TOTAL VISITORS FROM 2008:

CASH IS KING 49

1. Wang (tunai) itu Raja. Maka ramailah yang menyembah Raja ini.

2. Wang boleh diperolehi secara halal melalui gaji, upah dan keuntungan perniagaan.

3. Tetapi wang juga boleh didapati melalui pencurian, penipuan dan rasuah. Wang yang didapati dengan cara ini tidak halal, bahkan haram. Sudah tentu perolehan ini salah dari segi undang-undang.

4. Al-Quran menyebut berkenaan dosanya perolehan secara haram seperti mencuri, menipu (apabila menjual beli) dan sogokan kepada hakim.

5. Islam tidak melarang kekayaan asalkan kekayaan itu datang dari punca yang halal. Zakat mesti ditunaikan dari kekayaan yang diperolehi. Amal jariah dan sedekah juga digalakan.

6. Jika kekayaan itu adalah hasil dari pencurian atau rasuah, apakah yang haram boleh dihalalkan dengan membayar zakat atau membiayai kerja haji?. Alim ulama perlu kaji dengan teliti dan beri pendapat mereka atau keluar fatwa.

7. Apakah pula jika zakat yang diwajibkan tidak dibayar sama sekali dari perolehan haram?. Sekali lagi kajian perlu dibuat oleh alim ulama secara jujur berpandu kepada Al-Quran dan hadith.

8. Namun ramai orang Islam yang sanggup menerima wang rasuah (haram) dari wang yang didapati secara haram. Kalau pun punca wang itu halal tetapi jika diguna untuk rasuah, untuk sogokan, wang yang diterima tetap haram. Ini tidak boleh ditakrif sebagai rezeki. Apa kata alim ulama.

9. Manusia tamak. Walaupun sudah kaya, sudah jadi jutawan, sudah mendapat perolehan yang banyak, tetapi jika berpeluang menambah kekayaan, manusia tidak menolak.

10. Jika penambahan ini halal puncanya, ia tidak dilarang, tidak haram, tidak berdosa, asalkan zakat dibayar dan sedekah dibuat.

11. Tetapi jika tambahan kekayaan ini datang dari punca yang haram, dari hasil pencurian atau sogokan, ia dilarang, haram dan berdosa.

12. Di antara pendapatan yang haram ini, tidak ada yang lebih buruk dari sogokan. Ia merosakan masyarakat dan menjadi beban yang berat kepada anggotanya. Kehidupan menjadi amat tidak selesa.

13. Biasanya yang terlibat dengan jenayah sogokan ialah mereka yang berkuasa atau memiliki pengaruh yang amat berkesan. Lebih tinggi kuasa atau lebih besar pengaruh maka lebih besarlah sogokan. Tidak ada yang terlalu tinggi yang tidak boleh disogok. Hanya yang boleh membendung nafsu sahaja yang selamat dari rasuah.

14. Inilah yang kita lihat apabila terdapat orang yang percaya bahawa wang itu raja. Daif atau kaya, wang boleh mempengaruhi pendirian. Bangsa, agama, negara boleh dijual jika sogokan setanding dengan ketamakan.

15. Dalam pilihanraya kecil baru-baru ini ramai pengundi menerima wang dan alatan elektrik untuk dapur. Mereka anggap ini adalah rezeki mereka.

16. Sebenarnya ini bukan rezeki. Pemberian ini ialah sogokan untuk mendapat undi mereka. Penerimaan oleh mereka ialah berdosa. Samada mereka beri atau tidak beri undi menerima, sogokan masih berdosa.

17. Dalam PRU 14 duit haram ini akan ditabur dengan lebih banyak. Tabung untuk sogokan ini sudah pun diadakan oleh pihak tertentu dari punca yang haram. Penerima harus tahu duit ini duit haram dan menerima sogokan juga berdosa.

18. Jika ingin beri duit kepada yang daif, buat sedekah dari sekarang. Tetapi sedekah patut dibuat dengan duit yang halal. Ada Kerajaan Negeri yang meringankan tanggungjawab mereka yang miskin dengan duit halal. Alhamdulillah. Inilah cara yang terabit.

19. Tetapi menyembah wang tunai sebagai Raja yang boleh menjayakan apa sahaja yang dikejar, menyembah wang sehingga sanggup berdosa dengan melakukan jenayah rasuah bukan perbuatan yang sejajar dengan ajaran Islam atau pun agama-agama lain.

49 thoughts on “CASH IS KING

  1. cruze Oct 15,2016 10:09 PM

    Baru sahaja arul kanda bersoal jawab dengan mahasiswa dan dalam masa yang sama mewakili 1mdb arul mengaku bahawa mereka ambil alih TIA dari kerajaan Tetengganu, kasihan negeri Terengganu.
    Harap harap Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor dan raja raja negeri lain berhati2.

    Mereka baik ada makna tu….lihatlah nasib TIA.

    Johor sebuah negeri yang membangun kerana kebijaksanaan mereka mengendalikan JCORP dan lain lain hingga di lihat johor banyak menubuhkan rangkaian hospital pakar dan lain lain malah Johor bakal memiliki bank yang bakal di lancarkan.

    Semuga para raja dan sultan jauhi mereka yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

    Mereka tidak menghormati para raja dan sultan pada hakikatnya pegangan mereka “cash itu king mereka” dan kerana isu najib & 1MdB juga punca rakyat memperkotak katikkan institusi raja, para pemimpun, ketua2 jabatan di dalam negara kita.

    Tanpa isu 1mdb dan derma itu negara kita tidaklah sampai jadi begini.

    Pemimpin diktaktor sebenar adalah maksudnya kejam, Tun bukanlah seperti itu, Tun hanya di gelar begitu kerana Tun dilihat tiada sikap seperti boss yang penyayang dan tiada sikap mesra sepsrti yang najib cuba tonjolkan di mata masyarakat.Hanya mereka yang gagal membodek Tun sahaja akan menggelarkan Tun begitu.

    Secara am nya apabila ketua bersikap terlalu peramah maka anak buah akan pijak kepalanya kan? Umum semua faham akan ini. Apabila Tun kurang bersembang dan sukar mahu tersenyum seperti najib bukanlah bermakna Tun sombong malah beliau sebenarnya seorang pemimpin yang rajin membaca, mengkaji permasaalahan rakyat serta mencari idea untuk membangunkan negara serta rakyat dalam ertikata sebenar. Brim tiada dalam fikiran Tun saya percaya dan amat sokong akan hal ini kerana Brim berunsur melemahkan sikap rajin rakyat pada peringkat sederhana dan kebawah.

    Jika para menteri di bawah era najib mengatakan Tun adalah diktaktor!!!!!! Saya kata ya dia diktaktor tapi dalam bentuk positif.

    I like Mr Diktaktor Tun Mahathir…

    Saya

  2. adelheid Oct 13,2016 11:05 PM

    Dear Tun,

    Thank God there are still people who do not think that ‘cash is king’. Yes we do have people whose moral and spiritual values still intact within them. These are the people who will ultimately defeat Najib’s administration of corrupted social and moral values.

    It is no wonder why this government will continue to divide people according to race and religion, keep the present no quality of education, make sure the malays still live the villages as petani and nelayan – so the gomen can continue the cash is king culture sprinkling crumbs to the poor people to ensure their the gomen stranglehold of the country. While the people are fed with chicken feed the UMNO kleptocrats are fattening themselves with unimaginable wealth from illicit sources including ripping off the people the country’s coffers.

    Loss of moral and spiritual values eventhough religion is claimed to be still the stronghold of their faith. This moral decay is the number one ingredient to the increasing crimes we see each day. Ironically has there been much that this government is doing to curb them? Or cash is king – the quick remedy to an endless battle of rotting moralities.

    Nonetheless Tun like I mentioned above there are still good people around. I do not need to mention names but you know who they are.

    Goodnight dear Tun Mahathir. Take good care.

  3. hafizkenedelete Oct 12,2016 11:39 PM

    Salam Tun..
    Salam warga Chedet.
    Salam BERSATU

    Lama dah tak …..

    Aduiiii…

    Ingat da takde lagi…

    OK Tun…

    Saya akan tambah collection lagi..

    Badut sarkas batch baru..

    KARL nama dia…

    Hak tuiii…

    Sekian..

    Salam Tun..

    Cincai cincai tulis..

    HambaAllahyangmemelihara..

  4. sibotak Oct 12,2016 2:01 PM

    Kelihatan Najib & Rosmah tidak Bebas seperti dahulu Berlagak
    Dan bebas berlagak menyalah gunakan kedudukan Najib sebagi PM

    Di Malaysia kini Najib di pantau malah Najib susah nak berdepan dengan Pemimpin Luar
    Di dalam Negeri mahupun di Luar Negeri malah muka beliau macan tembok berdepan dengan rakyat

    Sememangnya Dahi Naji sudah di chop sebagai pencuri
    Tidak amanah akan jawatan yg di berikan

    Inilah padahnya manusia yg tidak tanggung jawab & amanah
    Najib sekeluarga akan berdepan dengan Karma

  5. layos Oct 12,2016 1:42 PM

    Malaysia needs to wake up yes but more importantly in knowing the real roots of malays. Malays are known as the seafaring race also known as austronesian/malay race it is the fifth race of the world. Please Dr. Mahathir and the people here please spread the message for our unification because the people of malayan race have been waiting to reconnect for centuries let’s not destroy this hope anymore. I will leave a link for people to research on what austronesia really is

    https://www.youtube.com/watch?v=8wgcuU6Sbbs

  6. anti rasuah Oct 12,2016 6:43 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Kalau Aku Raja Lawak, KARL semakin melalut.

    Bodohnya melebihi bijaknya.

    Wassalam.

  7. Che goo Oct 12,2016 2:29 AM

    Salam che det.saya ada mimpi che det,mimpi tu memang jadi kenyataan.tapi saya mintak maaf mimpi last saya begaduh dengan che det.saya ada terbaca untuk tips kesihatan dari che det.saya janji saya tak isap rokok tak minum arak dengan saya akan makan bila perlu.saya sekarang sudah bekerja,boleh tak saya nak beli kuda jantan dan betina dari che det.saya akan bayar melalui potongan gaji.saya buat akaun di blok che det atas kerana saya tak tahu nak berhubung macam mana dengan che det, jadi saya gunakan laluan ini untuk berhubung.saya betul betul nak beli kuda che det ni.saya berharap che det luluskan lah.saya memang suka kuda.saya nak biakan kuda dan saya mahu orang malaysia naik kuda. Tak isap rokok tak minom arak.ï

  8. HouseWife Oct 12,2016 1:51 AM

    Assalamualaikum Tun,
    Tun, mesti perasan ada orang nak manipulate pemikiran disini dan luar disana. Sekarang mereka isytihar perang psychology, cuba mengalih tumpuan kita daripada isu korupsi, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa DSN dalam salah urus tadbir kewangan negara, rompakan tabung2 negara untuk melahirkan 1MDB, menipu dalam parlimen sekejap kata wang dalam bentuk cash lepas tu kata dalam units, berbelit2 lidah sekejap kata tak tahu lepas tu kata ada ambil…ambil itu RM2.6 billion “derma” pak arab, sekejap kata untuk banteras pengganas Islam lepas tu kata untuk guna politik umno last sekali pak arab kata gunalah sesuka hati. Takkah pening kepala dibuatnya, berputar2 berbelit2 mess buatan DSN@MO1 ini sampai satu dunia dah tahu. Duit berbillion2 yang dah lesap, mesti ada transaksi tapi bank tak mahu cakap, BNM pun buat diam. Semua kunci mulut.

    Mulailah perang propaganda oleh little goebbels DSN, putar dan putar, belit dan belit dari salahlaku DSN kepada segala tumpuan kearah Tun, apa Tun kata, apa Tun tulis, apa Tun buat. Dari sekarang spotlight dituju kepada Tun dan BERSATU dan koloborasi dengan parti2 lain. Mereka nak alihkan minda kita, melalaikan kita daripada isu 1MDB, “derma” RM2.6b masuk senyap2 ke akaun peribadi DSN, perbelanjaan extravaganza DSN sekeluarga dan kawan rapat ‘the cubby boy’, money-laundering oleh kaum kerabat DSN, menyembunyikan harta off-shores untuk elak bayar cukai, jual hartanah negara kepada orang asing, beli tanah trx dengan duit tabung haji, dan lagi dan lagi…

    Setiap hari mereka lancar propaganda untuk bersih DSN dan Tun bagi nampak tak bersih. Mereka cungkil apa saja untuk mengaburi minda kita. Kita tahu tektik dan niat tak baik mereka. Mereka silap jika mereka terus menerus bermain politik kebencian. Sesiapa yang berjaya tawan Putrajaya, ahli2 semua parti, with you or against you, mereka ini semua berhak equal treatment. Mereka adalah sebahagian rakyat Malaysia. No one race is greater than the other.

    Mereka silap jika mereka fikir boleh melalaikan kita. Tun dan kita semua mesti asak bertubi2 tentang isu mess 1MDB angkara DSN@MO1 dan kemana lesap duit tabung2 negara yang dirompak, begitu juga dengan ‘derma’ RM2.6 billion tu. Mari kita tanya bertubi2 kenapa DSN ambil duit tu secara senyap dan kenapa duit tu dibelanja secara senyap, dan kononnya sebahagian dipulangkan kemana lepsap duit tu, dokumen sebagai bukti pun tak tunjuk. Mana ada telus.

    Tun, DSN cakap depan2 Tun kan, antara empat mata, DSN kata kepada Tun cash is king apabila Tun ajak berunding nak beri nasihat tapi tak endah. Takkanlah Tun nak tape kot atau pasang camera, manalah Tun nak tahu DSN nak cakap begitu, lagi pun memang betul DSN praktikan cash is king, banyak bukti2 perpampang depan mata.
    Little goebbels pun dapat hidu sebab terang tang-tang depan hidung mereka tapi buat2 tak tahu, hidung disumbat kot.

    They better stop playing the master manipulator of thoughts, it’s never going to work. Kita akan bersama Tun menangkis segala tohmahan dan fitnah yang dilempar terhadap Tun oleh mereka2 yang jeles dan dalam keadaan huru-hara.

    Kata kuncu pertama ialah, “DSN telah menyalahguna kuasa, menyeleweng dan merompak wang tabung2 negara untuk disalur kepada 1MDB untuk perbelanjaan mewahnya”.
    Kata kunci kedua ialah, “DSN telah mengaku mengambil RM2.6 billion dan masuk ke akaun peribadi DSN secara senyap untuk belanja sesuka hati”.

    Semoga Allah berkati segala usaha Tun. Semoga Allah lindungi Tun dimana jua Tun berada. Semoga diberi kesihatan yang baik dan bertambah ilmu yang berguna didada. Terima kasih Tun.

  9. faridina Oct 12,2016 1:05 AM

    Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    Belum puas rasanya berdakwah tentang akhlak, akidah dan budi pekerti mulia serta sifat2 ideal pemimpin beragama Islam iaitu siddiq, amanah, tabligh, fathanah sesuai dengan topik kali ini.

    Sebab itulah kami begitu mengagumi almarhum TGNA selaku pemimpin tertinggi sebuah negeri yang sewaktu hayatnya adalah contoh terbaik sifat2 di atas.

    Walau bergelar MB selama 23 tahun beliau tidak berubah sedikit pun, pakaian tetap sama, berceramah agama macam biasa, tutur bahasa tetap sama, masih mendiami rumahnya sendiri bukan rumah rasmi namun hanya diminta berkereta MB beserta pemandu itu saja.

    Beliau sentiasa berkata benar, sangat amanah, sering menyampaikan sesuatu yang baik dan bijaksana orangnya.

    Mari kita buat perbandingan dengan pemimpin maha berkuasa di Malaysia hari ini iaitu Pegawai Malaysia No. 1 (PM1).

    Bila berjanji dia mungkiri (sifat orang munafik pulak) ialah nak saman WSJ kerana memfitnah beliau namun setelah 1 tahun 1/2 atau 78 selasa berlalu beliau TIDAK juga menyaman WSJ.

    Tidak amanah bilamana memasukkan dana 1MDB ke dalam akaun peribadi dan sekali lagi tidak berkata benar dengan berkata ia adalah derma dari Pak Arab ∆ Pak Arak ∆ Pak Alab ?

    PM1 sering menyampaikan sesuatu yang menyongsangkan yang menjadi pegangan kuncu2nya, anak2 buahnya dan kaldai2nya bahawa Wang Tunai itu Raja hingga fenomena mabuk sogokan ratusan juta berleluasa hari ini.

    PM1 bijaksana dalam mereka-reka cerita PakArab>Arak>Alab, bijaksana dalam perniagaan modal seciput boleh pinjam berbillion, bijaksana dalam menyalurkan dana tersebut ke dalam rangkaian sarang labah2 yang complicated dan bijaksana dalam mendedakkan haiwan2 peliharaannya contohnya sang kaldai.

    Nah persoalannya siapa PM1 barangkali hanya Rahman Dahlah cukuplah ada jawapannya.

    Wallahualam dan wasalam Tun.

  10. WandyCaswady Oct 11,2016 11:07 PM

    ﺇِﻥَّ ﻫَٰﺬَا ٱﻟْﻘُﺮْءَاﻥَ ﻳَﻘُﺺُّ ﻋَﻠَﻰٰ ﺑَﻨِﻰٓ ﺇِﺳْﺮَٰٓءِﻳﻞَ ﺃَﻛْﺜَﺮَ ٱﻟَّﺬِﻯ ﻫُﻢْ ﻓِﻴﻪِ ﻳَﺨْﺘَﻠِﻔُﻮﻥَ

    Indeed, this Qur’an relates to the Children of Israel most of that over which they disagree.

    ﻭَﺇِﻧَّﻪُۥ ﻟَﻬُﺪًﻯ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺔٌ ﻟِّﻠْﻤُﺆْﻣِﻨِﻴﻦَ

    And indeed, it is guidance and mercy for the believers.

    ﻭَﺇِﻧَّﻪُ ﻟَﻬُﺪًﻯ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺔٌ ﻟِّﻠْﻤُﺆْﻣِﻨِﻦَ

  11. WandyCaswady Oct 11,2016 11:02 PM

    Karl… Siapa menteri internet?

    Jeng jeng jeng…. Burung Keruak…

    Memang xjumpa laa vid… Hahaha…

    “You help me… I help you”

  12. RD. Oct 11,2016 11:01 PM

    Inilah kali pertama saya menyokong BERSIH. Sebabnya jelas. Bukan kerana saya menyokong PAS, DAP, PKR atau Amanah. Tapi… tanpa mereka… tak mungkin UMNO-Najib dapat ditewaskan dalam Piliharaya.

    Harus diingat, Bersih ada berbagai ‘version’ dan peserta-perserta berbeza mengikut keadaan politk semasa:-

    1. Versi Pertama – PAS sedang berpelok dengan DAP. (Ketika itu Melayu PAS sanggup jadi lembu, baring ditengah-jalanraya)

    2. Versi Kedua – PAS atau Haji Hadi, berpisah dengan Guan Eng DAP. (95% peserta adalah Cina. Polis sangat tegas ketika itu. Kontigen FRU, siap-sedia dengan tear-gas… ditugaskan menghalang Geng Baju-merah mendekati/bertembung dengan Baju-Kuning. Kj pun… pernah berair biji-mata & Duta China turun ke Petaling Street bersama ahli politik MCA).

    3. Versi Ketiga – Dr.M keluar UMNO kerana scandal Hutang 1MDB-Jho Low. Muhyiddin & Mukhriz dipecat, manakala Shafie Afdal tersingkir… tanpa diberi peluang bela-diri. Akhirnya… UMNO berpecah kepada Bersatu. (Melayu kembali menyokong Bersih. Polis tahu… setakat Melayu-terajang-Melayu… tak jadi hal. Memang pun Melayu berani dengan bangsa sendiri je. Kalau Mat Motor tu… berkulit cerah… sudah tentu tak kena flying-kick)

    Nota: Yang pelik… Jamal Tongkol pun pernah dirakam gambar, berbaju Kuning Bersih. Tak syak lagi… pada setengah orang… WANG adalah segala-galanya.

    Harap Maklum.

  13. karlNusajaya Oct 11,2016 10:53 PM

    Takde pulak saya jumpa DrM cakap yg beliau org tua nyanyuk..yang saya jumpa, Pahlawan mana ntah cakap camtu..mungkin saya kurang mkn kangkung..

    Sama2

  14. HBT456 Oct 11,2016 9:19 PM

    20. Singapore mas does not want hot, speculative and short term money, tak salah kan?

    21. Why did these indonesians prefered to park the money there in the first place?

    22. Similarly, why people prefered to migrate to usa in the first place?

    23. It is always easy to blame others but not ourselves.

    24. Jangan lupa, the americans when come to life and death issue, they will do their very best to put their country above anything.

    25. The american public raise a question for hillary and donald to think.

    26. Why cant both of you have something good to say to each other?

    27. What will be the final debate feels like?

    28. If you read the news on the usa presidency, one will know the transfer of the power of authorithy to the next president is always peaceful and harmony, and thats the american spirit in the name of god bless america.

    29. Suka atau tidak, sebagai warganegara tak kisah you ini ahli2 umno atau bukan, tanggungjawap kita adalah memastikan raja kita selamat bertaktah.

    30. For those who are ignorant of history, they bound to repeat the same mistake.

  15. HBT456 Oct 11,2016 9:03 PM

    20. Singapore mas does not want hot, speculative and short term money, tak salah kan?

    21. Why did these indonesians prefered to park the money there in the first place?

    22. Similarly, why people prefered to migrate to usa in the first place?

    22. It is always easy to blame others but not ourselves.

    23. Jangan lupa, the americans when come to life and death issue, they will do their very best to put their country above anything.

    24. The american public raise a question for hillary and donald to think.

    25. Why cant both of you have something good to say to each other?

    26. What will be the final debate feels like?

    27. If you read the news on the usa presidency, one will know the transfer of the power of authorithy to the next president is always peaceful and harmony, and thats the american spirit in the name of god bless america.

    28. Suka atau tidak, sebagai warganegara tak kisah you ini ahli2 umno atau bukan, tanggungjawap kita adalah memastikan raja kita selamat bertaktah.

    29. For thosr who are ignorantbof history, they bound to repeat the same mistake.

  16. Karl Iskandar Oct 11,2016 8:42 PM

    Cash Is King, kata Dr Mahathir

    Bukan Najib kata. Tapi DrM yang kata.

    Saya membuat carian video, ucapan, berita dan temuramah yang di dalamnya ada tersiar ucapan dari mulut Najib sendiri bahawa “cash is king”.

    Sampai sekarang, saya masih belum jumpa. Mohon rakan-rakan di sini beri pautan/links di mana sahih tersiar ucapan “cash is king” dari mulut Najib sendiri.

    Terima kasih.

  17. Daniel Noor Oct 11,2016 3:42 PM

    Salam Tun

    From my Fb…

    I guess Singapore finally seals itself the position as the Center of Money Laundering in ASEAN Region.

    Andy Xie Morgan Stanley’s Chief Asian Economist lost his job after his internal email came out to the Public in 2006

    In there he mentioned
    “Actually, Singapore’s success came mostly from being the money-laundering centre for corrupt Indonesian businessmen and government officials,” Dr Xie said in an internal email. “Indonesia has no money. So Singapore isn’t doing well.”
    http://www.theage.com.au/news/business/star-morgan-stanley-economist-exits-after-penning-criticalsingapore-email/2006/10/05/1159641461337.html

    Fast forward 2016

    The Republic of Indonesia’s Tax Amnesty program tried hard to push for their citizens to bring back some of the fund…

    “The tax amnesty was introduced in July to help Indonesia recover billions of dollars in revenue lost to widespread tax evasion and in assets hidden overseas by wealthy citizens and businesses.

    The bulk of offshore wealth that Indonesian taxpayers have declared and sent home under the amnesty was from Singapore, tax officials said yesterday. Assets include property, gold, land and even account receivables, or debt owed to business owners, the officials added.

    Of the 952 trillion rupiah in total offshore assets declared under the scheme, 70 per cent was kept in Singapore. Some 79.13 trillion rupiah has since been repatriated from the Republic back to Indonesia, the officials said. This amount was more than half of the 137 trillion rupiah that taxpayers have sent back to Indonesia in order to take advantage of the lowest tax rate offered under the first phase.

    A distant second was the Cayman Islands, from which 16.5 trillion rupiah worth of offshore assets was repatriated, followed by Hong Kong (14 trillion rupiah in assets).”
    http://www.straitstimes.com/asia/se-asia/indonesia-tax-amnesty-hits-90-of-target

    I wonder what Andy has to say now…..with all these data becoming part of public knowledge.

    But folks all of us should NEVER FORGET 2 Very Important Private Banks Operating in Singapore (BSI and FALCON)

    BOTH WERE UNDER REGULATORY ACTION.

    ONE WAS ASKED TO SHUT DOWN OPERATIONS SOMETIME BACK

    ANOTHER TODAY WITH THE BRANCH MANAGER BEING ARRESTED

    “The Monetary Authority of Singapore said it has ordered Falcon to cease its operations in the city and announced that the firm’s local branch manager had been arrested. Switzerland’s Financial Market Supervisory Authority has started enforcement proceedings against two of Falcon’s former executives and threatened to withdraw its license if there were any further breaches of money-laundering regulations. Finma linked the private bank to $3.8 billion of 1MDB fund flows, according to a statement released Tuesday.
    Falcon “has seriously breached money laundering regulations,” Finma said. The private bank failed “to carry out adequate background checks into transactions and business relationships associated with Malaysian sovereign wealth fund 1MDB which were booked in Switzerland, Singapore and Hong Kong.”
    http://www.bloomberg.com/news/articles/2016-10-11/singapore-regulator-directs-falcon-bank-to-cease-operations

    Ask yourself who were their BIGGEST CUSTOMERS over the past few years.

    In case you have forgotten

    FALCON PRIVATE BANK IS THE BANK OF THE BENEVOLENT PAK ALAB WHO TRANSFERRED 680 AMERICAN PIES INTO NAJIB’S ACCOUNT

    It is also the preferred entity to execute all the various flows by Jho Low and Eric Tan Kim Loong

    Go Search inside the DOJ Suit document to understand how Falcon was utilised in the scheme.
    http://www.wsj.com/public/resources/documents/1MDB-Filing-07-20-2016.pdf

    To many to pull out as a reference lu baca sendiri kalau nak mencerahkan minda yg sempit itu

    2 Banks down and Najib still sits high and mighty lording over UMNO and Barisan Nasional

    I guess UMNO is just too afraid to loose…

    They know this guy is a CROOK OF THE HIGHEST ORDER

    They just don’t have the Political Will to do the right thing

    They think that using the Nations MISSING BILLIONS will help memperpanjangkan PEMERINTAHAN MEREKA.

    We NEED TO INJECT SOME REALITY INTO THEIR MINDS

    I’ve updated the LOSS OF VALUE Table to include SRC International 800Million Ponzi Investment

    Current Count is NOW AT 79BILLION

    What say you Rakyat Rakyat semua

    Masih mau percaya Pak Alab Budiman punya story?

    The Same Pak Alab DID NOT CHALLENGE DOJ CIVIL SUIT

    The Same Pak Alab ALSO DONATED HUGE SUMS OF ARTWORK TO JHO LOW

    Same Pak Alab….

    Baik Betul Alab Sekor ni

  18. Hajar Oct 11,2016 3:27 PM

    Salam YAB dan Yang Amat DiKasihi Tun,

    1. Saya petik komen berikut dari individu yang merupakan bekas penyokong kuat Tun M, tapi telah berubah arah semata-mata kerana ‘Cash is King’.

    Quoted: “Memanglah wang itu bukan segalanya, tapi segalanya memerlukan wang.”

    2. Inilah dia contoh individu yang ‘menyembah wang’ dan secara tidak langsung menyembah ‘Raja Wang’ @ PM Najib @ Ah Jib Gor. Alahai…Wang boleh membeli sokongan individu ini terhadap DSN, dan dia ingat semua orang seperti dia.

    3. Rasa HORMAT tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

    4. Saya hilang rasa hormat terhadap DSN dan mereka yang sewaktu dengannya yang memuja/menyembah wang sehingga hilang pertimbangan yang waras. Wang HARAM tetap haram walau cuba dibersihkan dengan perkataan ‘derma’.

    5. Saya amat menghormati Tun walaupun Tun tidak menabur wang sebagai ‘pengeras / habuan/ dedak’.

    6. Tun telah jelaskan yang wang yang banyak TIDAK DIPERLUKAN pada kelima-lima PRU semasa Tun PM, tapi biasalah ada yang dung* dan rendah tahap pemahamannya. UMNO sendiri ada aset / wang dalam akaun UMNO (untuk keperluan parti). Tapi hairannya wang RM2.6 Billion dimasukkan secara SENYAP2 ke akaun peribadi DSN. Ketelusan apakah ini? Setelah ‘pecah tembelang’ baru kelam kabut beri pelbagai versi cerita dan alasan2 bodoh.

    7. Kasihan dan simpati saya melihat penyokong2 dan ‘Goebbels kecil’ rejim Najib yang masih mahu berpegang teguh dengan propaganda ‘Hikayat derma Pak/Tok/Raja Arab RM2.6 Billion’ yang ada perbagai versi (SKRIP yang berubah-ubah). Alahai…Nampak ‘bebenor’ menipunya.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  19. Fariq Islam Oct 11,2016 2:10 PM

    Assalamualaikum, Tun.

    Hingga hari ini, masih ramai yang sakit hati dengan pemergian Allahyarham Tok Guru.

    Halatuju politik PAS diputarbelit dengan pucuk pimpinan yang mahukan kepentingan peribadi, dan bukannya meletakkan kepentingan Rakyat dan tanahair di paras keutamaan.

    Saksilah apa yang berlaku hari ini – mahukan jawatan-jawatan yang dulunya diberi kepada Pakatan Rakyat dan pada masa yang sama, beramah dengan parti yang dulunya disifatkan “musuh” supaya faedah-faedah diagihkan.

    Nasihat kami baik PAS jaga maruah parti. Kalaulah nak ikut jejak UMNO, bubarkan sahaja parti, dan masukkan ahli-ahli ke dalam pangkuan UMNO. Jangan muncul sebagai parti yang terapung-apung!

  20. Fariq Islam Oct 11,2016 1:55 PM

    Assalamualaikum, Tun.

    Alangkah pedihnya Nik Abdul tidak menwarisi keimanan Allahyarham Tok Guru.

    Walaupun saya bukannya seorang penyokong DAP, tuduhan yang DAP musuh Islam adalah satu lemparan fitnah yang tidak berasas. Hari ini, DAP ingin mempertahan perlembagaan Negara dan tidak bersetuju atas usul peribadi Hadi. Apakah ini menjadikan mereka musuh Islam?

    Hari ini, AMANAH mempertahankan prinsip dan agenda suci perjuangan politik Allahyarham Tok Guru. Apakah ini menjadikan mereka fitnah dalam tubuh umat?

    Fikirlah dulu sebelum meluahkan kata-kata yang bercanggahan dengan ajaran Islam. Jangan sekalipun buat bukan-bukan dan bersembunyi di belakang nama baik agama!

  21. zulu Oct 11,2016 1:34 PM

    Another Swiss bank which helped in Najis’s looting job closed in Singapore.

    http://www.bbc.com/news/business-37615251

  22. WandyCaswady Oct 11,2016 12:49 PM

    The king, the priest, the rich man…
    Who lives and who dies?
    Who will the swordsman obey?
    It’s a riddle without an answer,
    Or rather, too many answers.
    All depends on the man with the sword.

    My pen is my sword…
    Let me cut both of your wings on priciple alone…

    If there are gods, why is the world so full of pain and injustice?

    ‘Because of men like you’

  23. faridina Oct 11,2016 11:15 AM

    Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    Zionis Yahudi adalah musuh Islam sebenar-benarnya wahai umat Melayu dan pemimpin mana di kalangan dunia Islam yang berani bersuara dan menentang rejim Israel terang-terangan secara berkesan?

    Wahai ahli-ahli PAS tidakkah kamu menyoroti 2 rakaman youtube bertajuk “Kekaguman Datuk Nik Aziz Terhadap Tun Dr Mahathir” yang sehingga kini sudah ditontoni oleh seramai 337,706 dan 87,000 orang masing2?

    Atau anda boleh terus ke youtube berikut yang telah disunting untuk mengetahui duduk diri perkara sebenar.
    https://youtu.be/8fVpXwEY23k

    Di mana kewajarannya apabila satu ketika dahulu pemimpin anda telah mengkafirkan UMNO (waktu amanah) tetapi hari ini sedondon berbaju pink dengan pemimpin UMNO (waktu menyamun)?

    Wallahualam dan wasalam Tun.

    p/s – Nik Abduh adakah arwah bapa kamu tinggalkan wang berbillion untuk keturunan dia?

  24. milshah Oct 11,2016 11:04 AM

    Assalamualaikum Tun,

    Konsep “Cash is King’ ini mengingatkan saya kepada cerita mengenai Dajal. Dajal dikatakan akan muncul di akhir zaman membawa bencana besar kepada umat manusia. Semua Nabi telah diberitahu perihal Dajal. Dajal ini diberikan kuasa oleh Allah untuk menguasai kekayaan Dunia. Sesiapa yang tidak mahu beriman kepada dia, maka dia akan pergi dari kawasan itu, dan segala kekayaan penduduk kawasan itu akan mengikuti dia. Pada keesokannya, kawasan itu akan menjadi padang jarak padang terkukur.

    Saya terfikir, kalau orang Islam, takkan lah akan terpedaya dengan harta dunia ini. Harta dunia ini termasuklah pangkat, duit, rumah, kereta, dan sebagainya. Lagipun harta dunia hanyalah sementara.

    Melihat begitu ramai yang sanggup menjadi hamba kepada “Cash is King”, baru saya fahami. Ini baru “Cash is King’, belum lagi kedatangan Dajal dengan pelbagai nikmat dunia.

    Wallahualam.

  25. The Hidden Secret Oct 11,2016 9:29 AM

    Salam!

    Kesian… kata-kata Nik Abduh pun jadi panduan hidup dia. Da macam hadis pulak kata-kata Nik Abduh.

    Nik Abduh penah berkata… “Allah memerintahkan kita ke Putrajaya”.

    Kesian… bila dah desperate… jual nama Nik Abduh pulak. Nik Abduh pun Nik Abduh lah…

    https://youtu.be/2wZH4Xv71t4

  26. sibotak Oct 11,2016 9:14 AM

    Yang nyata dan yang dilihat 3 perkara

    1. 1MDB yg di tubuh & di kuasai olih Najib 100 peratus
    Tiba tiba berhutang Berbillion hingga Kerajaan perlu Gadai Tanah & Maruah
    Demi menutup Sial Najib

    2.Kelihatan & sudah terbukti olih AG 6 Negara ada salah guna kuasa
    Salah Guna duit , pencurian dari pertubuhan 1MDB yg di tubuh juga di kuasai Najib sebulatnya

    3. Tidak ada bukti duit 2.6 Billion yg kata di dermakan pada Najib hingga hari kini
    Duit yg begitu besar , beralir tanpa bukti yg nyata
    Memanglah tidak perlu bukti , duit ini pasti dari salah usaha dengan niat menipu 1MDB
    yg di kelolakan , diurus malah sebulat di kuasai Najib Razak
    Terlihat juga terbukti bagaimana Najib sekeluarga isteri Rosmah , anak Riza juga saudara mereka Jho Low bolih jadi jutawan sekelip mata .
    Pasti banyak lagi yg di selindung Najib . Pasti banyak lagi pekung nanah yg akan terburai esok kelak

    Psst…..pssstt
    Jangan jangan Mr. Karl ni Najib sendiri atau Baruah Najib

  27. Karl Iskandar Oct 11,2016 7:41 AM

    Ketika DrM berbicara dengan nada Islamik, seorang mujahideen menempelak dan memberi jawapan yg tuntas begini,

    “DAP adalah musuh Islam. Amanah adalah fitnah dalam tubuh umat Islam. Insya-ALLAH, musuh Islam akan tumbang dan fitnah akan lebur di bumi Malaysia bertuah ini,” YB Nik Abduh

    Sy fikir Nik Abduh lebih arif dan kenal musuh Islam yg sembunyi di kalangan orang politik yg kecewa dan cuba memecahbelah perpaduan ummah.

  28. sibotak Oct 11,2016 7:06 AM

    Jika Cash is King
    Bermakna Malaysia tidak perlu lagi KeSultanan Raja Raja Melayu
    Lagi pun dalam Tragedi Malaysia di belengu PM yg tidak Amanah
    Tidak ada Raja Raja Melayu yg ke Depan untuk memastikan Keadilan Pentakbiran Malaysia
    Jika gini gayanya apa perlu Malaysia ada KeDaulatan Raja
    Raja , Sultan pun se Darah Merah kita hanya Peristiwa yg Berbedza
    Lain lah kalau Sultan , Raja prihatin akan keaadan Malaysia yg Koca kacir sekarang

    Daulat Wang Tunai ! Daulat 2.6 Billion ! Daulat Najib !

  29. anti rasuah Oct 11,2016 6:56 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Kalau bapak (Najis) borek, anak (ketua-ketua bahagian/cawangan UMNO) rintik.

    Selalunya ketua rosak, kumpulan dan pengikut ikut rosak.

    Ketua pengamal rasuah bernilai bilion ringgit, pengikut tidak segan silu pengamal rasuah ratusan juta ringgit.

    Presiden UMNO rosak, parti UMNO pun rosak.

    Wassalam.

  30. The Hidden Secret Oct 11,2016 4:37 AM

    Salam!

    Telus apa kalau bukti transaksi RM 2.6 billion tidak ditunjukkan kepada mahkamah?

    Boleh ke kita percaya kalau Pengarah Jabatan Air Sabah sekadar cakap mulut dan tunjuk surat kata duit RM 53 juta yang dia ada tu derma dari Raja Gopal ke… Raja Lingam ke… atau Raja Kapoor?

  31. The Hidden Secret Oct 11,2016 4:26 AM

    Salam!

    Segalanya memerlukan wang?

    Hanya orang yang menyembah wang sahaja yang berfikiran begini dan buat statement begini.

    Hanya orang yang berfikiran begini sahaja percaya bahawa mereka boleh membeli semua manusia dengan wang.

    Orang yang menyembah Tuhan faham bahawa wang tidak boleh menjamin untuk kita mendapatkan segalanya.

    Kita berjaya mendapatkan sesuatu bukannya sebab kita ada wang tetapi sebab Tuhan mengizinkan kita untuk mendapatkannya walaupun dengan cara yang haram.

    Wang boleh beli syurga ke? Boleh la jugak tapi… syurga dunia la!

  32. Buddies_Man Oct 11,2016 4:03 AM

    Salam Tun,

    Tun telah berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan negara.

    Dari bukti2 yang jelas dan nyata, hujah2 yg bernas, keberanian Tun untuk mencabar & berdepan dengan Najib melalui pelawaan berdepan dgn ‘senile oldman’, penjelajahan & ceramah Tun ke serata pelusuk kampung & bandar. Cabaran dalaman seperti DSA, kewibawaan Tun yg dicabar melalui dakwaan atas kesalahan Tun semasa memimpin negara, keterbukaan Tun untuk menghadiri rapat2 umum yg dulunya musuh2 politik. Kecurangan & keceluparan pemimpin2 anak didik Tun.

    Demi menyelamatkan negara, Tun telah dihina.

    Masya Allah inilah ujian Tun selaku wira bangsa.

    Mungkin doa Tun & kita belum sampai. Kita semakin hari semakin susah, ramai lg yg akan mengemis akibat ketidakpercayaan negara asing melabur lg di negara yg korup ini.

    Namun begitu, ini adalah dunia. Perjuangan di dunia demi menyelamatkan tanahair adalah syurga…In shaa allah.

    Selemah2 iman adalah doa. Anjurkanlah solat hajat dalam setiap ceramah.Semoga perhimpunan lebih mendapat barakah Allah swt. Kita tidak mendoakan kebinasaan seseorang, tapi kita berdoalah keselamatan negara & anak cucu kita.

    Hanya akhirat kekal abadi. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa…Dia bisa hakimi manusia di dunia & akhirat.

    Terima Kasih Tun, perjuanganmu belum selesai, tetapi perjuangan mu setakat ini, tidak sia2.

    Jagalah kesihatan Tun.Kami tak sanggup kehilanganmu, kami tahu yg kamu telah melakukan yg terbaik namun kami juga ingin kamu tenang.

    Salam.

  33. joetachi Oct 11,2016 1:22 AM

    *mah
    #mamahusia

    apa dimamah? Jasad kah Nyawa?
    Apa yg sudah? Siapa kah tanya?

    Sidang mahsyar! jawab di sana!
    ada soalan! buatan dunia!

    ManusiaKHALIFAH MenujukeMana?

    http://albaiyinah.blogspot.my/2009/03/empat-soalan-di-akhirat.html?m=1

    Setiap soalan ditanya..”ke mana”..?
    Soalan harta ada pula lah dua..
    KeMana dibelanja? Mana datang nya?

    @&@&@&@&@&@&@&@&@&
    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
    “Selamat Bersidang Majlis DiRaja”

    http://www.majlisraja-raja.gov.my/index.php/bm/

    -Daulat Tuanku- raja & sultan
    Kepada Allah kita bertuhan.

    اَللّهُ اَكْبَرُ (Allahu Akbar)
    RAJA segala sultan & raja
    RAJA segala rakyat jelata

  34. faridina Oct 11,2016 12:46 AM

    Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    Sesungguhnya fenomena wang tunai itu Raja di zaman pemerintahan rejim Najib ini begitu menular sekali dan seakan tidak dapat dibendung lagi apabila ramai penjawat awam didapati menggelapkan wang kerajaan dalam jumlah mencecah ratusan juta ringgit.

    Apabila PM sendiri mendokong dan mempraktikkan prinsip yang menjelekkan ini maka tidak hairanlah kakitangan kerajaan berstatus Pengarah ramai mengambil kesempatan menyembah Raja kepada bos mereka ini.

    Zaman Najib sah zaman wang tunai, zaman rakyat dipertontonkan melalui kaca TV dan muka depan akhbar arus perdana dan alternatif dengan wang tunai dalam not RM100 dan RM50 sehingga RM50 juta.

    Islam itu agama yang indah dan jika umatnya termasuk PM ke 6 mengamalkan ajaran sebenar maka terhindarlah ia dari penyembahan lain selain dari Yang Maha Esa.

    Soalnya adakah PAS yang ternyata begitu menitik beratkan soal2 akidah sanggup bersekongkol dengan manusia jenis ini demi mencapai cita2 politik mereka?

    Renungkanlah wahai pemimpin tertinggi PAS peribadi almarhum TGNA anda sendiri seperti diceritakan pemandu peribadinya yang diamanahkan mengeluarkan wang bosnya MB Kelantan melalui mesin Giro untuk dikirimkan kepada anak bosnya yang belajar di negara Timur Tengah ketika itu tetapi wang yang diarah keluar tidak mencukupi dari baki yang ada.

    Apabila mengadu kepada TGNA melalui telefon maka pemandu diarah balik dan buat semula bila gaji MB tersebut keluar cukup bulan nanti.

    Tahukah anda berapa jumlah wang yang ingin dikeluarkan untuk dikirimkan ke anaknya itu – hanya empat ratus ringgit shj (RM400/=) dan anaknya itu adalah Nik Abduh.

    Oleh itu wahai ahli2 Pas sekalian tiap kali diilhamkan oleh pemimpin tertinggi anda supaya menyambut tangan Najib dalam PRU 14 nanti maka ingatlah cerita di atas ya.

    Sesungguhnya Presiden UMNO merangkap Pee M ini jauh sekali lebih kaya raya dari TGNA anda macam langit dengan bumi.

    Walaubagaimanapun kami orang luar berpendapat TGNA andalah yang paling kaya dari dari segi akhlak, akidah dan sangat tawaduk dalam tidak mengejar harta benda dan wang ringgit dalam dunia yang sementara ini dan siapalah Najib untuk dibandingkan dengan almarhum.

    Al-Fatihah semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh almarhum TGNA. Amin.

    Sekiranya PAS tolak UMNO pasti UMNO jatuh bergolek2 ke lembah yang hina angkara Najib.

    Wasalam Tun.

    p/s – Menjunjung kasih buat ayahanda Tun Dr Mahathir Mohamad dari kami pada hari yang sungguh bersejarah ini 10/10/16 🙂 🙂 🙂

  35. rimba.emas Oct 10,2016 11:50 PM

    Salam Tun .

    1. Malaysia adalah sebuah negara berdaulat yang mempunyai sebuah kerajaan beraja dan dari kalangan rakyat jelata telah di pilih seorang yang di angkat menjadi Perdana Menteri.

    2. Jadi jatuh bangun sebuah kerajaan itu bergantung kepada kepandaian rakyat yang di pilih menganggotai Barisan Kabinet negara.

    3. Kini negara telah di bebani hutang yang teramat tinggi yang dikatakan salah satu puncanya dari 1MDB yang di tubuh oleh seorang PM yang ada sekarang.

    4. Logiknya hutang ini MENAMBAH beban dari satu saluran yang BARU di perkenalkan ketika di bawah pemerintahan PM sekarang.

    5. Sebelumnya kita tidak pernah kenal GST , 1MDB yang menjadi beban walau pun dari dulu lagi kita telah mengalami naik turun harga minyak.

    8. Malah penurunan harga minyak ada hikmahnya sehingga satu urusan ada unsur haram terbantut kerana tidak cukup untuk membayar hutang.

    9. Minyak satu anugerah berharga dan begitu banyak berada di negara umat Islam dan musibah mula bertanda bila yang menguruskannya lupa kepada yang menjadikannya.

    10. Kita juga mudah menerima pengakuan seperti wang hadiah atau derma tampa merasa sangsi samaada wang itu satu kecurian.

    11. Kita tahu manusia yang melakukan kesalahan adalah jalan ke neraka. Walau pun kita tidak melakukannya adakah kita patut memilihnya iaitu BERSUBAHAT dengannya untuk bekalan yang di bawa ke akhirat ?.

    12. Amalan berbentuk perbuatan untuk diri sendiri kadang-kadang menjadi terkurang kerana membiarkan sahaja amalan ingat-mengingatkan kepada orang lain.

    Wallahua’lam .

  36. WandyCaswady Oct 10,2016 10:38 PM

    Salaam semuanya…

    Kalaulah Nabi Isa a.s bertanya begini…

    “How much a crown be worth, if a crow can feast upon a king?”

    Jazakumullahu khairan kathiraa people of the book ✌

  37. HouseWife Oct 10,2016 10:27 PM

    Assalamualaikum Tun,
    Ya, that orang very typical umno like talking…every thing needs money, no money no life. Can you buy love and respect with money? If you could then it’s not genuine, it won’t last long. At the end, when you’ve no money you’d be left all alone and die a sad lonely man with no one beside you. All this while they’re dangling around you just for your money and not because they love or respect you. So don’t be so obsessed with money no matter how great the temptation is. It’s so sad for the one who believes money can buy you everything.

    The cult of worship to one man who preaches Cash is King must not be bound in the hearts of every right-thinking person. Look at what has become of that man, he’s becoming so brutal, rowdy, ruthless, non-compassion and so un-Malay. Such a disgrace to the Malay race, so shameless. Do we need this RBA-Red Bully Army?
    Cash if not used in a good direction will turn a human into a monster.

    Once a upon a time, I asked a respectable and knowledgeable man,”The rich man’s son who squandered all his father’s fortune by being smart, crooked and a liar, did he lead an exceedingly happy life?”. And I said that this kind of living will never give you true happiness in life and neither a peaceful mind.

    Now if the highest official ‘democratically’ elected who squandered the country’s financial funds by being smart, crooked and a liar, would he lead an exceeding happy life?. And if this same person who secretly stashed RM2.6 billion by being smart, crooked and a liar into his own private account to spend as he likes (so said the pak arab), would he lead an exceedingly happy life? I wonder.

    This respectable man also went on to say, “What makes Mahathir special is that while pursuing economic progress he never lost sight of the larger picture of human values”. Tun has not lost his human values cos Tun’s heart and soul never have been consumed nor corrupted by cash is king.

    May Allah Bless ans protect you Always Tun. May Allah grant you great wealth in health, happiness and knowledge. Take extra care in you safety and Thank you Tun.

  38. joetachi Oct 10,2016 9:55 PM

    #berhemah?

    http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1290490

    Berus tak banyak, daki nk hilang…
    Lumor minyak bijaN segalanya terbang.!

    #beRos

    *mah, mah….!

  39. Aktivis Islam Oct 10,2016 7:22 PM

    Maaf sedikit tertinggal. Petikan dari kuliah Ustaz Don Daniyal berkenaan sejarah shalat. Islam bkn bermula di zaman Rasulullah, tapi islam bermula dari Nabi Adam as. Rasulullah melengkapkan islam melalui Al-quran dan As-sunnah. Justeru, pakaian serban dan janggut itu adalah penampilan sunnah yg sekadar menambah sedikit pahala bknnya definisi Agama Islam dan rahmat Allah yg menjamin syurga.

    Jazakallahu khaira.

  40. Aktivis Islam Oct 10,2016 7:05 PM

    Assalamualaikum,

    Off-topic: Semalam saya pergi pasar tani, kebetulan wakil PKR seorg cina tgh berkempen, separuh orgnya berbaju biru, separuh lg berbaju merah mewakili PPBM. Situasi yg sama tiap kali saya dgr ceramah kempen PPBM dan rakan2, saya jadi kagum. Parti2 yg sebelum ini berperang bermusuh blh sepakat duduk semeja saling mempromosi. Dimana perpecahan yg sering ditayang dimedia2 utama kita? Memang kita tolak ideologi DAP, tapi kita tak tolak bangsa cina. Ajaran Rasulullah saw dlm berdakwah mendekatkan bkn islam bknnya menjauhkan mereka. Walau selepas perang pon Rasulullah saw maafkan mereka, bg jawatan.

    Now ttg parti berlabelkan islam (PAS) ini, dimanakah islam mereka? dipakaiannya kah? dijanggutnya kah? dijubahnya kah? ditasbih ditangan mereka kah? Adakah mereka islam sbb meletak label parti politik islam? Adakah mereka warak bertaqwa disebabkan mereka ahli PAS?

    Seorg yahudi bertanya kepada Saidatina Aisyah Ra, tunjukkan aku islam. Lalu beliau menuding jari kepada Saidina Abu Bakar yg kebetulan disitu. Apa yg dimaksudkan beliau? Bukan sbb beliau sahabat Rasullullah, tapi kerana tawadhu’, Itulah sifat org islam.

    Berbalik kepada PAS, bila diajak bersama menentang kezaliman mereka meletak syarat yg mustahil iaitu tolak DAP. Apa hebatnya PAS banding DAP? Sejarah PAS amat memalukan agama islam, dari kafir mengkafir, talam dua muka (isu selangor) hingga ke terkini terima rasuah dari pemimpin zalim.

    Kepada PAS, cukup2lah kamu semua hina dan menjatuhkan martabat islam. Balik kepangkal jalan selagi rahmat itu masih ada.

    Jazakallahu khaira.

  41. melaka Oct 10,2016 6:48 PM

    karl iskandar

    tolong kemukakan hujah rasional beserta bukti.

    jawab dakwaan berkaitan 1mdb.

    rakyat tidak semua yang bodoh.

  42. WandyCaswady Oct 10,2016 5:52 PM

    Mempertahankan Najib belum tentu boleh mendatangkan shafaat di akhirat…

    Mempertahankan Mahathir juga tidak menjaminkan manfaat pada kita di akhirat…

    Apakah kalian sedar kita akan berhadapan dengan Tuhan berseorangan tiada berteman?

    Manusia mengagung-agungkan kertas adalah tanda jelas hari kesedihan semakin dekat…

  43. HAKUHO Oct 10,2016 4:58 PM

    THE SUMO ASSOCIATION OF JAPAN HAS AWARDED THE TITLE OF YOKOZUNA TO THE PM OF MALAYSIA FOR BEING THE FATTEST PRIME MINISTER IN THE WORLD.

  44. Kamarulaznan Oct 10,2016 3:43 PM

    Assalamualaikum,

    Seperti yang pernah Tun cakap sebelum ini tidak pernah ada PM Malaysia yang menerima sejumlah wang sebanyak 2600 lori di dalam akaun peribadi.

    Sama juga, belum pernah ada lagi Ketua Umno Bahagian yang perangainya macam si Jamal Yunos.

    Saya cabar pimpinan UMNO untuk melucutkan jawatan beliau sebagai Ketua Umno Bahagian Sg Besar.

  45. Karl Iskandar Oct 10,2016 3:21 PM

    Memanglah wang itu bukan segalanya, tapi segalanya memerlukan wang.

    Cash is king, satu ungkapan dlm dunia bisnes, menggambarkan aliran tunai. Seperti ‘customer is king’, tidaklah menyalahi adab dlm berurusniaga, malahan adalah pelaris jualan dan pemangkin bisnes.

    Saya tidak tahu dari mana DrM mengumpul dana untuk UMNO dan BN bila menghadapi pilihanraya umum yg perlukan belanjawan yg besar.

    Tapi, saya tahu Najib memperolehinya dari Raja Arab, RM2.6 billion seperti yg dia sendiri akui. Ketelusan itu penting walaupun ramai yg cemburu.

    Mungkin DrM boleh share rahsia beliau bagaimana nak cekau wang yg banyak utk perbelanjaan PRU.

  46. Fariq Islam Oct 10,2016 2:44 PM

    Assalamualaikum, Tun.

    Rakyat berdoa mendapatkan pemimpin yang berjiwa Rakyat, yang membuat polisi-polisi baik untuk Rakyat dan tanahair, bukannya yang membeli hati dengan duit.

    Haruslah pemimpin-pemimpin sekarang diberi peringatan bahawa hanyalah pemimpin-pemimpin yang berjiwa Rakyat, seperti Allahyarham Tunku dan Allahyarham Tun Razak, akan dihormati dan dikenangi buat selama-lamanya dalam sejarah tanahair.

  47. Fariq Islam Oct 10,2016 2:22 PM

    Assalamualaikum, Tun.

    Kita bersyukur yang generasi muda elit kita yang telah menerima pendidikan tinggi tahu membuat penilaian.

    Namun, yang mengecewakan baru-baru ini, kita menyaksikan kesamsengan Kumpulan Baju Merah, dengan mengguling motosikal, menyepak belakang dan memaki-hamun seorang penyokong BERSIH. Jamal ini telah meracuni pemikiran remaja yang kurang berpendidikan. Sampah masyarakat yang menghasut supaya insiden pendarahan berlaku haruslah dihukum dan dibuang dari parti UMNO. Segala-gala ini bukannya budaya UMNO pada asasnya.

  48. Fariq Islam Oct 10,2016 2:14 PM

    Assalamualaikum, Tun.

    Semua Umat yang beriman bersetuju yang kekayaan mesti datang dari punca yang Halal. Seseorang yang sedar akan punca haram dan mahukan kekayaan melalui punca haram ini telah melakukan dosa besar, yang tidak boleh dimaafkan, biarpun menunaikan ibadat haji.

    Konsep “Wang adalah Raja” ini mungkin diakuri golongan yang kurang berpendidikan dan kurang beriman, di mana hati boleh dibeli dengan duit haram. Ingin juga kita meghayati konsep betul dalam hidup, iaitu yang tidak layak untuk sedekah BR1M tidak harus mendapatkannya, walaupun pemberian tidak diperiksa.

  49. WandyCaswady Oct 10,2016 1:45 PM

    ﻻَٓ ﺇِﻛْﺮَاﻩَ ﻓِﻰ ٱﻟﺪِّﻳﻦِ ۖ ﻗَﺪ ﺗَّﺒَﻴَّﻦَ ٱﻟﺮُّﺷْﺪُ ﻣِﻦَ ٱﻟْﻐَﻰِّ ۚ ﻓَﻤَﻦ ﻳَﻜْﻔُﺮْ ﺑِﭑﻟﻄَّٰﻐُﻮﺕِ ﻭَﻳُﺆْﻣِﻦۢ ﺑِﭑﻟﻠَّﻪِ ﻓَﻘَﺪِ ٱﺳْﺘَﻤْﺴَﻚَ ﺑِﭑﻟْﻌُﺮْﻭَﺓِ ٱﻟْﻮُﺛْﻘَﻰٰ ﻻَ ٱﻧﻔِﺼَﺎﻡَ ﻟَﻬَﺎ ۗ ﻭَٱﻟﻠَّﻪُ ﺳَﻤِﻴﻊٌ ﻋَﻠِﻴﻢٌ

    There shall be no compulsion in [acceptance of] the religion. The right course has become clear from the wrong. So whoever disbelieves in Taghut and believes in Allah has grasped the most trustworthy handhold with no break in it. And Allah is Hearing and Knowing.

Leave a Reply