TOTAL VISITORS FROM 2008:

DULU DENGAN SEKARANG 7

1. Nur Jazlan tak faham apabila membuat bandingan untuk sokong hujah. Mungkin orang muda ini tak pernah dengar pepatah. “Banding epal dengan epal, bukan epal dengan limau”.

2. Di zaman saya ROS (Pendaftar Pertubuhan) mengharamkan parti UMNO walaupun Kerajaan ketika itu didirikan oleh UMNO. ROS bertindak secara bebas, tanpa dihalang oleh Kerajaan.

3. Sekarang ROS hanya mengganggu parti lawan. Dapatkah ROS haramkan UMNO. Ada kes bagi UMNO diharamkan. Jika Kerajaan yang didirikan UMNO ROS haramkan baharulah sama dengan apa yang terjadi di zaman saya. Baharu ada bandingan antara dahulu dengan sekarang antara epal dengan epal.

4. Saya tidak lupa. Nur Jazlan yang tidak faham dan membuat bandingan antara epal dengan limau dan berpendapat epal dengan limau adalah sama.

5. Sekarang Najib pula kata masalah air di Selangor lebih dahsyat dari 1MDB.

6. Masalah 1MDB menghasilkan dakwaan Department of Justice Amerika Syarikat bahawa 4 billion dolar Amerika dicuri oleh Perdana Menteri, yang cuba dibersihkan oleh anak tirinya dan Jho Low. Sekarang media seluruh dunia membuat dakwaan yang sama. Tidak ada tindakan saman malu dari Najib.

7. Disebaliknya jumlah wang yang terlibat dalam kes air Selangor tidak sebesar wang 1MDB yang diselewengkan dan tidak ada dakwaan MB mencuri duit ini.

8. Sekarang datang seorang lagi pakar undang-undang UMNO yang berkata jika Malaysia tak sahkan, berita tentang 1MDB adalah palsu.

9. Jika seorang pencuri tidak sahkan dia mencuri maka tuduhan itu adalah palsu. Ini tafsiran baru yang diguna dahulu oleh A.G. apabila Najib dituduh menyelewengkan duit 1MDB. A.G suruh tanya kepada Najib apakah dia telah lakukan perbuatan salah (wrong doing) dan Najib pun menjawab dia tidak laku apa-apa kesalahan. Maka A.G. pun tutup kes kerana salahlaku Najib tidak disahkan olehnya.

10. Maka gembiralah penjenayah-penjenayah kerana mahkamah akan bertanya yang dituduh apakah benar tuduhan terhadapnya? Dan penjenayah pun berkata tidak benar. Dan hakim pun menghukum bahawa penjenayah tidak bersalah.

11. Masa depan penjenayah amatlah cerah di negara bertuah ini.

7 thoughts on “DULU DENGAN SEKARANG

  1. Sri Sense Jun 16,2018 9:05 PM

    Salam

    Antara heading FMT

    Mahathir was the Trump of his time, says Anwar

    – I think LGE more like Trump

    Zahid warns against repeat of Umno split in 1987

    – I think all yang terlibat dengan mantan Presiden harus berhenti, jangan tanding, biarla anak muda or ahli yang tiada skandal tapi rajin service rakyat yang naik. Well if UMNO nak survive, that’s my opinion.

  2. Tanggang Apr 6,2018 3:13 PM

    Assalam Yg Bhg Tun,

    Gelap masa depan penjenayah2 itu sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU14 ini.
    Antara perkara utama juga yang perlu dibuat juga adalah menghantar pengarah ROS itu ke hulu sungai Baluga,Sarawak untuk menjaga empangan Baluga.

    Salam Tun. Salam perjuangan.

  3. Umar Azhar El-Hassan Mar 29,2018 1:18 PM

    Salam Che Det!. .. …

    1. Tan Sri Rais Yatim & Tan Sri Rafidah Aziz pilih masa paling sesuai sekarang untuk tegur lebih agresif atau lantang.
    2. Inilah masa pun pemimpin lain dalam UMNO untuk sebar kebenaran, mahupun sertai Pakatan Harapan.
    3. Tindakan di atas akan beri kesan. Maka kaki ampu/biadap/tamak/fitnah/putar belit/gila kuasa yang setiap hari muncul di televisyen & media sosial pasti dapat habuan lebih serta peluang lebih. Rakyat kadang² mahu lihat mereka ini maka di pilihanraya nanti pemimpin sombong ini akan dapat ganjarannya.
    4. Nasiblah dapat dengan ahli politik, wakil rakyat buat jualan sentuhan rakyat, makanan harian percuma, petrol percuma, projek² terbengkalai seperti jalan tar baru, rumah kos rendah baru, longkang baru, sekolah baru tiba² cepat disiapkan. Sedangkan selama empat(4) tahun sebelum ini tiada petrol percuma pun.
    5. Selepas ini jika tidak sibuk di Kuala Lumpur atau di Putrajaya wakil rakyat Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) amalkan turut sama² dengan jemaah di kawasan masing² solat lima(5) waktu dalam takbir imam. Ini silaturahim serta hubungan sosial terbaik berbanding bertemu di pasaraya atau tempat lain. Masjid jadikan sebagai tempat jumpa antara rakyat dan pemimpin.
    6. Harap jika Pakatan Harapan menang jadi Kerajaan Persekutuan usahalah cara di atas. Namun, berpendapat Barisan Nasionak (BN) kuat di beberapa Kerajaan Negeri sebab ada Menteri Besar yang jalan tanggungjawab dengan kemahuan rakyat. Kemungkinan tambah satu(1) atau dua(2) negeri sahaja itupun jika pembahagian kerusi ADUN tepat untuk Pakatan Harapan ikut komposisi kaum di suatu kawasan.

  4. HBT456 Mar 29,2018 1:05 PM

    12. I think he cannot differentiate cathay pacific and china airline should be more appropriate.

    13. Dulu, the western believes an apple a day, drives the doctor away, meaning you dont get sick with one apple a day, and until today, we still depend on import of apple, dan harga epal pun sudah mahal sangat.

    14. Sekarang, limau masih digunakan untuk buat masakan dan minuman tempatan, contohnya sambal belacan dan teh limau ais kerana we can get everywhere dengan harga yang murah which we dont need to import.

    15. But, if you want to do western food, then you must use imported lemon, and the price is mahal due to import.

    16. Lim pek is kiamsiap (or kedekut), they are not kiasu, please get this fact right.

  5. huda Mar 29,2018 10:12 AM

    Salam

    Saya fikir Tun and the gang pastinya bersetuju yang DS Najib akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kedudukannya. Termasuklah menipu dalam pilihanraya.

    Jika dengar ceramah Tun dan ahli politik membangkang yang lain membayangkan negara kita dibawah pemerintahan DS Najib akan musnahlah. Hancur lebur. Berderai

    Tun kata guna akal. Siap petik ayat Al Quran lagi suruh guna akal. Waktu Tun kacau Tun Abdullah dulu memerintah mesti Tun guna akal. Hasilnya?

    Terima kasih Tun mempercepatkan negara kita berada dikedudukan sekarang.

  6. Hajar Mar 29,2018 8:32 AM

    Salam Yang Amat DiHormati dan DiSanjungi Tun,

    “9. Jika seorang pencuri tidak sahkan dia mencuri maka tuduhan itu adalah palsu. Ini tafsiran baru yang diguna dahulu oleh A.G. apabila Najib dituduh menyelewengkan duit 1MDB. A.G suruh tanya kepada Najib apakah dia telah lakukan perbuatan salah (wrong doing) dan Najib pun menjawab dia tidak laku apa-apa kesalahan. Maka A.G. pun tutup kes kerana salahlaku Najib tidak disahkan olehnya.”

    1. Tepat sekali sindiran tajam Tun.

    2. Eloklah juga mahkamah kita guna pakai cara di atas untuk sahkan samada OKT (orang kena tuduh) bersalah atau tidak. A.G. (Pendakwaraya) yang ARIF tanya saja kepada OKT untuk menentukan dia MENCURI (bersalah) atau tidak; habis cerita.

    3. Dengan cara ini negara kita akan lebih maju dan berkembang dengan pantas di bawah TRANSFORMASI undang-undang hasil ide PM Najib @ Ah Jib Gor (dan sekutu) yang maha hebat dan tiada tolok bandingnya!

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  7. ismadi Mar 29,2018 8:04 AM

    Salam Tun Mahathir,

    Semoga dikurniakan Allah swt kesihatan dan ketenteraman.

    Malaysia Boleh! itulah slogannya iaitu boleh melakukan sesuatu diluarbatasan undang undang dengan mencipta undang undang untuk membolehkannya.

    Keadaan semasa yang dilihat, Kerajaan BN telah berjaya mengembeling penyokong penyokongnya mempertahankan Perdana Menteri dari ‘difitnah’.

    Ia telah menjadi semacam kegilaan menteri menteri, pegawai pegawai Kerajaan, pasukan pertahanan, pasukan pendakwaraya, ahli ahli ekonomi mempertahankan Perdana Menteri dengan menerbitkan berita berita keutuhan ekonomi dan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat jelata.

    Malaysia seolah olah Negara yang tidak ada masalah desakan hidup dan bebas dari perasaan takut dengan mengamalkan demokrasi berparlimen.

    Ada beberapa perkara yang Pakatan Harapan terlepas pandang atau kurang memberikan penekanan.

    1. Undi Melayu masih menjadi penentu kepada pilihanraya ini. Apakah janji janji utama kepada orang Melayu oleh Pakatan Harapan. Tidak ada satu dasar atau tindakan oleh Pakatan Harapan yang melekat difikiran atau bermain dibibir orang orang Melayu. Masalah orang -orang Melayu masih lagi berkitar mengenai pengisian wang ke dalam saku mereka dengan hasil kerja yang halal dan menyediakan diri mereka supaya sempurna kembali ke Akhirat.

    2. Kebanyakan orang orang Melayu masih mengharapkan untuk diri mereka makan gaji, dapat membeli rumah, berkahwin, beranak cucu serta meninggalkan sedikit harta kepada anak cucu mereka nanti. Carikan keselesaan kepada orang orang Melayu dengan dasar dasar seperti Dasar Ekonomi Baru, biasiswa, pekerjaan dan pinjaman perumahan yang mudah. (Easy Loan).

    3. Dikampung, masih ramai orang orang Melayu yang beranggapan mereka adalah Tuan di Tanah Melayu ini. Justru, sebarang perkongsian kuasa dan hak secara saksama masih lagi dicurigai dan perasaan was was dan bimbang.

    4. Dengan persempadanan semula, SPR telah mengumpulkan Melayu dengan Melayu dan lain lain bangsa dengan bangsa mereka sendiri.

    5. Tibalah masanya bersesuaian dengan persempadanan semula oleh SPR, pihak Pakatan Harapan merangka manifesto khas untuk orang orang Melayu di Bandar dan di Desa untuk mengecapi hasil pemerintahan Pakatan Harapan sekiranya ia berjaya ke Putrajaya.

    6. Dasar khusus untuk orang orang Melayu inilah yang akan bakal melahirkan Tsunami perubahan undi secara total kepada Pakatan Harapan. Buatlah apa persempadanan pun, orang orang Melayu insyaallah akan menyokong apa yang baik bagi mereka.

    7. Dan bagi kepada yang bukan Melayu, seperti yang selalu Tun sebut dahulu, kita tidak mengambil peluang dan rezeki mereka. Mereka masih bebas mencari rezeki menurut hak mereka di dalam perlembagaan.

    8. Untuk pengetahuan Tun, rangkaian gerak saraf BN telah ke kampung kampung juga untuk menerangkan bahawa PM Najib difitnah disebabkan oleh Tun kecewa kerana Dato MM gagal dalam pemilihan UMNO (Tun keluar UMNO), Proton dan beberapa projek kroni Tun M telah dibatalkan. ( Tun tidak menyokong Najib lagi).

    9. Sekiranya, permainan fitnah ini berjaya, undi kepada Pakatan Harapan akan berkurangan dengan teruknya.

    10. Untuk ini, satu pasukan petugas dari Pakatan Harapan perlu kembali menceritakan kehebatan dan kecemerlangan Tun dalam mengemudi hal hal Negara terutama di dalam bidang ekonomi.

    11. Adakah Pakatan Harapan secara total melakukan kempen ini disemua peringkat ceramah?

    12. Kesimpulannya, undi Melayu kini semakin penting oleh kerana persempadanan semula SPR dan Pakatan Harapan perlu segera menawarkan perkara perkara kemudahan dan keselesaan yang boleh mendorong kebanyakan orang orang Melayu menyokong Pakatan Harapan.

    13. Sekali air pasang, sekali pantai berubah.

    Sekian. Salam Perjuangan Tun M.

    Take care.

Leave a Reply