TOTAL VISITORS FROM 2008:

PERDANA MENTERI 34

1. Ramai yang percaya bahawa sebabnya Anwar tidak dapat jadi Perdana Menteri ialah kerana saya menghalang.

2. Benar dahulu saya berpendapat bahawa kerana sebab tertentu dia hilang kelayakan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Tetapi apabila Najib menjadi kleptokrat, saya sanggup bekerjasama dengan Anwar untuk jatuhkan Najib. Saya tidak menentang cadangan Pakatan Harapan (PH) bahawa Anwar akan mengganti saya apabila saya letak jawatan. Tetapi belum pun sampai masanya konco-konco Anwar mendesak supaya saya letak jawatan.

3. Pada 21hb Februari, 2020, saya diberitahu oleh Muhyiddin dan beberapa pemimpin Bersatu bahawa pada malam itu Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan akan mendesak supaya saya letak jawatan untuk Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri. Kononnya saya akan dipaksa lantik Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan segera.

4. Tujuan Muhyiddin ialah supaya saya setuju Bersatu keluar dari Pakatan Harapan untuk jatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan. Muhyiddin, Azmin dan Hamzah sudah rancang untuk bekerjasama dengan Muafakat Nasional untuk tubuh Kerajaan baru mengganti PH.

5. Azmin Ali pula telah sahkan bahawa apabila cadangan yang tersebut di atas dibuat dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan, beliau akan walk out.

6. Tetapi pada malam itu mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, setelah berbincang dengan panjang lebar, bersetuju supaya saya diberi kuasa untuk letak jawatan bila-bila masa yang saya pilih. Ini bermakna Pakatan Harapan masih sokong saya. Pakatan jahat untuk tolak saya tidak menjadi kenyataan seperti yang didakwa oleh Muhyiddin dan konco-konconya. Saya berpendapat tidak ada sebab kenapa saya perlu bersetuju untuk Bersatu keluar dari PH.

7. Pada 23hb Februari saya telah beritahu kepada Muhyiddin bahawa perancangannya untuk Bersatu keluar dari Pakatan Harapan perlu ditangguh kerana PH masih sokong saya sebagai Perdana Menteri.

8. Apabila Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu bersidang selepas pertemuan saya dengan Muhyiddin dan rakan-rakannya, saya merayu supaya ditangguh cadangan Bersatu untuk keluar dari PH. Saya syor supaya Bersatu tunggu dan lihat akan perlakuan PH.

9. Pendek cerita Majlis tolak syor saya dan setuju Bersatu keluar dari Pakatan Harapan dengan serta-merta. Ada yang tumbuk meja dan dengan lantang sokong Muhyiddin untuk keluar dari PH.

10. Bagi saya ini adalah keputusan muktamad. Ia merupakan kepercayaan kepada saya sebagai Pengerusi parti sudah tidak ada. Keputusan itu juga bermakna Bersatu sudah keluar dari Pakatan Harapan dan Kerajaan PH sudah jatuh.

11. Sepanjang malam itu saya memikir akan kedudukan saya. Kehilangan kepercayaan kepada saya bermakna saya tidak lagi boleh menjadi Pengerusi Bersatu. Jika saya tidak lagi Pengerusi Bersatu dan PH tidak lagi Kerajaan, saya tidak lagi jadi Perdana Menteri.

12. Pada malam itu Muhyiddin Yasin bersama pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS telah berada di Hotel Sheraton. Kesanggupan Muhyiddin sebagai Presiden Bersatu berada bersama dengan musuh Pakatan Harapan bermakna bahawa rancangan menubuh Kerajaan Perikatan Nasional sudah jadi kenyataan.

13. Saya buat keputusan untuk isytihar bahawa saya sudah letak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu dan Perdana Menteri. Walaupun ada ura-ura bahawa saya akan diterima oleh gabungan Muafakat dan Bersatu sebagai Perdana Menteri, saya tidak dapat terima kerana penjenayah-penjenayah UMNO akan menjadi sebahagian daripada Kerajaan yang saya akan pimpin.

14. Peletakan jawatan Perdana Menteri oleh saya tidak ada kena mengena dengan cadangan Pakatan Harapan supaya Anwar ambil alih jawatan Perdana Menteri selepas saya letak jawatan. Dengan Bersatu dan puak Azmin Ali keluar dari Pakatan Harapan, Pakatan Harapan sudah tidak lagi jadi Kerajaan dan saya tidak lagi jadi Perdana Menteri.

15. Yang akan jadi Perdana Menteri ialah orang yang dapat majoriti apabila pengakuan oleh ahli Yang Berhormat dihadapan Yang di-Pertuan Agong diadakan.

16. Apabila pengakuan ini dibuat 92 ahli dari Keadilan, Amanah dan DAP menamakan Anwar sebagai pilihan mereka. PH sudah tolak saya sebagai Perdana Menteri.

17. Saya hanya dapat 66 ahli.

18. Jika ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan menamakan saya sebagai calon mereka, saya akan dapat 158 undi setelah ditambah dengan 66 ahli yang sokong saya. Tetapi kerana mereka beri 92 kepada Anwar, saya kalah dan Anwar juga gagal.

19. Jika saya dapat 92 dari Pakatan Harapan dan dengan itu Kerajaan Pakatan Harapan dikekalkan saya akan kembali jadi Perdana Menteri Pakatan Harapan. Dan apabila saya letak jawatan Anwar akan jadi Perdana Menteri mengikut perancangan Pakatan Harapan.

20. Setelah pencalonan Anwar gagal, Pakatan Harapan ingin kembali sokong saya sebagai calon Perdana Menteri. Anwar juga bersetuju tetapi dengan syarat dia dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

21. Saya tidak bersetuju kerana ingin kekal kabinet lama.

22. Akhirnya Anwar bersetuju dan usaha dibuat untuk dapat jumlah yang cukup untuk Pakatan Harapan kembali jadi Kerajaan. Dengan sokongan dari ahli parti Sabah, jumlah meningkat kepada 114.

23. Malangnya Muhyiddin sudah berjaya mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong untuk dia dilantik sebagai Perdana Menteri.

24. Tetapi usaha untuk tumbangkan Kerajaan Perikatan Nasional diteruskan oleh Pakatan Harapan. Pihak saya dan penyokong saya bersetuju untuk menyertai usaha ini.

25. Tetapi Anwar tolak sama sekali penyertaan saya. Jika saya ditolak, penyokong saya tidak akan menyertai cadangan ini. Dan kita tidak akan dapat tiga orang ahli Dewan Rakyat (DR) untuk mencukupi bilangan.

26. Telah dicadangkan supaya saya akan pegang jawatan Perdana Menteri selama 6 bulan sebelum menyerah kepada Anwar. Amanah dan beberapa ahli DAP bersetuju.

27. Tetapi Anwar tolak. Anwar tidak mahu saya terlibat sama sekali. Tetapi jika saya tidak diberi tempat, penyokong saya tidak akan sokong cadangan Pakatan Harapan. Lagi pun agak sukar mencari tiga orang lagi untuk mendapat majoriti.

28. Pengakuan saya untuk serah jawatan kepada Anwar selepas 6 bulan tidak diterima atau dipercayai oleh Anwar.

29. Rancangan yang munasabah ialah apabila Dewan bersidang, jika Pakatan Harapan mempunyai cukup bilang, Muhyiddin boleh dikalahkan semasa belah bahagi dengan pembangkang mempunyai 114.

30. Apa yang berlaku ialah Muhyiddin masih dapat 112 dan tidak dapat dijatuhkan semasa perbahasan berkenaan perlucutan jawatan Yang di-Pertua Dewan. Ini bermakna Muhyiddin menang dan kekal sebagai PM. Anwar kalah dan tidak jadi PM.

31. Kemudian Anwar isytihar dia sudah dapat cukup bilang dan Muhyiddin sudah tidak jadi Perdana Menteri.

32. Saya dan kumpulan saya ditolak oleh Anwar kerana dia sudah dapat jumlah sokongan yang mencukupi.

33. Tetapi kita semua tahu bahawa Anwar masih tidak dapat jadi Perdana Menteri. Kenyataan Anwar bahawa dia mempunyai cukup bilang didapati tidak benar. Dalam perancangan Anwar saya tidak ada tempat. Jelas setelah ketepikan saya pun Anwar tidak menang.

34. Pada tahun 2008 pun, Anwar gagal. Apakah saya juga yang menghalang Anwar.

34 thoughts on “PERDANA MENTERI

  1. HBT456 Nov 23,2020 10:54 AM

    https://www.thestar.com.my/lifestyle/living/2020/11/23/nicol-david-leads-the-way

    WHEN I SEE HER BILLBOARD, I JUST BUAT BODOH AND SEMYUM SO THAT EVERYONE FEEL SAFE AND CERTAIN, WHY NOT?

    YOU WANT GREEN NATURE, THEN, YOU MUST BE ABLE LIVE WITH WILD LIVES, REPTILES AND INSETS.

    YOU WANT CONCRETE GREEN NATURE, YOU CAN ADAPT DOGS, CATS, WILD ANIMALS, REPTILES AND INSECTS, NOT SURE HOW AP IS DISTRIBUTED TODAY JUST TO MAKE PARTI-PARTI KAUM MELAYU, BUMIPUTRA AND BUMIPUTERA HEPI AND SELAMAT.

    THE REST OF THE STORY, IT IS UP TO THE POLITICAL OF THE DIVIDES, KHUSUSNYA, PAS TO DECIDE WHERE THEY WANT TO CONTEST WITH APPROVAL FROM UMNO/BN OR PKR/PH UNDER PAYUNG PERIKATAN NASIONAL AS PER AKTA 153, DLL PARTI-PARTI CAN CHOOSE TO STICK TO THEIR OWN PARTY DURING UPS AND DOWNS, OR JOIN/JUMP INTO OTHER POLITICAL PARTIES THAT OFFER THE BEST KEK PULUT TENDER.

    MY OBLIGATION IS TO VOTE AT STATE AND FEDERAL LEVELS, JANGAN MARAH NYAMUK MACAM KU, KELABU DIBAKAR, OK?

  2. HBT456 Nov 23,2020 10:29 AM

    I DONT FEEL SYMPATHY FOR WOMEN LIKE HER ANYMORE AFTER GOING THROUGH THIS KIND OF HARDCORE RACISM.

    CAN DO, THEN, DO.

    CANNOT DO THEN DONT DO.

    WHY?

    ME TOO CANNOT LOWER MY STANDARD AND PRINCIPAL JUST TO MAKE HER FEEL HAPPY FOREVER.

    RACISM IS EXTREME IN HERE WHEREBY YOU ARE NOT MELAYU, YOU NEED TO WORK HARDER SO THAT THE MALAY CAN WORK LESS, OR 1/4 TO CONTINUE TO MAKAN ANGIN AND SHOPPING SINI SANA BY EXPLOITING THE NON BUMI, I MEAN, LABELLING CHINESE AS PENDATANG HARAM ONLY.

    SLAVERY IS EXTREME IN USA THAT FORCED THEM IMPLEMENTED HOURLY WAGES SYSTEM TO JIMAT KOS ACCUMULATED DARI DULU HINGGA KINI.

    HARD TRUTH HURTS, BUT THAT DOES NOT MEAN THATS THE END OF THE WORLD WHEN YOU KNOW HOW THE NATIONAL BLUE PRINT WAS IMPLEMENTED SINCE 80s UNTIL TODAY.

    PROGRESS, OR REGRESS, PERJUANG, UMNO, PAS, PKR, AMANAH, MIC DLL GPS FROM S’BAH AND S’WAK DECIDE.

  3. HBT456 Nov 23,2020 10:14 AM

    UNDI CINA BABI IS LESS THAN 25% OF THE POPULATION, TAK RAMAJ, BUT ENOUGH TO BE THE KING MAKER WHEN NEXT PRU IS CALLED.

    AS FOR UNDI MELAYU DAN INDIA, ITS UPS TO LID JURONG, I MEAN , LID JURONG, TO DECIDE MINUS NATIVES FROM MELAKA, PULAU PENANG, LABUAN, S’BAH AND S’WAK.

    BAK KATA, TAK NAK TAKPA, JANGAN FETNAH YANG BUKAN-BUKAN.

    RACIST AND GARANG BIGOTS LIKE HER ARE PLENTY, SO DONT BLAME THE JANTAN MELAYU INSIST THE SYARIAH LAW OF KAHWIN EMPAT LOR.

  4. Hajar Nov 23,2020 9:04 AM

    Salam YAB Negarawan Ulung Tun Dr. Mahathir,

    1. Perdana Menteri pilihan saya mesti BERANI dan tidak bersikap PENGECUT @ bacul.

    2. Untuk itu, Tun M pilihan saya.

    3. TSMY seorang yang tiada keberanian untuk berdepan secara budiman dengan musuh politik beliau (dalam negara). Beliau sekadar berani menggunakan kuasa politik di tangan secara ‘baling batu sembunyi tangan’ @ cara bacul.

    4. Semasa PH berkuasa, TSMY ialah Menteri Dalam Negeri. Pendaftaran parti PUTRA mengambil masa 9 bulan untuk lulus (selepas masuk mahkamah…). Sekarang pendaftaran parti PEJUANG sedang diperam oleh Hamzah (Menteri KDN), orang kuat TSMY. Perangai sebiji macam TSMY – mungkin pembodek tegar TSMY mahu beri komen yang adil dan rasional dalam hal ini. Orang bijak akan berhujah berdasarkan fakta sahih.

    5. Kalau Anwar jadi PM (kalau diizinkan Allah), pada jangkaan saya prestasi dia tidak jauh berbeza dari TSMY dan DSN dari segi kebolehan mentadbir. Tambahan pula ketiga-tiganya ada sikap bacul tahap gaban.

    6. Lagi satu persamaan, wang akan ditabur sesuka-hati untuk meraih undi (PKR memang kuat tabur duit; contohnya lihat Selangor dan P. Pinang). Anwar pun pandai baca DOA. Bukankah dia digelar ‘Pak Syeikh’ (dulu pemimpin ABIM)?

    7. PM Malaysia sepatutnya BERANI untuk mempejuangkan kepentingan orang Islam sejagat tanpa rasa gentar.

    8. Saya tidak nampak TSMY sebagai seorang yang vokal dan tegas dalam memperjuangkan hak-hak orang Islam yang ditindas di negara-negara tertentu (contohnya di Kashmir/ Palestin). Jadi TSMY bukan PM pilihan saya. Saya tidak suka pemimpin yang lemah lagi pengecut.

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  5. HBT456 Nov 22,2020 6:27 PM

    Correction: MAY BE SHE TOO LIKE MUBARAKCHAN THINK MALAYSIA IS PAKISTAN @ INDIA?

    IT IS SO OBVIOUS, THATS WHY DONT BLAME ANYONE WHEN PARTI PERJUANG DO NOT SEE THE LIGHT AT THE OF THE TUNNEL.

    HARD LIQUOR IS AS BAD AS VAPE, JIKA MAHU BAN, THEN, DO NOT ISSUE ADDITIONAL NEW AP FOR HARD LIQUOR WALAUPUN WE HAVE DUTY FREE OUTLETS IN AIRPORTS.

    JIKA MAHU REDUCE CONSUMPTION OF HARD LIQUOR, THEN, INCREASE SIN TAX ON HARD LIQUOR JUST LIKE WHAT YOU DO TO TOBACCO IN THE FEDERAL PARLIAMENT FIRST.

    CANNOT BE LAWLESS, AND SUKA SUKA DISRUPT AND CANTAS ONE KERANA AKU BOS!

  6. HBT456 Nov 22,2020 5:51 PM

    https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/11/22/ngo-supports-dbkl039s-hard-liquor-sale-restrictions

    NGO ABOVE THE MINISTRY CONCENRNED?

    NGO NO SCARE NANTI CANNOT GET FUND FROM PMO@PUTRAJATYA WHEN TDM NO LONGER AROUND?

    MAY BE SHE TOO LIKE MUBARAKCHAN THINK MALAYSIA IS INDIA?

    DSAI AND DSN DONT NOT WANT TO BE THE PERDANA MENTERI?

    TUNGGU MASA SAJA, TAKUT APA.

  7. sibotak Nov 22,2020 4:54 PM

    Melantik Pemimpin perlu ada ciri ciri,
    niat yg Murni, Bijak, Berani kerana Benar,
    Tidak Gentar Guruh di Langgit

    Anwar serupa Najib
    Kedua tidak layak dan punya sejarah jenayah
    Malaysia masih bergolak golak dengan Pemimpin berginilah
    Yang hingga kina Malaysia masih tidak Stabil

    Adakah tujuan Tun memilih Anwar sekarang lebih pada peribadi Tun
    Atau Anwar memang layak sebagai Pemimpin
    Jika ada Mesin yg bolih mengukur keikhlasan sesaorang
    Alangkah Indah Dunia

    Pemimpin yg dipilih kerana kepentingan peribadi, kepentingan Party
    Hanya tunggu masa saja untuk Terlingkup
    Begitulah yg Kelihatan Politik Malaysia sekarang

    Pada saya PM Muhydeen memang pilihan saya
    Tidak Putih seperti Najib
    Tidak Berbelit seperti Anwar
    Tidak Bijak seperti Tun
    Maka Muhydeen lah Wira nya
    Orang yang Sederhana yg sesuai untuk Malaysia
    Yg nak pilih Pemipin macam Trump buat apa
    Bikin Sakit Kepala aja

    Saya sarankan Rakyat Malaysia menonton
    ” Resurrection ” di Neplix
    Ceritanya panjang lebar akan Perjuangan seorang Pemburu biasa
    Hingga beliau menjadi Pahlawan Besar untuk Sultan
    Cerita yg berprinsip Agama dan Pegangang

  8. mubarakchan Nov 22,2020 3:40 PM

    Tun,

    Why does DSAI spurn the services of our beloved Tun Dr Mahathir Mohamad with his unique and all-important money creating Tun Dr Mahathir Strategic Legacy Plan or TDMSLP ?

    This I do not understand.

    What I understand is that in our beloved Malaysia, wrong-doers do not express remorse or apologise for their wrong doings if any ! Be that as it may, this little bit of semantics becomes a giant cog-wheel holding up the politics or Mickey Mouse Politics of Malaysia from entering a New Era with the recovery of our Glory, Politics and Economics.

    There are many factors which contributed to the present malaise in Malaysian Politics of which the active adherents of Lee Kuan Yew play a major part from the alleged Trojan Horse DAP down to ennobled treasonous civil servants who wanted both sides of their daily bread buttered !

    Of course, the Malaysians cannot wholly blame others for being stupid to be exploited by lesser souls from tiny tropical isles which have only 900,000 male Chinese aged 21-50. Vide Singapore Government White Paper on Population. 2011.

    Singapore in recent weeks has been coddling up to their US Democrats buddies again having been put in the White House dog house for 4 long years which began with the tearing up of the Lee Kuan Yew inspired TPPA – the Malaysia/Malays/Malaysians/SMEs Killer by President Trump. Soon the PM of Singapore will be sitting side by side with President Biden at least 2-3 times a year !

    At the end of 2020, the gains to Singapore from the acquisition of free Malaysian assets from the rocks, KTM assets, HSR, etc as compared to her losses of S$ 97 Billion or more, do not present a happy picture. The equation does not balance !

    Man proposes. God disposes.

    With that background of the many chinamen in the wood-pile, we arrived at the many fractious Malay politicians who are now all well-endowed with MONEY !

    The leading proponent must be DSAI who had been tilting at the Prime Minister’s post since 1997 – 23 years or a career which began in 1982 – 38 years ! which is a very long time in Malaysian Politics.

    Sympathetically, DSAI just missed the Prime Minister’s post by at least 4 times. This malfunction in politics still remains a mystery to me. Let us recall what happened since 1997 as history is the finest Arbiter of the Truth, thus :-

    1. 1997. If the DPM had taken a holiday in the US, he would have returned as the Honourable Prime Minister of Malaysia. One Easy Step.

    2. 2008. If the 32 Aduns had been sorted out before the GE12 and not after, DSAI would have been in Putrajaya since and it would have cost nothing ! One Easy Step.

    3. 2013. If the Duo had announced a 100 day fast to the Death a’la Gandhi, DSAI would have been the Honourable Prime Minister since. One Easy Step.

    4. 2018. What happened here is no mystery to anyone ?

    The alleged Trojan Horse DAP wanted to fulfil their loyalty to their founder by pushing for the approval of the alleged CPTPP (without the US market) – the Lee Kuan Yew inspired Malaysia/Malays/Malaysians/SMEs Killer, or as alleged by the good Prof Jomo -‘ A FRAUD ‘, by the PH Cabinet in the PM’s absence in August 2018 which was not in the PH Manifesto promises.

    This was a very serious breach of Political Etiquette!

    With such an unnecessary maelstrom in the PH Government tea-cup, it was only natural to expect DSAI to miss his Prime Ministership by just a whisper ! There are many ‘ slip be’twixt cup and lips ‘ as the saying goes. One Easy Half A Step !

    Who is to be blamed for DSAI missing the Prime Ministership again ? The Prime Minister, the alleged Trojan Horse DAP or the proponent himself ?

    THE 5TH 2020 FAILED ATTEMPT BY DROPPING TUN DR MAHATHIR MOHAMAD. It is like sooting oneself in the foot. This is not politics but something else beyond politics !

    Today, we are faced with the headlines like, ” DSAI does not want TDM. ” or ” TDM says DSAI does not want him.” Like burning the bridge of no return in Malaysian Politics ! But in Malaysia, a week is a long time in politics ! We must expect the unexpected ! Politicians in Malaysia can kiss and make up at the drop of the hat !

    By not wanting TDM, DSAI has effectively at the moment lessen his chances of being the HONOURABLE PRIME MINISTER FOR THE 5TH TIME, from 1997 to 2020. Let us allegedly blame the DAP ? Yes ? No ?

    DSAI was so close to being the anointed Honourable Prime Minister because in May 2020, our beloved Tun Dr Mahathir Mohamad was due to announce his TUN DR MAHATHIR STRATEGIC LEGACY PLAN or TDMSLP which would have raised RM 250 Billion to RM 500 Billion equally and transparently for the Rakyat to put our beloved Malaysia back to her Glory and Success again. But sinister hands behind the closed doors moved before this. IT IS GOOD THAT THE TDMSLP was not announced otherwise it would have been hijacked !

    Even with the TDMSLP, our beloved Tun Dr Mahathir Mohamad is not wanted by those who have no gumption of raising money for the financially hard-pressed Rakyat ? If this is so, then the Rakyat see clearly that their interests are not well-looked after as promised by all over and over again.

    THEN YB TAN SRI ANNUAR MUSA TIMELY CALL FOR A GRAND COALITION OF MALAY-BASED POLITICAL PARTIES IS VITAL AND LIFE-SAVING FOR OUR BELOVED MALAYSIA, HER RAKYAT AND THE REVERED CONSTITUTION AS SAFEGUARDED BY THE YANG DI PERTUAN AGONG AND THE ROYAL SULTANS ! We must in all earnestness restore the UNITY of the MALAYS or else our beloved Malaysia (32 Million) will always be exploited by tiny states with 900,000 male Chinese aged 21-50. Vide. Singapore Government White Paper on Population 2011. The population of Shanghai is over 20 Million !

    Kudos to YB Tan Sri Annuar Musa for his wisdom, integrity and loyalty !

    See what DSAI missed by a whisper by consorting with the wrong people !

    Malaysia Boleh Tun as always. No problem.

  9. Sri Sense Nov 22,2020 2:30 PM

    Good evening Tun

    I rasalah ada baiknya kerjaan semua pekerja asing pulang ke negara mereka sebab rakyat sendiri pun susah cari makan. Tauke Cina Malaysia yang besar seperti Top Glove dll harus berhenti ambil pekerja asing. Ambil orang Malaysia lagi baik dalam keadaan sekarang. Sekurang kurangnya dapat berbakti pada Malaysia dengan lebih lagi mendalam.

    I nak cerita tentang IBhd. IBhd ini banyak pekerja asing jadi guard. Bukanlah bagus mana. Tun bayangkan ini. Masuk aje ICity. Kami kena park kat tempat paling bawah, tempat atas tutup. Di pintu masuk ada barcode, dah scan barcode, naik atas dipaksa scan sekali lagi, tak ke pelik tu. Not only that escalator dari tempat parking tidak berfungsi, maka orang tua memang sakitla pinggang nak naik ketingkat satu lagi. I fikir patutla saham IBHd sukar betul nak naik, walau projek besar melaut.

    Bagaimana pula dengan TOP Glove, semalam kes Covid 19 Selangor adalah dari teratai cluster – pekerja Top Glove. Buat I fikir patut la US dok rajin ban product company ini.

    I sebenarnya tidak ada saham dalam companies diatas. I cuma beri pandangan mata dan keluarga sendiri. I lebih gemar pergi Subang Parade. Tak besar tapi lebih terkawal dan berbudi bahasa.

  10. HBT456 Nov 22,2020 1:57 PM

    CORRECTION: THEY TOO JUST DOING THEIR JOBS TO SAFELY OPEN OUR ECONOMY AND BORDER MINUS POLITICS TO FULLFILL THE MANDATE OF THE PEOPLE BY FORMING A NATIONAL COLIATION UNDER PERIKATAN NASIONAL TO GENERATE GROWTH AND JOBS FOR OUR PEOPLE IN ALL STATES UNDER MALAYSIA.

  11. HBT456 Nov 22,2020 1:53 PM

    REALLY DO NOT KNOW WHAT TO WRITE IN HERE ANYMORE.

    JUST BE CAREFUL AND NOT GET OVER EXCITED AND OVER DEPRESSED WITH COVID CLUSTERS AND ARRANGEMENT OF THE RULING GOVERNMENT.

    THEY TOO JUST DOING THEIR JOBS TO SAFELY OPEN OUR ECONOMY AND BORDER TOK MINUS POLITICS.

  12. HBT456 Nov 22,2020 1:37 PM

    WHEN COME TO THIS STAGE, OUR KELING DAP PARTY PENANG FROM SOUTH INDIA SURE MAKI HAMUN TDM ONE BAGAI KACANG LUPA KULIT ONE WITH SILENT GERAKKA.

    I AM NOT AGAINST INDIAN POLITICAL PARTIES, AND THEY TOO NEED TO LOOK AT THE MIRROR WHEN THEY PENNED THEIR PERSONAL ATTACK UNTO ANOTHER POLITICAL PARTY LEADER.

    BAWA ANAK-ANAK GI MAKAN ANGIN WORLDWIDE, AIYA, MACAM INI ALSO CAN BUY YOU AR, MUSATO?

  13. musato Nov 22,2020 10:36 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Statement saya dibaca worldwide. Dan Tun tidak bantah pun dalam mana mana artikel.

    Kalau kamu rasa kamu layak tulis macam saya tulis. Maka tulislah.

    Saya masih berstatus ahli Bersatu. Menyokong kerajaan TS Muhyiddin. Dengan itu saya dapat melihat melalui mata kepala saya apa yang Tun Mahathir beritahu saya di sini.

    Agaknya bila dah masuk kubur nanti ada tertulis agaknya dia ni bersatu, dia ni umno, dia ni kaya, dia ni tak kaya.

    Walaupun pada saya Tun Mhahathir berstatus wali Allah, tapi hajat kita adalah pada Allah swt.

    Manusia tidak maksum. Manusia ada kesilapan.

    TETAPI saya tidak sesekali menghina dan melawan apa yang ditulis oleh Tun.

    Berbeza pendapat untuk mencari cara penyelesaian ya. Itu dah lama kita orang lakukan.

    Tun kata A, saya akan kata B. Itu adalah normal. Itu kesukaan Tun. Saya bagi apa yang Tun dan saya suka.

    Artikel Perdana Menteri ini sendiri telah dihentam. Tapi saya takkan bincang apa keperluan artikel ini.

    Seperti perjalanan di sini, rakyat akan tahu result sahaja. Caranya, Tun dah bagitau semua orang seperti apa yang Tun cakap. Tapi orang tak percaya. Sebab orang fikir Tun ni banyak muslihat.

    Terima kasih Tun.

  14. HBT456 Nov 22,2020 9:16 AM

    TO UNDERSTAND MAINLAND CHINA’S INTEREST IS NOT HARD WHY?

    YI MIN WEI JU ALSO CAN.

    YI DANG WEI JU ALSO CAN.

    IT IS VERY MUCH DEPEND ON THE GEOPOLITICS BEYOND CHINA’S BOUNDARIES.

    THEY DONT KACAU YOU, AND WHEN YOU KACAU AND HURT THEIR NATIONAL INTEREST AND WELFARE OF THE PEOPLE’S REPUBLIC OF CHINA INTENTIONALLY, THEY WONT KECUT AND BUAT TAK TAHU ONE.

  15. Hajar Nov 22,2020 9:08 AM

    Salam YAB Negarawan Ulung Tun Dr. Mahathir,

    TSMY dan konco-konco beliau sudah merampas Sabah. Mungkin sebab mahu melemahkan pengaruh Tun sebab DS Shafie orang kuat Tun, dan Tun ada cadangkan DS Shafie sebagai calon Perdana Menteri.

    Tetapi orang TAMAK dan gila kuasa selalu rugi…

    Apa faedah yang rakyat Sabah dapat? Makin teruk saya lihat keadaan di Sabah. Salah siapa?

    Ada orang jahil yang mengutuk Tun dan siap tulis, “Tun is not welcome in Sabah…” (lebih-kurang makna). Ish..Ish..kurang ajar betul.

    Akibat (kifarah?) dari kenyataan seorang yang celupar lagi bodoh, sekarang orang Semenanjung tidak ingin langsung untuk melawat Sabah pada masa ini. Kita di larang ke Sabah sebab COVID-19 bermaharajalela di Sabah – kawasan panas COVID-19 wajar dijauhi.

    Sekarang siapa yang rugi?

    Banyak nyawa orang Sabah melayang kerana COVID-19 yang semakin mengganas sebaik PRN Sabah berakhir (saya sudah jangka; sempat melancong ke beberapa negeri sebelum PKPB).

    Ketamakan TSMY dan geng memakan diri.

    Peliknya para pembodek tegar TSMY tidak sekalipun mahu menerima hakikat yang TSMY dan geng bertanggungjawab terhadap gelombang ketiga pandemik COVID-19. Inilah contoh golongan bodoh yang tidak tahu berfikir secara rasional dan waras.

    Tun teruskan saja perjuangan murni Tun demi Agama, Bangsa, dan Negara. Tun ada kerja dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat @ MP.

    P/S: Ada orang bodoh yang biadab suruh Tun “duduk diam-diam”. Takkan Tun patut duduk diam-diam makan gaji buta (dosa besar)! Nasihat ‘duduk diam-diam’ patut dicampak ke laut – amat dangkal. Menyedihkan dan meloyakan kerana golongan manusia yang sering ‘menasihati’ Tun di sini tidak sedar kelemahan diri sendiri yang amat ketara (dari cara menulis pun kita boleh nampak). Yang perasan jadi ‘penasihat’ Tun pun ada,- amat menjengkelkan…kelakar pun ada. Dah tak betul kot…

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  16. HBT456 Nov 22,2020 9:05 AM

    https://m.malaysiakini.com/news/551972

    WHEN THE LOYALTY OF UMNO IS TESTED WITH 2 MPS BREAK RANKS, IT COULD SPELL THE END FOR UMNO, OR UMNO BARU?

    YOU THINK UMNO, UMNO BARU, UMNO BARU, UMNO BARU…. STILL HAVE THE POWER TO COMMAND ‘WINDFAX TAXES’ TO FAVOUR THEMSELVES SO THAT THEY CAN CONTINUE TO GO MAKAN ANGIN, TO MAKE BASELESS SLANDER, TO SHOW OFF, TO TANGKAP, TO PROTEST, TO THREATEN NEIGBOURING COUNTRIES WITH JIHAD, TO MAKE TIN KOSONG PROMISE OF BIGGEST HALAL, I MEAN HALLA FINANCIAL AND MANUFACTURING HUB WITH KOTA MELAKA, PULAU PENANG AND LABUAN LIKE WHAT THEY USED TO DO DURING TDM, PL AND DSN ERA IN THE NAME VIA GERRYMANDERING TO STAY RELEVANT?

    UNLESS THEY THINK MAINLAND CHINA IS SAMA TARAF WITH USA, INDIA CONTINENT, MIDDLE-EAST ASIA REGION, UK, EUROPE, KOREA, JAPAN, RUSSIA, AFRICAN CONTINENT, MALDIVES, AUSTRALIA, NEW ZEALAND, FIJI ISLAND ETC….

  17. musato Nov 22,2020 8:26 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Tun sebenarnya dah jadi warga emas. Tapi alhamdulillah syukur pada Allah swt yang memberi rezeki pada Tun berdua.

    Sejak 2008-2018 jelas saya yqng menasihati Tun (perkataan berlapik).

    Atau dengan kata sebenarnya sayalah yang memerintah Malaysia dengan Tun sebagai orang tengah yang menyampaikan maksud saya melalui ilmu dan pengetahuan yang dimiliki oleh Tun dalam pentadbiran negara.

    Bila Tun jadi PM dan tinggal blog chedet.cc, Tun dah kalah sebenarnya. Tiada orang akan bersama Tun seperti pejuang yang dikatakan Tun.

    Saya boleh cerita gajah rimau bahkan di Tanah Suci depan Kaabah sekalipun. Namun manusia tetap berkata, hajat masing masing. Kata kata ini keluar semasa berada di Mekah dan di Tanah Suci?!!

    Apa yang kamu hajatkan pada Allah swt sampai tidak sama dengan orang lain?

    Saya berhajat pada syurga Allah swt. Kamu berhajat apa?

    Itulah manusia yang berjawatan dan berkuasa agaknya.

    Jangan bersedih Tun. Itulah manusia yang bukan pejuang.

    Terima kasih Tun.

  18. Fariq Islam Nov 22,2020 8:15 AM

    Assalamualaikum, Tun.

    Titik permulaan perebutan kuasa politik adalah perletakan jawatan Tun sebagai PM. Perletakan ini mungkin membawa agenda tersembunyi yang tidak boleh dijangka umum.

    Kalaulah dah meletak jawatan, sesiapa yang berkaliber layak mengambilalih, tak usahlah menuduh si pengambilalih jawatan sebagai pengkhianat.

    Dari perspektif yang lain pula, yang DAP menguasai kerajaan PH hanyalah satu kata andaian untuk menakut-nakutkan Melayu bahawa Melayu kehilangan penguasaan politik tanahair. Cuba fikir baik-baik. Kita kenalah tahu menganalisa.

  19. musato Nov 22,2020 8:13 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Anwar tak dapat jadi PM sebab dalam hati kita orang, kita orang tak mahu Anwar jadi PM.

    Terima kasih Tun.

  20. HBT456 Nov 21,2020 10:49 PM

    EVERYONE KNOWS, IT IS NOT A SECRET DOWN HERE.

    DID TWINPEAKS SAY THANK YOU?

    TARAK.

    BECAUSE TWINPEAKS THINK WITHOUT HIS SABAH ANGKA ANIFAH, THERE IS NO MALAYSIA.

  21. HBT456 Nov 21,2020 10:37 PM

    EVEN WHEN DAP TUKAR TO PARTI TINDAKAN DEMOKRASI VIA PROPER CHANNEL UNDER ROS TO INCREASE MALAY PARTICIPATION, TWINPEAKS, STILL NOT SATISFY.

    TWINPEAKS DECLARED MILLITARY ACTION AGAINST THE PH BY FORCE, WHERE GOT ACTION TAKEN?

    TWINPEAKS THINK GERRYMANDERING CAN MAKE HIM IN POWER FOREVER TO RULE OVER OTHER STATES WITH SULTAN IN SEMENANJUNG?

    Gerrymandering (/ˈdʒɛrimændərɪŋ/) is a practice intended to establish an unfair political advantage for a particular party or group by manipulating district boundaries, which is most commonly used in first-past-the-post electoral systems. … Gerrymandering can also be used to protect incumbents.

    Why is it called gerrymandering?

    “Gerrymandering” was named for Elbridge Gerry, one of the signers of the Declaration of Independence. As Governor of Massachusetts (1810–1812), Gerry approved a redistricting plan for the state senate that gave the political advantage to Republicans.

    IN MALAYSIA, ONLY MIC STANDS FOR MALAYSIAN INDIAN CONGRESS, AND WHEN UMNO CHANGES TO UNITED MALAY NATIONAL CONGRESS, THEN, THE COUNTRY NAME CAN BE CHANGED TO INDIASIA ONE DAY ALSO.

    I ALREADY SAID, THIS IS AN OLD STORY OF JANGAN LAWAN BOSS, IF NOT, YOU WILL BE CHARGED FOR SODOMY JUST LIKE WHAT HAPPENED TO DS ANWAR BIN IBRAHIM.

    IF TDM DONT PECAT TWINPEAKS, THEN, LET TAXPAYERS AND VOTERS IN PENINSULS TO PECAT HIM IN NEXT PRU.

  22. twinpeaks Nov 21,2020 5:47 PM

    Malaysia’s Prime Minister.

    In my view, even if the country has a Malay Prime Minister, he is a mere puppet to the Chinese united as they are under DAP. This is the reality of Malaya’s politics today and perhaps forever too. However, with the support of Sabah and Sarawak powerful and united Bumiputera parties, the Malay Prime Minister has real power and not a mere puppet of non-Bumiputeras.

    For this reason, Sabah and Sarawak constituencies must be increased vis-a-vis Peninsula Malaysia (at least 50:50 proportion), in order to strengthen the overall political power of Malay/Bumiputera in the country.

    This is the right way in my view.

  23. HBT456 Nov 21,2020 4:18 PM

    https://www.thestar.com.my/business/business-news/2020/11/21/pharmaniaga-aims-to-produce-halal-vaccine

    HALAL VACCINE, OR SUKUK BOND VACCINE?

    WITH THIS KIND OF HALAL CERTIFICATION, THEN, IT WOULD BE VERY UNFAIR TO THOSE COUNTRIES THAT DO NOT HAVE SUCH HALAL CERTIFICATION SPECIALLY TO CATER MELAYU MUSLIM MARKET FIRST.

    THATS INSTITUTIONALIZED RACISM AND RELIGION, TO BE EXACT.

    AFTER GOING THROUGH ALL THESE HORRENDOUS FLIPS THEN FLOPS JUST TO WIN THE VOTES OF UMNO, PAS AND BUMIPUTRA MUSLIM IN SABAH AND SARAWAK, THEN, DONT CRY WHEN PARTI PERJUANG CUM BERSATU HILANG UNDI MAJORITI AGAIN DUE TO KEPALA BESAR WITH GREEDY APPETIDE TO FIT THE MALAY MUSLIM BASE MEMBERS AND LOW SKILLED WORKERS FROM INDIA CONTINENT.

    THIS IS MY FRANK OPINION SINCE I KNOW THE LOCAL POLITICS IS ABOUT WINNING VOTES FIRST TO DICTATE THE NATIONAL POLICIES TO FAVOR THE POLITICAL COALITION FIRST WITH ALL VVVIP ARE HOLD BY UMNO, PAS, PKR AND AMANAH, DLL ADALAH PASUKAN STAND BY TO TANGKAP MUAT THE ANGKA TO LOOK RELEVANT.

    THIS IS THE HARD TRUTH.

    TREAT IT AS A BLESSING SO THAT YOU WONT GET KEPALA BESAR MAHUPUN OVER STRESSED FOR SUCH TERROR POLITICS IN THE FUTURE AGAIN.

  24. keyzeta Nov 21,2020 3:15 PM

    Salam Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad,

    Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tun atas ilmu, tindakan & keputusan yang dibuat oleh Tun memberi pengajaran amat berguna kepada KITA semua untuk mengambil pengajaran dalam meneruskan kehidupan dengan penuh SABAR.

    Saya amat berharap Tun dapat bersama-sama KITA semua dapat menghayati dan cuba bersungguh-sungguh mengambil garis panduan (SOP) daripada Tafsir Al-Azhar (HAMKA) ayat 204 -207 Surah Al-Baqarah dalam meneruskan kehidupan Tun dan KITA semua.

    Terima kasih MAHATHIR BIN MOHAMAD.

  25. HBT456 Nov 21,2020 2:50 PM

    THIS BLOG BELONGS TO TDM, ITS ALL ABOUT POLITICS, NOTHING BUT POLITICS.

    BEING A VOTER WHO HAVE GONE THROUGH SO MANY UPS AND DOWNS, IN MY FRANK OPINION IS THE ONLY OBSTACLE THAT PREVENT MALAYSIA TO OPEN UP AND PROGRESS FURTHER IS THE OLD GUARDS ARE NOT WILLING TO LET GO THAT LEAD TO DIVISIVE POLITICAL IDEOLOGIES THAT MADE MALAYSIA LOOK BAD, AND UNCERTAIN.

    GOP SOUND LIKE ‘GRANDPA OLD PARTY’ IN WHICH AMERICAN YOUTHS ALSO CANNOT ACCEPT THAT LEAD TO RIOTS, LOOTING AND VANDALISM IN THE NAME OF DEMOCRACY AND LIBERTY IN WHICH THEY HAVE FOUGHT MORE THAN 200 YEARS.

    SAD THOUGH SINCE SO MANY AMERICANS DIED OF CORONA VIRUS DUE TO DIVISIVE POLITICS THAT SHOULDNT HAPPENED IN A MATURED AND DEVELOPED COUNTRY LIKE USA WHEN MR DONALD TRUMP WINS OUT TO MAKE AMERICA GREAT AGAIN.

    P/S: IN HERE, I WISH USA A SMOOTH TRANSITION OF BATON HANDOVER FROM PRESIDENT DONALD TO PRESIDENT BIDEN BEFORE CHRISTMAS AND NEW YEAR KICKS IN SO THAT THE AMERICANS CAN ENJOY A ‘SILENT NIGHT’ WITH FAMILIES AND FRONTLINE WORKERS IN ALL STATES OF USA AND THOSE WHO ARE STATIONED OUTSIDE USA ON CHRISTMAS EVE TO CONTAIN THE VIRUS FIRST.

  26. Fariq Islam Nov 21,2020 2:42 PM

    Assalamualaikum, Tun.

    Dalam pada penularan Covid belum dihapuskan dan vaksin belum diperolehi, baik kita semua ketepikan sahaja soal-soal politik dan tindak-tanduk berpolitik.

    Biarlah TSMY memegang kuasa untuk 2 tahun yang akan datang. Mungkin TSMY dapat mengatasi gejala-gejala kurang sihat yang ada dalam masyarakat kita.

  27. Fariq Islam Nov 21,2020 2:31 PM

    Assalamualaikum, Tun.

    Keengganan bekerjasama mungkin satu prinsip dan halatuju yang betul. Bah kata pepatah Inggeris “once beaten by snake, forever you will remember its pain”.

    Maaf, secara tulus and telus, sekiranya Tun menunaikan apa yang dijanjikan dalam manifesto PH dalam PRU, maka segala-gala ketidakstabilan politik mungkin tidak akan berlaku.

  28. HBT456 Nov 21,2020 2:30 PM

    https://m.malaysiakini.com/news/551903

    SUCH DAMAGE CONTROL IS TO KEEP PRIHATINTV AND HAJAR HEPI TO SHOWN SOLOMON, I MEAN, WORKER UNION CARE WHEREBY BILLIS KENA, IKAN YU TERLEPAS, YOU RASA SYIOK OR SHOCK?

    WILL THE MANSION WITH ANGGUR YARD WORTH MYR13.5 MILLION, NOT IN POUND, OWNED UNDER THE PERSONAL NAME OF TAN SRI TONY FERNANDEZ IN UK BE FORCED THROUGH SINCE ONLY BANK NEGARA AND EPF CHAIRMAN INVOLVED IN SUCH DEALING, I WONDER, THIS TIME?

    TAKUT APA, KAN HOLLYWOOD MASIH ADA STANDBY STOCK OF 1,000 SHORT STORIES OF ARABIAN PENINSULA IN WHICH ARE DEEPLY CONNECTED TO THE PRESERVATION OF CHINESE HISTORY, CULTURE, TRADITION AND LITERATURE DATED 5,000 YEARS AGO, AND ALIBABA, OR ROBIN HOOD, TOO IS ONE OF THESE STORIES

    IF YOUR SON REALLY WANT TO BE THE PERDANA MENTERI, THEN, HE MUST BE HUMBLE, AND LOYAR TO TS MY. YASSIN DURING UPS, AND DOWNS.

    IF NOT, HE WILL NOT MAKE IT.

  29. mattahir Nov 21,2020 2:29 PM

    Nasib baik kerajaan PH tak naik balik, tiada sesiapa berhak melantik PM melainkan ahli ahli MP. Sebab itu Perlembagaan menyebut sokongan MP yang akan lantik, kemudian perkenan YDPA juga perlu. Ini menunjukkan PH dan Tun tak respect rule of law (Perlembagaan) dan cuba melakukan perlantikan ikut jalan belakang. Apatah lagi semasa PRU, tida pun dalam manifesto sebut nak lantik pengganti PM.

    Dalam kes LGE dilepaskan pertuduhan ..sebab dikatakan kesnya terlalu lama tertunda (disebabkan dia sendiri yang minta tunda). MO1 sendiri menulis dalam FB beliau akan hal ini, jika MO1 berbohong, tentu LGE dah saman. Hakikatnya LGE adalah geng politik Tun dan tiada kesalahan pula dalam irregularity kes beliau?

    Apa pula hal kes taikun yang mana akaun beliau dibeku, Perdana Menteri dan Menteri Keuwangan masuk campur hal pembekuan akaun tersebut. Ini lagi satu bukti pencabulan rule of law — contrary to what Tun have claimed to respect the rule of law. Sebagai pemimpin veteran, sepatutnya hal ini tak berlaku (lagi), tapi nampaknya we are back to square one — kepentingan percaturan politik mengatasi rule of law dan sebab itu lah korupsi berkembang biak dan apabila ianya berlaku dalam kerajaan yang baru (yang 24/7 cakap pasal anti korupsi), yang masih belum sampai 22 bulan pun, ianya membukti yang PH LEBIH TERUK dari kerajaan yang lama

  30. twinpeaks Nov 21,2020 1:25 PM

    Prime Minister’s post.

    The way I see it, for a politician to rise AND stay in the top position in Malaysia (e.g. compare Tun’s very long first term with very short second term as PM), the support of the majority is vital, not in Parliament but on the ground. It is as simple as that. As long as the majority of the country’s population supports him, he will rise AND stay there. There is no need to reiterate who comprises the majority in the country. The clue lies in the same reason why Sabah and Sarawak merged with Malaya, to form Malaysia, as the ONLY possible path for Singapore to also join in 1963.

    Everyone knows the basic formula. Tun knows it, the King and other Sultans know it, the ordinary people know it too. There is no difficult formula.

    That simple in my view.

  31. Sri Sense Nov 21,2020 12:49 PM

    sambungan hal berbeza, ini hal SOP

    Sebagai rakyat I fikri SOP ini merepek. Bayangkan masuk entrance mall dah scan, pergi setiap outlet dalam mall pun kena scan.

    Social distancing, orang muda selalu tak buat. Mungkin mereka rasa mesra bila dekat2 dengan yang lain without realizing ini juga membawa penyakit.

    Wearing mask ini kadang2 mungkin terlupa bila gesa2 keluar kenderaan, eloklah ingatkan mereka yang lupa. Bukan sengaja tidak pakai.

    Hubby baru2 ini ditahan oleh polis, sebab nak kasi laluan jalan pada VIP. Dalam masa itu hubby ternampak 2 polis tak pakai mask. Tak wajarlah bila orang awam yang tak pakai mask dalam public places didenda 1K, but penguatkuasa pula tidak pakai mask kan.

    I kalau pi kedai bila diri depan kedai place order I tak scan sebab I memang tak masuk kedai. Banyak juga kedai kata tak perlu, yang perlu hanya yang masuk kedai tinjau2 or duduk2 makan dalam kedai.

    Overall kami semua letih dengan berita COVID19 dan juga SOP, tambah menyampah bila politician asyik nak rebut jawatan PM, come on guys, give us a break!

  32. Sri Sense Nov 21,2020 12:31 PM

    Tun, Tun, kami dah tau lama Nuo hanya guna Tun untuk naik jadi PM. Tun harus terima hakikat itu. Tak perlu lagi fikir PH Nuo PH. Tun duduk diam2 fikir hal rakyat dan bagaimana Tun boleh bantu mereka dalam zaman COVID19. Langkah pertama approve budget 2021. Usahlah berdendam dengan Abang Din. Dia tak sejahat mana pun kalau compare dengan yang lain seperti Nuo, Najib or Zahid dll, yang Tun dah bawa muka2 ini ke muka mahkamah.

    Usahlah nak fikir2 lagi Nuo dan PH. Janji itu dan ini. Its janji nak mengena. Very clear tak perlu bersuluh, nawaitu Nuo nak jadi PM. Tak kiralah samada Tun dia guna or Najib dia guna or even Zahid dia guna. Asal dia jadi PM. Kalau tunggul kayu dia boleh buat deal, I also think dia buat deal.

    I don’t mind Nuo keluar penjara, sebab sian isterinya selalu sendirian dalam usia dah lanjut tanpa suami. Nak Nuo jadi PM, bukan I. I tak minat, dia ex-convict. As simple as that. Berlambak lagi orang Melayu yang layak berbakti untuk negara.

  33. prihatinTV Nov 21,2020 11:50 AM

    Assalam Tun,

    Kita semua wajib tonton video Al Jazeera yang telah kami letakkan sarikata Melayu untuk kefahaman lebih dan dengar sendiri suara seorang budak Cina gemuk yang cuba ‘kaw tim’ dengan kerajaan PH untuk selamatkan tengkuk dia dan menyalahkan seratus peratus pemimpin agung kita yang kini merupakan hero rakyat KWSP Dato’ Seri Najib Razak..
    DSN dimangsakan habis madu sepah dibuang, sungguh memilukan dan menyayat hati..
    Sedap sama2.. mengidap seorang2..
    Share, like dan viralkan video ini sebagai tanda simpati kita pada Bossku.. 🙁

    https://youtu.be/zm-sbYnGJy0

  34. Hajar Nov 21,2020 11:47 AM

    Salam YAB Negarawan Ulung Tun Dr. Mahathir,

    1. Anwar Ibrahim gagal menjadi PM sehingga sekarang kerana ALLAH SWT tidak redha (reda). Ini ketentuan-Nya.

    2. Pihak yang menuduh Tun menjadi penghalang untuk Anwar menjadi PM memang dungu tahap gaban, dan tidak percaya kepada Qada dan Qadar.

    3. Tentang TSMY berjaya menjadi PM dengan cara pengkhianatan terhadap Tun dan dengan mengkhianati perjuangan asal BERSATU, itu juga ketentuan-Nya. Ada hikmah disebalik takdir ini. Mungkin Allah SWT mahu menunjukkan ‘warna / watak ‘sebenar TSMY & geng.

    4. Namun saya masih tidak faham mengapa TSMY boleh berubah ‘180 darjah’ menjadi seorang yang degil, bacul, dan tidak berprinsip serta sanggup membuang Tun dari BERSATU.

    5. Jika pun Tun tidak bersetuju dengan TSMY dan tidak menyokong beliau, apa rasionalnya atau kewajarannya sehingga beliau sanggup membuang Tun (dll.) dari BERSATU? Ia seolah-olah beliau sanggup menghalau keluar ‘Abah’ sendiri dari rumah yang dibina oleh ‘Abah’ beliau semata-mata kerana ‘Abah’ beliau merajuk hati (tidak bersetuju) dengan perangai buruk beliau yang khianat, dan tidak berprinsip.

    6. Sekarang, TSMY hadaplah pembalasannya – tiada keberkatan…

    7. Mengenali hati budi Tun sejak sekian lama dan dari pemerhatian saya, saya lebih percaya kepada penceritaan (kronologi) Tun tentang apa yang telah berlaku yang membawa kepada penubuhan Kerajaan Tebuk Atap.

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

Leave a Reply