TOTAL VISITORS FROM 2008:

SAYA ORANG BAIK – JAMAL 25

1. Jamal, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar mendakwa mengaku yang dianya menerima berpuluh ribu ringgit dari rakan-rakannya (baca di sini).

2. Mengikut undang-undang Malaysia, tiap wang yang diterima oleh seseorang ialah pendapatan (income).

3. Pendapatan seseorang dengan apa cara atau sebab, perlu dilapor kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri supaya cukai dibayar keatasnya. Demikian juga jika wang diterima dibelanja dengan apa cara sekalipun, laporan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri perlu dibuat.

4. Derma yang tidak dikena cukai ialah derma kepada badan-badan kebajikan yang telah dilulus oleh Kementerian Kewangan bebas dari bayaran cukai. Namun borang cukai mesti diisi supaya Lembaga Hasil Dalam Negeri termaklum akan penderma yang Lembaga akan kecualikan dari cukai ke atas jumlah yang diderma. Jika tidak dapat dikecuali dari cukai pendapatan, penderma dan penerima perlu sebut dalam borang income tax akan jumlah supaya cukai dibayar ke atas jumlah derma.

5. Soalnya, apakah Lembaga Hasil Dalam Negeri diberi laporan oleh orang baik akan jumlah pemberian oleh rakan-rakan orang ini.

6. Apakah Lembaga Hasil Dalam Negeri telah secara rasmi, mengecualikan pemberian kepada orang baik dari bayaran cukai.

7. Apakah penerima RM1000.00 dari orang baik ini melapor kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri akan penerimaannya. Apakah ia membayar cukai pendapatan atau tidak.

8. Sesungguhnya banyak soalan perlu dibuat terhadap orang baik ini. Taksiran kasar saya menunjuk berpuluh ribu ringgit perlu dibayar oleh mereka yang memberi kepada orang baik, berpuluh ribu ringgit lagi oleh orang baik, dan beribu lagi oleh penerima yang menerima dari orang baik.

9. Janganlah hendaknya OSA diguna untuk sembunyi jenayah kerana yang melakukannya ialah orang yang baik.

10. Jika benar baik isilah borang penerimaan dan pemberian dalam borang Lembaga Hasil Dalam Negeri dan bayarlah cukai yang ditaksir.

25 thoughts on “SAYA ORANG BAIK – JAMAL

  1. Bravo20 Oct 10,2016 3:17 PM

    Assalamualaikum…

    Saya orang baik bernama Dato Jamal .Disebabkan kebaikan beliau Bangunan Sentrum di Taman Setiawangsa milik MARA menjadi tak keruan dan peniaga peniaga di bangunan tersebut di paksa untuk menyewa dengan harga yang tinggi . Pernah di satu ketika sewaktu dalam bulan puasa peniaga juadah pasar Ramadhan terpaksa berniaga di kawasan tersebut dengan dikenakan sewa yang melampau tinggi . Ini lah tanda kebaikan beliau pada peniaga , MARA dan orang setempat . Satu insiden beliau bertumbuk dengan panarik kereta yang membuat kerja untuk menarik LORI milik beliau yang sudah terlalu lama tidak dibayar ansuran nya pada pihak Bank dihadapan Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Setiawangsa . Ini juga tanda kebaikan nya dia . Pernah permohonan pinjaman Bank beliau di tolak oleh pihak Bank dengan angkuh beliau melemparkan kata kata kesat pada pegawai Bank yang beragama Islam dengan penuh angkuh dan haloba . Ini juga kebaikan seorang bernama Dato Jamal . Baru baru ini dengan berani nya menulis di laman FB untuk mencetus kan ketegangan antara kaum sambil mengungkit tentang peristiwa 13 Mei ..ini juga kebaikan beliau pada orang Islam dan bangsa melayu di Malaysia. Maka atas kebaikan ini ada baiknya pihak berkuasa mengambil tindakan yang keras terhadap beliau agar menjadi tauladan pada semua yang mengaku baik seperti beliau . Baik adalah sesuatu yang terlalu sulit dan berat untuk diperkatakan di khalayak ramai ..siapa kita untuk mengaku bahawasanya kita SEORANG YANG BAIK !!! KITA TIDAK AKAN LARI DARIPADA BERBUAT SALAH DAN KITA BUKANNYA ADA SIFAT MAKSUM MELAINKAN BAGINDA RASULULLAH S.A.W.

    WASSALAM

  2. Umar Azhar El-Hassan Sep 27,2016 4:03 PM

    Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah anggap dirinya kedekut, kejam, jahat & semua yang buruk dalam suasana kelakar di sambut tawa penonton.Padahal itu akuan tidak betul pada diri beliau. Saya sendiri anggap jasanya banyak termasuk yang kita tahu dan tidak tahu (rahsia). Ini ngaku ‘saya orang baik’, saya pun pernah ngaku saya baik tapi rasa geli dan tipu. Baik terus buat baik tapi tidak perlu anggap diri sudah baik sudah.

  3. sibotak Sep 6,2016 2:34 PM

    Semestinya bila Anuar keluar
    Ia akan membinggungkan Malaysia

    Anuar is a Fierce Fighter , a Fierce Tiger
    Tun is a Smiling Tiger in Control

    Looking forward for these 2 Tiger to Growl & Roar
    To Safe Malaysia

  4. sibotak Sep 6,2016 2:18 PM

    Tun was ask by Nyonya Kepo Reporter
    As to nail Tun with their purpose

    Is Anuar suitable to be Prime Minister ?
    Tun answer a smart answer ……. It’s too soon

    Its indeed too soon
    Too Stupid a question as one can also see her purpose
    Tun just visit Anuar as both have the same purpose

    Simply
    Tun, Sorry
    I like to answer to her question

    Well Nyonya reporter Anuar is certainly much better than Najib
    Much much better than Lim Kit Siang or Lim Guan Eng for her purpose
    Certainly a little less better than Tun Mahathir

    I hope that answer yr stupid question with hidden agendas

  5. Average Joe Sep 6,2016 2:08 PM

    Salam Tun,

    It is sad when one such as this man, openly and without fear, broadcast to everyone this despicable act of clear money politics. I know it was always practiced before(I am not condoning it to be done in secret, merely to compare) but to see it come to this, done unashamed? Allah forgive my sins.

    More unfortunate because of a previous precedent involving ‘donations’, the same illogical reason is given here again.

    At a time when the people of Malaysia are struggling, these people laugh as they fill their coffers. And it was originally supposed to be a Dubai trip for each of them? And another person said if he was the one giving, he’d have given RM2k! Masha Allah.

    Tun, I read and saw your gesture towards Datuk Seri Anwar Ibrahim. I am unsure of what to feel. On one hand I feel you have done this out of necessity, on the other it seems to be a slap to the face.

    Even so Tun, I trust you to find the best way for us. My heart however feels heavy. Please give us some enlightenment on you engaging Datuk Series Anwar in such a manner. In any case I have faith in you Tun, hopefully BERSATU will be approved soon. I am sure GE14 is around the corner and am ready to fight with you. At least on the ground the battle lines are clearer. I leave the higher strategies to ones more able than me to decide.

    Thank you Tun, May Allah Bless you with Good Health, Protect you and your family and the people of Malaysia. I pray also Allah guide us and show us the way in this dark times.

  6. milshah Sep 6,2016 1:40 PM

    Assalamualaikum Tun,

    If only you were still the Prime Minister, then they will know “rendah tingginya langit”. Most of them were your former cabinet ministers, parlimentrians, supreme council members. Even Najib owe his Prime Ministership due to you. And what do they do to repay you? By going against you, even though what you say is the truth and for the good of the nation.

    P/S: I wish to clarify my earlier statement that Sultan Johor said Bangsa Johor was introduced in 1929. The correct year was 1920. The error is much regretted.

  7. faridina Sep 6,2016 1:29 PM

    Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    ●●●NEXT CHANGE●●●

    ▶▶▶TUN DR SITI HASMAH BERPELUKKAN DENGAN
    DATIN SERI DR WAN AZIZAH◀◀◀

    Bila Tun Bersalaman Erat Dengan DSAI – Rakyat Sebak tapi Najib dan kuncu2nya tersedak dedak!

    Sekarang kami nantikan saat dan ketikanya apabila ♀♡ ♀
    Tun Siti Hasmah berpelukkan dengan Datin Seri Azizah ▶ Satu Malaya Teriak ! (Tangisan Gembira) tapi yang pasti Rosmah bakal menangis berguling-guling ketakutan!

    Satu Malaya sedang memperkatakan tentang titik pertemuan bersejarah antara ayahanda Tun dan DSAI semalam setelah 18 tahun berlalu.

    Bagi kami rakyat marhaen yang dahagakan pembelaan ini adalah satu langkah bijak lagi mulia yang diambil Tun bak kata orang “Apa salahnya kita undur setapak untuk maju beberapa tapak ke hadapan”.

    Dan apabila gambar bonda Tun Siti dan Wan Azizah berpelukkan sambil masing2 menangis kehibaan menjadi viral satu Malaya kelak maka ini adalah penamatnya – Game Over untuk Rosmah Rembau.

    Dulu kami mengaku membenci DSAI (rujuklah tulisan kami terdahulu) tetapi sekarang apabila kemelut kezaliman rejim Najib UMNO BN tidak dapat dibendung lagi dan apabila nasib anak cucu kami sudah dipertaruhkan maka seribu Anwar lebih baik dari seekor Najib!

    Baru2 ini kami menjadi wakil pertunangan pihak lelaki dan penutup pantun kami menjadi hint kecenderungan kami.

    Daun Serai Daun Selom Daun Selasih,
    Sudah Selesai Berbillion Terima Kasih.

    Tamat majlis secara peribadi wakil pihak perempuan bertanya apa pandangan kami tentang Anwar jika dibandingkan Najib?

    Jawapan kami mudah seburuk2 Anwar itu adalah antara dia dengan Allah tetapi hubungannya sesama manusia cukup baik sekali. Latarbelakang Anwar adalah sebagai pemimpin pelajar dan networking adalah amat penting baginya. Najib naik kerana perginya Tun Razak maka dia langsung tiada asas perjuangan tiada networking cuma pengalaman mengejar perempuan di kota London untuk kepuasan peribadi.

    Anwar dapat kek dia akan syer dengan kekawannya yang ramai manakala Najib dapat kek dia akan bedal dengan isteri tercinta dan anak2 dan anak2 angkat terutama yang gemuk comel2 seekor tu.

    Melalui parti PKR beribu Anwar telah dapat dilahirkan dan secara peribadi kami suka ketelusan mereka dan ketajaman minda orang muda macam Rafizi yang terawal dapat menghidu dan membongkar skandal 1MDB sejak 2010 lagi.

    Salleh Keruk2 beruk cakap langkah Tun langkah orang terdesak dan BERSATU hendak tumpang pengaruh PKR tapi kata kami Encek Leh ini sebenarnya langkah untuk rakyat yang dah desperate sangat dengan rejim BN dan kalau En Leh budak science stream dulu mungkin tahu istilah biologi iaitu “symbiosis” (simbiosis) tak tahu pi lah tanya cikgu girl ya!

    Tun M perlukan Anwar dan Anwar perlukan Tun M untuk jatuhkan bukan sahaja Najib tapi Barisan Nasional!

    Najib tiada di Malaysia untuk mendengar dengupan jantung rakyat tatkala Tun M dan Anwar bersalaman timpa tangan namun kita akan pastikan Najib dan Kak Mah berada di tanahair bila Tun Siti dan Wan Azizah berpelukkan sambil menangis kelak supaya Kak Mah tersentap hendaknya.

    Maka kami menyeru dan merayu pakar2 serta strategis BERSATU dan PKR supaya duduk semeja untuk set kan pertemuan bersejarah antara kedua2 serikandi ini agar dapat memberi impak yang memberi manfaat kepada rakyat jelata akhirnya.

    Pucuk dicita ulam mendatang!

    BERSATU BERJAYA..
    RAKYAT TERPELIHARA..
    BERSATU BERJAYA..
    RAKYAT SEJAHTERA..

    Berbillion terima kasih ayahanda rakyat.

    Wasalam Tun.

    p/s – Teringin nak sembahyang Jumaat kat Masjid Negara sebab dak faridina teringin berjumpa dengan orang kampung Mat Karat mungkin lepas tu boleh kita sama2 pergi cak kun cak dekat Dataran Merdeka macam para menteri lahabau dan AG (Apandi Gagap). Ingat ya kalau jumpa ulau kita pukul tahi2 kerbau ni dulu ok 🙂 .

  8. novo Sep 6,2016 11:46 AM

    Salam Tun,

    1. Bagi saya, Jamal ini menunjukkan bertapa orang muda dapat membeli orang tua.
    2.Kes ini hanya berlaku dalam UMNO dedak sahaja. Ahli-ahli UMNO walaupun tua tapi masih lagi boleh di dedak kan oleh ahli yang lebih muda dengan syarat dedak sentiasa ada dalam stok.
    3.Tahap penerima dedak ini samalah seperti itik yang menyudu-yudu dan amat jijik kelihatannya.
    4.Ini lah contoh dari Najib yang di ambil iktibarnya oleh Jamal.

    5.Peguam Negara telah merendahkan mertabatnya dengan menjadi Peguam Negara Kaki Joget pula.
    6.Tidak kira tempat asyik nok joget tapi dengan syarat muzik mestilah cantik seperti kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

    Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar APALAH BODOH NYA ANDA INI.

    7.Kalau lah hanya bab muzik cantik kamu dengan spontan berjoget. Adakah tidak timbul nya rasa kelakuan itu boleh mengundang fitnah.
    8.Sah lah kamu Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar jika pergi ke disko lounge atau bar yang ada muzik cantik pasti akan tergoda dan dengan spontan menari terkinja-kinja.
    9. Walau pun pangkat datuk kepada cucu, akibat muzik cantik persetankan apa yang cucu awak akan kata. Maka datuk pun terkinja-kinja menari bagai beruk tua seperti di lihat oleh cucu.
    10. Bab bercakap bodoh pun anda apa kurang hebatnya.

    11. Jika boleh di samakan perkataan anda “Perempuan Cantik, kami pun keras anunya.”

    12. Bukan kah begitu Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar?

    13. Maka kami pun sepontan merogolnya beramai-ramai.

    14. Itulah intipati jawapan bodoh anda tu. Amat memalukan keluarnya dari mulut orang tua.

    15.Tapi saya nak kata apa, walaupun anda orang tua tapi ilmu tidak ada pada hati dan otak anda.

    16. Bodoh tak bertempat dan berjoget kaki lima tahap anda.

    17. Lebih hina lagi anda dimata saya apabila anda melakukan kesilapan tetapi berusaha keras pula untuk mempertahankan kesilapan itu.

    Sekian untuk renungan Datuk Bercucu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar

    Wassalam Tun

  9. amd trmz Sep 6,2016 10:40 AM

    GST

    Sejak april 2015 hingga sekarang (dah setahun lebih)

    APA YANG ANDA DAPAT?

    1.Biasiswa anak anda tiada atau dibekukan ?

    2.PTPTN bagi tak sampai 100% pinjaman ?

    3.Pejawat awam, bayar caruman pencen sendiri ?

    4.Hilangnya keistimewaan pinjaman perumahan penjawat awam ?

    5.Suku tahun ketiga harga barang makin menaik, wang susut nilai ?

    6.Hutang negara bertambah melepasi paras siling ?

    7.Sambut merdeka tema yang sama, nejib dah takde duit ?

    KEMANA DUIT GST! KEMANA DUIT GST! KEMANA DUIT GST!

    NEJIB MEMBUKTIKAN DIA BERBOHONG LAGI,KONONNYA GST DIKEMBALIKAN PADA RAKYAT!

    KEMBALIKAN DUIT GST PADA RAKYAT.

    NEJIB BERHUTANG 1MDB, RAKYAT YANG BAYAR!

  10. Hajar Sep 6,2016 9:47 AM

    Salam YAB dan Yang Amat DiKasihi Tun,

    Inilah lumrah manusia di dunia. Sentiasa mengaku diri sendiri BAIK. Saya bagi contoh di bawah:

    PENYOKONG BERSIH. (BAJU KUNING)
    – Kami orang baik.
    – Pendemo2 jalanan baju merah tidak baik (jahat).

    PENYOKONG BAJU MERAH
    – Kami orang baik.
    – Pendemo2 jalanan baju kuning tidak baik (jahat).

    Pada pandangan saya, kedua-dua kumpulan pun tidak baik.

    Tapi, malangnya perbuatan ‘tidak baik’ yang sama (berdemonstrasi di jalanan) dikatakan BAIK cuma bilamana ianya melibatkan ‘gang’ sendiri. Alahai… 🙁

    Sama juga dengan isu rasuah dan salah laku lain. Jika ‘gang’ sendiri terlibat dengan rasuah atau lain2 salah laku, peguam2 TERBAIK (ramai) akan dilantik untuk mempertahankan perbuatan2 salah laku tersebut. Alahai…:( Memang b*ngung / b*ngong… lagi pelik, ramai pula penyokong2nya (orang baik2?).

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  11. Daniel Noor Sep 6,2016 7:26 AM

    Salam Tun,

    KP LHDN skrg bersikap laen dari KP2 waktu zaman Tun. Dia cari jalan yg senang aja.

    Bagi rakyat biasa yg mengalami masaalah pembayaran atau hanya dapat membayar secara minimal dia guna kan SOP..heret ke mahkamah..di larang ke luar negeri atau di bankrupkan. Dia tidak mahu bikin evaluasi ‘ on a case to case basis ‘. Dia masukkan semua dalam satu bakul dan cop ‘ Pesalah ‘

    Tp bg org politik terutama yg dekat dgn Najis di beri layanan istimewa..mungkin dia ‘ write off ‘ cukai pendptn tersebut.

    KP ini pintar. Dia tidak mahu pening2 kepala. Skrg aja sudah di kurniakan pelbagai gelaran dari Dato..ke Dato Wira..ke Tan Sri dan mungkin tak lama lg di beri gelaran ‘ Pahlawan ‘..sama level dgn Najisss.

  12. sibotak Sep 6,2016 7:21 AM

    Saya tersentuh video clips dari club chedet lagu
    Terima Kaseh dari kami Perdana Menteri

    Tun , You are the Great
    Tun , Wira Malaysia Sejati dalam sejarah Malaysia
    This Humbly is from the bottom of my Heart

    Latest news !
    World DOJ today revealed
    Tun Mahathir Mohamed is The Official No 1
    He is the Greatest Prime Minister of Malaysia
    Much Superior than Tun Razak

    World DOJ also revealed today
    Najib is also The Official No 1
    The most Hatred , Despised , Un Trust worthy , Useless
    Prime Minister in Malaysia History
    The not proud son of Tun Razak

  13. joetachi Sep 6,2016 6:19 AM

    Saya tarak jahat…
    dulu kutu, skarang suda ada pangkat..

    saya orang baeekkkk….!
    Skarang dato’ bukan encek..
    Sana Sini tarak lokek…
    Sorang seribu masuk kocek..

    saya mau pigi Dubai…
    Uppssss…nnti pokai….
    saya bagi
    sribu, cukup la pakai…!

    apa yg ditabur jamal yunos…?
    Pandang yg kabur, hidup berhingos

    Selsema burong, Selsema babi…
    Kt mana untong…?
    LuPikir la sendri….!

    slamat pagi….
    ooiinkkk…oooinnkkkk…
    #cawangsekandang
    ….****????

  14. faridina Sep 6,2016 2:23 AM

    Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    Sesungguhnya Tun kini amat memahami betapa pentingnya Income Tax itu bagi mengelak gejala2 politik wang yang kini amat sukar dibendung memandangkan ketua klepet negara mendokonginya dan juga telah menjadi sumber inspirasi anak2 buah kejadahnya.

    Suka kami ingatkan zaman Tun dahulu JHDN di bawah Raja Aziz dan sidekick berbisanya Dato Hassan Ibrahim cukup digeruni dengan tiada memberi muka pada orang2 politik kerana PM masa itu cukup bersih, cekap dan amanah sekali.

    Hari ini dunia dah terbalik LHDN dijadikan senjata politik ketua klepet negara untuk menganiaya orang2 yang menentangnya termasuklah kawan2 Tun, Khairuddin Abu Hassan dan kawan seblog kami bro Daniel Noor 🙂 .

    Tak tahu mengapa Menteri Kewangan hari ini melalui LHDN jaga betul kepentingan Pee M dia hari ini melalui LHDN dengan memberi immuniti pada kuncu2 dan barua2nya yang kini mempraktik budaya politik wang derma sehebat Raja Klepet.

    Jangan kata orang Pekan sahaja beruntung berketua bahagiankan seorang PM, FM dan billioner 1MDB tapi orang Sg. Besar pun apa kurang dapat KB dari golongan orang baik2 yang tiada jawatan apa2pun dalam kerajaan tetapi boleh tabur duit RM200, RM300 hingga RM1,000 bagi setiap 646 perwakilan dalam mesyuarat bahagiannya tempoh hari disaksibangga Noh Udang dan Zahid Jawa Totok.

    Benar ayahanda Tun, orang baik2 semacam ni ramai dalam UMNO mereka bukan sahaja baik lagi dermawan tetapi yang pelik bin ajaib depa ni orang biasa2 sahaja namun punya derma sikit punya banyak dalam kes Jamal OKB mahu habis dekat sejuta ringgit juga.

    Oleh yang demikian bila Bersatu dan pakatannya dapat memerintah nanti marilah kita berazam memperkasakan LHDN dan mungkin lebih mudah jika orang2 politik termasuk wakil rakyat dan para lantikan politik terdiri dari PM, MB, KM dan para menteri dan exco TIDAK LAGI DIKECUALIKAN CUKAI PENDAPATAN dan derma ke pertubuhan politik mesti dikawalselia dan hanya peringkat parti pusat sahaja dibenar menerimanya. Syarikat swasta adalah dilarang memberi derma secara terus kepada bahagian. Peruntukkan semua datang dari pusat melalui akaun pertubuhan parti politik dan bukan dari akaun peribadi presidennya.

    Entah ada entah tidak si Jamal Tongkol ni fail income tax? Budak haprak ni yang pasti banyak simpan fail kutip derma dari orang perseorangan dan korporat keparat.

    Woi Jamal; kami kamu larang turun ke jalanraya tapi takpe kami akan turun pilihanraya dan masa tu kamu dalam bahaya.

    Wasalam Tun.

    p/s – Bestlah Tun, buang yang keruh ambil yang jernih, rakyat makin teguh bila Tun bersatu kembali dengan Anwar Ibrahim ▶★★★★★◀ .

  15. HouseWife Sep 6,2016 1:16 AM

    Assalamualaikum Tun,
    Honestly Tun, sometimes it gets so frustrated and tiresome that these kind of people can get away enjoying themselves with wealth from annoying sources. His friends could they be grudging givers? Doesn’t he stop to think his rich friends might have other monetary burdens or commitments in their businesses and families? Or maybe they are billionaires like their Big Boss, seribu tahun pun tak habis makan. All I get are negative vibes from this man, he has shamed the Malays.

    This ‘orang baik’ has been said too many a time. With his multi-thousand ringgit rigid attitude and arrogance, I doubt he’ll ever changed. He tends to say and do things without thinking of the consequences to the Malay race. They all have this same sickness, thoughtless and mindless.

    Sorry Tun, suddenly I’m running out of ink. This sad, despicable, stubborn person is not worth my ink. I really don’t know what’s going on inside…his inner behaviour. Maybe someday he’ll learn something good from you, Tun, if and when he’s 91!

    May Allah Bless you Tun. May Allah Protect you Always Tun. May Allah grant you great wealth in health, happiness and knowledge. Take extra care in your safety and Thank you Tun.

  16. Sri Sense Sep 6,2016 12:55 AM

    Salam Tun

    Baik? Ya ka? Kalau baik tak la demo sana sini dengan baju merah, kan, kan. 🙂

  17. rimba.emas Sep 6,2016 12:22 AM

    Salam Tun.

    1. Tun.., adakah lelaki ini salah seorang penganjur baju merah yang membela tuannya dengan mengadakan perhimpunan balas sama dengan penganjur bersih berbaju kuning ? .

    2. Patutlah caranya sama dengan PM dengan memberi wang kepada anak buahnya dalam jumlah yang banyak dan bila di tanyakan dari mana sumber kewangannya di jawab lebih kurang serupa adanya dari wang DERMA serta TABUNGAN yang tuan punya milik pasti di jelas bila rasa terdesak.

    3. Ya.,sama dengan PM tiada juga penjelasan sama ada wang ini telah di ambil kira atau di beritahu kepada Jabatan Hasil Negara kerana jumlahnya bukan sedikit tetapi wangnya besar serta melibatkan beberapa individu dan badan korperat.

    4. Wal hal pihak rakyat tidak kira miskin atau kaya tiada pilihan dalam cukai GST. Soal GST adalah salah satu yang di persoalkan pihak berbaju kuning dalam bersih.

    5. Kenapa adanya pilih bulu dalam mengutip cukai. Di mana pihak berkuasa yang sepatutnya mendakwa orang yang tidak membayar cukai.

    6. Rimba Emas mula terfikir akan kenyataan Tun ada 4 orang Tan Sri yang sepatutnya mendakwa pesalah , tetapi ada seorang telah belot menyebabkan keadilan tidak dapat di tegakkan demi akhlak dan agama rakyat Malaysia.

    7. Apa yang kita lakukan di bumi Malaysia akan menjadi bekalan yang akan kita bawa bila tiba hari di mana kita sesama manusia tidak berdaya menolong antara satu sama lain lagi dan akan menerima hukuman setimpal dengan apa yang telah di lakukannya.

    Wallahua’lam

  18. sibotak Sep 5,2016 11:33 PM

    Baik ? Baik…….Baik ada Makna tU ?

    Kalau seseorang mengaku diri sendiri rendah diri
    Sebanarnya itu orang bukanlah manusia yg rendah diri malah megah diri
    Begitu juga jika seseorang megaku diri beliau baik
    Lebih jelas orang itu Besar punya Penipu Harami

    Macam Pencuri jugalah
    Mana ada pencuri nak mengaku mencuri
    Contoh Najib dah ada bukti duit masuk account beliau
    Tiba tiba derma Arab Dugul dari mana pula ?

    Ini lazim pengakuan si Pencuri
    Jika di tanya ?
    Eh Jib , kau ada curi duit eh ?
    Jawab nya …Sumpah Wallah Aku tak curi lah

    Jika kita tanya berserta bukti
    Jawab nya dengan nada yg sedih …..
    Ia akau amik tapi ini baru sekali sahaja sedangkan sudah berkali
    Cerita Sedih tambah lagi …..Aku terpaksa nak bayar yuran sekolah anak aku
    dah 3 hari keluarga aku tak makan
    Sedangkan mereka sekeluarga dah berjoli luar negeri ,boros sana sini , berjudi sebagainya .Ini memang kenyataan pengakuan orang yg mencuri

    Ialah kalau pencuri mengaku mencuri , penuh penjara satu Malaysia
    Betul tak Tuan AG? Ag pun sama dol…. dah !

    Patut Tuan Jamal dan Tuan Najib gunakan dialog P.Ramlee
    Oh ini duit Nenek aku kirim dari Hong Kong dah !
    Baru kita rakyat Malaysia bolih percaya

  19. adelheid Sep 5,2016 9:50 PM

    Dear Tun,

    Orang baik tidak akan mendabik dada mengaku dirinya orang baik. Orang baik terbukti dengan apa yang dilakukan olehnya. Orang baik mampu mengalahkan ego diri demi kesejahteraan untuk semua.

    Bravo Tun Dr. Mahathir kerana hari ini Tun telah pecahkan satu lagi barrier demi kesejahteraan semua.
    http://zamkata.blogspot.my/2016/09/mahathir-gemparkan-negara.html
    http://shahbudindotcom.blogspot.my/2016/09/bila-anwar-dan-tun-m-dah-bergabung.html
    Tun telah gerakkan satu lagi langkah mengubah paradigma. Hati seorang tua berumur 91 tahun ini bak kerdipan bintang yang tidak akan pernah hilang selamanya. Rakyat menghargai apa yang Tun buat hari ini. Tuhan melihat dan melimpahkan rahmat-Nya ke atas Tun.

    Forgiveness will set us free and will break us loose from all our paralysis. You have made that one step forward. I am proud of you dear Tun.

  20. musato Sep 5,2016 9:19 PM

    *sedikit tambahan.

    Melalui rencana agama Dr Zulkifli Al Bakri ketika itu, perkara tersebut dapat dijelaskan melalui surah An Nas dan Al Falaq.

  21. musato Sep 5,2016 9:11 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Saya Budak Baik – Kenapa Perlu Takut Pada Orang Tua Umur 92 Tahun?

    Kita tak perlu takut pada orang tua umur 92 tahun ini.

    Bila saya mengalami gejala gangguan jin semasa belajar di universiti, saya tidak tahu apa apa seperti layaknya bayi yang mengalami gejala demam. Hanya tahu menangis (fikiran berada di awang awangan).

    Peristiwa ini dimaklumkan permulaannya dengan adanya lintasan bayang bayang. Kemudian disertakan dengan terbitnya kata kata dari hati kecil “perkara ini akan berlaku dalam tempoh yang lama”.

    Dan amatlah benar. Ia mengambil masa lebih kurang 10 tahun untuk selesai. Itulah pengembaraan zaman belia saya. Walau tidak dihantar belajar ke Mekah, saya fikir tidak ada manusia selayaknya untuk mengajar saya tentang pengembaraan ini.

    Apabila berada dalam situasi yang tidak menentu, seperti komando yang dilatih, perancangan perlu diadakan, penyelesaian perlu dicari. Gejala perlu dikenalpasti.

    Lebih afdhal mencari sendiri dari menanyakan dari orang yang belum tentu betul kata katanya, fikir saya.

    Dalam keadaan mental dan fizikal yang terganggu termasuk dalam hal kerjaya dan kehidupan peribadi, saya perlu mencari.

    Alhamdulillah ketika baki 3/4 pengembaraan, rancangan Perangi Sihir ‘Pak Engku’ jelas memberikan tanda gejala gangguan jin.

    Dan apabila tiba kesempatan yang terbentang di depan mata, Ustaz Sharhan singgah di kampung saya untuk menjalankan kegiatan perubatan Islam beliau, saya tidak melepaskan peluang untuk menguji keadaan tubuh badan saya.

    Mengapa Ustaz Sharhan? Kerana dikhabarkan beliau berusaha belajar dari manusia yang paling ditakuti oleh kaum jin ketika itu (atau masih?). Guru ini berada di Mesir dan beliau berusaha mencarinya. Dikhabarkan dari 10 orang yang bersama, hanya 2 orang berjaya menyelesaikan pembelajaran tersebut termasuk beliau.

    Apabila ditemuduga, saya tidak meminta beliau mengubati saya, saya cuma meminta beliau ‘scan’. Kenapa cuma minta ‘scan’?

    Kerana saya yakin saya telah sembuh tanpa berubat dengan sesiapa melainkan dengan semangat saya sendiri.

    Rupa rupanya saya tersilap. ‘Scan’ tersebut dijalankan dalam kumpulan besar. Kira kira 40 orang dalam satu bilik. Sedikit kecewa rasanya.

    Namun, kerana keizinanNya yang bermula dari niat langkah pertama kaki ke sana, orang kanan beliau ‘scan’ saya secara individu (kerana saya kelihatan mengantuk).

    Kalau tidak silap saya, rasa mengantuk adalah tanda tanda kehadiran jin berdekatan (walaupun saya fikir saya mengantuk sebab dah jam 12 malam) – sebenarnya orang dibelakang saya menangis teresak esak sambil berkata “aku mahu bunuh dia” – maksudnya gadis tersebut.

    Alhamdulillah niat saya telah dimakbulkan Allah swt iaitu untuk menguji keadaan tubuh badan saya samada telah bebas dari gangguan jin tanpa berubat dengan sesiapa.

    Sesungguhnya Allah swt mengadakan ujian ujian kepada manusia untuk mengukuhkan keyakinan dalam diri hambaNya.

    Dalam mencari keyakinan juga, perkataan tawasul juga terdapat dalam hal berkaitan tasawuf seperti yang terdapat dalam ruangan agama Utusan rencana oleh Syeikh Yayasan Sofa ketika itu.

    Maka berkatalah saya dalam hati ketika semua hal di atas belum saya ketahui “Ya Allah, tunjukkanlah aku manusia di muka bumi ini yang boleh aku ikuti dan lihat kerana adalah mustahil untuk aku mengikut Rasulullah saw secara nyata kerana baginda telah wafat”.

    Dan tanpa saya duga, manusia iyang ditunjukkan kepada saya adalah dari Malaysia. Beliau adalah Tun Mahathir bin Mohamad. Perdana Menteri ke 4 Malaysia.

    Betul, kita tidak perlu takut pada manusia orang tua ini yang berumur 92 tahun sekarang.

    Apakah kata kata saya tidak benar? Seperti yang telah dimaklumkan oleh salah satu hadith Qudsi, wali Allah itu tidak bersedih.

    Berjaya kita gembira. Gagal pun kita gembira. Seperti cerita Nabi Ibrahim a.s menanyakan apakah seorang kekasih mahu mengambil nyawa kekasihnya?

    Maka berkatalah Allah swt, apakah seorang kekasih tidak mahu berjumpa dengan kekasihnya?

    Terima kasih Tun.

  22. WandyCaswady Sep 5,2016 9:10 PM

    ﺇِﻥَّ ٱﻟَّﺬِﻳﻦَ ﻛَﻔَﺮُﻭا۟ ﺑِـَٔﺎﻳَٰﺘِﻨَﺎ ﺳَﻮْﻑَ ﻧُﺼْﻠِﻴﻬِﻢْ ﻧَﺎﺭًا ﻛُﻠَّﻤَﺎ ﻧَﻀِﺠَﺖْ ﺟُﻠُﻮﺩُﻫُﻢ ﺑَﺪَّﻟْﻨَٰﻬُﻢْ ﺟُﻠُﻮﺩًا ﻏَﻴْﺮَﻫَﺎ ﻟِﻴَﺬُﻭﻗُﻮا۟ ٱﻟْﻌَﺬَاﺏَ ۗ ﺇِﻥَّ ٱﻟﻠَّﻪَ ﻛَﺎﻥَ ﻋَﺰِﻳﺰًا ﺣَﻜِﻴﻤًﺎ

    Indeed, those who disbelieve in Our verses – We will drive them into a Fire. Every time their skins are roasted through We will replace them with other skins so they may taste the punishment. Indeed, Allah is ever Exalted in Might and Wise.

    ﻭَٱﻟَّﺬِﻳﻦَ ءَاﻣَﻨُﻮا۟ ﻭَﻋَﻤِﻠُﻮا۟ ٱﻟﺼَّٰﻠِﺤَٰﺖِ ﺳَﻨُﺪْﺧِﻠُﻬُﻢْ ﺟَﻨَّٰﺖٍ ﺗَﺠْﺮِﻯ ﻣِﻦ ﺗَﺤْﺘِﻬَﺎ ٱﻷَْﻧْﻬَٰﺮُ ﺧَٰﻠِﺪِﻳﻦَ ﻓِﻴﻬَﺎٓ ﺃَﺑَﺪًا ۖ ﻟَّﻬُﻢْ ﻓِﻴﻬَﺎٓ ﺃَﺯْﻭَٰﺝٌ ﻣُّﻄَﻬَّﺮَﺓٌ ۖ ﻭَﻧُﺪْﺧِﻠُﻬُﻢْ ﻇِﻼًّ ﻇَﻠِﻴﻼً

    But those who believe and do righteous deeds – We will admit them to gardens beneath which rivers flow, wherein they abide forever. For them therein are purified spouses, and We will admit them to deepening shade.

  23. Karl @ www.karl-iskandar.ml Sep 5,2016 8:09 PM

    Jamal cuma mainkan watak dalam wayang politik.

    Sama jugalah macam perempuan SR tu.

    You pay, they play.

  24. Daniel Noor Sep 5,2016 6:31 PM

    Salam Tun

    Bapak Jamal yg bernama Najis akan settle isu itu dgn LHDN.

    Malah ramai anak2 Najis di selamtkan seperti Ketua Bhgn UMNO Kepong, Sharizat,dll

Leave a Reply