TOTAL VISITORS FROM 2008:

MALU 14

1. Malu adalah perasaan manusia bertamadun apabila melakukan sesuatu yang tidak harus dilakukan mengikut budaya hidup masyarakat berkenaan.

2. Demikian orang Jepun sanggup membunuh diri kerana malu apabila gagal menjalan tugasnya atau tidak sebaik yang diharapkan atau melakukan sesuatu yang tidak baik dalam pandangan masyarakatnya.

3. Dalam masyarakat Melayu perasaan malu berbeza dengan orang Jepun. Mereka berasa malu jika kain terlondeh di hadapan orang. Jika gagal menjalan tugas yang diberi atau diamanah, perasaan malu tidak mengganggu fikiran mereka. Jika mereka mengambil atau melesapkan duit yang diamanahkan kepada mereka juga mereka tidak berasa malu. Jika terjadi padanya sesuatu yang diketawa masyarakat atau dianggap tidak mengikut budaya mesyarakat Melayu perasaan malu tidak melandanya dengan kuat. Sedikit sangat perasaan malu di kalangan orang Melayu.

4. Hari ini perasaan malu dikalangan orang Melayu sudah terhakis lagi. Walaupun sudah ada pendapatan yang mencukupi, tetapi jika terdapat peluang untuk melesapkan wang yang diamanah kepadanya perasaan malu tidak menghalang perbuatan yang salah ini. Kebanyakan bersedia menerima apa yang diberi percuma tanpa segan-segan. Punca pemberian ini tidak disoal.

5. Satu dari perlakuan yang tidak baik dan sepatutnya memalukan, ialah amalan membodek. Adakalanya pembodek sanggup memterbalikan perbuatan kerana ingin dipuji oleh tuannya. Tidak ada perasaan malu barang sedikit pun apabila dikesan dan diperkatakan tentang perbuatan yang tidak baik olehnya. Menyalahguna hak membuat keputusan kerana ingin membodek tuannya tidak memalukan orang tertentu ini.

6. Ada yang apabila dituduh mencuri, orang yang tidak tahu malu akan hanya senyum.

7. Sepatutnya perasaan malu akan menyerang masyarakat jika ada dikalangannya seseorang atau kumpulan terlibat dengan perbuatan jenayah. Tetapi hari ini ada orang Melayu tidak sedikit pun berasa malu jika dipimpin oleh pemimpin yang diketahui telah mencuri dan melakukan pelbagai jenayah.

8. Jauh dari menjauhkan diri dari pemimpin seperti ini, ramai juga yang sanggup berkongsi hasil pencurian ini. Ada yang menolong menutup jenayah ini dan mendakwa pemimpin tidak tahu dan telah ditipu. Apabila pengawai yang ditugas menguatkuasa undang-undang atau aturan peraturan, disoal, tanpa segan-segan tanpa malu, mereka menyalahtafsir undang-undang.

9. Masyarakat yang memiliki ramai yang tidak tahu malu tetap akan rosak dan mundur. Anggotanya dan bangsanya akan dipandang hina. Inilah yang sudah terjadi pada bangsa Melayu sekarang.

14 thoughts on “MALU

  1. TokJanggut Aug 4,2017 10:04 AM

    Dear Tun

    Bismillah

    Malu itu sebahagian daripada iman. Iman akan memandu kamu dari melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan sebagai manusia yang bertamadun yang percaya adanya tuhan.

  2. Hajar May 22,2017 2:43 PM

    Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    1. Malu mesti bertempat.

    2. Malu jika kain terlondeh ada kaitan dengan aurat tidak kira lelaki atau wanita (bagi umat Islam).

    3. Bagi yang tidak beragama Islam, berbogel / separuh bogel atau berpakaian menjolok mata biasanya dianggap tidak memalukan. Sebab itu di pantai2 peranginan (dalam dan luar negara) kita lihat banyak yang pakai seluar (kecil) mandi dan bikini (wanita) saja. Mereka tidak malupun…

    4. Ada juga tidak tahu malu bila sudah ‘terbongkar cerita’ ada hubungan terlarang (melanggar hukum Islam). Kononnya hak asasi manusia…Yang bukan Islam memanglah kita sedia maklum banyak perkara haram seperti minum arak, main judi, hubungan bebas lelaki-wanita, urut sana-sini, etc. bukan isu besar. Anehnya mereka ini tidak pula dianggap ‘tidak tahu malu’ kerana ‘kayu ukur’ moral diri untuk yang beragama Islam dengan bukan Islam tidak sama. Yang beragama Islam dianggap amat jahat (tidak bermoral) jika melakukan perkara yang ‘biasa/normal’ saja bagi orang bukan Islam. Bagi majoriti bukan Islam, bersekedudukan (tanpa ikatan perkahwinan) bukanlah perkara yang memalukan, tetapi bagi umat Islam ia salah satu dosa besar & amat memalukan.

    5. Amanah dan tanggung-jawab sebagai ketua atau sebagai pekerja WAJIB dijalankan. Jika gagal menjalankan apa jua amanah, mana2 individu (tidak kira Islam atau tidak) mesti berasa malu terutamanya jika ia melibatkan pemimpin2 negara dan wakil2 rakyat.

    6. Individu2 yang telah ditangkap mencuri, menipu, menyeleweng, mel*wat, etc. patut rasa MALU.

    7. Sepatutnya mereka ini MALU untuk berhadapan dengan khalayak ramai. Sebab itu kita kerap nampak individu2 yang didakwa di mahkamah atau menghadapi apa2 pertuduhan salah-laku akan menutup sebahagian muka. Ada pula yang tiba2 pakai tudung dan ketayap (yang Islam).

    8. Namun demikian, kita juga dapat lihat pemimpin2 yang TIDAK TAHU MALU. Mereka ini boleh lagi dengan gahnya melambai-lambai dengan ‘muka tembok’ kepada para penyokong taksub mereka (yg saya kira juga tidak tahu malu sebab masih tegar menyokong pemimpin2 yang sahih muka tidak malu). Saya MALU untuk menyokong pemimpin2 yang telah terbukti bersalah (atau telah sahih melakukan kesalahan walaupun belum lagi didakwa).

    9. Anehnya, PM yang dituduh menyonglap (ada bukti) wang rakyat dengan muka tidak tahu malu masih lagi boleh tersenyum-senyum di khalayak ramai sambil dengan gahnya mengaku kehebatan rejim Kleptokrasi beliau… Alahai…

    10. Kesimpulannya, mereka yang tidak tahu malu ini bukan terhad kepada kaum Melayu sahaja (saya tidak setuju dengan kenyataan Tun), tetapi juga dari kalangan kaum2 lain di Malaysia. Bezanya ialah, umat Islam/Melayu mesti turut rasa malu jika melanggar HUKUM Islam (yang bukan Islam selamba saja buat perkara2 haram ini tanpa rasa malu). Perbuatan membodek (bu** kissing) juga amat berleluasa (lebih kronik?) di kalangan kaum2 bukan Melayu terutamanya di kalangan mereka yang mahukan ‘sesuatu’ dari pemimpin2 / pegawai2 awam (yang biasanya orang Melayu!).

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  3. Krisemas May 21,2017 10:39 AM

    Biar la dia curi. Dia tu kan orang kita. Niatnya curi tu untuk kebaikan. Macam Robin Hood. Wa ka ka… Kalau letak orang lain pun curi juga. Better the devil that you know than the one that you don’t kata pepatah orang putih.

  4. SSLEE May 20,2017 3:12 PM

    Dear Tun Dr. Mahathir,

    Allow me to post the storytelling on “Shame” I present during company celebration 2011 with the theme “WE ARE ONE”.

    Nilai murni keempat:
    恥 (Tahu malu/Tahu salah), 恥者,知错能改。
    Manusia berbeda dengan hewan sebab manusia mempunyai rasa malu, tahu malu dan tahu salah. Maka sebelum adanya hukum-hukum, perbuatan manusia dikawal oleh rasa malu. Yang malu tidak dilakukan, yang dilakukan adalah perbuatan yang membanggakan.
    Tetapi pada dunia yang semakin materialistis, konsep malu telah berubah. Ada anak muda sukses yang merasa malu terlihat bersama orang tuanya sebab orang tuanya tidak terpelajar dan miskin. Ada anak yang merasa malu sebab anak-anak lain mempunyai i-phone atau i-pad terbaru, sedangkan dia tidak. Ada anak yang merasa malu sebab rupa dia kurang menarik dan sebagainya.
    Kita perlu memperbaiki konsep tahu malu.
    Kita tidak perlu merasa malu karena tidak kaya, tidak lulusan tinggi, tidak cantik dan sebagainya sebab Tuhan menciptakan kita dengan sama. Kita dianugerahkan satu otak untuk berpikir, maka pikirkanlah apa yang semestinya membuat kita merasa malu.
    Perbuatan dan sikap buruk yang semestinya membuat kita merasa malu. Perbuatan buruk seperti berbohong, menipu, menggertak, mencuri, merampas, membunuh, korupsi dan sebagainya. Sikap buruk seperti malas, tidak bertanggung jawab, tidak menepati janji, menyalahkan semua orang kecuali diri sendiri, apati, biadab dan sebagainya. Kita seharusnya merasa malu dengan perbuatan dan sikap buruk yang disebutkan tadi.
    Tahukah Anda mantan presiden Taiwan Abeng yang dipenjarakan karena korupsi dan selama ini tidak mengakui kesalahannya dan tidak pernah meminta maaf kepada rakyat Taiwan? Sewaktu ditanya mengenai jutaan uang US yang disimpan di bank luar negeri, dia berkata uang itu merupakan hasil dari Sumbangan Umum dan disimpannya di bank luar negeri untuk kegunaan perjuangan kemerdekaan Taiwan dari Cina nanti. Sewaktu ditanya mengenai emas, berlian, jam tangan mewah, wang dan lain lain yang ditemukan di rumahnya, dia berkata urusan rumah diurus isterinya dan kerana percayakan dan hormat pada isterinya dia tidak ambil tahu urusan isteri. Anaknya yang lulusan hukum tidak pernah bekerja tetapi hidup mewah dengan mobil mewah, rumah besar, isteri cantik dan memiliki harta di luar negeri. Sewaktu ditanya selalu pergi ke luar negeri memindahkan jutaan uang dari bank ke bank demi menbersihkan uang hasil korupsi, dia berkata hanya menjalankan perintah ibunya sebab berbakti terhadap ibu dan tidak berani melawan perintahnya.
    Nilai apa yang telah dipelajari mereka sekeluarga sehingga orang seperti itu dapat menjadi presiden. Apakah mereka tidak merasa malu? Saya sebagai keturunan Tionghua merasa malu untuk mereka.
    Sebaliknya kita lihat mantan presiden Korea Selatan Presiden Roh Moo Hyun. Setelah mengetahui anaknya mengambil uang haram dari perusahaan, di depan TV dia menundukkan kepala dan dengan ikhlas meminta maaf kepada seluruh rakyat Korea Selatan atas kesalahan anaknya. Dia begitu sedih sehingga saat mendaki gunung dia terjatuh dan meninggal dunia. Seluruh rakyat Korea Selatan bersedih karena kehilangan mantan presidennya. Dia mendapat kehormatan pemakaman Negara. Pada hari pemakamannya, hampir seluruh rakyat Korea Selatan berbaris di tepi jalan untuk memberikan penghormatan terakhir kepada mantan presiden yang mereka sayangi.
    Inilah yang membedakan antara orang yang tidak tahu malu / salah dengan orang yang tahu malu / salah.

    Saya ingin mengakhiri cerita saya dengan perpatah dari ahli filsafat terkenal China Konfusius:
    子曰:人非圣贤,(孰)谁能无过,知错能改,善莫大焉.
    Yang berarti manusia tidak terlepas dari membuat kesilapan / kesalahan. Yang penting bila diberitahu kesalahan kita, kita harus faham salah kita, mengakui kesalahan, belajar dari kesalahan, berubah dan tidak mengulangi kesalahan yang sama.
    Dalam arti yang sama, saya selaku General Manager memita maaf kepada anak buah saya apabila ada perkataan, kelakuan atau ketidak kelakuan saya yang menyakitkan hati anda.
    Kami seluruh pekerja MM dengan ikhlas meminta maaf kepada Bos MM atas kesilapan kerja yang pernah kami lakukan. Kami telah belajar dari kesilapan, kami telah meningkatkan pengawasan mutu, prosedur dan peraturan kerja supaya kesilapan yang sama tidak terulang. Kami berkomitmen untuk meningkatkan usaha kerja kami dan ingin maju bersama MM. Maju MM, Maju Kita semua.
    Saudara-saudari sekalian, semoga cerita saya tadi bermanfaat bagi kita semua. Mohon maaf lahir dan batin.
    Terima kasih.

    Thank you
    Yours Truly,
    SS LEE

  5. NizomBux May 19,2017 10:31 PM

    Assalamualaikum Tun

    Antara kepelikan ahli2 Pas mereka meletakkan sesuatu priority tidak pada tempatnya. Cont: antara isu RUU355 & 1MDB, bg mereka isu RUU355 itu lebih penting dari isu 1mdb, sedangkan isu Ruu355 tidak melibatkan soal masa depan negara langsung… sebaliknya 1mdb adalah jelas mejadi isu nasional yg sgt kritikal.
    Ruu355 boleh diteruskan bila ada masa tenang, sebaliknya 1mdb adalah isu yg tak boleh di tunggu… kerana makin lama ianya menjadi semakin parah … rakyat akan bertambah menderita …

    Pemimpin Pas harus merasa malu kenapa mereka tidak nampak ada perbezaan yg besar dari priority perjuangan yg mengharus mereka nak bertanding PRU 14.

    Tq

  6. z2z May 19,2017 3:09 PM

    TERKINI 2017:Tun Mahathir (Tun M)-Hapuskan Kleptokrat,Martabatkan Rakyat

    https://youtu.be/s3-0h4UasHE

    MENGALIR AIR MATA!!~ “Ucapan Tun Mahathir, “MEMBELASAH” Najib”

    https://youtu.be/N4ciBWOGUic

    Respon Tun M Insiden Mat Over Tampar David Teo Dialog TN50

    https://youtu.be/Hmy2Z-s7odg

  7. amd trmz May 19,2017 11:20 AM

    APA ILMU YANG NEJIB PAKAI? (dialog salah satu filem p ramlee)

    Sampai ada orang sanggup tampar orang lain sebab nejib?

    KITA DAH TAHU

    1.NEJIB PENYEBAB INFLASI NEGARA 5% (TEORI EKONOMI FISHER-WANG BANYAK DIDALAM PASARAN PENYEBAB INFLASI).

    2.EKONOMI MALAYSIA SEKARANG BERADA PADA STAGFLATION. EKONOMI LEMBAB TETAPI HARGA BARANG MENINGKAT.

    3.RAKYAT SUSAH PENAWARAN TENAGA BURUH KURANG.

    4.PELABURAN KURANG. CUBA TENGOK NEJIB MOU SANA, MOU SINI, SAIN SINI, SAIN SANA, INVEST SINI, INVEST SANA TAPI APA HASILNYA PADA RAKYAT. TRX PADANG JARAK PADANG TERKUKUR? METRO RAIL TRANSIT SEPARUH SIAP?. PELABUR TAKUT MASUK PASARAN EKORAN SKANDAL 1MDB. LIHAT APA TERJADI PADA PERJANJIAN BANDAR MALAYSIA, NAK KELUAR DUIT NAK BAYAR PUN TAKUT. NEGARA INI TELAH TERKENAL DENGAN NAMA KLEPTOKRASI.

    ITU PUN MASIH NAK SOKONG JIBBY LAGI?

    AKU MALU, MALU TUN JADI ORANG MELAY*

    INGATLAH ANDA PEMAKAN DEDAK.

    “SEORANG DARI ANDA MENDAPAT NIKMAT DARI NEJIB, BERJUTA LAGI SENGSARA DISEBABKAN NEJIB”

    BUAT TUN DR M “TUN DAH KALAH”

  8. zulu May 19,2017 10:56 AM

    It seems Najis don’t have respect at all. This was clearly shown in his TN50 propaganda…

    Let’s see, Najis will conduct TN100 and see how many do boxing…LOL

  9. Fariq Islam May 19,2017 9:18 AM

    Assalamualaikum, Tun.

    Perangai tak rasa malu atau berdosa apabila bersalah ini akan menyekat bangsa kita daripada tampil ke hadapan, malah ia akan “membunuh” bangsa diri.

    Baik diperingatkan, bahawa pengakuran kepada ajaran Islam bukannya sesuatu yang terpasang di bibir. Kenalah kita menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

    Dari laporan berita tentang pendakwaan rasuah yang agak kerap baru-baru ini, kita patut berasa malu dan sedih kenapa pula ramai di kalangan kita berkafir, kerana tidak “bersih” dan “tercemar”. Pada masa yang sama, kita berterima kasih kepada SPRM kerana mempergiatkan usaha memperbetul budaya haram di kalangan ketua penjawat awam.

  10. anti rasuah May 19,2017 7:18 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Teramat setuju dengan coretan Tun kali ini.

    MALU:

    Dalam masyarakat Melayu perasaan malu berbeza dengan orang Jepun. Mereka berasa malu jika kain terlondeh di hadapan orang. Jika gagal menjalan tugas yang diberi atau diamanah, perasaan malu tidak mengganggu fikiran mereka. Jika mereka mengambil atau melesapkan duit yang diamanahkan kepada mereka juga mereka tidak berasa malu

    Di mana letaknya maruah orang Melayu kita jika MALU dikaitkan hanyta apabila kain terlondeh tetapi apabila pemimpin mereka “mencuri”,”menipu”,”korupsi”… mereka tidak rasa malu?

    Pelik bin ajaib. Terlalu jauh perbezaannya antara Melayu/Islam berbanding Jepun/Kafir yang berada di dunia ini ya Tun.

    Saya istiharkan diri saya bukan “Melayu” tetapi Islam, Tun.

    Terima kasih.

  11. musato May 19,2017 7:04 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Betapa lekehnya PM kita, sampai orang dalam industri hiburan pun boleh bergaduh depan muka PM.

  12. musato May 19,2017 7:01 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Betul tu Tun. Muka tak tahu malu.

    Buat salah pun tak malu, sokong orang yang buat salah lagilah tak malu.

    Salah satu kemungkinannya adalah, mereka ini sentiasa buat salah. Sebab tu tak malu walau sokong orang buat salah.

    Nak cari yang betul betul bersih payah sekali.

    Terima kasih Tun.

  13. The Hidden Secret May 18,2017 11:18 PM

    Salam!

    Mat Over tak malu… Tampar orang depan orang ramai. Sayang sungguh dia kepada Najib.

  14. rimba.emas May 18,2017 10:32 PM

    Salam Tun.

    1. Orang yang malu selalunya dapat menghilangkan perasaan malunya dengan menebalkan muka atau tidak ambil peduli serta menghilangkan dirinya segera.

    2. Jadi malu ini bukan jawapan terbaik untuk memulihkan akhlak seseorang. Keberangkalian terhadap keberhasilan amat kurang.

    3. Pertanyaan supaya rasa malulah sikit atas perbuatan itu terhenti bila si pelakunya buat ‘ don’t know ‘ atau menghilangkan diri dalam masyarakat.

    4. Agaknya perasaan malu ini tidak berkesan sebab godaan SYAITAN yang mempermainkan perasaan seseorang manusia itu.

    5. Manusia yang terpedaya ini mudah lupa kepada tuhan dan menyebabkan manusia menyesal untuk selama-lamanya.

    6. Manusia yang lalai di dalam mengingat tuhan ini juga mendustakan pula hari PEMBALASAN.

    7. Hari Akhirat di mana hari akan di balas segala amal manusia.

    8. Lupa tuhan , lupa akan diri kita juga di awasi Malaikat yang mencatit segala amalan baik atau buruk.

    9. Bila lupa tuhan dan malaikat atau azab balasan neraka maka syaitanlah menjadi teman.

    10. Syaitan teman yang akan menjerumus kita ke neraka dengan api nyalaan berganda panasnya dari api di dunia.

    11. Sebaliknya orang-orang yang banyak berbakti seperti berzakat, menolong orang miskin atau beban atas mereka ( cth GST, harga makanan orang miskin , golongan tua sakit dan kanak-kanak dalam tanggunggan) kepada sesama hamba Allah s. w. t. akan di benar ke syurga yang penuh nikmat.

    12. Menyesal pada hari pembalasan tidak berguna lagi kerana manusia tidaklah berkuasa satu diri terhadap diri yang lain sedikit pun.

    13. Semua orang akan terlepas dari kengerian hari itu hanyalah kerana amalnya dan jasanya sendiri. Segala urusan pada hari itu adalah dalam kekuasaan Allah s. w. t semata-mata.

    Wallahua’lam.

Leave a Reply