TOTAL VISITORS FROM 2008:

KAPAL LAYAR EQUANIMITY 11

KAPAL LAYAR EQUANIMITY

1.​Samada kapal layar Equanimity milik Malaysia atau tidak bukan soalnya. Yang menjadi masalah ialah kapal ini dimiliki oleh Low Taek Jho atau Jho Low dengan mengguna duit 1MDB. Pembelian ini adalah satu cara untuk bersihkan wang 1MDB yang Dept. of Justice, Amerika Syarikat dakwa diselewengkan (curi) oleh Jho Low.

2.​Jho Low adalah sahabat karib Najib dan Rosmah. Najib adalah Penasihat berkuasa penuh syarikat milik Kerajaan 1MDB. Tidak ada keputusan boleh dibuat oleh 1MDB tanpa persetujuan Najib.

3.​Ini bermakna Najib perlu tahu dan bertanggungjawab akan apa terjadi kepada wang 1MDB sebanyak 1 billion Ringgit yang diguna oleh Jho Low untuk bina/beli kapal layar Equanimity.

4.​Sepatutnya Najib mengaku duit ini diberi kepada Jho Low untuk beli kapal. Jika tidak diberi oleh Najib, sebagai orang yang bertanggungjawab dalam 1MDB, Najib perlu lapor kepada polis supaya polis dapat pertolongan Interpol untuk dapat balik 1 billion Ringgit duit 1MDB. Jika dakwaan oleh Dept. of Justice, Amerika Syarikat bahawa Jho Low mencuri duit 1MDB untuk beli kapal layar bagi membersihkan duit yang dicuri, adalah tidak benar, maka Najib perlu protes kepada Dept. of Justice. Tetapi Najib tidak buat apa-apa.

5.​Yang kita dengar ialah A.G. (Pendakwa Raya) menyatakan Najib tidak lakukan apa-apa kesalahan. Bolehkah Najib berdiam diri jika ada dakwaan bahawa duit 1MDB telah dicuri, sedangkan ia bertanggungjawab sepenuhnya dalam pengurusan 1MDB.

6.​Di Singapura beberapa orang telah dituduh dan di penjara kerana selewengkan duit 1MDB. Beberapa bank ditutup oleh Kerajaan Singapura kerana terlibat dengan kehilangan duit 1MDB. Di Switzerland dan di Luxembourg juga terdapat tindakan terhadap penyelewengan duit 1MDB.

7.​Tetapi di Malaysia kehilangan duit 1MDB, salahguna duit 1MDB, pengurusan yang tidak bertanggungjawab, pemindahan masalah dan pengurusan 1MDB kepada Kementerian Kewangan, penglibatan Perdana Menteri, laporan-laporan oleh Bank Negara, MACC dan PAC, kehilangan berbillion duit 1MDB, Jho Low, kapal Equanimity berharga 1 billion Ringgit yang didakwa dicuri dengan duit 1MDB, tindakan polis Indonesia dan FBI Amerika merampas kapal yang dimiliki Jho Low secara haram, – tidak ada tindakan yang diambil oleh polis atau Kerajaan Malaysia. Kata A.G. tidak ada salahlaku oleh Najib. Kes tutup. Empat buah negara dakwa duit 1MDB dicuri oleh Jho Low, A.G. Malaysia kata tiada apa-apa yang berlaku. Semua okay.

8.​Apa jenis Kerajaan ini. Berbillion Ringgit duit Kerajaan lesap. Duit ini dipinjam. Kita kena bayar. Rakyat kena bayar. Kerajaan tak tahu apa.

9.​Kerajaan bisu. Perdana Menteri bisu. Menteri bisu. Wakil Rakyat Kerajaan bisu.

10.​Apakah mulut tersumbat terlalu banyak dedak yang mereka semua bisu.

11.​Sudah sampai masanya Malaysia tukar Kerajaan. Sudah sampai masanya Kerajaan baru dipilih untuk siasat segala-gala yang tidak disiasat oleh Najib dan A.G. jinaknya.

11 thoughts on “KAPAL LAYAR EQUANIMITY

  1. HBT456 Mar 8,2018 10:54 PM

    12. Dumb or stupid, its up to political parties of the divide to campaign to get votes.

    13. Moreover, there is no secret in politics.

    14. As the saying goes, a big tree attracts wind.

    15. As the saying goes, men will only throw stones at trees that are laden with fruit.

    16. As the saying goes, the one who plants the tree is not the one who will enjoy its shade.

    17. To err is human.

    18. To forgive is divine.

    19. There will be no answer, let it be.

    20. Dedak, atau kek, itu terpulang kepada kebijaksaan dan kemampuan mereka masing2.

  2. sc Mar 8,2018 6:50 PM

    The Chief Head of Police is happy to not fight the Australian Federal Police over th forfiture of nearly Ringgit 1 Million, because ‘legal expesenses’ would cost too much….

    Is he that dumb? If he win’s the case, the AFP would have to pay legal expenses.

    It is pretty obvious the Head of Police is a fellow money launderer who ‘thought’ he could get away with his evil and illegal crimes in the developed world.

    Again we see a stupid idiot scoundrel take on the rightful persona of a third world village idiot….

  3. Megatpanjialam Mar 8,2018 2:14 PM

    Salam,,,,,,pertanyaan saya, jika FBI yang menyiasat kapal ini, adakah sukar buat mereka mencari dan menangkap Jho Low? Jadi siapakah pemilik sebenar kapal equanimity, krn pemilik sahnya akan menyelesaikan seribu persoalan yg berlegar di kalangan rakyat semasa.

    Tkasih

  4. AlSeng Mar 5,2018 4:15 PM

    Dear Tun,

    Tumpang Lalu, I think Malaysian should be represented in this process.

    Since the present government choose not to be involve. The opposition or Malaysian organisation should volunteer and apply to take part.

    Salam Bersih dan Sehat.

  5. Simple Mind Mar 4,2018 2:35 PM

    Asaam’kum Tun,

    My suggestion for future government, the Minister OF Fin. should not be held by the PM. AG should not be appointed by the Pm. There should be separation of power between the Legislative and the judiciary! Looks like the present govt is holding all these.

  6. sibotak Mar 4,2018 9:39 AM

    Najib sebenarnya beranggan tiru macam Singapura
    Capiltal Land, Tamasek Holdings dan pelbagai , Menteri pun ada share
    Tapi Naiga mereka berjaya hingga banyak tanah Malaysia di beli, sudah di jelajah dan sudah jadi hak milik mereka

    1MDB 1 Haprak pun tak nampak
    Yg nampak Jambol Rosmah
    Duit tak nampak , harta atau assets pun takda , niaga lagi tak nampak
    Memang benar pengakuan Najib hubung Singapura sekarang sangat baik tidak seperti di zaman Tun dulu . Singapura , Lee Kuan Yew memang tidak suka Tun

    Singapura suka Pemimpin Malaysia macam Najib justeru jalinan hubungan yg baik
    Sebab Pemimpin Bahlul macam Najib memang senang kena makan
    Saya pun juga suka kawan Bahlul macam Najib
    Najib punya bodoh memang tidak bolih habis dan menyusahkan Malaysia

    Kita lihat gambar Najib ke Umrah
    Alhamdullilah semoga Najib dapat Umrah yg Mabbrol

    Gambar Najib atas Kapal Jho Low , Gambar Najib di rumah Haram yg di beli anak tiri di US Najib mana ? Takkan berbillion duit sudah di belanjakan tidak ambil gambar atau Selfi

    Keenganan Najib membentang 1MDB sudah bukti Najib Razak memang salah
    Menyuruh pihak Kuasa menolong beliau menutup kesalahn beliau , lagi amat salah
    Keenganan ahli UMNO melihat kenyataan ini juga bersubahat akan kesalahan Najib juga satu kesalahan besar dan UMNO sudah di cemar

    Kalau benar Najib benar
    Najib sendiri akan saman AG luar negara mengundang mereka ke sini dan jika ada kesalahan bagi pihak AG luar maka Najib bertanggung jawab menuntut kerugian dari mereka
    Ini saya tengok AG Apandi muka saja macam Penyagak dan Tauliah apa yg beliau miliki , Sekolah Atap mana ?
    Ini huruf Mambang Tanah serupa juga Jin pakai Tocet

  7. rimba.emas Mar 4,2018 12:14 AM

    Salam Tun.

    1. Antara makhluk ciptaan Allah s.w.t kita manusia di jadikan daripada tanah. Lalu di beri roh yang mana bersifat ghaib pada pandangan manusia.

    2. Begitulah pada ciptaan makhluk lain seperti Maklaikat dari cahaya , Jin dari api sama dengan kejadian Iblis yang sejenis.

    3. Tujuan di ceritakan dahulu asal kejadian sesuatu makhluk adalah untuk manusia atau kita rakyat kenal kelebihan yang ada pada musoh manusia iaitu syaitan.

    4. Kita kenal kejadiannya yang ghaib serta pesan Nabi s.a.w bahawa syaitan boleh menjelma dalam berbagai rupa malah berbagai perwatakkan.

    5. Pernah di ceritakan alim ulama perjelmaan syaitan berlaku sebagai seorang yang alim untuk mengabuai mata manusia kita.

    6. Justeru kita di ingatkan Rasullullah s.a.w agar sentiasa berlindung diri pada Allah s.w.t. dengan penuh iman.

    7. Iktibar yang dapat kita sebagai pemilih seorang pemimpin wajib berpandukan Rasullullah s.a.w atau berakhlak al -quran.

    8. Nanti dulu jangan terpedaya sebagaimana apa makna nama kapal milik Jho Low ini.

    9. Kita tidak mahu tertipu seperti mana jelmaan syaitan pada nama atau penampilan tetapi kena ambil tahu perbuatan yang di lakukannya sebab itulah untuk akhlak mematuhi perintah tuhan.

    10. Justeru kita undilah atas nama tuhan memohon petunjuknya agar tidak tertipu oleh syaitan yang akan merugikan kita ketika di dunia serta akhirat.

    Wallahua’lam.

  8. superSepantun Mar 3,2018 9:39 PM

    Slmt mlm, kata sejhtra,
    nak berkalam, apa cerita..??
    ..hhuurrrmmmmm..🤔 *

    Cerita penyamun di mana siar?
    RAHSIA si lanun? Brapa nak bayar?

    *
    katanya,
    “lanun berkapal layar”

    Cerita di negara entah berentah
    Rakyat sengsara, pemimpinnya mewah..

    Makannya qinwa, bukannya sampah…

    *
    katanya,
    “kinwa adalah sejenis dedak”

    *
    katanya,
    “baik untuk si kaki kencing manis”

    …hhuurrrmmmm….
    *
    katanya,
    “dedak import barangkali”

    *
    “kahKahKahkah”

  9. Ahngao Mar 3,2018 9:17 PM

    Salamsejahtera Tun,

    Tun, do you think the people of UMNO would start to reflect deeply if they knew that their second tier leaders such as Zahid or Hishammudin were at a better position to lead UMNO to fight PRU14 than Najib?

  10. The Hidden Secret Mar 3,2018 9:09 PM

    Salam!

    Ape la mufti-mufti dan ulamak kita ni… Masing-masing sebok komen pasal Neelofa lancarkan tudung di kelab malam. Tapi semuanya membisu bila Najib menyamun duit 1mbd. Mufti-mufti dan ulamak ni semua pentingkan periuk nasi!

  11. ismadi Mar 3,2018 6:58 PM

    As Salam Yg Berbahgia Tun Dr. Mahathir

    1. Ya, sudah sampai masanya menukar kerajaan di dalam PRU 14 yang akan datang ini.

    2. Betapa hati terluka melihat kapal sebesar itu bernilai USD250m dibeli daripada wang 1MDB yang diseleweng.

    3. Betapa sakitnya hati mengetahui bahawa Kerajaan Malaysia melalui Peguam Negara menafikan penglibatan sebarang hubungan dengan pemilik Kapal mewah tersebut.

    4. Bertambah malang melihat tiada wakil pentadbiran Najib Razak yang memberikan input kepada Rakyat untuk menidakkan tindakan DOJ Amerika Syarikat.

    5. Apakah ada lagi tindakan luar biasa yang akan dilakukan oleh DOJ ke atas Malaysia? Baru kes rampasan kapal mewah, sudah tidak terjawab Najib Razak dan anggota pentadbirannya seperti Rahman Dahlan dan Said Keruak.

    6. Percubaan menutup penglibatan 1MDB ini akan menyebabkan senjata makan tuan. Bersabar dan kita akan melihatlebih banyak lagi satu persatu kes penyelewengan ini dibuktikan.

    Take care Tun M.

    Wassalam wbt.

Leave a Reply