TOTAL VISITORS FROM 2008:

SNIPPETS – PILIHANRAYA, ESTET INDUSTRI & CEO MAS 28

PILIHANRAYA1. Najib sedang meningkat usaha untuk menipu Pilihanraya.

2. Kali ini Najib mengarah SPRM menangkap pemimpin-pemimpin Parti lawan (Warisan) di Sabah. Matlamatnya ialah untuk melumpuh Warisan dengan menangkap Datuk Seri Shafie Apdal dan menakutkan penyokongnya.

3. Pegawai SPRM diugut untuk melaksana arahan Najib. Jika mereka tidak patuh kepada arahan Najib maka tindakan tertentu akan diambil terhadap mereka. Mereka mungkin diturun pangkat, ditukar ke jawatan lain yang lebih rendah, dimansuh hak pencen dan bermacam lagi.

4. Pegawai Tinggi Polis, pegawai di Jabatan Pendakwa Raya, Pengarah Syarikat dalam Khazanah semua ditakutkan supaya menyokong perbuatan salah oleh Najib untuk menang PRU.

5. Demikian juga pegawai-pegawai dari berbagai pejabat yang akan dilantik mengurus PRU. Mereka akan disuruh tipu untuk memberi kemenangan kepada Najib dalam PRU 14.

6. Kami dalam Pakatan Harapan sedar kami akan menang jika tidak ada penipuan dalam PRU. 90% dari pengundi yang berdaftar sudah pun nyatakan mereka tolak Najib.

7. Kami berjanji jika kakitangan Kerajaan yang akan mengurus PRU diugut dan didera oleh Najib dan kehilangan gaji, atau pangkat atau jawatan kami akan pulih balik mereka dan pendapatan mereka. Mereka akan kembali pegang jawatan yang telah dilucut dari mereka. Demikian juga mereka yang memberi maklumat kepada kami akan salah cara dan penipuan Najib. Kami akan selamatkan mereka.

8. Ini janji kami. Walaupun penipuan dilakukan oleh Najib kami tetap menang. Dan kami akan tunaikan janji kami.

9. Jangan takut untuk menolak arahan salah dari Najib dan konco-konconya.

ESTET INDUSTRI1. Saya baru ke Kuantan. Ternampak saya sebuah estet industri yang amat besar yang dikelilingi tembok simen 8 kaki tinggi dan 9 kilometer panjang.

2. Terdapat tembok tanda yang diperbuat dari simen sebesar lima buah kedai biasa. Tulisan atas tembok gergasi ini hanya dalam bahasa Inggeris dan bahasa asing. Tidak ada bahasa Kebangsaan dalam nama estet industri ini. Ini memang perkara remeh yang boleh diterima oleh Dewan Bahasa sekarang.

3. Luasnya kawasan industri ini dikatakan 3000 ekar. Bukit bukan termasuk dalam estet ini.

4. Dalam kawasan ini terdapat banyak bangunan yang berbentuk kilang.

5. Orang Malaysia tidak dibenar masuk estet industri ini. Dikatakan semua pekerja datang dari negara yang memiliki estet ini. Katanya juga jumlah pekerja lebih kurang 3000 – wallahu waalam.

6. Konon ada kedai dan restoran yang membekal segala-gala yang diperlukan oleh pekerja dan pegawai. Penghuni tidak perlu keluar ke Kuantan untuk membeli apa-apa keperluan.

7. Ada yang berkata wang diguna dalam estet ini bukan Ringgit Malaysia. Mereka mengguna wang negara lain.

8. Saya tertanya-tanya apakah Undang-Undang yang diguna Undang-Undang Malaysia? Apakah pejabat-pejabat Malaysia meluluskan pembangunan dalam kawasan ini? Apakah mereka bayar cukai Malaysia?

9. Bahan binaan semuanya diimport dari negara asing. Tentulah mereka dapat AP dan kebenaran-kebenaran lain.

10. Saya kagum dengan Industrial Park ini. Kenapa diadakan di Pahang sahaja. Kenapa tidak di Kedah, di Perlis dan di lain-lain Negeri. Kenapa hanya 3000 ekar. Kenapa tidak lebih besar. Sesungguhnya kita akan capai Wawasan 2020 sebelum 2020.

11. Dengan adanya Industrial Park seperti ini, Malaysia akan jadi negara maju. Tak usahlah tanya akan peluang pekerjaan bagi pekerja Malaysia, peluang kontrak, peluang berniaga oleh rakyat Malaysia. Kita perlu korbankan diri kita untuk mendiri negara maju milik orang asing.

12. Syabas Najib. Awak cukup bijak. Tidak ada cara yang lebih baik untuk bangunkan negara daripada menjualnya.

13. Lihat Singapura? Lihat betapa majunya Singapura.

CEO MAS BERHENTI1. Tak usahlah nak bohong. Bellew berhenti kerana Najib campur tangan dalam urusan MAS tanpa rujuk kepada Pengarah dan Pengurus Syarikat.

2. Pesawat yang Najib nak beli, bukanlah pesawat yang diperlukan oleh MAS untuk penerbangan ke destinasi tertentu.

3. Saya yakin Najib tidak pun tanya MAS. Najib tidak peduli perancangan CEO atau pemilihan MAS. Biarlah MAS lingkup asalkan Najib dapat ambil gambar dengan Trump.

4. Jika boleh Najib ingin serah wang tunai sebanyak 20 Billion dollar (90 billion Ringgit) terus kepada Trump. Alangkah berkesannya jika dapat gambar Najib serah dua lori wang tunai dollar kepada Trump. Malangnya Trump tak mungkin terima dengan cara ini. Tetapi kalau kata nak beli kapal terbang ini lebih diplomatik.

5. Apa kata Bellew. Dia cuba hendak tunjuk bahawa ia bersetuju. Kononnya dakwaan saya tidak tepat. Tetapi ini tidak kurangkan perasaan malu dan kecewa kerana Najib tidak sedikit endah CEO MAS ini.

6. Apa nak buat. Kononnya perasaan patriotiknya tiba-tiba menyedar dirinya akan pentingnya ia kembali ke Ireland.

7. Syabas dan Tahniah kepada Najib. Belilah kapal terbang untuk perhiasan negara.

28 thoughts on “SNIPPETS – PILIHANRAYA, ESTET INDUSTRI & CEO MAS

  1. superSepantun Nov 7,2017 6:08 AM

    Laluan darah, Selat Melaka..
    Tanah Melayu, jantung dunia.!
    Nak dibelah, mana ke mana?
    Nak ditemu, selat ke China.!

    Markas China ada di Msia..
    Apa industri? Siapa nak tanya?
    Jadi pengeras, apa renchana?
    dicatur negeri, siapa derita?

    Asalamualaikum, selamat pagi…
    Yg mana jarum? Yg mana CPC..??

    https://en.m.wikipedia.org/wiki/Communist_Party_of_China

  2. HBT456 Oct 29,2017 7:36 AM

    8. https://www.malaysiakini.com/news/399890

    9. This reminded me on the news in the local malay newspapers that reported anak kepada p.ramlee, rakyat malaysia, terpinggir dan hidup miskin sebagai peyapu in government sector.

    10. Nama bapa, p.ramlee, the best comedian cum pelakon in the malaya film industry, and i am one of his peminat sampai hari ini.

    11. Nama bapa dipakai untuk menamakan jalan di kl city centre, kenapa anak beliau hidup miskin while other pelakon can get special title walaupun mereka ini sama2 melayu?

    12. After watching the movie, the shuttle life, the ending part of the story is to capture the imagination of the audiences to conclude the ending.

    13. Karma said you reap what you sow.

    14. In life, thats not karma, thats the choices you (make that would determine your future a head.

    15. The world was never perfect, therefore, whoever wins out, and become the next pm and form the cabinet, i wish them all the best.

    16. All systems can fail just like big businesses.

    17. To fail a business that took you 20 years to build can be ruined in 5 minutes.

    18. Whatever noises made in the media wont change the past.

    19. When bucket leaked, and beyond repair, you can only replace with the new one available in the market to stop the leaking.

    20. When general election is called, the winners will be announced in newspapers.

  3. tamchi Oct 27,2017 12:41 PM

    Selamat sejahtera
    salam Jumaat,
    kat pilihanraya,
    undi yg brmanfaat…!

    https://youtu.be/N7jLJS6jX9E

  4. HouseWife Oct 27,2017 12:36 AM

    Assalamualaikum Tun,

    Foreign investigator-journalists did their thorough study on China Belt and Road Initiative and are not afraid to project their findings to the whole world. Malaysian journalists are so timid and ikut bawah telunjuk pihak atasan. Reporters di tanahairku only report the “goods and sweets” eventhough they know lying and stealing from the people’s funds is bad and ugly. Malaysian kind of reporting is making them increasingly powerful, isn’t it so Tun.

    Malaysia not against China investing in the country but it never ceased in my mind that this easy loans in billions draw something not totally right, much is hidden behind doors. From journalistic research, it was said that China is the largest investor in countries that others ostracize because they are run by dictators, don’t respect human rights and are corrupt such as small and poor countries. It will make these countries beholden to China. Is Malaysia in this category? Only kerajaanMO1 time China is becoming very powerful in our country. China is setting up its own commercial empire here and right now.

    Tun, news in Pakistan revealed that 7000 Chinese nationals are working on the economic corridor. They bring their own cooks, have separate housing and don’t interact much with locals. Chinese assistance does not appear to help economic growth. Inexpensive Chinese imports displace local firms, thus hurt local employment in small enterprises. There’re no rooms for local firms to prosper, as China require these countries to use Chinese firms to build roads and ports. So what’s the use if China does not allow to employ local firms to train local workers. And it seems Chinese funds are creeping up making harder to pay. It’s like these countries are mortgaging their future. Sounds familiar here?

    Tun, why is it news like this about China’s hidden agenda kept popping up. It happened to countries in Africa, asia, arab countries too. Is it happening in our backyard too? But these MO1’s people are saying otherwise. To them it’s ok to take China loans in billions. They’ll be creative and think of something how to collect money or taxes from the rakyat to pay the loans. To them it’s ok for China to open the great wall in Pahang or where else kerajaanMO1 pleases. Have they build up their fortress on the reclaimed land in negara selatan? Have people paid for housing on the reclaimed land or is it paid for on still sea water? Any news what’s going on down there?

    Tun, ceo omputih yang dah berhenti kerja dengan Mas cakap Tun tak betoi, dia tak larat dok di Malaysia dia nak balik kampong halaman dia. Tu reason dia bagi, kelakar kan. Kalau takde angin takkan pokok nak bergoyang, kan Tun. Tak payah nak sorok sebab kita semua tahu. Satu lagi, pada saya selagi MH370 yang hilang zaman pemerintahan MO1 tak jumpa lagi, saya tak boleh terima kerajaanMO1. Saya rasa sedih dengan dua nasib Mas ni, dan pelik kenapa menteri2 yang bertanggongjawap dan pm sekarang tak letak jawatan? Sudah berapa tahun perkara ini berlaku tapi mereka2 ini hidup senang, lenang dan tenang malah dedak bertambah2. Tak kesian ka dan fikir masalah hidup mereka yang hilang orang tersayangan. Mas dan kerajaanMO1 mesti ambil tanggungjawap dan cari sampai dapat…atau ada sembunyi apa2 ka?

    Pilihanraya..oh pilihanraya. Bila nak bubar parlimen ni. Lagi lama tangguh lagi banyak salahlaku dibongkar. Lagi lama tangguh lagi banyak statmen2 tiga suku keluar dari mulut hulubalang2 yang dah banyak makan tapi tak kenyang2, nak lagi dan lagi. Mereka makan sampai terlebih kenyang tapi boleh terlepas pula. Nak sebut nama pun dah menyampah.

    Pada pendapat saya sesiapa yang sayang Malaysia dan ingin selamatkan Malaysia tak boleb lupa dan buat2 lupa tentang penyelewengan dan penyalahguna kuasa dan penipuan dalam kes RM2.6 billion dalam akaun peribadi MO1, 1MDB dll. Mencuri tabung negara untuk belanja sesuka hati tapi rakyat yang menderita membayar hutang2 yang mereka lakukan sendiri, mereka2 ini perlu dan mesti dinyahkan dari pegang kuasa negara.

    Rakyat tak boleh lupa sebab apa dan mengapa Tun ambil tindakan sebegini rupa, bukan kerana anak Tun, bukan kerana nak jadi pm, bukan kerana nak roboh umno ka negara ka tapi kerana sayang Malaysia dan rakyatnya daripada dijahanamkan sebelum Tun pergi, InsyaAllah.
    Semoga Allah berkati usaha murni Tun dan dilindungi Allah selalu. Jaga kesihatan Tun baik2 ya. Terima kasih Tun.

  5. Anak.muda Oct 25,2017 11:10 PM

    Assalamualikum tun.

    1.dalam poket kiri najib penuh wang berbilion hasil jualan aset negara kepada negara china.khas untuk dikongsi bersama anak beranak dan kroni.

    2.dalam poket kanan najib pula. Terdapat pula gula2 lolipop yang khusus untuk diberi kepada “kanak-kanak” melayu islam yang akan bersorak kegirangan mendapat gula2 ini.

    3.di gula-gula lolipop ini,terdapat pelbagai jenis antaranya “BRIM”,”ROHINGYA”,”HAJI PERCUMA” dan pelbagai lagi.

    4.wahai “kanak2” melayu islam yang ak kasihi sekalian, sedarlah sebelum terlambat.

    jaga diri tun.

  6. HBT456 Oct 24,2017 12:10 AM

    21. When dave thinks zakir naik is the good one, it for sure will scare away voters like without the choo choo sound.

    2

  7. Sri Sense Oct 24,2017 12:03 AM

    Salam Tun

    I wonder, kalau kawasan 3000 ekar tu hanya dipenuhi rakyat dari negara China tidakkah nanti rakyat Malaysia keturunan Cina berkecil hati. Big development tapi mereka not included.

    Tentang CEO MAS, ada kawan2 suka kalau Melayu jadi CEO, tak suka bangsa asing terajui MAS. Terasa diri seperti dijajah katanya, tapi Tun, kan ke PROTON pun dah CEO bukan Melayu, tidak pula kawan2 ini turut bising dan terasa diri seperti dijajah 🙂

  8. zulu Oct 23,2017 6:28 PM

    “DPM: Govt seeking Interpol’s help to locate Jho Low”…LOL

    Main penchuri is still roaming around freely in Malaysia as PM…

  9. adelheid Oct 23,2017 5:02 PM

    Dear Tun,

    Najib’s government is going ape all out to make sure they win this GE. They will do everything in their will to win. Cheating the election has always been in their agenda. Also playing the scare and threat tactics on the civil servants and orang kampong.

    If you ask around you will know that the Najib’s government is going full speed gathering new voters. Those not registered as voters are registered by their respective kementerians or govt agencies and at the same time given some hard reminders to vote for BN if they want to sustain their livelihood in the civil service. They are being cornered and threatened by Najib’s government.

    Tun, I hope and I pray that Pakatan Harapan will do something about this. Najib and his UMNO BN will do everything in their powers to win this GE14. They cannot afford to lose.

    Take good care dear Tun Dr Mahathir.

  10. Dave Copper Oct 23,2017 2:36 PM

    Ingat Akhirat
    I am not here to be liked, I am here to voice my voice.
    But I was wondering why you read my posts all the way to those dated April 2017.
    I don’t need you to read my posts, so stop reading them now. Choo choo…go away, go to Syria.

    HBT456
    I am sure you know what I am writing…just read between the lines.
    For a start, I don’t like public canning…

  11. HBT456 Oct 23,2017 1:33 PM

    15. You still dont get it, dave copper?

    16. Just go and tanya2 our malay, you will know the difference between zakir naik and dsn.

    17. From there, you will find out the logic behind all these noises.

    18. Once you able to find it, then, you will know can or cannot.

    19. Even though i am not muslim, i cannot accept public canning of muslim.

    20. Therefore, i will not vote any political parties that accept such public canning.

  12. Ingat Akhirat Oct 23,2017 1:10 PM

    Yenna Dei Dave…
    If you put Dr Zakir Naik and Najib in the same category….. hahaha it only confirms you’re idiotic. You don’t need to visit a psychologist / Mental Health Doctor to establish your silliness, it’s already concluded, and you are definitely a crazy, stupid m@nkey.

    Everyone here doesn’t need to waste their time reading your foolish comments. It’s sickening.
    No wonder many readers put their hate and dislike over you (Another prove of your insanity).

  13. rodin Oct 23,2017 12:11 PM

    Seperti biasa org melayu berkata, biarlah apa najib nak buat asal kita dpt brim setiap thn. Penjawat awam, asal gaji naik dan dpt bonus. Pegawai tinggi kerajaan, janji blh tambah kekayaan. Ulama pula, najib menguruskan mengikut sunah dan dia dipilih tuhan utk memimpin kita. Wajib taat. Klu d jajah semula pun kita bersedia mkn ubi kayu dan kangkung. Org bangsawan mkn daging. Lihatlah betapa ramai rakyat malaysia yg bersedia menjadi PELACUR. TAHNIAH MALAYSIA!!!!!!

  14. asahamat Oct 23,2017 10:48 AM

    Assalamualaikum wbt Tun.

    Tanah Melayu (TM) sejak 1511 mula terjajah. Bila dapat kat British, TM tukar jadi Malaya. Pd 1957, Malaya merdeka sebagai Malaya.

    (2) Semasa Malaya dlm British, British kuasai estet, lombong, kilang, pelabuhan dll. Semua ini British urus dgn kuli dibawa masuk dari China, India n Nepal. Melayu zaman British dok nganga terkebil2 tengok Malaya British samun.

    (3) Akhirnya Melayu marah. Malayapun merdeka pd 1957. Malaya merdeka dgn tradeoff yg pedih. Estet, lombong, kilang dsb hak British dulu kekal, masyarakat kuli Cina n India juga terus kekal duduk dan jadi rakyat Malaya utk terus jaga kepentingan British. Bilangan orang Melayu secara relatif jadi minoriti. Melayu pula, kekal kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

    (4) Malaya merdeka jadi Semenanjung Tanah Melayu (STM). Tapi bila Malaysia ditubuh, STM tukar jadi Semenanjung Msia (SM).

    (5) Akhir2 ini, China pulak masuk. China pakat buat penempatan, perlabuhan dan industri di Msia. Melayu ada yg sedar. Model British kembali berkuasa di Msia. China koi mengukuh di Msia. Melayu koi marah.

    (6) Cuma kali ini, kemarahan Melayu, apakah akhirnya? Apakah ini akan hasilkan kembali Malaya, STM, SM atau Msia “balik bebas merdeka”? “Kemerdekaan” kali ini, apakah tradeoffnya?

    (7) Yg pasti dlm 2-3 tahun mendatang, Melayu hanya akan mampu beli rumah yg harganya RM150-200K yg “tiada” sebab GST yg Melayu “izinkan” adalah pisau yg akan menyembelih Melayu sendiri.

    Tun, your PH need to talk 1MDB n FGV issues along my above projection.

  15. Dave Copper Oct 23,2017 10:38 AM

    Dear Ingat Akhirat,

    As far as I am concerns, Dr Zakir Naik and Najib are in the same category, either they are both Good or Both Evil.

    If Dr Zakir Naik was evil, why the rest of the world are banning him but Malaysia is accepting him?

    If Najib was evil, whey the rest of the world is investigating him but Malaysia is protecting him?

    Therefore, both of them are Good.

    I don’t know you, but you should go back to school to understand my writing.

    P/S: I think you are the one being “Brainwashed”, not me, because I said: “Not anymore”.

    I advocate harmony, but you disagree with me, therefore you must be an evil advocating disagreement, hatred, fighting, and disharmony.

    If you like fighting, go to Syria, Malaysia doesn’t like evil people like you.

  16. Dave Copper Oct 23,2017 10:20 AM

    Dear Izwandy Ibrahim,

    I agreed with you, language is not the main issue, but chauvinism is.

    Because, Chinese is not a bahasa asing, the language is part of Malaysia education system is widely spoken and taught in government schools. Saying Chinese is a Bahasa asing also implying that Chinese are orang asing, therefore, some Chinese will be upset and the votes won’t go to PH.

    The rest of what Tun mentioned are hear-says; that’s why Tun uses a lot of words such as: “dikatakan”, “Ada yang berkata”, and he uses a lot of suppositions. When you suppose, and assume, you make an ASS our of U and Me.

    Malaysia money has already been invested in China-Malaysia Qinzhou Industrial Park (CMQIP) in China.

    Reciprocally, China is pouring money back to Malaysia in the form of a sister park: Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) in Malaysia.

    These are win-win situation, I can’t see why people are making it a fuss?

    The only reason is, the project doesn’t benefit his pocket, that’s all.

  17. Dave Copper Oct 23,2017 9:50 AM

    RD

    You said: “– Malaysians, regardless of race & religion, are excluded from having anything to do within those fortified premises.”

    Seriously?

    Have you check facts before posting your stupid comment here?

    Behind these so called “fortified premises” we have got Kuantan Port Consortium Sdn. Bhd, in which the CEO is YH Dato’ Ir. Haji Khasbullah bin A. Kadir, the GM of Finance, HR & IT is YH Dato’ Azahari bin Dato’ Hj Muhammad Yusof, the GM of Legal and Admin is Selvarajah Nallapan, The GM of Infrastructure & Technical is Ahmad Kamil Bin Shaharudin, and the GM of Operation is Mazlim Husin.

    All of the above personal in their top management team sounds like Malaysians, Malays, Muslims to me, don’t they?

    So I have decided that the rest of your comments are not worth my time. I’ll stop here.

    Because, RD you are just another brainless zombies reacting to hear-says.

    You are lazy and have no brains.

  18. musato Oct 23,2017 1:06 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Terima kasih pada yang berterima kasih pada saya kerana saya mengaku saya itu dan ini. Yang bermaksud memudahkan beliau memahami dalam mengikuti perjalanan politik Tun Mahathir. Sementelah berdepan dengan kerajaan klepet sekarang.

    Dan itu adalah tujuan saya. Terima kasih sekali lagi kerana memberitahu tujuan saya itu sampai.

    Saya sendiri saya rasa saya bukanlah seorang yang percaya melampau pada mistik dan misteri melainkan saya dapat melihat dengan mata kepala sendiri atau pernah laluinya.

    Kerana itulah juga saya mengaku tentang penyelesaian MH17, kerana tentulah bagi diri saya sendiri, saya tidak akan bertindak melakukan sesuatu melainkan saya tahu apa dan kenapa ia perlu dijalankan.

    Dozen (12) person bergadai nyawa menempuh halangan halangan yang amat bahaya serta melalui perjalanan yang panjang sambil berpuasa pada bulan Ramadhan.

    Sehinggakan setelah selesai operasi, pakar komunikasi dozen person secara live di tv1, masih mengaku tidak tahu siapa yang mengarahkan mereka untuk ke sana, melainkan beliau terpaksa percaya ia adalah arahan dari PM Najib.

    Bergadai nyawa untuk negara serta meninggalkan anak isteri dan keluarga demi tugas yang bahaya, iaitu memasuki kawasan perang yang aktif.

    Bagi saya kes MH17 dan MH307 adalah kes yang berasingan.

    MH307 saya tiada petanda yang jelas sampai kepada pengetahuan saya, selain dari Tun kata ia adalah kerana teknologi canggih yang melakukan kehilangan MH307.

    Terima kasih Tun.
    Itu adalah satu contoh.

  19. musato Oct 23,2017 12:34 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Saya pun terfikir perkara yang sama bila naik ke Genting baru baru ni.

    Mana dia bahasa kebangsaan? Restoran halal entah ada entahkan tidak.

  20. Hajar Oct 21,2017 5:21 PM

    Salam YAB dan Yang DiSanjungi Tun,

    1. PILIHANRAYA

    SPRM sudah jadi alat kepada rejim Najib untuk melumpuhkan musuh politik.

    Kes wang SRCI berjumlah RM42 JUTA yang masuk ke akaun peribadi DSN bila mahu diselesaikan? Mengapa tidak ditahan reman saja DSN? Takut kena pecat, turun pangkat atau dipindahkan agaknya. Percayalah, rezeki kita Allah SWT yang tentukan. Yang penting kita berusaha.

    PM Najib @ Ah Jib Gor dalam keadaan amat terdesak. Dah tak lama dah tu.

    2. ESTET INDUSTRI

    Siapa yang meluluskan penjualan tanah seluas 710 ekar (menurut berita terkini dari Malaysiakini) ini kepada pemilik asing (2 entiti) dari Negara China?

    Adakah ia berstatus ‘HAK MILIK KEKAL’ seperti yang berlaku di ‘Forest City’.

    Siapa pula yang bagi kebenaran untuk bina ‘Tembok Besar China’ di Malaysia? Betulkah mereka guna wang asing untuk berurusan?

    SPRM mesti siasat situasi yang pelik ini. Sumbat saja mereka yang KHIANAT terhadap Negara ke dalam lokap SPRM seperti yang SPRM lakukan kepada ahli-ahli politik dari parti Warisan. SPRM jangan amalkan pilih kasih.

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  21. Ingat Akhirat Oct 21,2017 8:54 AM

    Dei Dave Copper,
    Referring to Chedet – Respect Malaysia, April 2017, this is what you have said in your comment of Apr 25, 2017:
    “….In short, none of the money laundering or other allegations against our Dr Zakir Naik or PM has been proven, therefore, I believe Dr Zakir Naik and our PM are pure and innocent.
    Dr. Zakir Naik has my respect
    So as our PM”.

    Are you NUTS ?
    Please don’t mix your writings with Good and Evil, just to blind readers and to please your Evil Idol, Najib.
    Also, don’t equate Dr.Zakir Naik with Najib. One is a religious philosopher and the other is a notorious criminal… One provides guidance to heaven but the other ignores the day-after.

    Go back to school bro…

  22. Ingat Akhirat Oct 21,2017 8:19 AM

    Dei Dave Copper,
    You admitted you are “Brainwashed”, correctly said !! (refer Comment Policy dated April, 2017)
    Perfectly brainwashed to make you the only few Zionist Supporters in Malaysia or even the entire world. Zionist is the axis of Evil, and you said the Muslims are living in harmony with them…PHUIII !!!

    Take Care Tun, you are our SAVIOUR…

  23. HBT456 Oct 20,2017 11:38 PM

    8. Itulah sebabnya selepas merdeka berpuluh2 tahun, melayu masih jual nasi lemak di tepi jalan tanpa bayar cukai pintu cukai tanah atau sewa kedai kepada kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan.

    9. Adakah ini salah elite kerajaan negeri, kerajaan persekutuan atau sendiri, we leave it for ibrahim to decide.

    10. Di mata dia, hanya dia saja yang betul.

    11. Jika perjuangan ini masih diteruskan, later on he will still ask the same question.

    12. Kenapa aku ini masih miskin?

    13. Being the perdana menteri for the malay memang susah payah.

    14. Good luck to you dave copper.

  24. rimba.emas Oct 20,2017 11:14 PM

    Salam Tun.

    1. Astafirullahala’zim apa nak jadi dengan negara kita ini. Rakyat negara sendiri telah di jadikan musuh. Semuanya kerana fulus (wang).

    2. Estet atau satu penempatan tertutup dari rakyat Malaysia di biarkan bermaharajalela membina kerakyatan sendiri atau adakah ada pembelot yang menjualnya kerana fulus ? Siasat..!!

    3. Pasti akan keluar pihak berkuasa akan menjadi pembelanya. Seorang yang tidak berani di ganggu gugat oleh rakyat Malaysia.

    4. Tun tentang MAS pula yang mengganggu tumpuan kita rakyat bila wang milik pekerja rakyat Malaysia iaitu KWSP juga yang disebut oleh PM Malaysia.

    5. Turut terlibat duit rakyat Malaysia yang tidak menyokong beliau atau Parti PM . Sama seperti mana GST turut di paksa bayar juga oleh rakyat yang tidak menyokongnya.

    6. Kenapa asyik-asyik kita rakyat juga yang terpaksa membayar wang hutang yang di buatnya melalui GST serta duit rakyat juga untuk projek-projek yang di ciptanya.

    7. Seorang rakyat Malaysia yang bernama Mohd Najib bin Tun Abd Razak yang telah mengguna gelarannya sebagai PM untuk memaksa kita membayar semua perkara yang tidak kita suka melalui kuasa yang dia ada.

    8. Selagi ada orang yang menyokongnya terutama golongan yang bergelar penguatkuasa maka rakyat tidak akan dapat menghentikan perbuatan salah lakunya.

    9. Rakyat hanya ada kuasa dalam pemilihan wakil rakyat itu pun memerlukan jumlah ramai pada Parti yang di pilih.

    10. Ini adalah satu RAYUAN KEPADA RAKYAT Malaysia bahawa pada Pru 14 inilah sahaja kuasa rakyat di hujung tanduk dapat mengubah Parti memimpin kerajaan Malaysia.

    11. Tiada lagi percubaan atau peluang kedua , rakyat kena bertindak cepat untuk mengubahnya berkorban bersatu sesama rakyat seluruh negeri-negeri demi menyelamatkan sebuah negara bernama Malaysia.

    12. Rakyat boleh ! muda yang layak serta tua berganding bahu bersama niat di hati berkorban untuk turun mengundi Pakatan Harapan memberi arahan atau mandat kepada pemimpin yang di pilih mengubah segalanya yang terbeban dan salah.

    13. Moga segala usaha ini dirahmati tuhan demi agama, rakyat dan negara Malaysia. AMIN.

    Wallahua’lam.

  25. Izwandy Ibrahim Oct 20,2017 6:53 PM

    Dear dave,
    I assume you are malaysian. Lets me give my opinion in bahasa malaysia.
    1) bukan kerana bahasa yang dimaksudkan oleh tun.,secara dasar saya percaya sebesarmana pun kawasan estet ( perindustrian) dengan mendirikan tembik yg besar sekali pon ini menunjukkan ada sesuatu kelainan yang berlaku di tanah pahang.saya percaya anda pernah melihat kawasan yg dikelasifikasikan sebagai ‘free zone trading’ aka kawasan bebas sepertimana di port kelang , tidak ada langsung tembok sebegini besar ada memencilkan diri. Saya sendiri orang kuantan yang gusar akan keadaan ini. Mana mungkin mereka bebas melakukan apa shj di tanah berdaulat PAHANG kecuali ada orang kaya pahang yang mengizinkan. Banyak peluang dan hak2 anak2 pahang terhakis disebalik tembok ini. Apa yang mereka cuba lakukan di sebalik tembok ini dan tolong jangan neri jawapan yang memperlihatkan anda kurang cerdik. Sekali lagi apa yg tun maksudkan hanyalah kiasa dari segi penggunaan bahasa. Tolong dalami dahulu isu2 yg cuba disampaikan.
    2) untuk pengetahuan awak, sedangkan kawasan perindustrian gebeng pon masih lagi ada kekosongan.. kenapa tidak sahaja penuhi dahulu dan baru lah dibuka kawasan estet industri yang baharu.. ( estet di sini tidak bermaksud ladang getah/kepala sawit. Jangan nanti tuan cakap merujuk kepada ladang getah / kelapa sawit sudah lah.)
    3) apa perlu kita bawak masuk tenaga dr negara tembok besar untuk buat tembok besar di tanah berdaulat pahang? Apa perlu peluang anak2 pahang dinafikan di atas tanah daulat pahang?

    Tuan, ini bukan sahaja mengenai bahasa tetapi mengenai tanah daulat bumi pahang yang digadaikan oleh ORANG KAYA PEKAN .. i

  26. RD. Oct 20,2017 3:50 PM

    Dave Cooper.

    “What’s the fuss”

    The fuss are about:-

    – Malaysians, regardless of race & religion, are excluded from having anything to do within those fortified premises.
    – If its good for the Rakyat and country’s economy, why was there so much secrecy about this ‘Industrial Estate’ in Kuantan?
    – What are these foreigners manufacturing there? ECRL’s project? Chemical Weapons? Drug? Traditional ointment/medicine/drugs… originated from endangered species… etc. etc.
    – Are those 3000 acres of industrial land sold to foreigners, freehold too?
    – Was the land being sold, traded or pawned due to 1MDB’s debt rationalization?

  27. zulu Oct 20,2017 2:31 PM

    His father unlocked his sarong at the wrong time and people of Malaysia suffering
    now due to the the birth of a Najis of Malaysia.

  28. Dave Copper Oct 20,2017 1:17 PM

    Dear Tun,
    It is perfectly okay that the signage of the industrial park doesn’t use national language.
    Your mega project also doesn’t use our national language.
    Suria KLCC for example.
    Suria is a Sanskrit word means the Sun, in Nepal and India.
    KLCC is the abbreviation of Kuala Lumpur City Centre.
    Multiple currencies are being use in KLCC, many foreigners are being employed and work inside KLCC.
    What’s the fuss?

Leave a Reply