TOTAL VISITORS FROM 2008:

HARIMAU MALAYA… 38

Selamat Maju Jaya kepada Pasukan Bola Sepak negara yang akan mengejar pingat emas dalam perlawanan akhir bertemu Thailand pada malam ini. Saya doakan semoga berjaya dalam misi terbabit. Saya harap di dalam mengejar pingat, pemain Malaysia dan juga peminat bolasepak akan dapat terus mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi.

Malaysia Boleh!

38 thoughts on “HARIMAU MALAYA…

  1. TokJanggut Oct 7,2017 7:10 PM

    Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata kenyataan Sirul Azhar Umar bahawa dia hanya menjalankan arahan ketika membunuh Altantuya Shaaariibuu harus disiasat.

    Mahathir berkata, perkara itu melibatkan nyawa manusia dan “amatlah zalim” jika Sirul dibiar menjalani hukuman mati hanya kerana menjalankan arahan.

    “Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan.

    “Sebagai pengawal peribadi Datuk Sri Najib (Razak), dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan.

    “Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul ‘merepek’, tidak ada siasatan yang dibuat,” katanya.

    Menulis di blognya, Mahahthir juga membangkitkan sebuah “skandal” kapal selam dengan pembunuhan Altantuya.

    Sirul sebelum ini berkata beliau hanya menjalankan tugas dan menjadi kambing hitam dalam kes itu.

    Daripada tahanan imigresen di Australia, bekas anggota polis elit itu berkata sedang mempertimbang untuk mendedahkan segala-galanya kepada media tentang perkara itu.

    Najib menyifatkan dakwaan Sirul bahawa dia bertindak atas arahan sebagai ” rubbish ” (mengarut atau merepek).

    Sirul dan seorang lagi rakan dalam pihak berkuasa itu Azilah Hadzri disabitkan bersalah membunuh Altantuya dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

    Motif kepada pembunuhan itu bagaimanapun masih misteri.

    Ingat boleh terlepas ke. setiap kesalahan walau sebesar zarah akan dipertontonkam kepada semua sedikit masa lagi. Kamu berdepan dengan kuasa yang mengatasi segala kuasa iaitu ALLAH YANG MAHA BESAR LAGI BERKUASA atas tiap2 sesuatu. Bertaubat sebelum terlambat. Bila hari pembalasan tiba tiada lagi belas kasihan.Kun fayakun

  2. tamchi Sep 21,2017 4:44 PM

    Asalamualaikum Warahmatullah
    Semoga sentiasa dirahmati Allah
    Dipanjangkan umur, dilimpahi berkah..
    InsyaAllah…

    #ibu

    Semalam Rabu, Esok tahun baru.

    http://perjalanandakwahseorangmuslimah.blogspot.my/2013/11/hukum-doa-puasa-awal-dan-akhir-tahun.html?m=1

  3. farock Sep 11,2017 9:58 AM

    Salam.
    Saya bersetuju dgn sahabat2 agar RCI dijalankan keatas benda2 lain.Contohnya,bagaimana Rosmah mengumpul berjuta2 dgn menabung dlm tabung ayam,kenapa lanun2 Indon serang Sabah hanya satu kali saja dan membunuh begitu ramai rakyat kita,kenapa Najib beli kapal selam berbilion sedangkan kapal selam itu kapal rosak,Bagaimana Azlina boleh menang 2x pilihanraya tanpa ada yg melawannya?(Beli calon pembangkang?),Kenapa begitu banyak kapal2 terbang meletup sejak Najib memerintah?,dan berjuta2 hal lain lagi yg terjadi…Kalau betul RCI buat kerja jujur,siasat SEMUA!!!
    Wassalam

  4. ahalimr Sep 10,2017 1:43 PM

    Kadang2 aku tertanya-tanya Parti Amalan Sesat (PAS) ni tengah buat lawak bodoh atau tengah buat kerja bodoh. Kawasan yang ditandingi semuanya kawasan majoriti pengundi melayu Isalam seperti Kelantan Trengganu dan Kedah, ertinya lawan utama mereka ialah UMNO, tapi yang sebok diserang siang malam pagi petang ialah DAP. Ni bengong ke apa atau dah sah makan gaji haram dengan UMNO. Ayah dengan anak dan kuncu2 berserban dan berketayap tak henti2 bercakap macam otai politik tapi sebenarnya menunjokkan kebodohan diri sendiri. Aku tertanya-tanya, sebab yang sering di beritahu bahawa orang munafik bila bercakap dia berbohong dan bila berjanji dia tak tepati. Tapi bagaiman pula darisegi pakaian dan perwatakan. Zaman nabi dulu agaknya serban dan jubah mereka lebih besar dan panjang dari para sahabat. Lebam di dahi mereka tentu lebih hitam dan besar sebab terhentak kelantai semasa sembahyang. Cakap mereka tentang haram halal tentunya lebih lantang dari para sahabat bagi menutup niat jahat mereka yang sebenar. Sebab itu orang munafik ini di anggap musoh utama Isalm. Jadi orang munafik sekarang ni agaknya macam mana ya. Adakah berserban dan berjubah macan zaman Nabi. Mungkin kawan2 yang banyak bercakap tentang agama dalam blog ni bolih bagi sedikit pencerahan untuk mengenali gulongan munafik menjelang PRU 14 nanti.

  5. musato Sep 10,2017 10:21 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Apa khabar Tun?

    Semalam kita menyambut ulangtahun pertama PPBM. Tahniah kepada Datuk Mukhriz kerana berjaya memeriahkan suasana majlis dengan suasana yang meyakinkan.

    Memandu berjam jam tidak memenatkan. Saya kira Rimba Emas pun tidak letih pinggang naik bas dari Penang.

    Saya sempat cuit tangan Tun untuk bersalam semalam di pintu keluar sebelum Tun di temuramah.

    👍🏻👍🏻👍🏻

    Terima kasih Tun.

  6. sibotak Sep 10,2017 12:42 AM

    Ingin di fahamkan pada pandangan saya
    Apa yg berlaku pada Kaum Rohingya , Burma
    Di Malawi , Phillipine ,di Negara Islam Timur Tengah, di seluruh Dunia
    Adalah punca angkara CIA dari Amerika & Mossad dari Israel

    Mengapi apikan Dunia supaya membenci Islam
    Memfitnah Umat Islam kelihatan sebagai Pengganas
    Ini bukan persoalan Sunni ,Shia , Iran ,Iraq , Hitam atau Putih
    Memang ada perantaraan di antara mereka
    Begitu juga kita di sini ,Boyan, Jawa , Indon ,Malaysia
    Ahmad , Dolmad atau Sharip Dol
    Kita serupa ada juramnya , ada bezanya

    Tapi apabila perbezaan ini di Fitnah olih Mossad , CIA
    Di bekal tambah senjata kepada kedua pihak
    Maka Api Kezaliman akan Membara
    Itulah sebabnya Timur Tengah Porak Peranda
    PUNCA Dunia Islam Kehancuran

    Saya yakin jika tidak ada campur tangan Mossad & CIA di Burma
    Kaum Buddist tidak akan berani makan Hasutan ini
    Agama Buddist juga tidak ajar kezaliman serupa ini
    Nyata & sudah terbukti Israel membekalkan senjata pada Militia Burma
    Tiba tiba beralasan ISIS bolih berada di Malawi

    Setiap akan Kejahatan yg berlaku di Negara Barat
    Media Barat dengan cepat menyiarkan ISIS mengaku Bertanggung Jawab
    ISIS MENGAKU BERTANGGUNG JAWAB ?
    Siapa ISIS , ISIS mana yg talipon CNN dan mengaku Bertanggung Jawap ?
    Adakah si pencuri akan mengaku mencuri ?

    Najib masukan wang kat account beliau, ada bukti, masih steady lagi
    Tidak mangaku bersalah , malah menasihatkan Malaysia
    Supaya Jujur ,Jangan Mencuri ,Mesti Amanah

    Saya Berharap , Berdoa
    Apa perselisihan kita sesama kita , UMNO ,PAS, PKR , Indonesia ,Malaysia
    Hitam , Putih ,Jawa , Boyan ,Anak Mami atau Mami Chombi
    Ukhwah kita sesama Ummah perlu di jaga
    Setan Bermata Dajjal adalah Musuh kita

    Apa yg saya merepek ni ……
    Mari kita renung bersama demi Ummah

  7. anti rasuah Sep 9,2017 10:17 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Saranan Milshah tentang:

    One of Pakatan Harapan points in its election manifesto was to have a RCI on 1MDB.

    Saya bersetuju dengan Milshah.

    RCI untuk siasat tentang kes Memali dan Forex bagi saya satu dari kebodohan Najis dan koncu-koncunya yang bahalol lagi bebal. Nampak sangat Najis Razak dan pengikut änjing kurapnya seperti Zahid Bebal, Hishamuddin Kememeh, Salleh Keruak kaki jilat, Azlina Jantan berada dalam situasi kepanasan. Umpama orang yang hampir mati menunggu ajalnya.

    Wassalam Tun.

  8. milshah Sep 9,2017 9:05 PM

    Assalamualaikum Tun,

    As it is now Royal Commission Inquiry (RCI) season, I would like to put forward a suggestion. One of Pakatan Harapan points in its election manifesto was to have a RCI on 1MDB. If I may Tun, I would like to expand further on this RCI which Pakatan Harapan promise to do if it comes to power.

    The RCI term of reference should not only cover the involvement of MO1, Jho Low, Aziz Reza, etc,etc. The RCI should also cover those that have helped or cover up the 1MDB scandal ether directly or indirectly.

    This includes has Parliament conducted properly with regard to the 1MDB scandal. Have PAC conducted themselves properly themselves properly with regard to the 1MDB scandal. Have UMNO leaders conducted themselves properly with regard to the 1MDB scandal. Have the news media like Utusan, TV3, etc conducted themselves properly with regard to the 1MDB scandal,etc,etc.

    The RCI on the 1MDB scandal would have far reaching powers to investigate whomever have helped whether directly or indirectly in the 1MDB scandal. They can say they were instructed by MO1 and need to “jaga periuk nasi”. This is where Pakatan Harapan need to inform upfront the excuse of “jaga periuk nasi” or “terpaksa” cannot be use. If they know what they did is wrong, and still they do it, they too need to be held accountable.

    The reason for this, I think there is an unwritten rule, whereby, as long as they follow what the PM of the day orders, even though it is wrong, then you are exempted from being accountable. Pakatan Harapan need to inform that this is not true, and anyone can be held accountable if they did wrong in the eyes of the law.

  9. anti rasuah Sep 9,2017 10:42 AM

    Assalamualaikum.

    Merujuk komen sibotak tentang nasib umat Islam Rohingya

    Kalau kita kaitkan dengan Najis Razak, kita selami apa yang dia buat selama ini, jika tiada keuntungan pada diri dia, Rosmah Puaka dan anak pinak dia, maka dia tidak akan ambil pusing pun.

    Wassalam.

  10. rimba.emas Sep 9,2017 7:19 AM

    Salam Tun.

    1. Hari ini 9/9/17 warga Parti Pribumi Bersatu Malaysia menuju ke destinasi selatan Semenanjung Malaysia iaitu ke daerah Muat untuk menyambut ulang tahun pertama penubuhan Parti ini.

    2. Rimba Emas sedang menulis di dalam bas yang di tempah untuk perjalanan ke sana.

    3. Bukan apa ambil sedikit masa untuk menulis di ruangan komen milik Tun ini kerana teringatkan rakan-rakan komentar yang lama tidak menulis di ruangan Tun ini yang berasal dari negeri Johor.

    4. Salah seorangnya menggunakan nama pena faridina kalau tak silap maafkan saya. Salah seorang yang pernah memberi nasihat baik buruk menyertai Parti Politik seperti PPBM ini.

    5. Jika beliau terbaca komen ini pasti ini kejayaan kepada beliau kerana siapa sangka Rimba Emas yang cetek dalam perjuangan Parti telah berada di negeri Johor atas tujuan perjuangan dalam sebuah Parti.

    6. Marilah kita rakan-rakan CHEDET yang berkesempatan bersama-sama Tun di majlis ulangtahun ini yang mana mungkin Tun idola anda.

    7. Moga Allah s. w. t memberkati Majlis ini.

    Wallahua’lam.

  11. musato Sep 8,2017 10:13 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Saya akui saya sedikit terperanjat mendengar berita setelah sekian lama disimpan, bahawa bekas incharge cawangan saya berasa iri hati melihat gambar saya sekeluarga bersama sama Tun dan Tun Siti Hasmah ketika hari raya yang lama dulu. Lebih lebih lagi tangan saya berada dia atas kerusi bahu Tun.

    “Apa dia ingat, dia sorang je bergambar dengan Tun dan Tun Siti?”…wow!

    InsyaAllah besok besok mungkin saya berasa nak bergambar lagi dengan Tun sambil peluk Tun pulak. Lama dah tak ziarah Tun.

    Betul la Tun kata, orang bergambar untuk tunjuk kat orang lain yang kita ni baik dengan si polan dan si polan.

    Terima kasih Tun.

  12. anti rasuah Sep 8,2017 11:50 AM

    Assalamualaikum.

    Tun, setuju dengan skyfall dan juga asahamat dalam isu Sarawak/Sabah.

    Kalau PH berunding dengan komponen BN di Sabah/Sarawak untuk merencana masa depan Sarawak dan Sabah agar menjadikan ke dua negeri itu terus membangun seiring dengan kemajuan di negeri-negeri di Semenanjung, saya pasti tidak mustahil ramai ahli-ahli parlimen di sana akan bersetuju menyokong PH untuk menggulingkan rejim Najis yang ternyata lebih busuk dari Wangi.

    Pada hemat saya, majority ahli parlimen di Sabah dan Sarawak menganggap Najis bukanlah pemimpin yang wajar diberi kuasa sebagai PM Malaysia kerana kekotoran yang dicipta sendiri agak jelas.

    Jika 50 peratus MP di Sabah dan Sarawak memilih PH selepas PRU14 kelak, saya yakin 100 peratus Najis kita mampu kuburkan di jirat Cina di China.

    Untuk Semenanjung saya cukup berkeyakinan PH kali ini mampu menang 65 peratus kerusi parlimen jika PH berterusan menyerang kawasan luar bandar dengan penjelasan NAJIS RAZAK SELAMA INI BUKANLAH PEMIMPIN YANG JUJUR DAN BIJAK MENGURUS KEWANGAN NEGARA.

    Wassalam Tun.

  13. sibotak Sep 8,2017 7:30 AM

    Singa Islam

    Siapa , Dimana Pemimpin Islam Dunia sekarang
    Yang Mampu membela nasib Umat Islam yg sudah di Fitnah
    di Zalimi , di Hancur, di Rogol ,di Bunuh , di Bakar , di Sengsara
    di Pecah Belah , di Perbodoh bodohkan olih
    Satu Kaum Kecil yg dinamakan Yahudi

    President Edrogan dari Turkey , Pemimpin Croatia , Militants Islam Russia
    Najib….hahahaha , Wira kita Tun Mahathir Mohamad yg sudah Berusia 92 tahun, Gigi Harimau kita pun dan semua Jatuh , Jokowi , Sultan Brunei , Sultan Johor
    Siapakah gerangan Panglima Islam yg bolih membela nasib Umat Islam sekarang ?

    Saya yakin hingga kini
    Apa yg berlaku pada Dunia Islam tidak ada kiatan dengan perselisihan
    Sunni , Shia , Iraq , Iran atau sebagainya
    Memang Ia wujud bukan saja Perselisihan antara mereka
    Malah antara kita sesama kita sekarang di Malaysia , Indonesia antara Ummah
    Wujud Perselisihan ,TETAPI Jika Perselisihan ini di bakar olih Fitnah
    Maka Bermaha Rajalela lah Api Syaitan akan Membara

    Ini berlaku di Timur Tengah malah bakal berlaku di Malaysia juga
    Sudah Terbau , sudah pun terpercik api. maka perlu kita sesama berhati hati
    Perlu kita tahu Siapa musuh kita sebenar

    Yahudi sudah terbukti punya angkara di Timur Tengah
    Mereka berjaya menipu UN, US , menipu Dunia
    Memfitnah , mermecah belahkan Islam, mempergunakan , memperbodohkan Umat Islam
    Bergaduh , membunuh sesama

    Tidak Perlu Bukti , Begitu juga perihal Najib
    Kita tidak perlu Bukti ,walau Bukti itu di rahsiakan
    Kita bolih Fikir sendiri
    Tidak akan Pokok bergoyang , jika tidak ada Angin bertiup atau Moneyt mengoyang nya atau sebagainya

    Dunia Islam Tidak Kenal Musuh mereka sebenarnya
    Di Keliru pula dengan Fitnah Media Barat
    Di terima pula dengan Pemimpin Islam yg tidak mampu berfikir dan sanggup jadi
    Baruah si Kafir hingga sanggup menzalimi saudara sendiri

    Saya Berpendapat Pemimpin Turkey President Edrogan
    Harus menerajui Perhimpunan Besar Besaran mengumpulkan Pemimpin Islam SeDunia
    Di alu alukan lagi dengan Ulamak ,Kaum Sunni , Shiah , Hitam , Putih atau Kelabu ,Sheik Sheih , Tuan Moderator Islam , Yusuf Eestee
    Zakir Naik dan perjuang Islam seDunia Islam yg lain
    Berhimpun Mempereratkan
    Siratul Rahim Ukhwah sesama Ummah

    Atau Tun Mahathir dengan naugan Parti BERSATU boilh menjadi Tuan Rumah untuk Perhimpunan ini
    Bukan kita nak Berperang
    Tujuannya Mmpereratkan Siratul Rahmah kita sesama
    Merenung Musibah yg kita tempuhi sekarang
    Melihat wajah kita Bersaudara

    Inilah Kuncinya
    Inilah Punca Kehancuran Ummah

    US ,Barat , Yahudi , Media Fitnah mereka hanya sebab musebab
    Yg menghancurkan kita adalah kita sendiri yg Gagal
    ” Memegang Tali Allah , Tidak berpecah Belah antara Ummah “

  14. Skyfall Sep 7,2017 10:40 AM

    Assalamualaikum WBT Tun..

    Saya rakyat biasa yang berpendapat bahawa komponen parti didalam PH harus bersatu bersama dan kukuhkan pendirian sebelum berperang menjelang PRU 14. Melihat masih terdapat elemen senior dan junior dalam komponen parti yang menurut saya ini tidak sehat sebab tidak mengambarkan solidarity yang sepenuhnya walaupon majority bersatu tapi masih ada golongan minotiti yang menganggap “taiko” dalam kedudukan komponen parti. Harus ada pegorbanan dan keikhlasan berjuang untuk rakyat Malaysia. Ini matalamat yang harus di perjuangkan. sekian wasalam dan tksh Tun.

  15. asahamat Sep 7,2017 12:40 AM

    Manifesto PH Sarawak:

    Rakyat Sarawak tidak minta yg tidak berpatutan. Yg kita harapkan, sangat mudah dan ringkas. Sepatutnya DAP (?) Sarawak yg telah diamanahkan to lead the drawing of PH Sarawak Manifesto “berkerjasama” dgn PBB, PRS, SPDP n SUPP dlm berbuat Manifesto itu. In Shaa Allah PH akan menang dan akhirnya perlu bekerjasama dgn BN Sarawak dlm mengurus Negeri dan Negara ini.

    (2) Harus diingat betapa kita sama2 membina Msia. Utk itu, Sarawak telah lama memainkan peranan sebagai menyumbang hasil eksport bahan asli terbesar Negara. Maka, Sarawak perlukan perlakuan setimpal dgn sumbangannya. Pokoknya, kita mahu biar kita sama2 menikmati apa yg Malaya nikmati yg sebahagiannya hasil dari sumbangan Sarawak. Kita tidak mahu jadi pipit dalam kelompok enggang. Kita mahu jadi sekawan angsa terbang tinggi di langit biru. https://www.youtube.com/watch?v=Wz7WsozDcZM&feature=share

    (3) Biarlah kita hidup United in Diversity. Jgn Malayakan Malaysia. Tidak perlu di Makayakan segalanya. Malaysia, azalinya adalah about diversity. Allahpun telah menegaskan bhw Dia sengaja wujudkan kepelbagaian. Bahkan Dia juga membenarkan “Hak Aku bagiKu, hak kamu bagi kamu”. Maka PH harus berikrar utk menjaga Malaysia = Malaya + Sarawak + Sabah (+/-/+) Singapura. Jgn Malayakan Msia!

    Tun Boleh. Malaysia Boleh. Kita Boleh! In Shaa Allah

  16. asahamat Sep 6,2017 11:45 PM

    Assalamualaikum wbt Tun.

    First thing first, TQVM for your deep understanding of pendirian dan aspirasi politik rakyat Sarawak khususnya. Kami kena fikirkan masa depan Negeri dan rakyat kami. Rahman Yaakub telah bermurah hati cuma minta 5% royalti minyak biar Undang2 Tubuh Sarawak boleh tuntut sehingga 30%. Your statement in this Youtube is great. https://www.youtube.com/watch?v=N2fiLXwQMes&feature=share

    (2) Di zaman Abdullah, UMNO cuba2 nak terobos kontrak2 di Sarawak, Taib Mahmud kuat kubunya. Dia gagal. Tetapi di zaman Adenan Satem, Najib MO1 dapat tembusi benteng Sarawak. Di zaman Tun, Tun bebaskan Sarawak nak buat apa dgn cara kami. We progress well together.

    (3) Saya ucapkan syabas dan tahniah pd Tun yg tidak serang BN Sarawak. Keep it that way. In Shaa Allah, kami tahu akhirnya where we must stand for the sake of Sarawak and the Nation.

    In Shaa Allah, Tun Boleh. Kita boleh! Malaysia terus boleh!

  17. Rakyat 1 Malaysia Sep 6,2017 12:00 AM

    Rakyat Malaysia sekarang sudah matang untuk pilih parti mana yang akan bawa perubahan kepada negara. Walaupun kita ada semua sumber alam dan tidak ada apa apa malapetaka yang teruk tetapi kita masih mundur . kenapa pergara ini terjadi.

    Kalau negara ini diurus dengan betul dan cekap maka semua rakyat 32 juta ini hidup dengan makmur tanpa memisahkan kaum mengikut keturunan.

    Umur saya sekarang sudah 55 tahun , dari saya kecil hingga skrg PAS hanya ada satu aje isu iaitu ISLAM.

    Rakyat perlukan parti politik untuk usruskan semua bidang bukannya islam satu perkara sahaja.

    Rakyat sebelum ini sangat percayakan PAS untuk buat perubahan pada Kelantan , malangnya sampai sekarang tak ade perubahan besar kepada pembangunan ekonomi Kelantan.

    Orang kampung terutamanya kurang membaca , membabi buta percayakan kata kata ulama sehinggakan tak menikmati kehidupan yang baik.

    Tapi sekarang semuanya sudah berubah , rakyat Kelantan dan rakyat di negeri negeri lain terutamanya melayu telah menolak PAS sebagai parti politik untu memerintah. Orang melayu lebih suka PAS jadi badan yang menjaga kepentingan ISLAM untu kehidupan yang lebih baik untung orang orang islam sahaja.

    Jom semua orang melayu kita tolak PAS sebagai parti politik dan terima PAS dengan ulama ulamanya sebagai badan ISLAM yang terbaik untuk kita.

    Jadi dalam pilahan raya akan datang kita tolak habis habisan PAS sebagai parti politik .

    Kita ada dua parti sahaja iaitu Parti BARISAN NASIONAL DAN PAKATAN HARAPAN .

    Maka rakyat boleh menentukan hendak undi PARTI MANA YANG BOLEH BAWA PERUBAHAN GEMILANG UNTUK MALAYSIA.

    Saya minta tolak parti PAS supaya PAS tidak memenanggi satu kerusi pun dalam pilahan raya akan datang ini. Sebaliknya ayuh kita terima PAS dengan semua ulamanya sebagai badan tertinggi dalam mempertahankan islam sahaja.

    TOLAK PAS SEBAGAI PARTI POLITIK , TERIMA PAS SEBAGAI BADAN ISLAM sahaja.

  18. Rakyat 1 Malaysia Sep 5,2017 11:40 PM

    Segerakan Pendaftaran PAKATAN HARAPAN DI ROS, kalau mereka suruh tuka lagi tuka kepada BARISAN HARAPAN ,

    BARISAN HARAPAN LAWAN BARISAN NASIONAL

  19. Rakyat 1 Malaysia Sep 5,2017 11:38 PM

    Salam Tun,
    Tolong mempercepatkan urusan daftar Parti di ROS dengan segera.
    Tolong Tun Sendiri aje pergi ke ROS untuk segerakan pendaftaran hingga ROS perlu luluskan dengan segera.

    perkara ini penting , penting , penting.

  20. sani6267 Sep 5,2017 3:41 PM

    Salam Tun,
    PH mesti tenang dan JANGAN silap langkah sebab ni lah PRU yang rasa nye boleh BN tumbang inshaALLAH….
    2] PAS sudah terang dan jelas tidak bersama PH dan saya amat berharap agar Tun dan DSAI bersama sama buat kali terakhir sebagai 1 team dengan 1 niat untuk tumbangkan BN.
    3] Siapa PM?? itu kemudian di meetingkan JANGAN fikir dulu please TUN for this PRU14 really need your help. Cukup lama rakyat derita kasi la sedikit merasa bebas tidak dizalimi lagi…….GST, TOL & PTPTN dan orang mati tanpa sebab cukupla.

    Saya percaya ramai rakyat mahu perubahan cuma nye tidak tahu how to make it happen….doa selalu Tun agar ALLAH swt berikan kekuatan untuk Tun terus berjuang tumbangkan kezaliman.Jangan risau yang boleh menghukum hanya ALLAH swt…. selain tu hanya mahkluk tiada apa apa…..kalo kalah pun tak apa la yang penting ada niat dan usaha, jangan kasi BN menang dengan mudah.

    Terima kasih Tun…

  21. Abbas Sep 5,2017 11:03 AM

    Malaysia belongs to the rakyat…Kita punye Bukan just oreng2 kat parlimen Dan ahli2 parti politik oreng tu je. Setiap kejayaan nye milik kite tak kira siape yg memimpin sekarang..amanat rakyat..so jgn rasa tersisih sebab some tak ber ahli. Cabaran nya kepada mereka ialah faham.. apa yg bagus diteruskan bukan dirobohkan sikap buat sebab ‘boleh’ni…ta semestinya bagus utk semua.assalamualaikum tun Dan tun siti, semuga sihat sentiasa.

  22. sibotak Sep 5,2017 8:19 AM

    Saya yakin 90 peratus yang masuk UMNO
    Bertujuan mengambil kesempatan akan kepentingan peribadi sendiri
    Munkin hanya 1 peratus sahaja yg berkecimpung di Arena Politik
    Hanya kerana Semangat memperjuangkan demi Bangsa ,Agama dan Negara

    Tun Mahathir Mohamad adalah contoh 1 peratus tersebut
    Beliau lah Wira Malaysia Sejati
    5 sudu darah Mamak 5 sudu semangat Melayu
    Bertulang Besi Urat Dawai
    Beliau lah Harimau Malaya

    Najib , Zahid sudah terserlah tujuan mereka masuk ke arena politik
    Betujuan mengambil kesempatan akan tugas & jawatan yg di berikan
    Marah…..oh Marah ya ….memang sudah terbukti & terserlah

    Saya berharap Mukhliz Mahathir atau Rafizi Ramli
    Menerajui memimpin menjadi PM Malaysia yg bakal datang
    Yg si Tua tua , sudah tibanya bawa bertenang dan membimbing kedua mempelai ini

    Najib sekerluarga akan di Hisab dan di Sedut
    Ke muka Pengadilan

  23. musato Sep 4,2017 10:02 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Kelihatan janggal apabila PPBM meraikan dan mengingatkan orang ramai berkenaan merdeka.

    Sudah sedia terpahat bahawa merdeka itu untuk UMNO sahaja.

    Namun bagi sesiapa yang mengerti makna kemerdekaan samada dari segi kenegaraan, jiwa mahupun fizikal, mungkin mereka ini akan lebih menghargai usaha yang dilakukan ketika ini.

    Bagi saya, lebih baik sediakan payung sebelum hujan. Jangan sudah sakit baru mahu berubat. Itu yang Tun lakukan sekarang.

    Barangsiapa pernah rasa dijajah, pengalaman akan menyedarkan kita secara langsung.

    Tiada guna kita membaca “saya tidak sanggup melihat rakyat makan hanya sekali sehari. Bukan saya tidak mampu, tapi saya kesiankan rakyat”.

    Ego. Itu menandakan kita belum mengerti erti kemerdekaan. Erti kebebasan. Hanya berdasarkan alasan politik semata mata.

    Bukan begitu maksud kita. Kita bermaksudkan merdeka!!!

    Bebas. Bebas membuat keputusan dan melakukan dengan cara kita. Cara pemerintah Melayu.

    Yang menjaga rakyat Islam dan bukan Islam secara adil tanpa dijajah dan dipengaruhi oleh mana mana penasihat serta pemikiran luar yang nampaknya begitu gah, tetapi kurang nilainya.

    Jangan katakan pada saya, Najib pun Melayu, pun Islam.

    Najib adalah Lanun Bugis. Hanya lanun akan cuba menghapuskan musuhnya dengan menggunakan kuasa ketika ada tanpa belas kesian untuk kekal berkuasa.

    Kalau pahlawan Bugis, sudah tentu darah pahlawan yang ada itu berani untuk bertanding dan keluar dari pintu depan.

    Semoga kita kekal mempertahankan kemerdekaan negara kita tanpa jatuh ke tangan asing/orang luar.

    Terima kasih Tun.

  24. musato Sep 4,2017 4:32 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Saya berkesempatan untuk membelek kembali beberapa helai mukasurat buku Sistem Politik Islam, menurut pandangan Al Quran, al hadis dan pendapat ulama salaf oleh Khalid Ali Muhammad Al Anbariy yang diterjemah oleh sekumpulan 7 orang pensyarah UIAM.

    Buku ini saya beli pada tahun 2008. Ketika secara kebetulan terjerumus mengenali politik ‘tanpa kuasa’.

    Saya mendapati secara teori apa yang ditulis di dalam buku tersebut tidaklah menyamai 100% seperti apa yang dipraktikkan dalam keadaan politik saya ketika ini.

    Terdapat larangan bagi menasihati pemerintah secara terbuka kerana dikhuatiri pemerintah akan menggunakan segala kuasa bagi memusnahkan barang siapa yang mengingkari perintah yang dikenakan.

    Selain itu, larangan menasihati pemerintah secara terbuka boleh juga diifahami bagi mengelakkan kecelakaan lain bagi negara i.e ekonomi, sosial dll

    Bahkan parti parti politik serta jemaah jemaah yang diwujudkan hanya akan menyebabkan penyempitan fahaman mengenai agama Islam itu sendiri, i.e PAS untuk golongan ulama, UMNO untuk golongan moden, PKR untuk golongan penentang agresif, AMANAH untuk golongan profesional bukan ulama.

    Saya membelek kembali buku Politik Islam ini kerana merasakan tidak ramai dari kita memahami bagaimana sistem politik dalam Islam itu berjalan mengikut Al Quran dan Al Hadis.

    Apa yang saya ulas adalah berdasarkan pengetahuan yang difahami dan dikurniakan kepada saya, samada pengetahuan itu saya cari sendiri atau pun pengetahuan itu datang sendiri tanpa sengaja.

    Keputusan saya bersetuju bahawa Tun Mahathir bersedia untuk bekerjasama dengan DAP adalah berdasarkan ingatan saya pada Surah al Mumtahanah ayat 8-9, mukasurat buku 245.

    No 5.

    Berbuat baik dan bersimpati dengan mereka tanpa mengasihi mereka, sebagaimana firman Allah swt :

    Maksudnya ; Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap golongan yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan teman rapat golongan yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah)! sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itu orang yang zalim.

    (Surah al Mumtahanah 8-9)

    Mengenai kebimbangan bahawa pemerintah akan menggunakan segala kemampuan untuk ‘membunuh musuhnya’ , jalan penyelesaiannya adalah penubuhan sebuah parti iaitu PPBM yang mengikut undang undang perlembagaan berdemokrasi negara.

    Dan dikatakan penubuhan parti parti politik dan jemaah jemaah hanya akan menyempitkan pemahaman agama Islam itu sendiri, penyelesaiannya rakyat mempunyai ruang untuk bernafas dan yakin dengan falsafah tentang beramanah dalam tanggungjawab dan seterusnya dapat membuat pilihan antara dua gabungan politik besar bagi memilih yang mana satu akan menjadi kerajaan dan memimpin rakyat. Setelah kerajaan sekarang dikatakan telah menjadi kerajaan kleptorasi (kerajaan yang mencuri harta rakyat).

    Yakinlah dengan Islam. Sesuatu nilai yang baik pasti akan terus terpelihara.

    Untuk rekod.

    Terima kasih Tun.

  25. milshah Sep 4,2017 2:59 AM

    Assalamualaikum Tun,

    Selamat Hari Raya Korban. After the raya holidays, there is so many things I would like to talk about. But for now, the priority would be the PKR-PAS talks.

    It is true haing two fights is much better than having three corner fights. We know how much damage can be done to MO1 should PAS join forces with Harapan. It was for this reason, PPBM initiated talks with PAS if anyone can remember.

    PPBM success in the talks was agreed upon up to PAS deputy president. Everyone was overjoyed when news broke out on the success of the talks.

    Then the following day, people close to the PAS President shot down the PAS-PPBM cooperation.

    Tun quickly made a firm decision to be with Pakatan and not with PAS. Had Tun not made the decision, PPBM would be seen as “terhegeh-hegeh” inginkan PAS sedangkan PAS( the PAS President to be exact) clearly does not want.

    The stumbling block with any cooperation with PAS has always been the President himself.

    PKR now is going the same path PPBM is going for cooperation with PAS. They will be PAS people who will say they are open to talks only to be rejected by the President.

    If PKR wants cooperation, it has to be with the President and no one else. Accept no one else in the negotiation table. Otherwise it is just be fruitless as the President will reject. And PKR eill be seen as “terhegeh-hegeh” wanting PAS.

    Don’t be so obsessed with wanting for two corner fights that you throw pride out the window. Even worst, PKR will lose votes because of this. Look at PAS, never saying they support the idea. All the time quite. Remember it takes two to tango. If PAS wants peace with the oppostion, then Hadi needs to say it and no one else.

    There are other ways. Like Lim Guan Eng says, it is two corner fight since voting for PAS is voting for UMNO which the rakyat should be aware of.

  26. adelheid Sep 3,2017 8:38 PM

    Dear Tun,

    Salam Aidiladha Tun, and remembering our Merdeka Day…

    Harap Tun sihat sejahtera dan menjaga keselamatan diri sentiasa.

    Tun,

    So much of this and that going on of late, the Umno-BN regime will find ways to make it look as if Pakatan Harapan (HARAPAN) isn’t united… The regime will succeed if HARAPAN failed to see the real cause of it all – PAS! Simply PAS as Umno’s agent troublemaker! Why is that so hard to see? PAS has shown to all its true colour, it is as simple as that. Don’t let this pest get away with what menace Umno has paid them to do to corrupt and ruin HARAPAN from within. I think the only one who’s not the least affected by the pest PAS is DAP. DAP has been true to its principles and is not easily fooled or pushed around by such nuisance like PAS.

    Let go of PAS dear HARAPAN and focus on your target to defeat BN-PAS! PAS and BN are now ONE entity. You will have not a three corner fight but a ONE to ONE fight this GE-14. This is the fact now. Realise this and work on it now.

    Peluang terbuka begitu luas untuk mengubah negara kita Tun Mahathir. Jangan sia-siakannya. Jangan biar Umno melalui BN ‘konon’ terus menoda rakyat dan negara tercinta ini. Tolak Umno-BN-PAS.

    Bulatkan hati, bulatkan tekad, kuatkan semangat.

    Take good care dear Tun.

  27. Krisemas Sep 2,2017 9:53 AM

    Atlit-atlit negara bersemangat tinggi bertungkus lumus di medan sukan. Muda mudi pula bersenyum lebar berjalur gemilang berjiwa patriotik menjogetkan lagu ibunda di pagi kemerdekaan. Hari raya mencelah tepat melengkapkan keraian. Hakikatnya semua in kosong jua dek bapak pencuri ada bersama tersengih-sengih merosakkan segala.

  28. musato Aug 31,2017 12:42 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Kesian ke Najib, berjawatan PM tapi tak nampak berkredibiliti. Kecoh sana sini pasal MRT, siap ada rancangan khas untuk hebahan MRT, yang dikatakan oleh dirinya sendiri sebagai satu ‘game changer’.

    Sekarang Najib menumpang bangga atas kejayaan skuad SEA GAMES dengan perolehan 145 emas.

    Sentiasa berusaha menumpang atas kejayaan orang lain.

    Termasuk kejayaan ayahanda sendiri, Tun Razak.

    Tun Razak wujudkan FELDA, Najib usaha naikkan FELDA dengan ‘menjualnya’.

    Tun Razak pergi ke Sarawak, Najib pun tabur macam macam kat Sarawak.

    Tun Razak pergi China, Najib pun bagi macam macam pada China.

    Kesian Najib. Bumbung sekolah Tamil runtuh, maka bergegaslah Najib ke sekolah tersebut menghulurkan bantuan. Itulah taraf PM Malaysia sekarang.

    SEA GAMES kita berjaya, maka Najiblah terlebih dahulu mengucapkan tahniah. KJ pun dah jadi macam tunggul kayu walau jadi KBS.

    Patutlah KJ main polo. Itu je yang dapat dilakukan sekarang.

    PM turun taraf, menteri pun terpaksa turun taraf. Jadi pemain polo sahajalah. Buang sikit masa yang ada sementara tunggu PRU 14.

    Kita ada TPM. TPM kita kata, Mahathir jangan macam macam, nanti TPM nak bongkarkan pasal Mahathir. TPM kita ada peluru besar katanya.

    Alih alih TPM kita kata beliau ada bukti Mahathir a/l Iskandar Kutty. TPM kita kata, TPM boleh buat RCI Memali kalau ada permintaan.

    Haha…itu je ke senjata yang saya mintak tempoh hari untuk dihunuskan. Rasanya sependek pendek keris, pendek lagi semjata TPM kita. Kontot.

    Tapi orang pakar kata, jangan main main dengan keris, keris tak perlu tusuk sampai habis. Mana ada orang tusuk keris sampai ke pangkal. Keris ni katanya kalau kena terluka sikit je pun, dah boleh membawa maut. Maut kerana pendarahan. Mati dengan perlahan lahan.

    Kata orang pakar lagi, kain cindai pun kain orang Melayu. Ditenun dari apa tu…kira dari yang banyak jenis lah. Serupa kain pelikat.

    Kain pelikat untuk dibuat alas serta kain sembahyang. Dijadikan sampin serta selepang di letakkan di atas bahu. Katanya itulah senjata yang sebenar bagi orang Melayu. Sekali libas, boleh membawa maut.

    Kain pelikat olala…kain pelikat olala..

    Kita tahulah kita orang Melayu. Kita orang Melayu bila tak tahu boleh belajar. Kalau tak nak belajar pun, ada orang nak ajar.

    Mungkin orang ‘Indonesia’ tidak tahu akan hal ini.

    Cuma tahu terjerit jerit. Mari kita perang. Mari kita perang. Dah malu kalah dengan Al Qassam nak salahkan Malaysia pulak dah? (Israel) Nak kata Malaysia hantar orang Melayu ke Palestin ker?

    Maka terjerit jerit sahajalah TPM kita, bila kita kata hunuslah senjatamu wahai Zahid.

    Teruma kasih Tun.

  29. sani6267 Aug 31,2017 7:23 AM

    Salam Tun,
    Semoga Allah swt rahmati Tun & keluarga. Harap Tun nasihat PKR tak usah lagi bersama PAS sebab jelas dan nyata PAS mesra UMNO. Yang mesra UMNO adalah BN dan harus ditumbangkan dalam PRU14. BN akan kalah kali ini dengan GOL sendiri.

  30. sibotak Aug 31,2017 4:01 AM

    Ternyata penyertaan hama dan budaya Amerika tidak membawa kebaikan di Asia Tengara
    Sebelum Aung San Suu Kyi di Burma tidak ada hasutan Amerika
    Sekarang Suara Amerika sudah berjaya menghasut Kaum Buddist di sana untuk menghalau kaum minority Rohingya, Begitu juga di Malawi , Phillippine
    Hinggakan Kehadiran PBB juga wartawan Luar tidak di benarkan masuk

    Panggkaln Laut Amerika di Singapura
    Yg kononnya membantu untuk menjaga Perairan Lanun di Laut Asia
    Senampaknya alasan dengan tujuan tidak Bernas
    Apa tidak mampukah Tentera Laut ,Udara , Malaysia , Indonesia ,Singapura
    juga ASEAN Tidak mampu menjaga Perairan Asia hingga perlu kehadiran Tentera Amerika hanya untuk menghalau Lanun

    Nampak Benar Pemimpin Melayu / Islam adalah Pemimpin yg tidak bolih berfikir
    Itu sebab Malaysia , Indonesia hingga ini hari masih Berhutang
    Sedangkan anugerah hasil bumi yg di kurniakan Allah di sini amat lebih dari hanya minyak yg dianugerahkan pada Negara Islam Timur Tengah

    Ini Kenyataan Pemimpin Yahudi yg saya Hormati walau saya benci
    Benjamin Nethanyahu menyatakan Israel bernasib baik tidak punya hasil minyak
    Sebab kerana ada Hasil minyaklah Pemimpin Islam , Raja Islam Timur Tengah Tidak menggunakan Otak . Israel menggunakan Minda Manusia untuk Berjaya dan terbukti Berjaya hingga Umat Islam Timur Tengah juga Kesultanan Tunduk pada Yahudi

    Begitu juga saya lihat di sini
    Pemimpin Islam hanya amik senang
    Lihat saja Najib , juga Pemerintahan KeSultanan Melayu
    Takda duit Gadai Tanah , Style Perlu jaga
    Image pun nak kena Jaga , Miskin Berhutang Tidak Apa

    Maaf saya terkerluar Topik
    Ini hanya pandangan untuk kepentingan di ini hari
    Bukan nak menang Piala Emas sukan SEA Game
    Keperluan Kaum Rohingya juga Tanggung Jawab Ummah
    Yg perlu di utamakan

    Jib kau jangan buat Pekak
    Kalau tak mampu nak memimpin
    Serahkan pada yg lain yg mampu

    Kepimpinan bukan Permainan Che Kak Che Kak

  31. sibotak Aug 30,2017 8:56 PM

    Harimau mati tinggalkan belang
    Orang Putih mati tinggalkan nama
    Cina mati tinggalkan Harta
    Melayu mati tinggal beranggan

    Ada Tanjung Kasi Keling
    Ada Bukit kasi Cina
    Ada Tanah Tanjung Pagar
    Kasi Singa Tamak

    Inilah Kepandaian Kepimpinan Melayu
    Maruah di gadaikan dengan Wang Ringgit
    Nak Bangunkan Johor pun perlu Bantuan China
    Singapura yg tidak punya Hasil Bumi
    Mampu bangunkan Negara mereka dengan Bermaruah dan BerMoral

    Dahulu Tanah KTM Tanjung Pagar Singapura
    Merupakan Duri dalam Daging
    Mendiang Lee Kuan Yew akhirnya berjaya
    Mencabut Duri dari Daging

    Sekarang Duri dalam Daging
    Berada di Pulau Batu Putih ( Padra Blanca )
    Sampai Malaysia berputih mata

    Di Malawai , Philliphine , di Mynamar , Kaum Rohingya
    Tidak ada Keletik Suara pun Pemimpin Islam
    Mampu bersuara di PBB bahkan ASEAN tidak ambil peduli
    Sibuk pentingkan Sukan SEA dari nyawa manusia yg menaruh Harapan

    Di mana Jokowi , di mana Sultan Brunei , di mana KeSultanan Islam ASEAN
    Di mana Panglima Bugis .Kemarin macam ia ia sekarang senyap je

    Jika Tuah masih ada , takakan Malaysia jadi bergini
    Suara Tuah akan Kedengaran di PBB , juga di ASEAN
    Bang Tuah pun dah jadi Atuk
    Tok Tuah pun dah berusia 92 tahun

    Hi Tok
    Well….. I don’t know whether I go to Hell or to Heaven

  32. sibotak Aug 29,2017 11:05 PM

    Dunia Islam, Pemimpin Islam ASEAN Dayus membiatkan Kaum Rohingya di Zalimi depan mata kita. Dayus pada Najib hingga sekarang tidak lakukan apa tindak untuk membela Kaum Rohingya yg berjiran dekat .Dayus juga pada President Jokowi juga Sultan Brunei

  33. PutraKraken Aug 29,2017 7:05 PM

    Salam Ayahanda Tun

    Salam perjuangan buat Harimau M…..
    Semoga semangat juang yang kental membawa kemenangan sudahnya
    Harimau Malaya nama lama
    Apa salahnya Harimau Malaysia
    Malaysia bukan setakat Malaya
    Sabah Sarawak dimana letaknya?

    Memang benar Sabah dan Sarawak tiada harimau belang seperti di Malaya…yang ada hanya harimau dahan…tidak mengaum.
    Kecut si harimau dahan dek ngauman si harimau belang….namun harimau dahan tetap kebangaan kami.

    31 Ogos Malaya Merdeka…
    22 Julai Sarawak Merdeka…
    Sabah…kurang pasti kerana mereka masih menyambut 31 Ogos sebagai hari merdeka…Sabah juga bukan Malaya.

    Hari Malaysia 16 September.
    Salam Merdeka buat orang Malaya

    Ikhlas dari orang Sarawak

  34. musato Aug 29,2017 6:44 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Saya ada baca komen komen dalam fb. Ada yang menyokong Najib dan ada yang menyokong Tun.

    Kedua dua penyokong ini berhujah dengan memberi fakta yang difikirkan logik oleh akal masing masing.

    Kekadang saya terfikir sampaikah pemikiran orang orang biasa atau rakyat untuk menilai cara Tun mentadbir dan bergerak?

    Berdasarkan pengalaman saya sendiri di chedet.cc saya berbangga dengan usaha dan cara pengurusan. Dan tentulah ia melibatkan penyertaaan besar golongan orang Melayu.

    Kita semua kata orang Melayu pemalas. Kita kata. Tapi apakah itu betul?

    MH17 diselesaikan pengambilan mayat dan kotak Hitam dalam masa sehari sahaja (hari ke-4).

    Kenaikan mendadak harga minyak dunia 2008, diselesaikan dalam masa lebih kurang seminggu lebih sahaja.

    Mungkin yang berbicara tidak tahu betapa cekap dan berkesannya Malaysia.

    Cuma bezanya Malaysia sekarang diketuai oleh lanun Bugis.

    Malaysia tetap Boleh! Malaysia Boleh!

    Terima kasih Tun.

  35. Fariq Islam Aug 29,2017 5:08 PM

    Assalamualaikum, Tun.

    Semangat mengejar kejayaan Pasukan Bola Sepak Negara kita sememangnya harus dicontohi. Mereka berusaha gigih. Mereka berani bersaing tanpa apa-apa “tongkat”, atas gelanggang yang tertakluk kepada peraturan-peraturan adil. Inilah semangat yang harus diinspirasikan di kalangan Rakyat Malaysia!

  36. johnmansfield Aug 29,2017 3:46 PM

    Tun,
    Malaysia is a football loving nation… Well done for reaching the final. Good luck, may the best team win.
    John Mansfield

  37. sibotak Aug 29,2017 2:23 PM

    Najib kata nak bantu kaum Rohingya di Burma .Hingga kini apa Hasil nya
    Najib memang Dasar Penipu .Ada hati nak jadi PM.

  38. rimba.emas Aug 29,2017 1:18 PM

    Salam Tun.

    1. Rakyat bersusah payah untuk dapatkan tiket dan mengharap pemain Malaysia akan sama seperti mereka berjuang untuk kejayaan negara Malaysia.

    2. Sinario ini satu gambaran bahawa rakyat Malaysia ada kemahuan untuk menjadikan Malaysia berjaya.

    3. Kepada yang sedang mengaut keuntungan untuk diri sendiri sehingga menyebabkan negara tergadai berhati-hatilah perbuatan anda sentiasa di perhatikan rakyat yang sanggup berkorban demi negara Malaysia.

    4. Malaysia tanah tumpah darah ku. Moga Allah s. w. t memelihara kita bersama. Amin.

    Wallahua’lam.

Leave a Reply