TOTAL VISITORS FROM 2008:

KAFIRKAH SAYA? 14

1. Saya berasa sedih membaca rencana jawapan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap ulasan saya berkenaan Parti PAS. Saya hormati Tuan Ibrahim sebagai satu-satunya pemimpin PAS yang rasional. Tetapi jawapannya tidak sedikit pun menyentuh perkara utama yang dibangkitkan dalam rencana saya.

2. Sesungguhnya saya tidak marah jika saya dipanggil penyangak, penyamun, diktator dan sebagainya. Saya tidak harap musuh politik saya memanggil saya dengan nama baik. Jika mereka membuat demikian tentulah sukar bagi mereka menentang saya.

3. Tetapi yang saya sedih dan marah ialah apabila PAS mengkafirkan saya dan semua orang Melayu yang tidak sokong PAS. Perbuatan ini dilarang oleh agama Islam. Dan mereka yang dikafir marah dan kecewa didakwa mereka tidak Islam.

4. Tuan Ibrahim tidak menyentuh perkara ini sama sekali. Sebaliknya Tuan Ibrahim hanya melempar berbagai kata kesat kepada saya. Ini bermakna Tuan Ibrahim bersetuju dengan dakwaan PAS bahawa saya dan lain-lain orang Melayu yang tidak menyertai PAS adalah kafir. Yang tidak menyertai PAS ini ramai. Raja-raja kita pun tidak menyertai PAS. Sudah tentu orang Islam yang seramai 1.7 bilion diseluruh dunia, mengikut dakwaan PAS adalah kafir.

5. Pengkafiran inilah yang memecahbelah orang Melayu Islam yang semua percaya dan mengikut amalan agama Islam yang sama dan mengucap dua kalimah syahadah dan berada dalam mazhab Ahlul Sunnah Wal Jamaah, berimam kepada Imam Shafei.

6. Yang saya katakan ialah sebelum adanya PAS tidak ada perpecahan disebabkan kelainan agama di kalangan orang Melayu Islam. Hanya apabila PAS ditubuh dan mengkafirkan orang yang tidak menyertai parti politik PAS, barulah orang Melayu Islam berpecah sehingga tidak terima nikah ibu bapa, bersembahyang dua imam, berkuburan berasingan dan bermusuh ketat antara orang PAS dengan orang bukan PAS.

7. Kenyataan saya ini tidak boleh dipertikai oleh sesiapa. Bolehkah Tuan Ibrahim nafi perpecahan ini berlaku, dan ianya berlaku kerana PAS menidakkan Islamnya orang UMNO dan juga orang lain yang tidak menyertai PAS.

8. Saya berada di zaman sebelum PAS ditubuh. Ada kaum muda dan kaum tua. Tetapi tidak ada perpecahan antara orang Melayu kerana agama. Sudah tentu tidak ada sembahyang dua imam, perkuburan berasingan dan lain-lain.

9. Soal mengkafir ini hanya berlaku apabila PAS ditubuh dan PAS kafirkan orang UMNO terutamanya kerana UMNO bekerjasama politik dengan orang bukan Islam.

10. Kemudian PAS bekerjasama dengan DAP. Tetapi PAS dakwa ini tidak menjadikan PAS kafir. Kerjasama PAS diberi nama “tahaluf siyasi” perkataan Arab yang bermakna “kerjasama politik”. Hanya dengan mengguna Bahasa Arab tidak menjadikan perbuatan PAS itu Islam.

11. Oleh kerana Tuan Ibrahim tidak sentuh soal mengkafir orang yang bukan ahli PAS, dibawah ini saya kemukakan soalan-soalan berkenaan perkara ini supaya Yang Berbahagia Tuan Ibrahim dapat faham kandungan utama rencana saya.

i) Apakah Tuan Ibrahim percaya bahawa sesiapa yang tidak menyertai PAS tidak Islam.

ii) Apakah orang Melayu kafir sebelum adanya PAS.

iii) Apakah ibubapa orang PAS kafir kerana dilahir sebelum adanya PAS.

iv) Apakah PAS tidak kafir apabila bekerjasama politik dengan DAP.

v) Mengikut PAS, UMNO kafir. Jika PAS bekerjasama dengan UMNO apakah PAS menjadi kafir.

vi) Amanat Hadi dakwa pemerintahan Malaysia kafir dan melawan dengannya adalah jihad dan kematian dalam perlawanan ini menjadikan si mati syahid. Apakah Tuan Ibrahim terima dakwaan dalam amanat Hadi?

vii) Jika pemerintahan yang didirikan oleh UMNO dahulu kafir, apakah pegawai-pegawainya, termasuk mufti dan orang-orang yang dipimpin dan dinasihat oleh mereka kafir.

viii) Apakah Tuan Ibrahim percaya 14 pengikut Ibrahim Libya mati syahid dan 4 orang polis mati sebagai orang kafir yang bekerja dengan Kerajaan kafir?

12. Soal saya dalam rencana ini jelas. Memaki saya, iaitu saya ini perompak dan penyamun, mencerita berkenaan kezaliman saya dan bermacam lagi tidak sedikitpun menimbul kemarahan saya. Memanglah musuh saya tidak akan puji saya. Membuat tuduhan yang tidak berasas memang cara musuh untuk menang dalam pilihanraya.

13. Tetapi mengkafirkan saya tidak boleh saya terima. Ia dilarang oleh Islam, dilarang dalam Al-Quran. Ia berdosa dan orang yang mengkafirkan orang Islam, akan dapati dakwaan mereka akan kembali kepada mereka. Ini yang dijanji dalam Al-Quran.

14. Tidak perlu dakwa saya tidak berbahasa Arab. Tidak perlu kata saya bukan orang agama, tidak berijazah dalam agama Islam.

15. Tetapi soalnya apakah orang yang terpelajar dalam agama Islam seperti Tuan Ibrahim, orang yang mendakwa diri mereka ulama, apakah mereka terima dakwaan PAS bahawa orang yang tidak menyertai PAS menjadi kafir. Jika mereka terima maka bukan sahaja orang UMNO, dan sekarang ini orang Parti Pribumi Bersatu Malaysia, yang kafir, mufti-mufti Kerajaan dan Raja-raja Melayu turut jadi kafir. Jika tidak PAS, Tuan Ibrahim sendiri boleh buat kenyataan bahawa dalam dunia ini hanya mereka yang menyertai PAS sahaja yang beragama Islam. Apabila seseorang memasuki agama Islam, maka ia mesti sebut keahlian dalam PAS sebelum ia diterima memeluk agama Islam.

16. Tak usah lari dari soal pengkafiran ini. Jelaskan dengan tegas benar atau tidak orang yang tidak menyertai PAS kafir.

14 thoughts on “KAFIRKAH SAYA?

  1. HBT456 Oct 5,2017 7:48 AM

    24. Pendek kata, what she is doing now, and how far suu kyi can go, its for sure, her stand would be written in the history shared by her country men and the world.

    25. We cant change the past, but we definitely can improve.

    26. Its a proven fact that women must go through nine months pregnanancy to conceive a baby, there is no other way.

  2. HBT456 Oct 5,2017 7:27 AM

    17. http://www.thestar.com.my/news/world/2017/10/04/city-of-oxford-strips-aung-san-suu-kyi-of-human-rights-award/

    18. Stripping her off to prevent bloodshed could be the political factor since myanmmar is still poor and under developed asean country, and their general election efficiency is still poorly coordinated due to no budget.

    19. Similarly, allowing rohingya refugee to stage demontration in greater kl whereby voters are more mature and educated to make headlines, what will be the reaction of the voters in general?

    20. Therefore, dont dish out if you cannot take it as we are living in glass house.

    21. If blaming others feel better, makcik hajar, boleh teruskan.

    22. If makcik cant tolerate such blame, either you stay silent, or you leave the pact, atau balik kampung halamanmu.

    23. Bak kata, siapa makan cili, mereka lah yang rasa pedas tak gitu?

  3. Hajar Sep 25,2017 5:34 PM

    Salam YAB Tun,

    Siapa si polan ini yang jasanya kepada agama, bangsa dan negara masih tidak nampak?

    Orang PAS memang ramai yang suka mengkafir orang Islam yang tidak sehaluan dengan mereka. Mereka ingat mereka ada kuasa untuk menentukan status keIslaman seseorang. Tuduhan mereka akan berbalik kepada diri mereka jika tidak benar.

    Terima kasih Tun.

  4. rodin Sep 20,2017 11:48 PM

    Sepanjang saya belajar x pernah timbul untuk menjadi seorang muslim kena daftar menjadi ahli pas. Rukun islam dan iman tak pernah sebut pas. Al-Quran dan hadis pun tak pernah sebut pas. Adakah nabi2 dan rasul2 dulu bukan islam?. Lawak sangat ulamak pas ni. Pas pun wujud selepas berdaftar dengan kerajaan. Kenapa kat mesir, jordan dan arab saudi tak ada pas. Inilah negara2 yang orang2 berlumba pergi mempelajari agama islam. Ada ka pas kat sana? Mana mufti2, jabatan agama dan ngo2 lain dalam hal ini. Berdiam diri saja. Mcm mn kita nak yakin dengan mereka lagi. Tiada keberanian menegakkan kebenaran menjadikan mereka tidak layak dihormati. Seorang yang alim dan ulama MESTI DAN WAJIB bersuara menegakkan kebenaran dan memberi pencerahan. Penceramah bebas pun tak bebas. Hampeh.

  5. Anak.muda Sep 20,2017 2:45 PM

    Assalamualaikum Tun,setelah sekian lama membaca blog ini.akhirnya saya merasakan untuk meluahkan buah fikiran saya didalam blog ini.

    Baru-baru ini pas ada mengeluarkan kenyataan tidak menyokong beer fest dan memaksa pakatan harapan untuk menyatakan pendirian. Saya terasa agak geli hati dengan pas yang amat prihatin dengan orang bukan bukan islam ini.saya rasa apa yang cuba dilakukan mereka ini tiada beza dengan melarang wanita bukan islam membuka hijab dikhalayak ramai. Tetapi tidaklah mereka melakukan ini kerana sesungguhnya puak2 pas ini adalah penunggang agama yang keji.saya cadangkan puak pas ni tariklah balik lesen penjualan minuman keras di kelantan ni.kelantan kan negeri islam?

  6. You Me Sep 19,2017 8:53 PM

    Memang logik. Ibu bapa mereka sendiri sebelum ini memang bukan ahli PAS. Bukan ahli PAS = kafir. Jadi pernikahan mereka dulu adalah diluar Islam. Dengan pegangan prinsip PAS yang membawa logika yang disebutkan diatas maka bermakna mereka ini banyak yang terdiri dari haram jadah. Jangan marahkan saya. Saya hanya menganalisa perkara yang benar

  7. PutraKraken Sep 19,2017 7:16 PM

    Salam Ayahanda Tun

    Iman dan taqwa adalah hak Allah menentukannya.
    PAS hanya memperdagangkan agama demi politik.
    Lebih mudah kalau kita kata PAS bertopengkan agama….cakap bahasa arab, berpakaian macam orang arab siap dengan janggut dan serban dan wangian attar.
    Apakah itu imej Islam?

    Saya amat benci kepada arab…seolah mereka tidak bertamadun…zaman kegemilangan Islam dahulu bukan kerana arab….cerdik pandai Islam waktu itu kebanyakannya adalah orang Parsi. Tiada bezanya orang arab masakini….berbillion Allah kurniakan rezeki dari hasil minyak…apa yang orang arab lakukan untuk kemajuan Ummah?…Palestin mereka biarkan…Mereka membazir…apa perlunya kepala paip diperbuat dari bongkol emas?…

    Berbalik kepada PAS.

    Apakah sumbangan PAS kepada rakyat Malaysia?…khasnya orang melayu?
    PAS adalah punca perpecahan yang sebenarnya…Politik PAS tidak matang…begitu juga pemimpin dan penyokong PAS…terlalu kebudak budakan.
    Dalam keadaan UMNO yang telah reput sekarang…PAS mahu menjadi hero orang melayu….dan yang menyedihkan…orang melayu begitu mudah terpedaya dengan “perjuangan agama” yang dibawa oleh PAS.

    Melayu memang kuat penonjolan luaran agama…jubah, serban dan janggut jadi pengukur keIslaman sesaorang….kalau boleh berbahasa arab sikit…waduh…al ustaz….ulamak…cendikiawan agama gelaran diberi.
    Kita yang pakai biasa tak reti berbahsa arab…tidak setanding dengan mereka ini.

    Inilah kehebatan Melayu!
    Berlumba hantar anak ke sekolah Tahfiz….
    Anak anak yang masih kecil didoktrin dengan pakaian ala arab.
    Wanita pula bertudung tapi seluar jean dan baju T ketat.
    Malah ada yang berpakaian jubah labuh dan tudung telekung…tapi mencuri di pasaraya.

    Melayu memang hebat!
    PAS memang hebat…kerana mereka dapat mengatakan orang lain tidak Islam.
    Hanya PAS yang Islam.
    Tak hairanlah melayu sukar maju kedepan….kerana mereka terlalu hebat.

  8. HouseWife Sep 19,2017 11:35 AM

    Assalamualaikum Tun,

    Adakah kita lama tertidur? Sudah lupakah kita kenapa Deklarasi Rakyat dilancarkan? Sudah lupakah kita kenapa BERSATU ditubuhkan? Sudah lupakah kita kenapa pakatan dihidupkan semula sebagai Pakatan Harapan? Sudah kita lupakah? Apa mahukah kita terus tertidur lagi lama?

    Kenapa yang pemimpin2 dan yang cita2 nak jadi pemimpin masih bercakaran antara sesama sendiri? Poket kami diambang ketirisan oleh kerajaan kleptokrasi dan kamu semua asyik nak gaduh, merajuk dan ego tak mahu mengalah! Beginikah memberi harapan kepada kami? Ini bukan masa nak merajuk pasal tak dapat recognition dan habuan jawatan, nama dan populariti. Ini masa untuk kerja kerja kerja dengan ikhlas untuk kesejahteraan rakyat dan negara. Ini masa untuk SELAMATKAN MALAYSIA! So..bangun dari tidur, buang ego and fight!…for the rakyat, not for your egoistselves.

    Anyway, even if these people jump in and jump out of BERSATU, I still have trust in Tun and BERSATU. They’re just ex-umno…no big deal. Dah agak dah budaya umno susah nak hakis dalam diri yang tak sanggup menempuh kepayahan bersama Tun yang ditarik keistimewaan yang Tun berhak sebagai ex PM Malaysia.

    Maaf Tun, penatlah dengar kesah rajuk-ego mereka2 yang ngaku pengasaslah. Tolong Tun sekolahkan mereka yang bijak2 ni suruh depa buat kerja, jangan gaduh2 dan bersatu semula demi untuk SELAMATKAN MALAYSIA.

    Malaysia bukan milik umnoBn
    Malaysia bukan milik umnoPas
    Malaysia bukan milik Pakatan Harapan
    Malayia bukan milik mana2 parti politik
    Malaysia milik RAKYAT MALAYSIA!

    Semoga Allah makbulkan usaha murni Tun. Semoga Allah sentiasa pelihara dan lindungi Tun dimana jua Tun berada. Terima kasih Tun.

  9. anti rasuah Sep 19,2017 8:10 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Setuju dengan Tun dalam hal ini.

    iii) Apakah ibubapa orang PAS kafir kerana dilahir sebelum adanya PAS.

    Jika begitu dakwaan Tuan Man, emak bapak Tuan Man sudah tentu kafir semasa dia dilahirkan di dunia. Jika emak bapak Tuan Man ini kafir, secara automatic Tuan Man juga kafir sehinggalah dia mengucap dua kalimah syahadah.

    APA LAH BAHALOL TUAN MAN INI.

    Saya juga sejak dulu bersependapat dengan tuan Fariq Islam:

    Negara kita telah silap langkah dalam soal politik, kerana membenarkan penubuhan parti-parti politik yang agenda berlandaskan agama.

    Ini kerana PAS yang kononnya islamik tidak membawa sebarang perkara positif kepada orang Melayu di Negara berbilang bangsa dan agama ini. Ianya hanya releven jika Negara ini seperti Turki dan Indonesia yang umat Islamnya meliputi 90% penduduk Negara tersebut.

    Saya juga yakin Tun juga bersependapat yang sama.

    Wassalam.

  10. Mat.Tandang Sep 19,2017 1:24 AM

    Salam Tun,
    1.utk meredakan sedih dan marah Tun tu saya sanggup utk memaki puak pas ni, kata kata makian tahap ICU wad sakit mental, tapi ada rasa malu pd diri ni.
    2.kalau blog lain dah bersepai kata kata yg terbuku dlm hati ni terkeluar. Tapi dlm blog Tun ni kena sy beradap sikit.
    3.pekara yg sama yg saya tak jemu ulang ialah, cerita perubahan rakan rakan yg hard core umnobn, yg menyerang blog pembangkang selama ini sudah bertukar menjadi penyokong Tun,
    4.kalau dlm ofic Jgn ceritalah, habis najib umnobnpas ni kena hentam dan jadi bahan ketawa.
    5.sudah tak ada kenangan lagi dalam hati ini pd umno, tidak seperti zaman Tun, di mana sy rasakan umno akan menang setiap pru selagi Tun ialah PM. Sebab itu sy tidak keluar mengundi.
    6.tapi sekarang walau apa rintangan semangat mengundi sgt kuat.
    7.nasib umnobnpas dlm tangan rakyat, terima lah tamparan yg paling hebat dari kami hingga tersungkur umnobnpas kedalam lubang najis dan berkubur dalam sana.
    8.Bersatu PAKATAN

  11. asahamat Sep 19,2017 12:54 AM

    Assalamualaikum wbt Tun.

    Tun, orang kata apapun, Tun jgn sekali2 marah. Biar mereka kata Tun binatang sekalipun, Tun jgn marah. Tun sabar sajalah dan terus cekal sihat dan damai kerana yg benar itu tetap Allah ketahui.

    (2) Tun tak boleh marah. Musuh kita mahu Tun marah. Mereka pasti mencari jln agar Tun marah. Kerana jika Tun marah, pasti Iblis akan bersarang dlm kepala dan hati Tun. Jika itu terjadi, maka banyak pertimbangan, your appreciation pasti terpengaruh oleh sifat marah rasukan Iblis. Sesungguhnya pertimbangan yg berteras rasukan Inlis itulah yg boleh membawa kpd keputusan2 tidak baik. Mereka sedang melakukan deception agar Tun marah lalu hilang pertimbangan wajar.

    (3) Tun, kafir @ tidak, Iman kita diterima @ tidak bukan Ibrahim Man @ Najib MO1 yg tentukan. Maka jika bukan mereka yg tentukan, maka biar dihenyak kafir sekalipun, they are nobody of such effect. Serahkan semua itu kpd Allah. Allah pasti membela hambaNya yg benar dan teraniaya. In Shaa Allah.

    (4) Your coolness terlalu penting utk jadi tongak PH kini. Tun jgn lunturkan harapan rakyat pd Tun hanya bersebab Tun marah dan melatah pd gendang mereka. We must remain focus to unseat Najib MO1 n his corrupt BN.

    Steady Tun. Tun Boleh. Malaysia Boleh. Kita Boleh. Najib MO1 dah nak pi dah. In Shaa Allah.

  12. rimba.emas Sep 18,2017 10:55 PM

    Salam Tun.

    1. Dalam surat Al-Bayyinah (Bukti) Surat 98 : 8 ayat ada di jelaskan orang-orang kafir.

    2. Kafir di maksudkan ialah orang-orang yang menolak, yang tidak mahu percaya, tidak mahu menerima kebenaran yang dibawa oleh Rasul s. a. w.

    3. Mereka itu terdiri daripada ahlul-kitab, iaitu Yahudi dan Nasrani, dan kaum musyrikin yang masih menyembah berhala.

    4. Zaman sekarang di Malaysia kita kenal bangsa Yahudi dan Nasrani atau Kristian (berbagai mazhab). Kaum beragama Hindu , Cina , Buddha (sama kaum Musyrikin).

    5. Pedulikan dengan dakwaan manusia itu Tun kerana kita umat Islam menyembah Allah s. w. t. Bukan si manusia itu yang menentukan pegangan akidah kita. Yang dapat menentukannya hanya Allah s. w. t.

    6. Allah s. w. t. sendiri telah gambarkan golongan kafir melalui Al-Quran. Gambaran ini di tulis dalam lembaran-lembaran yang suci.

    7. Suci dari campur tangan manusia, tiada diselip kata-kata orang lain termasuk Rasullullah s. a. w. sendiri.

    8. Bersih suci dari keraguan, suci dari sikap munafik dan suci dari kesesatan. Riwayat Qatadah, ” Suci daripada dusta, subahat dan kufur. ”

    9. Walau pun surat ini turun mengisahkan sikap ahlul-kitab , namun penyakit semacam ini telah banyak bertemu di kalangan kaum Muslimin.

    10. Telah di ingat kitab suci kita sendiri yang telah membuktikan buruknya amal-amal kita, sehingga kita berpecah – pecah dalam hal agama, sampai amalan kita penuh dengan perbuatan baru yang di ada-adakan atau bid’ah.

    11. Semua ini kerana ta’ashshub mempertahankan golongan masing-masing.

    12. Bertaubatlah kembalilah kepada tujuan hidup seorang Muslim.

    13. Justeru kita di suruh mengerjakan yang di suruh dan menghentikan yang ditegah.

    14. Kita manusia mengharap di masuk ke syurga, namun di samping itu takutlah akan azab tuhan dari dimasukkan ke dalam neraka.

    Wallahua’lam.

  13. ismadi Sep 18,2017 7:59 PM

    Salam Yg Berbahgia Tun Mahathir,

    Agaknya Tuan Ibrahim ni menjawab dengan penuh emosi. Mungkin pertama kali dapat menjawab bagi pihak parti PAS dan mengambil peluang untuk mengkritik Tun tetapi sayangnya jawapan dia agak tersasar dan di luar intelektual.

    Tuan Ibrahim ini selalunya dapat di lihat kenyataannya bercanggah dengan Hj Hadi. Mungkin juga mereka berpakat dengan Hadi berbaik dgn UMNO manakala Tuan Ibrahim mengusik UMNO.

    Taktik ini adalah untuk menipu penyokong PAS yang bencikan PAS berbaik dengan UMNO. Secara sulitnya pakatan kedua mereka ini setakat ini berjaya.

    Namun Rakyat majoritinya tertanya kenapa masih mahu bertanding sendirian sekiranya mahu menjadi Kerajaan.

    Jawapannya ialah PAS kini dengan pimpinan Hadi dan Tuan Ibrahim telah dirasuki dengan harta, pangkat dan wang ringgit.

    Biarlah mengumumkan tidak berkerjasama dengan UMNO dengan bertanding di semua kawasan walaupun mereka tahu PAS tidak akan menang dan silap percaturan, Kelantan juga akan hilang dari tangan mereka.

    Pada hemah saya, mereka berdua hanya menanti masa di mana anugerah dari pimpinan UMNO dengan diberikan tempat, harta dan wang ringgit selepas pilihanraya nanti. Peduli apa mereka tentang penyokong akar umbi PAS yg telah berjaya mereka kelirukan.

    Demikianlah politik orang Melayu. Melihat masa depan dengan dendam kesumat dan dengki tahap maksimum.

    Politik matang dan sejahtera yg diamalkan oleh PArti Islam ini sebenarnya adalah politik yg hanya akan memberikan kemenangan kepada dua tiga kerat individu di dalam PAS sendiri.

    Tak payah lah Tun menantijawapan dari Tuan Ibrahim ini kerananya dia adalah salah seorang Raja Spin di dalam PAS demi mengekalkan kedudukan sebagai Timbalan Presiden.

    Malang bagi Tuan Ibrahim kerana sikap kepuraannya kini makin diketahui umum dan penyokong PAS sendiri.

    Sekian Tun M. Take care.

    Wassalam.

  14. Fariq Islam Sep 18,2017 2:20 PM

    Assalamualikum, Tun.

    Negara kita telah silap langkah dalam soal politik, kerana membenarkan penubuhan parti-parti politik yang agenda berlandaskan agama.

    Parti sedemikian bukan sahaja tidak membawa kesan positif ke arah mengemilangkan Islam, malah mencemari nama suci Islam kerana menyembah pemikiran yang kurang betul, yang bercanggahan dengan ajaran Islam. Mengkafirkan bukan penyokong PAS merupakan satu dosa besar, apatah lagi ustaz memutar-belikkan fakta!

Leave a Reply