TOTAL VISITORS FROM 2008:

DARUL PENYANGAK 26

1. Kita sekarang berada dalam negara penyangak atau kleptokrasi. Dalam Darul Penyangak pemerintah mencuri. Cara mencuri ini berbeza tetapi matlamatnya sama. Matlamatnya ialah mencuri duit rakyat dengan cara halal dan lebih kerap dengan cara haram.

2. Demikian 1MDB. Syarikat ini ditubuh khusus untuk mengadakan wang untuk dicuri. Prosesnya mudah. Syarikat pinjam berbillion Ringgit dengan jaminan Kerajaan. Duit itu dilabur dalam syarikat yang tidak wujud yang memiliki telaga minyak hanya dalam kertas. Sebenarnya duit itu dimasuk ke dalam akaun orang tertentu, dipindah dari sebuah bank ke sebuah bank, di negara-negara yang berlainan. Akhirnya duit itu terdapat dalam akaun MO1.

3. Apabila MO1 ditanya dari mana datangnya duit berbillion itu, jawapannya mudah sahaja. Arab derma.

4. Dan AG pun mengesahkan. Tidak ada apa-apa salahlaku. Dan ini disahkan pula oleh MO1 iaitu oleh pencuri sendiri. Kes tutup.

5. Dalam cara yang halal, cukai GST diadakan, subsidi dihapus dan lain-lain. Halal dari segi undang-undang. Tetapi bagi rakyat, kesan tidak berbeza dari curi.

6. Dalam negara Darul Penyangak pula, jabatan-jabatan sibuk mencari duit. Jabatan Cukai menyerang syarikat kerana kononnya tidak bayar cukai. Syarikat jelas bahawa semua cukai sudah dibayar. Resit dan buku akaun ditunjuk.

7. Tetapi jabatan cukai dakwa ada cukai yang belum dibayar selama 10 tahun ke belakang. Jumlahnya ialah 50 million Ringgit. Bayar 50 million atau tindakan akan diambil.

8. Jika bantah, atau dakwa di mahkamah, sementara itu semua duit dalam bank dibekukan. Syarikat tidak dapat berniaga. Nak bayar gaji pun tak boleh. Sudah tentu tak dapat bantu parti lawan. Yang akhir ini ialah tujuan utama.

9. Jabatan pencegah rasuah pula menuduh seteru pemerintah terlibat dengan rasuah. Sementara bukti dicari tertuduh ditangkap dan dihadiah baju oren bertulis “lokap”. Pemberita dijemput untuk ambil gambar. Masyarakat dapat lihat penjenayah yang belum terbukti salah.

10. Sekali lagi beku akaun bank. Duit beku tidak boleh diguna untuk politik. Terselamatlah penyangak Darul Penyangak.

11. Banyak lagi cara yang diguna untuk samun duit rakyat sama ada dalam syarikat, peribadi atau dengan cukai atau bayaran ciptaan. Bekalan elektrik boleh dipotong kerana kononnya pengguna merosakkan meter. Bekalan boleh disambung jika ratusan ribu dibayar kerana kononnya mencuri tenaga elektrik.

12. Sementara itu jika penyangak yang menguasai Darul Penyangak diketahui jelas melesapkan berbillion wang pemerintah, badan-badan tertentu tidak berbuat apa-apa. Walaupun dunia tahu penyangak yang memimpin mencuri, walaupun laporan dibuat oleh Bank Negara, BPR dan PAC yang jelas membukti siapa yang mencuri tidak ada apa tindakan diambil.

13. Maka hidup mewahlah kepala penyangak dan anak penyangak dan konco-konco.

14. Malangnya duit yang disauk adalah duit yang dipinjam. Dan pinjaman mesti dibayar. Tak mengapa. Jual bond. Cukup laku kerana banyak dana simpanan rakyat dikuasai oleh penyangak. Maka dana seperti KWSP, Tabung Haji dan lain-lain pun beli dan pemerintah Darul Penyangak pun dapat bayar hutang lama dengan hutang baru. Dengan itu Darul Penyangak masih menanggung hutang.

15. Jika duit yang dari hutang baru tidak mencukupi, tak mengapa. Negara boleh dijual. Sekeping demi sekeping boleh dijual. Hasil jualan diguna untuk bayar hutang dan sebahagian lagi disapu oleh penyangak.

16. Dengan itu selesailah hutang. Tetapi Darul Penyangak sudah dimiliki orang. Dan rakyat pun jadi hamba kepada pemilik negara yang baru.

26 thoughts on “DARUL PENYANGAK

  1. anti rasuah Oct 31,2017 7:57 AM

    Assalamualaikum.

    PRU14 semakin hampir. Pada hemat saya Malaysia jauh setanding demokrasinya berbanding negara-negara maju seperti Amerika Syarikat.

    Alangkah baiknya di negara ini untuk memilih Perdana Menteri perlu dibuat perdebatan bebas bertajuk “HALA-TUJU MALAYSIA UNTUK 5 TAHUN AKAN DATANG”. Disitu setiap rakyat diberi mandate memilih PM untuk 5 tahun akan datang. Kriteria PM wajar diperinci, adakah wajib beragama Islam kerana Malaysia negara Islam, bangsa tidak penting tetapi wajib fasih berbahasa kebangsaan Melayu dan wajib ibu-bapa bakal PM lahir di Malaysia dan sebagainya.

    Tanpa perdebatan dan amalan formula lama, negara kita akan berada ditakuk lama dan lahirlah PM yang bodoh-bodoh seperti Abdullah Badawi dan Najib. Contohilah kelahiran seorang ulama, bukan lahir kerana bapanya ulama tetapi ilmu dan ketohonannya. Ada pun datuknya ulama tetapi cucunya tidak seperti ulama. Ada pun bapanya PM tetapi anaknya seperti penyangak.

    Berdebat bukan bererti siapa yang bercakap berapi-api dan berbahasa berbunga-bunga itu lebih baik tetapi idea yang dilontarkan perlu meyakin rakyat untuk mentadbir Malaysia untuk 5 tahun akan datang.

    Yang rugi Negara kita walaupun ramai orang bijak tetapi pemimpin yang ada terlalu bodoh dan bahalol untuk diberi mandate besar mentadbir sebuah negara.

    MALAYSIA RUGI SELAMA 14 TAHUN ( 2004 – 2017 ) SELEPAS TUN MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PM. SELAMA 14 TAHUN MALAYSIA DITADBIR OLEH PM YANG TIADA KUALITI SEBAGAI PEMIMPIN.

    RUGI DAN BUANG MASA MEMPUNYAI PM YANG HAMPEH. TERKESAN EKONOMI SEMAKIN TERUK, HARGA BARANG MELAMBUNG, MATA WANG TERUS MERUDUM, HUTANG NEGARA SEMAKIN MENINGKAT, KORUPSI BERTAMBAH SUBUR, SALAH GUNA KUASA MENJADI-JADI DAN SEDIKIT MASA LAGI JIKA INI BERTERUSAN PM AKAN SEPERTI FIRAUN YANG DIKELILINGI BANGSAT-BANGSAT BAKAL MENJADI AHLI NERAKA KERANA MENJAGA TEMBOLOK KELUARGA DAN SANGGUP MENYUSAHKAN RAKYAT… WAJARKAH KITA MAHU KEKALKAN PM DAN PEMERINTAH SEPERTI INI ???

    Wassalam.

  2. HBT456 Oct 29,2017 10:30 PM

    17. One must be wondering what choice would the son of mr lee hsien yang make in the near future for commiting the crime in publicly critisizing the pm who happened to be his uncle?

    18. Will he submit and turn himself in to be trialed and jailed under the highest court of singapore?

    19. Or will he seek asylum in the united states of america, and give up his citizenship of singapore?

    20. Se cerdik pun, anti- rasuah hanya satu politikus di tanahair negara.

    21. Pride and prejudice, only anti rasuah ada, kaum lain tak da?

    22. Therefore, do not judge others so that you will not be judged.

    23. After this general elections, there are plenty a head for the wannabes to pounder.

    24. Whoever gets the majority, the winner will form the cabinet.

    25. Whoever become the pm, life will go on as usual.

  3. anti rasuah Oct 27,2017 11:00 AM

    Assalamualaikum.

    Neezam72 ni nampak “bijak” tapi kurang cerdik.

    Wassalam.

  4. Hajar Oct 26,2017 9:46 PM

    Salam YAB dan Yang DiSanjungi Tun,

    1. Kenyataan Tun: “13. Maka hidup mewahlah kepala penyangak dan anak penyangak dan konco-konco.”

    Tun tertinggal seorang yang teramat penting iaitu ‘isteri penyangak’.

    2. Saya sudah begitu mual dengan segala tohmahan dan fitnah PM Najib dan konco-konco beliau (termasuk yang ada di sini) terhadap Tun.

    3. Rakyat tidak akan lupa kepada segala jasa dan pengorbanan Tun selama 22 tahun Tun menjadi PM.

    4. Tun M bersusah payah tebus tanah kita (Guthrie – Dawn Raid 1981) dari penjajah, Si Kepala Penyangak pula sibuk menjual tanah kita kepada penjajah baru.

    5. Banyak perajurit gugur kerana mempertahankan tanah air kita dari pengganas Komunis, tetapi senang-senang saja di Kepala Penyangak menjual tanah air kita kepada negara China Komunis.

    6. Si Kepala Penyangak memang pengkhianat negara.

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  5. beliajb Oct 26,2017 7:13 AM

    Salam tun..

    Musato,

    Hrp dpt buat pembetulan pd tulisan kamu dlm komen di atas yg bbunyi “mungkin tun anggap tun razak spt ayh”

    Tahukah kmu umur mereka tidak jauh beza pun. Tun razak lahir 1922. Tun M lahir 1925. Yg dikenang tun m adalah jasa tun razak, tp tlalu jauh jika anggap sbg ayah. Jika abg, mungkin bnr.

  6. Anak.muda Oct 26,2017 1:18 AM

    Assalamualaikum tun.

    1. Teringat saya dulu dalam temubual bersama tmj yg saya baca di internet tmj ada bertanya kepada orang dalam kerajaan tentang mengapa orang dikawasan pedalaman pendidikan mereka tidak dinaik taraf?

    2.jawabnya senang sahaja bila pelajaran tak tinggi kita jadi bodoh.dah bodoh miskin pula.orang macam ni sangat senang untuk dimanipulasi.najib hulur “gula-gula”sikit terloncat2 gembira mereka menerimanya.jadi untuk orang mcm ni saya rasa dari dedak lebih baik dipanggil gula2 sahaja sbb sy rasa penduduk pedalaman ni x sedar pn tu duit haram.

    3.tapi yang dah berpendidikan tinggi jadi menteri itulah yang betul2 bengap dan bebal sebenarnya.duit dah terang2 haram nak jugak.binatang je yg x reti halal haram.tapi bila dipanggil binatang sebab makan dedak tahu nak marah pulak.

    4.jadi bertambah malanglah darul penyangak yang diperintah oleh binatang2 yang bengap lagi bebal ini.

  7. Mat.Tandang Oct 25,2017 11:14 PM

    Salam Tun,
    1.kepada blogers Pencacai murahan balaci hina pengampu najib, anda semua macam tak pernah lepak kat kedai mamak ke? Di tempat rakyat jelata Malaysia ni melepak dan apa keluhan rakyat jelata ni yang undi di tangan mereka.
    2.untuk maklumat anda semua kami orang orang tua dan muda tunggu pru14 sahaja. Kami menunggu masa sahaja nak bagi kemenangan 100% kepada PAKATAN.
    3.najib umnobnpas tak berani nak umum, makin lama bertangguh tangguh makin jahanam umnobnpas.
    4.jadi selepas bentangan bujet gula gula mimpi indah, cpt cpt umum sementara masih manis ni.
    5.tv1 baru habis buat bayangan bujet 2018 tadi, dimana pengacara bukan main lagi jilat ampu junjung segala ampu yang hebat keluar semua, dan tambah lagi 2 org jemputan, salah seorang wakil pakar ekonomi university tempatan, tapi dia punya jilat ya rabbi memalukan, potong bujet untuk pendidikan pun tak apa katanya, kata nya lagi kami memang kuat hadapi cabaran, ya rabbi banggangnya, memang nak muntah tengok tapi apakan daya tengok jugak untuk maklumat, paksa diri ni tengok walaupun mengeletar.
    Nanti nak sembang ada maklumat,

  8. musato Oct 25,2017 7:44 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Hah…Tun anak beranak dah kaya dah berjawatan tertinggi, nak apa lagi?

    Tun nak balas budi Tun Razak yang buat hidup Tun bahagia. Mungkin Tun anggap Tun Razak macam ayah sendiri. Jadi Najib sebagai penerima anugerahnya.

    Tapi setahu saya, sesiapa rakan kepada arwah ayah saya, saya perlu menghormati dan berbaik dengan mereka.

    Cuma dalam hal Tun Razak ni, Tun buat baik pada anaknya, bukan rakan rakan rapat Tun Razak.

    Orang berbudi kita berbahasa. Kerana Tun Razak, kehidupan Tun yang terbuang dan malap menjadi cerah kembali.

    Tun dapat realisasikan ‘Malay Dilemma’. Sudah tentu Tun amat berterima kasih kerana bukan sahaja dapat kemewahan wang ringgit, tapi dapat juga kuasa untuk mengubah serta melaksanakan apa yang Tun mahu laksanakan sebelum itu yang menyebabkan Tun ‘menderhaka’ pada Tunku Abdul Rahman.

    Sebenarnya saya sedar, Tun juga beri saya sama seperti yang Tun dapat dari Tun Razak. Kuasa. Bukan wang ringgit. Perasaan terima kasih yang tidak terhingga.

    Tapi sekarang, Tun turun berhimpun bersama rakyat. Rakyat yang pelbagai peringkat. Maka kita akan lihat juga pelbagai peringkat pandangan mengikut kesesuaian masing masing.

    Seperti saya kata, Tun bagi saya sama seperti yang Tun dapat. Tun pendengar yang baik. Seperti mana Tun menjadi pendengar yang baik, maka itulah hasrat kita untuk darul penyangak mendengar dengan baik.

    Dah sudah tak mahu dengar pun tak apalah. Kita langgar sahajalah. Kita pun bukan sebarangan orang.

    Apa sangatlah dengan ‘lanun Bugis’. Orang pancung kita pancung. Orang libas kita libas. Itukan namanya ‘qisas’?

    Terima kasih Tun.

  9. asahamat Oct 25,2017 7:13 PM

    Assalamualaikum wbt Tun.

    Tun, biar saya kembangkan sedikit saranan saya agar Tun jgn sekali2 “hangat hati, dedam dan benci” lalu hilang sifat dan sikap keNegarawan Tun. Jika saya terkasar, not my intent dan minta maaflah.

    (2) Nik Aziz, his style was low profile but humble. He truly had shown “an under dog image selling strategy”. He won to the heart of Kelantanese. Nation-wide, people also had great “silent respect” in him. Tunpun payah nak unroot him. Worst KJ during PRU12, with his gangs, shown off the “gedebe style” in KB, that made UMNO lost badly.

    (3) Hadi is having “tough time to depart from Nik Aziz’s shadow” just as Najib MO1 want to b out of bayangan Tun. So, Hadi being Hadi, he is now potraying “his upper hand image” not only to b accepted as “Mahaguru PAS” but juga utk pastikan PAS terus subur. PAS kini ingin berwajah Hadi n Ganu Kita no more Nik Aziz n Klate. Dlm dilema politik Melayu kini antara UMNO n Bersatu-PKR-Amanah, Hadi is working hard to show off “he is on the upper hand to be the Malay King Maker”. Let him with his experiment, but as humble Malays we should just be open to PAS, but never waste our time on them.

    (4) Najib MO1 is trying to run the Nation along a pure corporate strategy. He has logic. Razak had ran the Nation through pure public enterprise. Tun ran the Nation through semi-public-corporate. Najib MO1 believe time to go 100% corporate to tape into the volatile Capitalist world opportunities. He can’t achieve V2020, but at least he want better GNP gain by other means. With such gain, he then can make Malaysia as Welfare State. But, Capitalism is never Allah approved way of governance, so I believe it is with Allah disapproval that he failed. Allah failed him for His purpose. I have strong conviction that Allah wants the Malays must n to b Muslim, not Capitalist.

    (5) But Najib MO1 has strong believes in his strategy. He made all those Corporate Stylist people to b arround him. These r the people, I believe would b capable to “swing” all those that had buy into all these while Tun n PH campaigning among the young and educated. These r the group that may constitute 55-60% of our voters. Najib MO1 aims to win them over. KJ, I observed is working hard on it with his TN50 thing. PH Armada jgn pula tiru gaya ini. Your PH Armada still look, sorry “hingusan” to me. With BR1M n alike, Najib MO1 can “swing” majority of the B40 group.

    (6) With these presumptions, I can see Najib MO1 is buying time and working hard to ensure B1M, TRX, ECRL, Kuantan China-Gate, Johor FC, Malacca Gateway etc to kick off. With such, he will presented his Corporate Governance Strategy to the whole Nation to take as “real n sure future of the Nation”. Tun, in time of desperado, I believe if such is happening, the Nation will throw their support to Najib MO1. The rakyat is in deperate of HOPE. Najib MO1 will present the “solid new hopes” to them. PH will then silap2 boleh ternganga terkebil2. Mudah2an tidak sebegitulah. But we must be ready to face it because, Najib MO1 is in the upper hand side of advantages

    (7) Maka sebab itu, sifat dan sikap keNegarawan Tun jgn sekali2 boleh dipesongkan. You is the strength of PH. Your voice should focus on how to do better than Najib MO1 can n will do. You should as well, I believe, b able to wisper to DAP esp LKS, LGE n Tony Phua, tak sah dok ke depan sangat kutok Najib MO1, nanti Melayu marah n pakat tak sokong PH.

    Semoga sentiasa Allah mengekalkan kita di jln perjuangan yg benar. Kita sabar cekal dlm semua keadaan.

  10. Mat.Tandang Oct 25,2017 4:58 PM

    Salam Tun,
    1.sedih betul saya tengok Ada lagi komen dari pengampu murahan hina upahan najib dlm blog ini.
    2.tapi nak halang pun tak mampu, memang kepala otak penuh dedak atau penuh dgn bebalan bodoh tak boleh di ajar, cerdik tak boleh di ikut.
    3.mereka ni pengampu tegar najib, full stop.
    4.kau tunggu pru14 ni baru tahu langit tinggi rendah.
    5.100 hari selepas pemerintahan PAKATAN ialah hari pembersihan dajal umnobnpas, bermula dgn najib rosmah akan disiasat sampai setiap bulu pada tubuh badan akan di tanya,
    Selepas itu menteri terutama said kruak nazri cacai Aziz ku nan semua tu akan di siasat sampai bogel licin, kau tunggu,
    6.blogers upahan najib pun kena sekali atas kesalahan melindungi kesalahan najib dan mengambil dedak,
    7.ini arahan dari rakyat Malaysia, minta najib bubar parlimen secepat mungkin dan umum pru14 secepat mungkin,
    Ini arahan, full stop

  11. asahamat Oct 25,2017 4:44 PM

    Assalamualaikum wbt Tun.

    From my observation, Najib sort of had successfully cornered Tun n PH. First, by behaving indifferent, lengai, he had made your factual on 1MDB, FGV, GST, n huge debts becoming basi n cemuih. Rakyat dah cemuih dgn isu bertubi dan berulang2 ini. Ini tabii Melayu. Secondly, by going personal on you, I believe that had aggitate you. Najib MO1 syok Tun mula melatah!

    (2) Zahid (kaki pukoi Najib MO1 lah) kata Tun Kuthi. Tun kata Najib MO1 Bugis penyamun. Pakat main lawan “mengata”. So much so, Tun you began to loose your statemanship aura. Those r matters of Najib MO1 greatest interest.

    (3) Tun, keep up to your statemanship virtue. Never lost it. That is your aura. That is PH strength. Never lost to Najib MO1 kidding strategy. Have good rest. Have fresh thought. Don’t dirty yourself with the feel of “hangat hati (worst than marah), dendam dan benci”. B cool
    Tun. Cool is you. Don’t lost it. Bab mengata ni, bagi kat orang2 lainlah Tun.

    (4) Many times, I had said, our rakyat had understood all the issues effecting their future. They want to know exactly what PH can n will do. Matter of putting Najib MO1 to jail, will not ease the rakyat problems. Similarly, to get Anwar out of jail, means nothing much to the rakyat. To me those r mere small next administrative issues. Itu isu kacang butir. What there for the rakyat is more fundamental.

    (5) Why not, say you put a fight whereby come 2020, Msia Maju, Rakyat Aman Sejahtera, Pimpinan Bersih, Cekap dan Amanah. Elaborate on those for all strata of walk of Msia population.

    (6) I can agree that the issues of 1MDB, FGV, GST, debts etc should continue b raised to warm people hearts, but again those should b focus on different ways at the Kampung level. Rakyat bandaq, depa tau dah benda ni, depa dok sesak dan nak dengaq jln keluar yg jelas. Rakyat Kampung tak brp nak nampak
    lagi macamana semua isu itu boleh gugat masa depan mereka. You need
    more down to earth approach utk bangkitkan “kegeraman rakyat” pd Najib MO1 di Kampung2 n Felda.

    (7) I’m real worried, rakyat dah mula cemuih with your n PH “tibai” approach. I began to sense such. Ibarat mak pak yg hari2 dik bergaduh, last2 anak2 pakat tak heran dah. I also can see you begin to worn out. Najib MO1 for being the upper hand, he has all the resources to “U Turn” everything, except if Allah want it the other way round. You is an under dog. Let turn the under dog virtue to our best advantage. Bilal bin Rabah, for being under dog, with his humble n determination struggle on the truth, he is to this day being honored better as compared to Abu Lahab.

    (8) Sorry to say, Rafizi n Husam is now meleret2 to a point look petty. Kasihan Mat Sabu “your best trained cook”, he also look worn out n “frustrated”. DAP had not changed from their “arrogant hangat hati” campaigning approach. DAP couple by the dakyah from
    Najib MO1 camp had kept the innocent Kampung Malays distance from PH.

    Tun, it hurt to see you being hurt. It hurt to see people turning away or being indifferent from your rightous repenting struggle. I pray to Allah we b blessed with the best deed for the best of His Mahluk, Islam n this world.

  12. Politicalamity9 Oct 25,2017 3:16 PM

    aisay saudara neezam. kalau betul telahan saya 72 tu adalah tahun kelahiran saudara.dimana saudara masa TDM jadi PM? diamana saudara masa TDM tamat jadi PM? anda pernah berada di luar negara yg mana bila kita sebut kita dari Malaysia jadi kembang bontot bangga dan orang menyebut “ahhhh.. Dr. Mahathir…very good leader?” anda pernah ke luar neagara dan menyebut anda dari Malaysia dan orang hanya menyebut “mmmm… Malaysia”?

    betulkah ingatan saudara tentang pertelingkahan presiden, Daim dsbnya..atau hanya hearsay juga dan yang dibaca dari blog lain?

  13. Aktivis Islam Oct 25,2017 10:07 AM

    Assalamualaikum Tun,

    Minta maaf saya tidak akan menyokong perjuangan Tun dan ahli2 politik lagi, dari mula saya pnh katakan, politik itu kotor. Perjuangan Tun sukar nak tembus tembok najib razak. Hanya 1 jalan paling jelas, revolusi rakyat, Allah swt buka hati rakyat. Insan2 yg bukan berlandaskan politik, Tun blh nampak macamana org ramai menyokong perjuangan PPIM, saudara Yusuf azmi insan marhain shj. PRU bkn jalan untuk ketepikan rejim najib dan ahli2 politik. Harap kita semakin dekat dgn Zaman Khilafatun Ala Minhaj An-Nubuwwah sptmana didlm hadis. Semoga Allah bantu perjuangan rakyat yang ikhlas. Jazakallah.

  14. huda Oct 25,2017 9:53 AM

    Assalammualaikum,

    Saya berpendapat ada betulnya apa yang Neezam72 komen.

    Adakalanya saya begitu mual bila baca apa yang Tun tulis. Hentaman, kritikan keras, gelaran yang tak sepatutnya.

    22 tahun Tun jadi bos DS Najib, tempoh yang cukup lama saya fikir untuk Tun menilai kredibilitinya. Dalam tempoh itu adakah rekod DS Najib begitu bersih? Siapa penyumbang terbesar yang menaikan DS Najib dikedudukan sekarang.

    Sepatutnya Tun mengambil pengajaran bila Tun begitu bersungguh-sungguh menjatuhkan PakLah. Seingat saya zaman PakLah antara agenda utama beliau adalah memerangi rasuah.

    Waktu tu Tun begitu yakin PakLah jatuh, diganti dengan lebih baik. Tapi jangkaan begitu meleset. Hari ni Tun menjadi orang yang begitu merunggut. Adakah Tun yakin dengn cara yang sama menjatuhkan DS Najib Malaysia ni akan jadi lebih baik?

  15. milshah Oct 25,2017 9:44 AM

    Assalamualaikum Tun,

    Tun telah menerangkan secara terperinci bagaimana negara yang diurus oleh pemimpin pencuri. Kalau pencuri indonesia menyamun sebuah rumah, curi duit beribu-ribu, hukumannya penjara berpuluh-puluh tahun. Kalau pemimpin mencuri duit berbilion-billion duit rakyat bagaimana pula? Tentulah bebas di negara Darul Penyangak. Ianya satu bisness model yang hebat. Curi tanpa menerima apa-apa hukuman. Kalah bisness model sedia ada seperti Amazon, AirAsia, AliBaba, lazada dan sebagainya. Takde modal ada cost diperlukan. Semua ditanggung oleh rakyat.

    Tetapi business model itu bukan berakhir di situ sahaja. Ada lagi satu ‘trick’ tambahan. Kalau ikutkan rakyat tentulah marah dan akan buang kerajaan kleptokrasi sebaik sahaja PRU diadakan. Bagaimana hadapi keadaan ini? Alihkan perhatian rakyat.

    Bangkitkan isu perkauman dan agama. Gunakan ungkapa “Kita Melayu kena bersatu, nanti DAP kuasai negara”. Gunakan PAS dengan ungakapan” Kita akan laksanakan RUU 355”. Akibatnya dari mula marah ke MO1, rakyat kini fokus pada DAP, marah ke DAP dan tegakan negara Islam melalui RUU 355. Skandal 1MDB dilupakan ditelan zaman. Akhirnya menjelang PRU, MO1 kekal memerintah akibat perpecahan rakyat dimainkan dengan isu DAP dan RUU 355.

    Business model yang hebat. Walaupun ianya jahat, tetapi nampknya boleh berjaya. Kita tunggu keputusan PRU nanti. Sama ada rakyat berjaya ditipu atau tidak.

  16. rasdi.wgg14 Oct 25,2017 9:24 AM

    Tuan seperti katak di bawah tempurung, mungkin tak pernah atau tak suka membaca, apatah lagi melihat dunia luar. Cermin muka dahulu, nasihat diri sendiri sebelum nasihat orang tua, lebih-lebih lagi orang tua yang berpelajaran dan penuh pengalaman. Celik mata, buka minda..baru bersuara!

  17. Sri Sense Oct 25,2017 8:52 AM

    Salam

    Nak share apa yang I sempat baca online;

    Amid rumours circulating that Budget 2018 to be tabled on Friday would see Prime Minister Najib Razak “zerorising” the GST, the opposition has questioned his motive should the rumour be true.

    “May l ask you why you have decided to do it now, that is, for Budget 2018, which is the mandatory election year for the next general election?” Parti Amanah Negara’s Dzulkefly Ahmad asked Najib in a statement today.

    The Amanah strategy director also questioned the government on why they were only “zerorising” and not abolishing the GST altogether.

    “Do you intend to hoodwink the rakyat, that is the voters, to mandate you and the Barisan Nasional, and later reintroduce the GST, once you’re back in Putrajaya?”

    “Didn’t you say the GST was the saviour of the economy? Didn’t you say we needed a broad-based tax, with global oil prices being erratic or unreliable?

    “So, if you believe you’re able to manage the economy without the GST, why didn’t you think of it earlier?” he asked.

    “Why have you subjected the rakyat to this inflationary pressure of almost 3.7% for the full year and at its worst 5.1% in March this year?

    “Were you oblivious to the burden and sufferings of the rakyat and in fact being aloof towards the rakyat you claimed to champion?” Dzulkefly asked.

    ——–

    There’s another news I baca days ago

    Prime Minister Najib Razak’s wife Rosmah Mansor says she too has been a victim of cyberbullying and has urged people not to be fooled by fake Facebook accounts using her name.

    “I do not know how to use the Internet…If you see my (so-called) Facebook page, it is not mine.

    “I don’t know who has so much time to create a Facebook account for me.

    “I don’t have Facebook so please don’t be fooled… It is not mine. You all have been cheated,” she said, in relating her personal experience on the influence of fake news and cyberbullying.

    “I don’t own a smartphone, I’m still using an old antique Samsung phone.

    “This to me is a bliss because I do not know how to use it.

    if tanya I mana newsworthy – Dzulkefly 🙂

  18. Aktivis Islam Oct 25,2017 8:50 AM

    Assalamualaikum,

    Renungan buat Tun. Ada org kata, kalau secebis sumber yg haram jadi darah daging kita akhirnya akan jadi makanan api neraka. Saya tak perlu ckp psl pemimpin kleptokrasi lg, semua dah jelas kehebatan duniawi dia. Tapi harap Tun bersedia akhirat kelak, kerana jika rakyat skrg ditanya adakah Tun pemimpin yg baik, amanah dan adil. Wallahualam, saya sendiri tak pasti Tun mahu dgr jawapan2 kami. Semoga Tun lebih fokus destinasi Tun seterusnya. Saya pernah hormat Tun sbg pemimpin, tp skrg saya cuma prihatin diri Tun sbg salah sorg saudara islam tak lebih tak kurang. Jazakallah.

  19. abdamat Oct 25,2017 2:33 AM

    Aslm YBhg. Tun Dr. M…

    Kami rakyat Malaysia yang berakal, beriman dan membaca sentiasa mendoakan Tun dan para pejuang negara yang lain untuk sentiasa sihat dan kuat bagi mentang para penyangak di dalam negara ini..

    Kami juga sentiasa mengenang dan berterima kasih dengan jasa para pemimpin terdahulu dalam membangunkan negara kita ini..

    Kami juga Tun, antara lain bukan seperti segelintir rakyat negara kita ini yang berminat dan bersungguh-sungguh menyokong penyangak tidak kira rakyat ini macam mana rupa parasnya daripada yang mempunyai muka seperti penyamun mahu pun yang pakai serban jubah bagai (pun ada) mintak maaf cakap..

    Saya secara peribadi suka untuk menyatakan yang mana di zaman Tun, antara lain yang cuba untuk di asuh oleh pemimpin-pemimpin ketika itu kepada rakyat terutamanya masyarakat Melayu ialah untuk membuang jauh sikap dilema Melayu atau dalam bahasa pasarnya, sikap Melayu haprak yang ada (jika ada) di dalam diri satu-satu orang Melayu itu sendiri, di dalam usaha negara, untuk bukan sahaja menjadi negara perindustrian daripada negara pertanian (untuk mejana lagi ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan), bahkan seterusnya menjadi negara maju pada tahun 2020..

    Sebagai manusia, kita yakin mana-mana agama di dunia ini menuntut umatnya untuk menuntut ilmu.. Antara caranya ialah dengan membaca dan menjadikan membaca itu sebagai budaya.. Dengan gabungan cara membaca, melihat keadaan semasa, perbincangan dan kajian-kajian lain, maka kita akan menjadi lebih mengetahui perkembangan keadaan sekeliling dan akan lebih peka..

    Akan tetapi jika ada manusia macam neezam72 ni maka mudah bagi kita untuk mengagak bahawa dianya budak muda, budak mentah, ada yang kata masih berhingus, atau kurang berpengalaman..

    Tapi jika dianya lahir dalam tahun 60an atau 70an contohnya, maka mudah juga kita kata bahawa dia suka mensia-siakan hidupnya dengan tidak membaca, melihat dan mendengar dan menjadi tidak peka dengan keadaan sekeliling lalu merapu-rapu dan merepek bilamana mengeluarkan pendapatnya..

    Tun kata Tun agak kurang berjaya dalam tujuan mengubah sikap orang Melayu tapi pada kami dan pada saya, Tun telah berjaya dan cuma jika ada pihak yang memilih (samada disedari atau tidak disedari oleh seseorang itu) untuk menjadi haprak, maka ini lah yang membuat Tun, sebagai pemimpin berkelas dunia dan seorang pemimpin yang tulus ikhlas, berkata begitu pada pendapat saya..

    InsyaAllah Tun segala usaha Tun dan para pejuang lain sedang disertai oleh sebahagian besar rakyat negara kita ini.. Harapan kita dan juga harapan saya supaya golongan yang belum mendaftar mengundi untuk segera melaksanakannya untuk kita sama-sama berjuang membela nasib rakyat dan negara, daripada terus di pimpin oleh penyangak, yang sedang meranapkan ekonomi negara ini dengan cara untuk tidak memilih mereka lagi dan membawa mereka ke muka pengadilan..

    Semoga selalu sihat hendaknya Tun M dan Tun Siti Hasmah, para pemimpin lain yang ikhlas berjuang bersama Tun dan para rakyat Malaysia yang ikhlas dan peka, untuk kita bersihkan negara kita daripada penyangak dan daripada menjadi negara kleptokrat..

    Terima kasih Tun..
    Assalamualaikum

  20. rimba.emas Oct 24,2017 11:23 PM

    Salam Tun.

    1. Kepada saudara Nizam 72 berapa umur saudara sekarang ? Adakah pada masa Tun menjadi PM terutama berlakunya kes Forex dan IMF saudara telah terkesan atau menjadi mangsanya ? atau hanya menjadi cybertrooper upahan atau suka-suka.

    2. Ikhlas waktu dulu ketika kes lama itu Rimba Emas masih muda remaja masih di bawah tanggungan ibu bapa.Tidak tahu pula arwah bapa menentang atau terkesan pada ketika itu.

    3. Pasti kes lama itu ada rugi kepada wang negara. Sebab ia ialah satu bentuk pelaboran saham. Kita tahu resiko saham bila ada silap jangkaan boleh rugi. Kalau kena perkiraan kenaikan di jual boleh kaut untung.

    4. Sebaliknya dalam 1MDB bukan Tun yang tuduh tetapi melalui risikan terhadap kebocoran urusniaganya terhadap hutang yang timbul pada kerajaan Malaysia serta kejatuhan nilai ringgit dan kehilangan wang yang di pinjam itu.

    5. Pada zaman Tun tiada cukai GST ini sebaliknya kini di adakan dan Rimba Emas serta rakyat ramai terlibat secara paksa.

    6. Bagi Rimba Emas yang tidak bersetuju dengan cukai ini tidak di beri pilihan terima atau tidak sebaliknya di paksa.

    7. Contohnya ada GST di paksa seperti pengeluaran wang melalui mesin ATM akan di caj GST yang pasti wang sentiasa di keluar untuk perbelanjaan harian.

    8. Dulu kita tidak peduli dengan seorang pencuri bila kita tidak di mangsanya. Kini rakyat yang tidak ambil peduli dan tidak membaca laporan risikan pakar jenayah tidak akan tahu bahawa wang rakyat telah di ambil tampa kerelaan pemiliknya.

    9. Malah telah bersekongkol dengan penjenayah mencuri tersebut. Anak kecil dan golongan dewasa tidak berkemampuan turut terkena GST ini.

    10. Golongan lemah ini seperti di perintahkan Allah s.w.t melalui rasul supaya tidak di dera serta dilindungi.

    11. Dengan bersetuju terhadap GST ini bermakna kita telah bersubahat dengan penjenayah serta tidak mengikut perintah tuhan untuk melindungi kaum yang lemah.

    12. Sebagaimana kita tidak di beri pilihan oleh GST begitu juga ketika tiba hari menggundi Pru 14. Rakyat tiada pilihan menolak dari mengundi.

    14. Berniat ketika menggundi supaya tidak mensia-siakan kehadiran kerana kepada rakyatlah dapat mengubah kebatilan kepada jalan yang benar.

    Wallahua’lam.j

  21. musato Oct 24,2017 8:26 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Tadi terlihat berita tv3 kata visi ekonomi, najibnomic memperbaiki masalah legasi lama.

    Kelakar la pulak. Masalah sentiasa ada. Tak kira dari yang lama atau pun yang baru. Orang gila je tiada masalah.

    Saya rasa tidak adil untuk mengatakan Tun tidak mendengar nasihat saya berulang kali seperti yang mungkin difahami oleh pembaca saya dalam hal ‘dakwah’.

    Mungkin orang orang disekeliling beranggapan Tun ni tegas, degil dan tak dengar kata orang. Seperti tv3.

    Dulu saya tak bersungguh menulis dalam hal itu kerana mungkin isu itu tidak timbul sangat dalam suasana politik semasa dan saya dalam keadaan tunggu dan lihat sahaja.

    Sepanjang pengetahuan saya, jika Tun tersalah langkah, ia akan diperbetulkan dengan secepat mungkin. Ia diambil maklum dengan pantas.

    Jika dibandingkan dengan Najib, bagai langit dengan bumi. Jika
    Najib, mungkin beliau akan kata “Bukan saya. Saya di luar negara”.

    Terima kasih Tun.

  22. azwan Oct 24,2017 2:47 PM

    neezam72,

    Suka saya ingatkan bahawa rakyat lebih berminat untuk menukar pemimpin yang MASIH BERKUASA berbanding menghalang pemimpin yg sudah meletakkan jawatan. Oleh itu, niat UMNO-BN untuk menunjukkan Tun M lebih teruk atau sama macam Najib sememangnya tidak akan menjadi. Walaupun rekod Tun M tidaklah sehebat mana, tapi rakyat cukup marah dengan penyangak yg MASIH BERKUASA, itu yg lebih penting. Memang satu perjudian untuk mengharapkan PH-Tun M yang belum tentu lebih baik, tapi itulah risiko yg rakyat perlu ambil untuk singkirkan penyangak pencuri yang MASIH BERKUASA. Tidak ada alasan langsung untuk mengatakan “Oh Tun M dulu lagi teruk, Najib tidak seteruk Tun M”…alasan ini sudah basi untuk terutamanya golongan professional. Sebab yang salah tetap salah.

    Dengan sekurangnya 6 negara label 1MDB sebagai skandal penyelewengan duit terbesar, bukti-bukti sebesar gajah di depan mata, masih nak menidakkan penyelewengan Najib? Hanya pemakan dedak bangsat yg sanggup berbuat demikian, atau penakut DAP yg kononnya hak-hak istimewa bumiputra akan hancur bila PH berkuasa. Mereka ini tidak bodoh, tapi saja-saja buat bodoh.

    Saya pegawai kolar putih boleh beza mana yg kaca dan permata dalam kes najib. Saya tunggu masa untuk PRU, itu sahaja. Sudah sekian lama keluarga saya seluruhnya menyokong penuh UMNO-BN selama ini. Najib telah melampui batas. Saya sudah muak dengan demonstrasi oleh pihak PH, sebab sememangnya sgt membuang masa. Kami org2 muda sudah bulat fikiran, hanya tunggu PRU.

  23. StevenL Oct 24,2017 2:25 PM

    Indeed, Malaysia has become Darul Penyangak-Land of the pirates. I am saddened by how the country is sliding down the slippery slope of decay. I have no doubts that many billions of Ringgit have been stolen from 1MDB. Corruption is rampant in the country and the Rakyat is at the receiving end. The % of people struggling to survive hand and mouth is frightening and we are not done yet. What will it take to create a massive tsunami of discontent? Have we not seen enough or are we still in slumber and thoroughly duped by pirates.

  24. Sri Sense Oct 24,2017 1:18 PM

    Salam Tun

    Dua hari sudah I sempat lihat video Tun di Perlis melalui Facebook, wah ramai datang, macam mana pula TV3 boleh kata hanya 100 hadir.

  25. zulu Oct 24,2017 12:49 PM

    Najis is doing everything to win the next GE. If Malaysians don’t wake up now, there will be no end for their suffering and soon Malaysia will become another poor Myanmar.

    Now the there is no money in the Govt. coffer, Inflation high, money values went down. GDP went down. Many projects stopped in the middle due to lack of fund.

    If re-elected, Najis and his hippopotamus will swindle more Govt. money for their extravagant life. Najis knew if he lose, he will be behind the bar.

    But I wonder, why those top civil servants of Malaysia are so corrupt and thick skin!!!

  26. neezam72 Oct 24,2017 12:33 PM

    Masa Tun menjadi PM dulu, siapa hidup senang lenang ye?
    Masa Tun jadi PM dulu anak siapa ada jadi jutawan dalam negara?
    Apa lagi yang tak cukup ni Tun? Hidup dah senang. Ada pesawat peribadi sendiri.

    Najib ada ke pakai pesawat peribadi macam Tun?

    Berapa banyak kali Tun nak menipu rakyat ni?

    Mana dia bukti sahih semua dakwaan Tun pada Najib?

    Kalau Tun berani kata Najib mengkayakan anak-anak, bagaimana pula dengan diri Tun sendiri?

    Sudahlah Tun. Cukup-cukuplah nak rosakkan nama negara. Dah elok nama baik Tun dijulang akhirnya Tun sendiri memburukkan nama baik Tun.

    Selama ini berapa kali Najib serang Tun dengan semua skandal Tun lakukan selama menjadi PM?

    Dan jangan lupa juga Tun. Kalau bukan Najib yang menyokong Tun semasa perebutan kuasa presiden parti, apakah Tun akan kekal menjadi presiden lagi. Saya masih ingat bagaimana Tun Daim datang kerumah Najib merayu pada dia agar menyokong Tun dulu. Dan sekarang inikah balasan Tun pada dia?

    Lagi satu Tun, kehilangan banyak duit negara dizaman Tun menjadi PM itu adalah duit rakyat. Rakyat pada masa itu banyak mengeluh akan apa yang berlaku sedangkan anak-anak Tun serta saudara mara Tun sendiri hidup bagaikan RAJA.

    Jangan ingat saya lupa semua itu? Jangan ingat rakyat juga lupa apa yang pernah Tun buat selama menjadi PM.

    Saya sering memberi komen agar Tun cukup-cukuplah dengan duniawi ni. Ingat pada hari akhirat. Berbanyakkanlah ibadah pada Allah agar Tun bersama orang-orang yang soleh.

    Tinggalkan dunia ni. Semua itu tidak membawa apa-apa dialam kubur.

    Lagi satu nasihat saya.

    Kalau nak menuduh perlu ada bukti. Bukan sekadar HEARSAY saja. Dan lagi satu perbuatan Tun memburukkan Najib dan Rosmah dikhalayak ramai bukanlah satu sikap peribadi seorang Islam sejati.

    Assalamualaikum. Harap Tun dan keluarga sentiasa bersama orang-orang yang soleh hendaknya dan tinggalkan terus dunia politik ini.

Leave a Reply