TOTAL VISITORS FROM 2008:

UMNO SEBAGAI PENGKHIANAT 52

1. Apabila Muhyiddin mengaku bahawa UMNO dan BN telah membangun dan memaju negara Malaysia, maka pembodek Najib pun gembira dengan pengakuan ini.

2. Bahawa kenyataan ini adalah berkenaan UMNO dan BN dahulu yang memerdeka dan membangun Malaysia, tidak segan-segan diterima sebagai kepujian kepada UMNO dan BN sekarang.

3. Malaysia dahulu dikenali sebagai Asian Tiger. Tetapi sekarang Malaysia dikenali seluruh dunia sebagai negara rasuah yang tertinggi. Juga ia didakwa diperintah oleh seorang kleptokrat, iaitu pemerintahan penyamun dan penyangak yang mencuri duit rakyat.

4. Pentadbiran dan pembangunan Malaysia sekarang ini dipandang jijik dan tidak lagi sebagai contoh kepada negara lain.

5. Perdana Menterinya sekarang takut hadir di PBB kerana akan disoal tentang jenayah yang dilakukan olehnya.

6. Dalam negara pula Najib dan penyokongnya dalam UMNO dianggap sebagai pengkhianat kepada bangsa Melayu dan Malaysia dan negara. Duit Kerajaan habis diguna untuk pembelian sokongan dibawah slogan Cash is King.

7. Sesungguhnya nama baik UMNO dan BN sudah dicemar sehingga beralih kepada nama yang dibenci oleh rakyat dan dipandang hina oleh dunia.

8. UMNO dan BN yang disebut oleh Muhyiddin bukan UMNO pimpinan Najib dan konco-konconya sekarang. Umno ini dikenali sebagai kleptokrasi pimpinan penyangak dan pencuri yang memberi nama yang amat buruk kepada Malaysia diseluruh dunia.

9. UMNO Najib ini adalah pengkhianat kepada bangsa Melayu terutamanya dan kepada Negara amnya. Penyokong-penyokong Najib, samada dibeli atau tidak oleh Najib, tidak kurang dari mengkhianati bangsa dan negara.

10. Diperingkat akar umbi dan juga segelintir pemimpin sudah ramai yang meninggal UMNO. Tetapi masih ramai pengkhianat yang tinggal dalam UMNO.

52 thoughts on “UMNO SEBAGAI PENGKHIANAT

  1. joetachi Feb 19,2017 2:08 AM

    Slamat pagi tuan & puan,

    ***
    Cerita minyak, persembahkan…!!!?
    =20sen20sen20sen20sen20sen

    Kt mana wayang? DEWAN ka PAdAng..?
    Apa yg tayang? Lawan ka Sayang..?

    http://mylovely-fieda.blogspot.my/2012/12/interview-tokey-kedai-ubat-pasal-minyak.html?m=1

    **
    *
    Minyak bijan yg melicinkan…!
    Minyak yu yee yg kembong badan.?

    *
    **
    Ada yuYee.! Ada yoyo.!
    http://entertainment.howstuffworks.com/easy-yo-yo-tricks5.htm
    Pkai tali.? Peace iyooo?
    Pak Aji….eh iyo ko..???

    https://youtu.be/_Wnpdi4zQO4

  2. HBT456 Feb 18,2017 4:53 PM

    http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/02/18/subra-north-korea-must-abide-by-malaysian-law-on-jong-nam-postmortem/

    Though he is mic president, yb ds subra is the minister for health ministry. It is definitely not him to tell off the north korean ambassador pertaining the death of north korean citizenship. Jika mahu jawab, the foreign minister kena jawab, bukan?

    With this kind of hostile attitude, you rasa raja dan negara kita boleh selamat ke?

  3. HBT456 Feb 18,2017 3:55 PM

    There are many foreign immigrants and refugees lining up to get citizenships too, meaning, in the next 2 decades, the muslim population would increased tremendously. When syariah law took over federal law, then, more mosques needed to be built to cater their needs for friday prayers. Then more syariah courts needed for them to get married and divorced for 4 times per couple, betul? Frankly speaking, what is wawasan 2020 ultimate objective?

  4. HBT456 Feb 18,2017 3:31 PM

    Putrajaya dah ada, surau dah diwajibkan, later on more space would be catered for them just to do prayers. Have you ever think about the non muslim who have been living there for decades?

  5. HBT456 Feb 18,2017 3:18 PM

    You cant even solve their packing space during friday prayers, you think you can solve our heavy traffic jam daily?

  6. HBT456 Feb 18,2017 11:36 AM

    If the wanabes are only interested to seek power, to seek opportunies, to be lobbied, but not to solvd problems, at the federal level by rewrite the federal lawa, what hope is there in bn or opposition parties to transform our economy to the next level?

  7. HBT456 Feb 18,2017 11:20 AM

    Both forest city and selangor state government need to fulfill the requirements of the ministry, therefore, the material that they used are sourced locally, negeri selangor dan pkr pun buat macam tu.

    http://www.malaysiakini.com/news/372901

    Our uncle dap lim kit siang should be an expert in the federal constitutional law and civil laws, betul?

    http://www.malaysiakini.com/news/372903

    Our pas wing macha is a lawyer, right?

    May i ask, why free anwar billboards could be put up here and there approved by mb ds azmin ali that go against the federal law of this country?

    Mb azmin ali tak faham law written in english is understandable, but you two should be expect in our federal laws passed down since medeka, right?

    After the banning of diplomacy ties with israel, will north korea be included in the list just to show your might?

  8. amir yusof Feb 13,2017 8:54 PM

    “kau adalah Aku ,Aku adalah kau”.

    Bila kita ucapakan tiada Tuhan melainkan Allah SWT dan Muhammad SWA rasulNya ,”oath of allegiance” kita hanya kepada Allah SWT bukan kepada Muhammad SWA tetapi tanpa banginda dan orang serpertinya Allah SWT tidak akan “wujud”.

    Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka.

    Allah SWT mengampunkan segala dosa kecuali dosa antara manusia.

    Adakah Allah SWT menyatakan bahawa diriNya sebenarnya tiada kuasa keatas manusia sampai perlu melantik manusia untuk bercerita tentang kewujudan Nya ,mengubah nasib dan mengampunkan dosa sesama manusia .

    Mungkinkah Allah SWT menuntut apabila persoalan yg berbangkit antara manusia biarlah sesama manusia itu yg menguruskan , pilih yg tebaik , jadi lah sebahagian dari penyelesaian bukan yg menimbulkan permasalahan , asalkan manusia itu terus-terusan bersyukur dan hanya padaNya pertolongan dipinta .

    “and justice for all”.

    Apabila ketidak puasan hati berbangkit perlu campur tangan pehak ketga untuk mendapatkan keadilan mestikah system perundangan yg harus d ikuti hanya belrlebalkan keislaman sahaja walhal Allah SWT memberi pilihan asalkan ia adil dan saksama , salah ke ?

    Masalahnya apabila terdapat satu kumpulan (perasan diri) dengan tafsiran dan pandangan mereka sahaja yg betul yg lain di bakul sampahkan , pada mereka ini saya beri gelaran bodoh sombong .

    Allah SWT menjadikan manusia yg berbilang agama , bangsa , kedudukan tidak sama dalam nasyarakat dan lebih utama tahap pemikiran yg beperingkat namun keadilan yg tidak membezakan darjat adalah utuk semua .

    Bayangkanlah system perundangan atas nama Tuhan tetapi para hakimnya ,jumllah hukuman jika disabitkan kesalahan di tentukan dialankan oleh manusia ,ie angka-angka 100 sebatan ,potong tangan , rejam dgn batu siapa yg tentukan sebenarnya , adakah satu penal khas di lantik oleh Allah SWT ?

    Lepas tu pulak kononya hokum Tuhan tetapi berbeza antara pemerintak dan rakyat raja atau pemimpin boleh berzina mungkin dapat anak luar nikah, minum arak , berjudi merompak harta rakyat ,amal rasuah salah guna kuasa dam megkhianati mandat serta kepercayaan yg di beri , rakyat kebayakan hanya perlu tunduk ,diam serta patuh saja ?

    DNA profiling , rakaman audio visual , cap jari , forensic account dan bermacam-macam lagi adalah haedah pembuktian dalam sesuatu kes di mahkhamah , jika diperkenalkan pada kaum arab lebih 1400 dahulu ia akan menimbulkan kekeliruan silap-silap
    pak arab ini akan barcakap sorang-sorang kemudian keluar buih dari mulut dan the end .

    Ia bermula dengan memerlukan empat orang saksi dan berkembang mengikut masa serta zaman , bila membuat tuduhan perlukan bukti yg “solid” supaya tiada pihak yg teraniaya ,inilah yg di tuntut oleh Allah SWT.

    Beribu tahun agama adalah alasan yg digunakan olaeh mereka ygsebagai instrument penindasan utuk terus berkuasa dan mengaut kekayaan .

    “penjaja air liur”.

    Nasib tak baik kita berjumpa dengan ahli politik yg tiada “tulang
    belakang” 9/10 yg di cakapkan bohong selebihnya tipu ,lagi lah kalau spices ini ada gelaran pak lebai atau tok guru , dengar boleh petcaya kenalah fikir paling kurang 40 kali , ibarat(perupamaan melayu) kalau jumpa dia dengan ular , bunuh puak ini dulu baru bunuh ular.

    UMNO sekarang bagaikan istana kristal berdiri megah di tengah-tengah tasik ais yg luas lagi dalam , penhhuninya yerdiri dari mereka-mereka mebutakan mata , memkakkan telinga ,mengunci kan mulut, golongan opportunist ,pengampu tegar , setia yg membutat
    tuli dan “karat tunduk”(besi bengkok yg berkarat cuba diluruskan akan patah), mereka ini terlupa akan hokum alam cuaca sejuk bertukar kepada panas ais di bawah akan mula mencair lama- kelaman mereka-mereka yg masih kekal akan hilang tanpa kesam ditelan oleh tasik tanpa kesan .

    Teringatkan kesah Hitler ,Eva Braun ,Goebbels dan ahli keluarga
    nya ,sekurang_kurang Dr Goebbels tak membiarkan anak-anaknya hidup kalau tidak cucu cicit akan di cemuh sepanjang zaman .
    Goebbles2 Malaysia ? nanti ada yg lari keluar Negara dan ataupun tak mengaku ada petalian darah ,

    Selagi nama Malaysia ada dalam peta dunia cerita-cerita Abdul Razak Hussein serta ahli-ahli kuarganya akan diperkataan selamanya .

  9. joetachi Feb 13,2017 3:22 PM

    Asalamualaikum warahmatullah…
    Selamat sejahtra sekalian umat…

    ***
    #PartiPengkhianat

    Begitulah kisah parti pengkhianat…
    Jd pemerintah.! Dahulu kah rakyat.?
    DuLu brtuah, sekarang keparat…!
    Siapa brsumpah.? siapa lakhanat…?

    https://www.google.com/amp/s/jebatmustdie.wordpress.com/2016/12/03/munafik-bernama-najib-razak-terlupa-sumpah-janjinya-sendiri/amp/?client=ms-android-samsung

    Brapa parti? Siapa pengkhianat?
    Apa janji.? Siapa kah rakyat.?
    Nak bersemi.! Brapa kah syarat.?
    Ada hadi..aahhh..Apa amanat.????

    #PengkhianatParti

    **
    *
    https://youtu.be/z8CJ8p9bDzA

  10. asahamat Feb 13,2017 2:04 PM

    Assalamualaikum wmwbt Tun

    Saya sering berjalan2 keseluruh Negara. Sebagai seorang rakyat Msia yg menginginkan Msia yg baik utk semua, bila bertemu dgn sesiapapun, khusuanya mereka di luar bandar dan pekan2 kecil, sata sering bertanya “Apa harapan anda pada Bersatu dan atau PH?”….

    Jawab mereka mudah dan sangat basic “Apakah penganti Najib MO1 dan atau Barisan Penyamun akan tidak lebih jahat dan atau serupa?”

    Maka isunya, rakyat nampak kejahatan Najib MO1 dan Barisan Penyamunnya, TETAPI rakyat belum nampak dan belum YAKIN dgn keluhuran dan kebaikan Bersatu dan atau PH. Psaikologi ini, saya kira Bersatu dan PH perlu pecahkan segera.

  11. asahamat Feb 13,2017 1:49 PM

    Assalamualaikum wmwbt Tun

    First thing first, Tun just be cool. Hemah, sabar dan tekad pd kebenaran. Nothing can defeat you for that. Jika Tun uphold kpd itu, that will be your true legacy. Let fight for a much better Malaysia even better than your time as PM. Utk itu, mohon Tun kaji usul2 saya seperti di bawah ini.

    (2) Kedua, marilah kita jgn lagi guna istilah UMNO dan atau BN. Kita mesti pencilkan mereka. Kita mesti jadikan mereka gerombolan hina yg rakyat mesti hidari. Mari kita panggil mereka Parti dan atau Barisan Penyamun ie PP dan atau atau BP.

    (3) Dlm PH, mereka yg senior seperti Muhhyidin, Mukriz, Izam, Azmin, Rafizi, Izzah, Mat Sabu, Husam, Zaid, Dyana Sofia dan Mahfuz sekarang patut bergerak sebagai forward force dah. Mereka ini patut ke luar bandar dan sapu betul2 Parti dan Barisan Penyamun ini. Jgn ada lagi langkah
    menoleh ke belakang. Mereka patut menjadi idola rakyat kepada Harapan Baru Negara.

    (4) Selain mereka di atas, pasti ada lapisan kedua dlm PH. Saya belum kenal mereka dan salah seorang mingkin contohnya bbrp orang kanan Najib MO1 yg telah cross over seperti Saifuddin Nasution dll. Saya kira Tun boleh bergerak dgn mereka ini sebagai “the banging force”. Wan Azizah patut bersama Tun utk ini. Mereka ini anak2 muda yg penuh tenaga tetapi masih perlu banyak pengisian. Dgn Tun bersama mereka, ada bbrp kelebihan PH akan dapat dan antara lainnya (a) Mereka akan lebih bersemangat utk berjuang. Tun adalah Godfather bagi mereka. (b) Golongan muda akan lebih mudah didekati. Fikiran dan semangat juang Tun akan meresap cepat kpd golongan muda ini. Mereka jadi berminat merobah Kjaan yg ada.

    (5) LKS, LGE, Tony Pua dsb wajar tumpukan perhatian kpd pengundi Cina dan India. Mereka tidak perlu terlalu ke depan dijaja di kawasan Melayu. Sekali sekala tidak mengapa. Kehadiran mereka tidak mampu merubah curiga pengundi Melayu. Dgn mereka tidak ke depan, secara psaikologinya, itu pasti menunjukkan isyarat bhw mereka akan patuh kpd pengurusan Melayu yg baik2.

    (6) Cepat2 susup dan gempur semua Universiti n Kolej. Serang kedua2 pelajar dan para pensyarah di sana.

    (7) Gunakan para penyokong Bersatu dan atau PH dari Sarawak utk membantu Warisan di Sabah. Bersatu perlu mengelak kelihatan jelas di Sarawak dan Sabah.

    (8) Last but not least, wujudkan satu ketumbukan utk porak perandakan Parlimen Ajib MO1 dan Zahid. Satu gerakan khas perlu disegerakan di kedua kawasan ini.

  12. Sri Sense Feb 13,2017 6:33 AM

    Salam Tun

    Cerita pasal UMNO sekarang I sendiri dah malas nak baca. Kalau dulu I memang promo kalau nak election saje pilih BN, sebab tanpa UMNO mana lah kita orang Melayu, kalau dulu orang DAP duduk dalam barisan kempen kat pengundi jangan pilih BN kat Subang Jaya, I tarik muka masam kat tukang kempen, sekarang tak lagi. Sekarang I kata pilih PKR sebab Selangor lagi maju under PKR dari UMNO.

    Lagi satu buat I tambah menyampah, Hospital Kerajaaan. Kalau dulu tak ada ubat, doktar hospital kerajaan akan kata pada senior citizen uncle, aunty, kalau nak ubat jangan beli datang sini ambil free. Sekarang tak lagi nak ambil ubat pun kena catu, golongan ini juga di paksa datang berkali2 ambil ubat, ikut suka meraka la, 2 minggu supply, sebulan supply or no supply at all, walaupun dah tertera dalam resit ubat ini dikhaskan untuk sipolan sekian kian, boleh pulak beri alasan tak logik takut di audit.

    Pada saya memang pemerintahan Najib tidak jujur, janji dulu lain sekarang lain. Saya tidak akan mengundi BN lagi.

  13. Fariq Islam Feb 12,2017 10:16 PM

    Assalamualaikum, Tun.

    Kalaulah wang negara dialirkan ke dalam poket orang-orang tertentu, maka itu pengkhianatan terhadap Rakyat dan Negara, bukannya Melayu sahaja!

    Hari ini, polisi-polisi kerajaan memihak kepada kaum Melayu. Begitu juga dengan sedekah BR1M, di mana majoriti penerima adalah Melayu. Melayu tidak mencapai kejayaan yang diharapkan, kerana selama ini, Melayu terlalu bergantung kepada tongkat. Disebabkan pergantungan yang keterlaluan kepada tongkat, generasi muda kita tidak bekerja keras dan gigih demi mengecapi kegemilangan. Apa yang memilukan ialah sebahagian besar dicuci-otak, sehingga membenci yang lain. Kebencian ini memincangkan masyarakat majmuk kita.

  14. The Hidden Secret Feb 12,2017 8:12 PM

    Salam!

    Kita ada 3 pilihan…

    1. Sokong Najib.

    2. Berkecuali dan biarkan je Najib berkuasa.

    3. Lawan Najib.

    Quran does not promote option 1 and 2. Quran bagi kita amaran sekiranya kita tolerate evildoers. This is option 3.

    [8:25] Beware of a retribution that may not be limited to the evildoers among you.* You should know that GOD‘s retribution is severe.

  15. ismadi Feb 12,2017 8:04 PM

    Salam Tun,

    Alhamdulillah, akhirnya Tun telah memulangkan kata kata ini kepada Pemimpin dan Ahli UMNO sekalian.

    Mereka (penyokong UMNO) seperti kehilangan akal dan moral kerana masih menyokong beberapa pemimpin di dalam UMNO yang masih mendapat faedah dengan pertahankan kuasa mereka dengan cara berbohong dan memberi wang.

    Mereka tidak sedar, sekiranya perbicaraan adil dijalankan, mereka akan melihat kerugian yang ditanggung oleh Kerajaaan menjadi keuntungan besar hanya kepada beberapa pemimpin UMNO yg berkuasa.

    Mereka juga perlu sedar bahawa hasil GST dan hasil lain Kerajaan gunanya untuk membayar hutang yg disalahguna secara peribadi oleh pemimpin utama UMNO.

    Pengkhianatan kepada Negara adalah kata kata yang sangat hina dan seharusnya penyokong UMNO perlu terus menerus bertanyakan kepada mereka di mana wang 1MDB dan FELDA yang kerugian berpuluh bilion ringgit.

    Atau adakah mereka merelakan wang berbillion menjadi makanan pemimpin mereka? Dan menumpang mengambil sisa sisa mereka seperti anjing?

    Diharap pengkhianatan ini tidak berterusan di dalam pilihanraya.

    Berhati hatilah kerana manusia yang lemas akan berpaut kepada sahaja asalkan terus terselamat. Mereka akan berkerjasama seperti penjahat seperti dalam filem P Ramlee berjudul 6 Jahanam.

    Sekian. Terima kasih Tun.

    Wassalam

  16. Ingat Akhirat Feb 12,2017 6:47 PM

    Karl dear,
    “2. Sumbangan UMNO/BN tak semestinya terbatal hanya kerana DrM bukan lagi ahli…”.
    So, sumbangan2 DrM adalah sumbangan Najib??? Apeke benak punya otak kau ni Karl?
    Cyber Troopers UMNO ape kau ni? Buat malu Badut Najib je….
    Hello budak Karl, pergi main musical chairs laa…

  17. PutraKraken Feb 12,2017 6:42 PM

    Asalamualaikum Yang diKasihi Tun dan keluarga.
    Semoga diberkati Allah senantiasa.

    Saya baru melangkah keambang Warga Emas. Selama ini sejak dari mula saya mendaftar sebagai pengundi dan disetiap pilihanraya Parlimen dan negeri…saya tak pernah undi selain dari BN….begitu percayanya saya kepada BN dibawah pimpinan yang terdahulu.

    Sekarang…BN tiada lagi dihati…dan pastinya undiku bukan lagi untuknya. Najib adalah punca segalanya…dan UMNO bukan lagi UMNO yang pernah ku sanjung.

    I can see clearly now…vision 2020. Our Nation is not safe under BN.
    As Zamkata said…nak mampos mampos lah ko UMNO.

    Kalau penyokong tegar BN macam saya dah berubah…apakah orang lain tidak nampak apa yang saya nampak?

  18. asahamat Feb 12,2017 5:38 PM

    Assalamualaikum wbt Tun

    Kita dulu Buddha @ Hindu. Islam datang kepada kita. Patut selepas jadi Muslim, kita tinggalkan Buddhisma @ Hinduisma. Kita tidak. Ada kita terus pegang sampai sekarang. Maka kitapun serabut, hak mana Buddha @ Hindu dan Islam.

    (2) Bila Bersatu dah ditubuh, PH sudah sepakat. Patut tak perlu dah sebut nama UMNO n BN. Perjuangan harus tetap pd Bersatu dan PH. Ketengahkan Bersatu dan PH 100% mutlak, bagi rakyat lupa parti celaka yg tengah merosakkan Negara.

    (3) Focuslah utk ketengahkan Bersatu n PH yg mutlak
    lebih baik dari masa parti celaka itu baik2 dulu ….

  19. Karl Iskandar Feb 12,2017 5:27 PM

    sibotak,

    maaf saya tak tahu nama sebenar anda untuk saya panggil.

    Beginilah Tuan. Setiap pertubuhan politik perlukan dana untuk menampung perbelanjaan pengurusan dan operasi. Dalam pada itu, usaha mengumpul dana ada sejarah dan rahsia yg tak mungkin dibongkar hanya untuk memuaskan curiosity, rasa ingin tahu orang ramai seperti tuan dan saya.

    Tun Razak pada tahun 1972 melantik Tengku Razaleigh sebagai Bendahari UMNO. Sejurus itu Razaleigh mewujudkan Dana Politik UMNO sebagai sumber kewangan parti, menggantikan special fund yg Tun Razak urus secara senyap-senyap sejak 1959.

    Apabila DrM dilantik menjadi Presiden UMNO, beliau mengambil alih peranan Razaleigh. Setelah itu, jawatan bertukar tangan kepada Tun Daim, yang menjadi Bendahari dari tahun 1984 dan tamat 17 tahun kemudian pada tahun 2001.
    Bila Tun Daim bersara, sekali lagi DrM menjadi Bendahari UMNO pada 2001 hinggalah DrM pencen pada 2003.

    DrM apabila pencen, telah mewariskan kepada Tun Abdullah dana sebanyak RM1.4 billion. Dari mana DrM kumpul dana sebanyak itu, kenalah tuan, secara bisik, tanya DrM sendiri. Dan di mana dan akaun bank siapa pula DrM parkir semua dana tersebut? Wallahu’alam. Malahan, segenap Ahli Majlis Tertinggi UMNO pun tidak tahu menahu berkenaan Dana Politik UMNO. Yang tahu sahaja tahu!

    OK. Berapa billion pula PakLah wariskan kepada Najib? Saya fikir tuan sendiri boleh anggarkan jumlahnya, kerana Najib terpaksa terima RM2.6 billion derma dari kerabat di Raja Arab Saudi untuk belanjawan menghadapi Pilihanraya; dan demi keterusan, survival, syiar Islam dan Ketuanan Melayu. Najib juga telah pulangkan baki derma yang tak diperlukan lagi dan ianya satu jumlah yg agak besar dan boleh menggoncang iman.

    Kalau saya Najib, saya akan tanya dan minta nasihat Gabenur Bank Negara, terlebih dahulu ke akaun mana saya perlu parkir wang tersebut. Dan saya akan menerima saranan dari kepakaran dan tahap profesionalisme Tan Sri Zeti, yang sudah pastinya beliau sendiri sebagai kepala Bank Negara telah mengambil kira segenap peruntukan undang-undang yang sedia ada, termasuklah AMLA dan akta berkaitan pengubahan wang, justeru itu berpuas hati bahawa kemasukan wang tersebut ke dalam akaun peribadi saya adalah 100% teknikal, tanpa ada unsur jenayah mahupun penipuan.

    Saya harap saya telah dapat membuka sedikit ruang dalam fikiran tuan, untuk menyelam dan melihat sesuatu yang tersirat pada kedudukan fakta dan realitinya; dan tidak hanya di permukaan air yang tuan lihat tak henti-henti berkocak kerana di sana ada ramai yang menangguk di air keruh untuk keuntungan sendiri.

    Saya sedia untuk ditegur secara berhemah, dan memberi jawapan ke atas apa-apa soalan yg datang dari tuan seterusnya. Saya akhiri dengan doa untuk diri tuan dan diri saya: Allahummaj’al fi qalbi nuran, wa fi lisani nuran.

    Terima kasih.

  20. milshah Feb 12,2017 5:05 PM

    Assalamualaikum Tun,

    Finally, the PAS President Datuk Seri Abdul Hadi Awang have declared that they will not work with PPBM for the simple fact it was working with DAP and Amanah.

    I have said this very much earlier this was the main cause, and the PAS President declaration today confirmed this. It is sad, Tun is willing to work Lim Kit Siang and Anwar to save the nation. But not PAS. The hatred runs deep. Let the rakyat suffer under Najib, but never again will they work with DAP or Amanah. Is this the teaching of Islam?

    PAS is now in a no win situation. They have burned the bridge with other oppositions, they have no more bargaining chip to use against UMNO. Previously, they can say to UMNO, “Look, if you don’t support RUU 355 we will combine with the other oppositons.”. Now, since that bridge is already burned, UMNO can just ignore PAS. Whatever the outcome, it will be a three corner fight, putting UMNO at the advantage, without the need for UMNO to support RUU 355.

    Previously, UMNO was in a dilemma. They had to support RU355 to get three corner fights from PAS. But that would cause MCA, Gerakan, MCA and the Sarawak Parties to rebel and disintegrate BN. But now that PAS has burned the bridge with PPBM, its confirmed three corner fights will happen, UMNO does not need to face the hassle to face MCA, MIC, Gerakan and Sarawak parties.

    Futher, with PAS joining three corner fights, it is almost certain PAS will lose all their seats, since their job is to split the votes and not win the votes.

    So there you have it. PAS will not get RUU 355 and will not win any seats in the next PRU. Like the Malays saying,” Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran”. Good strategy.

    As for PPBM and the other Pakatan Harapan, it’s time for to strategies following Hadi’s declaration. Amanah, PKR and PPBM will need to play a lead role to fight PAS influence especially in the rural areas.

  21. tebing tinggi Feb 12,2017 4:50 PM

    Harapkan pagar ‘pagar makan padi

    Harapkan ubi ‘ubi tak berisi.

  22. sibotak Feb 12,2017 4:10 PM

    Sekarang 2017 lagi 3 tahun 2020
    Wawasan Tun Mahathir akan jadi Kenyataan
    Tapi sayang Wawasan ini dihancurkan olih Panyangak
    Pemimpin yg tidak Berkemampuan

    Bukan saja dilamanan Media Social ,malah di kalangan Kaki Tangan Kerajaan sendiri
    Ramai mengatakan perbezaan Najib dan Tun Mahathir
    Upama Langit & Bumi
    Bukan di Malaysia malah mulut Dunia

    Baca sendiri di lamanan Kerajaan mahupun Media Social terkini
    Komen komen dari awam
    Ramai yg memuji masa germilang Malaysia semasa Tun Mahathir
    Berbeza Najib sekarang ,ramai yg mengutuk

    UMNO Korbannya

  23. karlNusajaya Feb 12,2017 2:56 PM

    Dengan hutang negara RM100 billion, Tun M bagi kita….
    Putrajaya, Cyberjaya, KLIA,
    Jambatan Pulau Pinang,
    Lebuhraya Utara Selatan,
    KLCC, KL Tower,
    LRT, MRT,Monorel,
    3 Pelabuhan,
    Proton,
    Perodua,
    Modenas,
    LIMA,
    Rampas Guthrie Dari British,
    Litar Formula 1,
    2 Satelit,
    Tour De Langkawi,
    Berjuta Peluang Pekerjaan,
    Biasiswa,
    Subsidi,
    Gelaran Harimau Asia,
    Maruah Melayu di Tebus,
    Hantar Melayu Ke Bulan, Ke Kutub Utara, Kutub Selatan, Bantu Bosnia, Palestin, Afghanistan dan senarai nya goes on and on and on….
    Dengan hutang RM800 billion, Najib bagi kita…
    Gelaran PENERIMA BRIM. Terma baru untuk pemintak sedekah.
    Krikkk.. krikkk.. krikkk.. krikkkk..

    #credit; abdullah ibrahim
    #discredit; karl bijan

  24. sibotak Feb 12,2017 7:51 AM

    Encik Karl

    Duit masuk dalam account Najib , Najib juga sudah mengaku
    Apa itu bukan Kesalahan ?
    Tidak ada alasan yg bernas seorang Pegawai Kerajaan
    bolih masukan duit ke account mereka dengan beri alasan duit itu datang dari Nenek Najib dari Hongkong . Pengakuan Najib duit dari
    Arab Dugul Pisang Kelat , Arab Berak Najib Jilat pun tidak munasabah , tambahan Najib tidak mampu keluarkan bukti

    Najib memberi muka pada Singapura , memberi Tanah KTM , membuka lagi air baru di Johor , dengan harga yg amat murah , tidak menaikan harga air lama dengan penukaran Tanah KTM dan banyak lagi , sememangnya Najib sudah mengkhinati Negara sendiri dan memetingkan Tobolok beliau sekeluarga
    Mengkayakan Sinagpura sedangkan anak Malaysia yg sengsara kerana Najib perlu menaikan segala harga sebab untuk menutup pekung akan kebodohan beliau

    Najib menukar AG bagi menutup Kes beliau sendiri telah menampakan Najib memang Bersalah . Jho Low & Co , termasuk anak tiri Najib sudah tersebar satu Dunia juga dari sumber Najib sendiri yg Najib banggakan , Sinagpura juga Amerika
    Kenapa kini , Jho Low & Anak tiri Najib tidak tersentuh
    Mungkin juga Rosmah pun ada sekaki, agaknya

    Banyak lagi . Tak payahlah nak tegakan benang yg basah
    Zaman berubah , pemikiran rakyat tak macam dahulu

    Lagi satu
    Anda sering Tuduh Tun Mahathir macam macam .
    Sila kan ke depan . Pintu Gerbang SPRM luas terbuka

  25. sudin Feb 12,2017 5:44 AM

    Assalam Tun.

    Sememangnyalah setitik nila akan rosak susu sebelanga, dan seberapa banyak belanga mana pun yang dipenuhi susu akan berterusan rosak jika nila berterusan dibenarkan menitik kedalamnya.

    Nila yang menitis akan tetap dianggap perosak, apatah lagi jika ianya sengaja dibenarkan (dan terutama jika diberi galakan!) untuk berterusan menitik kedalam susu. Yang membenarkan dan yang memberi galakan supaya nila terus menitik adalah sama tahap saperti nila, semuanya juga adalah PEROSAK, atau ertikata lain ialah PENGKHIANAT!!
    Sanggup bersubahat dengan nila PEROSAK demi mengutamakan kepentingan diri sendiri.

    Untuk mereka2 yang tak pergi pasar untuk membeli keperluan harian keluarga, diberi beberapa contoh harga sekilo barangan utama berbanding harga kurang dari 2 tahun lalu (dalam kurungan):

    Ikan kembung RM17.50 (5.50)
    Ikan pelaling iaitu ikan termurah RM11.50 (3.00)
    Ikan kerisi RM15.00 (5.00)
    Ikan tongkol RM11.00 (3.00)
    Bayam RM3.50 (0.80)
    Kangkung – tanya sama itu Najib.

    Hanya pemimpin bersikap pengkhianat berserta penyokong/pembodek saja yang tidak menghiraukan keadaan serta kesusahan yang dialami rakyat.

  26. Kebebasan_bersuara Feb 12,2017 1:32 AM

    Nak tambah sikit lagi nampak nak dekat dengan pilihanraya kita semua boleh guarentee parti najis umno bn ni sudah semestinya tengah merompak hasil kekayaan negara untuk menbiayai kempen pru nanti.

    Kepada penyokong umno yg tak sedar lagi. Jangan tunggu sampai terlambat baru nak menyesal. Menang bersorak kampung tergadai. Mara tengah happy jual harta bayar hutang. Sekarang apa project parti najis ni buat hutang jaminan semuanya ditanggung oleh kerajaan dan yg kena bayar adalah rakyat yg terpaksa tanggung. Macam kes felda tu.

    Jangan lupa kami kat sini pembaca yg tengah komen ni pun penyokong tegar Umno tau. Tapi kami tolak umno parti najis. Parti bersifatkan yg pemimpin family diutamakan rakyat dibebanni hutang. Itu bukan lagi parti perjuangan rakyat sebaliknya itu parti keluarga penyamun.

    Terima kasih tun.

  27. Kebebasan_bersuara Feb 12,2017 1:20 AM

    http://happilyspeaking.blogspot.my/2016/11/malaysia-on-sales-all-good-things-must.html?m=1

    Tengok la betapa jijiknya mo1 aka PM. Tunggu masa saja mo1 ni nak jual rakyat sendiri. Umno parti najis memang terang2 mengkhianati bangsa sendiri.

    Siapa baca kosmos tarikh 11/2 menyeri kewangan kedua kata minyak naik rm 3.00 brim tambah. Minyak turun tiada brim. Jadi maknanya kita rakyat kena doa minyak naik 3.00 dapat brim tambah 50 ringgit je? Hari2 kena cukai sana sini…adil ke? Kami rakyat guna minyak hari2. Dah la tu minyak naik 15 sen menteri ni kata palsu. Last2 naik 20 benar. Tengok la sekalian pembaca betapa jijiknya mereka perbodohkan rakyat sendiri.

    Fake news aka tv3 ni propaganda la kami wakil rakyat umno turun jumpa rakyat untuk terangkan keadaan kepada rakyat. Sebenarnya wakil rakyat umno ni turun bukan untuk terangkan penipuan yg pemimpin sendiri buat. Sebaliknya cuba berdolak dalih dan meneruskan usaha memperbodohkan rakyat termasuk bangsa sendiri. Menjijikan.

    Wakil rakyat umno bn di bawah parti najis ni bukan berjiwa rakyat. Cakap terus terang mereka tak merasa kesusahan rakyat yg semakin tertekan. Apa yg mereka semua tau dekat pilihanraya baru nak tunjuk muka,tabur ayat manis2. Lepas pilihanraya senyap,hilang terus.

    Sebagai contoh menteri atau wakil rakyat cakap pandai suruh jimat sana sini..jalan raya kem pun suruh rakyat pakai bas,teksi,basikal.last2 korang semua tau? Menteri/wakil ni guna escort polis redah jalan yg jem. Tengok la semua pembaca sepatutnya wakil/menteri tolong rakyat bukan perbodohkan rakyat sendiri. Ikut record banyak kali dah kami nampak.

    Berhentilah buang undi dekat bn umno. Tu bukan parti macam zaman kemerdekaan sebaliknya sudah jadi parti family sendiri.

  28. The Hidden Secret Feb 12,2017 1:07 AM

    Salam!

    Najib curi duit KWAP!

    Najib pencuri!

    Sebagai manusia bermaruah… Jangan kita biarkan pencuri jadi pemimpin kita.

  29. Kebebasan_bersuara Feb 12,2017 12:43 AM

    http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/02/11/pelabur-timur-tengah-semakin-waspada-dengan-malaysia-kata-badan-pemikir/

    The Singapore Straits Times melaporkan projek negara Arab lain “dihentikan secara senyap” beberapa tahun kebelakangan ini termasuk projek bernilai AS$7 bilion bagi kemudahan penyimpanan minyak di Tanjung Piai, Johor dan kilang pelaburan aluminium di Sarawak yang berharga AS$4.2 bilion.

  30. umranrc Feb 11,2017 11:08 PM

    Salam Tun,

    Kenapa UMNO dilabelkan pengkhianat?

    Mudah sahaja jawapannya… Telah terang lagi bersuluh, bukti yang diberikan oleh kes-kes Mahkamah di Singapura yang membabitkan pegawai-pegawai bank yang memindahkan wang kedalam akaun peribadi pemimpin UMNO. Bila ini berlaku, sepatutnya ahli-ahli UMNO yang berpendirian bersih bangun dan menentang perbuatan serong ini.

    Sekiranya terus menerus mendiamkan diri, tidakkah ini serupa dengan bersekutu dengan perbuatan jijik ini? Maka selayaknya keseluruhan digelar pengkhianat!

    Terima Kasih Tun.

  31. LeoSabri @ leosabri.com Feb 11,2017 8:01 PM

    Kerajaan Malaysia;
    UMNO atau Barisan Nasional atau NajibRazak

    Assalamualaikum wbt. dan selamat sejahtera.

    Didahului dengan ucapan salam 2.6 BILLION + 42 BILLION + 4.4 BILLION + 44 BILLION dan, bersalaman BILLION-BILLION.

    Bahawasanya berkomen bukan untuk sakiti sesiapa, tidak pula meroyan buat komen merapu tanpa henti.

    Bila sebut “Pengkhianat” sama seperti “Rasuah” jadi pening nak faham jadilah semacam mak kau hijau bapak kau haru biru keluar dacing jadinya.

    Jika sebab 2.6 BILLION NajibRazak kenapa UMNO sebagai pengkhianat sedangkan Malaysia selamanya diterajui Kerajaan Barisan Nasional. Tidak pernah wujud Kerajaan UMNO.

    Jika UMNO sebagai pengkhianat kenapa tidak ditarik bahagian penguatkuasaan sebagai pengkhianat segala. Kalau boleh tarik segalanya tariklah hamba rakyat sebagai pengkhianat yang juga sebagai hamba BILLION-BILLION selamanya.

    Jika kerana nila setitik rosak susu sebelanga hingga terpercik kena bendera jadi dacing bukankah Kerajaan Barisan Nasional sebagai pengkhianat negara barulah sama timbangan semacam dacingnya.

    PENGKHIANAT dan RASUAH mudah disebut, akan tetapi siapakah pengkhianat sebenar-benarnya.

    Jika dikata 1MDB dan 2.6 BILLION sebab NajibRazak sebutkan sahaja NajibRazak sebagai pengkhianat aka kaki songlap aka ratu rasuah aka raja yang maha kuasa agar mudah difahami.

    UMNO, Barisan Nasional, Pembangkang, Penguatkuasa dan, Rakyat termasuklah Agong, Sultan, Raja-Raja Melayu khasnya, bukanlah semudah disebutkan pengkhianat kepada agamanya, bangsanya dan, negaranya. Kecuali, Politik sebagai pengkhianat kepada segala-galanya berdasarkan dasar-dasar merapu segalanya disapu.

    Sekian, HIDUP Maharaja Tun`ku YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad!

  32. HBT456 Feb 11,2017 3:01 PM

    Can this story sell like hot cakes? Even if it could be sold as hot cake, itu peribadi dan urusan kaum umno dan bumiputra yang bergama islam saja. Lalang tetap lalang, and lalang kena dipotongkan supayanya tak jadi semak, tak betul?

    Why some home dont have lalang? Because the owner knows lalang will make the house look unwanted, and usang, bukan?

  33. eloheem_42 Feb 11,2017 2:15 PM

    Well said DrM. The best thing to do is to be clear abt the NEW strategy on who and whom that can be trusted. PAS is not an option and shall be the downfall of all. I had worked and lived in GCC, therefore noticed the difference with our localised version. Everyone should stop frustrating the BERSIH generation by saying and making wrong statements.

  34. Karl Iskandar Feb 11,2017 12:14 PM

    UMNO Dikhianati Orang Dalam

    1. Kenyataan Muhyiddin tak perlukan pembetulan bila beliau memberi keterangan yg benar.

    2. Sumbangan UMNO/BN tak semestinya terbatal hanya kerana DrM bukan lagi ahli.

    3. Malaysia di bawah DrM dahulu terkenal berjudi FOREX, dan hanya serik setelah disekolahkan oleh Soros dan setelah kerugian RM100 Billion.

    4. Pentadbiran dan pembangunan Malaysia sekarang ini menarik minat pelaburan dari Cina dan Eropah, musuh dan saingan niaga US.

    5. Perdana Menteri sekarang telah disahkan oleh PAC tidak terlibat dlm apa-apa salahlaku 1MDB.

    6. Fokus Najib dan penyokongnya bersatu dalam UMNO adalah untuk terus berkhidmat-setia bukan utk fitnah-mengata.

    7. UMNO dan BN, secara menyuluruh lebih dipercayai bila dibandingkan dengan Pakatan Pembangkang.

    8. UMNO dan BN yang disebut oleh Muhyiddin adalah UMNO Lama; dan UMNO Baru yang dicipta DrM setelah ianya dibatalkan oleh mahkamah.

    9. UMNO pimpinan Najib adalah sinambungan dari Tunku, Razak, Husein, DrM, PakLah yg diamanahkan utk pelihara Tanah Melayu dan warga negara.

    10. Di dalam UMNO, sama seperti mana-mana parti politik, pasti ada pengkhianat. Contohnya Menteri WP, Tungku Adnan yg buat kenyataan bebal utk sengaja merosakkan nama baik parti dan mensabotaj Najib.

  35. Dave Copper Feb 11,2017 11:56 AM

    UMNO is like the Titanic; PPBM is like the escape boats. Some are escaping the sinking ship, but some are still sticking around for sentimental reasons.

    However, China’s former statesman Deng Xiaoping once states that “It doesn’t matter whether a cat is white or black, as long as it catches mice.”

    In other words, we shouldn’t care too much about whether BN or PH takes offices in Putrajaya, as long as the next administration is clean, efficient and capable of bringing Malaysia a safe, united, prosperous and developing future, We should give our support.

  36. WandyCaswady Feb 11,2017 11:47 AM

    Assalamuaalaikum… Dan salam sejahtera…

    Maafkanlah saya kerana terkeluar dari topic sedikit…

    Pada pendapat saya… Jika kita ini benar2 memahami islam dan mempercayai WUJUDNYA Rasulullah SAW… Kita tidak akan mencela sesama islam… Memaki sesama sahabat… Apatah lagi kepada mereka yang bukan islam…

    Jika inilah cara kalian menunjukkan bahawa kalian pengikut Rasulullah SAW… Maaf… Saya berpendapat anda masih belum kenal benar akan hati Rasulullah SAW…

    Memang tidak hairanlah mengapa manusia di muka bumi ini membenci islam… Kerana mereka di pihak yg benarlah yang membuatkan diri mereka sentiasa benar dan membuatkan diri mereka terdapat perasaan angkuh…

    Contohilah kesederhanaan hati Rasulullah SAW… Contohilah keimanan Nabi Isa A.S yang menolak kekayaan di dunia kerana mengejar kekayaan di akhirat…

    Jazakallahu khairan kathiraa…

  37. The Hidden Secret Feb 11,2017 10:22 AM

    Salam!

    Sana sini, dalam negeri dan luar negeri, ramai samada media atau individu, secara terang-terangan membuat statement Najib seorang pencuri, penyamun, penyangak, pembohong, pemutar belit dan sebagainya.

    Tapi… Najib seorang yang cukup penyabar dan baik hati. Dia tak saman sesiapa pun yang mengata tentang dia.

    Najib tak berani nak saman sesiapa sebab memang dia pencuri. Sampai ke hari ni dia tak saman Lee Liong Sik, WSJ, Sarawak Report, Tun Mahathir atau sesiapa.

    Malaysia ni dikuasai oleh pencuri yang dilindungi oleh IGP dan AG. IGP dan AG tau Najib pencuri tapi mereka menyebelahi Najib. Ini sesuatu yang tak boleh kita terima dann biarkan. Sebagai manusia yang bermaruah, yang ada harga diri, kita semua mesti bertindak untuk memastikan Najib dijatuhkan.

  38. milshah Feb 11,2017 9:27 AM

    Assalamualaikum Tun,

    Day by day, we can see support for PPBM increases. This is partly due to the media social. People are becoming more aware of how corrupt UMNO have become.

    However, I wish to caution these people are mostly from urban areas. I know some rural voters are also supporting PPBM due to the many forums and cheramah held at Felda and kampung areas.

    We all know the media is an important instrument. The one who control the media controls the people’s thinking.all this while, the government controls the media, and thats why they were able to influence the way people think as only their arguments and their version is aired or printed, while there is a total blackout of news from the opposition.

    In view of this, to better dessimate information espcially to the rural people, apart from the forums and cheramah, can PPBM have its own newspaper?

    I’m not worried about the urban voters as they get news from the social media. But for the kampung folks, they get their news from TV3, utusan, the star, etc. They don’t have access to the social media.

    If PPBM have its newspaper, it can be used to dessimate correct information and facts to the kampung folks. Newspapers is nothing new, as PAS have harakah, DAP the rocket. I don’t see why PPBM cannot have its own newspaper.

  39. sudin Feb 11,2017 8:49 AM

    Assalam Tun.

    King Liar ridiculing his subject,
    “Reveal the minister who quit or you’re lying”, Najib to Azmin on rumours of an impending resignation of a senior minister….

  40. sudin Feb 11,2017 8:22 AM

    Assalam Tun.

    UMNO sekarang, saperti kata Tun
    ….PENYAMUN dan PENYANGAK yang mencuri….
    ….PENGKHIANAT kepada bangsa Melayu dan kepada Negara….
    ….takut hadir di PBB kerana akan disoal….
    ….Pentadbiran Malaysia sekarang ini dipandang JIJIK….

    Memang tepat.
    Dan banyak lagi perkataan buruk boleh diperkata terhadap UMNO.

    Yang teramat hairan, kaki-kaki rasuah dan PEMBODEK tu langsung tak punya perasaan malu dan sanggup mempamerkan diri mereka terang-terangan diblog Tun M ini!!!
    Dasar manusia TAK PUNYA MARUAH DIRI!

    Dicadangkan perkataan “malay” dalam UMNO digantikan dengan perkataan lain.

  41. sibotak Feb 11,2017 12:04 AM

    Kami berdoa Tun Mahathir sentiasa dalam keadaan sehat
    Walau saya yakin Tun paksa diri demi memperjuangkan
    Kebenaran , Kemajuan untuk Malaysia
    Tun tidak bolih tipu kami yg Tun tidak paksa diri
    Harap Datin jaga & marah Tun jika beliau Degil taknak rehat
    Both you are Perfect Loving Couple
    Semoga perjuangan mu di catit , di ingati ke anak cucu Malaysia

    Bukan macam si dia tu…
    Kepunder Malang Skepe…..rr
    Tak guna punya Pemimpin
    Bukan bakat ahli niaga , malah bukan pakar ekonomy
    Bahaya orang macam ni jadi PM , oh !
    Banyak pakai Modal , Untungnya takda
    Hanya menghabiskan , menipu , suka buat Silap mata
    Itu sebab tak jumpa sangat pemimpin dunia , malah tidak popular langsung
    di pentas pemimpin Dunia . Merambus sudahlah . Nak tunggu apa lagi
    Rakyat dah tak suka

    Hidup satu Perjuangan
    Satu Persinggahan , namun persinggahan ini mesti di sempurnakan sebaik mungkin
    Kerana Makluk yg dinamakan Manusia akan di Hisab kelak

    Lets us just do the best we can be
    Stay United , Hold the Line
    Be with our True Leader
    Tun Mahathir Mohamad
    The Muslim World Not just Malaysia
    Needs a True Leader like Tun Mahathir Mohamad
    Allahukahbar !

  42. rimba.emas Feb 10,2017 11:57 PM

    Salam Tun.

    1. Apa yang Rimba Emas perlu akui ialah mereka yang terlibat dalam memerdekakan negara kita salah seorangnya bernama Tengku Abd Rahman Putra Al Haj. Beliau adalah Presiden UMNO.

    2. Bila merdeka beliau di lantik sebagai Perdana Menteri yang pertama negara kita cintai iaitu Malaysia. Oleh kerana beliau juga Presiden UMNO jadi KREDIT SUDAH JATUH PADA PARTI UMNO.

    3. Wal hal dalam membanggun pembangunan Malaysia tidak mungkin secara individu baik orang perseorangan mahu pun Parti.

    4. Dalam merencana sebuah negara terutama dalam aspek PEMBANGUNAN akan melibatkan ramai pihak yang mana kemungkinan Parti UMNO cuma boleh menjadi pencetus idea sahaja.

    5. Bagaimana pun disebabkan atas faktor PERNIAGAAN monopoli yang lebih besar di pegang oleh Parti pemerintah yang mendapat sumber kewangan dalam berbagai bentuk , salah satu contohnya pendapatan melalui percukaian.

    6. Sistem yang di guna pakai oleh negara Malaysia ialah memberi kuasa kepada satu kerajaan untuk mentadbir dengan jujur dan amanah. Bermakna kita rakyatlah yang bertanggungjawab melantik Parti tersebut.

    7. Jujur dan amanah terhasil bila dibentuk oleh kita sebagai rakyat. Ia tidak akan terhasil dari jasa yang telah berlalu kerana jujur dan amanah perlu sentiasa di bentuk dengan patuh supaya ia kekal sehingga sekarang.

    8. Jujur dan amanah juga tidak datang dengan sendiri. Oleh kerana manusia susah di bentuk kadang-kadang kita terpaksa memaksa supaya berlaku jujur dan amanah.

    9. Sifat degil menjadi jujur dan amanah memerlukan pertukaran segera kepada yang wajib menjadi jujur dan amanah. Ia akan terhasil jika perkara itu wajib di lakukan.

    10. UMNO mainan manusia di dunia ia tidak akan kekal selama-lamanya.

    Wallahua’lam.

  43. tagosan4 Feb 10,2017 10:55 PM

    All the problem the facing the country started from malay incompetence . Since we depend on mamak clan to run the country from behind. The mamak clan now in every powerful position be in government , political party or glc but they greedly enriching themselves

  44. Kebebasan_bersuara Feb 10,2017 10:10 PM

    salam tun,

    memang betul umno sekarang merupakan pengkhianat kepada bangsa sendiri. Bukan tu saja sebaliknya perosak kepada negara.
    penyokong umno dan ahli umno ni ibarat seperti kambing biri2 yg tunggu masa untuk disembelih dan dijual oleh pemimpinnya sendiri.
    sedangkan benda depan mata tak nampak? tak nampak ke kepala penyamum pemimpin sendiri tengah syok jual harta negara dekat negara luar.Depan mata pulak tu.Tunggu masa je nanti MO1 tu jual rakyat sendiri.

  45. musato Feb 10,2017 8:37 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Saya masih belum berkesempatan meluangkan masa bersama sama jemaah Tarekat Nasqabandiyah di kawasan saya, walau pun baru baru ini telah diadakan ceramah berkenaan ‘kerajaan langit dan bumi’ di masjid jamek selepas solat maghrib.

    Satu penerangan yang sungguh ingin didengar mengenai berada di alam fana dan seterusnya digelar ‘Hamba-Nya’ setelah selesai setiap satu tahap pengembaraan kerohanian.

    Datuk Mukhriz yang kelihatan sentiasa berkopiah dan dekat dengan pondok pondok perlu meluangkan sedikit masa menyertai zikir tarekat dan menambah pengetahuan mengenai tasawuf.

    Mungkin Datuk Mukhriz mempunyai peluang yang lebih banyak untuk meneroka mengenai perkara tersebut ketika ini berbanding saya.

    Dikhabarkan bahawa bahagian kawasan saya akan disahkan penubuhannya dalam seminggu dua lagi. Saya fikir idea saya dalam penyertaan parti politik adalah jelas.

    Tasawuf dan tarekat.

    Dan di atas sebab itu, telah lebih dari sekali saya rekodkan mengenai kejayaan dalam kejadian MH17. Saya kira itu adalah satu contoh yang jelas.

    Terima kasih Tun.

  46. Lanun Johor Feb 10,2017 7:20 PM

    Jom tinggalkan UMNO !

    Saya dah daftar Parti Pribumi

    semuga ALLAH swt mudahkan segala urusan dunia kita, Ameen

  47. adelheid Feb 10,2017 7:13 PM

    Tun,

    Pengkhianat will do everything not to lose the coming GE. You must bear this in mind. They will dirty what is supposed to be the people’s rights to choose. In the end it’s UMNO again whether we like it or not. There will be more clowns, more puppets and more stupid people. When there are more stupid people Kleptocracy will rule over Democracy. That monster may or may not be around but Kleptocracy will stay.

    So buckle up Tun and Bersatu and Pakatan Harapan.

    Take care now Tun.

  48. Dave Copper Feb 10,2017 6:50 PM

    Salam Tun.

    z2z. I couldn’t agree with you more.

    Except for one thing… Wine is prohibited in this ship and the 1st class people are actually sober but they are all in the state of denial. They don’t believe a word the captain say, but still, support him because he is the captain… like Kim Jong-un. Sad.

  49. adelheid Feb 10,2017 6:39 PM

    Dear Tun,

    I think most of the thinking rakyat are fully aware of this especially the non bumi and non malay. In fact only a handful of loyalists are still gripping on to UMNO – the reasons revolve around either cash or fear. They’re tied and they’re afraid. The others who don’t come under the two come under plain stupidity.

    Tun, now MO1’s regime is going all out to turn the tables on you. Their intention is to sour and spoil the kinship that you now have with Lim Kit Siang and the DAP. You know better than to be moved by their dirty tactics Tun. We rakyat for one just can’t be bothered anymore by their dirty minds. We will move forward to make real change happen this time.

    That’s why you must keep your focus, mind and heart to what is right for all Malaysians.
    And that is also why you must rethink your pursuing PAS when it is almost too clear they are playing games – Nik Aziz no longer around Hj. Hadi has truly messed the ‘Islamic’ party to the detrimental of its supporters. PAS can’t seem to make up its mind – this is a telltale sign that there’s something not quite right… Don’t wait till it’s too late when PAS succeeds in downplaying Bersatu. Conscience will tell you that this particular clan will be ‘the’ factor to fail the Opposition Pakatan Harapan this time around. Again.

    I hope you stay true to yourself dear Tun Dr.Mahathir. Who says change is easy. It takes a great person to change – if change is for the better. Don’t hold back don’t hesitate. This journey has just begun, but believe me you, we are almost there.

    Take good care dear Tun.

  50. anti rasuah Feb 10,2017 4:54 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Teramat bersetuju dengan Tun.

    Ahli atau individu yang masih menyokong Najis atau UMNO sekarang adalah jelas manusia yang ber”tuhan”kan wang ringgit.

    Bagi mereka semua sebenarnya tiada keikhlasan dalam perjuangan.

    UMNO sebelum 2003 dan UMNO selepas 2003 terlalu berbeza. Kini ternyata ianya rosak akibat ketuanya yang BODOH.

    Wassalam.

  51. z2z Feb 10,2017 1:48 PM

    UMNO is like the Titanic that has hit the iceberg (1MDB). The is a big hole (billion $$$ deficit) in the hull and seawater is rushing in. Captain N assure his passengers that the ship did not hit any iceberg. It is all negative perception caused by people who are trying to destabilize the ship and take over the ship. Everything is fine and the passengers should go back to sleep.

    To the first class passengers (UMNO members), everything seems to be going well. The deck is dry and most importantly there is plenty of food, wine and song.

    However third class cabins (working class) are already flooding (in debt) and passengers are screaming for help. Alas, only the second class passengers (middle income) can hear them. They know the tide is rising and their cabins will be flooded next. They try to warn the first class passengers but they are ignored. The first class passengers are drunk in food and wine and thought the second class people are trying to create an excuse to enter their deck so they lock up the gates (media) and ignore the screams.

    I think UMNO members will not be awake until the food, drink and money runs dry. By then Captain N will be long gone. Unlike Edward Smith, the Titanic captain who took responsibility for his error and went down with the ship, Captain N already has his lifeboat packed and ready to go once the situation turns for the worse.

Leave a Reply