TOTAL VISITORS FROM 2008:

NAJIB DAN TRUMP 20

1. Sekembalinya Najib ke tanahair, bermacam-macam tohmah dan fitnah dilempar olehnya terhadap pengkritik lawatannya ke Amerika Syarikat. Saya diberi tempat utama dalam kempen fitnah ini.

2. Kononnya sambutan Trump kepadanya lebih baik dari sambutan kepada lawatan saya. Sebenarnya layanan terhadap Najib adalah yang terburuk sekali berbanding dengan layanan terhadap diri saya dan pemimpin-pemimpin lain semasa lawatan rasmi pertama kali pemimpin baru ke Amerika. Mengikut laporan akhbar dan media Amerika layanan terhadap Najib adalah seperti layanan terhadap “pariah”.

3. Saya melawat Amerika Syarikat secara rasmi selepas saya melawat Canada tiga tahun selepas menjadi PM. Pemerintahan Amerika Syarikat hantar pesawat khas Presiden ke La Guardia airport New York untuk penerbangan saya dan isteri ke Washington. Dari Pangkalan Udara Andrews saya diterbangkan dengan helikopter Presiden ke bandar Washington. Saya disambut oleh pegawai tinggi Amerika Syarikat dan bermotor ke hotel Willard Washington DC. Pada masa itu Blair House, tempat penginapan tetamu Kerajaan Amerika sedang diperbaiki.

4. Dua buah kereta “stretched” disediakan untuk saya ke White House yang dihias dengan bendera Malaysia dan Amerika Syarikat. Cermin gelap ditingkap kereta menghalang orang ramai daripada mengetahui kereta yang mana yang saya guna.

5. Bendera Amerika ternampak hampir semacam dengan bendera Malaysia. Dengan itu ramailah penduduk Washington terkeliru dan memikir kereta-kereta ini membawa Presiden AS. Mereka melambai tangan sepanjang jalan.

6. Saya bertemu dengan Presiden Reagan seperti biasa di hadapan “fireplace” dan mengadakan “small-talk” dengannya, Vice Presiden Bush (Senior) ada bersama.

7. Kemudian baru diadakan mesyuarat dua delegasi di bilik mesyuarat khas. Ini disusuli dengan makan tengahari dan press conference. Seluruh lawatan saya ke White House dirakam oleh jabatan Presiden Amerika Syarikat dan disimpan dalam Library Ronald Reagan. Video ini boleh dilihat dalam media sosial (KLIK DI SINI).

8. Saya juga mengadakan perjumpaan tidak rasmi dengan Presiden Bush (Senior) Presiden Bush (Junior), Presiden Clinton di Washington dan di lain-lain tempat. Biasanya saya membangkitkan soal minyak kelapa sawit dan sikap AS terhadap negara Islam.

9. Sebaliknya Najib disambut di Lapangan Terbang Washington oleh Duta Malaysia, tinggal di Hotel milik Trump yang terkenal amat mahal. Najib mengguna kereta Mercedes. Tidak ternampak kereta panjang yang diberi untuk lawatan Najib dan pertemuan dengan Trump hanya selama 30 minit. Tidak ada makan tengahari dan Press Conference.

10. Memandang bahawa masa perjumpaan begitu terhad iaitu hanya 30 minit, dan tawaran Najib kepada Trump begitu tinggi, berjumlah hampir 100 billion Ringgit, kos yang ditanggung oleh Malaysia ialah sebanyak 3.3 billion Ringgit (3.300,000,000 Ringgit) satu minit. Ini boleh jadi satu rekod dunia.

11. Anak Megat Junid, Megat Fairouz kata saya bayar bermillion kepada pelobi untuk berjumpa dengan Presiden Amerika. Ini kononnya diberitahu oleh bapanya Megat Junid.

12. Saya tidak tahu benar atau tidak kenyataan ini. Mungkin pegawai Wisma yang mengurus perkara lawatan saya yang tahu. Yang saya tahu tidak ada arahan dari saya untuk lobi. Tak apalah Fairouz, anak sahabat saya nak cari makan.

13. Sebenarnya apabila sahaja saya menjadi PM duta besar Amerika Syarikat di Malaysia percaya, seperti dengan kebanyakan pemimpin negara yang baru dilantik, saya akan pergi mengadap Presiden Amerika Syarikat.

14. Duta itu datang ke pejabat saya untuk minta maaf kerana Presiden terlalu sibuk dan tidak dapat berjumpa saya dalam masa yang terdekat.

15. Saya tidak kata apa-apa kepadanya. Tetapi petang itu juga saya beritahu Wisma Putra saya tidak berhajat pergi ke Washington jumpa Presiden. Oleh itu tidak perlu sesiapa bersusah payah mendapat slot untuk saya. Duta Amerika pun berhenti usahanya.

16. Sebenarnya Wisma Putra sudah dimaklumkan lebih awal lagi akan priority lawatan saya ke luar negara apabila sahaja saya jadi PM pada 1981. Saya utamakan lawatan ke negara-negara jiran anggota ASEAN, kemudian negara-negara kecil di lautan Pacific, kemudian ke negara-negara Islam OIC dan akhirnya ke negara-negara Komanwel.

17. Jadual saya tidak termasuk United States of America. Mengikut jadual ini saya berkelapangan ke Amerika Syarikat selepas lawatan ke negara-negara dalam senarai saya.

18. Sebab itulah saya membuat lawatan ke Amerika Syarikat selepas tiga tahun (1984) jadi PM. Itu pun hanya secara sambilan semasa saya berada di Amerika Utara.

19. Saya yakin semua tarikh-tarikh lawatan saya ke luar negara direkod oleh Wisma Putra.

20. Tidak pernah saya tawar untuk membeli apa-apa dari Amerika Syarikat semasa lawatan saya. Dasar Malaysia pada ketika itu ialah berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi. Kita bersikap berkecuali dalam sebarang permusuhan antara negara asing.

21. Diantara yang memalukan kita berkenaan lawatan Najib ke Amerika Syarikat ialah laporan Newsweek yang berbunyi “Trump’s meeting with Malaysian Crook Najib reeks of the Swamp”. Demikianlah buruknya lawatan Najib ke Amerika. Tak usahlah bohong kononnya dia dapat layanan lebih baik dari saya.

22. Najib tidak berani jumpa press. Tujuan sebenar lawatan ke Amerika Syarikat dan U.K. ialah untuk ambil gambar Najib bersama Presiden Amerika Syarikat dan PM U.K.

23. Rakyat Malaysia bukan boleh diperbodoh dengan gambar-gambar ini. Mereka tidak gembira duit mereka berbillion dibelanja untuk dapat gambar.

20 thoughts on “NAJIB DAN TRUMP

  1. sibotak Oct 2,2017 7:17 AM

    Sudah menjadi tebiah Najib suka gali lobang timbus lobang
    Mungkin dididikan seorang anak manja
    Dan akhirnya anakmanja di beri Kuasa
    Maka jahanamlah jawapannya

    Najib korek lobang ,Timbus lobang
    Tapi masalahnya Najib Korek Lobang , Rakyat Timbus Lobang
    Najib , Rosmah & Keluarga SND BHD
    Karup isi kandungannya dengan tanpa malu & silu

    Jikala seorang tidak bolih niaga , tidak punya Ilmu
    Duit modal setinggi gunung pun akan habis demi masa

    Jika seorang Berakhlak , Berilmu
    Tanpa modal yg kuat , beliau akan berjaya

  2. The Hidden Secret Sep 26,2017 9:11 PM

    Salam!

    Kesian Najib… Datang White House kereta kena park di basement! CEO GLCs pon tak park kereta di basement!

  3. Tanggang Sep 26,2017 1:38 PM

    Assalam Yg Bhg Tun,

    Pendapat saya adalah orang bukan Islam akan amat menghormati seseorang Islam itu sekiranya ia berpegang teguh dan mengamalkan nilai2 Islam yang sebenarnya. Tetapi mereka akan amat membenci sekiranya seorang Islam itu mungkar yakni seperti tidak amanah, menipu, lemah, tidak bijaksana, melanggar larangan hukum2 Allah dan sebagainya. Mereka akan memandang rendah dan hina terhadap orang Islam seperti ini.

    Daripada video yang di paparkan oleh Tun, didapati bahawa Tun telah dilayan sebagai seorang yang terhormat oleh Presiden Ronald Reagan pada masa itu. Mungkin ini adalah setelah pengamatan dan ujian mereka terhadap Tun selama 3 tahun terdahulu. Perkara yang sama juga pernah berlaku kepada Rasullullah SAW ketika dahulu ketika diuji oleh kaum Yahudi.

    Daripada viral yang terdapat, MO1 dan kabinet nya hanya bermesyuarat selama 10 minit 58 saat. Pres Trump tidak ada menyatakan apa2 sebagai balas melainkan cuma mengucap terima kasih kerana datang. Itu sahaja. Betul seperti kata Tun yakni ianya diterima sebagai seorang yang pariah.

    Masyarakat bukan Islam dinegara ini amat membenci kepada orang Islam yang mungkar, rasuah dan lain2. Sekiranya mereka mendapati pemimpin negara yang Islam ini tidak amanah dan melakukan penyelewengan, mereka bukan sahaja membenci pemimpin2 tertentu itu tetapi semua masyarakat Melayu Islam terpalit sama. Mereka memandang amat rendah dan hina terhadap kaum Melayu Islam. Mereka akan berkata “cakap Islam tetapi menipu”, “cakap Islam tetapi rasuah” dan sebagainya. Mereka tidak akan hormat kepada pasukan polis, pegawai kerajaan, tentera etc. Mereka benci terhadap orang Islam yang tidak Islam. Ini lah akibat tidak menjelaskan (justify) penyelewengan itu.

    Salam Tun.

  4. amd trmz Sep 25,2017 10:55 AM

    NEJIB… KEPALA BAPAK RASUAH

    Dengan RAKYAT..
    Rasuah BRIMM

    Dengan CHINA
    Rasuah projek-projek dimalaysia, rasuah berhutang dengan china

    Dengan AMERIKA..
    Rasuah KWSP kita, Rasuah perlaburan…………p/s:nak rasuah suruh mr trump tutup kes 1mdBee la tue..

    Malu la nejib.. lawatan pun tak dapat penghormatan negara amerika pun…
    Lawatan??! .. datang (orang amerika tak sambut pun) duduk hotel, pergi tempat trump??

    APE TU MACAM MELANCONG JE

  5. asahamat Sep 25,2017 10:26 AM

    Assalamualaikum wbt Tun.

    First, kalau nak guna Math RM42b 1MDB n RM2.6b duit samun Najib MO1 yg Tun dok selalu kata, jika duit RM1 dibubuh dlm lori 1.5 tan, kira RM1j selorilah. Lori 1.5 Mt, panjang dia lebih kurang 10 kaki ie 3 m.

    (2) RM42b = 42,000 lori = 126,000 m = 126 km jika kita susun lori 1.5 mt bersambung2. Tapi kalau lori tu jln beriringan, sah kita akan nampak dlm 500 km lori dok angkut duit 1MDB. Tu jarak dari Ipoh ke JB.

    (3) Kalau RM2.6b, sah dok ada 2,600 lori ie sama dgn 7,800 m ie sama dgn 7.8 km lori disusun sebaris. Kalau lori2 tu bergerak di Hidgway sah boleh tengok pd jarak dari KL ke Bangi. Tu diaaaa ….

    (4) Secondly, let
    me salute you for your Olive Branch offer kat Sarawak, Sabah malah Negeri2 Melayu Malaya dgn your assurance bhw PH akan hidupkan balik Consultative Process bagi Sabah, Sarawak dan Malaya dlm hal2 yg dibawa ke Parlimen supaya our hak Negara2 Asal sebelum Malaysia tertubuh terjaga. Ucapan Tun di Kuching mlm tadi In Shaa Allah cukup mengembirakan rakyat Sarawak, Sabah malah Malaya. Tun, that is the best Harapan for all Malaysian. I’ll write on this later, bagaimana prihal ini akan menjadikan Melayu terhormat di mata siapapun.

    https://www.youtube.com/watch?v=q0wRyRipXVQ&feature=share

    (5) Maruah Negara dan Melayu kita akan kembali terbela dan jadi lebih baik dgn Tun come back to lead this Nation.

    Tun Boleh. Malaysia Boleh. Rakyat Boleh! In Shaa Allah Najib MO1 Boleh Pi!

  6. musato Sep 24,2017 6:30 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Rasanya ini kali pertama baca nama Paloma Presiosa. Sedap namanya.

    Juga semakin jarang ada komen komen yang menghentam Tun M di sini. Mungkin ia telah ditapis atau masih tidak.

    Kita menegur Najib secara terbuka bukan kerana kelemahan Najib mengurus negara pada permulaannya.

    Ia adalah kerana ada desas desus yang mengatakan akaun peribadi Najib telah dimasuki sejumlah wang. Apabila ditanya, pelbagai jawapan yang diberikan. Paling mengejutkan adalah jawapan itu adalah berbeza beza antara satu sama lain.

    Ia adalah mengenai amanah dan jujur secara peribadi seorang pemimpin. Pemimpin itu adalah Najib. Seorang Perdana Menteri. Tiada yang lebih berkuasa dalam negara ini selain Perdana Menteri itu sendiri. Tiada seorang pun yang boleh memecat seorang Perdana Menteri!

    Walau Paloma Presiosa adalah seorang YDP Agong sekalipun.

    Pertanyaan kita adalah mudah. Adakah akaun anda (Najib) dimasuki sejumlah wang?

    Jika akaun peribadi anda (Najib) telah dimasuki sejumlah wang, maka anda (Najib) tidak layak lagi menjadi seorang Perdana Menteri. Anda (Najib) perlu letak jawatan dan digantikan dengan orang di bawah anda.

    Itu sahaja pertanyaan kita dan permintaan kita.

    Dan apabila tidak berlakunya keadaan amanah dan jujur itu, maka inilah hasilnya sekarang ini. Kita berbicara tentang kelemahan pengurusan negara satu persatu.

    Cerita cerita lama dikorek. Yang muda tidak tahu apa apa menjadi keliru. Yang tua tidak dihormati. Yang muda diasuh tanpa tata susila. Pemimpin itu sendiri yang dikatakan perlu dihormati akan terus diperlekehkan jika keadaan ini berterusan. Baik samada Tun Mahathir, Tun Abdullah atau Tun (bakal) Najib sendiri.

    Yang muda mempermainkan desas desus khabar tentang kegerunan Barat pada Tun Mahathir. Yang muda belum lahir. Yang muda belum mengerti erti kehidupan. Itu cuma cakap lisan kata mereka di FB. Mana buktinya? Mana gambarnya?

    Najib adalah ikon masa kini. Setiap gambar menunjukkan bukti. Setiap kebaikan disebar bersama bukti tadi. Sumbangan ikhlas kini hanya perlu menadah topi di hadapan kamera tv. Sembahyang menjadi acara rasmi. Masuk tv. Nampak gambar.

    Dalam blog ini juga ada orang kata dia yang menolong Tun Mahathir. Orang ini juga berkata dianya adalah asal dari orang yang berada di dalam kubur. Sudah beratus ratus tahun usianya.

    Itu hanyalah desas desus. Tiada gambar tiada bukti. Hanya akan menjadi sejarah. Tulisan tulisan yang diturunkan kepada setiap warisan zaman. Seperti firman Allah swt, “Bacalah!”

    Kebenaran ilmu itu bukan pada gambar, zahir mata. Kebenaran ilmu itu adalah pada tulisan, rasa pada jiwa dan rohani manusia.

    Rahsia akan tetap kekal menjadi rahsia. Sesungguhnya kekayaan ilmu itu adalah milik Allah swt.

    Seperti hembusan angin yang membawa pergi tanpa dapat dilihat. Tetap kekal menjadi rahsia Allah swt.

    Terima kasih Tun.

  7. asahamat Sep 24,2017 6:21 AM

    Assalamualaikum wbt Tun.

    Gerakkan kempen PH, mulai mengikut rentak selera rakyat kebanyakan terutama orang Melayu luar bandar.

    (2) Saya perhatikan, sudah ramai ahli agama dan akademik mulai membantu PH. Jika diperbanyakkan ahli
    koprat, kaki tangan awam, guru, polis dan tentera ikut merancakkan sama, In Shaa Allah Tsunami politik akan menerjah Malaya.

    (3) Bab tibai Najib, saya kira Tun dll pakar. Cuma bagaimana nak balun Hadi dan Kjaan Kelantan, satu pendekatan tidak tibai PAS mungkin penting dicari dan guna. Mungkin isu apa Hadi buat @ tidak capai selaras dgn cakap2 dia, bila dia perintah Trengganu akan jadi senjata paling baik. Hadi buat lain dari dia cakap @ cakap tarak serupa bikin itu modal bagus. Hadi kena dibuktikan tiada kewibawaan utk tadbir negeri apa lagi negara dan pendusta politik. Hadi jadi guru pondok dulu2 bolehlah.

    (4) Kelantan. Jiwa orang Kelantan cukup lain. Mereka cukup tak suka ‘Ore Luar’ mengajar mereka. Mereka juga tidak suka, orang Kelantan yg dekat sangat dengan ‘ore luar’. Husam nampak OK tetapi cara dia a bit meleret. Certain part of Kelantan, cara Kampong dia OK. But, bagaimana harus rakyat Kelantan yg jadi petualang ie migrants di luar Kelantan, harus disedarkan bhw kesusahan dan kepayahan yg mereka hadapi berada di seluruh pelusuk Negara harus dibangkitkan utk
    membawa gelombang tsunami ke Kelantan. Kelantan has to be changed by Kelantanese but whom among them?

    (5) Good really to jual kebaikan Kjaan Penang n Selangor sekarang. Dr Manuty nampak telah
    menyatakan itu dgn baik. Rasa2 both Penang n Selangor boleh tengok cara Adenan Satem dalam tempoh pendek dapat menambat hati rakyat Sarawak ie mengalih perhatian rakyat dari legacy Taib Mahmud ke cara dia. Adenan bila saja berkuasa, dia tumpu dgn jelas bantu rakyat. Dia segera baiki semua jln dan segala kemudahan awam di semua tempat tak kira di kawasan mana. Dia nampak berkerja dan gigih berkerja. Azmin Ali patut be released utk politik Pusat dan dia patut jaga dan bina Selangor dgn gigih, focus dan kemas bersih.

    (6) Kedah, yg perlu tak banyak. Sanusi Junid boleh kemaskan ingatan rakyat bagaimana Kedah tanpa Tun. Juga pasti ada orang yg boleh bercakap pasal Kedah di bawah Mukriz berbanding PAS n UMNO kini. Paling penting, kena ada orang yg boleh jaja, sifat biadap Najib MO1 dan puak2 dedaknya kat ‘orang tua’ macam Tun, adalah tidak boleh diterima. Mencerca Tun adalah suatu penghinaan kpd rakyat Kedah!

    (7) Di Sabah, harap2 Warisan diperkukuhkan. PH bolehlah serang kawasan di mana Warisan lemah saja. Sabah for Sabah harus dinyanyikan sebagai Membina Sabah Penting utk Negara.

    (8) Sarawak, PH bolehlah tumpu di “kawasan” PKR dan DAP. Rasa2 Tun huloq saja Olive Branch kat Abang Johari. The best for Sarawak adalah attack to lower down BN punya winning margin to show displeasure dgn GST dan janji2 tak tertunai Najib MO1.

    (9) Time to have unique strategy for individual State. TS Muhhydin perlu focus tumbangkan Johor. Perlu ada juara PH di Perak, Malaka, Negeri, Trengganu dan Pahang. Perlis, ajak Sahidan balik masuk kapai Tunlah. Dia kena buktikan dia cintakan rakyat, bukan Najib MO1.

    Tun Boleh. Malaysia Boleh. Rakyat Boleh. In Shaa Allah Najib MO1 Boleh Pi dah!

  8. sibotak Sep 23,2017 8:43 PM

    Dunia Pemimpin Islam Dayus
    Bukan salah siapa
    Sememangnya sudah tertulis namun manusia tetap meneruskan urusan mereka

    Rohingya hingga sekarang tidak di bela
    Hanya berita jadi berita

    Sememangnya orang yg gemuk kebanyakan orang pemalas
    Contoh terdekat Najib
    Seharusnya Pemimpin Dunia Islam di Asia
    Sudah hantar Ketenteraan di Myanmar

    Apa jua alasan mereka , kaum Rohingya Manusia , bukan Haiwan
    Haiwan juga kita akan marah jika di zalimi

    1.Kaum Rohingya berhak menetap di Myanmar sebagaimana pendatang asing yg sudah bermaustautin di bumi Islam ,Malaysia, Indonesia dan yg lain
    Bolihkah kita menzalimi kaum minority di bumi Islam sebagaimana kaum Rohingya di zalimi
    2. Tidak ada alasan yg kononnya Perjuang Islam Rohingya yg masuki Kem Militia Myanmar , Militia Myanmar berhak mengusir warga Rohingya yg tidak bersalah
    Ini sudah menjadi ajaran Yahudi,dan Israel pun sudah mengaku membekalkan senjata pada Militia Rohingya
    3. Media Barat membuta mata , memekak terlingga akan kenyataan ini
    4.Dunia Islam hanya memberita tapi tidak melakukan sesuatu yg drastik, yg positive
    5.PBB adalah Badan untuk Kepentingan Syaitan . Di anggotai dengan Pemimpin Dunia yg Korupsi ,Yg pentingkan agenda masing masing dari bersifat Kemanusian
    Kan lebih baik mereka ini semua di jadikan Haiwan

    Maka Dunia Islam janganlah percaya akan tipu helah , fitnah yg menzalimi Umat Islam. Dunia Islam tidak bolih mengharapkan Ikhsan dari Dunia Barat
    Lihat saja Pemimpin Palestine , Dahulu Yasser Arafat ,sekarang Abbas seolah macam penggemis membuntu Ikhsan dari Amerika sedangkan Amerika mempermainkan harapan Palestine dari dahulu hingga sekarang .Amat begitu Bodoh sedangkan Ketahuan Israel adalah Anak Haram Amerika sebenar

    Si Budak Gemuk Mata Sepit
    Bukan sembarang Budak
    Bukan sembarang Gemuk
    Beliau lebih bijak dari Saddam , Gaddafi dan Pemimpin Islam yg lain

  9. sibotak Sep 23,2017 4:48 PM

    Najib sebagai PM Malaysia
    Seharusnya meminta balik Harta Malaysia
    Yang di rampas Amerika jika Najib sendiri tidak mengaku Bersalah
    Bukan berjumpa Trump untuk membodek Trump lagi
    Setelah juga Najib sendiri yg menyokong Clinton dengan menyumbang dana untuk Clinton

    Seharusnya Najib meminta balik Hak Malaysia dari Trump
    Atau menuntut keras atas tidak adil US merampas Harta Malaysia kerana Kesalahan 1MDB .Begitu juga Najib bertanggung jawab menuntut dari Singapura, Swiss dan dimana saja , jika Najib mengaku tidak bersalah
    Ini Najib lakukan sebaliknya

    So berapa banyak kita mesti biarkan
    Pemimpin kita Najib Tun Razak
    Menghabiskan ,Terlingkupkan Kekayaan Malaysia

    Sumbangan Najib pada Clinton ……Hangus begitu saja
    Duit dan Harta dari 1MDB
    Sekarang Najib nak taburkan wang kita KWSP

    Ini hak kita bersama ,kita tidak bolih membiarkan Budaya Bodoh Najib
    Menghabiskan Titik Peluh Lelah Malaysia

  10. arfa Sep 22,2017 1:06 AM

    Saya ingin bertanya ada tak pic masa Mahathir naik kapal terbang semasa pulang dari US selepas sesi perjumpaan bersama Bush pada tahun 2002.

    Bolehkah admid kongsi untuk tontonan kami penyokong Che Det?

  11. Paloma Presiosa Sep 22,2017 12:02 AM

    Pertama, Najib hadir atas jemputan. Walaupun ada hubungan rakan golf, jemputan rasmi tetap dilakukan. Sementara Najib yang pegang jawatan sebagai PM…dia yang memenuhi jemputan tersebut. Muhriz Mahathir mungkin dia kenal tetapi ada nilai ke pada pentadbiran dan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Amerika Syarikat? Mukhriz hanya terkena Argentina dan biarlah Argentina nak menyambut sakan akan kehadiran anak DADDYKASI.

    Kedua, sambutan Ronald Reagan meriah kerana Mahathir kutip sampah model kapal terbang milik tentera udara Amerika Syarikat. Kenapa tiada satu gambar dalam kapal terbang Air Force 1? Kamera sudah wujud tahun 1985. Jenis polaroid mahupun kompak keluaran Kodak. Sekeping pun tidak boleh bagi? Dan kenapa bila pihak askar hendak menuntut baki 40 kapal terbang di padang pasir Nevada…perkara tersebut tidak diisytiharkan sebagai aset askar Malaysia? Najib dan MAH yang pulih bersedia beli KAPAL TERBANG YANG BARU – Dreamliner dan 737 Max.

    Ketiga, Hotel Trump terkenal dengan kemewahan dan mahal. Tapi sebagai tuan rumah adakah tidak punyai adab menyambut dan sediakan kemudahan yang sepadan taraf dengan status tetamu. Bukan macam Mahathir selepas habis majlis sebagai tuan rumah menghargai sesiapa saja pengurus selia program dengan hanya sisa-sisa makanan anjuran program. Tentunyalah Trump tidak diajar akan perangai seperti berikut. Dia seorang ahli perniagaan dan punyai etika yang tinggi walaupun sentiasa dibadutkan oleh rakyat negara sendiri. Najib tentu tidak menolakkan akan kemudahan yang diberikan untuk keselesaan berurusan atau membuat kerja yang perlu dilaksanakan di Malaysia selepas hadir di US.

    Keempat, Kenapa dasar penswastaan bermula dengan zaman Mahathir dan tamat juga pada pemerintahan Mahathir? Isu apa hendak ditutup? Mungkinkah isu tersebut muncul selepas Tajudin Ramli disaman oleh DanaHarta…Hasil penjualan saham MAS ketika itu dijual RM8 unit sesaham (asal hanya harga RM3.50). Hasil jualan tersebut menampung krisis dagangan wang asing yang baru tamat RCI tu ke?

    HARAP BERI PENJELASAN

  12. rimba.emas Sep 21,2017 11:47 PM

    Salam Tun.

    1. Pada waktu Rimba Emas sedang menulis komen ini , diberitakan bahawa pihak pengurusan MAS kemungkinan membeli kapalterbang secara pajak.

    2. Bermakna kapalterbang itu tidak akan menjadi milik MAS.

    3. Jika ini menjadi pilihan bermakna perjumpaan PM dan Trump hanya cakap-cakap kosong untuk perbaiki imejnya pada pandangan rakyat.

    4. Kita rakyat masih rugi bila kos perjumpaan melibatkan wang kerajaan tampa apa-apa perolehan hasil.

    5. Ada cakap-cakap di dengar dari pemerhati bahawa perjumpaan ini hanya menguntungkan Presiden Amerika sahaja.

    6. Kos wang rakyat masuk ke ongkos Trump yang bersifat personal.

    7. Kos ini hanya dapat membeli harga perniagaan milk Trump bukan menyeluruh kesemua ekonomi Amerika.

    8. Lebih merugikan rakyat bila wakil yang di pilih tidak dapat memberi atau menambah perolehan hasil.

    9. Bertambah lagi ruginya rakyat pada agama bila tidak dapat pahala membasmi nahi mugkar.

    10. Rugi lagi bila kemungkinan berdosa kerana membenarkan perbuatan mungkar tampa usaha membasminya.

    11. Rakyat yang menyokong pelaku telah bersama-sama bersekongkong menidakkan kehendak Tuhan.

    12. Lupa akan azab yang akan di terima nanti pada hari pembalasan.

    13. Malah ketika di padang Mahsyar betapa ramai merasa di malukan bila di bongkar perkara yang di sorokan pada pandangan rakyat.

    14. Telah terbongkar rupanya hasil kekayaan yang di perolehi dari hasil curi , manipulasi , tipu. , korupsi dan memperdagang wang haram.

    15. Bertaubat dengan segera berhenti akan perbuatan mungkar ini. Kembalilah ke pangkal jalan serta patuh pada perintah Tuhan mohon di jauhi segala bencana.

    Wallahua’lam.

  13. sibotak Sep 21,2017 11:30 PM

    Najib memang suka barang Tebus
    Nak tebus malunya , dia terpaksa berbaik dengan Trump
    Sedangkan Najib sanggup mengunakan duit Malaysia untuk membiayai
    Clinton Campaign semasa Pilihan Raya kemarin

    Sememangnya duit KWSP kita akan binasa
    Najib sebenarnya Bodoh dan Boros
    Inilah ciri ciri manusia yg suka barang Tebusan

    Seharusnya beliau ke Amerika merayu atau meminta
    Trump supaya kasi semula Harta Malaysia yg di rampas Amerika dek kerana
    Kesalahan 1MDB ,Jika Najib benar mengaku tidak Bersalah
    Ini tanggung jawab Najib sebagai PM Malaysia jika beliau benar benar tidak bersalah atau bersubahat akan kesalahan 1MDB
    Ini malah di lelong lagi Malaysia

  14. musato Sep 21,2017 9:58 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Malulah tengok Najib berucap mengata Tun untuk tegakkan benang basah bagi membolehkan Najib disanjung tinggi lepas balik dari US.

    Fakta fakta pun diambil dari macai tanpa usul periksa. Sebab tu sidang media mike tyson pun barai.

    Malulah tengok Najib. Kebetulannya, auntie cina yang selalu saya jumpa pun kata pemandu pelancong masa dia melancong ke Eropah pun ketawa bila sebut dari Malaysia.

    Najib Najib.

    Terima kasih Tun.

  15. master Sep 21,2017 7:03 PM

    ASSALAMUALAIKUM WBT, YANG DIMULIAKAN AYAHANDA TUN SERTA KERABAT SEMUANYA. Good Day.

    a. Hakikatnya, lawatan najib ke AS dan termetrinya beberapa perjanjian yang tidak masuk akal, menandakan bermulanya “Dark Ages” yakni zaman kegelapan Islam.

    b. Malaysia, dilihat sebagai satu-satunya Negara Islam yang menjuarai dan terkehadapan dalam berbagai bidang termasuk yang paling lantang, berani untuk mengutuk kuasa-kuasa barat malah sesiapa pun dalam menegakkan keadilan.

    c. Harapan dunia ketiga dan Negara Islam lainnya kepada Negara Malaysia sudahpun lupus. Najib mengheret sama Tanahairku yang tercinta ini ke lembah bahaya demi kelangsungan hidupnya.

    d. Najib secara individu telah pun tersilap langkah kerana keterlibatannya dalam banyak kes jenayah di Malaysia. Tanyalah kepada mana-mana pegawai tinggi kerajaan, pihak polis, sprm, pegawai audit, ahli ekonomi, peguam, tentera malah raja2 sekalipun tahu kisah sebenar di sebalik kepura-puraan najib.

    e. Banyak sekali orang yang telah termakan rasuah dan budi dari najib. Mereka ini adalah yang diharapkan untuk mengaburi dan melindungi jenayah najib. Rasuah yang bukan sedikit, ada yang sampai ratusan juta akhirnya menjadi perangkap kepada si penerima yang terpaksa menjadi pelakon mengikut skrip dan arahan najib.

    f. Yang buta, tuli dan yang membodohkan diri sendiri sengaja buat-buat tidak nampak dan tidak tahu apa yang terjadi malah menyokong pula segala tindakan najib.

    g. Orang Islam yang beriman hendaklah segera pulang ke pangkal jalan dan bertaubat. Perjalanan sudah semakin tiba di penghujungnya.

    h. Kebenaran yang haq pasti akan tertegak. Memang sudah tertulis, di akhir zaman yang haq akan nampak tenggelam dek kerana banyaknya orang yang jahil dan zalim, namun begitu kehendakNya mengatasi segala-galanya.

    i. Kemenangan kepada pihak yang minoriti ini akan tiba jua. Bermulanya “Dark Ages”, maka bermula jugalah penentangan dan “JIHAD” yang akan menenggelamkan kebathilan.

    j. Bersabarlah, kuatkan semangat, jangan lemah dan yakinlah wahai para pejuang kebenaran, hanya Dia Yang Maha Berkuasa yang tidak pernah memungkiri janjiNya sendiri. Kemenangan Insya ALLAH pasti di tangan kita.

  16. ismadi Sep 21,2017 5:15 PM

    As Salam Yg Berbahgia Tun Mahathir,

    Secara nyata DSN cuba memesongkan fikiran Rakyat dengan menyatakan sambutan diterima beliau semasa menemui Presiden Amerika Syarikat adalah hebat, mungkin kerana beliau sendiri tidak tahu apa apa berkenaan maksud sambutan rasmi mengikut SOP Amerika.

    Paling pelik, kenapa pula di adakan sambutan luar biasa di Airport? Dengan DSN memberikan ucapan berkobar kobar seolah olah Amerika Syarikat baru di takluk oleh Malaysia?

    Dan di dalam ucapan berkobar yang tidak berkualiti ini, Tun pula menjadi sasaran nya seolah olah tujuan sebenar DSN ke Amerika hanya lah untuk menunjukkan kepada penyokong2 nya bahawa sekiranya Tun M boleh berjumpa Presiden Amerika, aku pun boleh.

    Nampak sedikit kebudak budakan apabila seorang PM berkelakuan sedemikian.

    Saya percaya, lawatan ke Amerika Syarikat ini hanyalah membuang masa dan wang. Lebih lebih lagi Amerika Syarikat di janjikan dengan pelaburan wang KWSP yang terkenal simpanannya beratus billion.

    Tercemarnya DSN di mata media di luar negara adalah kesilapan beliau dan pasukan pentadbirannya sendiri dan usah disalahkan kepada pihak Pembangkang. DSN harus tahu bahawa sekiranya Pembangkang di Negara sendiri tidak berkata apa apa, beliau akan diburu oleh media dan badan perundangan DOJ di luar negara.

    Jangan menyalahkan orang di atas kesalahan diri sendiri.

    Be a gentleman.

    Sekian Tun Mahathir. Take care.

    Wassalam wbt.

  17. Anak.muda Sep 21,2017 12:03 PM

    assalamualikum tun.

    secara terangan lawatan najib ke us adalah semata2 untuk menunjukkan yang dia tidak melakukan kesalahan disana.buktinya?gambar bersama presiden trump.itulah yang ingin ditunjukkan oleh beliau pada penduduk2 kawasan pedalaman agaknya.

    Tun,apa yang ingin dikatakan oleh anak megat junid itu adalah semasa perjumpaan tun bersama presiden bush pada tahun 2002.Saya sebagai orang luar tidak dapat mengesahkan perkara itu betul atau tak,tetapi jika sekalipun perkara itu benar, saya yakin salah satu sebab perjumpaan dengan bush itu adalah langkah tun untuk memulihkan imej malaysia yang telah diburukkan lebih2 lagi oleh DSAI pada waktu itu.apa2 pun perkara itu sudah lepas jadi buanglah yang keruh ambillah yang jernih.

    politik ini agak menakutkan sebenarnya.sekali kita bermusuh dengan seseorang itu, sampai ke kiamat orang akan mengungkit perkara tersebut walaupun org yang mengungkit itu adalah adalah orang luar yang tidak berkaitan langsung 🙂

  18. zulfadzliharon Sep 21,2017 11:58 AM

    To whom it may concern, please get a copy of book indited by Peter H. Stone titled: Heist: Superlobyist Jack Abramoff, His Republican Allies,..
    On particular incident pertaining to the claim that Tun M paid the Hong Kong lobbyist to meet Bush in 2001.

    I’m not verbally expressing what was inked is the authentic story, but at least, the inditer indited with vigorous cause

  19. asahamat Sep 21,2017 11:22 AM

    Assalamualaikum wbt Tun.

    First, semasa Najib MO1 di US/UK, sebuah Madrasah dibakar. Pasti masa dia di US/UK, agenda samun Kjaan PR Selangor almost done. Bila dia balik, dia syok kata his US/UK Visit berjaya. Pasti masa itu, dlm kepala dia “much bigger supprise” sedang menunggu.

    (2) Kita tahu, in both cases ie US visit dan Mike Tyson defect, Najib MO1 dikencing. Saya juga yakin, Allah sedang menghantar isyarat, omen kpd dia. Namun dia tak perasan, kalau perasanpun dia buat2 dek.

    (3) Tun, bila Pak Kadok kalah sabung ayam, sapapun tak heboh. Yg heboh adalah Pak Kadok. Sebegitulah Najib MO1 vs Tun dlm hal lawatan ke US ni. Yg jelas, Najib MO1 gadai Msia dan Islam, Tun tebus maruah Msia dan Islam. Tak apalah, dia boleh cakap apapun tentang riak dia. Tun kekal humble dan ikhlas. In Shaa Allah Firaun yg riak, Abu Lahad yg riak, semua yg riak termasuk Iblis, Allah sudah jelas janjiNya; mereka akan musnah.

    (4) Secondly, as I said, Sanusi Junid really can touch the rural Malays heart to make them swing to PH @ Bersatu. Keep up DS Sanusi. Tun, carilah jln agar Sanusi can play his bigger role utk pujuk n sedarkan rakyat.
    https://www.youtube.com/watch?v=IVsusYC8e6A&feature=share

    Tun Boleh. Malaysia Boleh. Kita Boleh. In Shaa Allah Najib MO1 boleh pi dah. In Shaa Allah

Leave a Reply