TOTAL VISITORS FROM 2008:

CARA NAJIB TIPU 32

1. Najib berada dalam keadaan cemas. Sentimen rakyat 90% menolak Najib. Mereka tidak akan undi BN dalam PRU 14.

2. Oleh itu sudah ternampak penipuan yang dilakukan dan akan dilakukan oleh Najib.

3. Demikianlah dunia percaya Najib akan tipu sehingga “The Economist” U.K. telah siar berita bertajuk Najib akan curi PRU 14 di Malaysia.

4. Apakah jenis penipuan yang sedang dilakukan oleh Najib. Saya senarai dibawah penipuannya.

i. Senarai pengundi sudah diubah sehingga 4 juta tidak ada alamat yang penuh.

ii. Beratus pengundi mempunyai nama yang sama, umur sama tetapi tinggal di negeri-negeri berlainan.

iii. Hingga 70 pengundi memiliki alamat yang sama – iaitu tinggal di satu rumah – walaupun berlainan kaum. Apabila diselidik terdapat hanya 2 orang di rumah itu.

iiii. Pengundi pos dan pengundi awal bertambah hingga 1 juta. Cara mengundi pos tidak jelas dan terbuka untuk penipuan. Peti undi boleh disembunyi dari pemerhati parti lawan. Besar kemungkinan kertas undi ditambah.

v. Sempadan kawasan pilihanraya diubah supaya kaum-kaum diasingkan. Kononnya Melayu mudah disogok supaya mengundi BN. Mengikut Najib orang Cina sukar disogok. Ini dilihat dalam PRU 13.

vi. Pengundi terutama kakitangan Kerajaan ditakutkan dengan dakwaan kononnya Najib tahu siapa undi siapa. Pegawai dan kakitangan Kerajaan diberi amaran oleh Najib sendiri bahawa mereka mesti undi BN atau tindakan akan diambil terhadap mereka. Sebenarnya tiada siapa yang akan tahu siapa undi siapa apabila perkiraan dibuat.

vii. Bantuan wang kepada parti lawan disekat dengan tindakan oleh LHDN dan MACC menambah cukai atau membeku wang di bank supaya perniagaan tidak dapat diteruskan.

viii. Semua kawan-kawan pemimpin parti lawan ditegah berdekat dengan pimpinan parti lawan. Maka pemimpin parti lawan kehilangan semua kawan. Sudah tentu mereka tidak boleh bantu P.H. Kontrak mereka, perniagaan mereka, hutang bank mereka akan dihentikan jika masih berjumpa pemimpin parti lawan. Tindakan-tindakan ini menentukan parti lawan tidak ada kewangan yang diperlukan untuk biayai pilihanraya. Sebaliknya Najib memiliki banyak duit yang diselewengkan dari 1MDB dan lain-lain dana Kerajaan.

ix. Sogokan wang dan barangan kepada bakal pengundi dibuat secara terbuka oleh Najib dan UMNO sebab polis atau MACC tidak dibenar oleh Najib mengambil tindakan undang-undang.

x. Tempat mengundi ditukar tanpa diberitahu pengundi supaya apabila mereka pergi ke tempat mengundi biasa nama mereka tidak ada disitu. Tempat undi mereka dipindah jauh dari tempat tinggal pengundi. Dengan itu mereka tidak dapat mengundi. Hak mereka dicabul.

xi. Daftar pengundi baru disembunyi daripada parti lawan sehingga tidak dapat parti lawan berkempen dikalangan mereka.

xii. Pada kebiasaannya parti politik yang baru ditubuh didaftar oleh Pendaftar Pertubuhan dengan segera. Tetapi permohonan gabungan parti pembangkang yang dinamakan Pakatan Harapan tidak dijawab setelah sembilan bulan berlalu. Keadaan tidak menentu ini meletak Pakatan Harapan dalam keadaan serba salah. P.H. tidak dapat membuat persiapan sebagai sebuah parti dengan mengguna satu logo dan satu simbol baginya. Jika diketahui P.H. tidak akan didaftar maka parti-parti dalam P.H. perlu guna 4 simbol sendiri. Ini akan mengelirukan pengundi berkenaan yang manakah simbol bagi parti-parti lawan yang bergabung dalam P.H.

xiii. Kononnya P.H. tidak dilulus pendaftarannya ialah kerana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah tidak mengikut perlembagaannya. Ini disebut dalam ucapan ROS tetapi tidak disampaikan secara bertulis kepada PPBM. PPBM tidak dapat perbetulkan kesalahannya untuk mendapat kelulusan ROS. Arahan mahkamah kepada ROS untuk jawab surat PPBM hanya menghasil surat dari ROS meminta tambahan maklumat yang sudahpun lama diberi oleh PPBM. Di antara sebab-sebab yang banyak ialah kerana mesyuarat agung PPBM tidak mengikut perlembagaan. PPBM mesti adakan mesyuarat cawangan dahulu. PPBM parti baru dan belum ada cawangan jauh sekali mengadakan cawangan yang disahkan oleh ROS. PPBM hanya dapat tubuh bahagian dan tidak semua diluluskan oleh ROS. Sebab itu PPBM terpaksa mengadakan mesyuarat agung PPBM dengan dihadiri oleh wakil bahagian yang dilulus sahaja. Ternampak jelas ROS hendak cari salah supaya P.H. tidak didaftar. Sekarang ROS telah bubar sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia supaya tidak boleh bertanding dalam pilihanraya. Bermacam syarat dikenakan termasuk ditegah pamer gambar pengerusinya. Pembubaran selama 30 hari didapati sama dengan pilihanraya. Niat jahat Kerajaan dan ROS amat jelas.

Undi Pos.

5. Peraturan mengundi pos tidak jelas. Pengundi boleh undi di rumah dan hantar undinya kepada SPR. Tidak ada polling agen parti pembangkang mengawasi pengundi atau sesiapa lain semasa mengundi. Parti lawan tidak dapat mengetahui siapa yang mengundi, ke mana undi itu dihantar, siapa yang menyimpannya, di mana peti undi (jika ada) disimpan.

6. Pengundi pos juga disenarai dalam senarai pengundi biasa dan boleh mengundi secara biasa. Besar kemungkinan pengundi undi dua kali. Juga undi mungkin tidak dapat dirahsiakan; yang mana ini mendedahkan kepada ugutan tindakan tertentu oleh Kerajaan.

7. Amatlah jelas proses PRU 14 akan dipenuhi dengan aneka jenis penipuan oleh Najib. Ia tidak akan bersih. Benarlah Najib akan mencuri PRU ke -14.

8. Namun penipuan ini boleh dibantut oleh rakyat dengan keluar mengundi lebih dari 85% pengundi dalam tiap-tiap kawasan pilihanraya.

9.       Dan sekarang hari mengundi ditetapkan pada hari Rabu, hari bekerja. Ini satu lagi cara Najib untuk sekat rakyat dari mengundi. Ya, semasa saya PM pernah hari mengundi ditentukan pada hari Isnin. Tetap diberi cuti pada hari itu.

10. Jangan takut.

11. Undi biasa di tempat mengundi adalah rahsia. Jika kelebihan mengatasi 10,000 bagi P.H., undi pos tidak akan mencukupi untuk disumbat ke dalam peti undi.

12. Jika disogok – ambil sahaja wang dan hadiah. Wang dan hadiah ini datang dari wang pengundi sebagai rakyat yang dicuri oleh Najib.

13. Pengundi tidak perlu terima kasih kepada Najib atau mengundi BN.

14. Jika disuruh bersumpah, bersumpahlah. Tetapi buat niat lain – niat untuk menolong P.H. Niat lebih diterima dari sumpah paksa yang dilafaz.

32 thoughts on “CARA NAJIB TIPU

  1. Nani D. Apr 25,2018 3:08 AM

    Salam. Pakcik. Polis-polis DiLanun Malaysia ni biadap bukan dari zaman najib tapi dari zaman pakcik dulu dah ada dah tapi dulu ada geng-geng ikat guni tauk dalam laut jadi depa tak berani nak melampau sangat tapi hari ni depa peras ugut rakyat, samseng, biadap, mintak duit kat orang suka hati depa ja. Saya tak tau pun sprm Tu wujud. Mungkin wujud untuk menteri buat duit untuk perut depa ja kot. Takdak apa tindakan pun. Munafik-munafik Tu selali bagi alasan ‘nak buat Gena kami ikut arahan’ sedangkan depa yang pilih keja Tu. bekas menteri buat hutang dalam negeri selepas lantik menteri baru takdak apa tindakan pun yang diambil. Depa hidup takdak masalah. Pikiaq macam mana nak curi duit saja. Perlis Shahidan buat hutang waktu dia ada jawatan lebih banyak dari kerajaan pusat. Mat Isa sabu takdak fungsi, Azlan Man nampak macam ikut cakap lanun yang syok sendiri mengaku raja. Lanun ni melancong sana sini guna nama agama. Depa keluaq sempadan boleh duit dah. Orang MALAwi ni hidup susah lama mana dah. Hari ni jadi melayu tak Mau berkembang dah. Orang-orang politik takdak satu pun yang kata nak hapuskan korupsi. Yang ada hanya nak hapuskan Najib. Bukan Najib sorang lanun pencuri korup dalam negara ni. Kami orang awam ni bangkit pagi jenuh pikiaq nak cari makan lagu mana. Tang mana lagi nak mengeluh? Tang mana lagi nak cakap? Takdak apa perubahan pun. Orang awam ni berjuang lebih dari orang politik tapi yang letih lesu pun orang awam dapat lagi teruk. Saya mintak sangat-sangat kat pakcik tolong mula balik dari kosong. Jangan pakai orang-orang yang ada hari ni untuk kerajaan. Salam

  2. mohdharris Apr 23,2018 2:10 PM

    Salam Tun,

    Dengan izin Allah, Pakatan Harapan akan menakluk Putrajaya manakala Warisan akan menakluk Sabah.

    Sekian.

  3. Hajar Apr 20,2018 10:22 PM

    Salam Yang Amat DiHormati dan DiSanjungi Tun,

    1. Jika kita (umat Islam) terpaksa memilih antara dua kemudharatan, kita wajib memilih yang kurang mudharat (mudarat) nya kepada Agama, Bangsa, dan Negara.

    2. PM yang sudah terbukti PECAH AMANAH, dan tidak bersih serta menyalahguna kuasa, tidak wajar lagi diberi peluang untuk menjadi PM. Umat Islam wajib memilih pemimpin Islam yang AMANAH.

    3. Pemimpin ialah pemegang amanah, dan cuma orang bodoh serta dung* saja yang masih mahu memberi amanah kepada seorang pemimpin yang telah sah pecah amanah. Sudahlah korup, boros, dan ‘blur/lemah’ pula. Habis aset-aset dan tanah-tanah berharga digadai & dijual kepada warga asing untuk membayar hutang keliling pinggang.

    4. Saya menolak PM Najib @ Ah Jib Gor sebab beliau PECAH AMANAH (sebab utama).

    5. DSN juga menipu rakyat berkenaan 1MDB. Beliau sanggup menipu demi mempertahankan Si Low Taek Jho, teman subahat beliau dalam penyelewengan wang 1MDB (wang rakyat/Negara). Apa lagi yang boleh diharapkan dari seorang penipu, pencuri dan penyangak?

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  4. Baba Apr 19,2018 11:12 PM

    @Tajjudin.

    Tun wants to set things right for his beloved country. At this most trying moment, our country needs someone with experience and wisdom to lead and set its course in the right path. What’s wrong with a 93-year old man who is sharp and witty leading the premiership. It’s definitely much better than a heartless fellow, born with a silver spoon in his mouth & who doesn’t feel the sufferings of the rakyat.

  5. huda Apr 19,2018 12:55 PM

    Baru saya tau kat gambar tu jawapannya. Gambar yg saya nampak sekumpulan masyarakat cina dimeja makan. Botol arak dilukis dengan bulatan merah dan ada bendera pas digantung.

    Tidak nampak seorang pon pemimpin Pas disitu, melainkan pada sebelah kanan ada caption yg kata majlis makan malam pakatan rakyat. Tiada nama individu yang di tag…. bla..bla.. bla.. blaa.. admin suruhanjaya pas melaka yg tulis.

    Terima kasih lagi sekali sebab dedahkan saya baru perasan. Rupanya majlis seumpama ini merupakan hal biasa bagi pakatan pembangkang.

    Anak.muda tak kira lah dia parti apa pon Pas ke amanah ke ummo ke kalau melibatkan perkara yang agama larang kita harus benci. Senang citer jangan jadi orang bodohh sebab politik. 🙂

    Jgn pulak lepas ni melompat ke isu DS Najib curi berbillion ringgit bla bla bla… dedak… kleptocrat… rosmah.. cincin… gst.. tak larat nk taip panjang-panjang. Itu belom lagi negara kene gadai lah apa lah.

    Sekian.

  6. Anak.muda Apr 19,2018 1:31 AM

    @huda
    alamak saya ni xberape tahulah.tapi tujuan saya bagi pada awak link tu suruh baca puas2..

    jawapan pada soalan awak tu ada didalam link tu.nak terima atau x terpulang pada awak..tgk sendiri gamba dalam link tu ada juga majlis yang pas anjur sendiripun ade orang hidang arak atas meja. jadinye untuk jawapan yang lebih tepat dan jitu ape kate awk tanye ulamak besar haji hadi awang kenapa majlis pas sendiri hidang arak? mesti lebih tepat kalau jawapan tu keluar dari mulut ulamak besar seperti hadi awang ni.

  7. huda Apr 18,2018 11:17 AM

    @Anak.muda

    terima kasih anak muda sebab sahkan hal hidangan arak dalam majlis tu. Memang betullah belaku. Saya memang takde kat sana, sudah bagitau awal-awal saya copy and paste 🙂

    Persoalan yang saya nak tekankan dekat sini hukum orang islam pergi ke majlis yang ada dihidangkan arak?

    Saya copy paste lagi sekali yer supaya anak.muda hadam

    Baru buat Majlis penamaan calon, belum menang lagi dan hidang arak terang terang, lepas tu bila hidang tentulah kena asing, orang islam duduk luar makan makanan halal, orang bukan islam minum arak dalam dewan berhawa dingin.

    Orang islam parti tu nak selamatkan negara, sanggup makan luar dewan takpe.

    Orang bukan islam parti tu pulak nak selamatkan negara, puasa arak dua tiga jam pun tak boleh.

  8. Anak.muda Apr 17,2018 10:52 PM

    @huda
    https://www.amenoworld.org/2018/04/hidangan-arak-di-majlis-penamaan-calon.html?m=1

    awak ada disitu ke?atau sekadar baca dari blog/facebook macai umno dan pas?

    memang betul kita semua nak masuk dalam mulut naga.untuk berlindung dari tsunami melayu-cina-india yang akan bakal melanda 9hb ni dan akan menghancurkan pengkhianat2 negara dan perosak negara.

  9. huda Apr 17,2018 11:09 AM

    https://www.ismaweb.net/2018/04/15/arak-netizen-kecam-majlis-dana-pru-anjuran-harapan/

    Baru buat Majlis penamaan calon, belum menang lagi dan hidang arak terang terang, lepas tu bila hidang tentulah kena asing, orang islam duduk luar makan makanan halal, orang bukan islam minum arak dalam dewan berhawa dingin.

    Orang islam parti tu nak selamatkan negara, sanggup makan luar dewan takpe.

    Orang bukan islam parti tu pulak nak selamatkan negara, puasa arak dua tiga jam pun tak boleh.

    Nampak tak permainan mereka? copy paste dari seorang sahabat

    Jangan gelojoh sangat nak keluar mulut buaya, takut-takut nanti kemulut naga perginya

  10. Tajul Muhamad Apr 17,2018 12:54 AM

    Assalamualaikum Tun

    Semoga Tun sihat sejahtera hendaknya.
    As a suggestion, apa kata Tun umumkan siap2 skg cuti umum seluruh Malaysia pd 10 May ni (Khamis) if PH wins the GE

    Then no need for us to kelam kabut nak balik KL right after mengundi, thus will incerase the number of voters like us to balik kampung to vote

    Then the stupid strategy on setting the GE on Wednesday will backfires najip.

    What say you, Tun?

    I’ll always be on your side.

  11. Krisemas Apr 16,2018 5:59 PM

    Tak ada maruah ler. Apa sudah jadi. Yang salah dilindungi dan disokong. Upside down. Tunggang terbalik never a good thing. We all will pay the price one day.

    Mahathir. Tak usah lawan la. Tak menang punya. Saya nak bagi formula, tak nak. Sombong.

  12. rodin Apr 16,2018 12:47 AM

    Pandangan Tun dlm dilema melayu dirujuk. Mengapa melayu mudah takut, lupa diri, jual maruah?
    Mungkin inilah masa kita berhijrah menentukan pemimpin yg akan menjaga kita. Bukan cuma bg duit kenduri, kematian seperti jabatan kebajikan tetapi menentukan pengurusan negara dilakukan dengan penuh tanggung jawab dan amanah.
    Kerahsiaan mengundi? Tak ada siapa nak bazir masa nak cari siapa undi siapa kalau pun boleh dikesan. Saya dah undi pembangkang sejak lama. Tak ada kesan pun.
    Keluar mengundi dengan berani. Tunaikan hak dan tanggung jawab menentukan masa depan generasi akan datang.
    Akhir sekali semoga Allah merestui perjuangan Tun dengan kemenangan. Amin

  13. semakanonline Apr 12,2018 2:58 PM

    Terbaik Tun. Semoga berpihak kepada kita!

    ~ Semakan Online

  14. anaki Apr 12,2018 12:54 PM

    Salam Tun,

    Ada maksud untuk pilih hari RABU untuk GE14 ini.

    R – Rakyat
    A – Akan
    B – Buang
    U – UMNO

    R – Raya
    A – Asal
    B – Bukan
    U – UMNO

    BN kata cinta Rakyat tapi pilih Rabu untuk susahkan Rakyat utk balik kampung mengundi!!! Cakap tak serupa bikin, ini contoh yang baik apa yang BN selalu buat!!!

    Saya sokong Tun walaupun Tun banyak yang salah buat masa 22 tahun kerja PM, tapi Tun sudah insaf, ini yang sangat penting, untuk Tun ada perluang untuk membertulkan apa yang Tun buat dahulu. Tun nampak lebih jelas siapa orang dan siapa hantu masa Tun sudah bersara. Harap2 semoga Tun sihat2 utk mengetuai PH dan Malaysia untuk masa hadapan negara tercinta ini.

  15. Cal Apr 12,2018 11:18 AM

    One thing I disagree with you, Tun, since I am boring.

    Pen is not mightier than sword. Else you can write a letter to persuade PM to resign ready.

    We must study the PM’s theory of

    “Tiga Hujung”

    First Hujung are hujung lidah and hujung pen which implies diplomacy.

    Second Hujung is hujung pedang implying war.

    The third hujung refers to the male genitalia aka pentration implying marriage.

    So the conclusion is as follow

    “The penis is more potent than a pen.”

  16. asahamat Apr 12,2018 11:05 AM

    Assalamualaikum wbt Tun

    Good that you n most people are now talking things to the people’s heart. Keep up n keep improving.

    (2) Anak muda depa nak hapuskan rasuah dan ketelusan. Jika dua benda ini tidak wujud, In Shaa Allah 30-50% duit Negara selamat. Kita boleh ada banyak duit utk bina Negara. Itulah kunci Negara Islam Maju.

    (3) Golongan rakyat biasa, depa nak hidup senang sikit dlm keadaan Negara mara maju. Kita tak mau sesak hidup biar Negara majupun. Negara maju, rakyat koi senang adalah apa kita mahu. Pakat ada rumah. Nak pi mana, murah n mudah. Makan, pakai, kesihatan, pelajaran n hiburan sikit2 murah. Kerja setaraf kelayakan banyak dan gaji sepadan. Keselamatan baik di mana2. Utk beramal ibadatpun teratur, mudah dan selesa.

    (4) Maka rakyat kena undi PH utk perbaiki apa yg rosak. In Shaa Allah, itulah kehendak esp PKR dan DAP dari lama dulu n lani disokong oleh Amanah n Bersatu. So, Tun dah bagi Najib MO1 ni gelaran 4P – Penyamun, Pencuri, Penipu dan Penyangak. Saya dok tengok2 dlm adat Melayu bahkan dalam Al Quranpun, selalunya bila sesuatu @ seseorang itu banyak sifat buruk @ baiknya, maka akan ada satu sebutan utk sum up semua sifat2 itu. Tun dah guna istilah2 penyamun, pencuri, penipu dan penyangak kpd Najib MO1, maka ikut adat Melsyu, pasti ada satu istilah khas utk merangkumi semua istilah2 tersebut.

    (5) Jepun dan Jerman dulu jahat. Apa depa tak buat? Kita tak tunduk hormat depa tampak. Depa dahaga, depa paksa kita panjat nyiok utk depa minum. Perempuan kita depa sapu. Beras kita depa rampas. Macam2 perangai buruk depa. At last, kebencian Melayu memuncak, dan Melayu bagi gelaran Jepun ni PEMERAS. Tidakkah ugut, tangkap, serang, cukai n segala apa bala sekarang yg terjadi di Negara ini bukan sifat keji PEMERAS? Saya rasa rakyat akan sanggup buang BN jika depa dapat dibrandingkan sebagai PEMERAS. BN PEMERAS. Depa kaki perah.

    (6) Selamatkan Msia dari PEMERAS. Jadikan itu slogan baru PH n In Shaa Allah ada kesannya.

  17. mohdharris Apr 12,2018 8:46 AM

    Salam Tun,

    Semoga Allah merestui dan memberkati perjuangan Tun selama ini, dan kemenangan dalam PRU14 berpihak kepada PH dan Warisan.

    Salam.

  18. Cal Apr 12,2018 12:51 AM

    After all fails, still have May 13 option.

    All the things written are textbook.

    Najib is only 2nd author.

  19. rimba.emas Apr 11,2018 11:23 PM

    Salam Tun.

    1. Ada yg telah kaji rekod peratusan tertinggi keluar mengundi adalah lebih kurang 85% yg jatuhnya pada hari Ahad. Selainnya adalah di bawah peratusan itu pada hari cuti dan juga bekerja.

    2. Baru-baru ini wawancara Astro Awani bertanya wakil SPR seorang Peguam cara. Katanya hari cuti bukan penentu atau faktor untuk peratusan yang tinggi keluar mengundi.

    3. Begitulah keadaannya bila seorang yang di beri tauliah dalam sesebuah organisasi akan keluar kenyataan mengikut kata hatinya bukan kehendak rakyat ramai.

    4. Sepatutnya sebagai wakil rakyat yang kita pilih calon itu tidak lebih hanya penyampai kehendak rakyat. Sebelum pilih kita kena senaraikan kehendak rakyat. Calon yang kita pilih kena ikut senarai kemahuan rakyat bukan yang di kemukakan calon itu sendiri.

    5. Masaalahnya semua ini hanya boleh berlaku bila kesemua perkara penipuan dapat di hapuskan dalam pentadbiran SPR. Pastinya perkara-perkara yang salah laku itu hanya dapat di hapus selepas pilihanraya dan kemenangan pada pihak Pakatan Harapan.

    6. Boleh jadi perkara yang Tun kemukakan itu telah pernah di lakukan dahulu menyebabkan BN tidak pernah kalah walau pun sokongan berkurangan.

    7. Maafkan Rimba Emas kerana kurang yakin terhadap ramalan kemenangan berpandu kehadiran orang -ramai pada siri ceramah-ceramah.

    8. Malah ramalan-ramalan pilihanraya terbaru di AS sendiri terbukti tidak tepat termasuklah oleh golongan di katakan pakar-pakar bijak pandai sepertimana kita Malaysia lebih utamakan juga golongan ini.

    9. Malang sekali cara penipuan ini tidak dapat di atasi secara undang-undang. Hanya mengharap peratusan keluar mengundi 100% pun masih berisiko kerana lebihan hanya dalam 30%.

    10. Harapan sebagaimana ramainya himpunan bersih tempoh hari di tukar pada kehadiran untuk keluar mengundi dan dapat KEPASTIAN semua golongan ini adalah pemangkah logo KEADILAN .

    11. Mohon doa kepada tuhan agar membuka pintu hati golongan yang tersesat kembali ke pangkal jalan serta pihak Majikan yang di rahmahkan tuhan memudahkan pengundi atau membantu rakyat dapat hadir untuk mengundi pada Pru 14 nanti.

    Wallahua’lam.

  20. Hajar Apr 11,2018 11:06 PM

    Salam Yang Amat DiHormati dan DiSanjungi Tun,

    1. Tun tulis: “12. Jika disogok – ambil sahaja wang dan hadiah. Wang dan hadiah ini datang dari wang pengundi sebagai rakyat yang dicuri oleh Najib.”

    Saya tidak bersetuju dengan Tun tentang perkara di atas. Ini bermaksud, rakyat (sesiapa saja) boleh mengambil sogokan (rasuah) dari Kerajaan (walaupun Tun sebut ‘Najib’). Nanti ada yang tersalah anggap. Wang curi tetap wang curi, dan bukan semua rakyat dapat wang sogokan tersebut walaupun mereka juga berhak.

    2. Saya juga tidak bersetuju dengan kenyataan Tun pada poin 14. Tidak perlu bersumpah jika tidak bersetuju dengan perlakuan curang dan memang salah atau apa saja perkara yang diharamkan oleh Allah SWT (kecuali dalam keadaan di mana nyawa memang diancam – bukan kerana takut ‘periuk nasi terganggu’). Ini juga boleh megelirukan sesetengah pihak.

    Tun tulis: “14. Jika disuruh bersumpah, bersumpahlah. Tetapi buat niat lain – niat untuk menolong P.H. Niat lebih diterima dari sumpah paksa yang dilafaz.”

    3. Apapun, segala bentuk PENIPUAN tidak akan dapat menjamin Kerajaan Kleptokrasi pimpinan PM Najib @ Ah Jib Gor untuk menang pada PRU-14, 9 Mei 2018 nanti. Allah SWT yang akan menentukannya (dengan pelbagai cara; contohnya, majoriti rakyat termasuk ahli-ahli UMNO/BN dibukakan hati mereka untuk menolak rejim Najib – BN).

    4. Eloklah kita bersangka baik (tidak bersangka buruk) dalam perkara-perkara yang kita tiada bukti kukuh (amat besar dosa memfitnah – tidak pasal2 dapat dosa besar).

    5. Tetapi, wang RM 2.6 Billion di dalam akaun peribadi PM Najib @ Ah Jib Gor memang disahkan benar oleh pelbagai pihak. Ini bukan berita palsu. Wang SRCI sebanyak RM42 juta pun masuk ke akaun peribadi DSN (memang disahkan). Saya pun pernah ada pihak yang pindahkan ratusan ribu ringgit ke akaun peribadi saya (memang sah ada dalam akaun saya), tetapi bila bank tanya, saya beritahu sumber sebenar (boleh ‘trace’), dan tidak pula saya buat cerita dongeng yang ada individu baik hati yang menderma wang tersebut kepada saya. Menipu (‘wang derma’) pun tak masuk akal! Alahai…Tapi ada orang dung* yang percaya.

    Saya sentiasa mendoakan usaha murni Tun dan yang lain-lain (yang ikhlas berjuang untuk Agama, Bangsa dan Negara) akan berjaya. Insya Allah.

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  21. arepeiq Apr 11,2018 10:51 PM

    That’s what you think. Many of us would rather have TDM than to choose a kleptomaniac and his consort. The whole world is of the perception that he is one and surely, there is no smoke without fire. Not just with the sovereign fund, but also many other monetizing acts.

    So, I’d rather have Tun, the Statesman, than someone who embezzles without shame.

  22. Gramoxones Apr 11,2018 10:18 PM

    SATU LAGI PENIPUAN NAJIB…BAWAK MASUK RAKYAT BANGLADESH RAMAI RAMAI SURUH UNDI BN……ABIS MALAYSIA…..NENGOK AJER KAT KL……

  23. yiemega83 Apr 11,2018 9:15 PM

    “Ya Allah Sekiranya Rejim Najib Bin Razak bersama tenteranya Barisan Nasional menang PRU Kali ini dengan cara menipu Kau Turunkanlah Bala Bencana yang Amat Dasyat agar mereka insaf di atas perbuatan mereka”

  24. Noor Faiza Apr 11,2018 7:08 PM

    Macai2 Najib dah gelabah. Masuk blog Tun cakap rakyat tak sokong Tun. Poodaaahhh!

    Cubaan yang sia2. Sebab rakyat dah tak tahan dengan BN. Kami sokong Tun. Hidup Tun.

  25. asahamat Apr 11,2018 6:49 PM

    Assalamualaikum wbt Tun.

    Segala strategi utk membunuh Tun, Bersatu dan PH telah terbentangkan. Jika ada sisa2nya, saya menduga lebih kpd serangan pribadi dan last minute dish out.

    (2) PRU pd hari berkerja ie Rabu I would say among the most killing one. Sebabnya, golongan anak muda di perantauan harus disekat utk susah dan malas mengundi. Mereka most likely to vote to protess. Tun boleh menduga ke mana hala tuju undian mereka.

    (3) Utk mengatasi hadangan ini, saya kira PH boleh lakukan dua perkara penting. (a) Compensate these voters if need be for them to take unpaid leave n thus travel back home for the sake of Selamatkan Negara iff PH won the coming election. (b) Definite PH need to organise these people to really come home to their Kampungs n to tell their parents, relatives n friends – enough is enough. (c) Good to win over all those private sectors to b generous enough to allow these people to have their leave to vote. They must b convince that PH winning is paramout to Msian International Image rebuilding as key factor to strengthen our Ringgit. Our under valued Ringgit is all about our international reputation due to our bad governance image.

    (4) Saya berharap, PH khususnya Bersatu yg “telah haram” utk bertanding menggunakan lambang PKR agar diteliti dari semua sudut. Administratively n legally everything must b made correct n unrebutable.

    (5) Syukur kehadrat Ilahi, khasnya kpd PKR, Bersatu dan DAP kerana berani dan bijak memilih lambang PKR sebagai wadah perjuangan. Manusia kehendak kita lain, ketentuan Allah lain. Saya yakin Allah sedang memberi isyarat bhw tiada siapapun antara PKR, Bersatu n DAP (dan Amanah) adalah juara. Everybody r equal n everybody need to respect everybody to succeed. Tahniah. In Shaa Allah rakyat dan PH at last akan menang bergaya dan bermaruah. Dunia In Shaa Allah akan tabik hormat kpd kita.

  26. musato Apr 11,2018 2:53 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Huda,

    Tolong tunjukkan bukti 1MDB bahawa Tun ni menipu saya dan hanya menyebarkan berita yang tidak benar.

    Dan kenapa 2.6b perlu dimasukkan dalam akaun peribadi PM Najib?

    Terima kasih Huda.

    Terima kasih Tun.

  27. arim Apr 11,2018 2:39 PM

    Najib mencuri duit rakyat, menipu rakyat dan menindas rakyat. Ini lah salah laku beliau yang Allah melarang kita menyokongnya dalam Firman Nya berikut:

    Surah Hud (11) ayat 113: Dan janganlah kamu cenderung kepada mereka yang melakukan kesalahan, kalau kalau api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada penolong melainkan Allah. Kemudian kamu tidak akan ditolong.

    Mereka yang memaksa kita bersumpah menyokong Najib dengan sogokan melakukan berbagai kesalahan terhadap Allah. Sumpah kita tidak ada kesan kerana semua perbuatan yang dilakukan melanggar larangan Allah.

    Sumpah laknat sebenar adalah diantara dua pihak; mereka yang menuduh dan mereka yang kena tuduh. Cara melakukanya diterangkan didalam surah An-Nur (24) dari ayat 6 hingga ayat 9. Kalau Najib berani bersumpah laknat dengan sesiapa yang menuduhnya, silakan.

  28. Tajuddin Apr 11,2018 2:34 PM

    Nice way to pre-empt a loss, Tun. One has to be really naive to believe you. To say that 90% of people don’t support Najib is a blatant lie.

    Does that mean, 90% of the people in Malaysia support you? Not from what I have gathered talking to friends, relatives and even strangers. Even among DAP grassroots, don’t support you. The leaders may, for the own political survival, but not the layman.

    The actual fact is, no one wants a 93-year-old as their elected rep what more as his PM. He will spend more time at IJN than his “kawasan”. I’d rather vote for a young, first-timer than to vote for you. You will lead us only to the grave…

  29. musato Apr 11,2018 1:03 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Dulu dalam tahun 2010, selepas 2 tahun saya menulis di sini, barulah saya berusaha untuk bersemuka dengan Tun. Berhari raya di rumah terbuka Tun.

    Difahamkan seramai 10 ribu orang ramai serbu ke rumah Tun.

    Saya minta bergambar dengan Tun, Tun bagi. Saya minta tandatangan Tun, Tun bagi juga.

    Tun siap bagi duit raya lagi pada orang ramai. Anak anak saya pun dapat rm5 seorang. Dua orang dapat sejumlah rm10.

    Terima kasih Tun atas kebaikan Tun. Letih melayan tetamu seramai 10 ribu orang semata mata kerana mahu menyambut kedatangan salam perkenalan saya.

    Pada hari itu, pada hari raya ke 3, saya tak dapat cuti pun sebenarnya walaupun saya dah beritahu majikan saya yang saya mahu ke rumah terbuka Tun.

    Jadi saya ponteng kerja. Ketua saya telefon, saya tak angkat.

    Saya anggap perkara tersebut adalah kecemasan, kerana sepanjang penulisan kita di sini, setiap isu akan diselesaikan dengan cepat dan dianggap penting.

    Jadi saya beranggapan Tun juga sedang bersiap sedia menunggu kedatangan saya.

    Ternyata ianya betul.

    Maafkan saya sekiranya saya menyusahkan Tun. Saya cuma rakyat biasa. Bergaul dengan penyapu jalanan dan orang orang susah.

    Kerana itu apabila saya menulis. Saya menulis dengan serius. Bila mahu bercakap dengan saya, saya tidak akan senyum. Riak muka saya serius.

    Bagaimana saya mahu senyum sekiranya saya perlu memberi nasihat dan pendapat kepada bekas PM 22 tahun Malaysia dan terkenal di seluruh pelusuk dunia tatkala tiada lagi teman teman Tun yang bersiap siaga?

    Dalam keadaan tergesa gesa, saya bertolak tanpa persiapan yang secukupnya. Berpusing pusing saya mencari lokasi rumah Tun.

    Akhirnya dalam jam 3 petang dan jamuan pun dah hampir tamat barulah saya sampai ke rumah Tun. Tetapi masih kena beratur panjang.

    Jadi, nasihat saya, marilah kita beramai ramai ponteng kerja pada 9 mei nanti.

    Marilah kita mengundi. Marilah kita ponteng kerja.

    #pontengkerja
    #marimengundi
    #pontengkerja

    Terima kasih Tun.

  30. huda Apr 11,2018 11:54 AM

    Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

    (Al-Hujuraat49:6)

    Tun…. ini Allah pesan dalam AlQuran bukan hadis nabi. Bila sampai berita selidik.

    Tunjuk bukti bukan wujudkan sentimen benci DS Najib membuta tuli macam ni.

    Pegawai kerajaan diugut sokong BN? Ahli keluarga saya orang kerajaan ini tidak belaku pada mereka.

    Ini ke Tun yang kita nak angkat jadi pemimpin. Dah macam pakcik-pakcik sembang politik kat kedai kopi.

    Hentikan lah sifat terburu-buru Tun. Dah banyak yang Tun rosakkan. Rujuklah orang yang faham agama tentang menghadapi pemimpin yang Tun tak suka ni.

    Jangan tanya ustaz Amanah, jangan tanya Dr Maza, apatahlah lagi ustaz Pas yang Tun menyampah. Carilah orang yang benar-benar berkecuali.

    Saya faham usaha Tun nak selamatkan Malaysia. Tapi kalau usaha kita bukan jalan yang Allah redha bukankah penuh sia-sia.

    Wallhu a’lam

  31. abdul rasid Apr 11,2018 11:06 AM

    Salam Tun,

    ini saya yang sebut Tun sebagai , the old man of malaysia, the man of soul, the man of degree and a protected man.Cara mereka kan menipu perlu kita pastikan tidak berjaya.
    1) MI dan SB sudah meresap dalam SPR sebelum PRU
    2)Kerja mereka saperti Tun tahu adalah menolong BN untuk meneng undi
    3)Mereka sudah siap markas peti undi di semua kawasan
    4) semua kawasan undian telah ada hidden camera
    5)Pastikan kalau ada short circuit pasti jangan lepaskan peti undi, kena pegang kuat kuat supaya tidak ditukar
    6)Mereka akan tahu berpa ramai yang mengundi dan markas akan siapkan jumlah yang sama yang mengundi dan kereta yang membawa peti undi akan tykar dengan yang mereka sediakan.
    7)Periksa kereta supaya tidak ada compartment yang mempunyai peti undi
    8) Akan ada 2 kereta yang akan mempunya number plat yang sama.
    9) Pastikan yang sampai yang membawa peti undi yang sebenarnya.
    10) Akan ada kereta yang plat yang sama akan masuk dengan peti undi yang palsu, berhati hati.
    11)Pastikan minta pertolongan ex veteran tentera dan polis untuk memaantau markas markas yang telah diwujudkan dan serbu sebelum mmereka bertindak.Mereka akan siapkan peti undi deneg 70% di beri epada Bn dan 5% undi rosak yang lain faham faham saja.Ini berlaku kat Sarawak voter turn out and the final % did not tally.
    12)If the SPR were to predict the % of those who are going to vote there is something fishy.
    13) as for army/police and postal votes the specialty lies in MI/SB and you should know how Karpal Singh lost in Jelutong.
    Finally Pakatan /Warisan will win 150 Parliment seat, this is the vision I got * months ago and the support for BN is only !5% in peninsula Malaysia.

  32. abbasziae Apr 11,2018 10:46 AM

    Vote for Tun…Always and Forever..

Leave a Reply