TOTAL VISITORS FROM 2008:

ISLAM SAYA 59

1. Bukan sahaja saya terlalu tua untuk jadi Perdana Menteri, sekarang saya diberitahu saya tidak layak kerana pemikiran Islam saya tidak betul.

2. Kenapa tidak betul? Kerana rekod-rekod saya tidak mempunyai kefahaman Islam yang betul berasas pada sebutan oleh Almarhum Datuk Dr Harun Din. Saya dikatakan dalam golongan “muktazilah” yang utamakan akal, iaitu saya guna akal fikiran.

3. Tetapi Al-Quran menyebut berkali-kali akan mustahaknya mengguna akal fikiran.

Sila rujuk:
Surah Al-Baqarah Ayat 164, 179
Surah Al Imran Ayat 7, 65, 190
Surah Al Maidah Ayat 100,103
Surah Hud Ayat 51
Surah Yusuf Ayat 111
Surah Ar-Rad Ayat 3, 4,19
Surah Taha Ayat 54
Surah Az-Zumar Ayat 9
Surah Al-Hasyr Ayat 2

Tidak disebut dalam Al-Quran larangan berfikir dan terima sahaja semua pendapat dari pakar Islam bahawa fahaman Islam kamu tidak betul. Ia lebih tidak betul kerana tidak menerima bulat-bulat hadith Nabi.

4. Hadis Nabi termasuk dalam bahagian sunnah dalam Islam. Mengamal sunnah adalah baik dan mendapat pahala untuk akhirat. Tetapi jika tidak mengamalnya tidak berdosa. Tidak ada larangan jika diutamakan Al-Quran apabila ada kelainan antara hadis dengan Al-Quran.

5. Saya dapati hukum hudud Islam berbeza dengan hukum hudud PAS. Mengikut Al-Quran yang diutamakan dalam Islam ialah keadilan. Terdapat lebih 40 ayat yang menegas apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil.

Sila rujuk
Surah Al Maidah Ayat 8, 42
Surah Al-Araf Ayat 29
Surah Yunus Ayat 54
Surah Yusuf Ayat 26, 27
Surah An-Nahl Ayat 90
Surah Sad Ayat 22, 26
Surah Az-Zumar Ayat 29,75
Surah Al-Ghafir Ayat 20,78
Surah Asy-Syura Ayat 40
Surah Ar-Rahman Ayat 7, 8
Surat Al-Hadid Ayat 25
Surah Al-Mumtahanah Ayat 8
Surah At-Tin Ayat 8

6. Tetapi Hudud PAS utamakan empat saksi dan hukuman yang terberat, termasuk rejam dengan batu dan pancung kepala.

7. Jika seorang wanita lapor ia dirogol oleh sipolan-sipolan, oleh kerana tidak ada empat saksi yang tidak menanggung dosa besar, maka laporannya dianggap palsu. Ia akan dihukum sebat. Jika ia mengandung dan lahir anak maka ia akan dituduh berzina dan sekali lagi akan dihukum rejam dengan batu oleh orang ramai sampai mati.

8. Perogol walaupun dikenali oleh mangsanya tidak akan didapati bersalah dan akan bebas dari sebarang tuduhan.

9. Adilkah apabila mangsa dihukum dan pencabul bebas dari dituduh kerana tidak ada empat saksi. Jika dianggap tidak adil, maka ia tidak Islam. Islam tidak zalim.

10. Tetapi inilah hudud PAS. Ternampak terlalu ghairah untuk menunjuk betapa kuatnya pegangan mereka kepada kononnya ajaran Islam. Dengan ini Islam mendapat imej yang amat buruk.

11. Hudud PAS ini akan dikenakan kepada orang Islam sahaja. Jika orang Islam mencuri tangannya akan dipotong.

12. Tetapi jika orang bukan Islam mencuri, ia akan dipenjara dua bulan.

13. Dalam masyarakat berbilang agama di Malaysia, adilkah perbezaan hukum yang ketara ini?

14. Pendapat saya yang kerdil ini, hukuman ini tidak adil. Oleh kerana ia tidak adil maka ia bukan Islam. Ia adalah hudud PAS.

15. Hukum tanpa saksi empat. Dalam Surah Yusuf, terkoyaknya baju Yusuf disebelah belakang diterima dalam Quran sebagai bukti yang mengejar ialah Zulaikha dan bukan Yusuf seperti yang didakwa oleh Zulaikha.

16. Apakah pengajaran bagi orang Islam dalam cerita Yusuf dengan Zulaikha. Yang jelas ialah empat orang saksi tidak selalu perlu. Hanya kerana baju Yusuf koyak dari belakang, maka ini diterima sebagai bukti bahawa yang mengejar ialah Zulaikha.

17. Cerita ini adalah diantara ayat mutasyabihat, iaitu ayat Al-Quran yang tidak khusus seperti ayat muhkamat. Ayat mutasyabihat memberi panduan yang tidak kurang penting bagi cara hidup Islam. Terpulanglah kepada orang Islam mengguna akal fikiran untuk mendapat panduan dirinya.

18. Keghairahan sesetengah pentafsir menunjuk betapa kerasnya hukum Islam sehingga tidak mengendah keadilan menjadikan agama Islam agama yang tidak berperikemanusiaan. Walhal Islam adalah agama yang adil, bertimbang rasa dan suka bermaaf-maafan dan mengampun dalam menghukum.

19. Berhubung dengan kuasa Yang di-Pertuan Agong para 39 berkata “Kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, bolehlah dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh, melalui undang-undang, memberikan fungsi eksekutif kepada orang lain”. Para 40 berkata “Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat”

1. Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seorang Menteri yang bertindak dibawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini: tetapi Yang di-Pertuan Agong berhak, atas permintaannya, untuk mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.

1(A). Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.

2. Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi berikut, iaitu:
a. melantik seorang Perdana Menteri;
b. tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran parlimen;
c. meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata berkenaan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan apa-apa tindakan pada mesyuarat itu.

Kuasa memelihara pada setiap masa Agama Islam ada pada Yang di-Pertuan Agong. Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dimana-mana bahagian Persekutuan.

Hadis, Sunnah Nabi

20. Di waktu Al Bukhari mengkaji hadis, terdapat 600,000 hadis. Dari 600,000 ini Bukhari mengesahkan hanya 7000. 593,000 adalah tidak sahih. Pendapat Tarmizi Muslim dan lain-lain pengkaji juga demikian walaupun ada yang tidak sama yang disahkan oleh seorang dan tidak oleh pengkaji lain.

21. Mereka ini adalah manusia biasa dengan kelemahan-kelemahan manusia.

22. Al-Quran adalah catitan wahyu Allah Subhanahu Wataala. Semua Al-Quran adalah sama. Salahkah jika kita pegang kepada wahyu Allah yang disampaikan kepada Muhammad untuk disampaikan kepada umat manusia.

23. Dalam Al-Quran jika hukum sebat hendak dikenakan tentukan dahulu kesalahan. Jika tidak, ada kemungkinan ketidakadilan akan berlaku.

Perdana Menteri

24. Perdana Menteri diberi ramai penasihat, diantaranya ialah penasihat agama, bukan seorang tetapi ramai. Yang rasmi dan tidak rasmi.

25. Nampak penulis berpendapat bahawa Perdana Menteri sekarang sedang mengamal maarof, menolak yang mungkar apabila ia anggap “Cash is King” “Wang itu Raja” dan terus guna wang bermillion untuk sogokan dan beli undi. Ya. Sembahyang didirikan dan zakat diberi dari wang yang disamun.

26. Bagi penulis yang menyoal kebetulan Islam saya, tentulah ia anggap kebetulan Najib lebih betul dan beliau lebih layak jadi Perdana Menteri.

59 thoughts on “ISLAM SAYA

  1. Sbudi Jun 13,2018 12:01 PM

    Terbaik Tun. Saya sangat sokong pendapat Tun untuk mengggunakan akal apabila kita hendak memahami AQ. Memang itu fungai akal yang dianugerahkan oleh Tuhan kpd manusia. AQ tanpa Akal adalah sia-sia. Akal tanpa AQ adalah tidak berguna. Untuk itu Tun, saya tambahkan untuk Tun beberapa ayat AQ terkait AQ ini dimudahkan oleh Tuhan didalam Bahasa Kita. Semak Maryam 97 dan Ad-Dukhan 58. Jangan disusahkan AQ ini Tun. Semak AlQamar 17,22,32 & 40. Semoga kita dpt bertemu untuk berkongsi idea apa kehendak Tuhan sebenarnya dan bagaimana untuk menjadikan AQ 100% petunjuk dalam kehidupan MANUSIA. Bukan saja setakat umat Islam dan Melayu.

  2. fauziah May 30,2018 2:37 PM

    Salam Ramadhan Tun.

    Tua ke Muda untuk memegang jawatan PM tidak jadi issue bagi kami.

    Kami cuma harap Tun dan pihak-pihak Tun dapat mentadbirkan Negara Malaysia berlandaskan Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad saw.

    1. GST 6% akan dimansuhkan pada 1 Jun 2018 – Alhamdulillah.
    2. SST 10% akan dilaksanakan mulai 1 September 2018 – Tidak Setuju sama sekali.

    Kesiankan kami sebagai rakyat Malaysia ibarat keluar dari mulut buaya masuk mulut harimau.

    Minta Tun perintah Negara sebagaimana Tun perintah seblum ini.

    Kami sayang Tun dan doakan Tun dapat tadbir Negara Malaysia dengan sebaik mungkin.

    Aamiin…

  3. Nor Azman May 27,2018 2:05 PM

    Salam Tun,

    Alhamdulillah, Allah berikan kuasa kepada Tun untuk menerajui kerajaan Malaysia buat kali kedua dengan parti yang berbeza. Pada saya ini adalah sesuatu yang luarbiasa dan kemungkinan rekod ini akan bertahan untuk jangka yang lama, insyaallah.

    Di sini Tun, saya ambil kesempatan yang Allah berikan kepada saya untuk menasihati Tun agar menimbangkan untuk melaksanakan hukum Al-Quran dalam sistem perundangan Malaysia kerana ini adalah tuntutan Allah saw. Sebagai seorang Islam kita wajib berhukum dengan hukum Allah saw seperti yang Allah saw tetapkan dalam Al-Quran-Nya.

    Untuk makluman Tun, saya ada membuat ‘promosi’ undang-undang Al-Quran kepada rakan-rakan saya yang bukan Islam dan saya mendapati mereka tidak bermasalah untuk mengenakan hukuman yang keras kepada penjenayah. Cumanya, mereka agak skeptikal bila hukuman itu dikaitkan dengan Islam. Kita tak perlu salahkan mereka bila mereka ada persepsi yang tidak baik tentang Islam sebab banyak contoh, baik dari dalam dan luar negara, yang menyebabkan mereka berfikiran sedemikian.

    Suara saya amat terhad dan tidak mampu untuk sampai keseluruh pelosok negara tercinta ini tetapi suara Tun mampu dan dengan kuasa yang Allah saw amanahkan kepada Tun sekarang ini, insyaallah, hasrat orang Islam untuk menyaksikan hukum-hukum Al-Quran untuk dilaksanakan di Malaysia akan tercapai.

    Saya yakin Tun akan dapat fikirkan cara yang terbaik untuk melaksanakan hukum-hukum qisas, potong tangan keatas pencuri dan sebatan keatas penzina. Ia bukanlah sesuatu yang mudah tetapi bukan pula sesuatu yang mustahil. Insyaallah, dengan kebijaksanaan yang ada pada Tun, usaha yang gigih and doa dari semua mereka yang beriman dengan Al-Quran, hukum Allah saw akan ditegakkan di Malaysia.

    Sekianlah dulu.

    Salam.

  4. HBT456 May 24,2018 8:58 AM

    65. Drug related social crimes especially in the malay and muslim community today have became a public disorder not only to them, but also to the larger public community out there.

    66. When you watch the nasional anti- dadah campaign, we will know the ministry that oversees such portfolio still stuck in the era of bersih, cekap dan amanah.

    67. The glass of water would be perceived as half empty if they still continue the old ways of doing things if these wannabes still think its a basic right of their islam ideology to rogol dulu, kemudian kahwin jika kedua2 pihak kata kami rela berkahwin.

    68. Honesty speaking, when i saw sony smart phone advertisment of datuk siti nurhaliza being the celebrity for the japanese brand, and also other malay and muslim celebrities being chosen for japanese brands, its more like a political campaign then marketing campaign.

    69. Will such archaic policies be abolished too?

    70. Bak kata, when the old ones do not go, the new ones can never come.

    71. They can keep making political statement to say they did not sell land to china companies to show their stand to make the chinese look like intruders.

    72. When other states do better than their states, what would be their political statements then?

    73. Can they stand alone without other political component parties?

  5. HBT456 May 23,2018 10:46 PM

    46. https://www.washingtonpost.com/news/world/wp/2018/05/16/whats-this-libya-model-north-korea-is-so-angry-about/?noredirect=on&utm_term=.68010dda3896

    47. What did kj did in the past to prove himself in the name of this islam tajuk that landed him the pangkat of umno youth chief and now minister of youth and sport?

    48. He pakat with pas youth to show their displeasure in usa embassy right in kuala lumpur, wilayah persekutuan, malaysia, still remember?

    49. https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/05/23/1mdb-unable-to-pay-debts-say-two-directors/

    50. Was it a scam?

    51. Yeah, just put malay and muslim up there in the name of bumiputra status cum nep, islamic financial halal hub is born.

    52. Yeah, just appoint local auditor, pwc, to audit 1mdb, the scam is white washed and turned halal?

    53. After years of gerrymandering just to get lobbied and super rich, i am not sure whether umnoputra and pas wannabes feel ashamed or not as they are the only political parties that stands for united malay and muslim national organization?

    54. I am not sure whether they can go on to fight in the name of perjuangan untuk bangsa dan islam tajuk ini.

    55. I think it is super tough for them to go on with such version of islam di bawah tajuk ini.

    56. Will they opt for jaguh international or kampung?

    57. Though i have no anger or hatred, but because i have been in this blog for years, i realised the so called political strategies and campaignings from both coalition of the divides do not benefit the country or the people.

    58. Why?

    59. Because they could be lobbied.

    60. Will non malay and muslim political parties ok with such islam?

    61. If there is no country name malaysia, then, there will be no home for malaysians.

    62. Can both of the coalition stop fighting to win votes and to stay relevant?

    63. Can both of the coalition stop fighting and really serve the country and our allies and neigbouring countries?

    64. Can both of the coslition stand united as role model to transform this country a safe and better place to live?

  6. mohdharris May 12,2018 5:08 PM

    Salam Tun,

    From the Quran,

    who believe in the unseen, observe the Contact Prayers (Salat)*, and from our provisions to them, they give to charity. (2:3)

    And they believe in what was revealed to you, and in what was revealed before you, and with regard to the Hereafter, they are absolutely certain.* (2:4)

    These are guided by their Lord; these are the winners. (2:5)

    This is the truth from your Lord; do not harbor any doubts. (3:60)

    Say, “This was revealed by the One who knows the Secret* in the heavens and the earth. He is Forgiving, Most Merciful.” (25:6)

    O children of Adam, when messengers come to you from among you, and recite My revelations to you, those who take heed and lead a righteous life, will have nothing to fear, nor will they grieve. (7:35)

    The book is, without a doubt, a revelation from the Lord of the universe. (32:2)

    (Blessings) such as the sending of a messenger from among you to recite our revelations to you, purify you, teach you the scripture and wisdom, and to teach you what you never knew. (2:151)

    * MAHATHIR BIN MOHAMAD; GV for M=40, A=1, H=5, A=1, TH=500, I=10, R=200; B=2, I=10, N=50; M=40, O=6, H=5, A=1, M=40, A=1, D=4; = 4015150010200 21050 406514014

    * Born 10 July 1925; = 1071925
    * Born and raised in Alor Setar, Kedah, Malaysia;

    GV for N=50, E=10;
    * Coordinates for Alor Setar = 6°7′N 100°22′E
    = 6°7′50 100°22′10
    * Coordinates for Kedah = 6°07′42″N 100°21′46″E;
    = 6°07′42″50 100°21′46″10
    * Coordinates for Malaysia = 2°30′N 112°30′E;
    = 2°30′50 112°30′10

    * He was the fourth Prime Minister of Malaysia from 1981 to 2003; = 4 1981 2003

    23 24 25 * [4015150010200 21050 406514014] * [1071925]
    * [6°7′50 100°22′10] * [6°07′42″50 100°21′46″10] * [2°30′50 112°30′10] * [4 1981 2003] 360 256 735 322 2151

    = 19 x 1223291586 9210580001 1079161323 1653195750 3552684326 8740750005 2744531700 2637489528 5253263334 7503544906 429.00

    Miracle Code 19 proves that Malaysia’s Prime Minister, Mahathir bin Mohamad is indeed a Righteous person in the sight of God.

    For more proofs…..https://web.facebook.com/photo.php?fbid=1967465993501742&set=gm.167412403861242&type=3&theater&ifg=1

    Peace.

  7. Khalis Khalid May 12,2018 6:10 AM

    Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tun

    Tahniah kepada Tun untuk kali kedua menjadi Perdana Menteri Malaysia..

    Saya berharap sangat-sangat jika Pihak Kerajaan(PH) dapat membanteras kes ajaran sesat dan murtad.. Kes-kes macam ni boleh membahayakan negara Malaysia dan anak-anak muda seperti saya serta generasi akan datang..Di Malaysia saja sudah beberapa kumpulan ajaran sesat yang ada.. Seperti JAKIM memfatwakan Syiah tidak boleh disebarkan di Malaysia kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam (Ahli Sunnah Waljamaah).. Begitu juga dengan kumpulan-kumpulan radikal seperti ISIS yang melaungkan jihad tetapi yang paling ramai dibunuh oleh mereka adalah kita orang Islam..

  8. Muhd Zakhiri May 8,2018 12:45 PM

    Assalamualaikum Tun Dr. Mahathir & isteri.

    Bersempana PRU14 yang mencapai kemuncaknya esok 9 Mei 2018. Kita semua sedia maklum gelombong kebangkitan rakyat Malaysia yg menginginkan perubahan besar pada pilihanraya kali ini. Dan jelas kehendak untuk perubahan itu nyata bila semua jelajah harapan dapat sambutan yg sangat luar biasa.

    Ramai pemimpin dalam pakatan harapan melakukan pengorbanan untuk masa depan negara yang lebih baik. Perbezaan diketepikan hanya untuk rakyat Malaysia yang menuntut pembelaan yang sewajarnya.

    Jadi, saya anak muda yang lahir tahun 1994 dibumi Klang, Selangor di tanah air tercinta Malaysia ini punya satu harapan terus pada Tun & isteri untuk dipenuhi. Siapalah saya yang hanya insan biasa untuk dipenuhi hasrat saya ini yang saya yakin juga hasrat sebahagian besar rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam.

    Apa yang saya & sebahagian besar rakyat Malaysia beragama Islam hasratkan melibatkan diri Tun & isteri hanyalah lakukan satu aspek yang berbeza dimasa Tun dilantik sebagai Perdana Menteri dahulu & insyaALLAH sekali lagi pada PRU14 ini.

    Hasrat itu adalah melihat Tun Siti Hasmah berHIJAB/berTUDUNG sempurna bila mana Tun diangkat semula menjadi Perdana Menteri. Saya harap hasrat ini tidak menyinggung hati Tun, kerana apa yang dihasratkan ini tuntutan Islam juga.

    Kerana ilmuan mengatakan ketua satu2 kelompok menjadi tauladan & ikutan orang dibawah tanggungjawabnya. Dengan rendah diri, saya mohon maaf jika tersinggung akan hasrat saya yang satu ini.

    InsyaALLAH, pastinya jika hasrat itu dapat dilakukan Tun & isteri pada masanya nanti. Ia pasti disambut kemenangan untuk perubahan negara ini dilihat lebih terkesan bukan sahaja pada penyokong Muslim Pakatan Harapan, bahkan dirasai penyokong PAS & UMNO.

    Harapnya Tun sempat melihat & membaca hasrat dari seorang insan biasa, anak muda yang merupakan kali pertama mengundi pada esok hari (9 Mei 2018). Dan saya menyokong perjuangan Tun bersama Pakatan Harapan untuk Malaysia yang lebih baik.

    InsyaALLAH. Terima Kasih Tun.

    8 Mei 2018

  9. don potty Apr 29,2018 8:11 AM

    “do what thou wilt shall be the whole of the law”

    how are you sir, it seems like the love for this world is getting less everyday for both of us

    cash is king, really?

    yet his mind never fit the crown

    in which a crown of thorns is still a crown to him

    and perhaps if you utter my words in your heart, some poisons can cure the sickness of the heart

    so for those who thought, legalising the cure may perhaps opens our mind to far more ideas for a king to grasp

    we be victorious if God permits, now’s the time to turn loose the swan over those who throws stones to each other faces

  10. PapaAmmar Apr 23,2018 12:03 PM

    Assalamualaikum,

    Saya pernah pegang dan baca RUU Hudud yang pas nak dan kononnya nak bentang di Parlimen.

    Sumpah wallahi selaku pelajar undang2 UIA saya terkejut besar bila mendapati ianya mengandungi apa yg Tun M sebutkan.

    Kemungkinan besar ia adalah saduran dan salinan sahaja kepada Undang2 jenayah syariah Islam Pakistan yg kurang masak dan tidak teliti. Si pengadu yqkni mangsa rogol bila tiada saksi yg cukup iaitu 4 orang lelaki, dia akan mendepani hukum qazf dan boleh dikenakan sebatan.

    Bagi saya PAS perlu betul betul siapkan enakmen dengan tepat, usah cedok dari negara luar, bukan betul semua pun di Pakistan itu.

    Pas hanya cakap nak tegakkan Islam tetapi di mana pengamal undang2 mereka. Enakmen compang camping begini tak seharusnya ada di negara kita ini. Dulu aku cakap Tun M hanya propa.. Tapi sejak itu aku yakin, PAS yang kurang masak dengan perjuangan Islam mereka.

    Stop jual agama demi kepentingan politik. Hentikan najib merompak dan musnahkan negara.

  11. Bungalalang Apr 10,2018 1:21 PM

    Salam tun..

    Saya terfikir juga tentang shahadah..

    Allah kata:-

    – Beriman kpd Allah Tuhan yg esa
    – beriman kpd malaikat-malaikat
    – Beriman kpd kitab-kitab (kitab ibrahim, torah,zabur,injil &
    & quran)
    – beriman kpd rasul-rasul
    – beriman kpd hari kiamat

    Bila lafaz shahadah .. hanya 2 sahaja dan salah pulak tu..

    Shahadah.. beriman kpd Allah & beriman kpd nabi muhammad adalah
    Rasul.

    Pelik!!!

    Percaya kpd rasul pulak hanya kpd nabi muhammad saja..
    Allah suruh beriman kpd Semua rasul yg dinyatakan dlm
    Al quran.

    Kenapa lafaz shahadah hanya menghadkan kpd nabi
    Nabi muhammad sahaja..

    Satu lagi kenapa tak lafaz shahadah al quran??????

    Atau memang lafaz shahadah ini di reka utk mengesah nabi muhammad (nabi rekaan yahudi pemutarbelit torah & injil) yg kenali dari HADIS..

    Jadi kita lafaz shahadah utk .. ALLAH & HADIS

    KEPERCAYAAN ORANG ARAB SEBELUM NABI KITA JUGA ADALAH ALLAH YG DI SEMBAH MELALUI PERANTARAAN GODESS AL UZZA, AL LAT & AL MANAT.

    ADAKAH ADA KAITAN????

    KEPERCAYAAN KEBANYAKAN ORANG SEKARANG ALLAH JUGA MELALUI HADIS RASULULLAH (TIDAK MELALUI QURAN) IAITU BUKU BUKHORI..

    PERTANYAAN SAHAJA..

  12. Bungalalang Apr 10,2018 7:00 AM

    Salam Tun

    Sedihnya saya..kita manusia sekarang ni sampai dlm hal bab agama langsung tak boleh berfikir..dan menggunakan akal yg waras dah..

    Nak JAMAK apaaaanyaa lagi!!.. satu solat di pagi hari lagi (solat fajar) & satu solat lagi dah menghampiri malam (solat isyak).

    Jadi adakah wajar adanyaa istilah JAMAK!!!!…

    Kembalilah kpd al quran & Tuhan mu…

    Nabi kita SUSAAAAAHHH MENYAMPAIKAN QURAN (HADIS ALLAH).. kita buat bodoooooohhh jee..

    Semoga Allah kurniakan petunjuk kpd kita..sesungguhnya neraka itu bukan calang dan samar-samar.. neraka itu sungguh-sungguh.. !!!

  13. Bungalalang Apr 9,2018 9:18 PM

    Salam tun..

    Saya pelik bila ASWJ mengungkit-mengungkit yg katanya kalau ikut quran sangat..

    ” quran ada terangkan ke solat jamak. Solat takut ada le..
    Kate nye..”

    Saya malas lah nak layan orang ikut hadis semberono ni..tapi tak tahan dgn desakan .. saya jawablah dgn hati yg geram jugaklah bila dia dok forced camtu..

    Jamak takdak dlm agama islam ni.. jamak ada dlm agama shafie je.. jadi benda takdak sebab apa Allah nak mention dlm quran..

    Allah perintahkan kita SOLAT DLM MASA YG ALLAH TELAH TETAPKAN..

    HAAFIZUU ALASSOLAWAATIWASSOLAATIL WUSTO.. KAN ALLAH SURUH ” JAGA BAIK-BAIK SOLAT”..

    kalau kita travelling wajib solat sempurna.. kalau naik bas dsbnya ttp kita tak ada kuasa menghentikannya utk solat maka solat sajalah ..lagi kalau dlm ketakutan musuh kita lari TAK BOLEH BERHENTI utk sujud .. Allah benarkan solat berlari(menunggang) atau berjalan .. kalau kita jadi pilot jet pejuang kita solat juga.. takkan kita nak solat nak lepas stearing.. niat je lah kita solat dan pujilah Allah dgn bacaan yg tak buat nak sujud baca boleh lagi…use our brain lah..

    TAPI JANGAN LUPA BILA DAH TENANG SOLAT BALIK.. SOLAT NI LAMA .. BUKAN SOLAT SPT BURUNG GAGAK MAKAN.. CEKELEH..CEKELEH..SALAM DAAH..

    solat 5 minit pun tak sampai .. makan 45 minit.. camnoo lah kita jumpa Allah.. sebab tu lah Allah dlm quran.. 2 solat saja.. solat fajar & solat isyak (waktu maghib).. sebab nak solat nii..kita kena berada dlm keadaan sedia.. bukan tengah repair moto kapcai berlemoih-lemoih nak solat.. sape suruh solat zohor.. Allah tak suruh pun solat zohor.. Zohor ..Allah kata waktu rehat pecat baju pecat seluar dok dlm bilik tido ..tak di benarkan kacau..

    Begitu srkali Allah mengasihani kita.. siap suruh pecat baju rehat waktu zohor dan adakan perintah larang dari di ganggu..

    Sebegitu sekali Allah buat kat kita.. kita masih kata al quran Allah ini TAK LENGKAP.

    ” nasib baik ada KITAB BUKHORI kalau HARAPKAN QURAN tak jadi ape laah agama Allah ini”

    Almaklumlah kitab bukhori tu manusia naahh!! Yg tulis.. manakaka Quran Allah YAAAAHHHH!! yg turunkan ..

    Hadis ni MUHAMMAD IDRIS NAHHHH!!! YG TULIS .. MANAKALA AL QURAN ..ALLAH YAAHHH!!! yg tulis..

    Nak buat camno HADIS SOHEH LAGI MUTAWATTIR LAGI HASAN LAGI HUSIN ..

  14. Bungalalang Apr 9,2018 1:29 PM

    Salam tun..

    Sdri hajar..

    Saya suka berinteraksi dgn hajar..

    Saya nak jelaskan isu yg hajar marah bebeno kat saya sampai
    Mendakwa saya kata saya nabi.. adoiii!!! tak apa orang tua macam saya ni hanya lah ada KULIT TULANG joo.. ha ha

    Kalau nak cerita surah al kahfi tu panjang loteh menaip nya..

    Apa-apa pun saya rasa penting utk berbicara tentang perkataan
    “SUJUD” dulu..

    Apakah yg sdri hajar tentang “SUJUD”..

    ” ALLAH perintahkan malaikat dan iblis supaya SUJUD kpd ADAM, semua sujud kecuali iblis”

    persoalan: adakah malaikat memiliki anggota sujud? Muka, tangan-
    Siku & kaki.. ??….Kalau takdak camnoo lah malaikat
    Tu sujud ya??

    Kalau binatang camno mereka itu bersujud ye?

    ” semua makhluk sujud kpd Aku (Allah) PAGI & PETANG”

    Fikir-fikirkan lah Hajar..
    Kaki

  15. Bungalalang Apr 8,2018 6:31 PM

    Salam tun..

    To MG

    cubalah renungkan kedudukan wanita vs lelaki dlm al quran..

    Ada tak manusia lelaki yg Allah bagi title .. kena faham maksud aku.. ALLAH BAGI TITLE.. bukan makhluk manusia yg bagi..selain dari para NABI??..

    Takdak kan..kan..kan…!!!???

    Ttp ada tak wanita yg bukan berpangkat nabi yg Allah bsgi TITLE??.. Ada kan..kan..kan.. siapa???? Tidak lain tidak bukan..
    Maryam.. PENGHULU WANITA SYURGA..

    Jadi apa maksud ALLAH ITU.. adakah Allah meletakkan kaum wanita ini spt orang ARAB HIPOKRIT itu..

    Renung-renungkan lahhhhhh..

  16. Bungalalang Apr 8,2018 5:40 PM

    Salam TUN..

    Saya ingin membawa kita berfikir sejenak berkenaan anugerah panggilan kpd ulamak-ulamak.. spt RadhiAllAHU Anha dsbnya..

    Benarr.. dlm al quran Allah menyuruh kita mendoakan yg baik-baik kpd umat islam lain.

    Pada asalnya kita bila sebut nama ulamak yg kita hormati itu kita susuli dgn pujian RA dan sebagainya..ttp bila kita amalkan menyebutnya kita tidak sebut ” SEMOGA ..” DAN menjadilah seolah-olah ” ALLAH MEMANG REDHO ” kpd ulamak itu.. bermakna ulamak ini memang ahli syurga & memang Allah pilih ulamak itu.

    Sedangkan kita tak tahu pun ulamak itu membawa IMAN YG BENAR atau membawa KEKUFURAN (KAFIR)..

    Jadi!!!.. bila ustaz sebut nama ulamak beserta dgn pangkat RA memberi faham kpd kita yg biasa ini bahawasanya ULAMAK ITU ADALAH ULAMAK YG ALLAH REDHO..

    Kenapa saya membawakan isu spt remeh-temeh ini??.. sebab ” ada orang dan ramai orang dan ustaz yg membanding sebegini.. ko apa ada .. sedangkan ulamak yg ko bahaskan itu adalah RA”.. Ha..ha..
    Saya ketawa kpd ustaz itu.. menyemarakkan kemarahan ustaz itu..ustaz yg JAKIM BAGI KEBENARAN UTK BERCERAMAH.. saya tanya ustaz itu.. Adakakah Allah yg bagi title RA kpd ulamak ustaz tu??
    Sehinggakan ustaz spt tidak membenarkan utk kita argue tentang PENDAPAT dia?..

    satu lagi kes dgn penganut agama syiah..

    Berkenaan dgn Ali abi Talib.. gelaran amirul mukminin.. mereka kata Ali adalah ketua orang-orang mukmin yg di beri gelaran oleh nabi kita..

    Saya argue syiah itu.. setahu saya nabi bila di tanya oleh Allah ” siapakah yg ikut seruan mu di kalangan umat mu ” ..nabi menjawab ” kami tidak tahu..pengetahuan tentang siapa yg beriman siapa yg tidak dari umatku hanyalah dari sisi mu”..

    Syiah sudah marah.. saya kata kpdnya..tak perlu marah.. cuma verified lah..betul tidaknya nabi yg bagi kpd Ali abi talib? Atau sebaliknya.. rupa-rupanya amru al ass yg bagi gelaran..

    Nah.. lihat apa jadinya dgn manusia ini.. dan kalau ada HADIS SAHIH BUKHORI yg mengatakan gelaran AMIRUL MUKMININ ini memang dari nabi.. adakah Hadis sahih itu BENAR???..

    TTP syiah itu merasa amat tidak puas hati kerana Ali Abi Talib itu AKIDAH mereka.. apa kurangnya ASWJ dgn ABU BAKAR, UMAR, OTHMAN & ALI.. menjadi AKIDAH ASWJ..

    APAKAH ITU AKIDAH???? KPD ASWJ SEBENARNYA….

  17. Bungalalang Apr 8,2018 4:30 PM

    Salam Tun..

    Sdra miringila (mg)

    Mengenai menggunakan AKAL dlm mencari IMAN SEBENAR.. ALLAH datangkan kisah nabi ibrahim sbg PETUNJUK kpd kita..

    Nabi ibrahim di lahirkan dlm masyarakat penyembah patung..

    Tidakkah nabi ibrahim menggunakan AKAL dia utk menidakkan patung sbg TUHAN??

    Tidakkah nabi ibrahim menggunakan AKAL dia utk menidakkan BULAN sbg TUHAN?..

    Tidakkah nabi ibrahim menggunakan AKAL dia utk menidakkan MATAHARI sbg TUHAN?..

    So, apakah kita tidak jelas lagi??.. dan para ulamak waroqboq kata orang kelantan mengeluarkan istilah yg pelik dan memeningkan kepala.. pd saya lebih mendatangkan menfaat kalau kita ikut quran sajalah berbanding memahamkan istilah-istilah taiik kucing ulamak waroqboq tu .. quran dgn senang dan jelas.. menerangkan …

    Tak payahlah nak buang masa dgn ulamak yg suka menulis kitab-kitab ikut kepala otaq dia tu.. entah-entah dia srndiri adalah ahli neraka.. dan kitab-kitab nya menyeru manusia utk bersama ke neraka…

    MOTO ASWJ YG TIDAK SENGAJA ATAU TERSENGAJA adalah spt berikut..

    ” nasib baiklah kitab sahih bukhori ada..kalau HARAPKAN QURAN makanya kita TAK BOLEH BERSOLAT LAH JAWABNYA..”

  18. Bungalalang Apr 8,2018 4:12 PM

    Salam Tun..

    Sdra miringila (mg)

    Mg menyatakan wanita berbanding lelaki tidak penting atau tidak sepenting atau golongan terabai dsbnya di sisi Allah..dgn merujuk kpd HADIS..

    soalan saya: dlm quran apakah kedudukan wanita sama spt apa yg
    Dinyatakan spt dlm hadis?? .. Dan..

    Jika sekiranya dlm quran menyatakan berlawanan dgn
    Hadis.. kenapa kita masih ada perasaan menerima
    Keterangan hadis itu??.. bukankah kita spt
    Mempertikaikan kebenaran al quran??..

    Berkenaan dgn memansuhkan keterangan quran..

    Soalan: pendapat penggunaan akal tidak di terima pd saya di
    Dalam al quran memberi makna .. setiap individu itu
    PERLU MENGGUNAKAN AKAL masing-masing utk BERIMAN kpd
    Allah dgn BERDASARKAN KETERANGAN/PENERANGAN dlm al quran.

    Bermakna kalau kita TAK BACA AL QURAN bagaimana bisa kita
    nak menggunakan AKAL utk BERIMAN??..

    Apakah boleh kita fahamkan bahawasanya Allah menyuruh
    Kita SENDIRI berfikir utk IMAN kita dgn berdasarkan
    PENGETAHUAN mengenai al quran dan tidak mengambil
    PENDAPAT ULAMAK (BUKAN NABI) sbg PENDAPAT UTK KITA
    BERIMAN.

    jadi saya harap mg utarakan di sini apa yg al quran jelaskan berkenaan KEDUDUKAN WANITA VS LELAKI..

  19. Bungalalang Apr 7,2018 9:36 PM

    Salam TUN..

    Sdri hajar lagi..

    Dlm ayat di atas.. nabi isa berkata yg dia adalah MAKHLUK BERTEMPOH.. maknanya akan WAFAT ttp ulamak kata akan mati selepas turun bunuh dajjal.. itu tiada dlm quran ..itu dari kitab yahudi.. aiiikk banyak beno HADIS AKHIR ZAMAN ni yg ikut cerita tok selampit yahudi!!???..

    Allah tak pernah kata nabi isa tak wafat ..Cuma Allah kata ” KAMI angkat nabi isa kpd KAMI”..

    kita kena ingat..nabi isa adalah dari RUUHIL QUDUS.. apa itu RUUHIL QUDUS?? ALLAH SAJA YG TAHU.. ttp kita kena tengok mukjizat nabi isa alaihiwassalam..

    1. Hidup kan orang mati
    2. Celikkan si buta
    3. Di turunkan hidangan makanan dari langit (Allah)
    4. Kitab injil & boleh bercakap menyeru manusia ketika masih dalam buaian .. baby ..kurang shafie sikit yoo.. shafie 5 tahun hafal quran..
    5. Di Izinkan oleh Allah menghalal kan apa yg di haramkan sebeluma ini kpd yahudi ( nak tahu apa dia..baca quran)
    6. Sampai boleh kata (dgn izin Allah) .. apa lagi yg kume semua mahukan aku (nabi isa) pohon kpd Allah..supaya boleh membuatkan kamu beriman..

    Banyaknya mukjizat nabi isa.. yg Allah kurniakan..

    Ttp nabi kita ada 2 kelebihan yg Allah bagi.. kitab al quran yg Allah pelihara dan kekalkan tak terubah oleh apa pun jua sampai hari kiamat & BUTA HURUF.. nabi kita BUTA HURUF itulah yg menyebabkan umat percaya bahawasanya al quran ini adalah dari Allah dan bukan dari nabi kerana apa.. kerana NABI KITA BUTA HURUF..

    nabi berkata (HADIS NABI LAH NII HAJAR OOII).. ” Kamu ( orang yg membesar bersama nabi) tahu benar tentang aku kerana aku membesar bersama kamu, adakah kamu boleh percaya yg aku boleh adakan ayat-ayat (al quran) spt itu???”.. tidak boleh tidak nabi boleh yakinkan orang .. yg al quran bukan dari tulisan karangan nabi sendiri kerana nabi BUTA HURUF..

    semoga boleh menjadi menfaat lah tulisan saya ini.. kalau tidak mendatangkan menfaat kpd hajar..mungkin boleh menfaatkan orang lain.. Allah kata tiada paksaan dlm agama.. nak beriman berimanlah..taknak beriman tak apa.. yg beriman Aku balas syurga yh mengalir di bawahnya beberapa sungai.. yg tsknak beriman neraka tempatnya..

    Wallah hu A’LAM..
    5

  20. Bungalalang Apr 7,2018 8:56 PM

    Sdri hajar lagi..

    Saya tengok hajar sayang bebeno dekat TUN.. Bagoih laaaahh.. Allah suka akan orang yg berbaik & bermuafakat dlm menegakkan agama Allah ini..

    Ttp kita kena ingat walau sejauh mana kita sayang dekat seseorang ..tetaplah Allah kira satu satu..hajar dgn apa yg hajar perbuat..tun dgn apa yg tun perbuat & saya ni dgn apa yg saya perbuat..kalau hajar baca ni tentulah hajar akan kata neraka bila sampai tang saya.. ha..ha.. tak apalah..

    Allah kata ” pasti AKU akan tanya kamu apa yg telah kamu amalkan dari al quran AKU ni..”.. lalu saya jawab.. kalau solat hamba mu ikut yg diri ini faham tentang apa yg di ceritakan mu wahai TUHAN ku.. Aku telah pun bertanya kpd ustaz & ulamak seperti yg ENGKAU perintahkan ttp ulamak & ustaz itu menerangkan sesuatu yg tiada dlm al quran MU yaa ALLAH.. & Mereka berkata..

    ” nasib baik ada KITAB HADIS SAHIH BUKHORI kalau HARAPKAN KITAB AL QURAN jawabnya tak mungkin kita boleh solat spt sekarang ni..sebab al quran tak terperinci..Allah harapkan kpd nabi muhammad utk menyampaikan & menjelaskannya”..

    Jadi apa yg hamba mu buat wahai TUHAN ku.. hamba mu baca al quran dan hamba mu tertarik dgn percakapan antara ENGKAU ALLAH dgn NABI ISA yg berbunyi begini..

    Nabi isa berkata kpd Allah.. ” aku (nabi isa) adalah makhluk yg bertempoh, semada aku ada aku lah PENGAWAS KPD AGAMA NI selepad ketiadaan ku maka ENGKAU lah PENGAWAS Nya”

    Jadi hamba mu ini wahai ALLAH TUHAN YG AKU SEMBAH..lebih memahami bahawasanya nabi isa yg ada pengikut yg teguh dan setia ( hawariyyuuuuunnn) tidak menjadikan golongan hawariyyuuun sbg RUJUKAN, jadi nabi ku pun sama lahh yaa Allah spt yg dinyatakan dlm al quran MU .. jibrail suruh nabi berkata ” Jangan ikut PENGIKUT (TABI’) tetapi IKUTLAH PETUNJUK AL QURAN”

    Jadi hamba mu ikut AL QURAN MU YAA ALLAH.. tidaklah ikut kitab hadis bukhori.. salah aku yaa Allah..salah kah diriku yaa Allah kerana ikut AL QURAN MU YAA ALLAH.. kalau manusia suka dan bangga akan dia kiranya orang ikut apa yg dia tulis.. terangkat ekoq si murai..

    Tq.

  21. Bungalalang Apr 7,2018 5:35 PM

    Salam tun..

    Sdri HAJAR lagi..

    Al Quran ni mudah saja .. semudah abc .. kacang ngan yin jee hajar.. BENAR spt firman Allah bahawasanya quran ini sonang yoo nak paham nya.. saya rasa dgn subjek MICROPROCESSOR jauh payah MICROPHY .. ha ha ha..

    Allah berfirman.. Al quran AKU ni yg banyaknya hanya AYAT MUHKAMAT yooo…

    Yg payahnya bila kita baca quran utk nak cari DUDUK ANTARA SUJUD, TAHYAT & SALAM memanglah payahhhhhhhh!!!!! dan pasti tak jumpaaaa…

    Nak jumpa camnooo…BENDA TAK ADEEEE HAJARR OOOIIII.. MEMANGLAH TAK jumpooo hajar ooiii.. bukan Allah tak terangkan..ttp kalau benda DSH tak adEEEE ALLAH NAK TERANGKAN MACAMMANAA… TOLOOOOONGGGLAAHHH HAJAR OOOOOOOOIII ….HAAA..HAA..HAAAA…HAAAAAAAAA.. ADOII SAKIT PERUT AKU GELAKKK!…HAA..HAA..HAAAAA..HAJARR..HAJARR…

  22. Bungalalang Apr 7,2018 4:44 PM

    Salam tun..

    Huraian saya di bawah dimana saya ada menyatakan perkataan BODOH.. bukanlah saya bermaksud utk mengata mencela ASWJ..tetapi dari perasaan yg timbul apabila kita membaca al quran yg Allah ceritakan berkenaan dengan PERANGAI orang yahudi bila di suruh oleh nabi menyembelih lembu..

    Dlm ayat itu sifat orang yahudi yg keras kepala & degil itu selalu bertanya-tanya kpd nabi kerana tak mahu taat akan suruhan nabi..

    ” nabi suruh mereka sembelih lembu yg ELOK”
    ” yahudi bertanya ” lembu jantan ke lembu betina”
    ” nabi kata lembu jantan ”
    ” yahudi bertanya ” jantan yg tua ke atau muda ”
    ” nabi kata lembu jantan yg tidak tua & tidak muda”
    ” yahudi tanya lembu jantan yg warna apa”
    ” Nabi jawab lembu warna kuning keemasan yg cantik warnanya (warna kesukaan nabi)

    Allah berfirman..” mereka hampir-hampir tidak dapat menyembelih lembu itu”.. huraian: sekiranya mereka tidak dapat menyembelih Allah spt mahu saja kenakan balasan”

    Iktibar kpd kita..

    Dlm isu solat.. kita selalu argue utk tidak mengikut dan membenarkan bahawasanya dlm Al Quran ADA menyatakan kaedah bersolat dgn terperinci satu persatu.. lalu ustaz ASWJ sering kata dlm quran Allah hanya perintahkan bersolat sahaja dgn membawa ayat yg Allah ulang hampir 200x dl quran..

    ” Dirikan solat & keluarkan zakat”.

    Ustaz menegaskan lagi.. dgn bertanya???

    – mcmana nak BERDIRI tangan pd posisi yg mcmana
    – apa bacaan
    – berapa rakaat
    – mcmana nak rukuk.. ade..ade.. ade..Allah terangkan dlm quran!
    – mcmana nak sujud..ade..ade..ade..Allah terangkan dlm quran!
    – apa bacaan dlm sujud .. ade..ade kee terangkan!
    – mcmana nak duduk antara sujud.. ade..adee!!
    – ape nak bacee..ade..adee.. adee kee tak dee!!
    – mcmana nak duduk tahyat.. adee..adee..!!
    – ape bacaan masa dok tahyat.. adee..adee!!

    Haa..sebab tu kite kena ikut hadis dari nabi kitee..!! Kata
    Ustaz..

    Saya bertanya pd ustaz..

    ” ustaz adee bacee quran kee.. ”
    ” ustaz kata ada bacee ..tapi tak banyak”

    ” lepas tu yg ustaz yakin bebeno yg Allah tak jelaskan camno ..sedangkan ustaz tak baca quran abih pun lagi.. pahtu camno
    ustax nak paham quran..baca pun belum habih”

    ” ustaz kata ulamak-ulamak hebat imam nawawi,imam shafie..dah khatam kita ikut saja”

    ” itulah yg saya penin ustaz..camnolah ulamak hebat boleh kata Allah tak perincikan.. saya kata ” MUNGKIN DLM HATI IMAM NAWAWI, IMAM AS QALANI, IMAM SHAFIE, IMAM BUKHORI, IMAM HAJAR..ETC..LEBIH PERCAYA KPD HADIS DARI PERCAYA KPD ALLAH.. LALU ..”ALLAH TAK BAGI PETUNJUK JLN BENAR KERANA DLM HATI ADA PENYAKIT TIDAK PERCAYA KPD ALQURAN (ALLAH)”

    Allah berfirman.. “adakah kamu merasa berat dan berdukacita dgn mereka yg tidak mahu ikut seruan mu” jika sekiranya kamu rasa nak buat lubang masuk kedalam bumi atau buat tangga naik kelangit utk menyeru umat mu supaya beriman.. sesungguhnya bagi mereka itu Aku (Allah) telah adakan penghalang di hati mereka kerana mereka itu tetap tak mahu beriman dan tiada sesiapa pun boleh menghilangkan halangan di hati mereka dan mereka akan di azab, jadi janganlah kamu ( nabi) menjadi orang yg JAHILLL ”

    Untuk nabi Allah nak bagitahu walaupun nabi usaha menyampaikan sekuat mana sekalipun ..hanya Allah yg bagi petunjuk..nabi hanya sampaikan saja tak payahlah nabi nak berdukacita bermuram durja tak payahlah nabi nak korek lubang masuk kedalam bumi atau sampai nabi nak buat tangga naik kelangit..

    nabi kena buat tangga utk naik kelangit wahai sdri HAJARRRR.. tak naik borak pun….ha ha..
    ..janganlah JAHIL sangat wahai nabi muhammad..ALLAH KATA..

    Sebab apa Allah kata macam tu kpd nabi.. ALLAH nak bagitahu kita bahawasanya kalau Allah tutup hati kita utk kita beriman di atas sebab kita tak yakin bahawasanya Allah adalah TUHAN YG MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA BIJAKSANA LAGI MAHA BENARRRRRRRRRRR.. spt yg Allah TEGASKAN pd setiap permulaan surah..

    Makanya sejauh mana hebat hafal, baca quran dsbnya..tidaklah dapat AL HIKMAH serta petunjuk hidayah.. kerana apa???

    DALAM HATI ADA PENYAKIT KUFUR.. BUKAN ADA IMAN..

    wallahu a’lam..

  23. ir.miringila Apr 7,2018 3:06 PM

    Selamat Tun.

    Agama Islam itu terlalu indah. Terutama nya untuk orang lelaki, orang perempuan nak buat macam mana…. Takdir.

    Rasulullah salallahualaihiwassalam diriwayatkan bersabda ;

    مَنْ كَظَمَ غَيْظًا وَهُوَ يَسْتَطِيعُ عَلَى أَنْ يُنَفِّذَهُ دَعَاهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى رُءُوسِ الْخَلاَئِقِ حَتَّى يُخَيِّرَهُ فِي اَيِّ الْحُورِ شَاءَ

    ‘Barangsiapa yang menahan marahnya padahal dia mampu untuk melepaskannya, nescaya Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di hadapan para makhluk lalu Allah akan membiarkan dia memilih mana-mana bidadari yang dia suka.”

    [Riwayat al-Tirmidzi, Syeikh Albani mensahihkan hadith ini]

    Antara kelebihan bidadari yang disebutkan dalam al-Quran selain cantik ialah ;

    Bermata jelita [As-Saffat:48],

    Muda [Sod:52] ,

    Sopan dan menundukkan pandangan [Al-Rahman:56],

    Putih bersih [Al-Rahman:72],

    Dara [Al-Waqi’ah: 36]

    Berdada montok (tetek besar) atau sedang berkembang [An-Naba: 33]

    Suka kiranya saya membangkitkan tentang beberapa ayat yang digunakan Tun sebenarnya telah dimansuhkan. Oleh itu untuk menggunakan nya mempertahankan pendapat Tun adalah tidak wajar. Untuk mengetahui siapa yang memansuhkannya tidak lain dan tidak bukan adalah manusia itu sendiri yang kononnya menggunakan akal.

    Sedangkan,
    Diriwayatkan dari Imam Khatib Al-Baghdadi ra (Abu Bakr ibn Ali bin Sabit ) dengan sanad yang sahih bahawa telah berkata Sufyan As- Sauri ra ” Agama ini dibina dengan Asar -istinbat Al-Qur’an dan sunnah serta apa yang diriwayatkan dari para sahabat yang membawa kepada maksud syariah (Al-Qur’an & Sunnah)- dan bukanlah agama ini dibina dengan akal.”

    Baca betul-betul. Agama ini (islam-menurut ASWJ,syiah DLL) tidak dibina menggunakan AKAL.

    Kalau ada akal diguna, hanya terhad didalam lingkungan ayat Al-Quran, ahadith.

    Jadi penggunaan akal menurut pandangan agamawan adalah berbeza daripada manusia biasa.

    Sekian, Tun.
    Terima kasih.
    Ada lagi nanti….

  24. Bungalalang Apr 7,2018 10:38 AM

    Salam tun..

    Hajar..

    Saya mengakulah yg saya SESAT dari ASWJ,SYIAH,WAHABI ETC..

    spt prinsip kinetik..prinsip kejadian..

    Siang vs malam
    Langit vs bumi

    Jadi dgn memakai prinsip yg sama.. saya SESAT dari MUNGKAR (ASWJ) makanya saya TAK SESAT dari JALAN ALLAH..

    SALAAMUN ALAIKUM..

  25. Bungalalang Apr 7,2018 10:15 AM

    Salam Tun..

    Sdri hajar

    Tak perlulah utk bermuka-muka..katakan saja nama saya yg berkenaan dgn anti-hadis..

    Pd saya ..BENAR saya tolak hadis ttp bukan ANTI ..

    Saya tolak hadis bukan kerana saya nak tolak hadis..ttp Al Quran yg menolak hadis sunnah itu.. mana yg saya nak ikut..pastinya saya yg berTUHAN kan ALLAH pasti akan ikut Allah..

    Kenapa saya kena ikut shafie sedangkan shafie itu siapa???.. mungkin shafie itu ahli neraka mungkin juga ahli syurga..dan tidaklah shafie itu boleh mendatangkan sesuatu bahaya atau boleh mendatangkan sesuatu menfaat kpd saya.. kalau orang baca quran pasti ayat ini Allah ulang-ulangkan.

    Kita ambil contoh kenapa saya tolak hadis salat..

    Kenyataan ASWJ:

    1. Dlm quran tidak ada mendetailkan:-
    perbuatan dlm salat BERDIRI, RUKUK,SUJUD,IQA’,TAHYAT & SALAM.

    Jawapan:

    – DLM QURAN MENERANGKAN DGN SEJELAS-JELASNYA PERBUATAN SALAT.
    – PERBUATAN SALAT dlm quran hanyalah BERDIRI –> SUJUD dimana kaedah PERGERAKAN/BERGERAKTURUN utk SUJUD dgn cara RUKUK.maknanya RUKUK bukan PERBUATAN BESAR ttp PERBUATAN TRANSITION dari BERDIRI utk ke SUJUD.(An-nisa’: 102)

    Macammana BERDIRI??

    -BERDIRI TEGAK DGN TANGAN LURUS KE SISI BADAN – ( as-syu’araa 214-216)
    -Allah larang BERDIRI dgn malas – (4:142) & (9:54)
    – Jarak bukaan kaki adalah ikut keupayaan masing-masing yg pasti utk mengelakkan badan kita STABIL tidak TUMBANG KIRI ATAU KANAN semasa BERDIRI DAN TURUN (RUKUK) UTK SUJUD..Tidak ada ayat Allah memberitahu BUKAAN KAKI kerana kena guna kepala otak joo lah.. kalau ada kemusykilan sebab Allah tak beritahu BUKAAN KAKI sudah pastilah dari kelompok orang islam yg BODOH spt kaum hajar aswj.

    Apa BACAAN??

    Apa-apa ayat quran (7:204-205)
    Dgn suara tidak nyaring (7:205)
    Dgn suara tidak nyaring & tidak perlahan ttp dgn SEDERHANA (17:110)

    HATI??

    -Kena rasa rasa TAKUT & TAK LALAI (7:205)
    -Kena KHUSYUK (2:45) & Bagaimana nak KHUSYUK yg ALLAH TUHAN kita beritahu.. “YAKIN YG KITA AKAN KEMBALI KPD ALLAH (MATI) DAN YAKIN AKAN BERTEMU ALLAH DI AKHIRAT (HISAB UTK SYURGA & NERAKA) – (2:46).

    cukuplah utk saya buktikan yg orang hadis ASWJ adalah GOLONGAN YG MENDUSTAKAN ALQURAN BERMAKNA MENDUSTAKAN ALLAH – AHLI NERAKA JIKA TIDAK BERTAUBAT..kenapa saya kata macam tu..sebab..

    ASWJ KATA QURAN TAK TERANGKAM MCMANA NAK SOLAT – PERBUATAN, BACAAN DLM SAKATSEDANGKAN ALLAH DETAILKAN LEBIH DARI HADIS.

    SUJUD – ALLAH kata kena MENDARAT DGN DAGU (AZQALNI) LEPAS TU BARU MERAPATKAN DAHI..semasa sujud & SOLAT PUJI HSNYA ALLAH SAHAJA DGN BACAAN – (17:107-111)

    TUHAN ASWJ iaitu BUKHORI tidak menerangkan se TERPERINCI spt ALLAH TUHAN AKU ..

    NAH!!!!!!!!!!..TERBUKTI ASWJ ADALAH MENDUSTAI ALLAH UTK SALAT.

    quran terangkan dgn begitu terperinci bagaimana BERDIRI, bagaimana nak RUKUK & bagaimana nak SUJUD.

    Dan al quran menjawab dgn QAT’IIIIII isu nak sujud turun tangan dulu atau lutut dulu atau turun dgn pacak kepala teghoiih kelantai spt acara terjun papan anjal…ha ha ha..

    AL QURAN KATA TURUN LUTUT DULU .. kalau turun tangan dulu bulih jugok tapi utk orang yg main bolasrpak atau badminton sebab kepala lutut pecah.. utk orang ghout ..buatlah apa yg boleh… ha ha ha..

  26. Hajar Apr 6,2018 10:33 PM

    Salam Yang Amat DiHormati dan DiSanjungi Tun,

    1. Saya yakin Tun seorang Islam sejati yang mengamal cara hidup Islam sebenar (Ahli Sunnah Wal Jama’ah – Mazhab Syafi’e). Tun abaikan saja kecaman dari orang PAS yang rata-rata memang kurang ajar. Mengaku Islam sejati, tetapi akhlak teramat buruk. Dengan orang tua pun mereka teramat biadab.

    2. Saya pernah nampak Tun solat Jumaat (TV), dan Tun juga sudah mengerjakan Haji dan Umrah. Sudah pasti semasa di Mekah dan Madinah Tun solat seperti majoriti umat Islam yang lain. Tun juga ada kata baru-baru ini yang Tun ikut nasihat arwah ibu Tun iaitu ‘berhenti makan sebelum kenyang’ untuk kekal sihat. Maknanya, Tun mengikut Sunnah Nabi SAW.

    3. Tun seorang pemikir hebat, dan ada memberi dalil-dalil berkaitan dalam hujah Tun tentang keperluan berfikir.

    4. Namun, tidak semua yang membaca penulisan Tun boleh ‘menghadam’ dan memahami apa sebenarnya yang Tun mahu sampaikan (maksud sebenar) bila ia melibatkan hadith/Sunnah Nabi SAW. Masalahnya ada yang tersalah anggap terhadap Tun, dan menganggap Tun seperti golongan yang menolak hadith-hadith sahih. Golongan anti-hadith ini ada yang solat cuma 2 kali sahaja dalam sehari (satu rakaat saja…). Ini bukan berita palsu @ fitnah, tetapi memang disebut oleh mereka sendiri di blog ini. Solat pun entah mengadap ke mana (katanya gua Ashabul Kahfi; ini memang kelakar bangat) sebab mereka dapat ‘wahyu’ (berlagak macam Nabi pula) tentang arah kiblat (lucunya mereka ‘rasa’ saja… memang sah sesat sebab kita mesti yakin arah kiblat).

    5. Memanglah semasa (permulaan) zaman para alim ulama tersohor (lebih 200 tahun selepas kewafatan Nabi SAW), jumlah hadith terlalu banyak (hafalan), dan banyak yang PALSU, dan tidak ada ‘sanad’ yang jelas (“Sanad is the chain of narrators of the hadith”) – samalah dengan berita2 palsu yang berleluasa sekarang ini – masing2 ingin cari glamer. Dalam blog ini pun ada yang mereka-reka cerita palsu yang amat menyesatkan umat Islam. Mereka ini sama spesis dengan pencipta hadith-hadith palsu, tetapi tidak sedar.

    6. Alim ulama silam dan imam-imam besar bertindak MENAPIS hadith-hadith, dan merekodkan (tulis) hadith-hadith secara lebih teratur. Kita sedia maklum banyak hadith palsu yang ditolak. Hadith-hadith yang diterima sebagai sahih (ada ‘sanad’ jelas) jauh lebih rendah dari jumlah asal.

    7. Apa yang menghairankan, sumbangan besar imam-imam serta para alim ulama tersebut telah dikutuk oleh golongan anti-hadith yang bertindak memfitnah para alim ulama pada zaman itu sebagai mereka-reka hadith (palsu). Golongan anti-hadith ini memang jahil @ tolol (maaf cakap). Orang yang membantu umat Islam dituduh sebagai penipu, penyangak, pembelit, penjenayah, etc. Setahu saya, yang menyebar berita palsu ialah golongan anti-hadith yang rata-rata jahil tentang Islam (majoriti buta Bahasa Arab). Setakat baca terjemahan saja. Makna ayat (terjemahan) “Untuk mu agama mu, untuk ku agama ku” pun mereka tidak faham! Tapi berdegar-degar meracau di sini!

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  27. RD. Apr 6,2018 11:42 AM

    Opss… saya baca jugak apa yang ditulis audara Khalid Al-Walid.
    Nak ikut Arab Saudi?

    “Kalau Najib turun, Tun pegi jumpe presiden Arab Saudi, mintak tunjuk ajar..Ciplak sistem sebijik bulat2 pun xpe..Tanye die cane die buat..”

    Nampak jelas Saudara Walid tidak banyak ‘membaca’ berita luar-negara.

    Dasar luar Negara kita sudah tidak tentu hala.

    Dua hari lepas Putera Mahkota Arab Saudi telah melawat Amerika, bertemu Trump dan pertubuhan-pertubuhan Yahudi. Beli banyak senjata-perang, minum kopi di Starbuck, ketika Tentera Israel sedang bertindak kejam mengunakan peluru-hidup, terhadap Rakyat Palestine, di Gaza.

    Yang nyata, Amerika dan Barat berjaya menyemarakkan permusuhan antara Sunni & Syiah dengan ‘bantuan’ Arab Saudi dan sekutunya di Negara Teluk. Kedua-dua pihak (Sunni & Syiah), secara langsung berlumba-lumba membeli senjata dan memperkayakan Negara Kapir yang kesemuanya Kuasa Besar Dunia.

    Yang peliknya, Kerajaan Malaysia melalui Media-arus-perdana dibawah kawalannya, seperti Utusan, BH, TV3 & RTM yang mensasarkan khalayak Melayu/Islam, langsung tidak melaporkan hakikat bahawa Putera Mahkota Arab Saudi, dalam lawatan ke Amerika, telah berkata:-

    “Jews have right to nation-state in ancestral homeland.”

    Sebenarnya, berita mengenai perjumpaan secara rahsia Raja Mahkota dengan Israel sudah lama dilaporkan oleh media-media antarabangsa. Hanya di Malaysia, Kerajaan seolah-olah tidak mahu orang Melayu tahu hakikat ini.

    Jika tak lama lagi, Kerajaan Arab Saudi bekerjasama secara ketenteraan dengan Israel untuk menyerang Iran, bagaimana?
    Kerajaan UMNO-Najib & BN mahu sokong atau bantu pihak mana?
    Jika Gaza diserap kedalam Mesir (Semenanjung Sinai dikembalikan kepada Mesir) dan Tebing Barat diserap kedalam Jordan, sikap Kerajaan Malaysia bagaimana?

    Bukankah Tentera kita sedang berada di Arab Saudi atas alasan ‘bantuan logistic’, persediaan untuk membawa pulang Rakyat Malaysia di Yemen?

    Mengapa Kerajaan Malaysia ternampak seperti menyokong Puak Sunni dalam perbalahan Pak-Pak Arab, terutamanya di Yemen & Syria? Tidak boleh kah kita bersikap berkecuali?

    Dahulu, ketika Amerika serang Iraq untuk membunuh Saddam Hussein, kita (terutamanya orang Melayu) amat marah dan anggap Amerika & Barat jahat.
    Bila Amerika bersama Arab Saudi menyokong dan membantu pemberontak, terutamanya IS atau Daesh untuk menjatuhkan Bashyar Assad di Syria, kita seolah-olah menyokong pula Amerika?
    Russia yang cuba mempertahankan Bashyar Assad, digambarkan sebagai ‘jahat’. Malah seolah-olah menyokong saranan Amerika & Barat bahawa Russia mendalangi MH17 ditembak-jatuh.

    Derma Pak Arab RM2.6 Billion masuk dalam akaun peribadi Najib ke, yang menyebabkan dasar-luar Negara kita tidak tentu-hala ini?

    NB.

    Saudara Walid boleh mengetahui lebih lanjut mengenai Arab Saudi di pautan berikut:-

    https://www.nst.com.my/world/2018/04/352282/saudi-prince-says-israel-has-right-its-land

    http://www.financetwitter.com/2018/03/mohammed-the-monster-crown-prince-calls-iran-hitler-but-exposed-of-locking-up-his-own-mother.html

    http://www.financetwitter.com/2018/03/prince-alwaleed-becomes-saudis-puppet-forced-to-divert-money-into-neom-city.html

    http://www.financetwitter.com/2018/02/what-the-arabs-dont-want-you-to-know-how-israel-secretly-saved-egypt-from-isis.html

    http://www.financetwitter.com/2017/12/saudi-could-get-six-billion-free-if-prince-al-waleed-pays-for-his-freedom.html

  28. RD. Apr 6,2018 11:06 AM

    Terima Kasih Saudara Bunglalang.

    Saya suka baca pendapat Saudara. Banyak ‘input’ yang menyuburkan permikiran.

    Oleh kerana tulisan terbaru Saudara dituju kepada Khalid Al-Walid, saya pun carilah untuk mengetahui apa yang ditulisnya.

    Saya baca satu baris saja, terus berhenti dan tulis komen ini.

    Setakat tak sebut gelaran ‘Tun’ atau guna nama ‘Mahathir’ saja pun, saya boleh terima. Sudah la masuk komen blog Chedet yang dipunyai Dr.M sendiri, tunjuk kurang-ajar pulak. Bahasakan orang-tua yang banyak berjasa kepada Bangsa, Agama & Negara dengan perkataan ‘ko’. Setakat bahasakan diri ‘aku’, saya boleh terima juga. Dengan Allah pun kita bahasakan-diri, ‘aku’.

    Yang lebih memalukan, guna nama Khalid Ali-Walid, seorang Panglima-perang dan Sahabat-baik Nabi. Buat malu Islam ja. Lebih-kurang sama, apabila kita mengenakan pakaian-Islam seperti, janggut berserabai, berketayap, berserban atau bertudung, kemudian buang sampah merata-rata, tidak ikut peraturan jalanraya, langgar lampu-isyarat merah, meraba anak-dara orang dalam LRT, diseret sambil bergari ke Mahkamah… yang pertama sekali mendapat nama & emej buruk adalah Agama Islam dan Melayu.

    Patut pun, bukan-Islam tidak respect dan anggap kita sebagai, jumud, kurang-ajar, kejam, tidak bertamaddun, tidak boleh terima perbezaan pendapat dan mudah melenting bila berbeza pandangan. Anggap pendapat kita saja yang betul. Percaya kepada jampi-serapah, cerita hantu, iblis & syaitan. Akibat perbuatan ganas, keji, dan karut-marut, kemudian disensasikan pula oleh media & akhbar-Melayu demi meningkatkan penjualan majalah/akhbar… dimuka depan pulak tu. Cerita mengenai kehebatan berbina 4 tinggal serumah, keberkesanan jamu/minuman kesihatan dan ubat-kuat diatas ranjang, akhirnya, Bangsa & Agama kita dikaitkan dengan tahyol-mahyul mengarut, keganasan, sumbang-mahram, gila-sex, liwat, rogol anak-sendiri dan lain-lain.

    Saya pun gemar sebut atau tulis ‘Dr.M’ saja. Bagi saya, gelaran ‘Dr.’ lebih berharga atau bernilai dari gelaran ‘Tun’. Mana tidaknya, Pak Lah kaki-tido dan korup (Tingkat-4 yang diketua menantu beliau) pun dapat gelaran Tun.
    Lagi pun, gelaran ‘Dr.’ didepan nama Mahathir, bukan di’beli’ atau diperolehi hasil dari tipu-muslihat atau plagiarism. Maklumlah, zaman ‘Cash is King’ sekarang ni, nak beli atau jual apa pun boleh, termasuk Agama.

  29. Bungalalang Apr 4,2018 7:30 PM

    Salam tun..

    Wahai sdra khalid al walid..

    Saya rasa sdra salah faham maksud tun dlm tajuk ini..

    Isu dia bukanlah TUN nak tunjuk pandai dlm agama TTP TUN nak menyatakan sesuatu yg tak patut berkenaan tuduhan berkenaan kualiti agama TUN M..

    Saya pun tak setuju kalau ustaz yg melata ini buat tuduhan sebegitu terutamanya kalau tuduhan itu dari pihak yg betstatus ulamak..

    APAKAH MEREKA(ULAMAK/USTAZ) ITU TAHU TUN BERIMAN ATAU SEBALIKNYA????????????!!!!!!!…

    sedangkan NABI KITA SENDIRI & PARA RASUL (MUSA, ISA,HARUN..) BILA ALLAH TANYA ” SIAPAKAH DI ANTARA UMAT MU YG BERIMAN KPD SERUAN MU?..” APA JAWAB PARA RASUL & NABI KITA JAWAB .. MEREKA ITU MENJAWAB..

    ” SESUNGGUHNYA PENGETAHUAN ITU HANYA DIRI SISI MU (ALLAH)..”

    Nabi kita pun tidak menamakan abu bakar,umar,uthman, ali,fatimah,aisyah,salamah,abu hurairah,shafie,hambali,maliki, hanafi,hassan,hussin,bukhori,muslim,abu dawood,annasa’i, ibnu majah, ibnu ishak & etc. Why???????????????

    Sebab nabi tak tahu apa yg ada dlm hati Manusia lain….hanya Allah saja yg tahu.. kecuali apa yg umat declare dgn jelas nyata..

    Apa masalah dgn tun m..adakah tun m declare yg dia bukan islam???.

    Adakah pihak itu tahu apa yg tun m buat.. entah-entah tun m lagi kuat beribadat & lebih betul iman nya..tidak lah menjadi penyembah muhammad bersama ALLAH..

    ORANG YG MENGADAKAN SESUATU BERSAMA ALLAH ADALAH SYIRIK DAN KAFIR DAN NERAKA SELAMA+LAMANYA..

    ZAKIR NAIK HEBAT DLM RELIGIOS COMPARISON & SIMILARITY..tak bermakna dia mempunyai ilmu yg mendalam tentang quran.. betul dia hafal tapi adakah dia FAHAM??…

    Kalau dia faham quran kenapa dia solat tak ikut apa yg quran ceritakan?!?!?..

    Kenapa dia

    – berdiri tak ikut quran
    – Turun sujud tak ikut quran
    -kenapa dia ada iqa'(duduk antara sujud), duduk tahyat & salam yg tiada dlm quran..

    ?|?????…

    So .. apa hak pihak yg menuduh terhadap tun m.. mereka itu sepatutnya cermin diri dan bimbangkan syurga neraka diri sendiri..

  30. Khalid Al Walid Apr 4,2018 2:07 AM

    Salam…

    –BERKAITAN HAL BUKAN KEPAKARAN–

    Maaflah..Tun..Aku ni xberapa minat pulak tiba2 Tun masuk bab Al-Quran & hadis ni..

    Bg aku ko bab peengurusan negara ko ok..CUMA…kalau bab agama biarlah ko serah pd yang pakar..

    Kalau ko ade blaja smpi level ustaz ke, Dr.Zakir Naik ke..haa..tu xpe la jugak..Alhamdulillah ko ade pakej..Ko rase ko ade cukup pakej?

    Kalau xde, bila masuk bab hukum agama, ko pass microfon kat org yg pakar..Jgn ko main belek2 buku, pastu ko hembus..

    Kang kalau org suruh ko bace dan hurai ayat2 tu, ko xbley bace kang..haa..dah susah..

    Sila renungkan..(teguran untuk diri aku dan pembaca juga)

    –BERKAITAN HUKUM HUDUD–

    “13. Dalam masyarakat berbilang agama di Malaysia, adilkah perbezaan hukum yang ketara ini?” -petikan ayat-

    Tun..macam ni la..Kalau Najib turun, Tun pegi jumpe presiden Arab Saudi, mintak tunjuk ajar..Ciplak sistem sebijik bulat2 pun xpe..Tanye die cane die buat..

    Ko xpayah pikir pasal kaum Tun..Ko pikir agama apa sebagai agama rasmi Malaysia?

    Pastu ko pikir pulak kaum apa plak yg majoritinya Islam? Kalau dah majoriti dah takut nk kena potong tgn, inikan pulak minoriti..alahai…

    Bagi aku geng minoriti ni senang je..Kite buat reverse saikologi..

    Ko pampang semua muka2 pencuri kat LED iklan2 majlis perbandaran..Xyah bagi company2 lain buat marketing..Biar org ramai alert skit muka2 pencuri,mkn rasuah & so on..

    Denda pulak erm..xyah la kot..Gambar pun dh cukup malu dah..Pastu suruh pakai baju special selama setahun bila die kuar penjara..Kalau die malu, biar die duduk je rumah..Confirm insaf..insyaAllah..
    (Ni cadangan aku jela..)

    Pencuri malu nak kuar rumah..hurmm..rase mcm kelakar la pulak..=D

    –BERKAITAN HUDUD DALAM UNDANG2 MALAYSIA–

    Ni mmg kena gubal la balik undang2 Malaysia..Nak gubal pun bukan senang..

    Aku pun bkn nak carik salah atau menyalahkan..Kalau nk carik salah terang2 aku salahkan Tunku Abdul Rahman dulu..Apehal merdekakan Tanah Melayu dgn xmasuk item hudud..

    Tapi kalau masuk item hudud, rasenye British xbagi merdeka kot..Agaknye la..
    Ntah..wAllahualam..Aku xlahir pun lagi..Byk ckp pun xguna..

    Xpelah..papepn tu hal dulu..Hal dulu biarlah lepas..Peranan dia sbg perdana menteri yg pertama dah selesai..Dah arwah dah pun..Al- Fatihah la utk arwah..dan thanks jugak la sbb merdekakan Tanah Melayu..

    Kalau x, hahaha..tepi laut mesti bersepah bikini..Alhamdulillah Malaysia masih lg terjaga..

    Hurmmm..ok..Tutup cerita yg xsenonoh..So..haaa..Yang sekarang ni yang patut memikul peranan yg bakal menjadi pengganti baru nnti..

    Memperbetulkan kekurangan dan menambahbaik kesilapan..Kalau nak Najib turun, kena la ada manifesto yg berderau sikit..Bila bace je meremang tengkuk..

    Kalau manifesto aku..WAJIB HUDUD!! GUBAL2 UNDANG!! Hah..ade sape nak sangkal??

    Hahaha..kalau ade yg sangkal,ckp aku ini la..itula..Haaa..ni la org2 yg lupa diri..sbb masing2 cintakan hukum dunia yg manusia cipta..

    Hukum Allah?? Erm..nnti dulu la..Banyak aspek perlu dikaji..

    Sekadar renungan juga..(utk diriku dan pembaca)

    Salam…

  31. Bungalalang Apr 3,2018 12:58 AM

    Allah sentiasa menyatakan dlm al quran ..

    – ” tiada paksaan dlm beragama”

    – Allah juga menegur nabi .. firmannya berbunyi.. ” apakah kamu
    berusaha utk memasukkan semua umat mu kedalam syurga.. sedang
    AKU (Allah) boleh saja memasukkan semua manusia kedalam syurga
    Jika AKU menghendakinya walau tanpa di utuskan rasul kpd mereka
    ttp memang AKU hendak mengadakan UJIAN kpd mereka utk tentukan
    Syurga & neraka.

    – Allah berfirman.. kamu (nabi) dgn apa yg engkau kerjakan dari
    tanggungjawab mu dan mereka dgn apa yg mereka
    kerjakan.

  32. Bungalalang Apr 3,2018 12:44 AM

    Salam tun..

    Keadilan dlm hukum hudud..

    Sebenarnya kalau kita fahamkan & ikhlas diri kita utk laksanakan hudud mengikut al quran..sudah pasti itulah yg paling ADIL, Kerana apa..kerana hukum hudud al quran itu adalah dari pencipta yg maha bijaksana.

    Mengapa hukum hudud PAS menjadi spt TIADA KEADILAN!!..kerana tidak ikut al quran yg sebenarnya & lebih mengutamakan hadis yg tak allign dgn quran (kerana hadis ciptaan & bukan dari nabi kita ttp dikatakan dari nabi) dan hadis itu spt. Memenuhi perasaan lelaki bangsa arab hipokrit.

    Contoh:-

    Hukum rejam utk penzina perempuan yg dah kawin.. bukan dari quran ttp lebih mirip utk memenuhi perasaan amarah lelaki arab terhadap kaum kaum wanita nya.. sedangkan hukum quran adalah rotan 100 kali & kurung sampai ajal..itupun kalau tak mahu bertaubat dan Allah bersedia saja menerima taubat selagi mana nyawa belum sampai halkum..

    Utk suami.. bagi memuaskan hati suami..Allah tidak salahkan utk
    menceraikan isterinya itu. Dan kalau suami tidak mau menceraikannya suami tidak di beri hak oleh Allah utk menganiaya samada mendatangkan kesakitan atau menzalimi dgn apa cara sekalipun .. hanya KURUNG sahaja.

    Allah lebih menggalakkan supaya bertaubat.

    Kena buat study lagi..kalau ikut kefahaman .. hukuman rotan 100 kali itu Allah berikan hak kpd suami utk mengizinkan isterinya yg berzina itu di rotan atau sebaliknya.. tidak spt penzina perempuan yg belum kahwin kalau tak bertaubat dikenakan hukuman rotan 100 kali..

    Jadi amat jauh berbeza antara hudud yg kita amalkan hadis dgn hukum Allah (al quran).

    2. Hukum murtad (beriman -> kafir)

    Hadis – hukum pancung
    Al quran – kamu BERIMAN kemudian KAFIR kemudian BERIMAN kemudian
    KAFIR dan kamu kafir dgn lebih-lebih lagi kerana AKU
    (ALLAH) akan menutup hati kamu dan di sediakan azab yg
    pedih di dunia dan di akhirat.

    – TIDAK ADA DINYATAKAN HUKUM PANCUNG..itupun 2 X KAFIR

    * dlm ayat lain..Allah memberitahu mengapa di tutup
    dari di beri petunjuk hidayah?..Allah kata kerana
    bagaimana kamu boleh kembali kafir setelah kamu
    telahpun MENGETAHUI bahawa agama islam ini adalah
    adalah agama yg benar..

    Apa maksud Allah “kamu sudah MENGETAHUI akan
    KEBENARAN AGAMA ISLAM INI”????…

    Bagaimana kalau kita hanya islam dari kelahiran??

    fikir-fikirkan lah..

  33. mustaqimabdulrahman Apr 2,2018 7:00 PM

    orang yang mengaku mimpi jumpa Nabi SAW dan mengaku sayaaanngg sangat pada Nabi Muhammad SAW tapi surah Muhammad pun tidak hafal……..itu kelakar pada saya umpama cinta dan sayang pada isteri tapi nama adik beradik isteri pun tidak tahu…..

    yang pasti kalau Nabi SAW diturunkan di china sudah pasti Baginda tidak pakai jubah dan menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan(bukan pegang ye)….

    perlulah dipisahkan dalam sunnnah Nabi itu adakah ia islam, atau ia arab????

    malah perlulah disusun tertib hadith dan sunnah mengikut keutamaan 1. berkaitan dengan nabi, 2. berkaitan dengan orang lain tetapi diulas Nabi dan amat perlu merujuk pada alquran sebelum dan selepas hadith

  34. Bungalalang Apr 2,2018 11:10 AM

    Salam TUN..

    Tips yg amat bernilai & merudung hati orang PAS ialah..

    ” Tun .. menyatakan yg Tun sebenarnya menyanjung allahyarham nik aziz semasa tun memerintah dulu dan sekarang ini pun.. nik aziz hidup sederhana.. lemah lembut.. dsbnya.”

    Why???

    Kerana orang PAS memang jadikan nik aziz idola.. tidak sangat kpd hj hadi yg keras & menyentap..

    70% orang PAS adalah amat idola kan nik aziz..di tsmbah pula setelah ketiadaan Nik aziz.. PAS spt bahtera yg kena ribut taufan.. kemudi pun dah patah.. saya rasa kalu tun mainkan sayangnya tun kpd nik aziz .. saya rasa orang tua kat hujung kampung pasti dlm genggaman TUN..

  35. Bungalalang Apr 2,2018 10:36 AM

    Salam TUN..

    Isu janggut sbg sunnah ini adalah direka sebenarnya utk mengesahkan firman Allah dlm quran..

    ” bangsa ARAB paling HIPOKRIT & YAHUDI paling TAMAK”

    Orang arab spesis yg berjanggut panjang dan tebal.. maka rasa takabbur tinggi (hipokrit) dlm diri dgn kejadiannya..

    Rasanya apakah yg menyebabkan IBLIS ingkar perintah ALLAH????..TAKABBUR..TAKABBUR…

    adakah nabi takabbur???.. oooh tidak sekali…tidak sekali…

    Fikir-fikirkan lah.. adakah hadis janggut ini nabi jadikan sunnah..ha ha ha…

  36. Bungalalang Apr 2,2018 10:17 AM

    Salam TUN..

    Berkenaan isu mempertikaikan kualiti agama yg ada pd TUN, pd saya sbg ex penyokong PAS adalah bertitik tolak dari statement yg di buat oleh TUN sebelum ini. Yg mana pd PAS dan ustaz yg melata tak bersetuju kerana TUN berhujjah menolak SUNNAH dari hadis bukhori & imam mazhab 4 ASWJ.

    Pd masa itu saya pun tidak betsetuju dan rasa marah kpd orang yg bernama MAHADHIR ni.. ttp itu sebelum saya mula membaca Al Quran Allah ini.. saya spt kebanyakan orang islam di malaysia inilah..dari kecik lagi dgn Hadis..al quran ini boleh katakan takdak lah ustaz kat kampung utk tafsirkan..dan kalau Tafsirkan pun guna TAFSIR IBNU KATHIR sahaja..caranya ialah..ustaz akan baca ayat quran dlm bahasa arab dan mentafsirkan/menerangkan dlm bahasa melayu. Di tambah pula dgn war-warkan siapa yg tak percaya hadis adalah kufur.. jadi kita takut kufur maka kita PERCAYA & BERIMAN ..tak boleh nak tent atau tont lagi dah..

    Tapi bila dah matang umur 40 tahun rasa nak baca quran & hafal menebal sebab rasa nak masuk kubur dah.. terfikir apakah bekalan ku utk di sana takkan aku nak berjumpa Allah tak baca pun AL QURAN DARI TUHAN AKU NI…jadi saya melagukan quran dan baca terjemahan.. bila dah beberapa kali habis baca & memahamkan dan saya dapati ada kelainan dari segi salat antara quran & hadis..salat hadis tak payah ceritalah..insyaAllah saya rasa paham benar hukum-hakamnya..

    Saya pun mula cross check terjemahan quran word by word dlm english dgn melayu.. terdapat sedikit perbezaan antara word by word dgn terjemahan melayu.. saya tengok ayat yg berbeza antara word by word dgn bahasa melayu pd surah al-qalam:43 rasanya..yg mana word by word menyatakan

    “Allah perintahkan kpd anggota betis utk bersujud ttp tidaklah dapat MELAKUKANNYA (BETIS TIDAK DAPAT MELAKUKAN)”.

    terjemahan melayu..

    ” Allah perintahkan utk bersujud ttp mereka tidak bersujud”

    Apakah bezanya makna antara terjemahan 2 ayat ini..?? fikir-fikirkan lah..

    Jadi cerita dia .. Hadis ini tidak menepati al quran malah seperti menentang quran..kerana apa yg ada dlm quran ada unsur tambah yg banyak dlm hadis.. ( menambah dari apa yg Allah perintahkan sama spt perangai iblis..mencacatkan ciptaan Allah supaya manusia sesat..spt menambah baikkan atau kita panggil SUNAT..

    Apa yg TUN pertikaikan isu agama..

    1. Janggut – tun kata zaman nabi takdak pisau superstainless
    2. Curi potong tangan – walaupun bukan TUN yg kata tapi ustazah
    ?? Memperlekeh hadis dgn menyatakan…
    3. Spt menyokong kassim ahmad yg menolak hadis..

    Jadi Tun spt bukanlah quran & sunnah.. ingin saya berterus terang sebenarnya tun pd anggapan mereka adalah seorang yg SESAT dan bagi orang PAS TUN dah masuk kategori kafir..ha ha ha..

    Ttp pd saya Tun sebenarnya lebih BENAR dari mereka itu..yg menyembah muhammad bersama Allah..

    Komen tun berkenaan janggut pun saya bersetuju..kerana janggut tidak boleh nabi kita jadikan sunnah..kerana Allah menciptakan juga manusia tidak berjanggut yg jelas..ada 4 atau 5 helai saja..hadis dusta dan salah paham kerana orang yg buat hadis ini tidak rapat dgn nabi..kenapa tidak rapat dgn nabi?..kita boleh tahu dari penceritaan hadis tu..dia spt malaikat je yg perhati je.. kalau bukan malaikat ..siapakah dia??????… al iblis lah..

  37. asahamat Apr 2,2018 1:05 AM

    Assalamualaikum wbt Tun.

    Ada tiga perkara pokok yg PH boleh gunakan utk balun lalu menimbulkan rasa meluat rakyat marhain terhadap Najib MO1. Cuma, cara kita membalun harus pd jln hikmah agar Melayu dapat terima baik. Cara PH harus mendekati mengajak Melayu berfikir lalu sedar utk mengelak dari berpunya @ menyokong tiga sifat2 jijik berikut:

    (a) Najib MO1 muka tebal, tak tahu malu. Malu = maruah, martabat, darjat kpd Melayu. Melayu yg tak tahu malu = Melayu yg tiada maruah, tiada darjat. Dlm Islam, malu menjurus kpd memelihara kehormatan dan kesucian diri. Maka malu = elemen moral dan Iman bagi Melayu. Kerana ada rasa malu, maka Melayu menjadi “self refraining” utk berbuat jahat. Najib MO1 adalah beban malu Melayu. Dia perlu digasak atas dasar memalukan, merendahkan darjat malah membawa kerosakan akidah Melayu. Teruskan balun dia dari sudut itu utk bangkitkan rasa jijik rakyat kpd sifat2 buruk Najib MO1 n the geng.

    (b) Anak derhaka dan pengkhianat. Tun Abdul Razak (TAR) mengambarkan kerhormatan Melayu. TAR menjadikan dirinya dan UMNO utk berkerja demi Melayu, Islam dan Negara. Dia berkerja suci utk Melayu, Islam dan Negara. Najib MO1 cemari nama baik TAR bila membawa lari UMNO sebagai alat utk diri, kuncu dan rosakkan Melayu, Islam dan Negara. Najib MO1 menderhakai dan khianati amanah bapanya dan rakyat dlm menjaga kesucian Melayu, Islam dan Negara. Najib MO1 hanya menggunakan kemuliaan TAR utk kebaikan diri dan kuncu2. Najib MO1 derhaka dan khianat terhadap pengorbanan TAR dan bangsa Melayu dlm mendirikan UMNO. Najib MO1 dan kuncu2nya telah derhaka dan khianat terhadap Melayu, Islam dan Negara.

    (c) Biadap – Najib MO1 adalah contoh pendiri kebiadapan dlm bangsa Melayu. Maki hamun dia terhadap Tun telah menular kpd kuncu2nya utk menghina Tun tanpa ada rasa segan silu apa lagi jijik utk berbuat sebegitu. Najib MO1 telah mengajak dan menunjuk teladan betapa budaya maki hamun terhadap orang2 tua itu adalah halal dan perlu digunakan demi kepentingan diri. Najib MO1 merosakkan nilai hormat dan menghargai orang tua di kalangan Melayu. Melayu harus menolak sesiapapun yg tidak hormat kpd golongan tua apa lagi yg berjasa.

    (2) Segala masalah Melayu, Islam dan Negara yg timbul kini adalah bersebabkan Najib MO1 lantaran dia tidak punya sifat malu, cukup derhaka, khianat dan biadap sehingga sanggup melakukan segala macam sifat2 jahil dan riak yg boleh merendah dan memperlekeh martabat Melayu di dalam dan luar Negara. Najib MO1 perlu diturunkan dari kerusi pemerintahan Negara. Maruah Melayu In Shaa Allah kembali baik jika Melayu sanggup menyisih siapapun yg berpunya sifat2 tsb.

    (3) PRU 14 sudah terlalu hampir. Kebangkitan rakyat sudah ada. Hangatkan lagi gelombang kebangkitan tsb dgn bbrp strategi “pembakaran” yg hebat. Antaranya:

    (i) Bentuk tiga ketumbukan jelas PH di peringkat Pusat, Negeri dan Kawasan. Di peringkat Pusat haruslah berupa bakal Kabinet Tun selepas PRU. Di peringkat Negeri ianya adalah bayangan Kabinet Negeri. Di peringkat kawasan, ianya adalah gandingan jelas pelbagai peringkat dan ideologi PH di peringkat Parlimen n DUN. Kejelasan kumpulan2 ini adalah penting “to demonstrate PH strong corporation” utk berjuang membina semula Negara. PH harus bangkit bersama rakyat dgn slogan “Selamatkan dan Bina Semula Negara”.

    (ii) Ketumbukan kukuh Pusat dan Negeri perlu diperlihatkan kini. Inilah ketumbukan yg mulai sekarang perlu berbicara tentang wadah menyelamat dan membina semula Negara dan Negeri. Inilah ketumbukan yg akan berbicara tentang masalah Negara dan Negeri dan jln penyelesaiannya. Rakyat sudah faham akan derita kini dan masa depan mereka. Mereka ingin tahu secara jelas apakah harapan yg PH akan bawa dan bagaimana. Unsur2 dendam dan dengki harus tidak sekali2 terpamir. Rakyat harus jelas tentang pembelaan dan perubahan yg PH akan bawa dan usahakan kental. Gambarkan masa depan Melayu, Islam dan Negara dan bagaimana utk mencapainya dgn jelas. Perjelaskan manifesto PH secara menyeluruh.

    (iii) Ketumbukan peringkat kawasan adalah penting utk menjelaskan bhw masalah yg sedang Negara dan rakyat hadapi hanyalah kerana Najib MO1 dan kuncu2nya. Najib MO1 banyak melakukan kesilapan dan dia bersama kuncu2nya tidak mampu mengurus Negara dgn baik. Kuncu2 Najib MO1 yg melindungi Najib MO1 dari segala proses kpd pembuktian kesalahan2nya. Mereka berbuat sebegitu kerana mereka mendapat faedah dari sifat tak malu, derhaka, khianat dan biadap riak mereka. Tanpa Najib MO1, In Shaa Allah sebahagian besar masalah rakyat dan Negara akan selesai. Cuba jelaskan secara lebih halus dan menikam bagaimana Najib MO1 adalah masalahnya dan 1MDB, FGV, hutang tinggi dsb hanyalah bunga sedang pokok kpd segala itu adalah Najib MO1. Maka dia harus divote out.

    (4) Selamat berjuang dgn penuh ikhlas dan berani semua. In Shaa Allah, kebenaran pasti muncul mengatasi segala kebathilan.

  38. Bungalalang Apr 1,2018 2:50 PM

    Salam Tun..

    Saya ingin komen tentang artikel 4.

    Sunnah nabi
    Apa yg di maksudkan sunnah nabi?.. dlm al quran menyatakan:-

    1. Nabi taat wahyu(al quran).
    2. Allah perintahkan buat/terima apa yg nabi suruh & tinggalkan
    apa yg nabi larang.
    Huraian:- Allah perintah sebegitu kerana sememangnya APA YG
    NABI SURUH & LARANG ADALAH APA YG ALLAH PERINTAHKAN.
    3. Allah suruh ikut TELADAN NABI kita.
    Suruhan Allah ini adalah pengiktirafan Allah kpd nabi kita kpd
    PERADABAN & CARA nabi sebagai manusia biasa bukan berkait dgn
    wahyu. Dgn pengiktirafan ini bermakna nabi kita memang seorang
    yg mulia akhlaknya sbg manusia biasa pun.
    Malah, Allah perintahkan orang sekeliling nabi supaya jgn
    meninggikan suara bila bercakap dgn nabi kamu seperti kamu
    bercakap sesama kamu.

    Jadi nabi tidak sekali-kali buat di luar wahyu (quran) samada mengurangkan atau menambah tetapi MENJELASKAN WAHYU DGN AL HIKMAH.

    Kehidupan manusia biasa spt. berkomunikasi, adab makanminum,berumahtangga, sikap dgn anakanak & isteri & bapa dan sebagainya itu perlu di contohi & di ikut. Tapi yg ironiknya..sampai perkara dlm seluar rasulullah pun di BUAT HADIS..adakah munasabah rasulullah nak cerita..aku setubuh dgn aisyah camni,.camni.. & aisyah pun bagitau kpd seluruh dunia sampai kiamat., yg rasulullah gosok tu ramas ni kat dia bila masa dia period. masa aisyah cerita tu nabi dah wafat..masa hidup nabi tak cerita pun yg kita elok gosok dan ramas apa yg boleh..ha ha.. tapi HADIS SOHEH nii… nasib baiklah bukhori tidak tulis HADIS bagaimana nabi bersetubuh dan tekniknya sekali.. tapi sahih bukhori ada tulis perkara yg tak boleh diterima akal yg sihat ..hanya boleh diterima oleh golongan pengamal Hadis gila je..

    Hadis bukhori menyatakan yg rasulullah.. telah menyetubuhi 11 isteri dari pagi sampai malam tanpa mandi junub.bermakna nabi tak solat.. dari PAGI sampai MALAM.. saya dengar pun ngeri..Hadis kategori sahih .. tapi orang hadis boleh terima.. aswj terima syiah munkin tak terima sebab tak terima semua sahih bukhori..

    Tapi ke dua-dua sunnah samada wahyu atau teladan hanya valid semasa nabi hidup saja.. sesudah nabi wafat orang bulih buat macam-macam cerita dusta.. spt kes accident mati.. mestilah si mati yg salah sebab si mati kan mati.. nak argue camno dah mati.. terima je lah apa yg hidup tu reason kan..

  39. rimba.emas Apr 1,2018 11:21 AM

    Salam Tun.

    1. Auzubillahiminasyaithonirajim. Jauhilah diri ku ini dari syaitan yang di rejam. Rimba Emas cukup takut komen bab yang tun bicara kali ini.

    2. Siapa diri ini hendak komen diri tun yang siap dengan rujukan untuk mempertahan kritikan atas pemikiran tun atas beberapa hukum yang hendak di jalankan dalam sistem undang-undang negara kita oleh pihak tertentu.

    3. Rimba Emas ambil pendekatan begini sedangkan Rasul -Rasul pilihan Allah s.w.t sendiri mendapat tentangan dalam menegak perintahnya inikan pula orang yang tidak mempunyai tauliah atau kuasa mentadbir.

    4. Itulah yang selalu di ucapkan manusia yang rasa dirinya besar berkemampuan tidak perlu lagi nasihat terutama orang yang di lihat kurang berkemampuan , tidak setaraf atau di luar dari kelompok pergaulannya.

    5. Dari kisah cerita dalam Al-Quran bagaimana turunnya N.Adam a.s sebab pujukan Syaitan laknatullah. Pegaduhan anak-anaknya sehingga berlaku pembunuhan dan lain-lain kejadian ada persamaan sehingga zaman ini.

    6. Sebab itulah al-Quran adalah ikutan sebenar kerana ia adalah kata-kata Allah s.w.t yang di wahyukan kepada Rasul-Rasul yang di sampai kepada kita sebagai sunnah.

    7. Tun dah terangkan sunnah itu dengan rujukan dan dapatannya bukan sedikit malah ribuaan sebab sampaian dari zaman ke zaman. Maka ambilan ke atas inilah menjadi satu bentuk pekerjaan dalam pembelajaran agama Islam.

    8. Malah ilmu atas akhlak Rasullullah s.a.w pun di kaji sehingga di kembang sehingga menjadi satu ilmu pekerjaan seseorang untuk satu bidang tertentu.

    9. Semua bentuk ilmu itu dalam bentuk pelajaran dan boleh di pelajari semua manusia tidak kira apa bangsa dan agamanya.

    10. Pemahaman Islam oleh Tun, Rimba Emas,semua manusia yang mempelajari Islam temasuklah kaum kerabat Rasul-Rasul sendiri tidak sama dan itulah amalan yang akan di nilai kembali bila kita bertemu kembali kepada tuhan yang menjadikan kita.

    11. Nafsu dan pengaruh musoh manusia iaitu syaitan laknatullah sentiasa menggangu kita ke jalan yang lurus. Kita terpaksa menempoh ujian itu sehinggalah ke akhir hayat.

    12. Semua jawapan untuk terus menerus menuju kejayaan hanya terjawab jika terus kita mengikuti kehendak Allah s.w.t di dalam Al-Quran.

    13. Kalau akhlak Rasullullah s.a.w pada Al-Quran maknanya di sanalah jawapannya.

    14. Islam sudah pun sempurna oleh Rasullullah s.a.w. Kita di akhir zaman di minta meneruskannya sebagai hambanya bukan lagi menabik dada sebagai khalifah.

    15. Rasanya kalau kita di lantik sebagai ketua kerajaan janganlah rasa diri ini Khalifah sebab banyak cacat cela pada pandangan rakyat.

    16. Berbaloi kita buatkan undi kita kerana pahala dan tuhan daripada kerana harta dunia yang hanya sementara.

    Wallahua’lam.

  40. HBT456 Apr 1,2018 11:03 AM

    37. Will kongsi formulae of bn be changed or destroyed after merdeka for more than 6 decades, the choice is in the hand of barisan national chairman, and opposition parties.

  41. HBT456 Apr 1,2018 10:45 AM

    27. PRU adalah serious business, kata sibotak.

    28. Secara otomatik, semua pihak pun terus terasa cemas dan become defensive lor kerana mereka kena jaga periuk nasi mereka masing2 by making laws that benefit themselves by exploiting those who against them, or vice versa.

    29. If you ask me should we support tdm to be the interim perdana menteri to replace dsn?

    30. The answer is obviously a big no.

    31. Why?

    32. Because those who support him silently has one motive.

    33. That is to gain support so that they can be elevated to the next level, that is the federal level seats, itu saja.

    34. Bak kata, mereka ini bagai kera mendapat bunga, seseorang yang tidak menghargai pemberian orang lain, and they have been doing this for decades through back door negotiation behind the voters, all the time.

    35. Pendek kata, the ultimate result is ultra, atau tidak kukuh.

    36. Even shane filan, the multi-billion irish lead singer of westlife filed for bankruptcy for investing into a series of ill fated property in 2012 due to property crash, bow up with dignity and courage to admit and responsible for the mistske he made without blaming anyone in public.

    38. Yes, malaysians too will get another bubble, but the bubble that we get would be different from the previous ones.

    39. If tdm really sayang rakyat dan negara, then, he should bow out with retirement gracefully, so that pkr, dap, bersatu and amanah must name the choice of perdana menteri before general election is called.

    40. Normally, the men, would ask themselves, will i give the whole forest just for one tree?

    41. By looking at the trend, it is quite impossible for american voters to elect a woman to be their president.

    42. Therefore, whoever become the president of the usa, they only have 4 years to push what they seet fit for the role of usa and the world.

    43. Bak kata, there is no free lunch in this world.

    44. Therefore, general election must be called to get mandate from the voters.

    45. It is up to the voters to decide who they prefer.

  42. Bungalalang Apr 1,2018 10:34 AM

    Negara maju adalah apabila rakyat senang pemimpin kena senang hanya spt rakyat.,tak boleh lebih sikit pun..
    Kena pastikan tiada yg miskin..bukan tiada yg miskin papa kedana.

    Rakyat tidak berhutang dgn bank utk perkara keperluan..kereta, hospital,rumah,pelajaran. Jika awex kat malaysia tak berapa menggiurkan kenalah cari cara bagi elok sikit..barulah negara kita mempunyai tahap LIVING SATISFACTORY yg tinggi..

    Udara segar..makanan jgn makan ikan & daging yg busuk..

    Perkara utk menjadi NEGARA IDAMAN ini memang dah ada dlm kepala otak pemerintah..hatta masa TUN M pun.. cumanya TUN M yg tak berapa nak buat.. tak payahlah TUN M nak tunjuk baik sekarang ni..saya orang PAS dulu ..jadi sebagai penyokong parti lawan..kita sukeee sangat tengok kejahatan kekurangan parti lawan.. jadi saya nampak jelas KEKURANGAN & KETEMPANGAN TUN M pun..

    Cumanya .. si najib LEBIH TERUK dari TUN M.. itu je.. tapi yg memilihnya dan promote NAJIB adalah TUN M..??!!

    saya yg rakyat marhain pun tahu lebih kurang apa yg dlm kepala otak pemimpin umno.. tapi dgn TUN M promote najib ..seolah-olah TUN tak kenal najib.. tapi si najib tu sentiasa berlegar di sekeliling TUN.. ??

    tak apa lah .. saya tengok TUN spt sudah insaf..mungkin ada hikmah Allah panjangkan umur TUN.. jadi rakyat malaysia meletakkan & menggantungkan harapan kpd TUN .. supaya m’sia ini kembali dan menjadi lebih baik..

    Saya rasa insyaAllah .. TUN menang tahun PRU ini.. supaya TUN boleh membuat WASIAT negara kpd orang yg lebih baik.

    Allah berfirman..AKU (ALLAH) pasti akan sihatkan kamu sebelum mematikan kamu supaya kamu boleh menyempurnakan WASIAT..

    salaaamun alaikum

    Senang dlm erti kata konteks keperluan manusia.. utk beruk dan spesis binatang yg lain kena juga dlm keadaan baik..beruk,rimau kena ada hutan yg cukup..tidak ada penganiayaan.

  43. musato Apr 1,2018 10:29 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Kali ni saya bagi komen kat sini pasal agama dan hadith kerana menyokong emosi dan keakalan Tun.

    Tetapi dari segi perbahasan untuk menuntut orang agama kerja kerajaan atau orang agama politik PAS menyokong pendapat Tun, saya rasa lebih baik Tun diam je la. Simpan untuk fikiran dan pengetahuan Tun sahaja lebih baik.

    Imam Al Ghazali sendiri menukilkan yang dimaksudkan bahawa ada perkara (tasawuf) yang tidak boleh diceritakan/dibahaskan secara terbuka pada pengetahuan awam. Nanti orang tuduh kita kafir la, nak bunuh kita la…dan macam macam.

    Tasawuf sendiri turut menggunakan akal dan mata penglihatan nyata yang wujud. 2 mata dan 2 telinga serta 1 hidung dan 1 mulut.

    Kalau saya katakan bahawa Alexander Borodai sendiri yang bercakap dan bertentang mata dengan saya melalui kaca tv supaya pergi ambil mayat (dia kata dia dah simpan mayat, tapi tak ada orang datang ambil), ada ke orang yakini/faham apa yang saya tulis terus langsung begitu?

    Manusia punyai jasad dan roh. Kedua duanya adalah alat untuk kita hidup di muka bumi ini. Sedangkan wali wali Allah dan orang soleh pilihan Allah sentiasa hidup di alam lain kerana tiada sudah berjasad.

    Ilmu pengetahuan kita hanya setitis air di lautan.

    Beza manusia dan haiwan adalah akal. Kalau rasa dah kurang akal atau ada akal tapi tak mahu guna akal, mungkin eloklah belajar sikit sikit bercakap dengan kucing atau harimau ke…mana tahu binatang hidup tu faham apa yang orang kurang berakal bercakap.

    Terima kasih Tun.

  44. abdul rasid Apr 1,2018 9:50 AM

    Assalam Mualaikum TUN yang kami sanjungi dan hormat.

    Dia kan kalah pasti BN akan kalah.Saya bercakap dengan beribu orang person to person.So belum jumpa penyokong Bn bila saya explain 1MDB. Dia bagi goodies , dan ini dia ORANG KATA. dIA BAGI KITA AMBEK TAPI LAWAN TETAP LAWAN.DIA BAGI PUN DIA KALAH DAN TAK BAGI LAGI KALAH TEROK.ZAMAN MAHATHIR BARANG MURAH, MINYAK ADA SUBSIDI,MINYAK MASAK PUN ADA SUBSIDI. ZAMAN DIA SEMUA SUBSIDI DIa tarik dan bebankan rakyat dengan GST. So kita tengok berapa ketul yang akan sokong dia.Ramai orang saya jumpa kata kami sayang UMNO tapi kami tak suka Najib. So orang UMNO apa kamu nak buat dengan malapetaka yang pasti aKAN BERLAKU PADA UMNO. KAMU AKAN AGONGKAN MO1 KE ATAU KAMU AKAN JADIKan JHO LO malaikat yang tak bolih di sentuh.Duit berbilion dia dapat , bukan dapat ke orang UMNO, dan dia bolih libas ahli UMNO kononya spinmaster, pun orang UMNO diam, dia ada dua passport, nampak BELUM ada tindakan. Bila kapal di sita di Indonesia ada orang sebelum JHO Lo meroyan , mengatakan itu bukan milik JHO LO.Kalau bukan milik JHO LO milik siapa?Ada orang lain ke yang memiliki kapal itu? Tapi bila FBI/DOJ periksa phone Captain kapal, Jho Lo,MEMBERI ARAHAN DENGAN CAERA We Chat dengan Captain, dan sekarang yang meroyan nak mahkamah indonesia dan Amerika syarikat memberikan kapal itu bailk pada JHO Lo. Pasal kow tow dengan Boss,Kesian orang UMNO ada pemimpin tapi macam orang yang rapat kata “He is not thick skin but iron skin” tak malu ke setiap hari ada lapuran 1MDB yang mengaitkan dia sebagai Kleptocrat yang memalukan Malaysia DARI MEDIA SOSIAL DAN SURAT KHABAR DUNIA. SELEPAS SURAT kHABAR MYANMAR,iNDONESIA SEKARANG THAILAND MEMALUKAN DIA. MALU LAH MALAYSIA.Kita perlu dapat balik dan betulkan persepsi masyarakat dunia selepas pilihanraya NANTI.Semua orang tahu BN akan kalah terok,Semua survey yang kata ada sokongan 42% tunggu PRU nanti, silap silap 15 % SAJA.Sapertimana yang saya katakan Mahathir is the right person to lead Malaysia dan kami sanjungi keberanian orang tua ini, the old man of Malaysia,YANG SEPATUTNYA REST TETAPI INGAT PUISI MAHATHIR “Perjuangan Yang Belum Selesai”The man Mahathir is “ the man of soul and” “a man of degree” and” he is God sent” and yes” he is protected man”. Selepas ini apa saja yang akan di sebut olh Mahathir aka nada ripple effect in time and space. Tengok perkataan yang beliau akan keluarkan dan tengok statement Najib.Anda bolih bandingkan nanti. So Mahathir, Najib sekarang ini sedang senak dan sakit bila dia tengok orang yang datang di GUAR CEMPEDAK.Ada lagi yang meroyan. Kononnya tak akan ditranslate into vote.Kamu ada mata , tapi buta, ada otak , tak tahu nak guna, jadi kita tengok apa yang akan terjadi dengan orang yang macam ini.Dia protector Najib, kesian selepas PRU siapa yang dia nak protect. LEPAS INI RAMAI LAGI YANG AKAN DATANG KE PASIR GUDANG DAN MASA ITU MUNGKIN ADA ORANG TERKENCING DAN TERBERAK. KITA NAK TENGOK JURUCAKAP NAJIB BILA SEMBOYAN AKAN BERBUNYI DI PASIR GUDANG, APA KOMEN DIA. SAYA DAH RAMALKAN TAHUN INI MEMANG TAHUN MALA PETAKA BAGI sesiapa yang sentiasa menipu. DAN JIKA ADA ORANG GUNA MANDRAM, RAMAI YANG AKAN SEWEL DAN JUGA MATI.JADI BERHati hati apa bila nak buat sesuatu dia Akan makan diri.So if someone want to dream let him dream, syok sendiri kot.Apa kata kita guna slogan ini untuk kuat kan Pakatan Harapan.Apabila berlaku Tsunami Melayu untuk Pakatan, tentu kita perlukan satu slogan yang berprinsipkan kebenaran global. Memandangkan melakukan perbuatan yang baik dan menjauhi sesuatu yang mungkar adalah prinsip keislaman yang dituntut maka ini cadangan saya.Tsunami Melayu adalah Tsunami Fardhu Kifayah Amar Maaruf Nahi Mungkar.

  45. sibotak Apr 1,2018 7:41 AM

    Tak perlu nak pertikaikan Agama , Amalan sesaorang
    Itu semua Tugas Maliakat juga anggota badan kita yg bakal menjadi saksi kelak

    Kalau nak pertikaikan
    Apa kurang beza Najib dan Tun ?
    Ini urursan manusia sesama manusia yg serba lemah
    Tugas Maliakat memang di jadikan menjalankan tugas masing masing
    Jadi jangan kita berpura nak step alim

    PRU menjelang tiba
    Tiba bukan untuk ber Hari Raya
    PRU adalah tugas kita sesama dengan hormat dan bijak
    PRU bakal mencorak masa depan kita bersama
    Ia bukan Sandiwara , Ia bukan perkara bolih buat mainan yg kita bolih amik sambil lewa , ia buka Trial & Error untuk is Pemimpin nak bersandar

    This is your Life & Mine
    This is for our Generation

    PRU adalah Serious Business
    Ia mencorak masa depan kita juga anak cucu kita
    Sesiapa yg menjadi anggota Parti juga Pemimpin Parti
    Mesti tahu Niat mereka sebenar
    Setaip perbuatan mesti ada Niat
    Niat Baik di percepatkan
    Jika yg masuk Parti berniat ambil kesempatan hanya untuk kepentingan sendiri
    Di harap undur saja

    Aku Gelisah akan Tujuan Parti yg bergelar mementingkan Ummah yg dinamakan Melayu .Saling tuduh menuduh , tapi kelihatan Ummah yg dinamkan Melayu / Islam
    Bersengketa , berpecah , Berpuak puak sesama

    UMNO menuduh Pribumi bersekutu dengan DAP
    Bersekutu dalam kita lalai memberi laluan , memberi kesempatan untuk DAP
    Yg mana tujuan DAP memang tidak perlu berlakon adalah bertujuan untuk Kaum Cina bertopengkan Meritocrasi ,Bertopengkan Satu Kaum untuk 1 Malaysia

    Apa pula bezanya UMNO bawah Kepimpinan Najib
    Yang Mengundang Cina dari China , Cina dari Singapura
    Mengundang mereka Berakar Umbi di Tanah Air kita
    Sedangkan Kaum Melayu Malaysia sendiri tersepit masih TIDAK MAMPU menandingi Kaum Cina yg dilahir dan dibesarkan di Malaysia

    Kedua nya kata Perpaduan Ummah ,demi Kepentingan Melayu
    Tapi perbuatan mereka ini bercanggah dari kata kata
    Saya tolak Kemasukan Cina dari China juga Cina dari Singapura
    Saya tidak tolak Cina Malaysia yg asal dari Malaysia
    Mereka Hak Malaysia , Malaysia hak mereka sesama

    Apa guna Pembangunan , Jika akhirnya Pembangunan ini BUKAN Milik kita
    Kita hanya menag Shiok sendrik sahaja
    Membangun bangunan tinggi yg mecacah langgit
    Bukalah Pembangunan Negara , Bukan bukti atau erti Kemajuan
    Kemajuan adalah apa mahunya kita bersama
    Mempunyai tempat bertedur dengan sempurna , makanan yg bersih dan halal
    Pakain yg kemas dan sopan ,pelajaran ,punya ketenteraan bagi mengawal Sovereignty kita , masa untuk agama , masa untuk keluarga , saudara mara , jiran ,masyarakat , masa untu jadi Hamba sebenarnya Hamba kepada Pencipta adalah Kejayaan yg saya renungkan

    Bukan orang ke bulan kita pun nak ke bulan
    Orang nak beli Bulan , Matahari kita juga nak beli
    Bukan ikut si Che Jamil yg punya Gedung Besar berbini tiga
    kita juga nak berbini tiga

    Jadi tidak perlu pelawa , mengundang orang asing sedang Anak Bumi kita masih tidak tahu Haluan nya kemana . Yelah yg bawa mereka masuk sudah pasti ada ketentuannya ,Sudah ada Kepentingan nya
    Yg Umum Masyarakat , Ummah Melayu demi anak cucu kita kemana pula arahnya

    Kita adalah kita
    We are We

  46. Bungalalang Apr 1,2018 2:50 AM

    Sdri hajar..

    Saya nak dengaq laa sikit pendapat hajar..

    Antara daging busuk dgn daging fresh yg mana hajar nak bagi makan kat anakcucu hajar.. saya tolong jawablah sebab kalau tunggu hajar jawab ..jenuh cememet lah jawabnya..

    Pasti hajar akan pilih daging fresh supaya jadi kuat & sihat..kan kan..

    Tapi nape ye .. nabi kita memilih utk utk berhujjah dgn ayat dari kitab torah sedangkan kitab al quran yg Allah turunkan kpd nabi itu, Allah kata mempunyai ayat-ayat yg lebih baik dari torah & injil..

    Kisahnya camni..

    Dlm kitab torah atau bible (tidaklah saya pasti srbab saya tak baca kitab tu) menyatakan..

    Bible – ” hawa dijadikan dari tulang rusuk adam”
    Al Quran – ” dijadikan pasangannya dari diri lelaki”

    Fakta – lelaki mempunyai kedua-dua GEN X & GEN Y manakala
    Perempuan Mempunyai GEN X sahaja.

    Rasa-rasanya buat MASA INI itulah yg Allah maksudkan..

    Jadi rasa-rasa hajar antara ayat bible (mungkin ayat ini tidak diputar belit lagi dari torah asal) yg mana lebih menepati dan lebih baik ayatnya antara torah vs al quran.

    Saya rasa ayat AL QURAN lebih baik dan lebih menepati lagi berkualiti seantero dunia..

    Jadi adakah munasabah nabi kita berhujjah/ menerangkan/ menghadiskan dgn menggunakan ayat bible.. ????? Munasabah ke..munasabah ke.. atau manaserawak.. sedangkan apa yg ada di sisi nabi kita adalah lebih baik..

    Jadi kalau hadis kata nabi berhujjah dgn ayat bible.. adakah BENAR nabi kita yg berhujjah itu ..adakah nabi kita tahu ayat bible..atau sebenarnya muhammad itu bukan nabi kita.. mungkin muhammad itu adalah muhammad lain yg mengagongkan bible..

    Al maklumlah Allah berfirman..

    ” mereka itu tidak suka sekiranya DI TURUNKAN (WAHYU) kpd kamu (muhammad) sesuatu yg lebih baik dari mereka”.. maa nansakh min aayatin aununsiha na’tibikhoirim misliha aumisliha…etc (tidaklah ada mana-mana ayat yg kami abrogate kecuali kami ADAKAN dgn ayat yg SETARA ATAU LEBIH BAIK”..

    pd saya inilah contoh ayat yg LEBIH BAIK (kurang baik dlm Torah LEBIH BAIK dlm AL QURAN).

    manakala contoh ayat yg SETARA antara ayat dlm Al quran & injil adalah ayat berikut..

    Allah memetik ayat dlm injil kedalam Al quran dalam injil nabi isa bagitahu.. ” nabi isa berkata,akan datang kpd kamu seorang nabi yg bernama Ahmad (ismuhu Ahmadi)”.. Ayat ini SAMA atau SETARA antara ayat dlm injil dgn al quran..

    Jadi fikir-fikirkan dan timbang-timbangkanlah adakah HADISSS itu benar dari nsbi kita atau hadis itu MENDUSTAKAN nabi kita.. dgn merujuk kpd AL QURAN..AL QURAN..AL QURAN…

    salaaaamun alaikum (ucapan malaikat kpd ahli syurga)..

  47. Bungalalang Apr 1,2018 1:45 AM

    Oopsss.. hajar.. minta maaf ..ssssaya tak pakai terjemahan ulamak silam hajar..hajar masih tradisional macam zaman batu.. orang dah kebulan hajar.. ribuan ahli bahasa sekarang ni .. ha ha ha.. hajar kena faham beza antara TERJEMAH dgn TAFSIR..

    Saya ingin sekolahkan hajar sikit..

    TERJEMAHAN adalah MENGALIH BAHASA ARAB QURAN KPD BAHASA LAIN ATAS DUNIA NI..

    TAFSIR adalah menyatakan PEMAHAMAN KPD AYAT QURAN..mengikut pemahaman dan citarasa PENTAFSIR..

    Hajar beriman kpd tafsir ikut HADIS REKAAN.. ibnu al kathir and his gang muhammad al idrisi..

    Saya tak suka lah ulamak hajar tu… ha ha..sebab ulamak hajar TAK FAHAM QURAN hanya menghafal dan membunyikannya sahaja..macam david arumugam..yg menyanyikan lagu sekuntum mawar merah..tapi tak faham pun makna lagu tu.. juara 27 minggu berturut-turut carta lagu sabtu.. masa tu saya di matrikulasi usm tahun 1982 kut..berkumandang lagu tu..di corong radio sekolah menunggu warden check katil..lepas tu boleh outing.. yeeyyyyy!!!

    Saya rasa satu sekolah saya..dlm 10 orang yoo yg masuk universiti masa zaman tu laahhh..tapi sekarang ni rasa saya 10 orang je yg tak dapat masuk universiti..nape ye..

    Orang sekarang cerodik-cerodik.. jadi serupe lah jugak dgn ulamak lapok hajar tu.. dah tak valid dah utk pakai terjemahan depa tu..bahasa arab orang sekarang lagi hebat..saya rasalah..masa ibnu kathir tu agaknya ibnu kathir je lah yg pandai membaca & menulis.. ha ha sebab tu depa tu gemilang terbilang..sebab orang lain bodoh-bodoh lah katakan.. kalau tunjuk pandai satgii kena potong kepala ..di hukum murtad lah katakan..ha ha ..hajar..hajar.. hajar faham apakah maknanya SEJARAH.. alaah sejarah melaka hang tuah.. kecik yoo melaka tu yee.. ha ha ha..tapi si tuah tu hebat bebeno..itulah makna sejarah hajar..

    Malehlah pulak nak chit chat dgn hajar kat sini..Allah berfirman.. wahai orang yg beriman kamu sampaikanlah kpd mereka akan al quran AKU (ALLAH) ini dan jika mereka menolaknya janganlah kamu menyampai-nyampaikannya lagi dan jika mereka minta kamu menyampaikannya semula maka terpulanglah pd kamu utk menerangksnnya atau tidak..

    Salaaamun alaikum..

  48. Hajar Mar 31,2018 10:51 PM

    Salam Yang Amat DiHormati dan DiSanjungi Tun,

    1. Antara Tun dengan PM Najib @ Ah Jib Gor, saya pasti pilih Tun sebagai PM.

    2. Tun seorang yang bersih, cekap, dan yang paling penting AMANAH. Jika ada kesilapan Tun, itu memang lumrah sebagai seorang manusia. Yang penting, kita belajar dari kesilapan.

    3. Saya sudah menjangka yang golongan anti-hadith akan menonjolkan diri mereka untuk mengulas artikel Tun ini dengan menggunakan TERJEMAHAN ayat-ayat Al-Quran yang disediakan oleh para alim ulama silam (yang hafal Al-Quran) yang mereka perlekeh / hina dan fitnah dengan teruk.

    4. Inilah dia golongan yang mengaku menggunakan akal fikiran yang Allah SWT kurniakan.

    5. Pelik sungguh sebab golongan anti-hadith ini tidak malu pula untuk guna hasil kerja para alim ulama silam yang mereka hina dan perlekeh! Alahai! Lucunya…

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  49. Bungalalang Mar 31,2018 9:42 PM

    Salam tun..

    Apa yg TUN pening sangat dgn PAS .. memanglah PAS tak ikut hukum islam quran .. mereka ini mengikut hukum hadis..

    1. Hukum isteri (perempuan yg bersuami) berzina.

    Hadis – terbukti bersalah REJAM SAMPAI MATI.. saiz batu yg nak di gunakan ..pending nasihat dari MAZA (MUFTI PERLIS).

    QURAN – terbukti bersalah kena bertaubat .. tak mahu bertaubat
    Kena dapat izin suami utk sebat 100 rotan atau tidak..
    Isteri tak mahu bertaubat juga .. KURUNG di rumah suami
    hingga sampai ajal atau sehingga Allah adakan jalan
    Keluar baginya ( suami ceraikan atau bertaubat).

    Suami tidak di benarkan oleh Allah menyeksa si isteri
    (memukul atau tak bagi makan).

    Kenapa berbeza..

    Menterjemah perkataan “nisaa akum” sbg “para wanita” utk ayat an-nisa’ 4:15-16 sedangkan Allah mentafsir “nisaa akum” adalah pakaian bagi kamu dan kamu adalah pakaian bagi mereka..

    Kalai “nisaa akum” adalah ” para wanita” bermakna 2:127 pd malam hari puasa jadi orang minyaklah kite.. sebab Allah kata ” setubuhi lah nisaa akum sesungguhnya mereka pakaian kamu dan kamu pakaian mereka”..

    Oleh kerana SENGAJA MENTERJEMAH dgn terjemahan yg salah kpd “nisaa akum” makanya mereka (pereka hadis) menyatakan tidak ada hukum utk ISTERI BERZINA dlm quran.. maka di adakan hukuman REJAM SAMPAI MATI (hadis) utk memuaskan hati sesetengah pihak terutamanya bangsa hipokrit dlm dunia.. kita pun ikutlah.. Allah huakbar laungnya.. ha..ha .. sampai keceraah..

    Yg peliknya ikut sodap mulut yoo kata ali abi talib yg riwayatkan..dgn berkatalah Ali.. sesungguhnya rejam ini ada diturunkan wahyu kpd nabi ttp aku takut pd masa depan ayat ini akan hilang.. ha..ha..ha… apakah Ali TAK PERCAYA KEPADA ALLAH TUHAN SEMESTA ALAM AKAN MENJAGA AL QURAN ????… Nampak sangat lah sesatnya & memberatnya Hadis-hadis ni..

    Tapi yg peliknya orang yg beriman dgn hadis pun tak tahu hadis..

    ..ada banyak lagi hadis yg merapu… tapi sahih lagi hasannnnnn lagi tawattiruuunn.. LAGI SAHIH LAGI HASANNN LAGI TWATTIRUUUN MENENTANG PERINTAH ALLAH..

    jgn marah ye.. verified dulu ya apa yg saya tuliskan benar tidaknya..

    Barulah kita jumpa ” JALAN YG LURUS” ..kita tak akan jumpa jalan yg lurus kalau ada SESUATU YG LAIN DISISINYA..

    Allah berfirman.. kamu tak berapa puashati kalau di sebutkan NAMA AKU saja..bila di sebut NAMA itu di samping AKU baru kamu gembira berpuashati.. jadi silakanlah ke neraka..

  50. mohdharris Mar 31,2018 8:15 PM

    Salam Tun,

    Tun tergolong sebagaimana yang disebut oleh Allah….

    Mereka itu adalah orang orang yang mempercayai kepada yang ghaib, ta’at dalam Mengerjakan Sembahyang (Salat), dan sebahagian daripada rezeki kami untuk mereka, didermakan. (2:3)

    Dan mereka mempercayai apa yang telah diturunkan kepadamu, dan apa yang telah diturunkan sebelummu, dan tentang Hari Akhirat, mereka benar benar yakin. (2:4)

    Mereka itu yang mendapat bimbingan dari Tuhan mereka. Mereka itulah orang orang yang beroleh kemenangan. (2:5)

    Salam.

  51. papan_keyboard Mar 31,2018 7:38 PM

    Islam PAS islam sesat. habis sesat semua umat islam kalau ikut manual islam ala PAS.

    Bagi mereka PAS Di bawah Abdul Hadi Awang President PAS rasuah itu HALAL. Tak rasuah itu HARAM.

    Isu 1mdb Sampai semua duit rakyat kena rompak terang2 bersuluh-suluh depan mata sampai kita rakyat kena GST sampai semua orang miskin ikat perut Nak bayar GST cukai? langsung tak boleh nak simpan duit! kena cukai? apa PAS kata? kami tegur saja. tegur je? tegur saja? langsung tiada aksi! setakat tegur baik tak payah jadi ahli politik! Pergi jadi tok guru tok imam masjid boleh la.Boleh la tegur2.
    Macam tu kah PAS sekarang?

    Bagi saya PAS ni parti POLITIK bukannya PARTI ISLAM. Bukannya parti memperjuangkan ISLAM. PAS tu PARTI POLITIK! POLITIK.

    Kita boleh tengok video dalam internet? dalam youtube ke? dalam deep web site ke? kita sendiri tengok bagaimana reaksi mereka PAS sekarang ni. langsung tak serupa. depan kaca mata TV indah nampak tapi tengok dua atau tiga kali dah nampak lain.

    Bagi saya pengundi pada PRU 14 ni saya nak tengok parti yg mana ada aksi, yg mana jelas sejelas-jelasnya menolak kemiskinan,korupsi,rasuah dan menegakkan undang2 negara supaya kita tak dijajah!,dipandang hina!,rakyat tak merempat kat negara sendiri.

    Saya tak nampak parti BN (barisan nasional) atau UMNO (United Malays National Organisation) untuk meperjuangkan rakyat. Semua dah lari dari tujuan asal.

    Bagi mereka sekarang yg pegang kerajaan. Mereka tak ambik kisah pun pasal rakyat. Apa yg mereka tau duit apa aku boleh seleweng masuk poket. Letak la wakil rakyat muda2 nampak intelligent tapi last2 semua wakil rakyat tak boleh nak lawan juga dengan bos mereka tu PM najib razak. Saya rasa menyesal pangkah mereka pada pru 13 dulu. kerajaan BN nak buat manisfesto nak counter pakatan rakyat manisfesto? garu kepala sungguh sedangkan yg pegang kerajaan sekarang adalah kerajaan BN.Kerajaan BN yg perintah malaysia. kenapa nak buat manisfesto? sedang BN sendiri pegang Kuasa. Laksanakan terus la baru betul.Tunggu apa lagi? melainkan POLITIK nak perbodoh rakyat.

  52. Bungalalang Mar 31,2018 7:24 PM

    Salam tun..

    Usah lah TUN bersedih hati malah janganlah juga TUN bermuram durja.. hanya kerana kata-kata mereka itu..

    Allah berfirman.. orang yg beriman ini ialah orang yg MAHU BERFIKIR DGN AKAL yg ALLAH berikan..

    Kalau makan buah padi yg di tabur .. itu ayam namanya.. ha ha ha

  53. Hajar Mar 31,2018 7:07 PM

    Salam Yang Amat DiHormati dan DiSanjungi Tun,

    Saya ingin ulas kenyataan Tun seperti berikut:

    “4. Hadis Nabi termasuk dalam bahagian sunnah dalam Islam. Mengamal sunnah adalah baik dan mendapat pahala untuk akhirat. Tetapi jika tidak mengamalnya tidak berdosa.”

    Ulasan saya:

    1. Setahu saya, ada sebahagian ‘Sunnah / Hadith’ Nabi SAW yang WAJIB kita ikuti (patuhi/ amalkan) jika ia berkaitan dengan ibadah khusus (contohnya dalam bab Solat, Haji, etc. yang wajib dilakukan umat Islam).

    2. Mungkin perkataan ‘Sunnah’ mengelirukan sesetengah pihak. Mungkin terkeliru dengan HUKUM ‘sunat’ – buat dapat pahala, tidak buat tidak berdosa.

    3. Terdapat juga ‘Sunnah / Hadith’ Nabi SAW yang hukumnya ‘sunat’ diikuti (jika buat dapat pahala). Contohnya, cara Nabi SAW makan (berhenti makan sebelum kenyang; makan bila rasa lapar, dan cara duduk ketika makan, etc.)

    4. Apapun, ini pendapat saya yang tidak standing Tun dari segi pengalaman dan pemikiran. Saya jauh lebih kerdil berbanding Tun. Maaf kerana berterus terang.

    P/S: Yang baik semuanya datang dari Allah SWT.

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  54. mattahir Mar 31,2018 6:50 PM

    Banyak orang Islam diajar dari kecil bahawa Quran ekslusif tafsir oleh ulama atau orang alim seumpamanya sahaja. Maka sebab itu Quran jadi barang perhiasan atau diperdengar semasa tilawah saja. Ianya tidak diselami mesejnya oleh umat Islam sendiri.

    Menjadi lebih malang apabila agama menjadi alat politik. Orang berjubah berserban berjanggut dianggap orang alim secara automatik dan boleh menjadi orang yang boleh dipercayai sebagai pemimpin sejati. Org Islam diajar apa yang ada dalam hati itu lebih penting, daripada presentasi luaran, tapi kebanyakannya lebih suka kepada presentasi luaran

    Kebanyakan orang Islam juga lebih suka diprogramkan dari belajar dan berfikir. Mereka lebih suka mentafsirkan bahawa Islam itu ialah tarbiyah dan dengar syarahan sahaja. Dengan ini mereka mudah dieksploitasi oleh golongan manipulatif dan elemen ekstrim

    Inilah mentaliti umat Islam yang membawa kepada kedaifan mereka sendiri. Kalau Quran itu tak diselami tafsiran dan pengajarannya, maka bagaimanakah seseorang itu dapat petunjuk dan hidayahNya ?. Yang membezakan agama Islam itu sendiri ia tiada pendeta yang menjadi perantara antara makhluk ciptaan dan penciptaNya. Tapi Nampak ramai orang Islam dah jadikan ularmak sebagai pendeta mereka

    Agama apabila menjadi alat politik, ia membawa kepada pemikiran regresif – tetapi inilah corak yang sering dapat diperhatikan serata dunia umat Islam – ramai seperti suka jadi pengikut Taliban. Dibawah keadaan tersebut, orang yang manipulatif akan memaksa pengikut menerima tafsiran undang-undang Islam menurut kuasa yang mereka ingin kejar dan pelihara, bukan menurut kehendak ajaran agama yang sebenarnya. Orang yang mengikut secara buta tuli selalunya tak tahu berfikir sendiri, dan mencari “Islam” sebenar dari golongan opportunistik dan manipulatif tersebut.

    Quran secara jelas mengatakan orang yang diberikan kebaikan ia diberi hikmah sebagai tanda daripadaNya. Tapi Kelantan masalah air pun sampai entah berapa lama tak selesai??. Begitulah maksudnya hanya orang yang berakal sahaja mengambil pelajaran.

    Hikmah hanya diberi olehNya kepada golongan tertentu. PAS pernah melabel orang Islam lain kafir. Mengapa Kelantan masih lagi miskin dan tidak maju ekonominya? Kalau orang itu terima hikmahNya tentunya dapat memimpin dan memberi berkat kepada penduduk dibawah kawalan mereka, tapi ini tidak berlaku di sana sudah sekian lama. Masalah bekalan air berkarat yang sudah sekian lama sudahkah mereka selesaikan hari ini? Perkara bekalan air adalah asas pun sukar mereka selesaikan?. Hanya orang yang berakal sahaja dapat mengambil pengajaran.

  55. Bungalalang Mar 31,2018 6:19 PM

    .. kenapa mencari/mengejar/mengumpul HADIS?????

    Mungkin mereka yg gemilang terbilang itu TAK MENDAPAT AL HIKMAH dari Allah walaupun hafal quran.. jadi mereka tidak boleh MEMAHAMI AL QURAN..

    Allah kata jalan kpd mendapat AL HIKMAH ialah selalu baca quran dan beriman kpd Allah semata-mata dan taat perintah Allah..

    Jadi TERPAKSA lah MENCARI MENGUMPUL HADIS (YG SEMEMANGNYA SUDAH TERSEDIA .. TELAHPUN DI SEDIAKAN OLEH AHLI KITAB KAFIR MASA NABI HIDUP LAGI)..

    Jadi tidaklah payah utk MEMPELAJARI & MENGHAFAL HADIS yg memang sudah siap ADA.. hanya utk DI SIARKAN saja filem Lord of the ring.. hobbit sam, gandalf, semua ada detail siap dgn nama tempat, kisah .. wow..wow… stephan spielberg dah siapkan filemnya.. tinggal tayang saja lagi…

    Itu yg hafal 1,000,000 lebih HADIS.. Kalau umur saya 100 tahun.. bermakna 36500 hari aku hidup.. bermakna aku kena PELAJARI & HAFAL 30 HADIS 1 HARI.. 1/2 JAM 1 HADIS.. LAHIR SAJA TAK SEMPAT MENYUSU IBU LSGI DAH KENA BELAJAR & HAFAL 30 HADIS SEHARI..NAK MENANGIS SAKIT PERUT PUN TAK SEMPAT…

    TAPI TAK APA.. KITAB HADIS DAH ADA.. KITAB HADIS DAH ADA..

    Buat drama sajalah… ha ha ha..

  56. Bungalalang Mar 31,2018 5:54 PM

    Salam TUN,

    Kenapa perlu kpd Hadis?

    Masa nabi hidup kita mesti taat apa yg nabi SAMPAIKAN & AJARKAN kerana apa yg nabi SAMPAIKAN & AJARKAN adalah yg DI TURUNKAN oleh ALLAH.

    Apa yg DI TURUNKAN oleh ALLAH kpd nabi kita..

    – Al QURAN utk DISAMPAIKAN/DIBACA
    – AL HIKMAH utk DIAJARKAN/DIJELASKAN MAKSUD AYAT AL QURAN (WAHYU)

    BUKTI kpd AL QURAN utk DIBACA & AL HIKMAH adalah KEFAHAMAN KPD AYAT AL QURAN.. IALAH..

    – Selepas nabi wafat tiada sudah tempat RUJUKAN kita utk memahami isi kandungan atau maksud ayat-ayat AL QURAN walaupun AL QURAN sudah lengkap dlm bentuk BUKU BERTULIS.

    Jadi apa yg kita perlu utk MEMBOLEHKAN kita menjadi spt semasa NABI KITA madih hidup.. sudah tentulah dan tidak lain tidak bukan ..AL HIKMAH..AL HIKMAH..AL HIKMAH..AL HIKMAH..AL HIKMAH..

    Allah berfirman.. AL HIKMAH akan Aku (ALLAH) kurniakan kpd sesiapa sahaja yg AKU KEHENDAKI..

    Bermakna sesiapa yg mendapat kurniaan AL HIKMAH kpd nya.. makanya KEFAHAMAN AGAMA yg ada pd diri orang itu sama spt apa yg ada pd nsbi kita walaupun tidak TURUNKAN AL QURAN KPD DIA.. sebab AL QURAN TELAHPUN LENGKAP SEMPURNA & TIDAK BOLEH DIUBAH OLEH MANA-MANA MAKHLUK.. so..

    AL QURAN SUDAH ADA & AL HIKMAH SUDAH ADA..CUKUPLAH RAMUAN AGAMA INI.

    BUKTI yg menunjukkan keperluan kpd kurniaan AL HIKMAH ini..ada di nyatakan dlm al quran Allah.

    ” ahli kitab torah yg kafir (memutar belitkan kitab torah) berkata kpd nabi.. Apa yg DI TURUNKAN kpd kamu (al quran & al hikmah) tidak akan di turunkan kpd orang lain, jika sekiranya DI TURUNKAN juga kpd orang selain kamu sudah PASTI HUJJAH kamu akan di PERTIKAI DI SISI ALLAH NANTI..katakan (jibrail): sesungguhnya ALLAH akan KURNIAKAN/BERIKAN kpd SESIAPA SAJA YG ALLAH KEHENDAKI (maksudnya AL HIKMAH)..

    cuba kita fahamkan apakah maksud ahli kitab torah kafir PEMBELIT itu cuba MEMBELIT nabi..

    sudah pastilah si kafir Pembelit itu mengugut nabi utk memberitahu bahawasanya HANYA NABI SAHAJA YG KENA IKUT selain dari nabi kita TAK BOLEH IKUT & sesat..

    Apakah tujuan ahli kitab kafir tu… ????? .. tidak lain tidak bukan supaya KITAB HADIS yg dah ada pd mereka menjadi ikutan..sesiapa yg tak ikut KITAB HADIS adalah SESAT.

    kenapa saya berpendapat sebegini..kerana Allah menyatakan ayat sebelum ayat di atas yg berbunyi spt berikut..

    Allah memetik PERBUALAN/SKETSA antara nabi kita dgn ahli kitab torah kafir yg berbunyi..

    ” ahli kitab kafir berkata kpd nsbi: kamu (nabi) KENA PERCAYA hanya kpd PENGIKUT (TABI’) AGAMA kamu SAHAJA.. katakan (jibrail: SEBENAR-BENAR PETUNJUK adalah PETUNJUK ALLAH ( AL QURAN).

    apakah yg Allah nak bagitahu kita ni dgn MEMETIK PERBUALAN ANTARA SI KAFIR dgn NABI kita ni..

    Dgn SEPANTAS KILAT kita boleh faham bahawa.. si kafir itu cuba memaksa nabi utk mengiktiraf PENGIKUT (TABI’) kpd nabi kita utk di jadikan IKUTAN.. tapi Allah menafikan dgn MEMERINTAHKAN kita utk IKUT AL QURAN..

    jadi ini juga bermaksud ALLAH & NABI tidak MEMBENARKAN utk menjadi kitab lain sekain AL QURAN.

    kenapa si kafir itu bersungguh BEBENO utk nabi kita mengiktiraf PENGIKUT (TABI’) sbg IKUTAN.. ??????

    Kerana golongan si kafir laknat itu telah pun buat peracangan mereka spt Allah bagitahu dlm quran..yg berbunyi..

    Pd siang harinya mereka itu bersama-sama mu (bermakna golongan ahli kitab kafir ini adalah orang-orang yg di sekeliling jee..tak jauh pun dan bukan orang asing ..pun pd nabi..) tapi pd malamnya mereka ini mengadakan perancangan & mereka-reka utk memutarbelitkan ayat-ayat Allah tapi mereka tidak dapat mengubshnya..maka ia berpaling dgn muka yg masam dan marah ( frust lah tu sebab tak boleh ubah dan putarbelit ayat Allah) dan ia berkata: muhammad itu tidak lain hanya menyampaikan sihir yg di PELAJARI & DI HAFAL..

    apa yg kita boleh faham.. mereka ini tidak boleh ubah quran & Allah nak bagitahu kita sihir/syair adalah berlainan dari wahyu..

    Wahyu di baca oleh jibrail(tidak di hafal).. di fahamkan kpd nabi

    Oleh AL HIKMAH (KEFAHAMAN YG ALLAH WUJUDKAN DLM DIRI NABI SECARA ILMIAH)..

    Manakala SIHIR/SYAIR(HADIS) adalah DI PELAJARI & DI HAFAL.

    surah as syu’ara:219-212 – Allah berfirman..

    kpd siapa iblis akan pergi..
    Iblis akan pergi kpd PENIPU BESAR..
    mereka kata MEREKA MENDENGAR tapi mereka menipu..
    SYAIR (AS SYU’ARAA) MEREKA berkumandang di setiap pelusuk LEMBAH (tempat orang ramai tinggal)..

    Kita biasa dengarkan… si dolah MENGHAFAL lebih sejuta HADIS dan HADIS mereka berkemundang di seluruh masjid & surau..

    ” aku MENDENGAR..MENDENGAR..MENDENGAR.. rasulullah bersabda .. bla..bla ..bla.. sedang aku berada di SEBALIK PINTU.. ”

    AIIIKKK!!!!…tak masuk dalam masjid pun ..duduk kat luaq yoo.. nape tak masuk masjid.. jumpa lah rasulullah.. ini main curi-curi dengar yoo.. itu pun nak riwayatkan hadis..”..

    FIKIR-FIKIRKAN LAH.. KITA NAK BERIMAN KPD ALLAH…. TUHAN YG MENCIPTAKAN SEKELIAN ALAM TU..

    bukannya si buta dari gua hantu..

  57. musato Mar 31,2018 12:16 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Mungkin kita berasa tidak selesa bila keadaan politik sekarang berlaku. Dengan penipuan berita, keyboard warrior,profesor kangkung mengata Tun dan macam macam lagi.

    Maka kita berasa kerajaan amat kuat dan berkuasa. Kerajaa boleh bervuat apa sahaja. Kita fikir kita tiada lagi tempat untuk mengadu.

    Ketahuilah bahawa Allah swt itu Maha Melihat dan Maha Mendengar.

    Inilah jalannya kesusahan yang dilalui untuk mengecap nikmat dari Allah swt.

    Ini bukan ayat dari buku bacaan. Tetapi inilah jalan yang pernah ditempuhi saya jika untuk diukur dari segi fizikal kenampakkannya. Bezanya cuma Najib adalah manusia.

    Dan ingatlah sebaik baik jin adalah sejahat jahat manusia. Sedangkan kerajaan Najib cuma adalah kerajaan manusia.

    Mungkin jalan ini tidak pernah ditempuhi oleh Tun, tetapi InsyaAllah yang benar tetap benar selamanya.

    Bersabarlah. Kuncilah mulutmu. Rendahkan hatimu. Padamkan amarahmu. Hidupkanlah hatimu. Jagalah akalmu.

    Kita sedang belayar wahai rakyatku. Kejapkan dudukm kerana kita sedang menuju kepada cahaya rahmat Allah swt yang kita dambakan.

    Terima kasih Tun.

  58. musato Mar 31,2018 11:38 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Kalau ikut saya, saya kurang gemar nak mempertahankan dengan jawapan kata kata orang agama yang tak seberapa.

    Sebabnya agama Islam ini mudah dan tak menyusahkan pun.

    Orang yang dikatakan kuat beragama pun tak pandai politik. Tak pandai mentadbir. Katanya ikutlah Al Quran dan Sunnah sahaja. Kalau nampak macam ‘tak ikut’ dari Al Quran dan Sunnah katanya muktazilah pada Tun Mahathir?

    Jadi di mana letaknya akal dalam mentadbir dan berpolitik.

    Keadaan politik semasa ini mudah sahaja untuk diteliti :

    1. Kerajaan Najib menipu rakyat. Mana nak tahu? Setiap soalan dari Tun Mahathir tidak dijawab dengan konsisten dan logik. Isu utamanya adalah 1MDB dan duit 2.6b yang masuk dalam akaun peribadi. Kenapa kita kata tak boleh masuk dalam akaun peribadi? Sebab bila masuk dalam akaun peribadi PM, kita boleh anggap PM Malaysia kita telah disogok mahupun dibeli oleh seseorang atau pertubuhan.

    PM adalah ketua negara kita. Jika tiada amanah dan tiada jawapan konsisten apabila ditanya, apa lagi yang ada pada kita dan rakyat?

    2. Kenapa Tun tubuh parti baru iaitu Bersatu? Kerana untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada dengan cara paling aman dan berhemah walaupun penipuan dari pihak kerajaan sekarang boleh dilakukan, Tun Mahathir perlu menyertai pilihanraya. Ini kerana negara kita adalah negara demokrasi berparlimen. Setiap 5 tahun akan ada pilihanraya.

    Sebab itu saya tidak menggalakkan perhimpunan jalanan kerana ia boleh mengajar dan membawa kekacauan kepada belia dan pelapis negara. Dan terbukti dengan kulit tebal Najib, negara hancur sekalipun pun, Najib masih mahu mengekalkan kuasa.

    Dengan itu, bukannya susah kita nak pangkah siapa masa mengundi nanti.

    Nak cerita pasal Islam, pasal orang bukan muslim akan memerintah negara, itu hanya mainan politik untuk membasuh otak rakyat.

    PM Malaysia tetap orang Melayu. Samada Islamnya benar dan kuat, kuasa agama Islam ada pada Agong dan Raja Raja Melayu.

    Maka bolehlah kita salahkan Tun Mahathir kerana Islamnya tidak kuat kerana menggunakan akal,

    Dan Najib memang tidak bersalah biarpun Islamnya tidak kuat dan tidak berakal.

    Serta adakah saya juga mengutamakan akal dalam penulisan kali ini tanpa menyediakan hujah hujah Al Quran dan Hadith di sini?

    Adakah saya?

  59. milshah Mar 31,2018 7:55 AM

    Assalamualaikum Tun,

    Izinkan saya ke berbincang mengenai persempadan semula yang baru diluluskan parliamen dan Agung baru-baru ini.

    Saya difahamkan strategi persempadanan semula ini ada seperti berikut. Katakan kawasan A, B, C , D dan E sepatutnya dimenangi oleh PH sebab majorti pengundi 70% adalah pengundi PH. Melalui persempadanan semula ini kawasan-kawasan majoriti pengundi PH dari B, C, D dan E dipindahkan ke A. Jadi A akan mengalami pertambahan pengundi PH yang mendadak. Pada PRU, walaupun A dimenangi PH tetapi B, C, D dan E dimenangi BN sebab pengundi PH di kawasan tersebut telah dipindahkan ke A. Strategi ini walaupun pada asalnya PH menang keseluruhan ABCDE, tetapi sekarang menang A sahaja dan BN terus kekal kerajaan sebab memenangi BCDE.

    Bukti persempadan semula ini dimanipulasi ke arah ini apabila seorang penganilisis politik telah buat kiraan dan mendapati BN dijangka BN akan menang 2 per 3 keseluruhan parliamen melalui persempadanan semula.

    Benarlah kata Tun, PH akan menang jika tidak ada penipuan dalam PRU.

    Walaubagaimanapun, penganalisis politik telah membuat 2 andaian besar dalam perkiraannya iaitu pengundi pada PRU 13 akan terus mengekalkan undiannya pada PRU 14 dan pengundi Melayu akan terus kekal mengundi BN. Jelas persempadan semula ini dilakukan berdasarkan undian PRU 13.

    Jadi, melalui persempadan semula, undi dari orang Melayu menjadi lebih penting sebab wujud lebih banyak kawasan parliamen majoriti Melayu. Dapat dilihat Najib juga sedang all put memberi pelbagai goodies kepada orang-orang melayu. Puak-puak UMNO juga kelihatan sedang rancak menggunakan sentimen perkauman.

    Jadi orang Melayu adalah penentu PRU 14. Siapa yang memenagi undi Melayu akan menang PRU14.

    Invoke telah menjalankan survey mengatakan PH akan memenangi 5 negeri dan BN hanya 3 negeri. Rafizi juga berkata walaupun persempadan semula dilakukan tidak akan mengubah keputusan ini. Walaubagaimanapun, mungkin Invoke boleh boleh lagi sekali survey selepas persempadanan semula dikenalpasti untuk verify lagi sekali keputusan tersebut. Ini juga supaya pimpinan PH dapat merangka strategi untuk menghadapi persempadanan semula ini.

    Saya lebih percaya analisis Invoke berbanding penganlisis di atas disebabkan kajian Invoke adalah berdasarkan sentimen pengundi sekarang dan bukan sentimen pada PRU 13.

    Antara analisis

Leave a Reply