TOTAL VISITORS FROM 2008:

MEMPERTAHANKAN NAJIB 34

1. Saya percaya semua rakyat Malaysia tahu dan sedar bahawa keadaan dalam Negara amat tidak baik.

2. Khususnya mereka tentu tahu bahawa Perdana Menteri telah dituduh melesapkan beribu juta Ringgit duit Kerajaan (rakyat). Berita ini tidak boleh dilapor dalam media Malaysia tetapi melalui media sosial hampir semua rakyat dapat ikuti perkembangan.

3. Sekarang bukan sahaja media asing melapor berkenaan lebih 3.5 bilion Dolar Amerika sudah dilesapkan oleh Najib, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat juga mengeluarkan laporan rasmi bahawa “Malaysian Official 1” (yang diakui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Rahman Dahlan ialah Dato Sri Najib) terlibat dalam melesapkan wang 1MDB sebanyak lebih dari 3.5 bilion Dolar Amerika.

4. Jika semua laporan media dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat tidak benar, kenapakah tidak ada sama sekali sebarang usaha oleh Najib membuat saman malu terhadap mereka.

5. Rakyat Malaysia tahu. Sudah tentu para intelek Malaysia tahu. Sudah tentu wakil rakyat dan pemimpin-pemimpin bahagian parti Kerajaan tahu akan kebenaran tuduhan terhadap Najib.

6. Tetapi apabila diadakan kritik atau tindakan untuk memulih Negara bertuah ini kebanyakan dari mereka yang tahu kerosakan yang dilakukan oleh Dato Sri Najib, membisu, tidak sanggup membuat apa-apa, tidak sanggup pun untuk menyokong usaha yang sedang dibuat bagi memulih keadaan.

7. Sebaliknya ada yang cuba mempertahankan Najib kerana kononnya semasa saya jadi Perdana Menteri, saya juga buat perkara yang sama. Oleh itu saya tidak berhak mengkritik, jauh sekali dari menjatuhkan Najib.

8. Saya ingin tanya bilakah semasa saya jadi Perdana Menteri saya dituduh di dalam dan di luar negeri yang saya curi duit Kerajaan (duit rakyat) berbilion Ringgit.

9. Saya biasa dituduh juga sebagai perasuah, korup, mempunyai kroni dan lain-lain. Semasa saya Perdana Menteri saya anggap sebagai orang politik tuduhan ini adalah perkara biasa.

10. Tetapi hakikatnya tuduhan seperti yang dilempar kepada Najib tidak pernah dilempar kepada saya semasa saya jadi Perdana Menteri. Bahkan selepas saya letak jawatan usaha selidik terhadap salahlaku oleh saya yang dibuat oleh kepimpinan yang menyusuli tidak berjaya mengenal pasti salahlaku saya berkenaan pengurusan kewangan Negara. Jika ada saya yakin sudah lama saya diheret ke mahkamah.

11. Sebenarnya saya menolak hadiah tanah di Putrajaya di waktu saya letak jawatan. Hadiah-hadiah lain juga saya serah kepada Kerajaan termasuk 24 biji kereta. Saya tidak perlu kekayaan kewangan.

12. Saya berpendapat gaji saya sebagai Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri lebih dari mencukupi. Saya tidak perlu belanja gaji saya untuk sara hidup kerana segala-galanya, rumah, api dan air, kenderaan, pesawat terbang, perjalanan ke merata dunia dibiayai oleh Kerajaan. Gaji saya selama 29 tahun dalam Kerajaan saya simpan. Itulah wang yang saya guna untuk modal kedai roti, ternakan kuda, lembu dan kerbau. Saya tidak pinjam barang satu sen pun dari bank. Saya tidak membeli saham dalam pasaran saham. Tetapi satu rumah saya dibangun dengan pinjaman duit Kerajaan. Saya sudah lama bayar hutang ini.

13. Saya akui ada kala Kerajaan mengalami kerugian kerana tindakan yang diambil oleh saya.

14. Untuk pertahan harga bijih timah, saya arah supaya membeli bijih timah yang dijual oleh pedagang. Saya tahu mereka tidak ada stok bijih yang mereka jual. Mereka berharap apabila harga jatuh, mereka akan beli dengan harga murah untuk dibekalkan kepada pembeli yang telah membeli diwaktu harga tinggi.

15. Apabila sampai masa untuk mereka bekal kepada pembeli mereka akan terpaksa membeli dari kita. Kita akan kena harga yang tinggi supaya mereka akan rugi.

16. Tetapi London Metal Exchange mendakwa kononnya kerana kita membeli berturut-turut di waktu harga rendah, kita telah cuba “corner the market”. Oleh itu penjual tidak perlu bekal bijih timah yang mereka telah jual. Kita rugi.

17. Kilang besi juga rugi kerana kurang pengetahuan berkenaan pengurusan kilang oleh pengurus kita.

18. Kerajaan rugi kerana arahan yang dibuat oleh saya. Tetapi kerugian itu bukan disebabkan saya lesapkan duit Kerajaan. Kerugian itu adalah kerugian perniagaan.

19. Apakah kerugian ini sama seperti wang yang dihilangkan oleh 1MDB? Apakah ada bukti yang kerugian Kerajaan disebabkan saya masukkan duit Kerajaan dalam akaun peribadi saya?

20. Najib nafi melesap wang 1MDB. Kononnya raja Arab bagi 2.6 bilion Ringgit untuk dimasukkan dalam akaun peribadinya untuk dibelanja sesuka hatinya. Dalam sejarah dunia ini tidak pernah berlaku.

21. Oleh kerana dakwaan bahawa saya lakukan apa yang dilakukan oleh Najib tidak berasas sama sekali, maka saya berhak bukan sahaja mengkritik Najib tetapi mengecam salahlakunya dengan berusaha untuk menyingkirnya.

22. Jika Najib benar tidak bersalah, apa sebabnya yang dia merahsiakan laporan Bank Negara, laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan laporan Ketua Audit Negara.

23. Apakah sebabnya yang laporan polis terhadapnya tidak disiasat oleh polis, tetapi pembuat laporan dan peguamnya disoal, ditahan dan dihadapkan ke mahkamah dengan tuduhan yang tidak masuk akal.

24. Apakah sebabnya yang Gani Patail, Peguam Negara, diberhentikan dan diganti dengan pelawak Apandi.

25. Kenapakah undang-undang Negara tidak dipatuhi? Sekarang tidak ada Rule of Law. Kenapakah rakyat diugut dengan Akta Keselamatan baru yang memberi kuasa untuk tangkapan tanpa dibicara.

26. Jika Najib benar tidak bersalah, jangan tukar sempadan pilihanraya, jangan halang pendaftaran pengundi, jangan sogok wang kepada penyokong dan pegawai. Jangan guna Jabatan Kerajaan untuk ugut, untuk mencipta kesalahan cukai, untuk mendera sesiapa yang menyoal salahlaku Najib seperti dilapor oleh akhbar asing dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat. Kenapa halang laporan berkenaan 1MDB dan wang dalam akaun Najib dari dilapor, dibincang, dipertikai atau diakui dalam media tempatan.

27. Jika ingin pertahan Najib, adakan saman malu terhadap semua mereka termasuk saya yang menuduh Najib lesapkan wang rakyat.

28. Jangan beri alasan kononnya saya pun buat apa yang Najib buat. Sebaliknya benarkanlah proses perundangan dilaksana dan Najib dihadap perbicaraan mahkamah keadilan.

ENG VERSION
DEFENDING NAJIB

1. I believe all Malaysians know and realize that the situation in the country is not good.

2. Specifically, they would know that the Prime Minister has been accused of embezzling thousands of millions of Ringgit of Government’s (the people) money. This news could not be reported in the Malaysian media but through social media almost everyone can follow the development.

3. Now not only had foreign media reported that more than 3.5 billion US dollars has been embezzled by Najib, the US Justice Department had also issued an official statement that “Malaysian Official 1” (who is admitted by the Minister in the Prime Minister, Abdul Rahman Dahlan, to be Dato Sri Najib ) is involved in embezzling more than 3.5 billion US dollars of 1MDB’s money.

4. If all the media reports and the US Department of Justice are not true, why are there no effort being made by Najib to sue them for defamation.

5. Malaysians know. Certainly the intellects of Malaysia know. For sure people’s elected representatives and leaders of the ruling party know the truth of the allegations against Najib.

6. However, if there are criticisms or actions taken to rehabilitate this blessed Nation, most of those who know the damage done by Dato Sri Najib, are speechless, not willing to do anything, not even willing to support the efforts being made to improve the situation.

7. On the other hand, there are people who attempt to defend Najib, supposedly because when I was the Prime Minister, I also did those same things. I therefore have no right to criticize, what more to topple Najib.

8. I would like to ask, when I was prime minister when was I ever accused, at home and abroad, that I stole billions of Ringgit of government money (public funds).

9. I was usually accused of bribery, being corrupt, cronyism and others. When I was Prime Minister I consider, as a politician, that these accusations as normal.

10. But the fact remains that such accusations that were thrown onto Najib were never thrown onto me while I was Prime Minister. Even after I resigned efforts made by the leadership that succeeded me to investigate me did not succeed in identifying any misconduct in respect of the financial management of the Nation. If there were, I believed I would have been hauled to court.

11. I had actually refused gift of land in Putrajaya at the time I resigned. All other gifts I had also left to the Government, including 24 cars. I do not need financial wealth.

12. I think my salary as a Minister, Deputy Prime Minister and the Prime Minister is more than sufficient. I do not have to spend my salary for sustenance as everything, accommodation, electricity and water, transport, aircraft, travel to every part of the world are all financed by the Government. My salary during my 29 years in government I saved. That is money that I used as capital for the bakery, breeding horses, cattle and buffalo. I do not borrow a penny from the bank. I do not buy shares in the stock market. But I built my house with Government loan. I have long since paid this loan.

13. I admit there were times when the government suffered losses because of actions taken by me.

14. In order to sustain the price of tin, I directed that tin sold by merchants be bought. I knew that they did not have the tin stock that they sold. They had hope that when prices fall, they will buy at low prices to supply to customers who had purchased at the time when prices were high.

15. When the time comes for them to supply the buyers they will have to buy from us. We will charge a high price so that they will suffer a loss.

16. But the London Metal Exchange alleged that since we bought in rapid succession at a time of low prices, we had been trying to “corner the market”. Therefore sellers were not obliged to supply the tin which they were selling. We suffered a loss.

17. The steel factory also suffered losses due to lack of knowledge in the running of the factory by our management.

18. Government suffered losses because of directives by me. But the losses were not due to embezzlement of Government money. The losses were business losses.

19. Are these losses the same as the loss of money by 1MDB? Are there evidences to show that the loss of money is because I had deposited Government money into my personal account?

20. Najib denies embezzling 1MDB money. Apparently the Saudi king gave RM2.6 billion to be deposited into his personal account to spend as he pleases. In the history of the world this has never happened.

21. Since the claims that I also did what is done by Najib are unfounded, then I have the right, not only to criticize Najib and denounced his wrongdoings, but also try to remove him.
22. If Najib is not guilty, why did he keep confidential reports of Bank Negara, the Malaysian Anti-Corruption Commission and the Auditor General Report.

23. What is the reason a police report against him have not been investigated by the police, but the person reporting and his lawyer were questioned, detained and brought for trial on charges that do not make sense.

24. What is the reason that Gani, the Attorney General, was dismissed and replaced by the joker Apandi.

25. Why is the law of the Nation not observed? Now there is no Rule of Law. Why are people threatened by a new Security Act which gives authority the power to arrest without trial.

26. If Najib is really not guilty, do not change electoral boundaries, do not stop voter registration, do not bribe supporters and officials. Do not use Government Departments to blackmail, to create tax offences, to injure anyone who questioned Najib’s misconducts as reported by the foreign press and the US Department of Justice. Why stop reports on 1MDB and money in Najib’s account from being reported, discussed, disputed or admitted in the local media.

27. If you want to defend Najib, file a suit against those who accused Najib of embezzling people’s money, including me.

28. Do not give the excuse that I also did what Najib is doing. Instead, let the legal process runs its course and let Najib face trial in the court of justice.

34 thoughts on “MEMPERTAHANKAN NAJIB

  1. rashidfikri Oct 9,2016 1:19 AM

    Salam tun, smoga sihat selalu. Saya ingin menyatakan saya sokong pendirian BERSATU. Perihal yang Tun sebutkan memang sudah lama saya fikir begitu. Walaupun, saya tak pernah kenal Tun.. tapi saya tahu tentang Tun. Kalo haters mesti diaorg beranggapan yang Tun nih saja2 buat baik untuk merahsiakan kejahatan Tun.. dengan cara jujur dalam setiap benda kan.. Haters gonna always hate.. let them go to hell right.. Dari awal sejarah penglibatan Tun dalam bidang politik, Tun memang bukan jenis hipokrit. Kalo Tun tak suka sesuatu benda tuh.. Tun akn lantang bersuara. I do read almost all your book. Dont woryy Tun. Saya mungkin takkan sertai BERSIH atau perhimpunan cuma saya takut berlaku penyelewengan undi pada PRU 2014 nanti. Sebab kalo Najib seorang yang buat jahat xpa.. xdak orang akan sokong penipuan dia. Tapi yang saya nampak semua membuta tuli sokong dia.. atau diugut oleh najib kalo BN kalah suma akan hilang jawatan..atau najib bagi duit lagi banyak dan puak2 menteri terlibat secara langsung dengan tanpa rasa salah buat penipuan undi nanti.. memang rakyat tak dapat bergantung harap kepada integriti SPR kerana kalo rakyat undi parti lain pon still tak bole nak menang sbb menipu

  2. Umar Azhar El-Hassan Sep 27,2016 4:17 PM

    Gemar baca berkali-kali nombor 11 dan 12.

    Hadiah yang bernilai tinggi serta barang mewah lain juga ada di Galeria Perdana di Langkawi siapa pun boleh lihat datang kunjungi. Jika kita mungkin simpan buat lelong dapat wang lagi atau letak di rumah buat riak namun Tun Dr. Mahathir anggap itu harta bukan apa-apa tapi lebih penting khidmat bakti pada agama dan bangsa.

  3. anti rasuah Sep 25,2016 10:08 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Terima kasih atas teguran tuan umranrc.

    Saya suka ditegur begini secara terus.

    Wassalam.

  4. umranrc Sep 24,2016 6:09 PM

    Salam Tun,

    Terpanggil untuk memberi sedikit komen tentang perenggan yang ditulis oleh Saudara Anti Rasuah di bawah ini,

    “Cukuplah sekadar 8 tahun mentadbir negara dengan idea-idea bodoh dan disokong oleh anjing-anjing seperti Karl, PakPandir08 dan Neezam72 yang akan berhujah dengan andaian yang tidak cerdik mereka.”

    Daripada corak penulisan, saya nampak PakPandir08 adalah seseorang yang tidak buta sejarah, walaupun beliau selalunya diberikan layanan yang agak keras oleh sesetengah penyokong tetap Tun disini, tetapi jika persoalan beliau dikupas dengan lebih mendalam, berkemungkinan kita boleh nampak bahawa beliau juga tidak suka akan perbuatan RASUAH, MENIPU dan segala-galanya yang negatif.

    Tetapi, untuk lagi dua yang disebutkan itu, teramatlah sayangnya, mereka-mereka itu gagal untuk diselamatkan.

    Terima Kasih Tun.

    p/s Anti Rasuah – saya baca cadangan-cadangan untuk manifesto BERSATU, agak menarik, tetapi pada perkiraan saya, untuk GST, ianya bukan sekadar dikekalkan jumlah peratusnya, lebih betul lagi, GST sepatutnya tidak diperlukan langsung.

  5. cruze Sep 24,2016 1:27 PM

    Golongan yang di panggil asnaf pun kena kasi cukai pada kerajaan melalui gst.

  6. aminhassan Sep 24,2016 11:09 AM

    Tugas tun mahathir menghasut orang malaysia jatuhkan pemimpin yang menjatuhkan malaysia

    Tugas ds najib menghasut orang malaysia naikkan pemimpin yang menaikkan malaysia

  7. Tun Perak Sep 24,2016 10:13 AM

    Saya cuma ada satu ayat untuk dikatakan. Sekiranya DOJ membuktikan Jho Low dan Riza Aziz adalah bersalah, penyelewengan berbillion-billion ringgit dari syarikat negara adalah satu pengkhianatan kepada negara.

  8. zulu Sep 24,2016 9:56 AM

    Now Najis and his hippopotamus with branded bags are vary with Tun M and Anwar meetings.

    They know next GE is the deciding factor of their life. Either thief’s family will elope the country or rot in jail for looting the govt. money.

  9. anti rasuah Sep 23,2016 9:49 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Perlu Naji$ faham bahawa kesilapan besar pengurusan ekonomi dalam negara yang si $ial ini lakukan ialah:

    1. GST

    Kesannya:

    -hampir semua barang dan perkhidmatan naik 6%.
    -cukai berganda bagi satu-satu barang dan perkhidmtan tetapi yang untung ialah kerajaan kononnya mengelakkan kerajaan rugi tetapi yang paling rugi adalah pengguna terakhir iaitu rakyat itu sendiri.
    -pengguna terakhir terdiri dari semua golongan yang membeli terdiri dari golongan paling miskin hinggalah golongan terkaya.
    -golongan yang mendapat BR1M iaitu berpendapatan rendah di bawah RM 3000 sebulan jika berbelanja RM 2500 daripada pendapatannya didarab 6%, maka GSTnya adalah RM150 sebulan, jika 12 bulan bersamaan RM 1800. Tetapi golongan ini mendapat BR1M setahun adalah RM1000. Maknanya rugi RM800 setahun. Yang penipu adalah kerajaan Naji$ dan yang kena tipunya rakyat berpendapatan RM3000.
    -keseluruhan harga barang dan perkhidmatan minimanya naik sebanyak 6%
    -bila harga barang naik, nilai pendapatan dalam RM menguncup. Setiap RM yang dibelanjakan dicukai oleh kerajaan sebanyak 6%.
    -kos sara hidup rakyat meningkat
    -jika kos sara hidup meningkat tetapi pendapatan rakyat naik hanya 5% setahun, ini bererti golongan seperti ini mengalami penguncupan pendapatan sebanyak 1% setahun.
    -ayat-ayat harap yang digunakan oleh kerajaan ialah kononnya kebanyakan negara dunia mengenakan gst.

    2. KENAIKAN TOL YANG MELAMPAU, 80% HAMPIR DI SEMUA LEBUHRAYA DI LEMBAH KLANG

    Kesannya:

    -harga barang turut naik termasuklah air teh dan roti canai di kedai mamak juga peniaga di tepi jalan juga terpaksa menaikkan harga jualannya.
    -semua harga barang dan perkhidmatan terpaksa turut naik kerana ada elemen-elemen yang saling berkait mendorong kos sara hidup meningkat seperti rumah, simen,pasir, upah pekerja, kuih di tepi jalan dan pasar malam dan banyak lagi.

    3. HARGA MINYAK

    Kesannya:

    – hampir sama seperti di atas.

    Disini Naji$ bernasib baik kerana pada masa ini harga minyak agak rendah dipasaran dunia.
    Saya tidak dapat bayangkan jika kerajaan membebankan rakyat dua perkara di atas dan jika masa yang sama harga minyak naik, maka parahlah kita sebagai rakyat khususnya rakyat berpendapatan rendah.
    Saya tidak bersetuju denga formula mengapungkan harga minyak.
    Kesannya, bila harga minyak naik selalunya diikuti harga barang akan naik tetapi bila harga minyak turun tetapi harga barang tidak akan turun.
    Disini saya melihat rakyat yang rugi tetapi menguntungkan peniaga atau orang tengah.

    Disini saya melihat Naji$ Razak bukanlah cerdik untuk diteruskan sebaga pemimpin negara. Cukuplah sekadar 8 tahun mentadbir negara dengan idea-idea bodoh dan disokong oleh anjing-anjing seperti Karl, PakPandir08 dan Neezam72 yang akan berhujah dengan andaian yang tidak cerdik mereka.

    Sebenarnya banyak perkara bodoh yang dilakukan oleh Naji$ sepanjang pentadbirannya walaupun buat salah tetapi muka macam “babi” tidak tahu malu.

    Wassalam.

  10. faridina Sep 23,2016 9:09 PM

    Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    Buat Pak Pandir persoalan yang anda lontar sungguh bermutu tinggi nah inilah dikatakan kritikan membina.

    Ini hanya pandangan kami (bukan jawapan dari Tun) bahawa matlamat Tun cukup jelas iaitu kini bukan sahaja mahu menjatuhkan Najib sebagai PM tetapi juga menumbangkan kerajaan UMNO dan BN.

    Untuk itu benarlah PPBM harus bekerjasama dengan parti2 pembangkang hari ini dengan mengujudkan Barisan Bersatu (BB) yang bakal menggantikan BN.

    Tidak benar jika setelah meraihkan kemenangan menggalakkan PPBM harus dibubarkan untuk diserapkan ke UMNO sedangkan UMNO sudah tidak lagi relevan sudah kalah maka eloklah sekiranya UMNO sahaja dibubarkan atau dibiarkan menjadi pembangkang terhormat.

    Soal negara dan kesejahteraan rakyat lebih penting dan bekerjasama dengan pihak pembangkang lebih baik untuk ‘check and balance’ supaya PPBM tidak lari dari landasan.

    UMNO dulu haram sudah..
    UMNO sekarang haram jadah..

    Wasalam Tun.

  11. Hajar Sep 23,2016 7:38 PM

    Salam YAB dan Yang Amat DiKasihi Tun,

    Well said Tun!

    1. Tun berterus terang tentang kerugian2 semasa Tun PM (yang ada rekod/dokumen2 sah), tapi si Penipu @ Pencuri suruh orang masukkan duit ke akaun peribadi sendiri secara SENYAP-SENYAP.

    2. Dalam kes SRC International, alasan tidak tahu duit tersebut dari SRC International ialah alasan paling bodoh yang saya pernah dengar dalam hidup saya (dari seorang PM) sebab jumlahnya bukan dua-tiga ribu ringgit, tapi RM 42 JUTA ringgit. Transaksi sebegitu besar mesti ada dalam penyata akaun dan pihak bank mesti sedar, dan pasti ada sedikit sebanyak soal-selidik. Mesti dia sendiri yang bagi nombor akaun peribadi; takkan orang lain pandai2 bagi akaun dia kepada si pendeposit. Dasar penipu.

    3. Memang benarlah, AG Apandi seorang PELAWAK sebab beliau buat ‘lawak paling bodoh’ (tercatat dalam sejarah) dengan menerima alasan paling bodoh untuk lepaskan seorang PENCURI. Kalau pencuri bukan PM Najib, bolehkah pelawak Apandi terima alasan bodoh tersebut? Alahai! Ini boleh dijadikan ‘kes rujukan’ di masa hadapan oleh peguam2 untuk melepaskan “tuduhan mencuri atau merasuah – bank-in wang curi/rasuah”. (Tapi kes ini tidak dibicarakan, dan saya kurang pasti samada ia boleh dijadikan sebagai rujukan.)

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  12. novo Sep 23,2016 4:38 PM

    Salam Tun.

    Perkara 27 adalah di rujuk.
    Dalam Malaysia pun Najib tak ada “batu p.l.r” nak saman malu apabila di tuduh melesapkan duit kerajaan.

    Saya sudah lama berpendapat jika WSJ atau akhbar luar negara lain menuduh “Najib makan daging babi” sekali pun maka beliau dengan selambanya tidak akan menyaman akhbar ini.

    Maruah bukanlah harga diri bagi Najib

    Maruah Najib mungkin hanyalah di atas Duit
    seperti katanya Money is king.

    Wassalam

  13. sibotak Sep 23,2016 3:24 PM

    Dahulu saya tidak membenci Najib
    Ok lah Bapak beliau pun pernah berjasa pada Malaysia
    Maka ok ok lah

    Pertama saya dengar Malaysia sanggup serahkan Tanah KTM pada Singapura
    Saya agak tersinggung sedangkan Tun Mahathir mempertahankan Tanah KTM Tanjung Pagar
    Ok lah mungkin ada penukaran yg ber munafaat pada kedua belah pehak , ok lah
    Tapi bila di sidangkan penukaran saya dapati Malaysia di perbodohkan
    dan Najib Pemimpin Dayus yg tidak mampu menjaga hak Malaysia
    Bermulalah Kebencian terhadap Najib dan nampak banyak perkara yg Najib buat tidak Jelas dan menguntungkan Malaysia

    Selepas pelbagai bunyi cerita Najib yg tidak Sedap hingga ke 1MDB

    Tolong nyataka hingga kini apa yg Najib buat untum Malaysia yg menguntungkan dan membanggakan Malaysia

    Sila jawab Puan & Tuan ?

  14. z2z Sep 23,2016 1:36 PM

    By now everyone with their eyes open know that the actions of Najib himself clearly shows he is guilty of the crimes he has committed including embezzlement, corruption, vote buying, race baiting and abuse of power. There are also very strong evidence to implicate him as the mastermind behind several murders.

    These are the acts of a person who is guilty. By now it is plain for all to see.

    The people defending him are hoping the whole issue will blow away and people will forget…

    Let me remind them that the crimes will not be forgotten and the issue will not blow away. No amount of denials, tongue twisting, threats and incentives will change the fact.

    The fact is that there are many upright, moral, righteous, thinking and patriotic Malaysians who refuse to be cowed and bought. We will defend this country from kleptocrats, saboteurs, traitors and murderers and make this country deserving its rightful place.

  15. pakpandir08 Sep 23,2016 11:14 AM

    Sudah kian lama Tun berusaha untuk mengundurkan PM. Namun, matlamat utama Tun masih tidak jelas.

    Tun perlu mempunyai matlamat yang jelas kepada orang ramai yang masih keliru. Antara persoalan yang paling keliru seperti berikut:

    (1) Tun hanya berhasrat untuk menukar PM, yang lain ikut sahaja apa yang sedia ada (eg: parti yang memerintah, sistem pentadbiran dan lain-lain)

    (2) Tun ingin membentuk parti politik yang baru dan membawa negara ke arah era pentadbiran yang baru. Rombakan sistem yang menekankan ketelusan dan keadilan akan dilakukan secara besar-besaran

    Mungkin ramai yang akan menjawab, bukankah Tun telah menubuhkan parti BERSATU?

    Namun matlamat penubuhan parti BERSATU masih mengundang kesangsian orang ramai.

    Kesangsian orang ramai terhadap parti BERSATU adalah seperti berikut:
    – Sekiranya BERSATU memenangi pilihanraya umum yang akan datang bersama barisan pembangkang, adakah BERSATU sebagai serpihan UMNO akan bertukar haluan untuk kembali ke UMNO, dengan syarat pertukaran presiden UMNO
    – Cara ini dapat memenuhi hasrat untuk pertukaran PM sahaja, dengan cara mempergunakan sokongan pembangkang dan pengundi yang ingin nafas politik yang baru

    Tun perlu memberi pendirian yang jelas apakah matlamat utama Tun. Jika tidak, masih ramai yang sangsi dengan usaha Tun

  16. Fariq Islam Sep 23,2016 10:52 AM

    Assalamualaikum, Tun.

    Orang Inggeris kata, “The truth speaks for itself”.

    Tak usahlah kisah sangat tentang tuduhan salahlaku yang dilempar. Rakyat tahu menilai prestasi pentadbiran. Sebagai negara pengeluar minyak, kenapa harusnya negara berhutang berbilion-bilion? Tengoklah, Brunei mempunyai rezab dan tahap kekayaan yang begitu tinggi, di mana Rakyat menikmati pelbagai kebajikan.

    Bandinglah nilai mata wang dan hutang negara buat masa kini terhadap era Tun. Kenalah kerajaan memperbetul keadaan. Memberi sedekah BR1M bukannya cara untuk membasmi kemiskinan. Kerajaan kenalah menaiktaraf kualiti pendidikan dan mengembang ekonomi untuk memperbanyakkan peluang pekerjaan.

  17. cruze Sep 23,2016 10:43 AM

    Teman teman sekalian…..usah dilayan karl dan kuncu2 nya itu, sikap mereka seperti kanak2 yang bertengkar yang suka mengaitkan perkara yang tiada relevan.
    Biarkan saja, yang penting matlamat kita untuk membangunkan sebuah parti yg telus, jujur dan bijaksana.

    Semuga semua selamat sejahtera termasuk karl dan yang mengutuk tun hilang akal.

    Yang penting semuga allah memberkati usaha TUN.

  18. sibotak Sep 23,2016 10:42 AM

    Siapa dia Najib Tun Razak ?

    Majistrate , Lawyer , Doctor ?
    Oh Perdana Menteri yg Salah pungut olih Tun Mahathir dan salah pengertian Democrasi
    Yg mencuri secara terang Wang Negara

    Inikah segelintir anggota UMNO melindungi beliau ? Najib
    Untuk apa , untuk Siapa ?

    1 Najib gugur ,1000 ting kosong macam Najib besok bolih di cari

  19. The Hidden Secret Sep 23,2016 8:54 AM

    Salam,

    Khabar angin yang saya dengar… PRU tahun depan selepas Sukma 2017. Tapi ni cuma khabar angin sahaja. Mana tau… mungkin Najib yang create khabar angin ini supaya pembangkang leka.

    Kita semua dah tahu Najib ni jenis manusia yang macam mana. Najib akan buat apa sahaja termasuk menipu dan merasuah untuk menang PRU.

    Confidence level Najib sangat tinggi sebab dia dah biasa menipu dan menyonglap duit tetapi sampai ke hari ini dia lepas dan selamat.

    Semasa kita tengah sibuk-sibuk pasal 1MDB ni pon Najib tengah songlap duit dari projek-projek di bawah JPM dan Permata. Sebab itulah bajet kementerian lain dikurangkan tetapi bajet JPM ditambah.

    Untuk memastikan Najib punya survival, dia sanggup menjual kepentingan negara kita kepada Singapura, Thailand dan China.

    Projek HSR sebenanya tidak memerlukan penglibatan Singapura sebab… ciput je trek HSR di Singapura. Berpuluh tahun kita mempertahankan tanah KTM di Singapura tapi Najib bagi tanah tersebut ke Singapura dalam masa satu hari saja.

    Kesalahan Justo tak melibatkan negara Thailand pun. Kerajaan Thailand sebenarnya tak perlu tahan Justo tetapi mereka beria-ia tak nak extradite Justo ke Switzerland.

    Untuk pertama kalinya, milikan asing (daripada China) yang melebihi 50% dibenarkan terhadap stesen janakuasa untuk mendapatkan duit untuk membayar hutang 1MDB. Tanah Sungai Besi airport pon tergadai kepada China untuk membayar hutang 1MDB.

    Tun terpaksa bergerak pantas… Sebelum PRU bermula, kita perlukan kes mahkamah (samada di dalam atau luar negara) untuk secara official mengaitkan Najib dengan skandal 1MDB.

    Kalau Tun lambat… Macam-macam lagi yang Najib gadaikan untuk bayar hutang 1MDB yang rugi sebab dia sendiri songlap duit 1MDB sebanyak USD 3.5 billion.

  20. tariqmind Sep 23,2016 8:14 AM

    Assalamualaikum Tun,

    Ada satu point amat penting saya nak ‘highlight’ dalam Post Tun di ‘Malaysian Official 1’.

    Point Terakhir. (Dipetik Dari Saman DoJ)

    XXI. Page 76 para 264. ” Bank records associated with the Tanore Account show that TAN was the beneficial owner of the Tanore Account, from which the $681,000,000 payments to the account of MALAYSIAN OFFICAL 1 (Najib) were made, and that 1MDB OFFICER 3 was added as an authorized signor on the Tanore Account roughly one day before the first wire of $620,000,000 was sent from the Tanore Account to the account of MALAYSIAN OFFICIAL 1 (Najib).”

    ………

    Penjelesan oleh DS Najib dan pemimpin UMNO dari Kerajaan kepada seluruh anggota masyarakat bahawa derma USD 681 million (RM 2.6 billion yang mahsyur di media) bahawa datangnya dari ‘Pak Arab’.

    Dari statement atas ditulis bahawa ‘beneficial owner’ atau pemilik akaun Tanore Finance Corp yang menderma adalah ‘TAN’ iaitu Eric Tan Kim Loong, kenalan Jho Low.

    Soalan ‘PENTING’….

    Adakah penderma Eric ‘TAN’ Cina tapi bangsanya ‘Arab’?

    Mungkin Tun boleh tanya pendapat-pendapat orang ramai setiap kali memberi ucapan berkenaan Kes 1MDB. Cuba tanya adakah ‘Rakyat’ Malaysia atau Bangsa Malaysia, Bangsa mudah diperbodohkan?

    *Ps : Tanore = ‘Tan’-ore, TAN = Eric Tan, ore pula bmaksud bijih dlm Bahasa Italy..myb lubang duit. nama company xdak kena mengena dgn bahasa Arab.

  21. Ammo49 Sep 23,2016 7:06 AM

    As salam Tun…

    Saya amat bersetuju dengan pandangan Tun. Sekiranya Najib tidak bersalah, kenapa tak sue aje Sarawak Post dan semua pihak yang menuduh beliau swindle nearly RM3.5b..Now he’s beating around the bush and looks like nowhere to run.. sometimes I don’t know what went on his head?? Is this really what he wanted people to remember him by?

    Wassalam

  22. anti rasuah Sep 23,2016 6:58 AM

    Assalam Tun.

    Teramat setuju:

    18. Kerajaan rugi kerana arahan yang dibuat oleh saya. Tetapi kerugian itu bukan disebabkan saya lesapkan duit Kerajaan. Kerugian itu adalah kerugian perniagaan.

    26. Jika Najib benar tidak bersalah, jangan tukar sempadan pilihanraya, jangan halang pendaftaran pengundi, jangan sogok wang kepada penyokong dan pegawai. Jangan guna Jabatan Kerajaan untuk ugut, untuk mencipta kesalahan cukai, untuk mendera sesiapa yang menyoal salahlaku Najib seperti dilapor oleh akhbar asing dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat. Kenapa halang laporan berkenaan 1MDB dan wang dalam akaun Najib dari dilapor, dibincang, dipertikai atau diakui dalam media tempatan.

    Wassalam.

  23. Fariq Islam Sep 23,2016 6:10 AM

    Assalamualaikum, Tun.

    Era berubah. Yang penting, kerajaan harus meneruskan ciri-ciri yang baik, yang diamalkan dalam era Tun, iaitu
    – kawalan kos hidup yang baik, tanpa GST
    – tahap korupsi yang tidak seteruk sekarang
    – polisi-polisi yang bernas dalam penarikan pelaburan asing
    – keharmonian masyarakat majmuk
    – perkembangan ekonomi secara konsisten

  24. rimba.emas Sep 23,2016 12:25 AM

    Salam Tun .

    1. Rimba Emas sudah berkali-kali mengingat-ingatkan apa yang di wahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w atas perintah Allah s.w.t sebagaimana tertulis di dalam al-quran .

    2. Itulah rujukan Rimba Emas atas apa yang berulang kali Tun cuba jelaskan akan perbuatan salah laku pada pandangan Tun.

    3. Benarlah bagai dikatakan manusia tidak semudah untuk mengubah seseorang yang lain hanya Allah s.w.t yang menentukannya.

    4. Malah Allah s.w.t pernah mengingatkan Rasullullah s.a.w agar jangan putus asa dalam menegakkan kebenaran serta sabar dalam menghadapi musibah.

    5. Mengingatkan umat manusia akan azab yang akan di terima jika mengingkari perintah Allah s.w.t .

    6. Untuk menentukan kepercayaan manusia lain bergantung kepada hikmah dari Allah s.w.t .

    7. Rakyat ramai yang tidak mendalami pemikiran politik dengan mendalam mungkin tidak ambil kisah samaada hendak mempertahan seorang PM atau tidak.

    8. Sebab itu kuasa mengundi hanya lebih pada satu bentuk kerja sampingan yang berbentuk kebendaan.

    9. Rakyat biasa selalunya mengundi kerana pengaruh ahli-ahli Parti daripada kerana kebenaran dalam beragama .

    10. Nampak Politik di angkat sebagai satu kuasa yang mencatur kehidupan rakyat yang bernegara.

    11. Sehinggalah satu ketika atau zaman bila kuasa Politik di wakili oleh manusia yang melanggar etika kemanusiaan dan agama yang di anuti .

    12. Manusia yang bertamadun adalah manusia yang mematuhi undang-undang yang selaras dengan kehendak tuhan kepada agama yang di anutinya.

    Wallahua’lam .

  25. faridina Sep 22,2016 11:35 PM

    Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    Dalam banyak2 jentera kerajaan yang tidak mampu mempertahankan Najib dalam isu 1MDb adalah Jabatan Audit Negara.

    Mungkin Isayso boleh sahkan bagaimana dalam proses mengaudit sangat terperinci hingga diumpamakan sampai seluar dalam jenis apa yang dipakai pun hendak diambil tahu analoginya.

    Disudut perakaunan pula istilah debit dan kredit menjadi asas, yang masuk dari mana dan yang keluar ke mana dan tiap transaksi mesti “double entry” dan akhirnya menjurus kepada keseimbangan.

    Maksudnya segala2nya telus dan boleh dijawab pada kadar segera dan hari ini banyak sungguh perisian perakaunan berkomputer yang memudahkan kerja dan semestinya dikira wajib apabila melibatkan wang sekecil2 ratusan ribu apatah lagi berbillion-billion ringgit.

    Lantaran angka tidak menipu begitulah kesudahan kerja2 odit oleh Ketua Odit Negara sendiri tidak dapat mengesan sejumlah USD 7.5 billion (kadar terkini RM 30 billion) seperti tercatat di laporan PAC.

    Bolehkah kita terfikir dalam abad ke 21 hari ini serba serbi canggih tekan satu butang semua dah terjawab namun tidak dapat dikesan kecuali telah dirancang sedemikian rupa semata2 untuk MENIPU!

    Kalau niat mereka untuk menipu memanglah sebelah Malaysia tak tahu mana perginya USD 7.5 billion keluar ke mana namun mesti ingat ada Debit dan Kredit baru imbang maka sebelah barat sahut imbangannya ada disini DOJ jumpa USD 3.5 billion dan Swiss jumpa USD 4 billion maka terjawablah sudah akhirnya mana perginya USD 7.5 billion tu.

    Tun tiada salahlaku, segalanya telus, boleh dijawab – ada debit dan kredit gitu sebab tiada niat MENIPU beza dengan Najib sudahlah MENIPU libatkan negara2 barat pula memang nak cari nahas cari pasal cari penyakit macam ada Karldai kat sini tuan dia kaki tipu maka dia ingat semua orang macam dia mulut bau longkang dengan empat2 kakinya kaki tipu dan ekor kontot penuh Najis.

    Wasalam Tun.

  26. pakpandir08 Sep 22,2016 10:35 PM

    Mungkin Tun lupa bahawa tidak kurang juga tahanan dibawah ISA semasa pentadbiran Tun ….

    Mungkin lupa juga pasal pemecatan hakim …

    Mungkin lupa juga macam mana negara asing dikatakan cuba campur tangan … ejen yahudi, ejen komunis dan macam-macam perkataan digunakan …

    Sebab itu orang katakan Tun menghadapi senjata yang Tun ciptakan …

    Tunggulah 2 tahun lagi, biarlah kerajaan dipilih secara demokratik melalui pilihanraya umum …

    Tun kenalah yakin dengan demokrasi negara ini, sebab kebanyakannya legasi Tun sendiri … jika tidak, ia secara tidak langsung membayangkan Tun mengaku apa yang ditinggalkan oleh Tun itu begitu rapuh sekali

  27. ismadi Sep 22,2016 9:27 PM

    Salam Tun Mahathir,

    Semoga sentiasa dalam perlindungan Allah swt hendaknya.

    Kita dapat melihat betapa kotornya Najib., Menterinya, dan UMNO secara keseluruhan.

    Sanggup mereka menggadai maruah Melayu dan Islam dengan mempertahankan Pencuri Wang.

    Saya berdoa Allah swt memberikan petunjuk kepada mereka supa kembali ke pangkal jalan.

    Kes Najib ini sudah tidak dapat ditutup lagi. Terlalu besar.

    Najib hanya bergayut di jawatan Perdana Menteri kerana takut ditahan pihak berkuasa.

    Pilihanraya lah caranya menjatuhkan pemimpin korup.

    Cuma saya ingin berpesan agar pihak Tun dapat memastikan pilihanraya berjalan secara aman dan adil dan tidak ada penyelewengan di peti undi.

    Terima kasih Tun kerana berjuang walaupun kekadang kesihatan Tun terganggu.

    Insyallah, perjuangan yang benar pasti akan berjaya.

  28. ibra2002 Sep 22,2016 8:18 PM

    Sokong andaian tiga natijah oleh Karl.

    Tun M, while you still can, please retire….. gracefully….

    While you still can….

  29. Kamarulaznan Sep 22,2016 7:32 PM

    Assalamualaikum,

    Sambungan daripada tulisan saudara Karl,

    “…What to do?”

    1. Buang undang-undang yang menipu
    2. Nak lucut jawatan apa daripada Dr M?
    3. Singkirkan Najib

  30. aminhassan Sep 22,2016 7:18 PM

    Merujuk kepada komen karl, premis dan kesimpulan, nampak sangat berat sebelah

  31. tariqmind Sep 22,2016 7:15 PM

    Salam Tun,

    Saya ada satu point amat penting nak ‘highlight’ dalam Post Tun di ‘Malaysian Official 1’.

    Point Terakhir.

    XXI. Page 76 para 264. ” Bank records associated with the Tanore Account show that TAN was the beneficial owner of the Tanore Account, from which the $681,000,000 payments to the account of MALAYSIAN OFFICAL 1 (Najib) were made, and that 1MDB OFFICER 3 was added as an authorized signor on the Tanore Account roughly one day before the first wire of $620,000,000 was sent from the Tanore Account to the account of MALAYSIAN OFFICIAL 1 (Najib).”

    ………

    Penjelesan oleh DS Najib dan pemimpin UMNO dari Kerajaan kepada seluruh anggota masyarakat bahawa derma USD 681 million (RM 2.6 billion yang mahsyur di media) bahawa datangnya dari ‘Pak Arab’.

    Manakala dari statement atas ditulis bahawa ‘beneficial owner’ atau pemilik akaun Tanore Finance Corp yang menderma adalah ‘TAN’ iaitu Eric Tan Kim Loong kenalan Jho Low.

    Soalan PENTING….

    Adalah Eric ‘Tan’ Cina tapi bangsanya ‘Arab’?

    Mungkin Tun boleh tanya pendapat-pendapat orang ramai setiap kali memberi ucapan berkenaan Kes 1MDB. Cuba tanya adakah ‘Rakyat’ Malaysia atau Bangsa Malaysia, Bangsa bodoh?

  32. Karl Sep 22,2016 6:21 PM

    Tiga natijah dari tulisan DrM.

    1. Undang-undang menipu
    2. DrM nenipu
    3. Najib menipu

    Mustahil semua hakim, atau majoriti hakim setuju untuk menipu.

    Proses undang-undang mendapati Najib tidak menipu.

    So, that leaves us with #2

    What to do?

  33. ivan_z84 Sep 22,2016 6:17 PM

    Salam Tun,

    No more vote for BN this time.
    My vote goes for BERSATU.

    Ameen…!!

  34. malaysian1000000 Sep 22,2016 6:08 PM

    Salam,

    Terima kasih TUN atas penerangan.

    TQ

Leave a Reply