajaan? Bukankah kerajaan memperawalkan pemberian sedekah BR1M?

    Nyata sekali. Halatuju mungkin tak betul. Daya memberi Rakyat tengah merosot. Ramai menganggur. GST membawa kesan sangat buruk. Kita berdoa agar kerajaan memberi fokus ke atas isu-isu yang negatif ini, demi masa depan generasi muda dan Negara.

    Selamat Berpuasa.

  29. Fariq Islam Jun 11,2016 2:31 PM

    Assalamualaikum, Tun.

    Sesungguhnya Tun dialu-alukan untuk berkempen dan mempromosikan parti yang paling baik, buat masa depan Negara ini.

    Bulan Ramadan ini bulan yang mulia. Diharapkan ahli-ahli politik yang terlibat dalam kempen pilihanraya kecil berkempen secara ramah, mesra dan beretika.

    BN masih memerintah. Tak usahlah buruk-burukkan nama DAP dan AMANAH. BN harus berfokus ke atas polisi yang baik, polisi yang berkesan dan berhasil untuk ekonomi Negara dan kebajikan Rakyat. PBB mencapai keputusan pilihanraya yang cemerlang di Sarawak tanpa memburuk-burukkan nama parti pembangkang, tetapi dengan polisi-polisi yang diterima baik Rakyat. Kita tak nak serang-menyerang. Kita nak tokoh-tokoh yang berwibawa untuk memimpin.

  30. sibotak Jun 11,2016 1:50 PM

    Whenever we read news local or foreign about Najib
    National news or socia media
    None nice comment are spoken about Najib
    Even in Spore comment of Najib dream of having a luxurious security car
    The one US Prssident Obama is using
    No nice comment are put up for Najib
    Even Malaysia can afford it
    Najib dont deserves it
    Some even suggest Najib to use the used damaged tank of Syria

    Very sorry to see our PM of Malaysia looked down

  31. daeng Jun 11,2016 1:09 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Setuju dengan Tun dan senada dengan sibotak, Sri Sense, umranrc, faridina, rimba.emas, papan_keyboard, hajar, malaysian1000000, RD, joetachi, Daniel Noor dan khai dalam banyak perkara.

    Semalam Naji$ Razak @ Najib Nazak kelentong rakyat dengan kenyataan kononnya kedudukan hutang Malaysia sekarang jauh lebih kecil berbanding dengan dua negara maju iaitu Amerika dan Jepun.

    Dia bandingkan jumlah hutang memanglah ia amat jauh. Dia tidak pula bercakap perbandingan lain seperti income negara tersebut dengan Malaysia?

    Malangnya dia tidak pula menyebut angka dan fakta yang menyokong kenyataannya.

    Di sini saya nak tanya Naji$ Razak ini berapa nisbah pemimpin kelentong rakyat berbanding bercakap jujur antara negara di dunia?

    Saya cukup yakin jika ini boleh diukur dalam bentuk angka, saya cukup yakin Naji$ Razak iaitu pemimpin yang mewakili Malaysia akan berada kedudukan no 1 dan tidak ada pemimpin dunia yang boleh menggugatnya dari tahun 2009 hinggalah 2015 dan 2016.

    Tolong rakyat renungkan dan jika perlu timbang-timbangkanlah untuk terus mengekalkan Naji$ Razak dari terus berkuasa.

    Kita hanya ada 3 pilihan untuk menjatuhkan iaitu:

    1. Tandatangan Deklirasi Rakyat;
    2. Tidak menyokong UMNO sewaktu PRK dadn PRU;
    3. Ahli-ahli dalam UMNO menolak Naji$ Razak

    Pada saya jika no 1 dan 3 dilakukan sebelum PRU14, nasib umno insya Allah boleh diselamatkan.

    Saya rasa majoriti yang besar adalaah pengundi atas pagar yang tidak berparti menjadi penentunya.

    Diamati khususnya di Semenanjung kumpulan ini akan lebih menolak parti yang dipimpin Naji$ Razak.

    Wassalam Tun.

  32. sibotak Jun 11,2016 7:30 AM

    Mengapa si perlukis cartoon Najib kena saman dan charge in court ?
    Tak Salah Apa di Buat .Hanya Melukis gambar Anjib Macam Clown Dengan Kening Jib yg beruban menlenting
    Najib memang Clown pe ! Kalau cakap Melayu Badut

  33. Sri Sense Jun 11,2016 3:45 AM

    Salam Tun

    Wah Tun masih melawat Bazar Ramadan. Bazar Ramadan Putrajaya terlalu jauh for me, begitu juga Bazar Ramadan Kampung Baru. Kalau dulu I rajin pergi Bazar Ramadan Section 14, PJ. Tanya my son samada Bazar Ramadan ini masih ada, dia jawab Entah.

    Anyway I think the candidate for Amanah kat KK, solid. Kalau I memangkah undi disana pasti undi pergi padanya. My husband pulak kata calon BN nampak manipulative. Hubby kata yang dia nampak dalam TV masa launching satu event, masa bagi speech, she nampak sort of that type. Tak tau la samada dia boleh menang ke tak, bukankah tempat ini dulu tempat Rafidah Aziz.

  34. faridina Jun 11,2016 2:53 AM

    Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    Saban tahun sememangnya Tun tidak jemu2 turun menemui orang ramai di serata bazar Ramadhan sekitar ibu negara khususnya di Jalan Raja Alang dan kemudiannya Putrajaya, Shah Alam serta lain2.

    Lebih mengujakan setiap kali Tun turun ke bazar maka secara spontan Tun akan mendapat perhatian masyarakat maka berlakulah banyak sesi fotografi sementelah hari ini setiap orang ada telefon pintar berkamera untuk merakam detik2 berharga bersama seorang Negarawan Rakyat.

    Amalan Tun ini dicemburui seorang Najib yang kemudian mengikut jejak Tun turun ke bazar tahun2 lepas namun sering mendapat sambutan suam2 kuku hinggalah tahun ini macam tak berani lagi nak turun padang sebab macam dah tahu rakyat dah menyampah dengannya.

    Apa mesej yang kita dapat dari peristiwa ini?

    Sesungguhnya pemimpin yang bersih, telus dan ikhlas serta berjiwa rakyat akan sentiasa mendapat tempat di hati rakyat dan walau tidak berkuasa lagi namun masih berpengaruh dan disegani serta disayangi rakyat.

    Berbanding dengan pemimpin yang korup dan sarat dengan salahlaku serta pelbagai penyelewengan yang menyebabkan penderitaan terhadap masyarakat akan mendapat sambutan dinginbeku dan sumpah seranah berbakul2 sampah dari masyarakat sebesar sebazar!

    Akui je lah wahai pemuja senajib bahawa populariti tuan kamu tidak akan dapat menandingi populariti seorang Negarawan Rakyat tulen yang di rai semeriah2nya setiap kali turun padang.

    Moga Tun diberi kesihatan yang baik hendaknya dan semoga di bulan yang mulia ini dapat bersama pengundi2 di SB dan KK untuk memberi pencerahan secara ‘in person’ bagi memberi 2 kemenangan kepada rakyat walaupun tidak dapat menumbangkan rejim Najib yang durjana.

    Tun sekarang tiada berparti kerana sayangkan UMNO begitu juga dengan kami yang dari dahulu tiada berparti tetapi tetap sayangkan UMNO yang dibincangkan penubuhannya di sekitar Bandar Penggaram iaitu bandar kelahiran saya.

    Nah agak2nya ada tak sesiapa di sini tahu dalam daerah mana terletaknya bandar tadi tu ekk?

    Selamat menjalani ibadah puasa diucapkan kepada Tun berdua dan sahabat2ku di sini dan jom makmurkan masjid dan berterawih serta bermoreh.

    Wasalam Tun.

    p/s – Masa kecil2 dahulu sering melepek kat masjid jamek pada petang bulan puasa mana taknya rumah atok (rumah kelahiran saya) terletak di Jalan Masjid beberapa langkah sahaja ke masjid jamek. Nostalgia sungguh kat situ ada kuarters ‘town board’, ada jalan talib abu dan ada kg. satay tapi tiada wahid satay yang ada A.Halim di jalan talib abu dengan ‘kisah dan tauladan’ nya.

  35. umranrc Jun 11,2016 2:01 AM

    Salam Tun,

    Happy fasting.

    Jika makin ramai yang kurang berbelanja dibazaar Ramadan maknanya kegiatan ekonomi makin merudum… sedih betul.

    Terima Kasih Tuan.

  36. rimba.emas Jun 11,2016 12:50 AM

    Salam Tun.

    1. Bila Tun kata tidak faham kenapa seorang pegawai pihak penguasa gembira bila Tun tidak akan ke lokasi Sg. Besar dan K. Kangsar, yang sepatutnya menjadi usaha Tun menegak kebenaran.

    2. Jelas tujuan Bazar Ramadhan oleh pemerintah lebih kepada pembenaan material atau fizikal daripada menerapkan roh erti berpuasa di bulan Ramadhan.

    3. Sebab itulah amalan Rasullullah s.a.w yang berbekalkan hanya tiga biji kurma berjuang ke jalan Allah s.w.t jauh berbeza apa yang di sajikan dari Bazar Ramadhan milik kerajaan Malaysia ini.

    4. Tun teruskan perjuangan berbekalkan kurma demi menegakkan kebenaran oleh ketua agama Islam sebenar iaitu Nabi Muhammad s.a.w daripada mengikut salah faham seorang pegawai erti Ramadhan (kering) mengikut ketuanya dalam kemewahan.

    5. Bulan Ramadhan penuh dengan kelebihan dalam mendapat pengampunan dan lebih bermakna sanggup menggurangkan kemewahan dalam bentuk material dan makanan kerana janji Allah s.w.t bulan ini menjemput malaikat daripada gangguan iblis-syaitan.

    6. Tun bulan ini mendapat ganjaran yang besar bila kita dapat menegakkan kebenaran daripada mendapatkan pahala yang bagaikan jual beli dari pasar Ramadhan.

    7. Allah s.w.t sahajalah yang maha mengetahui hati budi seseorang itu dan akan terjelas ketika bicara hari akhirat nanti.

    Wallahua’lam.

  37. papan_keyboard Jun 10,2016 11:24 PM

    salam tun,

    betul cakap tun UMNO ni bukan macam UMNO dulu sebaliknya dah jadi Parti Najib.
    Sekarang rakyat tak panggil UMNO dah diorang panggil DUMNO.
    Bukan apa sebab UMNO sekarang tak lagi membela nasib rakyat sebaliknya membela Pemimpin Donation a.k.a Corruption.
    Wakil rakyat UMNO yg kita rakyat pilih pada PRU 13 dulu pun tidak lagi membela nasib rakyat.
    kalau wakil rakyat ni mengaku bela Rakyat mereka takkan setuju GST ni.
    Bukan apa tapi GST ni kena 6% dah laa tu subsidi untuk rakyat pun ditarik.
    nama saja nak bela…
    Semua alasan2 yg diberi oleh mereka bukannya menyenangkan rakyat sebaliknya menyusahkan rakyat.Dengan tindakkan mereka yg cuba mengelirukan rakyat,cubaan memperbodohkan rakyat dengan kenyataan yg diputar belik.
    Bila dah kena sound dengan Sultan/Agong jangan cuba nak bodohkan rakyat.
    Parti Najib guna penyokong baju merah termasuk sekali persatuan silat gayong untuk mempermainkan isu perkauman.
    Semua Untuk mengalihkan perhatian rakyat dari Isu 1MDB.
    Kita rakyat semua tau Najib Razak ni seleweng duit rakyat sampai ekonomi negara ni semakin teruk.Dengan gaya hidup mewah,perkahwinan Of the year,macam2 lagi.Tu termasuk dengan Jloww.
    Corruption 1mdb tak buat untung sebaliknya jual tanah untuk bayar hutang.Bukan million..Billion tu..banyak…Habis tanah milik malaysia dijual kat negara luar.
    Kalau ekonomi elok? kenapa kerja kosong tak banyak?.Kenapa kami rakyat kena GST 6%? kerajaan malaysia bela siapa? UMNO bela siapa? Jawapan parti najib Bela PM najib razak la.Perdana menteri termasuk menteri kewangan Yg menhuru-harakan undang2 di malaysia.
    PAC pun cari makan.SPRM diugut dan disiasat oleh polis.Siapa buat laporan pasal 1MDB kena tangkap dengan polis.AG ditukar dan diganti untuk tutup Bukti.Bank negara malaysia diberi ancaman.
    Isu 1mdb hutang sampai 50 berbilion2 ringgit padahal baru operasi 3 tahun,2.6 Billion dalam personal account PM najib Razak.Isu GST…
    Ni parti UMNO ni serius ke nak hapuskan kemiskinan? Bukan GST tu sampai orang miskin pun nak kena bayar ke? Bertambah lagi orang miskin ada la.
    Usah kata orang miskin sekarang ni jenayah semakin bayak.
    Polis pun garu kepala Jenayah bertambah…
    Mana tak nya kalau dah tekan rakyat dengan macam2 cukai/sara hidup tinggi/Harga barang naik.. diorang nak bayar macam mana? usah kata nak bayar nak makan/sara anak pun tak cukup.
    Merompak la jawapannya.
    Dah laa sekarang macam berita yahoo malaysia kena ban.Malaysia insider pun kena ban.The edge pun masuk mahkamah.SKMM block semua yg mana tak sokong Parti Najib.
    Rakyat di propaganda 24 jam dengan berita2 mengelirukan termasuklah TV3,surat khabar utusan 2×5 sama saja.
    Pekerja Swasta macam mana? kakitangan kerajaan dibela untuk UNDI.Kakitangan swasta macam mana? DiCAMPAK? Diberi GST cukai sana cukai sini.Setakat bagi duit BRIM cukup ke?
    Ketua cawangan UMNO pun nak dapat duit dari Najib Razak caranya bawa tabung kotak lepas tu nyatakan sokongan dekat PM Najib depan TV.Terus dapat duit donation aka Duit Corruption.
    kami kecewa dengan UMNO.UMNO ni memang wajar dipanggil DUMNO.Terlebih bodoh dan bila tiba masanya tunggu sajalah untuk tumbang pada Pru 14.
    Kami rakyat yg mana Undi BN pada pru 13 dah terasa bagaimananya kami rakyat ditikam dari belakang.Wakil rakyat yg UMNO letak dikatakan bijak sebaliknya tidak berjiwakan rakyat,Berkepentingan diri sendiri.Senang digoda dengan Wang.
    Lebih baik Kami rakyat campak UNDI dekat orang bodoh sekurang2 orang bodoh ni berjiwa rakyat.Betul tak?
    Declaration rakyat Bukan saja dapat mendesak Najib Razak turun tetapi dapat juga menghalang parti Najib (DUMNO) dari cuba bermain Isu perkauman.
    Nasib baik laa negara kita tak dekat dengan Russia.kalau tak 3 penasihat negara asing yg bagi nasihat dekat Najib razak Gerenti guna isu Russia untuk menakut-takutkan rakyat dengan berita perang.Macam dekat Eropah tu.Nak pakai Isu China.China malaysia hubungan baik.Kalau tak baik pelancong tak ramai.Nak pakai isu ISIS Tak lepas sebab ISIS kena bom dengan russia kat syria.Nak pakai Isu ISIS nak serang PM najib razak tak masuk akal.Malaysia bukannya Negara terkenal pun.Kalau bab rasuah Malaysia terkenal la.

    Harapan kami rakyat mengharapkan Yg dipertua Agong dapat menubuhkan Suruhajaya Siasatan Diraja Untuk siasat 1MDB ni dari A sampai Z.
    Tanpa campur tangan dari mana2 pihak Termasuk dari Perdana Menteri.
    Negara Malaysia ni serius perlu mengbasmi kemiskinan dan menghapuskan rasuah yg semakin berleluasa.Undang2 perlu ditegakkan.
    Negara MALAYSIA perlu dimajukan.Kehidupan sara hidup rakyat yg tertekan sekarang Perlu dibela.

  38. Daniel Noor Jun 10,2016 10:43 PM

    Salam Tun,

    FLOM Rosmah flying with a provate jet. As what Rafizi said..it cost RM86 million of the tax payers money.

    Proven that Najib is in Kak Ros sarung.

    http://sh.spotnews.co/ApOc/1Xh1gzwX5t

  39. khai Jun 10,2016 10:39 PM

    Salam tun.. Point no.11 betul sngt2….

  40. malaysian1000000 Jun 10,2016 9:14 PM

    Salam,

    Dari penulisan TUN kali ini, saya dapat gambarkan kemarahan dan kekecewaan TUN. Dan saya yang berdarah Melayu Campuran ini pun sebenarnya sangat marah dan kecewa. Kalau nak diikutkan darah dan hati memang nak maki hamun dalam 10 bahasa dan saya memang sangat berkebolehan untuk berbuat demikian. Tapi mungkin darah Melayu saya “pekat” sikit jadi saya hormati apabila saya menjadi tetamu di blog TUN, yang lebih-lebih lagi TUN ini seorang negarawan. (Bukan TUN pun minta pangkal nama TUN tu, tapi DYMM Agong yang tauliahkannya dan iktiraf jasa TUN itu. Dan saya sebagai rakyat Malaysia pun fikir wajar TUN diiktiraf sedemikian. Sesungguhnya saya ada batas saya. Dan saya memang marah kalau ada orang kurang ajar dan biadap dengan TUN)

    TUN adalah “warisan” negara yang bersuara untuk saya secara lantang dari dalam UMNO sehingga TUN keluar UMNO. Kalau saya nak perjuangangkan warisan negara seperti tanah-tanah, syarikat-syarikat sumber alam negara yang “tidak bersuara” yang sedang rancak dijual untuk kejar cita-cita Najib, saya tidak punyai banyak masa untuk berpiquet untuk mempertahankannya.

    TUN, jaga kesihatan TUN ya, jangan lupa TUN ada sakit jantung. Lagi-lagi bulan Ramadhan ni, dah lah kurang makan minum. “Panas” pulak tu. Saya sentiasa kenang TUN dalam doa saya supaya TUN sihat sejahtera tanpa sebarang masalah kesihatan.

    P/S: TUN, kalau TUN nak juadah berbuka semasa di KK. Seingat saya ada kedai PAU cina dekat area MCKK. Terbaeekkk PAU tu TUN. Lama sangat dah saya tak makan PAU tu. Jangan risau TUN, PAU tu HALAL. Ramai orang Melayu makan PAU kat kedai cina tu. Tak tahu lah kedai dia buka ke tak lagi sekarang. TUN makan PAU kari ayam dia. Memang power. Harga saya tak pasti ada GST ke tak. Lama dah tak pergi kedai PAU tu.

    TQ

  41. RD. Jun 10,2016 8:10 PM

    “Jika Najib menang maka ia akan terus menekan rakyat kerana mempercayai rakyat bersetuju dengan segala perbuatannya.”

    Saya amat setuju. Tetapi bukan setakat itu saja.

    Demi popularity, Najib nampak-gayanya telah mengikuti perangai bekas-TPM-buruk moral, mengunakan ‘Agama’ sebagai perisai untuk mengaburi salah-laku dan lesapkan WANG & harta-pusaka Rakyat. Yang pasti imej Islam akan turut dipandang serong dimata penganut Agama lain.

    Yang paling sedih, tiada langsung kedengaran ‘suara’ dari ‘orang Agama’. Mungkin mereka sudah disumbat dedak hingga menjadi bisu.

  42. sibotak Jun 10,2016 7:45 PM

    Berani kerana Benar
    Takut kerana Salah

    Berani kemuka Keadilan
    Takut sembunyi belakang AG

    AG ku sangka Benar
    Memang Benar ,benar benar Wayang

    Mana ada AG dalam Dunia bolih dengar pengakuan
    Semua pengakuan mesti ke arah process Kehakiman
    Luar biasa sungguh AG Malaysia
    Kalau inilah system Keadilan Malaysia
    Terlungkup lah Negara

    Dah kenalah si penipu jumpa si penyagak

    Hai……Ku sangka dua rupanya tiga

    Saudi tak berbunyi pun 2.6 billion
    Kalau 1MDB memang dengar lah berbillion hilang
    Masuk kat kocek Najib ada persamaan pula 1MDB
    Hebat sungguh . Pelanduk dua serupa agaknya

  43. Hajar Jun 10,2016 7:21 PM

    Salam YAB dan Yang Amat DiKasihi Tun,

    1. Tadi baru kali kedua saya ke Bazar Ramadhan tahun ini.

    2. Pelbagai juadah kuih-muih dan makanan ada. Baru hari ini di Bazar Ramadhan tempat saya ada pulut & santan durian. Terus beli sebab memang mengancam. Saya beli dalam 4 jenis makanan /kuih saja dalam jumlah sedikit.

    3. Mengenai salah laku DSN dan skandal 1MDB, saya juga turut hairan bagaimana ada golongan yang masih tidak ambil peduli tentang semua ini. Apakah sebabnya? Adakah mereka rasa keadaan akan kekal baik selama-lamanya walaupun sekarang kita ada PM dan konco2 yang korup? Ini golongan yang tidak peka dan ambil mudah semua perkara. Bila sudah terlambat dan negara hancur lebur baru mahu menyesal. Golongan yang ada sikap ‘tidak apa’ ini biasanya akan berada dalam keadaan yang amat SUKAR jika negara telah musnah.

    4. Saya berdoa setiap hari supaya Allah S.W.T. ‘tarik’ jawatan PM dari DSN dengan kadar segera.

    5. Selamat berpuasa dan berbuka puasa kepada Tun dan keluarga.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  44. joetachi Jun 10,2016 5:29 PM

    Asalamualaikum & selamat berpuasa…
    Deklarasi Rakyat dibawa ke Raja…
    Keinginan jelata menyampai cerita..
    Perdana Menteri salah guna …

    #PMtakguna!

    PM tetap berpura pura..
    kulit tebal, muka selamba…!
    Otak bebal, maruah tiada…!
    Sngat terkenal serata dunia…!!

Leave a Reply