TOTAL VISITORS FROM 2008:

Cancellation of bridge to Singapore 9

(VERSI BAHASA MALAYSIA DI AKHIR ARTIKEL INI)

I have been asked to please expose all that I know about the misuse of the Rakyat’s money.

In
response to the above request I would like to identify initially four
of the instances where the Government of Dato Seri Abdullah Ahmad
Badawi has misused public money.

What I write here would not
be based on speculation or suppositions or possibilities. They are the
things which are public knowledge and can be verified.

I need to explain in detail. So I will deal with one subject at a time.

However, I list below the four specific instances;


1. The cancellation of the bridge to replace the Malaysian part of the Johore Causeway

2. The postponement of the double-tracking and electrification of the railway line from Johor Baru to Padang Besar

3. The sale of M.V. Agusta for one Euro

4. Wang Ehsan which has been expended on Terengganu which the new Menteri Besar claims is not Wang Ehsan but Federal Fund.

Cancellation of the Bridge to Singapore

The
Singapore Government had not objected to the building of the Malaysian
bridge to replace the Malaysian half of the causeway.

This
bridge would be 25 metres above the water to allow for small ships to
pass through after removal of the Malaysian half of the causeway. The
Second Link is also 25 meters above the water surface. So the vessels
can pass through the Tebrau Straits without obstruction by the causeway.

This
bridge is very essential as the traffic in Johor Baru has increased and
there is a permanent traffic jam caused by the North-South flow to and
from the causeway and the East-West flow between the Eastern and
Western parts of Johor Baru. An elevated road is needed to be built
above the East-West traffic for access to and from the causeway. Such a
road would result in a part of the Johor end of the causeway becoming
useless as the elevated road must land some distance from where the
causeway joins the mainland.

A full-length bridge to Singapore
would enable a gradual rise for lorries to climb and boats to pass
underneath after the causeway is removed. Since Singapore refused to
jointly construct a straight bridge to replace the causeway, a bridge
with 25 meters clearance for boats to pass has got to be long enough
for lorries to make a gradual climb.

The answer was to
lengthen the bridge by a curved design. As for the railway line a swing
bridge can be opened or closed for ships or trains to pass through.

To
cut a long story short work on the curved bridge was stopped so that
Dato Seri Abdullah’s Government could offer to sell 1 billion cubic
metres of sand, and overflight rights for Singapore military aircraft
over Johor Baru if Singapore agreed to a straight bridge.

Someone
stood to make a lot of money selling 50 million cubic metres of sand
per year for 20 years to Singapore for land reclamation. This was a
very attractive offer as the reclaimed land can sell for 3,000-5,000
Singapore dollars (about RM6,000-RM10,000) per square metre. The
Singapore Government stood to make an enormous amount of money selling
this land.

They therefore agreed to the straight bridge. That
dredging sand from the seabed would cause erosion of the coast,
destruction of fish breeding grounds and deprive Johore fishermen of
their livelihood were not of concern to the Government of Dato Seri
Abdullah.

Fortunately the Johor people misbehaved.

They objected to selling sand and overflights.

Abdullah frustrated that his scheme was blocked then punished the
Johore people by cancelling the bridge project altogether. No straight
bridge, no curve bridge either.

The result is that more than
RM1 billion have been wasted building the Customs, Immigration and
Quarantine (CIQ) facilities, foundation and work on a new railway
station, pilings and preliminary works on the road linking the CIQ to
the bridge and compensations to the contractors because of the
cancellation of the projects.

The CIQ building is now a white
elephant, unused and yet have to be maintained costing hundreds of
thousands of Ringgit a month.

Clearly Dato Seri Abdullah has
wasted public money. All because he was angry with the Johor people for
not enabling one billion cubic metres of sand to be sold to Singapore
and the profits thereof.

*****

Pembatalan Jambatan Bengkok

Saya diminta membongkar apa yang saya tahu berkenaan salah guna wang rakyat.

Untuk
permulaan saya senaraikan empat tindakan dimana Kerajaan Dato Seri
Abdullah Ahmad Badawi telah salahgunakan wang rakyat. Apa yang saya
tulis di sini tidak berasas kepada spekulasi, kemungkinan atau
kebarangkalian.

Perkara ini diketahui umum dan boleh disahkan Saya perlu beri penjelasan terperinci. Jadi saya akan bincangkan satu persatu.

Bagaimanapun saya senaraikan empat perkara spesifik;

1. Pembatalan pembinaan jambatan menggantikan tambak Johor di sebelah Malaysia

2. Penangguhan landasan berkembar dan rel elektrik daripada Johor Baru ke Padang Besar

3. Penjualan M.V. Agusta untuk satu Euro

4.
Wang Ehsan yang dibelanjakan untuk Terengganu yang mana Menteri Besar
yang baru mendakwa adalah bukan Wang Ehsan tetapi daripada dana
Kerajaan Persekutuan.

Pembatalan pembinaan jambatan ke Singapura

Kerajaan Singapura tidak membantah pembinaan jambatan untuk menggantikan tambak di sebelah Malaysia.

Jambatan
ini akan dibina 25 meter daripada paras permukaan air untuk benar
kapal-kapal kecil lalu setelah separuh tambak di sebelah Malaysia di
pecah.

Link Kedua juga berada di paras 25 meters daripada
paras permukaan air. Jadi kapal-kapal boleh melalui Selat Tebrau tanpa
terhalang oleh tambak. Jambatan ini penting kerana jumlah trafik di
Johor Baru telah meningkat dan kesesakan lalulintas merupakan perkara
harian disebabkan laluan Utara-Selatan yang datang dan pergi melalui
tambak dan trafik Timur-Barat di antara bahagian-bahagian Timur dan
Barat Johor Baru.

Jalan bertingkat perlu dibina menyeberangi
trafik Timur-Barat untuk laluan dari dan ke tambak. Jalan ini akan
menyebabkan penghujung tambak di sebelah Johor tidak boleh digunakan
kerana jalan bertingkat hanya boleh mendarat pada satu jarak tertentu
jauh daripada tempat tambak bertemu dengan tanah besar.

Jika
jambatan penuh ke Singapura dibangunkan cerun boleh dilandaikan untuk
memudahkan lori mendaki dan bot-bot kecil melalui di bawahnya setelah
tambak dipecahkan.

Kerana Singapura tidak mahu sama-sama
membina jambatan penuh untuk gantikan tambak, jambatan setinggi 25
meter untuk benarkan bot-bot lalu dibawahnya mesti mempunyai
kepanjangan yang mencukupi untuk benarkan lori mendaki secara beransur.

Penyelesaiannya ialah untuk memanjangkan jambatan dengan
rekabentuk melengkung (kemudiannya dipanggil jambatan bengkok). Bagi
landasan keretapi pula, jambatan ayun yang boleh dibuka dan tutup untuk
benarkan kapal atau keretapi lalu.

Untuk memendekkan cerita,
kerja pembinaan jambatan bengkok dihentikan untuk membolehkan Kerajaan
Dato Seri Abdullah menjual 1 billion meter padu pasir dan hak laluan
terbang pesawat tentera Singapura melintasi Johor Baru jika Singaura
bersetuju membina jambatan lurus.

Ada orang yang akan mengaut
untung banyak menjual 50 juta meter padu pasir setahun selama 20 tahun
untuk Singapura menambak tanah. Ini satu tawaran menarik kerana tanah
yang ditambak boleh dijual antara 3,000-5,000 Dolar Singapura
(kira-kira RM6,000-RM10,000) sekaki persegi.

Kerajaan Singapura boleh buat banyak duit menjual tanah ini. Lalu merekapun menyetujui cadangan jambatan lurus ini.

Bahawa
mengorek pasir dari dasar laut boleh sebabkan hakisan pantai,
kemusnahan tempat pembiakan ikan dan kehilangan mata pencarian bagi
nelayan negeri Johor tidak pun diambil prihatin oleh Kerajaan Dato Seri
Abdullah.

Mujurlah rakyat Johor membantah penjualan pasir dan
hak laluan pesawat terbang. Abdullah yang kecewa kerana perancangannya
terhalang menghukum rakyat Johor dengan membatal sama sekali projek
jambatan. Tidak ada jambatan lurus mahupun bengkok.

Hasilnya
lebih daripada RM1 billion telah dibazirkan yang dibelanjakan untuk
membina kemudahan kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, kerja-kerja
membina stesen keretapi baru dan kerja-kerja awal untuk bina jalan
menghubung kompleks KIK dan jambatan serta bayaran pampasan kepada
kontraktor disebabkan pembatalan projek-projek berkenaan.

Kompleks
KIK kini menjadi gajah putih, terbiar tetapi terpaksa di selenggarakan
dengan memakan belanja beratus ribu Ringgit sebulan. Jelas sekali Dato
Seri Abdullah telah bazirkan duit rakyat hanya kerana beliau marah
dengan rakyat Johor yang halang penjualan satu bilion meter padu pasir
kepada Singapura dan keuntungan yang bakal diraih oleh pihak tertentu.

9 thoughts on “Cancellation of bridge to Singapore

  1. ah beng Jul 23,2009 3:14 AM

    adakah jabatan yg di shorkan untuk tujuan pelabuhan di tanjung perlepas.
    kenapa persoalkan jembatan dan mengemis pada kerajaan singapura berkerjasama.kenapa tidak perlabuhan di alih ke kawasan
    Danga.Jadi kapal besar atau kecil tak perlu berlayar bawah jambatan.ini reverse idea.
    Pak lah jangan di persoalkan memang beliau tak layak bukan sebagai perdana menteri sebagai menteri biasa pun beliau tidak berkebolihan,seperti project IDR yg akan merugikan Malaysia.
    Malaysia tak perlu melabur project mega atau sebagainya untuk berjaya.Yang harus di beri keutamaan adalah memperbaiki system
    pentakbiran kerajaan dahulu.dengan system yg baik banyak munafaat
    dan system yg baik bolih melakah peringkat demi perikat.
    mendadak begitu saja akan merugikan malah gagal.
    Malaysia mesti mencontohi system Singapura,jangan malu,
    kita ambil yg baik saja. Contoh
    1.kenderaan malaysia masuk ke Singapura diperlukan bayaran,sehinggakan motorcycle.Motorcyclist yg masuk,belum sarapan pagi dah kena bayar $4-/ KERETA $20.
    kalau mereka bolih ambil cukai kenapa Malaysia tak bolih.
    Takan nak collect duit pun masalah.Jangan bimbang tentang pelancung Singapura tak nak masuk Johor,mereka tak nak terperap dan mereka perlu keluar.
    2.ambil parking charges dikawasan johor.tak ada yg percuma zaman ini.Daripada menunggu hasil kelapa sawit lebih baik hasil parking seperti singapura.
    3.Kerajaan Malaysia membebaskan cukai pada hasil barangan segar seperti sayur,buah buahan dan sebagainya.Kerajaan Singa yg punggut hasil dari hasil Malaysia dengan mengenakan GST 7 percent,sedangkan ini hasil tanah Malaysia.
    Banyak sudut kelemahan Malaysia.
    Disebabkan system yg lemah projet kecil pun tak akan berjaya.
    Perbaiki system dulu baru melangkah tapak demi tapak.
    Malaysia Bodoh ada hasil tak tahu nak menhasilkan.
    Sibuk dengan mega projet yg kebanyakan gagal sedangkan rezki senang depan mata tak dihiraukan.
    Jangan malu, ikut cara Singapura,kalau mereka bolih
    kenapa Malaysia tak bolih bolih.
    Kaki tangan Kerajaan mesti ada good working attitude.Kalau yg diatas asyik lepak yg bawah lepak lepak jadi hancur debu.
    Working attitude mesti diasuhkan.
    Harap ini teguran yg membina bukan meyakiti.
    WAKE UP.Face the Facts.

  2. yatieimi Apr 6,2009 7:42 AM

    Saya juga berasa kecewa bila jambatan yang disyorkan Tun dibatalkan..
    Sebagai anak jati johor,kalaulah masa boleh diputarkan balik…kalaulah Tun belum menyerahkan pemerintahan Tun pada AAB,pastinya Johor akan berasa bangga mempunyai jambatan yang indah itu…saya tak sangka AAB tergamak membatalkan projek Tun sedangkan projek dia yang bangunkan untuk Malaysia hanya satu pembaziran duit rakyat semata2…sekarang Najib menjadi PM…harap2 dia bertegas dengan kerajaan Singapura yang ingin meluaskan wilayahnya di nusajaya nanti..

  3. Rozy Sep 23,2008 11:57 AM

    Yang Dikasihi Ayahanda Tun…selepas baca ni..baru saya faham sendiwara Abdullah Shah dan kuncu2 n pembodek2 beliau…Lagi bertambat ‘BENCI N MELUAT PADA DIA’ Pemikirannya untuk ” BERKUASA N MENGAUT UNTUNG’ MEMANG BALA BESAR YANG DIBAWA BELIAU…K n KJ dah habis2san KAYA RAYA….ABDULLAH SYAH TIDOR LENA DGAN KEGIATAN SOSIAL SAJA… Terima Kasih dengan blog Tun wujudkan dapatlah rakyat mengetahui hal sebenak yang berlaku disekeliling! MEMANG BETUL KATA TUN DIA..ABDULLAH SYAH MEMANG TAK BERAPA ‘CLEAN’ DULU LAIN SEKARANG LAIN TUN!…PEMUSNAH BANGSA ,PENGHANCUR UMNO, BAPAK RASUAH NEGARA…APA LAGI NEXT????

  4. Syafiq Razak Aug 19,2008 3:43 PM

    Visi ayahanda mengenai jambatan itu amat menarik. Pembinaan jambatan itu juga mampu menarik perhatian pelancong ke negara kita disamping menarik lebih ramai rakyat singapura datang membeli belah di johor. Dengan kehadiran mereka negara akan mendapat keuntungan berpanjangan melalui penukaran wang singapura ke ringgit malaysia. Barangan malaysia yang lebih murah tetapi berkualiti dapat dijual dengan laris dan membantu peniaga-peniaga bumiputera di johor. Kami pelajar mara banyak membahaskan mengenai perjalanan ekonomi dan politik negara sesama kami di asrama mahupun di kelas. Walaupun begitu kami tidak mengabaikan pelajaran kami. Kami sentiasa berazam tidak mahu mengulangi kesilapan yang pernah dibuat oleh pemimpin lalu mahupun sekarang. Kami bukanlah sebarangan pelajar. Kami mempunyai visi kami. Kami akan menguasai ekonomi dan menjuarai politik……..
    Kami amat menyanyangi ayahanda.

  5. citizenoverseas Jul 20,2008 2:18 PM

    I was in Johor Bharu recently and saw how beautiful Johor Bharu could have been with the new Train Station and CIQ centre. It is not sitting there half completed and a sore eye to the public and definitely a bad impression on the government to allow the building to remain half completed.
    We must bear in mind that the building is right smack in the middle of the capital of Johor and visited by many nationalities.
    I have also evaluated the half bridge and it would have been a beautiful bridge if built. Not just the aesthetic but also the development that would follow for water front properties. This would mirror the Singapore side of the development. I do believe if Malaysian government went ahead with the building of the bridge, Singapore would follow suit. It make sense for them to do so as it will give more waterfront development to the Singapore side. All said, when we develop our land, we should not be too concern of what the others have to say as long as the decision is sound.
    My wish is to see the plan of the new CIQ and the bridge built.
    This is an independent view from overseas.

  6. yanie Jul 15,2008 4:56 PM

    Assalamualaikum ayahanda Tun…
    Dari sehari ke sehari perasaan marah saya..perasaan marah keluarga saya, kawan-kawan dan saya yakin majoriti rakyat dalam negara ini terhadap ABDOLLAH BADAWI TU SEMAKIN BERSEMARAK!!!!!
    Dia ni..berfikiran menjurus kepada kantungnya sendiri sahaja..
    Penat-penat ayahanda Tun merancang, mengkaji baik buruk tentang pembinaan jambatan bengkok tu..senang-senang sahaja dia batalkan!! Dia ni berbuat sesuatu bukannya nak kaji sedalam-dalamnya untuk kebaikan negara..rakyat..Tapi dia kaji sampai dalam kocek dia sahaja..
    Akhirnya begitulah..semua projek ayahanda Tun dia akan batalkan dengan macam-macam alasan..Projeknya sendiri semenjak menjadi perdana menteri satu habuk pun tarak!!! Haprak betuiii!!!
    Lama-lama Malaysia ini pun dia lelong sebab tak cukup duit nak tambun kepada kroni dan pembodeknya..
    sekian..
    teruskan perjuangan ayahanda Tun..

  7. sarangjinhan Jul 7,2008 12:12 AM

    Dear Tun,
    I shared very negative sentiments in Spore’s reluctance in participation with strings attached to the causeway deal. Indeed, jogging occasionally towards Admiralty Road, water stagnation is clearly a sign of a need of change and a new bridge would have been viable.
    Regrettably, it was also a sheer waste of money to have cancelled the bridge project–RM300 Million gone for nothing. This could have been used for other purposes–at worst the bridge design could be simplified for instance, to cut down costs.
    Dont worry, I am a Singaporean myself. And to list out a thousand issues with which I have disillusions with Singapore would be virtually endless, which would effectively crash your blog down if otherwise.
    Yours sincerely
    sarangjinhan

  8. Ian Jun 27,2008 4:29 PM

    Good day Dr.M.
    First of all,I dont see any problem’s in building the bridge as what the goverment of AAB claimed.I beleive the reason for scraped the project is AAB’s or 4th floor(Future Prime Minister so call)goverment wouldnt benefiting anything out of this project.As frequent visitor to s’pore,interacting with the public,I fell very humilliated as they challenging our nations integrity and principle.Dr.M,I beleive that you passed the baton to AAB to lead the country but your notion destroyed.

  9. Sepupu AntiMamak Jun 23,2008 9:51 PM

    Yang Berbahagia Tun,
    Tak dapat ke reload balik semua comment yang dah hilang tu. Bila tak bolih baca komen yg dulu2 tu ( Masa tengok dok Hot ) terasa macam ” tak ada issue atau pun not an issue pulak”
    Diharap dapat pihak Tun load balik komen yg terdahulu.
    Saya adalah save silit some of the comments tu sebab nak buat offline reading
    Tkasih

Leave a Reply