TOTAL VISITORS FROM 2008:

DARURAT 21


1. Saya difaham pihak Kerajaan masih berusaha untuk isytihar darurat di negara tercinta ini.

2. Mengikut hujah mereka kononnya negara berada dalam keadaan krisis, dengan 10,000 anggota polis diserang COVID-19, satu juta orang asing sudah melanda negara ini dan kononnya jika darurat tidak diisytihar sebelum Isnin, 2 November, pasar saham akan jatuh merudum.

3. Ya, benar COVID-19 sudah meningkat sehingga lebih dari Satu Ribu Dua Ratus pada beberapa hari. Tetapi ini disebabkan Kerajaan Pusat sengaja rebut kuasa di Sabah. Kesan dari Pilihan Raya Negeri (PRN) ialah ramai rakyat Sabah diserang COVID-19 dan mereka dari semenanjung yang ke sana untuk berkempen dijangkiti COVID-19. Apa perlunya Perikatan Nasional (PN) merebut kuasa Kerajaan Sabah – terutama semasa kita diserang COVID-19.

4. Saya tidak tahu benar atau tidak 10,000 anggota polis diserang COVID-19. Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin kata 10,000 anggota dan pegawai polis telah dikuarantin, dan 200 disahkan positif.

5. Ya! 10,000 anggota polis diserang COVID-19 menggerun kita. Tetapi Ketua Polis Negara Tan Sri Hamid Bador dilapor berkata jumlah tersebut adalah kumulatif dari bulan Mac. Jadi bukanlah 10,000 pada satu masa! Laporan Hamzah tidak sebut perkara ini.

6. Walaupun angka kes baru tinggi tetapi tidaklah seburuk seperti negara lain. Di Amerika Syarikat hampir 100,000 kes baru dilapor setiap hari. Kematian meningkat sampai 200,000 lebih berbanding hampir 300 di Malaysia.

7. Benar penduduk Malaysia 32 juta sementara penduduk Amerika Syarikat 360 juta atau lebih 10 kali ganda ramai. Jika kadarnya sama kematian maka di Malaysia jumlah tentu lebih dari 300,000. Jadi sebenarnya kematian di Malaysia kurang seribu kali.

8. Berbanding dengan jiran-jiran kita juga keadaan kita lebih baik.

9. Apakah kuasa penuh oleh Perdana Menteri melalui darurat boleh kurangkan lagi kes COVID-19. Apakah yang boleh dilakukan oleh Perdana Menteri dengan kuasa penuh dari darurat yang tidak boleh dilakukan sekarang.

10. Belanjawan pun boleh dilulus oleh Parlimen. Tetapi takkanlah tanpa melihat belanjawan, kita luluskan belanjawan. Itu seperti menandatangan “cek” kosong (blank cheque). Kita percaya pada Perdana Menteri tetapi Perdana Menteri adalah manusia biasa – mungkin tersilap. Kita juga ada idea yang baik yang boleh dimasukkan. Selepas itu kita luluslah.

11. Jika keadaan kritikal, Parlimen boleh sebulat suara tangguh pilihan raya. Fikirkanlah, jika berada dalam peperangan, kita nak ada pilihan raya jugakah? Tentu kita tangguh. Kita akur akan undang-undang. Tetapi tak akanlah sehingga mati. Kita sedar jika diadakan pilihan raya, beribu-ribu akan mati. Nak buat jugakah?

12. Kita pegang kuat kepada Perlembagaan. Tetapi Perlembagaan boleh dipinda jika lebih dari 2/3 bersetuju.

13. Berkenaan dengan dakwaan kononnya jika tidak diisytihar darurat sebelum 2 November, pasar saham akan jatuh merudum pada 2 November. Yang kita lihat ialah walaupun darurat tidak diisytihar sebelum Isnin 2 November, pasar saham tidak jatuh merudum. Sebaliknya pasar saham berada dalam keadaan sihat.

14. Jelaslah dakwaan bahawa pasar saham akan jatuh merudum jika darurat tidak diisytihar adalah cara untuk memaksa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong isytihar darurat.

15. Fikir. Fikir dalam-dalam. Undang-undang untuk selamat kita, bukan untuk bunuh kita.

21 thoughts on “DARURAT

  1. HBT456 Nov 9,2020 1:51 PM

    DAURURAT, ATAU TIDAK, IT MADE NO DIFFERENCE SINCE CMCO PON DAURURAT JUGAK.

    THE DIFFERENCE IS SRI SENSE PONYA DAURURAT MESTI DAPATKAN PERMIT DARI IGP, AND IGP INI ORANG SIAPA, TAK PAYAH TANYA PON TAHU.

    DURING CMCO PULAK, ANDA AKAN DISAMAN MYR1000 JIKA TIDAK PAKAI MASKS, DAN YANG TAK MAMPU BAYAR PUNYA, LET KDN TO DECIDE WHETHER TO WAIVE ATAU TIDAK KERANA SAMA-SAMA MELAYU, JUST LIKE HELMET, AND COMPUTERS/LAPTOPS.

    ADAKAH ITU JASA, ITU TERPULANG KEPADA YANG BERBISING BERASAL DARI NEGERI MANA.

    WHEN MAJORITY WEARS MASKS, OBVIOUSLY, MINORITIES PON AKAN IKUT ONE.

    WHY?

    SEGAN JIKA TAK PAKAI MASKS.

    NO WORRIES, MALAYSIANS ARE SO USED TO THIS KIND OF POLITIK CANTAS-MENCANTAS APABILA KETUANAN MELAYU DAN KETUANAN ISLAM DIPERMAINKAN.

  2. Sri Sense Nov 9,2020 12:27 PM

    Good afternoon

    1. Saya difaham pihak Kerajaan masih berusaha untuk isytihar darurat di negara tercinta ini. TUN M

    Rasanya cita2 Tun ini akan tercapai, bukan pasal polis dan rakyat ramai kena COVID-19 tapi kerana Tun & Gang plus those in PH tak nak approve budget 🙁

    Warning ya, next GE, gerenti kalah teruk. Rakyat pandai kira ya, jika vote sokong sama macam vote kepada Speaker yang lalu, kami tau la Tun & Gang plus those in PH tak vote in favour!

  3. Hajar Nov 9,2020 8:57 AM

    Salam YAB Negarawan Ulung Tun Dr. Mahathir,

    1. PM Darurat @ TSMY wajar meletak jawatan dengan kadar segera sebelum keadaan wabak Covid-19 menjadi semakin PARAH. Tetapi degil…Mahukan darurat diisytihar kerana kemaruk kuasa PM.

    2. Sekarang PKPB (bersyarat) sudah diperluaskan ke hampir seluruh Semenanjung kecuali 3 negeri (dan Sarawak).

    3. Makin parah dan tenatlah ekonomi golongan rakyat marhaen yang mengharap kepada aktiviti-aktiviti ekonomi seperti pelancongan dan jual-beli (bisnes).

    4. Sepatutnya perkasakan UNDANG-UNDANG supaya rakyat mematuhi kesemua SOPs Covid-19. Saya sudah kata: Disiplin dan KETEGASAN amat penting untuk berjaya melawan Covid-19.

    5. Kalau Menteri Kabinet PM Darurat (dan geng) melanggar mana-mana SOPs, hukum saja tanpa berlengah. PM Darurat tidak tegas. Sebab itu rakyat pun ada yang sambil lewa saja, dan banyak yang gagal mematuhi SOPs – ini salah PM Darurat yang tidak tegas sebagai PM. Diri sendiri yang dalam keadaan darurat gamaknya… Semua orang mahu ‘didaruratkan…’

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  4. sibotak Nov 8,2020 3:51 PM

    Perbezaan Pemimpin Islam seperti Ayatollah
    Yg dihina Media Barat seolah Pemipin Islam
    Ayatollah ,Saddam ,Gaddafi sebagai Terrorist
    Sedangkan jika kita lihat cara Ayatollah Khameni bertutur di Media Facebook
    Amat Berbudi Bahasa, cukup teratur dengan kebenaran
    Jika dibandingkan dengan Trump yg dikatakan Media Barat sebagai Democrasi , Manusia yg Tamadun sedangkan Akhlak mereka tidak ubah seperti Puaka
    Banyak Penipuan ,Fitnah dengan kata kata yg Kesat

    Dunia Islam perlu Pemimpin
    Dunia Islam perlu bangunkan senjata sendiri, buatan sendiri
    Turkey atau Iran perlu calon sebagai Pemimpin Dunia Islam
    Turkey ,Iran perlu berusaha bersama Dunia Islam menyatu padukan Ummah

    Di ini hari , US usaha Trump berusaha menghubungkan Dunia Arab, UAE
    Berbaik dengan Israel tidak mungkin bertujuan Demokrasi
    Tapi Democrasi untuk menggunakan mereka untuk melemahkan Iran
    Ini tujuan mereka sebenar
    Jika niat Trump, US atau Israel Benar dan Ikhlas
    US untuk Israel akan berusaha membebaskan Palestine dan tidak menceroboh Tanah Palestine. Bahkan Israel lebih giat menghalau Penghuni sebenar Pelestine
    US untuk Israel tidak buat apa apa. Menutup Jenayah Kemanusiaan yg di perlakukan Israel
    Sedihnya Dunia Islam hanya Dayus melihat dan membiarkan Jenayah Israel diperlakukan didepan mata kita

    Adakah tujuan US, Trump , Israel berbaik dengan UAE, Middle East bertujuan Ikhlas
    Atau saja
    Memperbodohkan Dunia Arab untuk menyingkirkan Iran

    Kenapa Palestine Tidak diundang bersama tujuan mereka berbaik ?
    Mungkin juga Orang Arab adalah Bangsa yg Lemah dan Pemalas
    Atau mereka tidak mampu untuk berfikir sendiri

  5. sibotak Nov 8,2020 3:26 PM

    Congrats to Trump
    For proudly losing US Presidential 2010
    He should wash thoroughly his thick skin face in the Toilet Bowl

  6. HBT456 Nov 8,2020 2:16 PM

    WHATEVER SRI SENSE PROPOSED IN HERE, RAJAH, I MEAN, HAJAR SURE SYUH…SYUH…ONE, YOU THINK MY HOUSE IS TANJUNG RAMBUTAN AMBIL SAKIT JIWA PUNYA OLANG KE.

    EVEN EX USA PRESIDENT DONALD TRUMP PUNYA PATUNG LILIN ALSO KENA CAMPAK BY WAX MUSEUM VIA FACEBOOK PUNYA SOCIAL MEDIA KERANA ‘MAD’, NOT TO MENTION THE NAME OF KAMALA HARRIS WHEN WRITTEN TERPESONG, I MEAN, TERBALIK, THE NAME IS SPELT AS SIRRAH ALAMAK, SO RUDE, AND REDICULOUS TO MAKE FUN AND JOKE OF THE NAMES GIVEN BY HER PARENTS, AND COUNTRIES OF ORIGIN, MACAM JAGUH KAMPUNG TAKDA PELAJARAN ATAU HOUSE MANNER.

    AMBIL EX-CONVICTS, SENIOR CITIZENS, ORANG ASLI ATAU PENDATANG IZIN DARI NEGERI ATAU NEGARA JIRAN KERANA SAMA-SAMA ORANG MUSLIM, ITU TERPULANG KEPADA STATE GOVERNMENTS AND PUTRAJAYA TO DECIDE, NOT VOTERS AND PRIVATE/MANUFACTURING INDUSTRIES LINKED TO MINISTRIES CONCERNED.

    AFTER GOING THROUGH ALL THESE HORRIBLE FLIP THEN FLOP, FLOP THEN FLIP, ALL THEY WANT IS TO SAPU ALL THE POWER IN THEIR POKET FIRST, SCARY AND FRIGHTENING ALSO BECAUSE THEY HOLD THE MAJORITY VOTES.

    UMNO MAN SHOULD MAKE HIS STAND CLEAR ALSO WHETHER HE SUPPORTS STATE OFFICIAL RELIGION FIRST OR FEDERAL RELIGION FIRST TO GO AGAINST PERDANA MENTERI, TS MY. YASSIN, JANGAN NANTI KATA KAUM BABI CINA YANG JAHAT, MENJIJIK, MENJOLOK, HARAM DAN KOTOR PULAK.

    IS IT BECAUSE AMERICANS, EUROPEANS AND OTHER FOREIGN AMBASADORS DO NOT WANT TO MOVE INTO PUTRAJAYA AND CYBERJAYA, THE DEFENDERS OF NABI M, I MEAN, AG HAND PICKED BY PREVIOUS PERDANA MENTERI GET ANGRY DUE TO CHANGING HANDS AND POLICY MAKERS VIA BACKDOOR OF ZERO SUM GAME THAT CAUGHT SO MANY OF US UNAWARE, AND SUFFERED?

    WHATEVER THE OUTCOME IS, I SURE HOPE THE FUTURE WANNABES CAN PLAY THEIR PARTS, AND RAISE POLICY QUESTIONS IN FEDERAL PARLIAMENT, OR MAKE NATIONAL STATEMENTS VIA MEDIA AND/OR SOCIAL MEDIA TO MAKE THEIR STAND HEARD, OR VIEWED, ALSO CAN AS LONG AS IT IS WITHIN RULE OF LAW APPROVED AT STATE, AND FEDERAL.

  7. Sri Sense Nov 8,2020 12:43 PM

    Tun M

    Wah lama betul tunggu result, BIDEN menang. Ada kawan2 berharap US bersimpati pada orang Islam. I don’t think that possible. Dari dulu pun US bukanlah pro religion sangat. Then kawan kata Trump pro Yahudi. Well kalau orang Islam nak control dunia besar kenalah banyak duit. However orang Islam asyik bergaduh sesama mreka, jadi bilalah nak kaya. So to us as Malaysian kita nengok policy US under Biden sahaja samada bagus untuk Malaysia atau tidak.

    Ok jom cerita sikit about Malaysia. Sejak COVID-19 I sendiri banyak habis duit beli ubat kat pharmacy dan pi klinik swasta. As for my insurance hanya untuk masuk hospitl swasta, lagipun akan aktif untuk penyakit kronik 2 tahun lagi. Kejam kan.

    Dalam keadaan pandemic ini, dunia agak kejam terutama pada golongan senior citizen. As golongan ini yang sebenarnya perlukan perubatan lebih.

    Bab ambil senior citizen bekerja bebas cukai. Ini bagus juga. Tapi kerja apa yang senior citizen boleh buat. Ramai juga yang senior citizen tak nak tolong another senior citizen. How about nak ambil ex-convict bekerja, ramai juga tidak berkenan. I wonder juga sama ada Tun nak sahut cabaran kerajaan ambil senior citizen dan ex-convict bekerja.

  8. HBT456 Nov 7,2020 4:04 PM

    P/S: Orang yang bijak tidak akan melabur banyak dalam pasaran saham (Bursa Malaysia/dll.) kerana ia amat berisiko. Saya melabur sekadar suka-suka sebab duit sudah terlebih banyak… 🙂 . Kalau rugi, tidaklah jadi gila meroyan macam sesetengah orang.

    THATS WHY I SAID, BAGI BUKIT EMAS PUN TARAK GUNA.
    JANGAN KATA AH CHOO TAKUT, NANTI AH KOW PUN LARI.

    APAKAH ITU GDP, TO HER IS ALLAH S.A.W., SO HOW?
    WHEN SHE TALKS ABOUT ALGEBRA, THAN I CAN MASTER THE EQUATION AND SCORE WELL, BUT SHE WENT DEEPER AND TALKS ABOUT STRUGGLING MOSLEM TO HATE FRANCE, INI SAYA TAK BOLEH TERIMA. KENAPA, TANYA SRI SENSE.

  9. twinpeaks Nov 7,2020 1:32 PM

    Constant disagreements.

    There are too many disagreements with the government.

    Like the monks often say,

    “when a person complains, it reveals an inner sense of insecurity about the person”

    My take is, be at peace. Relax.

  10. Hajar Nov 7,2020 9:41 AM

    Salam YAB Negarawan Ulung Tun Dr. Mahathir,

    Isu PM Kemaruk Darurat:

    1. TSMY mesti meletak jawatan kerana telah GAGAL menangani pandemik Covid-19. Sepatutnya keadaan semakin reda semasa fasa pemulihan (PKPP), tetapi sebaliknya yang berlaku.

    2. Wabak Covid-19 semakin mengganas. Semalam kita ada 1,755 kes baru Covid-19 – ya, pecah rekod lagi. Sejumlah 1,199 kes dari Sabah.

    3. TSMY dan geng wajib bertanggungjawab (jadi penyebab utama) sepenuhnya ke atas penularan teruk Covid-19 pada gelombang ketiga, terutamanya di Selangor. Menurut KP KKM (Dr. Hisham), boleh dikatakan kesemua kluster baru di Selangor berkait-rapat dengan koronavirus Covid-19 dari Sabah – sama jenis (mutasi). Letak jawatan, dan jadilah manusia yang tahu mengambil tanggungjawab.

    4. Tetapi, TSMY mahukan DARURAT diisytihar kerana mahu kekal berkuasa…amat menjijikkan! Tujuan utamanya ialah untuk menggantung Parlimen.

    5. Ini bukan masa untuk berpolitik. Tindakan PANTAS, cerdik, dan bermisi / bervisi mesti diambil. Amat tidak wajar mengambil RISIKO besar untuk memberi TSMY & geng sekali lagi peluang kerana jika gagal ia bakal menghancurkan negara.

    6. Kalau saya jadi Tun, saya tolak Belanjawan 2021. “Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.” Kita tidak mahu ada orang yang “bagai tikus membaiki labu”. Kalau setakat pandai menabur wang sedekah, DSN pun pandai lakukan. Jika wang sudah habis, di mana mahu dicari? Meminjam? Mencuri? Merompak? Menyamun? Menipu?

    7. Kalau negara MUFLIS sebab hutang tidak mampu dibayar, semua orang akan sengsara sebab wang yang mahu dikeluarkan dari akaun akan disekat. Penggunaan kad kredit/debit pun jadi amat sukar dan ada sekatan. Pasaran saham pasti merudum jatuh!

    8. Belanjawan 2021: Memberi sedekah kepada Penjawat Awam yang kehidupan mereka amat selesa terutama dalam kategori M40 amatlah mengecewakan. Yang pencen Kerajaan pun banyak yang kaya-raya, dan mereka ini pun dapat habuan juga…Alahai…Apa motifnya?

    9. Sedih saya melihat golongan yang taksub dengan TSMY dan geng. Mereka ini jenis yang tidak boleh berfikir secara logik/ waras. Mereka tidak dapat memandang jauh ke hadapan.

    10. Golongan yang berotak dangkal (sel-sel otak tidak berfungsi) saja yang mahukan darurat diisytiharkan. Kalau PKP pun hampir melupuhkan ekonomi Malaysia, bayangkanlah jika darurat diisytihar! Nauzubillah min zalik…Astaghfirullah…

    P/S: Orang yang bijak tidak akan melabur banyak dalam pasaran saham (Bursa Malaysia/dll.) kerana ia amat berisiko. Saya melabur sekadar suka-suka sebab duit sudah terlebih banyak… 🙂 . Kalau rugi, tidaklah jadi gila meroyan macam sesetengah orang.

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  11. HBT456 Nov 7,2020 9:09 AM

    THERE ARE NO PERFECT SOLUTIONS, AND FOR USA PRESIDENCY, WHOEVER WINS OUT THE EC REPRESENTATIVES, HE WILL HAVE 4 YEARS TO RE-NEGOTIATE TERMS AND CONDITIONS SIGNED BY THE PREVIOUS PRESIDENT IN THE NAME OF DEMOCRACY.

    I FOR SURE WILL NOT INTERFERE, AND I HOPE USA TOO RESPECT DEMOCRATIC PROCESS OF THOSE COUNTRIES THAT HAVE BILATERAL/MULTILATERAL TIES WITH THEM.

    WIN-WIN, OR ZERO SUM GAME?

    BUT ONE THING FOR SURE IS MISINFORMATION, COLD WAR MENTALITY, NOT AT MY BACKYARD MENTALITY AND DISTRUPTIVE POLITICS WONT DO ANY GOOD TO ANY LEADERS.

    YUP, NO MAN IS AN ISLAND, AND THAT INCLUDE M’SIA TOO.

  12. Sri Sense Nov 7,2020 9:04 AM

    Good Morning Tun M

    Semalam I tergelak besau.

    My daughter kat Jepun kata Jepun kata Malaysia Red Zone, maka apa saja nak hantar ka Malaysia tidak bisa dilakukan.

    Sebelum election Sabah memang ada dengar ura2 Jepun nak bagi Malaysia masuk October lalu. Tapi nampaknya takde la.

  13. Hajar Nov 7,2020 9:00 AM

    Salam YAB Negarawan Ulung Tun Dr. Mahathir,

    Ceq nak berpantun sat naa:

    Kak Senah merapu meraban
    Dok meroyan marahkan hantu (?)
    Ekonomi punah rakyat terbeban
    PM Darurat semakin buntu

    Pok-pek pok-pek mulut celupar
    Duit sedekah asyik dipinta
    Silap haribulan dapat penampar
    Bodoh sombong tidak terkata

    Jika kail panjang sejengkal
    Lautan dalam jangan diduga
    Kalau akal pendek dan dangkal
    Elok tinggal di dalam gua…(Jimat belanja…Di Langkawi ada banyak gua kan Tun… 🙂 )

    Hahaha…Pantun seloka penglipur lara….
    Buat hiburan kita semua… 🙂 🙂

    P/S: Di manakah TSMY dan Kerajaan Tebuk Atap mahu mencari duit sebanyak RM322.5 BILLION untuk menampung Belanjawan 2021? Meminjamkah?

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  14. HBT456 Nov 7,2020 8:58 AM

    WHETHER WE LIKE IT OR NOT, TERRORISM ACTIVITIES, DRUG/WILD LIVES/HUMAN TRAFFICKING, MONEY LAUNDERING ACROSS BORDER, DOMESTIC VIOLENCE AND HATE CRIMES WILL INCREASE DURING PANDEMIC, AND AFTER PANDEMIC.

    THESE ARE THE ISSUES THAT PERJUAMG DAN PENDEKAR MELAYU ISLAM CANNOT AFFORD TO IGNORE, OR DENY.

  15. HBT456 Nov 7,2020 8:31 AM

    FRANKLY SPEAKING, THE CURRENT FINANCE MINISTER WEARING ‘GREY’ BAJU MELAYU AND BLACK SONGKOK WHEN HE PRESENTED 2021 BUDGET, TO REVITALIZE DOMESTIC OR NATIONAL BLUE PRINT, OBVIOUSLY, HE KNOWS WHAT HE IS DOING.

    THE THING IS WHEN NOISE OF ANTI-KAFIR IS INCREASED, THEN, THE PRO-KAFIR WILL REJECT IN THE NAME OF ‘ALLAH’.

    CAN HALAL FOOD PROGRAMME SUSTAIN IN THE LONG RUN WHEREBY PERMIT AKIN AP IS BEING DISTRIBUTED TO THOSE WHO HAVE STRONG CONNECTION TO UMNO BARU WITH JASA SENATORSHIPS FAVORING KETUANAN BANGSA MELAYU ISLAM JUST TO KEEP MELAYU MUSLIM HEPI?

    WHATEVER IS HATED IN USA IN THE NAME OF PATRIOT ACT IS LOVE BY ASIANS.

    WHATEVER IS LOVED IN USA IN THE NAME OF PATRIOT ACT IS HATE BY ASIANS.

    I ALREADY SAID, JIKA MAHU MAIN ISU PERKAUMAN RASIS DAN PILIH KASIH, THEN, BY ALL MEANS, GO A HEAD, NO ONE CAN STOP THEM.

  16. Fariq Islam Nov 7,2020 5:41 AM

    Assalamualaikum, Tun.

    Alangkah mengecewakan sekiranya pemimpin-pemimpin kita masih membuat polisi-polisi yang membawa motif politik!

    Darurat akan menyebabkan –
    – Ekonomi terjejas
    – Peluang pekerjaan ditipiskan
    – Kadar pengangguran meningkat
    – Bisnes mengulung tikar
    – Rakyat hidup ketakutan

    Haruslah kerajaan memberi pertimbangan waras, dan bukannya buat sesuatu sewenang-wenangnya demi kepentingan politik peribadi.

  17. Fariq Islam Nov 7,2020 5:36 AM

    Assalamualaikum, Tun.

    Kita ada mekanisme PKP. Pelaksanaan PKP pada Mac 2020 telah dibukti berkesan. Apa yang lebih relevan sekarang ialah penguatkuasaan di zon merah untuk menyekat penularan wabak.

    Buat apa nak darurat pulak? Kenalah kita semua faham. Rakyat masih perlu cari makan. Tak kan warung nasi lemak Melayu nak jual secara online? Macam mana nak online bila harga sebungkus hanya seringgit dua?

    Ya, dalam Bajet 2021 yang diluluskan, kerajaan memberi duit sedekah, tapi, kalau menganggur, duit ini boleh tahan berapa lama? Yang penting, Rakyat boleh cari makan dengan peluang pekerjaan/berniaga!

  18. Sri Sense Nov 6,2020 9:15 PM

    Oh bab polis, actually I dah letak ini kat my blog https://whims2016.wordpress.com/ around 4 5 days ago.

    Memang 10K bunyi ramai, lupa pula nak nanya sedara polis about this.

    I dok fikir gini, jika angka tu betul, maka polis2 escort orang besar macam Tun kena tariklah, sebab nak ganti those yang sakit. Maka orang macam Tun kenalah cari bodyguard sendiri, keluar duit poket sendiri.

    Ini tak secara langsung beri peluang pekerjaan pada mereka yang menganggur.

    Hmm….

  19. Sri Sense Nov 6,2020 8:38 PM

    PASARAN SAHAM ada macam2 orang, foreign funds, local funds, retail investors. That’s why bursa ada record siapa yang keluar siapa yang masuk. Record ini boleh baca the next day, stock brokers rajin keluarkan reports. Tu pun kalau rajin membaca. However, bukan ramai pun nak baca or ambil tau.

  20. Sri Sense Nov 6,2020 8:29 PM

    Tun M

    Bila Tun M sebut darurat. I teringat tulisan seorang Professor kat Berita Harian. Yang kita sebenarnya duduk dalam darurat dari tahun 1969 hinggalah tahun Tun jadi PM tidak terungkai hahaha Yang membatalkan darurat hanya zaman Najib jadi PM hahaha

    Memang kelakar sebab Malaysia memang maju walau dalam darurat. Pelik tapi benar. Sebenarnya darurat tidak ada apa benda buat negara kita Malaysia. Cuma politician je yang suka heboh hebohkan. Menakut nakutkan rakyat. Pasaran saham bukan saja pasal Malaysia malah worldwide. Many things la dalam pasaran saham.

    I’m not sold la Tun. Dah bunyi macam Trump pulak Tun ini hahaha

  21. Bilis Nov 6,2020 6:34 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Maaf, saya rasa Tun sudah merendahkan tahap intelektual Tun bila membandingkan Malaysia dengan kes COVID19 di Amerika dan negara jiran.
    Adakah Tun sudah berfikiran macam Trumo?

    Sedih tengok pemimpin yang saya hormati bertindak macam ni

Leave a Reply