TOTAL VISITORS FROM 2008:

KENYATAAN NAJIB 63

1. Kenyataan Najib adalah kenyataan Najib. Sebenarnya Perlembagaan Malaysia memperuntukkan berbagai cara untuk menangani masalah yang dihadapi oleh Negara, dan ini termasuk penyelewengan oleh Perdana Menteri. Bacalah Perlembagaan sebelum membuat kenyataan yang rakyat tidak bertindak berasaskan undang-undang tubuh Negara.

2. Yang benar-benar tidak mengikut undang-undang Malaysia ialah Najib. Tidak ada “Rule of Law”, pemerintahan mengikut undang-undang, yang di amal oleh Najib.

3. Jika ada “Rule of Law” rakyat boleh buat laporan kepada polis berkenaan kehilangan berbilion duit rakyat. Tetapi apabila laporan polis dibuat, yang membuat laporan di soal, ditahan dan dituduh sabotaj ekonomi dah dihadapkan ke mahkamah. Peguamnya juga disoal oleh polis, ditahan dan dihadapkan ke mahkamah.

4. Laporan Bank Negara, MACC, Juruaudit Negara ditolak bulat-bulat oleh Peguam Negara (AG). Kononnya kerana tidak ada kes terhadap Najib. Tetapi laporan-laporan ini dirahsiakan.

5. Undi tidak percaya dalam Parlimen tidak boleh diadakan kerana ahli parti BN disuap dedak, diugut dan ada yang dipecat. Mereka tidak bebas. Sekali lagi Najib menidakkan proses undang-undang untuk kesejahteraan rakyat.

6. Jika Najib berani dan tidak terlibat dengan apa-apa jenayah, kembalilah kepada undang-undang Negara.

7. Janganlah tegur orang kerana kononnya tidak mengikut undang-undang sedangkan kita sendiri bukan sahaja tidak mengikuti undang-undang tetapi menghalang perjalanan undang-undang.

63 thoughts on “KENYATAAN NAJIB

  1. Hajar Sep 29,2016 9:06 PM

    Salam YAB dan Yang Amat DiKasihi Tun,

    Izinkan saya Tun:

    Sdr. Karl (Sep 28,2016 3:46 PM),

    Terima kasih kerana kata saya ‘aset berharga Chedet.cc’ (betui ka?). Tapi, saya cuma salah seorang pengunjung blog Tun (bukan aset sapa2) kerana sepanjang saya kenal Tun, Tun satu-satunya pemimpin yang amat konsisten (bukan ‘lalang’ macam hang, dan majoriti pemimpin2 lain yang selalu hilang punca). Dan yang penting, Tun ikhlas.

    Tun juga sentiasa buat ‘homework – kajian’ dan menulis berdasarkan fakta (juga bukan macam hang – you are so confused; asyik meracau merapu-meraban tak tentu arah).

    Dulu (beberapa tahun lepas) hang kata Tun ‘BRILLIANT’ (dalam kes SOROS – ekonomi Malaysia) dan ‘penyelamat Malaysia’, etc. (puji melambung habis…) dan dalam beberapa bulan kebelakangan ini hang juga yang membela si penyangak matawang SOROS yang hang dok kutuk dulu (untuk ISU SAMA). Hang ni ‘betui’ ka? Masih ‘waras’ kah (maaf na)? Siapa dia ‘crook’ (orang jahat) dalam ‘movie Soros’ anda ni? Anda suka cerita wayang kan? Hang ni betul2 bercelaru.

    Dulu hang juga yang dok mengata ‘CON-SULTANs’ PM Najib (hampeh lah kot na; banyak yang hang kutuk barisan kepimpinan Najib – hang lupakah? Nanti saya peghingat hang kalau hang lupa), tapi la ni, Alahai…

    Ni nak habaq mai, eloklah hang bertaubat Sdr. Karl. Hang menyokong PM yang sahih menyonglap wang rakyat/negara (RM2.6 billion rakyat & RM42 juta wang dari SRCI). Hang jangan sampai jadi ‘sewel’ kerana duit sudahlah.

    Lagi satu, anda sudah amat melampau dalam mencela & memfitnah Tun (bukan lagi mengkritik). Bukankah anda yang mengutuk habis-habisan RBA (askar red bean)? Tapi sekarang anda pula yang ganti tempat ‘PakPandir08’ dengan menggunakan isu2 yang dia PERNAH TULIS di Chedet (dulu Pembangkang Malaysia guna isu2 ini untuk jatuhkan Tun) untuk kutuk Tun M. Hang sedang jilat balik ‘ayaq lioq/kahak’ hang ka Sdr. Karl ooiii! Amat menjelikkan.

    Keji sungguh cara anda (maaf na) ‘ciplak’ taktik askar red bean, menjadikan anda sama taraf (haprak?) dengan mereka (seperti meludah ke langit). Tapi saya kena puji sikit sebab anda mengaku yang dulu anda penyokong kuat Tun M (apa nak buat kan, bukti2 kukuh banyak; saya ketawa berdekah-dekah baca komen2 anda dulu…banyak juga yang beremosi sampai ber-TUN-Ku dengan Tun…ha..ha..ha..).

    Nak habaq mai..Eloklah hang “balik ke pangkal jalan setelah sesat di hujung jalan”.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  2. The Hidden Secret Sep 28,2016 5:40 PM

    Salam!

    Alhamdulillah… dapat brim seribu hinggit setahun tapi bayar gst seratus hinggit sebulan.

  3. The Hidden Secret Sep 28,2016 5:38 PM

    Salam!

    Jenayah meningkat… ini petanda ekonomi tak bagus.

  4. Karl Sep 28,2016 3:46 PM

    Kepada Hajar. Anda saya perhatikan sangat cekal pertahan DrM. Tiada salahnya begitu, malahan anda aset berharga bagi chedet.cc dlm menghadapi pengkritik seperti saya.

    Walaupun anda sedikit emosional, tapi tidaklah di paras haprak seperti sesetengah askar red bean yg berkeliaran di sini, yg dtg hanya utk menghasut dan berlakon kunun mereka itu Melayu-Islam.

    Teguran Hajar sy tidak nafikan. Memang dulu sy penyokong kuat DrM, tapi sy lihat perubahan ketara dlm approach DrM yg sy fikir tidak manis bagi beliau utk terus menyalahkan UMNO dan Najib dlm isu yg melibatkan perancangan ekonomi-politik tertinggi yg sedang diusahakan pasca polisi DrM dan kegagalan DEB.

    Apapun, sy berpendapat bhw DrM masih boleh memperbaharui silaturahim dgn Najib, dan bekerjasama ke arah kebaikan ummat. Pihak kroni yg menghasut DrM pun sudah akur bhw Najib sudah mengesan dan gerakan mereka semakin terbatas.

  5. milshah Sep 28,2016 2:55 PM

    Assalamualaikum Tun,

    There has been great response from Pakatan leaders on your proposal for Tan Sri Muhyiddin to be the next PM. Some of them have said they prefer Anwar to be the PM. PKR said they want an interim PM in light of Anwar still in prison.

    I feel many PPMB would want Muhyiddin to be PM as well. However, we should have a give and take approach less this young coalition comes crashing down.

    In the event that Pakatan do win the election it should be based on the majority of whom they prefer to be PM.

    However, any future PM from Pakatan must never have the same powers as Najib. He must never have the power to fire the AG, to transfer officials, to be Finance Minister or Home Minister, the power to control the parliament and supreme council. There must be check and balance. There must be seperation of powers. The MACC, PDRM, BNM and AG must have the power to investigate anyone that breaks the law without any obstruction.

    If these are in place, then anyone can be PM, who have the majority of support from the Pakatan coalition.

    This is just my opinion.

  6. HassanNik Sep 28,2016 2:55 PM

    How i wish DS Najib and his comrades of UMNO/BN in the Malaysian Cabinet summon Tun Mahathir in respect of the latter’s posting especially on this, and quote, “Undi tidak percaya dalam Parlimen tidak boleh diadakan kerana ahli parti BN disuap dedak, diugut dan ada yang dipecat. Mereka tidak bebas. Sekali lagi Najib menidakkan proses undang-undang untuk kesejahteraan rakyat”. My wish is as such because i found that Tun Mahathir is all through very sincere and very much responsible in his critics on DS Najib and his government. Wallahu’alam!

  7. pahlawan papan kunci Sep 28,2016 12:25 PM

    Saudara Karl, saya lebih kesihan lagi orang tua tersebut gagal melihat “the big picture”

    Apa nak buat, kalau sumber informasinya hanya dapat dari sebelah pihak sahaja. Seperti katak bawah tempurung. Atau…

    Analoginya seperti katak yang direbus. Masukkan katak dalam periuk berisi air sejuk. Kemudian nyalakan api. Dia tak akan sedar yang air semakin panas. Lama-kelamaan katak tersebut mati direbus. Katak tu tahu apa? Mungkin dia happy je sampai mati duduk dalam air tu.

  8. Kamarulaznan Sep 28,2016 9:12 AM

    Assalamualaikum,

    Dasar Ekonomi Baru bergerak melibatkan semua pihak. Kita rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan sama-sama berusaha kearah matlamat itu untuk satu jangka waktu yang lama. DEB bukan letaknya diatas bahu seorang manusia. “It is not a one-man show”

    Sangat kecewa 1MDB gagal dalam masa beberapa tahun saja dan didapati orang yang terlibat dalam pengurusannya mempunyai sejumlah wang sebanyak RM2.6 billion dalam akaun peribadinya?

  9. anti rasuah Sep 28,2016 6:58 AM

    Assalamaualaikum Tun.

    Kepada Kardai+Kambing “Karl”.

    Paras kemiskinan rakyat Malaysia semakin besar kerana adanya pemimpin bebal seperti Najis Razak dan orang-orang seperti kamu yang tidak pandai menguruskan kewangan dan menjana pendapatan negara.

    Kerana pemimpin bebal dan orang seperti kamulah wang rakyat hilang dan disalah urus seolah-olah “cash is king” adalah satu istilah membina sebuah jambatan menuju ke neraka.

    Eloklah teruskanlah agar orang seperti Najis Razak dan isterinya juga kamu cepat ke sana.

    Wassalam.

  10. malaysian1000000 Sep 28,2016 1:00 AM

    Salam,

    Betul kata TUN, orang yang makan “dedak” ni dah sampai tahap MERENG dah.

    Orang yang mereng pun boleh ter-kesima baca celoteh pemakan dedak ni.

    TQ

  11. papan_keyboard Sep 27,2016 10:50 PM

    utusan malaysia,mingguan malaysia.TV kerajaan,TV3,Online portal.Baru2 ni ada buat bicara media kut? aku tak ingat lupa kes malas nak baca habis tinggi baca sikit je.Diorang complaint rakyat baca terima berita macam whatup ke facebook ke.Lepas tu percaya bulat2.nak tanya la kalau media letak berita propaganda berita yg terang2 nak putar belik reality.Sapa nak baca? sapa nak percaya? bicara media ni patut kata kami tak der kebebasan The end.Senangkan.Tak payah nak perpanjang2kan ayat.Tak der point.
    Kes kerana propanganda macam ni la punca Kenapa rakyat melayu tak maju2 sampai sekarang.Tengok sepanjang 1mdb kes pecah GST pecah berapa banyak kali da kita rakyat di perbodohkan.Sampai sultan sound baru menteri2 dungul nak senyap.
    Korang laa pakai la otak Takkan tak tanya kat diri sendiri kut? mata pun tak nampak ke? korang tak nampak ke kesan2 yg terjadi kat malaysia ni.Makin teruk.Baru2 ni bil electrik naik mendadak tau.Baru2 ni kakitangan TNB pun kena buang nak jimat duit.Takkan tak nampak kut? Apa kerajaan buat untuk rakyat? ambik lagi pekerja asing banyak2 rakyat sendiri campak buang.Menganggur tanam jagung.Macam mana kami nak bayar PTPTN bodoh pun kerajaan yg memimpin.DUmno idiot BN Corrupt.Elite Party Untuk Sendiri bukan untuk rakyat.Biawak hidup tetas lagi anak biawak banyak2 dalam Dumno tak lama lagi semua orang melayu jadi bertambah bodoh.
    macam mana penyamun MO1 boleh disambut sebagai wira dalam malaysia?Haiz. demam,demam

  12. WandyCaswady Sep 27,2016 10:44 PM

    Biarlah saya terangkan kpd kamu semua…

    Kita tidak akan mampu berbuat apa2…
    Percayalah kata2 ini… Kita tidak akan mampu berbuat apa2…

    Kembalilah kpd Al Quran dan Sunnah…
    Didiklah mereka yg di sekeliling kamu jika kamu benar2 mempercayai Tuhan kamu…

  13. WandyCaswady Sep 27,2016 10:35 PM

    Kpd saudara Karl…
    Pada pendapat kamu…

    Adakah Tuhan benar2 wujud?

  14. papan_keyboard Sep 27,2016 10:30 PM

    brim? brim bagi setahun sekali.Habis tinggi pun dalam seribu lebih setahun.
    Subsidi untuk rakyat pun kena tarik balik.
    GST kutip hari2.Kerja bukannya bertambah makin sikit ada la.Persaingan sengit banyak kedai tutup tak mampu nak berniaga.Kerajaan pun tak der duit nak bayar duit kontrak! guna otak try tanya kerajaan Najis mana pergi duit GST yg dikutip tu..? Bayar Hutang 1MDB? nak tutup gejala rasuah la tu.Habis harta negara tergadai.
    6% GST rakyat pun merana da.Harga naik tak tengok harga ubat ke? naik ada la.Nak tunggu bila ada ahli keluarga sakit baru mata nak terbuka?.
    Apa cerita menteri2 perbodohkan rakyat.Apa cerita wakil rakyat dapat gaji tinggi?Tunggu masa je Kerajaan najis nak naikkan gst 11% lepas tu kata TREND ikut negara luar.Rakyat duk bayar cukai sana cukai sini nak tanya laa kepada semua! apa kerajaan najis BN?UMNO bagi kat rakyat? BRIM??? demam,demam.

  15. Karl Sep 27,2016 9:52 PM

    Aslm Sdr Kamarulaznan.

    Setiap aidul adha beribu tan daging korban, tapi masih org di Somalia mati kebuluran. Adakah kerana org Islam tak reti urus makanan utk diagih secara adil?

    Sy setuju dgn tuan, bhw ada penyelewengan agihan sumber kekayaan negara, tapi kita tak boleh salahkan DrM jika 22 tahun memerintah masih gagal DEB utk tingkatkan ekonomi rakyat seperti pasangan tua tersebut.

  16. Kamarulaznan Sep 27,2016 6:18 PM

    Assalamualaikum Saudara Karl,

    Mengapa kedua-dua orang tua tersebut masih lagi dihimpit kemiskinan? Kalau negara kita kaya seperti apa yang dilaungkan kerajaan tetapi masih ada rakyat yang miskin, tidakkah kita tertanya mengapa boleh terjadi?

    Sedarlah kita bahawa ini adalah salah satu tanda adanya unsur penindasan oleh pemimpin yang mementingkan wang keatas rakyat.

  17. adelheid Sep 27,2016 5:37 PM

    Dear Tun,

    Rule of law is dead for Malaysia. There is only rule by Najib, rule of Najib. Nothing much we can do as long as he still rules. Even the raja-raja are eradicating fast under this rule of Najib.

    Nevertheless we are not giving up hope. With the Pakatan ever so staunch in their convictions and PPBM, you Tun Mahathir is the catalyst for real change, you are the mover. You guys must must work in synchronise and put your differences aside for the sake of winning back this country from the bandit kleptocrat UMNO-BN.

    To transform is never easy. You know it’s not. You endure pain and time. But it will definitely be worth the pain and time when triumph is ultimately the rakyat’s.

    Take care dear Tun Mahathir.

  18. Karl Sep 27,2016 4:52 PM

    Tadi di sebuah mesen ATM, saya terdengar ucapan syukur seorang Pacik, “Alhamdulillah … mujur ada BR1M”.

    Terpancar kegembiraan yang amat sangat di wajah tua itu, saya lihat seperti ada genangan airmata yang belum ngalir jatuh ke pipinya ketika beliau menghulur RM250 kepada isterinya yang menunggu.

    Saya memandang mereka dan kami berbalas senyum, saya mengangguk hormat sebelum mereka berlalu. Hati saya menjadi sayu, dan terasa sebak bila melihat warga tua yang hidup dalam syukur walaupun kemiskinan terus menghimpit mereka di hujung hayat.

    Terbetik di hati saya, “apakah perasaan mereka ini terhadap DrM yang mati-matian mahu kerajaan berhentikan bantuan BR1M ini.” Astaghfirullah al-adzim.

  19. Hajar Sep 27,2016 4:36 PM

    Salam YAB dan Yang Amat DiKasihi Tun,

    Izinkan saya Tun:

    Kepada Sdr. Karl (Sep 27,2016 12:24 PM), sama-sama (you’re welcome).

    Alasan anda untuk mencela/memfitnah Tun amat lemah kerana yang sedang dengan rakusnya (kerana BERKUASA dan ber-WANG haram) menghancurkan ‘Negara, Bangsa dan Agama’ ialah PM Najib Razak @ Ah Jib Gor (yang anda pertahankan dengan gigih).

    Kemudharatan yang Tun lakukan (mungkin kerana terpaksa; ada juga yang saya tidak setuju) kecil berbanding kemudharatan BESAR yang DSN & gang sedang lakukan.

    Bijakkah anda dalam penilaian anda? Ataupun ‘kuasa wang’ telah mengaburi mata (hati) anda?

    Cuba baca balik apa yang anda tulis seperti berikut (saya ‘quote’ sedikit):
    “But still, not unlike Dr Evil in the scene where he reminded Number Two, “you have to update me ..” I have to add here, and sadly to update many of us, that Tun is not the PM anymore
    4. I hope Najib reads Tun’s blog, so that he is aware of what his advisers@con-sultans are ‘updating’ him with lately …”

    Lupakah anda wahai Sdr. Karl? Sekarang apa sudah jadi? Inilah sebab saya selalu kata yang anda ‘cakap tidak serupa bikin’. Alahai…

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  20. HouseWife Sep 27,2016 12:57 PM

    Assalamualaikum Tun,
    Tun, the war on propaganda has begun. The subordinates of MO1 especially the likes of ‘orang-orang’ will relentlessly create a recipe with a rich blend of hypocrisy and dubious lies and accusations towards Tun and BERSATU. But we’ll never forget how, when and why MO1 committed the enormous blunders that have detriment the good name of Malaysia.

    MO1 is not a clever economist. With his limited know-how, what he has created all his years as PM are young debtors and more young future debtors and they will be debtors for life. And by this ‘creations’ it is said good for the country’s economy?! Just look at the numbers of ahlongs mushrooming, even the banks are behaving like ahlongs! I’m perplexed that he could pledge so much money here and there like he’s the keeper of BNM. Ya, he’s the keeper of MoF, so does that make him above BNM and allows him to throw money around as he pleases? I mean really, are there so much money in the banks? Is our economy feeling good as said by his pengikut taksub? If so, why the need to create so many 1Malaysia policies which are becoming so confusing that people just don’t know which and where to believe and look up to for assistance. These policies are purely made for his loyalists and pengikut taksub. Majority who are living ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ will remain so as they are, as their ‘proceeds’ to win votes or stardom as political rescuers by giving hand-outs in cash or items or whatever pleases them.

    MO1 has gone too far and cannot turn back. He needs Umno to rescue him. “Orang-orang’ and sewaktu dengannya are now in top gear. Their main purpose is very obvious ie to deceive the people into believing that what is happening now all due to Tun. The blame game has started, they’re attacking with the same old song, “Tun did this, Tun did that so we follow la!”. They will ingeniously corrupt the people’s minds with twisted stories to compete with realities. They’re well-known for producing deliberate deceitful twisted stories. Everybody knows PRU14 is just around the corner, so they’ve started being ruthless and inhumane towards Tun and BERSATU and create lots and lots of excuses stories simply to make them look pitiful and make Tun look bad instead.

    The blunders done by MO1 in swindling and stealing the country’s funds for own enjoyments and the hidden secret in stashing into own bank account pak arab ‘donation’ RM2.6 billion to use as he pleases must never be left a vacuum in the people’s minds. These blunders must always be put in the attention of the people and media. You know Tun, they may come up with stories to overtake the news of the implementations, measures, deeds, strengths and progress of BERSATU. Well, Tun and friends cannot ignore them too but to fight back diplomatically and truthfully. Keep telling the people the truths, no lies and no hidden agendas. Keep attacking on the cheats, swindling, corruptions and frauds. In time, they will face disastrous consequences for their own bad deeds.

    May Allah Bless you Always and Protect wherever you are Tun. May Allah grant you great wealth in health, happiness and knowledge. Please take extra care in your safety and Thank you Tun.

  21. Karl Sep 27,2016 12:24 PM

    Kepada Hajar.

    Terima kasih tak terhingga kerana anda telah memartabatkan komen saya secara pasti.

    Saya sokong tindakan DrM apabila ianya baik untuk rakyat, tapi tak semestinya saya sokong DrM bila tindakan beliau memudaratkan agama, bangsa dan negara.

    Ni nak habaq mai.

    😀

  22. shafiq88 Sep 27,2016 10:41 AM

    salam tun..

    saya menyokong seluruh tindakan tun selama ini kerana negara kita semangkin pergi ke arah kegagalan,yang mana negara ini telah ditakbir oleh pemimpin yang gagal memajukan negara dan gagal menguruskan kewangan negara dengan baik dan telah menyebabkan rakyat menderita dengan kerajaan yang sedia ada sekarang ini.saya berharap tun akan terus berjuang untuk menentang mereka yang telah menyebabkan rakyat menderita..saya akan doakan tun supaya diberi kesihatan dan dipanjangkan umur agar dapat mempertahankan kedaulatan negara malaysia dan rakyat malaysia yang semangkin dihimpit oleh kos sara hidup yang tinggi dan kerajaan yang gagal mempertahankan rakyatnya dari kesusahan..

  23. Hajar Sep 27,2016 10:35 AM

    Salam YAB dan Yang Amat DiKasihi Tun,

    1. Teruskan perjuangan murni Tun yang ikhlas membantu rakyat marhaein untuk menegakkan kebenaran dan melawan kemungkaran.

    2. PM yang korup, lemah, suka berbohong, menyonglap duit rakyat/negara, etc. mesti disingkirkan.

    3. Nak habaq mai kepada yang terus mencela Tun di sini, terpaksalah cek perturunkan semula rekod penulisan hang (Lans Koperal Anai-Anai Kor Semboyan) di Chedet pada masa silam (maaf na…):

    ///
    Quoted:

    “We can actually formulate our own system to defend our economy, like Tun brilliantly did during the Soros attack by pegging the ringgit. Even the economist giant like Krugman could not come up with a solution like Tun’s.

    You saved the country and you have shown that with a clear heart and mind, we can solve many problems if we study it properly and apply our own solution, not the IMF’s or the western govt’s who want to install their client regime in our country”

    ///

    P/S: Kepada ‘Puan Faridina’ 🙂 , cer baca apa yang dia pernah tulis dulu di Chedet… macam tak percaya..’split personality’ kot. Alahai.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  24. zulu Sep 27,2016 10:08 AM

    Seems like Malaysians starting to forget Najis’s looting job and fine with their money used for his family’s luxury life.

    Their money were looted in front of their eyes but still Malaysians don’t take it seriously. Seems they are very rich and what Najis and family swindled is not a big money for them.

  25. penghulumalaysia Sep 27,2016 12:54 AM

    Assalamualaikum Ayahanda Tun yang dikasihi.

    Dalam keadaan politik yang rumit ini, saya tetap bersama pertahan jalan yang lurus di hadapan.
    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN – Allah yang Satu
    KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA – No comment
    KELUHURAN PERLEMBAGAAN – hahahahaha
    KEDAULATAN UNDANG-UNDANG – hik hik hik
    KESOPANAN DAN KESUSILAAN – Budi Tun Tetap Di Kenang dan di contohi. Amin Ya Robbal’alamin.

    Terima kasih Tun. I know you’re not giving up. We need to correct with the help of Ilaahi.

  26. faridina Sep 26,2016 10:35 PM

    Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    Sementara tiada isu untuk dibahaskan buat saat dan ketika ini maka kami terpanggil untuk mengulas sedikit berhubung buku bonda Tun Dr Siti Hasmah iaitu “My Name Is Hasmah”.

    Apabila membaca buku ini samalah seperti kita membaca hampir keseluruhan kisah hidup Tun M almaklumlah mereka telah berkenalan sejak 1947 lagi.

    Kami menyarankan pembaca2 membeli buku berharga RM80 ini kerana banyak perkara2 menarik yang boleh dipelajari dari pasangan romantik ini Det & Deh.

    Tun Siti Hasmah orangnya jujur ikhlas dan banyak perkara yang tidak diketahui umum diceritakannya dan ada beberapa peristiwa yang akan membuat anda tidak kering gusi tertawa melibatkan kedua2 mereka (ini kami berani jamin kalau tak menggeletek hati pulangkan buku pada kami :)).

    Ada juga diselitkan kisah ketegasan Tun M yang berpegang teguh kepada prinsip tidak berkompromi dengan nepotisme yang melibatkan keluarga terdekat Tun Siti Hasmah sendiri.

    Percayalah kepimpinan yang hebat bermula dari keharmonian sebuah rumahtangga apatah lagi ianya boleh bertahan hampir 60 tahun lamanya.

    Wasalam Tun.

  27. rakyatmy2020 Sep 26,2016 10:28 PM

    Najib sudah gila duit nak jadi ‘King of Cash’. Ingat semua harta Negara kepuyan dia sendiri and bini. Terbang sini sana kata kerja dan meeting tapi bini berbazir dengan credit card si Najib sampai US$ 6 juta. Ringgit 24 juta, RM 24,000,000 !! Duit banyanya untuk berlian dan hand barg show off sini sana, lebih kaya daripada raja and permaisuri.

    Yah sedih rakyat Malaysia yang dapat gaji kurang daripada $4,000 sebulah, untuk makan sekeluarga 2 sampai 5 anak. Credit card put sudah max untuk beli TV and bayar letrik. Pilihan raya sokong Najib, perpuluh pulih janji naik kan tahap hidup rakyat, tapi, sebenarnya untuk rakannya sendiri saja. Bagi lah makan dedak si anjing buat lah kerja yang suruh, sampai bunuh hampos dengan c4 pun tak kesa.

    Rakyat tak ada telinga, dengar berita buruk Najib pun buat tak tahu asal kan Najib bagi cash. Baca lah suratkhabar asing, tanya lah kawan kawan, berapa ribu juta Najib and dalam bank account. Kenapa dia ada begitu banyak duit? Pak Arab yang derma katanya. Tanya lah sendiri, pak Arab tu gila kut, derma RM2,600,000,000 untuk si Najib dah tidak mahu apa apa pun, mungkin pak Arab ni sayang sangat Najib. Tapi pak Arab ni bernama Tan, hairan pun namany tidak bermacam Arab.

    Sedihnya Rakyat Malaysia yang tidak faham apa yang berlaku tapi hidup susah dengan naik harga, GST and toll lerburraya.

    Bagun lah, si Rakyat Malaysia. Jangan dengar saja yang apa yang diberi tahu. Tanya sendiri, keluarga, kawa kawan dan anak anak. Apa yang betul, apa yang salah, tidak kisah agama atau bangsa, yang salah memang salah.

  28. sibotak Sep 26,2016 4:31 PM

    Yang Nyata
    Najib yg bolih selamatkan UMNO
    UMNO tidak bolih selamatkan Najib
    Ini cabaran anggota dan pertubuhan UMNO sekarang

    Najib perlu berundur untuk Selamatkan UMNO
    Nasi sudah jadi Bubur
    Tak payah Najib nak bersusah payah nak selamatkan diri beliau
    Najib sudah jadi Kebencian Malaysia malah satu Dunia pun dah tahu tembelang Najib

    Malaysia Tidak Rugi
    Malah UMNO akan beruntung dan memulihkan image UMNO tanpa Najib

    Siapa dia Najib sebagai PM yg hanya membazir , menjahanamkan harta Malaysia
    Tidak ada satu kenyataan hingga kini pentakbiran Najib menguntungkan Malaysia
    Malah Malaysia dalam Keresahan sentiasa

    Siapa Najib di mata Malaysia ?
    He is Nobody

  29. master Sep 26,2016 2:28 PM

    ASSALAMUALAIKUM YANG MULIA AYAHANDA TUN DAN KERABAT SEMUANYA. Good Day.

    Tertanya-tanya mengapalah si najib ni boleh jadi sampai teruk sangat perangai dia ni…
    a. Nak kata tak pandai, dengar cerita belajar ekonomi sampai kat London nu.. Mustahil tak reti pasal akaun, bisnes, kira-kira dan pasal duit duit ni. Mungkin score subject manipulasi kot..
    b. Nak kata tak kaya, rasa-rasanya dia ni tak pernah miskin pun… Anak orang kaya bro…Makan KFC tiap tiap minggu tu…kau ada
    c. Bab politik, tip top… orang sibuk nak pergi tengok konsert, dia dah jadi ahli parlimen lepas tu jadi ahli pelamin 2x pulak tu. Sibuk bro…..Pengalaman, berpuluh puluh tahun, anak bekas PM tersohor pulak tu.. Eii jangan buat kerja..
    d. Tentang karisma, sekali tengok je… fuuh, mamat ni tinggiiii, putih melepak, bibir merah menyala, segak bergaya, lembut orangnya…berkenan sangat makcik nak buat menantu, kan orang tua tua dah kata, air yang tenang jangan disangka tak de buaya laut masin…menambah aje
    e. Agak agaknya kenapa ye, tetiba je ni dia kemaruk kebulur tak tentu hala
    f. Nak kata pasal bini dia, banyak jugak logiknya. Tapi sebelum sebelum ni elok je. Mungkin terpengaruh dengan kata kata pujangga (kata-kata motivasi majoriti wanita) “wanita mendodoi buaian ini akan menggoncang dunia”. Apa ke bende menggoncang dunia, tsunamilah jadinye, porak peranda. Kan elok aman tenteram, nak hebat pun tak payahlah nak sampai nak goncang dan gegar dunia. Nak show off lah tu. Tak baik riak dan takabbur nanti masuk neraka. Tapi tak semua perempuan macam tu especially Tun Hasmah dan Mak aku
    g. Tengok riak muka si najib la la ni alahai dah tak layak dah, macamanalah nak jadi wakil Melayu, pasal Islam tak yah ceritalah. Kejap kejap moyok macam ayam berak kapur (agaknya makan dedak tercampur bertih jagung kot, alergik jagung), kejap lagi karang mukanya nampak ikhlas sangat tak happy langsung. Hoi…rakyat tengoklah bro. Cover coverlah sikit, kau tu PM Malaysia..Buek malu kek orang kampong yo…Baik kau berenti, makan pencen lagi baik ataupun setidak-tidaknya nanti ada orang tukang bagi makan tapi kena diet sikitlah sebab kena makan dalam tray macam sekolah asrama dulu-dulu. Lama lama jadi biasalah tu.
    h. Mana datang tetiba cita cita EMPIRE kau ni hah, nak jadi billionaire lah, ada hati nak takluk Hollywood lagi…eee gelinya ketiak aku, pergilah dulu buat teater kat istana budaya dulu… istana budaya!, apa kelaas bro..
    i. Yang kau pergi rembat duit negara beribu ribu juta tu kau nak buat apa, joli sana joli sini, labur sana labur sini konon pandai sangatlah, sekarang dah tak boleh bayar…membujur lalu melintang pukang, hutang dah menimbun, asal boleh jual kau jual, sape nak beli pun boleh…Nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda…………Tanah di pijak milik orang.
    j. Tak kan lah lembab sangat pergerakan pertahanan negara kita ni, tulah kalau pemimpin dah banyak sangat duit, negara nak hancur pun tak boleh perasan. Ini bukannya kes sejuta dua….. Lantak pi lah yang penting aman, duit aku pun banyak lagi, kata depa. Tak ada vision langsung. Balik balik Mahathir, balik balik Mahathir jugak yang kena buat kerja. Hangpa tak kesian ke, kalau orangtua/bapak korang dah umur lebih 90 tahun masih kena buat kerja. Harapkan korang, hampeh. Negara dah nak hancur dah ni. Bengong ke apa korang ni. Harap harap yang berkenaan tu bangun dan sedar. Jangan jadi PENAKUT. Kalau tak faham jugak, elok sangat pergi cari guru belajar agama buat bekalan akhirat…lebih baik.
    k. Najib tak kan menyerah,………nak mampos!… Dia ada geliganya juga. Kecik kecik tak puas main kejar kejar dan main nyorok nyorok agaknya. (Tangkaplah aku kalau kau boleh…bisik hatinya). Jap lagi dedak dah nak abis tu…Kat luar tu ayam kampong, ayam daging, ayam serama dah bising tu….lapar agaknya……eeeh itik serati pun ada…sampai bila najib hoi.
    l. Perjuangan masih panjang, biar kita sedikit tapi bak garam yang secubit tapi masin satu belanga. Di Tanah Airku yang keramat ini pasti ku pertahankan maruahnya. Kerana disinilah segalanya bermula……Balik balik KITA jugak yang beriya iya nak mempertahankan TANAH AIR, bangsa MELAYU, RAJA RAJA & AGAMA ISLAM.
    m. Yang berjuangnya kita, yang miskinnya kita, yang tak makannya kita, yang kena pijaknya kita………KORANG MENTEDARAH TAK CUKUP CUKUP. INGAT HAAA………
    n. AKU TAK RELA AGAMAKU DIHINA, AKU TAK RELA BANGSAKU DIPIJAK DAN AKU TAK RELA TANAH AIRKU DIJAJAH LAGI.
    o. YA ALLAH, selamatkan dan rahmatilah negaraku yang tercinta ini. AAMIIIN

    TIADA MAAF DIPINTA, SEMUANYA DITULIS DENGAN IKHLAS
    I’LL BE BACK

  30. Karl Sep 26,2016 8:43 AM

    Entri DrM kali ini, jelas terbayang kekecewaan DrM selepas YDP Agung menolak rayuan DrM utk menyeret Raja-raja ke dalam kancah politik.

    Titah YDP Agung bahawa kempen tandatangan Deklarasi Mahathir tidak mematuhi Perlembagaan dalam pembentukan sebuah kerajaan adalah satu penampar Jepun yg hinggap di muka DrM. Kena sekolah dgn YDP. Kaw kaw.

    Ni nak habaq mai.

  31. tariqmind Sep 26,2016 12:35 AM

    Salam Tun,

    Satu point amat penting saya nak ‘highlight’ dalam Post Tun di ‘Malaysian Official 1’.

    Point Terakhir. (Dipetik Dari Saman DoJ)

    XXI. Page 76 para 264. ” Bank records associated with the Tanore Account show that TAN was the beneficial owner of the Tanore Account, from which the $681,000,000 payments to the account of MALAYSIAN OFFICAL 1 (Najib) were made, and that 1MDB OFFICER 3 was added as an authorized signor on the Tanore Account roughly one day before the first wire of $620,000,000 was sent from the Tanore Account to the account of MALAYSIAN OFFICIAL 1 (Najib).”

    ………

    Penjelesan oleh DS Najib dan pemimpin UMNO dari Kerajaan kepada seluruh anggota masyarakat bahawa derma USD 681 million (RM 2.6 billion yang mahsyur di media) bahawa datangnya dari ‘Tok Arab’.

    Dari petikan atas ditulis bahawa ‘beneficial owner’ atau pemilik akaun Tanore Finance Corp yang menderma adalah ‘TAN’ iaitu Eric Tan Kim Loong, kenalan Jho Low.

    Soalan ‘PENTING’….

    Bagaimana penderma Eric ‘TAN’ seorang Cina tapi bangsanya ‘Arab’?

    Mungkin Tun boleh tanya pendapat-pendapat orang ramai setiap kali memberi ucapan berkenaan Kes 1MDB. Cuba tanya adakah ‘Rakyat’ Malaysia atau Bangsa Malaysia, Bangsa mudah diperbodohkan?

    *Ps : Tanore = ‘Tan’-ore, TAN = Eric Tan, ore pula bmaksud bijih dlm Bahasa Italy..myb bijih (lubang duit). nama company xdak kena mengena dgn bahasa Arab.

  32. faridina Sep 26,2016 12:04 AM

    Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    Buat Hajar selaku kalangan otai2 blog ini terima kasih kerana pencerahan siapa Karl atau Karldai kedua2nya bukan nama sebenar.

    No wonderlah dia bertegur sapa dengan wajaperak macam dah lama kenal dan tak berani nak berbalah atau bertelagah dengannya.

    Sah-sahlah Mamat ni seperti yang diriwayatkan tapi koi tak puashati sebab semenjak dua menjak tak boleh bukak karl-iskandar.ml mesti dah dapat beribu2 email address bolehlah tawarkan skim to skema aok tu ya 🙂 .

    Ana dengar cakap Cruze malaslah nak layan budak skema ni elok dihebahkan berita buat orang2 Perak (salam buat Salleh Sungkai) kome jangan lupa datang beramai2 ke;

    Perak Bersatu bersama Tun M & TSMY
    Dewan EMV, PPMP3 Plaza Bowling
    (Belakang AEON Sri Manjung)
    Tarikh: 2 Oktober 2016 Masa: 8.00 mlm

    Ambil kesempatan ini untuk mendaftar sebagai ahli PPBM sekali. Jumpa mika di sana ya sebelum tu kita pekena nasi ganja di Ipoh dulu.

    Wasalam Tun.

    p/s – Bro Zubir nanti lepas program kita pi tengok ‘The Magnificent 7’ kat AEON alrite dan nak tanya bab uncle MC.

  33. anti rasuah Sep 25,2016 9:41 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Sedikit saya nak sentuj tentang keahlian PPBM.

    Tinjauan rambang pergaulan saya mendapati ramai kawan-kawan saya menyertai PPBM.

    Ada yang maklumkan memang ramai ahli-ahli umno yang tidak boleh menerima cara Najis mentadbir negara. Ada sebahagian mereka sertai PPBM dan ada yang secara diam akan menyokong PPBM atau tidak mengundi UMNO atau BN.

    Ramai juga yakin PRU14 Najis akan digulingkan. Dia adalah ketua parti yang tiada integriti dan rasuah lagi tidak bijak. Rakyat atas pagar pastinya memihak kepada bukan UMNO/BN. Kerana apa? Kerana ketuanya.

    Tambah satu lagi manisfesto Tun:

    Gantikan BR1M dengan kaedah yang lebih cerdik jika mahu membantu golongan yang miskin. Contohnya perluaskan peranan Lembaga Zakat di setiap negeri untuk membantu golongan Islam yang memerlukan manakala yang bukan Islam kita tubuhkan badan seperti zakat negeri tetapi khas untuk jaga kebajikan masyarakat bukan Islam.

    Banyak cara lain yang lebih elok dan bijak Tun.

    Kawal hartanah khususnya harga rumah pun sebenarnya boleh dikawal dengan syarat kerajaan berani dengan beberapa pendekatan tidak popular kepada pemaju perumahan tetapi baik untuk rakyat akhirnya rakyat akan berpuashati dengan kepimpinan yang berjuang demi rakyat.

    Wassalam.

  34. milshah Sep 25,2016 9:16 PM

    Assalamualaikum Tun,

    I’ve been wondering about Najib’s statement regarding your meeting with the Agong. He made a statement on behalf of the Agong. It seems so out of place.

    For one thing, if the Agong wants to say something he does not need Najib to talk on his behalf.

    Another thing that puzzles me, Najib is famous for his golden silence on anything related to the 1MDB scandal. Why suddenly he wants to talk about the 1MDB scandal, and on not his behalf, but on the Agong’s behalf?

    This leads me to conclude Najib’s fourth fear. He fear the Agong and the Majlis Raja-raja. Constitutionally, the true leader of Malaysia is the Agong and not the Prime Minister.

    If the Agong decreed for those guilty of the 1MDB scandal to be brought to justice, wouldn’t the government i.e AG, IGP, etc be duty bound to follow his decree?

    I may be wrong, but I think Najib does fear the Agong that led him to speak on his behalf.

    On another note, I have submitted to be a member of PPBM lifetime. May Allah save our religion, race and country.

  35. Hajar Sep 25,2016 2:38 PM

    Salam YAB dan Yang Amat DiKasihi Tun,

    Sudahlah Sdr. Karl. I know you better than most of the commentators here.

    Anda bukan orang baru di blog Chedet. Sudah bertahu-tahun dah… tapi beri komen sekali-sekala. (Jika saya silap betulkan saya.)

    Kononnya, penyokong2 Tun M naif dan mudah ditipu. Alahai. Hang ni tak habih2 meroyan.

    Ataupun Sdr. Karl rasa amat kecewa kerana ramai yang sudah tahu dan sedia maklum dengan segala kelentong, celaan dan fitnah anda… Oghang (orang) tak percaya kat hang dah…

    Sekarang sudah JUTAWAN lah ye? Ingat, hasil duit haram TIDAK BERKAT. ‘Daging haram’ akan dibakar oleh api neraka..

    Kalau tidak silap saya, bisnes hang dulu lingkup (masa tu jutawan la kan 🙂 ) sebab ekonomi dunia dan negara merudum/runtuh. Betulkan saya jika saya silap ye…(ikhlas ni).

    Saja…nak habaq mai kat orghang di sini yang hang bukan baru kat blog ni. Dulu KELAKUAN hang tak TERUK dan HAMPEH, tapi la ni, Astaghfirullah…. Hang berubah kerana faktor ‘Cash is King’. Betulkan? (kalau saya silap sila betulkan saya.)

    Hang beghentilah bagi KENYATAAN2 dangkal/bodoh, menghasut dan memfitnah di blog Tun. Banyak dosa besaq yang hang dapat. Saya bimbang hang jadi ‘BILLIONAIRE’ dosa pulak. Duit hang yang berjuta-juta ringgit takkan dapat tolong hang di ahkirat kelak.

    Hang jangan mangah na…cek cuma cakap terus terang…

    Hang yang bod*h piang dok percaya cakap dan KENYATAAN2 DANGKAL PM Najib @ Ah Jib Gor tapi dok mengata kat oghang macam2. Maaf na…

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  36. musato Sep 25,2016 12:17 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Dibacakan juga bahawa sang guru kepada Syeikh Abdul Qadir Al Jailani yang kerjanya sebagai tukang sirap memohon maaf atas kekasaran beliau ketika mengajar Sultanul Aulia’ itu.

    Dibacakan juga guru kepada Ustaz Sharhan yang bertempat di Mesir memohon maaf kerana berlaku kasar semasa mengajar ustaz tersebut. Dan kerana itu hanya 2 orang sahaja tamat pengajian dari 10 orang yang datang menuntut.

    Permohonan maaf ini kerana rasa bersalah apabila berlaku kasar dan teruk semasa menurunkan ilmu yang ada pada anak murid.

    Kata guru tersebut, ini kerana jin itu (perubatan Islam) amat kasar dalam perlakuannya. Malah jika diterangkan sifat sifat makhluk itu ; adalah suka menipu.

    Malah kekuatan makhluk alam ghaib ini diterangkan dengan turunnya wahyu kepada Rasulullah saw semasa diganggu dengan perasaan was was melalui peranan jin ini di dalam surah An Nas dan Al Falaq.

    Namun begitu, kekuatan jin tidaklah setara dengan makhluk ciptaan Allah swt yang dinamakan manusia yang dijadikan khalifah di muka bumi ini.

    Kisah ini boleh diperolehi melalui bacaan cerita mengenai kerajaan terhebat Nabi Sulaiman a.s, satu kisah yang saya ikuti dan pegang sehingga saya sembuh dari gangguan.

    Jantung berdenyut kencang apabila bangkit dari tidur. Badan kepanasan seperti terbakar ketika waktu dingin. Badan kesejukkan ketika waktu hangat.

    Perasaan marah membuak buak. Perasaan berani mati datang. Perasaan menyerah jiwa dan raga pada Allah swt walau pisau di leher. Fikiran melayang layang. Fizikal merosot. Jiwa menjadi was was.

    Luar dan dalam digodel godel. Dikorek korek dan disentap sentap.

    Apakah salah sang guru mengajar anak muridnya dengan keras dan kasar?

    Adalah satu perkara yang saya tidak sangka berada di sini dan memberi pendapat berkenaan negara dan diterima pendapat itu. Salam sejahtera ke atas Nabi ku Nabi Sulaiman a.s yang mempunyai kerajaan terhebat sepanjang zaman.

    Dan benarlah berkenaan hadith yang menyatakan bahawa sebaik baik jin adalah sejahat jahat manusia.

    Tunjukkan aku siapa manusia yang jahat itu.

    Dan perlukah kita berdoa untuk bertemu dengan manusia yang jahat itu, bahkan tidak mempunyai ilmu jalan yang baik?

    Sedangkan mengapa kita tidak berdoa untuk bertemu dengan manusia yang baik itu, yang tentunya telah dibekalkan dengan ilmu yang telah ditunjukkan jalan kejahatan kepadanya itu?

    Terima kasih Tun.

  37. anti rasuah Sep 25,2016 10:26 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Ralat:

    6. SEMUA RAKYAT TERMASUK AGONG DAN SULTAN JUGA PM DAN MENTERI YANG MELAKUKAN JENAYAH KHUSUSNYA MELIBATKAN KEPENTINGAN RAKYAT, BOLEH DIDAKWA DENGAN TERLUS.

    7. ASINGKAN KUASA SPRM DARI KUASA EKSEKUTIF. SPRM BOLEH DILETAKKAN DI BAWAH KUASA YANG DIPERTUAN AGONG.

    8. BADAN KEHAKIMAN JUGA BUKAN LETAKNYA DI BAWAH KUASA EKSEKUTIF TETAPI DI BAWAH YANG DIPERTAN AGONG.

    Pembetulan:

    Jika Agong boleh didakwa atas kesalahan tertentu, kita letakkan KUASA SPRM dan BADAN KEHAKIMAN bebas dari mana-mana badan/institusi.

    Ini kerana seorang agong adalah seorang manusia biasa.

    Wassalam.

  38. sibotak Sep 25,2016 8:41 AM

    Kerajaan Najib hanya menberi pada Asing , Kerajaan Asing
    Mengarup dari Hasil Anak Bumi , Bumi sendiri
    Najib lebih mengutamakan image & tembolok beliau
    Lebih dari Kepentingan Negara
    Ini kepimpinan Najis yg Jijik yg perlu di singkir
    Walau kita harus singkirkan UMNO demi Najib

    Tidak ada satu perbuatan Najib yg telah menguntungtungkan Malaysia
    Kesemua yg Najib pegang Hagus begitu sahaja
    Najib sering mengarup Tanah Kerajaan demi menimbusi lombang beliau
    yg beliau gali membabi buta. Tanya saja Menteri tertentu .Adakah tidak benar ?

    Tidak ada pengertian mempertahankan UMNO jika UMNO dipimpin Pemimpin yg Lemah lagi Boros
    seperti Najib Tun Razak.
    Kesemua yg Najib sentuh Negative tidak mendatangkan Hasil malah kami Malaysia bergadai Tanah
    Bergadai Maruah

  39. WandyCaswady Sep 25,2016 8:27 AM

    This would be my last post…

    ﻭَﻫَٰﺬَا ﺫِﻛْﺮٌ ﻣُّﺒَﺎﺭَﻙٌ ﺃَﻧﺰَﻟْﻨَٰﻪُ ۚ ﺃَﻓَﺄَﻧﺘُﻢْ ﻟَﻪُۥ ﻣُﻨﻜِﺮُﻭﻥَ

    Wahatha thikrun mubarakun anzalnahu afaantum lahu munkiroona

    And this [Qur’an] is a blessed message which We have sent down. Then are you with it unacquainted?

    Al-Anbiyaa 21:50

    Jazakumullahu khairan kathiraa

  40. faridina Sep 25,2016 1:57 AM

    Assalam Dearest Tun,

    I’m as good as you Iskandar and I can sense your presence this moment :).

    Look forward your silly comment boy!

    Wasalam Tun.

  41. Karl Sep 25,2016 1:56 AM

    Sy lihat rata-rata penyokong DrM di sini adalah naif dan mudah ditipu.

    Mereka buat andaian itu dan ini, macam kes org buta dgn gajah. Contohnya, Puan Faridina dgn teori yg mencolek hati. Tak apa, teruskan mencuba, youre the best amongst the worst.

    Teras argumen sy dlm loghat utagha baru ni adalah mudah – bahawa usaha DrM utk jatuhkan Najib melalui peruntukan undang-undang yg berdaulat gagal kerana DrM sendiri yg memperkosa hak Raja-raja dan, yang ini macik-macik jangan lupa ya, laluan Privy Council yg DrM sembelih dan kambus di era pemerintahan diktator MahaFiraun.

    La ni, DrM dah ghaplah. Sebabnya? ada kes pecah amanah yg melibatkan ahli keluarga DrM akan diadili di mahkamah tak lama lagi, jika Najib tak diturunkan, kantoilah kawan tu dan boleh masuk lokap.

    Sebab tu lah DrM la ni dok coba buat persepsi seolah-olah undang-undang kita tak laku. Omputih kata, pre-emptive strike. End game dah dekat.

    Ni nak habaq mai. Ampa jangan maghah na.

    😀

  42. faridina Sep 25,2016 12:59 AM

    Dearest Tun,

    Thousand apologies Mansfield sir, this was the video https://youtu.be/X6R0p8l1XQE that I actually saw the glimpse of you 🙂 .

    Bagaimanapun ada dua perkara yang dikira baru kami ketahui melalui sesi soal jawab ini.

    i. Isu Pemecatan Ketua Hakim (KH).
    Baru dengar dari mulut Tun tadi bahawa yang membuat terpecatnya KH bukanlah angkara campurtangan Tun tetapi begini ceritanya ;
    KH dulu ada ke patut komplen pasal bunyi bising kerja2 pembinaan berhampiran kediamannya dengan YDP Agong (apa dia ingat YDPA kaunter komplen DBKL ke?)
    Nak jadi cerita YDPA masa tu ialah Almarhum Sultan Iskandar (Johor) semua sedia maklum daulat baginda maka murkalah baginda; mana ada pegawai kerajaan berani tulis surat kepada baginda lepas tu pasal benda remeh temeh dan lagi murka baginda bila KH tu siap beri salinan kepada (s.k.) pada semua Raja2 Melayu. Tribunal dilantik menghukum KH tanpa melibatkan YDPA atas nasihat AG dan PM lah kena tanggung 🙁 .

    ii. Tun beri penerangan yang baik di London berhubung Akta MKN.
    Tun dulu buat pindaan untuk Rang2 Undang bagi kepentingan rakyat takut tidak dipersetujui YDPA dipulangkan kembali ke Parlimen untuk semakan dan kemudian hantar balik, masih tidak juga ditandatangani oleh YDPA barulah selepas sebulan dua automatik berkuatkuasa sebagai undang2.
    Tun berkata “Masa tu kita ingat cuma YDPA boleh bawa masalah, TAK sangka pulak hari ni PM buleh buat masalah”.
    Asas bagi Akta MKN pula melibatkan hak YDPA untuk mengisytiharkan darurat dinafikan – ini bertentang dengan di atas ada rakyat(PM) pula nak ambil hak YDPA yang jelas termaktub dalam Perlembagaan dan Tun M tidak pinda langsung.

    Dearest Tun, you sure is the best and I envy the way you tackle all those questions. As always, you made us very proud to be associated with you – NOT NAJIB !

    Bon voyage Sir.
    Safe journey for both of you Tuns.
    Wasalam.

  43. zulu Sep 24,2016 11:00 PM

    There is a minister called “Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak”…don’t know in what field this crook got doctorate…now he works full time for Rosmah and Najis rather than working for the people and the country.

    Always Rosmah use him to give statements, but this crook don’t know people already knew Najis had 1MDB money in his personal account, and that came out in black and white.

    This crook thinks people will simply believe whatever he speaks…people should note that this kind of boot licker will do anything for vitamin M, so they need to prevent him from winning in next election.

  44. endro Sep 24,2016 10:42 PM

    UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN NEGARA,

    Salam Sejatera,

    Hanya beri pendapat bukan nak politik,

    1. Di sini, isu Najib tak ikut undang2 ini saya rasa seperti pekerja bawahan dan BOS atau majikan. Jika pekerja bawahan tegur BOS buat kesalahan, ianya seolah-olah “siapa lah kita” bagi pandangan dia.

    2. Jika pegawai bawahan membuat laporan terus kepada pegawai lebih tinggi dari BOS itu pun, belum tentu pegawai berkenaan tersebut akan mendengar kita biarpun kita tunjukan ada bukti BOS itu buat kesalahan.

    3. Ini kerana BOS ITU dan PEGAWAI LEBIH TINGGI DARI BOS ITU ada hubungan antara satu sama lain atau akrab. terjadilah politik pejabat atau politik kerajaan.

    4. JADI, sia-sia jika rakyat biasa membuat laporan polis terhadap pemimpin negara. KECUALI SISTEM BARAT YANG KUAT DENGAN UNDANG2.. TAPI negara asia.. sukar.

    5. SATU-SATUNYA JALAN PENYELESAIAN SAMA ADA RAKYAT SOKONG NAJIB ATAU TIDAK DENGAN PILIHAN RAYA UMUM (PRU).

    6. Jika RAKYAT Sokong NAJIB, Dia akan terus memerintah. dan lagi KENAPA CUKAI AIRPORT MAKIN NAIK? APA INI CARA NAJIB NAK BAYAR HUTANG 1MDB?

    7. JIKA RAKYAT TIDAK SOKONG NAJIB, MAKA NAJIB MESTI BERUNDUR DAN LETAK JAWATAN SECARA SUKARELA. DAN Pengikut-pengikut najib harus diturunkan pangkat supaya tidak terjadi “duri dalam daging”.

  45. balance Sep 24,2016 7:34 PM

    Tun,

    To do mistakes is human but to steal is criminal. Whatever mistakes you done is with good intention for Malaysia.

    Wish you success

  46. faridina Sep 24,2016 6:20 PM

    Assalamualaikum Dearest Tun,

    Dear Sir John Mansfield,

    Could this be the talk you were talking about?

    https://youtu.be/Don2oFRt3b0

    Seriously I can see the glimpse of you 🙂 and we really appteciate your presence.

    Thank you Sir.

    Wasalam Tun.

  47. faridina Sep 24,2016 5:03 PM

    Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    Ana bersetuju dengan ante bro cruze (orang kg. ana) bahawa jangan dilayan si karldai ni 🙂 tapi kalau kita kaji sikit siapa Karl Iskandar ni bolehkan untuk tujuan kajian Peranan Siber Trooper Upahan Najib – Modus Operandi & Implikasinya Pada Masyarakat Siber.

    Sebagai seorang STUN (siber trooper upahan najib) Karldai telah lama memantau blog ini dan apabila seorang demi seorang penyokong Najib terkorban atau berpaling tadah maka sebagai seorang yang mengaku dirinya mewakili golongan muda dengan beraninya terjun ke blog ini dengan misi kamikaze nya.

    Mulanya menggunakan karl-iskandar.ml namun kemudiannya setelah beberapa bulan mengganas di sini dia akhirnya mendakwa telah diblok oleh admin dan menghilang dalam sebulan dua untuk kemudiannya muncul kembali sebagai Karl sahaja dan juga membuka pautan palsu Bersatu juga Pribumi.

    Cerita di bawah ini hanya andaian dan rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan sesiapapun mahupun Karldai ya.

    Najib memang diketahui lebih mempercayai kehebatan dan daya kreativiti orang2 muda seperti Jho Low, Riza Aziz dan ramai lagi yang tidak diketahui.

    Ada orang muda ini di dekad yang lepas telah mengeksplotasikan dunia blogging yang masih baharu ketika itu dan mengambil kesempatan menawarkan pelbagai pakej pelaburan dengan tawaran pulangan yang tinggi semuanya macam ‘scheme to scam’ (skim untuk menipu) yang akhirnya macam piramid akan (collapse) runtuh.

    Namun sebagai usahawan kreatif dengan otak bergeliga dia mengilhamkan program ternakan ikan pula dan macam2 lagi yang tidak kesampaian sebab nawaitunya tidak betul.

    Nah Najib banyak meniru business model budak muda ini yang bergeliga ini.

    Namun pabila budak muda ini terkandas di tengah jalan dan Najib pula berjaya dengan baby project 1MDB dan project derma Arab lantas beliau mengemukakan kertaskerja STUN ala2 Red Bean dakwa dialah sebagai platform perang saraf siber tuannya Najib.

    Budak muda ini mendakwa mempunyai team yang pakar dalam dunia internet dan siber serta boleh hack dan akses mana2 site untuk kepentingan tuannya.

    Walaubagaimana macam biasalah atas kertas nampak cantik hasilnya hampa belaka namun fulus dah banyak keluar bukan bulanan tapi upfront lumpsum project basis banyak tu gagal lantas tiada rotan akar pun boleh.

    Justru itu banyak benda2 yang merepek2 merapu2 mencarut2 dikeluarkan ke sasarannya janji ada ala-ala perang psikologi serta distraction.

    Alamak cruze dakwat ana habislah pulak cerita bulum habisss…

    Wasalam Tun.

  48. cruze Sep 24,2016 4:47 PM

    Tun jumpa YDP Agong di istana anak bukit, najib kata di istana bukit malut, Tun kata deklarasi raykat, najib kata deklarasi Bersatu, Najb sudah tanda tangan di dokumen meluluskan pindahan dana najib dan menteri kata tak baca habis dan telah sign saja…makin melalut.
    Jangan jangan Karl ni najib kot, dulu para blogger kata karl ni si gagap lidah pendek puad jarkasi yang kata orang2 batu pahat kuat kroni dan ehm..ehm.. dan apabila di tendang najib kutip sebab berpotensi menyalak…..
    Kasihanilah nasib anak bangsa kita untuk masa hadapan karl.
    Paling mudah untuk kita fikirkan adalah cabaran anak bangsa kita zaman akan datang.
    Tanah pusaka semakin tiada, harga rumah apartment paling rendah rm300,000.00 sedangkan gaji mereka tidak besar mana di tambah dengan bebanan gst…
    Jangan pentingkan periuk nasi sendiri karl, azalina, salleh kruak, hisamuddin, khairi, rahman dahlan, mufti pahang, menteri besar terengganu, melaka, kedah yang dah tenat dapat balasan sebab perbuatan khianat itu dan lain lain juga raja raja.
    Tanpa rakyat yang bertungkus lumus menyemarakkan suasana pekerjaan kebajikan dan sosial serta mereka lah yang memangkah kamu semasa pru maka tak adalah kemewahan yang kamu semua kecapi sekarang.

    Hidup harus faham memahami, menjawat jawatan harus jujur kerana walau rakyat biasa mahu pun raja, apabila mati kamu semua di timbus dengan tanah yang kamu pijak bukan emas, istana, rumah besar, kereta besar atau beg tangan mahal yang mengiringi kita semua di saat mati.

    Kamu semua angkuh termasuk para raja raja apabila keuzuran tiba menepis lalat atau nyamuk di badan pun kamu tidak berupaya.

    Ingatlah wahai ali tinju dan jamal…takala usia mu di hujung keuzuran…adakah mampu kamu mengangkat pisau cukur untuk trim misai dan janggut kamu agar hensem dalam keadaan sekarang kamu sungguh bangga dengan kekuatan yang di tunjuk hingga sanggup mahu meludah tun dan ada juga yang menggelarkan tun adalah orang tua yang hilang akal…

    Masa untuk kamu semua akan sampai walau kamu mengambil ubat tahan tua….sesungguhnya kamu tiada ubat untuk menahan giliran untuk kematian.

  49. zz Sep 24,2016 1:37 PM

    ‘Karl nak habaq mai’…Najib & talibarut2 dah sekian lama bercakap secara ‘Bodoh yg sub normal’. Ni nak habaq mai…tambah seorang yg letak otak kat lutut! Jangan marah no…

  50. Hajar Sep 24,2016 1:12 PM

    Salam YAB dan Yang Amat DiKasihi Tun,

    Mohon izin Tun:

    Ni nak habaq mai..

    ‘Tong sampahkan’ saja kenyataan-kenyataan bodoh dan tuduhan-tuduhan liar yang di buat oleh Sdr. Karl. Buat peghabih boreh je..

    Awat yang hang meracau merapu-meraban ‘keluar topik’ Sdr. Karl oiii.. selalu cakap tak serupa bikin. For once, please be more intelligent and be consistent! Inilah kualiti orang upahan rejim Najib..Alahai…

    Kenyataan anda dengan kenyataan PM Najib @ Ah Jib Gor sama level – HAMPEH! Tidak berfikir dan membuat kajian sebelum membuat kenyataan, tapi perasan bagus!

    Kenyataan Najib ini memang satu kenyataan yang teramat dangkal – ia ‘memancarkan’ tahap pemikiran beliau dan penyokong2 beliau, termasuk si ‘Karl’ (yang rendah – tidak berilmu).

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  51. WandyCaswady Sep 24,2016 12:50 PM

    Karl = Attention seeker

  52. Karl Sep 24,2016 11:19 AM

    Nak habaq mai…

    Modal polutik DrM ialah membuat tuduhan.
    Dulu tuduh British Dan US jahat.
    La ni, DrM berkepit dgn depa sebab nak tumbangkan Najib.

    Tak dapat tumbang Najib, dia nak tibai UMNO pulak.
    Tibai dari belakang. Hasut ahli UMNO utk lawan UMNO.

    Dulu kita sangka Anwar saja kaki tibai belakang.
    Ropa-ropanya DrM lagi tera.

    Dulu, lama dulu tahun 1988, DrM tibai Ketua Hakim Salleh Abas sampai tesungkoq kawan tu. Sedih taw.

    Tapi, la ni DrM merangkak cari balik peruntukan undang-undang utk tibai Najib.

    Najib gelak besaq. Nak habaq mai.

    Jangan marah na.

    😀 Enjoi

  53. anti rasuah Sep 24,2016 11:07 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Setuju dalam banyak perkara pandangan dari Faridina, rimba.emas, musato, Hajar, Cruze, Kamarulaznan dan ramai lagi.

    Penubuhan PPBM adalah jalan yang paling wajar ke arah menghapuskan keegoan Najis Razak dan sekutunya.

    UMNO semakin tidak releven di mata rakyat.

    Jika kita lihat bolehkah PAS mengantikan UMNO? Saya rasa teramat mustahil kerana PAS tidak mendapat majoriti kaum kecuali atas sokongan kaum Cina,India di bawah PR pada 2 PRU lalu. Jika tanpa sokongan 2 kaum ini, siapalah PAS. Di Sabah dan Sarawak, PAS dilihat sebagai pokok tumpang yang hidup di bawah gabungan parti lain.

    Berbalik tentang UMNO semakin tidak releven di mata rakyat, ini kerana pengaruh Tun Mahathir dalam UMNO telah membuat sesetengah ahli UMNO ( kebanyakannya tiada jawatan dan melihat Najis banyak buruk dari baiknya ) walaupun tidak keluar UMNO tetapi semasa PRU akan datang akan membei sokongan kepada bukan UMNO atau BN.

    Kalau PRU13 lalu nisbah sokong BN berbanding pembangkang adalah 49:51 maka KALI INI PADA PRU14 NISBAHNYA MUNGKIN 40:60 atau mungkin lebih. Ini saya lihat kerana faktor kebodohan Najis berbanding pengaruh Tun Mahathir yang mengetuai pembangkang mungkin menjadi 40:60 atau 35:65.

    Jika pembangkang ingin menawan hati rakyat dari Perlis hinggalah ke Sabah antara janji-janji pembangkang wajarlah memasukkan dalam manifesto termaktub janji-janji di bawah:

    1. TIADA KENAIKAN LAGI PADA GST. Untuk menarik balik GST yang telah dilaksanakan oleh Najis amatlah sukar.

    2. JANJI NAJIS MEMBINA LEBOHRAYA PAN-BORNEO TANPA TOL DITERUSKAN jika Sabah dan Sarawak memberi sokongan kepada bukan kerajaan BN.

    3. TIADA KENAIKAN TOL YANG TIDAK MUNASABAH LAGI SEPERTI 80% DILAKUKAN NAJIS.

    4. HAPUSKAN KORUPSI KE ANGKA “0”.

    5. KURANGKAN BIROKRASI.

    6. SEMUA RAKYAT TERMASUK AGONG DAN SULTAN JUGA PM DAN MENTERI YANG MELAKUKAN JENAYAH KHUSUSNYA MELIBATKAN KEPENTINGAN RAKYAT, BOLEH DIDAKWA DENGAN TERLUS.

    7. ASINGKAN KUASA SPRM DARI KUASA EKSEKUTIF. SPRM BOLEH DILETAKKAN DI BAWAH KUASA YANG DIPERTUAN AGONG.

    8. BADAN KEHAKIMAN JUGA BUKAN LETAKNYA DI BAWAH KUASA EKSEKUTIF TETAPI DI BAWAH YANG DIPERTAN AGONG.

    9. PM BOLEH DIPEGANG SELAMA 10 TAHUN SAHAJA.

    10. ROYALTI NEGERI-NEGERI YANG PUNYAI MINYAK DIKEMASKINI DAN WAJAR DIBERI LEBIH DARI SEKARANG SEPERTI 10-15%.

    11. NEGERI YANG MAHU LAKSANAKAN HUDUD WAJAR DIBERI JIKA UNDIAN RAKYAT DISESEBUAH NEGERI ITU 75% MENYOKONG HUDUD.

    12. HUKUMAN LEBIH BERAT KEPADA PENYELUDUP (ORANG DAN BARANGAN), PEMBUNUH, PEROGOL, MEMBALAK HARAM, MENGEDAR DADAH, RAKYAT HINGGA KEPADA PEMIMPIN JUGA RAJA-RAJA YANG KORUPSI.

    13. HAPUSKAN RUMAH-RUMAH URUT, TEMPAT MAKSIAT SECARA SERIUS.

    14. ADAKAN JALINAN LEBUHRAYA YANG ADIL UNTUK SEMUA NEGERI DALAM MALAYSIA. SEPERTI LEBUHRAYA HINGGA KE KOTA BHARU PATUT DIADAKAN, BEGITU JUGA SABAH DAN SARAWAK.

    15. MENGADAKAN AKTA MELARANG RAKYAT MEMBURUK-BURUKKAN AGAMA LAIN. HUKUMAN BUANG NEGARA WAJAR DEMI MELAHIRKAN RAKYAT LEBIH HORMAT-MENGHORMATI ANTARA SATU SAMA LAIN.

    DAN BANYAK LAGI TUN.

    Perlu diingat Tun, bertanding pada PRU akan datang adalah satu lawan satu.

    Wassalam Tun.

  54. Kamarulaznan Sep 24,2016 11:00 AM

    Assalamualaikum,

    Menarik apa yang cuba dikatakan oleh rimba.emas mengenai keadilan yang rapoh kerana yang mengadili lemah. Ini disebabkan perkara yang besar dianggap kecil dengan menggunakan alasan negara masih aman lagi. Rasuah diambil ringan tanpa memikirkan kerosakan kepada masyarakat satu hari nanti.

    Mungkin kita boleh rujuk semula perubahan yang hendak dilakukan oleh Tun Mahathir seperti yang ditulis oleh beliau dalam ruangan “Why A New Party” perenggan 17.

  55. Fariq Islam Sep 24,2016 7:32 AM

    Assalamualaikum, Tun.

    Alangkah pedihnya tanahair kita dihantui dengan pelbagai gejala tak adil, terutamanya dalam pelaksaan.

    Salah satu gejala tak patuhi undang-undang adalah berkenaan dengan penghasutan, di mana orang-orang tertentu dibiar bermaharajalela.

  56. tariqmind Sep 24,2016 1:03 AM

    Salam Tun,

    Satu point amat penting saya nak ‘highlight’ dalam Post Tun di ‘Malaysian Official 1’.

    Point Terakhir. (Dipetik Dari Saman DoJ)

    XXI. Page 76 para 264. ” Bank records associated with the Tanore Account show that TAN was the beneficial owner of the Tanore Account, from which the $681,000,000 payments to the account of MALAYSIAN OFFICAL 1 (Najib) were made, and that 1MDB OFFICER 3 was added as an authorized signor on the Tanore Account roughly one day before the first wire of $620,000,000 was sent from the Tanore Account to the account of MALAYSIAN OFFICIAL 1 (Najib).”

    ………

    Penjelesan oleh DS Najib dan pemimpin UMNO dari Kerajaan kepada seluruh anggota masyarakat bahawa derma USD 681 million (RM 2.6 billion yang mahsyur di media) bahawa datangnya dari ‘Tok Arab’.

    Dari petikan atas ditulis bahawa ‘beneficial owner’ atau pemilik akaun Tanore Finance Corp yang menderma adalah ‘TAN’ iaitu Eric Tan Kim Loong, kenalan Jho Low.

    Soalan ‘PENTING’….

    Bagaimana penderma Eric ‘TAN’ seorang Cina tapi bangsanya ‘Arab’?

    Mungkin Tun boleh tanya pendapat-pendapat orang ramai setiap kali memberi ucapan berkenaan Kes 1MDB. Cuba tanya adakah ‘Rakyat’ Malaysia atau Bangsa Malaysia, Bangsa mudah diperbodohkan?

    *Ps : Tanore = ‘Tan’-ore, TAN = Eric Tan, ore pula bmaksud bijih dlm Bahasa Italy..myb bijih (lubang duit). nama company xdak kena mengena dgn bahasa Arab

  57. rimba.emas Sep 23,2016 11:55 PM

    Salam Tun.

    1. Sebelum ini Rimba Emas menyatakan kesalahan di dunia tidak akan terlepas kerana kita akan diadili lagi di akhirat.

    2. Di akhirat bukan sahaja yang bersalah akan diadili tetapi juga tuan Hakim yang melepaskan pesalah itu juga akan menghadapi pengadilan dari Allah s.w.t.

    3. Gambarannya dalam menegakkan KEBENARAN perlukan satu kuasa yang luar biasa yang tidak boleh merosakkan erti kebenaran itu.

    4. Sebab itulah Allah s.w.t memberi kata amaran berulang kali seperti ayat , ” Celaka besarlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan .”

    5. Lagi gambaran kepada manusia yang pandai bermain politik kotor dengan tipudaya , merasa diri cukup pintar ,mempunyai taktik dan teknik ketika di dunia dapat menipu manusia , tetapi cubalah kepada tuhan.

    6. Adakah segala cubaan ini dapat melepaskan diri dari tuhan ?

    7. KEADILAN Allah s.w.t di perteguhkan dengan kuasa dengan ayat selanjutnya , ” Ini adalah hari yang mereka tidak dapat bercakap.”

    8. Maksudnya , manusia bersalah itu ketika di dunia dapat menipu manusia lain dengan pertuturannya kini tidak boleh menafikan lagi kerana tangan-tangan mereka yang bercakap dan kaki-kaki mereka juga menjadi saksi tentang apa yang mereka usahakan.

    9. Sebaliknya dalam perlembagaan sekarang soal KEADILAN begitu rapoh kerana cara pengadilan di adili seorang manusia yang lemah yang tidak mempunyai kuasa luar biasa menegakkan keadilan sebenar.

    10. Allah s.w.t sendiri menegakkan keadilan melalui PERBICARAAN , barulah dapat menjatuhkan hukuman bersalah atau tidak .

    11. Sementara perlembagaan kita pula ada hukuman salah atau tidak tampa perbicaraan , ini bermakna kita rakyat Malaysia dalam bahaya kerana KEBENARAN DI RACUNI OLEH KEPALSUAN YANG BOLEH MERUGIKAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT.

    Wallahua’lam.

  58. faridina Sep 23,2016 11:43 PM

    Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    Kenyataan Najib dibuat secara tergesa2 kerana tidak menyangka Tun akan ke Istana Anak Bukit untuk mengadap YDP Agong yang telah berangkat pulang ke Kedah.

    Sememangnya kehadiran Tun membawa perkhabaran 2 perkara iaitu Deklarasi Rakyat dan Akta MKN yang tidak mendapat restu Majlis Raja-Raja.

    Sekurang2nya apa yang dihajati untuk dipersembahkan di Istana Negara yang tidak kesampaian telah berjaya diserahkan di Istana Sultan Kedah sendiri seolah2 satu teknik membelakangkan arahan Najib.

    Sekurang2nya YDP Agong sendiri dapat menilai keseriusan DR secara langsung dan tambahan di pihak istana mungkin telah dimaklumkan mengikut perlembagaan Majlis Raja-Raja Melayu boleh merujuk ke mahkamah sekirany tidak berpuashati dengan Akta MKN yang telah diarah untuk penambahbaikan sebelum ini.

    Maka kenyataan Najib dan PMO yang tergesa2 dengan banyak kesilapan antaranya lokasi pertemuan dikatakan di Istana Langkawi pada mulanya, kesalahan nama PPBM dan akronimnya menunjuk kan Najib tertekan dan ingin mengeluarkan kenyataan secepat mungkin.

    Kenyataan Najib itu boleh disimpulkan terarah kepada YDP Agong secara tidak langsung sebenarnya dengan memberi amaran kepada pihak istana jangan menuruti kehendak rakyat melalui ayahanda Tun sebab Najiblah batang tubuh undang2 negara ini dan YDPA mesti patuh pada arahannya.

    Ayahanda Tun rakyat sudah menerima hakikat bahawa tiada lagi saluran undang2 di negara ini dan hanya melalui peti undi sahaja boleh merubah segala2nya.

    Namun kami tetap menghargai usaha murni Tun yang tetap mahu mencuba demi kami rakyat.

    Wasalam Tun.

  59. johnmansfield Sep 23,2016 11:24 PM

    Tun,
    I enjoyed your talk the other night. It was interesting to hear people ask if you were safe in Malaysia.
    I hope you enjoyed your time in the UK.
    My thanks to your good wife for accepting my book.
    John Mansfield

  60. musato Sep 23,2016 10:17 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Berasa dah lama kita komplen pasal kelakuan Najib, bermula dengan 1MDB. Segala macam cara Tun Mahathir lakukan agar Najib sedar dan berundur secara sukarela. Tapi nampaknya tak sedar kediri jugak nampaknya. Boleh dikatakan bahwa kelakuan menggunakan orang tengah tanpa badan rasmi kerajaan serta memberi habuan serta imbuhan yang berat ke arah rasuah dengan menggunakan sewenang wenangya hasil negara dan rakyat Malaysia dianggap sebagai perkara biasa dan dikatakan orang yang menegur itu pun sama kelakuannya semasa mentadbir negara.

    Pada mulanya, saya tidak terlalu memberi galakkan pada Tun dalam perkara ini kerana kelihatan strategi tidak begitu ampuh. Oleh itu, beberapa impak telah diwujudkan pada awal permulaannya sebagai menyokong pendirian Tun Mahathir ini.

    Dan hasilnya beberapa rakan politik Tun telah memberikan cadangan masing masing bagaimana mahu melaksanakan tekanan pada Najib.Dan pada masa itu, pasukan Tun diperlekehkan kerana ‘kekalahan demi kekalahan’ terhasil.

    Seperti saya katakan sebelum ini, terdapat ruang masa di antaranya diberikan agar keselesaan antara Tun dan rakan politik Tun terjadi dengan melaksanakan idea idea yang dicadangkan.

    Namun hasil pelaksanaan cadangan tersebut tidak begitu baik.

    Sehinggalah tiba pada masanya saya memberi pendapat saya, yang mana pendapat saya tersebut dikaji dan terhasillah satu penubuhan parti baru iaitu PPBM.

    Maka dengan itu, ketahuilah sedara sedara sekalian, usahlah berasa jemu dan berasa sudah terlalu lama kita laungkan “undur Najib”, kerana ia baru bermula.

    Mengikut sejarah terdahulu, kita hanya perlukan masa lebih kurang setahun sahaja bagi mencapai keinginan kita. Bermula sekarang.

    InsyaAllah.

    Musato

    Terima kasih Tun.

  61. musato Sep 23,2016 7:35 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Najib bercakap hanya cakap Najib.

    Dengar cite Nazri Aziz kata Tun Mahathir akan diberikan apa saja untuk menjatuhkan Najib.

    Kalau mengikut pengalaman saya, Pak Lah menyerahkan pentadbiran kepada Najib sebelum pilihanraya ke 13.

    Atau mungkin Najib juga akan menyerahkan pentadbirannya kepada penggantinya sebelum PRU ke 14?

    Jikalau berlaku sedemikian…wow!! Bukan sekali berlaku tapi dua kali. Itu bukan kebetulan namanya.

    InsyaAllah.

    Teringat saya pada bacaan sejarah perkataan InsyaAllah, bilamana Rasulullah saw mendahului keyakinannya akan datangnya jawapan dari Allah swt tanpa menyebut InsyaAllah (dengan izin Allah swt).

    Terima kasih Tun.

  62. Buddies_Man Sep 23,2016 6:34 PM

    Salam Tun,

    Again you are right.

    The gasing SPINNING is getting slower and slower.

    The Royal is true, just a symbol.

    Hv a good holiday Sir.

    The truth will prevail. You are the catalyzer.

    Again Thank You.

    Wassalam

  63. Kamarulaznan Sep 23,2016 6:04 PM

    Assalamualaikum Tun,

    Setuju dengan kata-kata Tun itu. Undang-undang tidak boleh ada pengecualian kepada mana-mana individu atau kumpulan.

    Di Mahkamah, semua pihak akan diberi peluang untuk mengeluarkan bukti dan berhujah. Apa yang perlu ditakutkan kalau seseorang itu percaya dia tidak bersalah? Bercakaplah sepuas-puasnya di dalam mahkamah dan biarlah diadili dengan sewajarnya.

    Malangnya proses ini tidak berlaku. Bagaimana hendak mendapat kepercayaan rakyat?

Leave a Reply