TOTAL VISITORS FROM 2008:

KERAJAAN MUHYIDDIN 20


1. Saya terpaksa panggil Kerajaan pimpinan Muhyiddin ini sebagai Kerajaan Muhyiddin.

2. Ramai yang panggil Kerajaan ini Kerajaan Perikatan Nasional.

3. Tetapi Parti Perikatan Nasional tidak wujud. Tidak pernah diadakan acara pelancaran parti ini. Tidak pernah didaftar Perikatan Nasional ini di waktu Muhyiddin isytihar dirinya sebagai Perdana Menteri Perikatan Nasional.

4. Rakan dalam perikatan ini isytihar mereka bukan anggota dalam kononnya gabungan Parti Perikatan Nasional. Mereka hanya benar ahli mereka sokong Muhyiddin supaya hasrat Muhyiddin untuk menjatuhkan Pakatan Harapan tercapai. Mereka tentukan jumlah wakil rakyat yang sokong Muhyiddin mencukupi.

5. Sepatutnya Muhyiddin dapat persetujuan Parti Bersatu sebelum dia sertai Perikatan Nasional. Tidak ada rekod yang dia dapat persetujuan Mesyuarat Agong Bersatu atau sekurang-kurangnya Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu. Tiba-tiba dia isytihar dia menyertai Perikatan Nasional.

6. Berkenaan dengan keluar dari Pakatan Harapan pun belum diputus secara muktamad. Sebelum Pakatan Harapan dijatuh, Muhyiddin telah adakan majlis makan malam di Sheraton dengan PAS dan UMNO.

7. Apabila saya sebagai Pengerusi Bersatu tidak bersetuju dengan tindakannya menubuh Kerajaannya, dia cuba adakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang sepatutnya dipengerusi oleh saya sebagai Pengerusi parti.

8. Tiba-tiba Muhyiddin isytihar dirinya sebagai Pengerusi Bersatu. Perisytiharan ini tidak mengikut perlembagaan sama sekali. Dia bukan Pengerusi atau memegang jawatan Pengerusi yang sah.

9. Untuk mengada mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi setiausaha kerja mengeluar notis. Sepatutnya Setiausaha Agung (SUA) yang mengeluar notis selepas mendapat arahan dari saya sebagai Pengerusi.

10. Untuk mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi ini Pengerusi dan Timbalan Presiden tidak dijemput. Oleh itu mesyuarat terpaksa dibatal.

11. Untuk mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi pada 4 Jun 2020, Muhyiddin lucut keahlian Pengerusi, Timbalan Presiden dan beberapa ahli Majlis Pimpinan Tertinggi yang tidak menyokongnya. Dia tidak berkuasa membuat demikian. Sebaliknya ahli Majlis Pimpinan Tertinggi yang baru dilantik yang menyokongnya. Perbuatan ini salah dari segi perlembagaan Bersatu. Oleh itu mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi juga tidak sah.

12. Ketua-ketua Bahagian yang tidak menerima tawaran jawatan olehnya dipecat. Ini juga salah.

13. Kemudian dilantik pengganti dari kalangan ketua-ketua dengan tawaran-tawaran tertentu dan janji untuk memberi duit Kerajaan untuk bantu rakyat melalui pengganti ini. Ini juga salah.

14. Untuk Jemaah Menteri ramai dilantik jika terima tawaran darinya supaya sokong. Calon ditanya “apa hendak” dan lantikan dibuat. Jika tidak ada jawatan, cipta jawatan.

15. Hampir 2/3 dari ahli dewan yang menyokongnya dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri. Yang lain dilantik untuk jadi pengerusi syarikat dan institusi – termasuk mereka yang sedang dihadap ke mahkamah kerana aneka jenis jenayah.

16. Inilah cara Muhyiddin. Perlembagaan, aturan-peraturan, bahkan undang-undang tidak diendah sama sekali. Tak hairanlah dia sanggup menerima dan bekerjasama dengan pencuri, perasuah dan penyangak.


20 thoughts on “KERAJAAN MUHYIDDIN

  1. JonJoni Jun 15,2020 3:02 PM

    TNB
    Tomonung Nengok Bil
    Ni haa!
    Ponek la mokcik kiah ekau khojo ghoreng pisang.
    Dongan makcik makcik sekoli kono ghoreng!
    Ronthung eh.

  2. HBT456 Jun 13,2020 9:59 AM

    https://www.thestar.com.my/business/business-news/2020/06/13/venezuelan-oil-is-hidden-en-route-to-china-bypassing-us-sanctions#cxrecs_s

    IT WOULD BE GREAT FOR ARUL A/L KANDASAMY TO MAKE PUBLIC BRIEFING ON HOW HE INTEND TO CONVERT 1MDB DEBTS INTO UNIT DENOMINATED BY MYR SINCE DIA INI AGAK BLUR ON HOW GLOBAL MANUFACTURING CHAIN WORKS IN THE REAL WORLD DUE PARTI AAD.

    DULU I TAK ERTI, KINI, AKU ERTI.

    MEN WITH DIFFERENT PRINCIPLES CAN NEVER WORK TOGETHER.

    MEN WITH DIFFERENT IDEOLOGIES CAN NEVER WORK TOGETHER.

    RAKYAT SENSARA?

    PARTI AAD SENGSARA?

    IT DEPENDS WHO MPS SUPPORT IN THEIR HEART.

  3. HBT456 Jun 12,2020 11:59 AM

    sibotak Jun 12,2020 7:28 AM

    Kerajaan HBT
    Perdana Menteri HBT

    PM HBT akan merubahkan Sejarah Malaysia
    Apabila beliau Berkuasa kelak
    Sekarang beliau terpaksa menunduk, membodek Tun atau Ahmad mana sekali pun
    Tunggu dan lihat apablia beliau Berkuasa

    PM HBT akan membawa masuk Pendatang Cina dari China
    Untuk mendomikasikan { dominate }Melayu
    Serupa Negara Jiran
    Entah macamana penduduk Cina bolih ramai dari penduduk Melayu sekarang ?
    Sedangkan penduduk Melayu yang asal
    Lebih punya ramai Anak
    Dan Kebanyakan Anak mereka beranak penak sampai 10 Anak
    Bini pun tambah 2, 3 . Punya Anak anak lagi
    Sebab kesemua Orang Melayu Berugama Islam
    Yg mewajibkan Pernikahan walau lebih dari Satu
    Sedangkan pendatang Ah Meng hanya ada Zuriat 2 atau 3 saja yg kebanyakan
    Lagipun si AhMeng Kawin pun lambat Umur
    Nak Enjoy, Nak Minum dulu, Zina takda Hal
    Bagaimana penduduk mereka lebih ramai ?
    Import sajalah dan kasi Kerakyatan

    PM HBT bila Berkuasa
    Akan mengalihkan pelahan lahan post post Besar bertukar tangan
    Dulu Ahmad jadi Ketua sekarang AhMeng dengan alasan AhMeng lebih
    berkebolihan dan jujur kononnya
    PDRM, TUDRM, TLDRM dan sebagainya
    Akan bertukar Warna
    Dulu Gelap macam Awan Mendung
    Sekarang Putih Bersinar Pagi Matahari
    Black lives matters tak wujud lagi walau Black penghuni sebenar Malaysia
    White Supremacy Dominate

    Nama Jalan, Nama Sekolah Melayu, Sejarah Melayu akan Pudar
    Di Golakan pula Seolah Orang Melayu Pendatang
    Pembangunan Negara akan Menpupuskan Hak Tanah Melayu
    Kelamaan Melayu tidak punya Tanah
    Penghuni sebenar kena tinggal di Rumah Merpati sebab Tanah sudah tiada
    Pagi semua keluar cari makan, petang balik duduk diam diam sampai mati

    KeDaulatan Sultan Melayu akan dipupuskan menjadi Sejarah
    Madarasah , Istana akan menjadi Satu Simbol saja

    PM HBT akan mengekalkan Kuasa untuk Generasinya
    Yang lain hanya Sandiwara

    YOU DENGKI, SIBOTAK?

    IF SIBOTAK SO AFRAID, WHY NOT REPEAT THE SAME QE STRATEGY BY GIVING PR TO MOSLEM REFUGEES AND MOSLEM LOW SKILLED WORKERS TO BE THE FUTURE CITIZENS OF MALAYSIA, KAN TAKDA ORANG PEDULI PUN?

    MP CAN CHOOSE, VOTERS IN THE GENERAL PUBLIC ALSO CAN CHOOSE.

    IT IS UP TO POLITICAL PARTIES OF THE DIVIDE TO DECIDE WHICH MP SEATS THEY WANT TO CONTEST, SIBOTAK, NOT ME.

    THERE IS NO SECRET IN POLITICS TOO.

    I ALREADY DONE MY PART, AND NOW ITS UP TO PN, MN AND PH TO NAME THEIR PERDANA MENTERI IN WAITING.

    JIKA BELUM ADA LAGI, IT MEANS THESE NOISES ARE HOT AIR.

    WHOEVER BECOME THE PERDANA MENTERI MAKES NO DIFFERENT TO ME AS VOTER.

    LIFE MUST AND WILL GO ON TOO AFTER COVID-19.

  4. Hajar Jun 12,2020 8:44 AM

    Salam YAB Negarawan Ulung Tun Dr. Mahathir,

    1. Tun sudah lama nampak apa yang bakal berlaku kepada BERSATU sebaik TSMY menjadi PM di bawah Rejim Muhyiddin dengan cara bergabung dengan UMNO/PAS/dll. Tun tahu cara ini merugikan BERSATU. Tetapi, TSMY fikir dia bijak (samalah macam para penyokong beliau…).

    2. Saya pun sudah kata semenjak TSMY menjadi PM bahawa TSMY akan menghancurkan BERSATU. Pada mulanya, saya lihat rata-rata banyak (dari komen2) yang mahu memberi TSMY peluang sebagai PM kerana mungkin mereka tidak nampak apa bakal berlaku kepada BERSATU. Ya, BERSATU bakal hancur di bawah TSMY!

    3. TSMY terlalu gelojoh, dan suka mendengar nasihat-nasihat dangkal dari orang (konsultan?) yang berfikiran dangkal dan singkat. Mintalah pendapat/nasihat dari ahli politik yang telah terbukti berjaya, bukan yang diri sendiri pun lintang-pukang @ gagal!

    4. Kalau saya mahu lantik konsultan, saya mesti cari yang terbukti berjaya. Contohnya, jika saya mahu minta nasihat (berbayar) tentang pelaburan, saya akan cari konsultan yang berjaya, bukan yang hampeh! Kalau konsultan pun rugi memanjang dalam pelaburan, buat apa saya bayar orang sebegini. Lebih baik saya buat analisis sendiri (available at my finger tips). Jimat duit, masa dan tenaga!

    5. Dari cara seseorang menilai sesuatu keadaan kita boleh menilai tahap pemikiran orang tersebut. Contohnya, Syed Saddiq buat laporan polis tentang kehilangan wang RM250K dari rumah beliau, dan beliau sudah pun memberi penjelasan. Saya masih berfikiran terbuka dalam hal ini sebab bagi saya beliau ada kemampuan untuk memiliki wang sebanyak itu (walau tanpa duit ibu-bapa beliau). Tetapi, kita ada manusia yang dengan cepat membuat rumusan (guna emosi). Ini bukan sikap orang Islam yang baik – sudah dikira MEMFITNAH!

    6. Saya kenal beberapa pengkomen yang muncul kembali memberi komen di sini. Ada seorang, dulu bukan main lagi memperlekeh Tun (hina Tun lagi) bila Tun mahu menumbangkan Rejim Najib (dan dia ada kata saya tidak waras…). Kononnya, kerja sia-sia sebab BN pasti menang – tulis dia dengan angkuh dan bodohnya. Hahaha…terbukti orang ini juga seorang yang tahap pemikirannya amat dangkal. Elok buat muhasabah diri sebelum mahu buka mulut lagi supaya tidak nampak bodoh sekali lagi.

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  5. sibotak Jun 12,2020 7:28 AM

    Kerajaan HBT
    Perdana Menteri HBT

    PM HBT akan merubahkan Sejarah Malaysia
    Apabila beliau Berkuasa kelak
    Sekarang beliau terpaksa menunduk, membodek Tun atau Ahmad mana sekali pun
    Tunggu dan lihat apablia beliau Berkuasa

    PM HBT akan membawa masuk Pendatang Cina dari China
    Untuk mendomikasikan { dominate }Melayu
    Serupa Negara Jiran
    Entah macamana penduduk Cina bolih ramai dari penduduk Melayu sekarang ?
    Sedangkan penduduk Melayu yang asal
    Lebih punya ramai Anak
    Dan Kebanyakan Anak mereka beranak penak sampai 10 Anak
    Bini pun tambah 2, 3 . Punya Anak anak lagi
    Sebab kesemua Orang Melayu Berugama Islam
    Yg mewajibkan Pernikahan walau lebih dari Satu
    Sedangkan pendatang Ah Meng hanya ada Zuriat 2 atau 3 saja yg kebanyakan
    Lagipun si AhMeng Kawin pun lambat Umur
    Nak Enjoy, Nak Minum dulu, Zina takda Hal
    Bagaimana penduduk mereka lebih ramai ?
    Import sajalah dan kasi Kerakyatan

    PM HBT bila Berkuasa
    Akan mengalihkan pelahan lahan post post Besar bertukar tangan
    Dulu Ahmad jadi Ketua sekarang AhMeng dengan alasan AhMeng lebih
    berkebolihan dan jujur kononnya
    PDRM, TUDRM, TLDRM dan sebagainya
    Akan bertukar Warna
    Dulu Gelap macam Awan Mendung
    Sekarang Putih Bersinar Pagi Matahari
    Black lives matters tak wujud lagi walau Black penghuni sebenar Malaysia
    White Supremacy Dominate

    Nama Jalan, Nama Sekolah Melayu, Sejarah Melayu akan Pudar
    Di Golakan pula Seolah Orang Melayu Pendatang
    Pembangunan Negara akan Menpupuskan Hak Tanah Melayu
    Kelamaan Melayu tidak punya Tanah
    Penghuni sebenar kena tinggal di Rumah Merpati sebab Tanah sudah tiada
    Pagi semua keluar cari makan, petang balik duduk diam diam sampai mati

    KeDaulatan Sultan Melayu akan dipupuskan menjadi Sejarah
    Madarasah , Istana akan menjadi Satu Simbol saja

    PM HBT akan mengekalkan Kuasa untuk Generasinya
    Yang lain hanya Sandiwara

  6. HBT456 Jun 12,2020 12:32 AM

    YES, WE CAN NOW HAVE ARCADE IN MALAYSIA TO TRAIN OUR PEOPLE TO OPERATE B-21 BOMBERS TO NUKE KL AND SHAH ALAM TOO.

    YES, MALAYSIA BOLEH.

  7. HBT456 Jun 12,2020 12:31 AM

    YES, WE CAN NOW HAVE ARCADE IN MALAYSIA TO TRAIN OUR PEOPLE FROM TO OPERATE B-21 BOMBERS TO NUKE KL AND SHAH ALAM TOO.

    YES, MALAYSIA BOLEH.

  8. Bilis Jun 11,2020 11:38 PM

    Salam Tun.

    Matlamat tidak menghalalkan cara, tapi jika matlamatnya memang baik mungkin langkah seterusnya yang terbaik adalah untuk memperbetul cara dan bukannya dengan membakar kelambu negara.
    Tun lebih arif dalam hal ni.

    Saya sudah tidak dapat menyokong PH kerana kelakuan pemimpin DAP dan sekutunya. Sebagaimana Tun menzahirkan ketidak setujuan Tun terhadap TSMY, begitulah bencinya saya pada P Ramasamy, Kula dan beberapa yang lain. Kelakuan mereka selama 22 bulan PH memerintah sungguh biadap.

    Namun, apa yang berlaku di Sabah berkenaan pengguguran kes ke atas Musa Aman sesuatu yang mengurangkan harapan saya pada PN.
    Politik yang layak dipanggil ‘politaik’. Maaf atas bahasa tidak sopan saya.
    Patut dianalisa penyebabnya…mungkin tekanan berterusan yang Tun berikan kepada TSMY, menyebabkan PN bertindak sebegini rupa untuk memastikan kelangsungan.
    Apa guna PH kembali berkuasa sekiranya si biadap Ramasamy akan kembali.

  9. twinpeaks Jun 11,2020 11:07 PM

    No ICERD, no Rome Statue, no ICC…

    Now we can send B-21 bombers to drop a couple of nukes on the commie cities, Beijing and Shanghai. Yes!!

  10. twinpeaks Jun 11,2020 10:56 PM

    Tun,

    Here is a story that might be of interest..

    Do you still remember when you pulled Malaysia out of the Rome Statue that empowers the International Criminal Court (ICC) April last year? Well, today ICC officials have been warned by Mike Pompeo, the US Secretary of State, that all ICC officials and their families will be barred from entering the United States. ICC is investigating to find the US armed forces for committing war crimes in Afghanistan.

    Seems that you and Trump are on the same page. He also called the ICC a “kangaroo court”. You have a new pal(!!)

  11. huda Jun 11,2020 7:09 PM

    Assalammualaikum Tun

    Drama Tun untuk menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia siri terbaru sudah bermula. Kali ini Tan Sri Muhyidin dijadikan sasaran. Semua sedia maklum, rekod terbaik Tun setakat ini dengan menjatuhkan PM Malaysia ke7 yang mengambil masa 18 bulan sahaja.Tahniah!

    Mengimbau peristiwa dua tahun lepas, bagaimana terbentuknya kerajaan negeri Sabah yang diketuai oleh DS Shafie Afdal. Pada awalnya BN mendapat majoriti 31 kerusi DUN termasuk dua daripada STAR untuk membentuk kerajaan negeri. Namun enam orang ADUN daripada BN lompat parti dan menyatakan sokongan kepada Warisan.

    Tidak cukup dengan itu, beberapa drama anggota parlimen BN pula keluar parti dan menyatakan sokongan kepada kerajaan Pakatan Harapan. Sebilangan besar daripada mereka menganggotai BERSATU tidak lama selepas itu (siap sidang akhbar lagi). Ini jelas menunjukkan hal lompat melompat direstui Tun dari awal lagi.

    Tun jangan terkejut sekiranya tidak berapa lama lagi, Parti Warisan pula menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional. ‘What goes around comes around’.

  12. HBT456 Jun 11,2020 4:49 PM

    KERAJAAN MYUHIDDIN = KHAZANAH MALAYSIA

    PN = PERIKATAN NASIONAL = PERUMAHAM NASIONAL

    PN = PETROL NASIONAL = PETRONAS

    AS FOR COMMERCIAL AIRLINES FOR PASSENGERS AND KARGO, THE KEPALA MUST BE MELAYU, AND MUSLIM

    AP MUST BE HOLD BY MELAYU DAN MUSLIM, DLL TAK BOLEH, TO MPORT BAS, TREN, KAPAL. MOTOSIKAL DAN MILITARY & KERAJAAN USAGE

    CM MUST BE HOLD BY MELAYU MUSLIM EXCLUDING S’BAH DAN S’WAK

    EVEN YANG DIPERTUA PP AND MELAKA ARE MELAYU MUSLIM

    DAP IS ONLY STAND-BY SAJE DEPENDING ON THE SITUATION, AND DAP TOO CAN BE REPLACED WITH SNAP OF FINGERS WHEN THEY CANNOT PERFORM THE DONKEY JOBS

    THE MOTTO IS IF YOU PENDATANG KHUSUSNYA KAUM CINA ARE NOT HAPPY, GO BACK TO YOUR MOTHERLAND

    SO RACIST AND YET TAK SEGAN, WHO AM I TO TELL THEM OFF?

    TREAT CORONAVIRUS AS BLESSING SO THAT EVERYONE IS AWARE, AND MAKE THEIR OWN JUDGEMENT

  13. HBT456 Jun 11,2020 4:23 PM

    KM = KERAJAAN MYUHIDDIN = KERETAPI MELAYU.

    THE REST IS TALK COCKS.

  14. twinpeaks Jun 11,2020 1:36 PM

    On TSMY’s checkmated govt.

    As always, when we play chess, there is always the hope that a losing position may end up as a Draw or even a Win. But in politics, that is a ‘may’ with a big capital “M”.

    As I see it, Tun’s position in the political chess game right now, it’s more like UMNO has placed PPBM in a Zugswang(!) Any move by the latter will end up in defeat for PPBM and the coveted win for UMNO.

    What has been happening to PPBM since the last disastrous by-elections results, is that PPBM has virtually lost all the support of the Malay fence-sitter voters (the middle lot), who have returned to UMNO. Could this be due to the combined PAS and UMNO elections strategy… may be so. Remember, PAS came to UMNO’s rescue from certain electoral annihilation after 1969, too(!) PAS is now doing that again for the sake of Malay unity; could this be the intended result of the recent Malay grand conference… could be too(!) In other words, the conference had achieved what it intended to achieve, to bring an end to the PH government. PPBM is merely a pawn in Malaysian politics, at best a support role to the Queen. A rook and a bishop at best. UMNO is the opposing Queen with a strong pair of bishop and rook on her side (PAS).

    PH strategy was and is merely DSN and the old guards. They are hoping the old guards are still around to lead UMNO into the next PRU 15, and probably will(!). And that hope may translate into a repeat victory.

    But do remember one thing though. PH won the last PRU 14 when UMNO and PAS were not a team. Now they ARE.

    That’s a different kettle of fish altogether(!!)

  15. milshah Jun 11,2020 11:05 AM

    Assalamualaikum Tun,

    Saya tidak nampak strategy TSMY. Iainya telah tamat sebelum dimulakan. Dalam istilah catur, iainya telah “checkmate”.

    Dari sudut Perikatan Nasional, iainya bukan satu pakatan rasmi pun. UMNO PAS telah pun ada Muafakat Nasional yang terbukti berkesan mememenangi kawasan-kawasan majoriti pengundi Melayu. Apakah yang Bersatu (pihak TSMY) dapat beri sumbangan? Pengundi Melayu UMNO PAS akan tetap undi UMNO PAS, sama ada Bersatu (pihak TSMY) ada dalam pakatan atau pun tidak.

    Jika Muafakat Nasional mampu menangi 120 kerusi parliamen sesama UMNO PAS, buat apa mereka perlukan Bersatu (pihak TSMY)? Benar TSMY ada kerajaan, dan mampu memberi jawatan, kedudukan, dan sebagainya, tetapi bukankah UMNO PAS juga mampu berbuat demikian jika mereka jadi kerajaan semula?

    Apakah sumbangan yang mampu diberi Bersatu (pihak TSMY) kepada UMNO PAS? Tiada.

    Seandainya Muafakat Nasional memenangi kerusi terbanyak pada pilihanraya akan datang, apa perlunya mereka melantik TSMY sebagai Perdana Menteri semula?

    Masalah Bersatu dalam pakatan UMNO PAS, adalah Bersatu sebenarnya adalah pesaing. Bersatu juga inginkan pengundi Melayu, yang juga menjadi sasaran UMNO PAS. Jika Bersatu adalah pesaing, maka inilah masa terbaik untuk wipeout pesaing dalam pilihanraya akan datang.

    Adanya Bersatu dalam UMNO PAS, adalah lebih menyusahkan. Sebab hasil kawasan dimenangi perlu bahagi dari 2 pihak, kepada 3 pihak. Kata orang putih,” Three is a crowd”.

    Dan kita dapat lihat respon-respon ketua-ketua UMNO berkali-kali sebut berkenaan Muafakat Nasional, dan bukannya Perikatan Nasional.

    Checkmate.

    Dari sudut Harapan pula, Bersatu yang diiktiraf adalah Bersatu pihak Tun. Ketua-ketua Bersatu pihak TSMY telah berkata mereka tidak akan kembali kepada Pakatan Harapan.

    Jadi Bersatu pihak TSMY tidak dapat ke UMNO PAS, dan mereka juga tidak dapat undur kepada Pakatan Harapan.

    Jadi di dalam pilihanraya dimanakah mereka? Jika mereka bertanding sendirian, pengundi Melayu penyokong Tun akan undi Harapan, pengundi bukan Melayu semestinya akan sokong Harapan. Manakala pengundi UMNO PAS, akan sokong UMNO PAS.

    Jadi di manakah Bersatu pihak TSMY jika mereka bertanding pilihanraya? Kekalahan secara mutlak (total defeat).

    Checkmate.

    Seandainya pun, Bersatu pihak Tun bersama-sama Pakatan Harapan kalah pada PRU akan datang, mereka tidak akan kalah secara total. Dengan sokongan pengundi Melayu penyokong Tun dan bukan Melayu, pasti Pakatan akan memenangai banyak kerusi, mungkin tidak majoriti, tetapi banyak.

    In a worst case scenario, even if Pakatan Harapan Plus loses, they will live to fight another day. Dan kalaupun Tun kalah, sekurang-kurangnya Tun kalah dalam menegakkan kebenaran dan menentang kemungkaran. Inilah yang dikatakan menang dalam kekalahan.

    Kesimpulanya, saya berpendapat Bersatu pihak TSMY akan wipeout dan tidak lagi menjadi Perdana Menteri jika diadakan. Checkmate.

  16. hal Jun 11,2020 10:11 AM

    Salam alaikum TUN

    1. Syukur pada Allah yang kurnia TUN dengan usia yang panjang, sihat dan afiat, ilmu yang baik dan akal fikiran yang tajam.

    2. Moga TUN dengan petunjuk Allah dan Rasul dapat bertindak bernawaitu kepada Allah semata.

    3. Bertindaklah kerana Allah. Tanpa kehendak kepada sebarang bentuk balasan dari siapa pun walaupun Allah. Kita tidak ada daya upaya selain Allah.

    4. Percayalah TUN kalau niat dan gerak adalah dari Allah in sya Allah matlamat yang TUN sasarkan akan berjaya ditemui.

    5. Buktikan TUN adalah Pengasih Penyayang Adil…

    Semoga Allah lindungi TUN sekeluarga.

  17. sibotak Jun 11,2020 8:32 AM

    Kerajaan semasa Tun Mahathir juga di gelar Kerajaan Mahathir
    Begitu juga Kerajaan Najib ,Anak Tiri & Isteri SND BHD
    Sekarang pula Kerajaan Muhydeen
    Lim Dynasty sedang mengatur Strategy, kini dengan Bantuan Emperor HBT
    Hanya Lee Dynasty yg Kekal Kukuh Teguh hingga kini

    Kenapa is begitu mudah bertukar ganti ?
    Pokok tak akan bergoyang begitu saja
    Angin , Ribut , Beruk yg mengocang dan sebagainya punca sebab musebab
    Begitu juga pertukaran Politik Kerajaan Malaysia

    Zaman Kegemilangan Tun M , memang Benar & Nyata
    Memang bolih di istilahkan Berjaya
    Tun berundur mungkin akan tekanan atau sebab peribadi
    Tun menyerahkan Kuasa pada Pak Lah

    Harapan Tun Pak Lah bersama Tun
    Tapi PakLah tukar Qiblat
    Tun marah dan jadikan Najib sebagai pengganti Tun
    Begitu juga Najib
    Najib tukar Qiblat
    Tun marah lagi
    Tun berjaya menewaskan mereka dengan senang
    Nyata pengaruh Tun amat Kuat & kebolihan Tun amat dikagumi

    Tiba tiba Muhydeen pula
    Dalam menunduk, beliau dilantik menggantikan Tun
    Tun terperanjat dan marah lagi
    Sekarang Muhydeen jadi PM dipilih Agong
    Melalui Pintu Depan Istana dengan hidangan KFC sebagai Bukti

    Tun Marah lagi

    Semua berlaku bersebab
    Semua berlaku bersebabkan Tun juga
    Tun yg jadi The Main Character here
    Yang lebih mencorakan Malaysia
    Kenapa Tun tidak serupa Lee Dynasty
    Sedangkan Tun diberi Bonus Umur yg panjang dan berkemampuan Kesehatan

    Jika dibiarkan Malaysia dalam Pakatan Harapan
    Yang sedia Maklum adanya DAP yg membuat Tun disingkir
    Maka sekarang Kehadiran Tan Sri Muhydeen di sambut dengan
    Kerhormatan Sultan & Agong
    Sebab Kerajaan Pakatan Harapan tumbang disebabkan
    tikam menikam sesama yang tidak ada Keikhlasan hubungan yg jernih

    Ini Kerajaan sementara yang hanya menunggu PRU15
    Jadi Siapa nak Bertanding
    Tunggulah PRU 15
    Saya pun dah siapkan Borang Pecalunan untuk HBT
    HBT kan mewakili DAP berkemungkinan beliau akan mengantikan Lim Kit Siang

    Sementara Kita Berusaha persiapkan , mengumpulkan, mengabungkan Ummah
    Untuk Berjemaah Bersama Beramai ramai
    Bersatu Berqiblat pada yg Satu
    Dengan Ikhlas BerKallimah

    Dengan Quran & Hadiths
    kita sudah ada jawapan pada semua soalan

    Tanpa Quran & Hadiths
    Semua jawapan akan disusuli dengan soalan demi soalan demi soalan

    Ini yg merosakan Mahkluk yg dinamakan Manusia

  18. Sri Sense Jun 11,2020 8:23 AM

    Tun M and admins

    I komen sebagai rakyat biasa bukan sebagai consultant.

    I think zaman TSMY durian mahal. Zaman Tun M durian murah. Zaman TSMY stock market kencang. Zaman Tun M stock market malap. Zaman TSMY Malaysia famous dengan kehebatan tangani COVID 19. Percaya atau tidak zaman Najib, zaman Tun M, dan zaman TSMY, DG MOH adalah orang yang sama, Dr Hisham.

    Zaman Tun M dan PH, banyak business dan concessionaire pemberian BN terbatal. Alasan rasuah. Maka dari zaman Tun M hingga zaman TSMY cerita court masih belum selesai. Business yang terbatal saman kerajaan jutaan ringgit.

    Zaman TSMY, Tun M saman BERSATU dan ROS over clause yang Tun M sendiri tukar ketika nak tubuh UMNO baru. Not to mention YouthPower yang lack of experience asyik bertekak dia saja betul. Tak malu heret nama emak bapak dalamnya. Bikin rakyat menyampah.

    Itu antara sebab I boleh beri sikit. Banyak lagi ya. Rakyat sebenarnya tak minat urusan politik. Sebab kami bukan politicians. Kerja kami hanya buang undi. But kalau dah keterlaluan maka PH akan mati terus jadi kerajaan akan selamanya jadi pembangkang.

    Pendapat I sebagai rakyat biasa, ini bukan nasihat ya. Kalau nak nasihat kena bayar la hahaha I rather duduk kat bursa tengok market. Sekurang kurangnya I ada juga buat duit sikit.

  19. Hajar Jun 10,2020 10:02 PM

    Salam YAB Negarawan Ulung Tun Dr. Mahathir,

    Bagi saya Kerajaan pimpinan TSMY wajar digelar REJIM MUHYIDDIN.

    Sudah gila kuasa nampaknya TSMY. Amat malang sekali kerana dalam sekelip mata imej warak (anak tok guru katanya) beliau telah tercemar teruk.

    Saya doakan Tun, DS Mukhriz, Syed Saddiq, Dr. Maszlee, Dato’ Amiruddin, dll. akan berjaya dalam kes saman (tindakan undang-undang) ke atas TSMY dan konco-konco beliau. Allah SWT sentiasa bersama orang-orang yang benar.

    Saya tahu keadaan banyak tidak memihak kepada Tun sebab TSMY memang kelihatan sudah hilang pertimbangan akal yang waras – entah apa lagi yang beliau sanggup buat untuk kekal berkuasa.

    Kepada Syed Saddiq (SS) dan ibu-bapa beliau (yang disoal-siasat SPRM), saya harap mereka tabah. Saya berasa pelik mengapa ada orang yang kelihatan amat dengki terhadap SS, dan asyik mengutuk beliau. Bagi saya orang yang berprinsip jauh lebih baik dari orang yang sekadar tahu mengutuk orang lain tetapi diri sendiri pun entah apa-apa…

    Sabar ye Tun, sebab di sini ada manusia-manusia yang tidak tahu adab bila masuk ‘rumah’ orang (blog Chedet).

    Saya cuma beri komen di blog Chedet. Blog / Laman Web lain saya cuma lawat / baca saja tanpa beri apa-apa komen. Saya pernah tinggalkan 2-3 komen pendek sahaja (dah lama – bukan blog pemimpin politik), tetapi TIDAK pernah pula saya mengutuk / memperlekeh / menghina Tuan punya blog.

    Orang yang suka kutuk / hina Tun di sini tidak rasa segan @ malukah?

    Sudahlah masuk blog orang, tiba-tiba kutuk pula Tuan punya blog. Ini kurang ajar namanya!

    Kita wajar menghormati Tuan punya blog walaupun kita tidak bersetuju dengan pandangan beliau.

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  20. Cal Jun 10,2020 9:37 PM

    Tun,

    The Chinese have an idiom – the victor is king, the loser is bandit.

    成者為王,敗者為寇

    History and the constrution of the law is solely the right of the victor (so it happens also during your tenure as well.).

    I wish you will spend more of your time and resources to arrange for a possible comeback.

    At least, it will be more worthwhile for us to watch a more balanced political landscape with the linchpin (basically us) to decide the ultimate victor by the end of the day.

    Kind regards,

Leave a Reply