TOTAL VISITORS FROM 2008:

TAHUN BARU 35

1. Selamat menyambut tahun baru 2017. Dalam bahasa Inggeris mereka berkata Happy New Year.

2. Mungkin orang Melayu hanya ingin berada dalam keadaan selamat sahaja. Mungkin kita tidak mengharapkan tahun baru menjadi tahun yang seronok gembira.

3. Sesungguhnya kita tidak boleh tahu keadaan masa depan kita, walaupun untuk satu tahun sahaja. Tetapi kita boleh teka jika kita mengambil kira tahun-tahun yang lepas dan tahun ini (2016) yang kita lalui. Kita tahu beberapa keadaan yang kita alami tahun yang kita tinggalkan ini tidak akan berubah. Keadaan akan diteruskan. Dan mungkin menjadi lebih buruk.

4. Tetapi sedikit sebanyak kita boleh pengaruhi keadaan jika kita berusaha untuk memperbaikinya. Ingatlah segala yang baik itu datang dari Allah swt dan yang buruk itu datang dari kita. Allah tidak akan memburukkan nasib kita jika ada usaha dari kita untuk memperbaiki diri kita. Janganlah kita terlalu cepat untuk menyalahkan takdir apabila sesuatu yang buruk berlaku kepada kita. Jika kita usaha untuk memperbaiki nasib kita, itu juga takdir.

5. Bukanlah niat saya untuk bersyarah agama pada hari yang mulia ini. Hanya ingin mengingat diri saya dan mungkin pembaca bahawa usaha diperlukan oleh diri saya/kita supaya akan terselamatlah tahun 2017, tahun baru ini, Insyaallah.

6. Sudah menjadi lumrah bahawa pada permulaan tahun kita membuat resolusi berkenaan sesuatu yang baik yang akan kita amalkan pada tahun baru ini. Saya tidak akan beritahu sesiapa apa dianya resolusi saya. Tetapi Insyaallah akan saya cuba amalkan sepanjang 2017.

7. Sekali lagi saya ucapkan kepada semua Selamat Menyambut Tahun Baru 2017.

8. Mudah mudahan Allah akan mencurah rahmat kepada kita rakyat Malaysia.

35 thoughts on “TAHUN BARU

  1. sibotak Jan 6,2017 11:50 AM

    Selagi Malaysia tidak dipimpin Pemimpin yg Sejati
    Pemimpin yg Bijak, Amanah , Cekap dan yg penting
    Berjiwa Patriotik , berkorban untuk Negara
    Malaysia akan Bersusahan seterusnya seperti sekarang
    Yg di pimpin Pemimpin yg tidak Amanah
    Lebih Lagak dari Buat
    Selagi itu Blog ini juga Media lain akan Bersuara

    Najib mengajikan penasihat British di Putrajaya
    Sudah membuktikan Najib tidak Amanah , Dayus
    Pemalas dan mementingkan diri sendiri
    Kami undi kerajaan UMNO
    Kami tidak mengundi penasihat British

    Jika Najib Tidak Mampu memikul tanggung jawab yg di amanahkan Malaysia
    Wajar Najib Undur
    Takkan sampai Bini kita pun nak suruh orang lain kejut , Najib !
    Mengundang penasihat luar , bukan dari anggota Keluarga
    akan menggundang Musibah membenihkan Sial
    Sedangkan Keluarga sendiri kadang pun bolih bikin hal , apakan lagi orang luar

    Memang benar banyak perkara yg Najib buat tidak Betul dan bolih mengakibatkan
    Malaysia terlungkup jika tidak ditanggani sekarang
    Tanah KTM Tanjung Pagar , Penjanjian Air dengan Singapura ikut akta lama
    1MDB , Pemecatan Pahlawan kita , Mukhris ,Muhideen, Anwar ,Rafizi dan ramai lagi
    Ini kesemua akan mengahncurkan Malaysia lambat laun

  2. Karl Iskandar Jan 6,2017 11:07 AM

    DrM – Tahun Baru, Kaedah Baru

    Tahun lama 2016, dari perspektif DrM telah tidak membuahkan hasil.

    Saya fikir DrM akan terus mencuba dengan kaedah baharu yg lebih agresif (kurang selamat?) untuk mencapai matlamat menjatuhkan Najib.

    Tekaan, seperti yg DrM tulis, bila merujuk kpd fakta dari sejarah percaturan dan strategi terdahulu, adalah sebagian dari Game Theory untuk tahun 2017.

    Semoga DrM dan Najib akan terus mencari jalan untuk makmurkan Malaysia.

    InsyaAllah.

  3. HBT456 Jan 5,2017 11:25 PM

    31. Karl, when people do not want to respond, or react, it means they are really disappointed and do not want to waste their time anymore.

    32. There is a difference between a gentleman and an angry man.

    33. Bak kata, cikgu kencing berdiri, murid pasti akan kencing berlari.

    34. What you send out, comes back.

    35. What you sow, you reap.

    36. What you give, you get.

    37. What you see in other, exist in you.

    38. Do not judge so you would not be judged.

    39. Radiate and give love, and love comes back to you.

    40. Let chin peng rip, and please respect the feeling of his family, relatives and friends.

    41. If such basic thing also cannot do, then, you are a naught.

  4. WandyCaswady Jan 5,2017 6:13 PM

    Karl… Kenapa you x reply?

    Itu tanah 2 tahun lepas Najib kasi jual sama China… Sampai langgar itu budak skolah namanya Aishah…

    Kenapa x tambak saja Terengganu sama Kelantan?

    Itu banjir memanglah bukan salah Samy Velu…

    Tapi kenapa Najib xpakai itu tanah?

    Mana orang PAS?

  5. WandyCaswady Jan 5,2017 5:53 PM

    Kita Lihat Siapa yang Kena~~~
    -Ibrahim Pendek
    ✌😊

  6. sibotak Jan 5,2017 3:27 PM

    hujan turun lebat itupun saya punya salah ka?”.
    Aiyoyo…amah…apah….anneeeeh …ajibo…..ooom !
    Samy Velu tidak salah mah

    Itu duit punya wang punya banyak
    Masuk itu account itu bukan Tuhan Allah punya Salah
    Itu Najib takda salahkah ?
    Aiyooh…aiiiyoyooooo
    Ini macam ramai pegawai Kerajaan pun bolih buat
    Kena tangkap cakap nenek dari Hong Kong yg kasi

    Agak agak lah bro !
    Kalau nak tipu pun Jangan tipu si penipu
    Mungkin budak Tadika bolih terima

  7. Karl Iskandar Jan 5,2017 9:23 AM

    Sama Velu, semasa beliau Menteri Kerjaraya, pernah menyanggah wartawan dlm isu tanah runtuh, “hujan turun lebat itupun saya punya salah ka?”.

    Memang kelakar, bila minda ditumpukan mencari kesalahan orang lain, walaupun hakikatnya hanya Allah yg tidak buat salah.

    Enonomi sedunia meleset sejak 2008, dan sejak itu kualiti kehidupan majoriti orang tergugat, sementara pindaan dlm gaya hidup dan berbelanja perlu dilaksana utk imbangi kenaikan harga barang keperluan.

    Satu dunia terkesan, tapi orang di Malaysia seolah percaya bahawa fenomena ini hanya eksklusif berlaku di sini sahaja.

    Propaganda politik yg keterlaluan membuat ramai di sini mengambil pendekatan negatif terhadap penyelesaian masalah.

    Melaluinya, satu kelas manusia, Penagih Marah atau Outrage Junkie, dicipta utk tujuan politik yg berbahaya dan tidak matang.

  8. sibotak Jan 5,2017 3:22 AM

    Salam Lebaran ,Salam Tahun 2017
    Semoga Tahun ini , Tahun PRU ini
    We will Break the Chain

    Malaysia perlu di mandikan, di bersihkan , di Hadas Besarkan
    Akan segala Kotoran yg di Ketuai Najib
    Mereka melarang rakyat memburukan Kerajaan di laluan Media
    Benar memang tidak Bagus kita memburukan seseorang
    Tetapi jika ia yg Benar , maka perlu di tegur malah dihapuskan secepat mungkin
    Sebelum Nasi jadi bubur .Sebab ianya Cancer berkuman yg bolih menjangkit

    Najib memang Keterlaluan
    Tidak menghiraukan Kebenaran dan tidak menghormati KeDaulatan Malaysia
    Bertindak membabi buta , menjahanamkan Malaysia , buat sesuka hati beliau
    Beliau akan di pertanggung jawapkan kelak

    Maka kita tidak perlu takut kerana Benar
    Kerana membenarkan perkara yg tak betul berlaku di depan mata kita
    Kita bersama dipertanggung jawabkan akan nasib masa depan generasi juga keturunan kita .Sekaranglah masanya

  9. WandyCaswady Jan 5,2017 2:18 AM

    ﺇِﻥَّ ﻧَﺎﺷِﺌَﺔَ ٱﻟَّﻴْﻞِ ﻫِﻰَ ﺃَﺷَﺪُّ ﻭَﻃْـًٔﺎ ﻭَﺃَﻗْﻮَﻡُ ﻗِﻴﻼً

    Inna nashiata allayli hiya ashaddu watan waaqwamu qeelan

    Indeed, the hours of the night are more effective for concurrence [of heart and tongue] and more suitable for words.

    Quote from the Holy Qur’an: Al-Muzzammil (The Wrapped Up) 73:6

    91. [Say, O Muhammad], “I have only been commanded to worship the Lord of this city, who made it sacred and to whom [belongs] all things. And I am commanded to be of the Muslims [those who submit to Allah]

    92. And to recite the Qur’an.” And whoever is guided is only guided for [the benefit of] himself; and whoever strays – say, “I am only [one] of the warners.”

    93. And say, “[All] praise is [due] to Allah. He will show you His signs, and you will recognize them. And your Lord is not unaware of what you do.”

    An-Naml (The Ant) 27:91-93

    Jazakumullahu khairan kathiraa…

  10. Tun Perak Jan 4,2017 11:09 PM

    Assalamamualaikum dan Salam Tahun Baru to all,

    Malaysian – beautiful people , we ought not be taken a ride by those who stole billions and millions and gave straight face as though they are doing nothing wrong.

    And we, should resolve not to follow the foot-steps of the corrupt, the crooks , the robbers, the thief, who had causes malady to other Malaysian in term of reduction of subsidies, increase of taxes and reduction of quality of life because we are beautiful people with pride and dignity and not the rubbish human that they tried to make us be.

    That is the change that we have to make , and change we can do, and change we can influence onto them, those who meditate , being inaction, doing nothing on Jho Low and his associates and confidante while Singapore and USA has confiscated the assets and jailed their associates for abetting money laundering activities.

  11. Hajar Jan 4,2017 8:27 PM

    Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    1. Nampaknya Tahun Baru 2017 bermula dengan keadaan tidak selamat bagi ramai mangsa banjir. Semakin ramai yang berpindah ke kawasan lebih selamat kerana keadaan banjir yang semakin buruk.

    2. Keadaan ekonomi juga semakin tidak selamat. Nilai Ringgit semakin menyusut (turun) secara konsisten. Nilai ringgit memang sudah tidak dapat diselamatkan selagi PM Najib (si Kleptokrat) berdegil untuk terus berkuasa.

    3. Banyak pekerja juga rasa kurang/tidak selamat sebab dari berita semasa semakin banyak syarikat sedang mengurangkan (membuang) pekerja.

    4. Yang pasti PM Najib @ Ah Jib Gor dan keluarga masih SELAMAT bercuti. No worries… Alahai… Rakyat bergelut dengan kesusahan dan bencana, tapi PM kita berseronok bercuti 🙁 .

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  12. WandyCaswady Jan 4,2017 5:24 PM

    46. He said, “O my people, why are you impatient for evil instead of good? Why do you not seek forgiveness of Allah that you may receive mercy?”

    47. They said, “We consider you a bad omen, you and those with you.” He said, “Your omen is with Allah. Rather, you are a people being tested.”

    48. And there were in the city nine family heads causing corruption in the land and not amending [its affairs].

    An-Naml (The Ant)

    -The End-

  13. zulu Jan 4,2017 5:16 PM

    The Star:

    Top-ranking civil servant arrested for graft

    When is Najis’s turn. MO1 thief should be the first in the list, hope MACC knew this…

  14. joetachi Jan 4,2017 9:16 AM

    Selamat pagi….saudara, saudari…
    2017 apa yg jadi..?

    Bersara awal Datuk Bahri..!
    tekad kan hati..! Berkat d cari..!

    #HidupMati

    &&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

  15. HBT456 Jan 4,2017 1:08 AM

    25. When you start to curse, you will only see misery, anger, hate and frustration.

    26. The speed train that connect shanghai and kunming is already in full operation on december 28, 2016.

    27. Now the connection works in asean is in full string operation.

    28. http://www.malaysiakini.com/news/368011

    29. Frankly speaking, ia adalah lebih selamat jika dsai dilepaskan supaya beliau boleh bertanding.

    30. Leopard can never change its stripes is akin to burung gagak tetap berbulu hitam di mana2 jua.

  16. musato Jan 3,2017 10:43 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Saya dengar dengar pasal isu haji yang dijawab balas oleh mufti.

    Pada saya mufti betul dan Tun pun betul.

    Mufti bercakap pasal hukum haji sah atau tak sah. Dan tentulah sah atau tidak itu adalah pada ketentuan Allah swt.

    Tapi Tun pula bercakap pasal moral atau kebersihan hati. Untuk buat ibadat perlu bersih dari cara perolehan harta.

    Begitu juga sumber makan minum. Ketelitian sehingga juru hidang makanan juga perlu diambil kira. Apatah lagi siapanya tukang masak itu.

    Kerana itu tasawuf dan tarekat perlu diterokai. Kerana semua itu ada di dalamnya.

    Mengeluarkan air mata kerana berzikir tidak akan menjatuhkan Najib. Tapi seperti kata alim ulama muktabar, musibah tidak akan diturunkan kerana adanya orang alim di suatu tempat itu.

    Tak menjadikan sembahyang tahajud sebagai amalan pun tak apa, jika tidak mampu. Tapi jika dilakukan, seperti dikhabarkan ; musuh berasa gerun sebulan lebih awal untuk berperang dengan Rasulullah saw, kalau tak salah saya.

    Jalan ini yang perlu kita terokai.

    Samada Najib turun atau tidak, kita pasti akan tetap menang.

    Selamat Menyambut Tahun Baru dan Back To School.

    Terima kasih Tun.

  17. WandyCaswady Jan 3,2017 10:41 PM

    Melawat Sirul agaknya…

  18. The Hidden Secret Jan 3,2017 6:32 PM

    Salam!

    Mesti seronok kan bercuti di Australia naik pesawat kerajaan yang dibayar kosnya oleh taxpayers?

    Najib ni mana ada rasa malu?

  19. milshah Jan 3,2017 10:54 AM

    Assalamualaikum Tun,

    A great posting by z2z. Thank you. I had figured something is just not right about the ECRL project.

    We celebrate the new year with increase in oil price, loss of 50k jobs, lowest ASB dividend in history of 6.75% and taking up another 50billion loan from china on top of the RM50billion loan from 1MDB.

    To rub salt into the wound, Najib and family is using government jet on vacation to Australia during the new year.

    Last time, one of the 1MDB suspect, Aziz Rezza, also boarded a government jet while on official visit China.

    Its either stupid, as many would be angry or a hidden message.

    “Look I am still PM and nobody can oppose me and I can do what I want”.

    Policians always do something with a purpose.

    Noted on the message.

    My reply is “No matter how powerful you are, Allah is Great, you may escape punishment from this world, but not the afterworld.”

    Justice will be served either here or the afterworld. This goes to those who assited him in his wrongdoings as well.

  20. z2z Jan 2,2017 10:30 PM

    Jho Low’s Price For Selling Malaysia Out To China Via The East Coast Rail Project

    31 December 2016 27 comments

    Sarawak Report exposed Najib’s secret bail out plan for 1MDB, using the East Coast Rail Project, last July.

    Internal documents acquired by this site provided a breakdown of the entire cost of the project negotiated with the Chinese state company CCCC, which has already been banned by the World Bank because of its record of corrupt practice (see base of article).

    The information showed that the construction company, together with the Malaysian Finance Ministry (Najib) had deceitfully agreed to inflate the cost of the entire project by over 100%, in order to hide the repayment of US$5.63 billion of 1MDB debt.

    The additional costs, largely comprising 1MDB’s debt repayments, totalled more than actual cost of the railway in this draft costing
    The additional costs (MYR29.85bn) largely comprising 1MDB’s debt repayments, totalled more than actual cost of the railway (MYR27bn) in this draft costing

    The deal included a $315 million purchase price for two companies controlled by Jho Low – his apparent price for negotiating the crooked deal with Beijing.

    Despite denials the project went ahead
    At the time Najib and his ministers angrily denounced and denied our story, calling it all a bag of lies.

    According to the leaked schedule, which formed part of these documents, the Cabinet was due to review the project on 25th July and (of course) agree to it on 27th July. However, the Minister of Public Works, Fadillah Yusof, denied on the 26th July that the matter had ever been discussed.

    Yet, only a few weeks later in October, the project with CCCC was announced just as we had reported with only a few cosmetic changes to the overall figures we had pubished (lopping RM5 bn off the projected costs). There had been no public tendering exercise for the mega-construction, which experts unsurprisingly have pointed out is indeed double the cost of equivalent structures.

    What’s more, just as the document we released in July had stated, it was confirmed that the entire project will be financed by a ‘soft loan’ from China at 2% interest with an intial 7 year ‘holiday’ from repayments, thereby getting Najib off the hook over 1MDB’s missing billions entirely and leaving all the problems of repayment to his sucessors.

    ——————————————————————————

  21. Karl Iskandar Jan 2,2017 10:14 AM

    DrM has a good point when he says Malays are playing it safe (selamat) at a time when they should be fully charged and excited about something, celebrating the new year, contohnya.

    To be safe, I reckon, is the new danger. It stifles the mind from exploring a better way of doing things.

    Being free of sin (selamat) is not enough when you also achieve nothing doing that (inaction).

    Long story short, your self-worth arises from your achievements, not from meditation.

    I wish DrM and Najib all the best in whatever good they do for the rakyat.

    Selamat and Happy Malaysia. Let’s all work together, bringing peace and prosperity for our beloved nation.

  22. Hajar Jan 1,2017 11:38 PM

    Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    1. “SELAMAT TAHUN BARU” buat Tun dan Tun Hasmah serta para pembaca blog Chedet.

    2. Mudah-mudahan tahun 2017 akan menjanjikan SINAR kegembiraan / kebahagiaan kepada kita semua.

    3. Perkataan SELAMAT turut merangkumi kebahagiaan (keseronokan). Jika kita berada dalam keadaan TIDAK SELAMAT (contoh: dalam ketakutan / keadaan atau ekonomi tidak menentu), saya yakin kita tidak akan gembira.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  23. zulu Jan 1,2017 8:59 PM

    All these while people thought Najis and his corrupted family and slaves looting money from 1MDB directly…but they now did a big mistake…looted money from “Prime Minister-1MDB Foundation Special Haj Programme”…what a big sin he is doing now!!! looting tax payers money in the name of sending people to Haj…difinitely, the thieves and his family and his slaves and their family will go directly to hell…

  24. joetachi Jan 1,2017 7:06 AM

    Ucap selamat tahun baru,
    Di tahun Masehi…!
    2017 apa kan jadi…?

    https://youtu.be/CK6WEJidSD0
    *AMBANG TAHUN BARU MASEHI 2017*

    😐
    1. Nasrani menggunakan lonceng untuk memanggil jamaahnya utk beribadah.

    2. Yahudi menggunakan terompet untuk memanggil jamaahnya utk beribadah.

    3. Majusi menggunakan api untuk memanggil jamaahnya utk beribadah.

    😯
    Dan tepat jam 00.00 malam Tahun Baru 2017, sebahagian umat Islam menggunakan ketiga-tiganya serentak.

    1. Lonceng berbunyi,
    2. Terompet berbunyi,
    3. Bunga api dinyalakan….

    *
    Dari Abu Sa‘id Al Khudri r.a, ia berkata:
    Rasululah S.A.W bersabda,
    *”Sungguh kalian akan mengikuti jejak umat-umat sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga kalau mereka masuk ke dalam lubang biawak, niscaya kalianpun akan masuk (mengikuti) ke dalamnya.”*

    :wallahua’lam

  25. cruze Jan 1,2017 3:12 AM

    Selamat tahun baru semuga tun dirahmati allah di berkati dan semuga rakyat malaysia membuka minda seluas luasnya untuk tidak memilih BN dan UMNO agar najib tersingkir dan menanggung segala bebanan yang dia telah lakukan kepada rakyat begitu juga semuga rakyat menolak salleh kruak, zahid, hishamuddin, azalina, shahrizat, puad zarkashi, tenku aziz, tengku adenan pendek, mas ermiyati, nazri, khairy, nancy shukeri, rahman dahlan, bapak dafi, menteri besar kedah, sahidan kassim, menteri besar melaka, menteri besar terengganu, apandi ali, ketua polis negara, pandikar amin, hassan ariffin, nurjazlan, johari menteri kewangan kedua, jamal, rani kulup, ali tinju, azuanddin, azuan bro, shahril samad dan mufti2 yang makan dedak terlebih serta menteri2 dan ngo3 yang bersekongkol menutup kesalahan najib.

  26. eloheem_42 Jan 1,2017 12:34 AM

    Selamat Tahun Baru kepada rakyat Malaysia. Semoga negara kita bebas dari rasuah, bebas, rakyat jelata hidup dalam keadaan aman dan damai.

  27. rimba.emas Dec 31,2016 11:58 PM

    Berbanyak selamat untuk Tun di tahun baru ini.

    1. Betul yang baik itu dari Allah s.w.t yang buruk itu dari kita.

    2. Kita teruskan amalan ibadat biasa dengan berbanyak memohon pengampunan atas segala keburukan yang telah kita lakukan sepanjang tahun secara sengaja atau tidak sengaja samaada kita ketahui atau tidak ketahui.

    3. Alhamdulillah ketika bangun awal pagi seperti kebiasaan bersyukur atas nikmat kesempatan yang diberikan memulakan penghidupan pada tarikh 1hb Jan.2017.

    4. Bermulalah kita meneruskan penghidupan yang penuh pancaroba dengan ikhtiar yang terdaya kita lakukan. Semuanya atas nikmat mu yang maha berkuasa lagi maha menyayangi. TERIMA KASIH ALLAH S.W.T, TERIMA KASIH SEMUA KERANA MEMBANTU….TERIKASIH TUN.

    WALLAHUA’LAM.

  28. HBT456 Dec 31,2016 11:32 PM

    9. Jika betul2 ambil kira, you kena start from the day when drm implemented capital control and depeg ringgit malaysia againt us dollar for the sake of mega infra structure projects via malaysia boleh.

    10. Pak lah took over, and slogan of gemilang, cemerlang dan terbilang, maka terhilang undi 2/3 majoriti.

    11. When dsn took over, 1 malaysia is the new slogan, bunyi gigitan masih terdengar-dengar lagi, contohnya cina b.bi, mei 13 dan macam2 lagi.

    12. Jika betul2 ambil kira, yang kacang lupa kulit adalah ahli2 politik kaum melayu sendiri kerana mereka ingat asalkan mereka menang undi majoriti, mereka boleh jadi raja kepada rakyat mereka.

    13. This country is built through the sharing of fundamentals via federal constitution with the support from all registered political parties in this country including sabah and sarawak.

    14. This country was never an islamic state or country belong to a particular race or political party.

    15. When general election is called, and you loose votes, then, you must accept and respect the result without causing embarrassment or arnarchy to the people of this country including foreigners who invest and work here.

    16. When you put the country and people above your political party, you will see light at the end of the tunnel.

    17. For those who keep playing racial and religion sentiment, then, be prepared to loose votes in the next 2 decades.

    18. If you are not prepared to serve, then, dont contest.

    19. If you prefer to get rich, go do business or join private sectors, dont join the government.

    20. If you prefer to serve your own race, then, dont contest for the federal constituencies gazetted by the ec.

    21. There is no point crying over spilled milk.

    22. To be or not to be, that is not the question.

    23. Can or not, when general election is called, we will know the answer.

    24. No man is an island.

  29. musato Dec 31,2016 9:03 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Selamat Menyambut Tahun Baru 2017.

    Bagi diri saya semoga resolusi pada 2016 akan makin berkembang pada 2017.

    Salam sejahtera ke atas Rasulullah saw.

    Terima kasih Tun.

  30. malaysian1000000 Dec 31,2016 8:04 PM

    Salam,

    Selamat Tahun Baru Tun Dr Mahathir & Keluarga.

    🙂

    TQ

  31. anti rasuah Dec 31,2016 5:28 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Semuga tahun baru 2017 akan menjadi kenyataan Malaysia tidak akan dipimpin oleh seorang pemimpin yang kotor, najis, penipu, perompak, bodoh, korup dan tiada integriti seperti Najib@najis lagi.

    Aamiin.

    Wassalam.

  32. adelheid Dec 31,2016 5:12 PM

    Dear Tun,

    Happy new year 2017 Tun Dr. Mahathir and Tun Dr. Siti Hasmah!

    Let’s welcome this new year with hope, strength, courage as we are determined and set to do what we have resolved for ourselves, family, the people, this beloved country.

    This new year is a blank book still, the pen is in our hands – so let us all rise to defeat the evil that has clawed upon our people our Malaysia. The road to freedom may be long but the struggle will be worthwhile – that would be the greatest gift for our anak cucu cicit the future generations of this land Malaysia.

    Happy new year Tun berdua, and all readers of Tun’s chedet.cc!

  33. Tired Dec 31,2016 4:45 PM

    Salam Tun,

    1. Tahun Baru:
    Selamat Tahun Baru buat Tun dan Isteri. Semoga tahun 2017 akan membawa lebih banyak berita gembira kpd rakyat M’sia berbanding berita dukacita spt tahun 2016 yg akan berlalu beberapa jam lagi, Insyallah.

    2. BR1M:
    BR1M adalah manifestasi “Cash Is King” Najib yg sudah tunggang terbalik. Di negara2 maju yg mendukung skim “Robin Hood” ini (yg kononnya mengambil (baca: merompak!) dari yg “kaya” dan memberikannya kpd yg “miskin!”) telah menyesalinya. Cuma bezanya di M’sia, “Robin Hood” membelanjakan 99.9% drpd hasil rompakan tersebut utk diri sdri, dan cuma mengedarkan 0.1% kpd 7 juta rakyat M’sia yg “miskin!” Hakikatnya, yg “kaya,” kini, merana, dan yg “miskin”, tetap papa kedana! Dan, yg pasti dan mesti kaya raya, adalah “Robin Hood” dan rakan2 perompaknya! Agak2nya berapakah kenaikan kadar GST, cukai pendapatan, tol, dan penurunan kadar subsidi apabila prinsipal pinjaman2 negara matang kelak? 20% GST? 40% Cukai Pendapatan dan 60% Cukai Perniagaan? RM1/km Kadar Tol? RM10.00/litre RON95? Apa lagi yg masih tinggal utk generasi mendatang selain dibebankan dgn pembayaran hutang2 negara (yg pasti akan bertimbun selagi regim sediada memerintah negara!)?

    3. Democracy:
    Sedihnya, di M’sia, demokrasi dah mati (kalau tidakpun, hampir nak mati!). Yg terbukti bersalah, tidak ditegur malah dijunjung dan disanjung. Tetapi, yg terbukti benar, jadi mangsa, diaib, dan dicap onar! Rakyat yg membantah, diancam pelbagai tindakan. Kebebasan bersuara diharamkan. Yg “kaya”, berjaya, dan bergaya (dgn usaha sdri), dihukum dgn pelbagai kesulitan dan kesusahan. Kemiskinan dan agama dijadikan percaturan utk terus berkuasa. PRU dan PRK sekadar akademik. Mesin2 propaganda bersepah dimerata tempat (utk membersih pemerintah!). Pemerintah memerintah mcm diktator, dan bukannya mentadbir mcm demokrasi.

    Sekian, Tun, terima kaseh. Wassalam.

    P.S.
    PH (PPBM):
    Memandangkan kesuntukan masa, adalah lebih berhemat dan tidah keterlaluan utk PPBM berkongsi guna kemudahan2 yg tersedia ada yg digunakan oleh rakan seperjuangannya didlm PH utk mengembangkan sayap2nya (termasuk berkongsi sewa blnan, jika perlu). PPBM harus mengenepikan egonya agar ia boleh menumpukan sepenuh perhatian didlm perjuangannya utk bekerjasama dgn PH utk menggantikan BN diPRU14. Keputusan ke atas isu2 berkaitan siapa akan menjadi PM, Menteri2 Kabinet PH, dsbnya, hendaklah diselesaikan skrg melalui muafakat agar tumpuan boleh diberikan kpd strategi2 PH utk menawan Putrajaya selepas PRU14. Masanya telah tiba utk PH membuktikan kpd rakyat M’sia bahawa ia telah bersedia utk mentadbir negara, serta-merta.

  34. Sharol Dec 31,2016 4:14 PM

    Happy new year Dr Mahathir

  35. Fariq Islam Dec 31,2016 11:27 AM

    Salam Sejahtera. Selamat Menyambut Tahun 2017.

    Semoga ibu pertiwi diberkati dengan kestabilan politik, suasana mesra masyarakat majmuk dan kehidupan selesa.

    Mudah mudahan Allah mencurah rahmat supaya Negara kita terus maju dari segi politik, ekonomi dan soal keagamaan.

Leave a Reply