TOTAL VISITORS FROM 2008:

HIDUP DALAM KETAKUTAN 22

1. Tidak pernah dalam sejarah Malaysia yang begitu ramai orang berada dalam ketakutan. Di zaman Jepun pun kita tidak berasa begitu takut.

2. Tetapi sekarang perasaan takut ini dirasai oleh ramai pegawai dan kakitangan Kerajaan, peniaga kecil dan besar dan orang biasa.

3. Apakah yang ditakuti oleh mereka. Mereka takut Najib. Pegawai dan kakitangan Kerajaan takut mengatakan yang benar kerana takut jika tidak disukai oleh Najib. Mereka takut mereka didera oleh Najib. Mereka takut dibuang kerja. Mereka takut diturun pangkat atau ditukar ke jawatan lain. Mereka takut apabila bersara tidak ada peluang jadi pengarah dalam syarikat Kerajaan.

4. Peniaga kecil dan besar takut sesuatu dilakukan kepada mereka jika mereka dilihat terlalu dekat dengan parti lawan atau pemimpin parti lawan. Ada yang diberi amaran supaya menjauhkan diri dari orang tertentu yang dianggap musuh Kerajaan.

5. Apakah yang boleh dilakukan terhadap yang ingkar. Bank tidak akan beri pinjaman. Jika diberi pun bermacam soalan dikenakan. Kontrak Kerajaan tidak mungkin diluluskan. Yang sudah dapat akan ditamatkan.

6. Bagi peniaga besar LHDN, Kastam atau Badan Pencegah Rasuah akan lawat. Mereka menyerbu dengan ramai pegawai untuk menggeledah pejabat. Walaupun sudah bayar semua cukai pendapatan atau cukai kastam, tambahan dituntut oleh pegawai. Tuntutan tambahan ini tidak berasas tetapi dituntut juga.

7. Jika tidak bayar buku-buku akaun mungkin dirampas, kononnya untuk diperiksa. Ini mengganggu perniagaan. Tuntutan tambahan ini kadang-kadang meningkat hingga berjuta ringgit. Peniaga tidak dapat bayar. Maka syarikat mungkin disenarai hitam dan pasport pengurus ditahan. Buku akaun akan dirampas dan perniagaan tergendala.

8. Bagi yang mendapat PTPTN, bayaran bulanan dinaikkan. Bagi yang tidak ada punca pendapatan, bayaran bulanan tidak dapat dibuat. Maka mereka tidak dibenar keluar negeri. Mereka akan ditahan apabila menunjuk pasport mereka semasa pemeriksaan oleh pegawai imigresen.

9. Ahli dan pemimpin kecil UMNO tidak berani berjumpa dengan ahli parti lawan. Umumnya ramai orang biasa yang tidak berani dilihat menyertai parti lawan, jauh sekali dari memegang jawatan dalam parti lawan.

10. Walaupun undi dirahsiakan tetapi masih ada usaha untuk kelirukan rakyat bahawa Kerajaan tahu siapa mengundi siapa. Dengan itu mereka takut mengundi lain dari BN.

11. Mereka yang menerima elaun yang tidak ada dalam jadual (nelayan umpamanya) atau BR1M takut mereka dikeluarkan dari senarai kelayakan.

12. Terdapat ramai orang yang membisik apabila bercakap berkenaan perasan tidak puas hati dengan Kerajaan. Mereka takut Najib akan dengar dan tindakan diambil ke atas mereka.

13. Akhbar dan majalah, cetak dan elektronik juga takut lesen mereka ditarik balik jika membuat laporan berkenaan perkara tertentu. Seperti ahli dan pemimpin UMNO, mereka elak dari menyebut berkenaan 1MDB dan wang sebanyak 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadi Najib. Mesyuarat agung UMNO membisu berkenaan perkara-perkara yang menyentuh kenyataan oleh Jabatan Keadilan Amerika terhadap Najib. Mereka takut Najib marah.

14. Sesungguhnya rakyat Malaysia takut Najib. Ada mereka yang tahu akan salahlaku Najib kerana mereka berperanan menyediakan dokumen-dokumen bersangkutan dengan perlakuan salah oleh Najib, tetapi tidak berani menyatakan apa-apa.

15. Dilihat jelas bahawa hampir semua rakyat Malaysia berada dalam ketakutan kerana Najib dapat mengguna pegawai dan jabatan-jabatan dalam Kerajaan untuk menyeksa mereka. Yang amat menyedihkan ialah kakitangan Kerajaan di semua peringkat takut jika mereka tidak lakukan arahan Najib, walaupun arahan ini bertentangan dengan undang-undang negara, mereka dikenakan tindakan oleh Najib.

16. Ya. Sekarang ini rakyat Malaysia berada dalam ketakutan. Mereka takut Najib. Jika kerana takut Najib mereka pangkah BN, maka BN terus akan menang, maka akan berterusanlah iklim takut di Malaysia.

22 thoughts on “HIDUP DALAM KETAKUTAN

  1. HBT456 Mar 3,2018 11:47 AM

    108. Itu bukan keberanian.

    109. Itu adalah perbuatan bodoh sombong, tak erti adat dan tempat.

  2. Hajar Mar 2,2018 5:13 PM

    Salam Yang Amat DiHormati dan DiSanjungi Tun,

    1. Memang banyak manusia yang hidup dalam KETAKUTAN di dunia ini.

    2. Saya pula jenis yang terlalu berani sehinggakan keberanian saya kadang kala merisaukan ahli keluarga saya.

    3. Pengalaman bekerja juga banyak memperlihatkan betapa ramai pekerja2 yang takutkan bos2 mereka.

    4. Yang berani sedikit, mungkin menegur sekali-sekali tetapi bila telah diberi kata dua atau amaran, terus SENYAP. Jika masih terus bersuara menyatakan teguran atau ketidakpuasan hati, alamat kenalah nanti. Macam2 cara akan dilakukan kepada yang ingkar (dipulau, disabotaj, disejuk bekukan, ditukar, dipecat, etc.) seolah-olah bos2 ini ingat merekalah penentu rezeki orang lain. Seseorang boleh jatuh syirik jika percaya bahawa bos yang menentukan rezeki (patuh kerana takut hilang kerja). Ingkar perintah Allah SWT tidak takut, tetapi dengan bos bukan main takut lagi.

    5. Saya memang jenis yang tidak takut walaupun dengan bos (orang atasan) sendiri. Jika sudah perkara tersebut salah, saya tetap akan bertegas, walaupun sedia maklum ia akan memakan diri (ini cuma ujian kecil saja jika mahu menegakkan kebenaran). Rezeki kita Allah SWT yang tentukan. (So far I’m doing ok… 🙂 )

    6. Dari apa yang saya lihat (pengamatan saya), kebanyakan orang yang sudah ada pangkat atau kedudukan atau ada kerja tetap / terjamin, mereka akan bersikap amat berhati-hati (‘play safe’) dalam tindakan mereka (bodek / ampu juga). Jika perlu untuk berlagak buta, pekak, dan bisu pun mereka sanggup lakukan semata-mata mahu menjaga periuk nasi sendiri.

    7. Biasanya yang bising menegur atau mengutuk ialah (majoriti) golongan yang tidak ada peluang untuk dapatkan habuan atau kedudukan. Jika telah dapat habuan atau peluang, mereka juga akan diam membisu (senyap). Ada banyak contoh di sekeliling kita.

    8. Ada juga yang cuma berani mengutuk kesalahan pihak lawan, tetapi bila geng atau pemimpin2 sendiri yang buat kesalahan (isu sama), mereka diam membisu pula. Ini golongan hipokrit.

    9. Contohnya, rejim Najib dikutuk bila bekerjasama dengan China Komunis, tetapi bila geng/pemimpin2 yang mereka sokong bekerjasama dengan China Komunis (sejak sekian lama), mereka boleh pula terima dengan hati terbuka (tidak mengutuk). Bagi saya dua2 pihak pun patut dikutuk! Inilah contoh orang yang bersifat munafiq.

    10. Saya cuma ‘takut’ (bimbang) jika pihak yang mengutuk ‘kaw-kaw’ pihak rejim Najib yang menjual tanah/aset negara kepada China Komunis, akan melakukan perkara yang lebih teruk lagi jika berkuasa. Ini kerana hakikat bahawa ada di kalangan mereka yang sememangnya pro-China Komunis sejak dahulu lagi (ini FAKTA sahih). Yang menyokong Israel pun ada.

    11. Apapun, DS Najib @ Ah Jib Gor tidak mampu menakutkan kesemua orang yang dahulunya menyokong BN/UMNO.

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  3. HBT456 Mar 1,2018 6:44 PM

    98. https://www.malaysiakini.com/news/413999

    99. What took them so long to react?

    100. No matter how the story is spinned, and twisted, the ultimate result is semua adalah salah kaum cina.

    101. Tak pa lah, lain kali baru ubah lah.

    102. Haram?

    103. Halal?

    104. Kafir?

    105. Pendatang?

    106. https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/03/01/airasia-jumps-to-record-high-on-aircraft-sale-dividend-expected/

    107. I believe, MAS will take over Air Asia in the near future.

  4. HBT456 Feb 28,2018 7:29 AM

    87. The population of hongkong is 7 millions only.

    88. Yes, i agree know your root.

    89. Do you know your root, kumar21?

    90. This political game of numbers is not new, and have been on going for decades just to raih sokong undi masing2 as wakil rakyat.

    91. Bak kata, the smart ones just show perkataan, the not so smart ones shows action.

    92. But are they really smart?

    93. When general election is called, the result is known, we will know what happen in the next 5 years.

    94. No matter how bad is the storm, the rain will stop.

    95. It is either we learned or we dont.

    96. It is musim pilihan umun raya, enjoy bah.

    97. Lets hope for the best.

  5. HBT456 Feb 27,2018 8:37 PM

    71. I am not sure what kind of chemistry are you refering at, sibotak.

    72. In facebook, we are able to share a documentary film on hong kong sar government.

    73. They have too much money earned and realised in 2017 due to beijing central government support and mainland china population until they are headache on how to use this money effectively for the future.

    74. Hong kong, with a population of 700 millions, is the busiest financial hub, tourism spot, busiest shipping hub and entertainment centre as they work non stop, 24/7 meaning 24 hours 7 days, non stop to cater the busy traffic connecting the world to tap mainland china market from the south gateway.

    75. Obviously, the hong kong sar government will reinvest the money to continue upgrade their facilities to continue, maintain and their market positioning.

    76. Welfare of hongkongers need to be take care of so that they are will continue to work hard to generate income for hong kong sar.

    77. In malaysia, our government relies on subsidies to generate income to run the economy.

    78. Meaning, our government relies on money that is unearn and unrealize yet.

    79. As umno supreme members holding vvip position of ministers challenging a 94 years old business man, taxpayer and voter to contest, chinese some more, what is the reaction of political parties, the region and the world?

    80. Once bitten, twice shy.

    81. When bitten too many times, local chinese too, will think, why do we need to work so hard?

    82. Furthermore, the malay always claim they are the tuan yang bergama islam.

    83. When tuan rumah yang beragama islam threatens chinese voters who were in this country for few generations, just like them, how will you feel?

    84. They have been doing this since merdeka.

    85. They continue to do this in post it era.

    86. What will be the reaction of the neigbouring countries?

  6. musato Feb 27,2018 4:40 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Kebanyakkan maklumat yang saya dapati dari orang, adalah BN akan tetap menang, walaupun tipis. Menang kerana apa, tak tahulah pulak.

    Mungkin kerana BN punyai kuasa untuk tentukan cara permainan.

    Lebih lebih lagi Tun sendiri setiap kali keluar sidang media akan selalu membangkitkan masalah yang dihadapi oleh pakatan mahupun bersatu. Seolah olah ia tidak dapat diselesaikan oleh pasukan PH mahupun Bersatu.

    Bila timbul masalah tentang Bersatu mungkin akan dibubarkan oleh ROS, maka sebenarnya ramai KB mungkin goyah. Almaklumlah dah banyak labur untuk bahagian masing masing. Alih alih reaksi Tun semacam ROS boleh dan akan bubarkan Bersatu.

    Bagaimana Tun agak mengenai reaksi ahli Bersatu berkenaan penceritaan masalah dari Tun sendiri?

    Pada saya, sebenarnya matlamat kita dah capai. Iaitu majoriti. Kita punyai majoriti. Samada Bersatu bubar atau tidak, kita tetap punyai majoriti.

    BN hanya membuang masa sebenarnya. PAS seperti sejarahnya, hanya menang kerusi sedikit jika bersendirian.

    Adakala orang tidak bersimpati, tetapi hidup perlu diteruskan.

    Terima kasih Tun.

  7. KUMAR21 Feb 27,2018 10:53 AM

    Hello Tun Mahathir,

    Talking about living in fear, you really think that malaysians have no fear to let the country under your leadership?

    Do you really think chinese and indian happy to go through your old racism game all over again?

    If yes, we give you another chance, how we can believe that you are not preparing ways for your son to become prime minister?

    Lembah bujang valley demolished when Mukhriz Mahathir is the MB Kedah which represents hindu civilisation in this country. He is not fit to be leader.

    Please don’t create a new game just for the sake of your son. Enough of all the sins u did. I don’t think it can be washed away. Enough suppressing other races just for votes. Do know your roots Tun.M.

    Take care.

  8. sibotak Feb 27,2018 7:53 AM

    Secara jujur bukan ikut ikutan
    Najib bukan Pemimpin juga bukan ahli ekonomist
    Saya yakin jika Najib disuruh menguruskan kedai makan atau
    apa niaga pun Najib akan gagal

    Sifat Najib adalah pemboros
    Lebih gaya dari berjaya
    Istilah Najib lebih malu tidak bergaya dari malu miskin
    Biarlah kita Malu Miskin dari malu berlagak Kaya
    Inilah sifat Najib yg telah menyundang beliau pada kegagalan

    Sifat nak senang tanpa usaha
    Typical Malay Character
    Jahanam Malaysia , Habislah Tanah Pusaka

    Ingin difahamkan
    Malaysia bukan milik UMNO , bukan Najib punya
    Bukan kepunyaan Raja Raja pun
    Ia kepunyaan Constituency yg merangkumi
    Parti yg dipilih sebagai Pemimpin
    Kesultanan , Pembangkang juga rakyat jelata
    Jadi tidak ada siapa yg berhak memutuskannya tanpa constituency ini

    Maka Perlu
    Malaysia punyai Chemistry
    Kerajaan yg Bijaksana seperti yg telah di buktikan Tun Mahathir bukan Najib
    KeSultanan yg berwibawa , berakhlak mulia bukan suka suka hati mereka
    Ini bukan zaman Dang Anom ,fasal Nangka seulas bolih di tebuk perutnya
    Pembangkang yg menyuarakan suara rakyat demi kepentingan Malaysia
    Membetulkan apa yg tidak betul
    Rakyat madmuk yg bersatu padu , tidak kira tua ,muda bangsa atau agama

    Negara ku , Malaysia

  9. asahamat Feb 26,2018 11:18 PM

    Assalamualaikum wbt Tun

    PH patut now to focus utk menang bertertib, berwibawa dan bertanggungjawab. PH perlu memasuki PRU14 dgn patuhi lunas2 demokrasi dan Perlembagaan Negara. Selain dari itu, saya kira akan merosakkan masa depan PH.

    (2) Walaubagaimanapun, saya kira, ada satu ketakutan yg lebih teruk dari ketakutan terhadap Najib MO1 ie ketakutan yg boleh
    membawa kecelaruan bakal pengundi PH. Maka mulai dari titik ini, biar saya gunakan “PH” dan juga “Bersatu” malah “DAP” atas andaian takut-takut semua itu bermasalah dgn ROS sebelum PRU14 ini. So, jika itu terjadi para bakal pengundi PH pasti haru biru. Kerana itu, apapun kerja kita selama ini utk jatuhkan BN akan punah. Peluang reformasi akan hancur.

    (3) Persoalan strateginya, jika PH tak boleh didaftar, so bagaimana “PH” nak bergerak sebagai PH? Samalah dgn Bersatu dan DAP kemungkinan diharamkan, maka bagaimana “Bersatu” dan “DAP” hendak bergerak sebagai Bersatu dan DAP? Jika itu tidak jelas, pasti bakal para pengundi PH khususnya di kubu2 kuat UMNO keliru dan mudah dikelirukan.

    (4) Tujuan Najib MO1 utk tidak mendaftarkan PH, Bersatu n haramkan DAP antaranya (1) utk buktikan PH tiada kesatuan dan (2) boleh diguna utk halalkan UMNO yg “haram” pd 28 Feb., 2018 ini.

    (5) Maka utk memastikan rakyat terus kenal PH, Bersatu dan DAP dlm keadaan semua itu di”haram” saya berkira Amanah, PKR dan Warisan harus menjadi wadah yg perlu dilihat, diganding dan digerakkan sedemikian rupa supaya akhirnya keutuhan PH itu ada dan benar dan kemenangan tetap berpihak pd “PH”. Maka PH, Bersatu n DAP perlu strategi mantap di atas “ketakutan Najib MO1” utk bersikap gentleman dlm PRU14 ini. Kita perlu takut atas sebab kemungkinan penakutnya Najib MO1 pd pendaftaran sah PH dan Bersatu.

    (6) Saya doakan PH akan terus kental bersatu, kelihatan bersatu dan punya daya keuletan (flexibility) utk berubah dan menyesuaikan diri utk menang biar dlm keadaan paling tercabar hebat.

  10. Cal Feb 26,2018 4:49 PM

    Mana Ada?

    I want to see you in Yayasan Perdana,

    Tun Takut and go IJN.

    Just Kidding

  11. Fariq Islam Feb 26,2018 4:24 PM

    Assalamualaikum, Tun.

    Sudah diketahui umum, sejak era Tun, undi-undi pos banyak beralir ke pangkuan BN. Begitu juga dengan undi kakitangan kerajaan.

    Tokoh yang menakut-nakutkan Rakyat akan menerima balasan pada satu hari nanti. Yang penting ialah tokoh-tokoh politik tanahair kita mempraktiskan budaya dan minda yang bagus, yang sentiasa mengutamakan kepentingan Negara and Rakyat, demi meraih sokongan dan undi.

  12. musato Feb 25,2018 9:47 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Harap Tun berada dalam keadaan sihat walafiat.

    Saya pun tak terlalu fikirkan tentang kerja politik. Menyesakkan otak. Itu bukan kerja mudah. Ia memerlukan tenaga yang banyak. Dan bukan semua orang yang dikurniakan anugerah sedemikian.

    Sekarang saya cuma cuba fokuskan hal hal harian dan bergembira dengan kehidupan seharian. Menunggu pilihanraya.

    Jika saya bertemu Tun sekalipun, tiada apa untuk dicakapkan atau untuk diminta. Tapi mana tahu sekadar untuk ziarah dan bergambar sekali lagi, InsyaAllah ada juga alasan untuk bertemu Tun.

    Selepas Tun selamat keluar dari IJN, Puan Maiza, yang hubungi saya melalui contact yang saya tinggalkan di chedet ni, kirim salam pada Tun. Katanya kirim salam melalui internet pun oklah…😆😆😆

    Malam semalam, kawan sekolah lama datang lagi ke kawasan kedai saya. Cerita sebenar rupanya dia punyai pertalian yang agak rapat dengan PM.

    Tanyanya pada saya “kau gembira ke dengan kehidupan sekarang?” Jawab saya, “aku ok je. Gembira dengan keadaan sekarang.”

    Saya boleh bagi senyuman pada orang masa ambil oder makanan dan minuman. Dan orang senyum balas senyuman saya.

    Kami bercakap sikit berkenaan politik. Dia tanya “bagaimana dengan Tun Mahathir?” (dimaksudkan tentang kejujuran)

    Saya cakap saya boleh chatting dengan Tun. Dia terkejut. “Kau boleh chatting dengan Mahathir?”

    Saya harap dengan cerita saya, ia boleh membantu kawan saya membuat perbandingan dengan apa yang berlaku dalam kehidupan biasa beliau yang berstatus.

    Saya fikir cerita ini adalah berkenaan kehidupan yang berstatus tinggi.

    Iqram Dinzly pun kata gurunya adalah Allah dan Rasulullah saw atau panggilan beliau yang terlanjur, iaitu ‘che mat’.

    Saya pun bangga untuk mengatakan guru saya adalah Allah dan Rasulullah saw.

    Jika itu yang kita mahu berceritakan tentang status. Namun saya tidak akan sesekali memanggil Rasulullah saw dengan panggilan ‘che mat’.

    Terima kasih Tun.

  13. HBT456 Feb 25,2018 5:30 AM

    57. We are now able to watch national geographic documentary video clips shared in facebook on the most unfortunate and tragic loss of 2 unit boeing commercial airlines carry the name of the country, MAS, so that all of us including the world could understand why they happened.

    58. Dont forget, during that period, air asia, also lost a commercial airline in indonesia due to bad weather.

    59. After reading sc thoughts, he reminds me the usual blaming and complaining style of people who usually think big, talk big, but carry small heart.

    60. Dap has been doing the usual stunt of tak habis2 lagi, iaitu semua adalah salah MCA, but they hardly mentioned GERAKAN ar, perhaps, its brotherhood relationship just like what umno is doing kut.

    61. My penang hokkien friends once in a while would proudly share some events they are proud of, contohnya, with many people queing up just to buy chow kui teow from a hawker on bicycle from the road with video clip right under the chief ministership of dap, yb lim guan eng.

    62. From there, we know tahap pimpinan yb lim guan eng.

    63. To reform, it has to start with the political parties themselves first.

    64. Corruption or Kleptocracy is ok, or not, it is up to the political parties of the divides to decide, not malaysian in general or voters to decide.

    65. Whoever wins out, they will name the pm, and form the cabinet.

    66. Gentleman, atau samseng, itu terpulang kepada mereka yang merebut2 jawatan perdana menteri dan kabinet.

    67. Jangan lupa, with a touch on screen, everyone can access to video clip or photo yang tak boleh dinafikan sesiapa pun.

    68. Good, bad or ugly, itu terpulang kepada mereka yang berkempen.

    69. God’s will, or not, itu terpulang kepada parti2 politik dan para pengundi sekalian di negeri mereka masing2.

    70. No worries, be happy.

  14. sc Feb 24,2018 10:38 PM

    To Lose:
    If UMNO win the next GE, it will be proof that the NEP has worked in driving out the educated, the intellects, first world thinkers, the builders of society that should have been retained, replaced with village idiots and fruit pickers and red shirt thugs. We know that insecure villagers have always controlled the balance of power….

    It will prove that for the majority, Corruption and Kleptocracy is o.k. and that the Government can continue to steal from the people and sell portions of Debt to the Mainland Chinese.

    The levels of education in Malaysia are still outstandingly third world because of religous priorities, and inaction to drive an Education Agenda to improve Human thinking..

    To lose the next GE would have proved that Malaysia under Malay leadership is a complete and utter failure so typical of South East Asia (bar Singapore).
    Another backwater like Vietnam, Cambodia, Lao, Philipines… that can be forgotten as a ‘no where’ place where ‘there is nothing to see here’. Malaysia is not Japan and never will be…(Or South Korea, where we see Corrupt Politicans now facing the full force of the rule of law)

    This is also your legacy. 20+ years of leadership with very little insitutional reform, improvements in human capital index ratings, an uplift in Corruption index ratings, an increase in religous fetanticism, endorsement of racially and religous discrimination, a failure of strengthening judicial impartiality, a failure in police force KPIs, unresolved and unexplained investigations over 2 airline disasters and scandals galore. It is a treasure trove of Terminal Corruption. Its amazing the Body of Malaysia is still breathing…barely.

    The largest Kleptocracy case in US History, has Malay-sia’s Brand proudly enblazened on it. And when people (NYT, Washington Post, The Guardian UK etc) do their research they can delve in to the history of Malay Nepotism, Racial Discriminatory Policies, Kick backs and the fundamental cancer that has been allowed to fester in society since British Independence.This is the path that Malaysia took. It’s not God’s will. The result is what Malaysia deserves, It is Natural Selection by Choice.

    There are alot of things wrong with Malaysia that seriously need fixing.
    It is sad. Malaysia is still a third world country because of the attitudes of the people and a failed system of governance. It ain’t the roads and buildings being built – even these are an unplanned spaghetti mess of incompetence in urban planning.

    It is the mind set of a cvilisd and well educated country, the rule of law that makes a country sophisticated.

    That is why the world has no respect for Malaysia… Nothing ‘Great’ has ever emminated from this country from inception and to be perfectly frank if the opposition do not win this next GE – Nothing ever will.
    Best of luck in the long road a head…

  15. HBT456 Feb 24,2018 1:17 PM

    41. Such decision is expected from the usa as the saying goes, the winners take all, similarly, the losers take all base on their voting pattern.

    42. If they dont try, they will never know the answer.

    43. Leaders of the political parties of the world may respect and accept, agree to disagree, disagree to agree, or stay neutral of such move.

    44. Therefore, as we move on, the world is about to witness the military strenghts of the allies and the divides.

    45. Therefore, as we move on, the world is about to witness the diplomacy ties of the allies and the divides.

    46. Therefore, as we move on, the world is about to witness the political stability of the allies and the divides.

    47. Therefore, as we move on, the world is about to witness the economical ressilient of the allies and the divides.

    48. Therefore, as we move on, the world is about to witness the mobility of the allies and the divides.

    49. What will happen, it will happen,

    50. What will not happen, it will not happen.

    51. Its this decision a blessing?

    52. Its this decision a lesson?

    53. Its this decision a frustration?

    54. What will happen next, no ones know.

    55. Allies or dividers?

    56. Itu terpulang kepada kemampuan, selera dan reaksi parti2 politik dan para pengundi di peti undi nanti.

  16. HBT456 Feb 24,2018 12:38 PM

    38. https://www.thestar.com.my/news/world/2018/02/23/us-expected-to-open-embassy-in-jerusalem-in-may–official/

    39. I am not surprise nor dissappointed with the decision of usa moving their embassy to israel.

    40. With this decision made, the world is about to see who could withstand the the resillient and courage in such move.

    4

  17. HBT456 Feb 24,2018 9:58 AM

    17. https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/02/23/fgv-earnings-jump-350pct-to-rm143pt7m-in-fy17/

    18. Fgv can claimed and bloated the earning as high as they want.

    19. The higher earnings they claimed, the fall would be harder when another round of global financial crisis caused by shift of the mindset of investors due to uncertainty of the future beyond their control.

    20. It is still come back to their vote base whether to support or not to support fgv, i mean, such story telling on this ernomous earning.

    21. Politics and economics issues can never be seperated because they reflect the political, economical and social stability of a country.

    22. Moreover, malaysians are so immune with this kind of racial and religion supremacy, therefore, whatever being claimed is not what reflected on the ground, though.

    23. Why?

    24. Because numbers dont cheat people cheat.

    25. Even if we nampak, we cannot do anything.

    26. Mereka mesti sedar diri, jika tidak, mereka pasti akan merunsingkan dan menghampakan kaum mereka masing2.

    27. https://www.thestartv.com/v/liow-kit-siang-can-contest-anywhere

    28. Yes, lim kiat siang can contest anywhere he likes.

    29. After watching the video clipped shared in facebook on the dare devil stunt of him and his son in komtar, penang, we will know they too cannot escape the judgement of their hearts as chinese leaders.

    30. After being offered a pair of free kung fu shoes as gift from the national of the prc, xi jinpeng immediately replied, when the shoes are offered free, then, wearing the shoes caused discomfort to me.

    31. Why?

    32. He accepted the free shoes because of his title as vvip, others need to work hard to buy the shoes, he doesnt need to work hard to buy the shoes?

    33. He accepted the free shoes because he likes free gift as vvip, others though like the shoes but must earn to buy the shoes?

    34. Immediately, he asked his aide to pay for the shoes as this event is being covered by the media representatives.

    35. Whether farock cares or dont care, it does not matter at all.

    36. Why?

    37. It is still come back to chicken and eggs issue.

  18. Karl Iskandar Feb 24,2018 9:34 AM

    DrM.

    Your view this time is rather extreme, which belies your pragmatic nature. As a matter of fact you sound delusionaly ridiculous.

    Ppl are not living in fear as you suggest. But, ppl are living in a time of hate politics, and your fear mongering is a part of that hate politics that wants to destabilize the country.

    Perhaps now is the right time you give up your TUN-ship becos you are no longer a statesman but just another rable-rouser politician.

  19. Anak.muda Feb 24,2018 4:00 AM

    Assalamualaikum Tun

    1.CPI 2017 sudah keluar.kedudukan malaysia semakin menurun.terus terang saya menjangkakan kedudukan malaysia jauh lebih rendah.tetapi apabila difikirkan semula ianya bukan berkenaan rasuah perdana menteri sahaja tetapi ianya adalah menyeluruh.memandangkan sprm masih melakukan kerja walaupun hanya berani menangkap ‘ikan bilis’ dan memebiarkan ‘ikan jerung’ bermaharajalela,sekurangnya adalah jugak nampak buat kerja, tangkap pesalah dsb bukannya korup 100% secara total.

    2.Saya ada mengambil seorang pekerja separuh masa untuk bekerja ditempat saya yang berasal dari syria. Negara Syria berada di tempat ketiga tercorot didalm CPI 2017.

    3.tidak hairanlah mengapa dia berasa biasa sahaja dengan korupsi najib razak di Malaysia. Di negara dia jauh lebih teruk lagi rupanya.

    4.tetapi adakah kita patut berasa selamat dan selesa?

    5.Janganlah lupa bahawa apa yang dibawa oleh najib ini adalah satu budaya penyangak tegar yang bertuhankan wang ringgit.

    6.jika tidak dicegah daripada awal kita akan mengalami masalah yang sangat besar apabila budaya ini sudah sebati dengan masyarakat dinegara kita.iaitu budaya meminta rasuah tanpa segan silu seolah2 ianya bukan suatu kesalahan.

    7.didalam umno budaya pencacai duit ni dah diamalkan tanpa segan silu.tengok sahaja pada shahrir samad yang dapat 1 juta dari najib.tanpa segan silu berkata ‘kalau tak minta dari najib , nak minta dari siapa?”

    8.kepada shahrir samad,kalau ada balance 1 juta tu nnt bawakla masuk sekali dalam kubur bila dah mati kelak. lepas tu cuba rasuah malaikat malik penjaga neraka, manalah tahu kalau boleh kawtim masuk syurga kan?

  20. rimba.emas Feb 24,2018 12:02 AM

    Salam Tun.

    1. Rakyat Malaysia yang di rahmati tuhan walau pun tidak takut akan perintahnya tetapi lebih takut pada PM dengan menyokongnya ingatlah pada hari di mana kita kembali pada tuhan yang menjadikan kita.

    2. Perbuatan mencuri duit rakyat bukan kita buat jadi itu antara dia dengan tuhan dan kita ingat kita tidak bersalah dan Pru 14 tidak akan di ambil kira oleh tuhan.

    3. Adakah malaikat kiri kanan pencatit semua perbuatan kita tiba-tiba berhenti mencatit ketika kita mengundi ?

    4. Malah ada yang ambil tindakan tidak mahu turun mengundi dengan anggapan kita akan terlepas dari menyokong pencuri duit rakyat.

    5. Lebih sedih lagi tidak mahu mengundi sebab kata kedua-dua Parti sama sahaja dua kali lima.

    6. Jawatan PM bukan jadi dengan sendiri ia di buat dengan pilihan dan rakyat Malaysia di pinta memilihnya.

    7. Begitulah juga pilihan tuhan yang memilih sendiri seorang Rasul untuk memimpin kita.

    8. Justeru apa yang tersirat nak habaq mai semua perbuatan kita akan di catit sebagai amalan untuk di bawa kehadapan tuhan yang maha berkuasa .

    9. Umpama satu perjuangan yang paling pengecut tidak mahu mengundi pun akan terima habuan banyak mana pahala atau dosa yang di terimanya.

    10. Pru 14 ini dari rakyat marhaen yang terkesan dengan GST amat mengharapkan pengundi-pengundi membantu mereka.

    11. Pru 14 ini ada makna pada negara bernama Malaysia yang tertulis dalam perlembagaan dan undang-undang dan ia kurnian tuhan bukan milik yang berjawatan.

    12. Yang berjawatan di minta memberi hikmat bukan mengikut nafsu sendiri serta mengubah undang-undang yang sudah tertulis sedia ada untuk kepentingan diri.

    13. Kalau sudah di salah guna kembalilah kita mengikut kehendak tuhan yang menjadikan kita sudah tentunya yang baik untuk semua rakyat Malaysia.

    Wallahua’lam.

  21. sibotak Feb 23,2018 11:47 PM

    Semenjak Najib jadi Perdana Menteri Malaysia
    Saya perhatikan gejala maksiat , gangsterism , rakyat melawan kaki tangan kerajaan meningkat

    Apa Najib tidur , sibuk dengan kerisauan kepentigan peribadi beliau tergugat atau saja rakyat berlajar dari Pemimpin yg berlakuan penyagak

  22. TokJanggut Feb 23,2018 9:20 PM

    Dengan nama tuhan yang maha besar lagi maha berkuasa .
    Benarlah apa yang telah nabi sampaikan dajjal dan para pengikutnya akan membuatkan neraka dan syurga sementara yang mana ketika mana manusia tunduk padanya akan dilimpahkan kenikmatan dan sesiapa yang ingkar akan menanggung azab yang pedih. Beruntunglah orang2 yang mengingkari dajjal dan rugi dan teramat rugilah orang2 yang mengikutinya .disaat dajjal dibunuh nanti ramai akan lari sembunyikan diri bila mengetahui ketua mereka mati dibunuh. Di masa itu pokok dan batu akan berkata2 ,ke mari kamu wahai mukmin disebalikku ada munafikun dan orang2 yang derhaka terhadap allah. Bunuhlah mereka dan saat itu bukan sahaja manusia para malaikat juga akan turut bersama memenggal pengikut2 dajjal kesemuanya .

Leave a Reply