TOTAL VISITORS FROM 2008:

SAYANG BANGSA DAN NEGARA 20

1. Saya membesar di zaman perjuangan melawan Malayan Union dan membebas negara dari penjajahan British.

2. Diwaktu itu semangat kebangsaan sahaja yang mendorong saya dan kawan-kawan bergerak dan berkorban duit sendiri yang sedikit bagi menjayakan perjuangan. Tidak ada harapan untuk mendapat apa-apa balasan selain dari tebusan maruah bangsa.

3. Hari ini orang Melayu sudah banyak berubah. Bagi ramai dari kita, sudah tidak ada lagi kesayangan kepada bangsa dan negara. Semangat kebangsaan dicemuh sebagai perkauman – racist. Kita malu jika bersemangat Melayu.

4. Sekarang ini ramai yang tidak boleh menerima bahawa seseorang boleh sayang kepada bangsa dan negara sehingga sanggup korban keselesaan hidup diri sendiri.

5. Sesungguhnya saya amat sedih akan kehilangan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu, tua dan muda. Jika tidak diupah dengan duit, pangkat atau jawatan, kontrak atau sebagainya biarlah negara hancur, tidak ada apa-apa yang sanggup dibuat untuk menyelamatnya. Jauh sekali dari menghadapi sedikit risiko.

6. Apabila budaya ini mengganti semangat kebangsaan alamatnya ialah bangsa ini akan gagal dan akan hilang dari muka bumi ini.

7. Dalam sejarah manusia banyak sudah bangsa-bangsa yang sudah tidak ada lagi. Ada yang hanya tercatit dalam buku sejarah. Ada yang hilang sama sekali.

8. Apakah buku sejarah di zaman akan datang akan tertulis didalamnya, “Maka di zaman dahulu terdapat satu bangsa yang dikenali sebagai Melayu, yang sudah pun hilang, kerana semangat bangsa luput diganti dengan ketamakan nafsu”.

9. Wallahu A’lam.

20 thoughts on “SAYANG BANGSA DAN NEGARA

  1. kamisros Sep 9,2017 11:49 AM

    I do not want to go into the reasons why I decided to only have one citizenship (Canada) beyond the age of 21, instead of dual citizenship (Malaysia & Canada). But that doesn’t mean one cannot remain holding onto Malaysian values. Canada is a commonwealth realm where they use the British queen as their monarch. Because the British occupied Malaysia and made Malays angry, I refuse to take the Canadian Citizenship Oath where Canadians swear to the Queen. I guess there is some Malay still left in me.

  2. HouseWife Jun 1,2017 11:14 AM

    Assalamualaikum Tun,

    Apa nak dikatakan lagi, Tun? Apa yang boleh Tun buat lagi? Bila Melayu senang semua kata kerna usaha murni MO1. Bila Melayu ditimpa bala, bila Melayu jahat, bila Melayu lupa diri semua kesalahan diletak atas bahu Tun!

    Tun dah buat yang terbaik untuk Melayu – boleh kata 101% untuk MelayuUmno! Tanya sama mereka semua, siapa buat mereka senang hingga sekarang. Atas dasar2 Tunlah MelayuUmno jadi kaya senang tenang dan lenang. Tun telah buka peluang yang luas untuk memakmurkan dan mengkayakan mereka ini…TETAPI..ya a big tetapi…mereka ini mungkir janji dengan Tun untuk mengkongsi kekayaan dan kemewahan mereka dengan Melayu-Melayu yang diluar kelompok mereka. Alih-alih Melayu-Melayu yang lain terpaksa berhutang bergolok bergadai dengan segala “organasasi pinjaman halal” buatan kerajaan Malaysia untuk berbisnis nak sedikit kaya, nak sedikit hidup senang tenang dan lenang.

    Ramai kalangan kaya mewah MelayuUmno mulalah lupa diri dan jadi macam Pak Aji Bakhil – punyala kedekut nak share sedikit kekayaan dengan orang luar, orang Melayu biasa2 – not in their circle katakan. Duit aku duit aku, duit hang duit aku, that’s their motto. Kenapa keadaan sifat Melayu boleh jadi sampai begini?

    Tun dah letak batu asas yang kukuh dan kuat agar Melayu bersatu, teguh, kaya dan raya, akan tetapi yang roboh ini adalah mereka, MelayuUmno dan penyokong2 dan pengiring2 yang ingkar, tamak haloba dan penghasad dengki. Jika Melayu benar2 pegang teguh atas kelima2 prinsip rukun negara, Melayu tak akan jadi begini – satu kaum yang boleh dipermainkan oleh yang lain.

    Maaf ye Tun, Melayu tak akan hilang di dunia begitulah juga MelayuUmno tak akan hilang tetapi MelayuUmno akan rebah! Siapa2 yang terlampau tergila2kan kuasa akan rebah jua satu masa nanti. Apabila dah lama sangat pegang kuasa mulalah lupa diri dan jadi besar kepala, megah, sombong seolah2 dunia Melayu ini mereka yang punya. Semua hal kehidupan dunia Melayu mesti ikut corak dan acuan mereka, pemimpin2, penyokong2 dan pengiring2 Umno. Tak ikut Umno akan dicop pengkhianat bangsa?!

    Oh tidak! jika begini sampai bila2 pun Melayu akan bertongkat, bergantung hidup pada Umno…bukan atas keupayaan diri Melayu itu sendiri. Melayu sekarang hidup kerna Umno! Melayu sekarang hidup untuk Umno! Umno untuk Melayu selama2nya?? Kalaulah Umno sekarang tak melindungi dan bersubahat dengan pengkorup2 dalam dan luar Umno, tiada masalah nak hidup dengan Umno sampai ke mati. Tun tak nak bersubahat sebab itu Tun ambil keputusan keluar Umno. Umno Oh Umno, ingat senang ka Tun nak tinggal Umno tanpa sebab?!

    Inilah dilema orang Melayu sekarang, Tun perasaan bercampur gaul – benci tapi sayang. Tak tahu nak definasi Melayu (MelayuUmno?) itu apa. Kita berdoalah agar anak2 muda Melayu kita tak terikut2 rentak dan lenggok gaya hidup MelayuUmno ka, Melayu kerabat ka, Melayu pengikut ka – yang elok jadi ikutan yang tak elok jadi landasan.

    Tun, adakah Melayu zaman kesultanan dahulu hingga ke zaman alaf baru ini sudah banyak berubah? Yang akan buat Melayu kuat jika mereka tidak jadi pengecut, penakut dan pengikut tanpa pendirian dan ilmu yang teguh, dan yang paling penting sekali Islam mesti tanam sedalam2nya dalam hati sanubari masing2.

    Semoga hati Tun diterangi dengan berkatan Allah WST. Jaga kesihatan Tun baik2. Apa jua yang Tun telah lakukan untuk bangsa, negara dan agama Tun ikhlaskan saja, InsyaAllah hati akan tenang.

  3. malloucius May 31,2017 11:40 PM

    Cakap macam Tun lah pejuang menentang British padahal kawan baik British sikit punya ramai sampai sanggup korban untuk Tun. Ni tak termasuk kawan-kawan baik Tun dikalangan yahudi Amerika lagi yer..

    Maruah bangsa apanya Tun, berbillion Daim kaut, berbillion kroni Tun dah kaut melayu majoriti masih miskin. Bila rosak ni dibawa dizaman Najib, dia keluar semua benda tak elok. Cina paling kaya di zaman Tun, Eric Chia apa cerita? PERWAJA STEEL, PKFZ, Bank Bumiputra, ketiga skandal paling besar zaman Tun dan siapa rasanya paling kaya? Eric Chia, Robert Kuok dah bawa lari duit ke China dan Taiwan.. hebat lah kan, hasil daripada Tun Eric Chia ni pulak bantu kroni dia yang semua dari bangsa dia sendiri, semua lebih kurang 10-20 orang cina bisnessman jadi kaya mendadak. Hasil daripada siapa yer?

    Tun nak harap orang melayu susah, Tun nak selamatkan Proton, tak kisahlah berjuta dan beratus ribu orang melayu mati, takpe asalkan Proton selamat. Kononnya Proton ni bantu anak bangsa.. tapi dia lupa 25 juta orang melayu malaysia dan sabah sarawak menderita kerana Proton.

    Tun lupa apa punca orang melayu miskin terpaksa naik motor? kenapa dorang ni jadi mat rempit dan kemudian mati atas jalan? Kereta Proton dan Perodua yang subpar/substandard kualiti dipaksa dijual pada harga mahal, kereta ni keselamatan dia tak terjamin dan hasil daripada perbuatan Tun beratus ribu melayu yang mati accident setiap tahun terpaksa bawak kereta Proton dan Perodua, kalau benda ni terjadi pada kereta toyota atau kereta Ford dah lama rakyat disana dah saman syarikat terbabit tapi di malaysia rakyat terpaksa menangis kerana ego Tun nak lindung Proton.

    Hasil daripada polisi Tun lindungi proton melayu jadi bangsa paling bangsat di malaysia, cina makin kuat dan kaya, india pun lebih baik hidup dari melayu.

    Ni tak termasuk AP dan NAP, hasil Polisi Tun rasuah menbajak dalam UMNO dan kerajaan.

    Mana ada bangsa yang hilang, bangsa rome masih ada hanya tak sebut bangsa rome lagi sebab mereka ni orang itali, persia pun masih ada. Bangsa yang pupus hanya Ancient egyptian tu pun bukan sebab tak cinta bangsa tapi sebab peperangan, bangsa arab sekarang bukanlah penduduk asal Egypt.

  4. Barbara May 31,2017 11:22 PM

    Salam Tun, mungkin Tun lupa bahawa bilangan penduduk bangsa Melayu semakin meningkat di Malaysia. Kadar kelahiran orang Melayu jauh lebih tinggi daripada kadar kelahiran orang Cina dan India. Orang Cina and India banyak yang berhijrah ke Singapura, Australia dan Eropah. Bandaraya Kuala Lumpur yang pada satu waktu majoriti Cina. Sama juga dengan bandaraya Ipoh dan negeri Pulau Pinang. Tetapi sekarang orang Cina bukan majoriti lagi kerana penduduk Melayu semakin meningkat sehingga melebihi penduduk bukan Melayu. Sejak merdeka kerajaan Malaysia dikuasai oleh orang Melayu. Begitu juga dengan angkatan tentera, polis dan lain lain jawatan kerajaan hampir kesemuanya orang Melayu. Syarikat-syarikat besar kerajaan (GLC) dan kontrak kerajaan kesemuanya diberikan kepada orang Melayu. Orang Melayu semakin banyak yang berkelulusan universiti dan menjawat jawatan-jawatan tinggi dalam kerajaan, swasta and professional. Tidak wajar Tun kutuk orang Melayu lemah, akan hilang dari bumi dan sebagainya semata-mata untuk menjatuhkan DS Najib.
    Sewaktu zaman British, orang Melayu bersatu lawan British. Selepas merdeka, orang Melayu bersatu lawan orang Cina. Sekarang bilangan orang Melayu sangat tinggi berbanding orang bukan Melayu jadi terpaksalah melawan sesama sendiri. Dalam politik biarlah ada persaingan yang sihat untuk kebaikan rakyat. Tak payahlah sebut apa-apa jua pun semata-mata untuk menjatuhkan lawan. Bila Tun menjadi Perdana Menteri, Tun penjarakan DSAI kerana tidak berani bertanding dengannya. Pemimpin-pemimpin DAP ramai masuk ISA. Hakim-hakim mahkamah tinggi dibuang kerja. Sekarang Tun mahu demokrasi dan rule of law. Adakah Tun sudah sedar dan kesal kesalahan Tun semasa menjadi PM ataupun Tun masih bersifat double standard untuk menjatuhkan DSN?

  5. sibotak May 31,2017 9:03 AM

    Tidakah kita Umat Islam terbau
    Apa yg berlaku di Timur Tengah mungkin akan berlaku di sini
    Malaysia , Indonesia , Brunei di kalangan negara Islam
    Makin pupuslah lagi Species yg dinamakan Melayu
    seperti yg di sebut Tun Mahathir

    Tidakkah kita lihat apa yg berlaku di Timur Tengah
    Menonjolkan ada yg tidak betul dalam Ukwah Ummah kita bersama
    Maka sang musuh bermaharaja lela , menghasut , memfitnah , menipu Dunia
    Bagi melemahkan Umat Islam

    Bermula dengan Iraq , Afgan , Libya , Syria dan banyak lagi negara Islam yg hancur , Ummah Berterpiaran , merempat di Tanah sendiri juga Tanah lain menumpangnya sebagai Pelarian , sebagai Pengemis bertaraf International

    Haruskan kita perlu tunggu Anak cucu kita jadi pengemis peringkat International Kelak atau sekaranglah mulanya kita memperbaiki segala kerosakan
    yg ada pada diri kita dahulu.

    Lihat sahaja di Burma
    Pihak Kerajaan Burma , bersama Pihak Buddist sudah berani menghalau dengan membunuh Kaum Rohingya, kaum Minority secara terang terangan .
    Sekarang Ducarte dari Philiphine juga turut menhalau Kaum Islam Phillipine di Midano, Oh kononya dengan alasan ada ISIS di kalangan pemborontak radical Phillipine . Atau ia bertujuan dengan memberi alasan untuk mengkocar kacir kan Umat Islam disana

    Pasti ada satu Badan Dunia yg bertujuan menghancurkan Umat Islam
    Dengan pelbagai Fitnah dan Penipuan
    Mereka berjaya kerana Umat Islam sendiri yg Berpercah Belah
    Makan Perlu kita bersama Berjihad
    Bagi kita sesama memegang Teguh Tali Allah Tidak Berpecah Belah sesama sendiri
    Tidak perlu kita lawan pihak musuh

    Sekarang lah masanya
    Kita harus memperbaiki diri kita bersama
    Menjaga Ukwah kita sebagai Ummah

    Jangan lah kita biarkan Anak cucu kita kelak
    Menjadi Perlarian , Penggemis bertaraf International

  6. anti rasuah May 31,2017 7:03 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Pemimpin selalunya menjadi ikon kepada rakyat dalam sesebuah Negara khususnya bagi rakyat jenerasi Y yang diklasifikasikan “kurang berpengalaman” dalam asam garam kehidupan dan dunia politik.

    Saya membesar sebagai jenerasi Y dahulu adalah semasa Tun sebagai pemimpin no 1 Negara ini. Sehingga ini slogan pentadbiran Tun iaitu “BERSIH, CEKAP DAN AMANAH” kekal dalam kehidupan saya kerana saya yakin slogan itu mengajak kita berbuat perkara baik.

    Disebalik itu tertanam dalam jiwa saya “BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH”.

    Dua prinsip di atas ada dalam jiwa saya, satu prinsip yang saya teruja diceduk dari seorang yang menjadi ikon saya dan ke duanya datang dari jiwa saya sendiri.

    Yang menjadi kerisauan saya adalah pemimpin sekarang ini ternyata berjuang bukan demi bangsa dan Negara. Yang nyata mereka berjuang atas “CASH IS KING”. Sebahagian besar rakyat tidak nampak perjuangan asal mereka “CASH IS KING” kerana dikaburi LAKUNAN POLITIK mereka. Pemimpin yang berserban pun bersubahat dengan munafik kerana jelas bercakap bohong, maka saya lihat wadah perjuangan politik terlalu murah dan kosong. Di dalam politik kini terlalu banyak PEMBOHONGAN dan PENIPUAN kepada rakyat, seperti menyalah guna kuasa yang rakyat beri, harta rakyat diJUAL kepada orang luar dengan cara yang halus, wang rakyat diTADBIR URUS dengan cara yang boros, pendapatan rakyat diSEDUT dengan istilah GST dan banyak lagi.

    Apakah pemimpin sekarang boleh dijadikan ikon oleh jenerasi Y pada masa akan datang?

    Saya khuatir, jika pemimpin yang bongkak dan angkuh serta gila kuasa sekarang tidak dipinggirkan, saya khuatir jenerasi Y akan datang apabila memegang tampok kepimpinan akan menjadi lebih teruk dari pemimpin masa kini.

    Sekian Tun. Doa semuga Tun sihat. AAmiin.

  7. sibotak May 31,2017 12:02 AM

    Tidak akan berubah nasib sesuatu kaum jika mereka tidak merubahkan ia sendiri
    Tidak kita bolih tolong seseorang jika beliau tidak menolong diri beliau sendiri

    Tak akan Melayu hilang di Bumi
    Kata Laksamana Hang Tuah
    Sayang Hang Tuah sendiri hilang entah ke mana

    Biar Mati Anak Jangan mati Adat
    Biar Orang buat kita , Jangan kita buat orang
    Adakah Benar Akal Fikiran perpatah Melayu ini ?
    Kalau asik kena buat orang , sabar tidak bertempat , bolih menjayakan kita ?

    Hujungnya , apabila di hidang dengan wang ringgit , kebendaan
    Ia akan menjadi Budaya ,Agama yg sama diantara manusia

    Apakah tujuan kita hidup di muka bumi ini ?
    Tidak ada beza nya Melayu ,India , Cina , Hitam atau Putih
    Kecuali Amalanya

  8. Hajar May 30,2017 11:35 PM

    Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    1. Semangat keBANGSAan lahir dari rasa sayang kepada BANGSA dan Negara. Tun bercakap sebagai seorang Melayu (tetapi kaum2 lain juga patut tanya diri mereka samada mereka ada semangat Kebangsaan atau tidak – bukan ‘Pengkhianat’ negara). Jangan pula ada yang ingat (perasan) di Malaysia ini cuma Melayu sahaja yang menghadapi masaalah ‘kecelaruan identiti’.

    2. Jati diri Melayu dalam diri Tun amat kuat dan kental/utuh berbanding PM Najib @ Ah Jib Gor dan konco2 beliau (yang liberal).

    3. Melayu yang ‘Liberal’ ada ramai (‘kecelaruan identiti’), malahan lebih ramai di dalam parti2 Pembangkang (Melayu yang menyokong LGBT, dll. seperti Anwar & gang, etc…maaf cakap mereka ini telah rosak ‘jati diri Melayu mereka’ dan hilang semangat Kebangsaan). Contoh2 Melayu Liberal di dalam UMNO ialah DSN dan KJ (En. Khairy). Ada Melayu yang malu mengaku Melayu…Alahai.

    4. Jangan bersedih Tun sebab ada juga ramai Melayu yang saya kenal yang masih utuh jati diri Melayu dalam diri mereka (ada semangat Kebangsaan yang kuat). Melayu sebegini tidak makan ‘dedak’, dan tidak sanggup menjual aset /tanah Negara (juga aset/tanah sendiri) kepada orang asing. Malahan mereka giat membeli tanah2 (dari orang persendirian) untuk dibuat pelaburan (bekalan hari tua; untuk anak-cucu-cicit).

    5. Tun jangan terlampau bersedih. Budi dan jasa Tun terhadap anak-bangsa telah banyak merobah kehidupan majoriti bangsa Melayu. Budi Tun tidak akan dapat kami balas.

    6. Cuma golongan yang kurang berusaha (MALAS) dan sentiasa mahu menadah tangan (ada pula sedekah ‘BR1M’ dari ‘Raja Wang’), dan yang TAMAK haloba sahaja yang akan terjerumus dengan amalan / semangat ‘Cash is King’. Sudah semestinya pegangan agama (sebagai Muslim) yang kuat memainkan peranan penting dalam menolak rasuah / sogokan. Uniknya di Malaysia, Melayu dan Islam berpisah tiada.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  9. HBT456 May 30,2017 9:49 PM

    17. Your perspective of sayangkan bangsa dan negara regardless of kulit dan bangsa is different from my perspective of sayangkan bangsa dan negara.

    18. What would happened when hukum hudud ruu355 is implemented in kelantan first?

    19. Obviously, the muslim crime makers from that state will berhijrah to other states that do not have such harsh syariah ruling, tak gitu?

    20. What would happened if rapists can marry the victims who happened to be your wife, what would you do if such issue happened to you as syariah lawmakers?

    21. Ahok rather be jailed to avoid protest secara besar besaran yang dibangkitkan muslim dari bandar lain dan luar dari jakarta kerana hasutan sekumpulan extremists untuk keselamatan umum jakarta, bukan?

    22. Kl folks have gone through that, betul?

  10. HBT456 May 30,2017 9:45 PM

    17. Your perspective of sayangkan bangsa dan negara regardless of kulit dan bangsa is different from my perspective of sayangkan bangsa dan negara.

    18. What would happened when hukum hudud ruu355 is implemented in kelantan first?

    19. Obviously, the muslim crime makers from that state will berhijrah to other states that do not have such harsh syariah ruling, tak gitu?

    20. What would happened if rapists can marry the victims who happened to be your wife, what would you do if such issue happened to you as syariah lawmakers?

    21. Ahok rather be jailed to avoid protest secara besar besaran yang dibangkitkan muslim dari bandar luar dari jakarta kerana hasutan sekumpulan extremists untuk keselamatan umum jakarta.

  11. rimba.emas May 30,2017 7:23 PM

    Salam Tun.

    1. Rimba Emas sependapat dengan apa yang di ulas oleh saudara asahamat.

    2. Rasanya saudara asahamat lebih bersedia untuk mengulas tentang ini dalam keadaan kesibukan menumpu perkara-perkara yang di tuntut kepada umat Islam di bulan yang mulia ini.

    3. Tiada lain di bulan yang mulia ini kita lebihkan kepada tuhan yang menjadikan kita dan bersyukur kerana bangsa ini telah di Islamkan.

    4. Maaf mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan Rimba Emas akan pendapat ini.

    5. Rimba Emas tetap memegang teguh bahawasanya bangsa atau negara yang memenuhi tuntutan Islam adalah yang terbaik di alam ini.

    6. Perjuangan sesuatu bangsa atau negara perlu patuh kepada Tuhan contohnya bangsa yang beragama Islam wajib patuh kepada perintah Allah s. w. t.

    7. Akhirnya tidak kira berapa tinggi atau kedudukan sesuatu bangsa, agama, negara kita akan di nilai kembali bila berhadapan dengan Allah s. w. t.

    8. Marilah kita bertaubat kepadanya di bulan yang mulia ini.

    Wallahua’lam.

  12. Fariq Islam May 30,2017 5:40 PM

    Assalamualaikum, Tun.

    Sayanglah bangsa dan negara! Semangat kebangsaan tidak akan dcemuh sebagai perkauman.

    Semangat kebangsaan haruslah merangkumi:
    – Semangat meletakkan kepentingan ibu pertiwi pada kedudukan paling utama
    – Semangat saling menghormati dan muhibbah
    – Semangat berpolitik secara waras dan berwibawa, bukannya berdasarkan soal warna kulit dan agama

  13. nehru May 29,2017 8:41 PM

    I reckon that only the good can love, and that they can only love that which is also good.

    If it is true that the that Malays loved malays once, then it must be true that perhaps once upon a time, there was much about the malays to love – maybe the malays then were better than the malays now – maybe thats why was easy to love malays then.

    Its easy love when we are and are amongst those who are willing to endure much difficulties so other can be at ease – If we are and are amongst those who are angered and aroused at the sight of undeserved suffering and injustice – when we are and are amongst those who remember easily the favors that we have recieved, and forget easily all the favors that we have given – when we are and are amongst the sort that can only be happy when everyone else around us are happy – when we are and are amongst who take delight and joy in the success and and progress of others.

    Maybe once upon a time ago, the malays – and why stop at the malays, perhaps the chinese and the indians too – were better people then.

    Perhaps these days and times are not the appropriate day and time to talk about love – not just amongst the malays, but amongst all of us as well.

    Perhaps in this time and age, what is right is to say to each his own – let it be and let it go. Perhaps.

  14. yuexiang23a May 29,2017 6:23 PM

    Hi Tun M

    I’m as sad as you are, but don’t you think the mess Malaysia is in now is caused by your tenure 22 years ago? If you were to travel back to 30 years ago, what would you do? Would you still lie to the Chinese community? Disrupt harmony between races? Would you not engage in corruption? Have you understand that Malaysia will only prosper when all races work together? Have you ever thought about making amendments?

  15. RD. May 29,2017 6:01 PM

    HBT 456… arr

    Dr.M had never supported Hudud or Act-355. Me too.
    That’s is why we must get rid of Kleptocracy, GE14.

    Selamat berpuasa Tun.

    “Maka di zaman dahulu terdapat satu bangsa yang dikenali sebagai Melayu, yang sudah pun hilang, kerana semangat bangsa luput diganti dengan”… ‘semangat Cash is King’.

    Biar papa asal bergaya. Itu lah tabiat Melayu, turun-kemurun… dari Istana ke Rakyat jelata. Gadai tanah & harta-pusaka demi kuasa dan kemewahan segera dengan mudah. Bertambah buruk lagi bila hutang sudah keliling-pinggang. Maruah Agama pun, sanggup gadai.

  16. asahamat May 29,2017 5:08 PM

    Assalamualaikum wbt Tun.

    Orang Melayu sayangkan bangsanya pd kelompok kelas sendiri. Yg kaya juga sayangkan yg miskin. Buktinya, bila Ramadhan n Syawal, dgn adanya yg miskin, pasti yg kaya paling tampak sifat berkebajikannya – sedekah sana, sini, sinun, sia, situk. Maka kaya dan miskin kena seiring pd bangsa Melayu.

    (2) Melayu semua ada. Malas ada. Pengecut ada. Pandai ada. Bodoh ada. Semuanya ada. Buka kamus Melayu, apa yg tidak ada, semua ada. Penyamun, perompak, pencuri, pencopet, pembohong, penipu, pengkhianat, penderhaka dsb semua ada. Melayu itu lengkap.

    (3) Namun cuba ingat2. Lihat keliling. Bangsa2 di keliling Melayu semua besar2. India besar. China besar. Indochina besar. Bahkan bangsa Timur jauh juga besar2. Melayu di tengah2. Dari sekitar 3,000,000,000 manusia di keliling Melayu, kita cuma secara keseluruhan berjumlah 300,000,000 sahaja dan yg Tun perdulikan hanyalah sekitar 20,000,000 sahaja. Kita Allah bagi Al Quran. Al Quran itu jelas cabarannya. Al Quran kata hanya sedikit yg mahu berfikir dan menerima cabaran.

    (4) Tun semua ini adalah cabaran. Spt saya katakan dulu, yg lain tidak penting. Sumbangan Tun utk membina dua ideologi politik di Negara ini, akan menjadi lagenda Melayu.

    (5) Pertama2, Melayu yg berdiri atas menyalah guna Islam
    seperti UMNO sudah lumrah di dunia Islam. Semua kian bobrok. Maka jika Tun dapat membina ideologi politik pilihan yg berasaskan professionalisma Islami, itulah yg sedang lompang pd masa ini dan itulah teras politik yg telah melonjakkan kedua2 Umar Al Khataab dan Umar Abdul Aziz di mercu ketemadunan Islam. Tun adalah tonggak kpd kebangkitan ideologi politik berteraskan professionalisma Islami. Turki sedang di jalan itu, kita berbuatlah di sebelah sini. Ini bukan utk Melayu tetapi perjuangan demi Allah. Selebihnya, biar Dia yg tentukan.

    Tun Boleh! Malaysia Boleh! Rakyat Boleh! Kita Boleh!

  17. tebing tinggi May 29,2017 5:03 PM

    What is smangat kebangsaan ,the Malay will asked becouse all this while they only see sekolah kebangsaan heare and there .
    Bahasa kebangsaan !,is there any, they will asked again ?.

    Melayu memang cepat lupa .

  18. HBT456 May 29,2017 1:27 PM

    10. Cakap senang, kan?

    11. Mr obama pointed out the political weakness of this country is when non muslim is not inclusive in nation building, this nation is bound to fail.

    12. When you started to pilih kasih, they too would start to pilih kasih, bukan?

    13. New economic policies are the culprit of all public fund mismanagement.

    14. Even if geely does not inject fund, and bailout by taxpayers, proton is bound to fail.

    15. Look at hukum hudud ruu355, one will know syariah compliance policies are not sustainable.

    16. When non muslim political parties become blind followers, you think sayang bangsa dan nean negara would be genuine?

  19. ismadi May 29,2017 12:26 PM

    Salam Tun Mahathir,

    Memang benar perjuangan pemimpin pemimpin UMNO sekarang ini tidak lagi menerapkan kepada ahli ahli untuk mengangkat martabat bangsa dan Negara.

    Pemimpin UMNO sekarang menggunakan keseluruhan jentera Parti untuk menyelamatkan diri sendiri, kroni dan kaum keluarga dengan menggandakan kekayaan diri dan rakan rakan tanpa memperdulikan apa yg akan bakal terjadi kepada bangsa yg sekian lama menyokong mereka.

    UMNO bukan lagi Parti yg mengangkat ekonomi orang Melayu, bukan lagi mempertahankan Hak istimewa orang Melayu. UMNO telah bertukar kepada parti persendirian kepada orang tertentu untuk melindungi jenayah yg sedang dilakukannya dan dikongsi bersama dengan kroni kroninya. Kroni2 pula setelah mendapat habuan (dedak), akan menyokong pemimpin korup mereka tanpa limit.

    Apa nasib orang Melayu selepas ini?

    Melayu hanya akan terbahagi dua. Satu pihak, kaya. Satu pihak, miskin.

    Melayu tanpa semangat kebangsaan lagi akan menjadi Melayu kaya bersifat sementara dengan wang yg banyak dengan cara menjual aset Negara kepada penawar tertinggi. Melayu ini akan menjadi kaya. Mereka akan menukarkan style kehidupan mereka seperti golongan bangsawan. Bagi mereka kenaikan harga barang dan perkhidmatan tidak menjejaskan mereka. Mereka mampu malahan mereka menyatakan sekarang bahawa golongan Melayu yg membising dengan kenaikan harga barang adalah golongan Melayu yang bodoh yg tidak dapat merebut peluang yg ada.

    Bagi Melayu yg miskin, mereka ini juga tidak mempunyai semangat kebangsaan. Mereka menjadi miskin akibat daripada kesilapan mereka sendiri dengan mempercayai bahawa pemimpin mereka yang telah memberikan hasil jualan aset negara akan berterusan menolong mereka.

    Jadinya, Melayu kaya dan miskin selepas ini akan terus bersalahan. Melayu Kaya kata apa lagi Melayu Miskin mahu dan Melayu Miskin tanya kenapa kami tidak dibantu seperti yang kamu semua janjikan.

    Apa yang menjadi malang ialah oleh kerana ketiadaan semangat kebangsaan, tiada siapa yang ambik peduli kepada Melayu Miskin dan Melayu kaya ini. lantaklah kerana Kuasa politik Melayu adalah ehsan Bangsa lain yang lebih bersatu.

    Kehidupan perlu diteruskan.

    Biarlah bangsa Melayu yang berpecah ini bercakaran sesama sendiri sehingga kiamat kerana Raja Raja tidak peduli, pemimpin tidak peduli, orang agama tidak peduli dan rakan sekampungan dan jiran jiran sibuk menjaga hal urusan cari makan seharian.

    Siapa mahu peduli pasal Melayu?

    Melayu yang malas, Melayu yang tidak berusaha, Melayu yg apabila berada diatas telah mengambil kesempatan tahap maksimum dengan membohongi dan menggadai prinsip Bangsa serta menarik balik hak istimewa Melayu serta subsidi dan biasiswa.

    Dengan cara politik baru orang Melayu yg hanya melihat wang, saya percaya akan terjadi seperti yg telah terpandang oleh Tun akan masa depan Tanah Melayu ini.

    Melayu akan semakin kurap, bangsat dan berkasta paria didalam jangkamasa 10 ke 20 tahun lagi. Walaupun mungkin Melayu masih berpakaian elok, memandu kereta dan berumahtangga, Melayu akan kehilangan Hak sebagai Tuan di negara ini, Melayu akan diherdik dan diterjah sebagai Jaga dan Driver, Melayu sebagai Tukang Kebun di rumah rumah Towkay atau sebagai pencuci kolam renang, Melayu akan sentiasa terkenang bagaimana hebatnya 4 Perdana Menteri asal Tanah Melayu dan tertunggu tunggu bilakah penyelamat Bangsa Melayu akan kembali menyatukan bangsa yang sudah lunyai ini.

    Pada masa Melayu tidak memikirkan soal semangat kebangsaan, Melayu miskin hanya akan terlihat sebagai malas, bodoh dan tidak mempunyai inovasi dan bukan sahaja diherdik dan sergah oleh Bangsa lain tetapi juga diterjah dan di herdik oleh bangsa sendiri.

    Demikian lah apa yang akan terjadi apabila secara sistematik bangsa Melayu dilumpuhkan dari semangat Kemelayuan, jatidiri dan menjadi Robotik remote control.

    Terima kasih Tun. Saya doakan Tun berdua selamat dan dilindungi Alah serta diberi kesihatan yang baik.

    Wassalam.

  20. musato May 29,2017 11:44 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Bukan semangat kebangsaan yang buat Tun berjaya.

    Semangat jihad yang buat Tun berkobar kobar.

    Kemudian,dengan ada kuasa, pangkat Tun berjaya membangunkan Malaysia.

    Dengan ada gaji dan duit sendiri, maka Tun tak makan rasuah.

    Lagipun, Tun ada mengaji Al Quran masa kecil.

    Terima kasih Tun.

Leave a Reply