TOTAL VISITORS FROM 2008:

KERAJAAN MUHYIDDIN (II) 13

1. Di waktu Malaysia memilih sistem demokrasi, harapan rakyat ialah Kerajaan Malaysia akan terdiri oleh mereka yang dipilih oleh rakyat.

2. Inilah yang berlaku dalam PRU 14, apabila Kerajaan Kleptokrasi dijatuhkan dan parti-parti yang menentang kleptokrasi diangkat oleh rakyat untuk mendiri Kerajaan Malaysia.

3. Tetapi sekarang kita dapati parti yang ditolak oleh rakyat berjaya merampas kuasa dan mendiri Kerajaan.

4. Ini berlaku kerana parti yang ditolak oleh rakyat berjaya menakutkan sebilangan dari ahli politik Pakatan Harapan (PH), khususnya ahli parti Bersatu, bahawa Kerajaan PH dikuasai oleh parti DAP dan DAP akan hancurkan orang Melayu. Untuk menghalang dari ini berlaku Kerajaan hendaklah terdiri daripada Melayu Islam.

5. Presiden Bersatu melihat peluang untuk jadi Perdana Menteri jika Bersatu jatuhkan Kerajaan PH dan Bersatu menyertai gabungan baru bersama parti kleptokrat untuk dirikan Kerajaan baru.

6. Mungkin ada pemimpin Bersatu yang percaya bahawa DAP boleh hancurkan orang Melayu sehingga mereka sanggup jatuhkan Kerajaan PH, tetapi ramai yang nampak peluang daripada penubuhan Kerajaan Perikatan Nasional (yang belum ada) untuk jadi Menteri, Timbalan Menteri dan sebagainya.

7. Hari ini kita tahu bahawa untuk mendapat sokongan, Muhyiddin menawar jawatan kepada mereka yang lebih utama perolehan untuk diri sendiri dari perjuangan. Mereka ini sanggup lupa akan sebab mereka dipilih oleh rakyat. Mereka tidak pun berasa terhutang budi kepada rakyat. Yang mereka nampak ialah peluang dan upah dari tawaran oleh Muhyiddin. Untuk ini mereka sanggup bekerjasama dan mendukung kleptokrat yang kononnya mereka benci dahulu.

8. Dengan tindakan mereka ini ramai dalam Kerajaan Muhyiddin terdiri dari perasuah yang utamakan diri sendiri. Hampir semua yang menganggotai Kerajaan Muhyiddin terdiri dari mereka yang utamakan tawaran jawatan dan upah yang lumayan. Perjuangan untuk hapuskan kleptokrat dilupakan. Sebaliknya terdapat sokongan oleh mereka untuk bebas kleptokrat yang sekarang menjadi rakan mereka.

9. Amat malang bagi rakyat yang telah kalahkan parti kleptokrat, tetapi sekarang sekali lagi mendapat Kerajaan Kleptokrat melalui pintu belakang.

10. Jika Melayu hendak dihancur, Kerajaan Kleptokrat seperti inilah yang akan hancur mereka. Betapa tidak. Kehendak rakyat mudah digugurkan. Dan Kerajaan pemimpin mereka yang mudah mungkir janji, yang utamakan kepentingan diri, yang mudah terpengaruh jawatan dan upah, yang kebanyakan tidak mempunyai kelayakan selain dari menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, Kerajaan seperti ini akan rosakkan dan hancurkan negara termasuk orang Melayu.

11. Hari ini tokoh-tokoh di antara penyokong Muhyiddin ke sana ke sini untuk menawar jawatan dan wang untuk menambah sokongan. Siapa yang menolak tawaran mereka akan diugut dan didera.

12. Saya ucap syabas kepada mereka yang berani tolak tawaran Muhyiddin dan sanggup digugur dari parti (secara tidak sah) dan kehilangan pelbagai peruntukan untuk kawasan.

13. Orang seperti ini sahaja yang boleh selamatkan negara dan orang Melayu.

14. Percayalah mereka yang sanggup menjual diri mereka, mereka yang terima “cash is king”, mereka ini akan hancurkan negara bersama orang Melayu.

15. Inilah mereka yang mendiri Kerajaan sekarang.

13 thoughts on “KERAJAAN MUHYIDDIN (II)

  1. amana Jun 22,2020 11:20 AM

    Salam Tun yg dikasihi,

    1. Pada pandangan saya sekiranya umum mahu membuat perbandingan antara tindakan yg betul dan yang salah ianya kurang tepat..

    2. Ketika ini tiada tindakan salah. Sudut pandang TSMY dan kumpulannya mungkin merasakan tindakan mereka ini lebih MUDAH. Tetapi mereka lupa yang lebih menekan ialah adakah tindakan mereka BETUL..

    3. Benarlah apa yang Tun tekankan sebelum ini… Orang Melayu suka ambil MUDAH.. suka perkara MUDAH… yang akhirnya memakan diri sendiri..

    4. Dalam Islam sendiri mengatakan Islam itu mudah dan betul.. tetapi sekiranya mahu dipermudahkan, maka ianya jadi perkara salah..cthnya bab solat, puasa.. ada yang mengatakan tidak perlu melaksanakan sebab mereka telah mencapai maqam tertentu… sedangkan Rasullullah sendiri melaksanakan solat sehingga bengkak kaki baginda. Secara metaphoranya, ianya menunjukkan Rasullullah tidak ambil MUDAH sesuatu perkara!!

    5. MUDAHnya mereka merencana dengan membeli sokongan melalui pemberian jawatan.. yang akhirnya akan memberi kesan besar kepada bangsa dan negara.

    6. Sejarah tidak pernah menipu. Tiap kali diambil mudah dan mencari jalan MUDAH maka bencana menanti.

    7. Rasulullah juga tidak ambil jalan MUDAH. Jika diikutkan, boleh saja Rasulullah memohon kepada ALLAH untuk menghancurkan sesuatu kaum yang menentang baginda. Tetapi tidak, Rasullullah tidak ambil jalan MUDAH..

    8. Banyak kes ketika ini orang mencari jalan MUDAH. Tak perlu menuntut ilmu dan mengambil pengalaman tetapi dengan cara mencuri hasil pendapat dan ilmu orang lain, jadikan seperti kepunyaan sendiri dan dengan tipu daya dan lakonan. MUDAH dapat hasil. dapat lantikan dan terus jadi expert.

    9. Saya yakin Tun dipihak benar dan insyaAllah saya akan menyokong Tun.

    10. Masalah utama orang Melayu ialah suka pada perkara MUDAH dan mengambil MUDAH dalam menilai sesuatu perkara. Orang Melayu PASTI akan dijajah semula sekiranya sikap suka pada perkara MUDAH tidak diatasi,

  2. izyannid Jun 17,2020 7:31 PM

    every step yg tun buat bersebab.. all i know muhyidin ni pembelot. apa yg dia kutuk najib dia buat blk cash is king konon end up ko buat balik..tun if you read this please2 i need your help right now

  3. HBT456 Jun 17,2020 3:04 PM

    twinpeaks Jun 17,2020 2:03 PM

    Hypocrisy and politics.

    Very common practice in this country for on-going court cases to be dropped and new ones to suddenly come out, every time the government changes. Both at federal and state levels. Najib case, Lim Guan Eng case, et cetera..

    So, not a new story. Not sure if politicians can keep up the bluffing on the voting public, though. Seems to be futile exercise if anything.

    Anyway, this is a typical politics blog. What else is there to talk about except to read endless complaints.

    Thanks for creating the blog, Tun(!)

    https://www.thestar.com.my/metro/metro-news/2020/06/17/dbkl-shuts-down-039disgusting039-pudu-ulu-tofu-factory-for-good

    THIS IS A MARATHON RACE TOO.

    ADAKAH PERBUATAN INI BACUL, SENGSARA DAN MAHA ZALIM, INI KENA TANYA MAYOR KL.

    IT IS UP TO THE POLITICAL PARTIES TO DECIDE WHICH SEATS THEY WANT TO SWAP, LET GO OR EXCHANGE FOR GREATER KL.

    COMPLAINTS, LOBBY, INSIDER TIPS ATAU CORRUPTION, THE BALL IS WITH AG@PUTRAJAYA.

  4. twinpeaks Jun 17,2020 2:03 PM

    Hypocrisy and politics.

    Very common practice in this country for on-going court cases to be dropped and new ones to suddenly come out, every time the government changes. Both at federal and state levels. Najib case, Lim Guan Eng case, et cetera..

    So, not a new story. Not sure if politicians can keep up the bluffing on the voting public, though. Seems to be futile exercise if anything.

    Anyway, this is a typical politics blog. What else is there to talk about except to read endless complaints.

    Thanks for creating the blog, Tun(!)

  5. adelheid Jun 17,2020 1:42 PM

    Dear Tun,

    It is sad to watch this country spiralling down again, this time worse than ever before when the person at the helm comes from a non-existent Perikatan Nasional and his allies those who have lost in the last GE but who have managed to snatch what the people have chosen in the name of democracy. Now these shameless narcissists are mulling snap election to justify and satisfy the chaos they have done. We rakyat are only able to watch their representatives voted in GE14 jump like mad frogs to whomsoever holding the current power eventhough we all know how immoral and unprincipled the whole bullshit is.

    Dah merampas kuasa mereka nak buat snap election tanpa sedikit pun fikir keadaan rakyat dengan pandemic yang masih melanda. Mereka nak ambil kesempatan pandemic dan keadaan semasa untuk buat snap election kerana ini akan menguntungkan pihak mereka yang sedang pegang kuasa. Dengan budak tak sekolah, ipt online, tambang kapalterbang berganda mahal, restrictions yang masih wujud, maka mudahlah bagi penipu-penipu ini mengatur langkah menghalalkan cara mereka. Sedih sangat melihat keadaan sekarang dan muntah tengok muka-muka tak tahu malu lepas satu-satu daripada diadili undang-undang. Kesian tengok sebenarnya keadaan negara kita sekarang kembali kepada era Bonnie and Clyde.

    Apapun Tun, rakyat menilai. Tak semua bersama kerajaan perampas dan penipu. Mereka yang pegang kuasa sekarang mewakili bilangan minoriti sahaja kerana the vast majority of the masses rakyat are still holding to our principle. We will never sell our morality and principle to go back to the dark era of Umno now together with PAS the religion rider having a time of their life riding mercedes and what else you never want to know.

    Take care Tun.

  6. HBT456 Jun 17,2020 1:22 PM

    https://m.malaysiakini.com/news/530530

    UMNO BARU NOW WANTS TO TAKE PAS TO REPLACE DAP AND GERAKAN, AND AS TAIKO, WHAT SHOULD MCA DO?

    TREAT IT AS A BLESSING, AND WISH UMNO BARU ALL THE BEST.

    IN TERMS OF NUMBER, ALREADY KALAH.

    FOR POLITICAL STABILITY, IT WOULD BE BEST TO REMAIN SILENT IS GOLD BAGAI ELEGANT SILENT.

    MARK MY WORDS, LATER ON PARTI2 KAUM MELAYU PASTI AKAN BERGADUH LAGI WITH THE SLOGAN OF BANGIT UMNO, HIDUP UMNO.

  7. HBT456 Jun 17,2020 1:07 PM

    BY THE WAY, JUST DONT GET ANGRY BY READING LOCAL ONE SIDED NEWS.

    IF PARTI ARE GOOD, THEY WONT SET UP NEW POLITICAL PARTIES TO BREAK VOTES, JANJI MENANG,

  8. HBT456 Jun 17,2020 12:10 PM

    sibotak Jun 17,2020 10:20 AM

    ‘ 4. Ini berlaku kerana parti yang ditolak oleh rakyat berjaya menakutkan sebilangan dari ahli politik Pakatan Harapan (PH), khususnya ahli parti Bersatu, bahawa Kerajaan PH dikuasai oleh parti DAP dan DAP akan hancurkan orang Melayu. Untuk menghalang dari ini berlaku Kerajaan hendaklah terdiri daripada Melayu Islam. ”
    Hujah Tun

    Saya berpendapat mereka yg keluar tidak takut akan DAP atau
    atas dasar hasutan atau ditakut takut kan

    Kenapa nak takut sama DAP atau HBT , Tun ?
    Apa DAP, HBT kasi kita makan ?

    Mereka yg keluar semua ada pemikiran sendiri, semua sudah Dewasa
    Mereka mampu berfikir untuk diri sendiri
    Itu sebab mereka keluar dari Kerajaan Pakatan Harapan
    Walau setiap seorang jika di beri 1 Juta Rm untuk kekal dengan DAP
    Mereka tetap akan keluar
    Begitu juga Tun sekarang,kerana Tun bersatu dengan DAP
    Sokongan terhadap Tun sudah merosot juga dari diri saya sendiri

    Apa Tun fikir HBT sekarang membodek Tun
    Jika Tun bertanding dengan DAP
    HBT akan undi Tun ?

    Yang nyata walau bertapa hebatnya DAP
    Orang Melayu berpendirian sokong Melayu walau si Melayu Bodoh

    Mereka, DAP, HBT pandai
    Pandai mengurus, pandai bertutur Melayu
    ” Lebih pandai mereka Cakap Melayu lebih banyak mereka akan tipu Melayu ”

    Yang nyata jika Tun tidak berkenan pada Najib & The Geng
    Atau jika UMNO tidak ada betul nya
    Saya rasa Tun berkemampuan membetulkan Pentakbiran UMNO
    Tun masih diterima UMNO, Tun masih ada Suara di UMNO

    Janganlah kerana Nyamuk se ekor
    Tun nak bakar satu Kelambu

    Jika tembok, atap, tiang, pintu, tingkap UMNO,PAS,BERSATU,PKR
    Jika reput,sengit atau pecah
    Bersamalah kita memperbaiki kannya

    Begitu juga Keluarga , Pengaduan Keluarga Anak kita
    Kalau kita tengok rumah tangga mereka senggit , nak roboh
    Wajib kita beri bantuan memperbaiki bukan meruntuhkan

    Apakah Tun berdamping dengan DAP
    Tun ada jawapannya ?
    Mungkin kini tapi tak mungkin Esok

    Tak begitu HBT ?
    Jangan Marah ha

    SAYA TAK DAPAT MARAH, SAYA CUMA BOLEH TUNJUK PERASAANKU SEMASA PRU SINCE THERE IS NO BY-ELECTION IN MY STATE AFTER BANKRUPTCY, I MEAN, EC, POLICY, CHANGED TO FAVOR PERDANA MENTERI AND PMO AT PUTRAJAYA, SIBOTAK.

    DO YOU KNOW THE MEANING OF COST OVERRUN, SIBOTAK?

    A cost overrun, also known as a cost increase or budget overrun, involves unexpected incurred costs. When these costs are in excess of budgeted amounts due to an underestimation of the actual cost during budgeting, they are known by these terms.

    DO YOU HOW SUCH OVERRUN COST IS BEING CALUCALATED AND SPREAD OUT, SIBOTAK?

    I ALREADY SAID, WE MAY NOT BE THE BEST, BUT WE ARE DEFINITELY NOT THE WORST.

    JUST DUDUK DIAM2 LAH, PAKAI MASK, AND HAVE FAITH WITH MALAYSIANS, SIBOTAK.

  9. Sri Sense Jun 17,2020 11:10 AM

    Waduh Tun M ini banyak habiskan masa mengata penganti2.

    I sekeluarga banyak habiskan masa macam mana nak cari duit. Kami tak nak buang masa mengata orang. Diri sendiri kena jaga. Orang heboh dapat BPN. Hubby and son tak dapat pun. Harapan bursa naik semula macam zaman Najib. Boleh juga buat duit. Harapan ekonomi ok balik dapatlah anak I bekerja semula. Mengata orang lain bukan lah pekara baik. Berdosa tau.

    Idea Tun M memihak pada yang berduit. Rata2 komen kat FB dah cukup memberitahu Tun harus berehat. Ramai dah muak dan tak perlu service Tun M, DSAI dan LGE. Cukup2 lah tu.

    Wakil rakyat boleh tolak tak ikut TSMY tapi yang mangsa adalah penggundi mereka. Tak dapat satu bende pun. Nak idealistic pun biar bertempat. That’s my thinking.

    UMNO seharusnya membuang mereka2 yang terpalit dengan court case. Tak kira siapa, itu memang tradisi UMNO dari dulu. Lihat saja Muhammad Taib bekas MB Selangor, lihat saja Khir Toyo bekas MB Selangor dll.

    Masaalahnya Tun M sendiri yang suka angkat bekas banduan2 duduk sisi Tun M, diberi jawatan baik dalam PH, maka UMNO kini berkata kenapa tidak kami, kalau dah terpalit masuk jel pun, boleh naik, di muliakan oleh Tun M.

  10. Aktivis Islam Jun 17,2020 10:29 AM

    Assalamualaikum,

    Tun, saya nak tumpang bertanya. Hari2 saya tgk tun komplen, entahlah bagi pihak siapa, rakyat atau PH atau diri sendiri. Saya ingin nyatakan pendapat peribadi saya, bkn majoriti rakyat. Semua rakyat ada hak dalam pendapat masing2, hak sbg warganegara. Terus terang saya katakan, dari mula saya tak pernah setuju negara ditadbir ahli politik atau monarki. Saya lahir sbg manusia bebas, saya setuju diwakili individu yakni Perdana Menteri untuk mengurus mentadbir negara, melaksana undang2, menjaga kebajikan bagi pihak rakyat. Saya tidak setuju dijajah, diperintah sebagai hamba directly/indirectly. Ini baru dikatakan demokrasi. Ya saya melayu, saya amal adab dan akhlak melayu tetapi setakat itu sahaja tak lebih2 fanatik sistem hierarki melayu. Adakah perlembagaan negara selari dgn pendapat saya? wallahualam ini cuma pendirian saya. Cuma ingin Tun jelas kedudukan saya dalam situasi sekarang.

    Sekarang balik pada tujuan asal komen ini, soalan saya. Boleh Tun terus terang tanpa selindung dgn kami, “Apakah perancangan Tun sekarang JIKA dipilih semula?” Harap tun sudi Tun dan mampu jawab soalan saya dgn tepat tanpa pusing kiri kanan dan jelas.

    Jazakumullahukhairan kathira.

  11. sibotak Jun 17,2020 10:20 AM

    ‘ 4. Ini berlaku kerana parti yang ditolak oleh rakyat berjaya menakutkan sebilangan dari ahli politik Pakatan Harapan (PH), khususnya ahli parti Bersatu, bahawa Kerajaan PH dikuasai oleh parti DAP dan DAP akan hancurkan orang Melayu. Untuk menghalang dari ini berlaku Kerajaan hendaklah terdiri daripada Melayu Islam. ”
    Hujah Tun

    Saya berpendapat mereka yg keluar tidak takut akan DAP atau
    atas dasar hasutan atau ditakut takut kan

    Kenapa nak takut sama DAP atau HBT , Tun ?
    Apa DAP, HBT kasi kita makan ?

    Mereka yg keluar semua ada pemikiran sendiri, semua sudah Dewasa
    Mereka mampu berfikir untuk diri sendiri
    Itu sebab mereka keluar dari Kerajaan Pakatan Harapan
    Walau setiap seorang jika di beri 1 Juta Rm untuk kekal dengan DAP
    Mereka tetap akan keluar
    Begitu juga Tun sekarang,kerana Tun bersatu dengan DAP
    Sokongan terhadap Tun sudah merosot juga dari diri saya sendiri

    Apa Tun fikir HBT sekarang membodek Tun
    Jika Tun bertanding dengan DAP
    HBT akan undi Tun ?

    Yang nyata walau bertapa hebatnya DAP
    Orang Melayu berpendirian sokong Melayu walau si Melayu Bodoh

    Mereka, DAP, HBT pandai
    Pandai mengurus, pandai bertutur Melayu
    ” Lebih pandai mereka Cakap Melayu lebih banyak mereka akan tipu Melayu ”

    Yang nyata jika Tun tidak berkenan pada Najib & The Geng
    Atau jika UMNO tidak ada betul nya
    Saya rasa Tun berkemampuan membetulkan Pentakbiran UMNO
    Tun masih diterima UMNO, Tun masih ada Suara di UMNO

    Janganlah kerana Nyamuk se ekor
    Tun nak bakar satu Kelambu

    Jika tembok, atap, tiang, pintu, tingkap UMNO,PAS,BERSATU,PKR
    Jika reput,sengit atau pecah
    Bersamalah kita memperbaiki kannya

    Begitu juga Keluarga , Pengaduan Keluarga Anak kita
    Kalau kita tengok rumah tangga mereka senggit , nak roboh
    Wajib kita beri bantuan memperbaiki bukan meruntuhkan

    Apakah Tun berdamping dengan DAP
    Tun ada jawapannya ?
    Mungkin kini tapi tak mungkin Esok

    Tak begitu HBT ?
    Jangan Marah ha

  12. Hajar Jun 17,2020 8:15 AM

    Salam YAB Negarawan Ulung Tun Dr. Mahathir,

    TSMY sudah hilang pertimbangan dan lupa diri.

    Ya, jika kita mahu kenal KARAKTER sebenar seseorang, berilah dia KUASA.

    Kita telah nampak warna sebenar TS Muhyiddin.

    Ke sana ke sini sibuk menyogok @ merasuah orang dengan pelbagai jawatan dan pangkat.

    Orang yang tidak mahu bersubahat dihukum, didera dan dizalimi.

    Lagi satu, saiz Kabinet yang besar merupakan satu pembaziran wang rakyat.

    Ditambah pula dengan entah apa-apa jawatan yang direka cipta untuk disogok kepada konco-konco beliau untuk memuaskan nafsu syaitan mereka. Jawatan-jawatan penting dalam GLCs/GLICs pun mereka sapu.

    PEMBAZIRAN dilakukan dengan rakus dalam keadaan krisis kesihatan dan ekonomi yang teruk.

    Ya, membazir wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

    Inikah dia PM yang PRIHATIN? Maaf cakaplah, saya rasa nak muntah melihat perangai beliau.

    Perangai buruk TSMY sudah sinonim dengan perangai DSN, dan golongan Kleptokrat yang lain.

    Amat menjengkelkan!

    TSMY has shown his true colors! Really pathetic! There’s no turning back for him…

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  13. Bilis Jun 16,2020 8:57 PM

    Assalamualaikum, Tun.

    Jika dilihat dari sisi yang Tun tulis, memang ada benarnya.

    Walau bagaimana pun, seperti yang saya pernah tulis sebelum ni, ada dua faktor yang menyebabkan kejatuhan PH dan tertubuhnya PN – the push and pull factors.

    Adakah PH jatuh semata-mata kerana pemimpin yang mencetuskan penubuhan PN adalah 100% untuk kepentingan peribadi?
    Saya kira tidak.

    Satu faktor yang saya tidak pernah lihat Tun akui adalah kegagalan PH dan kabinetnya. Maaf Tun, tapi saya yang melihat dari luar rasakan Tun terlalu ‘berlembut’ dengan ahli kabinet PH. Persepsi saya Tun membiarkan bekas Menteri Kula terlalu biadap dengan Melayu. Tun pula menyuruh bekas Menteri Maszlee menyerahkan jawatan semula kepada Tun. Hanya Tun yang tahu sebab utamanya, tapi persepsi saya Tun tunduk kepada bangsa DAP pasal isu Jawi.
    DAP juga dilihat terlalu bermaharajalela. Komponen BN dulu memang banyak silapnya, tapi DAP dilihat terlalu rakus dalam masa yang singkat.

    Menyokong LTTE, menyokong Modi dari Mahathir, mem’pendatang’kan bangsa Melayu, memberi hak milik tanah 999tahun, senyap bila Ahli Bomba Adib dilanyak hingga terkorban akhirnya, senyap bila pemandu Melayu terkorban kerana dilanggar pemandu mabuk tapi menyalak bertahun-tahun pasal Teo Beng Hock, menghentam dan cuba menghalau Zakir Naik, UEC diperjuang tanpa mengira kesannya ke atas perpaduan negara…. dan banyak lagi.

    Saya juga kecewa seperti Tun jika kleptokrat kembali berkuasa, tapi Tun perlu akui juga bahawa PH juga mengecewakan.
    Yang paling dirisau oleh Melayu seperti saya adalah apa akan terjadi jika PH memerintah selepas Tun tiada. Parti Amanah tidak boleh diharap.. asyik menjilat DAP. PKR parti AAD. DAP semakin menunjuk belang.

    Inilah yang saya lihat dari lensa saya. Pilihan yang sukar antara PH dan PN.
    Tapi there are indicators showing that a lot more devil with PH dan PN, not now but after your time Tun.

    #DAPbukanlagipilihanku
    #Kleptokratakubenci

Leave a Reply