TOTAL VISITORS FROM 2008:

POLIS 31

1. Jahat sungguh polis Malaysia. Sementara Menteri-Menteri dan Najib sendiri tidak menghalang debat saya dengan Nazri, polis daerah pandai-pandai menyekat.

2. Kononnya sekolah tidak boleh guna; kononnnya ada kemungkinan rusuhan berlaku, ada protes dari rakyat dan bermacam lagi.

3. Semua ini kerenah polis. IGP pun tidak ada halangan. Katanya ini bukan business polis. Yang tidak beri kelulusan ialah pegawai daerah polis (OCPD).

4. Timbalan Menteri Dalam Negeri pun pegawai-pegawai polis tak hormat. Bukankah YB Nur Jazlan sudah berfirman bahawa ia tidak ada halangan. Bahkan dia sokong debat diadakan. Tetapi itu pun tidak dihiraukan oleh pegawai rendah polis. Ia tak beri atau tarik balik kelulusan.

5. Sesungguhnya pegawai rendah polis sudah ambil alih negara ini. Kerajaan, Menteri-Menteri dan Najib begitu demokratik, hendak beri kebebasan sepenuhnya kepada rakyat. Tetapi polis ganggu. Jahat sungguhlah polis.

6. Sekarang IGP sendiri terpaksa ikut kehendak pegawai dibawahnya. IGP pula tidak bersetuju supaya debat diadakan di Shah Alam.

7. Mujurlah Menteri Kewangan 2, Abdul Ghani mencadang supaya debat diadakan di hotel. Demikianlah minat Kerajaan untuk melihat debat diadakan.

8. Penganjur belum sambut cadangan baik ini. Jika tidak sambut janganlah salah Kerajaan demokratik Najib debat tidak diadakan. Jangan salah Nazri pun kerana Menteri Kerajaan ini menawar Antartica dan penguins yang penyokong saya tidak mampu pergi. Saya tak dapat tinggal negara demokratik ini terlalu lama.

9. Saya kecewa kerana untuk wacana “Nothing to Hide” dahulu pun polis buat kacau. Najib hilang peluang untuk mencerita bagaimana kawan Arabnya memberi kepadanya hanya USD681 million (2.6 billion Ringgit diwaktu itu) dan membisik bahawa ia patut masuk dalam akaun peribadinya, belanja sesuka hatinya tanpa pengetahuan sesiapa.

10. Kerana IGP bebas menghalang Najib, PM Malaysia tidak dapat bersih dirinya dari tuduhan tak berasas.

11. Kata Nazri Malaysia sudah jadi “Polis State”. Ya benar. Benang-benang halus yang menggerak bibir dan lidah polis sebenarnya tidak ada walaupun ternampak ada.

12. Syabas Malaysia, negara demokratik yang tidak ada tolok bandingnya.

31 thoughts on “POLIS

  1. Hajar Apr 12,2017 10:52 AM

    Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    Mohon izin Tun:

    1. Alahai ‘Mak Cik Karl @ Mak Cik mulut celupar’! Sudah kehabisan modal kah Mak Cik oii! Personal attacks…cara yang hampeh dan haprak.

    2. Saya tidak sampai hati gelar ‘Mak Cik Karl’ dengan gelaran yang menyamai haiwan walaupun ada yang gelar anda begitu. Saya cuma ‘balas’ sedikit ‘sikap biadab anda’ kerana dalam Islam kita dibenarkan ‘balas’ yg setimpal.

    3. Perangai anda sebiji macam si Bod*h (sudah senyap..) yang dulunya galak menggelar saya dengan pelbagai gelaran jelik. Saya kasihan pada ‘Mak Cik Karl’ sebab penyakit si Bod*h telah diambil alih oleh anda. Anda terlampau dung*, dan juga kurang ajar sehingga tidak tahu menghormati nama orang lain.

    4. Rupa2nya ‘Mak Cik Karl’ suka ciplak ‘idea’ si Bod*h dan Mr. S.I., etc. May be you should go home and whack yourself instead of ‘merapu-meraban & meroyan’ in this blog.

    5. Lagipun, kebodohan anda amat menjengkelkan, tapi berlagak pandai. Anda mencela/menghina dan memfitnah Tun sesuka hati. Saya ambil contoh kenyataan2 ‘sew*l’ anda seperti berikut:

    – “Susahlah, kalau dah tua pun masih tak faham adat-istiadat. Kan dah kena sekolah!”.

    – “Tak tahu adat-istiadat kah? Mangkuk hayun betul.”

    – “DrM dan peribahasa “Wang itu Raja” tidak dapat dipisahkan lagi. Kembar yang melekat kuat di sisi poket pinggang. “

    Anda bersikap teramat kurang ajar terhadap Tun. Yang tidak faham ‘adat istiadat’ ialah anda, ‘Mak Cik Karl’ oii (bagai meludah ke langit).

    Anda FITNAH Tun sesuka hati. Bos anda PM Najib @ Ah Jib Gor yang amalkan ‘Cash is King’ (Penabur dedak), tapi anda fitnah/tuduh Tun. You are so disgusting. I believe you are suffering from some kind of mental disorder (macam kawan anda si Bod*h).

    Ini blog Tun. Saya amat ‘meluat’ dengan kekorupan PM Najib @ Ah Jib Gor, tapi saya tidak pernah pula pergi ke website/blog beliau semata-mata untuk mencela beliau. ‘Mak Cik Karl’, anda seorang yang amat keji dan sakit. Masuk blog Tun, tapi bersikap kurang ajar!

    6. Inilah akibat buruk ‘Dedak-Najib’ yang anda pulun setiap hari. Wang haram akan menjadi daging haram yang akan dibakar oleh api neraka. Hati pun jadi hitam.

    7. Cuba ‘Mak Cik Karl’ cerita sikit apa “kesan segera dan kesan jangka panjang terhadap masyarakat” jika debat Tun M dan YB Nazri diadakan. I think you are being so delusional (sahih ada ‘delusional disorder’).

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  2. JamalNasir Apr 11,2017 6:13 PM

    Tun sindir tapi ada orang bendul tak paham kot

  3. The Hidden Secret Apr 11,2017 12:56 AM

    Memang 1mdb ni everything wrong! Sebab tu berdebat pasai 1mdb boleh huru-hara negara dibuatnya. Tapi kalau debat kekayaan Tun tak apa… Beratus permit PDRN bole bagi sebab tak huru-hara negara kalau diadakan debat ni.

  4. tagosan4 Apr 9,2017 7:57 AM

    Aik ! Tun meroyan polis jahat catatan blog terbaru ini . Bukankah pasukan polis ini semasa Tun menjadi Pm, menjadi budak gestapo kpd tun dengan menembak org awan di memali , menangkap seteru politik Tun M dlm operasi lalang dan menangkap DSAI . Seperti apa yg Tun tulis dlm buku ‘ Doctor in house ‘ sekiranya semua diatas tidak dilakukan atasan arahan Tun M ,ia bermakna semasa tun memerintah negara ini berada dlm keadaan Polis State. Bila polis ikut arahan tun polis baik, kalau tak jahat . Tun talam dua muka !!!

  5. Karl Iskandar Apr 9,2017 12:33 AM

    Nothing special about DrM’s sarcasm, yet Macik Batu got off quite loud whacking herself silly in public. Malays call it meroyan.

    It means postpartum depression, or in her case, menopausal mental disorder.

    For that, Macik Batu is exempted from all blame. She’s free to whack herself anyhow she likes to…

  6. Hajar Apr 8,2017 4:59 PM

    Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    1. Saya senyum TERSIPU-SIPU bila baca penulisan Si ‘pemakan dedak’ yang telah dianugerahkan dengan bintang kebesaran DEDAK-Najib:

    – “Adalah kurang matang bagi DrM menyalahkan pihak polis kerana mereka berniat baik mahu menutup aib DrM”.

    – “Susahlah, kalau dah tua pun masih tak faham adat-istiadat. Kan dah kena sekolah!”

    2. Alahai…Awatlah dung* bebenor si Polan ini. Tun menulis secara sindiran (budak sekolah pun faham/tahu siapa yang Tun sindir!), tetapi kerana otak sudah ‘sew*l’ sebab terlalu banyak makan ‘dedak haram’, makna TERSIRAT penulisan Tun pun dia tidak faham. Susahlah, kalau dah ‘tua’ pun masih tidak faham cara penulisan seorang Negarawan yang berusia lebih 91 tahun yang pernah jadi PM Malaysia selama lebih dari 22 tahun. Kan dah kena sekolah!

    3. Sebenarnya, aib dan kekorupan PM Najib @ Ah Jib Gor (yg menyonglap RM2.6 Billion++ wang rakyat) yang sedang berusaha ditutup rapat oleh para pemakan dedak rejim Najib. Saya sudah jangka DEBAT tidak akan diluluskan. Agaknya ada ‘ayam2 sabung’ yang membantah debat ini kerana takut nanti ‘penabur dedak’ tertangkap (didakwa), dan ‘ayam2 sabung’ (ayam bacu*!) akan kehilangan Tuan penabur dedak & putus suapan!

    Sudahlah ‘Sdr. Karl Iskandar @ Mak Cik mulut celupar’ (jika anda tahu adab, saya juga akan beradab dengan anda)… Berhentilah mempamer kebodohan anda di blog Chedet…Cuba fikir sikit…sekelumit pun jadilah… jangan letak ODIKAL…LOL…

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  7. sudin Apr 6,2017 11:23 PM

    Assalam Tun.

    Petikan dari komen si karl yang ditujukan khas untuk Tun Dr Mahathir, Apr 4,2017 7:43 PM.
    “….Susahlah, kalau dah tua pun masih tak faham adat-istiadat. Kan dah kena sekolah!…”

    Nak beri tahu si karl aka ayam kelaparan dedak, bahawa budak KJ tu sebenarnya ialah ringkasan untuk budak kurang _jar.
    Masa Pak Dol mula menjadi PM5 dulu, menantu dia yang berangan2 sangat nak jadi PM termuda tu memang bersifat kurang _jar, jadi direngkaskan jadilah gelaran menantu Pak Dol tu budak KJ.

    Tengok cara penulisan karl diatas dan juga yang lepas2, karl seolah2 teringin sangat untuk dapat gelaran Karl “KJ” Iskandar!
    Ibubapa karl membesarkan serta mendidik karl supaya berperangai sedemikian ke?

  8. The Hidden Secret Apr 6,2017 10:18 PM

    Najib si dugong bengong… Debat tak boleh?… Protokol lah.. undang-undang lah… polis nak jaga maruah Tun lah… Dia curi duit boleh plak? Bila curi duit tak pikir undang-undang plak si dugong mengong ni? Tak pikir pulak pasal kepentingan awam dan kepentingan negara bila curi duit?

  9. sudin Apr 6,2017 2:04 PM

    Assalam Tun.

    Berita terkini, 500 ahli PPBM Rembau yang diketuai Mohd Anas meninggalkan parti.
    Baru saja sebulan dua join PPBM dah letak jawatan!!!
    Budak KJ dah panik. Dedak serupa yang diberi kepada karl kini sedang ditaburkan pula dimerata corok bahagian Rantau untuk dipatuk oleh ‘ayam2’ yang kelaparan saperti karl.

    Dulu budak KJ menang parlimen Rembau diPRU 12 tahun 2009 bila berkotak2 undi dibawa masuk lewat malam selepas keputusan awal menunjukkan dia ketinggalan. Insiden ‘blackout’ yang ternama!

    Kemudian dipertandingan ketua pemuda UMNO 2009 dia terbuti bersalah melanggar tataetika pemilihan Umno (main duit), tapi Pak Dol PM5 masih membenarkan menantu tersayang bertanding. Berkali2 undi yang tak sampai 1000 dikira semula kerana budak KJ ketinggalan dibelakang, dan bila secara tiba2 budak KJ mendalui maka terus diiktiraf pemenang!
    Laungan “KJ rasuah” bergema diPWTC sehinggalah perhimpunan tamat!

    Terlalu banyak ayam2 yang kelaparan sejenis dengan si karl di zaman Najib.
    Jadi terpaksalah si Najib bekerja tungkus lumus nak dapatkan lebih banyak dedak untuk karl & gang….

  10. anti rasuah Apr 6,2017 11:34 AM

    Assalamualaikum.

    Tun,

    Apa bahalolnya Karl Iskandar ini? Semakin merapu kau kebelakangan ini. Aku sumpah kau jadi khinzir hutan baru kau tahu nanti.

    Wassalam.

  11. Karl Iskandar Apr 6,2017 10:35 AM

    DrM, Awta dan Fakta

    Ego dan emosi orang politik lazimnya terlalu besar, hatta melebihi dunia dan realiti di sekeliling mereka.

    Apakah DrM dan Nazri fikir negara Malaysia ini tidak bertuan, sehingga mereka boleh buat apa sahaja, kununnya beres dan kawtim asalkan ia dibenarkan oleh undang-undang.

    Tanpa pedulikan kesan segera dan kesan jangka panjang terhadap masyarakat, adakah dua orang tua ini, dengan lagak ayam sabung, fikir Malaysia ni negara bunian, hantu dan puaka? tempat untuk mereka huha-huha main pulitik tak kesudahan. Tak tahu adat-istiadat kah? Mangkuk hayun betul.

    Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Kemuncak kesetiaan setiap anggotanya adalah kepada DYMM YDP Agung. Sekalipun jika Najib kata OK, belum tentu OK. Jika undang-undang kata OK, pun belum tentu OK. Ada yang lebih atas, lebih tinggi.

    Cuba fikir sikit. Tak banyak, sikit pun jadilah.

    The world is a tragedy to those who feel, but a comedy to those who think.” kata Opah

    Ni cheq nak habaq mai 😀

  12. Feezajazz Apr 6,2017 10:04 AM

    Dear Tun and fellow readers,

    I support Tun’s view on this particular issue with my painting and poem called “KL Lights”. If interested to see, go to https://feezajazz.wordpress.com/2017/04/06/kl-light/

  13. joetachi Apr 6,2017 5:08 AM

    ..slamat pagi…
    saudaraSaudari..

    Tepok amaiAmai, blalang kupuKupu
    Rogol ramaiRamai,
    jembalang jd menAntu.!!

    Siapa kena rogol? Siapa dpt kahwin..?
    Msia kena rogol.! Siapa tompang join.?


    isshhh..isshhh..issshhhh…
    🤕🤕

  14. sibotak Apr 6,2017 3:46 AM

    Zakir Naik buat forum merantau satu Dunia
    Menerangkan , membahas secara intellectual
    Isu yg paling sensitive dalam kehidupan manusia
    Menyentuh Agama , Kepercayaaan ,Budaya berbilang Agama
    Berbilang Bangsa Berbilang Negara
    Takada Masalah pun dengan Polis
    Adapun Permit di buat Besar besaran lagi
    Patut semukanya Nazri & Tun , Polis kena kasi permit
    7 hari 7 malam

    Persoalan 1MDB nak di huraikan bersama Nasri dan Tun
    Isunya semacam seolah besok akan Khiamat jika ia di teruskan
    1MDB di OSA kan, 1MDB tidak bolih di debat ?
    Nampak sangat dan terserlah Najib memang Bersalah

    TAKUT kerana BERSALAH
    BERANI kerana BENAR
    Ini nyata
    Tak perlu Mahkamah , Sudah Sah Najib Bersalah
    Bahkan Najib mempergunakan Badan Kerajaan untuk menutup Pekung beliau
    Juga Kesalahan yg Besar

  15. The Hidden Secret Apr 5,2017 11:04 PM

    PDRM… Kaldai dan kuda tunggangan Najib… Baik tukar nama jadi PDRN!

  16. ahalimr Apr 5,2017 10:55 PM

    Memang sah manusia kaldai ni bangang malah terencat akal tapi terasa pandai sebab banyak makan dedak haram. Cuba baca betul2, Tun menyalahkan polis atau menyindir bapak tiri kau si najis dan barua2 di sekeliling dia. Budak tadika pun tahu siapa yang sekat debat di antara Tun dengan samseng bengong dar Padang Rengas tu.Bodah sampai ke tua la kau ni.

  17. The Hidden Secret Apr 5,2017 10:33 PM

    Salam!

    Kalau susah sangat nak berdebat di Malaysia, Tun dan Nazri berdebat di Dannok je… Lps selesai debat… kepala berat… Boleh massat!

    Debat atas kapal kat international water pon boleh… Tak perlu tanye ocpd.

  18. sibotak Apr 5,2017 5:52 PM

    Tun
    Tak payahlah Tun buang masa dengan budak Nazri
    Nazri budak suruhan Najib hanya sengaja nak mempermainkan Tun

    Jika Najib Benar
    Dari hari pertama dia sudah menentang Tun
    Dia tak perlu gunakan OSA untuk menutup Maksiat yg dilakukan sekeluarga
    Dia akan menangkap Jho Low dan Anak Tiri dia sendiri
    Dia sudah saman kita semua
    Dia akan jadi Billionaire Halal dengan menyaman semuanya termasuk Pembangkang
    Dia akan saman US, Singapore , Swiss , WSJ dan ramai lagi
    Sekarang Najib Billionaire Haram yg memakan Hasil Haram

    Sebab Najib tak Benar
    Maka Nazri juga Polis hanya Sandiwara
    Jadi tak perlulah Tun bunag masa pada mereka yg hanya mempermainkan Tun
    Kami 1 Malaysia kasi Najib lagi tambah 2.6 billion untuk berdebat sama Tun
    Najib tidak akan duduk berdebat demi Kebenaran
    Sebab Najib sendiri tahu beliau bersalah

  19. Sharudin Jamal Apr 5,2017 12:01 PM

    Mind of a Southpaw 5/4/17,

    Sometimes I wonder, what’s the big deal with Al Araf 7:7? They are just a set of figurines. Nothing much. Then I remember, there is no magic, only magicians. I am a magician. I create my own magic, my own reality. Do I just define Al Araf 7:7 as just the trees or am I visioning a whole forest with it? Am I laying one brick at a time or am I building a cathedral? Even on it’s own, Al Araf 7:7 is indeed grand. Where else can I get such a fine set of collections?

    Just look at the height alone. There are four levels. That become the basis of establishing the layers. Then, there is a sense of symmetry. Boy, do I love the balancing aspect of the elements. While each is a piece of art by itself, the total presentation is so satisfying to feast the eyes upon. With the towering Wasp Raptor Z matching Thor, to the Akira Troika, to the lining of the forerunners against the linebackers, Al Araf 7:7 is a gem. Of course the Troca shell and the iron ring are so regal, the whole Al Araf 7:7 will be meaningless without them.

    Many times I often missed Dino the Marsupial in my assessment. I should not, because Dino is a key player in the whole arrangement. He is my cerebellum. He decided on what is the primary thought process. Not him actually but he is the representation. If I am to achieve the state of mushin no shin, I need to depend on my cerebellum, the executioner’s brain – the ACTION part. He works closely with Dino 7 who is the cybernetics counterpart.

    I thought you may like to know.

    Without wax, sincerely,

    SJ ibn Moslem Al Farisi

  20. paan Apr 5,2017 9:01 AM

    Salam tun

    Klu dlm ati tu mmg ikhlas n bersedia utk berdebat atau lihat debat ni brlangsung xkn ada halangan o masalah pn..ini kn hanya satu sesi debat je..bkn pertandingan silat pn..klu btul nk bleh buat mcm kata saudara scomadi kt atas guna internet..bleh buat kt laman rumah nazri..buat kt kdai mamak..buat dlm bot g tgh laut..xprlu pnggil penonton ramai2..buat live via internet..
    Byk cara sbnarnya klu btul2 nk..tp klu dh ati mmg xde..buat debat by phone call pn xjadi2..

    *debat psl anak2 tun ok plak ye..rakyat xprotes ke?..

  21. sibotak Apr 5,2017 6:35 AM

    Sudah ku Duga
    Ini semua rancangan Najib
    Najib sebenarnya takut kedepan
    Kalau benar Najib Benar
    Najib tak perlu Nazri Debat sama Tun
    Najib sendiri ataru beliau diwailiki Rosmah berdebat dengan Tun
    Beliau hanya Sandirwara sahaja
    Polis , Nazri adalah suruhan

    Maka BERSATU Jangan Mengundur
    Walau akan tiba Najib akan sendiri Berunadur sebelum PRU sebab beliau tahu beliau akan Tewas
    Beliau sengaja bermain main di hujung hayat beliau

    Senang Cakap
    Jikan Najib benar beliau akan Berdepan dengan sesiapa pun dari awal
    Beliau tahau dengan lebih perbincangan tembelang beliau akan terburai bogel

    BERSATU tidak bolih Mundur walau apa alasan sekali pun
    Sebab Najib tidak Ikhlas menerajui UMNO , Tidak Jujur memerintah Malaysia

    Najib
    You have lost yr Dignity as Malaysia Prime Minister
    You lost yr Morals as a Man

  22. eloheem_42 Apr 5,2017 1:03 AM

    Ini lah Drama Minggu Malaysia. Macam macam watak dan pelakon. Rakyat makin terhibur dengan tingkah laku yang berkuasa. Rakyat Malaysia tidak matang kononnya. Harap debat ini boleh dilanjutkan di negara lain, sesi tersebut boleh disebarkan melalui internet.

  23. rimba.emas Apr 4,2017 11:08 PM

    Salam Tun.

    1. Walau pun Rimba Emas anak seorang pegawai Polis tidak semestinya Rimba Emas akan menyebelahi pihak Polis terutamanya pihak Polis yang menghalang pendebatan Tun.

    2. Adakah Rimba Emas terguris bila Tun mengelar bapa Rimba Emas jahat.

    3. Adakah kerana setitik nila rosak susu sebelanga ?? Tun tidak bermaksud begitu , apa golongan pun lumrah ada baik dan ada juga yang jahat.

    4. Itulah rencah kehidupan bak satu babak drama ada sifat yang berbagai maka tercetuslah satu konflik antara sesama manusia.

    5. Rakaman sejarah sejak dari Adam a.s dan Hawa lagi peristiwa hitam atau jahat sentiasa berkonflik dengan sifat baik.

    6. Maka rakaman peristiwa yang pernah berlaku pada ayahanda Rimba Emas yang di ceritakan bertugas menjaga Menteri yang hadzir dalam rapat perhimpunan di Baling.

    7. Sebagai Ketua Balai Polis Baling pernah melindungi Menteri Musa Hitam yang hampir di rempoh ketika berucap kepada pendemontrasi yang menuntut kenaikan harga getah.

    8. Dalam peristiwa lain membantu rakyat awam yang menghadapi bencana seperti banjir atau malapetaka yang mendatang tampa di duga.

    9. Sifat tidak memilih bulu antara golongan VVIP dengan penduduk awam sentiasa di semat ketika bertugas.

    10. Walau pun ada pertolongan yang di lupakan sesetengah manusia namun keikhlasan itu di serah kembali kepada Allah s.w.t.

    11. Bila kita tahu perbuatan di dunia adalah bekalan pada hari akhirat maka pasti manusia mudah kembali ke pangkal jalan.

    12. Maka gelaran JAHAT seperti yang di kata Tun lebih tersirat atau sindiran kepada Polis yang MEMILIH BULU dalam melakukan tangkapan yang mana tidak menepati makna ” Berani kerana benar”.

    Wallahua’lam

  24. Chu mat Apr 4,2017 10:58 PM

    Asslamualaikum dan Selamat Sejahtera,

    1. Terima kasih kepada yang di hormati Tun Mahathir kerana menerbitkan isu
    kepolisian.Sudah lama terpendam dalam hati yang terbuku.

    2. Saya hidup dalam era Tun Haniff Omar menjadi Ketua Polis negara. Era beliau
    boleh di kategorikan sebagai era stabil tetapi tegang.Kalau Menurut
    Prof. Datuk Dr Shamsul Amri ,2012,menurut beliau era ini dalam linkungan
    tahun 1961 hingga 1970.

    3. Irioninya saya lebih katakan era Tun Hanif 1974-1995 adalah tegang tetapi
    selamat.

    4. Tahun 80-an Saya dalam umur yang belum menjangkau belasan tahun, rasa
    selamat untuk bergerak tanpa rasa takut dengan ancaman bahkan merasakan
    polis ada bersama untuk menjaga keselamatan.

    5. Pada hari ini, bila sudah ada anak , sekolah yang jarak 500meter pun dah
    risau. Hari-hari hantar anak.Mereka pulang pun di jemput.

    6. Era 1995-2017 saya berpendapat sebagai Era aman tetapi tak selamat.

    7. Polis hilang integriti.

    8. Kembalikan moto pasukan ‘BERSEDIA BERKHIDMAT’

    Wasalam.

  25. scomadi Apr 4,2017 10:35 PM

    Salam Tun,

    Rasanya champion padang rengas confirm baca blog Tun. I have a few suggestion pada pihak karangkraf or whatever yang very excited nak buat debate ni. This is digital world, please use digital!

    1. Sila guna Skype or
    2. Sila guna Youtube or
    3. Sila guna Facebook Live.

    People can access it in their mobile or personal computer or however they want throughout the whole world.

    Internet xperlu permit.

  26. adelheid Apr 4,2017 9:39 PM

    Dear Tun,

    Kasihan polis hanya menurut perintah menjalankan tugas…while the IGP hanya cari makan…

    While they play their parts in the drama I hope Tun and family will take steps to ensure your safety if and when any debate is to take place anywhere. Remember the movie I told you about two years ago? Seth Rogen’s The Interview. Even a handshake could send us to heaven, if you get what I mean. Really not joking Tun. You must take precaution okay…even when you have to eat cendol and laksa together-gether.

    Take good care Tun Mahathir, wherever you go whatever you do. You are always in our prayers.

  27. Karl Iskandar Apr 4,2017 7:43 PM

    DrM Mengundang Kesipuan

    Adalah kurang matang bagi DrM menyalahkan pihak polis kerana mereka berniat baik mahu menutup aib DrM.

    Bagi seorang “negarawan” berumur 92 tahun, pemegang kurnia derajat Tun pulak tu, beraksi macam budak2, cabar-mencabar adalah melanggar protocol dan adab serta keistimewaan yg disandang.

    Susahlah, kalau dah tua pun masih tak faham adat-istiadat. Kan dah kena sekolah!

    Lol.

  28. umranrc Apr 4,2017 7:25 PM

    Salam Tun,

    Tumpang sedikit laluan…

    Kepada Polis DiRaja Malaysia,
    Jangan ambil hati, ini dinamakan sinis tahap tertinggi yang dilemparkan dan rasanya tiada langsung kena-mengena dengan anda sekelian.

    Terima Kasih Tun.

  29. johnsidi Apr 4,2017 7:22 PM

    Salam Tun M dan shbt2 sekaliannya..

    Dilihat dr kronologi penganjuran debat ini membuatkan semua org tersenyum…1 pihak tersenyum bila x jadi debat..itu smmgnya dimahukan….buatlah mcmna pun…pastikan tak jadi..dan akhirnya tetap tak jadi..hihihi..mgkin ada pihak tersenyum kerana sudah dpt mengagak keputusan tak jadi debat…dan tersenyum sememangnya x jadi dgn pelbagai rintangan yg mgkin ada yg boleh menduga….hihihi…tersenyum lgi….

    Dgn bermcm rentetan kisah2 politik yg mampu buat org ketawa…mengapa msih ada org yg mahu percaya UMNO…..hairan kan?

    Mungkin perlu ada acara yg boleh dibuat utk bgi kesedaran pada org…debat salah satu dri nya……??? Boleh ke dpt kebenaran??? Ketawa lagi…..hihihi..

    Wassalamm…

  30. mustaqimabdulrahman Apr 4,2017 5:32 PM

    nazri aziz boleh sahaja jadikan debate ini forum kementeriannya….dia kan menteri sapa nak larang…..

    kalau larang juga dia boleh anjurkan di singapura bawah kementeriannya boleh angkut berbas2 penyokong guna dana kementerian pelancongan…..untuk promosi malaysia….

    mahathir saya pk lebih dari sanggup…..soalnya nazri ikhlas ke tak….

  31. Fariq Islam Apr 4,2017 4:36 PM

    Assalamualaikum, Tun.

    Dalam soal ini, Menteri atau sesiapa yang memegang jawatan tinggi dalam kementerian berkenaan layak menentukan sama ada debat ini boleh dilangsungkan, bukannya pegawai polis daerah. Kenalah faham peranan mereka. Polis merupakan unit kerajaan yang menunaikan arahan kerajaan/ kabinet. Polis tidak harus meletakkan diri dalam peranan membuat polisi/ keputusan dalam soal bersangkutan dengan kepentingan Negara.

    Salah satu masalah sekarang ialah nampaknya segelintir pegawai kerajaan dibiar membuat keputusan sewenang-wenangnya tanpa kawalan atau merujuk kepada arahan kerajaan. Kakitangan kerajaan sedemikian harus dibuang kerja, kerana bertindak melepasi batas, seolah-olahnya bermaharajalela atas keinginan diri!

Leave a Reply