TOTAL VISITORS FROM 2008:

STATUS RASUAH DI MALAYSIA 25

1. Rasuah adalah suatu jenayah yang dipandang keji dalam masyarakat manusia. Agama Islam melaknati mereka yang mengamal rasuah. Pendapatan mereka dari rasuah termasuk dalam pendapatan yang tidak halal. Mereka yang makan duit rasuah memakan benda yang haram.

2. Ada seorang yang menggelar dirinya ulama, berkata rasuah tidak termasuk dalam jenayah hudud. Balasan hanya diterima diakhirat. Pendapat ulama ini menghalalkan rasuah di dunia, walaupun diharamkan oleh Islam dengan menjanji neraka di akhirat.

3. Rasuah atau korupsi atau dalam bahasa pasar, makan suap, berlaku di semua negara di dunia. Perbezaan hanya dari segi tahap amalannya. Ada negara yang ternampak seolah-olah bersih tetapi dari semasa ke semasa dilapor kes-kes perlakuan korupsi.

4, Di kebanyakkan negara lain rasuah berlaku secara tersembunyi walaupun disyaki dan diketahui umum. Yang memberi tahu dan yang menerima juga tahu akan perlakuan jenayah rasuah. Tetapi pihak yang menjadi mangsa tidak berani bercakap atau membongkar kerana takut tidak akan dilayan langsung di masa hadapan, bukan sahaja oleh pihak yang memeras tetapi juga rakan-rakan mereka.

5. Tetapi ada juga negara dimana rasuah diterima sebagai amalan biasa. Tiap satu urusan memerlukan suapan rasuah sekian banyak kepada anggota-anggota yang terlibat dalam melayan permintaan.

6. Rasuah bukan sahaja menaikkan kos segala-galanya tetapi juga mengganggu dan melewatkan pengurusan. Negara dimana rasuah berleluasa sukar dibangunkan dan dimajukan. Rakyat akan menderita kerana sebahagian dari kos sara hidup ditelan oleh suapan rasuah. Bisnes menghadapi keadaan kos yang tidak menentu yang merugikan. Pelabur dari dalam dan luar tidak berminat untuk melabur dan ini mengurangkan peluang pekerjaan dan menjejaskan pembangunan ekonomi.

7. Penggangguran yang ramai menekan turun upah pekerjaan. Kemiskinan akan menimpa ramai penduduk kerana pendapatan yang rendah dan pengganguran.

8. Ekonomi negara akan merosot berterusan. Sesungguhnya rasuah adalah satu musibah yang boleh menimpa bangsa yang rendah moral dan terbelenggu dengan perasaan tamak.

9. Di Malaysia rasuah memang pun ada sejak dizaman pemerintahan Raja-Raja Melayu. Ia lebih dikenali sebagai makan suap.

10. British menggunakan pendekatan ini untuk menjajah negeri-negeri Melayu. Tetapi setelah menjajah, pentadbiran British mengawal rasuah di kalangan anggota pentadbiran. Tahap makan suap tidaklah terlalu tinggi sehingga menjejas pentadbiran wilayah yang dijajah mereka.

11. Selepas merdeka kawalan terhadap rasuah diteruskan dan tahapnya tidaklah begitu tinggi. Lagi pun rakyat dan peniaga yang kaya tidak ramai dan kontrak Kerajaan pun amat sedikit dan kecil.

12. Semakin kaya negara semakin besarlah jumlah permohonan lesen dan sebagainya dan juga kontrak. Dan jumlah rasuah pun meningkat. Namun demikian perasuah sedar rasuah menyalahi undang-undang dan dipandang keji oleh masyarakat.

13. Oleh itu disembunyinya amalan ini. Rasuah yang berlaku dilakukan dibawan meja; iaitu dirahsiakan oleh pemberi dan penerima.

14. Kerajaan telah menubuh Badan Pencegah Rasuah. Sedikit sebanyak adanya Badan ini menghalang dan mengurangkan rasuah. Sekali-sekala tangkapan dilakukan oleh Badan ini.

15. Tumpuan diberi kepada ahli politik dalam Kerajaan. Ada juga pembesar politik yang dikenakan tindakan.

16. Tetapi rasuah mereka masih dibawah meja, disembunyi. Bukti yang diperolehi ialah dari cara hidup mewah yang melebihi pendapatan mereka secara ketara.

17. Dalam parti pemerintah timbul kepercayaan bahawa jawatan boleh membuka peluang untuk memperkaya diri. Oleh itu ramai yang mengguna sogokan untuk memenangi jawatan. Maka kualiti kepimpinan pun merosot. Yang tidak mampu menyogok kalah. Kepimpinan dikuasai oleh mereka yang tamak dan tidak lagi anggap rasuah sebagai jenayah yang hina.

18. Dalam keadaan inilah datang pemimpin yang percaya wang boleh menjayakan segala-galanya. Slogan yang dipercayai dan diamal ialah “Cash is King”. “Cash” yang boleh berlagak sebagai “King” tentulah besar.

19. Inilah yang kita lihat hari ini dalam politik negara. Wang diguna dengan luas untuk menarik sokongan rakyat. Dicipta berbagai alasan untuk memberi wang Kerajaan secara percuma kepada sebilangan besar dari rakyat dengan tujuan meraih sokongan.

20. Tetapi wang untuk ini mestilah yang lebih besar dan membesar sepanjang masa. Kerajaan sendiri tidak miliki dana yang cukup. Apabila keperluan rasuah meningkat kepada bermillion maka punca kewangan lain mesti dicari.

21. Demikian, apabila rasuah diamalkan maka punca lain, samada halal atau tidak, tidak lagi mempengaruhi tindakan. Mungkin derma atau punca yang tidak halal dicipta.

22. Jika yang berkuasa tidak ada perasaan takut dituduh, diselidik dan didakwa dimahkamah maka pengawalan melalui undang-undang tidak lagi berkesan.

23. Rasuah diperingkat atasan menjadi begitu besar sehingga diketahui umum. Jika diperingkat atasan berleluasa, maka diperingkat bawahan juga ia berkembang dan diamal tanpa takut.

24. Sebagai negara demokratik, pilihanraya adalah cara untuk memilih wakil rakyat yang mungkin memegang jawatan tertinggi. Kata pepatah Inggeris “power corrupts”. Walaupun kuasa rakyat terhad kepada pemilihan wakil, tetapi ia masih juga kuasa.

25. Dengan kuasa ini pun rakyat terdedah kepada rasuah. Dalam iklim “Cash is King” maka wang boleh membeli kuasa undi rakyat. Maka terlihatlah pemberian wang, beras, alatan elektrik secara terbuka kepada pengundi di mana pemilihan berlaku. Dan terdapatlah undi yang banyak kepada perasuah.

26. Ada pihak yang berkata terima sahaja sogokan, tetapi jangan beri undi. Tetapi sama ada undi diberi atau tidak penerimaan sogokan masih rasuah dan masih menjadi wang haram. Apabila bersumpah untuk memberi undi, wang dan barangan yang haram tetap haram. Dan besar kemungkinan wang yang diberi didapati secara haram. Maka bergandalah dosa penerimaan rasuah.

27. Semua yang berlaku ini tetap rasuah. Tetapi kerana Badan Pencegah Rasuah dikuasai oleh perasuah, tidak ada tindakan. Maka semakin berleluasalah rasuah di negara tercinta ini.

28. Sekarang rasuah sudah naik ke atas meja.

29. Ia sudah jadi perkara biasa. Apabila sahaja kuasa diberi, maka rasuah tetap akan berlaku. Dalam PRU dan PRK pengundi menanti. Suapan yang terbesar menentukan siapa yang memerintah.

30. Ini bermakna pemerintahan yang akan didirikan hasil PRU ialah pemerintahan rasuah.

31. Malaysia sudah disenarai sebagia diantara sepuluh buah negara yang tahap korupsi tertinggi di dunia. Inilah legasi seorang pemimpin Malaysia.

ENG VERSION
STATUS OF CORRUPTION IN MALAYSIA

1. Corruption is considered a heinous crime in human society. Islam condemns those who practise corruption. Their income from bribes are considered income that is illegal. Those who take bribes are actually consuming illicit things.

2. There is someone who considers himself an Islamic scholar (ulama) who said that corruption is not considered a crime under the hudud law. Recompense for this crime will only be received by the perpetrator in the hereafter. The opinion of this scholar will legitimise corruption in the world, even though corruption is forbidden by Islam and hell awaits in the afterlife.

3. Bribery or corruption or in bazaar language, “makan suap” (mouth-fed), occurs in all countries of the world. The difference lies in the degree of occurrence. There are countries that seemed clean but from time to time there are reported cases of corruption.

4, In most other countries corruption occurs in secrecy even though there is suspicion and is publicly known. The giver and the receiver knows that corruption is a criminal act. But the victims do not dare speak or expose for fear of reprisal in the future, not only by pressure groups but also by their partners.

5. But there are also countries where corruption is accepted as normal practice. Every business deal needs that much bribe to be given to officials involved in considering requests.

6. Corruption not only raise the cost of everything but also disrupt and delay administration. Countries where corruption is rampant are harder to develop. People will suffer as part of the cost of living is swallowed by bribery. Businesses face uncertain costs which can lead to losses. Investors from within and from outside are not interested in investing and this reduces employment opportunities and affect economic development.

7. High unemployment will press down wage rates. Poverty will befall the population because of low income and unemployment.

8. The national economy will continue to decline. Indeed, corruption is a misfortune that can befall a nation that is low in moral and shackled by greed.

9. In Malaysia, corruption was already there since the days of the Malay Rulers. It is better known as “makan suap”.

10. The British used this approach to colonise the Malay States. But after colonization, the British administration controlled corruption among members of the administration. The level of bribery was not that high to affect the administration of the territories that they occupied.

11. After independence control over corruption continued and its level is not very high. Furthermore, people and businessmen who were rich were not many and government contracts were very few and small.

12. The richer the country become the greater the number of license applications and also the contracts and so on. And the amount of bribes has increased. However, the corrupt are aware that corruption is against the law and is considered shameful by the public.

13. Therefore, this practice is concealed. Bribery is done under the table, that is, it is kept secret by the giver and the receiver.

14. The Government has established the Anti-Corruption Agency. To some extent this prevents and reduces corruption. Occasionally arrests were carried out by the Agency.

15. Focus was on politicians in the Government. There were also political bigwigs who were taken action against.

16. But their corruption is still under the table, concealed. Evidence obtained is by way of a luxurious lifestyle that exceeds their income significantly.

17. In the ruling party there arose the belief that positions can be an opportunity to enrich themselves. Thus there are many who use bribery to win posts. The quality of leadership goes down. Those who cannot afford to bribe lost. Leadership is dominated by the greedy and who no longer considers corruption as a contemptuous crime .

18. It is under this situation that come leaders who believe money can achieve everything. The slogan that is believed and practised is “Cash is King”. “Cash” which can act as a “King” would certainly be huge.

19. This is what we see today in the country’s politics. Money broadly used to gain public support. A variety of excuses were created to give government money for free to a large number of people in order to gain support.

20. But the amount of money for this purpose must be big and continue to be bigger all the time. The government itself does not have sufficient funds. When the need for corruption rises to millions then other financial sources must be sought.

21. Similarly, when corruption is practiced, other sources, whether lawful or not, no longer influences their action. Maybe donations or other illegitimate sources are created.

22. If those in power have no fear of being accused, investigated and prosecuted in court then control through process of law is no longer effective.

23. Corruption at the upper level becomes so huge that it is publicly known. If at the upper level it is widespread, then at the lower level it is also expanding and practised without fear.

24. As a democratic country, election is the way to choose representatives who will hold the highest office. According to an English saying “power corrupts”. Even though the people’s power is limited to selection of representatives it still is power.

25. With this power, people is also exposed to corruption. In a climate of “Cash is King” money can buy the power of people’s votes. So the giving openly of money, rice, electrical appliances to voters are seen where election is being held. And the corrupt secures a lot of votes.

26. Some people say just accept the bribe, but do not give the votes. But whether or not the votes are given, the act of receiving is still corruption and the money remains illegal. When you have promised to give the vote, illicit money and goods received remain illicit. And most likely the money given is also illegitimately obtained. Thus there is double sin in accepting the bribes.

27. All of these that happened are no doubt corruption. But because the Anti-Corruption Agency is dominated by the corrupt, therefore no actions are taken. Corruption in this beloved country is becoming widespread.

28. Now corruption has gone up onto the table.

29. It is now becoming common thing. Whenever power is given, then corruption will occur. In the general election and the by-elections voters will wait. The magnitude of bribes will determine who governs.

30. This will mean that the government set up following a General Election is a corrupt government.

31. Malaysia has been listed among the top ten countries with the highest level of corruption in the world. This is the legacy of a leader of Malaysia.

25 thoughts on “STATUS RASUAH DI MALAYSIA

  1. PakCik Jun 25,2016 5:55 PM

    Assalammualaikum Tun and fellow muslim bloggers and hello to others.,

    We all live in a pariah nation…..

    Those who supported these pariah leaders are pariahs.

    So sad.

  2. PakCik Jun 25,2016 5:53 PM

    Assalammualaikum Tun and fellow muslim bloggers and hello to others.,

    We all live in a pariah nation…..

    Those who supported these pariah leaders are pariahs.

  3. umranrc Jun 25,2016 5:26 PM

    Salam Tun,
    Rasa untuk bercerita pulak pasal Rasuah ni….

    Dalam tahun 1985, semasa berulang-alik dari rumah Aruah Datok di Dato’ Keramat ke Section 17 (KPP), Shah Alam, selalu gak kena tahan polis kat lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan.

    Namanya budak-budak, lesen L lagi, tapi dok bawak member satu hostel kesana-kemari… so bila kena tahan tu, seperti biasa ‘brother’ yang tahan tu tanya, ada bawak berapa? Ialah kadang-kadang tu duit dalam poket ni ada la rm5… so oleh kerana malas nak soal jawab kita terus cakap la ada rm5.

    ‘Bak mai la’, ‘Ala Bang, saya ngan member ni pun nak gi minum gak, 2 dah la’, ‘3 la, lu orang sorang singgit dah la’, ‘Ok Bang, tapi ni nak bagi tau ni, ada sekeping je 5 tu’. ‘Bak mai’, sambil dihulurnya duit rm2 sebagai pecahan. Mmm… hebat? Atau tak hebat Rasuah ni? Rm3 pun jadi.

    Apakah implikasi peristiwa ini? Masyarakat kita secara umumnya menganggap RASUAH itu sebagai biasa. Persepsi ini perlu ditukar dimana para Mufti, Imam, Penggiat Ugama serta Penggiat Masyarakat perlu kepada penyebaran yang lebih meluas untuk memberi tahu semua bahawa RASUAH adalah musuh kita nombor 1 dimana ianya boleh meruntuhkan segalanya.

    Terima Kasih Tun.

  4. rimba.emas Jun 25,2016 3:30 PM

    Salam Tun.

    1. Sekali lagi Rimba Emas lewat dapat line mungkin pilihan kedua untuk topik ini.

    2. Rasanya rasuah ini telah pernah Tun bicarakan berkali-kali. Bermakana rasuah ini susah di benteras kerana ada kes-kes yang benar rasuah boleh terlepas disebabkan bukti yang tersembunyi sukar di bongkar melalui kaca mata manusia.

    3. Malah pengetahuan manusia yang terbatas menyebabkan boleh berlaku penipuan terhadap barang bukti. Contohnya perkara-perkara yang umpama ghaib sukar membuatkan manusia alam nyata mempercayainya.

    4. Selagi perkara rasuah itu tidak menerima hukuman yang boleh menghalang perasuah itu mengulangi perbuatannya maka tegahan tidak alan berkesan.

    5. Begitu juga dalam Islam ada hadis diriwayatkan oleh Tabrani bahawa perasuah dan yang dirasuah tempatnya di neraka. Hukuman ini hanya berlaku setelah hari akhirat.

    6. Selagi belum berlakunya hukuman oleh yang maha berkuasa membukti kejadian tersembunyi maka kejadian rasuah sukar dibendung.

    7. Hukuman oleh Allah s.w.t maha baik kerana gambaran yang diberikan kepada pesalah di dunia ketika diakhirat tiadanya beza darjat dan azab seksanya dashyat. Contohnya bakaran api neraka yang bahangnya dikatakan berganda dari di bumi.

    8. Bagaimana pun faktor takut di pandang dingin sahaja mungkin sebab hukuman berat itu belum dilaksana lagi berbanding hukuman dunia yang boleh di jual beli.

    9. Balasan yang terlepas di dunia pasti akan di ulangi kembali ketika di akhirat, manusia kali ini tiada bantuan perasuah dan yang dirasuah semuanya memenangkan kebenaran tampa jual beli.

    Wallahua’lam.

  5. Kamarulaznan Jun 25,2016 10:27 AM

    Apabila rasuah sudah dijadikan amalan biasa akan ada pihak yang melihat kelemahan pada pihak perasuah. Keadaan akan menjadi bahaya jika satu bangsa yang kuat dari segi kewangannya mengambil kesempatan akan kelemahan bangsa yang mengamalkan rasuah tersebut.

    Ketika itu harta benda dan maruah bangsa asal sebuah negara akan tergadai.

  6. Yaakub Jun 24,2016 10:05 PM

    Assalammualaikum Tun,

    Semoga Allah membantu perjuangan Tun dan menyelamatkan Malaysia dari pemimpin dan kroni2 yang mementingkan diri sendiri.

  7. tok jangut Jun 24,2016 2:36 PM

    Looks like being a millionaire in Malaysia is nothing. We are going to have a lot of multi-millionaires and billionaires.

    Malaysia is definitely progressing with the creation of so much wealthy people.

  8. ismadi Jun 24,2016 11:52 AM

    As Salam Yg Dikasihi Tun Dr Mahathir,

    Kejatuhan sesuatu Negara itu diukur kepada generasi Muda yang bakal memimpin Negara.

    Melihat penyataan cetek Pergerakan Pemuda UMNO, ternyatalah mereka merupakan senarai paling atas sebagai pemakan dedak.

    Masih muda dan mudah di suap. Apa akan jadi dengan Negara Malaysia nanti yang akan mewariskan kepimpinan kepada pemuda pemuda yang berfikiran cetek, derhaka kepada orang tua, makan suap, ingin cepat kaya, rakus, bodoh sombong dan membuat perhitungan pada masa dan waktu yang salah.

    Pemuda Melayu memerlukan bukan Pemuda UMNO tetapi di dalam keadaan politik Negara yang berselerakan angkara Dato Seri Najib ini, ternyata ikon dan hero Melayu telah tersingkir ke tepi akibat persengketaan sesama sendiri.

    Kita sebagai orang Melayu telah gagal untuk mewariskan kepimpinan melalui didikan dan panduan kepada anak anak muda dan kini kegilaan anak anak muda Melayu mengejar kekayaan dan kuasa adalah tidak terbatas sehingga sanggup melangkah mayat Melayu sendiri dan melanggar adat dan tradisi Melayu.

    Hairan, semua kita tahu pasal dosa dan pahala rasuah, semua kita tahu akibat makan rasuah ke atas darah daging keturunan kita dan bagaimana ada contoh contoh tersurat dan tersirat yang dilihat dan dipelajari akibat bagi seseorang perasuah yang ditunjukkan dengan izin kekuasaan Allah swt.

    Masih mahu melakukan rasuah anak anak muda kita adalah kerana Ketua mereka perasuah, pemimpin pemimpin mereka perasuah, sistem pemerintahan dari bawah meja hingga ke atas meja juga rasuah malahan mereka disogok setiap hari bahawa rasuah ini ok dan sekiranya ada keupayaan, sila lah lakukannya.

    Dengan duit rasuah, mereka boleh beli kereta mewah, mereka boleh beli rumah besar, mereka boleh beli darjat kebesaran, mereka boleh beli kuasa, mereka akan ada kedudukan,mereka gunakan kedudukan mereka dan rasuah lagi untuk dapatkan projek. Mereka akan muncul sebagai orang orang kaya yang dipandang mulia dan budiman. Kemudian dengan wang rasuah mereka membuat kebajikan. Mereka bina surau, masjid, bantuan makanan dan wang kepada orang miskin. mereka menjadi orang orang yang dimuliakan dan ini yang mereka hasrat dan cita citakan.

    Mereka golongan muda perasuah akan pergi mengerjakan Haji dan UMrah. Bawa keluarga. Mereka menjadi contoh sebagai golongan muda yang mengerjakan tuntutan agama. Mereka membawa kedua ibu bapa menunaikan ibadat haji dan Umrah, mereka menjadi contoh anak soleh. Mereka membawa kawan kawan ke Mekah, mereka menjadi sahabat dunia akhirat. Mereka membawa penyokong ke Mekah, mereka mendapat kesetiaan.

    Tunggu sahaja lah, mungkin di dalam sepuluh tahun lagi, anak anak muda ini mengambil tempat di dalam sistem pemerintahan negara, bagaimanakah agaknya urus tadbir Negara Malaysia ini? Apa yang dilihat kini adalah refleksi kepada apa yang akan di tuai nanti.Mungkin tuaian itu kebanyakannya daun lalang.

    Wallahualam.

    Take care Tun. Wassalam

  9. zulu Jun 24,2016 11:14 AM

    Now Najis have introduced money politics in Malaysia. Giving money to buy support and emptying the govt’s reserve. This is going to degrade everything, currency goes down, price of consumer goods going up and it’s going to be very tough for the future of Malaysia.

    He is making such a damage to the country that it’s very difficult to reverse it. No country that fall in money politics recovered in history.

    Now all top people under Najis’s command are doing pimp job for him, so Malaysians don’t have choice, unless they change their mind to worry about the country instead of Najis’s family.

  10. amd trmz Jun 24,2016 10:50 AM

    BANTUAN KERAJAAN VS DEDAK

    “Nejib nuan nuan dilapor kecewa bantuan kerajaan dianggap dedak…” rujuk akhbar urusan mesia.

    BANTUAN KERAJAAN.

    1.Disampaikan kerajaan kepada rakyat melalui peruntukkan yang ada. Geran, bajet dan lain-lain.

    2.Diberikan tidak mengikut musim.

    3.Diberikan kepada rakyat tidak mengikut fahaman politik, kaum atau agama.

    DEDAK

    1.Entah mana datang duit, tak boleh lupa shariir saman dapat 1 juta lain-lain dapat juta-juta. Diberi kepada golongan tertentu.

    2.Noor JAzzeLANG dapat jawatan menteri-menteri terus tutup buku one n dee bee.

    3.Imam orang masjid tunai umrah,haji. halal ke duit tu.

    4.Langsung tak boleh lupa, PRK kuala kangsar baru nejib nak bagi bantuan rm500 penoreh getah. Mereka dah rayu lama dah hampir setahun rasanya. Ada PRK baru nejib nak beri, bayangkan tiada PRK…??.RM 100 juta lebih diperuntukkan… mana datang duit???..tetiba je ada

    5.Juta-juta, billion-billion mana datang duit ni.

    Nejib, nejib… rakyat dah nampak…

  11. Aktivis Islam Jun 24,2016 9:59 AM

    Assalamualaikum Tun,

    Maaf saya nak komen sikit sebelum kita masuk ke 10 ramadhan terakhir, waktu kita disarankan fokus amal ibadat dan kejar malam lailatul qadar dari sibuk hal2 duniawi.
    Apa yg terjadi sekarang, apa yg Tun ckp mcm flashback pd saya. Tun pernah ckp sikap melayu suka tunggu dan lihat, termasuklah Tun. Saya tau ramai yg sedar bila terjadi kes Lahad Datu, kes MH370. Mesti ramai juga yg sedar ada udang sebalik batu, termasuk Tun kan? Tun mengambil sikap tunggu dan lihat, harap Najib sedar dan patah balik. Byk betul kesilapan Tun sepanjang pemerintahan Tun kan? Manusia ni jatuh bila ego menguasai diri. Bukan saya nak menyalahkan Tun tp cuma mengingatkan diri dan lain2, bila kita ada pengaruh gunakan utk kebaikan dan jgn sekali kita hipokrit utk tentukan apa betul apa salah mengikut judgement kita sendiri. Skrg hari2 tv brainwash org kita dgn berita dan fakta2 palsu. Semua ni bkn berlaku semmalaman, tapi perancangan bertahun yg Tun sedar tp masih berpendirian berpeluk tubuh serta taat setia pada parti (teringat Hang Tuah). Ada masa bila segelintir rakyat tuntut penjelasan bila ragu2 terhadap najib, Tun pertahan dia. Semua ni berlaku bila ego mengatasi moral dan agama. Tapi semua itu perkara lepas.

    Terus terang Tun, saya dah hilang keyakinan pada kemampuan Tun untuk melawan najib. Tiap kali zaman berubah, dunia dan cara manusia pon akan berubah. Cara Tun yg mengikut buku dah tak relevan di akhir zaman ni. Tun bkn muda lagi, jasa2 Tun bangunkan negara, bangsa dan agama dahulu amat kami hargai. Sekarang buatlah apa yg perlu mengikut kemampuan dan jgn bebankan diri. Kita berusaha dan tawakkal, semoga Allah swt buka hati rakyat dan pulihkan negara Malaysia yg kita sayang ni. Semoga kita mendapat kebaikan malam lailatul qadar bersama2 ya Tun. amin.

  12. Hajar Jun 24,2016 7:52 AM

    Salam YAB dan Yang Amat DiKasihi Tun,

    1. Perbuatan rasuah memang dilaknat Allah S.W.T. kerana rasuah menggalakkan dan melahirkan banyak perbuatan-perbuatan mungkar yang lain seperti menindas mereka yang tidak bersalah atau menidakkan HAK mereka yang lebih berhak ke atas sesuatu perkara.

    2. Akibat rasuah, kualiti kerja / barangan atau apa-apa hasil jatuh merudum (menurun) kerana ‘wang rasuah’ membolehkan perkara-perkara yang TIDAK BETUL berlaku dan perkara-perkara yang betul tidak dapat dilakukan atau dikuatkuasakan (didiskriminasi atau dihukum kerana melakukan perkara yang betul).

    3. Amat malang bagi Malaysia kerana PM nya ialah seorang yang mengamalkan perbuatan rasuah – ‘Cash is King’.

    4. Tapi, jika Pembangkang menang pada PRU-14, dan Anwar (atau mana2 pemimpin yang juga korup) jadi PM, nasib Malaysia akan terus dirundung malang.

    5. Bukankah Anwar mempelopori ‘politik wang’ semasa dalam UMNO? Bukankah Anwar juga rapat dengan kuasa2 asing? Bila Anwar dipecat, beliau dan konco2 beliau memfitnah Tun di seluruh negara dengan pelbagai tuduhan termasuklah menuduh Tun perasuah. Ada yang fitnah Tun & keluarga memiliki akaun2 peribadi di Singapura dengan wang berjuta-juta ringgit – siap dengan nombor akaun setiap ahli keluarga Tun. Yang hairannya ada yang percaya fitnah sebegini (tiada bukti).

    6. Jika Pembangkang mengganti BN/UMNO, minta maaflah jika saya kata keadaan sama (korupsi & pemberian ‘dedak’) akan berterusan dan makin berleluasa sebab Anwar sama dengan DS Najib dalam banyak hal; DSN banyak ‘tiru’ cara Pembangkang, dan saya sudah nampak perkara ini sejak dari dulu lagi bila DSN mula2 jadi PM. Lihat saja janji2 pilihanraya Pembangkang yang banyak menekankan tentang pemberian elaun2 (dan lain2 ‘dedak’ / wang kepada pihak2 tertentu; berkisar pada ‘CASH’).

    P/S: Halalkah ‘dedak’ yang diterima sebagai ‘habuan’ bagi mereka yang ditugaskan untuk mencela dan memfitnah Tun? Jika sayalah, JIJIK rasanya untuk telan apa2 makanan yang dibeli hasil dari pendapatan mempertahan seorang pemimpin yang memang terbukti KORUP.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  13. sibotak Jun 24,2016 5:45 AM

    Tiada beza nya pada saya sebagai rakyat
    Negara yg berbudaya rasuah seperti Malaysia
    Negara yg kurang rasuah seperti Singapura
    Hujungnya sebagai rakyat saya tetap kena bayar

    Satu yr berasuah ke ramai kocek kecil perkerja
    Lagi satu yg tak ber rasuah masuk kat kocek besar kerajaan
    Hujungnya saya tetap kena bayar

    Seperti kata mediang PM Singapura Lee Kuan Yew dahulu
    Negara Johor , Malaysia banyak jenayah , rompakan , kecurian sebagainya
    Memang benar , saya setuju

    Bezanya di Johor perompaknya semua kecil kecilan tidak berlesen
    Di Singapura hari hari rakyatnya kena rompak secara terbuka berlesen
    Salah sikit saman ,lain macam aje charge court
    Charge court hujungnya duit lah
    Lagi teruk di sana ,duit simpan dalam Bank , simpan punya simpan
    jaga punya jaga , pun bolih papa kedana
    Di Johor kalau show off ,tak berhati hati memang kena lah

    Namun Budaya Rasuah harus di basmi
    Wakil Kerajaan harus di beri gaji yg lumayan
    Supaya tidak ada alasan bagi mereka menyalah gunakan kuasa
    Dan hukuman berat harus di kenakan supaya tidak menjadi
    Budaya dan Darah Daging Malaysia

    Oooooops ! Lagi Satu
    Wakil Kerajaan , Pegawai Kerajaan , Menteri Menteri
    termasuk Perdana Menteri , Tuan tuan dan Puan puan
    Juga sekiranya Najib kelak nak jadi SeniorMinister , anak beliau PM
    DPM Ahmad Zahid tukang panaskan tempat duduk

    Sama sekali
    Tidak bolih dibenarkan ada urusan perniagaan sendiri
    Nak jadi kuli Kerajaan buatlah hal nak jadi kuli sahaja
    Jangan nak ada perniagaan sendiri
    Sebab ?
    Sebabnya ia akan bercangah dan mereka akan mengambil kesempatan akan jawatan mereka sebagai wakil kerajaan untuk kepentingan pribadi perniagaan mereka

    Lihat saja PM Singapura, Gaji PM paling besar di Dunia
    Capital Land , Tamasek Holdings , Telecoms ,Singapore Technologies dan banyak lagi semuanya ada pertalian Keluarga dari hasil Bapak dia punya

    PM kita Najib pun sedang berangan untuk serupa PM Singapura
    Sudah nampak ciri ciri , bunga bunga Najib ikut ikutan
    Cuma Najib ni Gelojoh Tak berilmu

  14. Daniel Noor Jun 24,2016 4:41 AM

    Salam Tun,

    Di mana2 pun ada rasuah. Beda nya ialah ‘ quantum ‘ atau nilai banyak nya yg di beri atau di suap.

    Kalau kecil jumlah nya, negara maseh boleh maju dan makmur. Tapi kalau rasuah nya itu berlipat ganda atau terlalu banyak akibat nya negara terutama rakyat akan bertambah miskin dan pembangunan negara juga terbantut.

    Rasuah atau pemberian untuk mengambil hati rakyat seperti apa yg Najis lakukan baru2 ini dengan menabur duit dan benda kepada pengundi2 Sg Besar dan KK dan tidak lupa juga pada PR negeri Sarawak boleh di ibaratkan sebagai ‘ investment’.Semua ‘ investment ‘ harus ada ‘ Return ‘ nya. Ini di katakan ROI.

    Nah dari mana nanti ROI nya akan di perolehi ? Saya yakin pelbagai jenis cukai baru akan di perkenalkan dan mungkin kenaekkan harga pada infra seperti air, listrik, telekomunasi, dll.

    Bagi mereka yg makan rasuah besar, kenaekkan ini semua tidak memberi impak yg besar tapi bagi rakyat biasa tidak kira di kota2 besar atau kampong akan terasa tekanan nya.

    Jangan heran kalau kadar jenayah akan naek, bankrup juga akan bertambah dan byk tanah2 org Melayu juga akan tergadai.

    Sistem rasuah yg Najis sekarang amalkan ialah tiruan dari sistem rasuah di Indonesia. Sistem rasuah ini mula di perkenalakn oleh Anwar Ibrahim sewaktu dia masuk UMNO. Ia di namakan Money Politik di mana Ketua2 Bahagian dan Cawangan di beri duit yg banyak hanya utk memberi sokongan apabila beliau akan bertanding untuk jawatan Presiden dan menjatuhkan Tun.

    Najis mengambil pelajaran dari situ dan ‘ re-brand ‘kan Money Politic ke ‘ CASH IS KING ‘. Sistem Najis bukan sahaja merasuahkan ahli UMNO tapi merasuah kan kakitangan kerajaan yg penting seperti PDRM, KDN, AG, MAAC, dll. Tidak cukup dengan itu, Najis perkenalakan BRIM utk merasuahkan Rakayat jelata.

    Seperti saya katakan di atas tadi semua ‘ Investment ‘ harus ada ‘ Return ‘ nya. Lambat laun kerajaan akan kekurangan dana dan utk Najis mempertahankan jawatan nya dia akan mula mengenakan pelbagai cukai dan kenaekkan harga pada keperluan seharian rakyat. Dia juga mungkin kalau terdesak bersujud di depan IMF dan World Bank utk meminjam duit.HUTANG YG ADA SEKARANG BELOM LG DAPAT DI SELESEIKAN DAN HUTANG BARU AKAN MUNCUL LG.

    Pendek kata negara ini sedikit demi sedikit akan menjadi miskin dan mungkin akan menjadi Greece of SEA.

    Pada waktu Tun menjadi PM, ketua2 negara besar mengagumi dengan usaha Tun utk permoden kan negara ini selaen menjadi kan salah satu negara yg kaya di Asia.

    Sekarang seluruh dunia mengagumi dengan rakyat Msia terutama ahli parti UMNO yg milih utk berdiam diri dan membiarkan pemimpin dia iaitu Najis Penyangak merosakkan dan memiskinkan negara ini.

    Yang akan merana akibat perbuatan si Najis ini ialah anak cucu cicit kita nanti.

  15. daeng Jun 23,2016 11:54 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Terima kasih ulasan Tun tentang topik kali ini iaitu rasuah.

    Saya cukup benci manusia yang mengamalkan rasuah, samada pemberi mahu pun penerima rasuah.

    Naji$ Razak adalah ketua perasuah dalam negara kita. Malangnya majoriti Melayu tidak dapat melihatnya dengan akal yang diberi Allah swt. Malah ada yang memuji sikap pemimpin yang jelas mengamalkan rasuah seiring dalam pentadbirannya.

    RM2.6 bilion yang masuk dalam akaun Naji$ Razak, pandangan saya adalah rasuah dan menyalahi etika kakitangan penjawat awam. PM adalah ketua penjawat awam. Mereka yang bersubahat dengan pengamal rasuah akan menerima balasan di akhirat kelak. Jika ketua negara mengamalkan rasuah maka majoriti dalam kabinetnya pengamal rasuah. Peliknya mengapa ada orang Melayu beragama Islam yang kononnya beriman pada Allah swt, masih “buta” perkara yang berhubung kait dengan rasuah?????

    Dalam PDRM, pengamatan saya rasuah masih ditahap membimbangkan. Saya pernah bertanya kenalan yang menjawat jawatan tinggi dalam PDRM berhubung dengan rasuah. Dia mengakui perkara ini sukar untuk dibenteras.

    Masih dalam PDRM, seorang kenalan saya masa persekolahan dahulu sanggup meletak jawatan kerana tidak sanggup bergelumang dosa “bersubahat” dalam rasuah. Katanya oleh kerana majoriti anggota polis mengamalkan rasuah, maka jika minoriti anggota polis yang “bersih” dari rasuah, mereka berasa tidak selesa dan seolah dipencilkan.

    Bagi saya rasuah boleh dibendung ke angka sifar jika orang no 1 dalam negara berani membuat sesuatu yang drastik ke arah itu. Jika pemimpin no 1 itu kotor, maka rasuah akan menjadi perkara biasa kepada rakyat ini dan saya khuatir jika ianya tidak dibendung, ia semakin sukar untuk diatasi kemudian hari.

    KECUALI PEMIMPIN NO 1 NEGARA AKAN DATANG BERANI MEMBUAT DASAR YANG DRASTIK MEMBENTERAS RASUAH. DENGAN SYARAT PEMIMPIN ITU MENUNJUKKAN CONTOH DAN KEPERIBADIAN YANG ELOK DALAM SOAL INI.

    Saya menganggap rasuah adalah musuh no 1 negara kerana, dengan adanya rasuah maka adanya perkara-perkara berikut:

    1. penyeludupan samada berupa barangan mahupun manusia;
    2. banjir kilat;
    3. pembalakan haram;
    4. pemimpin baik dipinggir, pemimpin bersifat naji$ disanjung;
    5. manusia yang “kaya” mampu membeli undang-undang dunia;
    6. meningkatkan jurang ekonomi antara golongan kaya dan miskin, dahulunya berlaku negara seperti India;
    7. gejala dadah;
    8. gejala perjudian;
    9. gejala maksiat, rumah maksiat ditutup hari ini tapi dibuka esoknya kerana hanya rumah maksiat yang tidak dilindungi dengan “wang” akan diserbu;
    10. tender kerajaan secara tidak adil kerana menteri mahukan komisen atau memberi kepada kroninya;
    11. harga rumah yang tidak terkawal oleh kerajaan kerana pihak berkuasa atasan mahukan komisen;
    12. semua sistem perundangan yang dicipta kononnya untuk kebaikan atau keadilan tidak berjalan dengan adil dan sempurna;
    13. yang berkuasa seperti PM dan menteri-menteri terkecuali dari kesalahan seolah-oleh sifatnya “maksum”;
    14. rasuah menguntungkan “orang kaya” tetapi merugikan “orang miskin”
    dan banyak lagi.

    Ini semua semakin ketara di negara ini kerana pemimpinnya mengutamakan “CASH IS KING”.

    Wassalam Tun.

  16. faridina Jun 23,2016 11:34 PM

    Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    Menurut cerita TSSJ di malam esoknya Tun akan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri, Tun telah ditanya oleh Tun Diam apakah rancangan Tun terhadap Malaysia.

    Tun jawab “saya akan membuat Malaysia terkenal di mata dunia.”

    Setelah keadaan dalam negeri diperkemaskan dan diperkukuhkan hanya setelah 4 tahun barulah Tun membuat lawatan ke 4 buah negara iaitu AS, Kanada, Perancis dan Switzerland dengan membawa buku nota kecil ( mungkin juga buku 555 agaknya ) dengan misi menaikkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

    Hasil lawatan tersebut ke empat2 negara tersebut membuahkan ilham untuk pembinaan KLIA mengatasi Dallas airport yang dilawati.

    Begitu juga bila Presiden Reagan dengan bangganya menunjukkan Washington DC yang membuah ilham untuk mengujudkan Putrajaya.

    Bila beliau diberitahu tentang Sears Tower maka timbul idea mendirikan KLCC.

    Di Kanada, Tun telah dijamu di atas menara komunikasi yang dikhabarkan sebagai antara 4 menara tertinggi di dunia oleh PM Trudeau dan Menara KL diilhamkan sebagai antara 5 menara komunikasi tertinggi di dunia.

    Apabila di Perancis Tun terkejut ramai orang Islam bekerja di bandar siber dan bila ditanya kenapa jawapan yang diterima ialah negara mereka tidak menyediakan prasarana sedemikian maka lahirnya Cyberjaya.

    ERL pula diilhamkan tatkala ke Switzerland dengan keretapi lajunya dengan kemudahan check in di KL Sentral.

    Maknanya untuk membuat Malaysia terkenal secara fizikal memerlukan lebih dari 8 tahun usia pemerintahan Tun M.

    Namun Tun M telah terlebih dahulu membuatkan Malaysia terkenal secara bukan fizikal dengan pelbagai dasarnya antaranya Dasar Pandang ke Timur, Serangan Subuh Guthrie dan kelantangan suaranya membela Palestin dan dunia Islam terhadap rejim Israel dan keengganannya tunduk kepada kuasa dunia Barat dan dasar luar Amerika.

    Sepanjang memegang tampuk pemerintahannya Malaysia tidak pernah berada dalam senarai 10 negara paling rasuah di dunia.

    Ramai pemimpin dunia mengagumi beliau antaranya Musharaf, Fidel Castro, Rong Zhi China dan Vladimir Putin untuk dinamakan beberapa orang.

    Waktu tu semua orang bangga untuk mengaku mereka dari Malaysia dan PM pun mudah ditemuramah sewaktu di luar negara.

    Setelah 7 tahun memerintah apakah kejayaan fizikal yang boleh dibanggakan di peringkat dunia oleh Perdana Menteri hari ini?

    Satu yang pasti ialah kejayaan bukan fizikalnya yang telah berjaya dikecapi dan mempopularkan namanya sendiri sekaligus membusukkan nama Malaysia dipersada antarabangsa ialah amalan korupsi terancang yang berjaya meletakkan Malaysia di kalangan 10 negara paling korup!

    Wasalam Tun.

  17. Karl @ www.karl-iskandar.ml Jun 23,2016 11:08 PM

    Aslm.

    Di dalam masyarakat Melayu, perkataan ‘Rasuah’ akan sering dikaitkan dengan ‘Makan’. Orang yang terima rasuah, akan digambarkan sebagai seorang yang ‘Makan Rasuah’.

    Orang Melayu-Islam yang tulen dan baik, sangat menjaga apa yang mereka makan kerana percaya apa yang dimakan menjadi darah-daging. Orang mukmin seperti itu, sekarang ini tidak lagi trending dan semakin pupus. Wallahu’alam.

    Satu sebab utama kenapa orang Melayu tidak makan daging babi ialah kerana ia diharamkan oleh agama dan dianggap daging kotor dan menjijikkan. Namun, kita lihat ramai orang Melayu yang makan rasuah, walaupun Islam mengesahkan ianya jijik, kotor dan turut mengharamkannya.

    Soalnya, adakah kerana mereka terlalu ‘lapar’ sehingga di tahap ‘darurat’ sampai sanggup makan barang yang diharamkan hukum syarak. Atau, kerana berperangai rakus serta berbelanja di luar kemampuan gaji dan income sehingga tak mampu melunaskan hutang keliling pinggang. Hidup suka berfoya-foya, membazir dan hedonistik.

    Walau apapun sebab dan alasan yang diberikan, rasuah masih tetap suatu kategori moral yang melambangkan kebusukan dan reput. Seperti orang yang makan daging busuk dan reput. Apanama…’bangkai bernyawa’, ada tubuh tapi tiada ruh.

    Persepsi ini adalah tepat, tetapi realiti amalannya telah membawa kepada keuntungan material yang sangat lumayan bagi pemakan rasuah. Ramai yang jadi mahajutawan atau billionaire melalui aktiviti bersangkutan dengan rasuah.

    Di zaman sekarang aktiviti rasuah diperindahkan lagi dengan terma “KOMISEN” dan “DEPOSIT” atau wang jaminan.

    Petugas kerajaan atau pihak yang diberi kuasa untuk meluluskan sesuatu tender atau projek akan didekati oleh orang bisnes untuk mendapat jaminan. Orang bisnes, terutamanya usahawan Cina yang mengamal “budaya wang”, lazimnya ada peruntukan atau bajet untuk “ENTERTAINMENT” atau keraian. Sudah tentunya, di dalam suatu suasana majlis yang eksklusif, riang dan ria, adalah lebih mudah untuk mendapat jaminan melalui ikatan persahabatan.

    Ianya disebut “CRONYISM” – satu bentuk rasuah yang diaktifkan dan mula berleluasa sejak zaman pemerintahan Tun lagi, berlanjutan sehinggalah ke hari ini.

    Banyak projek mega kerajaan seperti KLCC, KLIA, Litar Sepang, PKFZ, Proton, Petronas, Lebuhraya dan yang melibatkan GLC, mungkin hampir semua, yang telah dibangunkan melalui rasuah kronisme, yakni suatu bentuk rasuah yang tersembunyi dan dilegitkan. Walaupun bergelumang rasuah, projek-projek pembangunan tersebut tetap memberi menafaat kepada rakyat.

    Parodi-nya ialah, adakah baik sekiranya rakyat turut menikmati kemakmuran dari hasil RASUAH KRONISME yang sudah puluhan tahun berlaku di depan mata?

    Terima kasih Tun.

    http://www.karl-iskandar.ml

  18. m padil Jun 23,2016 10:26 PM

    Sesungguhnya orang yang memberi (rasuah) dan orang yang menerima… kedua duanya akan di sumbat ke dalam api neraka…. persoalannya kenapa mereka masih mahu mempertahankan org yg akan disumbat ke dalam api neraka ini…?

  19. papan_keyboard Jun 23,2016 9:43 PM

    Salam tun,
    Perenggan nombor 6 dan 7 memang tepat sekali!

  20. Fariq Islam Jun 23,2016 9:21 PM

    Assalamualaikum, Tun.

    In the past eras, Malaysia was famous as a modern, moderate Islamic nation much respected and emulated by others.

    Rakyat can’t accept the fact that our beloved nation has been made so notorious as one of the most corrupt nations!

    Most oil-producing nations are rich, and we are one of the rare/ few that has borne billion debts.

    We pray for Allah to punish the culprits.

  21. Fariq Islam Jun 23,2016 8:53 PM

    Assalamualaikum, Tun.

    Ajaran Islam menegaskan yang jahat ada balasannya.

    Penjenayah-penjenayah rasuah yang ditangkap dan disabit kesalahan haruslah dihukum berat. Yang terbabit, tapi tak ditangkap pula, akan dihukum di akhirat nanti.

    Kita berdoa agar Allah memberi hukuman yang setimpal ke atas penjenayah-penjenayah rasuah. Penjenayah-penjenayah rasuah akan ditimpa nasib malang.

  22. WandyCaswady Jun 23,2016 8:48 PM

    Maybe one day… North Korea are the one who will destroy the wall by missiles… Wall that was built by Alexander the Great / Dzulkarnain…. Maybe… Maybe…

  23. WandyCaswady Jun 23,2016 8:34 PM

    Assalamuaalaikum semua abang2 dan kakak2 semua…

    Mcm mana nak jadi orang FELDA? Saya orang sarawak… Sy pun Malaysian jugak…

    Aiman pun nak jugak…

  24. abdamat Jun 23,2016 7:57 PM

    Assalamualaikum YBhg. Tun dan Rakyat Malaysia..

    Kita orang-orang yang ikhlas akan tetap terus berjuang untuk bangsa Agama dan negara ini..

    Yang ikhlas akan tetap ingat dan memahami antara ayat-ayat dalam surah Al Fatihah yang bermaksud “Tunjukkan kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang terdahulu yang telah engkau beri nikmat, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat”..

    Orang-orang yang terdahulu boleh difahami sebagai para Nabi-nabi dan para Rasul, Anbiaya dan Auliya, Wali-wali Allah, bapa-bapa dan Ibu-ibu yang ikhlas dan baik, serta pemimpin-pemimpin yang ternyata terbukti memimpin melalui teladan dan membawa kebaikan memajukan negara tercinta ini..

    Najis dan konco-konconya nyata sesat dan dimurkai..

    Dia dan konco-konconya akan dikalahkan dan dibawa ke muka pengadilan baik di dunia dan di akhirat..

    Kepimpimpinan Tun dan Kabinet Tun dahulu akan tetap dikenang selamanya dan dicontohi Insyaallah oleh orang-orang yang ikhlas yang akan mengambil alih kepimpinan negara, dari masa ke masa, hingga ke akhirnya..

    Insyaallah..

    Sekian Tun, perjuangan yang belum selesai akan tetap diteruskan, selagi hayat dikandung badan..

    Assalamualaikum Tun..

  25. Sri Sense Jun 23,2016 7:10 PM

    Salam Tun

    I ada terbaca berita yang Najib offer orang felda duit raya 500 rgt.

    Dalam teks ucapan kata 300 rgt tapi Najib dengan rela hati tambah 200 rgt lagi. My first impression something is not right, here. Something is quite wrong, here. LOL 🙂

Leave a Reply