TOTAL VISITORS FROM 2008:

HUTANG 1MDB 23

1. Tiba-tiba 1MDB mengaku tidak dapat bayar hutang sebanyak USD600 million / RM2,580 billion kepada IPIC, sebuah dana pelaburan milik Abu Dhabi yang telah jamin hutang oleh 1MDB.

2. Oleh kerana 1MDB sudah diambil alih oleh Kerajaan, maka Kerajaanlah yang gagal bayar hutang.

3. Kenapa tidak?

4. Tak ada duitkah kita?

5. Bila kita hutang kita perlu ada rancangan untuk bayar. Duit yang dihutang bukan untuk belanja hangus. Tentu ada rancangan untuk melabur, untuk dapat keuntungan yang boleh diguna untuk bayar hutang dalam satu jangka masa tertentu.

6. Jika diguna untuk membeli apa-apa, apa yang dibeli akan menjadi aset pegangan peminjam. Aset boleh dijual dan hasil boleh diguna untuk bayar hutang. Taklah semua. Hutang yang perlu dibayar pada Julai 31 hanya separuh sahaja. Lagi separuh boleh dibayar pada bulan Disember.

7. Jikalau harga jualan merugikan pun, sebahagian dari pelaburan atau harta boleh dijual cukup untuk bayar hanya separuh dari hutang.

8. Tetapi Kerajaan tidak dapat bayar. Mana pergi duit yang dihutang. Jika tidak rugi kerana pelaburan atau tidak beli harta yang boleh dijual, dimanakah duit yang dipinjam berada.

9. Sekarang Bank Negara mengeluar bon untuk sebanyak RM2.5 billion. Jika perolehan dari bon mencukupi untuk bayar hutang, soal ke mana pergi wang yang dipinjam masih tidak terjawab. Pinjaman melalui bon perlu dibayar.

10. Pendapat Najib ialah orang Melayu bodoh. Bagi duit secara langsung kepada orang Melayu, mereka tidak akan soal lagi di mana pergi USD600 million. Yang hilang duit Kerajaan. Wang tunai yang diberi secara langsung lebih mudah dirasai dari duit berbillion yang hilang oleh Kerajaan.

11. Dan Najib percaya orang Melayu akan terus sokong Najib. Tetapi orang Melayu bukan bodoh seperti disangka oleh Najib. Mereka sudah sedar duit yang hilang itu adalah duit mereka. Hutang juga akan dibayar oleh mereka dan anak cucu mereka.

12. Hutang yang tidak dibayar oleh Najib akan dipikul oleh rakyat termasuk orang Melayu. Maka akan dinaikkan cukai GST dan lain-lain.

13. Jika hutang negara tidak dibayar, negara akan jadi muflis. Maka negara tidak dapat hutang lagi. Tabung Kerajaan akan merosot. Bukan sahaja dana untuk pembangunan akan kurang dana untuk operasi juga akan terhakis. Akan merosot berterusanlah ekonomi negara.

23 thoughts on “HUTANG 1MDB

  1. Hang Jebat Derhaka Aug 16,2017 6:25 PM

    Assalamualaikum,

    Mudah2an pencuri dan perosak negara disingkirkan sebelum nasi menjadi bubur. Masalahnya, banyak orang bodoh terbiasa makan dedak sehinggakan bubur pun masih dikira baik. Tak teringin nak rasa Wagyu beef pulak ka?

    Akai dok ada…

  2. sibotak Aug 10,2017 5:53 PM

    Najib memang Biadab , Tidak Tanggung Jawab
    Hari hari berita yg kita dengar adalah
    Kepentingan Najib menjaga dan mengawal Kedudukan beliau sebagai PM
    Lebih dari Tanggung Jawab seorang PM menerajui Negara dengan sempurna

    Beliau memberi Habuan bertujuan mengekalkan kedudukan beliau
    Lebih dari Bertanggung jawab terhadap Negara
    Memberi Habuan kepada Pengikut beliau
    Memberi habuan kepada Rakyat bertujuan mengekalkan kedudukan beliau demi Kepentigan peribadi
    Adalah Sifat Biadab sedangkan Negara di Berlenggu dengan Hutang Piutang
    Yg Beliau kasi Habuan bukanlah duit Bapak beliau atau duit Bapak Rosmah
    Tapi Duit Negara yg seharus duit ini di peruntukan untuk menjelaskan segala hutang piutang negara
    Bukan untuk Tembolok dan Kepentingan beliau sekerluarga

    Semakin hari Malaysia Amat Benci akan Kepimpinan Najib
    Justeru Kemimpinan UMNO di Coreng

  3. Hajar Aug 9,2017 10:16 PM

    Salam YAB dan Yang DiSanjungi Tun,

    1. TS Muhyiddin selepas dipecat dari jawatan TPM (lebih dua tahun lalu) telah mengatakan berkali-kali bahawa “1MDB IS A SCHEME TO SCAM” (1MDB ialah skim/kaedah untuk menyeleweng/mencuri/menipu). Beliau senada dengan Tun M.

    2. Membayar hutang 1MDB tidak mampu (sejak dari dahulu lagi sehingga banyak aset/harta dijual/tergadai), tetapi boleh pula menghantar ribuan orang mengerjakan HAJI menggunakan wang 1MDB.

    3. Membayar hutang hukumnya WAJIB. Bersedekah (untuk kerja haji) sunat sahaja.

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  4. anti rasuah Aug 8,2017 7:23 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Saya setuju apa yang saudara musato katakan:

    Dan sudah tentu kita tidak silap percaturan. Cuma sekarang saya telah dapat menetapkan kenapa Najib tubuhkan 1MDB?

    Kerana Najib adalah lanun.

    Najib adalah lanun Bugis.

    Bagi saya, pegang perumpamaan lama ini:

    SIAKAP SENOHONG,
    GELAMA IKAN DURI,
    BERCAKAP BOHONG,
    LAMA-LAMA MENCURI.

    Siapa tak kenal LANUN BUGIS, RAJA PUAKA DARI KETURUNAN BUGIS SULAWESI.

    Buat malu arwah Tun Razak saja, tuiii.

    Wassalam.

  5. musato Aug 7,2017 7:52 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Seingat saya, dua kali saya tanya Tun kenapa 1MDB ditubuhkan. Dan dua kali juga Tun jawab untuk ‘curi’ duit.

    Saya terima jawapan 1MDB diwujudkan untuk curi duit negara.

    Tetapi saya musykil, bagaimana Najib sebagai ahli politik boleh berfikiran untuk mencuri duit negara, melainkan Najib tidak pandai berniaga. Atau cuba mencuba. Try and error.

    Dan sampai ditahap ini, saya fikir ia bukan try n error lagi, atau menutup salah niaga atau salah laku. Ia adalah lebih kepada bersifat lanun.

    Dan sudah tentu kita tidak silap percaturan. Cuma sekarang saya telah dapat menetapkan kenapa Najib tubuhkan 1MDB?

    Kerana Najib adalah lanun.

    Najib adalah lanun Bugis.

    Teringat saya pada hadis Rasulullah saw yang boleh difahami bahawa untuk memilih isteri, lihatlah pada agamanya, hartanya dan keturunannya.

    Peri pentingnya dalam hal keturunan.

    Walau umum tahu bahawa Tun ada darah keturunan India, tetapi tak lama dulu tokwan saya boleh pulak bertanya “Mahathir tu keluarga kita ke?”

    Dah tentu saya tak boleh jawab, sebab Tun Mahathir ada darah keturunan dari India, manakala tokwan saya bukan asalnya dari darah keturunan India.

    “Tetapi persoalannya. Kenapa Sayyid Abdul Rahman (Tokku Paloh) (1818-1918) meminta bantuan dari Syeikh Abdul Malek (1650-an) untuk menolong Tun Mahathir?”

    Adakah kerana YDP Agong ketika itu adalah Sultan Mizan Zainal Abidin yang berketurunan Syeikh Abdul Malek?

    Yep. Orang boleh panggil Tun Mahathir Mohamad, mamak kutty. Tetapi saya mengaku saya adalah dari galur Syeikh Abdul Malek. Orangnya yang menolong Tun Mahathir Mohamad dalam politik.

    Bagaimana itu Zahid Hamidi orang Ponorogo?

    Apakah orang Ponorogo juga tidak mengenali Sunan Gunung Jati? Yang katanya juga antara ahli keluarga kerabat Syeikh Abdul Malek?

    Barang lepas jangan dikenang. Zaman itu sudah berlalu kata Zahid Hamidi.

    Tapi kata Nabi saw pilihlah yang beragama, berharta dan berketurunan.

    Ingat. Pilihlah yang berketurunan.

    Terima kasih Tun.

  6. sibotak Aug 7,2017 7:22 PM

    PAS berpuas hati akan pengakuan Kunan baru baru ini ?
    Siapa PAS ? Siapa Kunan ? Apa pengakuan ?

    Pengakuan ?
    Duit berbillion lesap hanya dengan pengakuan ?
    Eh apa ke jadah si Najib nak bodoh bodoh kan kami 1 Malaysia

    Ini must based of acts & paper work. Debit & Credit mana ?
    Duiy masuk kat account Najib ! Pengakuan apa ?
    Betul UMNO sekarang dalam pimpinan Najib memang macam budak budak
    Nak Tipu dengan si Penipu

    Cakap je itu duit datang dari Nenek Najib dari Bugis , pun kita tidak akan percaya
    Ini sekadar Pengakuan nak jelaskan duit berbiliion hilang ?

  7. Fariq Islam Aug 7,2017 4:27 PM

    Assalamualaikum, Tun.

    Semakin hari semakin merosotnya keyakinan Rakyat terhadap keberkesanan pengurusan kewangan Negara. Nampaknya duit Negara menguap sekelip mata.

    Macam mana pulak nilai matawang Negara boleh dipulihkan?

  8. Ronin500 Aug 7,2017 3:43 PM

    Dear Tun,

    Nice pun.

  9. zulu Aug 6,2017 6:50 PM

    It seems those thieves who holds UMNO top posts and deprives people money for the well being of their family…are getting more agitated now in seeing PPBM getting strong support from people.

    One of MO1 top thief’s bootlicker called Nazri is calling MACC to check Tun M’s wealth…it reminds me of a saying “a dog having so much poo scattered over it’s body but preaching others to be clean”

    Everyong knew that one of his family member’s porno pictures are abundant and freely available in the internet… 🙂

  10. HouseWife Aug 6,2017 2:35 AM

    Assalamualaikum Tun,

    How to distract a nation? Of course, why not let the nation focus on the “willing to die for MO1” tpm. And so began the childish attack on Tun’s ancestry. Poor tpm, they made him a scapegoat. He shoots and shoots at Tun left and right, left and right non-stop thinking he could get away with murder…but instead he murdered his own career. He started the IC-racist mess in the first place not Tun. He and his toothless brainless defense team thought they could divert the people’s attention from the scandalous financial 1MDB mess, the RM2.6 billion “derma pak arab” found in MO1’s private accounts, and bring Tun down with their silly childish counter attacks and statements. But how wrong they were to fight with a wise old man. The more they attack Tun, bit by bit their secrets crept out from the closets, protected by Tun all these years.

    Terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata buruk padahnya. Apa lagi rahsia2 mereka yang Tun simpan membuat mereka seperti cacing kepanasan? Semestinya Tun pun ada rakam dan didokumenkan, akan didedah bila perlu. The whole nation is watching how this mess is going to end. Oya, tahniah kepada yang simpan RM230million, banyak tu tentu dah beranak pinak jadi billion (simpan dimana agaknya?). Untunglah penduduk kawasan dia, dapat kongsi kekayaan, pasti takde sorang pun yang hidup miskin dan susah. Untungnya badan orang2 ada kuasa dan pengaruh dalam kerajaan boleh buat duit sebanyak tu, jangan menyeleweng, menyalahguna kuasa, mencuri, merompak, menipu kata derma udah.

    Rakyat tidak buta hati, rakyat dapat melihat permainan “character assassination” mereka terhadap Tun. Mereka menyerang Tun bertubi2 sebab mereka dalam keadaan amat terdesak melindungi big Boss yang beri mereka “makan”, jika tidak semua akan jatuh tersungkur. Kalau mereka rasa tak bersalah kenapa gelabah sangat. Sambutlah jemputan Tun ke pentas Nothing2Hide. Rakyat ingin dengar penjelasan MO1 atau sesiapa saja yang berani berdiri satu pentas dengan Tun, berani kerana benar takut kerana salah.

    Teruskan perjuangan Tun, jangan mengaku kalah dengan manusia yang berdusta. Allah sentiasa melindungi manusia yang bercakap benar dan tidak bersekutu denganNya. Hanya padaNya mohon perlindungan. Terima kasih Tun.

  11. sibotak Aug 5,2017 11:11 PM

    61 tahun bersama Datin Siti Hasmah

    Bertempuh Ribut Taufan , Kemarau , Kemerosotan ekonomi
    Tun Mahathir buka sahaja Perdana Menteri yg Handal
    Malah seorang Imam Kepala Keluarga yg cukup bertauladan

    Syabas kepada kedua Mempelai Malaysia yg Terhandal
    Yg menjadi Idola Pasangan yg Hebat
    Inilah Mempelai Tercontoh

    Syabas Tun
    We will be with you

  12. sudin Aug 5,2017 11:20 AM

    Assalam Tun…

    A. Zaheed komidi sedang menerangkan situasi RM230 juta kepada masyarakat Cina,
    “Apa pasai mau tanya gua punya itu 230 milion?”
    “Kok lu olang suma atak lupa, dolu2 gua pon laja!!
    “Itu saham 2nd bod listing suma gua pigang, gua laja 2nd bod!!!
    “Itu kompeni backyard, tatak ontong, suma gua kasik masok 2nd bod!”

  13. sibotak Aug 5,2017 1:23 AM

    Dunia Islam sekarang memerlukan Pemimpin yg Sejati
    Yang Tulin, Yang Luar Biasa

    Siapa Gerangan beliau ?
    Untuk Malaysia , Najib , Zahid
    Tentu sekali Tidak , No ….No….. NO

    Tun Mahathir Mohamad
    Sudah terlihat Kebolihan , Keberanian di United Nation seketika dahulu
    Sekarang dan kini bagaimana ?

    Wira kita yg Sejati ini sudah Tua dan seharusnya Bersara
    Tapi , semangat beliau , semangat Laksamana

    Tun dalam Hayat kami di Kandung Badan
    Kami mengucapkan ribuan terima kaseh pada Tun
    Semoga jasa dan amalan Tun akan memuliakan dan memudahkan Tun

    Mengapa Najib juga Zahid bergitu genting sekali untuk mempertahankan tubu mereka , sedangkan Rakyat sudah hilang kepercayaan
    Adakah mereka fikir kami akan memilih mereka untuk kepuasan mereka
    Adakah ini ciri dan mutu Kepimpinan Melayu Kepimpinan Islam ?

    Semoga kita sesama sedar akan apa yg amat penting untuk masa depan kita
    Semoga Pemimpin kita adalah Pemimpin yg Sejati dan Luar Biasa
    Inilah Kepimpinan yg di perlukan Dunia Islam sekarang

    Bukan Budak budak macam Zahid
    Bukan Pemboros macam Najib

    Mukhliz Mahathir juga Rafizi Ramli pilihan
    Tak perlulah kita nak pilih yg seharus bersara
    Tun Mahathir , Anuar Ibrahim atau Muhideen
    Jadikan mereka Bapak Penasihat

    Ini ucapan saya bukan dari Tun Mahathir
    Jangan Najib rasa tergugat dan salahkan Mahathir kononya
    Tun mahukan Anak beliau Mukhliz jadi PM
    Ini Suara Hak seorang Rakyat

    Siapakah Wira Islam yg bolih memulihkan maruah Islam sekarang ?

  14. anti rasuah Aug 4,2017 6:58 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Berbagai inisiatif akan diberi Najis kepada rakyat dalam menjelang PRU.

    Mana datang duit tu Tun? Sudah pasti duit rakyat hasil dari GST dan minyak tanpa subsidi dan juga hasil cukai lain.

    Yang sialnya Najis ni, hutang 1MDB tidak mampu nak bayar, beri inisiatif atau gula-gula pada rakyat tetapi kita turut jadi mangsa dalam masa 20 tahun untuk membayar hutang negara yang semakin bertambah.

    Saya khuatir dalam diam milik negara mana yang dilelong secara senyap, Tun.

    Bilalah PRU 14? Biar mampos Najis Razak dan kroni dia, Tun.

    Dari kecik tak mahu mampos, dah tua menyusahkan orang saja.

    Wassalam Tun.

  15. Hajar Aug 4,2017 2:29 PM

    Salam YAB dan Yang DiSanjungi Tun,

    1. Menurut hukum dalam Islam, jika kita perlu (bukan sengaja mahu berhutang untuk perkara tidak perlu) berhutang, kita mesti tanamkan niat dengan bersungguh-sungguh untuk membayar hutang tersebut. Insya Allah, Allah SWT akan permudahkan kita untuk melunaskan hutang tersebut.

    2. Hutang 1MDB pula tidak jelas apa KEPERLUANnya. Dari apa yang kita lihat, segala-gala mengenai 1MDB dan segala bentuk skandal kewangan berkaitan dengan 1MDB yang kita telah sedia maklum berlaku di serata dunia amat jelas telah melanggar hukum-hakam agama dan juga undang-undang dunia.

    3. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang ada kepentingan dalam beberapa tabung/dana dan simpanan (saham amanah) negara termasuk TH, KWSP, ASN/ASB, dll. saya tidak akan maafkan PM Najib @ Ah Jib Gor dan sekutu beliau jika wang dari dana/simpanan dan tabung tersebut disalah gunakan untuk apa saja bentuk penyelewang dan perbuatan pecah amanah.

    4. Persoalannya sekarang, dari mana rejim Najib akan ambil @ songlap wang untuk membayar hutang tertangguh tersebut?

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  16. milshah Aug 4,2017 11:22 AM

    Assalamualaikum Tun,

    Skandal 1MDB adalah skandal kleptokrasi terbesar di dunia. Satu dunia sedang perhati perkembangan 1MDB. Kalau benarlah ada duit, saya pasti hutang 1MDB telah cepat-cepat dibayar. Alasan bahawa duit tidak dibayar disebabkan teknikal adalah tidak logik. Kalaupun duit bon RM2.5billion digunakan untuk membayar hutang 1MDB, ini pasti akan menyebabkan kredibility kerajaan terjejas kerana menggunakan duit kerajaan dengan berhutang melalui terbitan bon dan menutup hutang 1MDB. Teknik gali lubang tutup lubang ini bukan berlaku kepada rakyat sahaja rupanya, dah sampai ke peringkat kerajaan juga. Apapun kita lihat bagaimana 1MDB akan membayar hutangnya. Pada jangkaan saya, iainya ‘force move’, kerajaan akan masuk campur dan bayar hutang 1MDB menggunakan duit rakyat. Tetapi mengenali MO1, terkenal dengan pemikiran ‘out of the box’nya, cara yang tidak disangka-sangka untuk melepaskan diri, kita tunggu dan lihat.

  17. anti rasuah Aug 4,2017 8:14 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Nak beritahu semua antara pemmbaca walaupun saya seperti Tun iaitu Melayu campur darah bangsa lain tetapi darah Melayu lebih dalam diri saya. Itu realiti dan hakikat yang kita tidak boleh elak. Sekiranya ada orang mengubah realiti dan mewar-warkan perkara sebaliknya maka itu namanya fitnah. REALITINYA FITNAH TERSIBAR OLEH ZAHID KOMIDI DAN NAJIS RAZAK TENTANG ASAL-USUL TUN.

    Nak lagi mudah faham realiti ikut kefahaman agama Islam bahawa kejadian manusia di dunia ini adalah asalnya penyatuan Nabi Adam dan Hawa. Jadi terbentuknya orang Melayu, orang India, orang Cina dan kononnya keturunan bangsawan atau keturunan raja adalah pengasingan masyarakat disebabkan terlalu banyak factor keadaan pada masa lampau. Namun sebagai Islam, kita kena faham asas asal-usul keturunan manusia hanya satu iaitu Nabi Adam dan Hawa. Datangnya kita kerana Allah dan matinya kita kepada Allah. Kita mati sebagai Islam hanya bersalutkan kain putih , tidak kira Melayu, India, Cina, Raja bersiung, menteri, PM, TPM, Agong, semuanya sama bentuk kelahiran dan kematian. Allah tidak pernah membezakan umat manusia di dunia ini, mengapa kita manusia kejadianNYA mahu membeza-bezakan kononnya Melayu, kononnya raja lebih mulia dari manusia lain. Jika manusia yang mengaku beriman pada Allah swt, beranggapan begitu, pandangan peribadi saya manusia itu nampak lahiriahnya sudah jauh dari apa yang Allah swt tuntut.

    Jika diteliti sejarah Nabi Muhammad SAW, nabi sendiri tidak hidup seperti raja, menteri yang bongkak dan sebagainya. Jadi di mana pegangan hidup kita yang mengaku “TIADA TUHAN YAN DISEMBAH MELAINKAN ALLAH, DAN MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH”.

    Ternyata manusia mudah lupa kepada ajaran Islam sebenarnya.

    Berbalik kepada hutanng 1MDB Tun, ternyata ianya satu malapetaka berpunca dari pemimpin Malaysia yang tiada pegangan agama sebenar dan tidak takut akan balasan di akhirat kelak.

    Saya melihat jika ada pun pecahan Melayu di Malaysia kini. bagi saya ianya akn terpecah dua iaitu yang mengaku kononnya mereka Melayu tulin ( penyokong tegar UMNO ) dan satu lagi bukan Melayu tulin ( campuran Melayu dengan bangsa lain ).

    Bagi Zahid Komidi dia adalah sejenis Melayu TULIN TIRUAN kerana kedua-dua ibu-bapanya dari Jawa. Manakala Najis Razak pula dari keturunan bangsawan Bugis. Nak tahu jika lahir anak hasil dari Najis dan Rosmah, maka lahirlah campuran darah Bangsawan Bugis puaka.

    Sekian Tun.

  18. rimba.emas Aug 3,2017 11:19 PM

    Salam Tun.

    1. Malaysia sebuah negara Islam yang sedang menangung hutang.

    2. Malangnya hutang itu masih belum di langsaikan.

    3. Rimba Emas percaya kita rakyat Malaysia berpelajaran tinggi dan tidak mungkin boleh di perbodohkan PM sekarang.

    4. Sama ada rakyat di bandar atau di luar bandar pasti pernah berhutang. Kita tahu ukur baju di badan, (simpulan bahasa) maksudnya kita berhutang mengikut kemampuan kita.

    5. Malah sekarang pun ada antara kita rakyat sedang menangung hutang tetapi hutang kita itu ada benda yang di tangan kita seperti kenderaan , rumah atau barangan.

    6. Sebaliknya apa yang Tun cerita sekarang ini wang yang di hutang akan ditanggung kita nanti dalam bentuk cukai yang sudah ada dan di tambah dengan GST.

    7. Malah wang hutang itu akan bertambah kerana tidak di bayar. Kita rakyat di kampong pun tahu bahana wang hutang yang tidak dibayar.

    8. Tok Guru Agama pun tahu yang mengajar pada rakyat bahawa roh pun tergantung kalau si mati masih berhutang .

    9. Persoalan ini perlu di ambil berat kerana ia menyangkut soal agama , ekonomi dan kehidupan.

    10. Kita sudah terperangkap bila kita tidak mahu ambil tahu salah orang kerana pendapat kita yang buat salah itu berdosa. Sedangkan kita bantu bayar hutangnya dan akan tanggung hutang itu .

    11. Lebih terok kalau kita tahu wang hutang yang kita tanggung itu sudah di guna untuk kemewahan atau perkara haram serta maksiat.

    12. Rakyat akan dapat cerita lengkap dari siri ceramah ‘ Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi ‘ di beberapa bandar terpilih.

    13. Adalah merugikan kita kalau kita rakyat tidak mahu ambil tahu kemana wang hutang yang akan kita bayar telah di belanjakan. Sedangkan wang haram yang kita bayar itu seolah kita halalkan jika tiada tindakan di ambil.

    14. Semua amalan yang kita buat di dunia ini akan di nilai kembali pada hari akhirat.

    Wallahua’lam.

  19. zackM Aug 3,2017 10:51 PM

    I do remember they told us that the payment due to IPIC will be done by en-cashing the “units” in Cayman Island. So what happen to the “units”? Was this story about the “units” being conjured by the same thieving mind as the “RM2.6 billion Arab donor”?

  20. asahamat Aug 3,2017 10:26 PM

    Assalamualaikum wbt Tun.

    Agak panjang apa yg saya tulis ini. Saya sekadar ingin menyumbang demi Bangsa, Agama dan Negara ini.

    Akan berjayakah PAS dlm PRU14 ini? Dari segi undi, merosot In Shaa Allah akan merosot jika PH ada strategi khusus utk tangani PAS. PAS sebenarnya sedang menakrif kemenangan cara lain dari apa yg kebanyakan orang fikir, termasuk PH. Apa takrifan kemenangan bagi mereka?

    (2) PAS nak jadi King Maker. Itu target mereka kali ini. Jika PH @ BN menang tipis, PAS akan tentukan siapa membentuk Kjaan jika dia menang biar hanya 10 kerusipun. Menang tipis maksudnya, menang dgn julat < 10 kerusi. Maka jika PAS ada 10 kerusipun, secara Mathematiknya, yg kalah sekalipun jika ditambah 10, pasti akan bentuk Kjaan bersama PAS.

    (4) PAS mungkin tidak membentuk Kjaan, tetapi trade off PAS adalah dasar, strategi dan program Kjaan harus menerapkan kehendak PAS. Itu langkah awal PAS utk go real solo kemudiannya jika perlu. I salute their strategy. It may work jika PH tidak sedar. Itu bila selepas PRU14.

    (5) Semasa berkempen PRU14, PAS juga boleh jadi King Maker. Di kubu PAS, dia go solo. Di mana UMNO tercabar hebat samada oleh Bersatu, PKR @ Amanah; PAS akan bantu UMNO. UMNO go solo di situ. PAS tak lawan. Dalam hal ini, PAS sudah membuat deal awal dgn UMNO tentang apa mereka kehendaki. Itu pasti Hadi dan Najib MO1 sudah meterai.

    (4) Imej PAS mudah ie Islam. Betul tak betul itu hal lain. Yg penting kedengaran Islamis. Melayu sayang Islam. Melayu tidak akan khianati Islam. Jadi PAS perguna psikologi itu sepenuhnya. Di situlah kelemahan PH kerana PH nampak liberal dgn adanya DAP dan PKR.

    (5) Melayu sayang UMNO. Samada UMNO sayang Melayu itu hal lain. Tetapi UMNO sounded very Malay. Melayu curiga akan PH sebab ada DAP dan PKR yg liberal. PAS juga Melayu. Melayu sayang Islam. PAS sounded Islamis. UMNO dan PAS menjadikan Melayu serba salah. Maka jalan mudah, Melayu akan terus sokong UMNO dan PAS. Namun itu In Shaa Allah boleh diubah. Bagaimana?

    (6) Saya kira di dlm kelompok Melayu kebanyakan PH sedang menghadapi isu jatidiri. DAP dan PKR nampak terlalu liberal. DAP dimainkan sebagai "racist". Amanah dan Bersatu nampak "secular". Semua itu akan dimainkan sebagai tidak Islamis dan merosakkan Melayu. Akhirnya, Melayu kebanyakan tidak yakin kpd PH. Maka adakah HARAPAN?

    (7) In Shaa Allah, Harapan tetap ada. Sebab itu, UMNO sudah mula bermain gendang HARAPAN juga. Now, harapan siapa lebih benar dan baik? Pokoknya, kita boleh menjangka strategi PAS n UMNO, maka apa usaha kita sekarang?

    (8) Tun, if you step back, both yourself n Anwar had given the best hope for this Nation. Rakyat masih percaya dgn HARAPAN itu, maka sebab itu kini ada kebangkitan rakyat mendokong Tun. Step back. Look back. Both of you were the one whom had given the strength to UMNO to survive till today. In Shaa Allah both of you, especially you whom can take those away from UMNO to kill them. Use those then to move the masses to change their course to a better Malaysia.

    (9) We must do it now. Secara saikologi, rakyat perlu 3 bulan kempen hebat utk faham. Mereka perlukan 3 bulan lagi utk yakin. Itulah tempoh critical utk mengubah hati nurani rakyat.

    (10) Tun, you were the creator to all the good values and systems that can take UMNO and this Nation to where we are today. You can articulate and further elaborate and ehance those. Akui kelemahan. Perbaiki kekurangan. Buat perubahan. Itulah reform yg sedang semua rakyat nanti2kan. In Shaa Allah Tun boleh. Najib MO1 hanya pengikut. Dia bukan pencipta. Dia hanya boleh tiru tetapi hasilnya tidak akan tulin malah terbukti salah.

    (11) Maka Tun, jika dapat menghumban Najib MO1 ke dlm penjara sekalipun bukanlah penyelesaian permasalahan kita kini. Kita sedang menghadapi masalah nilai dan sistem. Perbaiki nilai dan sistem kita. Jika itu betul, In Shaa Allah segala penipu, pembohong, pencuri, penyamun, penyanggak dan perasuah akan sangat kurang malah menyerah diri. Sesungguhnya semua sistem dan nilai mulia itu sudah ada, Tun sudah mulakannya, cuma sekarang ianya harus bernilai dan bersistem Islam yg betul. Sistem dan nilai Islam yg betul saja akan memperbaiki segala, malah mampu menumbangkan PAS dan UMNO. Kerja Tun yg belum selesai dalam menerap nilai2 dan sistem Islam itulah yg kini harus dikemukakan sebagai dasar, strategi dan program yg boleh memberi HARAPAN lebih baik kpd rakyat. Jadikanlah sistem dan nilai Islam sebagai pembina Bangsa, Agama dan Negara ini.

    (11) Bersyukurlah dgn adanya Najib MO1 dgn 1MDB, FGV, malah hutang bertimbun dan budaya rasuah terbuka, itu semua harus diterima sebagai cabaran Allah utk kita celek dan kembali sadar utk jgn teruskan perjalanan menuju gaung yg merbahaya. Itu semua hanya cabaran dari Allah agar kita kembali benar dan betul.

    (12) DAP jgn gusar, Islam sebenar tidak menindas sesiapa. Jgn lihat pd Islam kini. Lihatlah pd Islam di zaman Islam sebenarnya ie di zaman Muhammad SAW dan empat sahabat besarnya. Islam Allah jadikan utk semua. Maka selagi Melayu taat pd Islam sebenar, Melayu tidak akan khianat kpd Allah utk tadbir semua mahlukNya secara adil dan saksama. Time for DAP esp LKS to tone down in your public communique. You guys look "arrogant" in your communication style. That lies your problem with the Malays.

    In Shaa Allah Tun boleh. Malaysia Boleh. Rakyat boleh. Kita boleh.

  21. Mawi77 Aug 3,2017 3:28 PM

    Terima kasih TUN..
    Segala usha tun amat kami sanjungi
    Insyaallah

  22. farock Aug 3,2017 2:30 PM

    Salam Tun
    Sadly now we dont have any Prime Minister.What we have is a Prime Monster.He is a mad dog and we know very well what we should do to a dog which has gone mad,dont we?
    Wassalam

  23. The Hidden Secret Aug 3,2017 1:17 PM

    Salam!

    Ape la Najib ni… Duit nak bayar hutang tak ada tapi nak bagi macam-macam kepada peneroka-peneroka Felda dan pesara tentera. Nak beli undi lah tu.

Leave a Reply