TOTAL VISITORS FROM 2008:

PAKATAN HARAPAN 18

1. Pakatan Harapan belum didaftar. Gabungan empat buah parti sehaluan ini telah memohon kepada Pendaftar Pertubuhan untuk didaftar dan logo/simbolnya dilulus tetapi sehingga kini P.H. belum didaftar walaupun berkali-kali P.H. cuba mendapat keputusan Pendaftar.

2. Pendaftar tidak pun jawab surat kami bahkan tidak menyatakan surat permohonan dan surat pertanyaan kami diterima atau tidak. Perjumpaan dengan pendaftar dua kali tidak menghasilkan penjelasan rasmi. Kononnya ada masalah dengan DAP dan Parti Pribumi. Kenyataan juga dibuat oleh Pendaftar kepada orang ramai, tetapi tidak ada surat rasmi menjelaskan apa dianya masalah.

3. Jawapan tertulis tidak pernah diterima dari Pendaftar. Hakikatnya ialah hingga sekarang selepas 7 bulan permohonan dibuat Pakatan Harapan tidak tahu apa kedudukannya. Tanpa kelulusan secara rasmi gabungan kami dan logo/simbolnya, kami tidak dapat bertanding dalam PRU 14 sebagai sebuah gabungan dengan logo/simbol yang sama.

4. Jika kami tidak dapat kelulusan terutama bagi simbol kami, maka kami terpaksa guna simbol masing-masing. Ini akan mengelirukan pengundi.

5. Tidak menjawab tidak bermakna Pendaftar tidak lulus. Parti memerlu masa yang panjang untuk memperkenal simbol dan gabungan kami kepada orang ramai. Jika kelulusan diberi setelah Parlimen dibubar, tidak ada masa bagi kami membuat persiapan.

6. Tidak melulus atau kelulusan lewat yang melemah kami akan menguntungkan BN dan UMNO. Ada unsur mala fide, niat tidak baik dalam tindakan Pendaftar tidak jawab permohonan kami.

7. Sesungguhnyalah sudah tidak ada pentadbiran mengikut undang-undang (the Rule of Law) di Malaysia yang dikuasai oleh Najib.

8. Rakyat perlu ambil perhatian terhadap tindakan Najib untuk menafikan hak rakyat memilih Kerajaan dalam pilihanraya mengikut Perlembagaan Negara.

18 thoughts on “PAKATAN HARAPAN

  1. drrafick Jan 25,2018 7:09 AM

    Salam Tun
    1. Kita kena terima hakikat dimana ianya tidak akan meluluskan permohonan PH. Kita kena faham bahawa KP ROS takut nak meluluskannya sebab dia makan gaji dan kejayaan dia dialam perkhidmatan awam adalah bergantung kepada politician

    2. Oleh itu buatlah perancangan lain. Saya yakin dengan Tun yang berkemampuan untuk membuat perancangan taktikal yang lain

  2. musato Jan 23,2018 7:58 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Menyambung cerita berkenaan Iqram Dinzly.

    Akhirnya beliau telah bertemu Mufti WP dengan ditemani rakan beliau yang juga artis.

    Namun sebelum itu, kebetulannya saya sendiri secara langsung di tv3 telah dengar saudara Iqram memanggil Rasulullah saw dengan panggilan ‘che mat’ sebagai guru beliau.

    Sudah tentu kejadian itu mendatangkan kontroversi. Tetapi kemudiannya Iqram telah meminta maaf dengan alasan berfikiran celaru kerana masalah kereta sebelum hadir ke rancangan tv3 tersebut.

    Di sini, saya lihat adalah penting untuk ;

    1. Memilih rakan sahabat jika ada (yang soleh/solehah)
    2. Jaga lidah/perasaan.

    Tentunya saudara Iqram mendapat nasihat dari orang yang berkelayakan.

    Semoga ia turut dimanafaatkan oleh kita semua.

    Terima kasih Tun.

  3. sibotak Jan 22,2018 11:27 PM

    ROS …Ini Rosmah Mansur punya
    Sebab itulah tidak ada jawapan
    Najib suruh ROS buat bodoh …tapi laki bini memang Bodoh berlagak Pandai

  4. anti rasuah Jan 22,2018 12:23 PM

    Assalamualaikum.

    ROS tido dan tak buat kerja, report pada PM bahalol tu.

    PH wajar buat laporan polis sekarang.

    Selepas BN balalol kalah selepas PRU, kita dakwa ketua ROS dan ex PM yang bahalol.

    Ketika ada kuasa berlagak dan bongkak.

    Wassalam.

  5. pakchop Jan 22,2018 8:37 AM

    PH perlu mengambil tindakan keras kepada ROS bila PH mengambil aleih putrajaya nanti.

  6. Cal Jan 21,2018 7:22 PM

    Dear Tun,

    Patience – if you cannot win this game against ROS, all your subsequent plans will be futile.

    And the plans I hope you will willingly listen to and implement are PARAMOUNT in turning the ripples into Waves and into tsunami.

    Honestly, you need 3 or 4 tsunamis to secure a win…

    1) a Malay tsunami like Anwar 1999
    2) a Chinese tsunami like GE 13
    3) a youth fence seater tsunami to your side
    4) a PAS come back to the alliance

    Can you do that?

    Regards,

    Cal Lai

  7. sibotak Jan 21,2018 9:03 AM

    Najib does not fit
    He is lazy , improvident , self centered , untrustworthy ,corrupted , no vision
    a very spoiled child of Tun Razak .

    Initially it was Ok as we see him as Tun Razak
    The 1st he give up Tanjung Pagar KTM Vast Land
    It strikes me something is very wrong
    Followed by his 1 MDB scam , Felda and the many more
    It just tell a story

    He is not running nor governing Malaysia
    He is busy taking care for his own good self misusing his post
    He don’t care what are the loses of one loses after another
    He sold Proton not because of economic vital reason
    But just to hurt Tun Mahathir
    Just to show off , its very arrogant
    Very emotional ,very un professional
    very childish act indeed on part of Najib

    In one word Najib is a Total Waste for Malaysia
    His family wasted Malaysia

    We need a Change
    We demand a Change

  8. Ace Rockefeller Jan 20,2018 9:51 PM

    Penyokong PAS menyangka menyokong PAS adalah tiket ke syurga, jika mati dlm perjuangan PAS maka mati syahid. Persoalannya adalah (1) adakah PAS benar² memperjuangkan Islam, adakah Islam membenarkan pemimpin² membisu, menyokong & bersubahat dgn pencuri negara?.(2) Adakah PAS memperjuangkan nasib rakyat yg menderita kerana dasar² Najib atau hanya gunakan agama utk perjuangkan survival politik mereka?

  9. Dato' Jan 20,2018 4:49 PM

    Petikan daripada Al-Quran, An-Naml (27:50)

    وَمَكَرُوا مَكْرًا وَمَكَرْنَا مَكْرًا وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

    Wamakaroo makran wamakarna makran wahum la yashAAuroona

    Dan (dengan demikian) mereka telah merancangkan rancangan jahat, dan Kami pula rancangkan balasannya dengan seburuk-buruk balasan, sedang mereka tidak menyedarinya.

  10. sibotak Jan 20,2018 3:59 PM

    Dunia Islam memerlukan Pemimpin yg Luar Biasa sekarang
    Kerana Dunia Islam di pijak ke tangga yg paling rendah

    Tun Mahathir dari Malaysia , Edrogan dari Turkey adalah calon calon nya
    Itu pun tak cukup .Dunia Islam tidak ada Pemimpin sendiri

    Najib ? elleh… suruh dia jual kangkung di tepi jalan sudah
    Sayang , Pemimpin Jaguh seperti Tun masih serba kekurangan bagi menempuh Ujian Penghinaan yg di hadapi olih Umat Islam sekarang
    Malaysia tidak punya Senjata . Senjata kontot adalah
    Yg tidak mampu mempertahankan diri sendiri

    Maka perlu gabungan sesama Ummah
    Perlu berhimpun para Pemimpin Islam sedunia ,Ulama seDunia
    Bagi mempertahankan maruah Islam

    Sept 11
    Made is U.S.A
    Designed by Israel
    Marketed by The West . Advertised by Their Media …CNN, BBC etc
    Bought by The Stupid Islamic Leader today and They submit to US Lies
    Every one knows it .It was a Big Lie
    But every ignore as it does not affect them

    US words tells a thousand Lies
    One lie after another
    Once a Liar always a Liar
    BUT Their actions and Their Doings
    Speaks The Truth
    These The World have seen
    These the World , Blinds their Eyes , Deaf their Ear

    Think of the sufferings that could come to us
    May even hit US
    California is a good example now

  11. musato Jan 20,2018 9:48 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Saya berkesempatan dengar ceramah Nurul Izzah Anwar sebagai penceramah utama.

    Tapi saya fikir Nurul Izzah/PKR sudah ketinggalan zaman.

    Masih lagi membicarakan berkenaan reformasi dan Anwar. Berceramah membawa mesej dari penjara.

    Hishamuddin Rais pun tahu bahawa orang tidak lagi membicarakan berkenaan isu Anwar.

    Bagaimana mungkin Nurul Izzah mahu rakyat tamatkan perjuangan reformasi melalui PRU 14 dengan menyuruh rakyat memberikan kemenangan kepada PH?

    Orang sokong PH bukan sebab Anwar. Orang sokong PH sebab keadaan hidup sekarang terbeban dan terasa ditipu.

    Hentikanlah omong omong bahawa Tun Mahathir sendiri sekarang mengaku pasal kebenaran reformasi yang dibawa Anwar Ibrahim.

    Itupun sudah dikira rezeki Wan Azizah dicalonkan sebagai Timbalan PM.

    Harap YB Nurul Izzah jangan jadi penyebab PH tidak menang PRU14 dengan membawa mesej yang tidak kena pada masa sekarang iaitu, mahu selesaikan matlamat reformasi pada 1998.

    Ini adalah masa untuk mengembalikan/menebus maruah keluarga anda. Kami yang bagi peluang ini.

    Bagaimana anda fikir Tun Mahathir boleh berjabat tangan dengan Anwar Ibrahim? sekiranya ia tidak dipersetujui?

    Kami hanya menyampaikan kasih sayang kami sebagai manusia. Tebuslah maruah keluarga anda dengan cara yang betul. Inilah masanya.

    Semoga apa yang kami buat ini mendapat balasan setimpal dari Allah swt. Sesungguhnya Allah Maha Menguasai.

    Terima kasih Tun.

    Terima kasih Tun.

  12. musato Jan 20,2018 12:13 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Saya nak bertanyakan satu soalan pada Tun.

    Masa Tun nak pergi melawat Anwar Ibrahim untuk ucap tahniah pasal calon PM tempohari, Tun ada tulis surat tak pada pihak berkuasa?

    Ya atau tidak.

    Kalau ya, kenapa?

    Kalau tidak, kenapa?

    Tun tahu jawapannya. Kenapa?

    Terima kasih Tun.

  13. rimba.emas Jan 20,2018 12:11 AM

    Salam Tun.

    1. Selalunya kalau mendaftar untuk membuka sebuah Syarikat tidaklah sukar sebabnya Syarikat pendaftar dapat duit pendaftaran. Maknanya sumber kewangannya ialah melalui wang pendaftaran.

    2. Tidak tahu pula ROS ini dari mana sumber pendapatannya. Sudahlah tidak sebanyak untuk hari-hari dapatan kepada kementeriannya.

    3. Kalaulah terlalu birokrasi bermakna ROS bukanlah satu Jabatan yang menguntungkan atau dapat mendatangkan hasil kepada Kementerian tersebut.

    4. Untuk kehadapan ROS inilah yang boleh di pertimbangkan untuk di mansuhkan jika Pakatan Harapan memenangi Pru 14.

    5. ROS ini juga sudah sama macam pihak Pendakwaraya yang lebih sudu dari kuah. Sudah ada kuasa pemutus sebelum di bicarakan atau di rundingkan.

    6. Rimba Emas setuju dengan Sri Sense. Lebih baik logo Parti masing-masing berterusan di perkenalkan kepada orang ramai.

    7. Kalau boleh apa-apa risalah di rekakan dalam sesuatu lakaran itu di cantum dengan kesemua logo Parti Komponannya.

    8. Contohnya dalam logo itu ada 4 bahagian dengan lambang Parti masing-masing di setiap bahagian.

    9. Baru-baru ini di katakan setiap Parti-parti di agihkan pada Parlimen-parlimen di setiap negeri. Pasti ia berpandukan kekuatan Parti-parti pemerintah sekarang.

    10. Ahli-ahli yang mendaftar dalam Parti-parti memainkan tanggungjawab penting ke pelusuk menjelajah ke setiap negeri-negeri memaklumkan logo-logo milik Parti masing-masing.

    11. Ceritakan kepada orang kampong bahawa masaalah GST akan di hapus bila memilih wakil yang melawan Parti UMNO.

    12. Kajian menunjukkan iklan dari mulut ke mulut amat dekat sekali di kalangan penduduk kampong.

    13. Pengorbanan sesama rakyat akhirnya boleh memperkasakan perjuangan rakyat demi negara , bangsa dan agama.

    Wallahua’lam.

  14. sibotak Jan 20,2018 12:07 AM

    Saya Lawyer bukan , Magistrate pun bukan
    Memang Najib Bacul , tak gentleman
    Dari persoalan 1MDB dan macam macam lagi
    Najib membelakangkan Hak Rakyat , membelakangkan Kebenaran
    Menyalah gunakan OSA dan Undang undang

    Najib ada Udang sebalik suruhannya melenggahkan pemohonan Pakatan
    Maka mungkin Pakatan perlu kemukakan di
    International Court of Justice atau mana pihak Antarabangsa
    Atau mungkin campur tangan United Nation

    Pakatan kalau tunggu nanti macam buah tak jatuh
    Malaysia mesti pastikan Najib , Rosmah sekeluarga tidak cabut lari
    Sebagaimana Najib pasti tahu di mana Jho Low
    Kenapa SPRM tidak soal Anak tiri Najib ?

  15. Hajar Jan 19,2018 10:01 PM

    Salam Yang Amat DiHormati dan DiSanjungi Tun,

    No worries Tun…

    Akan ada hikmah di atas kegagalan untuk mendaftarkan PH.

    Jika pendaftaran PH masih tidak diluluskan sehingga PRU-14, PPBM (dan parti2 lain dalam PH) akan dapat banyak undi simpati dari pengundi2 atas pagar dan pengundi2 yang dulunya mengundi UMNO/BN.

    Faktor Tun sebagai calon PM dari PH juga sudah memadai untuk mengalih sejumlah undi dari BN kepada PH. Ramai yang menaruh HARAPAN terhadap Tun (untuk jadi PM kembali).

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  16. musato Jan 19,2018 6:46 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Ok je x lulus pun.

    Tu kang baca pendapat saya, esok luluslah tu.

    Terima kasih Tun.

  17. milshah Jan 19,2018 11:15 AM

    Assalamualaikum Tun,

    Seboleh-bolehnya Pakatan Harapan masuk dalam PRU 14 menggunakan satu logo dan simbol. Ini untuk menunjukkan kebersamaan dan mengelakan pengundi-pengundi keliru.

    Memandangkan RoS tidak daftarkan lagi logo Pakatan Harapan, saya fikir ini tidak menjadi masalah.

    Bagi pengundi-pengundi bandar, mereka sudah tahu Pakatan Harapan adalah dari PPBM, PKR, Amanah dan DAP. Malaysia juga mempunyai kadar penggunaan sosial media yang tinggi. Jadi pengguna-pengguna sosial media juga telah sedia maklum parti mana yang mewakili Pakatan Harapan. Lagipun kebanyakan pengundi-pengundi bandar akan undi Pakatan Harapan, tidak kira sama ada Melayu, Cina atau India.

    Cuma yang menjadi sedikit masalah adalah pengundi-pengundi melayu kampung yang terdiri dari orang-orang tua yang tidak menggunakan sosial media. Mereka ini adalah termasuk kelompok sasaran yang Pakatan Harapan perlu dapatkan undi mereka.

    Antara logo Pakatan Harapan dan logo PPBM, logo PPBM lebih menonjolkan sebagai Parti yang menjaga kepentingan orang-orang Melayu. Pemimpin tertingginya adalah Tun Mahathir, Muhyiddin, dan Mukhriz, yang memang dikenali sebagai pembela nasib bangsa Melayu. Jadi saya rasa, apabila tiba untuk memangkah undi nanti, pengundi-pengundi Melayu ini lebih selesa untuk memangkah logo PPBM. Pada pandangan mereka tidak mungkin PPBM menjual kepentingan Melayu atau dikuasai mana-mana pihak seperti DAP seperti yang dicanangkan oleh pihak UMNO.

    Dalam ‘worst case scenario’, logo Pakatan Harapan tidak dapat digunakan, saya mencadangkan agar kesemua kawasan-kawasan luar bandar kubu-kubu kuat UMNO, menggunakan lambang PPBM walaupun calonnya adalah dari PKR atau Amanah.

    Demikian juga kawasan luar bandar kubu-kubu kuat PAS, menggunakan lambang Amanah, walaupun calon-calonya adalah dari PPBM dan PKR. Pakatan Harapan perlu tahu di setiap kawasan undi, lambang manakah yang boleh menarik pengundi terbanyak untuk undi pakatan Harapan.

    Saya tidak pasti sama ada kelewatan pendaftaran Pakatan Harapan boleh dibawa ke mahkamah, tetapi boleh dikaji oleh pasukan perundangan Pakatan Harapan. Walaupun begitu, ini memakan masa sedangkan PRU 14 sudah dekat.

  18. Sri Sense Jan 19,2018 8:40 AM

    Selamat Pagi Tun!

    Its ok, asalkan yang nak bertanding rajin turun padang, pasti pengundi kenal dengan wajahnya. Lambang boleh letak apa pun, kalau dah kenal calun, lambang tak penting.

    Teringat pada satu GE, ramai kawan yang I tanya, tak tengok lambang, ada kawan vote wajah calun yang cantik, ada kawan vote asal calun Melayu, Kalau tak silap masa tu DAP dapat Subang Jaya. Dan calun PKR menang sebab hanya dia saja Melayu bertanding disitu.

    Bursa Malaysia masih tak cantik, terbaca semalam ada satu big fund tak nak masuk labur kat Malaysia sebab ekonomi kita neither here nor there, taraf sama standard dengan Indonesia, kira bukan standard big fund ini kita ini la, dan ada juga berita yang ringgit mungkin akan balik pada 4.30 to 1USD.

    Take Care TUN!

Leave a Reply