TOTAL VISITORS FROM 2008:

BR1M 27

(Versi Bahasa Melayu di akhir artikel ini)

1. My condemnation of BR1M as a form of corruption seems to upset and anger some people.

2. I still maintain that it is a form of bribe. This is made clear by the comment of a recipient from the kampung.

3. He said, “I will support Najib because he gave me money. Mahathir did not give me money”.

4. BR1M is from Government money. It is obviously intended to get people to vote for the Government party in the 13th General Election because the BN manifesto for that election promises bigger BR1M when the Government party wins. Explicitly it is about buying the vote of the electorate.

5. If it is not meant to pay for the vote in the election, it should not be mentioned in the BN manifesto.

6. Any Government in any country has an obligation to look after the poor. The dole is given to ease the difficulties of unemployed people. Financial aid is given to the poor but not as supplement to their income.

7. But BR1M is said to be given to 7 million people with incomes of less than RM3,000 per month. That means that a person with income of RM36,000 per year would also get RM500 a year. It is not a meaningful relief for such people.

8. But people with no income or income of less than RM500 per month or RM6000 per year might feel an additional RM500 per year quite welcome. It’s not much but it will buy a few items of food.

9. Now of course the amount is to be increased to RM1,200 a year, or RM100 per month. It is still not much but it is okay. But for someone earning RM3,000 per month it is still peanuts.

10. The money is to be disbursed through UMNO. Obviously it is an attempt at gaining popularity for UMNO. That is political. It is bribery especially if disbursed near an election. It is bribery if the amount is increased and included in the party manifesto.

11. It will not be bribery if the money is disbursed through Government officers or through all members of Parliament irrespective of parties.

12. But this support is nullified by the GST and withdrawal of various subsidies. The cost of living has shot up by more than the amount of BR1M. In fact for many, the GST takes away more from their income than is compensated by BR1M.

13. Now the Ringgit is devalued by more than 1 Ringgit in terms of purchasing power. So a person earning RM500 per month today gets only about RM355 worth of purchasing power. The loss of purchasing power due to the devalued Ringgit and increase in cost of living actually means that BR1M is worth much less than the amount, even if the BR1M is increased to RM1,200. Only the hard core poor will appreciate BR1M.

14. The Government is not clear about the cut–off point. Is it RM3,000 per month or less. If less then it cannot be that 7 million people are entitled to receiving BR1M. We pride ourselves in having reduced poverty to below 1% hard core and 0.6% below poverty line.

15. The 0.6% below poverty line figure, represents a total number of 40,000 households (according to statistics from the Department of Statistics Malaysia). It would be far less if we count only working adults. We need to help these people only, but with more than RM1,200 per annum.

16. Recently people eligible for BR1M have been threatened that if they attend rallies by opposition parties they will not be entitled to BR1M. If this does not show that BR1M is meant to bribe people, I don’t know what is meant by bribery.

17. BR1M tends to make people dependent on the Government. It is known that some of the money did not reach the targeted people.

18. In Britain today unemployed people must do some work to earn the dole.

19. What we need in Malaysia is more jobs for the poor to earn better income. For this we must learn to do without foreign workers.

20. When people are unable to work because of disability, substantial financial support should be given to them.

21. Beyond that the Government should focus on revaluation of the currency and strengthening the economy. The people were definitely better off before when BR1M was not given.

22. BR1M is not only a form of corruption but it corrupts the minds of the people.

23. I suggest the Government carry out a proper survey to identify the really poor people and give them sufficient money to have a decent life. Stop giving the money through Government parties.

BR1M

1. Kritikan saya terhadap BR1M sebagai salah satu bentuk rasuah menyebabkan ramai yang kecewa dan marah.

2. Saya tetap katakan yang ianya satu bentuk rasuah. Ini jelas berdasarkan apa yang dikatakan seorang penduduk kampung.

3. Dianya berkata, “Saya akan sokong Najib kerana dia beri saya wang. Mahathir tidak beri saya wang.”

4. BR1M adalah wang Kerajaan. Jelas sekali ianya bertujuan mendapat undi rakyat untuk parti Kerajaan pada Pilihanraya ke-13 kerana manifesto Barisan Nasional pada pilihanraya tersebut menjanjikan jumlah BR1M yang lebih besar jika parti Kerajaan menang. Secara terang ianya berkenaan membeli undi daripada pengundi.

5. Jika bukan untuk membeli undi semasa pilihanraya, ianya tidak harus disebut di dalam manifesto BN.

6. Mana-mana Kerajaan di mana-mana negara bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat miskin. Kewangan diberikan untuk meringankan beban rakyat menganggur. Bantuan kewangan juga diberikan kepada rakyat miskin tetapi bukan sebagai penambahan kepada pendapatan mereka.

7. Tetapi BR1M dikatakan diberi kepada lebih tujuh juta rakyat dengan pendapatan kurang RM3,000 sebulan. Ini bermakna yang seseorang dengan pendapatan RM36,000 setahun menerima RM500 sebulan. Ia bukanlah bentuk bantuan yang bermakna bagi golongan ini.

8. Tetapi bagi mereka yang tidak mempunyai pendapatan atau pendapatan yang kurang RM500 sebulan atau RM6,000 setahun mungkin akan menyambut baik lebihan RM500 sebulan. Tak banyak, tetapi boleh membeli sedikit bahan makanan.

9. Sekarang ianya akan ditambah menjadi RM1,200 setahun atau, RM100 sebulan. Tidak banyak, tetapi okey. Untuk seseorang yang bergaji RM3,000 sebulan, ianya masih sedikit.

10. Duit ini akan disalurkan melalui UMNO. Semestinya ianya percubaan untuk mempopularkan UMNO. Ini politik. Ianya menjadi rasuah apabila diedar hampir kepada tarikh pilihanraya. Ianya rasuah jika jumlah yang diberi ditambah dan dimasukkan dalam manifesto parti.

11. Ianya tdak menjadi rasuah jika wang tersebut diedar melalui pegawai Kerajaan atau kesemua ahli Parlimen tanpa mengira parti.

12. Tetapi bantuan ini terbatal dengan adanya GST dan penarikan semula pelbagai subsidi. Kos sara hidup meningkat lebih daripada jumlah BR1M. Bagi kebanyakan orang, GST mengambil lebih banyak daripada pendapatan mereka daripada jumlah yang diterima melalui BR1M.

13. Sekarang Ringgit telah susut nilainya lebih daripada 1 Ringgit daripada segi nilai kuasa membeli. Jadi seseorang yang memperoleh pendapatan RM500 sebulan hari ini, mempunyai kuasa membeli bernilai hanya RM355. Kesusutan nilai kuasa membeli disebabkan kejatuhan nilai Ringgit dan kenaikan kos sara hidup bermakna yang nilai BR1M lebih sedikit daripada apa yang diberi, walaupun jumlah BR1M ditambah ke RM1,200. Hanya miskin tegar yang akan benar-benar hargai BR1M.

14. Kerajaan juga tidak jelas dengan “cut-off point”. Adakah ianya RM3,000 sebulan atau kurang. Jika kurang tidak mungkin tujuh juta rakyat layak menerima BR1M. Kita bangga dengan pencapaian mengurangkan kadar kemiskinan miskin tegar kepada 1% dan 0.6% bagi bawah kadar kemiskinan.

15. Jumlah 0.6% bawah kadar kemiskinan tersebut bersamaan dengan 40,000 isirumah (menurut statistik Jabatan Perangkaan Negara). Jika diambilkira jumlah dewasa yang bekerja ianya juga akan jauh lebih rendah. Kita perlu bantu mereka, tetapi dengan jumlah lebih daripada RM1,200 setahun.

16. Baru-baru ini rakyat yang berkelayakan untuk BR1M diugut jika mereka hadir untuk rapat umum parti pembangkang mereka tidak layak untuk menerima BR1M. Jika ini tidak menunjukkan bahawa BR1M digunakan untuk merasuah, saya tidak faham apa yang dimaksudkan sebagai rasuah.

17. BR1M membuatkan rakyat bergantung kepada Kerajaan. Dikatakan juga yang sejumlah duit ini tidak sampai kepada golongan sasaran.

18. Di Britain hari ini, rakyat yang menganggur mesti melakukan pekerjaan untuk menerima bantuan.

19. Apa yang diperlukan di Malaysia ialah peluang pekerjaan untuk rakyat miskin mendapat lebih pendapatan. Untuk ini kita mesti belajar untuk tidak bergantung kepada pekerja asing.

20. Apabila seseorang itu tidak dapat bekerja kerana ketidak upayaan, bantuan kewangan yang bermakna mesti diberikan kepada mereka.

21. Selain itu Kerajaan harus tumpu kepada penilaian semula Ringgit dan pengukuhan ekonomi. Nasib rakyat ternyata jauh lebih baik sebelum BR1M diperkenalkan.

22. BR1M bukan hanya satu bentuk rasuah, tetapi ianya juga membentuk budaya rasuah di kalangan rakyat.

23. Saya cadangkan Kerajaan jalankan kajian untuk kenal pasti rakyat termiskin dan berikan mereka sejumlah wang yang mencukupi untuk menjalan kehidupan yang sempurna. Hentikan pemberian wang melalui parti Kerajaan.

27 thoughts on “BR1M

  1. wahab Jan 17,2017 10:08 AM

    Apa yang saya faham: kenapa dikatakan rasuah.

    “rasuah apa yang diberikan kerana menuntut sesuatu, hadiah pula apa yang disumbang tanpa sebarang balasan”.Ertinya, pemberi rasuah mengharapkan sesuatu balasan yang dia tidak dapat memperolehinya tanpa sogokan tersebut.Sementara hadiah bukan pemberian bersyarat dan tidak menyebabkan kezaliman kepada pihak lain.

    (BR1M diberi melalui UMNO dengan balasan mengharap diundi untuk PRU akan datang; ada akadnya disitu bila disuarakan begitu disetiap ceramah dan perhimpunannya, malah setiap kali BR1M mahu deserahkan, ada dicanangkan kearah itu). Mengharapkan balasan timbal balik (undi) apa yang diberi. Jika tidak ada dicanangkan seperti itu, tetapi hanya memberi TANPA ADA AKAD YANG MENYATAKAN “undilah kami maka kami akan tambah lagi”. itu baru boleh dikatakan bantuan rakyat atau hadiah kepada rakyat. Beza nya bila ada terkeluar akad dari mulut si pemberi itu untuk mendapatkan balasan sudah jatuh lah ianya kepada rasuah.

    Andai diberi melalui saluran badan-badan kerajaan (Kementerian2 etc.) yang diluar kontek yang tidak perlu ada timbal balik sebagai balasan ternyata itu yang sepatutnya harus berlaku untuk dikategorikan sebagai bantuan kepada rakyat. Bukan melalui parti politik yang sentiasa mengharapkan balasan undi. Kementerian atau badan kerajan tidak mengharapkan undi kerana siapa sahaja yang menang mereka hanya badan perlaksana setiap kerajaan yang ditubuh.

  2. Hajar Jan 9,2017 4:20 PM

    Salam Dearest YAB Tun,

    “22. BR1M is not only a form of corruption but it corrupts the minds of the people.”

    Very true indeed!

    BR1M corrupts the people’s minds. Now, some people think that it’s okay to give free money @ ‘cash handouts’ to buy votes –> ‘Cash is King’.

    Similarly, those Oppositions leaders who promised all kinds of ‘CASH handouts’ (in their manifestos) during previous General Elections were also trying to buy votes. I remember reading a list of ‘cash handouts’ that the Oppositions had promised to give to the people if they had won PRU-13 (geleng kepala dibuatnya). Most of them were NOT VIABLE (dan tidak masuk akal).

    Like I’ve said many times in this blog (even before Tun started criticizing DSN and his regime), PM Najib @ Ah Jib Gor is just ‘adopting/following’ the Opositions’ strategy of giving out ‘cash handouts’ (free money). He’s a very confused BN leader.

    That’s why I said both sides are equally hopeless (‘hampeh’). I’m sorry Tun.

    I hope Tun (PPBM) and the other opposition parties are not going to promise (manifesto) all kinds of ‘cash handouts’ in PRU-14 like what the Oppositions did in the past. Macam 2 x 5 saja dengan apa yang rejim Najib lakukan sekarang… DSN had betrayed those who voted the BN during PRU-13 (his first BIG mistake).

    Thanks Tun.

    *** May Allah S.W.T. bless Tun and family ***

  3. STEVE8562 Jan 5,2017 11:38 AM

    IF THERE IS NO BRIM ,BN WILL LOSE GE14.THAT’S IT.

  4. Karl Iskandar Jan 5,2017 8:19 AM

    Ada berbagai justifikasi untuk memberi dan menerima BR1M, bergantung kpd kepentingan setiap pihak.

    Soalan cepumas ialah – adakah DrM, bagi pihak pembangkang akan keluarkan kenyataan resmi, sebagai manifesto bahawa BR1M akan ditamatkan jika Pakatan menang pilihanraya?

    BR1M sebagai kaedah pemangkin fiskal adalah breakaway dari kronisme politik, dan mengutamakan direct payout kepada rakyat miskin, tanpa melalui projek pembangunan kroni. Yakni rakyat didahulukan, kroni dikesampingkan.

    It’s down to Rakyat Vs Kroni. Undi siapa yg DrM akan terima bila DrM menyebelahi kroni?

  5. Tun Perak Jan 4,2017 11:25 PM

    BR1M is a grey area, either corruption or real assistance, there is a very fine line , that differentiate it.

    If the budget from BR1M is RM 8 billion, let’s hope that the RM 8 billion goes to the hand of those really in need.

    A person asked me some donation, so I asked her particulars to send to Jabatan Kebajikan Masyarakat. Perhaps, that is the government agency that should be used to dwell with this matter. So, I am just asking, if BR1M is given as an initiative not by the Jabatan Kebajikan Masyarakat, does this infer that Jabatan Kebajikan Masyarakat is incompetent to do its job ? Or, does the budget to JKM is taken away to make for BR1M ?

  6. Politicalamity9 Jan 3,2017 9:31 PM

    whats the cost benefit of BR1M as opposed to other form of job creation development in terms of the total cost attributed to BR1M? If this can be presented would be a good thing.
    Was there any survey/study on the utilization of BR1M? what it is used for by the recipients?

  7. anti rasuah Jan 1,2017 7:20 PM

    Assalamualaikum Tun.

    BR1M umpama duit terpijak yang diterima oleh penerima BR1M.

    Kisah benar, ada seseorang pagi mengeluarkan duit BR1M dan malamnya sudah habis.

    Bila ditanya kemana duit kamu dihabiskan. Dia menjawab, tengahari pergi rumah urut, petang berjudi dan malam melanggan pelacur.

    Persoalan, berkatkah wang BR1M?

    Semuga kisah benar ini menjadi tauladan.

    Wassalam.

  8. sibotak Jan 1,2017 8:42 AM

    BRIM erti kata Dolak Dalik
    Seperti juga Najib mencuri , menipu Malaysia dengan Dolak Dalik
    Dolak Dalik mempunyai Kos tambahan untuk mengendalikanya bertujuan menipu
    Menutup Pekung

    Tak perlu Brim maka tak perlu GST
    Kasi BRIM dalam bulan purnama menunggu PRU
    Ambil GST hari hari
    Kesudahannya memang rakyat tertipu
    Najib memang menunduk juga belajar menipu dari Tuanku dia Singapura

    BRIM seolah Buruk Siku
    Dah kasi nanti ambil balik

    Begitu juga Najib meminjam China wang sekarang
    Memimjam untuk pembangunan ke atau satu alasan untuk Kipas lipas
    Kalau ditanya kali ini ….oh derma dari Datuk dia dari China

  9. Fender Dec 31,2016 10:45 PM

    BRIM is a form of bribery if it is used to get voters to vote for the government and to threaten eligible poor with withdrawal of aid if they vote against the government.
    Given the present increasing costs of living, many need some form of financial aids. Hence some will fall for BRIM. Voting for the government is another decision they have to make.
    But they don’t know GST will be introduced to cover what has gone to BRIM making life difficult not only for the recipients of BRIM and also other low and middle class citizens. The wools are from the sheep. No such thing a free lunch.
    Again many of our folks are not mature politically to discern and vote wisely barring no fraud or cheating on the election process.

  10. LeoSabri @ leosabri.com Dec 31,2016 4:56 PM

    BR1M, RASUAH, HARAM.

    Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.

    YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad,

    Maaf berkata-kata kerana saya agak celaru/keliru akan definisi RASUAH yang mungkin berbeza-beza maksudnya dalam Politik, pendapat Individu, terjemahan Kamus, tafsiran SPRM dan, hujah-hujah dari YABhg Tun sendiri.

    Sebagai individu seperti saya, saya berpendapat RASUAH itu Yang Amat tidak baik kepada pemberi dan juga kepada penerimanya iaitu; Bila ada “perjanjian bertulis/lisan yang direkodkan bersama-sama” yang bukan dari sebelah pihak sahaja, samada dari pemberi atau penerima ada “merekodkan atas persetujuan bersama-sama”, ianya Yang Amat jelas difahami RASUAH adalah HARAM di dunia jika dibuktikan dan, akhirat jika berniat dalam hati mereka.

    Bilamana RASUAH dinobatkan, saya Yang Amat hairan bila adanya ‘Hadiah’ hari lahir, hari-hari penting dan, lain-lain hari segalanya yang disebut ‘Hadiah’ dikategorikan juga sebagai RASUAH. Sepertinya ‘Hadiah’ adalah RASUAH semakin menjadi kemaruk tradisi/budaya entah kepercayaan dari planet mana ianya datang, sedangkan pepatah zaman batu belah batu melingkup ada menyebut; “rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari” semacam sekarang berbondong-bodong bermusuhan sesama sendiri.

    Bila BR1M diperkenalkan, tidak kiralah pada zaman YABhg Tun atau, NajibRazak ataupun, zaman terlingkup sesiapa pun, ada yang nobatkannya sebagai RASUAH termasuklah hujahan dari YABhg Tun sendiri. Apa pun hujah yang disebutkan, ianya tetap diklasifikasikan sebagai RASUAH walaupun tiada Aduan atau, tiada Undang-Undang yang boleh dihadapkan kepada pemberi dan penerima BR1M. Ya Tuhan! Almarhum AL-Pelik ibni AL-Ajaib bunyinya.

    Bukan itu sahaja, bilamana Prof. HARAM menempah nama tidak pula diketahui dari sudut manakah HARAM itu dihuraikan oleh beberapa pihak. Jika HARAM itu berdasarkan keagamaan alam akhirat, ianya wajib disebut ‘dosa’ yang pastinya akan/sudah dijadikan Fatwa dan, jika HARAM itu berpaksikan perundangan dunia, tentunya menjadi tugas penguatkuasa melaksanakannya. Akan tetapi bila HARAM itu dijadikan huraian dalam Politik atau pendapat Individu, saya berpendapat tidaklah berdosa/ditangkap walaupun ianya Yang Amat HARAM kerana tidak menghormati penghuraian dalam konteks pada sesuatu perkara contohnya berbunyi seperti berikut;

    chedet.cc – Comments Policy:- yang boleh diberikan maksud diantara perkara-perkara yang diharamkan ketika berkomen.

    Perlembagaan Persekutuan; Diantara perkara-perkara yang tidak boleh dipersoalkan, yang boleh dimaksudkan HARAM mempersoalkannya. NOKTAH.

    Sekian, salam Yang Amat Berbahagia.

  11. sibotak Dec 31,2016 3:13 PM

    Najib copy cat much of S,pore system
    As much as he also kneel to S,pore Demand
    So as UMNO today

    BRIM is No Different from S,pore ERS
    It looks & sounds like it was a gift from the Govt
    But Truly what is a gift then , it was taken back for more
    Or
    Why take more then give
    So both these are to corrupts as intends to buy votes
    As these both are much given when near elections
    Suddenly when Votes come
    All the Minister are so Polite
    So Humble like Cheee……bye ……..Hi Untie ….Hi Uncle
    Suddenly they tends to make nice promises

    Then suddenly they get what their intends
    The people have to pay now & then yet they have the cheek to lie
    Its for the benefits for the people

    Unlike Malaysia giving subsidies for food oil , etc
    That can be acknowledge as Govt helping the people

  12. perihatin49 Dec 31,2016 2:34 PM

    Assalammualaikum Tun. Saya bersetuju penujudan banyak jenis pekerjaan dari memberi BRIM setiap tahun.

    Umpamanya membantu orang2 susah melalui:-

    1) penujudan pekerjaan di pejabat2 majlis daerah tempatan. tidak mestinya mereka ini di lantik melalui skim servis yang sedia ada, mereka bolih dilantik sebagai berjawatan sementara atau mensyaratkan syarikat2 yg telah dilantik olih kerajaan menyerap mereka2 ini supaya bertugas di syarikat berkenaan. Mereka2 yg berkelayakan ialah mereka2 yg tiada pekerjaan lansung. ia bolih dibanci/dikenalpasi melaliu penghulu2 kampong atau pejabat2 daerah.

    2) penujudan pekerjaan melalui mengusaha tanah2 terbiar di kampong2.
    kalau kita meninjau di kampong2 banyak tanah2 yg terbiar dan tidak diushakan. Yang tinggal hanya angkatan tua, manakala yg muda2 dah berhijrah ka bandar. Kenapa tidak melalui pejabat pertanian kita usahakan tanah2 tersebut secara berkelompok, menakala pekerja2nya terdiri dari penduduk2 setempat yg tidak berkemampuan berhijrah keluar dan tidak berupaya mengusahanya sendirian. Kita dapatkan persetujuan tuan2 tanah dan hasilnya diagah2 dikalangan mereka dan tuan2 tanah berkenaan.
    Kita asik membuka perancangan baru melalui FELDA,FECRA dan sebagainya. Apabila penorka asalnya dah tua belaka menakala anak mereka berkerja dan berhijrah di bandar, tanah2 mereka iuga akan terbiar.

    Untuk mencapai hasrat ini kita gunakan peruntuk BRIM. Tahun2 seterusnya, peruntukan ini boleh dikurangkan apabila tanah yg telah diusahakan mengeluarkan hasilnya sendiri. Ini akan dapat membantu meningkatkan pendapatan saisi keluarga yg miskin.

  13. anti rasuah Dec 31,2016 11:26 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Saya berpandangan sehaluan dengan Tun dalam hal BR1M. Ianya berunsur rasuah.

    Dalam hal berkaitan dengan orang yang berpendapatan rendah, ianya sedikit membantu. Tetapi bagi orang tua-tua tidak kira di bandar mahupun di luar bandar, ianya umpama “durian runtuh” walaupun bermula dengan RM 500 setahun kini mencecah kepada RM 1200 setahun. Anggaran kasar Najis peruntukkan BR1M adalah RM 1,200 x 7,000,000 orang. Maka jumlahnya RM 8.4 bilion Najis akan habiskan WANG RAKYAT KEPADA RAKYAT YANG BERPENDAPATAN RM 3000 SETAHUN ( 12 BULAN). Wang rakyat adalah sumber yang kebanyakan rakyat tidak tahu atau tidak ambil tahu. Kebanyakan rakyat khususnya gulungan tua atau yang kurang pengetahuan tentang ekonomi atau kurang berpendidikan hakikatnya wang tersebut datangnya dari rakyat seperti GST, cukai pendapatan, cukai perniagaan, cukai perkhidmatan dan banyak lagi.

    Gulungan yang paling untung bila BR1M diberi adalah mereka yang tiada pendapatan langsung seperti orang tua yang tidak bekerja atau orang yang sakit tidak mampu bekerja iaitu selain dari penerima pencen kerajaan.

    Gulungan berpendapatan RM 3000 sebulan jika menerima BR1M 1200 setahun dianggap tertipu kerana jika kita andaikan 10% dari pendapatan disimpan dan 90% pendapatan 1 tahun dibelanja dan dikenakan GST maka mereka ini telah membayar GST 6% daripada RM30,000 jumlah pendapatan yang dibelanja bersamaan RM1,800 ( kena bayar pada kerajaan ) manakala kerajaan hanya memberi hanya RM1200 setahun melalui BR1M.

    Walaupun gulungan yang berpendapatan RM 2000 sebulan iaitu jika 10% disimpan, RM 1800 dibelanja sebulan kali 12 bulan kali 6%, maka GST yang dibayar kepada kerajaan juga RM 1296 tetapi peroleh BR1M setahun cuma RM 1200.

    Oleh itu gulungan yang benar-benar untung adalah mereka yang bekerja dan berpendapatan tetap sebulan di bawah RM 1900 sebulan sahaja.

    Kesimpulan yang saya mahu nyatakan adalah gulungan yang berpendapatan RM 1900 hingga RM 3000 dan menerima BR1M ANDA TELAH DIPERBODOHKAN OLEH NAJIS@NAJIB.

    Oleh itu gulungan ini sewajarnya menempelak Najis kerana GST HIDUP KITA SEMAKIN MISKIN DAN NILAI RINGGIT SEMAKIN TIADA NILAINYA. Kita dan anda diperbodohkan oleh pemimpin yang saya anggap bodoh kerana gaya kepimpinannya telah menyusahkan rakyat.

    Berbalik tentang BR1M, saya perhatikan gulungan yang menerima BR1M BUKANLAH ORANG YANG SEWAJARNYA. Beberapa tahun lalu semasa saya balik kampung, saya perhatikan semasa BR1M belum dilaksanakan masuk akaun bank, ramai juga mereka yang datang menerima BR1M menaiki kereta mewah seperti BMW dan MERCEDES? Di sini saya lihat betapa bodohnya kerajaan Najis dalam hal ini.

    Dalam hal “rakyat susah” yang menerima BR1M bagi saya gulungan “susah” ini seharusnya difokuskan hanya kepada mereka yang benar-benar memerlukan sahaja. Kita sudah ada JKM dan PUSAT ZAKAT ( untuk orang Islam ), sewajarnya dua badan ini dikemaskini peranannya untuk membantu masyarakat yang benar-benar memerlukan. Kalau RM8.4 bilion setahun kerajaan pergunakan untuk kebajikan terus kepada makanan atau kesihatan atau bantuan persekolahan kepada mereka yang susah, pada saya ianya lebih praktikal.

    Saya juga menyokong mengapa BR1M ini adalah rasuah terletak pada point 10,11 dan 12 Tun iaitu:

    10. Duit ini akan disalurkan melalui UMNO. Semestinya ianya percubaan untuk mempopularkan UMNO. Ini politik. Ianya menjadi rasuah apabila diedar hampir kepada tarikh pilihanraya. Ianya rasuah jika jumlah yang diberi ditambah dan dimasukkan dalam manifesto parti.

    11. Ianya tdak menjadi rasuah jika wang tersebut diedar melalui pegawai Kerajaan atau kesemua ahli Parlimen tanpa mengira parti.

    12. Tetapi bantuan ini terbatal dengan adanya GST dan penarikan semula pelbagai subsidi. Kos sara hidup meningkat lebih daripada jumlah BR1M. Bagi kebanyakan orang, GST mengambil lebih banyak daripada pendapatan mereka daripada jumlah yang diterima melalui BR1M.

    Wassalam Tun.

  14. Kamarulaznan Dec 31,2016 10:44 AM

    Assalamualaikum,

    Dalam kepala pemerintah sekarang ini tiada lain melainkan, DUIT..DUIT..DUIT..DUIT..DUIT.

    Bagaimana boleh kita mengingati Allah dan istiqamah dalam beribadah kepadaNya kalau dalam kepala hanya DUIT..DUIT..DUIT..DUIT..DUIT

    Jangan jadi hamba DUIT saudara-saudara sekalian.

  15. umranrc Dec 31,2016 10:18 AM

    Salam Tun,

    Terlebih dahulu, apakah yang ditakrifkan sebagai RASUAH?

    Menurut Kamus,
    1. Perbuatan yg salah di sisi undang-undang spt menerima atau memberi wang suap (pecah amanah, menggelapkan wang, mencuaikan tanggungjawab dll).

    2. Sesuatu yg diberikan atau yg diterima sbg sokongan.

    Jika kita perhatikan, apakah motif sebenar BRIM diberikan melalui parti politik? Tidakkah ianya jatuh dalam perkara kedua terjemahan Kamus mengenai RASUAH ini?

    Baiklah jika kita berpendapat ianya masih lagi bukan berbentuk RASUAH, maka tiadakah jalan yang lebih baik boleh dilakukan untuk mengurangkan tekanan perbelanjaan dewasa ini?

    Seperti apa yang diperkatakan oleh Tun, yang kita perlukan adalah peluang menjana pendapatan. Seperti ada penulisan sebelum ini, jika seseorang diberikan ikan untuk makan hari ini, maka insya Allah dia akan kenyang untuk hari ini. Bagaimana pula esoknya? Disinilah kita boleh lihat, ada baiknya dia diberi joran dan peralatan memancing supaya dia berupaya untuk terus menerus mencari rezeki untuk hari-hari yang mendatang!

    Saya sendiri sudah melihat dengan jelas kerosakkan Negara yang berlaku akibat pemberian seperti ini oleh sesetengah Negara yang diluar sana. Puncanya mudah, pemberian seperti ini yang tanpa pulangan hasil produktiviti menyebabkan perbelanjaan Dana Negara tidak membawa sebarang keuntungan dalam janka masa panjang. Ekonomi Negara secara keseluruhannya bakal menguncup dan kesannya adalah kepada Rakyat Negara ini juga.

    Saudara Rimba Emas,
    Penting untuk kita bersatu hati untuk menentang kecurangan yang berlaku ketika ini walaupun kita mempunyai perbezaan pendapat mengenai pendekatan serta kefahaman kita tentang sesuatu ideologi itu. Jika kita terus ingin menyokong mereka-mereka yang merosakkan Negara kita ini, saya khuatir, sahamnya juga akan kita rasakan dikemudian hari.

    Terima Kasih Tun.

  16. sroom Dec 31,2016 9:18 AM

    Assalamualaikum Tun

    BR1M and alike schemes are functioning like casinos.

    In this casino game, the government gambles on BR1M scheme on various possible random outcomes or combinations of outcomes – not just to win elections but to win the hearts and minds.

    It is therefore not surprising that BR1M scheme develops hatred and enmity towards one another, as there is always a winner and a loser. The loser (who does not benefit from BR1M) may seem composed but behind his composure is frustration, anger, and regret: frustration due to disappointment, anger at the loss of money. BR1M money is public money!

    The addiction of BR1M scheme and alike schemes are danger to the society as well as to the individual. This habit consumes both the government and BR1M takers’ time and energy, making them non-productive idlers and parasites on society.

    It is not known whether BR1M scheme has its own compulsion. The BR1M takers of course in hope of getting bigger BR1M every year, while the government plays BR1M scheme again and again to enjoy the pleasure of winning elections, impelled by greed for more. Thus the players of BR1M scheme may persist at playing the game, unable to bring themselves to leave it; this may be the secret of the addiction to BR1M scheme.

    Moreover, it may happen that a BR1M addict sells his honor, religion, and country for the sake of BR1M, since his devotion to this BR1M scheme dulls his sense of values and kills all other devotions.

    As lottery is prohibited in Islam, what can we say about BR1M? I think BR1M scheme a modified lottery scheme used by government in the West.

    Dr. Salah Sultan, President of Islamic American University and professor of Islamic Jurisprudence, Cairo University, previously issued the following Fatwa on Lottery:

    “The best way to earn money in Islam is to work hard and employ thought. Islam prohibits a Muslim from earning vast amounts of money without making any effort. Allah Almighty says: “O you who believe! Strong drink and games of chance and idols and divining arrows are only an infamy of Satan’s handiwork. Leave it aside in order that you may succeed.” (Al-Ma’idah: 90)

    Islam wants people to give their money for good and charitable causes out of the goodness of their hearts, love of God and humanity, and not through devious and dubious ways and means. The Prophet (peace and blessings be upon him) says, “Allah does not accept except that which is good and pure.” (Reported by Al-Bukhari)

    In Islam, money is not an aim in itself, in the sense that it is a means of earning one’s livelihood. Another question imposes itself: To what extent can BR1M scheme benefit production and the economy in general?

  17. Fariq Islam Dec 31,2016 8:52 AM

    Assalamualaikum, Tun.

    Dari segi tajuk transformasi ekonomi ke arah Negara berpendapatan tinggi, pemberian sedekah BR1M dan penetapan kadar gaji minima tidak boleh membawa kesan positif. Kerajaan haruslah berfokus ke arah produktiviti tinggi, pengeluaran yang membawa nilai tinggi dan kepelbagaian pekerjaan bertaraf profesional, seperti apa yang dilakukan Singapura dan Jepun.

  18. Fariq Islam Dec 31,2016 8:45 AM

    Assalamualaikum, Tun.

    Kerajaan harus mengambil pengajaran dari kesilapan-kesilapan negara asing.

    Greece berhutang berat dan pada masa yang sama, memberi subsidi hidup kepada warga-warga mereka, sehingga meletak negera mereka di pinggir kebankrapan.

    US menghadapi krisis “sub-prime loan”, kerana bank-bank meminjam duit kepada mereka yang tak berupaya membayar balik. Begitu juga dengan Negara kita, di mana pinjaman perumahan diberi tanpa pertimbangan ke atas kesan ekonomi keseluruhan.

    Sedekah BR1M harus dihadkan. Warga emas, ibu tunggal dan orang kurang berupaya layak menerima duit kebajikan. Yang lain, bekerjalah, mencari rezeki secara halal.

  19. neezam72 Dec 31,2016 4:18 AM

    Assalamualaikum Tun.
    Saya nak tanya sikit beberapa persoalan yang saya sendiri tak faham.
    Jika Tun kata BR1M satu bentuk rasuah, kenapa Tun juga tak cerita mengenai pemberian air percuma oleh kerajaan pembangkang di dalam negara ini? Dan juga kenapa Tun dulu ada melakukan pemberian WANG EHSAN tidak dikatakan sebagai satu BENTUK RASUAH? Jika BR1M dikatakan sebagai RASUAH, apakah rakyat yang menerima BR1M ini juga akan terbabit sama. Apakah Tun fikir dengan pemberian BR1M ini satu bentuk rasuah sedangkan apa yang Tun pernah lakukan dahulu tidak?

    Sekiranya benar RASUAH, apakah semua rakyat akan diheret ke mahkamah kerana menerima RASUAH? Juga yang mengerjakan HAJI yang Tun sendiri kata TIDAK SAH kerana menerima bantuan dari wang yang di ROMPAK. Apakah Tun ada melihat wang itu dilesapkan oleh kerajaan yang dipimpin oleh Najib. Saya berulang kali kata sekiranya kita membuat sebarang tuduhan tanpa bukti yang sahih, bukankah ianya satu FITNAH. Apa pula hukumnya apabila menyebarkan cerita tanpa ada bukti yang sahih?

    Apa yang kerajaan kita sekarang berikan adalah satu NIKMAT untuk rakyat. Sekiranya itu Tun kata sebagai satu RASUAH, berapa ramai pula penyokong pembangkang menerima bantuan tersebut dan kenapa masih lagi mereka menyokong parti pembangkang. Apa pula sekiranya semua rakyat menerima BR1M ini akan diheretkan ke mahkamah juga. Tolonglah Tun. Jangan lukakan lagi apa yang sudah Tun lakukan. Sudah-sudahlah tu. Sepatutnya Tun berehat sajalah.

    INGATLAH BAK KATA PEPATAH MELAYU.

    RUMAH KATA PERGI, KUBUR KATA MARI.
    Umur kita tidak panjang. Jangan sia-siakan usia kita dengan melakukan berbagai kerosakan kerana Allah sentiasa melihat dan mendengar apa saja yang kita lakukan didalam dunia ini. Ikutilah pesanan Mufti Perak. Tumpukan saja pada amal ibadah agar sepanjang kita hidup belum tentu cukup untuk kita bawa bekalan mengadapNya kelak. Harap Tun berehat sajalah dari memikirkan hal dunia yang sementara ini.

    Assalamualaikum.

  20. rimba.emas Dec 31,2016 1:06 AM

    Salam Tun.

    1. Rimba Emas kembali risau bila Tun persoal tentang BR1M ini.

    2. Sebabnya persoalan BR1M inilah yang membuatkan Tun dan Rimba Emas tidak sehaluan (sila semak kembali persoalan BR1M pada komentar yang lepas).

    3. Jangan kata orang lain silap-silap persoalan ini boleh mengubah pendirian untuk mengundi kembali UMNO.

    4. Sebab Rimba Emas sendiri pernah rasa apa yang di luahkan dalam ‘chedet’ tidak di ambil peduli Tun sebab siapalah Rimba Emas pada Tun berbanding rakan-rakan Tun yang berpendapatan besar serta berharta.

    5. Persoalan halal haram ini cukup sensitif golongan yang terdesak atau kurang berharta tiada pilihan terpaksa bekerja juga dengan rakan atau majikan yang berperibadi negatif seperti berjudi atau melakukan amalan haram.

    7. Sebab itulah Rimba Emas pernah kata orang kaya tidak boleh mengajar atau berceramah membenci harta benda kepada orang miskin.

    8. Kemiskinan atau dalam terdesak kadang-kadang BR1M menjadi benda yang bermakna bagi diri seseorang tambah-tambah Tun bukanlah saudara-mara terdekat yang dapat membantu dalam keadaan terdesak.

    9. Ini pernah terjadi pada kami atau rakyat marhaen ini.

    10. Jangan salahkan mereka (Allah sw.t menggingatkan akan manusia yang susah mengubah pendirian mereka) kalau menghukum golongan ini dengan mereka membalikkan semula akan perbuatan haram yang kita lakukan.(contoh salah satunya haram dalam menutup aurat)

    11. Ini adalah ujian sehingga Rasullulah s.a.w manusia terbaik untuk di contohi sendiri diminta sabar jangan emosi jika gagal mengubah yang bernama manusia kerana kita hanya ingat mengingatkan namun hidayahnya terletak di tangan Allah s.w.t .

    12. Maaf kerana mengkritik Tun sebab menulis persoalan ini selepas pulang dari menghadiri majlis yang di anjur PAS yang turut sama hadhir anakda Tun.(Tmn. Sri Pinang Sg.Petani)

    13. Ahli PAS yang ada di situ tidak seperti ahli PPBM yang ada setengahnya bekas ahli UMNO.

    14. Kelemahan Rimba Emas beremosi pada Tun bermakna sama dengan mereka yang di beli dengan BRIM kerana hidayah terletak kepada Allah s.w.t tuhan yang maha berkuasa.

    Wallahua’lam.

  21. paan Dec 31,2016 12:38 AM

    Mohon supaya post ni disertakan dengan versi bahasa melayu. Senang nak tunjuk kat warga luar bandar/kampung bagi diorang faham. Kalau kita yang terangkan, diorang cakap kita tokok tambah. Bagi diorang baca sendiri terus dari Tun.
    Terima kasih.

  22. HouseWife Dec 31,2016 12:27 AM

    Assalamualaikum Tun,

    Tun, apart from being a political party umno by virtue is a business organisation, a successful one too no doubt about that. You can find them doing all sorts of businesses in every corner of the world. Their successes and failures depend on the measures they chose to take, 1MDB is a very good example. Who benefit from them? Are their profits shared equally among all the people or just a potion or a selected few? Umno is part and parcel of the current government and with MO1’s consent who is also the president umno, they could make use all government machinery available. So therefore whatever profits they gain from their businesses should be shared among all the deserving people, right Tun. So if they’re so successful why overloaded our burden further with gst and the what-nots? Oya…we the unfortunates are forced to share only their ridiculous shameless blunders and debts, any gains are for them and only them.

    Now, this Brim from where does it get the money to pay out – from umno? – no la umno too stingy nowadays. It’s from the taxpayers and the country’s public funds and maybe from borrowed money, unfortunately again, some clever ones have found a way to evict taxes. Said one umno woman Brim was an idea from umno, it’s umno’s baby so by right only umno should hand out the Brim and no other parties have the right to do so – she got shot in the mouth straight away! So we can see Brim is politically motivated and its holy purpose is abused.

    What Tun said about Brim will never go down well with umno and the lovers of Brim. It remains crucial in the present wave of attacks and onslaughts on Tun because it provides justification to umno, with the blessings of the profound school of thoughts, academically and religiously who should have known better, very unfortunate indeed.

    In their kingdom of boastful and unappealing oppressive style of governing, which most of us feel we must conform, humanity would be unrecognisable and diminished. Malaysia is seen to be protecting a high-secret base of influential, egoistic, narcissistic sect of snobs. Why should we allow our lives to be shaped by a gang of thieves, corruptors and liars? We have the right of choice. Let us use it wisely and properly now – our right to choose in the right way justifiable to our needs – need to a decent living not only for us but for our future generations.

    “There comes a time when people get tired of being trampled over by iron feet of oppression. There comes a time when people get tired of being pushed out of the glittering sunlight of life’s July and left standing amidst the piercing chill of an Alpine November”. – Martin Luther King.

    May Allah Bless and Protect you and family. May Allah grant you great wealth in health, happiness and knowledge. Take extra care in your safety and Thank you Tun.

  23. cruze Dec 30,2016 11:39 PM

    Sangat setuju kenyataan Tun ini. Semuga Tun dan isteri di rahmati allah.

  24. MissAhLiang Dec 30,2016 10:47 PM

    I agree with you on your view of BR1M.

    The fact is that BR1M will help the BN to “win” votes. It worked in the last election. But what the most voters don’t understand is that there is a catch. After they won the last election, they implemented GST, and caused to Ringgit to fell. The people still lose at the end.

    I think the more effective way, to counter BN strategy is if they really want to helps the people. Then they should do away with GST (and still balance the budget).

    To give away money is easy, any political party won are in charge of the country can do that. Greece has done that and the country is in ruined now.

    Thank you, Tun, for letting us know what is going on.

  25. Fariq Islam Dec 30,2016 10:38 PM

    Assalamualaikum, Tun.

    Dalam sehari dua, kita akan menyambut tahun 2017. Dalam 3 tahun lagi, kita akan menyambut tahun 2020, yang dihasratkan untuk mencapai Wawasan Negara Maju.

    Namun, apa yang berlaku hari ini ialah nilai matawang dan ekonomi semakin merosot. Dengan apa yang ada hari ini, kita tak layak memisikan Wawasan 2020. Wawasan ini hanyalah angan-angan, yang mustahil direalisasikan.

  26. Fariq Islam Dec 30,2016 10:32 PM

    Assalamualaikum, Tun.

    Dalam semangat 1Malaysia di mana kepentingan Rakyat dan Negara diutamakan, baik kerajaan mansuhkan sistem GST.

    Cuba fikir. Apakah Malaysia yang kaya dengan pelbagai sumber perlu meraih pendapatan melalui GST? Apa pula dengan Brunei Darul Salam? Mereka tak perlu GST!

    Baik kerajaan hadkan atau berhentikan pemberian sedekah BR1M dan pada masa yang sama, mansuhkan sistem GST, sebagai langkah menstruktur semula ekonomi.

    Transformasi ke arah Negara berpendapatan tinggi gagal sama sekali sekiranya kita masih ada 7 juta orang yang masih memerlukan sedekah.

  27. Fariq Islam Dec 30,2016 10:22 PM

    Assalamualaikum, Tun.

    Atas dasar keadilan, seseorang harus mencurahkan usaha untuk mendapat pulangan, melainkan pemberian itu dalam bentuk sedekah kebajikan.

    Pelbagai perspektif harus dipertimbang:
    a. Apakah pemuda-pemudi kita yang dikurniakan dengan badan yang sihat harus diberi sedekah?
    b. Apakah kepentingan Negara dan generasi akan datang dalam jangka panjang diambilkira memandangkan Negara kini berhutang berat?
    c. Apakah lebih baik sekiranya kerajaan berfokus ke atas perkembangan sektor perniagaan untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan daripada pemberian sedekah BR1M begitu sahaja?

    Pandangan warga kampung mungkin cetek sedikit berbanding dengan warga kota yang lebih berpendidikan. Mereka mungkin tak faham yang anak cucu mereka terpaksa menanggung liabiliti yang jauh lebih berat daripada apa yang mereka perolehi hari ini tanpa usaha gigih.

    Baik kerajaan mempertimbang semula kesesuaian polisi ini.

Leave a Reply