TOTAL VISITORS FROM 2008:

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 37

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Selamat hari raya Aidil Adha kepada semua rakyat Malaysia yang beragama islam. Alhamdulillah kita boleh rayakan hari raya Aidil Adha ini dalam keadaan aman dan tenteram.
Dan negara kita sekarang ini tidak lagi berasa curiga terhadap kerajaan yang memerintah yang memegang kepada lunas lunas ajaran Islam. Dan kita bershukor dengan kerana nya.
Saya sekali lagi menyatakan kesyukoran kita kerana keadaan sudah pulih dinegara kita dan kita boleh rayakan hari raya Aidil Adha ini dalam keadaan aman damai.
Sekian terima kasih.

 

37 thoughts on “SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

  1. tamchi Sep 5,2018 1:14 PM

    ***
    Asalamualaikum slmt tghari,
    Suara di halkum, hasrat dihati..
    Hendak cerita apa misteri..
    Kpd siapa.? Entah tak pasti..?

    Kajang pak malau, siapa nk halau..?
    Mngkuang yg layu, siapa nk bantu..?

    http://m.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/peniaga-uptown-danau-kota-bakal-dipindahkan-sementara-1.738193

    Entahkan sudi, Entah terima..
    Suara dhati, penjaja kaki lima..

    *
    Kalu crita kt tn. Zainal Nor, buleh ke Tun..?

  2. HBT456 Sep 4,2018 11:41 AM

    With the tajuk above, how many cows need to be slaughtered for this musim perayaan?

    Instead, they see other animals being slaughetered for other musim perayaan as threat to their bangsa mahupun kesucian agama mereka, dont you think they dont respect themselves as muslim mahupun other races in this country?

    When the greed of being rich overnight using bangsa and agama is more than than the fear of being poor themselves, i guess they will do anything just to get votes from their constituencies just to stay relevant.

    It is up to the voters of the constituencies under their watch to decide in next ballot boxes.

    Why each minister still needs 10 aides?

    Dont you think this would waste the minister time and taxpayer monies in just monitoring these 10 aides?

    For those who are asking for such budget, it is either they dont know their jobs or they dont have confident with themselves, dont you agree?

  3. tamchi Aug 30,2018 7:28 PM

    &

    **
    Bazar & Pasar Malam juga boleh jadi produk pelancongan..

    SriNakarin Night Market
    Bazar Chatucak, Bangkok
    SanTingLu Yiwu night Market

    …….
    Tapi di Msia, selalunya jarang ada upgrade atau penambahbaikan tapi yg paling selalu, cerita…
    Kita kasi pindah…!
    Kita kasi tutup..!

    http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/10/14/peniaga-downtown-cheras-minta-lbh-masa/

    Biasalah…
    Kerja mau mudah..!
    Senang mau bnyak..!

    https://www.google.com/amp/www.astroawani.com/berita-malaysia/bazar-tradisi-di-masjid-india-kini-ditutup-178992%3famp=1

    Yg terbaru… Bazar Uptown DanauKota pula nak dipindahkan..
    pulak..dah…

    Ehh..betul ke ni..??

    Kalu Petaling Street, kekal & naik taraf..
    Kalu Little India, bole upgrade..

    Entahlah Labu..!

    *
    Entahkan sudi.? Entah terima.?
    Hajat di hati nk mintak kerja,
    Menaburkan bakti di kaki lima..
    Suara di hati, kami penjaja..!

    ***
    Harap janganlah dipindahkan, para penjaja yg mmpunyai Lesen menjaja di Danau Kota tapi lakukanlah penambahbaikan…!

    & Saya juga mmpunyai berberapa cadangan, tp biasalah, Melayu ni bnyak kepala…

    *
    _______
    Asalamualaikum…..

    *****
    “SAYANGI MALAYSIAKU”

  4. Sharudin Jamal Aug 30,2018 1:54 PM

    Assalam Chedet,

    I like to wish you the best in celebrating our 61st Independence tomorrow. To me the 1957 Independence is nothing more that a symbol. We are still fighting for our independence after 6 decades of colonial freedom.

    We are still fighting for Financial Independence from the UMNO Warlords. The few in power are still ruling the country like feudal lords, hogging the masses of wealth for them and their families. How does a government in an iddy biddy country like Malaysia can allow politicians to have so much wealth? It is almost sinful with the kind of wealth that they accumulate. As if there is no check and balance within our administration.

    There is also the Religious Independence that is in question here. The Muslims are governed by two legal systems. While the other Malaysians are free to choose their religions, Muslims are not free to choose. Once you are a Muslim, you are set for life. This is a contradiction to the basic rights of the country.

    A Muslim cannot have a will and must follow faraid, a Muslim cannot be a transgender and a Muslim cannot eat in public during Ramadan. To further inflict the insult, a Muslim carries Islam in his identity card.

    The most disturbing one is the Freedom of Expression. Until the time when we are free to speak out freely, we are never independent. The masses are always under the control of the so called Big Brothers. It was proven that those in power are more interested to maintain status quo to serve the few. The masses are only tools to achieve these goals.

    In this Malaysia Baru era, we need a government who can serve the people. We had witnessed how power without control had taken us to the dumps.

    There is a lesson to be learned throughout this course. That lesson is, POWER CORRUPTS!

    Therefore Chedet, quis custodiet ipsos custodes? Who is guarding the guards?

    Sine cera,

    SJ
    MSC 0072
    30/8/18

  5. tamchi Aug 30,2018 4:38 AM

    https://youtu.be/DVE5JLBWeF0

    Asalamualaikum, selamat pagi…
    Minggu lepas raya Haji..
    Sambut Merdeka minggu ini..
    MALAYSIA, kita sayangi…

    https://youtu.be/NTUTs4GserU

    Semoga Malaysia makmur harmoni..
    utk warisan temurun generasi..

    *
    http://www.kalendarhijrah.com/tukar-tarikh/?tarikh=19250710

    Allah Selamatkan Kamu
    Allah Selamatkan Kamu
    Allah Selamatkan Kami semua
    Allah Selamatkan Kamu..

    ***
    Kurangkan gula dlm minuman..
    Tambahkan manis dlm senyuman..☺

  6. Hafiz W. Aug 29,2018 11:21 PM

    Assalam Tun M,

    Izinkan sy utk memberi cadangan berhubung isu LGBT yg sudah pun menjadi momokan dan buah mulut masyarakat umum dari SEGENAP LAPISAN MASYARAKAT di Malaysia.

    1. Mohon beri teguran kpd YB Menteri Agama yg baru kerana kenyataannya banyak diputar belit. Tidak semua kenyataan perlu melalui press conference. Adakalanya “silent argument” lebih baik.

    2. Rujuk Mufti / ulama yang berkredibiliti sebelum membuat liputan media. Kenyataan yg bersifat terlalu general seperti “hak sama rata utk semua rakyat termasuk LGBT” sgt mudah utk disalaherti. Seolah2 memberi pengiktirafan kpd golongan fasik ini yg jelas dilaknat Allah di dalam Quran. Perlu diingat tiada mana2 perlembagaan yg letaknya di atas Quran.

    3. Menteri Agama dan Timbalan Menteri Agama kedua2nya bukan ahli agama kerana kedua2nya merupakan ahli dlm bidang bahasa dan psikologi. Pemantauan berterusan perlu dilakukan oleh Mufti Wilayah supaya kedua2nya tidak lari dari landasan agama yg betul. Tidak mungkin seorang tukang kayu disuruh melakukan kerja tukang besi bukan. Nampak sama tapi tak serupa.

    4. Dakwah kpd pihak LGBT memang perlu dilakukan tetapi dengan tegas. Tidak mungkin seorang perompak itu dipanggil secara lembut oleh seorang polis jika telah jelas mereka melakukan kesalahan di khalayak umum. Inikan pula pihak LGBT yg jelas melanggar dan menolak hukum Allah. Seperti seorang perompak yg mahu dibebas walaupun telah merompak ribuan/jutaan ringgit, kononnya atas nama hak kemanusiaan?

    5. Mohon pertimbangan yg sewajarnya dari Tun kerana pihak LGBT sedang dan sudah pun menggunakan ruang yg diberi ini utk memperjuangkan “hak samarata” mereka.

    Cukuplah sejarah Nabi Lut yg Allah rungkaikan secara jelas dlm Quran. Semoga kita tidak menjadi bangsa kedua yg menerima bencana dan laknat yg sama selepas kaum Nabi Lut, nauzubillah.

    Akhir sekali, sy doakan semoga Allah memberi kesihatan dan kesejahteraan yg berpanjangan kpd Tun dan isteri.

    Yg benar,
    Rakyat biasa

  7. Anak.muda Aug 29,2018 6:59 PM

    Assalamualaikum tun.

    1.https://m.malaysiakini.com/columns/440752

    2.selepas membaca penulisan hishamuddin rais ini saya rasa anwar ibrahim tidak pernah berubah.sebelum ini saya pernah menulis manusia memang sukar untuk berubah kecuali ditimpa bala tetapi anwar yang telah dipenjarakan berpuluh tahun, saya tidak tahulah bala apa lagi yang perlu menimpanya untuk membuatkan die berubah.

    3.sejurus anwar keluar dari penjara, terus anwar menyibukkan diri berceramah kemerata tempat, panggil media dalam dan luar negara membuat temubual, terus terangnya antara perkara paling meluat yang saya dengar adalah apabila dia tak habis2 asyik mengulang ayat “SAYA SUDAH MAAFKAN SEGALA KESALAHAN DR MAHATHIR”..orang tua kaki liwat ni dah gila atau apa sebenarnya?

    4.antara benda bodoh yang keluar dari mulut anwar yang nak buat saya gelak guling2 adalah apabila anwar berkata “najib aniaya saya, humban saya dalam penjara(kes liwat 2) takpelah saya maafkan, tapi kes curi duit rakyat itu tak boleh dimaafkan”

    5.anwar baru sahaja menang saman KJ rm210k sebab kj pernah bagi ceramah cakap anwar main hadi dan kit siang due2 dari belakang.kes bodoh macam tu setakat percakapan kj macam tu pun disamannya, tapi kes najib fitnah anwar, najib humban anwar dalam penjara. Yang tu takpelah anwar sedia memaafkan.nanti kalau anwar nak saman atau usulkan supaya siasat kes tu balik, terkeluar cerita sebenar yang sebenarnya liwat tu dilakukan suka sama suka kantoilah pulak.

    Selamat hari raya aidiladha tun.semoga tun tun diberikan kesihatan oleh tuhan.semoga tun dapat membuat keputusan yang terbaik untuk negara.kami semua sentiasa dibelakang tun.

  8. Sri Sense Aug 28,2018 3:55 PM

    Salam YAB Tun

    Maaf agak lambat singgah sini. Raya Haji pun dah habis. Tunggu Merdeka Day. Kat kawasan my house ramai dah pasang bendera. Kat pagar entrance pun ada banyak bendera berkibar.

    Dua hari sudah I pergi kedai rambut. Memang 2 minggu sekali, kalau ada masa
    kesini. Sambil mendandan rambut, the girl tanya I “Puan, dapat BR1M?”. Terkejut juga I yang sedang baca news bursa melalui smartphone dengan soalan tersebut. I jawab “Tak, memang tidak pernah apply”.

    Girl kata yang BR1M dah pupus, kasihan orang tua2, tapi telah digantikan dengan skim 40 ringgit sebulan.

    Masa tu I fikir dalam diam, 40 ringgit dapat beli apa? beras 5 kilo sekampit, 4 tin sardin jenama dari China, 250 gm ikan bilis, bawang sebungkus. Dalam I dok kira2, tiba2 girl itu bersuara, sama aje parti politik, lain kali pilih lain.

    Tersentak I, masa tu I fikir, kalau kat atas pun ramai orang tua kenapa pula orang tua dibawah dianiayai..hmmm

    That’s all for now.

  9. musato Aug 28,2018 11:59 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Saya setuju BRIM dihapuskan.

    Najib jawab dia kutip GST untuk bagi BRIM.

    Najib kata apa salah kutip dari orang kaya bagi pada orang susah. Kalau tak percaya baca blog Najib.

    GST kutip dari orang kaya bagi pada orang susah, begitulah maksudnya Najib. Betapa terharunya saya.

    Memang banyak komen negatif dalam fb berkenaan penghapusan BRIM.

    Apa yang nak dihairankan. Cuma 20% orang Melayu undi PH. Lagi 80% sudah termakan budi Najib. Biarpun Najib buat perjanjian dengan negara asing lalu makan diri rakyat sendiri.

    Yang 80% tu tak undi PH tapi PH tetap menang majoriti mudah 2/3.

    Orang Melayu masih nak bercerita pasal KUASA dalam politik?

    Macam ada orang kata dulu sebelum PRU14. Mungkin PH boleh menang kalau malaikat turun membantu (sindir PAS malaikat pun guna ic untuk mengundi).

    Saya rasa eloklah orang Melayu sekarang mintak BRIM dengan Hj Hadi. InsyaAllah beliau boleh bantu.

    Lagi elok Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO (kleptorasi) bergabung dengan Hj Hadi PAS yang diam seribu bahasa berkenaan kleptorasi 1MDB.

    Kemudian baru orang Melayu boleh bercakap berkenaan KUASA.

    Inilah dilema baru yang perlu Tun fikirkan.

    Adakah BERSATU boleh diharapkan?

    Terima kasih Tun.

  10. Hajar Aug 28,2018 8:50 AM

    Salam YAB dan DiSanjungi PM Tun Dr. Mahathir,

    Mohon izin Tun:

    1. Tiba-tiba banyak pula berita tentang Forest City dalam dua hari ni 🙂 🙂 🙂 .

    https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/08/27/malaysia-says-forest-city-project-off-limits-to-foreign-buyers/

    https://www.malaymail.com/s/1666397/dr-m-takes-aim-at-country-gardens-giant-development-in-johor

    https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/08/27/forest-city-developer-all-laws-complied-pms-statement-taken-out/

    2. Apakah status unit-unit kediaman (HAK MILIK KEKAL) yang sudah dijual kepada warga asing?

    3. Saya berasa pelik bagaimana pemilikan kekal (‘freehold’) boleh diberikan kepada warga asing sedangkan banyak rakyat Malaysia yang cuma ada pemilikan 99 tahun (‘leasehold’) sahaja, termasuklah kaum Peribumi (Bumiputra). Ibarat “kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan…”

    4. Khabarnya para pemilik unit-unit kediaman mewah yang sudah siap (majoriti telah dibeli oleh warga asing) bakal mendapat kunci kediaman mereka. Jadi bagi pemilik-pemilik warga asing ini, VISA kategori apakah yang mereka akan pohon / dapat? Visa Pelancong?

    5. Ini pula jawapan balas dari pemaju yang ternyata tidak bersetuju (bercanggah) dengan apa yang telah dilaporkan sebagai kenyataan dari Tun tentang penjualan unit-unit kediaman (tidak boleh dijual) kepada warga asing. Saya harap YAB Tun dapat beri pencerahan dalam hal ini.

    https://www.malaymail.com/s/1666535/foreigners-allowed-to-buy-land-in-malaysia-says-forest-city-developer-on-dr

    6. Tun, saya cadangkan GUBAL SAJA UNDANG2 BAHARU (TIADA TOLAK ANSUR) di mana warga asing tidak dibenarkan langsung untuk membeli harta / tanah (tanah-air) secara pemilikan KEKAL (‘freehold’). Mereka boleh beli secara ‘leasehold’@ pajakan sahaja.

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  11. perihatin49 Aug 28,2018 2:20 AM

    YAB Tun,
    Saya ingin nak memberi beberapa pandangan bagi membantu rakyat;-
    i) bersetuju brim di kaji semula. Ia perlu hanya kpd rakyaat yang benar2 susah. bancian boleh di buat melalui pejabat daerah/Majlis Daerah Tempatan.
    ii) BUKU TEK SEKOLAH TAK PERLU DI TUKAR SETIAP TAHUN. Tetapkan bagi penggunaan 3 atau 5 tahun sekali. Dengan ini buku berkenaan boleh diturunkan dan di gunakan oleh adek2nya atau sepupu2nya atau kawan2nya. Masa saya bersekolah dulu tahun 50an, 60an, 70an tak beli buku tek pun saya guna dari abang/kawan2 saya dan di turunkan kpd adik2 saya. Kalau ada pun buku2 tambahan bagi mata2 pelajaran tertentu. Ini akan dapat membantu pengurangan perbelanjaan isi rumah. Pertukaran buku tek setiap tahun akan mengguntungkan orang2/Syarikat2 tertentu. Kalau di teliti kandungan nya tak banyak perubahan yg di hadapan di pinda kedepan dan ya depan di pindahkan kebelakang dan ditambah sana dan sini.
    Yang penting selibus yang basic.
    Um maklumat Tun, Saya saorang Jurutera. Apa jua teknology yg ada sekarang tiada pun tercipta semasa 40 tahun dahulu semasa saya belajar. Oleh kerana Basic yg dipelajari mantap kita boleh mengikuti perkembangan teknoloji semasa. Tun juga tentu bersetuju dan akui bagitu juga di bidang kedoktoran. BASIC KENA DIPEMAMTAPKAN DAN DIPERTEKANKAN.
    3) Bagaimana nak menujudkan pekerjaan dan membantu rakyat2 miskin dan yang tiada pekerjaan di kawasan setempat.
    Saya berpendapat melalui bancian dari pejabat Daerah/Majlis Daerah Tempatan kita akan mengenali mereka. Kita Ujudkan pekerjaan sementara yg mungkin bergaji harian atau mingguan. Kerja2 berkaitan sapu longkang ke, potong rumput ke, kerja2 berkaitan pembersihan dan sebagainya. Amalan kita sekarang kita melantik syarikat2 tertentu. Syarikat2 ini pula melantik mereka yg berkelulusan atau yg mereka kenali saja. Atau kita arahkan Syarikat ini memberi pekerjaan kpd penduduk2 yg dari bancian Pejabat Daerah/Majlis Daerah Setempat. Memang nampak nya remeh. Kalau kita tak bantu mereka siapa yg akan bantu mereka.
    4) Pada masa ini difahamkan kita mengimport Daging hampir 80 %. Kita ada tanah dan kawasan yg luas boleh diteroki untuk ternakan ini, sebagaimana yg kita telah buka Felda dan Felcra. Mungkin kita ubah suai sebahagian tanah Felda/Felcra ini bagi tujuan ternakan ini. Ini akan menujudkan peluang pekerjaan.
    5) Look East Policy.
    Tun yang ujudkan policy ini. Negara yg di focuskan adalah Jepun. kita Kagum dgn Rakyat Jepun yang rajin, berdisiplain, jujur dan kuat bekerja.
    Maaf Tun, dalam pemerhatian saya kita hanya melihat diperengkat PEKERJAAN yg rakyatnya rajin, berdisplain dan jujur bekerja. Kenapa mereka rajin, berdisplain dan jujur bekerja. Dari mana datangnya kerajinannya, berdisplain dan jujur bekerja. Bukankah ini HASIL dari didekan diperengkat pra persekolahan, dan sekolah/university. Pernah satu ketika dahulu (30 tahun dulu) saya terlihat TV pendidikan Jepun berkaitan kanak2 di tadika yg umurnya dikalangan umur 4/5 tahun. mereka tidak diajar akedemik A B C dan sebagainya. Mereka mendidek disiplain dan kebersihan. Saya pehatikan semasa waktu tidor, kanak2 dipaksa tidur. Terkelip2 matanya untuk tidur. Apabila bangun kanak2 dapati sampah2 kertas merata2. Pengasuh/guru akan mengarah kanak2 memungut nya dan buang dlm ton sampah yg disediakan.
    Saya berpendapat displain sebagini perlu di asoh/diajar diperengkat awal persekolah.
    Bagitu juga di perengkat sekolah rendah (mungkin perengkat darjah 1 hingga 4) tidak perlu di bebenkan dgn banyak mata pelajaran. Yg perlu di permantapkan Membaca, menulis, mengira dan pelajaran civic. Asas ini kenalah kokoh untuk meningkat ka perengkat yg lebih tinggi. Bagi Kanak2 Islam di mantapkan supaya mereka boleh menunai Solat dgn cara yg betul dgn bacaan yg lancar.
    DARI ITU HASI KERAJINAN RAKYAT JEPUN BEKERJA ADALAH DARI PERINGKAT DIDEKAN AWALANNYA.
    5)Saya berpendapat Akta yg guru2 tidak boleh menjentik atau merotan murid2 ketika ini perlu di telita, di pinda atau dimansohkan, bagi meningkat displain murid2.
    Akta ini menyebabkan Guru2 takut nak menegur murid2, akhirnya murid2 akan bertindak kurang ajar. Akhirnya murid ini tidak akan di perdulikan. Siapa yang rugi, anak bangsa kita yg Rugi. Masa saya dulu dan masa Tun juga, tak ada pun akta ini. Kita semua berjaya dan jadi orang yg berguna.
    saya yakin segarang2 guru sekali pun, tak ada guru yg bersikap ganas. kalau ada pun ianya boleh di kawal. Satu2 kes yg terpencil berlaku pun oleh kerana murid ini tidak boleh di tegur dan melawan menyebabkan Guru kurang sabar. Itu lah penyebabnya.
    Maaf Tun Ini dari hasil penelitian dan pandangan saya.
    Tun boleh buat perubahan yg lebih baik.

  12. faridina Aug 27,2018 11:54 PM

    Assamualaikum Ayahanda Tun,

    BR1M
    DIJENAMAKAN SEMULA MENJADI
    ERT

    Kami percaya kerajaan PH tidak akan menghapuskan bantuan tersebut seperti mana dijanjikan dalam manifestonya pada PRU 14 yang lalu.

    Tetapi kami bersetuju jika ianya dijenamakan semula kepada ERT atau ELAUN RAKYAT TERPILIH dan hanya disasarkan kepada golongan rakyat terpilih yang amat memerlukan seperti golongan warga tua yang tidak produktif dan tidak berpencen, golongan ibu tunggal dan golongan miskin luar bandar.

    Tiada istilah ‘miskin bandar’ sebab anda ada banyak peluang untuk menambah pendapatan dalam bandar jika anda rajin buat lebih dari satu pekerjaan dan kalau rasa malas jangan duduk bandar bagi melayakkan anda mendapat elaun miskin luar bandar.

    Walaupun bagi setengah orang bantuan ini tidak seberapa tetapi percayalah bantuan sekecil ini besar ertinya kepada yang memerlukan lantas jika ianya dihapuskan secara total atau serta merta maka kami berpendapat ianya sedikit sebanyak akan menghakis sokongan terhadap kerajaan PH dalam jangkamasa panjang.

    Kami faham ayahanda Tun tidak suka amalan menyuap ke mulut rakyat tanpa berusaha, tidak suka memanjakan rakyat sehingga sebati dengan sifat meminta-minta kerana berpegang kepada prinsip ‘apa yang boleh anda buat kepada negara dari apa yang negara boleh buat untuk anda’.

    Rakyat marhaen tidak ambil pusing jika kerajaan PH tidak dapat tunai 100 janji dalam 1000 hari tetapi rakyat marhaen boleh ambil pusingan U kalau kerajaan PH tidak dapat tunaikan janji yang 1 ini dalam 365 hari.

    Wallahualam.

    p/s : Jangan salahkan rakyat yang memerlukan.. salahkan Najib yang memulakannya..
    Sedih bila mendengar rintihan rakyat di akar umbi..
    Geram bilamana ada siber trooper yang mula bernada kurang sopan terhadap ayahanda Tun..

  13. musato Aug 27,2018 10:33 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Saya sedang tonton astro 114 bacaan surah al mulk.

    Saya terbaca terjemahannya. Satu terjemahan yang boleh difahami bahawa beruntung bagi mereka yang mengikut suruhan Allah sebelum dapat melihat Allah. Sedangkan jauhlah rahmat Allah darinya, walaupun mereka ahli neraka mengaku salah semasa melihat Allah.

    Yang ingin saya kupas di sini adalah, walaupun terjemahan adalah berlainan dan tidak tetap maksud bahasanya seperti yang dimaksudkan oleh Tun buat sekian lama, tetapi jiwa dan rohaniah tidak akan salah apabila hidayah diterima.

    Apakah bezanya PM ke 4 dan PM ke 7?

    Adakah bezanya seperti Imam Al Ghazali yang meninggalkan syarahan fizikal tersohor beliau kerana terdetik di dalam hati beliau : entah benar atau tidak bagi dirinya selama ini dalam syarahan fizikal bagi tujuan mengajar orang ramai?

    Kita tidak mengerti tapi kita mengkritik. Kita mengkritik tapi kita mengikut dan buat seperti apa yang dikatakan oleh ibu dan guru guru kita.

    Dari mana ibu dan guru guru kita pelajari semua yang diajari kepada kita?

    Melainkan itu semua adalah benar benar belaka. Tapi kita masih mengkritik.

    Kita mwngkritik kerana menggunakan akal semata mata. Sedangkan amalan itulah yang telah membawa kita ke tempat sekarang. Bukannya terjemahan.

    Antara syarat berguru adalah ada guru dan ada murid. Bukan ada murid dan ada youtube.

    Terima kasih Tun.

  14. Hajar Aug 26,2018 10:22 PM

    Salam YAB dan DiSanjungi PM Tun Dr. Mahathir,

    Mohon izinTun:

    Saya ingin bertanya kepada YAB Tun satu soalan yang sudah lama bermain dalam minda saya.

    1. Tun, ‘FOREST CITY’ apa khabar?

    2. Seingat saya, isu Forest City merupakan topik hangat yang Tun ketengahkan untuk menghentam rejim Najib. Saya sokong Tun 100% dalam hal ini, tetapi sekarang mengapa Tun SENYAP saja, dan tidak lagi bercakap tentang posibiliti di mana banyak warga asing bakal menduduki Forest City (pemilik unit-unit kondominium & pelbagai lagi unit kediaman mewah), dan akhirnya boleh menjadi pengundi (Malaysia) di masa hadapan (boleh dapat kerakyatan).

    3. Takkanlah Tun sudah berubah pendirian kerana saya juga pernah kata yang pemimpin2 DAP dan yang sewaktu dengannya memang tidak langsung ‘berbunyi’ atau bising menghentam projek Forest City kerana mereka memang menyokong penuh ide Najib dan geng tentang Forest City. Yelah, banyak kaum kerabat mereka yang bakal menduduki unit-unit kediaman mewah tersebut. Mestilah seronok kan…Kalau dapat kerakyatan, bertambahlah undi untuk mereka. Tak gitu Tun?

    4. Hari Raya Korban baru berlalu. Saya doakan dan berharap tidak ada TANAH AIR kita yang terkorban @ tergadai kepada warga asing. Hak milik kekal lagi. Tun siap tunjuk bukti hak milik kekal di Forest City (gambar).

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  15. faridina Aug 26,2018 1:59 PM

    Assamualaikum Ayahanda Tun,

    MEMPERKASAKAN BERSATU

    Sebagai antara pejuang terawal Srikandi saya kini terpanggil untuk berdiri di barisan hadapan bersama-sama memperkasakan Bersatu sebagai menyahut seruan ayahanda Tun.

    Apa signifikannya kita melawan arus sedangkan yang telah meletakkan kepimpinan Srikandi sedia ada hari ini adalah pucuk pimpinan tertinggi parti itu sendiri.

    “Berjuang bukan untuk mengejar jawatan kerana kalau kita ikhlas berjuang maka jawatan itu akan datang mengejar kita”.

    Memandangkan usia parti masih dalam kategori setahun jagung maka usaha memperkasakannya lebih menjadi keutamaan dari usaha memecahbelahkan parti yang baharu dalam proses bertatih ini.

    Perkara in amat penting untuk menguatkan parti dan sekiranya terdapat ketidakpuasan terhadap kepimpinan Srikandi sedia ada maka gunakan saluran yang betul untuk menegur dan sama-sama memperbaiki kekurangan yang ada dan kemudian semua bergerak dalam satu pasukan untuk menjadikan Srikandi satu suara signifikan untuk membela nasib kaum wanita seluruh negara.

    Wallahualam.

    p/s : Di mana ada gula di situ ada semut tetapi soalnya adakah kita seperti semut yang akan berkongsi semua gula yang ada? Fikir-fikirkanlah..

  16. faridina Aug 25,2018 7:10 PM

    Assamualaikum Ayahanda Tun,

    KETAKSUBAN ATAU PENDIRIAN?

    Rasa terpanggil untuk mengupas isu ini apabila faridina dilihat mula aktif menulis dalam blog keramat ini dan sebahagian dari faridina kelihatan ingin mula aktif dalam kepartian Bersatu semula.

    Ketaksuban dan pendirian adalah satu perkara yang berbeda dan hanya segelintir pemikir boleh membezakannya mungkin.

    Setakat ini jika dilihat berdasarkan tulisan kami di mana-mana platform, ketaksuban kami lebih kepada ayahanda Tun dari dahulu sehingga kini cuma kami bukan “opportunists” dan hanya muncul setelah lebih 3 bulan Najib berjaya ditumbangkan.

    Kepada yang berpandangan sempit dan cetek rasa lucu pula apabila kami menyepi dahulu dikatakan kami taksub pada seseorang sedangkan bukan mereka tahu kami bersilih pendapat apabila individu tersebut mula menyerang ayahanda Tun secara terbuka dan tidak mahu mendengar pandangan dan amarah kami secara peribadi.

    Bagi kami penyertaan pertama kali kami dalam dunia politik dahulu hanyalah untuk bersama ayahanda Tun dalam menumbangkan rejim Najib dan apabila ada pihak yang tiba2 berubah angin dan tergelincir dari landasan sebenar perjuangan kami maka tiada timbul isu ketaksuban mengkinzir buta melainkan ketaksuban kami terhadap ayahanda Tun yang tidak mudah dipadam begitu sahaja.

    Bagaimanapun pendirian kami berbeda dikala individu tersebut disingkirkan dengan cara yang biasa dalam dunia politik tetapi bagi kami orang yang baharu dalam dunia politik ini, itu satu perkara yang dilihat tidak selari dengan pendirian kami.. nah ini semua permainan politik dan politik cantas mencantas adalah lumrah rupanya.

    Pendirian kami terhadap beliau kini telah berubah apabila ketaksuban beliau terhadap ayahanda Tun telah luntur dan lebih menggeramkan telah berubah kiblat kepada si Najib dengan berkempen di PRK Sg Kandis dan terang-terangan menghentam ayahanda Tun dan mendewa-dewakan Najib @ UMNO.

    Kalau Najib hari ini ditoreh badannya darah yang mengalir keluar ialah darah 1MDB maka individu ini pula jika ditoreh nescaya darah yang keluar likat dengan dedak hihihi..

    Wallahualam.

    p/s : Kami pun ada perkara tertunggak dengan ayahanda Tun yang perlu diselesaikan kerana turut dihalang ganggu oleh rejim terdahulu namun izinkan kami bertemu dengan bekas PM ke 4 di YKP untuk kemaskini terkini terlebih dahulu. Semoga dipermudahkan. Amin Ya Rabb.

  17. sibotak Aug 25,2018 10:40 AM

    Tun
    Adakah benar mengikut sidang Parlimen Malaysia hanya ada 14 Kapal Pesawat Pejuang
    dan hanya 4 saja yg bolih pakai . Ada Kapal Selam pun tak bolih Selam
    Jadi apa sebenarnya selama Pentakbiran Kerajaan BN lakukan selama ini ?
    Bermakna Malaysia tidak ada Pertahanan Langsung
    Apakah kos biaya TUDM dengan angkatan yg ramai sedangkan hanya 4 Kapal Perjuang yg ada

    Dari awal saya berhidmat di blog Chedet
    Berulang kali saya yakin Malaysia perlu ada Perhidmatan Negara sepenuhnya seperti Singapura .
    Ia Bagus untuk Kerajaan , sebab punyai Kaki Tangan yg Mantap
    Bagus untuk Anak Muda yg berhidmat di Perhidamatan Negara sepenuhnya selama 2 atau 2 setengah tahun , di ulangi dengan Reservist setahun sekali hingga mencicah 40 thaun

    Ya Kos bagi mengendalikan ini amat Besar
    Tapi dari khidmat inilah Kerajaan punyai Kos yg rendah
    dan dengan khidmat inilah Kerjaan mampu melaksanakan tugas Kerajaan dengan efficient dan effective

    Saya sarankan Mad Sabu Menteri Pertahanan Malaysia bolih mulakan sekarang
    To go a thousand steps , One has to starts the First Step
    And The First Step has to be Now

  18. musato Aug 25,2018 9:37 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Terima kasih kepada yang menyokong penulisan saya.

    Lebih mudah untuk mengenali Tun Mahathir kerana Tun adalah public figure.

    Saya fikir saya bukan seorang yang gemar publisiti. Tapi saya kira saya perlu fikirkan sesuatu. Mungkin FB ; yang mana saya pun tak berapa aktif.

    Terima kasih Tun.

  19. musato Aug 25,2018 9:28 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Saya tahu ia terlalu susah untuk membetulkan perjanjian ECRL.

    Tiada klausa keluar perjanjian.

    Itulah nasihat pertama yang Tun berikan masa mula mula blog ini diwujudkan apabila saya bercakap berkenaan JV dalam perniagaan.

    Namun InsyaAllah kita masih punyai masa untuk mengimbangi keadaan yang berlaku.

    Terima kasih Tun.

  20. musato Aug 25,2018 9:22 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Yup.

    Saya juga fikir menteri Tun masih berfikiran pembangkang dan kurang pengalaman.

    Ada isu buat karangan BM pun gagal. Jawab pasal isu LGBT pun macam menyokong. Ada yang buat kenyataan dahulu baru nak bincang. Isu PTPN juga mungkin memberi kesan yang besar pada belia dan hutang negara.

    Maka Penasihat kerajaan ; Tun Daim masih diperlukan walaupun dah 100 hari PH berkuasa.

    Cakap cakap mahu Penasihat Kerajaan dibubarkan hanyalah suara suara politik.

    Terima kasih Tun.

  21. faridina Aug 24,2018 5:13 PM

    Assamualaikum Ayahanda Tun,

    JHO LOW – anak muda yang berjaya tumbangkan kerajaan BN berusia 61tahun.

    JHO LOW – anak muda yang berjaya tumbangkan Bank antarabangsa berusia 100 tahun.

    JHO LOW – anak muda yang tidak berjaya tumbangkan negarawan berusia 93 tahun

    Walaupun agak terlewat namun rakyat mengucapkan syukur kerana mendapat perkhabaran waran tangkap telah dikeluarkan terhadap Jho Low dan bapanya Larry Low atas kecurian dana 1MDB.

    Masih terngiang-ngiang di telinga ini bagaimana ayahanda Tun pernah menyebut sewaktu berkempen PRU 14 dahulu kalau Jho Low berjaya ditangkap dan jika diperah darinya nescaya keluar berbillion2 duit dan kami tidak pernah meragui hakikat ini.

    Lanjutan dari itu kami cadangkan diwujudkan satu tabung bagi tujuan mengumpul dana untuk dijadikan hadiah (reward) kepada sesiapa sahaja di kalangan masyarakat dunia yang boleh memberi maklumat sehingga tertangkapnya si Jho Low ini

    p/s : Tak sabar rasanya tunggu saat dan ketikanya menyambut kepulangan penyangak berkelas dunia ini

  22. HBT456 Aug 24,2018 9:18 AM

    https://www.malaysiakini.com/news/440115

    It would be better off and safer not to champion the rights of such group in such high profile.

    Why?

    Because such group would be ended up as the target punching group for those who disagree in order to show their displeasure, anger and hatred.

    They have done this to the chinese race for so many decades.

    Politics is just only a game of numbers for the malay wannabes aiming for the pangkat of perdana menteri to dictate the direction of the economy, itu saja.

    It is either they learned, or they dont, itu saja.

    Common law?

    Hudud law?

    The obligation of the voters is to vote, itu saja.

  23. HBT456 Aug 24,2018 8:36 AM

    As the saying goes, it is either they are the fool or the liars.

  24. HBT456 Aug 24,2018 7:41 AM

    100 billion, atau 1 trillion?

    The lucky ones will get away because they had tried their best.

    The not so lucky ones will kena kerana mereka hanya menjalankan perintah of the agreement.

    Pkr won in last general election on , and officially formed pakatan harapan with bersatu chairman.

    What had transpired to such consequences, i guess to the pembodek kuat blog ini, they do not care what happened, and they are not interested to find out the root cause, and all they care is janji menang, itu saja.

    Pakatan harapan has won, is it a blessing or a curse?

  25. faridina Aug 24,2018 2:43 AM

    Assamualaikum Ayahanda Tun,

    [Tun M kata “NAJIB ADALAH BODOH”]
    [Rakyat kata “NAJIB BODOHKAN KAMI”]

    Kenapa hari ini Najib dan kuncu2nya menyalak minta kerajaan wujudkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) untuk menyiasat sebarang salahlaku dalam pengurniaan projek ECRL dan TSGP yang dibatal atau ditangguh kerajaan PH.

    Hari ini rakyat mulai sedar Najib sengaja buat bodoh dalam perjanjian berat sebelah hanya bertujuan memperbodohkan rakyat sebab itulah dia berani menyalak di kala merasa dirinya jadi korban sewaktu umat Islam meraikan Hariraya Korban.

    Semuanya bermula apabila DOJ mendedahkan penyelewengan dana 1MDB hampir USD4.5 billion dengan penglibatan langsung MO1 sedangkan Malaysia beriya-iya menyokong TPPA.

    Sebagai tindakbalas terhadap AS maka MO1 dan penasihatnya Jho Low mengalihkan pandangan terhadap sekutu dagang AS iaitu China dengan memberikan projek2 maha mega dan dengan sengaja buat bodoh untuk menggembirakan China dan menyakitkan hati pentadbiran AS.

    Pada masa yang sama Jho Low yang menjadi buruan AS angkara pendedahan DOJ itu akan dapat perlindungan istimewa China dan bebas bergerak antara Hong Kong dan Macau.

    Inilah harga yang rakyat Malaysia kena bayar hampir RM100 billion projek maha mega China bagi melindungi Jho Low dari di bawa ke muka pengadilan.

    Kelicikan Najib dan Jho Low adalah memberikan kontrak lumayan ini kepada syarikat milik kerajaan China sama modus operandi dengan 1MDB dengan syarikat milik UAE kononnya.

    Ini bukan kes “Ada udang disebalik batu” tapi “Ada najis Najib disebalik punggung Jho Low”.

    Akhirkata benarlah kenyataan PM 7 bahawa Najib adalah bodoh sebab akhirnya rakyat melalui kerajaan PH tidak dapat diperbodohkan.

    p/s : Maknanya kalau kita setuju teruskan projek2 maha mega ini sudah pasti JL boleh diserahkan pada kita?

  26. Aisyah Aug 23,2018 9:26 PM

    Selamat Hari Raya Aidil Adha Tun.

  27. musato Aug 23,2018 9:03 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Saya fikir Tun mahu berkongsi kegembiraan bersama saya di sini.

    Tahniah atas keberkesanan perjumpaan Tun dengan rakan China.

    Saya juga fikir ECRL masih belum diperlukan di Pantai Timur.

    Lebih seronok pandu kereta sambil berhenti minum di tepi pantai yang indah.

    Tahniah!!!

    Terima kasih Tun.

  28. musato Aug 23,2018 6:53 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Nampaknya keadaan amat menarik sekarang.

    Mengapa Anwar Ibrahim seakan menarik sedikit brek tidak sama seperti mula mula keluar penjara?

    Mungkin dia dah tahu Tun Mahathir tidak akan lama memerintah Malaysia seperti dahulu.

    Terima kasih Tun.

  29. Fariq Islam Aug 23,2018 5:19 PM

    Assalamualaikum, Tun.

    Selamat Hari Raya.

    Alangkah tenangnya hati Rakyat menyambut Hari Raya tahun ini, kerana Rakyat tahu yang kerajaan sekarang merupakan kerajaan yang bertanggungjawab yang membuat keputusan demi kepentingan Negara dan Rakyat dalam jangka panjang.

    Kita harus bersyukur juga dengan perpaduan antara kaum yang semakin hari semakin kukuh di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan. Kita harus mengekalkan keadaan harmoni pada setiap masa.

  30. faridina Aug 23,2018 2:17 PM

    Assamualaikum Ayahanda Tun,

    Mohon laluan bicara dengan sdr Pembuat Roti yang suruh kita jangan menggosok dan ikut kata Tun seperti orang tua itu mengikut telunjuk Marina Mahathir katanya, kelakarlah rasa nak tergelak.

    Apa yang pasti Musato bila dah tua kerepot nanti gerenti akan ikut telunjuk anaknya sebab masa muda-muda dulu sampai sekarang pun asyik patuh ikut telunjuk bini.

    Marina mewarisi kekuatan karakter dan kedegilan berfikir di luar kotak bapanya dan ianya bukan terjadi hari ini tetapi berlaku sekitar awal 70an dan bapanya belum jadi Menteri lagi dan kisah ini ada diceritakan Tun dalam buku biografinya itu maka tiada soalan siapa boleh ikut siapa sebab masing-masing ada pendirian dan pandangan tersendiri.

    Maka cerita panjang dipendekkan anda tidak harus gusar kawanku sedangkan telunjuk isteri pun Tun M tak ikut inikan pula telunjuk anak, tak semacam PM lama awak tu dulu bukan sahaja ikut telunjuk bini tapi sampai bengkokkan telunjuk bini sebab sarungkan beratus cincin batu permata ke jari-jarinya hahaha..

    Wasalam.

  31. faridina Aug 23,2018 1:50 AM

    Hoi Krisemas… go look after your wife lah you moron.. even she is bertudung she can still attract those dirty man with her slick dress showing all those curves and after all she is young.. it is a sin you know and a husband like you also cannot prevent this..
    Takkan itu pun tak tahu..
    So moral of the story you fool ialah jaga kemaluan masing-masinglah hahaha..

  32. musato Aug 22,2018 10:53 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Beberapa hari lepas terasa nak menulis, tapi tak boleh log in. Malam ni cuba cuba boleh pulak.

    Zainuddin Maidin kata buat apa jasad tak hancur dalam kubur.

    Zam kata bahasa arab bukan bahasa ilmu.

    Bagi saya, saya tak berani nak kata demikian. Sebab? bahasa Arab adalah bahasa yang terpilih untuk Al Quran. Apa sebab Allah swt pilih bahasa Arab hanya Allah yang tahu.

    Yang pasti dalam Al Quran serba ilmu ada. Nak ilmu mungkin orang Melayu perlu belajar bahasa Arab dengan lebih bagus.

    Bahasa Inggeris? Dulu buku buku ilmiah empayar dunia Islam dah dibakar.

    Kalau nak ambil balik kita perlu kuasai bahasa yang memegangnya sekarang. Kalau nak cepat lagi walau mungkin ada sedikit sebanyak kekeliruan, kita terjemahkan saja.

    Jasad tak hancur dalam kubur?

    Kenapa bila Allah swt dah bagi nikmat kepada kita, kita tetap tak mahu bersyukur? Jasad tak hancur dalam kubur itulah nikmat yang Allah swt bagi, berani kita tak mahu kasih sayang dari Allah swt?

    Tun Mahathir kata, kita ini kerajaan Islam. Berfikirlah seperti kita ini berkerajaan Islam. Bukan menggosok dan ikut kata kata Tun seperti orang tua itu mengikut telunjuk Marina Mahathir.

    Selamat Hari Raya Aidil Adha.

    Terima kasih Tun.

  33. Krisemas Aug 22,2018 3:55 PM

    Hoi Mahathir. Still sleeping ka. You should ask your wife to cover her hair. It is a sin for a wife not to cover her hair and for a husband to prevent it. Basic a b c alif ba ta ler. Tak kan itu pun tak tau. Memalukan.

  34. adelheid Aug 22,2018 3:22 PM

    Dear Tun,

    Selamat Hari Raya Aidiladha Tun and Tun Siti Hasmah. Praying that both you and wife are in the best of health.

    Tun, even though ‘keadaan sudah pulih’ but kerajaan baharu ini should be wary of some old bugs or their affiliates from the old govt (UMNO) who are trying to infiltrate the new govt PH. I hope you are able to see these talam dua muka opportunists who have been with the previous corrupt govt and now trying to find their home to plunder via the new govt pula. Most who supported Najib and UMNO before. Now suddenly they are with you and PH pula.

    I feel such disgust for these people. I hope you know who they are. Btw the KP of the defunct BTN is one unworthy to keep. Others to keep an eye on are one shameless UMNO supporter in MPS (Majlis Perbandaran Sandakan) who shamelessly still appear publicly for MPS. Other bastards like the head of PPKKM in Sabah who openly suppported UMNO Najib before, who happened to have some secret meeting with ex-DPM in Mecca last year. This bloody fella suddenly is now all for you, wishing you on your birthday and appearing on one mou event launching some drone or something last month. Semua ni opportunists Tun and PH. They were clearly head over heels with UMNO Najib Zahid before UMNO-BN’s fall.

    Please take note Tun and new govt. There are more like these people. They will stoop to kiss even dirt and filthy shit just to continue sustaining themselves.

    Take good care dearest Tun Dr. Mahathir. You are always in my prayers. Still love you even though you’re PM!

  35. faridina Aug 22,2018 2:15 PM

    Assamualaikum Ayahanda Tun,

    Hari Raya kali ini rasa macam mimpi..
    Sebab berjaya keluar dari igauan ngeri..
    Setelah bertahun jadi bualan luar negeri..
    Tiada curiga tapi bersyukur tidak terperi..

    Ke masjid hari ini ramai berserban..
    Sesak jalan hendak ke Seremban..
    Negara aman walau hutang jadi beban..
    Selamat Hari Raya Korban..

  36. tamchi Aug 22,2018 7:13 AM

    https://youtu.be/meHBNtdry1E
    Ucap Slamat Pagi & Salam sejahtra,
    Selamt Raya Haji..Korbannya apa..?

    Hari tu Jepun..Kelmarin China..!
    Apa nk bangun..? Mnjamin jelata..!

    https://en.m.wikipedia.org/wiki/Maglev

  37. Sharudin Jamal Aug 22,2018 3:04 AM

    Selamat Hari Raya Chedet,

    I wrote a posting to you last night and it was censored, not by you but a third party.

    So I forward you my internal discussion which is a watered down version of the note:

    What does that mean?

    * Somebody care enough to censor?
    * My message might effect the blocker?
    * There are some sensitive information there?

    So there are people who are taking me seriously. Here I am just thinking that I should look for the opportunity to die.

    You cannot imagine how frustrating to find out that 20 years of your life were nothing more than an illusion.

    I still like communicating with Chedet. He already knew about my 2026 Year of the Wood Dragon Jerusalem pilgrimage. Why can’t he know about the inference of the Jewish Star in the Circle?

    I think he should know…

    Thanks much.

    Sine cera,

    SJ
    MSC 0072

Leave a Reply