TOTAL VISITORS FROM 2008:

AMANAT HADI 19

1. Ramai kita telah dengar berkenaan Amanat Hadi. Tetapi ramai yang tidak baca, lebih-lebih lagi menganalisa dan memahami isi kandungan amanat ini.

2. Saya telah siar amanat ini dalam blog saya. Tetapi ada baiknya saya perturunkan amanat ini sekali lagi:

Amanat Haji Hadi

“Saudara-saudara sekalian, percayalah. Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang BN bukan kerana nama BN. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka, oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam. Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Budha, tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku”.

3. Perkataan-perkataan Hadi dalam amanatnya jelas merupakan hasutan terhadap pengikut-pengikutnya supaya sanggup mati dalam perjuangan menentang pemerintahan UMNO, BN yang didakwa “kafir”.

4. Kerajaan berhak menangkap dan memasukkan dalam tahanan Hadi kerana unsur hasutan dalam amanatnya. Tetapi Hadi mempunyai ramai pengikut yang fanatik yang boleh cetuskan huru-hara dan rusuhan diseluruh negara.

5. Sebab itu Hadi tidak dimasuk ke dalam tahanan.

6. Tetapi antara pengikut fanatik Hadi ialah Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya). Terpengaruh dengan ajaran dan amanat Hadi, Ibrahim merancang untuk menjatuhkan Kerajaan dengan pemberontakan bersenjata. Ia bercadang mengadakan pasukan-pasukan bersenjata ini ditiap-tiap negeri di Malaysia. Bahawa rancangan ini tidak mungkin berjaya tidak dipedulikan.

7. Kerajaan sanggup bertindak terhadap Ibrahim kerana tindakan terhadapnya dipercayai tidak akan mengundang reaksi sebesar tindakan terhadap Hadi. Lagipun jika dibiar, gerakan Ibrahim mungkin menjadi besar dan sukar ditangani oleh pihak berkuasa.

8. Tetapi jangkaan Kerajaan meleset. Persiapan Ibrahim untuk melawan polis sudah sampai ke tahap penggunaan senjata, seperti parang, buluh tajam dan senapang patah.

9. Apabila polis bergerak ke arah rumah Ibrahim, mereka diserang hendap dan empat anggota polis dibunuh dan seorang lagi cedera. Akhirnya polis menyerang balas dan 13 pengikut Ibrahim dan Ibrahim terbunuh.

10. Rusuhan bersenjata oleh Ibrahim dan pengikutnya sehingga sanggup mati ini dipengaruhi oleh hasutan Hadi dan amanatnya. Perkara seperti ini tidak pernah dilakukan oleh orang Melayu selepas merdeka. Ini bukan cara orang-orang Melayu. Kita boleh faham dan terima tindakan seperti ini di zaman British. Di zaman merdeka polis dapat bendung kegunaan senjata dengan rundingan dan pujukan. Ini telah dilakukan beberapa kali dengan jayanya. Tetapi di Memali amat jelas sikap yang ditunjuk oleh Ibrahim dan pengikutnya dipengaruhi oleh kepercayaan mereka berjihad mengikut ajaran dan amanat Hadi. Mereka percaya kematian mereka adalah syahid.

11. Dengan itu PAS telah menanam yang mati tanpa dimandi dan dikapan.

12. Sesungguhnya amanat Hadi dan ajarannya adalah punca tragedi Memali. Hadi patut kesal kerana dialah yang menyebabkan rusuhan dan kematian polis dan orang awam di Memali.

13. Walaupun PAS telah kafirkan musuh politik mereka lebih awal lagi tetapi tidak ada desakan dan hasutan supaya mereka mengganas dan membunuh dalam usaha mereka untuk kemenangan politik. Hanya Hadi sahaja yang membawa fahaman bahawa pembunuhan musuh politik oleh pengikutnya adalah disuruh oleh agama Islam dan kematian pembunuh adalah syahid.

14. Suruhanjaya Diraja perlu ditubuh. Hadi perlu dihadapkan ke suruhanjaya untuk disoal akan peranannya dan peranan amanatnya. Jika ada orang yang perlu disiasat berkenaan dengan Memali, orangnya ialah Abdul Hadi Awang, pemimpin parti Islam SeMalaysia (PAS).

15. Sekarang Hadi sanggup bekerjasama dengan UMNO dan Kerajaan pimpinan UMNO yang dahulu dikatakan kafir kerana mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah.

16. Di satu masa Hadi mendakwa UMNO kafir. Bekerjasama orang kafir menjadikan UMNO kafir.

17. Sekarang, sebelum menolak Amanatnya bahawa UMNO kafir, Hadi menjadi penyokong kuat UMNO, kerana tindakan PAS bertanding dalam PRU 14 akan mengurangkan undi bagi Pakatan Harapan dan memberi kemenangan kepada Najib. PAS sendiri akan kalah.

19 thoughts on “AMANAT HADI

  1. musato Dec 12,2017 8:08 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Entah kenapa perlu kecoh pasal Najib Lanun Bugis sampai Sultan Selangor pun mahu terasa.

    Pada buku bacaan saya, Ahlul Bait (keluarga Rasulullah saw) dan Kesultanan Melayu karangan Tun Suzana, Sultan Selangor juga dari nasab yang sama seperti Terengganu, Pahang dan Johor iaitu Tun Abdul Majid.

    Selangor bernasabkan Tun Abdul Majid dari sebelah keluarga perempuan.

    Tun Abdul Majid adalah berketurunan Rasulullah saw.

    Walau bagaimanapun, adalah benar apabila kebanyakkan keturunan Bugis diberikan kedudukan oleh kesultanan Selangor dahulu kala kerana Raja Raja Bugis ini membantu dalam kemenangan.

    Tapi nampaknya, Sultan Selangor lebih berbangga memberitahu rakyat Malaysia bahawa Sultan Selangor berdarah Bugis dari berbangga dengan darah Rasulullah saw.

    Atau buku hasil usaha Tun Suzana itu adalah tidak betul faktanya?

    Terima kasih Tun.

  2. asahamat Dec 12,2017 9:19 AM

    Assalamualaikum wbt Tun.

    Firstly, diucapkan tahniah dan syabas kepada Datuk Nor Muhammad kerana bukan sahaja sanggup bertanggungjawap penuh dari kerugian Forex Trading BNM 1992-94 malah sanggup hilang kemewahan hidupnya sebagai Timbalan Pengerusi Khazanah (?). Semoga keberaniannya menjadi contoh bertapa bertanggungjawap demi Negara itu, biar sakit, In Shaa Allah ganjarannya pasti ada.

    (2) Setidak2, berbeza dgn 1MDB, kerugian Forex RM31.5b tidak membebankan Negara dgn hutang tinggi apa lagi kejatuhan nilai Ringgit yg teruk. Dalam
    Forex duit hilang secara urusan dagangan sebenar. Dagangan Forex yg BNM jlnkan pada masa itu telah memberi pengalaman penting dlm usaha menyelamatkan Negara dari malapetaka keberhutangan dgn IMF akibat krisis kewangan serantau pd 1997. Usaha Nor Muhammad tsb telah sekali lagi menyelamatkan Negara dari mengalami merundumnya nilai Ringgit dan ekonomi Negara pd 1997. Kegagalan di peringkat pertama 1992-94 Nor Muhammad telah tebus dgn ketahanan Ringgit dan ekonomi pada 1997.

    (3) Apa terjadi kpd 1MDB? Nor Muhammad kecundang sekali tetapi bangkit menang bergaya seterusnya! 1MDB, langkah seterusnya Najib MO1 adalah kecundang di sepanjang jalan dan berkelanjutan tiada henti. Siapa lebih gagal? Pastinya Najib MO1 berbanding Nor Muhammad.

    (4) Namun yg salah dan khilaf tetap salah dan khilaf. Nor Muhammad sanggup
    mendepaninya, itulah petanda jantan sejatinya ie bukan jantan murai, riuh sehutan tapi ekor berlumuran najis.

    (5) Selepas peristiwa kegagalan Dangan Forex BNM, apakah kemajuan Negara terbantut @ susut? Alhamdullillah tidak. Negara bangkit jadi Harimau ASEAN. Namun dlm masa kekecundangan 1MDB, apa yg berlaku? Hutang meningkat, kesan significantnya kepada Negara apa? 1MDB menyaksikan pengadaian khazanah Negara malah melemahkan martabat Bangsa, Agama dan Negara. GST ie cukai berantai Najib MO1 laksanakan pd 2015 sebagai persediaan utk menutup samunan dlm 1MDB dan segala setaranya.

    (6) PH cekallah utk berjuang membela rakyat. Marilah kita berjuang bukan pd landasan benci @ tamak. Jadikan perjuangan pd landasan benar dan jujur menjadi kekuatan kita.

  3. Sri Sense Dec 12,2017 8:29 AM

    Salam Tun

    Singgah sebentar. Harap Tun dan isteri sihat.

    Amanat Hadi ini banyak yang dah terpesona dan terpesong, saya dulu minat Hadi, zaman muda, idealistic, sekarang tak lagi.

    Tun saya risau tengok sengketa dengan Sultan Selangor. Bukan apa, saya merasai Sultan Selangor adalah antara Sultan yang paling sober di Malaysia. Saya anak Perak tapi saya tinggal di Selangor puluhan tahun. Anak saya ada lahir Selangor ada lahir Kuala Lumpur. Dah besar panjang.

    Years ago sebelum berkahwin baru saya sering nampak Sultan Selangor, dengan anaknya yang masih kecil ketika itu – Raja Muda – beliau bermain dengan anak macam orang biasa, kalau berpakaian pun macam orang biasa, kalau kita tak tau, kita tak tau dia Sultan.

    Kalau makan pun beliau pilih makan tempat bersama dengan rakyat biasa, malah saya pernah makan satu tempat dengan beliau, beliau dimeja depan saya dimeja belakang, ketika dengar saya complain pasal makanan tiada pada waiter, esok saya pergi tempat itu dah ada makanan tu balik 🙂

    Beliau sering juga kelihatan ditempat2 yang biasa dikunjungi rakyat biasa. Beliau macam rakyat biasa bila tiada tugas official. Beliau begitu simple. Macam CEO sebuah syarikat gergasi. Cuma saya kalau jumpa Sultan Selangor terserempat, saya segan tegur 🙂

  4. umranrc Dec 12,2017 2:11 AM

    Salam Tun,
    Soal-soal yang dibentangkan Tun pada tajuk kali ini agak berat untuk saya memberikan sebarang ulasan. Tetapi yang pasti, telah pun berlaku pertumpahan darah kerana ideoloji yang jika difikir-fikirkan agak bercelaru arahnya.

    Ingin saya sentuh sedikit tentang ‘nasihat’.

    Katalah saya telah mendalami ilmu apa sahaja sehingga peringkat sarjana falsafah, adakah ini memberikan saya hak untuk menasihati bapa saya mengenai apa sahaja yang telah dipelajari? Atau pada orang pada yang lebih tua daripada kita?

    Jawapannya sudah tentu tidak. Adab dan sopan sebagai sebuah bangsa yang bermaruah; tidak sesekali kita cuba untuk menasihati orang yang lebih berumur daripada kita. Ya, mungkin orang yang lebih berumur daripada kita itu agak tersimpang dari jalan yang betul, kita masih lagi tetap tidak layak untuk menasihati mereka.

    Bagaimanapun, yang boleh kita lakukan adalah memberikan pendapat kita mengenainya. Sebagai contoh, “Daripada apa yang saya pelajari tempoh hari, kita perlu menjauhkan diri kita daripada mereka-mereka yang suka bercerita tentang sesuatu keburukkan orang lain. Pendapat ini selari dengan nas nas ….”

    Terima Kasin Tun.

  5. anti rasuah Dec 11,2017 7:06 PM

    Assalamualaikum.

    Isu pulangkan darjah kebesaran dari Sultan Selangor:

    Kalau saya jadi Tun pun akan melakukan perkara yang serupa iaitu pulangkan pingat yang tiada membawa sebarang makna Tun.

    Apa ada pada pingat Tun? NOTHING.

    Wassalam.

  6. anti rasuah Dec 11,2017 6:22 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Najis a/l Razak dan orang-orang sepertinya tidak perlu memimpin Negara selepas PRU14.

    Sebut negara demokrasi tetapi bersuara sedikit menyatakan pandangan peribadi terus dikecam “tidak cerdik”. Pemimpin yang ternyata tidak cerdik lagi bahalol dan mengamalkan rasuah dan tiada integrity dikatakan baik oleh penyokong UMNO.

    Syabas kepada Shiela Majid, berani kerana benar takut kerana salah. Pergi persetan dengan penyokong Najib yang bodoh lagi bahalol. Mengaku Islam tetapi lagaknya mengalahkan orang kafir.

    Wassalam.

  7. zulu Dec 11,2017 10:58 AM

    Najis of Malaysia is now using racial card to invoke Malays against Tun M.
    Bugis of selangor migrated to Malaysia and they have no right to ask fellow Malays to ask not to come to selangor. What is lacking to their brain??!!!

  8. anti rasuah Dec 11,2017 7:03 AM

    Assalamualaikum.

    Tun,

    Sebangsat-bangsat orang Islam adalah mereka yang jelas munafik, cakap berbelit-belit Tun seperti Hadi Wang dan Najis a/l Razak.

    Wassalam Tun.

  9. ir.miringila Dec 11,2017 1:31 AM

    Selamat Tun,
    Izinkan saya.

    Saya sungguh suka dengan pengulangan isi amanat Haji Hadi.

    Kita dapat melihat bagaimana beliau bermain dengan sentimen agama untuk menaikkan semangat penyokongnya. Yang menjadi mangsa adalah penyokongnya yang termakan dengan amanatnya tanpa dapat memberi pertimbangan yang adil kerana ketaksuban membuta tuli dan tanpa usul periksa. Maka polis menjadi korban.

    Malahan inilah yang dapat kita lihat terhadap apa yang berlaku kepada para penyokong atau ahli kepada parti politik di Malaysia. Mereka menyokong membuta tuli hanya kerana ucapan yang gegak gempita tanpa dapat menilai lebih lanjut dek kerana kekurangan ilmu. Oleh itulah kita dapat melihat penyokong parti politik atau penyokong kepada pemimpin politik selalunya menurut sahaja apa yang dikatakan oleh pemimpin mereka. Perkara ini berlaku di dalam semua parti politik.
    Jika kita lihat di dalam amanat itu sendiri beberapa perkataan seperti kafir dan jahiliyah merupakan suatu perkataan yang cukup dekat dengan orang Melayu Islam. Melayu secara umumnya sangat membenci kafir walaupun mereka cukup suka dengan ciptaan orang-orang kafir. Tanpa mereka sedar didalam penggunaan alat-alat ciptaan kafir terdapatnya undang-undang yang menentukan keboleh gunaan alat tersebut di peringkat dunia dan secara tidak langsung mereka menurut undang-undang kafir. Begitu juga dengan perkataan jahiliyah. Melayu cukup membenci orang-orang jahiliyyah yang menentang nabi padahal pakcik nabi sendiri yang melindunginya dari seorang pakcik lagi juga merupakan orang jahiliyah. Senang cakap jahiliyah tu BODOH. Bolehkah seorang yang bodoh melindungi nabi?
    Selagi mana orang Melayu masih terpedaya dengan istilah-istilah arab tanpa mengetahui maksud sebenar, selagi itulah orang Melayu akan terus diperalatkan oleh golongan pemerintah dan agamawan.
    Selagi itulah Al-Quran akan diperalatkan untuk memenuhi kehendak orang-orang seperti pemerintah dan agamawan.

    Selama 1200 tahun lebih kitab Al-Quran telah dijadikan sebagai satu cara manusia yang tidak bertanggungjawab untuk menguasai yang lemah. Dijadikan satu dokrinasi untuk mengawal dan menyimpangkan manusia dari jalan sebenar dengan memberikan terjemahan yang palsu yang menyimpang dari bahasa Arabnya, sehingga orang Arab sendiri percaya bahawa Al-Quran diturunkan dalam bahasa arab yang pelik tidak seperti bahasa Arab biasa.

    Lantaran itu tidaklah menjadi hal lagi, bahawasanya negara yang tercinta ini bakal diheret ke dalam keruntuhan. Kegemilangan Malaysia akan tercatat didalam Sejarah. Ini semua berlaku kerana kita tidak mahu berubah dan meninggalkan pahaman agama Islam yang sempit yang kini semakin menjadi-jadi di Malaysia.

    Sekian Tun, saya amat sedih mengapa kita sanggup mendukung fahaman agama yang sempit tanpa membenarkan aliran pemikiran yang baru dan lebih segar untuk dinikmati bersama?

    Terima kasih, Tun.

  10. musato Dec 10,2017 12:08 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Orang muda masih tak faham.

    Tun akan pergi. Pergi selama lamanya.

    Tun tak tinggalkan legasi politik pada anak anaknya. Ya, Datuk Mukhriz ada. Tapi pada pengamatan saya, Datuk Mukhriz bukanlah pengganti Tun. Beliau tak mewarisi anugerah kepimpinan seperti Tun.

    Tidak seperti Najib dan Hishamuddin. Mereka ini telah ‘dibela’ oleh orang terdahulu seperti Tun kerana jasa ayah mereka sebagai bekas Perdana Menteri.

    Walhal, mereka juga tidaklah punyai bakat kepimpinan semulajadi. Maksud semulajadi bagi saya adalah cerdik, bercakap benar, pandai selesai masalah serta lain lain bakat yang dapat melindungi rakyat dengan sumber yang terhad.

    Namun kerana kuatnya jenama UMNO maka mereka ini boleh masih bertahan dengan sokongan orang Melayu luar bandar.

    Betul setiap zaman tidak sama dengan zaman yang lain. Zaman Tun Mahathir sudah berlalu.

    Sekarang adalah zaman teknologi alam maya. Di mana Tun Mahathir sendiri ketinggalan di belakang. Namun kerana tulisan adalah anugerah Allah swt yang mengajar ilmuNya, maka secara asasnya pemimpin yang hebat adalah bijak sesuaikan diri dengan keadaan semasa.

    Zaman teknologi alam maya adalah zaman orang muda sekarang dan akan datang. Ia adalah zaman kita. Masa depan kita. Bukan lagi masa depan untuk orang seperti umur Tun Mahathir.

    Kita orang mudalah yang akan menggerakkan dasar dan menjaga keadaan negara kita Malaysia.

    Apabila orang berumur dari umur kita sendiri korup, apa patut kita buat? Perlukah kita ikut korup sekali?

    Kita sebenarnya masih bergantung harap pada orang tua. Orang tua yang betul, tak apalah. Tapi kalau salah bergantung pada orang tua yang salah, maka rapuhlah pergantungan kita itu.

    Samada kita mengikut ciri fizikal berserban, hatta berjanggut sekalipun. Raja kita adalah hati. Hati yang bersih, secara lansung akan membawa kita ke arah fizikal yang cantik dan menyanyagi Rasulullah saw. InsyaAllah, kerana cinta kita pada Allah dan RasulNya, jalan kita akan sentiasa dipandu ke arah yang benar.

    Itulah kompas kita.

    Satu masa Tun akan pergi. Bagaimana kita mempergunakan usia muda kita sekarang?

    Terima kasih Tun.

  11. Hajar Dec 9,2017 3:44 PM

    Salam Yang Amat DiHormati dan DiSanjungi Tun,

    1. ‘Amanat Hadi’ memang sesat lagi menyesatkan. Rujuk kepada surah Al-Baqarah Ayat 217 (2:217) untuk tahu betapa besarnya dosa memfitnah (sedutan: “…And fitnah is greater than killing.”).

    2. Hj. Hadi wajib bertaubat, menarik balik ‘amanat’ sesat beliau, dan memohon maaf kepada kesemua ‘mereka’ yang beliau telah kafirkan, dan juga pengikut-pengikut ‘amanat’ beliau yang telah disesatkan (ada yang mati sia-sia).

    3. Memang nampak sangat kemunafiqan Hj. Hadi & geng yang bukan main rapat lagi dengan PM Kleptokrat dan Kerajaan Kleptokrasi.

    4. Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung menampakkan sikap hipokrisi pemimpin-pemimpin mereka.

    5. Tidak lama dahulu (Sept 2017; saya di Eropah ketika itu) Presiden UMNO @ PM berjanji untuk membantu (menaikkan?) ekonomi Amerika di hadapan Mr. Trump dengan menggunakan duit KWSP (wang tabungan rakyat). Sekarang berdentum-dentam (menjerit-jerit) mengutuk Mr. Trump dalam isu Baitulmaqdis. Bagaikan tong kosong lagaknya…

    6. Cara Tun berucap secara tenang (termasuk semasa di PAU), tidak terjerit-jerit, ada banyak isi berguna, dan penuh berhemah, lebih berkesan di hati kebanyakan rakyat. Saya memang meluat tengok pemimpin2 yang suka berucap terjerit-jerit (temasuk Anwar – PKR).

    7. Dalam isu Baitulmaqdis, memang umat Islam (bukan Islam juga ada yang turut serta) wajib mengutuk niat jahat Amerika untuk menjadikannya sebagai ibu negara Israel.

    8. PM Najib @ Ah Jib Gor sepatutnya menarik balik niat untuk membantu ekonomi Amerika jika beliau benar-benar ikhlas (tidak hipokrit) dalam kutukan beliau terhadap niat Mr. Trump.

    9. Lagi satu, bantu dulu EKONOMI Malaysia yang semakin menuju kehancuran. Rakyat biasa semakin hidup susah dengan nilai ringgit yang lemah, kos sara hidup yang mencanak naik, GST, etc.

    10. Memang padan sangat Hj. Hadi ‘berkawan baik’ dengan DSN. Sama-sama bersifat munafiq.

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  12. tariqmind Dec 9,2017 10:51 AM

    Assalamualaikum Tun,

    Saya dan keluarga seperti kebanyakan rakyat Malaysia yang lain menghormati Tun. Sumbangan Tun kepada negara tidak kami pertikaikan.

    Situasi semasa dalam negara, sudah tentu kami inginkan perubahan di dalam negara Malaysia ini terutamanya dalam politik, ekonomi dan jurang sosial.

    Sedikit nasihat saya kepada Tun mungkin untuk mendekati kami rakyat dan umat Islam.

    1) Berkenaan isu semasa seperti Baitul Maqadis, seharusnya Tun yang lebih awal atau yang pertama menulis artikel menceritakan pengalaman Tun dengan beberapa pemimpin Palestin menyatakan sokongan kepada Rakyat Palestin dan umat Islam. Walaupun krisis ini melibatkan 3 agama tapi sudah tentu Rakyat Palestin akan dizalimi sekali lagi terutama di sekitar Baitul Maqadis.

    2) Tindakan menyokong Pertubuhan Hindraf pada hemat saya adalah salah. Ini kerana mereka adalah penyokong kuat kerajaan Modi di India yang bermusuh dengan agama Islam. Mereka mengecam Dr Zakir Naik dengan buruk sekali dan bermusuh dengan dakwah Islam. Semua kelengkapan kamera team Dr Zakir Naik bernilai 25 juta dirampas begitu juga anak buah beliau ditahan. Sedang dakwah Islam wajib, mencari titik persamaan agama adalah arahan Tuhan tetapi menzalimi orang yang berdakwah kepada agama Allah dan menyokong penzalim tidak diajar Islam.

    3) Difahamkan Tun gemar membaca Dan memahami begitu banyak terjemahan Al Quran, tetapi sayangnya pemahaman lafaz perkataan Arab belum lagi cukup sekadar pembacaan. Tun berkawan dengan beberapa mereka dari kalangan cendekiawan Islam, maka bertanya dengan lebih Arif lebih afdhal seperti diarah dalam Al Quran. Maka tindakan Tun tidak membenarkan isteri tidak memakai tudung begitu mengecewakan kalangan Muslim. Bertanyalah mereka yang pakar dan arif dalam agama dan bahasa Arab, moga kita dilindungi azab dari tindakan Kita dan saya sentiasa mendoakan terkabul DOA says melihat isteri Tun mengenakan hijab kerana faham kehendak dan perintah Allah Maha Mencipta lelaki dan wanita.

    4) Sokongan Rakyat juga akan dekat apabila Tun memberikan sentuhan fizkal, spiritual tentang masalah Rakyat. Bercakap bagaimana dapat selesaikan masalah utama Rakyat akan memberi anjakan kepada sokongan Parti Tun.

    5) Selesaikan masalah dalaman Parti Tun secepat mungkin dengan bijak. Tun perlu turun ke bawah ‘hands on’ selesakan masalah ahli terutama di negeri Kedah dan Johor yang masih belum kukuh kerana masih baru Dan cepat berpecah atau berputus asa. Kegagalan mengawal parti sendiri akan jadi kegagalan dalam perjuangan Tun menyelamatkan negara.

    6) Apabila melibatkan soal kekayaan anak-anak Tun jawablah dengan bijak. Jika datang dari perniagaan halal terus-terang jawab ini hasil belian dari perniagaan ini atau ini. Bukan menjawab dengan menuding semula kepada parti lawan. Salah menjawab akan menunjukkan parti Tun mempunyai standard sama dengan parti lawan, korup, suka menuding jari dan sama 2×5.

    7) Utamakan agama Islam dan pergantungan kepada Allah swt maka Allah swt akan sentiasa bersama Tun walau di mana Tun berada. Maka setiap masalah akan diselesaikan, perjuangan Tun untuk negara akan tercapai segera.

    Sekian dari nukilan nasihat saya.

    Terima kasih dan Salam sihat untuk Tun sekeluarga.

  13. musato Dec 9,2017 12:59 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Nampak marah sangat orang sokong PAS (Islam?) bila saya kata sikit pada Tuan Haji Hadi kita.

    Orang pakai serban tu!

    Najib susah nak kalah!

    Sampai bila nak bangkang kerajaan? Kenalah berbaik jugak.

    Pada saya orang yang bercakap tu sebenarnya amalannya tak berapa kuat. Maka jalan paling mudah adalah sokong PAS, sokong ahli politik yang pakai serban.

    Saya bukan pemuja atau peminat fanatik Tun Mahathir.

    Saya ada penanda aras saya tersendiri dalam menentukan tahap ‘kesucian’ seseorang pemimpin/individu.

    Selama mana saya menulis di sini sehingga berhempas pulas dalam kehidupan, maka suatu hari saya sudah tidak tahan lagi.

    Saya menangis di dalam kereta buruk saya ketika itu dengan hanya berbekalkan gaji rm13 sehari termasuk untuk bayar parking kereta rm2, pada tahun 2010 kalau tak silap.

    Saya bertanyakan kepada Allah swt di dalam hati saya.

    “Kenapa Engkau perlakukan aku begini Ya Allah! Aku tidak sanggup lagi. Tunjukkanlah kebenaran apakah itu.”

    Ketika itu adalah waktu rehat tengahari. Saya tak ada duit nak makan. Jadi saya masuk dalam kereta untuk rehat. Kemudian tangisan tersebut disusuli dengan tertidurnya saya. Qailullah (tidur sebentar sebelum zohor).

    Saya bermimpi. Saya lihat bayang manusia.

    Itukah kamu ya Rasullullah?
    Itukah kamu ya Rasulullah?!
    Itukah kamu ya Rasulullah!! (saya meninggikan suara kerana takut didekati oleh orang yang tidak dikenali – tanpa dapat dilihat wajahnya).

    Baginda (bayang itu) memeluk erat saya dari belakang sambil dapat dilihat bayang (mulut baginda) membaca sesuatu dan menyapunya di belakang saya.

    Setelah selesai, baginda Rasulullah saw mengangkat/mendongak dan memperlihatkan wajah baginda.

    Subhanallah!!! (saya terkejut kerana wajah tersebut amat bercahaya – wajah baginda adalah digambarkan seterang bulan atau lebih terang lagi dari itu).

    Musuh Tun Mahathir berusaha mencari kesilapan Tun.

    Mereka mahu mengenakan Tun Mahathir.

    Saya tak marah. Kenakanlah Tun. Itu akan dapat buktikan bahawa saya lakukan kesilapan kerana memandang Tun Mahathir terlalu tinggi martabatnya.

    Tapi ingat, jika kamu mengistiharkan perang pada kekasih Allah swt, kamu akan terima balasannya.

    Maka buktikan bahawa kami ini bukan kekasih Allah?!

    Dan siapa Haji Hadi ini sebenarnya?

    Bertaubatlah Haji Hadi. Dosa besar jika mempermainkan agama dalam memecah belah orang ramai dengan fatwa yang tidak betul sehingga berlaku pembunuhan dan kehidupan yang tidak ke arah perpaduan ummah.

    Atau dikatakan perpaduan ummah itu PAS + UMNO?

    Menarik untuk mengetahui keputusan PRU14 nanti.

    Terima kasih Tun.

  14. WandyCaswady Dec 8,2017 11:47 AM

    Assalamuaalaikum…

    Kerajaan atau pembangkang… Sedarlah kalian.. sebenarnya kalian yg menyemaikan sifat perkauman di antara cina, melayu india dan semua . Atas nama politik.. kalian lupa pada agama yg mengajarkan kita utk berbuat baik od semua tidak kira Islam atau bukan islam…

    Menagapa manusia hanya beriman kepada sesetengah ayat Al Quran dan tidak keseluruhan nya?

    Apakah Al Quran itu buatan manusia? Jika jawapan anda iya… Allah telahpun mencabar kalian utk membuat selembar ayat jika anda boleh buat.. jika tidak. Apakah kalian yakin dgn wujudnya Tuhan yg tidak memungkiri janji?

  15. amd trmz Dec 8,2017 9:46 AM

    NEJIB DAN NEGARA KOMUNIS

    TERDAHULU…
    David Teo ditampar nak suarakan pendapat

    sekarang…
    Pengecam bodo# mengecam artis yang cuma memberi pendapat berkaitan ekonomi negara.

    SALAHKAH MEREKA?! SALAHKAH AKU?! DAN SESIAPA PUN NAK BERI PENDAPAT BERKENAAN SITUASI EKONOMI NEGARA… MALAYSIA NI KOMUNIS KE APA!

  16. rimba.emas Dec 7,2017 11:38 PM

    Salam Tun.

    1. Bukan sahaja amanat ini rakyat kena baca tetapi nilai kembali samaada tuan punya amanat ini kotakan apa yang dikatakannya.

    2. Kepada rakyat yang malas membaca atau tidak minat membaca perkara yang di utarakan ambillah ini sebagai AMANAT YANG PENUH TIPU MUSLIHAT.

    3. Kalau tuan punya amanat ini sah seorang PENIPU maka setinggi mana pun gelaran atau kelulusan akademik yang dia miliki bukanlah patut kita rakyat ikuti.

    4. Jika berhadapan dengan pemimpin sebegini wajib kita kembali kepada sunnah Rasullullah s.a.w dengan berpandukan al-quran.

    5. Maka tidak hairanlah seorang penipu boleh menerima seorang penipu yang lain.

    6. Seorang yang beriman kepada Allah s.w.t jodohnya mendapat tuntunan daripada yang maha berkuasa malah jika mendapat sebaliknya anggaplah ia satu ujian dengan penuh ganjaran pahala.

    7. Walau pun kita tidak dapat membaca rahsia hati manusia tetapi bila kita faham al-quran melalui ajaran oleh ilmuan yang muktamar dari Rasullullah s.a.w. maka dapat kita bandingkan akhlak seseorang itu.

    8. Maksud kembali kepada Sunnah ialah seperti amanat Rasullullah s.a.w dan akhlaknya pula semua berada pada al-quran.

    9. Kembalilah ke pangkal jalan bila takut diri kita telah terpengaruh.

    Wallahua’lam.

  17. drum10 Dec 7,2017 10:44 PM

    Assalamualaikum tun,
    Sy bersetuju dgn Arim diatas. Tak payah korek lubang kubur. Amanat itu menyesatkan. Sudah cukup minta dia tarik balik amanat dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia terutama kepada mereka telah dusesatkan dengan amanat tersebut

  18. Hajar Dec 7,2017 9:52 PM

    Salam Yang Amat DiHormati dan DiSanjungi Tun,

    1. Saya amat bersetuju dengan saranan dan cadangan Tun seperti di bawah:

    “14. Suruhanjaya Diraja perlu ditubuh. Hadi perlu dihadapkan ke suruhanjaya untuk disoal akan peranannya dan peranan amanatnya. Jika ada orang yang perlu disiasat berkenaan dengan Memali, orangnya ialah Abdul Hadi Awang, pemimpin parti Islam SeMalaysia (PAS).”

    2. RCI mesti ditubuhkan untuk peristiwa Memali kerana banyak yang terbunuh termasuk 4 anggota Polis. Kematian-kematian ini mesti dipertangungjawabkan ke atas penghasut yang menulis dan menyebarkan ‘Amanat’ (‘Amanat Hadi’) sesat tersebut.

    3. Rejim Najib yang sekarang ini amat rapat dengan geng Hj. Hadi tetap dianggap ‘kafir’ berdasarkan ‘Amanat Hadi’ yang masih lagi tidak ditarik balik atau dimansuhkan oleh penulis amanat.

    4. Hj. Hadi sudah terkena bala ‘amanat’ sendiri yang menjadikan diri beliau ‘kelihatan sama kafir’ dengan ‘mereka’ (golongan yang dikafirkan) yang dimaksudkan dalam amanat beliau.

    5. Mengapa rejim Najib tidak tubuhkan RCI untuk kes Memali ini yang jauh lebih memudaratkan berbanding kes Forex? Kes Forex (BNM) sebenarnya telah memberi ‘pengajaran/pelajaran’ paling berguna kepada Kerajaan di bawah pimpinan Tun Mahathir dalam menangani krisis serangan matawang dan ekonomi pada 1997/1998. Tun Mahathir telah menjadi WIRA Negara yang berjaya menyelamatkan Malaysia dari terjerumus ke kancah kehancuran ekonomi yang berpanjangan (Malaysia pulih jauh lebih awal berbanding negara2 jiran). Tun telah menyelamatkan entah berapa ratus billion ringgit nilai ‘bisnes/ harta/ wang /etc.” dari kerugian dek serangan penyangak matawang ‘Soros & gang’ dengan cara ‘tersendiri’ yang menongkah arus (tetapi terbukti amat berkesan). Rejim Najib agaknya LUPA tentang sumbangan besar Tun M ini (tidak lama selepas isu Forex BNM). Rakyat tidak akan mudah lupa terhadap segala sumbangan Tun M.

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  19. arim Dec 7,2017 6:06 PM

    Tidak payah tubuhkan Suruhanjaya Diraja keatas Hadi. Kemunafikan beliau akan di balas Allah didunia ini. Permulaan nya sudah nampak, dan akan menjadi lebih teruk lagi. Itu adalah balasan didunia dan diakhirat akan lebih dasyat lagi. Janji Allah adalah benar. Kita tunggu dan saksikan.

Leave a Reply