TOTAL VISITORS FROM 2008:

LAYANAN 28

JABATAN Perdana Menteri pada 9hb November telah mengeluarkan kenyataan berkenaan kemudahan yang diberi kepada Dr Mahathir sebagai mantan Perdana Menteri.

Fakta sebenar berkenaan layanan terhadap Dr Mahathir adalah seperti berikut.

1. Dahulu disewa ruang pejabat di Yayasan Kepimpinan Perdana untuk beliau. Sewa ditamat dan disuruh guna pejabat Kerajaan yang tidak sesuai.

2. Akta Parlimen menyebut akan kelayakan mengguna pesawat terbang Kerajaan. Sekarang tidak dibenar. Sebaliknya sesiapa yang cuba memberi pinjam pesawat persendirian dilapor kepada Jabatan Perdana Menteri.

3. Secara tidak langsung tidak dibenar menggunakan rumah penginapan Kerajaan Persekutuan di London.

4. Dua pengiring motorsikal, 4 pengiring UTK yang dibekal delepas semburan pemedih mata, telah ditarik balik walaupun mantan Perdana Menteri lain masih dibekal.

5. Beberapa kakitangan pejabat dan tukang masak ditarik balik dan diganti dengan yang lain.

6. Dr Mahathir letak jawatan di Proton, Petronas (dilucut sebagai penasihat) dan juga sebagai Canselor Universiti Teknologi Petronas. Tetapi Universiti swasta dinasihat untuk tamatkan Dr Mahathir sebagai Canselor.

7. Perbuatan seperti ini tidak pernah dilakukan kepada bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn walaupun mereka tidak sokong Kerajaan-kerajaan pada masa itu.

8. Kegunaan dewan-dewan untuk Kerajaan Pusat, Negeri diperintah Barisan Nasional dan bandaraya tidak dibenar. Dewan swasta diberi amaran akan menerima padah jika disewa kepada sesiapa yang menjemput Dr Mahathir.

9. Prinsip negara demokratik ialah parti pemerintah tidak boleh guna kemudahan Kerajaan untuk kepentingan parti.

(Updated)

28 thoughts on “LAYANAN

  1. sibotak Nov 19,2017 6:55 PM

    Najib kalau benar tidak Bersalah
    Tidak perlu Panik
    Tiba tiba Sampai nak ziarah Anuar menjelang hari raya PRU akan datang

    Tak perlu nak maki hamun sesiapa
    Najib hanya perlu membentangkang Mahkamah akan Ketulinan pengurusan 1MDB
    Bagaimana , kenapa wang bolih masuk kat account peribadi beliau ?
    Kalau ada alasan yg Bernas pun
    Kami perlu bukti kemana pula perginya wang tersebut yg kononnya simpan sementara atau sebagainya
    Keputusan dari 1MDB dari AG Apandi
    Saya sebagai hanya Rakyat berani cakap Ulasan AG Apandi bolih buang kat Longkang .Sebab AG tidak membuat penjelasan yg terang pada rakyat mahupun pada Mahkamah . Apandi tidak bersifat Professional

    Najib bolih membersihkan nama beliau dan bakal mendapat sambutan yg hangat walau dari saya pun sekiranya Najib berani kerana benar membuktikan kebenaran beliau . Dan Najib bolih saman malu mana mana pihak pun jika ada penjelasan dari Mahkamah akan kebenaran Najib . Tak perlu lah Najib nak sembunyi belakang Rosmah , belakang Anuar atau belakang sesiapa

    The Ball is in Najib Court . Not Mahathir , none others

  2. sibotak Nov 19,2017 4:38 PM

    Zaman Tun Mahathir
    Malaysia mempunyai Chemistry yg amat membanggakan

    Tun Mahathir, Tun Anwar juga Tun Musa Hitam
    Sayang dalam pertengahan jalan banyak rintangan yg berlaku
    Semasa zaman itu saya tak pernah pun dengar nama si penyagak Najib pun walau Bapak beliau di kenali ramai
    Namun Tun berjaya membimbing Malaysia ke arah Kecermelangan walau Wawasan 2020
    Tun layar di tebing longkang
    Tun berjaya semasa barisan bersama Rafidah Aziz, Hamid dan rakan sepejuangan beliau yg hebat yg memajukan UMNO justeru Malaysia juga

    Najib ? Siapa dia Najib Razak ?
    Majistrate ! Lawyer ? Doctor ?
    Apa penyamun 1MDB !

    Salahnya Tun memilih Najib kerana Tun kenangkan jasa Tun Razak
    Bukan kerana Kebolihan Najib
    Ini Kesalahan yg Besar yg merugikan Malaysia kini
    Dan Tun menyerahkan segala Kuasa membabi buta sahaja
    Ini kesilapan yg amat mahal bagi Malaysia

    Lihat Lee Kuan Yew
    Beliau tidak berganjak dari jawatan beliau walau
    Anak kandung beliau sendiri sudah menjadi Perdana Menteri
    Beliau buahkan kedudukan Baru dari Senior Minister hingga jadi Mentor Minister Hingga hujung akhir hayat beliau dah takda kenamaan pangkat Minister lagi

    Ini semua sudah tertulis
    Namun Manusia bertanggung jawab berusaha mengubah nasib mereka
    Sesuai dengan Surah janji Allah
    Yg tidak akan menukar nasib sesuatu kaum jika mereka sendiri tidak berusaha merubahnya

  3. kern Nov 19,2017 10:19 AM

    Dari senario sekarang. Tun bukan hanya ingin menjatuhkan najib malah menumbangkan umno..

    Senario sekarang melihatkan menteri secara mejoritinya memihak dan menghalalkan najib mencuri duit 1mdb..

    Walaupun mahathir membenci sikap najib yg tidak melambangkan seorang perdana menteri dan najib menghapuskan bermacam macam lagesi Dr. m tapi yg saya banggakan jiwa Dr. mahathir yg masih meletak gambar najib di library Yayasan Kepimpinan Perdana..

    Salut tun.. jangan ikut perangai najib yg bersifat penakut.

  4. superSepantun Nov 18,2017 9:46 PM

    Tuan nelayan, dunianya air..
    Layan Melayan, siapa yg cair..?

    Nak menjala, apa yg sangkot?
    Nak diteka, iya lah kot..??

    Pergi hospital, taulan yg ubat..?
    Apa dikepal? Tangan yg sihat..!

    Awal tahun dapat seribu…!
    Suku pertama boleh PRU..?

    iya kot…???????

  5. Anak.muda Nov 18,2017 7:22 PM

    minta maaf,perdana menteri ke 3 adalah tun hussein onn. kesilapan saya

  6. Anak.muda Nov 18,2017 4:21 PM

    assalamualaikum tun,

    baru2 ni semasa anak buah saya berkunjung kerumah, saya sedang membaca buku tun iaitu dr umum.

    2.anak buah saya yang berusia 9 tahun itu bertanya kepada saya buku apa yang saya baca itu dan apabila saya menunjukkan muka depan buku tersebut(gambar tun) terasa sedikit sebak dihati saya apabila anak buah saya bertanya “siapa pakcik ni?”

    3.saya faham mungkin anak buah saya belum mempelajari subjek sejarah malaysia disekolah tetapi kalau nk diharapkan dari media arus perdana untuk dia mengenali tun, dalam mimpi sahajalah.

    4.sehinggakan perkara kecil seperti gambar tun di upacara penutup di sukan sea pun dipadam,apatah lagi jasa dan sumbangan tun.sila rujuk
    https://www.youtube.com/watch?v=4fz-wDVzkzI
    (di tengah2 ditunjukkan pm 1-6 tetapi selepas tun razak(pm ke3) terus dilompat kepada pm ke5(pak lah)

    5.sebut tentang paklah,saya agak bersimpati pada paklah kerana hampir semua komen di media sosial apabila ada sahaja temubual atau ucapan dari paklah, pasti ada netizen yang komen “diamlah paklah, pergi balik tidur je”

    6.tidakkah najib pernah terfikir apabila dia bersara kelak,dia akan diingati sebagai perdana menteri korup paling sampah dimalaysia yang hanya meninggalkan 1 trilion hutang kepada generasi akan datang?

    7.https://www.youtube.com/watch?v=pw_MZyzVxU0
    setiap kali terdengar lagu ni,saya terasa kasihan dengan negara malaysia sekarang.kita sekarang “standing in the eyes of the world” sebagai satu negara yang diperintah oleh penyangak,penyamun,pencuri dan perompak.pada video ini,tun nampak handsome di minit ke 0:41 🙂 .walaupun najib ingin memadam potret tun di stadium bukit jalil,kami semua ada untuk menceritakan legasi yang ditinggalkan oleh tun.

    8. “pakcik ni adalah seorang yang membantu menaikkan malaysia dimata dunia”.itulah yang saya jawab kepada pertanyaan anak buah saya itu.

    Tolong jaga diri tun.

  7. musato Nov 18,2017 9:45 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Betul juga kata Nazri Aziz. Tak salah untuk pamerkan kemewahan asalkan dari sumber yang halal.

    Dalam perjuangan inilah prosesnya. Mudah ditulis dari dihadapi sendiri.

    Rakyat tidak membicarakan tentang hal keluarga Tun Mahathir.

    Selepas 300 tahun, ditinggalkan semua harta dan kemewahan, inilah hasilnya.

    Adakah zuhud itu perlu diusahakan?

  8. anti rasuah Nov 17,2017 7:33 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Kami melihat Najis Razak ada kelebihannya, antaranya:

    1. mampu menambah hutang Negara;
    2. mampu menurunkan nilai ringgit berbanding matawang negara lain di dunia;
    3. mampu meningkatkan nisbah berbelanja besar berbanding pendapatan Negara;
    4. mampu meningkatkan kos sara hidup rakyat menyebabkan kuasa beli rakyat semakin mengecil;
    5. mampu memperkenalkan gst dengan alasan meningkatkan pendapatan Negara, dalam masa yang sama menarik subsidi banyak barang dan minyak , akhirnya mewujudkan inflasi dan rakyat semakin miskin;
    6. mampu berbelanja boros walaupun dalam kegawatan ekonomi dunia;
    7. mampu menipu rakyat dengan krisis wang masuk ke akaun peribadi sebanyak RM2.6 bilion;
    8. mampu menarik pelabur asing khususnya China dengan menawarkan Tanah milik Negara dengan inisiatif hak milik kekal kepada pelabur asing;
    9. mampu menipu pemimpin PAS yang utamakan kemewahan seperti Nasarudin Ayub dan Hadi Awang;
    10. mampu melakukan banyak penyelewengan dengan meletakkan mereka yang sanggup bersengkongkol dengannya demi wang di tempat-tempat yang mampu menyembunyikan kuasa jahatnya seperti di PDRM, BNM, AG dll;
    11. mampu mengikut nasihat isteri melebihi keperluan dan kehendak rakyat;
    dan banyak lagi.

    Wassalam.

  9. STEVE8562 Nov 16,2017 3:08 PM

    PENDEKKATA KERAJAAN SUDAH BANKRAP.

  10. rodin Nov 15,2017 9:36 PM

    Saya yakin Tun tak kisah dgn penarikan keistimewaan² beliau. Tun cuma nak dedahkan sikap buruk yg ada pada najib. Najib telah menunjukkan beliau seorang yg sudah tidak waras.
    Sebagai seorang yg waras kita boleh bezakan pemimpin berwibawa dgn yg tidak.

  11. sibotak Nov 15,2017 7:29 AM

    Petikan akhbar Malay Mail http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/jpm-kerajaan-tidak-batal-kemudahan-dr-mahathir

    Jadi pendengar nak percaya siapa ?
    Berita Najib ke berita Tun Mahathir ?

    Tak perlu tipu si penipu

    1. Ketakutan Najib berdepan dengan Tun sudah cukup bukti Najib takut dan bersalah
    2. Najib menjual Proton bukan disebabkan isu ekonomi tapi sifat emosi mungkin geram beliau terhadap Mahathir secara peribadi. Ini cukup mencerminkan Najib tidak Professional malah bersifat macam Perempuan
    Proto bolih di selamatkan . Proton sudah terbukti wujudnya tidak seperti 1MDB ya langsung tidak ada bukti wujudnya ….tahu tahu berhutang dan Najib jadi Billionaire overnight.Lihat account beliau . Itu Bukti. Belum bongkar Rosmah lagi.
    3. Anak Haram si Jho Low kawan kepada anak tiri Najib yg tidak ada hak campuri urusan kerajaan Malaysia, tiba tiba jadi pegawai atasan 1MDB sudah menampakan Najib salah guna Kuasa dan membiarkan Malaysia di khianati olih si bangsat Jho Low.
    4.Kerajaan Najib, Polis juga Attorney General Malaysia gagal menerangkan kepada rakyat akan transparency 1MDB mencerminkan Najib menutup segala pekung yg beliau lakukan .
    Berani kerana Benar . Takut kerana Salah

    Ini hanya sebahagian yang mana kami rakyat Malaysia tidak sangsi sama sekali huraian Tun Mahathir di mana keistimewaan & hak beliau di tarik balik olih Najib . Najib terbukti bersifat perempuan , emosi lebih dari Professional
    Kami tidak mahu Pemimpin yg sedemikian

  12. Hang Jebat Derhaka Nov 14,2017 9:23 AM

    Assalamualaikum Tun,

    Petikan akhbar Malay Mail http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/jpm-kerajaan-tidak-batal-kemudahan-dr-mahathir

    PUTRAJAYA, 9 Nov — Kerajaan tidak pernah menarik apa-apa kemudahan yang disediakan kepada mana-mana bekas perdana menteri termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM).

    JPM dalam kenyataan hari ini berkata pejabat Dr Mahathir telah dibekalkan dengan perjawatan yang meliputi pejabat beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) serta kediaman beliau di The Mines Resort City, Selangor selaras dengan Akta Ahli Parlimen (Saraan), 1980 (Akta 237).

    Menurutnya perjawatan yang diperuntukkan kepada Dr Mahathir adalah sebanyak 21 perjawatan.

    “Semua perjawatan ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan meliputi pembayaran gaji, elaun tuntutan dan lain-lain kemudahan yang layak dinikmati sebagai penjawat awam,” kata JPM berhubung status semasa kemudahan untuk Dr Mahathir.

    Baru-baru ini tular di media sosial bahawa kemudahan bagi Dr Mahathir dikatakan dikurangkan atau ditarik balik.

    JPM berkata kerajaan turut menanggung bayaran-bayaran utiliti di YKP serta kediaman rasmi beliau sehingga kini.

    Selain itu, menurut JPM, kerajaan juga menanggung kos bagi bayaran elaun makan dan lain-lain kos kepada juruiring, pengawal peribadi, pegawai perubatan dan penolong pegawai khas bagi lawatan yang dihadiri oleh bekas perdana menteri itu ke luar negara.

    “Justeru, kerajaan sekali lagi menegaskan bahawa tiada sebarang kemudahan yang ditarik balik dan layanan sama rata diberikan kepada kesemua bekas perdana menteri,” kata JPM. — Bernama

    Ulasan saya:

    Pihak BN kata jangan mudah terpedaya dengan berita palsu dan fitnah. Soalannya, siapa yang suka menipu dan memfitnah? Wallahua’lam.

    Saya paling tak suka orang menipu dan mencuri…………

  13. sibotak Nov 14,2017 7:46 AM

    Najib membaca komen , blog di Chedet juga di mana mana media masa
    Tak perlu Najib duduk di Kedai Kopi
    Di media masa Kerajaan sendiri sudah terserlah Kebencian rakyat terhadap Najib
    Sekali gus terhadap Penquin Negara Rosmah juga Zahid secara langsung

    Kebencian Rakyat terhadap Najib begitu amat
    Jika Najib tidak percaya hantarlah plaincloths Najib sendiri duduk di kedai kopi di mana mana . Di bandar , di desa juga di kampung kampung
    Bertapa Kebencian Rakyat terhadap Najib & Crony nya
    Bertapa Hormatnya Rakyat terhadap Tun Mahathir

    Ini kenyataan bukan andaian atau penghinaan
    Cubalah Najib hantar risik sendiri , malah yg anggota UMNO sendiri mengutuk Najib

    Setiap Penghinaan Najib terhadap Tun Mahathir
    Setiap penarikan hak Tun sebagai bekas Perdana Menteri Malaysia
    Kami akan tuntut kelak

  14. musato Nov 14,2017 12:14 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Saya belum pernah baca yang idea penubuhan PPBM ini datang dari DAP.

    Tetapi hari ini saya ada terbaca perkhabaran angin perihal berkenaan. Datangnya entah dari mana oleh orang yang lemah.

    Saya mengaku bahawa saya yang mendorong Tun untuk mengambil kira tentang keamanan dan kestabilan negara apabila mahu terus menentang Najib.

    Apatah lagi apabila ‘rakan rakan’ lama politik Tun telah berpaling tadah dan tidak sanggup memikul amanah perjuangan negara. Mungkin kerana mereka bukanlah pejuang. Cuma politikus semata mata mungkin.

    Saya fikir Tun Mahathir sendiri tidak sanggup untuk menubuhkan parti baru kerana bimbangkan tentang perpecahan di kalangan orang Melayu. Namun demi kelangsungan negara, ia perlu diwujudkan bagi menyeimbangkan keadaan negara dalam proses menurunkan Najib.

    Bagi saya yang tiada kuasa ini, harapan saya semoga rakyat Malaysia beroleh kuasa di tangan bagi memilih kerajaan yang berupaya menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat setelah ketiadaan Tun Mahathir Mohamad pada suatu masa nanti. InsyaAllah.

    Benarlah ulama itu pewaris Nabi. Bukan ustaz, cikgu agama, mahupun ahli agama PAS. Tetapi ulama iaitu orang yang mencapai makamnya.

    Pada fikiran saya sememangnya Tun amat risau untuk menubuhkan parti baru.

    Dan kerana itulah juga sampai 3 kali saya bermimpi Tun Mahathir datang bertemu saya, termasuk 1 kali bersama sama dengan Tun Hasmah – semasa dalam proses pembentukan parti.

    Ia suatu yang ganjil bagi saya, kerana sebelum ini tidak pernah sekalipun bertemu muka satu sama satu dengan Tun Mahathir dalam mimpi.

    Pernah juga Syeikh Zainal Abidin Malaysia mengisahkan tentang mimpi bertemu orang soleh mahupun wali Allah, yakni selain dari mimpi bertemu dengan Rasulullah saw.

    Benarlah kata Ibnu Sirin. Mimpi yang benar itu datangnya dari berkata kata yang benar.

    Sepertimana Syeikh Abdul Qadir Jailani ketika kanak kanak berupaya menundukkan penyamun hanya dengan berkata benar, demi mendengar nasihat ibunya.

    Terima kasih sahabat dan tuan guru sekelian.
    Terima kasih.

  15. Sri Sense Nov 13,2017 9:01 AM

    Salam Tun

    Sabar aje la Tun, orang nak mengata, nak cari pasal dengan Tun, nak tumpang semangkuk nak marah Tun, lantakla dia orang la. Yang benar tetap benar.

    MO1 memang tidak professional dari apa pun segi tindak tanduk beliau dalam menangani sesuatu isu, bentang budget Malaysia pun macam bentang budget kat balai raya. Azmin yang bentang budget Selangor jauh lebih baik. Ulasan budget Muhyiddin pun jauh lebih professional.

    I sebenarnya agak kecewa I thought dengan adik beradik beliau orang professional beliau dapat menaikkan taraf Malaysia lebih baik dari Tun. Rupanya hampeh!

    I dan keluarga tidak akan vote BN lagi. No, no and no BN!

    Take care Tun.

  16. Khalid Al Walid Nov 13,2017 4:44 AM

    Salam..

    Berkaitan isu LAYANAN:

    – Tun..elek la Tun..Dulu masa Khalid Al Walid tgh perang..Masa tengah perang tu Khalid Al Walid kena lucut jawatan..
    Atas sebab arahan Saidina Omar..

    Lepas tu..Khalid Al Walid bawak diri kejap..Cool down..

    Bila Saidina Omar sedar, dia terlalu ikut perasaan, eh..xsempat dah..Khalid Al Walid dh nak meninggal..pastu baru Saidina Omar mcm kesal atas kptusan die..

    Pengajaran kat sini, bkn nak carik sape salah..atau siapa yg xsalah..Kalau asyik nak carik sape salah, baik xpayah hidup kat muka bumi ni..

    Jd org bangang, bangun2 tido je dah pk nak carik salah org..Salah diri sndiri xnk tgk..

    Semoga kisah para sahabat dijadikan ikhtibar..Segala kptusan kena fikir masak2..dan tidak boleh mengikut perasaan..Keje tetap keje..emosi tetap emosi..Dua hal berbeza..Kena be professional..dan terima segala kputusan dgn berlapang dada..

    InsyaAllah..Hidup kite tenang..

    Sy tamat smpi sini je Tun..Maaf kalau ada terkadar bahasa atau tersilap kata..Semoga segala yg positif diambil ikhtibar dan mendatangan kebaikan untuk kesemua pihak..

    Salam…

  17. TokJanggut Nov 12,2017 3:59 PM

    Bismillah

    Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

    Regards

  18. musato Nov 12,2017 11:10 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Zuhud yang dimaksudkan adalah ;

    “Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang Diberikan-Nya kepadamu.” (QS.Al-Hadiid:23)

    Terima kasih Tun.

  19. musato Nov 12,2017 10:06 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Lama dulu bila saya menyuarakan cubaan untuk menulis berkenaan agama iaitu tasawuf di sini, saya kira Tun tak begitu menggalakkan.

    Perlambangan yang digunakan adalah share market. Yang sentiasa naik turun. Kalau tak naik, maka rugi sahajalah yang tinggal.

    Pakcik sedara sabit saya juga kata kalau nak bertasawuf, boleh dikatakan kita tidak akan dapat hidup macam biasa.

    Dan sehingga hari ini, seperti saya katakan saya masih tidak berminat dengan politik.

    Malah untuk mengaku menjadi penasihat pada Tun Mahathir tidak bermakna diri saya akan kaya raya.

    Apabila kita baca buku buku agama, sentiasa akan dikatakan orang alim itu zuhud. Saya tak tahu samada zuhud itu diusahakan untuk jadi, tapi boleh saya katakan berzuhudlah kamu semua.

    Juga terdapat perbezaan perkataan antara ahli politik, pemimpin dan pejuang.

    Orang alim itu adalah pejuang. Samada sebagai ahli politik atau pun sebagai pemimpin.

    Pejuang adalah orang yang sanggup gadaikan semuanya demi kebenaran perjuangannya. Sudah pastilah demi kebenaran agama dan demi Allah swt.

    Saya kagum dan hairan bagaimana seorang syeikh yang muda di Malaysia dapat menulis, lebih kurang bermaksud “yang dikurniakan oleh Allah swt di dalam dirinya adalah orang baik baik”

    Ayat kenyataan itu menunjukkan amat pasti dan jangan ragu ragu orang itu orang yang baik.

    Satu hal pembelajaran yang saya dapat pada hari ini setelah sekian lama membicarakan berkenaan hal share market adalah zuhud.

    Berzuhudlah kamu. Samada kita berusaha ataupun tidak ke arah itu. Kerana kita adalah pejuang. Zuhud itu akan datang.

    Sepertimana bezanya perkataan penyangak, penyamun dan lanun.

    Maha Suci Allah.

  20. Hajar Nov 11,2017 8:44 PM

    Salam Yang Amat DiHormati dan DiSanjungi Tun,

    1. Layanan buruk yang rejim Najib berikan terhadap bekas PM yang telah banyak menabur bakti selama lebih dari 22 tahun memang amat mendukacitakan.

    2. Perkara seperti ini (penarikan hak-hak keistimewaan Tun) tidak sepatutnya berlaku, dan tidak berperikemanusiaan.

    3. Tun seorang pesara Kerajaan, dan juga bekas PM (paling lama berjasa). Kelakuan DSN dan konco-konco beliau amat tidak matang (macam budak-budak).

    4. Rejim Najib bertanggungjawab sepenuhnya jika apa-apa berlaku kepada Tun atau Tun Hasmah disebabkan ketiadaan kawalan keselamatan yang sewajarnya.

    5. Saya sedih kerana ada PM yang tergamak menzalimi bekas PM yang banyak berjasa Nantikanlah pembalasannya. Ini sudah seperti perbuatan ‘anak derhaka’.

    6. Harap Tun banyakkan bersabar, dan berserah kepada Allah SWT.

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  21. asahamat Nov 11,2017 6:11 PM

    Assalamualaikum wbt Tun.

    Cobaan. Cooobaan. Cobaaan Tun. In Shaa Allah, koi dicoba, koi tahan. Last2 alah bisa pasai dah biasa. Tun akan biasa utk tidak ada apa2 keistimewaan dari Kjaan. Dan dengan itu, hikmahnya Tun akan lebih mudah utk dekat kpd rakyat dan rakyat akan lebih dekat dgn Tun.

    (2) Tun, bila kita tak dak apa2, kita jadi sempoi. Bila sempoi, kita jadi sangat rendah diri, ikhlas dan tabah dlm perjuangan. Aci tengok Mat Sabu, dia jadi baik sebab dah biasa hidup tak dak apa2. Tun, saya yakin, itulah hikmah yg sedang Allah anugerahkan utk Tun nikmati dlm perjuangan panjang ini. Kejayaan perjuangan sebegini jauh besar nilai harga dan nikmatnya dari perjuangan dlm keadaan semua penuh advantages.

    (3) In Shaa Allah, jika Tun jujur, benar dan cekal, Allah pasti akan sentiasa bersama Tun. He will give you all you need to realise our true struggle for the good of His people, Islam and this Nation.

    (4) Tak apa Tun. Rakyat menghargai Tun dan itu lebih hebat dari segala anugerah Kjaan Najib MO1 Penyamun. Jgnlah berharap apapun dari keharaman Kjaan pimpinan penyamun. In Shaa Allah demi masa segala kemungkaran Najib MO1 akhirnya akan menghakis apapun dari dia akhirnya, dan di saat itu, kita akan beroleh rahmat dan nikmat yg nilainya jauh lebih hebat dari apa yg pernah dirampas dari kita @ Tun.

    (5) Jaga tdoq, jaga rehat dan jaga emosi Tun. Kenegarawan Tun jgn sekali mudah dipesong oleh apapun. Rakyat kini bergantung harap kpd Tun utk merobah.

  22. Ken Arok Nov 11,2017 4:06 PM

    Tahun 2001, kerajaan Tun telah tarik balik royalti minyak terengganu..

    Saya cuma 13 tahun waktu tu. Biasiswa sekolah menengah saya sebanyak RM90 setahun terpaksa ditarik balik disebabkan kerajaan negeri terpaksa catu duit.

    Hidup di asrama, ke dewan makan, setiap hari nasi goreng. Pagi, tengah hari dan makan petang semua nasi goreng, sebab itu menu paling ringkas pihak sekolah mampu sediakan.

    Ni semua gara gara Tun. Politik dendam. Padahal bukan ada apa sebab pun nak tarik royalti terengganu.

  23. adelheid Nov 11,2017 3:27 PM

    Tun,

    Just to remind you and family to be aware and alert of could be insidious hanky panky to hurt you even in the comfort of your home. I worry about the juggling of your pegawai pengawal pembantu rumah tukang masak and all… Please do not take for granted because people can do anything just to get their hands on you Tun. Your pengawal peribadi or tukang masak for instance should be people you can trust people you already know, not just some tom dick or harry or minah semah who come in and go as the kepala bapak instructs. It’s better to be safe than sorry Tun.

    I hope you will take note of this Tun and hope Tun Siti and your family will too. I think kepala bapak’s purposely juggle your this and that not only to make your life difficult but ultimately to hurt you in anyway only God knows.

    May God protect you, Tun Siti Hasmah and family. Take care Tun.

  24. adelheid Nov 11,2017 2:08 PM

    Dear Tun,

    Harap Tun sehat dan menjaga diri sentiasa.

    Tun, banyakkan bersabar dan jangan pedulikan segala dengki khianat yang sedang dilakukan oleh penyangak kepala bapak ini terhadap Tun. Dia mereka sedang berkuasa mereka boleh buat sesuka hati sebab negara sekarang bukan lagi sebuah negara demokratik tetapi negara kleptokratik kukubesi.

    You be strong Tun. Do what you have to do and that is to continue to fight this corrupt government of kepala bapak penyangak. Pakatan Harapan must realise that kepala bapak penyangak and his dirty gomen are doing their do or die to ‘kill’ you and the other Harapan leaders like Lim Kit Siang, or ‘buy’ those Harapan geniuses like Rafizi, Tony Pua maybe who knows.. so as to crumble Harapan from within. I hope none of Harapan intellectuals would fall prey to the filthy tactics of penyangak kepala bapak and his dying UMNO and BN.

    Stay true to your principles Tun and the others LKS, LGE, Rafizi, Dr.Wan Azizah, Mat Sabu semua. This persecution should make you stronger than ever before. It won’t be long now. It would be such a shame if any of you should choose to succumb to the dirty doings of kepala bapak penyangak and his aides.

    Tun you must know that the more Najib and his gomen are persecuting you the more rakyat loathe them the more we are determined to kick them out the door for good.

    Take good care dear Tun Mahathir.

  25. musato Nov 11,2017 11:15 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Kenapa pengiring Tun beralih jauh ke tepi sampai kalau saya nak peluk pun boleh selepas saya panggil dan cuit tangan Tun dicelah ruang yang sempit sebagai tanda untuk tegur Tun?

    Jadi Tun tak perlu pengiring la kalau macam tu.

    Yang 8 tahun dulu lagi hebat. Siap main pegang pegang betulkan pistol pulak sementara saya tunggu Tun di tempat ruang solat Jumaat.

    Sampaikan nak berdiri untuk berjemaah di sebelah Tun pun dia tak bagi. Tapi tak apalah duduk betul betul di belakang Tun pun jadilah.

    Meluat pulak tengok. Nasib baik masa khutbah khatib dah tegur masa dia salam cium tangan Tun. Khatib kata “cium tangan mak”.

    Jangan amik serius ye UTK. Cuma bergurau mengimbas kenangan.

    Terima kasih Tun.

  26. huda Nov 11,2017 9:59 AM

    Assalammualaikum

    Saya agak terkilan hak-hak istimewa Tun ditarik balik. Kerajaan tidak sepatutnya buat begini, walaupun menyampahnya kerajaan dengan Tun, mereka tidak boleh menafikan Tun orang yang pernah berjasa pada negara.

  27. sibotak Nov 11,2017 6:55 AM

    Najib
    Pemimpin Malaysia yg lebih Lagak dari Buat
    Tin kosong Malaysia , Cakap Champion tapi Takut Nak berdepan
    Dengan orang tua berusia 92 tahun yg tidak ada jawatan
    Tidak ada Pengawal , Tidak punya Kuasa

    Hahaha , Apa punya PM Malaysia dah
    Najib di pandang Hina , Kebencian Rakyat
    Hari demi hari

    Setiap layanan buruk terhadap Tun Mahathir
    Adalah satu kebencian pada Najib
    Tun Mahathir akan di bela

  28. rimba.emas Nov 10,2017 11:57 PM

    Salam Tun.

    1. Kepada BN tiada lain selepas DSAI yang pernah mengugat peratusan pengundi daripada menyokong mereka.

    2. Kini tiba gelaran Tun pula pada BN musuh utama mereka sepertimana DSAI yang akan dapat mengurangkan pengundi atau menyokong UMNO pada Pru 14 nanti.

    3. Lebih-lebih lagi penyokong-penyokong BN yang telah mula keluar atau menyertai PPBM dan menyokong Pakatan Harapan.

    4. Bagi Rimba Emas rakyat yang menyertai atau menjadi ahli Parti selalunya menyokong kerana Tun dan Parti.

    5. Sementara rakyat yang tidak mahu menyertai mana-mana Parti kemungkinan akan menyokong Parti yang dapat menyelesaikan masaalah dalam kehidupan mereka.

    6. Semuanya kerana LAYANAN yang seseorang individu itu terima. Manusia yang berilmu dan melebihkan agama tuhan akan cenderong kepada KEBENARAN.

    Wallahua’lam.

Leave a Reply