TOTAL VISITORS FROM 2008:

MENOLAK BELANJAWAN 2021 8

1. Kita telah melihat betapa mengecewakan proses perbahasan Belanjawan berjalan beberapa hari kebelakangan. Selain dari perbahasan yang terhad, tidak ada sebarang tanda dipihak Kerajaan untuk mendengar atau menerima pandangan yang telah diajukan oleh ahli-ahli parlimen mahupun kritikan rakyat yang boleh kita dengar rintihan mereka melalui laman-laman media sosial dan juga pemimpin-pemimpin masyarakat.

2. Sebaliknya, pihak Kerajaan bertindak mengugut ahli-ahli Parlimen dengan naratif bahawa jika Belanjawan 2021 tertolak maka gaji, elaun dan pencen penjawat awam dan “frontliners” tidak dapat dibayar. Selain itu, ugutan juga menjurus kepada cubaan menimbul rasa kurang senang dikalangan rakyat bahawa jika Belanjawan tidak lulus maka bantuan-bantuan kewangan tidak akan sampai kepada rakyat yang amat memerlukannya pada ketika ini.

3. Saya telah terangkan sebelum ini bahawa jika Belanjawan tidak lulus ia tidak akan menghalang penyaluran gaji, pencen dan elaun penjawat awam dan “frontliners”. Begitu juga dengan bantuan kewangan untuk keperluan rakyat tidak akan terjejas.

4. Penyaluran kewangan tanpa Belanjawan diluluskan telah berlaku pada tahun 1999 untuk sesi Belanjawan tahun 2000.

5. Selain itu, Kerajaan juga memilih tidak menerangkan bahawa segala perbelanjaan untuk penjawat awam dan “frontliners” sudah diperuntukkan sehingga akhir bulan Januari tahun 2021.

6. Yang kelihatan menjadi keutamaan Kerajaan ialah untuk memastikan Belanjawan yang tidak mementingkan rakyat tetapi mementingkan kelangsungan politik ini dilulus seberapa segera yang mungkin.

7. Kita dapat lihat bagaimana isu kuarantin ahli Parlimen dari Sabah yang menyokong Kerajaan mendapat layanan “double-standard”. Tiba-tiba sahaja, kuarantin 14 hari yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan kepada mereka yang terlibat di dalam pergerakan dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak dan kembali tidak lagi menjadi satu ketetapan.

8. Kerana apa dasar atau ketetapan ini tidak berkuat-kuasa? Ia kerana undi ahli-ahli Parlimen ini perlu kepada Kerajaan untuk meluluskan Belanjawan. Setiap perlakuan dan pertukaran dasar dan ketetapan dibuat seperti menukar pakaian semata-mata untuk kepentingan politik.

9. Yang menjadi mangsa ialah rakyat. Apabila rakyat tidak mengikut peraturan atau ketetapan itu, mereka didenda dan dihukum. Jika ahli Parlimen dipihak Kerajaan melakukannya, peraturan ditukar dan mereka bebas dari sebarang hukuman.

10. Jadi, apakah yang akan berlaku jika Belanjawan 2021 tidak lulus?

11. Pertamanya, ia akan bukti bahawa Kerajaan telah hilang “legitimacy” kerana ia tidak mempunyai majoriti yang cukup untuk melulus Belanjawan.

12. Apabila ini berlaku, jika Perdana Menteri seorang yang bermaruah ia akan meletak jawatan.

13. Seterusnya, jika di dalam suasana biasa, ia boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Palimen.

14. Tetapi masa sekarang, ketika Negara dilanda pandemik COVID-19, keadaan adalah amat luar biasa dan pengalaman pilihanraya di Sabah baru-baru ini memperlihat bahawa mengadakan pilihanraya umum bukanlah satu pilihan malahan jika dipilih boleh membawa kemudaratan.

15. Kerana itu, proses yang mungkin boleh dipertimbang ialah memberi peluang kepada Parlimen untuk menentu siapakah dikalangan ahli-ahli Parlimen yang ada yang mempunyai sokongan majoriti.

16. Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa ahli Parlimen tersebut mempunyai sokongan majoriti, maka dia boleh dipilih untuk menjadi Perdana Menteri untuk menubuh Kerajaan yang baru dan berkhidmat sehingga tamat penggal pemerintahan dan tiba masa untuk pilihanraya umum ke-15 diadakan.

17. Ini akan dapat memastikan bahawa Kerajaan baharu ini mempunyai legitimacy dan tidak dipersoalkan seperti Kerajaan pintu belakang sekarang ini.

18. Setelah Kerajaan baharu dapat ditubuh, maka Kerajaan ini boleh memilih untuk membentangkan Belanjawan yang baru ataupun mengambil Belanjawan yang telah ditolak dan dilakukan pindaan-pindaan yang telah diminta dahulu.

19. Semua ini dapat dilakukan di dalam sidang Parlimen khas dan tidak akan mengambil masa yang begitu lama.

20. Kerana itu, saya dan rakan-rakan mengambil ketetapan menolak Belanjawan 2021 dan kami lakukan dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah yang kami pegang bagi pihak rakyat sehingga penggal perkhidmatan kami sebagai wakil rakyat tamat.

Terima kasih.


8 thoughts on “MENOLAK BELANJAWAN 2021

  1. HBT456 Nov 26,2020 10:54 AM

    ITS NOT FREE MARKET, ITS SOVEREIGN WEALTH PASSED DOWN VIA ANCESTRY LINKS, THE MONEY TREE.

    DO NOT FEEL DEPRESSED, JUST PLAY WITH THE FLOW, WHY?

    YOU ARE WHAT YOU READ AND WATCH TOO.

    AMAZON HAS ITS SELLING POINTS, ALIBABA HAS ITS SELLING POINTS DLL NATIONLAL E-COMMERCE ALSO HAVE THEIR SELLING POINTS.

    THATS THE SOFT POWER MARKET VERY MUCH DEPEND ON WHAT YOU FEED IN THE MIND OF CONSUMER BEHAVIOR THAT THEY TARGET TO MAKE REVENUE BEFORE TAXES FIRST TO GENERATE JOBS, OR TO STIMULATE MANUFACTURING AND ENTERPRISES JOBS ALSO.

  2. HBT456 Nov 26,2020 10:29 AM

    I DONT WATCH NETFLIX AND I DO NOT HAVE THE BASIC VOTING RIGHT TO DENY THOSE WHO WANT TO BE IN AND WATCH THIS NETFLIX ENTERTAINMENT INDUSTRY.

    I DIDNT WATCH YANGXI PALACE 2.0 WHICH PARKED UNDER NETFLIX.

    I WONT WATCH CRASH LANDING ON YOU PART 2.0 WHICH PARKED UNDER NETFLIX.

    WHY?

    IF YOU ARE IN THIS INDUSTRY, YOU WILL LEARN THE ‘WHY’.

    WE ARE NOW APPROACHING THE POST COVID PANDEMIC CHAPTER WHEREBY TOP DOWN POLICY DO POST GREATEST CHALLENGES TO MANKIND THAT COULD LEAD TO MILITARY CONFLICTS JUST TO INCREASE THE NATIONAL DEFENSE BUDGET.

    VACCINES, OR MODERN MILITARY ARM DEAL?

    WHEN YOUR FIXED BASIC SALARY WORTH MYR2,000, YOU CAN ONLY AFFORD A LIFESTYLE OF MYR2,600, IT CANNOT MYR3,400 VIA BORROWING OR DEBTS.

    WHEN OTHERS CAN AFFORD THE LIFESTYLE OF MYR3,400, YOU CANNOT BE PUTIH MATA ATAU PANJANG TANGAN WITH THE TAKTIK OF AKU BOS KERANA AKU MAHU SAPU SEMUA KUASA INTO THEIR POKET AGAIN, AGAIN, AGAIN, AGAIN….

    I PERSONALLY THINK, WE SHOULD LET MOF JUGGLE THE NATIONAL FINANCES UNDER HIS MINISTRY SINCE HE IS NOW UNDER THE PAYROLL OF FEDERAL GOVERNMENT, IAITU, TAXPAYERS, SERVICE CHARGE, AND SUBDIDIES PAYERS EVENTHOUGH HE IS A MUSLIM, THE NEW SCHOOL TYPE.

  3. HBT456 Nov 26,2020 10:00 AM

    MAKE INDIA GREAT AGAIN ALSO CAN, sc.

    NO BIG DEAL SINCE EVERYONE NEED A MIRROR.

    THERE IS NO FREE /ADVANCE LUNCHES, THERE ARE ONLY HARD WORKS SINCE VOTING PATTERN IS HARD TO DIE, BUT PREDICTABLE TOO.

    WHITE KNIGHTS = GLOBAL MENTAL HEALTH PLATFORM
    DARK KNIGHTS = GLOBAL MENTAL HEALTH PLATFORM

    BY THE WAY, BREAKING STEREO TYPES IS BIG MONEY IN POST COVID PANDEMIC.

  4. Hajar Nov 26,2020 8:37 AM

    Salam YAB Negarawan Ulung Tun Dr. Mahathir,

    1. Saya sokong keputusan Tun dan PEJUANG untuk menolak Belanjawan 2021. Ini keputusan yang tepat.

    2. Saya harap Agong akan melantik Tun sebagai PM Interim, dan Tun diberi kepercayaan untuk membentuk Kabinet Interim yang kecil saiznya – cukup untuk berfungsi dengan efektif bagi menangani wabak COVID-19 dan krisis ekonomi.

    3. Saya yakin Tun ada ide (idea) yang lebih baik berbanding pasukan TSMY yang entah apa-apa. Asyik ‘gostan / undur’ dan ubah macam-macam SOPs yang membuatkan rakyat pening. Sepatutnya mesti ada SOPs yang konsisten dan TEGAS serta tiada ‘double-standard’ @ pilih kasih dalam pelaksanaan SOPs. Jangan sekali-kali memperjudikan nyawa rakyat.

    4. Melantik kembali TSMY sebagai PM Interim atau Pentadbir Negara (jika ditakdirkan darurat diisytihar) bermakna mendedahkan rakyat jelata kepada RISIKO besar dalam memerangi pandemik COVID-19.

    5. TSMY dan geng sudah gagal dalam misi menangani penularan COVID-19.

    6. Harapan (Doa) saya Tun dilantik semula sebagai PM Interim / Pentadbir Negara untuk tempoh sehingga pandemik COVID-19 reda, dan PRU15 boleh diadakan. Aamiin…

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  5. sc Nov 26,2020 7:45 AM

    I don’t think you realise how far the world has progressed…. I do not think Malays can compete with Californian entrepreneurship or technical innovation in this globalised world. Malaysia doesn’t own any Intellectual property like the Japanese or Germans. Nor does it have Solid Rule of Law or take corruption seriously like Singapore does, which warrants the country a stable safe haven for investment. Malays took their own choice and are drowning in a cesspool of their own debt owed to America and China which is their own doing. Stop reminiscing about the old days and Malay supremacy. There is nothing to be proud of if you are a Malay. Just look at your currency…. worthless, manipulated and pegged to the USD. Free market? Or communist control of currency ?

  6. mubarakchan Nov 26,2020 1:54 AM

    Tun,

    These are hard times for all countries of the World.

    The UK has been struggling to fill the economic void in her economy in the face of an -11.9% contraction of her GDP for 2020. The GDP is expected to rebound in 2021.

    The British Chancellor of the Exchequer, Rishi Sunak, was earlier reported by the Press that his reputation and job would be on line if he could not solve the present British dilemma of a rising Covid-19 Pandemic and a severely damaged economy with 2.4 million unemployed !

    He did his best in the Commons today with a drastic cut of foreign aid down to 0.5% of the GDP and borrowings of up to Sterling Pounds 290 Billion for 2020. He intimated there will be more borrowings to come in 2021 to prevent further damage to the British economy. All Civil Service pay will be paused and only the salaries of doctors and nurses will not be affected ! He claimed his mission is to save jobs and livelihoods in the UK. This showed how focus Sunak is on the task at hand. No waste of the Public’s money anywhere. He certainly has a good mind-set and common sense.

    The British Government sees a contraction of -11.9% for the UK this year. But the critics said that Sunak did not do enough.

    We must notice that no economist worth his or her salt appears willing to give his or her opinion these days on either side of the pond. Such inestimable damage throughout the World was caused by the Coronavirus everywhere. Fears of a US recession is uppermost in the minds of the leading entrepreneurs of the West. Those in the East plow on regardless.

    What hit the eye is the huge borrowings of up to only 19% of UK’s GDP which is about the fifth largest in the World. It is obvious the British Government has an eye for Uncle Sam to assist if things do not work out right.

    In our beloved Malaysia, it is the Mickey Mouse Politics which should now jell into the Grand Coalition of the Unity of the Malays for things to be upright again. But will the Malays become the fighting tigers of Malaysia reminiscent of their ancestors of the Spirit of the Unity of the Royal Sultans and the Malays of 1945 or something else ? Who will make the first move and be self-sacrificed ?

    We must look beyond the Budget 2021.

    We must look at where our beloved Malaysia has always created her Wealth since 1957. We must ask why there are so many State Excos and what do they really do ?

    In order to be Wealthy again, it is towards the lands of Malaysia which will create us the Wealth again after losing it during 2004-2018. It is as simple as this.

    It is our beloved Tun Dr Mahathir Mohamad’s Strategic Legacy Plan or TDMSLP for all, transparently and equally. Conversely, this Wealth creation which is available to Malaysia is beyond the ken of Singapore which has no land or natural resources. Hence, their dependence is on savings !

    Now that the cat is out of the bag, it is imperative that the Spirit of the Unity of the Malays 2020 must come into fruition or else the creation of Wealth is indefinitely delayed causing loss or damage to all, the rich and the poor ! And the whole rigmarole is governed by our revered Constitution which is safeguarded by the Yang Di Pertuan Agong and the Royal Sultans.

    Hopefully, all can see the importance of the Unity of the Malays for all of us to move on and retrieve our Glory, Pride and Wealth which many could see the virtual gold paved streets of towns and cities and forests of Malaysia waiting to be exploited. Until the Malay tigers rise again, we must have the patience to await our good fortune. The famished Singaporeans rushed in looking for the low hanging fruits during 2004-2018, did’nt they ?

    Malaysia Boleh Tun as always. No problem ?

  7. twinpeaks Nov 25,2020 7:58 PM

    Emergency rule.

    The likelihood of one is increasing, it seems.

  8. Sri Sense Nov 25,2020 7:49 PM

    Dalam COVID 19, Tun dan gang nak rebut jawatan PM? Itula yang akan ditanya rakyat nanti.

Leave a Reply